TAJUK PROJEK: KEMAMPUAN TEKNOLOGI DNA...

10
TAJUK PROJEK: KEMAMPUAN TEKNOLOGI DNA MICROARRAY MENGGUNAKAN CIP GEN FOODPATH, MEAT ID DAN PORCINE DALAM PRODUK MAKANAN KOD PROJEK: I-ECO/20(UKM-11) IPTA: UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA KETUA PROJEK: DR. NORRAKIAH ABDULLAH SANI AKADEMIA: PROFESOR DR. AMINAH ABDULLAH DR. SAHILAH ABD MUTALIB PROFESOR DR. ABDUL SALAM BABJI RAKAN INDUSTRI: OLIPRO BIOTECHNOLOGY SDN. BHD. BIDANG TUMPUAN UTAMA: KEUNTUNGAN EKONOMI UNTUK SEKTOR INDUSTRI DIKENAL PASTI TEMPOH: 1 JUN 2011 1 NOVEMBER 2013 1. RINGKASAN EKSEKUTIF Projek ini lebih tertumpu kepada penggunaan cip gen FoodPATH, cip gen Meat ID dan cip gen Porsin bagi menganalisis produk makanan yang terdapat di pasaran dan yang sedia dimakan. Penganalisis produk makanan yang menggunakan cip gen FoodPATH, cip gen Meat ID dan cip gen porsin ini merangkumi semua aspek, termasuk aspek kecekapan mendapat hasil ujikaji, sensitiviti dan spesifikasi dalam pengesanan patogen makanan, sepsis daging dan khinzir dalam produk makanan. Kemampuan teknologi ketiga-tiga cip gen itu telah dapat dilihat berdasarkan perbandingan kaedah konvensional dan kaedah cip/kit lain yang telah dilakukan. Ketiga-tiga cip gen tersebut telah berjaya mengesan sembilan bakteria patogen makanan secara serentak melalui kajian yang dijalankan. Hasil perkongsian ilmu dan kerjasama Syarikat Olipro Biotechnology Sdn. Bhd. yang juga merupakan rakan industri projek ini, telah merealisasikan idea tersebut. Projek ini telah membolehkan pihak industri mengaplikasikan penggunaan ketiga-tiga cip gen berkenaan ke atas pengeluaran produk mereka.

Transcript of TAJUK PROJEK: KEMAMPUAN TEKNOLOGI DNA...

Page 1: TAJUK PROJEK: KEMAMPUAN TEKNOLOGI DNA …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-ECO20(UKM-11).pdflaporan balas pihak universiti. 3) Kecekapan proses penilaian meningkat sebanyak

TAJUK PROJEK:

KEMAMPUAN TEKNOLOGI DNA MICROARRAY MENGGUNAKAN CIP GEN

FOODPATH, MEAT ID DAN PORCINE DALAM PRODUK MAKANAN

KOD PROJEK:

I-ECO/20(UKM-11)

IPTA:

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

KETUA PROJEK:

DR. NORRAKIAH ABDULLAH SANI

AKADEMIA:

PROFESOR DR. AMINAH ABDULLAH

DR. SAHILAH ABD MUTALIB

PROFESOR DR. ABDUL SALAM BABJI

RAKAN INDUSTRI:

OLIPRO BIOTECHNOLOGY SDN. BHD.

BIDANG TUMPUAN UTAMA:

KEUNTUNGAN EKONOMI UNTUK SEKTOR INDUSTRI DIKENAL PASTI

TEMPOH:

1 JUN 2011 –1 NOVEMBER 2013

1. RINGKASAN EKSEKUTIF

Projek ini lebih tertumpu kepada penggunaan cip gen FoodPATH, cip gen Meat ID dan cip gen

Porsin bagi menganalisis produk makanan yang terdapat di pasaran dan yang sedia dimakan.

Penganalisis produk makanan yang menggunakan cip gen FoodPATH, cip gen Meat ID dan cip

gen porsin ini merangkumi semua aspek, termasuk aspek kecekapan mendapat hasil ujikaji,

sensitiviti dan spesifikasi dalam pengesanan patogen makanan, sepsis daging dan khinzir dalam

produk makanan. Kemampuan teknologi ketiga-tiga cip gen itu telah dapat dilihat berdasarkan

perbandingan kaedah konvensional dan kaedah cip/kit lain yang telah dilakukan. Ketiga-tiga cip

gen tersebut telah berjaya mengesan sembilan bakteria patogen makanan secara serentak melalui

kajian yang dijalankan. Hasil perkongsian ilmu dan kerjasama Syarikat Olipro Biotechnology

Sdn. Bhd. yang juga merupakan rakan industri projek ini, telah merealisasikan idea tersebut.

Projek ini telah membolehkan pihak industri mengaplikasikan penggunaan ketiga-tiga cip gen

berkenaan ke atas pengeluaran produk mereka.

Page 2: TAJUK PROJEK: KEMAMPUAN TEKNOLOGI DNA …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-ECO20(UKM-11).pdflaporan balas pihak universiti. 3) Kecekapan proses penilaian meningkat sebanyak

2. IMPLEMENTASI PROJEK

PERKARA

BUTIRAN

OBJEKTIF

1) Untuk mengesahkan cip gen FoodPATH mampu mengesan sembilan bakteria patogen makanan secara serentak.

2) Untuk mengesahkan kemampuan cip gen Meat ID untuk mengesan pelbagai jenis daging haiwan serta kehadiran khinzir dalam produk makanan.

3) Untuk membandingkan kaedah konvensional dan kaedah cip/kit lain dengan cip gen FoodPATH, cip gen Meat ID dan cip gen porsin dari segi kecepatan mendapat hasil ujikaji, sensitiviti, dan spesifikasi untuk mengesan tiap-tiap patogen makanan, sepsis daging dan khinzir dalam produk makanan.

4) Untuk menggunakan cip yang disahkan untuk analisis dalam pelbagai jenis makanan yang berkaitan.

AKTIVITI

Kaedah mengesan bakteria patogen makanan menggunakan FoodPATH, Meat ID dan Porcine Gene Chip Anon (2010)

1) Langkah 1: Pensampelan a) Pensampelan cip gen FoodPATH dilakukan di beberapa kafetaria

makanan di sekitar UKM, khususnya di kawasan Bandar Baru Bangi dan Kajang untuk sampel makanan sedia dimakan.

b) Pensamplean cip gen Meat ID dilakukan di beberapa pasaraya di sekitar Kajang. Antara kategori produk makanan yang diambil adalah daging dalam tin, daging burger, salami, sosej, pizza, ham dan bebola daging.

c) Pensampelan cip gen porsin dilakukan terhadap produk makanan berasakan gelatin atau sumber lain seperti roti, kek berserta krimnya, jeli, gula-gula berjeli, yogurt, aiskrim, coklat, serta sosej di beberapa kafetaria makanan atau kedai-kedai runcit atau roti di sekitar UKM.

2) Langkah 2: Pengkayaan sampel/homoginasi ke atas cip gen FoodPATH, cip gen Meat ID dan cip gen porsin.

3) Langkah 3: Ekstraksi DNA ke atas cip gen FoodPATH, cip gen Meat ID dan cip gen porsin.

4) Langkah 4: Amplifikasi ke atas cip gen FoodPATH, cip gen Meat ID dan cip gen porsin.

5) Langkah 5: Penghibridan ke atas cip gen FoodPATH, cip gen Meat ID dan cip gen porsin.

6) Langkah 6: Analisis keputusan ke atas cip gen FoodPATH, cip gen Meat ID dan cip gen porsin.

Page 3: TAJUK PROJEK: KEMAMPUAN TEKNOLOGI DNA …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-ECO20(UKM-11).pdflaporan balas pihak universiti. 3) Kecekapan proses penilaian meningkat sebanyak

Kaedah konvensional dibandingkan dengan kaedah cip gen termasuklah pensampelan, penyediaan sampel, pemencilan bakteria patogen, ujian pengenalpastian dan analisis data ke atas cip gen FoodPATH, cip gen Meat ID dan cip gen porsin.

OUTPUT

Industri:

1) Kos ujian penilaian produk dapat dijimatkan 50%. 2) Kecekapan kaedah ujian menggunakan produk meningkat 20% melalui

laporan balas pihak universiti. 3) Kecekapan proses penilaian meningkat sebanyak 70%. 4) Kualiti perkhidmatan dapat dipertingkatkan melalui pembelajaran

daripada pihak pengguna industri. 5) Kualiti produk dan proses meningkat 80%. 6) Kesedaran pekerja meningkat 50%. Pekerja lebih peka terhadap

maklum balas daripada pihak pengguna. 7) Kerja berpasukan dan kepuasan kerja juga meningkat dalam kalangan

pekerja syarikat. 8) Pekerja lebih berkeyakinan, berdikari dan berdisiplin ketika bekerja.

Proses pembelajaran menggunakan teknologi baharu telah meningkatkan ilmu pengetahuan pekerja syarikat berkenaan dengan mikroaturan cip gen, pengesanan bakteria patogen makanan, DNA khinzir dan DNA pelbagai daging.

IPTA: 1) IPTA dan pihak syarikat bekerjasama dengan baik. 2) Kualiti perkhidmatan telah dapat ditingkatkan melalui pembelajaran

yang disampaikan oleh pihak universiti. 3) Pengumpulan maklumat dan data yang dapat digunakan pada masa

hadapan.

Pembangunan Modal Insan: 1) Graduan pelatih mengetahui proses penyelidikan dalam projek ini. 2) Graduan pelatih lebih yakin untuk membentangkan hasil perkhidmatan

analisis dalam seminar dan persidangan. 3) Graduan pelatih lebih berdikari dan serius ketika mencari maklumat

yang membantu pemahaman tentang teknologi baharu ini.

PEMEGANG TARUH & AGENSI

1) Universiti Kebangsaan Malaysia 2) Olipro Biotechnology Sdn. Bhd.

Page 4: TAJUK PROJEK: KEMAMPUAN TEKNOLOGI DNA …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-ECO20(UKM-11).pdflaporan balas pihak universiti. 3) Kecekapan proses penilaian meningkat sebanyak

KEBERHASILAN

Industri: 1) Pengesahan cip gen FoodPATH telah berjaya dilakukan. 2) Perbandingan dapat dilakukan antara cip gen FoodPATH dengan

kaedah konvensional. 3) Perbandingan telah dilakukan antara kaedah cip gen porsin dengan

kaedah konvensional dari segi ketepatan dan juga sensitiviti. 4) Pengesanan cip gen MEAT ID telah dilakukan. 5) Perbandingan dapat dilakukan antara cip gen FoodPATH dengan

kaedah konvensional berasaskan makanan daging yang diperoleh daripada pasaran.

IPTA: 1) Pengenalan kaedah baharu dalam teknologi mikroaturan DNA dengan

menggunakan cip gen FoodPATH, cip gen Meat ID dan cip gen porsin untuk proses mengesan bakteria patogen makanan, spesies daging dan kehadiran DNA khinzir dalam produk makanan.

2) Perkongsian maklumat dan teknologi terkini dalam pengekstrakan DNA, PCR dan penghibridan Selatan dengan ahli akademia yang terlibat dalam projek ini.

3) Pelajar pascasiswazah yang terlibat dalam projek ini dilatih dalam teknik-teknik biologi molekul dan bioteknologi.

4) Meningkatkan KPI UKM dengan penerbitan hasil perkhidmatan dan kajian dalam jurnal yang terindeks.

Pembangunan Modal Insan: 1) Kecekapan graduan pelatih yang terlibat telah meningkat melalui

pembelajaran teknik-teknik biologi molekul dan bioteknologi seperti PCR dan microarray cip gen ini.

2) Graduan pelatih mendapat latihan menggunakan kaedah ini untuk diaplikasikan dalam kajian penyelidikan mereka bagi pelbagai produk makanan dan farmaseutikal. Hal ini boleh menambahkan kebolehpasaran mereka dalam alam pekerjaan sebenar.

3) Graduan pelatih yang terlibat dapat menambah pengetahuan tentang menjalankan industri di Olipro Biotechnology Sdn. Bhd., IHRAM, USIM dan makmal-makmal berkaitan dengan analisis makanan halal seperti UKM, JAKIM JKM dan lain-lain lagi.

4) Kemahiran bekerja dapat meningkatkan tahap keberkesanan mendapatkan hasil perkhidmatan analisis yang sahih.

Page 5: TAJUK PROJEK: KEMAMPUAN TEKNOLOGI DNA …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-ECO20(UKM-11).pdflaporan balas pihak universiti. 3) Kecekapan proses penilaian meningkat sebanyak

3. LAPORAN KEMAJUAN PROJEK A) Laporan Berkala Oleh Ketua Projek

PROPOSAL 3

BULAN 6

BULAN 9

BULAN 12

BULAN 15

BULAN 18

BULAN 21

BULAN 24

BULAN LAPORAN

AKHIR

B) Laporan Berkala Oleh Industri

6 BULAN 9 BULAN 12 BULAN 15 BULAN 18 BULAN 21 BULAN 24 BULAN LAPORAN

AKHIR

Laporan dihantar

Laporan tidak dihantar

Page 6: TAJUK PROJEK: KEMAMPUAN TEKNOLOGI DNA …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-ECO20(UKM-11).pdflaporan balas pihak universiti. 3) Kecekapan proses penilaian meningkat sebanyak

4. PENILAIAN PROJEK

Rakan Industri : Olipro Biotechnology Sdn. Bhd. Tarikh Lawatan : 7 Januari 2015 Panel Penilai : 1) Profesor Dr. Norhadiani Ismail (UITM) 2) Profesor Madya Dr. Amir Akramin Shafie (UIA)

ANALISIS KESELURUHAN PENILAIAN (Item A hingga D dinilai oleh Panel Penilai KTP Pemantauan manakala Item E adalah penilaian oleh pihak Industri)

SEKSYEN ITEM PENILAI 1 PENILAI 2

A PENCAPAIAN PROJEK (40%) 29% 23%

B AKADEMIA (10%) 8% 6%

C GRADUAN PELATIH (10%) 7% 6%

D ORGANISASI INDUSTRI/KOMUNITI (10%) 8% 6%

E LAPORAN DARIPADA INDUSTRI (30%) 22% 22%

MARKAH KESELURUHAN (%) 74% 63%

MARKAH SELEPAS KUMULATIF 69%

PENILAIAN OLEH INDUSTRI A) Penilaian Terhadap Akademia

BIL

PENILAIAN AKADEMIA

SKALA PENILAIAN

1.

Keberkesanan ilmu yang dipindahkan oleh akademia kepada industri

4/5

2.

Keupayaan akademia untuk membimbing bagi menyelesaikan masalah seperti mana yang dikehendaki oleh industri

3/5

3.

Pengetahuan akademia terhadap projek

5/5

4.

Komitmen akademia terhadap projek 5/5

Page 7: TAJUK PROJEK: KEMAMPUAN TEKNOLOGI DNA …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-ECO20(UKM-11).pdflaporan balas pihak universiti. 3) Kecekapan proses penilaian meningkat sebanyak

B) Penilaian Terhadap Ilmu Yang Dipindahkan

BIL

PENILAIAN ILMU YANG DIPINDAHKAN

SKALA PENILAIAN

1.

Sasaran objektif projek yang telah dicapai

3/5

2.

Hasil yang dicapai berbanding dengan sumbangan yang disalurkan oleh industri

4/5

C) Penilaian Terhadap Graduan Pelatih

BIL

PENILAIAN GRADUAN PELATIH

SKALA PENILAIAN

1.

Pengetahuan yang diperoleh graduan pelatih daripada projek

3/5

2.

Keberkesanan graduan pelatih menyampaikan ilmu

3/5

3.

Kemahiran graduan pelatih berkomunikasi, berfikir, merancang, memimpin, dan kerja berpasukan

3/5

4.

Etika kerja graduan pelatih terhadap projek 4/5

Maklum Balas Keseluruhan Daripada Pihak Industri Terhadap Projek Di pihak industri, semua objektif projek ini telah dicapai.

Komen Daripada Panel Pakar KTP Pemantauan Berdasarkan penilaian keseluruhan, projek ini ternyata masih di peringkat penyelidikan. Projek ini tidak mempunyai nilai tambah kepada industri. Agenda pemindahan ilmu juga masih kabur dan projek ini berada pada kategori merah.

Page 8: TAJUK PROJEK: KEMAMPUAN TEKNOLOGI DNA …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-ECO20(UKM-11).pdflaporan balas pihak universiti. 3) Kecekapan proses penilaian meningkat sebanyak

LAMPIRAN

Thermal cycler yang digunakan untuk proses reaksi rantaian polymerase (PCR)

Oven untuk proses penghibridan cip gen

Page 9: TAJUK PROJEK: KEMAMPUAN TEKNOLOGI DNA …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-ECO20(UKM-11).pdflaporan balas pihak universiti. 3) Kecekapan proses penilaian meningkat sebanyak

Alat penyaringan cip gen yang digunakan

Analisis data dan maklumat melalui proses penyaringan cip gen

Page 10: TAJUK PROJEK: KEMAMPUAN TEKNOLOGI DNA …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-ECO20(UKM-11).pdflaporan balas pihak universiti. 3) Kecekapan proses penilaian meningkat sebanyak

Pensampelan cip gen FoodPATH, cip gen Meat ID dan cip gen porsin

Lawatan panel penilai di Olipro Biotechnology Sdn. Bhd.