Tajuk 4 Model Bunker

download Tajuk 4 Model Bunker

of 2

description

Tajuk 4 Model Bunker

Transcript of Tajuk 4 Model Bunker

TAJUK 4 MODEL BUNKER & THORPE 1982TEACHING GAMES for UNDERSTANDING ( TGfU )

TGfU dihasilkan olehBunker and Thorpepada tahun 1982 untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah.

TGfU merupakan satu model pendidikan yang menekankan:

Pemahaman yang menyeluruh pada setiap permainan

Meningkatkan tahap aktiviti fizikal

Menjadikan kelas Pendidikan Jasmani sebagai tempat yang sesuai untuk persaingan, motivasi serta bersuka ria

Digunakan secara meluas dalam kejurulatihan dan Pendidikan Jasmani sehingga masa kini.

Terdapat beberapa isu timbul di kalangan pelajar-pelajar Britain pada 1980-an yang mendorongBunker and Thorpeuntuk mengkaji TGfU:

Pencapaian dalam permainan adalah sikit dan kurang memuaskan

Kekurangan pengetahuan tentang permainan

Lemah dalam kemahiran asas dan kurang berupaya dalam membuat keputusan

Terlalu mengharapkan jurulatih atau guru untuk membuat keputusan

Kadar perkembangan dalam permainan adalah lambat dan tidak menonjolkan

Matlamat utama TGfU adalah untuk memperkembangkan kemahiran seseorang pelajar dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Menurut falsafah TGfU, pelajar atau pemain bukan sahaja perlu tahu bagaimana untuk menjayakan sesuatu permainan tetapi adalah lebih penting untuk belajar membuat keputusan yang sesuai ketika permainan berjalan

Model TGfU juga menggalakkan pelajar untuk melibatkan diri dalam pelbagai permainanSelepas kajian Bunker dan Thorpe, falsafah dan teori dalam TGfU masih diubahsuai dan diperkembang dari semasa ke semasa

Secara mendalam dan tepat, TGfU adalah lebih pratikal dan mudah diaplikasikan dalam permainan bola

Pada tahun 2004, Webb and Pearson telah mengkategorikan permainan kepada empat kategori utama:

Sasaran ( Target )

Pukulan / Padang ( Striking / Fielding )

Jaring / Dinding ( Net / Wall )

Serangan / Kawasan(Invasion )