Takaful · PDF filesebuah pelan Takaful keluarga berkaitan ... (GST) untuk manfaat sampingan...

8
Wajah Baru Kehidupan Takaful my GenLife Kami Lindungi. Kami Prihatin. Kami Berkongsi.

Transcript of Takaful · PDF filesebuah pelan Takaful keluarga berkaitan ... (GST) untuk manfaat sampingan...

Page 1: Takaful  · PDF filesebuah pelan Takaful keluarga berkaitan ... (GST) untuk manfaat sampingan yang ... sijil untuk penerangan terperinci berkenaan pelan ini

Wajah Baru KehidupanTakaful myGenLife

Kami Lindungi. Kami Prihatin. Kami Berkongsi.

Syarikat Takaful Malaysia Berhad (131646-K)

Tingkat 26, Blok Annexe, Menara Takaful Malaysia, No. 4, Jalan Sultan Sulaiman, 50000 Kuala Lumpur. P.O. Box 11483, 50746 Kuala Lumpur.

1-300 8 TAKAFUL (825 2385)

takaful-malaysia.com.my

[email protected]

Syarikat Takaful Malaysia Berhad

Kita Perlu Berbincang…

Syarikat Takaful Malaysia Berhad adalah sebuah syarikat berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan diselia oleh Bank Negara Malaysia.

Page 2: Takaful  · PDF filesebuah pelan Takaful keluarga berkaitan ... (GST) untuk manfaat sampingan yang ... sijil untuk penerangan terperinci berkenaan pelan ini

Kehidupan merupakan satu perjalanan,

bermula daripada zaman persekolahan

anda yang bebas sehinggalah ke detik-

detik penting seperti memulakan pekerjaan

pertama, memiliki rumah, berkahwin

dan kelahiran anak pertama. Semakin

meningkat usia, kehidupan anda berubah

dan keperluan kewangan anda turut

berubah.

Memperkenalkan Takaful myGenLife,

sebuah pelan Takaful keluarga berkaitan

pelaburan yang berlandaskan Shariah,

sekaligus menjadikan kehidupan anda

sentiasa dalam kawalan anda. Dengan

pelbagai pilihan yang fleksibel, masa depan

anda sentiasa terjamin - memberikan anda

kebebasan untuk menikmati kehidupan

baru yang lebih tenang.

Page 3: Takaful  · PDF filesebuah pelan Takaful keluarga berkaitan ... (GST) untuk manfaat sampingan yang ... sijil untuk penerangan terperinci berkenaan pelan ini

Takaful myGenLife 1

Perlindungan untuk Insan Tersayang

Dengan Takaful myGenLife, anda boleh berasa tenang apabila mengetahui bahawa orang yang anda sayangi akan dilindungi. Bayaran tunai sekali gus akan dibayar sekiranya berlaku kematian atau Keilatan Menyeluruh dan Kekal (KMK)1. Di samping itu, sebarang nilai pelaburan yang ada juga akan turut dibayar.

Pilihan Manfaat Sebagai Jaring Keselamatan Tambahan

Tiada lagi kebimbangan, Takaful myGenLife juga menawarkan pilihan untuk menambah pelbagai manfaat sampingan bagi memastikan perlindungan yang menyeluruh dan komprehensif dapat dinikmati.

1KMK sebelum berumur 65 tahun.2Rider-rider ini tidak akan membayar sebarang caruman yang diperlukan pada atau selepas berumur 70 tahun, bagi pihak anda atau pembayar.

Nota: Untuk maklumat lanjut mengenai manfaat sampingan, sila rujuk kepada ejen Takaful anda.

Takaful myGen Payor/ Takaful myGen

Payor Plus2

Takaful myGen Waiver2

Membayar caruman bagi pihak anda sehingga

berumur 70 tahun ketika didiagnosis menghidapi

penyakit kritikal

Takaful myGenCritical Illness

(Dipercepatkan atau Tambahan) Menyediakan

perlindungan terhadap 36 penyakit kritikal

Takaful myGen Medic

Menyediakan perlindungan perubatan komprehensif

untuk kos yang ditanggung ketika penghospitalan atau

rawatan pesakit luar

Takaful myGenPersonal Accident

Menyediakan perlindungan komprehensif untuk

kematian dan kecederaan yang berpunca daripada

kemalangan

Takaful myGen Hospital Cash

Membayar manfaat tunai harian ketika

penghospitalan yang berpunca daripada

sebarang sebab

Takaful myGen Saver

Memberikan anda pilihan untuk

memaksimakan nilai pelaburan anda

Takaful myGen Term atau

Takaful myGenIhram

Menyediakan perlindungan Takaful tambahan

Takaful myGenLife

Membayar caruman bagi pihak pembayar sehingga

berumur 70 tahun sekiranya berlaku kematian, Keilatan Menyeluruh dan Kekal atau penyakit kritikal pembayar

Page 4: Takaful  · PDF filesebuah pelan Takaful keluarga berkaitan ... (GST) untuk manfaat sampingan yang ... sijil untuk penerangan terperinci berkenaan pelan ini

Takaful myGenLife2

Fleksibel Pelaburan Yang Tinggi

Pilihan anda! Buat pilihan daripada dana-dana pelaburan di bawah pelan ini dan anda bakal menikmati kelebihan memilih sendiri dana dan juga menukar strategi pelaburan, bergantung kepada kecendurangan risiko anda.

• Dana myBalanced

• Dana myBlue Chips

• Dana myDividend

• Dana myEquity Index

• Dana myGrowth

Anda juga boleh membayar caruman tambahan pada bila-bila masa bagi memenuhi peralihan keperluan anda atau mengikut keadaan pasaran. Dengan serendah RM1, 000, 95% daripada caruman tambahan ini akan diperuntukkan ke dalam dana pelaburan pilihan anda.

Tahun Sijil Kadar Peruntukan Caruman (Sebagai % daripada Dilaburkan (RM) Caruman Dibayar) 1 45% 675

2 50% 750

3 70% 1,050

4 75% 1,125

5 85% 1,275

6 85% 1,275

7 & ke atas 100% 1,500

Jumlah Selepas 7 tahun 510% 7,650

Peluang Pelaburan Besar

Takaful myGenLife memperuntukkan lebih banyak caruman anda untuk pelaburan supaya lebih banyak wang dapat dilaburkan untuk anda.

Jadual berikut menunjukkan bagaimana lebih banyak caruman anda akan diperuntukkan untuk tujuan pelaburan (dengan andaian caruman tahunan sebanyak RM1, 500):

Nota: Kadar peruntukan di atas adalah untuk tempoh caruman berbayar 20 tahun atau lebih. Untuk tempoh caruman berbayar kurang daripada 20 tahun, ia akan dikurangkan sewajarnya. Sila rujuk kepada ilustrasi produk untuk maklumat lanjut.

Page 5: Takaful  · PDF filesebuah pelan Takaful keluarga berkaitan ... (GST) untuk manfaat sampingan yang ... sijil untuk penerangan terperinci berkenaan pelan ini

Takaful myGenLife 3

Perkongsian Keuntungan

Sekiranya dana terkumpul Takaful menunjukkan prestasi memberangsangkan, anda layak untuk menerima 50% daripada sebarang lebihan yang ada. Lebihan ini akan dikreditkan ke dalam dana unit anda bagi membeli unit-unit pelaburan, sementara baki lebihan tersebut akan disalurkan ke syarikat.

Nikmati Pengecualian Cukai

Caruman yang anda bayar layak mendapat pengecualian cukai. Sila rujuk kepada garis panduan Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk maklumat lanjut.

3Semua yuran dan caj adalah tidak dijamin dan mungkin berbeza-beza di masa hadapan. Notis 3 bulan akan diberikan sebelum apa-apa semakan dibuat. Sila rujuk kepada ilustrasi produk untuk maklumat lanjut.

4Tertakluk kepada 6% Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) untuk manfaat sampingan yang berkenaan

Takaful menawarkan konsep persaudaraan, perpaduan dan bantu-membantu. Semua peserta saling bersetuju untuk menyumbang Tabarru’ (derma) secara bulanan ke dalam dana terkumpul bagi melindungi antara satu sama lain terhadap sebarang kejadian yang tidak diingini.

“Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah mereka yang dapat memberikan keselamatan dan kesejahteraan kepada harta dan jiwa manusia” (hadith riwayat Ibnu Majah)

Ringkasan Yuran-Yuran dan Caj-Caj3

Yuran-Yuran dan Caj-Caj Penerangan

Yuran Wakalah Sebahagian daripada % caruman yang digunakan untuk membayar komisyen dan kos-kos lain yang berkaitan

Tabarru’4 Dikenakan bergantung kepada umur semasa, jantina dan jumlah perlindungan

Caj Perkhidmatan RM5 sebulan dan tertakluk kepada 6% Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)

Caj Pengurusan Dana 1.00% - 1.50% setahun bergantung kepada pilihan dana pelaburan anda

Page 6: Takaful  · PDF filesebuah pelan Takaful keluarga berkaitan ... (GST) untuk manfaat sampingan yang ... sijil untuk penerangan terperinci berkenaan pelan ini

Takaful myGenLife4

S: Siapakah yang layak untuk memohon?

J: Takaful myGenLife boleh dimohon oleh individu-individu yang berumur 30 hari sehingga 70 tahun.

S: Bagaimana untuk bermula?

J: Anda boleh bermula dengan melabur di dalam Takaful myGenLife daripada serendah RM100 sebulan atau RM1,200 setahun.

S: Bagaimana saya hendak membayar caruman?

J: Caruman boleh dibayar secara tahunan, setiap setengah tahun, setiap suku tahun atau bulanan. Ianya dibayar sepanjang tempoh perlindungan; atau sehingga pelan tamat, yang mana terdahulu.

S: Apakah pengecualian-pengecualian untuk Takaful myGenLife?

J: Takaful myGenLife tidak melindungi perkara berikut:

• Kematian yang berpunca daripada bunuh diri, semasa waras atau tidak untuk tempoh satu (1) tahun dari tarikh kuatkuasa atau kuatkuasa semula bagi pelan ini, yang mana terkemudian.

• KMK yang berpunca daripada bunuh diri, cubaan bunuh diri atau mencederakan diri sendiri ketika waras atau tidak.

Soalan Yang Sering Ditanya

Nota: Pengecualian-pengecualian yang dinyatakan di sini adalah tidak lengkap. Sila rujuk kontrak sijil untuk butiran lanjut.

Page 7: Takaful  · PDF filesebuah pelan Takaful keluarga berkaitan ... (GST) untuk manfaat sampingan yang ... sijil untuk penerangan terperinci berkenaan pelan ini

Takaful myGenLife 5

Nota Penting:

• Ini adalah pelan Takaful keluarga berkaitan pelaburan yang terikat dengan prestasi asset sandaran dan bukanlah produk pelaburan sebenar seperti unit amanah.

• Anda harus yakin bahawa pelan ini akan memenuhi kehendak anda sepenuhnya dan caruman yang dibayar di bawah pelan ini adalah jumlah yang anda mampu.

• Manfaat dana pelaburan akan bergantung kepada prestasi sebenar dana tersebut dan tidak terjamin.

• Risiko pelaburan bagi dana pelaburan tersebut akan ditanggung sepenuhnya oleh pemilik sijil dan manfaat yang diterima mungkin kurang daripada jumlah caruman yang telah diperuntukkan ke dalam dana pelaburan.

• Jika anda tidak membayar caruman secara berkala dan tepat mengikut masa, perlindungan Takaful di bawah pelan ini mungkin akan terjejas apabila caj yang dikehendaki, termasuk caj rider, melebihi jumlah nilai pelaburan pelan anda.

• Jika sijil ini dibatalkan dalam tempoh penelitian percuma selama 15 hari kalendar, kami akan mengembalikan caruman yang belum diperuntukkan, sebarang nilai dana dan caj yang telah dipotong setelah ditolak sebarang kos perubatan (jika ada).

• Brosur ini menyediakan maklumat ringkas sahaja. Ianya bukanlah sebahagian daripada kontrak Takaful. Sila rujuk Helaian Penerangan Produk, Helaian Fakta Dana, Illustrasi Produk dan dokumen-dokumen sijil untuk penerangan terperinci berkenaan pelan ini (termasuk rider-rider) sebelum anda memutuskan untuk menyertainya. Takaful Malaysia menafikan sebarang liabiliti langsung sekiranya anda mengalami kerugian akibat bergantung cuma kepada maklumat yang dinyatakan di sini.

• Sekiranya terdapat kekeliruan antara versi Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Bahasa Mandarin, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.

Page 8: Takaful  · PDF filesebuah pelan Takaful keluarga berkaitan ... (GST) untuk manfaat sampingan yang ... sijil untuk penerangan terperinci berkenaan pelan ini

Wajah Baru KehidupanTakaful myGenLife

Kami Lindungi. Kami Prihatin. Kami Berkongsi.

Syarikat Takaful Malaysia Berhad (131646-K)

Tingkat 26, Blok Annexe, Menara Takaful Malaysia, No. 4, Jalan Sultan Sulaiman, 50000 Kuala Lumpur. P.O. Box 11483, 50746 Kuala Lumpur.

1-300 8 TAKAFUL (825 2385)

takaful-malaysia.com.my

[email protected]

Syarikat Takaful Malaysia Berhad

Kita Perlu Berbincang…

Syarikat Takaful Malaysia Berhad adalah sebuah syarikat berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan diselia oleh Bank Negara Malaysia.