TAJUK Kj Asignmnt

10
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, K KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK, 71760 BANDAR ENSTEK, NEGERI SEMBILAN PROGRAM PENGSISWAZAHAN GURU MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH Ambilan Febuari 2012 KAJIAN TINDAKAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 NAMA : RAZALI BIN RAMLI KURSUS : REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI AMBILAN : FEBRUARI 2012 NO. KAD PENGENALAN : 760613-08-5695 NO. TELEFON : 011-11159768 / 01110770582 E-MEL : [email protected] , [email protected] PENSYARAH : DR AHAMAD SHABUDIN BIN YAHAYA TARIKH SERAHAN : 7 MAC 2015

description

kj

Transcript of TAJUK Kj Asignmnt

Page 1: TAJUK Kj Asignmnt

INSTITUT PENDIDIKAN GURUMALAYSIA,

K KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK,71760 BANDAR ENSTEK,

NEGERI SEMBILAN

PROGRAM PENGSISWAZAHAN GURU MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH

Ambilan Febuari 2012

KAJIAN TINDAKANPENYELIDIKAN TINDAKAN 1

NAMA : RAZALI BIN RAMLI

KURSUS : REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

AMBILAN : FEBRUARI 2012

NO. KAD PENGENALAN : 760613-08-5695

NO. TELEFON : 011-11159768 / 01110770582

E-MEL : [email protected], [email protected]

PENSYARAH : DR AHAMAD SHABUDIN BIN YAHAYA

TARIKH SERAHAN : 7 MAC 2015

Page 2: TAJUK Kj Asignmnt

TAJUK”MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID UNTUK

MEMBACA KOD JALUR WARNA PADA PERINTANG DENGAN BANTUAN KAD WARNA

DAN KOTAK ISTIMEWA”.

DISEDIAKAN OLEH:

RAZALI BIN RAMLI

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Murid-murid yang berada di Tahun 5 akan mempelajari topik elektronik. Salah satu daripada sub topik dari mata pelajaran ini yang penting ialah membaca kod warna pada perintang. Ini adalah kerana dalam mata pelajaran reka bentuk dan teknologi tahun 5 murid akan didedahkan aktiviti projek elektronik.

Di dalam Pengajaran dan Pembelajaran yang lalu murid telah pun mempelajari topik ini. Walaupun demikian semasa sesi amali didapati murid tidak tahu membaca kod warna pada perintang dengan betul. Oleh itu, saya merasa perlu melakukan sesuatu agar dapat membantu murid-murid untuk membaca kod warna pada perintang tersebut dalam menentukan nilai rintangan bagi setiap perintang. Maka, satu kaedah yang mudah dan menarik juga harus di tunjukkan kepada murid agar ia dapat membantu dan memudahkan murid dalam menguasai topik ini secara tidak langsung

ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN

Kemahiran membaca kod warna pada perintang adalah merupakan salah satukemahiran yang sangat penting. Kemahiran ini perlu dikuasai oleh setiap murid untuk memudahkan mereka menetukan nilai rintangan bagi perintang itu. Murid-murid yang berada di Tahun 5 sepatutnya sudah tahu atau didedahkan serba sedikit dalam menguasai kemahiran ini. Jika kemahiran ini tidak dapat dikuasai sudah pasti mereka tidak akan dapat menjawab soalan dan melakukan aktiviti amali yang berkaitan dengan topik ini. Oleh itu, satu teknik yang baik dan berkesan perlu diajar kepada murid-murid ini serta menjadi satu harapan agar ia dapat membantu murid-murid untuk menentukan nilai perintang dengan membaca kod jalur warna pada badan perintang secara khususnya.

Page 3: TAJUK Kj Asignmnt

OBJEKTIF KAJIAN

OBJEKTIF AM

Kajian ini bertujuan untuk memberi kefahaman, penerangan dan membantu

murid-murid membaca serta mengenal kod jalur warna pada perintang dengan

cara yang betul dan mudah dalam menentukan nilai rintangan bagi satu perintang.

OBJEKTIF KHUSUS

Untuk memperkenalkan kepada murid salah satu kaedah yang mudah untuk

membaca kod jalur warna pada perintang serta menentukan nilai rintangannya.

Untuk mengatasi masalah murid keliru dalam membaca kod jalur warna pada

perintang terutamanya jalur yang ketiga(3) dan keempat( 4).

KUMPULAN SASARAN

Sasaran kajian ini ialah murid-murid Tahun 5 Neptune iaitu seramai 30 orang

akan menjalani ujian bagi kajian ini. Mereka terdiri semuanya lelaki dan

merupakan kelas pertengahan

Di dalam kajian ini pecahan jumlah murid mengikut kaum ialah 10 orang murid

lelaki melayu, 15 orang murid india dan 5 orang murid lelaki cina

PERLAKSANAN KAJIAN

TINJAUAN MASALAH

Dalam perlaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian

dan soal selidik semasa Pengajaran dan Pembelajaran, analisis dokumen dan ujian

pra.

1.1 ANALISIS TINJAUAN MASALAH

Page 4: TAJUK Kj Asignmnt

1.1.1 PEMERHATIAN / ANALISIS DOKUMEN

Hasil dari tinjauan, pemerhatian dan soal selidik yang dijalankan semasa Pengajaran dan

Pembelajaran, didapati 4 orang murid daripada 30 orang murid kelas ini sahaja yang

dapat membaca kod jalur warna pada perintang dengan betul dan 26 orang murid masih

lagi tidak faham cara untuk membaca kod jalur warna pada perintang dalam menentukan

nilai bagi perintang. Pemerhatian ini telah disahkan dengan cara membuat pemerhatian

ke atas murid-muridsemasa mereka menyelesaikan masalah menentukan nilai bagi satu

perintang.

1.1.2 UJIAN PRA

Di dalam ujian pra ini, murid-murid diminta untuk membaca kod jalur

warna pada perintang untuk menentukan nilai perintang dengan

menggunakan pengetahuan sedia ada di dalam diri murid-murid. Hasil

yang telah diperolehi adalah seperti berikut:

Membaca kod jalur warna perintang dengan betul.

Tidak dapat membaca kod jalur warna perintang dengan betul.

4 orang 26 orang13.3% 86.7%

1.2 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Dengan merujuk kepada keputusan ujian pra, satu tindakan perlu dilakukan dalam

menangani masalah tersebut. Oleh itu, murid-murid telah diperkenalkan dengan

satu teknik yang boleh membantu murid-murid jelas dan faham dalam proses

membaca kod jalur warna pada perintang. Satu set kad warna dan kotak istimewa

telah diperkenalkan sebagai satu alatan yang dapat membantu memberi kefahaman

kepada murid semasa menjalankan aktiviti membaca kod jalur warna pada badan

perintang. Dengan cara ini, ianya boleh menjadi satu harapan agar murid dapat

mengatasi masalah yang mereka hadapi.

Page 5: TAJUK Kj Asignmnt

1.3 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN / PENILAIAN

1.3.1 PELAKSANAAN AKTIVITI 1 (P&P)

Di dalam aktiviti 1 ini, guru akan mengajar murid dengan melakukan

satu demonstrasi dan menunjukkan kepada murid cara untuk membaca

jalur kod warna pada perintang dengan bantuan 13 keping kad warna.

Setiap kad warna tercatat nilai bagi warna itu. Manakala di dalam

kotak istimewa itu pula terdapat sembilan keping kad-kad kecil dengan

tercatat bilangan nombor ’0’ di atas setiap keping kad. Langkah-

langkah aktiviti adalah seperti berikut:

Langkah 1:

i. Murid-murid diminta melakarkan gambarajah sebuah perintang

dan melabelkan setiap jalur warna pada perintang tersebut

seperti rajah 1 dibawah.

Rajah 1: perintang tetap.

ii. Guru memberi sedikit penerangan berkaitan gambarajah

perintang dengan rajah 1 di atas.

iii. Murid diperkenalkan dengan 13 keping kad warna dan sebuah

kotak istimewa. Kotak ini dikatakan istimewa kerana di

dalamnya ada mengandungi 9 keping kad-kad kecil yang

tertulis nombor ’0’ pada setiap kad yang terdapat didalm kota

istimewa ini. Kotak istimewa ini hanya akan mewakili jalur

atau baris yang ketiga (3) sahaja.

1 2 3 4

Page 6: TAJUK Kj Asignmnt

iv. Untuk memulakan aktiviti guru akan menunjukkan sekali lagi

10 keping kad warna yang akan mewakili untuk jalur 1 dan 2

sahaja. Bagi 3 keping kad lagi akan mewakili jalur keempat.

Setiap kad warna mempunyai nilai kod warna yang telah

ditetapkan iaitu:

Warna kad NilaiHitam 0Perang 1Merah 2Jingga 3Kuning 4Hijau 5Biru 6

Unggu 7Kelabu 8Putih 9Emas +5%Perak +10%

Tiada Warna +20%

v. Guru meminta murid pertama mengambil 1 kad warna untuk

jalur 1. Murid kedua mengambil 1 kad warna untuk jalur 2.

Murid ketiga mengambil 1 kad warna untuk jalur ketiga 3 dan

murid keempat hanya boleh memilih kad berwarna emas atau

perak atau tanpa warna sahaja untuk mewakili jalur keempat

untuk disusun pada gambarajah perintang tadi

vi. Murid pertama akan melekatkan kad warna yang memaparkan

nilai bagi warna tersebut pada gambarajah perintang, diikuti

oleh murid kedua. Manakala bagi murid ketiga pula perlu

mengambil kad di dalam kotak istimewa mengikut bilangan

nilai pada kad warna yang mereka telah pilih tadi . Kemudian

murid itu akan melekatkan kad-kad yang diambil dari kotak

istimewa itu dan melekatkannya di papan hitam yang

mengandungi gambarajah perintang bersebelahan kad murid

kedua tadi.

Page 7: TAJUK Kj Asignmnt

vii. Akhir sekali, murid ke empat pula akan melekatkan kad yang

telah diambilnya ke papan hitam untuk melengkapkan nilai

keseluruhan perintang itu. Dan bacaan nilai bagi perintang pun

dapat dibaca,dicari dan diketahui dengan mudah.

viii. Kaedah itu boleh diulang sehingga tiga kali untuk lebih

memberi kefahaman kepada murid secara tidak langsung

ix. Akhir sekali murid diuji dengan beberapa contoh soalan yang

mudah berkaitan dalam menentukan nilai perintang untuk

mengetahui sama ada murid telah pun jelas dan faham cara-

cara untuk membaca kod jalur warna pada perintang.

1.3.2 PELAKSANAAN AKTIVITI 2 (UJIAN POS)

Setelah selesai Pengajaran dan Pembelajaran, murid-murid di minta

untuk membuat penilaian atas segala aktiviti yang telah dijalankan.

Hasil yang diperolehi adalah seperti jadual dibawah.

Dapat membaca Kod jalur warna perintang

dengan tepat.

Dapat membaca Kod warna perintang tetapi

kurang jelas.

Tidak dapat membaca kod jalur warna

perintang.

15 orang 7 orang 8 orang

50 % 23.3 % 26.7 %