Tajuk 5. Huraian Sukatan Pelajaran KAUB (2)

41
PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI TAJUK 5 PERSEDIAAN MENGAJAR KEMAHIRAN HIDUP UNTUK BERDIKARI 5.0 SINOPSIS Topik ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang Huraian dan Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Untuk Berdikari dalam mata pelajaran Pendidikan Khas. Ianya juga akan menerangkan mengenai rancangan mengajar harian dan format penulisan rancangan harian. 5.1 HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. mengenalpasti komponen-komponen dalam Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hudup Untuk Berdikari 2. Meneliti komponen Kemahiran Hidup dalam Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Untuk Berdikari 3. Menyediakan rancangan mengajar harian 4. Membincangkan format rancangan pengajaran harian 5.2 KERANGKA TAJUK Huraian Sukatan Pelajaran

description

MODUL KAUB

Transcript of Tajuk 5. Huraian Sukatan Pelajaran KAUB (2)

Page 1: Tajuk 5. Huraian Sukatan Pelajaran KAUB (2)

PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

TAJUK 5 PERSEDIAAN MENGAJAR KEMAHIRAN HIDUP UNTUK

BERDIKARI

5.0 SINOPSIS

Topik ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang Huraian dan

Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Untuk Berdikari dalam mata

pelajaran Pendidikan Khas. Ianya juga akan menerangkan mengenai

rancangan mengajar harian dan format penulisan rancangan harian.

5.1 HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. mengenalpasti komponen-komponen dalam Huraian Sukatan Pelajaran

Kemahiran Hudup Untuk Berdikari

2. Meneliti komponen Kemahiran Hidup dalam Huraian Sukatan Pelajaran

Kemahiran Hidup Untuk Berdikari

3. Menyediakan rancangan mengajar harian

4. Membincangkan format rancangan pengajaran harian

5.2 KERANGKA TAJUK

Huraian Sukatan Pelajaran

Huraian Sukatan Pelajaran

Rancangan Mengajar

Harian

Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran

Page 2: Tajuk 5. Huraian Sukatan Pelajaran KAUB (2)

PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

5.3 Pengenalan

Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) dan Bahagian Pembangunan Kurikulum,

Kementerian Pelajaran telah merangka satu Sukatan Pelajaran yang boleh

disesuaikan untuk pelajar-pelajar berkeperluan khas bagi melahirkan rakyat

Malaysia yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia, selaras dengan

kehendak Falsafah Pendidikan Negara iaitu untuk memberi pendidikan kepada

semua.

5.4 Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Untuk Berdikari

Huraian Sukatan Pelajaran merupakan dokumen yang mengandungi

perkara-perkara yang wajib diajar kepada pelajar sepanjang tahun persekolahan.

Sukatan pelajaran disediakan oleh bahagian Pusat Perkembangan Kurikulum ,

Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia perlu dikemukakan serta merta apabila

diminta oleh orang-orang yang diberi kuasa seperti Ketua Pendaftar, Jemaah

Nazir dan Pengetua. Jika gagal dan disabit kesalahan boleh didenda.

5.4.1. KOMPONEN KEMAHIRAN HIDUP

Skop

Komponen ini memberi fokus kepada latihan-latihan dan kemahiran untuk

membolehkan murid bermasalah pembelajaran berdikari. Melalui proses

pengajaran dan pembelajaran murid dapat menjalankan aktiviti-aktiviti seharian

dengan lebih yakin.

Page 3: Tajuk 5. Huraian Sukatan Pelajaran KAUB (2)

PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

Objektif Umum

Komponen Kemahiran Hidup membolehkan murid:

1. Memperoleh pengetahuan dan kemahiran asas dalam aspek masakan,

jahitan, pertukangan, perkebunan, pemeliharaan haiwan dan mendobi

2. Menguasai kemahiran-kemahiran asas dalam komponen kemahiran

hidup

3. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi ke dalam

kehidupan harian

Rajah 5.1 Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Untuk Berdikari

OBJEKTIF KHUSUS KANDUNGAN CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN/PEMBELAJAR

AN

1. Masakan

Membolehkan

murid:

1.1mengenal alatan

1.1.1 Alatan di

dapur

a. Menamakan alatan di dapur

i. alatan memasak

ii. alatan menghidang

iii. alatan mencuci

iv. alatan menyukat

b. Mengenal pasti alatan di

dapur

i. alatan memasak

ii. alatan

menghidang

iii. alatan mencuci

iv. alatan menyukat

c. Memadankan gambar alatan

dengan perkataan

Page 4: Tajuk 5. Huraian Sukatan Pelajaran KAUB (2)

PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

OBJEKTIF KHUSUS KANDUNGAN CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN/PEMBELAJAR

AN

1.2menggunakan

alatan dengan

betul

1.3mengamalkan

langkah-

langkah

keselamatan

1.4 mengamalkan

kebersihan

1.2.1 Fungsi

alatan

1.3.1 Keselamatan

diri

1.3.2 Keselamatan

alatan

1.3.3 Keselamatan

di dapur

1.3.4 Cara

menyimpan

1.4.1 Kebersihan

diri

1.4.2 Kebersihan

a. Demonstrasi penggunaan

alatan dengan betul melalui

tayangan video

b. Menyesuaikan bahan

dengan alatan yang betul

a. Menerangkan peraturan

keselamatan diri

b. Demonstrasi

c. Latihan kebakaran

d. Pertolongan cemas

a. Menerangkan peraturan

penggunaan alatan

a. Tayangan gambar

a. Latihan cara menyimpan

alatan dan kelengkapan

dapur

a. Mengamalkan kebersihan

i. anggota badan

ii. pakaian

b. Melaksanakan tugasan

harian

Page 5: Tajuk 5. Huraian Sukatan Pelajaran KAUB (2)

PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

OBJEKTIF KHUSUS KANDUNGAN CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN/PEMBELAJAR

AN

1.5 mengenal pasti

bahan masakan

1.6 membeli bahan

masakan

1.7 memasak

dengan kaedah

alatan/ bahan

1.4.3 Kebersihan

bilik

1.5.1 Bahan

masakan

1.6.1 Bahan

masakan

a. Membersihkan alatan /

bahan

b. Menyimpan alatan / bahan

a. Menyapu dan membuang

sampah

b. Mengelap meja dan lantai

c. Mengemas dan menyusun

alatan/ bahan

a. Penyediaan mengikut menu:

i. sarapan pagi

ii. makan tengah hari

iii. minum petang

iv. makan malam

a. Penyediaan mengikut

menu:

i. sarapan pagi

ii. makan tengah hari

iii. minum petang

iv. makan malam

b. Mengira kos penyediaan

c. Menyukat bahan yang

hendak digunakan

d. Menyimpan bahan lebihan

Page 6: Tajuk 5. Huraian Sukatan Pelajaran KAUB (2)

PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

OBJEKTIF KHUSUS KANDUNGAN CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN/PEMBELAJAR

ANyang betul

1.8 menjalankan

projek

keusahawanan

2. Jahitan

Membolehkan

murid:

2.1 mengenal pasti

alatan jahitan

1.7.1 Cara

penyediaan

1.7.2 Pelbagai jenis

masakan

1.8.1 Projek jualan

2.1.1 Alatan jahitan

yang dibeli

a. Memakai apron dan topi

b. Memilih menu

c. Menyediakan bahan dan

peralatan

d. Membersihkan bahan yang

hendak dimasak

a. Memasak mengikut langkah-

langkah yang betul

b. Menghias dan menghidang

c. Mengemas

d. Menyediakan peralatan

peranggu meja untuk

hidangan

a. Tata cara jual beli

b. Menyediakan hasil bahan

masakan

c. Membungkus makanan /

minuman

d. Melekat / menulis tanda

harga

e. Main peranan

f. Menjual bahan masakan

a. Menamakan alatan jahitan

Page 7: Tajuk 5. Huraian Sukatan Pelajaran KAUB (2)

PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

OBJEKTIF KHUSUS KANDUNGAN CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN/PEMBELAJAR

AN

2.2 menggunakan

alatan jahitan

2.3 mengamalkan

keselamatan di

bilik / bengkel

jahitan

2.4 mengamalkan

kebersihan

2.5 menjahit jahitan

asas

2.2.1 Fungsi alatan

2.3.1 Keselamatan

diri

2.3.2 Keselamatan

alatan

2.3.3 Keselamatan

bilik/ bengkel

jahitan

2.3.4 Cara

menyimpan

alatan

2.4.1 Kebersihan

bilik/ bengkel

jahitan

2.5.1 Jenis-jenis

jahitan asas

dan bahagian mesin jahit

b. Mengenal pasti alatan

jahitan

c. Memadankan gambar alatan

dengan perkataannya

a. Mengenal pasti penggunaan

alatan dan mesin jahit

dengan betul

b. Demonstrasi

a. Menerangkan peraturan

keselamatan diri

a. Menerangkan peraturan

penggunaan alatan

a. Menerangkan peraturan

keselamatan di bilik /

bengkel jahitan

a. Latihan cara menyimpan

alatan dengan betul

a. Menyapu dan membuang

sampah

a. Mengenal dan menjahit jenis

Page 8: Tajuk 5. Huraian Sukatan Pelajaran KAUB (2)

PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

OBJEKTIF KHUSUS KANDUNGAN CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN/PEMBELAJAR

AN

2.6 menghasilkan

kerja jahitan

tangan / artikel

mudah

2.7 menjual hasil

kerja jahitan

tangan

3. Pertukangan

Membolehkan

murid:

3.1 mengenal pasti

alatan

pertukangan

3.2 menggunakan

2.6.1 Kerja

tangan/artikel

mudah

2.7.1 Projek jualan

3.1.1. Alatan di

bengkel / bilik

pertukangan

3.2.1 Fungsi alatan

3.3.1 Keselamatan

diri

jahitan

i. jelujur

ii. sembat

iii. kia

iv. silang pangkah

b. Membuat buku skrap

a. Memilih projek jahitan

b. Menggunting fabrik

c. Menjahit fabrik

i. jahitan tangan

ii. jahitan mesin

a. Menyediakan bahan

b. Mempamerkan hasil kerja

jahitan

c. Menjahit hiasan artikel /

jahitan

d. Melekat / menulis tanda

harga

e. Menjual hasil kerja jahitan

a. Menamakan alatan

pertukangan

b. Memadankan gambar

alatan dengan

Page 9: Tajuk 5. Huraian Sukatan Pelajaran KAUB (2)

PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

OBJEKTIF KHUSUS KANDUNGAN CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN/PEMBELAJAR

ANalatan

pertukangan

3.3 mengamalkan

keselamatan di

bengkel/bilik

pertukangan

3.4 mengamalkan

kebersihan

3.3.2 Keselamatan

alatan

3.3.3 Keselamatan

bilik/bengkel

3.3.4 Cara

menyimpan

alatan

3.4.1 Kebersihan

diri

3.4.2 Kebersihan

alatan

3.4.3 Kebersihan

bilik/bengkel

3.5.1 Bahan kerja

kayu

3.6.1 Merancang

projek

perkataannya

a. Demonstrasi penggunaan

alatan dengan betul

b. Tayangan video

a. Menerangkan peraturan

keselamatan diri

a. Menerangkan peraturan

penggunaan alatan

a. Tayangan gambar

keselamatan di bilik/bengkel

a. Latihan cara menyimpan

alatan

a. Mengamalkan kebersihan

i. anggota badan

ii. pakaian

a. Mencuci, mengelap dan

menyimpan alatan

a. Menyapu dan membuang

sampah

Page 10: Tajuk 5. Huraian Sukatan Pelajaran KAUB (2)

PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

OBJEKTIF KHUSUS KANDUNGAN CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN/PEMBELAJAR

AN

3.5 mengenal

bahan-bahan

kerja kayu

3.6 membina projek

mudah

3.7 menjual hasil

kerja kayu

3.7.1 Projek jualan

4.1.1 Alatan untuk

berkebun

a. Mengenal pasti jenis papan

i. papan lapis

ii. kayu

a. Merancang projek

i. bekas tisu

ii. bangku

iii. penyangkut

b. Menyediakan bahan

c. Membuat ukuran pada

bahan projek

d. Menggergaji bahan projek

e. Melekat

i. gam

ii. memaku

f. Melicin projek dengan kertas

pasir

g. Membuat kemasan

a. Menyediakan bahan

b. Mempamerkan hasil kerja

kayu

c. Melekat/menulis tanda

Page 11: Tajuk 5. Huraian Sukatan Pelajaran KAUB (2)

PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

OBJEKTIF KHUSUS KANDUNGAN CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN/PEMBELAJAR

AN4. Perkebunan

Membolehkan

murid:

4.1 mengenal pasti

peralatan

perkebunan

4.2 menggunakan

alatan

perkebunan

4.3 mengamalkan

keselamatan di

kebun

4.2.1 Fungsi alatan

4.3.1 Keselamatan

diri

4.3.2 Keselamatan

rakan

4.3.3 Keselamatan

alatan

4.3.4 Keselamatan

bahan

4.3.5 Cara

menyimpan

alatan

4.4.1 Kebersihan

diri

4.4.2 Kebersihan

alatan

4.4.3 Kebersihan di

harga

d. Menjual hasil kerja kayu

a. Menamakan alatan

perkebunan

b. Memadankan gambar alatan

dengan perkataan

a. Demonstrasi penggunaan

alatan dengan betul

b. Tayangan video

c. Latihan menggunakan

alatan

a. Menerangkan peraturan

keselamatan diri

a. Menerangkan peraturan

keselamatan rakan

a. Menerangkan peraturan

penggunaan alatan

a. Menerangkan langkah-

langkah keselamatan

penggunaan racun

serangga dan baja

Page 12: Tajuk 5. Huraian Sukatan Pelajaran KAUB (2)

PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

OBJEKTIF KHUSUS KANDUNGAN CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN/PEMBELAJAR

AN

4.4 mengamalkan

kebersihan

4.5 mengenal pasti

bahan

perkebunan

4.6 menanam pokok

4.7 menjaga

pokok/tanaman

kebun

4.5.1 Bahan

perkebunan

4.6.1 Cara

menanam

4.7.1 Cara

penjagaan

4.8.1 Memasarkan

a. Cara menyimpan alatan di

tempat yang sesuai

a. Cara menjaga kebersihan

diri

a. Cara menjaga kebersihan

alatan

a. Cara menjaga kebersihan di

kebun

a. Mengenal pasti jenis:

i. tumbuhan hiasan

ii. jenis sayur-sayuran

iii. medium penanaman

a. Menyediakan tapak

semaian/kebun

b. Menjalankan aktiviti

i. membersihkan

kawasan

ii. membaja

iii. memilih biji benih

iv. menyemai/menanam

a. Murid melakukan aktiviti

penjagaan dari masa ke

semasa

Page 13: Tajuk 5. Huraian Sukatan Pelajaran KAUB (2)

PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

OBJEKTIF KHUSUS KANDUNGAN CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN/PEMBELAJAR

AN

4.8 memungut dan

menjual hasil

5. Pemeliharaan

haiwan

Membolehkan

murid:

5.1 mengenal pasti

haiwan

peliharaan

5.2 memelihara

haiwan

peliharaan

5.3 mengamalkan

keselamatan

haiwan

peliharaan

hasil

5.1.1 Jenis-jenis

haiwan

5.2.1 Habitat

haiwan

5.3.1 Keselamatan

haiwan

5.4.1 Kebersihan

habitat

5.5.1 Menternak

haiwan

i. merumput

ii. menggembur

iii. menyiram

iv. membaja

v. mencatas

vi. mengawal serangan

haiwan perosak dan

penyakit

a. Memungut

b. Menetapkan harga

c. Menjual hasil

a. Mengenal haiwan melalui

gambar/poster/haiwan

sebenar

b. Tayangan

video/slaid/rakaman tv

a. Melawat tempat ternakan

b. Memadankan haiwan

dengan habitatnya

a. Latihan cara menjaga

keselamatan haiwan

i. tempat tinggal

Page 14: Tajuk 5. Huraian Sukatan Pelajaran KAUB (2)

PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

OBJEKTIF KHUSUS KANDUNGAN CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN/PEMBELAJAR

AN

5.4 mengamalkan

kebersihan

5.5 mengurus

haiwan

peliharaan

6. Asas mendobi

Membolehkan

murid:

6.1 mengenal dan

menggunakan

alatan mendobi

6.2 mengamalkan

langkah-langkah

keselamatan

6.1.1 Alatan

mendobi yang

asas

6.1.2 Fungsi alatan

6.2.1 Keselamatan

diri

6.2.2 Keselamatan

alatan

6.2.3 Keselamatan

tempat tinggal

6.3.1 Bahan-bahan

mendobi

6.4.1 Cara mencuci

ii. makanan/minuman

a. Latihan cara menjaga

kebersihan habitat

b. Menyediakan kemudahan

peralatan dan bahan yang

diperlukan

a. Menguruskan ternakan

b. Menjual hasil ternakan

a. Menamakan alatan yang

digunakan

a. Demonstrasi penggunaan

alatan dengan betul

a. Menerangkan peraturan

keselamatan diri

a. Menerangkan peraturan

penggunaan alatan

a. Menerangkan peraturan

keselamatan tempat kerja

Page 15: Tajuk 5. Huraian Sukatan Pelajaran KAUB (2)

PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

OBJEKTIF KHUSUS KANDUNGAN CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN/PEMBELAJAR

AN

6.3 mengenal pasti

bahan mendobi

6.4 mengamalkan

aktiviti mendobi

dengan betul

pakaian

6.4.2 Cara

menggosok

pakaian

6.4.3 Cara

menyimpan

pakaian

a. Menamakan bahan yang

digunakan

b. Mengenal pasti jenis fabrik

i. fabrik asli

ii. fabrik buatan

c. Menerangkan cara guna dan

sukatan bahan pencuci

a. Mengasingkan pakaian

mengikut:

i. jenis

ii. warna (putih/berwarna)

b. Merendam

c. Mencuci pakaian

i. cucian tangan

ii. cucian mesin

d. Membilas

e. Memerah

f. Menyidai/menjemur

a. Melembapkan

pakaian/merenjis

b. Menggosok pakaian

c. Menggantung pakaian

a. Melipat, menyusun dan

menyimpan pakaian dengan

betul

Page 16: Tajuk 5. Huraian Sukatan Pelajaran KAUB (2)

PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

5.4.2. KOMPONEN PENGURUSAN DIRI

Skop

Bagi murid pendidikan khas, pengurusan diri merupakan satu keperluan

utama sebagai asas untuk menguasai bidang kemahiran lain. Perkara ini

penting untuk menentukan penguasaan bidang-bidang lain diperoleh

dengan lebih lancar dan sempurna. Latihan dan kemahiran

perkembangan sosial, hidup berkeluarga, penjagaan diri, perkembangan

peribadi, dan pengurusan rumahtangga perlu diberi kepada murid

bermasalah pembelajaran.

Komponen pengurusan diri bertujuan melatih murid supaya

berdikari dan berkemahiran ke arah menjalankan aktiviti seharian dengan

lebih cekap dan berkeyakinan.

Objektif Umum

Komponen Pengurusan Diri membolehkan murid :

1. berdikari dan menjalankan aktiviti seharian

2. menyediakan diri menghadapi situasi sebenar

3. mengamalkan kebersihan dan kesihatan yang baik untuk dirinya serta persekitaran

4. mengaplikasi pengetahuan di dalam bilik darjah ke dalam kehidupan

OBJEKTIF KHUSUS KANDUNGAN

1. Urus diri

Membolehkan murid :

1.1mengamalkan cara 1.1.1 Peralatan yang digunakan untuk

Page 17: Tajuk 5. Huraian Sukatan Pelajaran KAUB (2)

PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

OBJEKTIF KHUSUS KANDUNGAN

minum yang betul.

1.2mengamalkan cara

makan yang betul.

1.3membuka dan memakai

pakaian tanpa bantuan.

1.4mengenal jenis-jenis

pakaian mengikut

situasi tertentu.

1.5berdandan.

1.6menguruskan diri

semasa mencapai akil

baligh.

minum.

1.1.2 Pelbagai cara minum

1.1.3 Adab sebelum dan selepas minum.

1.2.1 Peralatan yang digunakan untuk

makan.

1.2.2 Cara makan.

1.2.3 Adab sebelum dan selepas makan.

1.3.1 Jenis-jenis pakaian.

1.3.2 Prosedur membuka pakaian

1.3.3 Prosedur memakai pakaian.

1.4.1 Uniform sekolah.

1.4.2 Pakaian sukan.

1.4.3 Pakaian Unit Beruniform.

1.4.4 Pakaian menghadiri majlis tertentu.

1.5.1 Kepala

1.5.2 Badan

1.5.3 Tangan

1.5.4 Kaki

1.6.1 Penjagaan sebelum, semasa dan

selepas haid

2. Kebersihan dan

kesihatan

.

Page 18: Tajuk 5. Huraian Sukatan Pelajaran KAUB (2)

PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

OBJEKTIF KHUSUS KANDUNGAN

Membolehkan murid :

2.1 menyebut, menama

dan melabel anggota

badan.

2.2 menyatakan fungsi

anggota badan.

2.3 menama dan melabel

alat penjagaan diri dan

fungsi.

2.4 membersihkan

bahagian anggota

badan.

2.1.1 Anggota badan.

2.2.1 Fungsi anggota badan.

2.2.2 Deria.

2.3.1 Alat penjagaan diri.

2.3.2 Fungsi alat penjagaan diri.

2.4.1 Kepala

2.4.2 Badan

2.4.3 Tangan

2.4.4 Kaki

3. Penggunaan tandas dan

bilik air

Membolehkan murid :

3.1 memaklumkan

apabila perlu ke

tandas

3.2 mengenalkan simbol

dan perkataan

tandas.

3.3 menama dan

memperkenalkan

jenis-jenis tandas.

3.1.1 Latihan memberitahu hendak ke

tandas.

3.2.1 Simbol dan papan tanda.

3.3.1 Jenis-jenis tandas

3.3.2 Jenis-jenis tandas

Page 19: Tajuk 5. Huraian Sukatan Pelajaran KAUB (2)

PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

OBJEKTIF KHUSUS KANDUNGAN

3.4 menggunakan tandas

dengan cara yang

betul.

3.5 menjaga kebersihan

tandas dan bilik air

selepas

menggunakannya.

3.4.1 Cara penggunaan tandas.

3.5.1 Penjagaan tandas dan bilik air di

sekolah, rumah dan di tempat lain

4. Pengurusan dalam dan

luar bilik darjah

Membolehkan murid:

4.1 menyebut dan

menyenarai alatan

dalam bilik darjah

4.2 mengamal kebersihan

dalam bilik darjah.

4.3 menyusun benda-

benda dalam bilik

darjah/ruang pada

tempat yang sesuai.

4.4 menjalankan tugas

harian di dalam bilik

4.1.1 Alatan untuk membersihkan bilik

darjah dan fungsinya.

4.2.1 Peraturan menjaga kebersihan

dalam bilik darjah.

4.3.1 Barang-barang sendiri di tempat

khas

4.3.2 Kedudukan barang-barang di

tempat tertentu.

4.3.3 Susunan peralatan yang telah

digunakan.

4.4.1 Pintu dan tingkap.

4.4.2 Suis elektrik .

Page 20: Tajuk 5. Huraian Sukatan Pelajaran KAUB (2)

PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

OBJEKTIF KHUSUS KANDUNGAN

darjah

4.5 menceriakan kelas

4.6 menamakan perkakas

dan kegunaannya

untuk membersihkan

kawasan luar bilik

darjah

4.7 membersih dan

mengemaskan

persekitaran luar bilik

darjah

4.4.3 Susunan perabot

4.5.1 Hiasan kelas.

4.7.1 Alatan untuk membersihkan luar

bilik darjah dan fungsinya.

4.7.1 Kawasan kaki lima dan longkang.

4.7.2 Kawasan sekitar bilik darjah.

4.7.3 Tempat makan.

5. Pengurusan tempat

tinggal

Membolehkan murid :

5.1 mengenal pasti dan

membezakan jenis

ruang/bilik di rumah

dan fungsinya.

5.2 mengemas dan

menyusun peralatan

di setiap ruang/bilik.

5.3 menjaga kebersihan

5.1.1 Jenis-jenis ruang di rumah.

5.2.1 Alatan di setiap ruang/bilik.

5.3.1 Cara-cara menjaga kebersihan

Page 21: Tajuk 5. Huraian Sukatan Pelajaran KAUB (2)

PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

OBJEKTIF KHUSUS KANDUNGAN

ruang / bilik

5.4 mematuhi peraturan

penggunaan ruang /

bilik

ruang/bilik.

5.4.1 Peraturan penggunaan ruang/bilik.

5.5 Komponen-komponen dalam HSP Kemahiran Hidup Untuk Berdikari

Guru perlu memastikan pengajaran Kemahiran Hidup Untuk Berdikari difokuskan

sepenuhnya kepada penguasaan kemahiran asas Kemahiran Hidup Untuk

Berdikari yang terdiri daripada dua kompenen iiaitu Kemahiran Hidup dan

Pengurusan Diri (Rujuk Huraian Sukatan Pelajaran Pengurusan Kemahiran

Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran) sebelum amali dilaksanakan..

Pengajaran kemahiran asas Kemahiran Hidup Untuk Berdikari dan amali perlu

diselaraskan dari awal pengajaran. Komponen kemahiran asas Kemahiran

Hidup Untuk Berdikari berdasarkan HSP ialah Kompenen Kemahiran –

Masakan,Jahitan,Pertukangan, Perkebunan, Pemeliharaan haiwan dan Asas

Mendobi. Manakala kompenen Pengurusan Diri – Urus Diri, Kebersihan dan

Kesihatan, Penggunaan Tandas dan Bilik Air, Pengurusan dalam dan luar bilik

darjah dan Pengurusan tempat tinggal. Komponen HSP Kemahiran Hidup Untuk

Berdikari masalah pembelajaran boleh dilihat dengan lebih jelas dari segi objektif

dan kandungannya seperti dalam jadual 5.1.

Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Untuk Berdikari Masalah Pembelajaran, bincangkan dua contoh kemahiran amali dan kepentingan kemahiran tersebut kepada murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran.

5.6 Perancangan dan Persediaan Mengajar

Page 22: Tajuk 5. Huraian Sukatan Pelajaran KAUB (2)

PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

5.6.1 Pengertian konsep pengajaran

Pengajaran ialah cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan yang

hendak diajar. Hasil daripada pengajaran berlakulah peubahan yang relatif kekal

dalam tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Perubahan

merupakan suatu penambahan yang baru, pengukuhan dan pengubahansuaian

yang berlaku terhadap anak dididik.

5.6.2 Keperluan perancangan pengajaran dan pembelajaran

Perancangan perlu dilakukan untuk

memenuhi masa yang diperuntukan

menepati kehendak objektif/matlamat

berkesan sepanjang waktu pengajaran

menarik perhatian dan tidak membosankan

5.6.3 Objektif pengajaran

Objektif pengajaran Kemahiran Hidup Untuk Berdikari mestilah merujuk kepada

Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Untuk Berdikari. Guru terlebih

dahulu perlu memastikan pelajar telah menguasai pelajaran lepas. Sekiranya

terdapat pelajar yang belum menguasai pelajaran lepas, objektif pembelajaran

perlu diulang semula. Objektif pengajaran boleh di tulis dalam bentuk:

Objektif implisit

o melibatkan perubahan tingkah laku yang ketara seperti :

memahami

atau mengetahui

atau menghargai sesuatu yang telah diajar

Objektif eksplisit

Page 23: Tajuk 5. Huraian Sukatan Pelajaran KAUB (2)

PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

o melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh dilihat seperti :

menyenaraikan

menjelaskan

memberikan contoh

menunjukkan cara yang betul terhadap apa yang telah

diajarkan

5.6.4 Buku rekod mengajar

Buku himpunan pelan tindakan guru sebelum mengajar. Berdasarkan SPI Bil

3/1999. Buku rekod mengajar wajib mengandungi dua perkara penting :

Rancangan Pelajaran Tahunan

o Rancangan berdasarkan taqwim minggu persekolahan.

Mengandungi isi ringkas rancangan penjararan berdasarkan

sukatan pelajaran kebangsaan.

o Butiran yang perlu ada ialah :

Mata pelajaran

Tahun

Minggu

Tajuk/isi

Objektif

Kemahiran

Nilai dan

bahan bantuan mengajar

Rancangan Pelajaran Harian

o Rancangan berdasarkan rancangan Tahunan

o Butiran yang perlu ada ialah :

Hari dan tarikh

Mata pelajaran dan tingkatan

Masa

Tajuk dan Objektif/kemahiran yang ingin dicapai

Page 24: Tajuk 5. Huraian Sukatan Pelajaran KAUB (2)

PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

Aktiviti yang dijalankan dan Impak/Refleksi

Buku rekod pengajaran menjadi rujukan dan dokumen penting bagi pihak

sekolah PPD JPN dan jemaah nazir sekolah

Ia adalah milik sekolah dan mesti dikembalikan dan disimpan oleh pihak sekolah

sebelum cuti sekolah akhir tahun bermula. Ia juga digunakan sebagai sasaran

kerja tahunan untuk menilai prestasi kerja tahunan guru.

Rekod P&P boleh juga disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan

sesuai dengan teknologi semasa. Rekod P&P dan bahan-bahan lain berkaitan

dengan penyediaan rancangan pelajaran tahunan perlu dikemukakan dengan

serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.

Kegagalan menyediakan buku rekod pengajaran merupakan satu kesalahan dan

jika disabitkan kesalahan, sesorang itu boleh didenda tidak kurang daripada

RM500 - berdasarkan Peraturan 11(b), Peraturan-peraturan Pendidikan

(Kurikulum kebangsaan)1997 (P.U.A.531)

5.6.5 Jadual Waktu

Berdasarkan Akta Pendidikan 1996, Jadual waktu mestilah mempunyai

Senarai mata pelajaran yang diajar kepada murid

Setiap hari persekolahan

Nama guru yang mengajar mata pelajaran dan bilangan waktu mengajar

diluluskan oleh Menteri Pelajaran dan Ketua Jabatan

5.7 Aspek-aspek penting dalam perancangan P&P

Page 25: Tajuk 5. Huraian Sukatan Pelajaran KAUB (2)

PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

Sebelum merancang dan melaksanakan P&P seseorang guru perlulah

1. Mengkaji dan mentafsir sukatan pelajaran secara mendalam

2. Memilih kemahiran-kemahiran dan dan isi pelajaran yang sesuai

3. Merancang pengajarannya

o Set iduksi

o Perkembangan P&P

o Penutup

4. Menentukan strategi P&P

5. Menyediakan bahan bantu pengajaran

6. Menyediakan penilaian

5.7.1 Komponen Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Hidup Untuk

Berdikari

Elemen-elemen yang perlu diambil kira dalam merekabentuk pengajaran ialah

Objektif pengajaran

Strategi pengajaran yang sesuai

Bahan bantu pengajaran

Maklum balas pelajar

Penilaian

Page 26: Tajuk 5. Huraian Sukatan Pelajaran KAUB (2)

PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

5.8 Peringkat Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran

Seseorang guru perlu membuat perancangan sebelum dia memasuki kelas

untuk menyampaikan isi kandungan Kemahiran Hidup Untuk Berdikari kepada

muridnya. Beberapa perkara perlu dipertimbangkan sebelum melaksanakan

pengajaran dan pembelajaran. Terdapat empat peringkat yang perlu

dipertimbangkan iaitu pra perancangan, perancangan aktif, perancangan

semasa dan pasca perancangan. Perancangan juga perlu mengikut Huraian

Sukatan Pelajaran yang telah ditetapkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum.

Manakala aktiviti yang dilaksanakan pula perlu mengambilkira faktor masa,

keupayaan murid, pengetahuan sedia ada murid, bahan bantu mengajar dan

situasi dalam bilik darjah.

I. Pra perancangan

o Guru mempunyai gambaran mental mengenai

keseluruhan pengajaran

pelajar - potensi, pengetahuan sedia ada dan lain-lain

isikandungan pelajaran

strategi

bahan yang diperlukan dan boleh digunakan

II. Perancangan aktif

o Guru perlulah

menulis rancangan mengajar

menyediakan nota,

membina transperansi/power point/model

memastikan peralatannya masih berfungsi baik dan sesuai

digunakan

menyediakan senarai semak

III. Perancangan semasa

o Guru perlu

mendapat maklum balas tentang kefahaman pelajar

mengubahsuai mengikut keperluan dan keadaan semasa

Page 27: Tajuk 5. Huraian Sukatan Pelajaran KAUB (2)

PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

mengaitkan dan mengulangi pelajaran yang lepas

IV. Pasca perancangan

o Guru perlu

menyedari kelemahan pengajaran

mengesan kekuatan pengajarannya

membuat catatan tentang perubahan yang diperlukan

5.8.1 Sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran

Sumber ialah bahan yang digunakan semasa proses P&P seperti

buku teks

buku rujukan

buku latihan

lampiran nota

Alat audio visual

o LCD

o komputer

o peta

o gambarajah dan

o TV

5.9 Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran

Terdapat tiga langkah utama dalam penulisan rancangan pengajaran Kemahiran

Hidup Untuk Berdikari iaitu set induksi, perkembangan (penyampaian isi) dan

penutup

I. Set Induksi

Langkah permulaan dalam proses P&P

Page 28: Tajuk 5. Huraian Sukatan Pelajaran KAUB (2)

PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

Tujuan - untuk menghasilkan aliran pemikiran dan meransang minat

pelajar agar dapat memberi perhatian kepada pengajaran yang akan

berlaku

Masa - 5 minit / 10% daripada masa pengajaran

Teknik - soalan, kejutan, kaitan dengan pelajaran lalu, isu semasa yang

berkaitan, gambar atau bunyi

II. Perkembangan P&P

a) Bahagian kedua

Penyampaian isi pelajaran

Teknik penyampaian guru

disampaikan berperingkat - dari mudah kepada yang sukar, dari yang

konkrit kepada yang abstrak

suara yang jelas dan terang

menggunakan pelbagai kaedah dengan mengambil kira pengalaman dan

potensi murid

berfokus kepada apa yang diajar

mengamalkan penekanan-penekanan dalam konsep KBSM/KBSR

Membuat penilian berterusan

b) Teknik Menyoal

Soalan yang dikemukakan

Penggabungjalinan

Penyerapan

Pengukuhan

memberikan latih tubi

memberikan tugasan / kerja rumah

mengaplikasikan ilmu, nilai dan kemahiran dalam aktiviti pembelajaran

Page 29: Tajuk 5. Huraian Sukatan Pelajaran KAUB (2)

PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

Pengayaan

membimbing murid mencari maklumat tambahan

menyediakan bahan maklumat tambahan

menggalakkan murid belajar daripada maklum balas

membimbing murid membuat jangkaan masa depan

c) Pemulihan

membimbing murid secara individu

menggunakan pelbagai bahan

memberi latihan ulangan

menggunakan pelbagai teknik pengajaran

d) Penilaian

pemerhatian

soal jawab

perbincangan

kerja bertulis

kerja rumah

e) Hasil pembelajaran murid

memastikan murid dalam keadaan bersedia mengikuti pelajaran

melaksanakan pembelajaran arah kendiri (self-directed)

mengaplikasikan kemahiran mengambil nota

mempersembahkan hasil aktiviti pembelajaran

mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber

mengemukakan pendapat semasa perbincangan

berdisplin

III. Penutup

Page 30: Tajuk 5. Huraian Sukatan Pelajaran KAUB (2)

PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

a) Bahagian terakhir

Aktiviti yang dijalankan seperti :

susulan

folio

pengayaan

membuat projek

penilaian objektif pengajaran

pemerhatian

teknik menyoal

memeriksa kerja pelajar

membuat kesimpulan

rumusan

menegaskan isi-isi penting

memberi cadangan dan panduan untuk murid meningkatkan kefahaman

mencadangkan bahan-bahan yang boleh dirujuk untuk meluaskan ilmu

mengaitkan pelajaran dengan keperluan hidup seharian

mengaitkan pelajaran dengan keperluan peperiksaan

pengubahsuaian pelajaran

Rajah Proses P&P

Page 31: Tajuk 5. Huraian Sukatan Pelajaran KAUB (2)

PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

Latihan 1

Berdasarkan situasi di atas, terangkan masalah yang dihadapi oleh

Azlan dan sediakan satu rancangan pengajaran harian untuk mengajar

asas kemahiran menjahit dengan menggunakan format RPH yang betul

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan

Latihan 2

Apakah yang dimaksudkan dengan prinsip pengajaran Kemahiran

Hidup Untuk Berdikari ”mengajar daripada diketahui kepada

yang tidak diketahui”?.

Itu saja yang perlu anda lakukan ...... SELAMAT BERJAYA.

Azlan merupakan pelajar ADHD berumur 10 tahun, telah diajar tajuk menjahit namun beliau tidak pandai menjaga keselamatan diri.