Tajuk 6 Pentaksiran Dalam Kemahiran Matematik full

download Tajuk 6 Pentaksiran Dalam Kemahiran Matematik full

of 9

Transcript of Tajuk 6 Pentaksiran Dalam Kemahiran Matematik full

  • 8/12/2019 Tajuk 6 Pentaksiran Dalam Kemahiran Matematik full

    1/9

    PKP3110KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

    75

    TAJUK 6 PENTAKSIRAN DALAM KEMAHIRAN MATEMATIK

    SINOPSIS

    Pentaksiran Dalam Kemahiran Matematik terdiri dari dua jenis pentaksiran iaitu

    Pentaksiran Formal dan Pentaksiran Tak Formal. Pentaksiran Formal terdiri dari

    Ujian Rujukan Norma, Ujian Rujukan Kriteria dan Ujian Binaan atau Konstruk

    Guru. Pentaksiran Tak Formal terdiri dari pencerapan, pengiraan, lembaran

    kerja murid dan kerja rumah murid.

    HASIL PEMBELAJARAN

    1. Menjelaskan jenis-jenis pentaksirn

    2. Membina Ujian Diagnoatik berdasarkan sub kemahiran yang diperincikan

    KERANGKA TAJUK

    Rajah 6.1 Gambaran Keseluruhan Isi Kandungan

    Pentaksiran dalamKemahiranMatematik

    Pentaksiran FormalPentaksiran

    Tak Formal

  • 8/12/2019 Tajuk 6 Pentaksiran Dalam Kemahiran Matematik full

    2/9

    PKP3110KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

    76

    KANDUNGAN ISI

    6.1 Jenis Pentaksiran

    Penilaian ialah proses menilai sesuatu konstruk berasaskan kepada

    ukuran-ukuran yang diperoleh daripada pengukuran-pengukuran yang

    dijalankan. Tujuan penilaian dalam konteks persekolahan atau di bilik darjah

    berkait rapat dengan penilaian hasil pengajaran dan pembelajaran, maklumat

    yang diperoleh daripada penilaian akan dapat membantu guru untuk

    memperbaiki pengajarannya. Sekiranya penyampaian guru kurang berkesan,

    maka guru tersebut boleh membuat keputusan untuk menggunakan pendekatan

    atau kaedah lain yang difikirkan lebih berkesan.

    Dalam konteks pembelajaran pula, maklumat daripada penilaian dapat

    membantu guru merancang dan melaksanakan program pemulihan atau

    pengayaan untuk murid-muridnya. Selain itu, penilaian juga boleh membantu

    guru memberi gred pencapaian kepada murid seterusnya menentukan kumpulan

    murid mengikut keupayaan mereka atau menempatkan murid dalam kelas

    tertentu mengikut pencapaian.

    6.1.1 Pentaksiran Formal

    Penilaian formal ialah penilaian yang dilaksanakan secara formal atau

    rasmi. Ia melibatkan suatu prosedur atau tatacara yang telah ditetapkan dan

    perlu dipatuhi oleh semua calon. Ia dirancang atau dibina berasaskan

    peraturan atau tatacara yang telah ditetapkan.

    Penilaian formal melibatkan penggunaan instrumen seperti ujian. Melalui

    penilaian formal, perbandingan boleh dilakukan antara individu. Penilaian ini

    mempunyai format piawai yang tertentu dan disediakan oleh pihak-pihak yang

    tertentu. Ia merupakan ujian yang telah siap dibina dan penguji hanya

  • 8/12/2019 Tajuk 6 Pentaksiran Dalam Kemahiran Matematik full

    3/9

    PKP3110KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

    77

    mentadbirkan ujian mengikut arahan dan prosedur yang disediakan. Ia

    mempunyai skor yang dicapai oleh orang lain (norma) supaya perbandingan

    prestasi dapat dibuat.

    6.1.2 Pentaksiran Tak Formal

    Pentaksiran tidak formal lebih kepada membuat penilaian serta

    pemerhatian tentang seseorang murid di dalam bilik darjah. Pentaksiran ini

    merupakan ujian yang dibina oleh guru dan boleh direka cipta mengikut

    keperluan individu. Ia tidak mempunyai arahan dan prosedur pentadbiran yang

    standard.

    Pentaksiran Formal Pentaksiran Tidak Formal

    Melibatkan penggunaan instrumen

    seperti ujian.

    Kebanyakannya terdiri daripada

    analisis sampel bahasa yang spontan

    ke tugasan bahasa yang distrukturkan

    Perbandingan boleh dilakukan

    antara individu

    Digunakan untuk menilai tahap

    kefungsian semasa kanak-kanak.

    Mempunyai format piawai yang

    tertentu

    Boleh diubahsuai oleh guru

    terutamanya dalam menilai aspek

    bahasa.Disediakan oleh pihak-pihak yang

    tertentu

    Boleh direka cipta mengikut keperluan

    individu

    Memudahkan sesiapa yang ingin

    menggunakannya

    Memerlukan banyak persediaan.

    Mungkin tidak berkaitan dengan

    kurikulum

    Berkaitan dengan kurikulum

    Mungkin tidak sesuai dengan kanak-

    kanak

    Sukar untuk membanding antara

    individu.

  • 8/12/2019 Tajuk 6 Pentaksiran Dalam Kemahiran Matematik full

    4/9

    PKP3110KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

    78

    6.2 Pentaksiran Formal

    6.2.1 Ujian Rujukan Norma

    Rujukan berasaskan norma digunakan sekiranya guru ingin

    membandingkan keputusan yang diperoleh oleh murid A dengan keputusan

    murid B yang mengambil ujian yang sama atau kedudukan seseorang murid

    boleh dibandingkan dengan murid lain dalam bilik darjah yang sama atau dalam

    sesebuah negara. Keputusan rujukan norma sesuai digunakan bagi tujuan

    pemilihan dan penempatan pelajar ke dalam sesuatu program pendidikan.

    Ujian rujukan norma tidak memberi maklumat sama ada pelajar sudah

    menguasai sesuatu isi pelajaran dan kemahiran yang diajar. Soalan ujian rujukan

    norma biasanya bersifat umum dengan matlamat untuk memaksimumkan

    perbezaan pencapaian antara seorang pelajar dengan pelajar lain. Soalan ujian

    rujukan norma mengambil berat aspek kesukaran ujian agar soalan-soalan

    mempunyai kepelbagaian aras kesukaran serta tidak terlalu sukar dan terlalu

    mudah dengan jangkaan jawapan betul 50 peratus. Soalan ujian rujukan norma

    juga mempunyai indeks diskriminasi antara pelajar pandai dan pelajar lemah

    yang tinggi. Dalam pelaporannya, ujian rujukan norma kadang-kadang

    menggunakan keluk normal sebagai asas perbandingan pencapaian antara

    pelajar.

    Ujian atau penilaian yang dibina bertujuan mendapatkan perbezaan yang

    maksimum antara murid-murid berkenaan. Bagi memastikan tujuan berkenaan,

    tercapai, tahap kesukaran item dikawal agar tidak terlalu sukar dan terlalu

    mudah. Lazimnya, kesukaran soalan adalah berdasarkan nisbah 25% mudah,

    50% sederhana dan 25% sukar. Keputusan daripada penilaian atau ujian akan

    mencerminkan murid mana lebih pandai atau apa kedudukan seseorang murid

    dalam sesuatu bilik darjah atau sekolahnya.

  • 8/12/2019 Tajuk 6 Pentaksiran Dalam Kemahiran Matematik full

    5/9

    PKP3110KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

    79

    Ujian rujukan norma ini tidak memberikan maklumat secara terperinci

    tentang kemahiran seseorang murid, sebaliknya lebih menekankan murid mana

    yang lebih baik atau lebih pandai. Keadaan ini memerlukan item penilaian benar-

    benar dapat memastikan perbezaan (mendiskriminasikan) antara pelajar.

    Menurut Popham (1981), ujian rujukan norma digunakan bagi

    menentukan status seseorang murid berpandukan prestasi murid yang lain

    dalam sesuatu ujian berkenaan. Misalnya, seorang murid dapat menjawab 50

    item dengan betul daripada 60 butiran ujian. Skor mentah murid ini ialah 50.

    Kedudukan murid ini dibandingkan dengan calon lain menggunakan satu jadual

    norma. Jadual berkenaan akan menunjukkan kedudukan calon dalam bentuk

    pangkat peratusan berbanding dengan satu kumpulan norma yang ditetapkan.

    Andaikan skor mentah tadi memberikan bacaan pangkat peratusan ke-83

    mengikut jadual norma, maknanya murid tersebut berprestasi melebihi atau

    menyamai 82 peratus daripada murid-murid lain dalam kumpulan norma.

    Dalam konteks penilaian ini, jika ramai murid yang mendapat skor yang

    rendah, markah lulus lazimnya cenderung akan rendah. Begitu juga sebaliknya.

    Dengan itu, ada kemungkinan murid yang lemah akan lulus kerana terdapat

    murid-murid lain yang lebih lemah.

    6.2.2 Ujian Rujukan Kriteria

    Rujukan kriteria pula digunakan sekiranya guru ingin membandingkan

    prestasi pencapaian seseorang murid dengan kriteria yang ditetapkan. Ujian

    rujukan kriteria memberi penekanan sama ada seseorang murid telah menguasai

    sesuatu isi pelajaran dan kemahiran yang diajar. Ujian rujukan kriteria tidak

    mengambil kira kedudukan seseorang murid berbanding dengan murid lain.

    Pendekatan ini dipelopori oleh Glaser pada tahun 1963 (dipetik daripada

    Popham, 1971). Menurut Glaser (1973), kriteria yang digunakan tidak bermaksud

  • 8/12/2019 Tajuk 6 Pentaksiran Dalam Kemahiran Matematik full

    6/9

    PKP3110KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

    80

    pengakhiran sesuatu kemahiran, tetapi kriteria itu bergantung pada aras yang

    ditetapkan oleh guru dan harus dicapai oleh murid-murid.

    Menurut Popham (1981) ujian rujukan kriteria digunakan untukmenentukan status individu berhubung domain tingkah laku yang didefinisikan.

    Ujian rujukan kriteria merujuk kepada satu set tingkah laku kriteria yang telah

    ditetapkan.

    6.2.3 Ujian binaan/konstruk guru

    Aspek Penilaian Formatif Penilaian Sumatif

    Konsep Ujian yang boleh dibentuk dan

    ditadbir secara formal atau

    tidak formal bagi mengesan

    kemajuan atau penguasaan

    murid terhadap sesuatu

    pembelajaran

    Ujian yang dilaksanakansecara

    formal bagi mengesan

    pencapaian murid dalam

    tempoh tertentu persekolahan.

    Tujuan Mengenal pasti tahap

    penguasaan dan kemajuan

    murid, seterusnya

    mengambil langkah susulan

    bagi

    membaiki kelemahan yang

    wujud.

    Mengenal pasti pencapaian

    pelajar untuk beberapa topik

    pembelajaran, seterusnya

    memberikan skor dan gred

    pencapaian pelajar.

    Waktu

    penilaian

    Sepanjang pengajaran dan

    pembelajaran berlangsung

    Selepas beberapa topik

    pembelajaran atau pada

    pertengahan atau akhir

    penggal persekolahan.

  • 8/12/2019 Tajuk 6 Pentaksiran Dalam Kemahiran Matematik full

    7/9

    PKP3110KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

    81

    Kaedah Formal: pensil- kertas

    Tidak formal: pemerhatian, soal

    jawab, tugasan, latihan.Dibuat secara individu atau

    dalam kumpulan

    Dibuat secara formal:ujian

    pensil-kertas, lisan.

    Dijalankan secara berkumpulan

    Selepas

    penilaian

    dijalankan

    Membaiki kelemahan murid

    serta merta dengan mengulang

    semula topik pembelajaran

    pemulihan

    Menjalankan aktiviti

    pengukuhan Pengayaan

    Menempatkan murid mengikut

    kumpulan pencapaian yang

    sesuai.

    Memberikan pengiktirafan

    sijil, hadiah dan sebagainya.

    Membaiki kurikulum / mata

    pelajaran

    6.3 Pentaksiran Tak Formal

    6.3.1 Pencerapan

    Pencerapan bilik darjah secara sistematik ialah suatu kaedah kuantitatif

    untuk mengukur tingkah laku murid-murid di dalam bilik darjah. Pemerhatian

    langsung dibuat terhadap peristiwa atau tingkah laku yang spesifik dan

    direkodkan. Pada amnya, data yang diperoleh memberi fokus pada kekerapan

    tingkah laku spesifik berlaku dan juga tempoh masa ia berlaku.

    Unsur-unsur dalam sistem pencerapan:

    Tujuan pencerapan

    Definisi operasi bagi tingkah laku diberi

    Prosedur latihan untuk pemerhati

    Fokus pemerhatian yang spesifik

  • 8/12/2019 Tajuk 6 Pentaksiran Dalam Kemahiran Matematik full

    8/9

    PKP3110KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

    82

    Persekitaran pemerhatian

    Unit masa

    Jadual pemerhatian

    Kaedah merekod data Kaedah memproses dan menganalisis data

    6.3.2 Pengiraan

    Peratusan murid yang bermasalah disleksia yakni menghadapi kesukaran

    dalam kemahiran pengiraan secara mental (mental arithmetic) serta menghafal

    sifir darab adalah tinggi. Fenomena ini dikaitkan dengan kesukaran dalam

    mengingat balik peristiwa-peristiwa dalam urutan yang betul daripada ingatan

    jangka panjang. Biasanya, proses pengiraan berlaku di sebelah otak kiri manusia

    kerana notasi matematik diolah ke bentuk perkataan manakala murid yang

    mempelajari abakus-aritmetik mental akan membayangkan imej abakus dalam

    otak kanannya. Murid tersebut tidak mengolah perkataan dalam pengiraan.

    6.3.3 Lembaran Kerja Murid

    Latihan yang diberikan oleh guru perlu disiapkan di dalam kelas supaya

    guru mendapat maklum balas secara langsung tentang tahap penguasaan murid

    terhadap sesuatu topik yang telah diajar.

    6.3.4 Kerja Rumah Murid

    Kerja rumah murid merujuk latihan tambahan yang diberikan oleh gurukepada murid-murid untuk disiapkan di rumah atau selepas waktu persekolahan

    tamat. Tujuannya adalah untuk mengukuhkan pemahaman murid-murid dalam

    mengaplikasikan kemahiran yang telah dipelajari.

  • 8/12/2019 Tajuk 6 Pentaksiran Dalam Kemahiran Matematik full

    9/9

    PKP3110KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

    83

    Latihan

    1. Bezakan antara ujian rujukan norma, ujian rujukan kriteria dan ujian binaanguru dalam mata pelajaran Matematik.

    Perbincangan (1 jam)

    Dengan merujuk pada internet/sumber rujukan lain, cari rubrik yang sesuai

    sebagai Pentaksiran Tak Formal untuk murid pemulihan