Takbir RAya Untuk Umi - Cerpen

9
Alunan surah yassin sayup-sayup menerjah gegendang telingaku. Aku merenung sayu sekujur tubuh yang telah dikafankan menanti waktu untuk segera dikebumikan. Air mata sudah laju berlinangan di pipi yang gersang. Segera aku menyekanya. Aku kena kuat demi untuk adik-adik. Aku kena kuat demi untuk umi. "Pergilah umi.. kakak relakan pemergian umi. Kakak akan jaga amanah umi ini sebaik-baiknya," bisik hatiku lantas setitik demi setitik air mata mempamerkan diri lagi. Tak mampu aku bendung kesakitan di hati ini. Adik-adik di sekelilingku sedari tadi tidak henti lagi menangis. Lebih-lebih lagi Athirah, yang baru berusia 6 tahun itu, tidak mengerti apa-apa, terus menjerit marah apabila melihat umi dikafankan. Aku meraih badan Athirah dan memeluknya kejap. Kasihan adik aku yang kecil ini, masih tidak mengerti apa-apa. Sebagai anak lelaki yang sulung, Aiman yang baru berusia 13 tahun, mengepalai usungan jenazah umi ke perkuburan. Suasana sunyi dan sepi menyelubungi pagi. Terasa seakan-akan alam juga turut sama berkongsi kesedihan kami. Kubiarkan adik-adik berada lebih lama di pusara umi.. biarlah mereka meluahkan rasa pilu yang aku sendiri pun tak mampu ubati. Seorang demi seorang meninggalkan kami di

description

sebuah karya: Yusnida Tajudin

Transcript of Takbir RAya Untuk Umi - Cerpen

Page 1: Takbir RAya Untuk Umi - Cerpen

Alunan surah yassin sayup-sayup menerjah gegendang

telingaku.  Aku merenung sayu sekujur tubuh yang telah dikafankan

menanti waktu untuk segera dikebumikan. Air mata sudah laju

berlinangan di pipi yang gersang. Segera aku menyekanya. Aku kena

kuat demi untuk adik-adik. Aku kena kuat demi untuk umi.

"Pergilah umi.. kakak relakan pemergian umi.  Kakak akan jaga

amanah umi ini sebaik-baiknya," bisik hatiku lantas setitik demi setitik

air mata mempamerkan diri lagi.  

Tak mampu aku bendung kesakitan di hati ini.  Adik-adik di

sekelilingku sedari tadi tidak henti lagi menangis.  Lebih-lebih lagi

Athirah, yang baru berusia 6 tahun itu, tidak mengerti apa-apa, terus

menjerit marah apabila melihat umi dikafankan. Aku meraih badan

Athirah dan memeluknya kejap. Kasihan adik aku yang kecil ini, masih

tidak mengerti apa-apa.

Sebagai anak lelaki yang sulung, Aiman yang baru berusia 13

tahun, mengepalai usungan jenazah umi ke perkuburan.  Suasana

sunyi dan sepi menyelubungi pagi.  Terasa seakan-akan alam juga

turut sama berkongsi kesedihan kami.  Kubiarkan adik-adik berada

lebih lama di pusara umi.. biarlah mereka meluahkan rasa pilu yang

aku sendiri pun tak mampu ubati. Seorang demi seorang

meninggalkan kami di situ. Berat hati ingin meninggalkan umi

keseorangan. Athirah yang hebat menangis sudah tersedu-sedu.

Rintih hatiku apabila melihat Athirah meronta-ronta ingin mengikut

umi masuk ke liang lahad.

“Umi, kakak bawa adik-adik pulang dahulu.  Umi jangan sedih ye,

kakak akan sentiasa datang menjengok umi bersama adik-adik..kakak

sayang umi,”

Page 2: Takbir RAya Untuk Umi - Cerpen

Pusara umi kami tinggalkan dengan langkah yang teramat berat.

Bersemadilah umi dengan aman di sana. Akan kakak pikul amanah

umi ini sebaiknya.

“Sakinah, mampu ke kamu nak jaga adik-adik kamu ni.  Biarlah Mak

Teh yang jaga Ainul dan Athirah tu." ujar Mak Teh seminggu selepas

pemergian umi.  Aku tersentak dengan usul Mak Teh.

“Mak Teh, bukan Kinah nak tolak bantuan Mak Teh, tapi Kinah tak

sanggup nak pisahkan adik-adik.  Kami dah biasa membesar bersama

Mak Teh..,”

"Tapi kamu tu sekolah lagi Kinah.. mananya kamu nak jaga adik-adik

lagi, nak sekolah lagi.. bukannya banyak sangat peninggalan arwah

umi kamu tu. Arwah abah kamu tu lagi la pulak, mananya ada harta

yang ditinggalkan untuk kamu adik beradik.  Itulah, dari dulu aku dah

cakap kat arwah umi kamu tu, jangan beranak ramai-ramai.. hah,

sekarang kesian nasib kamu semua ni.." leter Mak Teh.

Tersentuh hatiku dengan leteran Mak Teh terhadap umi.

Memang benar, arwah abah seorang penagih dadah tetapi abah tidak

pernah mengabaikan kami.  Abah bekerja berhempas pulas menoreh

getah untuk membesarkan kami.  Mungkin abah tersilap langkah

semasa mudanya yang membinasakan dirinya sendiri. Tapia bah

sering berpesan kepada kami untuk tidak mengikuti jejak langkahnya.

Sebab itulah abang mahu kami belajar bersungguh-sungguh buktikan

kepada masyarakat, anak penagih juga boleh berjaya.

Umi pula hanya suri rumah tetapi umi juga bijak membantu

abah.  Umi pandai menjahit.  Hasil upah menjahit itulah yang

Page 3: Takbir RAya Untuk Umi - Cerpen

membantu abah menguruskan perbelanjaan kami.  Aku sebenarnya

setuju dengan Mak Teh tentang bilangan keluargaku yang ramai. Aku

sering diperli rakan-rakan sebaya dengan bilangan ahli keluargaku.

Aku anak sulung daripada tujuh orang adik beradik.  Suhana akan

menduduki PMR, Aiman baru 13 tahun, Suraya pula 11 tahun, Adli baru

9 tahun, Ainul berusia 7 tahun dan Athirah pula baru 6 tahun.  Aku juga

pernah menyuarakannya kepada umi.  Namun umi selalu berkata,

anak-anak itu rezeki Allah.  Aku hanya terdiam dengan jawapan umi.

"Kinah..oo Kinah..orang dok bercakap dengan dia, boleh pulak dia

termenung.. macam mana cadangan Mak Teh ni?" sergah Mak Teh

mematikan ingatanku kepada Umi.

"Mak Teh, Kinah bukan sombong atau tak perlukan pertolongan Mak

Teh, tapi Kinah dah janji dengan umi tak akan pisahkan adik-adik.

Kinah akan jaga adik-adik semuanya, Kinah akan berhenti sekolah.

Kinah nak cari kerja, tak kisahlah kerja apa pun.  Duit peninggalan Umi

pun masih ada cuma kalau Mak Teh benar-benar ingin menolong

Kinah, harap sangat Mak Teh dapat bantu Kinah uruskan permohonan

bantuan pelajaran adik-adik daripada Jabatan Kebajikan," balasku

lembut agar hati Mak Teh tidak terluka.  Melukai hati Mak Teh sama

lah seperti melukai hati umi.  Mak Teh sahajalah saudara umi yang

masih ada.

Alhamdulillah, Mak Teh akhirnya bersetuju dengan cadanganku.

Namun, Mak Teh juga meletakkan syarat yang memerlukan aku

sentiasa memaklumkan perkembangan dan masalah kami kepadanya.

Aku bersyukur dengan anugerah Ilahi ini. Sekurang-kurangnya aku

masih punya tempat untuk bergantung harap. Masih punya saudara

yang sudi mengambil berat.

Page 4: Takbir RAya Untuk Umi - Cerpen

Hampir setahun, aku bekerja di kantin sekolah rendah di

kampungku.  Syukur kerana masih ada insan yang sudi menawarkan

aku pekerjaan walau pun umurku masih terlalu mentah.  Duit gajiku

yang tak seberapa itulah aku gunakan untuk membeli makanan dan

keperluan harian.  Bantuan daripada Jabatan Kebajikan memang aku

peruntukkan untuk pelajaran adik-adikku.  Suhana yang akan

menduduki PMR sebulan lagi tidak kubenarkan membuat kerja-kerja

rumah walau pun dia sering membentak.  Katanya tak betah untuk

duduk sahaja melihat aku bertungkus-lumus. Namun sering aku

titipkan alasan setiap apa yang aku lakukan untuk kebaikannya juga.

Aku mahu Suhana menumpukan perhatian kepada peperiksaannya.

Selepas habis PMR, barulah dia boleh membantuku semula.  Aku amat

berharap adik-adikku ini dapat menyambung pelajaran setinggi-

tingginya.  Syukur aku mempunyai adik-adik yang sangat baik budi

pekertinya.

“Tiada harta yang paling bernilai dalam hidup ini selain ilmu ..duit

ringgit dan harta benda akan habis jika dikikis setiap hari, tapi ilmu

itulah yang boleh menjamin kehidupan.."  Pesanan umi masih

terngiang-ngiang di telingaku.

“Kakak berjanji umi, kakak akan pastikan adik-adik tidak akan tercicir

dalam pelajaran.  Kakak akan pastikan mereka akan berjaya

menggenggam segulung ijazah seperti yang umi selalu impikan,"

tekadku.  

Biarlah aku seorang sahaja yang tidak meneruskan

persekolahan.  Ilmu itu ada di mana-mana.  Belajar itu setiap waktu.

Selagi ada nafasku, selagi itulah aku akan mencari ilmu dengan caraku

sendiri. Iqra’ ku merata di atas bumi ini.

Page 5: Takbir RAya Untuk Umi - Cerpen

****************

“Kakak, tak kan kakak nak terus begini?  Kakak dah banyak berkorban

untuk kami, kakak terima sahajalah lamaran tu.  Hana kesian tengok

kakak,"  kata-kata Suhana kembali menerpa ruang ingatanku.

“Tak boleh Hana.  Tak boleh! Kakak dah berjanji dengan umi, kakak

akan jaga Hana dan adik-adik.  Selagi adik-adik kakak belum berjaya,

kakak tidak akan pergi ke mana-mana.  Kakak tak akan terima sesiapa

pun dalam hati kakak. Kakak tak nak bahagikan kasih sayang kakak,"

bantahku.

“Tapi Hana dan adik-adik dah besar kak, kami boleh jaga diri kami.

Lagipun bukan bermakna kakak akan terus tinggalkan kami," pujuk

Suhana beria-ria mahukan aku menerima lamaran yang dibawa oleh

Mak Teh.

Memanglah Mak Teh ada datang membawa lamaran daripada

anak jirannya. Kalau tak silap aku, seorang Engineering yang bertugas

di bandaraya besar. Memang dia mampu menyara aku tetapi aku

tidak mahu mengharap ihsan orang lain untuk adik-adikku. Aku mahu

hasil daripada tulang empat kerat ini yang menyara mereka.

"Kakak tak nak ada orang lain antara kakak dan adik-adik kakak.  Bagi

kakak, amanah umi ini sangat bermakna.  Pada hari umi meninggalkan

kita, kakak telah berjanji dengan umi.  Janganlah Hana paksa kakak.

Kakak takut kakak tak mampu menjadi isteri yang baik.. "  

Semenjak hari itu, persoalan itu tidak pernah ditimbulkan lagi.

Semua adik-adikku telah maklum dengan keputusanku.  

Page 6: Takbir RAya Untuk Umi - Cerpen

**********

Bertahun telah berlalu.  Aidilfitri akan disambut tiga hari lagi.

Kalau dahulu, kami menyambutnya dengan serba sederhana.  Hari ini,

selepas dua belas tahun pemergian umi, aku amat menantikan takbir

raya  ini.  Takbir raya yang membawa rinduku pada umi.  Malam-

malam Ramadhanku ditemani dengan mimpi kehadiran umi.  Umi

tersenyum.

Inilah Aidilfitri yang paling bermakna buatku.  Kepulangan Aiman

yang ditunggu-tunggu setelah menamatkan pengajiannya di luar

negara. Adikku akan bergelar seorang doktor.  Suhana juga telah

menjadi seorang pendidik yang bertugas di daerah kami.  Suraya pula

akan menamatkan pengajiannya manakala Adli dan Ainul masih

menuntut di Institut Pengajian Tinggi Tempatan.  Athirah pula sedang

menanti panggilan untuk menyambung pengajiannya. Alhamdulillah,

adik-adikku telah berjaya mencapai cita-citaku. Mungkin aku tidak

bernasib baik dalam pelajaran, tetapi aku bahagia kerana mereka

inilah nyawaku.

Aku??  Masih lagi di sini, di daerah sepi ini setia menemani umi

dan abah.  Namun hidupku telah jauh berubah.  Aku tidak lagi bekerja

di kantin sekolah.  Berbekalkan simpanan umi yang masih berbaki dan

hasil keringatku, aku telah membuka sebuah kedai jahit di rumah.

Semuanya hasil didikan umi sewaktu hayat umi masih ada.  Aku juga

sering mengikuti kursus-kursus serta bengkel-bengkel yang diadakan

di sekitar daerah ini.  Alhamdulillah, rakan-rakan serta Suhana banyak

membantuku.  Malah Suraya juga sering membawa tempahan jahitan

Page 7: Takbir RAya Untuk Umi - Cerpen

daripada rakan-rakan mahasiswinya.  Rezeki adik-adikku semakin

bertambah.

“Umi, kakak telah tunaikan janji kakak kepada umi.  Kakak tahu umi

selalu ada bersama kakak.  Aidilfitri ini, umi tunggu kakak ye.  Kakak

akan datang bersama adik-adik.  Aiman akan pulang umi.  Kita raikan

Aidilfitri ini bersama-sama seperti dulu, ye umi.  Kakak mahu umi

bangga dengan adik-adik. Kakak mahu umi bahagia di sana melihat

adik-adik. Umi... kakak rindu umi..rindu sangat-sangat. Umi tunggu

kakak ye.."

Bergemalah alunan takbir Aidul Fitri.. bawalah rinduku. Agar aku terus

mampu berdiri di sini bersama saki baki kehidupan anugerahMu.