Taklimat Belip

download Taklimat Belip

of 29

description

taklimat untuk penyampai notis cukai taksiran.

Transcript of Taklimat Belip

  • TINDAKAN DI BAWAH SEKSYEN 148 AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976 (AKTA 171)

  • APA ITU CUKAI TAKSIRAN?

  • Cukai Taksiran ialah cukai yang dikenakan ke atas pegangan berkadar seperti rumah kediaman, kedai, kilang, hotel, stesen minyak, dan tanah kosong yang terdapat di kawasan Majlis.

  • Peruntukan Akta 171 mengenai Cukai Taksiran Cukai taksiran merupakan pendapatan paling utama PBT - Seksyen 39(a) Akta 171.Hasil sesuatu PBT adalah terdiri daripada(a) semua cukai, kadar, sewa, bayaran lesen, diu dan lain-lain wang atau caj yang kena dibayar kepada PBT itu menurut peruntukan-peruntukan Akta ini, atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain.

  • PBN mempunyai budi bicara untuk memberi pengecualian @ pengurangan kadar cukai seksyen 134 , seksyen 135 Akta 171.Contoh:-Pegangan yang digunakan sebagai tempat awam untuk sembahyang:- masjid, gereja dsbTanah perkuburan atau krematoriumSekolah awamPemilik OKU yang berpendapatan rendah

  • KUASA PBT UNTUK MENGENAKAN CUKAI TAKSIRAN?

  • Kuasa PBT untuk mengenakan cukai taksiranSeksyen 127- Kuasa PBT dengan kelulusan PBN untuk mengenakan kadar.Seksyen 128 kuasa PBT untuk mengenakan kadar tambahan.Seksyen 129 kuasa PBT untuk membahagikan kawasan dan mengenakan kadar-kadar berlainan.Mengikut kegunaan sebenar pegangan, contohnya kediaman atau komersial.Seksyen 132- kuasa PBT untuk mengenakan kadar pemaritan.

  • BAGAIMANA CUKAI TAKSIRAN DIKENAKAN?Asas taksiran kadar atas nilai tahunan pegangan @ nilai tambah pegangan sebagaimana yang ditetapkan oleh PBNSeksyen 130 Akta 171

  • BILA CUKAI TAKSIRAN PERLU DIJELASKAN?Cukai taksiran perlu dibayar setiap 2 kali setahun. 1/2 tahun pertama - bayar sebelum 28hb Februari. 1/2 tahun kedua - bayar sebelum 31hb Ogos. Seksyen 133 Akta 171.

  • SIAPA PERLU JELASKAN CUKAI TAKSIRAN?Cukai taksiran hendaklah dibayar oleh pemunya pegangan pada masa ituSeksyen 146 Akta 171.

  • BILA TUNGGAKAN CUKAI TAKSIRAN BERLAKU?

  • Sekiranya jumlah wang masih terhutang pada akhir Februari atau Ogos, ia disifatkan sebagai suatu tunggakan- seksyen 147 (b) Akta 171.pemunya perlu menjelaskan kadar dan apa-apa bayaran lain yang ditetapkan oleh PBT - seksyen 147 (a)

  • Pegangan yang disewaPenyewa hendaklah mengemukakan bil-bil cukai taksiran yang diterima bagi bangunan yang disewa dengan segera kepada pemilik bangunan. Jika pemilik gagal menjelaskan cukai tersebut harta penyewa di dalam bangunan tersebut akan dirampas. Oleh itu penyewa boleh melindungi dengan membayar cukai itu kepada Majlis dengan memotong dari wang sewa rumah - Seksyen 151 (6) & 155

  • BAGAIMANA TINDAKAN UNTUK MENUNTUT TUNGGAKAN CUKAI TAKSIRAN ?

  • PROSES KUTIPAN TUNGGAKAN CUKAI TAKSIRANSEKSYEN 148 AKTA 171

  • TATACARA MENUNTUT TUNGGAKAN CUKAI TAKSIRAN Seksyen 148 Akta 171 Untuk menuntut sesuatu tunggakan, Pihak Berkuasa Tempatan boleha) Menyita apa-apa harta alih,b) Kepunyaan Pemunya atau penduduk yang bertanggung-jawab membayar,c) Yang dijumpai dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan,d) Yang dijumpai dalam pegangan.

  • PROSEDUR TUNTUTAN TUNGGAKAN CUKAI TAKSIRAN1) Sampaikan Notis dalam Borang EMenyerahkan kepada Pemunya,Menyerahkan kepada salah seorang Pemunya,Mengepos,Ke alamat yang terakhir diketahui,Meminta membayar tunggakan dalam masa 15 hari.Bermula tarikh pos atau tarikh serah.

  • Apabila Borang E dikeluarkan, pemunya harta akan dikenakan caj sebanyak RM20.00 sebagai caj mengeluarkan borang E.Kes Generation Products lwn. MPK

  • (2) Sekiranya selepas tempoh 15 hari pemunya masih tidak jelaskan bayaran, PBT keluarkan waran tahanan dalam Borang F .Waran hendaklah dilaksanakan oleh pegawai PBT.Pegawai boleh memecahbuka pada waktu siang mana-mana rumah @ bangunan untuk melaksanakan waran tahanan-Seksyen 148 (3).Pegawai hendaklah membuat inventori dan memberi Notis dalam Borang G kepada pemilik harta itu sekiranya terdapat harta ditahan di bawah waran itu.

  • Inventori tidak perlu dikeluarkan sekiranya:Nilai harta alih kurang dari jumlah tunggakan.Tiada harta alih dan pegangan kosong.Pegawai PBT perlu menampal Notis dalam Borang H,Di suatu tempat yang mudah dilihat di pegangan,Di pegangan itu atau di mana-mana satuOleh itu, tuntutan akan dibuat di bawah Seksyen 151.

  • JENIS/KATEGORI HARTA YANG BOLEH DISITA/TAHAN Barang elektrik- peti sejuk, televisyen, radio, dvd, microwave. Perabot sofa Komputer ribaTernakan

  • JUALAN HARTA YANG DITAHANJika tunggakan beserta kos dibayar dalam tempoh tujuh (7) hari, harta tersebut boleh diserahkan semula kepada pemilik.Jika tidak, ianya perlu dijual melalui lelongan awam seksyen 149 Harta yang mudah rosak atau kos penyimpanan tinggi boleh dijual serta merta.

  • CHECKLIST Pastikan:-Tunggakan masih belum dijelaskan semasa tindakan dibuat.Kad kuasa atau surat kuasa. Tag nama.Jangan bertindak berseorangan.Borang F amat penting boleh dikenakan tindakan tatatertib jika gagal melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.

  • Jika keadaan tidak terkawal, jangan bertindak di luar kawalan, buat repot polis.Buat list barang ikut harga susutnilai, bukan harga pasaran atau harga perolehan.Tunjuk dan minta pengesahan pemunya harta mudah alih tersebut sebelum menyerahkan inventori.Tulisan boleh dibaca, jelas dan butiran lengkap.Jika hanya ada kanak-kanak di bawah umur 12 tahun di premis tersebut, tidak perlu meneruskan tindakan.Jaga tingkah laku dan nama baik Majlis.

  • HALANGANMenghalang pegawai PBT daripada menjalankan tugasS112 Akta 171- denda RM2,000 atau penjara 6 bulan atau kedua-duanyaS186 KAJ denda RM1,000 atau penjara 3 bulan atau kedua-duanyaMenggunakan kekerasan jenayahS353 KAJ penjara 2 tahun atau denda atau kedua-duanya

  • PROSEDUR TANGKAPANS27, S15, S21 KAJKesalahan mesti berlaku di hadapannyaBeritahu OKT sebab dia ditangkapRampas sebarang senjata yang merbahaya, bawa bersama ke balai sebagai buktiSegera menyerahkan OKT kepada anggota polisJika puashati, polis akan tangkap semula di bawah S23 KAJBuat laporan polis di balai

  • PENYAMPAIAN NOTIS/WARANPeranan penghantar notis amat pentingProses pendakwaan bermula dengan penyerahan notisJika terdapat keraguan samada notis telah diserahkan dengan sempurna, penghantar notis boleh diambil tindakan tatatertib, kes juga boleh terjejasOleh itu, PATUHI semua prosedur yang ada

  • SEKSYEN 108 AKTA 171Notis/waran boleh bercetak atau sebahagiannya bertulis dan sebahagiannya bercetakDisampaikan dengan:-Serahan kepada orang itu, atau tempat kediaman terakhir kepada ahli keluarga yang dewasaMeninggalkan di tempat kediaman atau perniagaan yang biasa atau yang akhir diketahui dalam satu sampul

  • Melalui posJika tiada orang dewasa, bolehlah ditampal di tempat yang mudah dilihat di premis tersebut.