TAJUK 2 pengajaran dan pembelajaran sains

17
Objektif Pelajaran Hasil Pembelajaran Ciri-ciri hasil pelajaran yang baik Kata kerja dalam Huraian Sukatan Sekolah Rendah TAJUK 2 OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN Menyenaraikan perbezaan antara objektif dan hasil pembelajaran Menyatakan objektif dan hasil pembelajaran dalam kurikulum sains sekolah rendah Menghuraikan ciri-ciri hasil pembelajaran yang baik KERANGKA TAJUK-TAJUK SINOPSIS Tajuk dua menerangkan tentang objektif, hasil, dan ciri-ciri hasil pengajaran dan pembelajaran yang baik. Secara tradisinya guru menyediakan pengetahuan dan aktiviti kepada pelajar. Pelajar kemudiannya belajar dan memberi respon kepada guru samada semasa penyoalan atau lain-lain. Dalam setiap pengajaran penulisan objektif yang spesifik adalah penting untuk menyukat samada isi kandungan, proses dan kemahiran dapat dicapai semasa proses pembelajaran pelajar. Penilaian dibuat samada objektif tercapai atau tidak.

description

mikro teaching

Transcript of TAJUK 2 pengajaran dan pembelajaran sains

TAJUK 2OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

SINOPSISTajuk dua menerangkan tentang objektif, hasil, dan ciri-ciri hasil pengajaran dan pembelajaran yang baik. Secara tradisinya guru menyediakan pengetahuan dan aktiviti kepada pelajar. Pelajar kemudiannya belajar dan memberi respon kepada guru samada semasa penyoalan atau lain-lain. Dalam setiap pengajaran penulisan objektif yang spesifik adalah penting untuk menyukat samada isi kandungan, proses dan kemahiran dapat dicapai semasa proses pembelajaran pelajar. Penilaian dibuat samada objektif tercapai atau tidak.

HASIL PEMBELAJARAN

Menyenaraikan perbezaan antara objektif dan hasil pembelajaran Menyatakan objektif dan hasil pembelajaran dalam kurikulum sains sekolah rendah Menghuraikan ciri-ciri hasil pembelajaran yang baik

Kerangka Tajuk-tajuk

KANDUNGAN ISI

1.1Perbezaan antara objektif dan hasil pembelajaran

1.2Objektif dan hasil pembelajaran dalam kurikulum sains sekolah rendah

1.3Ciri-ciri hasil pembelajaran yang baik

1.1Perbezaan antara objektif dan hasil pembelajaran

1.1.1Makna objektif

Makna objektif ialah berasaskan kenyataan iaitu fakta sebenar. Objektif pengajaran merupakan suatu pernyataan yang telah ditentukan yang perlu dicapai oleh pelajar mengikut tahap-tahap tertentu. Melibatkan apa sahaja yang dipelajari dan dikuasai yang meliputi : pengetahuan,kemahiran, perubahan tingkahlaku, sikap, perangai dsb. Harus boleh diukur dan dilakukan oleh pelajar setelah mengikuti sesuatu unit pengajaran dan pembelajaran.

1.1.2Perspektif ObjektifObjektif pengajaran boleh dilihat daripada 3 perspektif penting: a.Perspektif Guru Objektif pengajaran memberikan rangka tindakan untuk proses pengajaran yang dipertanggungjawapkan kepadanya. Dengan adanya objektif pengajaran, guru dapat menilai sama ada matlamat pengajarannya tercapai atau sebaliknya. Guru akan merasa berpuas hati jika objektif pengajaranya tercapai. Andainya objektif tidak tercapai ia mungkin telah disebabkan oleh beberapa hal sepertii.Objektif itu terlalu tinggi dan tidak sesuai dengan kebolehan murid-murid. ii.Pengetahuan sedia murid-murid kurang untuk membolehkan mereka mengikuti pelajaran berkenaan. iii. Kaedah mengajar guru itu tidak sesuai. Objektif pengajaran dapat membantu dalam merancang dan melaksanakan p&p dengan cara yang sistematik dan berkesan. Seperti dalam perkara: i.Menentukan strategi pengajaran. ii.Mengenal pasti bahan-bahan pengajaran. iii.Menentukan tugasan & aktiviti yang hendak dijalankan.IvMenganggarkan bentuk penilaian. v.Menentukan masa & ruang. vi.Menganggarkan kadar pencapaian pelajar. b.Perspektif Pelajar Objektif pengajaran memberi maklumat jangkaan terhadap apa yang telah dipelajari pelajar. c.Perspektif Pentadbir Objektif pengajaran berfungsi untuk menyemak sama ada guru telah menjalankan proses pengajaran seperti yang tercatat dalam sukatan pelajaran dan rancangan mengajar.

1.1.4Kriteria Memilih Objektif Penentuan sama ada objektif yang dipilih adalah mencukupi, boleh disemak dengan membuat pertanyaan berikut:

a.Kesempurnaan Adakah semua objektif merangkumi kehendak hasil penting KBSR (Kurikulum Baru Sekolah Rendah) atau KSSR ( Kurikulum Standard Sekolah Rendah ) atau PBS ( Pentaksiran Berasaskan Sekolah )? Kesesuaian adakah objektif memenuhi hasrat sekolah Harmoni Adakah objektif berharmoni dengan prinsip-prinsip pembelajaran? Pragmatik Adakah objektif setaraf (realistik) dengan kebolehan pelajar, kemudahan dan masa ?

1.1.5Objektif Am Dan KhususObjektif am ialah hasil pengajaran yang dikehendaki meliputi satu set (kumpulan) kemahiran dalam sesuatu tempoh masa. Contoh : Murid mempercayai bahawa jirim mempunyai jisimObjektif khusus pembelajaran ialah hasil pembelajaran pelajar yang khusus dan boleh diperhatikan. Ia adalah pecahan kepada ciri-ciri objektif am. Objektif khusus ini adalah objektif-objektif yang menerangkan prestasi pelajar atau murid yang dikehendaki. Contoh: Murid dapat menuliskan dan melukis tiga keadaan jirim iaitu pepejal, cecair dan gas.Hasil pembelajaran adalah satu set tingkahlaku atau kemahiran yang dapat dikuasai dan dilaksanakan oleh pelajar sebagai hasil daripada pengalaman mereka menjalani kursus, tempoh kelas, atau kurikulum. Sebagai contoh, pada akhir topik ini anda harus dapat memperihalkan istilah hasil pembelajaran.

Aktiviti 1Hasil-hasil pembelajaran yang hendak dicapai dipanggil objektif. Ianya hendaklah diketahui dengan jelas oleh guru dan murid. Bandingkan kedua-dua kaedah tradisional dan sistematik dalam sesuatu perancangan sesuatu kursus SCE 3108 contohnya. Kaedah tradisional:1. Tentukan bahan bagi kursus ini sepatutnya diliputi 2. Pilih buku tek dan/atau pilih bacaan untuk kursus.3. Bahagikan bacaan dalam unit-unit yang sepadan dengan bilangan minggu dalam semester4. Tentukan berapa banyak tugasan kerja rumah dan kertas yang anda perlukan5. Tentukan berapa banyak kuiz dan peperiksaan yang anda akan berikan6. Rizabkan buku-buku dan bahan lain7. Tulis sukatan pelajaran8. Sediakan pengajaran bersesuaian dengan kelas berkenaan.Kaedah sistematik1. Tentukan hasil pembelajaran kursus ini.2. Pilih strategi dan kaedah yang membolehkan pelajar mencapai hasil3. Memutuskan bagaimana anda akan mengukur hasil pencapaian pelajar. 4. Pilih tek dan bacaan berdasarkan hasil pembelajaran. 5. Bahagikan kursus ke dalam unit-unit logik berdasarkan hasil pembelajaran. 6. Membangunkan sukatan pelajaran yang memberitahu pelajar apa yang mereka perlu lakukan untuk mencapai hasil.Berdasar aktiviti 1, huraikan mengapakah anda perlu menulis hasil pembelajaran?

Hasil pembelajaran selari dengan hipotesis dalam eksperimen saintifik atau matlamat tertentu dalam peruntukan. Semua perkara-perkara ini memandu apa yang anda lakukan. Seorang saintis yang baik tidak akan memasuki makmal dan memulakan eksperimen tanpa matlamat dalam fikiran, dan tiada agensi yang akan memberikan peruntukan kepada cadangan tanpa tujuan tertentuNota: Apabila cuba untuk berfikir tentang hasil pembelajaran anda, berfikir tentang apa yang anda mahu pelajar anda mampu lakukan atau tahu 1 tahun selepas kursus selesai dan lebih 5 tahun selepas kursus berakhir.Hasil pembelajaran untuk kedua-dua guru dan murid. Hasil membimbing pengajar dari segi apa yang perlu dicapai. Dalam cara yang sama, hasil membimbing pelajar apa yang mereka sepatutnya belajar. Hasil ini perlu ada dalam sukatan pelajaran, perlu dibentangkan sebelum setiap sesi kelas, dan mahupun dimasukkan setiap sebelum peperiksaan.Aktiviti 2 : Dalam kumpulan anda dikehendaki mempunyai 1,Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Sains KBSM atau KSSR samada dari tahun 1 hingga tahun 6. Teliti objektif pembelajaran dan hasil pembelajaran. Senaraikan lima perbezaan antara hasil pembelajaran dan objektif pembelajaran berdasarkan HSP tersebut.WeeksLearningObjectives

Suggested Learning Activities

Learning Outcomes

Notes

Vocabulary

11.1Understandingthat sciencepart ofeveryday life.

Describe examples of naturalphenomena that students see a round them:a) growth of human from a baby to an adult,b) fall of a ball to the ground,c) melting of ice.

Discuss the uses and benefits ofscience in everyday life.Attend talks on careers in science.

student is able to:list what he sees around himthat is related to science,explain the importance ofscience in everyday life,name some careers in sciencesuch as:a) science teachersb) doctorsc) engineersd) environmental scientists

During learningActivities, bring outthe scienceConcepts andPrinciples students have learned inPrimary school.Talks on careersin science byProfessionals.

benefit faedahcareer kerjayadiscuss bincangkaneducator pendidikimportance kepentinganprofessional profesionalrelated berkaitanrole play main peranantalks ceramahnatural phenomena fenomena alam

1.2Objektif dan hasil pembelajaran dalam kurikulum sains sekolah rendah

Anda telah meneliti HSP dalam aktiviti 2 di atas, teliti juga bahagian hadapan nya anda akan dapati KBSR memperkukuhkan unsur-unsur pengetahuan, kemahiran, nilai murni demi melahirkan insan yang bersifat kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. KSSR pula menyediakan murid agar mampu berfungsi secara efektif di masa akan datang. Penilaian berasaskan sekolah (PBS) pula ialah proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum

Hasil Pembelajaran Dapat Dikenal Pasti Dalam Huraian Sukatan Pelajaran

1. Guru boleh mengenal pasti hasil pembelajaran khusus yang terkandung di bawah pelbagai lajur seperti:a. Objektif atau Objektif Khususb. Huraian atau Huraian Kandunganc. Kemahiran, Kemahiran Saintifik, atau Kemahiran Berfikird. Aktiviti atau Kegiatane. Nilaif. Unsur Patriotismeg. Catatan2. Guru harus membezakan hasil pembelajaran yang khusus daripada yang umum dalam bidang kognitif, afektif dan psikomotor 3. Sekiranya hasil pembelajaran itu telah dinyatakan secara umum, guru boleh menyatakannya semula secara khusus dengan panduan yang diberi.

Objektif mata pelajaran sains dicapai dengan memberi peluang kepada murid untuk:1. Memperoleh pengetahuan dan kefahaman tentang fakta dan konsep sains bagi membantu mereka memahami diri sendiri dan alam sekeliling.2.Memperkembangkan kemahiran berfikir bagi meningkatkan daya intelek.3.Memperkembangkan kemahiran dan sikap saintifik secara inkuairi.4.Meningkatkan minat semulajadi terhadap alam sekeliling.5.Menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dengan bertanggungjawab.6.Menangani sumbangan inovasi terkini dalam sains dan teknologi 7.Mengamalkan nilai murni dan sikap saintifik dalam kehidupan harian.

Teliti pula contoh dibawah.Contoh HSP Sains KBSR: Tahun 4

Jadual 1Objektif PencapaianCadangan Pengalaman Pengajaran

Objektif UmumObjektif Khusus

2. Memahami bahawa sifat fizikal dan ciri haiwan dan tumbuhan boleh digunakan untuk mengkelaskan kehidupan2.1 Mengenal sifat-sifat fizikal yang boleh dilihat pada haiwan2.2 Membezakan haiwan mengikut sifat-sifat fizikal yang dikenal pastiMemerhati sifat-sifat fizikal yang terdapat pada haiwanMengkelaskan haiwan mengikut sifat fizikal seperti berlulu, bersisik, berkaki, berkepak dan bercengkerang

1. Satu contoh HSP dalam bidang "Alam kehidupan" di beri dalam Jadual 1.2. Hasil pembelajaran umum dinyatakan di bawah lajur objektif umum3. Hasil pembelajaran khusus yang mesti dikuasai dinyatakan di bawah lajur objektif khusus.

Jadual 2: Jenis Pernyataan dalam P&PPernyataanJenis

a. Benda hidup boleh bergerak, makan, bernafas, merespons kepada stimuliIsi kandungan

b. Untuk menambahkan pengetahuan pelajar tentang sifat benda hidupProses pengajaran

c. Memperoleh pengetahuan tentang sifat benda hidupProses pembelajaran

d. Memahami sifat benda hidupHasil pembelajaran umum

e. Menghuraikan sifat benda hidupHasil pembelajaran khusus

Pernyataan 'a' hanya menyatakan isi kandungan dan tidak menyatakan sama ada pelajar harus menyenaraikan,mengenal pasti atau menghuraikan sifat benda hidup.Pernyataan 'b' bermaksud guru dan bukan pelajar yang akan menambahkanpengetahuan mengenai sifat benda hidup dan pernyataan ini merupakan proses pengajaranPernyataan 'c' bermakna pelajar memperolehi pengetahuan dan pernyataan ini merupakan proses pembelajaran dan bukan hasil pembelajaran.Pernyataan 'd' bermaksud pelajar dapat memahami dan pernyataan ini adalah hasil pembelajaran umum dan bukan khusus kerana "memahami sifat benda hidup" melibatkan pelbagai hasil pembelajaran khusus seperti:

Menyatakansifat benda hidupMengenalpasti sifat benda hidupMenerangkansifat benda hidupMembericontoh benda hidupMembezakanbenda hidup dan benda bukan hidupMengkelaskanbenda ke dalam kumpulan benda hidup dan benda bukan hidupPernyataan 'e' bermakna pelajar menghuraikan dan pernyataan ini merupakan hasil pembelajaran khusus. Dalam pembelajaran guru harus menentukan hasil pembelajaran khusus kerana mudah dinilai. Di sekolah rendah, guru boleh menyatakan hasil pembelajaran yang umum dengan berfokuskan kepada beberapa hasil pembelajaran khusus.Aktiviti4 : Pilih satu topik dalam HSP. Senaraikan kata kerja yang terdapat dalam objektif . Kategorikan samada a.ia eksplisit atau implisit. b.objektif umum atau khususc.isi kandungand.proses pengajaran e.proses pembelajaran.

1.3Ciri-ciri hasil pembelajaran yang baik

Hasil pembelajaran ialah apa yang boleh ditunjukkan oleh pelajar tentang pengetahuan dan kebolehan membuat sesuatu selepas sesuatu perkara diajar.Pengalaman pembelajaran yang diberi dalam proses pengajaran dan pembelajaran bukanlah hasil pembelajaran tetapi hanya merupakan cara untuk mencapai hasil pembelajaran.Isi kandungan, kaedah mengajar dan bahan pengajaran dalam proses pengajaran merupakan alat atau cara untuk mencapai hasil pembelajaran.Komponen-komponen dalam hasil pembelajaran ialah, a. Isi pelajaran b. Tingkah laku (kata kerja) c. Kriteria d. SyaratContoh, di akhir proses pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat mengukur ( kata kerja ) isipadu ( isi pelajaran ) bendalir dengan menggunakan silinder penyukat. ( Kriteria )Komponen lain dalam hasil pembelajaran ialah A audiance B behaviour C content D degree S situation Contoh, di akhir proses pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat (A) mengukur (B) lima jenis (D) isipadu bendalir yang berlainan (C) dengan menggunakan silinder penyukat semasa menjalankan eksperimen (S)Ciri-ciri hasil pembelajaran yang baik mengandungi semua komponen tersebut. Aktiviti 5 : Pilih satu topik dalam HSP. Nyatakan 5 hasil pembelajaran yang baik yang mengandungi komponen-komponen yang dinyatakan. Penentuan hasil pembelajaran atau objektif khusus hendaklah diterangkan dalam bentuk hasil pembelajaran di akhir kelas. Kaedah yang baik ialah dengan cara: Terangkan objektif am Terangkan beberapa objektif yang khusus yang mewakili satu-satu objektif am tadi. Objektif khusus ini perlu dirumuskan dan ditulis secara spesifik. Spesifik ertinya khusus. Khusus disini bermaksud satu. Jadi satu objektif khusus hanya mengandungi satu pola tingkah laku atau pernyataan. Contoh: Murid mengetahui besi berkarat dan menjalankan eksperimen Contoh objektif di atas tidak khusus, kerana ada dua pola tingkah laku yang terkandung di dalamnya, iaitu (i) jenis logam iaitu besi dan (ii) syarat pengaratan berlaku. Objektif khusus di atas perlu dijadikan dua: Murid dapat menyenaraikan bahan logam yang boleh berkarat iaitu besi dan dapat menjalankan eksperimen bagaimana syarat pengaratan berlaku.Objektif khusus perlu ditulis dengan jelas dan nyata . Jelas dan nyata disini bermaksud boleh diukur dan diperhatikan (dilihat) Elakkan daripada menggunakan perkataan yang abstrak, implisit (terselindung atau tidak jelas) yang tidak dapat dilihat, diukur dan sukar dinilai. Contoh istilah atau kata kerja yang dapat digunakan dalam menulis objektif yang jelas: Menulis ; murid dapat menuliskan ... ......... Menyebut ; murid dapat menyebutkan ...... Memilih ; murid dapat memilih ......... Mendemonstrasikan ;murid dapat mendemonstrasikan .... Ralph Tyle dan Gange, menyatakan tiga sebab mengapa objektif pengajaran perlu ditulis dengan jelas: Objektif yang jelas dapat membimbing dalam proses pengajaran dan pembelajaran . Objektif yang jelas dan teliti itu akan membantu guru merencanakan langkah-langkah yang akan dilakukan murid dalam mencapai tujuan itu, begitu juga dalam pengajaran guru. Membantu guru dalam menyiapkan tindakan penilaian. Agar murid dapat menyiapkan dirinya sendiri. Oleh itu objektif perlu diketahui oleh murid sebelum pengajaran bermula, supaya murid dapat menyiapkan dirinya sebaiknya dalam mencapai tujuan itu. Objektif hendaklah ditulis dengan terang dan ringkas (tidak perlu menggunakan bahasa berbunga ). Objektif bagi sesuatu pelajaran hendaklah realistik dan sesuai dengan peringkat umur murid yang ditujukan. Sekiranya objektif terlalu tinggi untuk peringkat umur murid berkenaan, maka objektif itu tidak dapat dicapai dalam pengajaran. Sebaliknya, jika objektif terlalu rendah, maka pelajaran tersebut tidak mencabar kebolehan murid-murid dan akan menjemukan. Penetapan dan penulisan objektif hendaklah tepat dan sempurna supaya boleh dijadikan panduan yang berguna untuk proses penilaian. Soalan ujian hendaklah berdasarkan objektif khusus pengajaran. Pada kebiasaannya dalam pembentukan objektif atau jenis hasil pembelajaran yang perlu ditunjukkan bergantung kepada beberapa domain atau bidang yang diberi penekanan. Terdapat tiga (3) domain dalam aktiviti pendidikan, iaitu : Domain kognitif Melibatkan perkembangan kemahiran kebolehan intelek murid Domain afektif Melibatkan perkembangan sikap dan nilai murid Domain psikomotor Melibatkan perkembangan kemahiran dan kebolehan fizikal atau otot. Aktiviti 5 : Pilih satu topik dalam HSP. Kategorikan hasil pembelajaran Kategorikan hasil pembelajaran berdasarkan 3 domain yang dinyatakan.