TAJUK
-
Upload
rahman-manz -
Category
Documents
-
view
7 -
download
0
description
Transcript of TAJUK
TAJUK : KAJIAN TINDAKAN PENGUNAAN SMART CUP DALAM MEMBANTU MURID
TAHUN 1 UNTUK MENGENAL HURUF YANG BOLEH DISAMBUNGKAN DENGAN HURUF
YANG TIDAK BOLEH DISAMBUNG
Kepentingan menulis dan penulisan amat banyak khususnya apabila ia melibatkan dan menjadi
antara faktor ilmu itu berkembang. Menjadi kebiasaan dalam sejarah dan tamadun dunia,
tamadun yang hebat dan berjaya berasal dari sebuah masyarakat yang cintakan ilmu dan
mereka yang mencintai ilmu adalah mereka yang cinta kepada buku atau bahan bacaan dan
bahan bacaan itu memerlukan aktivit menulis dan penulisan bagi ia menjadi sebuah buku pula.
Dakwah bermaksud ajak, jemput, pelawa dan seumpamanya. Dalam konteks pemahaman
syariah dakwah adalah mengajak ke jalan yang diredai Allah.Satu daripada cabang dakwah
yang penting adalah melalui penulisan (dakwah bil kitabah) dan ini sudah dibuktikan melalui
catatan sejarah.
Kepentingan penulisan dalam dakwah dan Islam itu secara umumnya sangat penting dan
menggambarkan bagaimana Islam sebenarnya adalah sebuah agama yang benar dan bukan
agama yang direka-reka dan diada-adakan oleh manusia sebagaimana yang didakwa oleh
orientalis.
Dalam al-Quran ada satu surah yang dinamakan khas dengan nama yang sangat signifikan
dengan penulisan iaitu Surah al-Qalam. Kepentingan kalam atau penulisan itu kemudian
dinyatakan oleh Allah dalam ayat terawal surah tersebut yang bermaksud:
“Nuun.Demi pena dan apa yang mereka tulis.”
Kemahiran menulis Jawi merupakan tunjang kepada pencapaian baik Pendidikan Islam. Oleh
kerana itu, saya harus mengambil langkah segera untuk mengatasi cabaran 4 orang murid
Tahun 1 yang tidak dapat menguasai kemahiran menulis Jawi. Saya telah dapat mengenal pasti
punca utama mereka tidak dapat menulis Jawi dengan baik ialah dan tidak tahu bagaimana
untuk menyambung antara huruf-huruf Jawi. Maka saya akan menggunakan teknik baru yang
akan membantu mereka mengatasi masalah tersebut. Teknik baru yang saya namakan sebagai
smart cup akan digunakan bagi membantu mereka mengenali membantu mereka menulis suku
kata mudah dalam Jawi. Menggunakan 4 orang murid Tahun 1 nusa sebagai sampel kajian
sangat bertepatan kerana sebagai guru Jawi mereka, saya dapat berhubung dengan murid-
murid tersebut secara langsung untuk mengaplikasikan kaedah yang saya perkenalkan. Selain
itu, aktiviti memberi mereka ujian dan meminta mereka menjawab soal selidik akan dapat
dijalankan dengan lebih mudah. Saya berharap hasil analisis data akan dapat membantu saya
mengenal pasti sama ada intervensi yang saya laksanakan dapat meningkatkan kemahiran
murid dalam menulis Jawi.
Semasa praktikum semester 6 yang dijalankan pada bulan julai 2014. Saya telah mengajar
dalam kelas tahun 1 nusa semasa saya mengajar mata pelajaran jawi saya dapati terdapat
cabaran yang dihadapi oleh beberapa orang murid yang belum dapat mengenal pasti huruf
yang boleh disambungkan dengan huruf yang tidak boleh disambung. Contoh huruf yang murid
masih keliru ialah huruf د dengan ,ج huruf dengan ل dan sebagainya. Masalah tersebutغ
berterusan sehingga beberapa minggu. Apabila murid-murid ini tidak faham menyebabkan
mereka bising sehingga menganggu rakan lain untuk belajar. Murid ini saya dapati mereka suka
bermain oleh yang demikian saya telah mencuba kaedah bermain yang sesuai namun begitu
saya melihat masih belum mencapai tahap yang sebenar. Saya telah bertanya dengan
beberapa orang guru untuk mendapatkan pandangan serta cara untuk membantu murid-murid
tersebut. Saya cuba mengunakan kaedah yang terdapat
Saya mengambil pelbagai kaedah untuk mengajar murid terbabit sehinggalah semasa saya
melayari laman web sosial facebook saya telah melihat satu kaedah bahasa melayu yang boleh
saya aplikasikan dengan didalam mata pelajaran jawi. Kaedah ini saya namakan sebagai
kaedah smart cup yang mengunakan cawan polisterin sebagai bahan bantu mengajar saya
seterusnya sebagai bahan yang dapat membantu murid untuk mengenal huruf yang boleh
disambungkan dengan huruf yang tidak boleh disambung. Sewaktu kelas saya telah
mengunakan smart cup tersebut. Saya dapati murid-murid cepat belajar kerana mereka dapat
melakukan sediri untuk menyambung huruf berkenaan.
SASARAN KAJIAN
Sasaran kajian terdiri daripada 4 orang murid Tahun 1 nusa yang menghadapi masalah dalam
menulis Jawi. Daripada pemerhatian, mereka adalah kumpulan murid yang paling memerlukan
bantuan untuk meningkatkan kemahiran menulis Jawi. Saya mengambil keputusan untuk
menjalankan kajian ke atas murid-murid ini untuk mengenal pasti keberkesanan intervensi
dalam membantu murid-murid yang tidak dapat mengikuti P&P melalui kaedah tradisional yang
dijalankan selama ini.
SK 1
LELAKI
- Aktif dalam kelas
- Bercakap dalam kelas
- Hilang fokus semasa belajar
- Cepat belajar dengan sesuatu yang
baru
- Rajin membantu guru
SK 2
PEREMPUAN
- Pendiam di dalam kelas
- Suka membaca buku
- Tidur didalam kelas
- Rajin membantu guru
SK 3
PEREMPUAN
- Peramah sesama rakan
- Bersembang dengan rakan sebelah
- Bermain dibelakang kelas
- Suka menjawab soalan apabila guru
kemukan soalan
SK 4
LELAKI
- Cepat belajar dengan sesuatu yang
baru
- Suka kehadapan kelas
- Tolong mengangkat barang guru
- Suka melompat semasa aktiviti kelas
- Bercakap dengan kawan sebelah
INSTRUMEN KAJIAN
Pemerhatian
BIL PEMERHATIAN YA TIDAK
1 Murid fokus semasa aktiviti dijalankan
2 Murid lebih cepat menjawab soalan yang diberikan oleh guru
3Murid suka bertanya dengan rakan sebelah berkenan tajuk
pelajaran
4 Murid suka bertanya guru apabila tidak faham
5 Murid tidak lesu apabila menjalankan aktiviti
Temu bual
1. Kamu suka tak menulis jawi dihadapan kelas?
2. Senang tak mata pelajaran jawi?
3. Kamu dapat tak baca tulisan jawi yang ustaz tulis?
4. Ada tak huruf jawi yang kamu tak kenal?
5. apakah keputusan peperiksaan kamu dalam pelajaran jawi?
Soal selidik
MAKLUMAT LATAR BELAKANG
Nama
Kelas
Pekerjaan
bapa
Pekerjaan ibu
Pendapatan isi
rumah
Bilangan adik
beradik
Soal selidik akademik
Tandakan (/) pada pencapaian yang kamu perolehi
MATA PELAJARAN PENCAPAIANCemerlang Sederhana Lemah
AKIDAHIBADAHAL QURANJAWIAKHLAK ISLAMIAHSIRAH