TAJUK 6

62
TEORI-TEORI DALAM SEMANTIK TAJUK 6

description

en rosely Mustapha ipgkkb

Transcript of TAJUK 6

Page 1: TAJUK 6

TEORI-TEORI DALAM SEMANTIKTAJUK 6

Page 2: TAJUK 6

1. Makna sesuatu perkataan sering dirujuk kepada benda atau perkara.

2. Terdapat dua teori yang paling dikenali a) teori tanda b) teori segi tiga semiotik

PENGENALAN

Page 3: TAJUK 6

• Terbahagi kepada dua bahagian :

Penanda Petanda

Teori ‘Tanda’ de Saussure 1916

Page 4: TAJUK 6

Petanda

Penanda

Objek mental

Urutan bunyi

Menurut de Saussure : penanda adalah bayangan akustik, misalnya urutan bunyi m+e+j+a.

Bunyi ini tidak akan menjadi kata selagi tidakdigbungkan dengan gambaran tertentu petanda.

Page 5: TAJUK 6

• Memecahkan kepada tiga komponen

Perkataan

Simbol

Fikiran atau rujukan

Benda atau perkara

Hubungan tak langsung

Teori segi tiga semiotik Ogden dan Richard (1949)

Page 6: TAJUK 6

Simbol (perkataan) melambangkan fikiran tentang benda atau perkara , kemudian fikiran tentang benda atau perkara akan merujuk benda atau perkara yang sebenar.

Jelas perkataan dilahirkan sebagai hasil kombinasi di antara sesuatu makna tertentu dengan suatu bentuk tertentu

Page 7: TAJUK 6

Pengertian makna secara operasional (kontektual)

• Dikenali sebagai Operasionalisme • Pendekatan ini telah dirumuskan daripada

konsep saintifik kepada kata-kata secara umum dalam bentuk formula :

“ makna sesuatu kata dilihat dengan memerhatikan sesuatu yang dilakukan oleh manusia dengan kata itu, bukan apa yang dikatakan oleh manusia tentang perkara itu.”

Page 8: TAJUK 6

• Wittgenstein menganggap bahasa sebagai alat dengan menunjukkan persamaan antara kata-kata dengan alat

• Prosedur beliau disebut ujian penggantian• Rumus ini menunjukan bahawa kata adalah

mempunyai makna yg berbeza.

Page 9: TAJUK 6

Contoh

I. Buah itu manis sekali.II. Gadis itu manis sekali.III. Kelakuan itu manis sekali.

Page 10: TAJUK 6

TEORI SEMANTIK

Page 11: TAJUK 6

DEFINISI

TEORI :-• Pendapat atau pandangan yang

dikemukakan untuk menernagkan sesuatu perkara.

• Merupakan prinsip atau dasar pembentukan sesuatu ilmu.

Page 12: TAJUK 6

DEFINISI TEORI SEMANTIK

Teori semantik adalah teori yang dapat meletakkan makna pada setiap perkataan dan ayat yang berkaitan dengannya dalam sesuatu bahasa.

Kempson (1991:2)

Menyatakan bahawa teori semantik merupakan sebahagian daripada teori linguistik am yang mengandunngi empat teori kajian.

Page 13: TAJUK 6

TEORI KAJIAN SEMANTIK

TEORIIMEJAN

BEHAVIORISME

ANALISIS KOMPONEN

LOGIK SIMBOLIK

Page 14: TAJUK 6

SYARAT TEORI SEMANTIK

i) Mesti mencerap bagi mana-mana bahasa sifat makna perkataan dan makna ayat, dan menjelaskan sifat hubungan antara unsur tersebut.

ii) Mesti berupaya meramalkan ketaksaan dalam bentuk-bentuk unsur bahasa, samada perkataan atau ayat.

iii) Mesti mencirikan dan menjelaskan hubungan sistematik antara perkataan dan antara ayat sesuatu bahasa, iaitu teori tersebut mesti member huraian yang agak jelas hubungan sinonim, perangkuman logik, penaabiran, pertentangan dan sebagainya. Mana-mana teori yang gagal menepati ketiga-tiga syarat di atas, samada antaranya atau semuanya sekali, pastilah tidak memadai samada dari segi prinsipnya atau pada bahagian tertentu teori itu (Kempson 1991:3-5).

Page 15: TAJUK 6

TEORI IMEJAN/TEORI IMEJ MAKNA

• Pendekatan saintifik dalam penghuraian makna yang digunakan secara meluas oleh pengkaji-pengkaji linguistik tradisional

• Setiap perkataan yang disebut, didengar dan dibaca akan dapat ditafsirkan secara automatik oleh fikiran masing-masing.

Page 16: TAJUK 6

• Dikenali:-• Imej makna yang tergambar dalam minda penutur

atau pendengar apabila sesuatu benda atau perkara disebut. Dalam erti kata lain, makna kata dihuraikan berdasarkan gambaran yang ada dalam fikiran seseorang

• Tidak bersifat visual kerana ia tidak menepati gambaran sebenar yang dimaksudkan secara tepa

Teori imej makna

Page 17: TAJUK 6

Contoh

• Misalnya frasa ‘bunga di jambangan’. Farid yang kurang membaca dan tinggal di kawasan pedalaman mungkin hanya memahami frasa ini sebagai beberapa kuntum bunga di dalam pasu yang dijadikan sebagai hiasan di atas meja. Sebaliknya bagi Asiah yang rajin menelaah buku dan majalah mungkin memahami bahawa frasa itu mempunyai dua maksud, iaitu bunga hiasan dan anak gadis yang diibaratkan seperti bunga dalam masyarakat Melayu.

Page 18: TAJUK 6

TEORI BEHAVIORISME

• Mazhab behavioris yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner ini berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku

Page 19: TAJUK 6

TOKOH

• Yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner ini berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku.

• Menumpukan ujian kepada perhubungan antara ‘rangsangan’ dan ‘gerakbalas’ yang menghasilkan perubahan tingkahlaku. Bahasa dianggap wujud hasil daripada operasi rangsangan (R) dan gerak balas/stimulus (S) ini

Page 20: TAJUK 6

• Makna bagi sesuatu perkataan atau ayat mestilah ditinjau berdasarkan kepada rangsangan dan gerak balas yang menyebabkan timbulnya sesuatu ujaran itu.

ujaran perkataan / ayat

menghasilkanRangsangan/grkbls

Teori Behaviourisme

Page 21: TAJUK 6

BEHAVIORISME DALAM SEMANTIK

• , Leonard Bloomfield (1933) menggunakan teori ini dengan cara menganalisis makna berdasarkan tingkah laku yang dapat diperhatikan dan jika tidak ia hanya akan dianggap sebagai andaian sahaja.

Page 22: TAJUK 6

CIRI UMUM TEORI BEHAVIORISME

• Menolak konsep mentalisme yang mengkaji pemikiran dan konsep abstrak data yang dapat disahkan.

• Mempercayai bahawa tingkah laku manusia dan haiwan mempunyai persamaan

• Tingkah laku manusia dalam berbahasa disebabkan keperluan untuk bersosialisasi

• Perlakuan manusia ada hubungan dengan rangsangan (stimulus) dan gerak balas.

Page 23: TAJUK 6

CONTOH

• Seseorang itu akan marah jika dikatakan ‘Engkau lambat seperti siput” kerana dia mampu mengaitkan makna kata ‘lambat seperti siput’ itu dengan ciri haiwan ‘siput’ yang dimaksudkan.

• Sebaliknya, kita tidak menggunakan ujaran ‘Engkau lambat seperti kumbang’ kerana makna kata ‘lambat seperti kumbang’ itu tidak dapat dikaitkan dengan ciri atau sifat haiwan yang dimaksudkan.

Page 24: TAJUK 6

Kelemahan

Page 25: TAJUK 6

TEORI ANALISIS KOMPONEN

Page 26: TAJUK 6

• Teori ini menghuraikan kata-kata yang mempunyai hubungan makna antara satu dengan yang lain.

• Hubungan ini dikenali sebagai struktur leksikal.

Page 27: TAJUK 6

• Makna bagi sesuatu perkataan bukan dianalisis sebagai satu unit, tetapi secara terperinci sebagai satu komponen-komponen yang kompleks.

• Komponen tersebut dinamakan sebagai komponen semantik yang terdiri dari perbendaharaan kata sesuatu bahasa.

Page 28: TAJUK 6

• Teori ini digunakan untuk menentukan istilah berdasarkan hubungan kekeluargaan sesuatu perkataan atau ujaran.

• Teori ini turut menghuraikan makna perkataan dengan memasukkan unsur pertentangan.

Page 29: TAJUK 6

• Kajian makna melalui teori ini ialah melihat sejumlah ciri rujukan bagi sesuatu perkataan, melihat kemungkinan adanya hubungan rujukan antara sesuatu kata dengan kata yang lain dan melihat ciri khusus bagi kata yang mempunyai hubungan rujukan.

Page 30: TAJUK 6

• Terdapat dua cara untuk memperlihatkan elemen semantik dalam ayat.

Analisis

komponen

Analisis fitur semantik

Page 31: TAJUK 6

ANALISIS KOMPONEN

Bunga.

Berduri.

Berbatang keras.

Tidak berduri.

Berbatang lembut.

Page 32: TAJUK 6

ANALISIS KOMPONEN

• Analisis komponen bagi kata ‘bunga’.

• Kata ‘bunga’ telah dianalisis komponennya sehingga boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu berduri dan tidak berduri. Bunga berduri mempunyai ciri-ciri seperti berbatang keras dan daunnya lebar. Manakala untuk jenis bunga tidak berduri, antara ciri-cirinya termasuklah berbatang kecil dan lembut.

Page 33: TAJUK 6

ANALISIS FITUR SEMANTIK

• Fitur semantik merupakan hubungan makna bagi sejumlah kata yang masing-masing mempunyai ciri-ciri tersendiri.

• Tanda (+) dan (-) digunakan dalam analisis ini.

• Tanda (+) bermaksud ciri tersebut hadir atau wujud pada perkataan yang hendak dianalisis maknanya, manakala tanda (-) pula membawa makna kata itu tidak mempunyai ciri itu.

Page 34: TAJUK 6

ANALISIS FITUR SEMANTIK

MAKANAN

Nasi Ais-Krim

Buah-buahan

Sayur-sayuran

+ berkhasiat

- berkhasiat

+ berkhasiat

+ berkhasiat

- lemak

+lemak

- lemak

- lemak

+ tenaga

- tenaga

+ tenaga

+ tenaga

Page 35: TAJUK 6

ANALISIS FITUR SEMANTIK

• Huraiannya ialah nasi, buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai khasiat dan memberi tenaga, tetapi tidak mengandungi lemak. Sebaliknya aiskrim merupakan hidangan yang tidak mempunyai khasiat atau pun tenaga, bahkan mengandungi lemak yang boleh menjejaskan kesihatan badan.

Page 36: TAJUK 6

KELEBIHAN

• Membantu memahami makna semantik sesuatu perkataan yang berhubung dengan makna rujukan.

• Membantu kita memilih perkataan yang tepat dalam ayat atau sesuatu ujaran.

• Di samping memahami pelbagai kemungkinan makna bagi sesuatu perkataan.

Page 37: TAJUK 6

KEKURANGAN

• Memerlukan proses yang panjang untuk menghuraikan sesuatu makna, makna dianalisis pada peringkat perkataan,bukannya ayat.

• Sukar menentukan komponen-komponen semantik yang khusus untuk menghuraikan makna sesuatu perkataan dan sering terikat dengan hiponim.

Page 38: TAJUK 6

TEORI LOGIK SIMBOLIK

Page 39: TAJUK 6

• Teori ini cuba mengkaji makna bukan sahaja dari peringkat perkataan, malahan juga pada peringkat ayat dan perlakuan manusia, sebagai reaksi kepada tanggapan yang mereka terima mengenai sesuatu perkataan.

Page 40: TAJUK 6

• Teori logik simbolik mengatakan sesuatu perkataan memperoleh maknanya melalui apa yang disebut dengan istilah keperihalan keadaan atau konteks situasi yang wujud semasa perkataan itu digunakan.

Page 41: TAJUK 6

• Kajian makna yang mengutamakan tingkah laku melihat bahasa sebagai sejenis tingkah laku.

• Oleh itu, bagi teori ini, bahasa bukan setakat petunjuk apa yang ada dalam fikiran manusia semata-mata.

Page 42: TAJUK 6

TEORI LOGIK

SIMBOLIK

Page 43: TAJUK 6

SEMANTIK

• Semantik – kajian hubungan diantara simbol dengan rujukan (reference).

• Rujukan tidak terhad banyaknya.• Simbol dirujuk kumpulan benda-benda yang ada

persamaannya.• Contohnya : manusia – merujuk kepada

makhluk bernyawa mempunyai akal dan sifat – sifat berbeza daripada binatang.

Page 44: TAJUK 6

SINTATIK

• Mengkaji hubungan di antara satu perkataan dengan perkataan lain yang boleh menentukan makna.

• Hubungan ini dapat dilihat pada konteks yang lebih besar misalnya dalam ayat atau frasa.

Page 45: TAJUK 6

SINTATIK

• Contoh;• “orang” dan “besar” = orang besar.

– Orang yang saiznya besar. Orang yang berpangkat tinggi

• “ makan” dan “ hati” = makan hati. – Makan hati lembu, ayam dan lain-lain. Merana atau

kecewa.

Page 46: TAJUK 6

PRAGMATIK

• Kajian antara simbol atau perkataan dengan perlakuan yang ditunjukkan oleh seseorang sebagai reaksi kepada perkataan-perkataan yang ditujukan kepadanya.

Page 47: TAJUK 6

PRAGMATIK

• Contoh;• ‘aku’ – pada tempat dan kepada orang yang

tidak sesuai boleh menimbulkan reaksi yang negatif kepada seseorang.

• ‘awak’ , ‘kamu’ , ‘ engkau’ , ‘anda’• Semuanya membawa asosiasi yang berlainan

yang boleh menentukan perlakuan manusia yang berbagai-bagai sebagai reaksi kepadanya.

Page 48: TAJUK 6

KEHARMONIAN DAN PEMBUKTIAN

Page 49: TAJUK 6

DEFINISI KEHARMONIAN

KEHARMONIANKamus Dewan :Keadaan yang

harmoni, selaras, sesuai dan sepadan.

Mempunyai perkaitan dengan

bidang semantik dan lain-lain bidang dalam bahasa

Melayu.

Page 50: TAJUK 6

DEFINISI PEMBUKTIAN

Merupakan perihal,

perbuatan dan usaha

membuktikan sesuatu.

Kamus Dewan

:

PEMBUKTIAN

Page 51: TAJUK 6

Kesimpulannya : keharmonian dan

pembuktian merupakan satu kajian atau usaha yang

dilakukan untuk menampakkan keserasian dan keseimbangan dalam

bidang semantik.

Page 52: TAJUK 6

PERKAITAN ANTARA KEHARMONIAN DALAM ASPEK :

PENGERTIAN MAKNA SECARA OPERASIONAL

Page 53: TAJUK 6

Pendekatan ini dirumuskan daripada konsep saintifik kepada bentuk formula.

Makna sebenar apabila dapat melihat sesuatu yang dilakukan bukan apa yang dikatakan.

Beranggapan bahasa ada persamaan dengan kata-kata dan ayat.

SILA SALIN CONTOH YANG DIBERI DI PAPAN HITAM.

WITTGENSTEIN Philosophical Investigations

(1953)

Page 54: TAJUK 6

WACANA

PERKAITAN ANTARA KEHARMONIAN DALAM ASPEK :

Page 55: TAJUK 6

DEFINISIWACANA

Kamus Dewan :1. Keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan.2. Perbincangan dan pertukaran idea yang utuh.

Lakoff (1970) :Unit bahasa yang melebihi batas ayat. Satu penyatuan yang lengkap yang terdiri daripada satu atau lebih ayat atau buku. Kedudukan yang paling tinggi dalam hierarki iaitu selepas ayat.

Page 56: TAJUK 6

JENIS-JENIS WACANA

WACANA LISAN :

1. Berlaku secara lisan

antara penutur dan pendengar. 2. Ekspresi

muka, bahasa badan, intonasi

suara dan pemilihan kata penting untuk

menyampaikan sesuatu kepada

pendengar.3. Komunikasi

tidak langsung. 4. Contoh bahan

:Ceramah,

ucapan, temu bual, ucapan

radio, perbahasan, berpidato.

WACANA TULISAN :

1. Berlaku secara bukan lisan.

2.Bahan bertulis digunakan

sebagai alat perhubungan. 3. Berlakunya

komunikasi tidak langsung.

4. Penulis harus pandai menulis

untuk mendapatkan

reaksi yang baik daripada pembaca.

5. Contoh bahan :

Majalah, surat khabar, novel.

Page 57: TAJUK 6

Terhasil daripada susunan yang berturutan atau

teratur. Penting bagi menentukan ujaran atau tulisan itu

wacana atau hanya sekumpulan ayat yang tidak

teratur.

Keutuhan wacana dapat dikesan melalui hubungan daripada segi

kosa kata (sinonim, hiponim dan pengulangan kata tertentu).

Dapat juga dikesan melalui aspek tatabahasa contohnya

kata hubung.

Page 58: TAJUK 6

Hubungan Wacana daripada Aspek Semantik

Hubungan ini bermaksud aspek kesepaduan makna yang wujud dalam sesuatu wacana.

Dapat dilihat antara bahagian wacana, keseluruhan wacana, situasi sesuatu wacana dan unsur

paralinguistik dalam wacana.

Page 59: TAJUK 6

• Iman malas belajar. Dia di dalam peperiksaan SPM.

• Ravi terlibat dalam kes pembunuhan itu. Dia dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

1. Hubungan sebab dan akibat.

• Shi Hui rajin belajar. Dia akhirnya menjadi seorang doktor.

• Haikal suka memasak. Akhirnya dia menjadi seorang chef professional.

2. Hubungan sebab dan hasil.

• Ayah memandu dengan perlahan. Ayah tidak mahu terlibat dalam kemalangan.

• Ibu melarang adik bermain api. Ibu mahu mengelakkan sebarang kebakaran.

3. Hubungan sebab dan tujuan.

Page 60: TAJUK 6

• Kebun sayur Puan Zainon sangat cantik dan sayurannya kelihatan sangat segar. Rupa-rupanya adik lelaki beliau yang rajin menguruskan tanaman di kebun tersebut.

4. Hubungan latar dan kesimpulan.

• Rakyat Malaysia harus bersatu-padu. Kesepaduan rakyat menjamin keamanan dan keharmonian negara Malaysia.

5. Hubungan syarat dan hasil.

• Subjek Sejarah dan Perkamusan Bahasa Melayu susah. Subjek Semantik Bahasa Melayu lagi susah.

• Adik suka makan ayam tapi adik lagi suka makan ikan.

6. Hubungan perbandingan.

Page 61: TAJUK 6

• Kekurangan bekalan makan di Somalia sangat dasyat. Bencana itu telah mengorbankan banyak nyawa dan penyebaran penyakit semakin serius.

7. Hubungan memperkuat isi atau

hubungan penjelasan.

Page 62: TAJUK 6

SEKIAN TERIMA KASIH