TAJUK 2 PERJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAANvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/TAJUK 2.pdf · •Gerakan...

40
TAJUK 2 PERJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAAN Penentangan penjajahan Penentangan secara bersenjata Gerakan nasionalisme Pengaruh dalaman dan luaran Rancangan kemerdekaan Kesatuan Malaya/Malayan Union 1946 Persekutuan Tanah Melayu 1948 Peranan parti politik Persediaan ke arah kemerdekaan 1

Transcript of TAJUK 2 PERJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAANvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/TAJUK 2.pdf · •Gerakan...

Page 1: TAJUK 2 PERJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAANvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/TAJUK 2.pdf · •Gerakan nasionalisme •Pengaruh dalaman dan luaran •Rancangan kemerdekaan •Kesatuan Malaya/Malayan

TAJUK 2PERJUANGAN MENCAPAI

KEMERDEKAAN•Penentangan penjajahan

•Penentangan secara bersenjata

•Gerakan nasionalisme•Pengaruh dalaman dan luaran

•Rancangan kemerdekaan•Kesatuan Malaya/Malayan Union 1946•Persekutuan Tanah Melayu 1948•Peranan parti politik•Persediaan ke arah kemerdekaan

1

Page 2: TAJUK 2 PERJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAANvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/TAJUK 2.pdf · •Gerakan nasionalisme •Pengaruh dalaman dan luaran •Rancangan kemerdekaan •Kesatuan Malaya/Malayan

PERJUANGAN MENCAPAIKEMERDEKAAN

Sebab-sebab Penentangan Masyarakat Tempatan

• Tidak puas hati dengan dasar dan pentadbiranInggeris

– Campur tangan dalam hal ehwal tempatan

– Kuasai pentadbiran ekonomi / eksploitasi

– Cukai

– Kurang memahami adat resam/budaya tempatan

• Kesan dasar Inggeris

– Pemimpin tempatan hilang kuasa dan hak

– Rakyat hilang sumber rezeki

2

Page 3: TAJUK 2 PERJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAANvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/TAJUK 2.pdf · •Gerakan nasionalisme •Pengaruh dalaman dan luaran •Rancangan kemerdekaan •Kesatuan Malaya/Malayan

Naning (1831-1832)Tokoh : Penghulu Dol Said

• Inggeris dakwa Naning adalah sebahagian dari Melaka• Inggeris mengenakan cukai terhadap penduduk Naning• Aduan penduduk kepada Inggeris Penghulu Dol Said

telah merosakkan tanamannya• Pihak Inggeris menuntut Penghulu Dol Said membayar

ganti rugi tetapi tidak dihiraukan oleh beliau• Penghulu Dol Said dan orang-orangnya menentang

Inggeris dan mendakwa Naning bukannya sebahagiandari Melaka

• Inggeris yang diketuai oleh Kapten Wyllie menyerangNaning - Penghulu Dol Said menyerah diri

• Inggeris mengisytiharkan Naning sebahagian daripadaMelaka

3

Page 4: TAJUK 2 PERJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAANvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/TAJUK 2.pdf · •Gerakan nasionalisme •Pengaruh dalaman dan luaran •Rancangan kemerdekaan •Kesatuan Malaya/Malayan

Selangor (1867-1874)

Tokoh : Raja Mahadi

• Perang Kelang di Selangor di antara Raja Mahadi danTengku Kudin

• Raja Mahadi bangkit menentang Tengku Kudin denganbantuan Yap Ah Loy

• Tengku Kudin telah meminta bantuan Inggeris untukmenghapuskan ancaman Raja Mahadi

• Pihak Inggeris menyerang Raja Mahadi yang dikaitkandengan kegiatan lanun

• Raja Mahadi menentang tetapi gagal

• Penentangan Raja Mahadi berakhir pada bulan Mac 1874 dan beliau melarikan diri ke Sungai Ujong

4

Page 5: TAJUK 2 PERJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAANvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/TAJUK 2.pdf · •Gerakan nasionalisme •Pengaruh dalaman dan luaran •Rancangan kemerdekaan •Kesatuan Malaya/Malayan

Perak (1875)Tokoh : Sultan Abdullah, Raja Ismail, Dato’ Maharaja Lela,

Tok Sagor, Pandak Endut

• Perlantikan J.W.W. Birch tidak disenangi oleh pembesartempatan – beliau campur tangan dalam adat istiadat orang-orang Melayu

• Inggeris menyekat kebebasan sultan, mengambil alih kuasamemungut cukai, menghapuskan perhambaan dan mengubahsistem pentadbiran tradisional

• Pembesar tempatan termasuk Sultan Abdullah merancang untukmenghapuskan Birch - Birch telah dibunuh oleh Seputum

• Tindakan Inggeris :

– Dato’ Maharaja Lela, Tok Sagor, Pandak Endut dan Seputum dihukum bunuh di Matang pada bulan 1876

– Sultan Abdullah, Ngah Ibrahim, Datuk Laksamana dan DatukSyahbandar dibuang negeri ke Pulau Seychelles

– Raja Ismail dibuang negeri ke Johor 5

Page 6: TAJUK 2 PERJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAANvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/TAJUK 2.pdf · •Gerakan nasionalisme •Pengaruh dalaman dan luaran •Rancangan kemerdekaan •Kesatuan Malaya/Malayan

Negeri Sembilan (1875-1876)

Tokoh : Tengku Antah• Perebutan kuasa antara Tengku Antah dengan Dato’ Kelana

Sayyid Abdul Rahman• Dato’ Kelana tidak mengiktiraf Tengku Antah sebagai

Yamtuan Besar Seri Menanti• Tengku Antah tidak mengiktiraf Dato’ Kelana sebagai

pemerintah di Sungai Ujong• Inggeris memihak kepada Dato’ Kelana dan menyerang

Tengku Antah• Tengku Antah cuba menentang tetapi gagal• Tengku Antah terpaksa menandatangani perjanjian dengan

Inggeris• Selepas perundingan Inggeris mengiktiraf semula Tengku

Antah sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti dan jajahannya

6

Page 7: TAJUK 2 PERJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAANvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/TAJUK 2.pdf · •Gerakan nasionalisme •Pengaruh dalaman dan luaran •Rancangan kemerdekaan •Kesatuan Malaya/Malayan

Pahang (1891-1895)

Tokoh : Tok Gajah, Dato’ Bahaman, Mat Kilau

• Pembesar tempatan tidak senang hati dengan perlantikanJ.P. Rodger sebagai Residen

• Rodger telah mengubah pentadbiran tradisional denganmemperkenalkan jawatan pemungut cukai dan majistret

• Pembesar tempatan hilang mata pencarian

• Tok Gajah, Dato’ Bahaman dan Mat Kilau telah menyerangBalai Polis Lubuk Trua dan Balai Polis Kuala Tembeling

• Berjaya menawan Temerloh dan kubu Inggeris di JeramAmpai

• Inggeris bertindak balas menawan semula Jeram Ampai

• Tok Gajah, Dato’ Bahaman dan Mat Kilau melarikan diri keTerengganu, Kelantan dan akhirnya ke Siam

7

Page 8: TAJUK 2 PERJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAANvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/TAJUK 2.pdf · •Gerakan nasionalisme •Pengaruh dalaman dan luaran •Rancangan kemerdekaan •Kesatuan Malaya/Malayan

Sarawak (1853-1860)Tokoh : Sharif Masahor

• Brooke memperkenalkan sistem pemerintahan yang baru dancuba menguasai kawasan Sungai Rejang

• Sharif Masahor ialah Gabenor Sarikei di Sungai Rejang yang dilantik oleh Sultan Brunei

• Sharif Masahor bersama Datuk Patinggi Abdul Gapurmenentang kubu Brooke di Kanowit pada Jun 1859

• Pegawai Brooke iaitu Charles Fox dan Henry Steel dibunuh

• Awal tahun 1860 Sharif Masahor telah menyerang Kuching

• Tentera Brooke berjaya mematahkan serangan tersebut

• Sharif Masahor telah dibuang negeri ke Singapura oleh Sultan Brunei

• Datuk Patinggi Abdul Gapur ditangkap oleh pihak Belanda dandipenjarakan di Betawi

8

Page 9: TAJUK 2 PERJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAANvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/TAJUK 2.pdf · •Gerakan nasionalisme •Pengaruh dalaman dan luaran •Rancangan kemerdekaan •Kesatuan Malaya/Malayan

Sarawak (1853-1861)

Tokoh : Rentap

• Punca penentangan apabila Brooke meluaskan kuasanyake kawasan yang dipimpin oleh Rentap

• Brooke juga telah menghapuskan kegiatan pelanunandan amalan memburu kepada manusia

• Rentap telah menyerang kubu Brooke di Sungai Skrangdan membunuh pegawai Brooke iaitu Alan Lee

• Rentap membina kubu di Bukit Sadok dan berjayamematahkan serangan Brooke pada 1854 dan 1857

• Tahun 1861 Brooke melancarkan serangan besar-besaran ke atas Bukit Sadok dengan menggunakan‘meriam tembaga’

• Rentap dan pengikutnya mengalami kekalahan teruk danmelarikan diri ke kawasan pedalaman

9

Page 10: TAJUK 2 PERJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAANvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/TAJUK 2.pdf · •Gerakan nasionalisme •Pengaruh dalaman dan luaran •Rancangan kemerdekaan •Kesatuan Malaya/Malayan

Sabah (1894-1900)

Tokoh : Mat Salleh

• Mat Salleh adalah pemimpin kaum Iranom, Bajau dan Sulu

• Menentang Syarikat Berpiagam Borneo Utara kerana cukai, pembangunan besar-besaran, perluasan kuasa danpenganiayaan Inggeris terhadap Mat Salleh

• Mat Salleh menyerang dan memusnahkan pelabuhan Syarikat di Pulau Gaya pada 1897

• Membina kubu di Ranau dan menyerang Ambong

• Pihak Syarikat gagal menyerang balas tetapi akhirnya berjayamemerangkap Mat Salleh dengan tipu helah

• Mat Salleh diberikan hak mentadbir Tambunan tetapi telahdikepung oleh pihak Syarikat

• Mat Salleh terbunuh dalam satu serangan pada bulan Januari1900

10

Page 11: TAJUK 2 PERJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAANvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/TAJUK 2.pdf · •Gerakan nasionalisme •Pengaruh dalaman dan luaran •Rancangan kemerdekaan •Kesatuan Malaya/Malayan

Sabah (1915)

Tokoh : Antanum

• Antanum adalah pemimpin kaum Murut

• Punca penentangan ialah kerana penindasan Syarikat ke atas orang Murut seperti sekatan amalan pertanianpindah, membina jalan raya dan menjadikan merekahamba tanpa membayar upah

• Penentangan Antanum dikenali Kebangkitan Rundum-Pada 1915 - menyerang dan membakar Pensianganserta menyerang Rundum

• Rundum berjaya dipertahankan oleh pihak Syarikat

• Antanum membina kubu di Sungai Selangit tetapitelah diserang oleh pihak Syarikat dan Antanumterbunuh

11

Page 12: TAJUK 2 PERJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAANvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/TAJUK 2.pdf · •Gerakan nasionalisme •Pengaruh dalaman dan luaran •Rancangan kemerdekaan •Kesatuan Malaya/Malayan

Kelantan (1915)

Tokoh : Tok Janggut (Haji Wan Hassan)

• Tok Janggut adalah Ketua Kampung Nering di Pasir Puteh danulama yang dihormati

• Memberontak selepas Inggeris menubuhkan balai polis danmengenakan cukai kepala, pertanian dan ternakan

• Tok Janggut tidak membayar cukai telah dikenakan saman dandikehendaki hadir ke mahkamah - enggan menghadiriperbicaraan

• Sarjan Che Wan diarahkan menangkap Tok Janggut tetapi telahdibunuh

• Tok Janggut, Engku Besar Tun Ahmad dan Mat Kilaumelancarkan serangan dan berjaya menawan Balai Polis PasirPuteh

• Engku Besar dan Tok Janggut menubuhkan kerajaan sementaradi Jeram dan Pasir Puteh

• Inggeris menyerang Jeram dengan bantuan tentera dari NNMB dan Tok Janggut telah terkorban

12

Page 13: TAJUK 2 PERJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAANvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/TAJUK 2.pdf · •Gerakan nasionalisme •Pengaruh dalaman dan luaran •Rancangan kemerdekaan •Kesatuan Malaya/Malayan

Terengganu (1921-1928)

Tokoh : Haji Abdul Rahman Limbong

• Penentangan Haji Abdul Rahman dikenali sebagaiPemberontakan Tani

• Menentang apabila Inggeris menguatkuasakan undang-undangtanah

• Rakyat dikenakan pas tanah pertanian dan pelbagai cukai• Haji Abdul Rahman mendakwa tanah ialah hak Allah dan

Inggeris tidak berhak mengenakan cukai• Penentangan berlaku pada tahun 1922, 1925 dan 1928• Haji Abdul Rahman bersama para pemimpin Kuala Berang

menghalau anggota polis di Alor Limbat, menyerang PejabatDaerah Kuala Berang dan merancang untuk menyerang Kuala Terengganu

• Inggeris mengisytiharkan perang terhadap Haji Abdul Rahman• Haji Abdul Rahman ditangkap dan dijatuhkan hukuman buang

negeri, beliau telah meninggal dunia di Mekah• Para pengikutnya telah dipenjarakan

13

Page 14: TAJUK 2 PERJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAANvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/TAJUK 2.pdf · •Gerakan nasionalisme •Pengaruh dalaman dan luaran •Rancangan kemerdekaan •Kesatuan Malaya/Malayan

GERAKAN NASIONALISME• Nasionalisme - semangat / ideologi yang cintakan bangsa

dan negara

• Pergerakan untuk mencapai kebebasan dari kekuasaanasing

• Bertujuan untuk menjaga kepentingan bangsa dan negara

• Kebangkitan semangat nasionalisme di Tanah Melayuberpunca daripada tindak-tanduk penjajah Inggerismengeksploitasi ekonomi, mengenakan dasar imperialismedan menindas penduduk

• Penduduk tempatan berjuang ke arah pemerintahansendiri, membebaskan diri dari belenggu penjajahan sertamemertabatkan kedaulatan bangsa dan negara

14

Page 15: TAJUK 2 PERJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAANvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/TAJUK 2.pdf · •Gerakan nasionalisme •Pengaruh dalaman dan luaran •Rancangan kemerdekaan •Kesatuan Malaya/Malayan

FAKTOR PENDORONG SEMANGAT NASIONALISME

Pengaruh luaran

• Perang Rusia-Jepun(1904-1905)

• Perjuangan Indonesia menentang Belanda

• Gerakan Turki

• Gerakan PemulihanIslam di Mesir.

Pengaruh dalaman

• Agama

• Akhbar dankewartawanan

• Bahasa dankesusasteraan

• Golongan intelektual

15

Page 16: TAJUK 2 PERJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAANvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/TAJUK 2.pdf · •Gerakan nasionalisme •Pengaruh dalaman dan luaran •Rancangan kemerdekaan •Kesatuan Malaya/Malayan

Pengaruh luaranPerang Rusia-Jepun (1904-1905)• Perang berlaku disebabkan

persaingan untuk meluaskankuasa di Timur Jauh (khasnyaManchuria dan Korea)

• Tentera Rusia kalah teruk. • Peperangan ditamatkan

dengan Perjanjian Portsmouth (1905)

• Kemenangan Jepun menaikkannama Jepun sebagai kuasaAsia yang setara dengan kuasabesar Eropah lain.

• Ini memberi inspirasi kepadasemangat nasionalisme negaraAsia lain termasuk Tanah Melayu

Gerakan Nasionalis Indonesia

• Pejuang nasionalis menentangBelanda kerana masalahketidakseimbangan ekonomidan pengasingan sosial

• Pertubuhan untuk menentangBelanda– Sarekat Dagang Islam (berjaya

diharamkan oleh Belanda)

– Sarekat Islam (1912)

– Parti Nasional Indonesia (PNI)

• Persamaan budaya dan bahasamenyebabkan rakyat Tanah Melayu dipengaruhi denganperkembangan nasionalismedi Indonesia.

16

Page 17: TAJUK 2 PERJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAANvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/TAJUK 2.pdf · •Gerakan nasionalisme •Pengaruh dalaman dan luaran •Rancangan kemerdekaan •Kesatuan Malaya/Malayan

Pengaruh luaranPengaruh dari Mesir

• Gerakan Pemulihan Islam bertujuan membangkitkankesedaran di kalangan umat Islam untuk menentang Inggeris.

• Dipelopori oleh SyeikhMuhammad Abduh (1849-1905)

• Syeikh Muhammad Abdul menekankan kepentingnmencapai kemajuan dalam Islam melalui pengembangan ilmu danmengikut ajaran Islam sebenar

• Pelajar Tanah Melayu di Mesirseperti Syeikh Mohd TahirJalaluddin Al-Azhari dan SyedSyeikh Al-Hadi menerimapengaruh ini danmenyebarkannya di Tanah Melayu

Pengaruh dari Turki

• Kuasa Barat seperti Perancis, Rusia dan Britain mengambilkesempatan menyebarkan idea-idea Barat di wilayah TimurTengah yang menyebabkan nilai-nilai agama diketepikan.

• Gerakan Fahaman Jamiah Islam diwujudkan untuk memulihkankesedaran tentang Islam danmengembalikan zamankegemilangan Islam

• Gerakan ini mendorong umatIslam di seluruh dunia untukbersatu menentang ancamanimperialisme Barat ke atas orangIslam

17

Page 18: TAJUK 2 PERJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAANvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/TAJUK 2.pdf · •Gerakan nasionalisme •Pengaruh dalaman dan luaran •Rancangan kemerdekaan •Kesatuan Malaya/Malayan

Pengaruh DalamanFaktor Agama Islam

• Para ulama dan guru agama memainkan peranan pentingdalam masyarakat Melayu khususnya dalam membangkitkankesedaran Islam dan membebaskan diri dari cengkamanpenjajahan melalui perkembangan pendidikan Islam sekitarabda 19 dan 20.

• Mereka terdiri daripada lulusan universiti Al-Azhar, Mesir danramai terpengaruh dengan idea Sheikh Muhammad Abduh

• Terdiri daripada tokoh seperti Syed Syeikh Al-Hadi, SyeikhMohd. Tahir Jalaluddin, Haji Abas Mohd. Taha dan SyeikhMohd. Salim A. Kalali (juga dikenali Kaum Muda)

• Mengembangkan pengaruh melalui pendidikan Islam dimadrasah seperti Madrasah Al-Iqbal Al-Islamiyah, MadrasahAl-Hadi, Madrasah Al Mansur, Madrasah al Muhammadiahdsb.

18

Page 19: TAJUK 2 PERJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAANvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/TAJUK 2.pdf · •Gerakan nasionalisme •Pengaruh dalaman dan luaran •Rancangan kemerdekaan •Kesatuan Malaya/Malayan

Pengaruh Dalaman:Akhbar dan Kewartawanan

• Akhbar dan kewartawanan menjadi medium penting dalam

menyebarkan idea kebebasan dan semangat nasionalisme di

kalangan orang-orang Melayu untuk menentang penjajahan

Inggeris

• Tokoh utama ialah Syed Syeikh Al-Hadi, Syeikh Mohd. Tahir

Jalaluddin, Burhanuddin al-Helmi, Abdul Rahim Kajai, Ibrahim

Haji Yaakub, Ishak Haji Muhammad, Zainal Abidin Ahmad

(Za’aba).

• Kegiatan media cetak ini membawa kepada penubuhan

Kesatuan Melayu Muda yang dipelopori oleh Ibrahim Yaakub

• Antara akhbar/majalah : Jawi Peranakan, Al-Imam, Neracha,

Pengasuh, Idaran Zaman, Al-Ikhwan, Saudara, Warta Melaya,

Majlis, Utusan Melayu dan Warta Sarawak 19

Page 20: TAJUK 2 PERJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAANvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/TAJUK 2.pdf · •Gerakan nasionalisme •Pengaruh dalaman dan luaran •Rancangan kemerdekaan •Kesatuan Malaya/Malayan

Pengaruh Dalaman:Bahasa dan Kesusasteraan

• Perjuangan melalui bahasa dan kesusasteraan dipelopori oleh tokohberpendidikan Melayu seperti Za’ba, Harun Aminurrashid, KamaludinAhmad (Keris Mas) dan Usman Awang (Tongkat Waran)

• Perjuangan bermula dengan penubuhan Maktab Latihan Sultan Idris diTanjung Malim, Perak - Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarutama

• Penulisan mengenai kelemahan dan kemunduran untuk membangkitkankesedaran orang-orang Melayu yang ditindas oleh Inggeris

• Antara karya utama ialah Cenderamata, Majalah Guru, KemiskinanOrang Melayu, Jalan Keselamatan bagi Orang Melayu, Umbi Kemajuandan Melor Kuala Lumpur

• Za’ba menubuhkan Persatuan Persuratan Melayu (1923) untukmenggalakkan perkembangan sastera Melayu

• Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) ditubuhkan 1950 di Singapurauntuk mempertingkatkan kesusasteraan dan penggunaan bahasaMelayu sebagai alat perpaduan untuk mencapai kemerdekaan 20

Page 21: TAJUK 2 PERJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAANvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/TAJUK 2.pdf · •Gerakan nasionalisme •Pengaruh dalaman dan luaran •Rancangan kemerdekaan •Kesatuan Malaya/Malayan

Pengaruh Dalaman:Golongan Intelektual

• Perkembangan pendidikan Islam (madrasah/Timur Tengah), Inggerisdan Melayu melahirkan tiga kumpulan intelektual Melayu

• Intelektual berpendidikan agama

– Timur Tengah; Syed Syeikh Al-Hadi, Mohd. Tahir Jalaluddin dan HajiAbas Mohd. Taha

– Tanah Melayu; Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Othman Abdullah danSalmah Mohsin

• Intelektual berpendidikan Melayu

– Ibrahim Haji Yaakub, Harun Aminurrashid, Hasan Manan, Abdul Karim Rashid dan Isa Mahmud

• Intelektual berpendidikan Inggeris

– Mohd Eunos Abdullah, Ishak Haji Muhammad dan Raja Chulan

• Menubuhkan beberapa persatuan seperti Kesatuan Melayu Malaya (1937), Kesatuan Melayu Singapura (1926), Kesatuan Melayu Selangor (1938) dll.

21

Page 22: TAJUK 2 PERJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAANvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/TAJUK 2.pdf · •Gerakan nasionalisme •Pengaruh dalaman dan luaran •Rancangan kemerdekaan •Kesatuan Malaya/Malayan

RANCANGAN KEMERDEKAAN

• Rancangan untuk mencapai kemerdekaan bermula secaraaktif selepas Perang Dunia Kedua

• Penduduk Tanah Melayu lebih responsif terhadap sebarangperubahan dasar yang diperkenalkan oleh Inggeris.

• Inggeris sedar mereka tidak dapat berkuasa sepenuhnya dinegeri-negeri Melayu

• Rancangan untuk menyediakan Tanah Melayu merdekadilaksanakan oleh Inggeris berdasarkan tuntutan rakyatmelalui parti-parti politik

• Kesatuan Malaya (1946) – mendapat tentangan -ditamatkan pada Julai 1946

• Persekutuan Tanah Melayu (1948) – lebih diterima

22

Page 23: TAJUK 2 PERJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAANvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/TAJUK 2.pdf · •Gerakan nasionalisme •Pengaruh dalaman dan luaran •Rancangan kemerdekaan •Kesatuan Malaya/Malayan

KESATUAN MALAYAKandungan perlembagaan /Syarat perjanjian:

1. Semua negeri Melayu, Pulau Pinang danMelaka digabungkan di bawah satupentadbiran.

2. Singapura kekal sebagai jajahan Inggeris

3. Ketua pentadbir Gabenor Inggeris & dibantuMajlis Kerja dan Majlis Mesyuarat Undangan

4. Majlis Mesyuarat Negeri dikekalkan untukmengendalikan hal ehwal tempatan dandiletakkan di bawah kawalan pusat. Raja-raja Melayu hanya berperanan sebagai penasihat

23

Page 24: TAJUK 2 PERJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAANvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/TAJUK 2.pdf · •Gerakan nasionalisme •Pengaruh dalaman dan luaran •Rancangan kemerdekaan •Kesatuan Malaya/Malayan

KESATUAN MALAYAKandungan perlembagaan /Syarat perjanjian:

5. Majlis Mesyuarat Undangan mempunyai bilanganahli rasmi & tidak rasmi yang sama banyak

6. Kerakyatan berdasarkan prinsip jus soli :

a. mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan telahbermastautin di TM selama 10 tahun daripada tempoh 15 tahun yang lalu sebelum 15 Februari 1942.

b. Lahir di TM atau Singapura serta bermastatutin sebelumpenubuhan MU.

c. Menetap di TM atau Singapura selama 5 tahun

d. Rakyat British; tanpa hilang kerakyatan British

e. Mereka yang mengangkat sumpah taat setia kepada MU.

24

Page 25: TAJUK 2 PERJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAANvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/TAJUK 2.pdf · •Gerakan nasionalisme •Pengaruh dalaman dan luaran •Rancangan kemerdekaan •Kesatuan Malaya/Malayan

REAKSI DAN TENTANGAN TERHADAP KESATUAN MALAYA

Punca penentangan orang Melayu

• Tidak mengambil kira pandangan orang Melayu

• Penghapusan kuasa dan kedaulatan raja-raja Melayu

• Pemberian syarat kewarganegaraan yang longgarkepada kaum bukan Melayu

• Hak keistimewaan orang-orang Melayu sebagai kaumpribumi akan terhapus

• Cara dan sikap wakil Inggeris (Harold MacMichael) dalam mendapatkan persetujuan raja-raja Melayu--peras ugut

25

Page 26: TAJUK 2 PERJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAANvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/TAJUK 2.pdf · •Gerakan nasionalisme •Pengaruh dalaman dan luaran •Rancangan kemerdekaan •Kesatuan Malaya/Malayan

PENENTANGAN HEBAT DARIPADA ORANG MELAYU

Melalui Akhbar

• berita, pandangan & rencana menentangMU.

• Warta Negara, Majlis, Utusan Melayu dll

• Seruan– perhimpunan untuk

menentang MU. – penubuhan sebuah

pertubuhan

Sultan-sultan• Menghantar memorandum • Bantahan kepada Inggeris

Pertubuhan-pertubuhan Melayu• surat/petisyen bantahan dan

melancarkan tunjuk perasaan• tunjuk perasaan di Kota Bharu

dan Alor Setar• turut mengkritik sikap sultan • Mengadakan Kongres Melayu

yang membawa penubuhanUMNO

Page 27: TAJUK 2 PERJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAANvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/TAJUK 2.pdf · •Gerakan nasionalisme •Pengaruh dalaman dan luaran •Rancangan kemerdekaan •Kesatuan Malaya/Malayan

REAKSI ORANG BUKAN MELAYU• Peringkat awal – “tunggu dan lihat”

• Orang Cina dan India masih memberikan perhatianuntuk pulang ke negara asal

• Reaksi negatif kepada tindakan Inggeris menangguhkanpelaksanaan Kesatuan Malaya– Mengkritik Singapura dipisahkan daripada Tanah Melayu

– Menuntut kerakyatan bagi yang mahu taat setia padaTanah Melayu

• Penentangan melalui gerakan:– MDU (Malayan Demokratik Union) - parti berbilang –

anggap Kesatuan Malaya tidak demokratik

– AMCJA (All Malayan Council of Joint Action) diketuai olehTan Cheng Lock

27

Page 28: TAJUK 2 PERJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAANvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/TAJUK 2.pdf · •Gerakan nasionalisme •Pengaruh dalaman dan luaran •Rancangan kemerdekaan •Kesatuan Malaya/Malayan

REAKSI LUAR NEGARA

• Reaksi orang Inggeris melalui akhbar The Times, London. Antara pandangan :– Orang India dan Cine perlu bersedia untuk melucutkan

kerakyatan negara asal jika ingin menetap di TM

– Raja-raja Melayu perlu diberikan peluang dalam MajlisUndangan

– Hak orang Melayu dan agama Islam perlu dipelihara

• Bekas pegawai Inggeris yang pernah bertugas di TM seperti Frank Swettenham, R. O Windstedt, George Maxwell dan Cecil Clementi Smith tidak sepenuhnyabersetuju dengan rancangan Kesatuan Malaya

28

Page 29: TAJUK 2 PERJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAANvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/TAJUK 2.pdf · •Gerakan nasionalisme •Pengaruh dalaman dan luaran •Rancangan kemerdekaan •Kesatuan Malaya/Malayan

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (PTM) 1948

• Jawatankuasa Kerja (Julai 1946) ditubuhkan untukmenggubal perlembagaan baru menggantikan KesatuanMalaya

• Februari 1948 - Persekutuan Tanah Melayu diisytiharmenggantikan Kesatuan Melayu:

1. Terdiri 9 buah negeri Melayu, Melaka dan Pulau Pinang. Singapura kekal sebagai jajahan Inggeris

2. Diketuai Pesuruhjaya Tinggi British dan dibantu oleh MajlisMesyuarat Kerja dan Majlis Undangan Persekutuan. Keahlian Majlis Mesyuarat diperluaskan

3. Majlis Mesyuarat Undangan Negeri ditubuhkan di setiapnegeri. Sultan diberi hak ke atas negeri. Kerajaan negeribertanggungjawab terhadap pentadbiran kerajaan tempatan, urusan tanah, kesihatan, pendidikan, pertanian.

29

Page 30: TAJUK 2 PERJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAANvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/TAJUK 2.pdf · •Gerakan nasionalisme •Pengaruh dalaman dan luaran •Rancangan kemerdekaan •Kesatuan Malaya/Malayan

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (PTM) 1948

4. Penubuhan Majlis Raja-raja untuk menasihatiPesuruhjaya Tinggi

5. Jawatan Menteri Besar menggantikan Residen

6. Pemberian kerakyatan berdasarkan ciri-ciri berikut :a) Semua rakyat raja di sebuah negeri Melayub) Rakyat Inggeris yang lahir di P.Pinang dan Melaka dan

menetap 15 tahunc) Rakyat Inggeris yang lahir di Persekutuan yang bapanya

sendiri lahir di Persekutuan serta menetap 15 tahund) Orang yang lahir di Persekutuan, bertutur dalam Bahasa

Melayu serta mengamalkan adat istiadat Melayue) Orang yang lahir di Persekutuan dan ibu bapanya lahir di

Persekutuan dan menetap 15 tahun

30

Page 31: TAJUK 2 PERJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAANvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/TAJUK 2.pdf · •Gerakan nasionalisme •Pengaruh dalaman dan luaran •Rancangan kemerdekaan •Kesatuan Malaya/Malayan

REAKSI TERHADAP PTM 1948

• Orang Melayu lebih menerima

• Terdapat tentangan daripada sebahagian orang Melayu dan bukanMelayu

• PUTERA – gabungan beberapa parti Melayu yang dianggapberhaluan kiri dan radikal seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) - Dr Burhanuddin Al-Helmi, Angkatan Pemuda Insaf(API)-Ahmad Boestamam, Angkatan Wanita Sedar (AWAS)- ShamsiahFakeh.

• PUTERA memperjuangkan :

– Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi

– Hal ehwal luar negara dan pertahanan menjadi tanggungjawabbersama kerajaan TM dan Inggeris

– Perkataan ‘Melayu’ sebagai nama kewarganegaraan TM

– Bendera kebangsaan perlu mempunyai warna-warna kebangsaanMelayu

31

Page 32: TAJUK 2 PERJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAANvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/TAJUK 2.pdf · •Gerakan nasionalisme •Pengaruh dalaman dan luaran •Rancangan kemerdekaan •Kesatuan Malaya/Malayan

REAKSI TERHADAP PTM 1948

• AMCJA (Majlis Tindakan Bersama Tanah Melayu) diketuai Tan Cheng Lock. Memperjuangkan:– Penyatuan seluruh Tanah Melayu termasuk Singapura

– Pemerintahan sendiri melalui Badan Perundangan Pusatdengan keanggotaan yang dipilih sendiri oleh rakyat

– Hak kerakyatan yang sama bagi semua orang yang menganggap TM sebagai tanah air

• PUTERA bergabung dengan AMCJA pada 1947 untukmenentang PTM 1948– Membentuk “Perlembagaan Rakyat” – ditolak oleh Inggeris

– Melancarkan hartal (Penutupan Kedai) tetapi dipatahkanInggeris

32

Page 33: TAJUK 2 PERJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAANvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/TAJUK 2.pdf · •Gerakan nasionalisme •Pengaruh dalaman dan luaran •Rancangan kemerdekaan •Kesatuan Malaya/Malayan

PERANAN PARTI POLITIK DALAM PERJUANGAN KEMERDEKAAN• Aliran radikal/kekerasan

– PKM (1930), AWAS (1930), PKMM (1945), API (1946), PETA (1947)– pengaruh komunis dan gerakan komunismeIndonesia

• Gabungan parti berbilang kaum - Perikatan– UMNO (1946) , MCA (1949) dan MIC (1946) – sokongan

Inggeris

• Aliran Islam– Hizbul Muslimin (1948) dan PAS (1951) – saingan UMNO

• Aliran parti berbilang kaum– IMP (1951-1953) dan Parti Negara (1954) – Dato’ Onn –

tidak berjaya33

Page 34: TAJUK 2 PERJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAANvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/TAJUK 2.pdf · •Gerakan nasionalisme •Pengaruh dalaman dan luaran •Rancangan kemerdekaan •Kesatuan Malaya/Malayan

GERAKAN KOMUNIS

Parti Komunis Malaya(1930)

• Tujuan: menggulingkan Inggeris dan menubuhkan Republik Komunisdi Tanah Melayu dengan cara kekerasan

• Kurang mendapat sokongan rakyat kerana kekerasan.

• Selepas pengunduran Jepun, memerintah Tanah Melayu selama 14 hari melalui kekerasan

• Mendapat sokongan sebahagian orang Cina bermula sejakpenjajahan Jepun

• Pengaruh meluas dalam kesatuan sekerja, pertubuhan buruh & sekolah-sekolah Cina.

• Antara 1945-1948 – melaksanakan mogok pekerja, pembunuhanorang yang menyokong Inggeris dan pegawai Inggeris.

• Inggeris isytihar darurat seluruh TM 23 Jun 1948.

• Tindakan memerangi komunis: Menambah kekuatan pasukankeselamatan, Rancangan Briggs, memperkenalkan kampung-kampung baru, pasukan perisikan, kawasan putih dan kawasan hitam

• Rundingan Baling Julai 1955 – menamatkan darurat dan ancamankomunis 34

Page 35: TAJUK 2 PERJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAANvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/TAJUK 2.pdf · •Gerakan nasionalisme •Pengaruh dalaman dan luaran •Rancangan kemerdekaan •Kesatuan Malaya/Malayan

KESAN DARURAT• Usaha ke arah pemberian taraf berkerajaan sendiri dan

kemerdekaan oleh Inggeris kepada rakyat TM

• Melonggarkan kegiatan berpolitik aliran kiri/radikal

• Kegiatan ekonomi hampir lumpuh, beban kewanganbertambah

• Masalah kekurangan makanan

• Melonggarkan syarat-syarat kerakyatan serta jawatan dalamperkhidmatan awam TM pada tahun 1952

– Untuk tarik orang bukan Melayu

– Sistem kuota berasaskan Melayu-bukan Melayu dalamperkhidmatan

• Masalah perhubungan kaum terutama di antara Melayu danCina

– Jawatankuasa Antara Kaum ditubuhkan 194935

Page 36: TAJUK 2 PERJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAANvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/TAJUK 2.pdf · •Gerakan nasionalisme •Pengaruh dalaman dan luaran •Rancangan kemerdekaan •Kesatuan Malaya/Malayan

PENGENALAN SISTEM AHLI 1951• Bertujuan memberi pendedahan dan latihan kepada

pemimpin tempatan dalam hal-ehwal pentadbiran

• Beberapa ahli tidak rasmi Majlis UndanganPersekutuan diberi tanggungjawab mengetuai jabatan-jabatan kerajaan yang bersifat seorang menteri

• Setiap ahli bertanggungjawab kepada PesuruhjayaTinggi

• Dato’ Onn Jaafar (Hal-Ehwal Dalam Negeri), E.E.C Thuraisingham (Pelajaran), Dr. Lee Ting Keng(Kesihatan), Tunku Yaacob Sultan Abdul Hamid HalimShah (Pertanian dan Perhutanan) dan Dato’ Mahmud Mat (Tanah, Perlombongan dan Perhubungan)

36

Page 37: TAJUK 2 PERJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAANvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/TAJUK 2.pdf · •Gerakan nasionalisme •Pengaruh dalaman dan luaran •Rancangan kemerdekaan •Kesatuan Malaya/Malayan

PILIHAN RAYA

• Pilihan Raya Umum Penguasa Tempatan 1951-1952– Untuk memilih ahli-ahli Majlis Tempatan– Bertujuan untuk melatih penduduk Tanah Melayu

memilih pemimpin mereka sendiri sebagaipersediaan berkerajaan sendiri

• Pilihan Raya Umum Pertama, 1955– 52 buah kerusi yang dipertandingkan di peringkat

kebangsaan– Parti Perikatan memenangi 51 kerusi dan PAS satu

kerusi

37

Page 38: TAJUK 2 PERJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAANvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/TAJUK 2.pdf · •Gerakan nasionalisme •Pengaruh dalaman dan luaran •Rancangan kemerdekaan •Kesatuan Malaya/Malayan

RUNDINGAN KEMERDEKAAN

• Rundingan Kemerdekaan ke London Kerajaan British bersetuju memberi kemerdekaan

kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 Tanah Melayu kekal dalam lingkungan Komanwel

dengan sistem pemerintahan demokrasi Rakyat tempatan akan mengambil alih semua jawatan

penting seperti Menteri Pertahanan, MenteriKewangan dll

Pihak British dibenarkan menempatkan tenteranya diTanah Melayu

Sebuah badan bebas dibentuk bagi menggubalperlembagaan baru bagi Tanah Melayu iaituSuruhanjaya Reid

38

Page 39: TAJUK 2 PERJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAANvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/TAJUK 2.pdf · •Gerakan nasionalisme •Pengaruh dalaman dan luaran •Rancangan kemerdekaan •Kesatuan Malaya/Malayan

SURUHANJAYA REID

• Ditubuhkan Jun 1959 - untuk merangka satuPerlembagaan yang merdeka bagi Tanah Melayu

• Dipengerusikan oleh Sir Lord Reid (London)

• Ahli-ahlinya Sir Ivor Jennings (Britain), Sir William McKell (Australia), Hakim B. Malik(India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan)

• Menerima memorandum daripada pelbagaipihak (131 memorandum)

39

Page 40: TAJUK 2 PERJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAANvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/TAJUK 2.pdf · •Gerakan nasionalisme •Pengaruh dalaman dan luaran •Rancangan kemerdekaan •Kesatuan Malaya/Malayan

ASAS PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957

1. Yang Di Pertuan Agong sebagai Ketua Negara dan raja-raja sebagai ketua di negeri masing-masing

2. Kedudukan orang Melayu sebagai kaum bumiputera diTanah Melayu diiktiraf dan hak istimewa merekadijamin oleh perlembagaan (Perkara 153)

3. Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan; walaubagaimanapun bahasa Inggeris masih bolehdigunakan dalam Majlis Perundangan selama 10 tahunselepas merdeka.

4. Pemberian kerakyatan berdasarkan beberapa kaedah. 5. Islam dijadikan agama rasmi tetapi kebebasan

beragama bagi orang bukan Islam akan tetap terjamin.

40