Taklimat 1 pengenalan seni visual

61

Click here to load reader

Transcript of Taklimat 1 pengenalan seni visual

Page 1: Taklimat 1 pengenalan seni visual

PENGENALANSUKATAN PELAJARAN

BAHARU STPM970 SENI VISUAL

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

Page 2: Taklimat 1 pengenalan seni visual

Sukatan Pelajaran Seni Visual (SV) yang baharu ini digubal untuk menggantikan Sukatan Pelajaran Seni Visual sedia ada. Sukatan pelajaran yang baharu ini akan mula digunakan mulai sesi 2012/2013

Page 3: Taklimat 1 pengenalan seni visual

Melalui sistem peperiksaan yang baharu ini, pengajian di tingkatan enam akan dibahagikan kepada tiga penggal dan calon akan menduduki peperiksaan pada setiap akhir penggal.

Page 4: Taklimat 1 pengenalan seni visual

Tujuan utama Majlis Peperiksaan Malaysia memperkenalkan sistem peperiksaan yang baharu ini adalah untuk memperbaiki orientasi pengajaran dan pembelajaran di tingkatan enam supaya tidak jauh berbeza dengan orientasi pengajaran dan pembelajaran di kolej dan universiti.

Page 5: Taklimat 1 pengenalan seni visual

Penggubalan semula Sukatan Pelajaran Seni Visual ini merupakan proses pengemaskinian tajuk, kandungan, dan kemahiran supaya selaras dengan perkembangan semasa.

Page 6: Taklimat 1 pengenalan seni visual

MATLAMAT

Sukatan pelajaran ini adalah bertujuan untuk memberi

pendidikan yang dapat membentuk pelajar yang

berpemikiran kreatif, inventif, inovatif, kritikal, analitikal, dan saintifik, serta berpengetahuan

dalam proses penyelesaian masalah terhadap penghasilan, penampilan, dan apresiasi karya

seni

Page 7: Taklimat 1 pengenalan seni visual

Sukatan pelajaran ini juga dapat mengembangkan

aspek pemerolehan pengetahuan,

pengembangan kualiti personal, dan penerokaan terhadap nilai dan emosi yang dapat dimanfaatkan dalam bidang pendidikan, kerjaya, dan kehidupan.

Page 8: Taklimat 1 pengenalan seni visual

KEMAHIRAN KUALITI PERSONAL

PENGETAHUAN

OBJEKTIF PEMBELAJARAN SENI VISUAL

Meningkatkan kebolehan pelajar dari aspek

(Perbezaan dengan Sukatan Sedia ada sesuai dengan pendekatan OBE IPT)

Page 9: Taklimat 1 pengenalan seni visual

Objektif (Pembelajaran)

Objektif pembelajaran Seni Visual adalah untuk meningkatkan kebolehan pelajar dari aspek pengetahuan, kemahiran, dan kualiti personal.

Pengetahuan

(a) menerang dan menghuraikan pengertian dan peranan Seni Visual dalam mengembangkan kreativiti, budaya, sosial, dan ekonomi serta sumbangannya sebagai alat komunikasi yang berkesan(b) membuat deskripsi, analisis, interpretasi, dan pertimbangan secara berpengetahuan terhadap nilai estetik, makna, dan fungsi karya(c) menggunakan kefahaman apresiasi, pendekatan sejarah, dan kritikan seni dalam seni visual

9

Page 10: Taklimat 1 pengenalan seni visual

Kemahiran

(a) mengekspresikan idea secara kreatif dan inovatif(b) mengaplikasikan pendekatan penyelidikan dan

penyelesaian masalah dalam proses penghasilan karya(c) menunjukkan idea baharu dalam penghasilan karya dan

perekaan(d) menyelesaikan permasalahan visual berasaskan

kefahaman aspek formal seni visual(e) mendokumentasikan proses penghasilan karya secara

penulisan dan visual(f) mempersembahkan hasil karya seni visual sesuai

dengan konsep dan konteks

10

Page 11: Taklimat 1 pengenalan seni visual

Kualiti Personal

(a) menunjukkan kekuatan gaya penampilan karya yang tersendiri

(b) mengenengahkan idea yang asli dan baharu dalam pengkaryaan dan perekaan

(c) menunjukkan kesungguhan meneroka ilmu menerusi rujukan, eksperimentasi, dan eksplorasi

(d) memberi hujah secara yakin terhadap konsep, bentuk, dan sumbangan karya mengikut kesesuaian konteks

(e) menampilkan kebolehan mengorganisasi secara berkesan melalui persembahan dan peragaan karya

(f) mengemukakan pemikiran kritikal dan analitikal dalam perbincangan dan perbahasan Seni Visual

11

Page 12: Taklimat 1 pengenalan seni visual

KANDUNGAN

Page 13: Taklimat 1 pengenalan seni visual

Aspek Teori(Apresiasi SV)

KANDUNGAN SUKATAN PELAJARAN SENI VISUAL (SV)

Terbahagi kepada TIGA komponen

Aspek Praktikal(Lukisan dalam Pengkaryaan

dan Perekaan)

Aspek Penyelidikan

(Projek Kajian SV)

calon akan dinilai dari aspek teori dan praktis

Page 14: Taklimat 1 pengenalan seni visual

14

ButiranSukatan Pelajaran

sedia ada Sukatan

Pelajaran baharu Rasional

perubahan

1. Bilangan bahagian

(a) Teori Seni Visual (Apresiasi & Teori Penghasilan)(b) Lukisan(c) Projek penghasilan Karya

(a) Apresiasi Seni Visual(b) Lukisan Pengkaryaan dan Perekaan(c) Projek Kajian Seni Visual

Sukatan pelajaran yang baharu adalah mengikut sistem penggal. Oleh itu, kandungan sukatan disusun semula supaya bersesuaian dengan sistem penggal.

Page 15: Taklimat 1 pengenalan seni visual

PENGGAL 1 PENGGAL 2 PENGGAL 3

(Komponen Kandungan)

Apresiasi Seni Visual

(Komponen Kandungan)

Lukisan Pengkaryaan dan Perekaan

(Komponen Kandungan)

Projek Kajian Seni Visual

PentaksiranKertas 1 (CS+CP)

PentaksiranKertas 2 (CS+CP)

PentaksiranKertas 3 (CS)

Kertas 4 (CP/CSS)

Komponen Kandungan dan Kertas Peperiksaanyang ditawarkan mengikut penggal

CS = Calon Sekolah / CSS = Calon Sekolah Swaste / CP = Calon Pensedirian

Page 16: Taklimat 1 pengenalan seni visual

Sukatan pelajaran baharu adalah mengikut sistem penggal. Oleh itu, kandungan sukatan perlu

disusun semula supaya bersesuaian dengan sistem

penggal

16

Page 17: Taklimat 1 pengenalan seni visual

PENGGAL 1 PENGGAL 2 PENGGAL 3

Apresiasi Seni Visual

Lukisan Pengkaryaan dan Perekaan

Projek Kajian Seni Visual

1. Pengenalan Seni Visual (12W)

2. Bentuk Karya Seni Visual (36W)

3. Pendekatan Sejarah danKritikan Seni Visual (72W)

1. Pengenalan Jenis-jenis Lukisan (12W)

2. Kemahiran Asas Lukisan (36W)

3. Penggubahan Lukisan (72W)

1. Cadangan Projek (24W)

2. Penghasilan Karya (72W)

3. Persembahan dan Peragaan (24W)

Kandungan

Pengajaran perlu mengikuti pemberat jumlah waktu menagajar yang telah ditetapkan

Page 18: Taklimat 1 pengenalan seni visual

Apresiasi Seni Visual

Memberi fokus kepada pengetahuan dan kefahaman pelajar terhadap pengertian dan peranan seni visual, aspek formal, dan kritikan seni. Unsur pemikiran kreatif dan intelektual terhadap konsep, bahasa, makna, dan fungsi seni visual diperjelaskan.

18

Page 19: Taklimat 1 pengenalan seni visual

Lukisan dalam Pengkaryaan dan Perekaan

Merupakan kerja praktikal yang dapat memberi kemahiran asas dalam penghasilan karya. Pengkajian lukisan adalah tertumpu kepada kajian seting dan gubahan yang boleh digunakan dalam pengkaryaan dan perekaan.

Projek Kajian Seni Visual

Merupakan projek kerja kursus yang berteraskan kepada penyelidikan. Bidang pengkajian terbahagi kepada dua aspek, iaitu pengkaryaan dan perekaan.

19

Page 20: Taklimat 1 pengenalan seni visual

NOTA:

Kefahaman dan aplikasi menerusi pembelajaran komponen (1) Apresiasi Seni Visual dan (2) Lukisan dalam Pengkaryaan dan Perekaan dapat membantu pelajar menghasilkan projek kajian Seni Visual pada Penggal 3.

Page 21: Taklimat 1 pengenalan seni visual

Nota: Pendekatan pembelajaran adalah berteraskan kepada konsep pembelajaran inkuiri yang melibatkan aspek penyelidikan, perkembangan, penyelesaian masalah, dan refleksi.

21

Page 22: Taklimat 1 pengenalan seni visual

Inquiry Learning Model (ILM)

LEARNING APPROACH

Page 23: Taklimat 1 pengenalan seni visual

SKIM PENTAKSIRAN

Halaman 18

Page 24: Taklimat 1 pengenalan seni visual

24

Page 25: Taklimat 1 pengenalan seni visual

25

ButiranSukatan

Pelajaran sedia ada

Sukatan Pelajaran

dicadangkan

Rasional perubahan

2. Wajaran mengikut kertas

Kertas 1(40%)

Kertas 2(25%)

Kertas 3(35%)

Kertas 1(40%)

Kertas 2(35%)

Kertas 3(25%)

Perubahan wajaran ini telah ditetapkan melalui cadangan ahli panel penggubalan Sukatan Pelajaran Seni Visual mengikut kesesuaian kertas dan praktikaliti perlaksanaannya.  

Sambungan...

Page 26: Taklimat 1 pengenalan seni visual

26

Rasional perubahan

Wajaran Kertas 1 dikekalkan disebabkan kertas tersebut menekan kepada aspek teori yang berasaskan domain kognitif. Penguasaan pengetahuan dan kefahaman yang kukuh terhadap aspek teori akan membantu meningkatkan aspek kemahiran praktikal dan penyelidikan.

Perubahan wajaran Kertas 2 disebabkan perubahan kajian dalam format lukisan. Sukatan pelajaran yang dicadangkan terdiri daripada dua format, iaitu seting dan gubahan manakala sukatan pelajaran sedia ada terdiri daripada format seting sahaja. Hal ini ditetapkan berdasarkan kepada tumpuan kajian dan kepelbagaian kemahiran melukis.

Sambungan...

Page 27: Taklimat 1 pengenalan seni visual

27

Rasional perubahan

Perubahan wajaran Kertas 3 disebabkan kaedah penilaian dan tempoh pelaksanaan. Sukatan pelajaran yang baharu menggunakan pentaksiran berasaskan sekolah manakala sukatan pelajaran sedia ada menggunakan pentaksiran berpusat.

Tempoh pelaksanaan kertas ini dalam sukatan pelajaran yang baharu ialah sepanjang penggal 3 manakala sukatan pelajaran sedia ada ialah lapan bulan (Februari hingga September). Oleh itu wajaran kertas ini perlu disusun semula supaya bersesuaian dengan kaedah penilaian dan tempoh pelaksanaan dalam sistem penggal.

Sambungan...

Page 28: Taklimat 1 pengenalan seni visual

Pengkaryaan Perekaan

 Seni halus Catan Seni cetak Arca Karya boleh berbentuk dua dimensi, tiga dimensi, atau multidimensi

 (a) Komunikasi

visual Grafik Multimedia Animasi Laman

Web (b) Reka bentuk

teknologi Industri Seramik Fesyen Tekstil Logam

halus

(c) Reka bentuk persekitaran Landskap Hiasan

dalaman

28

Skop Projek Kajian Seni Visual

Page 29: Taklimat 1 pengenalan seni visual

29

Kerja Projek

Page 30: Taklimat 1 pengenalan seni visual

1 Pengenalan

Setiap calon STPM sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan wajib melaksanakan kerja projek ini sebagai satu daripada komponen pentaksiran untuk penggal ketiga. Calon sekolah swasta dan calon persendirian individu pula dikehendaki mengambil kertas 970/4. Wajaran markah bagi komponen kerja projek ini adalah sebanyak 25%. Markah pentaksiran kerja projek hendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan Malaysia untuk diambil kira bersama-sama dengan markah peperiksaan bagi tujuan penentuan markah keseluruhan dan penggredan. Pentaksiran pencapaian calon dalam kerja projek ini berdasarkan kepada aspek yang telah ditetapkan dalam Sukatan Pelajaran (SP).

Penyediaan kerja projek ini mestilah dijalankan pada penggal ketiga mengikut tempoh yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. 30

Page 31: Taklimat 1 pengenalan seni visual

2 ObjektifObjektif kerja projek ini disediakan adalah untuk menilai keupayaan

calon dalam;

• menganalisis permasalahan dan penyelesaian visual menerusi cadangan pengkaryaan

• mengemukakan keaslian idea dan konsep menerusi kajian, eksperimentasi, eksplorasi, rujukan, dan sumber

• menentukan pendekatan aspek formal yang dipilih yang melibatkan elemen, media, dan teknik

• menentukan gaya penghasilan atau penampilan karya • mengaplikasikan pendekatan penyelidikan dan penyelesaian

masalah dalam proses penghasilan karya• menghasilkan lakaran yang menjurus kepada idea yang konkrit

31

Sambungan...

Page 32: Taklimat 1 pengenalan seni visual

menggunakan kepelbagaian kajian, eksperimentasi dan eksplorasi terhadap media dan teknik

menjalinkan aspek formal dengan idea dan mesej menunjukkan kekuatan gaya yang tersendiri mengenengah idea-idea yang asli dan baharu dalam

pengkaryaan dan perekaan berhujah terhadap konsep, bentuk, dan sumbangan

karya dalam konteks yang dipilih mendokumentasikan proses penghasilan karya secara

penulisan dan visual mengorganisasi persembahan dan peragaan karya

32

Sambungan...

Page 33: Taklimat 1 pengenalan seni visual

33

Page 34: Taklimat 1 pengenalan seni visual

1. Am

Projek kajian Seni Visual hanya dilaksanakan pada penggal ketiga di sekolah. Projek ini memerlukan pelajar membuat (a) Cadangan pengkaryaan (b) Penghasilan karya(c) Persembahan dan peragaan

2. Tempoh pelaksanaan projek

Kertas arahan projek kajian Seni Visual akan diedarkan pada awal minggu pertama penggal ketiga. Calon dikehendaki memulakan kerja kursus sebaik sahaja menerima arahan yang melibatkan cadangan pengkaryaan, penghasilan, dan penyempurnaan karya untuk persembahan dan peragaan pada minggu ke-14.

34

Page 35: Taklimat 1 pengenalan seni visual

3. Bukti kemajuan dan pengesahan projek

Setiap hasil kerja yang dilaksanakan oleh calon hendaklah disertakan dengan bukti kemajuan yang diperakukan oleh guru berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh MPM.

35

Page 36: Taklimat 1 pengenalan seni visual

4. Format penilaian

(a) PendekatanPenilaian bagi projek kajian Seni Visual adalah secara

formatif dan sumatif dengan menggunakan pendekatan pengujian authentic sepanjang penggal ketiga.

(b) Pembahagian MarkahPembahagian markah adalah seperti berikut:(i) Cadangan pengkaryaan (20%)(ii) Penghasilan karya (60%)(iii) Persembahan dan peragaan (20%)

(c) Kaedah penilaian Penilaian Berasaskan Sekolah

36

Page 37: Taklimat 1 pengenalan seni visual

5. Tugasan dan tatacara Projek Kajian Seni Visual

(a) Cadangan pengkaryaan (20%)(i) Pernyataan permasalahan kajian(ii) Penentuan tema, subjek, konsep, dan kandungan

(iii)Penentuan pendekatan aspek formal dan gaya penghasilan atau penampilan

(iv) Pernyataan kepentingan projek dan keaslian(v) Sumber dan rujukan

(b) Penghasilan karya (60%) (i) Lakaran dan kajian visual (ii) Lukisan akhir (iii) Pemilihan media dan teknik, eksperimentasi, eksplorasi, dan manipulasi(iv) Penentuan gaya penghasilan atau penampilan(v) Pendokumentasian proses penghasilan karya secara penulisan dan visual

37

Page 38: Taklimat 1 pengenalan seni visual

(c) Persembahan dan peragaan (20)

(i) Pameran hasil karya dan kemasan(ii) Apresiasi

• Penyataan karya• Lisan

38

Page 39: Taklimat 1 pengenalan seni visual

39

Page 40: Taklimat 1 pengenalan seni visual

1. Am

Teori projek kajian Seni Visual boleh dibahagikan kepada dua bahagian:

(a) Penyelidikan awal bagi membentuk idea (dibuat seminggu lebih awal sebagaimana arahan)

(b) Pengkaryaan atau perekaan dalam bilik peperiksaan yang merujuk kepada penyelidikan awal di atas. Penghasilan boleh dirujuk kepada bahan yang dibawa bersama ke dalam bilik peperiksaan.

2. Tempoh peperiksaan

Tempoh kertas teori projek kajian Seni Visual adalah tiga jam.

40

Page 41: Taklimat 1 pengenalan seni visual

3. Format penilaian

(a) Pembahagian markah

Pembahagian markah adalah seperti berikut:

(i) Konsep karya (20%)Konsep karya boleh ditulis dalam satu muka surat kertas yang disediakan oleh MPM. Penjelasan konsep serta ciri-cirinya boleh juga dibuat di atas lakaran bagi menjelaskan justifikasi lakaran tersebut.(ii) Lakaran (50%)(iii) Lakaran komprehensif (30%)

(b) Kaedah pentaksiranPentaksiran berpusat

41

Page 42: Taklimat 1 pengenalan seni visual

42

Page 43: Taklimat 1 pengenalan seni visual

Kertas 1: 970/1 Seni Visual 1 (Apresiasi Seni Visual) Kertas ini terdiri daripada tiga bahagian, iaitu Bahagian A, B, dan C.

Bahagian A mengandungi beberapa soalan pendek dan/atau struktur yang memerlukan jawapan yang pendek.

Bahagian B mengandungi 4 soalan esei dan

Bahagian C mengandungi 2 soalan esei.

Soalan-soalan dalam ketiga-tiga bahagian ini meliputi tajuk-tajuk dalam sukatan pelajaran bagi bahagian Apresiasi Seni Visual.

43

Page 44: Taklimat 1 pengenalan seni visual

Kertas 1: 970/1 Seni Visual 1 (Apresiasi Seni Visual) Calon dikehendaki menjawab

Semua soalan dalam Bahagian A,Dua soalan daripada Bahagian B, dan Satu soalan daripada Bahagian C.

Calon diuji dari aspek pengetahuan, kefahaman, kebolehan mengaplikasi, menganalisis, mensintesis, menilai, dan membuat cadangan.

44

Page 45: Taklimat 1 pengenalan seni visual

Kertas 1: 970/1 Seni Visual 1 (Apresiasi Seni Visual)

Objektif pentaksiran kertas ini merujuk kepada kebolehan pelajar: (a) mengenal pasti dan menghurai peranan Seni Visual dari aspek psikologi dan sosiologi(b) mengenal pasti peranan pelukis, pereka, dan penaung terhadap pembangunan budaya, warisan, kemasyarakatan, dan ekonomi(c) membuat penganalisisan terhadap kesatuan subjek, aspek formal, kandungan, dan konteks dalam sesebuah karya atau perekaan (d) menggunakan pendekatan sejarah dan kritikan seni dalam memahami karya seni(e) menggunakan istilah, rujukan, dan bahasa seni yang sesuai dalam membuat perbincangan, penghuraian dan penganalisisan terhadap apresiasi dan kritikan seni

45

Page 46: Taklimat 1 pengenalan seni visual

Kertas 2: 970/2 Seni Visual 2 (Lukisan dalam Pengkaryaan dan Perekaan)

Kertas ini terdiri daripada dua format, iaitu Seting dan Gubahan. Ujian akan dibuat berdasarkan salah satu daripada format tersebut. Calon dikehendaki membuat satu lukisan sama ada format 1 (Seting) atau format 2 (Gubahan) 

1. Kriteria ujian bagi format 1, Seting adalah seperti berikut: Kertas ini adalah berasaskan kepada seting yang disediakan. Calon akan diuji dalam kemahiran melukis mengikut fokus dan permasalahan yang dikemukakan dalam soalan. Ini termasuklah kebolehan menyelesaikan masalah berkaitan dengan sifat visual objek, kadar banding, ruang, jalinan, suasana, ekspresi, pencahayaan, penggunaan media, dan teknik. Gubahan komposisi, kesesuaian media, dan teknik serta aplikasi asas seni reka dalam pengkaryaan merupakan elemen penting dalam lukisan. Calon dikehendaki melukis keseluruhan susunan objek yang disediakan.

46

Page 47: Taklimat 1 pengenalan seni visual

Kertas 2: 970/2 Seni Visual 2 (Lukisan dalam Pengkaryaan dan Perekaan) 

2. Kriteria ujian bagi format 2, Gubahan adalah seperti berikut:

 Kertas ini adalah berasaskan kepada kajian objek dan bahan-bahan

yang disediakan sebagaimana dalam soalan. Calon akan diuji dalam kemahiran melukis mengikut isu dan permasalahan yang dikemukakan dalam soalan. Calon dikehendaki memanipulasikan sifat visual objek menjadi idea dan subjek gubahan baharu menerusi beberapa perkembangan lakaran dan lakaran akhir.

 Gubahan dibuat sama ada dalam gaya imitasi atau stailisasi yang

sesuai.  Nota: Media yang digunakan dalam gubahan bagi kedua-dua

kertas soalan (format 1 dan 2) adalah media kering.

47

Page 48: Taklimat 1 pengenalan seni visual

Kertas 2: 970/2 Seni Visual 2 (Lukisan dalam Pengkaryaan dan Perekaan)

Objektif pentaksiran kertas ini merujuk kepada kebolehan pelajar:

(a) menggunakan teknik yang sesuai bagi memperihalkan ciri atau sifat objek dalam satu gubahan lukisan(b) mengekspresikan idea secara kreatif dan inovatif menerusi penggabungjalinan aspek formal, subjek, dan kandungan dalam gubahan(c) menyelesaikan permasalahan yang berkaitan dengan sifat objek, kadar banding, ruang, jalinan, suasana, ekspresi, pencahayaan, penggunaan media, dan teknik dalam penghasilan lukisan (d) menunjukkan kekuatan gaya yang tersendiri dalam gubahan

48

Page 49: Taklimat 1 pengenalan seni visual

Kertas 3: 970/3 Seni Visual 3 (Projek Kajian Seni Visual)

Kertas ini bertujuan menguji kemahiran calon untuk menghasilkan karya Seni Visual sama ada dalam bentuk pengkaryaan atau perekaan. Penekanan penilaian untuk melihat kebolehan pelajar menghasilkan karya mengikut proses yang sesuai yang melibatkan penyediaan cadangan pengkaryaan, penghasilan, persembahan, dan penghujahannya.  Pengujian kertas ini sepenuhnya berlaku di sekolah.

Antara bidang kajian adalah seperti yang berikut:

49

Page 50: Taklimat 1 pengenalan seni visual

Pengkaryaan Perekaan

 Seni halus Catan Seni cetak Arca Karya boleh berbentuk dua dimensi, tiga dimensi, atau multidimensi

 (a) Komunikasi

visual Grafik Multimedia Animasi Laman

Web (b) Reka bentuk

teknologi Industri Seramik Fesyen Tekstil Logam

halus

(c) Reka bentuk persekitaran Landskap Hiasan

dalaman

50

Page 51: Taklimat 1 pengenalan seni visual

Kertas 3: 970/3 Seni Visual 3 (Projek Kajian Seni Visual)

Bentuk soalan bersifat terbuka dan tidak semestinya menjurus pada satu-satu bidang tertentu sahaja. Objektif pentaksiran kertas ini merujuk kepada pengetahuan, kemahiran, dan kualiti personal pelajar sebagaimana yang termuat pada halaman 11.

51

Page 52: Taklimat 1 pengenalan seni visual

Kertas 4: 970/4 Seni Visual 4 (Teori Projek Kajian Seni Visual)

Kertas ini menguji kebolehan calon menyatakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Seni Visual, khususnya yang berkaitan dengan aspek dan persoalan pengkaryaan dan perekaan. Calon dikehendaki mengemukakan jawapan berasaskan satu cadangan bertulis bersama dengan sokongan visual yang baik bagi menterjemahkan idea dan proses penghasilan karya atau perekaan. Calon boleh membuat kajian awal bagi menyediakan bahan rujukan untuk dibawa bersama ke dalam dewan peperiksaan. Calon juga dikehendaki membawa peralatan yang sesuai seperti pensel warna, alat geometri, media kering, dan pen teknikal semasa menduduki peperiksaan kertas ini.

52

Page 53: Taklimat 1 pengenalan seni visual

Kertas 4: 970/4 Seni Visual 4 (Teori Projek Kajian Seni Visual)

Objektif pentaksiran kertas ini merujuk kepada kebolehan pelajar: (a) menganalisis permasalahan dan penyelesaian visual menerusi satu cadangan projek penghasilan (b) menjalinkan aspek formal dengan idea dan mesej (c) menterjemahkan idea dan konsep menerusi tulisan dan lakaran (d) menunjukkan gaya yang tersendiri dalam pengkaryaan dan perekaan.

53

Page 54: Taklimat 1 pengenalan seni visual

54

Page 55: Taklimat 1 pengenalan seni visual

Penggal Pengajian

Kod dan Nama Kertas

Jenis UjianMarkah (Wajaran)

Masa Pentadbiran

Penggal Pertama

970/1Seni Visual 1 (Apresiasi Seni Visual)

Ujian Bertulis 80 (40%)

2 jam Pentaksiran berpusat

Bahagian A:Soalan berstruktur4 soalan diberikanJawab semua soalan

35

Bahagian B:Soalan esei4 soalan diberikanJawab 2 soalan daripada 4 soalan

30

Bahagian C:Soalan esei2 soalan diberikanJawab 1 soalan daripada 2 soalan

15

55

Page 56: Taklimat 1 pengenalan seni visual

Penggal Pengajian

Kod dan Nama Kertas

Jenis UjianMarkah (Wajaran)

Masa Pentadbiran

Penggal Kedua

970/2Seni Visual 2 (Lukisan dalam Pengkaryaan dan Perekaan)

Ujian Melukis Calon dikehendaki membuat satu lukisan berdasarkan sama ada format 1 (Seting) atau format 2 (Gubahan)

70(35%)

3 jam Pentaksiran berpusat

56

Sambungan...

Page 57: Taklimat 1 pengenalan seni visual

Penggal Pengajian

Kod dan Nama Kertas

Jenis UjianMarkah (Wajaran)

Masa Pentadbiran

Penggal Ketiga

970/3Seni Visual 3 (Projek Kajian Seni Visual)

Kerja Projek

Penghasilan karyaSoalan kerja projek2 soalan diberikanJawab 1 soalan daripada 2 soalan

100(25%)

Sepanjang penggal ketiga

Pentaksiranberasaskansekolah bagi calon sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan

57

Sambungan...

Page 58: Taklimat 1 pengenalan seni visual

Penggal Pengajian

Kod dan Nama Kertas

Jenis UjianMarkah (Wajaran)

Masa Pentadbiran

Penggal Ketiga

970/4Seni Visual 4 (Teori Projek Kajian Seni Visual)

Ujian BertulisSoalan esei1 soalan diberikanSoalan wajib dijawab

100(25%)

3 jam Pentaksiranberpusat bagi calon sekolah swasta, calon persendirian individu, dan calon mengulang peperiksaan STPM sebagai alternatif kerja projek

58

Sambungan...

Page 59: Taklimat 1 pengenalan seni visual

VALIDITY?What is measured?

RELIABILITY?How precisely it is

measured?

Validity and Reliability in Assessment

59

Page 60: Taklimat 1 pengenalan seni visual

KEADILAN & KESAKSAMAAN

KEBOLEHPERCAYAANKESAHANKEJITUAN

60

Page 61: Taklimat 1 pengenalan seni visual

Terima KasihPROF. DR. MOHD MUSTAFA MOHD GHAZALI

Pengerusi Jawatankuasa Sukatan Pelajaran Seni VisualSijil Tinggi Persekolahan Malaysia

Majlis Peperiksaan Malaysia