Tajuk monyet

download Tajuk monyet

of 2

description

cerita rakyat

Transcript of Tajuk monyet

Tajuk : Monyet Yang Pintar

Pada zaman dahulu, di dalam sebuah hutan rimba, tinggal sekumpulan binatang yang hidup harmoni dan bahagia bersama-sama. Antara penghuni yang tinggal di dalam hutan rimba tersebut ialah Sang Monyet, Sang Kijang, Sang Kura, Sang Arnab, Si Pipit dan Pak Janggut. Mereka hidup sangat akrab bagai aur dengan tebing. Pada suatu hari, hutan rimba didatangi oleh seekor singa yang angkuh lagi zalim. Binatang-binatang kecil di hutan itu berasa tidak senang hati dengan kedatangan singa di tempat mereka. Singa itu mengaku diriya raja, walaupun dia bukan raja di hutan itu. Singa itu sangat ganas, binatang-binatang yang lemah sering menjadi mangsanya. Oleh itu, binatang-binatang di hutan telah berkumpul untuk mencari jalan supaya singa itu disingkirkan dari tempat mereka.

Tok Janggut : Biar saya yang pergi berjumpa dengan singa itu. Saya akan merayu kepadanya agar tidak menangkap haiwan di hutan ini lagi. Kata kambing tua kepada kawan-kawannya. Dia sanggup berkorban nyawa demi keselamatan rakan-rakannya. Keesokan harinya, Pak Janggut telah bertekad untuk berjumpa dengan singa yang angkuh di pinggir hutan. Semasa pertemuan mereka, Pak Janggut berasa sanggat terkejut dengan kehendak singa yang melampau itu.

Sang Singa : Kalau kamu tidak mahu aku menangkap binatang di hutan ini, kamu hendaklah mempersembahkan makanan kepada aku setiap hari. Ha..haha..ha. Padan muka kamu semua. Akulah raja di sini. Akulah yang kamu harus patuhi.

Terdiam semua binatang apabila kehendak singa itu disampaikan oleh kambing tua kepada mereka. Naik darah kijang mendengar kata-kata singa itu. Dia berfikir sejenak lalu berkata dengan marah.Kijang : Jangan beri muka kepada singa yang kejam itu. Ada hati dia mahu makan kita. Kita mesti membunuhnya sebelum kita menjadi mangsa seterusnya.

Sang Arnab : Tapi, bagaimana kijang ? Kita tak mungkin mampu melawan singa yang ganas itu.

Sampuk arnab yang hanya berdiam diri sejak tadi.

Sang Monyet : Jangan risau kawan-kawan. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Saya yakin kita masih ada jalan untuk melawan singa itu. Walaupun kita tidak sekuat singa, tetapi jika kita bersatu, kita pasti boleh melakukannya. Sebenarnya, saya ada satu cadangan yang baik. Apa kata, saya yang menjadi mangsanya yang pertama.

Kata monyet dengan berapi-api.

Si Pipit : Apa ? Kamu betul-betul yakin ke monyet ? Kalau kamu dibaham singa pula, bagaimana ?Sang Monyet : Ha..haha..ha. Jangan risau pipit. Jangan risau kawan-kawanku semua. Percayalah kepadaku. Hanya satu yang ku pinta, kalian berdoalah supaya rancangan ku ini berjaya.

Seperti yang telah dirancang, Sang Monyet pun pergi menyerah diri kepada Sang Singa. Singa yang telah lama menunggu itu berasa sangat marah dengan kelewatan monyet.

Sanga Singa : Mengapa lambat, ha ? Engkau tahu tak, aku tengah lapar sekarang ? Herdik singa dengan angkuhnya. Sang Monyet: Ma..ma..maafkan patik tuanku kerana patik terlewat. Sebenarnya, semasa perjalanan patik ke sini, patik telah ditangkap oleh seekor singa lain yang mengaku dirinta juga raja rimba ini.

Sembah monyet yang berpura-pura ketakutan.

Singa : Apa? Raja? Hanya aku raja di hutan ini ! Tiada binatang lain yang kebih layak menjadi raja rimba selain aku. Aku mahu, engkau tunjukkan kepadaku tempat si bedebah itu. Biar aku tamatkan riwayatnya hari ini juga !

Kata singa dengan bengis. Panas hati singa mendengar penjelasan monyet itu tadi. Apabila melihat singa begitu marah, monyet pun membawa singa ke sebuah perigi di tengah rimba. Setibanya mereka di tepi perigi tersebut, monyet pun berkata.

Monyet : Itu dia singa yang mengaku dirinya raja, tuanku. Lihatlah tuanku.

Monyet menunjukkan baying-bayang singa di dalam perigi itu. Tanpa membuang masa, singa pun terjun ke dalam perigi tersebut untuk membunuh Sang Singa yang dilihatnya. Sejurus selepas kejadian itu, monyet berasa riang kerana rancangannya berjaya. Semenjak hari itu, binatang-binatang di hutan rimba tersebut hidup aman dan bahagia seperti sedia kala.