Tajuk 3 (Kumpulan A)

7
Pembentangan mengenai bendera-bendera pembesar negara dan maksud di sebalik lagu kebangsaan.

description

SC2/HCMM/12a

Transcript of Tajuk 3 (Kumpulan A)

Page 1: Tajuk 3 (Kumpulan A)

Pembentangan mengenai bendera-benderapembesar negara dan maksud di sebalik lagu

kebangsaan.

Page 2: Tajuk 3 (Kumpulan A)

BENDERA PERIBADI PEMBESAR NEGARA

Orang-orang perseorangan yang diberikan kebenaranmenggunakan bendera peribadi ialah:

Keturunan sultan hingga ke piut

• Keturunan wazir hingga ke cicit

• Keturunan chateria hingga ke cucu

• Pehin-pehin hingga ke Pengarah

Page 3: Tajuk 3 (Kumpulan A)

Bendera sultan dan kerabat diraja mempunyai tanah warna yang khusus.

• Kuning untuk sultan

• Putih untuk Pengiran PerdanaWazir dan Bendahara

• Hijau untuk Pengiran Digadong

• Hitam untuk Pengiran Pemancha

• Merah untuk PengiranTemenggung.

lambang diraja ini hanya bolehdigunakan oleh orang-orang tertentusahaja dan mereka yang telahditentukan

Page 4: Tajuk 3 (Kumpulan A)

BENDERA JABATAN KERAJAAN YANG BERPAKAIAN SERAGAM

Jabatan-jabatan kerajaan mengibarkan bendera jabatan masing-masing di samping bendera kebangsaan.

Di antara jabatan kerajaan yang terdapat bendera ialah: Jabatan Polis Diraja Brunei Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Jabatan Laut Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Jabatan Penjara Jabatan Perhutanan Jabatan Perkhidmatan Bomba

Page 5: Tajuk 3 (Kumpulan A)

BENDERA MASJID

Masjid-masjid di Brunei mempunyai 3 jenis bendera iaitu:

• Bendera hijau - dikibar setiap hari

• Bendera hitam - dikibar pada setiaphari Khamis dan Jumaat

• . Bendera putih - dikibar pada hariJumaat sahaja

Ketiga-tiga bendera ini mempunyai rekabentuk yang sama cuma warna tanahbendera sahaja yang berbeza.

Page 6: Tajuk 3 (Kumpulan A)

MAKNA LAGU KEBANGSAAN N.B.D

“ALLAH PELIHARAKAN SULTAN”

Ya Allah lanjutkanlah Usia

Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Adil berdaulat menaungi nusa

Memimpin rakyat kekal bahagia

Hidup sentosa Negara dan Sultan

Ilahi selamatkan Brunei Darussalam.

Page 7: Tajuk 3 (Kumpulan A)

PETIKAN DI ATAS BERMAKSUD:

• Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan danYang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan kerabat baginda dalaminayah dan perlindungan Allah Subhanahu Wata ‘ala.

• Semoga baginda kekal memerintah dalam keadaan bahagia, siha sejahteradan aman sentosa.

• Semoga baginda di lanjutkan usia, sentiasa berusaha bagi kebajikansekalian kakitangan dan pegawai kerajaan, rakyat dan negara, disampaikanhajat murni kearah jalan yang lurus.

• Semoga Negara Brunei Darussalam sentiasa makmur, maju jaya, selamat, adil pemerintahannya, berkebajikan, berkeberkatan, mewah dan aman, meliputi rakyat jelata (demikian juga negara-negara lainnya).

• Semoga baginda dijauhkan daripada bencana, wabak dan segala penyakit.

• Semoga baginda dan rakyat baginda sentiasa saling mendukung, terlepasdaripada curiga-mencurigai terhadap satu sama lain.