Tajuk 3

3
Tajuk 3 : Pelbagai Fungsi Lukisan Perkataan lukisan dalam Bahasa Inggeris ialah ‘drawing’ yang asalnya dari dua bahasa iaitu German dan Latin. Beberapa buku menyatakan lukisan adalah aktiviti melukis yang menggunakan bahan kering atau basah untuk mendapatkan kesan rupa dan bentuk pada sesuatu permukaan. Istilah daripada kamus The Oxford menyatakan bahawa “The art of representing by line, delineation without color or with a single color.” Ia bermaksud lukisan ialah garisan yang membentuk imej yang tidak menggunakan warna atau menggunakan warna yang terhad. Lukisan mempunyai enam fungsi seperti berikut : 1) Mengumpul dan menyampaikan maklumat 2) Berkomunikasi 3) Luahan idea dan emosi 4) Bentuk dan makna 5) Ilustrasi 6) Dokumentasi budaya dan sejarah Fungsi pertama lukisan ialah mengumpulkan dan menyampaikan maklumat. Setiap lukisan mempunyai maknanya yang hendak disampaikan. Sebelum menghasilkan sebuah lukisan, pelukis perlu menentukan tajuknya dan mengumpulkan maklumat mengenai tajuknya. Pelukis akan meneliti keadaaan sekelilingnya dan merekod perakam perisitiwa dengan cara melukis sebagai cara kumpul maklumat. Sebagai contohnya, karya Amron Omar yang bertajuk “Silat” telah menyampaikan kegemilangan seni mempertahankan diri bagi bangsa Melayu, iaitu seni silat. Seni silat merupakan salah satu adat dan tradisi orang Melayu yang penuh bermakna.

description

SENI

Transcript of Tajuk 3

Tajuk 3 : Pelbagai Fungsi Lukisan Perkataan lukisan dalam Bahasa Inggeris ialah drawing yang asalnya dari dua bahasa iaitu German dan Latin. Beberapa buku menyatakan lukisan adalah aktiviti melukis yang menggunakan bahan kering atau basah untuk mendapatkan kesan rupa dan bentuk pada sesuatu permukaan. Istilah daripada kamus The Oxford menyatakan bahawa The art of representing by line, delineation without color or with a single color. Ia bermaksud lukisan ialah garisan yang membentuk imej yang tidak menggunakan warna atau menggunakan warna yang terhad.

Lukisan mempunyai enam fungsi seperti berikut :1) Mengumpul dan menyampaikan maklumat2) Berkomunikasi3) Luahan idea dan emosi 4) Bentuk dan makna5) Ilustrasi6) Dokumentasi budaya dan sejarahFungsi pertama lukisan ialah mengumpulkan dan menyampaikan maklumat. Setiap lukisan mempunyai maknanya yang hendak disampaikan. Sebelum menghasilkan sebuah lukisan, pelukis perlu menentukan tajuknya dan mengumpulkan maklumat mengenai tajuknya. Pelukis akan meneliti keadaaan sekelilingnya dan merekod perakam perisitiwa dengan cara melukis sebagai cara kumpul maklumat. Sebagai contohnya, karya Amron Omar yang bertajuk Silat telah menyampaikan kegemilangan seni mempertahankan diri bagi bangsa Melayu, iaitu seni silat. Seni silat merupakan salah satu adat dan tradisi orang Melayu yang penuh bermakna.

Silat, Amron Omar, Arang pada kertasKeduanya, lukisan berfungsi sebagai alat berkomunikasi. Orang ramai dapat memahami maksud yang hendak disampaikan oleh pelukis melalui lukisan. Komunikasi visual ini akan menjadi paparan dari satu generasi ke generasi secara berterusan. Hasilan seni ini menjadi bahasa visual serta dapat difahami oleh semua masyarakat di dunia. Misalnya, poster-poster yang ditampal, memberikan info-info yang berguna seperti Jauhi Dadah, Jaga Kebersihan, Cintalah Alam dan Satu Malaysia.Ketiganya, lukisan berfungsi sebagai luahan idea dan emosi seseorang pelukis. Idea dan emosi ini diterjemahkan dalam bentuk visual. Bagi kanak-kanak, aktiviti melukis dapat memberi kepuasan dalam meluahkan apa yang dilihat dan dialami dalam bentuk visual. Lukisan kanak-kanak dihasilkan menggambarkan luahan emosi dan mempunyai makna yang tersendiri. Lukisan seorang ibu yang memegang tangan seorang anak sambil tersenyum, menggambarkan satu kehidupan berkeluarga yang harmoni dan ceria.Keempatya, lukisan berfungsi sebagai bentuk dan makna. Lukisan yang mempunyai makna mengenai sesuatu yang boleh diterima oleh masyarakat. Sebagai contohnya, lambang bintang dan bulan sebagai simbol agama islam. Bintang berbucu lima menandakan Rukun Islam terdapat lima perkara.Kelimanya, lukisan berfungsi sebagai ilustrasi yang menggambarkan dekoratif dan unsur hiasan. Ilustrasi akan memberi maklumat tentang sesuatu subjek atau objek secara terperinci. Ia juga akan menyampaikan kritikan atau penerangan, bahan atau subjek dengan lebih jelas. Pada zaman dahulu ilustrasi digunakan untuk merakam lagenda dan peristiwa bersejarah.Keenamnya, lukisan berfungsi sebagai dokumentasi budaya dan sejarah. Melalui lukisan orang ramai dapat mempelajari budaya sesuatu masyarakat. Lukisan juga boleh dikaitkan dengan pengalaman yang istimewa kepada seseorang pelukis yang digambarkan melalui gerak minda dan hati diterjemahkan di atas permukaan untuk dijadikan sebagai bahan dokumentasi sejarah. Ini terbukti dengan sebuah lukisan bertajuk Unforgettable Fire yang dilukis oleh pelukis amatur iaitu Yusuko Yagamata di Jepun pada tahun 1945, menggambarkan peristiwa pengeboman Bandar Hiroshima. Selain itu, lukisan gua merupakan sebuah bukti sejarah kemampuan manusia pada zaman prasejarah mampu mencurahkan ekspresinya ke dalam sebuah lukisan. Pada dinding zaman Mesir purba, lukisan dijadikan sebagai rakaman penghidupan. Lukisan digambarkan dalam satu penceritaan komik yang bersiri untuk meninggalkan satu dokumentasi sejarah yang gemilang.

Azizah & Norul Azmah. (2012). Fungsi Lukisan. Daripada http://anapgsr.blogspot.com/2012/09/fungsi-lukisan.html.