TAJUK praktikal2

8
8/6/2019 TAJUK praktikal2 http://slidepdf.com/reader/full/tajuk-praktikal2 1/8 TAJUK : IMPLIKASI PELAKSANAAN SISTEM KUALITI TERHADAP PRESTASI KERJA BAB 1 PENGENALAN Organization for Standardisation (ISO) adalah sistem kualiti yang semakin popular dan menjadi arah aliran dunia industri perkhidmatan pada masa kini. Sejarah penetapan kualiti keluaran ini telah bermula dari zaman dahulu lagi di mana manusia yang membentuk, mengeluar dan menguji keluaran atau perkhidmatan yang disediakan untuk memenuhi keperluan setiap pelanggannya. Selain itu, ia juga bermaksud satu sistem pengesahan dan pembekal dan memastikan mereka telah menepati piawaian antarabangsa. ISO 9000 adalah satu standard sistem kualiti yang paling minimum yang mana telah diterima pakai oleh organisasi- organisasi di seluruh dunia. Pada zaman yang berteknologi tinggi ini, kebanyakan organisasi dikatakan berlumba-lumba untuk mendapatkan pengiktirafan ini. Semenjak ISO 9000 ini diperkenalkan di Geneva pada tahun 1987, ia telah menjadi satu asas untuk keperluan sistem kualiti bagi keadaan sesuatu produk dan juga penilaian di dalam pasaran secara global. ISO 9000 adalah sebahagian daripada sistem pengurusan kualiti seperti mana TQM dan Just in Time (JIT). (Rina Ilyana Bt Kasa@Halimi,2004). PERMASALAHAN KAJIAN Kualiti dalam konteks industri di malaysia boleh dilihat sebagai sebahagian daripada segitiga yang membentuk pengurusan itu sendiri yang mana majikan perlu mengawal kos pengeluaran, menepati sasaran produk yang dikehendaki dan mendapat kualiti yang dihajati. Namun demikian, kualiti akan menjadi mangsa korban yang pertama di antara aspek-aspek pengeluaran atau perkhidmatan yang telah dinyatakan jika keperluan

Transcript of TAJUK praktikal2

Page 1: TAJUK praktikal2

8/6/2019 TAJUK praktikal2

http://slidepdf.com/reader/full/tajuk-praktikal2 1/8

TAJUK :IMPLIKASI PELAKSANAAN SISTEM KUALITI TERHADAP PRESTASI

KERJA

BAB 1PENGENALAN

Organization for Standardisation (ISO) adalah sistem kualiti yang

semakin popular dan menjadi arah aliran dunia industri perkhidmatan

pada masa kini. Sejarah penetapan kualiti keluaran ini telah bermula dari

zaman dahulu lagi di mana manusia yang membentuk, mengeluar dan

menguji keluaran atau perkhidmatan yang disediakan untuk memenuhi

keperluan setiap pelanggannya. Selain itu, ia juga bermaksud satu sistempengesahan dan pembekal dan memastikan mereka telah menepati

piawaian antarabangsa. ISO 9000 adalah satu standard sistem kualiti yang

paling minimum yang mana telah diterima pakai oleh organisasi-

organisasi di seluruh dunia. Pada zaman yang berteknologi tinggi ini,

kebanyakan organisasi dikatakan berlumba-lumba untuk mendapatkan

pengiktirafan ini. Semenjak ISO 9000 ini diperkenalkan di Geneva pada

tahun 1987, ia telah menjadi satu asas untuk keperluan sistem kualiti bagikeadaan sesuatu produk dan juga penilaian di dalam pasaran secara

global. ISO 9000 adalah sebahagian daripada sistem pengurusan kualiti

seperti mana TQM dan Just in Time (JIT). (Rina Ilyana Bt

Kasa@Halimi,2004).

PERMASALAHAN KAJIAN

Kualiti dalam konteks industri di malaysia boleh dilihat sebagai sebahagian

daripada segitiga yang membentuk pengurusan itu sendiri yang mana

majikan perlu mengawal kos pengeluaran, menepati sasaran produk yang

dikehendaki dan mendapat kualiti yang dihajati. Namun demikian, kualiti

akan menjadi mangsa korban yang pertama di antara aspek-aspek

pengeluaran atau perkhidmatan yang telah dinyatakan jika keperluan

Page 2: TAJUK praktikal2

8/6/2019 TAJUK praktikal2

http://slidepdf.com/reader/full/tajuk-praktikal2 2/8

Page 3: TAJUK praktikal2

8/6/2019 TAJUK praktikal2

http://slidepdf.com/reader/full/tajuk-praktikal2 3/8

Pelaksanaan sistem kualiti di organisasi terutamanya di sektor pembuatan

merupakan strategi terpenting dalam sesebuah organisasi bagi mencapai

matlamat syarikat atau organisasi. Pada masa yang sama ia dapat

mengurangkan risiko kerugian dalam operasi, meningkatkan kecekapan

dan keberkesanan pekerja dan seterusnya meningkatkan produktiviti

pekerja disamping secara tidak langsung dapat meningkatkan imej

organisasi berkenaan.

Maka kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti keberkesanan

pelaksanaan sistem kualiti ini terhadap pekerja dan melihat perubahan

individu-individu yang terlibat iaitu sebelum dan selepas pelaksanaan

sistem ini serta kesedaran kepada organisasi-organisasi syarikat terutama

di dalam sektor perkhidmatan sama ada awam mahupun kerajaan.

Disamping itu, kajian ini dapat mendedahkan secara terperinci bagi

mencapai misi mereka iaitu untuk mencapai tahap kecekapan dan

kemahiran pekerja yang memuaskan di mana ianya dapat dicapai

sehingga ke tahap yang dapat meningkatkan mutu pengeluaran sesuatu

kerja dengan berkesan.

 Justeru itu, masalah ini memerlukan kajian yang mendalam sebagai

garis panduan kepada organisasi lain bagi mengetahui elemen-elemen

yang diperlukan mengikut kesesuaian pekerjaan yang perlu dititikberatkan

dalam pelaksanaan sistem kualiti ini yang telah dirangka bagi memastikan

pengeluaran terhadap perkhidmatan atau barangan dapat memuaskan

hati pelanggan.

BAB 2SOROTAN LITERATUR

Sorotan daripada pelbagai literatur menunjukkan bahawa ISO 9000 boleh

digunakan sebagai salah satu alat atau kaedah dalam usaha mencapai

status ‘organisasi PKM’. Walau bagaimanapun, kejayaan menggunakan

ISO 9000 sebagai suatu strategi yang berkesan untuk meningkatkan

Page 4: TAJUK praktikal2

8/6/2019 TAJUK praktikal2

http://slidepdf.com/reader/full/tajuk-praktikal2 4/8

prestasi organisasi adalah berbeza antara organisasi. Ini bermaksud tidak

semua organisasi yang memiliki sijil ISO, akan secara langsung dapat

meningkatkan prestasi organisasi.

Menurut hasil kajian yang dilakukan oleh Dick (2000), Siri ISO 9000,

yang pertama telah diterbitkan pada tahun 1987 oleh International

Organization for Standardization. Dari semasa ke semasa didapati

permintaan terhadap keperluan pensijilan telah meningkat dengan tinggi.

Keadaan ini dapat dilihat daripada angka yang telah dikeluarkan oleh

International Organization for Standardization pada tahun 1999. didapati

bahawa sejak siri ISO 9000 dilancarkan hingga akhir tahun 1998, lebih

daripada 270,000 organisasi atau firma di 143 negara telah memperolhi

sijil ISO 9000.

Menurut Abd Kadir (1993), kualiti merupakan suatu topik yang hangat

dibincangkan sekarang ini khususnya di dalam sektor awam. Manakala

menurut Dr.Monika pula, kualiti bermakna “ bersesuaian bagi tujuan

kegunaan” (1988) iaitu bila mana pengguna atau pelanggan akan menilai

mutu bagi sesuatu produk yang dikeluarkan atau perkhidmatan yang

diberikan sama ada ianya memenuhi kehendak,permintaan dan juga

keperluan pengguna tersebut.

 Terdapat lima pendekatan yang telah digariskan oleh penulis tempatan

dibawah buku yang berjudul “Perkhidmatan Awam” yang boleh digunakan

untuk menerangkan dengan jelas akan istilah atau pengertian kualiti iaitu

(Abdullah Abdul Rahman, 1990):

1. Kualiti hanya boleh dirasai atau dinikmati oleh pengalaman. Oleh itu,

ianya agak sukar bagi pihak pengurusan untuk menentukan kualiti

perkhidmatan.

2. Kualiti hanya dapat diukur melalui ciri-ciri atau sifat-sifat tertentu

seperti ketahanan, rupa bentuk dan keselamatan.

3. Kualiti adalah berdasarkan kepada pandangan pengguna.

Page 5: TAJUK praktikal2

8/6/2019 TAJUK praktikal2

http://slidepdf.com/reader/full/tajuk-praktikal2 5/8

4. Kualiti adalah berdasarkan kepada memenuhi peraturan-peraturan

atau piawaian proses untuk mengeluarkan barangan atau

perkhidmatan tersebut.

5. Kualiti dapat dilihat dari segi kos dan harga iaitu ianya dianggap

berkualiti bila memenuhi kos kehendak pengguna.

BAB3METODOLOGI 

Metodologi kajian merupakan elemen penting dalam setiap kajian kerana

ia dapat mempengaruhi keputusan yang diperoleh dalam menentukan

sama ada matlamat dan objektif kajian dapat dicapai dan sebaliknya.

Dengan ini, proses kajian ini telah menggunakan kedua-dua kaedah kajian

iaitu pendekatan kaedah kualitatif dan pendekatan kaedah kuantitatif.

Pendekatan kualitatif telah digunakan dalam kajian ini. Kaedah ini

pada asasnya bertujuan untuk mengkaji maklumat dari perspektif pekerja

berkaitan implikasi pelaksanaan iso dalam organisasi. Oleh yang demikian

kaedah ini memberi peluang yang luas kepada responden untuk

menjelaskan pengalaman yang mereka lalui sendiri tanpa dipengaruhi

oleh nilai, idea, andaian atau perkara-perkara lain yang dikehendaki oleh

penyelidik. Kaedah yang digunakan untuk memperolehi maklumat adalahmelalui temu bual terhadap responden berkaitan dengan implikasi

pelaksanaan sistem kualiti terhadap prestasi kerja dalam sesebuah

organisasi. Manakala bagi kaedah kuantitatif pula, kaedah yang digunakan

untuk memperoleh maklumat adalah melalui pengagihan soal selidik

kepada responden yang terlibat.

A. Kaedah Pengukuran Data

Page 6: TAJUK praktikal2

8/6/2019 TAJUK praktikal2

http://slidepdf.com/reader/full/tajuk-praktikal2 6/8

Seseorang pengkaji akan merancang kajiannya dengan menggunakan

reka bentuk kajian yang sesuai dengan tujuan kajiannya. Keadaan ini

kerana penggunaan reka bentuk kajian yang tidak bersesuaian akan

menyebabkan hasil kajian yang diperoleh mungkin tidak benar dan

seterusnya mendatangkan kesan yang negatif kepada pengkaji lain yang

membuat rujukan hasil kajian tersebut. Terdapat dua kategori reka bentuk

kajian, iaitu eksperimental dan bukan eksperimental.

Dalam kajian ini, reka bentuk kajian yang digunakan adalah reka

bentuk kajian eksperimental. Reka bentuk kajian ini direka khas untukk

menilai iaitu kesan sesuatu pelaksanaan. Dengan menekankan kepada

perbandingan antara dua atau lebih set data-data, reka bentuk kajian ini

memberi keyakinan kepada pengkaji bahawa hasil pemerhatian dalam

kajian adalah akibat daripada pengaruh program tersebut. Kajian ini

dikatakan bersesuian dengan tajuk kajian yang akan dijalankan di mana

untuk mengkaji implikasi pelaksanaan sistem kualiti terhadap prestasi

kerja.

Data diperolehi daripada responden dengan menggunakan soal

selidik. Populasi kajian terdiri daripada semua pekerja di sektor

pembuatan yang telah diambil untuk bekerja. Sampel kajian telah

difokuskan kepada mereka yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya

tiga bulan di sektor tersebut.

B. Penggunaan sampel

C. Cara pengukuran data.

Menurut prosedur atau kaedah kajian dalam sains sosial, ada banyak

kaedah dan skala pengukuran yang akan digunakan untuk tujuan

mengukur pandangan dan persepsi dalam sesuatu perkara. Antara kaedah

biasa yang diguna pakai oleh pengkaji ialah “Borgades social Distane

Scale, Thurtone Attitude Scale, dan Likert Attittude Scale”.

Page 7: TAJUK praktikal2

8/6/2019 TAJUK praktikal2

http://slidepdf.com/reader/full/tajuk-praktikal2 7/8

Likert Attitude Scale.

Kaedah penggunaannya telah menggunakan simbol atau memberikan

skor dan nilai yang tertentu kepada jawapan yang telah disediakan dalam

kaji selidiknya. Skor yang telah digunakan oleh Likert dalam

pengukurannya bolehlah dilihat seperti di bawah.

Persepsi / pandangan

Sangat bersetuju 5

Bersetuju 4

Tidak pasti 3

Tidak bersetuju 2

Sangat tidak bersetuju 1

Liken telah dapat mengukur pandangan atau sikap respondan dalam

kajiannya. Selain lebih mudah disediakan dan mempunyai

kebolehpercayaan yang tinggi, ianya juga mudah difahami, mudah

digunakan dan logik serta boleh mengukur pembolehubah atau kenyataan

yang bersifat kualitatif dengan skor atau nilai tertentu kepada jawapan

yang diterima.

SKOP

Kajian dilakukan di organisasi yang terletak di kuala lumpur.

DEFINISI

Kualiti adalah merupakan suatu topik yang hangat diperbincangkan

sekarang ini khususnya dalam sektor awam. Ada pendapat yang

mengatakan bahawa “kualiti adalah bersesuaian bagi tujuan kegunaan” di

mana pengguna atau pelanggan menilai mutu bagi sesuatu produk yang

dikeluarkan atau perkhidmatan yang diberikan sama ada ianya memenuhi

kehendak, permintaan dan juga keperluan pengguna tersebut.

Page 8: TAJUK praktikal2

8/6/2019 TAJUK praktikal2

http://slidepdf.com/reader/full/tajuk-praktikal2 8/8

Dalam konteks pensijilan ISO, terdapat beberapa kriteria yang perlu

diberikan penekanan untuk membolehkan sesebuah organisasi mendapat

taraf jaminan kualiti. Standard sistem pengurusan menyediakan satu

model kepada organisasi untuk diikuti dalam mewujudkan dan

mengoperasikan sistem pengurusan yang menekan kepada kebolehan

organisasi bagi memastikan proses atau aktiviti untuk menghasilkan

produk atau perkhidmatan yang sentiasa dalam keadaan terkawal.

Usaha-usaha melaksanakan sistem pengurusan kualiti ISO memberi

faedah kepada organisasi di antaranya :

1. Mewujudkan keseragaman di keseluruhan organisasi.

2. Menghasilkan atau memberikan khidmat dalam keadaan yang

dijangkakan.

3. Menyediakan rangka kerja untuk meningkatkan kualiti.

4. Menjadikan organisasi lebih memahami prosedur yang

didokumenkan dan penggunaanya.

Faedah yang diperolehi ke atas organisasi yang telah mendapat

pengiktirafan ISO:

1. Meningkatkan kecekapan proses.

2. Meningkatkan produktiviti.

3. Mengurangkan kerja lebih masa.

4. Mengurangkan kos pentadbiran

5. Menghapuskan prosedur yang tidak perlu.

KESIMPULAN