TAJUK 4 pdp sains

34
Rancangan Pelajaran Harian Format umum Model 5 Fasa Needham Model Pengajaran Inkuairi - 5E, Induktif, deduktif & TAJUK 4 RANCANGAN PELAJARAN HARIAN SINOPSIS Tajuk empat mengandungi tiga subtajuk iaitu format rancangan pelajaran harian umum, model konstruktivis dan model inkuiri. Format umum menstrukturkan pengajaran dengan urutan yang jelas dengan padanan hasil pembelajaran dengan aktiviti guru serta sumber yang digunakan.Model konstruktivis menjurus kepada pelajar sendiri membina pengetahuan manakala model inkuairi menekankan tentang penyiasatan dan penemuan. Format dan model ini bertujuan memaksimumkan proses pemindahan pembelajaran dari guru kepada murid HASIL PEMBELAJARAN a. Menyatakan tujuan merancang rancangan pelajaran harian. b Menerangkan kebaikan dan keburukan kelima-lima model iaitu Model Lima Fasa Needham,dan model pengajaran inkuiri (5E, induktif, deduktif dan penyelesaian masalah ). KERANGKA TAJUK-TAJUK

description

menulis rph

Transcript of TAJUK 4 pdp sains

TAJUK 4RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

SINOPSIS

Tajuk empat mengandungi tiga subtajuk iaitu format rancangan pelajaran harian umum, model konstruktivis dan model inkuiri. Format umum menstrukturkan pengajaran dengan urutan yang jelas dengan padanan hasil pembelajaran dengan aktiviti guru serta sumber yang digunakan.Model konstruktivis menjurus kepada pelajar sendiri membina pengetahuan manakala model inkuairi menekankan tentang penyiasatan dan penemuan. Format dan model ini bertujuan memaksimumkan proses pemindahan pembelajaran dari guru kepada murid HASIL PEMBELAJARANa.Menyatakan tujuan merancang rancangan pelajaran harian. bMenerangkan kebaikan dan keburukan kelima-lima model iaitu Model Lima Fasa Needham,dan model pengajaran inkuiri (5E, induktif, deduktif dan penyelesaian masalah ). Kerangka Tajuk-tajuk

KANDUNGAN ISI

4.0Rancangan Pelajaran Harian 4.1Format umum 4.2Model pengajaran konstruktivisme-Model Lima Fasa Needham 4.3Model pengajaran inkuiri4.3.1 - Kitar pembelajaran 5 Es4.3.2 - Pengajaran deduktif berasaskan inkuiri4.3.3 - Pengajaran induktif berasaskan inkuiri4.3.3 - Pengajaran berasaskan penyelesaian masalahAktiviti : Jawab soalan berikut dan hantar kepada pensyarah anda melalui OLL dan simpan dalam folio sebagai bukti

a. Nyatakan 10 sebab dan fungsi penyediakan rancangan pelajaran harianb. Baca dengan teliti contoh lima model rancangan pelajaran harian dari 4.2 hingga 4.3. Nyatakan kebaikan dan keburukan setiap modelc. Berikan pendapat anda dalam 200 perkataan adakah sepatutnya guru menggunakan adunan (blended) pendekatan atau satu pendekatan atau satu model sahaja dalam pengajaran mereka.d. Bahagikan setiap model satu kumpulan ( 5 model ). Bincangkan kebaikan dan keburukan setiap model. Jadikan perbincangan kelas.

4.0Rancangan Pelajaran Harian

Rancangan pelajaran harian dirancang secara terperinci dari rancangan mingguan dan tahunan. Ianya bukan untuk dibaca didalam kelas tetapi distrukturkan untuk kegunaan guru itu sendiri atau guru ganti. Penstrukturan itu penting kerana ia menyebabkan guru itu menyampaikan maklumat, memindahkan isi pelajaran, ilmu, kemahiran(skill) dan pengetahuan dengan teratur. Matlamat rancangan pelajaran harian mestilah jelas dengan matlamat, objektif dan hasil pembelajaran dari Huraian Sukatan Pelajaran Malaysia Sains Disekolah Rendah.

Langkah dalam merancang rancangan pelajaran hariana. kenalpasti tajuk dari kurikulum yang hendak diajar,aktiviti dan kerja yang pelajar perlu lakukan. b. Kenalpasti pengetahuan sedia ada pelajarc. Kenalpasti sekurang-kurangnya satu cara untuk menilai pelajard. Kenal pasti cara untuk mengenalpasti hasil pembelajaran tercapai4.1Format umum

Format umum adalah seperti terdapat dalam tajuk 1 iaitu tarikh, masa, kelas, bilangan pelajar, mata pelajaran, tajuk, hasil pembelajaran, pengetahuan sedia ada, kemahiran proses sains, nilai murni, sumber pengajaran dan pembelajaran dan langkah. Seterusnya format umum adalah seperti berikut :

Langkah/FasaIsi KandunganAktiviti Pengajaran & PembelajaranCatatan

Set Induksi/ Orientasi

Perkembangan

Penutup

Umumnya guru tidak boleh terus memindahkan ilmu atau isi pelajaran secara terus tetapi guru itu perlu menyediakan aktiviti mengajaran dan pembelajaran kepada pelajar supaya pelajar dapat mencapai ilmu tersebut kedalam mindanya. Rancangan pelajaran harian ini adalah cara guru tersebut menyampaikan isi pelajaran bertujuan untuk memaksimakan pemindahan pembelajaran pelajar. Berikut adalah beberapa pendekatan yang dicadangkan untuk pengajaran sains seperti yang terdapat dalam praforma kursus

4.2Model Pengajaran Konstruktivisme - Model Lima Fasa Needham

Satu fahaman bahawa murid bina sendiri secara aktif pengetahuan atau konsep berdasarkan kepada pengetahuan atau pengalaman yang sedia ada dan tidak menerima pengetahuan secara pasif dari alam sekeliling. Urutan langkah dalam 5 fasa Needham ialah orientasi, pencetusan idea, penstrukturan idea, aplikasi dan refleksi.

Contoh rancangan pelajaran harian adalah seperti berikut :

Tahun:4 Bestari (kelas cemerlang)Masa:60 minitBilangan pelajar30 orangTema:Menyiasat Alam BahanTajuk Bahan Yang Mengalirkan Arus ElektrikBidang Pembelajaran (LA):Sifat BahanObjektif Umum(LO):Memahami sifat bahanHasil Pembelajaran(LOT):Di akhir pengajaran dan pembelajaran tajuk ini murid dapat:i. mengenalpasti 10 jenis bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik.

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran:KonstruktivismeStrategi:Aktiviti `Hands-on`Pengetahuan Sedia Ada : Litar lengkap, simbol, alatradas dan cara menyambungkan litar umum.

Kemahiran Proses Sains : Memerhati, Mengelas & Membuat Inferens

Nilai Murni : : Rasional & Kerjasama

Sumber Pengajaran : Alat Radas Menyambungkan litarFasa PengajaranIsi KandunganAktiviti P&PCatatan

Set Induksi/Orientasi(5 minit)Membina litar elektrik

Soalan : Adakah mentol akan menyala?Mengapa?

Soalan:Adakah mentol akan menyala sekarang?Mengapa?

Jenis Aktiviti : Simulasi

1. Guru memberi gambar bateri, mentol, dan suis digantungkan kepada murid untuk menghasilkan satu litar .2. Murid berpegang tangan untuk menunjukkan satu litar elektrik lengkap.(Murid telah ada pengetahuan membina litar elektrik.)

3. Murid yang memakai gambar suis melepaskan tangan

BBM: Gambar mentol, bateri, dan suis

Kemahiran Proses Sains: Memerhati

Kemahiran Berfikir: Membuat gambaran mental

Nilai Murni:Bekerjasama, minat, sifat ingin tahu tentang alam sekeliling

Pelbagai Kecerdasan: Visual dan pergerakan kinestatik

Tahap Kognitif: Pengetahuan

Perkembangan

Langkah 1

Pencetusan Idea

5 minit

Mengenalpasti objek yang boleh mengalir arus elektrik dan tidak boleh mengalirkan arus elektrik

Soalan Adakah murid-murid membawa objek yang diminta?

SoalanDaripada pengetahuan kamu, kelaskan objek mengikut kebolehan mengalirkan arus elektrik.

Jenis Aktiviti : Mengelas

1. Murid meletakkan objek-objek yang dibawa di atas meja.

2. Murid mengelas objek kepada boleh mengalirkan arus elektrik dan tidak boleh mengalirkan arus elektrikBBM: Bahan yang sedia ada dan dibawa oleh murid:Sudu plastik, limau, kunci, sapu tangan, pembaris kayu, gelas, pemadam, syling satu sen, surat khabar, lidi pensil, air kopi, gelang getah, klip kertas, dan paku

Kemahiran Proses Sains: MengelasKemahiran Berfikir: menghubungkait dan meramal

Nilai Murni:Sistematik dan berfikir secara rasionalTahap Kognitif: Pengetahuan, pemahaman1. Rujuk Lampiran 1

Langkah 2

Pengstrukturan idea

17 minit

Menyambungkan litar

Menguji objek yang boleh mengalir arus elektrikJenis aktiviti : `Hands-on

Pelajar cuba sambungkan litar dan alat radas yang diberikan oleh guru.ArahanGuru meminta murid menguji objek yang dikelaskan tadi dan merekodkan pemerhatian.

1. Murid menguji objek yang telah dikelaskan dengan menggunakan litar elektrik.2. Murid merekodkan hasil dapatan mengikut kreativiti kumpulan masing-masing.

BBM: bateri, wayar, mentol, suis, kad manila, dan markerKemahiran Proses Sains: Memerhati, inferens, mengelas, eksperimen, dan komunikasiKemahiran Berfikir: membanding dan membeza, serta mengumpulNilai Murni:Jujur dalam merekod, sabar dalam menjalani sesuatu perkara, kritis dan analitis, serta kerjasama Pelbagai Kecerdasan: verbal, visual, dan pergerakan kinestatikTahap Kognitif: Pengetahuan

Langkah 3

15 minit

Pengstrukturan ideaLaporan hasil dapatan muridJenis aktiviti : Pembentangan1. Wakil daripada setiap kumpulan melaporkan hasil dapatan.2. Murid membuat perbandingan jawapan dengan ramalan yang telah dibuat.3. Guru membuat perbandingan hasil dapatan antara kumpulan. (Cara merekod yang paling sesuai adalah jadual)

Kemahiran Proses Sains: komunikasi

Nilai Murni:Berani, yakin dan berdikari

Pelbagai Kecerdasan: interpersonal

Rujuk Lampiran 2

Langkah 4

8 minit

Aplikasi ideaSoalan1.Apa akan berlaku jika kita memegang suis dengan tangan yang basah?2. Mengapa wayar elektrik disalut dengan bahan plastik?

Besi dan keluli boleh mengalirkan arus elektrik.Plastik, kain, getah, kayu, kaca tidak boleh mengalirkan arus elektrik.*air limau dan lidi pensil (karbon) boleh mengalirkan arus elektrik.

*air paip adalah konduktor elektrik yang lemah

*plastik boleh mengelakkan daripada renjatan elektrik kerana tidak boleh mengalirkan arus elektrik

Jenis aktiviti : Perbincangan

1. Guru membimbing murid menyenaraikan jenis bahan berdasarkan objek yang telah dikelaskan.2. Murid mengenalpasti bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik.

BBM: mentol, bateri, dan suis

Kemahiran Proses Sains: komunikasi

Kemahiran Berfikir: menilai dan membuat kesimpulan

Nilai Murni:Berfikir secara rasional, berhati-hati semasa mengendalikan alatan elektrik

Tahap Kognitif: aplikasi dan penilaian

Penutup

5 minit

Refleksi

5 minit

Peneguhan Jenis aktiviti : Nyanyian

1. Murid menyanyi lagu . (Adaptasi lagu Satu Dua Tiga Empat oleh Ariswatan)

Lampiran 3

1. Guru menunjukkan 10 objek satu persatu kepada murid untuk dikelaskan kepada yang boleh mengalirkan arus elektrik dan tidak boleh mengalirkan arus elektrik.

2. Murid mengangkat kad warna (merah- tidak, hijau ya)

BBM : botol plastik, majalah, sudu besi, straw, dawai, kertas, cermin, pembaris keluli, klip rambut besi, dan rod besi.

Lampiran 1

Contoh ramalan murid sebelum eksperimen.Objek yang boleh mengalirkan arus elektrik dan tidak boleh mengalirkan arus elektrik

Boleh mengalirkan arus elektrik

Tidak boleh mengalirkan arus elektrik

KunciSyiling satu senKlip kertasPaku

Sudu plastikSapu tangan*Air limau*Lid pensilPemadamSurat khabar

Lampiran 2Hasil Dapatan Murid Contoh 1Boleh mengalirkan arus elektrik

Tidak boleh mengalirkan arus elektrik

KunciSyiling satu senKlip kertasPaku*Air limau*Lid pensil

Sudu plastikSapu tanganPemadamSurat khabar

Lampiran 3: Lagu (Adaptasi lagu satu dua tiga- Ariswatan)

Kunci, klip kertas dan pakuObjek yang boleh mengalirkan arus elektrikPemadam, pembaris kayu, Tidak boleh mengalirkan arus elektrikIngat wahai kawan-kawanSifat bahan juga mempengaruhinyaApa yang dipelajari bahan besi dan keluliBoleh mengalirkan arus elektrikIngat janganlah lupaSetiap bahan ada cirinyaPastikan kita mengetahui Bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik

4.3Model pengajaran inkuiri4.3.1 Kitar pembelajaran 5 EsTerdapat lima fasa kitar pembelajaran 5Es seperti berikut :

Fasa(Phase)Matlamat(Purpose)Tindakan guru(Teacher action)Tindakan murid(Student action)

Penglibatan (Engage)Pencetusan pengetahuan sedia adaMemotivasiMemberi tumpuan1. Menilai pengetahuan sedia ada murid1. Baca cerita, 1. Memberi soalan, 1. Melakukan demonstrasi bagi menunjukkan hasil bukan intuitif(satu peristiwa bercanggah) Tunjuk satu klip vide, atau mengendalikan beberapa akti ringkas yang boleh mencetuskan pengetahuan sedia ada murid..1. Murid menggunakan peta konsep, kuiz dan membuat perbincangan dalam meningkatkan kefahaman topik

Pelajar mendedahkan pemahaman mereka terhadap topik

Penerokaan (Explore)Melengkapkan aktiviti yang membantu murid menggunakan pengetahuan sedia ada. 1. Merekabentuk aktiviti-aktiviti dan pengalaman pembelajaran 1. Menyediakan tugas untuk meneroka1. Menyediakan sumber-sumber1. Monitor penglibatan1. Soalan-soalan, isyarat, menggalakkan pemikiran1. Bekerja dalam kumpulan atau individu dalam menyelesaikan tugasan atau aktiviti1. Menjana idea mengeksplorasi soalan-soalan dan kemungkinan-kemungkinan1. mereka bentuk dan menjalankan siasatan awal.

Penjelasan (Explain)Membina pengetahuan melalui penjelasan secara perkongsian

1. Menyediakan penjelasan,

menerangkan kefahaman semasa mereka konsep utama. membuat persembahan, berkongsi idea dengan satu sama lain dan membuat pengkajian 1. menyediakan poster-poster,1. mendengar1. membaca

Pengolahan (Elaborate)Mengaplikasi dan menambahkan kedalaman topik Guru membantu murid untuk mereka bentuk tugas baru, ,Mengenal pasti atau membantu pelajar mengenalpasti masalah untuk diselesaikan 1. Murid menghuraikan pemahaman mereka terhadap konsep itu dengan menjalankan aktiviti-aktiviti tambahan.Learners elaborate their understanding of the concept by conducting additional activities. 1. Menyelesaikan masalah dengan menggunakan pengetahuan mereka

Penilaian (Evaluate) Fasa penilaian membantu kedua-dua pelajar dan pengajar menilai sejauh mana pelajar memahami konsep dan sama ada mereka telah memenuhi hasil pembelajaran. 1. Mengendalikan penilaian1. Laporan1. Menjalani proses penilaian 1. Berkongsi kefahaman

4.3.2 - Pengajaran deduktif berasaskan inkuiri

Mengikut David Ausubel, kanak-kanak mempunyai keupayaan untuk mengorganisasi maklumat kepada sesuatu yang bermakna secara deduktif ia itu dari umum kepada spesifik seperti berikut : Pendekatan InduktifMenerima idea-idea dan penjelasan sesuatu konsep atau pun prinsip

Contoh-contoh pengalaman sesuatu konsep atau prinsip

Berikut adalah contoh Rancangan Pengajaran Harian secara deduktif Hari:SelasaTarikh:01 Februari 2010Masa:60 minitKelas:4 MAJUTema : Menyiasat Alam KehidupanBidang Pembelajaran : Hidupan memerlukan keperluan asasObjektif Pembelajaran : Memahami bahawa haiwan memerlukan keperluan asas. Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran ini diharapkan murid dapat: i) Mengenalpasti keperluan asas haiwan.ii) Memberikan sebab haiwan memerlukan makanan, air, udara dan tempat berlindung.Pendekatan P& P:Pembelajaran MasteriKaedah:MengeksperimenKPSBerkomunikasi, Meramal, Menginferens, Mengeksperimen, Membina hipotesis, Mengawal Pemboleh ubahKMSMengguna dan mengendalikan bahan dan peralatansains Mengendalikan spesimen hidup betul dan cermatBBMBekas, kasa dawai, kadbod, belalang, air, daun, pita pelekat, akuarium, ikan, tumbuhan air

Perancangan P & P:Fasa PengajaranIsi KandunganAktivitiCatatan

Orientasi(5 minit)Menyatakan haiwan peliharaan murid Guru bersoal-jawab:1. Siapakah yang memelihara haiwan di rumah?2. Apakah nama haiwan kesayangan kamu?3. Bagaimana kamu menjaga haiwan kesayangan 4. kamu?

Pencetusan idea(15 minit)Keperluan asas haiwanSoal-jawab:1. Mengapakah kamu memberikan haiwan peliharaan kamu makanan?2.Mengapakah kamu memberikan haiwan kamu air?3.Mengapakah kamu menyediakan haiwan peliharaan kamu tempat berlindung?4.Apakah akan berlaku jika haiwan peliharaan kamu tidak mendapat udara, air, makanan dan tempat berlindung?

Berdasarkan soalan-soalan tersebut, guru mengaitkan dengan keperluan asas haiwan.Contoh :Udara, air, makanan, dan tempat berlindung

KPS: 1. Berkomunikasi2. Meramal3. Menginferens

KBKK:1. Menghubungkaitkan2. Mencirikan3. Menginferens

Nilai Murni:1. Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling2. Mempunyai sifat tanggungjawab terhadap diri sendiri, orang lain, dan alam sekeliling.

Tahap Kognitif:

1. Pengetahuan2. Kefahaman

Penstrukturan semula idea(25 minit)Mengenalpasti keperluan asas haiwan:1. Udara2. Air3. Makanan4. Tempat berlindung

Guru memberi arahan kepada kaedah menjalankan eksperimen:1. Menjalankan eksperimen untuk mengkaji keperluan asas haiwan iaitu air, udara, dan makanan.a. Murid memasukkan haiwan kecil seperti belalang ke dalam empat buah bekas.

Stesen 1Bekas A : Mengandungi makanan kering dan ditutup dengan jaring.

Stesen 2 Bekas B:Mengandungi air tanpa makanan dan ditutup dengan jaring

Stesen 3Bekas C:Mengandungi air dan makanan dan ditutup rapat supaya udara tidak boleh masuk

Stesen 4Bekas D:Mengandungi air, makanan dan ditutup dengan jaring

2. Murid diminta membina hipotesis menentukan pemboleh ubah, membuat pemerhatian serta cadangan dan akhirnya membuat kesimpulan tentang apa yang mereka dapati daripada eksperimen yang dijalankan.(Murid menulis dalam lembaran kerja yang disediakan:a) Lembaran kerjab) Borang pemerhatianKPS:1. Mengeksperimen2. Mengawal pemboloeh ubah3. Membuat pemerhatian

KBKK: 1. Membanding dan membezakan keperluan asas hidupan.2. Menghubungkait3. Menjana idea4. Membina hipotesis

Nilai Murni

1. Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling2. Mempunyai sifat tanggungjawab terhadap diri sendiri, orang lain, dan alam sekeliling.3. Baik hati dan penyayang4. Mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan

Borang Pemerhatian

Lembaran Kerja

Aplikasi idea(10 minit)Mengenalpasti keperluan asas haiwan:1. Udara2. Air3. Makanan4. Tempat berlindung

Projek memelihara ikan secara kumpulan

1. Murid menyediakan bahan-bahan yang diperlukan seperti :a) Akuariumb) Pam udarac) Makanand) Ikane) Tumbuhan airf) Air bersihNilai murniMenyayangi haiwan

Bekerjasama

Tahap kognitif

Pengetahuan Aplikasi

Refleksi(5 minit)Peta minda berkaitan dengan keperluan asas hiawanUdara

Guru meminta murid melengkapkan peta minda berdasarkan pelajaran hari iniMakananAirr

Keperluan asas haiwan

Tempat berlindung

Tahap kognitif

Pengetahuan Kefahaman

Borang pemerhatianBekasHari PertamaHari KeduaHari KetigaHari Keempat

A

B

C

D

Lembaran KerjaKumpulan:.................................................................Nama ahli:....................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

Arahan: Jawab semua soalanTujuan: Menyiasat keperluan asas haiwan.1. Bina satu hipotesis berdasarkan eksperimen yang akan dijalankan.__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

2. Nyatakan pemboleh ubah yang boleh dikenalpasti dalam eksperimen ini.i. Pemboleh ubah yang dimanipulasikan(diubah-ubah) ............................................................................................................................................................................................................ii. Pemboleh ubah yang bergerak balas(berubah)...........................................................................................................................................................................................................iii. Pemboleh ubah yang dimalarkan(ditetapkan)..............................................................................................................................................................................................................

4.3.2Pengajaran induktif berasaskan inkuiri

Jerome Bruner`s menyatakan guru perlu menyediakan pelajar dengan aktiviti berpengalaman untuk menolong mereka mengenalpasti konsep dari spesifik kepada umum seperti berikut :

Pendekatan Induktif

Contoh-contoh pengalaman sesuatu konsep atau prinsip

Penemuan serta merekabentuk sesuatu konsep atau prinsip

Contoh rancangan pelajaran harian mengikut pendekatan induktif

Tema:Menyiasat Alam BahanTajuk:Sifat-sifat BahanSub Topik:Sifat BahanTempoh:60 minitTahun:4 Objektif Pembelajaran:Memahami sifat-sifat bahanHasil Pembelajaran:Pada akhir P&P, para pelajar akan dapat; Mengenalpasti bahan konduktor/penebat elektrikPendekatan/ Kaedah/ Strategi:Pendekatan - Inkuri penemuan Strategi Mengeksperimen dan Perbincangan

Fasa(Masa)Isi kandunganAktiviti pengajaran & pembelajaranCatatan

Set Induksi(5 minit)Mengapa terdapat jenis bahan dalam satu alat elektrikJenis aktiviti : Bercerita

- Guru menceritakan tentang pengalaman terkena kejutan elektrik yang kecil.- Bersoal jawab tentang pengalaman sedia ada murid.

Kemahiran saintifik:Komunikasi

Nilai murni :Berhati-hati

MeramalIdea(10 minit)Mengenalpasti objek konduktor dan penebat elektrik.1. Mengedarkan pelbagai jenis objek kepada murid,Seperti paku, kertas buku, pensil kayu, pembaris plastik, karbon pensil, duit syiling 10 sen, sudu plastik, getah pemadam dan rod kaca.2. Murid mengelaskan bahan kepada 2 kumpulan konduktor dan penebat elektrik.

Kemahiran saintifik:Meramal,Mengelas

Nilai murni :Kerjasama,berani

Pemerhatian (25 minit)Mengeksperimen bahan yang diberi dalam litar elektrik.1. Murid membina litar lengkap.2. Murid menyambungkan objek yang diberi dalam satu litar yang lengkap.3. Murid membuat pemerhatian tentang nyalaan mentol bagi setiap objek yang disambung dalam litar lengkap.4. Murid merekodkan hasil pemerhatian dalam borang yang diberi.

Kemahiran saintifik:Mengeksperimen,Pemerhatian

Nilai Murni :BerkerjasamaJujur

Penjelasan(15 minit)- Bahan konduktor (pengalir elektrik)

- Bahan penebat (bukan pengalir elektrik)1. Guru meminta setiap kumpulan murid membentangkan hasil keputusan eksperimen.2. Setiap kumpulan murid memberikan kesimpulan berdasarkan hasil eksperimen masing-masing. ( Aras tinggi)

3. Guru mengukuhkan hasil dan memberi takrifan konduktor elektrik dan penebat elektrik.

Refleksi(5 minit)Senarai bahan konduktor dan penebat elektrik1.Murid membuat peta minda.

i)Bahan konduktor

ii)Bahan penebat

2.(Lampiran kerja disediakan)

Lampiran 1

Standarad Kandungan: 5.1 Memahami sifat-sifat bahan.Standard Pembelajaran: 5.1.3 Mengenalpasti konduktor dan penebat

Tandakan ( / ) bagi objek yang dapat menyalakan mentol.

OBJEK

KEADAAN MENTOL SELEPAS DISAMBUNGKAN OBJEK

MENYALA

TIDAK MENYALA

Getah Pemadam

Pensil kayu

Pembaris plastic

Karbon pensil

Duit Syiling 10 sen

Sudu plastic

Rod Kaca

Paku

Kertas buku

4.4.3Pengajaran berasaskan penyelesaian masalah Contoh Rancangan Pelajaran Harian.

Tahun : 4 BestariMasa: 60 MinitTema:Menyiasat Alam KehidupanBidang Pembelajaran: Proses HidupObjektif Pembelajaran: Di akhir pembelajaran murid akan dapat :1. Berwaspada mengenai tabiat yang menganggu proses hidup

Hasil Pembelajaran: Di akhir pembelajaran murid akan dapat :1. Memberi contoh tabiat yang membawa keburukan kepada kehidupan manusia2. Menyatakan kesan merokok terhadap paru-paru

Fasa(Masa)Isi KandunganAktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan

Set Induksi(5 minit)Tabiat buruk manusiaGuru menyediakan beberapa keratan akhbar mengenai tabiat buruk manusia

Guru memilih 3 orang murid untuk membaca berita yang disediakan dan mengarahkan murid membaca berita seperti pembaca berita ditelevisyen.(Skrip berita)

Guru bertanya soalan-soalan berkaitanContoh

Soalan 1:Mengapakah murid itu dibuang sekolah?

Soalan 2:Mengapakah ibu malang itu di kelar lehernya oleh anaknya?

Soalan 3:Mengapakah kereta yang dipandu oleh pemuda tersebut terbabas?

KPS-Memerhati-Berkomunikasi

KBKK-Menjana idea-Membandingkan dan membezakan

Nilai Murni-Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling

BBMTeks berita

Langkah 1(10 minit)

Contoh tabiat yang membawa keburukan kepada kehidupan manusiaMinum arak

Jenis aktiviti Soal-JawabPeta minda1. 2. Guru menayangkan gambar-gambar orang merokok, minum arak dan jenis-jenis dadah.Guru menyoal murid:

a)Berdasarkan berita-berita yang dibacakan adakah tabiat-tabiat tersebut baik atau buruk. JawapanYa buruk

b)Bina Peta Minda

Tabiat-tabiat burukMengambil dadah

2. Guru menayangkan gambar-gambar orang merokok, minum arak dan jenis-jenis dadah.

KBKK-mengumpul-mengelas

KPS-berkomunikasi-pemerhatian

Nilai Murni-berfikir secara rasional

BBMSlide gambar-gambardari internet

Langkah 2Menyatakan keburukan kesan merokok kepada paru-paru

Jenis aktiviti : hands-on aktiviti

Langkah-langkah1. Memasukkan kapas kedalam botol air mineral.2. Menutup tutup botol dengan plastisin3. Tebuk lubang pada plastisin dengan menggunakan pensil.4. Masukkan rokok ke dalam lubang yang disediakan.5. Nyalakan rokok tersebut.6. Memicit botol plastik menggambarkan manusia bernafas7.Keluarkan plastisin dan rokok .8. Buat pemerhatian terhadap kapas.

Dapatan1. Guru meminta murid merekodkan dapatan eksperimen.(contoh catatan eksperimen di bawah)

KPS-berkomunikasi

KBKK-mengikut urutan-menganalisis-membanding dan membeza

Nilai Murni-berkerjasama-sistematik

BBM-botol plastik-kapas-rokokGambarajah di powerpoint

Langkah 3(10 minit)Menyatakan keburukan kesan merokok kepada paru-paru

Jenis Aktiviti : Gambar

1. Guru menunjukkan gambar menggunakan komputer kesan merokok terhadap paru-paru

2. Guru menyoal murid:(a)Apakah perbezaan antara paru-paru yang ditunjukkan?Jawapan:Paru-paru elok dan rosak

(b) Apakah kesan daripada tabiat tersebut terhadap manusia?

Jawapan:Kanser paru-paruKPS-pemerhatian-berkomunikasi-meramal

KBKK-Membanding dan membeza-menjana idea

Nilai Murni-Berfikiran kritikal dan analitis

BBMGambar dari powerpoint

Langkah 4(10 minit)KesimpulanJenis Aktiviti: Percambahan Fikiran

1. Guru meminta murid membuat kesimpulan daripada eksperimen yang telah dijalankan.

Jawapan :Merokok membahayakan kesihatanMerosakkan gigiBau nafas dan badanMencemarkan udaraMenjejaskan kesihatan orang sekeliling

2. Guru merumuskan dari percambahan fikiran tersebut.- Mengingatkan murid supaya tidak mendekati rokok

KPS-membuat inferens

KBKK-menjana idea

Nilai Murni-Bertanggungjawab keselamatan diri, rakan dan alam sekeliling

Langkah 5(10 minit)RefleksiJenis Aktiviti: Pertandingan melukis karikatur

1. Guru meminta murid melukis kartun Kempen anti merokok

BBMKertas lukisanPensil warna

Catatan eksperimen

Warna kapas sebelum eksperimenWarna kapas selepas eksperimen

a)Apakah organ pernafasan yang diwakili oleh kapas ?

b)Kenapakah kapas itu bertukar warna?

c)Bagaimana eksperimen ini menunjukkan kesan merokok terhadap paru-paru?