TAJUK PROJEK: KITAR SEMULA DAN GUNA SEMULA AIR...

10
TAJUK PROJEK: KITAR SEMULA DAN GUNA SEMULA AIR SISA TEROLAH DARI AIR SISA KILANG KELAPA SAWIT UNTUK SUAPAN DANDANG DAN KHIDMAT PERINDUSTRIAN MENGGUNAKAN ELEKTROPENGENTAL KOD PROJEK: I-ECO/7 (USM-11) IPTA: UNIVERSITI SAINS MALAYSIA KETUA PROJEK: PROFESOR IR. DR. MOHD OMAR AB. KADIR AKADEMIA: - RAKAN INDUSTRI: NR CHEMICAL & ORGANIC INDUSTRIES SDN. BHD. BIDANG TUMPUAN UTAMA: KEUNTUNGAN EKONOMI UNTUK INDUSTRI DI SEKTOR DIKENAL PASTI TEMPOH: 15 OGOS 2011 15 OGOS 2013 1. RINGKASAN EKSEKUTIF Syarikat NR Chemical & Organic Industries Sdn. Bhd. merupakan rakan industri yang bekerjasama dalam projek ini. Objektif utama projek ini adalah untuk menerapkan ilmu pengetahuan daripada kajian universiti tentang teknologi pengental elektrolit untuk merawat efluen kilang minyak sawit (POME) yang seterusnya menjana air bersih berkualiti untuk dikitar semula kepada industri kelapa sawit. Proses elektropengental sebagai unit operasi yang terakhir dalam rawatan POME selepas bendalir serta minyak telah diasingkan amat penting sebelum efluen itu dapat dikitar semula untuk kegunaan kilang. Dalam projek ini, ilmu pengetahuan mengenai teknologi elektropengental yang tidak pernah digunakan dalam perawatan POME sebelum ini telah dipindahkan. Pengetahuan tentang adanya penyelesaian masalah untuk mengatasi masalah POME di negara ini dengan menggunakan teknologi elektrolisis yang mengenyahkan bau dan mengurangkan pepejal terampai serta BOD melalui teknik pengental juga telah dapat diaplikasikan. Dengan teknologi elektropengental ini, rakan industri bersama pihak universiti dapat mewujudkan satu paten penting dan berkualiti yang dapat digunakan dalam perawatan POME. Dalam masa yang sama, projek ini juga telah melahirkan siswazah pelatih yang pakar dalam perawatan teknologi POME dan seterusnya mampu bersaing di pasaran dunia.

Transcript of TAJUK PROJEK: KITAR SEMULA DAN GUNA SEMULA AIR...

TAJUK PROJEK:

KITAR SEMULA DAN GUNA SEMULA AIR SISA TEROLAH DARI AIR SISA KILANG

KELAPA SAWIT UNTUK SUAPAN DANDANG DAN KHIDMAT PERINDUSTRIAN

MENGGUNAKAN ELEKTROPENGENTAL

KOD PROJEK:

I-ECO/7 (USM-11)

IPTA:

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

KETUA PROJEK:

PROFESOR IR. DR. MOHD OMAR AB. KADIR

AKADEMIA:

-

RAKAN INDUSTRI:

NR CHEMICAL & ORGANIC INDUSTRIES SDN. BHD.

BIDANG TUMPUAN UTAMA:

KEUNTUNGAN EKONOMI UNTUK INDUSTRI DI SEKTOR DIKENAL PASTI

TEMPOH:

15 OGOS 2011 – 15 OGOS 2013

1. RINGKASAN EKSEKUTIF

Syarikat NR Chemical & Organic Industries Sdn. Bhd. merupakan rakan industri yang bekerjasama dalam projek ini. Objektif utama projek ini adalah untuk menerapkan ilmu pengetahuan daripada kajian universiti tentang teknologi pengental elektrolit untuk merawat efluen kilang minyak sawit (POME) yang seterusnya menjana air bersih berkualiti untuk dikitar semula kepada industri kelapa sawit. Proses elektropengental sebagai unit operasi yang terakhir dalam rawatan POME selepas bendalir serta minyak telah diasingkan amat penting sebelum efluen itu dapat dikitar semula untuk kegunaan kilang. Dalam projek ini, ilmu pengetahuan mengenai teknologi elektropengental yang tidak pernah digunakan dalam perawatan POME sebelum ini telah dipindahkan. Pengetahuan tentang adanya penyelesaian masalah untuk mengatasi masalah POME di negara ini dengan menggunakan teknologi elektrolisis yang mengenyahkan bau dan mengurangkan pepejal terampai serta BOD melalui teknik pengental juga telah dapat diaplikasikan. Dengan teknologi elektropengental ini, rakan industri bersama pihak universiti dapat mewujudkan satu paten penting dan berkualiti yang dapat digunakan dalam perawatan POME. Dalam masa yang sama, projek ini juga telah melahirkan siswazah pelatih yang pakar dalam perawatan teknologi POME dan seterusnya mampu bersaing di pasaran dunia.

2. IMPLEMENTASI PROJEK

PERKARA

BUTIRAN

OBJEKTIF

1) Untuk menerapkan penggunaan pengental elektrolit dalam perawatan sisa POME.

2) Untuk menerapkan ilmu pengetahuan daripada kajian universiti tentang teknologi pengental elektrolit dalam proses merawat POME yang seterusnya menjanakan air bersih dengan kualiti untuk dikitar semula kepada industri kelapa sawit.

3) Untuk menggunakan air yang dikitar semula sebagai bekalan air bagi sistem dandang dan khidmat industri dalam kilang kelapa sawit.

4) Untuk menyelia kakitangan syarikat dalam kajian penggunaan pengental elektrolit semasa menjalankan perawatan sisa POME.

AKTIVITI

1) Merancang lawatan ke industri dan institusi. 2) Menjalankan urusan dengan pihak industri dan institusi. 3) Menjalankan eksperimen di Pusat Pengajian Teknologi Industri, USM

seminggu setiap bulan. 4) Mengadakan eksperimen makmal menggunakan skala perintis yang

ditubuhkan oleh NR Chemical Sdn. Bhd. di Sime Darby East Mill Carey Island.

5) Menjalankan kajian berterusan tentang rawatan air sisa dan elektropembekuan.

6) Mengubah suai reka bentuk eksperimen di makmal dan NR Chemical. 7) Melakukan demonstrasi kepada pengilang minyak sawit mengenai

pemulihan minyak dari POME dan teknologi elektropembekuan. 8) Menjalankan kegiatan pengumpulan dan penganalisisan data. 9) Menulis laporan pencapaian pada setiap bulan. 10) Mengadakan mesyuarat di NRSB dan di USM. 11) Mengadakan perbincangan lanjut mengenai pensampelan dan

metodologi yang dijalankan secara rutin.

OUTPUT

Industri: 1) Peningkatan keberkesanan air. 2) Pengurangan risiko pencemaran air terhadap alam sekitar yang

terbuka. 3) Kenaikan taraf proses EC. 4) Pihak industri lebih bersedia membangunkan skala fabrikasi komersial. 5) Industri menjadi pakar dalam pengkhususan adunan kimia dan teknik

elektrolit.

6) Pengkhususan kerja dan peningkatan semangat tenaga kerja industri di tempat kerja.

7) Peningkatan keuntungan syarikat melalui penjualan produk. 8) Pengurangan sisa pembuangan. 9) Keupayaan mengubah hasil penyelidikan kepada satu unit komersial.

IPTA:

1) IPTA telah berjaya melatih para pelajar untuk mendapat ilmu pengetahuan mengenai bidang ini. Ilmu teknologi elektropengental juga dapat membuka ruang yang lebih luas kepada para pelajar untuk menceburi bidang ini.

2) IPTA telah mendapat nama yang baik. Data dan maklumat yang diperoleh digunakan untuk penerbitan jurnal-jurnal.

Pembangunan Modal Insan: 1) Graduan pelatih telah mempelajari dengan lebih mendalam tentang

keadaan sebenar industri kelapa sawit, masalah-masalah yang dihadapi, dan cara untuk mengatasi masalah-masalah tersebut.

2) Graduan pelatih mendapat penyeliaan daripada kedua-dua pihak, pihak industri dan ketua projek.

PEMEGANG TARUH & AGENSI

1) Universiti Sains Malaysia 2) NR Chemical & Organic Industries Sdn. Bhd.

KEBERHASILAN

Industri: 1) Industri memperoleh pengetahuan lebih mendalam mengenai teknologi

baharu elektropengental. 2) Industri dapat menyumbang ke arah pengurangan risiko pencemaran

air terhadap alam sekitar. 3) Industri juga dapat menjalankan aktiviti teknologi elektropengental ini di

Kelapa Sawit Elphil, Sime Darby Berhad, Sungai Siput, Perak; Pentas Flora Sdn. Bhd., Banting, Selangor; Kenaf Fiber Industri Sdn. Bhd., Tok Bali, Kelantan; Medan, Indonesia dan Shell Refinery Company, Port Dickson, Negeri Sembilan.

IPTA: 1) Kerjasama antara universiti dan rakan industri dalam usaha mengatasi

masalah. IPTA memperoleh pengetahuan tentang cara industri berfikir untuk mengatasi masalah.

2) Maklumat dan data yang diperoleh dalam teknologi elektropengental boleh menghasilkan satu paten bagi IPTA pada masa hadapan.

3) Penambahan bilangan pakar dalam bidang teknologi elektropengental.

Pembangunan Modal Insan:

1) Graduan pelatih mendapat kemahiran berinteraksi dengan baik dengan kedua-dua pihak, industri dan IPTA.

2) Graduan pelatih mendapat ilmu daripada IPTA dan industri. Ilmu ini dapat mereka gunakan dalam kerjaya mereka pada masa hadapan.

3) Graduan pelatih telah berjaya menjawat jawatan Eksekutif Teknik di MA Graphite Sdn. Bhd.

3. LAPORAN KEMAJUAN PROJEK A) Laporan Berkala Oleh Ketua Projek

B) Laporan Berkala Oleh Industri

6 BULAN 9 BULAN 12 BULAN 15 BULAN 18 BULAN 21 BULAN 24 BULAN LAPORAN

AKHIR

PROPOSAL 3

BULAN 6

BULAN 9

BULAN 12

BULAN 15

BULAN

18 BULAN

21 BULAN

24 BULAN

LAPORAN AKHIR

Laporan dihantar Laporan tidak dihantar

4. PENILAIAN PROJEK

Rakan Industri : NR Chemical & Organic Industries Sdn. Bhd. Tarikh Lawatan : 4 Mei 2015 Panel Penilai : Dr. Oskar Hasdinor Hassan (UITM)

ANALISIS KESELURUHAN PENILAIAN (Item A hingga D dinilai oleh Panel Penilai daripada KTP Pemantauan manakala Item E adalah penilaian oleh pihak Industri)

SEKSYEN ITEM PENILAI

A PENCAPAIAN PROJEK (40%) 28%

B AKADEMIA (10%) 7%

C GRADUAN PELATIH (10%) 8%

D ORGANISASI INDUSTRI (10%) 7%

E LAPORAN DARI INDUSTRI (30%) 30%

MARKAH KESELURUHAN (%) 80%

PENILAIAN OLEH INDUSTRI A) Penilaian Terhadap Akademia

BIL

PENILAIAN AKADEMIA

SKALA PENILAIAN

1.

Keberkesanan ilmu yang dipindahkan oleh akademia kepada industri

5/5

2.

Keupayaan akademia untuk membimbing bagi menyelesaikan masalah seperti mana yang dikehendaki oleh industri

5/5

3.

Pengetahuan akademia terhadap projek 5/5

4.

Komitmen akademia terhadap projek 5/5

B) Penilaian Terhadap Ilmu Yang Dipindahkan

BIL

PENILAIAN ILMU YANG DIPINDAHKAN

SKALA PENILAIAN

1.

Sasaran objektif projek yang telah dicapai

5/5

2.

Hasil yang dicapai berbanding dengan sumbangan yang disalurkan oleh industri

5/5

C) Penilaian Terhadap Graduan Pelatih

BIL

PENILAIAN GRADUAN PELATIH

SKALA PENILAIAN

1.

Pengetahuan yang diperoleh graduan pelatih daripada projek

5/5

2.

Keberkesanan graduan pelatih menyampaikan ilmu

5/5

3.

Kemahiran graduan pelatih berkomunikasi, berfikir, merancang, memimpin, dan kerja berpasukan

5/5

4.

Etika kerja graduan pelatih terhadap projek 5/5

Maklum Balas Keseluruhan Daripada Pihak Industri Terhadap Projek Ilmu yang diturunkan oleh akademia amat bermanfaat untuk syarikat dan dengan itu boleh melonjakkan

lagi perkembangan perniagaan syarikat.

Komen Daripada Panel Pakar KTP Pemantauan

Setelah meneliti laporan berkala, laporan akhir dan penilaian panel penilai, projek ini telah berjaya menghasilkan satu teknologi baharu yang mampu memberi nilai tambah dan berupaya mengubah satu bentuk kajian kepada satu unit komersial kepada industri. Namun begitu, peringkat pelaksanaan projek masih lagi berbentuk penyelidikan. Oleh itu projek ini dikelaskan pada kategori jingga.

LAMPIRAN

POME yang sedang dirawat menggunakan proses elektropengental

Proses elektropengental yang telah menghasilkan buih

Sistem POME yang telah dibangunkan di Sime Darby East Mill, Carey Island

Unit elektropengental pada skala perintis bersama-sama dengan punca kuasanya

Lawatan panel penilai KTP Pemantauan ke tapak projek di NR Chemical & Industries Sdn. Bhd.

Perkakasan dan persediaan perawatan yang digunakan dalam projek elektropengental