TAJUK PROJEK: MENEROKA POTENSI UNTUK...

9
TAJUK PROJEK: MENEROKA POTENSI UNTUK KELESTARIAN PROGRAM RAKAN KOMUNITI AKADEMIK USM DAN JPNK KOD PROJEK: K-EDU/114(USM-11) IPTA: UNIVERSITI SAINS MALAYSIA KETUA PROJEK: PROFESOR MADYA DR. NOR AZWANY YAACOB AKADEMIA: DR. AHMAD FUAD ABDUL RAHIM DR. MUHAMAD SAIFUL BAHRI YUSOFF DR. MOHD ISMAIL IBRAHIM DR. AZRIANI AB RAHMAN DR. MOHD NAJIB MAT PA RAKAN KOMUNITI: SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN SEKOLAH MENENGAH BIDANG TUMPUAN UTAMA: PENDIDIKAN - MENINGKATKAN TAHAP PENDIDIKAN DI DAERAH-DAERAH TERTENTU TEMPOH: 15 OGOS 2011 15 NOVEMBER 2013 1. RINGKASAN EKSEKUTIF Kerjasama antara ahli akademik Universiti Sains Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPNK) adalah tunggak utama dalam usaha merealisasikan projek ini. Projek ini bertujuan memberikan ruang kepada pelajar-pelajar meningkatkan kemahiran berkomunikasi melalui motivasi rakan sebaya dan pemantapan jati diri, khususnya bagi para pelajar negeri Kelantan. Dalam projek ini, pelajar-pelajar perubatan yang telah dilatih, khususnya Pasukan Pemudah Cara Pelajar Perubatan (MSFT) telah menjalankan aktiviti- aktiviti projek yang dirancang. Antara aktiviti-aktiviti tersebut adalah Memaksimumkan Personaliti (Maximizing Personality), Transformasi Kendiri (Self-Transformation) dan Strategi Pengantaramukaan (Interfacing Strategies). Hasil aktiviti tersebut menunjukkan bahawa pencapaian pelajar dalam kemahiran berkomunikasi semakin meningkat. Oleh itu, dua program daripada projek ini telah dilaksanakan dengan pelajar-pelajar dan guru-guru dari Sekolah Menengah Islam Aman dan Binjai, dan Sekolah Menengah Sains Machang. Hasilnya menunjukkan bahawa kemahiran berkomunikasi mereka telah meningkat.

Transcript of TAJUK PROJEK: MENEROKA POTENSI UNTUK...

Page 1: TAJUK PROJEK: MENEROKA POTENSI UNTUK …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-EDU114(USM-11).pdfBahasa I nggeris kepada para pelajar sek olah menengah di Kelantan dan meningkatkan

TAJUK PROJEK:

MENEROKA POTENSI UNTUK KELESTARIAN PROGRAM RAKAN KOMUNITI

AKADEMIK USM DAN JPNK

KOD PROJEK:

K-EDU/114(USM-11)

IPTA:

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

KETUA PROJEK:

PROFESOR MADYA DR. NOR AZWANY YAACOB

AKADEMIA:

DR. AHMAD FUAD ABDUL RAHIM

DR. MUHAMAD SAIFUL BAHRI YUSOFF

DR. MOHD ISMAIL IBRAHIM

DR. AZRIANI AB RAHMAN

DR. MOHD NAJIB MAT PA

RAKAN KOMUNITI:

SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN

SEKOLAH MENENGAH

BIDANG TUMPUAN UTAMA:

PENDIDIKAN - MENINGKATKAN TAHAP PENDIDIKAN DI DAERAH-DAERAH

TERTENTU

TEMPOH:

15 OGOS 2011 –15 NOVEMBER 2013

1. RINGKASAN EKSEKUTIF

Kerjasama antara ahli akademik Universiti Sains Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPNK) adalah tunggak utama dalam usaha merealisasikan projek ini. Projek ini bertujuan memberikan ruang kepada pelajar-pelajar meningkatkan kemahiran berkomunikasi melalui motivasi rakan sebaya dan pemantapan jati diri, khususnya bagi para pelajar negeri Kelantan. Dalam projek ini, pelajar-pelajar perubatan yang telah dilatih, khususnya Pasukan Pemudah Cara Pelajar Perubatan (MSFT) telah menjalankan aktiviti-aktiviti projek yang dirancang. Antara aktiviti-aktiviti tersebut adalah Memaksimumkan Personaliti (Maximizing Personality), Transformasi Kendiri (Self-Transformation) dan Strategi Pengantaramukaan (Interfacing Strategies). Hasil aktiviti tersebut menunjukkan bahawa pencapaian pelajar dalam kemahiran berkomunikasi semakin meningkat. Oleh itu, dua program daripada projek ini telah dilaksanakan dengan pelajar-pelajar dan guru-guru dari Sekolah Menengah Islam Aman dan Binjai, dan Sekolah Menengah Sains Machang. Hasilnya menunjukkan bahawa kemahiran berkomunikasi mereka telah meningkat.

Page 2: TAJUK PROJEK: MENEROKA POTENSI UNTUK …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-EDU114(USM-11).pdfBahasa I nggeris kepada para pelajar sek olah menengah di Kelantan dan meningkatkan

Peningkatan kemahiran tersebut sekaligus telah meningkatkan keyakinan mereka sehingga dapat mengatasi masalah berkomunikasi dan menjadikan mereka lebih mampu untuk menghadapi dunia luar yang lebih mencabar. 2. IMPLEMENTASI PROJEK

PERKARA

BUTIRAN

OBJEKTIF

1) Untuk memperbaiki kemahiran profesional, terutama dalam pertuturan

Bahasa Inggeris kepada para pelajar sekolah menengah di Kelantan dan meningkatkan peluang mereka dalam kerjaya akademik pada masa depan.

2) Untuk mewujudkan satu platform kepada pelajar-pelajar perubatan dari Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM memberi sumbangan kepada masyarakat dan memperbaiki kemahiran profesional dan kendiri mereka.

3) Untuk mewujudkan rangkaian berterusan dan manfaat bersama, hasil kerjasama antara kakitangan Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM dan Jabatan Pendidikan Negara (JPN).

AKTIVITI

Konsep Rangkaian Saudara Kandung Keluarga (Family Siblings Network) Konsep Saudara Kandung Keluarga telah digunakan bagi melaksanakan program-program dalam projek ini. Pendekatan senior dan junior ini digunakan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dengan cara yang lebih mesra, selesa dan berkesan. Pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah terpilih yang dikenal pasti telah diambil sebagai junior kepada ahli-ahli MFST. Teknologi rangkaian sosial terkini seperti e-mel, facebook atau twitter turut digunakan bagi mewujudkan rangkaian sokongan dan motivasi kepada pelajar-pelajar ini. Kursus-kursus yang telah diberikan kepada ahli-ahli MSFT adalah seperti berikut:

1. Kursus Induksi: Kursus pendek yang bertujuan untuk menarik perhatian ahli-ahli MSFT tentang matlamat dan objektif projek, mendorong mereka dalam merealisasikan kemahiran yang diperlukan dan meningkatkan semangat berpasukan ahli-ahli MSFT.

2. Kursus pendek hujung minggu atau separuh hari: Kursus ini bertujuan memberi kemahiran kaunseling, komunikasi, perbincangan kumpulan, bengkel dan sebagainya kepada para pelajar. Antara aktiviti-aktiviti dalam kursus ini termasuklah perkara-perkara berikut:

i. Modul 1: Memaksimumkan Personaliti (Mengetahui personaliti

diri sendiri)

Page 3: TAJUK PROJEK: MENEROKA POTENSI UNTUK …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-EDU114(USM-11).pdfBahasa I nggeris kepada para pelajar sek olah menengah di Kelantan dan meningkatkan

ii. Modul 2: Transformasi Kendiri (Daya kepimpinan, mengurus masa dan kemahiran menyelesaikan masalah)

iii. Modul 3: Strategi Pengantaramukaan Prapenilaian telah dijalankan bagi mengukur keberkesanan program ini. Perolehan data daripada projek ini akan digunakan bagi penambahbaikan masa hadapan.

OUTPUT

Komuniti: 1) Peningkatan keterlibatan sebanyak 982 orang pelajar dan 30 orang

guru dari sekolah-sekolah di seluruh negeri Kelantan seperti SMI Aman, SMS Machang, SMK Bunut Susu, SMA Falahiah, sekolah-sekolah di Bachok, MRSM Tumpat, SMK Kubang Bemban, Sultan Ismail College, PPD Pasir Puteh dan PPD Gua Musang.

2) Peningkatan tingkah laku para pelajar yang menunjukkan mereka lebih berani dan yakin.

3) Peningkatan kemahiran insaniah diri para pelajar seperti sikap bekerjasama, tolong-menolong, memberi dan menerima pendapat dalam berkumpulan.

4) Peningkatan kemahiran berkomunikasi para pelajar, khususnya dalam pertuturan bahasa Inggeris.

IPTA: 1) Siri Modul 1 hingga ke 3 telah berjaya diterbitkan. 2) Data dan maklumat melalui penilaian projek ini telah dapat digunakan

bagi memperbaiki ilmu pengetahuan di peringkat IPTA. 3) Peluang kepada para pelajar perubatan USM untuk menjalankan

perkhidmatan komuniti yang juga merupakan latihan kemahiran insaniah.

Pembangunan Modal Insan:

1) Graduan pelatih telah mendapat pengalaman dan ilmu yang berguna dalam pengendalian kerja-kerja berkaitan komuniti atau bermasyarakat.

2) Graduan pelatih telah berjaya meningkatkan daya berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

PEMEGANG TARUH & AGENSI

1) Universiti Sains Malaysia 2) Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan

KEBERHASILAN

Komuniti:

Page 4: TAJUK PROJEK: MENEROKA POTENSI UNTUK …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-EDU114(USM-11).pdfBahasa I nggeris kepada para pelajar sek olah menengah di Kelantan dan meningkatkan

1) Maklum balas daripada pelajar yang pasif telah menunjukkan perubahan positif dari segi keyakinan diri dan berani memberikan komen dalam aktiviti berkumpulan.

2) Para pelajar lebih bersedia berkomunikasi dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.

3) Guru-guru dan kaunselor yang terlibat menunjukkan maklum balas positif dan menjadikan modul projek ini sebagai satu nilai tambah kepada pendekatan yang sedia ada.

IPTA: 1) Hubungan kerjasama antara Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dengan

IPTA menjadi lebih erat dan berjaya menghasilkan manfaat bersama.

2) Akademia telah berjaya membentangkan abstrak projek ini di persidangan 5th World Conference on Educational Science, Sapienza University of Rome pada 5-8 Februari 2013 tentang impak usaha sama komuniti-akademia berdasarkan penilaian MyStar.

Pembangunan Modal Insan: 1) Graduan pelatih telah dapat menggunakan kemahiran yang didapati

melalui projek ini dalam kerjaya masa hadapan mereka. 2) Graduan pelatih telah mendapat kelebihan mengenali komuniti dengan

lebih dekat dan dapat memberi sumbangan kepada masyarakat secara tidak langsung.

Page 5: TAJUK PROJEK: MENEROKA POTENSI UNTUK …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-EDU114(USM-11).pdfBahasa I nggeris kepada para pelajar sek olah menengah di Kelantan dan meningkatkan

2. LAPORAN KEMAJUAN PROJEK A) Laporan Berkala Oleh Ketua Projek

PROPOSAL 3

BULAN 6

BULAN 9

BULAN 12

BULAN 15

BULAN 18

BULAN 21

BULAN 24

BULAN LAPORAN

AKHIR

B) Laporan Berkala Oleh Komuniti

6 BULAN 9 BULAN 12 BULAN 15 BULAN 18 BULAN 21 BULAN 24 BULAN LAPORAN

AKHIR

Laporan dihantar

Laporan tidak dihantar

Page 6: TAJUK PROJEK: MENEROKA POTENSI UNTUK …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-EDU114(USM-11).pdfBahasa I nggeris kepada para pelajar sek olah menengah di Kelantan dan meningkatkan

3. PENILAIAN PROJEK

Rakan Komuniti : Sekolah Menengah Sains Machang Tarikh Lawatan : 15 Februari 2015 Panel Penilai : 1) Dr. Oskar Hasdinor Hassan (UITM) 2) Dr. Mohd Azman Hashim@Ismail (USIM)

ANALISIS KESELURUHAN PENILAIAN (Item A hingga D dinilai oleh Panel Penilai KTP Pemantauan manakala Item E adalah penilaian daripada pihak Komuniti)

SEKSYEN ITEM PENILAI 1 PENILAI 2

A PENCAPAIAN PROJEK (40%) 30% 34%

B AKADEMIA (10%) 7% 10%

C GRADUAN PELATIH (10%) 8% 9%

D ORGANISASI INDUSTRI/KOMUNITI (10%) 7% 9%

E LAPORAN DARIPADA KOMUNITI (30%) 30% 30%

MARKAH KESELURUHAN (%) 82% 92%

MARKAH SELEPAS KUMULATIF 87%

PENILAIAN OLEH KOMUNITI

A) Penilaian Terhadap Akademia

BIL

PENILAIAN AKADEMIA

SKALA PENILAIAN

1.

Keberkesanan ilmu yang dipindahkan oleh akademia kepada komuniti

5/5

2.

Keupayaan akademia untuk membimbing bagi menyelesaikan masalah seperti mana yang dikehendaki oleh komuniti

5/5

3.

Pengetahuan akademia terhadap projek 5/5

4.

Komitmen akademia terhadap projek 5/5

Page 7: TAJUK PROJEK: MENEROKA POTENSI UNTUK …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-EDU114(USM-11).pdfBahasa I nggeris kepada para pelajar sek olah menengah di Kelantan dan meningkatkan

B) Penilaian Terhadap Ilmu Yang Dipindahkan

BIL

PENILAIAN ILMU YANG DIPINDAHKAN

SKALA PENILAIAN

1.

Sasaran objektif projek yang telah dicapai

5/5

2.

Hasil yang dicapai berbanding sumbangan yang disalurkan oleh komuniti

5/5

C) Penilaian Terhadap Graduan Pelatih

BIL

PENILAIAN GRADUAN PELATIH

SKALA PENILAIAN

1.

Pengetahuan yang diperoleh graduan pelatih daripada projek

5/5

2.

Keberkesanan graduan pelatih menyampaikan ilmu

5/5

3.

Kemahiran graduan pelatih berkomunikasi, berfikir, merancang, memimpin, dan kerja berpasukan

5/5

4.

Etika kerja graduan pelatih terhadap projek 5/5

Maklum Balas Keseluruhan oleh Pihak Komuniti Terhadap Projek

Program ini sangat bermanfaat bagi melatih kemahiran insani pelajar-pelajar sekolah. Komen Daripada Panel Pakar KTP Pemantauan

Hasil penilaian keseluruhan, menunjukkan projek ini telah mencapai objektif yang telah disasarkan dan mampu meningkatkan daya kemahiran para pelajar. Projek ini juga telah mendapat maklum balas yang sangat positif berdasarkan keterlibatan sekolah-sekolah di negeri Kelantan. Bagaimanapun, masih terdapat unsur latihan yang berdasarkan pembangunan modul berbanding pada awal projek yang mempunyai konsep pemindahan ilmu. Oleh yang demikian, projek ini telah diklasifikasikan dalam kategori jingga.

Page 8: TAJUK PROJEK: MENEROKA POTENSI UNTUK …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-EDU114(USM-11).pdfBahasa I nggeris kepada para pelajar sek olah menengah di Kelantan dan meningkatkan

LAMPIRAN

Konsep Rangkaian Saudara Kandung Keluarga yang menggabungkan senior dan junior dalam kumpulan

perbincangan

Para pelajar lebih yakin dan berani untuk berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

Page 9: TAJUK PROJEK: MENEROKA POTENSI UNTUK …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-EDU114(USM-11).pdfBahasa I nggeris kepada para pelajar sek olah menengah di Kelantan dan meningkatkan

Pembangunan modul seperti pengembangan personaliti, kepimpinan dan strategi berkomunikasi telah

meningkatkan kemahiran para pelajar sekolah