Tajuk 5 PENYELIDIKAN TINDAKAN PROSES.pdf

8
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH) 51 TAJUK 5 PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES 5.1. Sinopsis Bab ini menjelaskan proses penyelidikan tindakan yang meliputi empat peringkat. disebabkan penyelidikan tindakan adalah satu proses berputar (cyclic) (lihat rajah 2) semua peringkat itu haruslah dilihat secara keseluruhan dan juga secara berperingkat-peringkat. proses yang diterangkan di sini sekadar panduan, sekurang-kurangnya untuk memungkinkan penyelidikaii kecil-kecilan dijalankan berasaskan tema yang dipilih. proses ini harus juga dilihat dari segi keupayaannya membawa perubahan yang memerlukan tindakan untuk menyelidik dan mengubahsuai tindakan. kerjasama dalam pasukan yang sama minat adalah amat perlu ke arah pembaharuan melalui pengubahsuaian tindakan dalam proses itu. cara satu-satu kumpulan pengkaji merangka tindakan kajian boleh saja bermula di mana-mana peringkat, tetapi cara yang lebih teratur bermula dengan tinjauan. di peringkat inilah, tumpuan tema ditetapkan, sebelum bergerak ke peringkat perancangan, pelaksanaan dan refleksi. 5.2 Hasil Pembelajaran Menghuraikan proses melaksanakan kajian tindakan serta masalah yang dihadapi. 5.3 Kerangka Proses kajian tindakan:- Mengenal pasti aspek amalan bagi penambahbaikan Merancang tindakan Membina stratergi Melaksanakan tindakan Mengumpul data

Transcript of Tajuk 5 PENYELIDIKAN TINDAKAN PROSES.pdf

Page 1: Tajuk 5 PENYELIDIKAN TINDAKAN PROSES.pdf

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

51

TAJUK 5

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES

5.1. Sinopsis

Bab ini menjelaskan proses penyelidikan tindakan yang meliputi empat peringkat. disebabkan

penyelidikan tindakan adalah satu proses berputar (cyclic) (lihat rajah 2) semua peringkat itu

haruslah dilihat secara keseluruhan dan juga secara berperingkat-peringkat. proses yang

diterangkan di sini sekadar panduan, sekurang-kurangnya untuk memungkinkan penyelidikaii

kecil-kecilan dijalankan berasaskan tema yang dipilih. proses ini harus juga dilihat dari segi

keupayaannya membawa perubahan yang memerlukan tindakan untuk menyelidik dan

mengubahsuai tindakan.

kerjasama dalam pasukan yang sama minat adalah amat perlu ke arah pembaharuan melalui

pengubahsuaian tindakan dalam proses itu. cara satu-satu kumpulan pengkaji merangka

tindakan kajian boleh saja bermula di mana-mana peringkat, tetapi cara yang lebih teratur

bermula dengan tinjauan. di peringkat inilah, tumpuan tema ditetapkan, sebelum bergerak ke

peringkat perancangan, pelaksanaan dan refleksi.

5.2 Hasil Pembelajaran

Menghuraikan proses melaksanakan kajian tindakan serta masalah yang dihadapi.

5.3 Kerangka

Proses kajian tindakan:-

Mengenal pasti aspek amalan bagi penambahbaikan

Merancang tindakan

Membina stratergi

Melaksanakan tindakan

Mengumpul data

Page 2: Tajuk 5 PENYELIDIKAN TINDAKAN PROSES.pdf

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

52

Menganalisis data

Membuat refleksi terhadap tindakan (sebelum, semasa dan selepas tindakan)

Merancang kitaran kedua

Mengambil tindakan susulan

5.3.1 Mengenal Pasti Masalah

Langkah utama yang penting dalam penyelidikan tindakan ialah mengenal pasti amalan yang

bermasalah dalam isu bilik darjah yang menjadi perhatian. Contohnya tahap pencapaian jawi di

kalangan pelajar, kemampuan pelajar dalam membaca Al-Quran, minat pelajar keitka belajar

Al-Quran dan pelnbagai masalah yang dikenal pasti oleh guru pendidikan islam ketika

mengajar. Menurut Kemsis dan Mc Taggart, 1982. Guru perlu memilih masalah topik dan

masalah yang merupakan isu yang penting kepada anda sebagai seorang guru. Masalah yang

hendak dipilih perlu masalah yang boleh diselesaikan atau bersifat penambahbaikan kepada

amalan harian. Diharapkan melalui kajian tindakan yang dilakukan dapat memberi kesan atau

impak ke atas pembelajaran murid dan merubah tabiat guru.

Kaedah mengenal pasti masalah, guru perlu membuat pemerhatian, menyoal dan membuat

refleksi tentang keadaan sebenar (seluruh kelas atau sebahagian daripada murid dalam kelas

untuk menyiasat dan mencari jalan penyelesaian masalah yang dihadapi oleh mereka). Dengan

membuat perbandingan tahap pencapaian murid dengan standard pencapaian yang sepatutnya

dicapai seperti mana yang digariskan oleh kementerian pelajaran Malaysia. Untuk itu penyelidik

dicadangkan berkolaborasi dengan rakan guru lain, ketua panatia atau ketua bidang sebelum

melakukan kajian tindakan.

Beberapa soalan terbuka seperti di bawah dapat membantu guru unutk mengenal pasti bidang

serta amalan yang diminati untuk dibuat kajian dalam penyelidikan tindakan.

- Saya ingin memperbaiki kelemahan atau kekurangan yang terdapat dalam …..

- Saya keliru dengan kaedah yang digunakan ….

- Kebanyakan guru atau murid tidak minat dalam ….

- Saya ingin tahu lebih lanjut tentang …

- Buat masa ini bidang yang saya minati ialah …

Page 3: Tajuk 5 PENYELIDIKAN TINDAKAN PROSES.pdf

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

53

- Saya ingin mencuba menggunakan idea tentang …

Idea yang diperolehi itu perlu diubah dalam bentuk soalan kajian. Namun sebelum guru perlu

mengambil kira tentang beberapa perkara yang berkaitan dengan penyelidikan yang akan

dilaksanakan supaya penyelidikan yang akan dibuat itu bermakna dan berfaedah.

- Bagaimana untuk saya dapatkan penjelasan …

- Adakah kajian itu boleh diurus dan disiapkan dalam tempoh masa yang ada?

- Adakah melalui kajian ini akan memberikan kefahaman yang mendalam kepada diri

anda?

- Adakah anda berpeluang untuk menyebarluaskan hasil kajian tindakan ini?

- Adakah isu tersebut ada kaitan dengan amalan anda sebagai seorang guru dan

sebagainya?

Selepas itu barulah soalan-soalan penyelidikan dibina dan dibentuk. Contoh saoalan adalah

seperti berikut:

- Bagaimana saya membuat murid berasa seronok untuk belajar.

- Apakah kaedah yang paling sesuai digunakan unruk mengajar matapelajaran sirah

pendidikan islam sebagai contoh?

- Bagaimana pendekatan penjelasan penulisan laporan reflektif memberi kesan ke atas

penulisan dan perasaan murid?

- Bagaimana cara untuk memastikan murid sentiasa istiqamah dalam amalan?

Untuk menyelesaikan masalah yang dikenal pasti, sebaiknya dijelaskan tujuan penyelidikan

yang dicadangkan, objektif pelajaran, standard kandungan, peralatan, bahan pelajaran,

kekangan, kekuatan dan bantuan, aktiviti dan jangkaan dalam persekitaran bilik darjah.

Penyataan masalah boleh dinyatakan dalam bentuk latar belakang kajian dan persoalan kajian.

Latar belakang kajian akan menjelaskan tentang seting kerja seperti peranan guru, ibu bapa

dan murid, budaya belajar di sekolah atau dalam kelas dan penulis boleh menyatakan masalah

yang ingin dikaji. Tinjauan literasi dilakukan untuk mendapatkan maklumat daripada penyelidik-

penyeludik sebelum ini terhadap isu yang berkaitan masalah yang ingin anda kaji.

Page 4: Tajuk 5 PENYELIDIKAN TINDAKAN PROSES.pdf

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

54

5.3.2 Merancang Tindakan

Setelah penyelidik mengenal pasti masalah dan menetapkan tajuk penyelidikan, penyelidik

perlu melakukan perancangan dengan membina kerangka untuk penyelidikan tindakan. Untuk

Berjaya dalam melakukan sesuatu, perlu ada pada seseorang itu melakukan perancangan yang

rapi sebelum melakukan tindakan. Dapatkan maklumat terlebih dahulu tentang “apa”

“bagaimana” “kenapa” “siapa” dan “bila”. Penyelidik boleh meninjau hasil penyelidikan yang

dilakukan oleh penyelidik lain. Dengan ini penyelidik akan memurnikan lagi tajuk dan persoalan

kajian disamping mengenal pasti stratergi yang baru atau rawatan baru yang sesuai dalam

menyelesaikan masalah yang dihadapi. Kerangak kajian ini merupakan tulang belakang dalam

kajian.

5.3.3 Membina Stratergi

Untuk menjawab persoalan yang digariskan, penyelidik perlu membina stratergi yang betul agar

matlamat kajian tercapai. Sebagai contoh, penyelidik ingin mengkaji penglibatan ibu bapa untuk

memastikan murid istiqamah melakukan amalan solat fardhu di rumah. Penyelidik perlu

memikirkan tentang setiap bahagian persoalan.

- Apakah yang dimaksudkan dengan penglibatan ibu bapa?

- Bagaimanakah cara penyelidik mendapatkan respon daripada ibu bapa?

- Apakah cara untuk menghubungi ibu bapa?

- Bagaimanakah cara untuk mengukur dan menilai data?

- Bagaimanakah cara penyelidik mengetahui samaada tindakannya akan memberi kesan

ataupun tidak?

- Sudahkah penyelidik mendapatkan kebenaran daripada guru panitia pelajaran dan guru

besar atau pengetua tentang perancangan yang ingin dilaksanakan?

5.7 Melaksanakan Tindakan

Sebelum melaksanakan sesuatu tindakan, penyelidik perlu melakukan persediaan dalam

pelbagai aspek. Antaranya ialah:

Page 5: Tajuk 5 PENYELIDIKAN TINDAKAN PROSES.pdf

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

55

- Anda telah mendapatkan kebenaran daripada pihak-pihak berkaitan dengan

penyelidikan untuk menjalankan aktiviti penyelidikan tersebut.

- Menyediakan instrument alat untuk mengumpul data.

- Cara untuk mengingat semula tindakan yang akan dijalankan.

- Cara untuk memastikan ketekalan tindakan.

- Kaedah menyimpan data bagi memastikan keselamatannya.

Semasa melaksanakan tindakan, penyelidik sebenarnya sedang mengumpul data. Setiap

perancangan dan persoalan kajian perlu disemak semula. Di samping itu, penyelidik perlu

menerusakan pembacaan bidang yang dikaji. Berkemungkinan akan berlaku perubahan dan

penambahbaikan.

5.3.4 Mengumpul Data.

Pelbagai teknik pengumpulan data boleh digunakan seperti penulisan diari, soal selidik,

ramakan video dan audio, pemerhatian, temu bual dan bukti dokumentasi. Teknik yang menjadi

pilihan bergantung pada soalan-soalan kajian yang ditanyakan. Triangulasi diperlukan untuk

mengelakan berlakunya bias peribadi. Ianya penting ketika membentuk kaedah dalam

mengumpul data. Data perlu mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan. Kesahan data

merujuk kepada sejauh mana ianya benar-benar mengukur fenomena spesifik yang diselidiki.

Manakala kebolehpercayaan data pula merujuk kepada ketepatan data yang dikutip seperti

yang dikehendaki dalam kajian.

Penyelidik perlu menetep jangka masa untuk melaksanakan pengumpulan data. Penggunakan

buku log dan jurnal pembelajaran akan membantu membekalkan data yang diperlukan.

5.3.5 Menganalisis Data

Kebanyakan data yang diperolehi melalui penyelidikan tindakan lebih bersifat kualitatif. Ini

bermakna penyelidik mesti menggunakan kebijaksanaannya untuk menganalisis dan membuat

interpretasi maklumat dan data yang dikumpulkan. Proses analisi data kualitatif meliputi

kemahiran membaca secara kritikal, kemahiran mencari hubungan atau perkaitan antara data-

data yang diperolehi dan kemahiran menentukan jawapan kepada masalah penyelidikan yang

kompleks.

Page 6: Tajuk 5 PENYELIDIKAN TINDAKAN PROSES.pdf

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

56

Analisis data dilakukan semasa dan selepas data dikumpulkan. Analisis semasa data

dikumpulkan bermula pada interaksi yang pertama bersama responden. Ia melibatkan data

yang dikumpulkan secara tidak formal untuk membuat perbandingan di antara data yang sedia

ada dengan data yang baru serta membantu penyelidik menentukan data manakah yang lebih

penting. Menganalis data selepas ia dikumpulkan akan melibatkan jumlah data yang lebih

banyak dan memerlukan data-data tersebut diurus, ditadbir, dikodkan, dikategorikan mengikut

tema dan corak data tersebut.

5.3.6 Membuat Refleksi Terhadap Tindakan

Penyelidikan perlu memikirkan apakah proses pembelajaran yang dipelajari daripada kajian

yang dijalankan. Catatkan proses tersebut agar dapat dikongsi bersama dengan rakan-rakan

penyelidik, rakan guru, ketua panitia, guru besar dan pihak pentadbir sekolah. Schein (1999)

mengemukakan satu stratergi membuat refleksi melibatkan pemerhatian, reaksi, pertimbangan

dan model intervensi:

a. Pemerhatian: menjelaskan apa yang kita lihat

b. Reaksi: meneroka reaksi emosi terhadap apa yang telah diperhatikan.

c. Pertimbangan: menganalisis, memproses dan membuat pertimbangan berdasarkan

pemerhatian dan perasaan dengan tujuan mengenal pasti apakah perkara yang

didasarkan kepada perasaan dan apakah perkara yang didasarkan kepada anaisis

terhadap peristiwa yang terjadi.

d. Intervensi: merancang pendekatan seterusnya.

5.3.7 Merancang Kitaran Kedua.

Seperti yang telah dijelaskan bahawa kajian tindakan adalah merupakan proses yang

berterusan dan merupakan kitaran berulang. Setelah selesai pusingan pertama penyelidikan,

terdapat kemungkinan untuk menyediakan diri dalam kitaran kedua apabila terdapat isu baru

yang timbul semasa melakukan proses dalam kitaran yang pertama. Cuba penyelidik

menggunakan pendekatan lain hingga penyelidik dapat mencipta inovasi pengajaran yang baru

dan berkesan. Untuk kitaran yang kedua dan seterusnya hendaklah bermula daripada

merancang semula tindaka, melaksanakan tindakan, menganalisis dan membuat refleksi.

Page 7: Tajuk 5 PENYELIDIKAN TINDAKAN PROSES.pdf

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

57

5.3.8 Membuat Tindakan Susulan.

Setelah selesai proses penyelidikan, penyelidik perlu melihat semula data secara objektif sama

ada data-data tersebut menyokong persoalan yang dikemukakan. Jika berlaku perubahan,

adakah perubahan itu signifikan? Sekiranya dapatan yang diperolehi meleset dari jangkaan,

maka penyelidik perlu menjalankan tindakan susulan. Tindakan susulan bertujuan untuk

memperbaiki kesilapan yang berlaku.

5.4 Contoh Penyediaan Kertas Kerja Cadangan Untuk Menjalankan Kajian Tindakan.

Sebelum menjalankan kajian tindakan, penyelidik mesti mendapat kebenaran daripada pihak

pentadbir atau pihak atasan sekolan bagi membolehkan penelidik mendapat sokongan dan

bantuan dalam bentuk perkongsian maklumat, sumbangan teknikal dan kewangan. Berikut

dikemukakan contoh format penyediaan kertas kerja.

I. Fokus kajian/ masalah kajian.

II. Menerangkan isu atau masalah yang berlaku dalam bilik darjah.

III. Maklumat tentang data pelajar yang terlibat dengan masalah tersebut.

IV. Kemungkinan punca isu dan masalah.

V. Penyelidik mengemukakan cadangan untuk melakukan penambahbaikan

terhadap amalan di bilik darjah yang hendak dilakukan.

VI. Soalan kajian.

VII. Sumber literatur.

VIII. Reka bentuk kajian

IX. Subjek kajian.

X. Pelan tindakan.

XI. Stratergi pengumpulan data.

XII. Analisis data.

XIII. Jadual kerja.

XIV. Perbelanjaan.

XV. Sumber rujukan

Page 8: Tajuk 5 PENYELIDIKAN TINDAKAN PROSES.pdf

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

58

SOALAN

Huraikan proses-proses yang perlu dilalui oleh para guru dalam melaksanakan penyelidikan

tindakan.

OLL

Sebelum melaksanakan sesuatu tindakan, penyelidik perlu melakukan beberapa persediaan.

Jelaskan persediaan-persediaan tersebut.