TAJUK INOVASI: PENUBUHAN JAWATANKUASA LATIHAN...

2
TAJUK INOVASI: PENUBUHAN JAWATANKUASA LATIHAN UNTUK INDUSTRI (SECTORIAL TRAINING COMMITTEE) 1.0 PENGENALAN Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) telah mengambil inisiatif untuk membekalkan perkhidmatan tambah-nilai kepada majikan berdaftar yang diliputi bawah Akta PSMB 2001. Dengan demikian, PSMB telah menubuhkan Sectorial Training Committee (STC) iaitu Jawatankuasa Latihan untuk Industri agar dapat membantu industri-industri yang diliputi meningkatkan produktiviti dan daya saing syarikat. 2.0 LAPORAN INOVASI Tujuan Projek Inovasi Penubuhan STC adalah untuk mengenalpasti keperluan latihan industri dan membantu industri membangunkan latihan yang bersesuaian untuk meningkatkan kompetensi majikan berdaftar. STC juga akan mengenalpasti teknologi atau sistem baru yang diperlukan oleh industri. Proses Pelaksanaan Inovasi STC adalah terdiri daripada pegawai-pegawai PSMB dengan persatuan majikan, wakil industri dan perbadanan berkuasa yang berkaitan. STC akan membekalkan senarai program latihan yang diperlukan oleh industri yang diliputi bawah akta PSMB 2001. Selain itu, STC akan membentangkan laporan kemajuan untuk penambahbaikan serta membuat kajian keberkesanan ke atas senarai program latihan yang dibekalkan . Proses sebelum dan selepas Proses Sebelum Proses Selepas - PSMB lebih tumpu kepada kelulusan dan tuntutan geran latihan sahaja dan majikan. - Akan membekalkan lebih banyak program latihan yang berkualiti kepada majikan untuk melatih dan meningkatkan kemahiran pekerja mereka. - Lebih memahami keperluan industri dan lebih menumpu ke hala tuju matlamat pekerja berkemahiran.

Transcript of TAJUK INOVASI: PENUBUHAN JAWATANKUASA LATIHAN...

Page 1: TAJUK INOVASI: PENUBUHAN JAWATANKUASA LATIHAN …s3p.mampu.gov.my/...latihan-untuk-industri-sectorial-training-commite… · Penubuhan STC adalah untuk mengenalpasti keperluan latihan

TAJUK INOVASI: PENUBUHAN JAWATANKUASA LATIHAN UNTUK INDUSTRI (SECTORIAL TRAINING COMMITTEE)

1.0 PENGENALAN

Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) telah mengambil inisiatif untuk membekalkan perkhidmatan tambah-nilai kepada majikan berdaftar yang diliputi bawah Akta PSMB 2001. Dengan demikian, PSMB telah menubuhkan Sectorial Training Committee (STC) iaitu Jawatankuasa Latihan untuk Industri agar dapat membantu industri-industri yang diliputi meningkatkan produktiviti dan daya saing syarikat.

2.0 LAPORAN INOVASI

Tujuan Projek Inovasi Penubuhan STC adalah untuk mengenalpasti keperluan latihan industri dan membantu industri membangunkan latihan yang bersesuaian untuk meningkatkan kompetensi majikan berdaftar. STC juga akan mengenalpasti teknologi atau sistem baru yang diperlukan oleh industri.

Proses Pelaksanaan Inovasi STC adalah terdiri daripada pegawai-pegawai PSMB dengan persatuan majikan, wakil industri dan perbadanan berkuasa yang berkaitan. STC akan membekalkan senarai program latihan yang diperlukan oleh industri yang diliputi bawah akta PSMB 2001. Selain itu, STC akan membentangkan laporan kemajuan untuk penambahbaikan serta membuat kajian keberkesanan ke atas senarai program latihan yang dibekalkan .

Proses sebelum dan selepas

Proses Sebelum Proses Selepas

- PSMB lebih tumpu kepada kelulusan dan tuntutan geran latihan sahaja dan majikan.

- Akan membekalkan lebih banyak program latihan yang berkualiti kepada majikan untuk melatih dan meningkatkan kemahiran pekerja mereka.

- Lebih memahami keperluan industri dan lebih menumpu ke hala tuju matlamat pekerja berkemahiran.

Page 2: TAJUK INOVASI: PENUBUHAN JAWATANKUASA LATIHAN …s3p.mampu.gov.my/...latihan-untuk-industri-sectorial-training-commite… · Penubuhan STC adalah untuk mengenalpasti keperluan latihan

Impak Inovasi Elemen Inovatif / Kreativiti STC adalah kerjasama antara PSMB dengan kerajaan dan juga

pihak industri untuk melatihkan lebih banyak pekerja yang berkemahiran dan kompeten di industri.

Elemen Keberkesanan Pelaksanaan STC akan meningkatkan produktiviti Malaysia kerana

PSMB akan mengenalpasti teknologi baru, sistem dan proses untuk memajukan industri yang terlibat .

Elemen Signifikan STC menjadi tanda arah untuk industri memperkembangkan

perniagaan atau syarikat mereka dengan teknologi , sistem atau proses yang dikemukakan oleh PSMB.

Elemen Relevan Program ini adalah selaras dengan visi negara yang mencapai

negara maju dan melahirkan pekerja berkemahiran. PENUTUP Program ini telah dilaksanakan pada 1 Jun 2014.