Tajuk - Awang Kenit

download Tajuk - Awang Kenit

of 13

Transcript of Tajuk - Awang Kenit

TAJUK: AWANG KENIT

TAJUK: AWANG KENIT

Tersebutlah kisah seorang ibu yang mempunyai seorang anak yang amat istimewa baginya. Anak lelakinya itu, Awang, hanya setinggi ibu jarinya.Memandangkan bentuknya yang kecil, sudah tentu anak itu menghadapi pelbagai rintangan. Ibu itu membekalkan anaknya sebatang jarum tajam sebagai senjata untuk membela dirinya jika berlaku sebarang bahaya. Dengan berlatih bersungguh-sungguh, Awang dapat menggunakan peniti tajam itu dengan cekap sebagai senjatanya. Awang berlatih dengan membunuh banyak nyamuk dan labah-labah yang datang mengganggunya. Pada suatu hari, Awang dipanggil ibunya. Ibunya telah memberi dia sebuah pesanan. Dengarlah Awang, anak kesayangan emak baik-baik,. Awang memasang telinga sewaktu ibunya berucap. Jangalah anak emak keluar rumah. Emak hendak pergi ke pasar dan menjaja sayur-sayur dari kebun kita itu. Semoga dengan hasil jualan sayur-mayur itu, dapatlah emak sedikit wang dan boleh dibuat membeli sebilah pisau. Dengan pisau itu, mudahlah bagi emak melakukan kerja-kerja memotong daging dan menyiang sayur-mayur buat makanan hidangan kita bersama-sama. Ingatlah pesan emak. Jika Awang mendengar tapak kaki gergasi di luar rumah, cepat-cepatlah Awang bersembunyi di tempat yang dia tidak boleh menjumpai kamu. Setelah bersalaman dan mengucup tangan emaknya, Awang melihat emaknya bergegas keluar rumah sambil membimbit sebuah raga yang sarat berisi hasil tanaman di kebun mereka. Awang mengisi masanya dengan bermain-main di dalam dapur dan bilik tidur. Sedang dia leka berkhayal sewaktu bermain-main itu, bumi seakan-akan bergegar. Raksasa sedang berlalu di luar rumahnya. Awang dengan segera menyorokkan dirinya di bawah sebiji batok kelapa, alat sukatan beras emaknya. Tiba-tiba, Awang terdengar pintu rumahnya dibuka dengan kuat. Raksasa itu telah masuk ke dalam rumahnya. Awang mengintai melalui rekahan batok kelapa itu dan dia dapat melihat gergasi itu sedang membongkar para dan membuka periuk-periuk di dapur. Di bawah tudung sajai, ada sisa hidangan sarapan Awang dan emaknya. Raksasa itu mengambil sebiji pinggan lalu diisi dengan nasi yang disenduknya dari salah sebiji periuk di situ. Dia duduk bersila di atas lantai dan mula makan. Sedang raksasa itu makan, tiba-tiba terdengar bunyi yang kuat dan diikuti dengan bau yang sungguh busuk. Raksasa itu terkentut dengan kuat berkali-kali. Awang yang tidak dapat menahan dirinya menyaksikan gelagat raksasa yang lucu itu, ketawa terbahak-bahak. Bunyi suara ketawa Awang seperti seekor anak burung pipit. Tiba-tiba, keadaan gelap di bawah batok kelapa itu menjadi terang. Awang bingkas apabila terpandang wajah raksasa yang hodoh itu di hadapan matanya. Apakah ini? kata raksasa itu sambil mengutip tubuh Awang yang kecil itu dan diamat-amatinya.Ada seorang budak! Bagus, aku dapat makan daging manusia! gelak raksasa itu membingitkan telinga Awang yang berada di hujung-hujung jari raksasa itu. Tiba-tiba keadaan sekelilingnya bertukar menjadi gelap kembali. Apabila Awang membuka matanya, dia berada di dalam sebuah terowong gelap dan berbau busuk. Rupa-rupanya, Awang sudah ditelan raksasa itu.Awang tidak berasa gentar sedikit pun. Dia menghunus jarum tajam yang tersisip di pinggangnya lalu menikam-nikam dinding usus gergasi itu. Darah mencurat-curat mengalir keluar di kelilingnya. Namun, Awang masih terus juga menikam dinding usus raksasa itu dengan kuat.Raksasa yang tidak dapat menahan kesakitan akibat ditikam itu lalu rebah ke lantai sambil mengerang-ngerang. Raksasa itu sedar bahawa dia telah membuat kesilapan dengan menelan Awang tadi. Tidak lama kemudian, Awang mendapati dia tidak mengalami sebarang pergerakan di dalam badan gergasi itu. Tinggallah Awang di dalam perut gergasi yang tidak bernyawa lagi. Awang berdoa semoga emaknya segera pulang ke rumah untuk menyelamatkannya. Awang terlelap di dalam perut raksasa itu kerana berasa terlalu letih. Petang itu, emaknya pulang dari pasar. Emak Awang terpegun mendapat mayat gergasi terbujur di atas lantai rumahnya. Di kulit bahagian perut raksasa itu, emak Awang mendapati ada sebatang jarum tertusuk keluar. Sedarlah emak Awang bahawa anaknya tidak hilang. Dia dengan segera mengambil pisau yang baru dibelinya. Dengan berhati-hati, dia menebuk lubang di bahagian perut raksasa yang terbujur kaku itu. Di situlah, emaknya mengeluarkan Awang yang kelihatan berlumuran darah.Selepas memandi dan memberikan Awang pakaian yang bersih, mereka berdua masuk ke kampung untuk mendapatkan pertolongan orang-orang kampung untuk menanam bangkai raksasa yang jahat itu yang sudah mati itu.

Kisah Seorang Nelayan Tersebutlah pada zaman dahulu, ada seorang nelayan yang miskin lagi jujur pergi keluar mejala di tengah lautan. Gelombang besar tidak menakutkannya kerana dia sedar betapa dia mencari rezeki yang halal untuk keluarganya. Dia sedar Allah akan memberkati rezekinya yang dicari dengan titik peluhnya sendiri. Setelah beberapa lama dia menebarkan jala, dia tidak mendapat apa-apa tangkapan pun. Dia berhenti seketika sambil menadah tangan ke langit seraya berdoa.Tuhanku, Engkau yang memberikan rezeki kepada sesiapa yang engkau kehendaki dan Engkau merahmati sesiapa yang Engkau rahmati. Sesungguhnya aku mohon rezeki daripada-Mu untuk kuhidupi keluargaku, doanya dengan bersungguh-sungguh. Setelah itu, dia menebarkan jalanya sekali lagi. Sewaktu nelayan itu menarik jalanya kali ini, dia mendapat seekor ikan yang sangat luar biasa. Sisik ikan itu berkilau-kilauan seperti emas. Dua biji matanya pula keliahtan seperti intan yang bergemerlapan. Nelayan itu mengucapkan kesyukurannya lalu bersujud di dalam sampannya itu dan menadah ke langit sekali lagi. Dia belum pernah melihat ikan yang secantik dan seganjil itu.Setelah dia mengalihkan ikan itu ke dalam sebuah bekas yang mengandungi air laut, dia duduk berfikir seketika.Pasti tidak ada sesiapa yang akan mahu membeli ikan ini dengan harga yang tinggi, katanya dalam hati. Mereka akan menganggap ikan ini seperti ikan-ikan biasa yang lainnya. Setelah puas berfikir, dia meNgambil keputusan untuk membawa ikan itu sewaktu dia menghadap rajanya. Raja di negeri tempat tinggalnya itu termasyhur sebagai seorang raja yang amat adil lagi bijaksana. Akan tetapi, permaisuri baginda terkenal pula dengan sikap kikir sedta tamak. Namun, dia bertekad untuk mempersembahkan ikan yang dia dapat itu kepada rajanya.Sewaktu menghadap rajanya dengan mempersembahkan ikan tangkapannya itu, raja tersebut berasa takjub lagi kagum ketika melihat ikan itu.Wahai nelayan, Di manakah engaku dapat ikan yang ganjil lagi ajaib ini? titah raja.Nelayan itu berdatang sembah sambil berkata, Ampun tuanku! Patik dapat menangkap ikan yang ajaib ini dengan menjalanya di sebuah teluk di lautan selatan negri ini.Wah, sungguh engkau berani menjala ikan di sana pada masa keadaan laut bergelombang besar lagi berbahaya pada musim ini! puji raja.Ampun tuanku, dengan izin Allah juga, sesuatu yang susah dapat dilaksanakan, sembah nelayan itu dengan penuh takzim. Baginda raja berasa gembira mendengar sembah nelayan itu lalu mengahdiahinya seribu wang emas. Nelayan itu bersyukur sesudah mengucapkan terima kasih atas kurnia rajanya itu. Dia menerima pemberian raja itu dengan penuh rasa hormat. Pada waktu itu, permaisur raja lalu bertitah, Ayuhai Kakanda, bukankah pemberian itu terlalu mahal bagi harga seekor ikan sahaja.Tidak mengapa, wahai adinda! Ikan yang beta dapat daripada nelayan ini bukan ikan sebarangan. Cuba adinda lihat ., titah baginda lalu menunjukkan ikan yang sudah dialihkan ke dalam sebiji mangkuk yang berisi air. Sisik ikan itu keemas-emasan sementara biji-biji matanya berkilau-kilauan seperti intan.Bagi adindalah, ikan tetap ikan, celah permaisuri dengan megahnya.Kalau demikian menurut adinda, apakah yang mesti kakanda lakukan sekarang? titah baginda sambil tersenyum.Itu mudah sahaja, jawab permaisuri dengan manja. Kakanda panggil semula nelayan itu dan titahkan kepadanya untuk diberitahu sama ada ikan itu jantan atau betina. Jikalah dia menjawab jantan, kakadan katakan betina dan begitu sebalinya, supaya jawapan nelayan itu boleh dikatakn salah. Denga yang demikian, wang yang diambil itu kanda paksa dia kembalikan. Setelah mendengar sembah permaisuri itu, raja itu lalu menitahkan pengawalnya memanggil nelayan itu datang kembali menghadap baginda. Apabila dia mendengar bahawa dia diperintahkan supaya menghadap baginda semula, nelayan itu tersentak. Namun, dia segera masuk menghadap raja.Ampun tuanku, pati datang mengadap, sembah nelayan itu.Raja itu lalu bertitah,Beta mahu tahu. Jika jawapan kamu betul, tidak mengapa. Namun, jika jawapanmu salah, beta mahu kamu kembalikan semula hadiah yang telah beta kurniakan kepada kamu sebentar tadi.Titah dijunjung, ampun tuanku! balas nelayan itu.Apakah ikan yang kami bawa sebentar tadi iakn jantan atau ikan betina?Nelayan itu berfikir sejenak. Dia pun lalu bersuara sesudah beberapa katika, Ampun tuanku, sebenarnya ikan itu bukan ikan jantan atau ikan betina. Ikan itu .. jawanya sambil tersenyum simpul.Raja itu kemudian ketawa terbahak-bahak! Sesusah reda ketawanya, baginda lalu bertitah, Bagus, kamu tidak perlu menjawabnya! Baginda masih tersenyum simpul cuba menahan dirinya daripada terus ketawa. Baginda lalu menghadiahi nelayan itu seribu wang emas lagi. Melihatkan tindakan baginda raja, permaisur mengerut-ngerutkan keningnya sambil menarik wajah masam kerana rancangannya tidak menjadi.Nelayan itu semakin gembira mendapat wang tamahan itu. Dia pun lalu memasukkan wang yang baru didapatinya ke dalam uncang yang dia bawa itu. Tiba-tiba sejumlah wang meas itu jatuh ke lantai. Nelayan itu memnugutnya dengan segera dan memasukkannya semula.Melihat akan hal itu, permaisuri lalu berbisik kepada baginda raja, Lihat kakanda, betapa kedekutnya nelayan ini. Satu keping wang mas pun dia kutip, sedangkan dia sudah memiliki hampir dua ribu keping wang mas!Raja bersetuju dengan kata-kata permaisuri itu lalu baginda bertitah lagi, Hai, nelayan. Kamu ini sangat kedekut! Kamu mendapat banyak wang emas tetapi sekeping yang jatuh pun kamu pungut! Nelayan itu tersentak mendengar akan titah rajanya. Dia lalu mengangkat sembah seraya berkata, Ampun tuanku! Sebenarnya, patik memungut semula wang emas yang jatuh itu bukanlah patik kedekut dan tamak. Patik amat menjunjung duli tuanku. Patik tidak rela wang emas yang ditempa dengan gambar wajah tuanku jatuh di lantai dan dipijak-pijak orang, ampun tuanku!Mendengar akan jawapan nelayan itu, baginda berasa sungguh terharu. Tanpa berfikir-fikir lagi, baginda menambah jumlah wang emas kepada nelayan itu. Wahai nelayan yang bijaksana, titah baginda, Kamu rakyat beta yang taat lagi setia. Beta tambah lagi jumlah wang emas kamu itu.Ampun tuanku, kurnia tuanku patik junjung tinggi, sembah nelayan itu lagi sambil mengukirkan senyuman sekali lagi.Permaisuri raja menjadi bertambah-tambah murka namun baginda hanya menahan dirinya. Nelayan itu pulang ke rumah dengan perasaan yang sungguh gembira.

Empat Orang RajaPada suatu masa dahulu, seorang nakhoda kapal terdampar di sebuah pantai setelah kapal yang dia miliki tenggelam dihempas ribut. Setelah dia sedar daripada pengsannya, dia berjalan ke pedalaman pulau dan bertemu dengan seorang nenek kebayan. Nenek kebayan yang baik hati itu mempelawa nakhoda kapal itu tinggal di rumahnya sehingga dia kembali sihat. Setelah dia pulih, nakhoda itu membantu perempuan tua itu mencari kayu dan menangkap ikan di laut sewaktu dia tinggal di nenek kebayan tua itu. Apabila dia mendapat jenis pokok yang sesuai, dia membuat sebuah sampan untuk dia gunakan pergi menjala dan menangkap ikan di tengah laut.Pada suatu hari, sewaktu nakhoda itu duduk di tepi pantai, dia terpandang kelibat sekawan burung terbang di angkasa. Semakin burung-burung itu terbang dekat, nakhoda itu mendapati bahawa yang terbang itu bukanlah burung tetapi sekawan bidadari jelita yang bersayap. Mereka mendarat di tepi sebuah kolam dekat dengan air terjun yang terletak tidak jauh dari tempat nakhoda itu berada. Setelah menanggalkan sayap-sayap mereka, bidadari itu lalu bermandi-manda serta bersuka ria sesama sendiri di kolam itu.Nakhoda itu telah jatuh hati kepada salah seorang bidadari itu dan dengan senyap-senyap, dia mendekati tempat bidadari itu menanggalkan sayap-sayap mereka. Dia mengambil salah satu pasang sayap lalu menyembunyikannya dengan menanamnya di dalam sebuah lubang yang dia korek tidak jauh dari kolam itu. Setelah puas mandi, bidadari itu kembali mendapatkan sayap-sayap mereka lalu memasangnya di badan mereka semula. Puteri bongsu mendapati sayapnya sudah hilang lalu mengadukan hal itu kepada bidadari-bidadari yang lain. Mereka cuba mencari sayap puteri bongsu tetapi tidak berjumpa. Mereka lalu menasihati puteri bongsu agar tinggal di bumi buat sementara sedang mereka pulang ke kayangan dan berjanji akan pulang untuk membawa puteri bongsu pulang. Lalu bidadari-bidadari yang lain terbang kembali ke kayangan dan tinggallah puteri bongsu seorang diri duduk menangisi nasibnya yang malang.Setelah bidadari-bidadari yang lain itu lenyap di udara, nakhoda itu timbul lalu memujuk puteri bongsu. Dia berjaya memujuk puteri bongsu supaya mengikutnya pulang bersama-sama dan akhirnya mereka berdua berkahwin. Nakhoda membina sebuah rumah yang lebih besar untuk dia dan isterinya. Nakhoda itu juga menjemput nenek kebayan tinggal bersama-sama mereka. Tidak lama kemudian, puteri bongsu melahirkan seorang anak lelaki. Setahun kemudiannya, dia melahirkan seorang putera lagi.Pada suatu hari, nakhoda itu mendayung sampannya ke tengah laut untuk menjala ikan. Setelah memberitahu nenek kebayan, puteri bongsu membawa anak-anaknya bersiar-siar di tepi pantai. Semasa bersiar-siar itu, puteri bongsu dan anak-anaknya sampai di tempat suminya menyembunyikan sayap puteri bongsu. Oleh kerana hujan turun lebat pada malam sebelumnya, maka lubang itu terkambus dan puteri bongsu terpandang akan sayapnya. Puteri bongsu dengan segera memasang sayapnya di badan dan terbang pulang ke rumah. Puteri bongsu menyerahkan anak-anaknya kepada nenek kebayan lalu dia terbang pulang ke kayangan.Nenek kebayan tidak dapat menahan puteri bongsu. Dia menjadi belas melihatkan kedua-dua orang anak kecil itu yang tidak berhenti-henti menangis hendakkan ibunya. Pada petang hari, nakhoda itu tersentak melihat anak-anaknya dijaga oleh nenek kebayan. Setelah mendapat tahu yang isterinya telah terbang pulang ke kayangan, nakhoda lalu keluar rumah untuk menjejaki isterinya. Setelah penant berjalan, dia duduk di atas sebongkah bantu besar di tepi pantai. Seekor burung gagak terbang lalu hinggap di sisinya.Apakah yang tuan hamba risaukan? Bolehkan hamba tolong? tanya burung gagak yang pandai berkata-kata.Dapatkah tuan hamba menerbangkan hamba ke kayangan? kata nakhoda itu. Burung gagak tiba-tiba mengibas-ngibaskan sayapnya. Tidak lama kemudian, badannya menjadi besar seperti seekor kuda.Naiklah di atas belakang hamba, Pelawa burung gagak yang besar itu.Burung gagak itu menyuruh nakhoda itu memaut pada tengkoknya sewaktu mereka berada di udara supaya nakhoda tidak terlepas dan jatuh ke bumi. Terbanglah burung gagak itu ke kayangan dengan nakhoda itu di atas belakangnya. Sampai di kayangan, burung gagak itu lalu mendarat. Dia berpesan kepada nakhoda itu agar berjalan hingga sampai di sebuah rumah yang didiami oleh seorang lelaki tua yang bernama Pak Sabar. Sebelum berangkat pergi, nakhoda itu mengucapkan terima kasih kepada burung gagak itu lalu terus berjalan. Nakhoda mendapati kawasan tempat dia lalui itu luas seperti sawah padi. Setibanya di hujung sawah padi itu, dia sampai di sebuah rumah lalu memberi salam. Salamnya disambut oleh seorang lelaki tua yang bertubuh tegap. Setelah berbual-bual beberapa ketika, nakhoda lalu bertanya sama ada lelaki tua itu ada melihat isterinya terbang lalu di situ.Ada, tuan hamba dapat berjumpa dengannya di dalam kota, jawab Pak Sabar.Tetapi, tuan hamba hendaklah mendapat isteri tuan hamba yang sebenarnya. Hamba akan menghantar kelip-kelip ke sana sewaktu tuan hamba mencari isteri tuan hamba itu. Kelip-kelip itu akan hinggap di bahu kanan dan kiri isteri tuan hamba. Semua perempuan yang tuan hamba jumpa kelak kelihatan serupa. Ingatlah pesanan hamba. Usah bercakap-cakap dengan sesiapa pun hinggalah tuan hamba menghadap raja, terang Pak Sabar. Jika tuan hamba tersilap, raja itu akan menjatuhkan hukuman yang berat ke atas diri tuan hamba.Nakhoda lalu mengucapkan terima kasih kepada Pak Sabar lalu meneruskan perjalanannya menuju ke kota. Pada setiap selekoh jalan yang dia lalui, nakhoda disapa oleh ramai orang. Di sebuah selekoh, dia disapa oleh sebatang pokok yang bermata dan bermulut. Nakhoda itu tidak menghiraukan apa-apa yang dia saksikan.Di sebuah selekoh jalan, dia disapa oleh batu yang bermulut. Nakhoda masih tetap tidak menjawab walaupun dia berasa takjub. Serumpun pokok buluh di tepi sebatang jalan menyapa-nyapa nakhoda. Nakhoda tidak menoleh ke kiri atau ke kanan dan dia terus berjalan hingga dia sampai di pintu kota. Dia masuk menghadap raja yang sedang bersemayam dan dihadap oleh para pembesarnya.Apakah gerangan hajat kamu datang menghadap beta, wahai manusia? titah baginda.Nakhoda lalu menjawab, Patik datang untuk membawa isteri patik pulang. Pasti percaya puteri bongsu berada di dalam istana ini.Raja lalu menitahkan semua orang perempuan berkumpul dan berbaris di hadapan balai rong. Semua orang perempuan itu menurut titah baginda itu. Nakhoda lalu berjalan memeriksa perempuan itu untuk menemukan isterinya. Tepat seperti kata-kata Pak Sabar, perempuan-perempuan itu serupa dengan wajah isterinya, Puteri Bongsu. Nakhoda masih tidak mendapati sebarang kelip-kelip pada semua perempuan itu hinggalah dia sampai kepada wanita yang berdiri di hujuung barisan perempuan itu. Pada perempuan itu ada kelip-kelip hingga di bahau puteri bongsu, isteri nakhoda itu.Ini dia isteri patik, tuanku! teriak nakhoda sambil menudingkan jarinya ke arah Puteri Bongsu.Raja itu bertitah, Benar dan tepat sekali! Itulah isteri kamu, Puteri Bongsu anakanda beta. Kamu boleh membawanya pulang. Akan tetapi, beta ada satu lagi tugas untuk kamu laksanakan.Dalam bakul itu ada padi yang sudah bercampur dengan pasir. Pisahkan padi itu daripada pasir dan isikan padi-padi itu ke dalam sebuah lesung yang ada di situ, titah Raja lagi.Lelaki itu memandang ke arah sekawan kelip-kelip yang berada di bahu siterinya. Dengan sekelip mata, kelip-kelip itu bertukar menjadi sekawan burung pipit. Burung-burung pipit itu mengutip butir-butir padi itu dan mengalihkannya ke dalam lesung yang ada di situ. Dalam masa yang singkat, tugas itu dapat diselesaikan.Setelah menyaksikan itu, baginda lalu menitahkan agar nakhoda diberikan sebuah istana kecil untuk di tinggal bersama-sama Puteri Bongsu. Tidak lama kemudian, Puteri Bongsu melahirkan putera yang ketiga. Pada waktu itu, nakhoda berasa rindu akan anak-anaknya yang berada di dunia yang dia tinggalkan dalam jagaan nenek kebayan. Nakhoda lalu memohon izin Raja untuk turun ke dunia agar dia dapat berkumpul semula dengan anak-anaknya.Baginda memperkenankan permintaan nakhoda. Baginda lalu menitahkan pesuruhnya mengiringi nakhoda dan Puteri Bongsu ke sebuah tempat yang dapat membawa nakhoda pulang ke bumi.Pesuruh raja itu menunjukkan seutas tali perak yang terikat dan tergantung di sebatang pokok beringin yang besar. Setelah membendung bayinya, nakhoda itu menyuruh Puteri Bongsu mengikat bendungan yang mengandungi bayinya di badannya. Mereka dapat turun ke bumi dengan mudah; hanya dengan memegang pada tali perak itu. Setelah selamat sampai di halaman rumah mereka, nenek kebayan keluar menyambut kepulangan nakhoda dan Puteri Bongsu. Nenek Bongsu lalu memanggil kedua-dua anak nakhoda datang bersalam dengan ibu bapa mereka. Di bumi, Puteri Bongsu melahirkan anak yang keempat.Keempat-empat orang anak nakhoda dan Puteri Bongsu membesar dan berjaya menjadi empat orang raja yang gagah dan memerintah kerajaan mereka dengan adil dan saksama.

Tuah Seorang Pemuda Yang Jujur

Seorang pemuda berjumpa sebentuk cincin di kebunnya. Oleh kerana terlalu jujur, dia menunjukkan cincin yang ditemuinya itu kepada jirannnya. Jirannya itu seorang peniaga yang licik. Apabila terpandang akan cincin itu, jirannya itu pasti itu adalah cincin emas. Namun, jirannya itu berkata, Ini hanya sebentuk cincin tembaga yang murah. Bagi saya cincin ini dan saya akan gantikan dengan seekor ikan.Jirannya pergi menangkap seekor ikan yang berenang-renang dalam sebuah kolam yang terletak di belakang rumahnya. Pemuda yang jujur itu menerima ikan itu dengan penuh syukur dan mengucapkan terima kasih kepada jirannya. Pemuda itu pulang ke rumah lalu membelah perut ikan itu sebelum dia memasaknya. Pada kali ini, dia mendapati dalam perut ikan itu terdapat pula sepasang cincin emas.Pemuda itu lalu menunjukkannya kepada jirannya sekali lagi. Jirannya, yang penuh muslihat itu, berkata, Nampaknya, engkau selalu menemukan cincin tembaga. Biar aku beri engkau seekor ayam sebagai gantinya. Aku kira cukuplah dengan nilai dua bentuk cincin ini.Jirannya mengambil seekor ayam tua dan menyerahkannya kepada pemuda itu. Pemuda itu sekali mengucapkan terima kasih dan membawa ayam itu pulang ke rumahnya. Ayam itu dikurung dalam sebuah raga dan diletakkannya pada sebuah sudut di dapurnya.Pada keesokan harinya, sewaktu pemuda itu hendak menyembelih ayamnya itu buat lauk hidangannya pada hari itu, ayam yang diberikan jirannya yang licik itu terlepas lalu berlari masuk ke dalam kebunnya. Sewaktu menemukan ayamnya itu, pemuda itu melihat bahawa ayamnya sedang mematuk-matuk tanah. Pemuda itu lalu mengambil sebatang ranting mati lalu mengais-ngais tanah yang dipatuk-patuk ayamnya itu. Tidak berapa lama kemudian, dia menjumpai tiga bentuk cincin emas dalam lubang yang digalinya dengan ranting mati itu. Dia segera menunjukkan ketiga-tiga bentuk cincin yang dijumpainya kepada jirannya sekali lagi. Jirannya yang begitu gembira dapat menipu pemuda itu lagi, berkata, Hai, cincin-cincin ini tidak berharga langsung. Tak mengapa, aku akan menggantikannya dengan seekor kambing bagi cincin-cincin tembaga ini.Jirannya itu pergi ke kandang tempat dia mengurung kambing-kambingya. Dia lalu mengheret seekor kambing tua lalu diserahkan kepada pemuda yang begitu gembira dengan pertukaran itu. Setelah pulang ke rumahnya, pemuda itu lalu menambat kambing itu di sebuah kandang miliknya. Dia memberikan kambing itu makan selonggok rumput kering dan air minuman dalam sebuah bekas.Keesokan harinya pula, pemuda itu sduah bersiap-siap hendak membawa ayam dan kambing tuanya ke pekan. Dia hendak menjual binatang-binatang itu di pekan pada hari itu. Diikat kepak dan kaki ayamnya agar tidak boleh bergerak dan terbang lepas nanti. Kambingnya diikat taki pada lehernya lalu dihela.Sewaktu dalam perjalanan ke pekan, kambing tuanya asyik terbatuk-batuk dan bersin. Dan dia berhenti berjalan sambil melihat-lihat kambingnya. Kalau sakit, pastilah tida sesiapa yang akan membeli kambingnya itu. Pada waktu dia berhenti sejenak sambil mememrhatikan kambingnya, dia terpegun apabila ada empat bentuk cincin keluar dari mulut kambing itu, Setelah kambing itu berhenti batuk dan bersin, pemuda itu mengutip keempat-empat bentuk cincin itu lalu disarungkan ke jari kanan dan kiri; dua bentuk pada jari manis dan jari hantu kedua-dua belah tapak tangannya.Tersebutlah kisah seorang saudagar kaya yang tinggal di pekan itu. Saudagar kaya ini sedang bersedih memikirkan anak gadisnya yang sedang sakit. Menurut tabib dan dukun yang merawat anak gadisnya itu, penyakit anak gadisnya itu akan sembuh jika memakan daging ayam yang digoreng dan gulai kambing yang tua. Tetapi kedua-dua binatang itu hanya boleh didapatkan daripada seorang pemuda yang memakai empat bentuk cincin pada satu-satu masa. Pemuda itu akan melewati rumah saudagar pada suatu pagi kerana hendak menjual binatang-binatang itu di pekan.Sejak mendapatkan pesan tabib dan dukun itu, maka saudagar itu asyik ternanti-nantikan kedatangan pemuda tersebut. Setiap hari, dia asyik menunggu di pintu pagar rumahnya memerhatikan orang ramai yang berlalu-lalang di hadapan rumahnya yang tidak jauh dari pekan itu.Pada pagi itu, sewaktu membuka pintu pagar, saudagar itu ternampak kelibat pemuda yang jujur itu menghela kambing tuanya sambil mengepit ayam di tangan kanannya berjalan menghampiri rumahnya. Dia memerhatikan benar-benar sama ada pemuda itu adalah orang yang dia nanti-nantikan itu.Apabila pemuda itu benar-benar tiba di depan pintu pagar rumahnya, saudagar itu lalu menegurnya.Assalamualaikum, orang muda, sapa saudagar itu sambil tersenyum dengan wajah yang berseri-seri.Waalaikumsalam, sahut pemuda itu.Apakah tuan hendak menjual ayam dan kambing itu? saudagar itu berkata sambil menunjuk ke arah ayam dan kambing yang ada pada pemuda itu.Benar, saya hendak menjualnya, balas pemuda itu.Kebetulan, saya hendak membeli ayam dan kambing untuk dibuat ubat bagi menyembuhkan penyakit anak saya, sambung saudagar itu.Saudagar itu lalu menyuruh orang gajinya menjemput pemuda itu masuk ke dalam halaman rumahnya.Saudagar itu lalu duduk di anjung rumah sambil menantikan pemuda itu tiba. Pemuda itu lalu menyerahkan ayam dan kambingnya kepada orang gaji saudagar itu.Sewaktu duduk bersila menghadap saudagar di anjung rumah, pemuda itu tersenyum kerana dia berasa beruntung pada hari itu. Kambing dan ayam yang dibawanya itu pasti akan dibeli saudagar itu. Pada masa yang sama, saudagar itu gembira apabila mendapati pemuda yang duduk bersila di hadapannya memakai empat bentuk cincin di tangan-tangannya.Setelah membayar harga kambing dan ayam yang dibelinya itu, saudagar itu menjemput pemuda itu untuk bersarapan dan makan tengah hari di rumahnya pada hari itu. Saudagar itu mahu mengenali dengan lebih dekat pemuda itu. Daripada perbualannya, saudagar itu mendapati pemuda itu sungguh lurus dan amat baik budi pekertinya. Di dalam hatinya, terbit hasratnya menjadikan pemuda itu anak menantunya. Anak gadisnya itu sudah pun dewasa dan umurnya sudah layak untuk dijodohkan.Ayam dan kambing yang dibeli saudagar itu segera disembelih dan dimasak seperti yang telah ditetapkan oleh tabib dan dukun yang merawat anak gadis saudagar itu. Lebihan daging binatang yang disembelih dibuat lauk-pauk lain dan ditambah dengan hidangan-hidangan lain. Anak gadis saudagar yang sakit itu diberi makan sesudah hidangan siap dimasak.Selesai makan tengah hari, sauadagar itu meminta agar pemuda itu datang kembali ke rumahnya pada keesokan hari. Pemuda itu berjalan pulang ke rumahnya dengan sukacita. Dia mendapat laba daripada penjualan kambing dan ayamnya selain dijamu makan oleh saudagar pada hari itu.Keesokan hari, anak gadis saudagar yang sakit-sakit itu kembali sembuh dengan segera. Saudagar itu lalu mendakap anaknya yang sudah sembuh itu sambil mengucap syukur kepada Allah s.w.t.Pemuda itu tiba sebaik-baik sahaja saudagar itu hendak menghadapi sarapan. Pemuda itu dijemputnya berjamu sarapan dengannya. Anak gadis saudagar dan isteri saudagar itu turut bersarapan sama tidak lama kemudiannya. Setelah selesai makan, saudagar itu itu menyatakan hasratnya hendak menikahkan pemuda itu dengan anak gadisnya. Pemuda itu tidak menolak dan anak gadis saudagar itu turut bersetuju dengan hasrat saudagar tersebut. Maka saudagar itu lalu menyuruh orang kepercayaannya menjemput kadi dan jiran tetangganya sebelum dijalankan majli akad nikah dan persandingan pengantin baru itu.Hiduplah pasangan muda itu kerana mereka saling kasih-mengasihi antara satu sama lain. Pemuda itu telah mempelajari ilmu perniagaan daripada mentuanya dan setelah dia menjadi mahir, dia mengusahakan perniagaannya sendiri pada akhirnya.

PAGE 1