Tajuk 7 Aspek-Aspek Melodi 1

15
MZU3105 TEORI MUZIK II 52 Tajuk 7 ASPEK-ASPEK MELODI 7.0 Sinopsis Penulisan melodi yang baik seharusnya mempunyai aspek-aspek melodi seperti bentuk dan perancangan yang baik, perasaan seimbang, harmoni, kepelbagaian, menarik dan gabungan pergerakan secara skel dan kord. 7.1 Hasil Pembelajaran Menganalisis aspek-aspek melodi yang terdapat di dalam skor lagu. 7.2 Kerangka tajuk ini ASPEK-ASPEK MELODI  Perhubungan antara not-not  Urutan melodik  Frasa regular  Design in Melodies  Frasa tak regular  Motif   The bass line  Outli ned m elody

Transcript of Tajuk 7 Aspek-Aspek Melodi 1

Page 1: Tajuk 7 Aspek-Aspek Melodi 1

8/20/2019 Tajuk 7 Aspek-Aspek Melodi 1

http://slidepdf.com/reader/full/tajuk-7-aspek-aspek-melodi-1 1/15

MZU3105 TEORI MUZIK II

52

Tajuk 7 ASPEK-ASPEK MELODI

7.0 Sinopsis

Penulisan melodi yang baik seharusnya mempunyai aspek-aspek melodi seperti

bentuk dan perancangan yang baik, perasaan seimbang, harmoni, kepelbagaian,

menarik dan gabungan pergerakan secara skel dan kord.

7.1 Hasil Pembelajaran

Menganalisis aspek-aspek melodi yang terdapat di dalam skor lagu.

7.2 Kerangka tajuk ini

ASPEK-ASPEK

MELODI

  Perhubungan antaranot-not

  Urutan melodik

  Frasa regular

  Design in Melodies

  Frasa tak regular

  Motif  

  The bass l ine

  Out l ined m elody

Page 2: Tajuk 7 Aspek-Aspek Melodi 1

8/20/2019 Tajuk 7 Aspek-Aspek Melodi 1

http://slidepdf.com/reader/full/tajuk-7-aspek-aspek-melodi-1 2/15

MZU3105 TEORI MUZIK II

53

7.3 Kandungan

7.3.1 Perhubungan antara not-not

Perhubungan antara not-not dalam melodi dipengaruhi oleh jenis not yang

digunakan dan jeda antara not-not yang digunakan. Sesebuah lagu

diciptakan dengan menggunakan pelbagai jenis not seperti not semibrif, not

minim, not korcet, not kuaver, not semikuaver, not demisemikuaver, not

minim bertitik, not krocet bertitik, not kuaver bertitik dan sebagainya. Jika

sesebuah lagu diciptakan dengan menggunakan hanya sejenis not sahaja,

maka lagu tersebut akan menjadi tidak menarik. Selain itu, jika lagu tersebut

diciptakan dengan menggunakan jeda yang besar, maka lagu tersebut tidak

akan menjadi menarik juga. (Rujuk lagu Y). Contoh jeda pic yang besar

seperti antara not C dengan not D#’ atas. Not D dengan not C#’ atas. Not E

dengan not Db’ atas dan sebagainya. Lihat contoh di bawah:

Lagu X di bawah mempunyai perhubungan antara not yang baik di mana

pelbagai jenis not digunakan dan penggunaan jeda pic antara not yang kecil.

Lagu X

C: I ii V7 I

Lagu Y di bawah mempunyai perhubungan antara not yang tidak baik di

mana hanya satu jenis not digunakan dan penggunaan jeda pic antara not

yang besar. Nadanya dalam C major tetapi terdapat beberapa not yang

digunakan bukan dalam skel C major dan kord-kord yang salah digunakan.

Ini adalah contoh sebuah lagu yang tidak menarik kerana perhubungan

antara notnya tidak betul.

Lagu Y

Perhubungan antara not yang baik adalah terdiri daripada not-not yang

berada dalam sesebuah skel yang sama atau not-not yang berada dalam

Page 3: Tajuk 7 Aspek-Aspek Melodi 1

8/20/2019 Tajuk 7 Aspek-Aspek Melodi 1

http://slidepdf.com/reader/full/tajuk-7-aspek-aspek-melodi-1 3/15

MZU3105 TEORI MUZIK II

54

sesebuah kord yang sama. Selain itu, jeda pic antara not-not adalah kecil

biasanya jeda 2 atau jeda3 digunakan. (Rujuk lagu X)

7.3.2 Urutan melodik 

Urutan (sequence) ialah satu corak not yang diulangi dengan segera pada

pic yang lebih tinggi atau lebih rendah. Ia boleh diulang sekali atau beberapa

kali. Sequence  boleh dijelaskan dengan cara pergerakkan picnya iaitu

samada secara menaik atau menurun. Berikut adalah contoh-contoh urutan

melodik diatonik.

Bahagian yang ditanda adalah urutan menaik secara by step.

Y adalah urutan melodik X

 YX

Page 4: Tajuk 7 Aspek-Aspek Melodi 1

8/20/2019 Tajuk 7 Aspek-Aspek Melodi 1

http://slidepdf.com/reader/full/tajuk-7-aspek-aspek-melodi-1 4/15

MZU3105 TEORI MUZIK II

55

Terdapat 3 urutan melodik diatonik secara menurun. Urutan melodik di bar

satu di turunkan sebanyak jeda ke 2 di bar 2 dan kemudian diturunkan sekali

lagi jeda ke 2 di bar ke 3.

Urutan di atas ialah urutan diatonik. Selain daripada urutan diatonik, terdapat

satu lagi urutan yang dipanggil urutan sebenar. Dalam urutan ini terdapat

not-not yang tidak terdapat dalam skel diatonik lagu tersebut. Urutan ini

bergerak mengikut jeda yang sama.

Berikut adalah contoh urutan melodik sebenar. Lagu ini dicipta 100 tahun

dahulu. Urutan melodik secara menaik dari C.Cui: Prisoner of the Caucasus

 Act III published St Petersburg: W Bessel, 1882.

7.3.3 Frasa regular

Frasa empat bar merupakan frasa yang paling kerap diguanakan dalam

penulisan karya muzik.

Ini adalah beberapa contoh corak irama empat bar.

Page 5: Tajuk 7 Aspek-Aspek Melodi 1

8/20/2019 Tajuk 7 Aspek-Aspek Melodi 1

http://slidepdf.com/reader/full/tajuk-7-aspek-aspek-melodi-1 5/15

MZU3105 TEORI MUZIK II

56

Dalam karya muzik yang mengandungi 16 bar, akan terdapat 4 frasa

sepanjang 4 bar. Ini dipanggil frasa regular. Pada kebiasaannya frasa

mempunyai antecedent dan consequent untuk membentuk satu ayat

(sentence).

Ini adalah contoh antecedent dan consequent. Mainkan keratan karya muzik

ini di piano. Dengar dan bincang dengan rakan anda.

 Antecedent + Consequent = sentence 

Page 6: Tajuk 7 Aspek-Aspek Melodi 1

8/20/2019 Tajuk 7 Aspek-Aspek Melodi 1

http://slidepdf.com/reader/full/tajuk-7-aspek-aspek-melodi-1 6/15

MZU3105 TEORI MUZIK II

57

7.3.4  Frasa tak regular  

Frasa tak regular juga digunakan dengan luasnya oleh pencipta muziksejak zaman klasikal lagi. Lihat contoh lagu An Chloe oleh Mozart.

Keratan muzik ini mempunyai frasa 5 bar.

Lihat satu contoh lagi, Piano Sonata, K330 oleh Mozart.

Page 7: Tajuk 7 Aspek-Aspek Melodi 1

8/20/2019 Tajuk 7 Aspek-Aspek Melodi 1

http://slidepdf.com/reader/full/tajuk-7-aspek-aspek-melodi-1 7/15

MZU3105 TEORI MUZIK II

58

Karya ini bermula dengan frasa regular 4 bar dari bar 1 hingga ke bar 8.

Mulai bar 9, antecedent mempunyai 4 bar tetapi consequentnya adalah lebih

panjang. Pencipta telah memanjangkan consequent dengan menambahkan

beberapa bar. Penambahan ini dipanggil interpolation.

7.3.5 Design in m elod ies

Corak yang paling mudah dalam melodic design  ialah melodi yang

mengandungi dua frasa dalam empat bar.

Bersama rakan anda, dengar dan bincang tentang pembentukan frasa

untuk karya muzik Fantastic Symphony  oleh Berlioz.

Page 8: Tajuk 7 Aspek-Aspek Melodi 1

8/20/2019 Tajuk 7 Aspek-Aspek Melodi 1

http://slidepdf.com/reader/full/tajuk-7-aspek-aspek-melodi-1 8/15

MZU3105 TEORI MUZIK II

59

Dalam bahagian designs in melodies, perkara-perkara berikut harus

diambil perhatian. Pertama, penggunaan motif. Pilih sesuatu motif yang

sesuai untuk ciptaan melodi sebanyak 1 bar atau 2 bar. Kedua,

penggunaan modulasi yang sesuai supaya melodi bertukar ke nada baru

dengan proses yang lancar. Contoh, tukar nada C major ke nada G major

dengan menambah not F#. Jangan tiba-tiba tukar dari nada C major ke Db

major atau dari nada C major ke nada G# minor. Ketiga, penggunaan skel

nada major atau skel nada minor dalam melodi anda. Tentukan nada yang

sesuai untuk melodi anda berdasarkan mud melodi. Biasanya, kalau mud

yang gembira, gunakanlah nada major. Jika mud yang sedih, gunakan

nada minor dan temponya lambat. Keempat, penggunaan kord-kord yang

sesuai dan juga pergerakan kord yang betul. Kelima, tentukan tanda nada

dan tanda masa untuk melodi anda. Keenam, penggunaan kaden-kaden

betul pada tempat yang sesuai. Ketujuh, tentukan panjang sesebuah

melodi seperti 4 bar, 6 bar, 8 bar, 12 bar, 16 bar, 24 bar, 32 bar, 64 bar dan

sebagainya. Kelapan, tentukan frasa untuk melodi samada frasa regular

atau frasa tak regular. frasa regular biasanya merangkumi jumlah nombor

bar yang genap dan frasa tak regular untuk jumlah nombor bar yang ganjil.

Kesembilan, penggunaan hiasan melodik seperti passing notes, anticipated

note, changing notes, apoggiatura, auxiliary note dan sebagainya untuk

menghiaskan melodi. Oleh itu, jika semua perkara tersebut diambilkira

dalam design in melodies akan menyebabkan pendengaran kita terhadap

melodi itu selesa dan juga menyenangkan hati. Jika perkara-perkara

tersebut tidak digunakan dengan sesuai dan betul akan menyebabkan

pendengaran kita kurang selesa.

7.3.6  Motif

Motif adalah unit melodi atau irama yang kecil yang mudah dikenalpasti. Ia

digunakan untuk membentuk frasa yang lebih panjang. Daripada wujud

sesuatu motif atau beberapa jenis motif dalam melodi, pembentukan

melodi akan menjadi lebih menarik dan sistematik. Motif adalah seolah-

olah satu corak irama yang pendek yang diaplikasikan ke dalam lagu.

Melodi tersebut akan sentiasa diperdengarkan corak irama yang pendek

digunakan berulang-ulang dari mula hingga tamat. Pembentukan motifmempunyai banyak cara. Rujuk pembentukan motif di bawah.

Page 9: Tajuk 7 Aspek-Aspek Melodi 1

8/20/2019 Tajuk 7 Aspek-Aspek Melodi 1

http://slidepdf.com/reader/full/tajuk-7-aspek-aspek-melodi-1 9/15

MZU3105 TEORI MUZIK II

60

a. Motif secara step-wise 

b. Motif gabungan skel dan kord

c. Motif not-not berulang

d. Motif yang mempunyai pergerakan melompat satu oktaf

e. Motif boleh di perpanjangkan atau di terbalikkan

Page 10: Tajuk 7 Aspek-Aspek Melodi 1

8/20/2019 Tajuk 7 Aspek-Aspek Melodi 1

http://slidepdf.com/reader/full/tajuk-7-aspek-aspek-melodi-1 10/15

MZU3105 TEORI MUZIK II

61

Dengar permulaan karya 5th Symphony   oleh Beethoven. (Anda boleh

dapatkan lagu ini dari internet atau CD). Dapatkah anda kenalpasti motif

yang terdapat dalam karya ini?

7.3.7 The bass l ine

The bass line merupakan melodi yang biasanya ditulis di bahagian bass.

Ia mempunyai ciri-ciri yang istimewa. Terdapat iringan kord-kord, not-not

harmoni atau arpeggio pada bahagian soprano untuk bass line yang

dituliskan. Ciri-ciri yang istimewa adalah seperti menghasilkan melodi pada

pic yang rendah di mana iringan adalah menggunakan pic yang lebih tinggi.

Selain itu, pencipta boleh meluahkan perasaannya samada sedih, ceria,marah atau tenang dengan menghasilkan bass line untuk paparan

perasaan tersebut.

a. Satu contoh pergerakan bass line dan penggunaan kord-kord

sebagai iringannya.

Page 11: Tajuk 7 Aspek-Aspek Melodi 1

8/20/2019 Tajuk 7 Aspek-Aspek Melodi 1

http://slidepdf.com/reader/full/tajuk-7-aspek-aspek-melodi-1 11/15

MZU3105 TEORI MUZIK II

62

b. ground bass atau basso ostinato

Bass line mempunyai keupayaan mengekspresi sesuatu karya.

Contoh di bawah adalah karya Dido and Aeneas  oleh Purcell. Dalam

bahagian ini, pencipta ingin meluahkan perasaan sedih. Ini dapat dicapai

dengan menuliskan pergerakan bass secara menurun dalam bentuk

kromatik. Perhatikan pergerakan bass pada karya ini. Anda akan dapat

dengar ulangan bahagian bes berkali-kali. Ciri ini dipanggil ground bass atau

basso ostinato.

Page 12: Tajuk 7 Aspek-Aspek Melodi 1

8/20/2019 Tajuk 7 Aspek-Aspek Melodi 1

http://slidepdf.com/reader/full/tajuk-7-aspek-aspek-melodi-1 12/15

MZU3105 TEORI MUZIK II

63

Contoh-contoh lain untuk bass line adalah seperti berikut:

Dari petikan di atas, bass line boleh dilihat dari bar 3-4 pada klef bes iaitu

not-not CCDEDCCC.

7.3.8 Out l ined m elody

Muzik yang ditulis untuk alat kibod pada kebiasaannya mempunyai melodi

yang dihias dengan pelbagai cara. Hiasan ini bertujuan untuk

menghasilkan muzik yang menarik. Lihat contoh Keyboard Fantasia in C ,

HWV 490 oleh Handel.

Semikuaver ditambah kepada melodi sebagai satu variasi kepada karya

tersebut. Melodi yang sebenarnya ialah:-

Page 13: Tajuk 7 Aspek-Aspek Melodi 1

8/20/2019 Tajuk 7 Aspek-Aspek Melodi 1

http://slidepdf.com/reader/full/tajuk-7-aspek-aspek-melodi-1 13/15

MZU3105 TEORI MUZIK II

64

Dari petikan di atas, outlined melody boleh dilihat dari bar 1-2 pada klef

trebel di mana not-notnya adalah EEFGGFED.

Page 14: Tajuk 7 Aspek-Aspek Melodi 1

8/20/2019 Tajuk 7 Aspek-Aspek Melodi 1

http://slidepdf.com/reader/full/tajuk-7-aspek-aspek-melodi-1 14/15

MZU3105 TEORI MUZIK II

65

Semua latihan perlu disiapkan dan anda dikehendaki membuat salinandan dimasukkan ke dalam folio. Bawa folio ini bersama semasa interaksi

bersemuka.(30 minit)

Latihan:

1. Tandakan dengan untuk menunjukkan frasa bagi karya muzikdi bawah.

 Anda digalakkan memainkan melodi ini untuk membantu anda dalampenulisan frasa. Jawapan ada di akhir tajuk ini.

Page 15: Tajuk 7 Aspek-Aspek Melodi 1

8/20/2019 Tajuk 7 Aspek-Aspek Melodi 1

http://slidepdf.com/reader/full/tajuk-7-aspek-aspek-melodi-1 15/15

MZU3105 TEORI MUZIK II

66

2. Bulatkan outline melody  untuk keratan karya Intermezzo in A minor olehBrahms. 

Penghargaan: Taylor, E. (1991). The AB Guide to music theory, part II. London: The Associated Board of the Royal Schools of Music.