TAKLIMAT CUTI TERKINI 2013 JPN (KPM).ppt

103
TAKLIMAT BERKAITAN PENGURUSAN CUTI (PERINTAH AM BAB C, PEKELILING- PEKELILING PERKHIDMATAN DAN SURAT-SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN) Oleh : UNIT KEMUDAHAN DAN SARAAN, SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH.

description

TAKLIMAT CUTI TERKINI 2013

Transcript of TAKLIMAT CUTI TERKINI 2013 JPN (KPM).ppt

  • TAKLIMAT BERKAITAN PENGURUSAN CUTI (PERINTAH AM BAB C, PEKELILING-PEKELILING PERKHIDMATAN DAN SURAT-SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN)Oleh :UNIT KEMUDAHAN DAN SARAAN,SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN,JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH.

  • SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BIL. 1 TAHUN 2009KETUA JABATAN (Pegawai Pelajaran Daerah / Pengetua / Guru Besar (Sekolah Rendah Pendidikan Khas sahaja) boleh luluskan :cuti sakit biasa (tidak lebih 90 hari dalam setahun),Cuti separuh gaji (tidak lebih14 hari setahun),-Cuti tanpa gaji persendirian tidak melebihi 28 hari dalam satu permohonan),

  • Cuti tibi, kusta dan barah,Cuti Haji,Cuti bersalin, termasuk kemudahan kali ke enam(6) dan seterusnya,-Cuti tanpa rekod untuk aktiviti sukan (kurang 15 hari dalam setahun), peperiksaan, kursus insentif Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) dan saksi perbicaraan mahkamah.Sambungan

  • KETUA JABATAN (Pegawai Pelajaran Daerah / Pengetua / Guru Besar hendaklah bertindak memperakukan permohonan-permohonan cuti seperti berikut kepada KPM / JPNCuti sakit melebihi 90 hari setahun,Cuti separuh gaji,-Cuti tanpa gaji mengikut pasangan di bawah PP Bil. 14 Tahun 2005; dan,-* Cuti tanpa gaji urusan persendirian melebihi 28 hari dalam satu permohonan.Sambungan

  • PERINTAH AM BAB C - PengenalanPerintah Am Bab C- Cuti dikeluarkan di bawah kuasa Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agung mengikut Fasal (2) Perkara 132 dalam Perlembagaan.Berkuatkuasa mulai dari 1 hb. Januari, 1974.

    Beberapa Kandungan Perintah Am ini telah dipinda melalui pekeliling-pekeliling dari masa ke semasa.

  • Tafsiran : Cuti & Cuti Rehat

    Cuti Sebarang tempoh seseorang pegawai itu dibenarkan meninggalkan tugasnya dan peninggalan tugas itu tidak dikira sebagai putus perkhidmatan atau sebagai berhenti kerja.Cuti rehat cuti bergaji penuh yang diberi kerana perkhidmatan yang melayakkan dalam sesuatu tahun, dari bulan Januari hingga Disember.

  • Tafsiran : Ketua Jabatan & Kuasa Tertentu

    Ketua Jabatan Ketua Setiausaha kepada Kementerian, Ketua Jabatan, Ketua sesuatu Perkhidmatan, mengikut mana yang berkenaanKuasa Tertentu - Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Setiausaha Kerajaan Negeri, mana yang berkenaan-Surat Pekeliling perkhidmatan Bilangan 5 tahun 1985 Perwakilan kuasa dari Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam kepada Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian (19 perkara perkhidmatan)

  • Tafsiran : Perkhidmatan yang melayakkan

    Perkhidmatan yang diambil kira bagi mengira kelayakan mendapat cuti seseorang pegawai dan terdiri dari masa-masa bertugas, cuti rehat dan cuti sakit (dan bagi guru-guru termasuk cuti sekolah bergaji penuh) tetapi tidak termasuk cuti separuh gaji, cuti tanpa gaji, cuti haji, cuti tibi, kusta dan barah dan cuti belajar.

  • Tafsiran : Sanak Saudara & Pegawai Persekutuan

    Sanak Saudara adik beradik, ibu bapa dan lain-lain saudara mara yang rapat kepada pegawai.Pegawai Persekutuan - pegawai yang dilantik ke dalam mana-mana perkhidmatan Persekutuan;

  • CUTI BUKAN HAK Cuti adalah satu keistimewaan atau kemudahan yang diberikan oleh Kerajaan kepada anggota Perkhidmatan Awam.

  • TUJUAN CUTI

    Untuk meningkatkan kualiti perkhidmatanMenyelesaikan masalah peribadi

  • Kategori Cuti

    1.Cuti kerana perkhidmatan2.Cuti atas sebab kesihatan/perubatan3.Cuti menunaikan haji4.Cuti tanpa rekod5.Cuti kerana berkursus

  • Cuti Kerana Perkhidmatan4 jenis cuti yang boleh diberi kerana perkhidmatan melayakkan1.Cuti rehat PAC 72.Cuti rehat khas PP 3/20053.Cuti separuh gaji PAC 13 (a)(ii)/PAC51 (a) (ii)4.Cuti tanpa gaji PAC 14 (b) & ( c )

  • Cuti Separuh GajiBukan Guru PAC 13(a)(ii)Guru PAC 51(a)(ii)PP 9/91 Perenggan 3 Lampiran D7sebab-sebab kesihatan sanak saudara yang rapat kepada pegawai ituKadar cuti 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan yang melayakkan tetapi tidak boleh melebihi 180 hari

  • Cuti Separuh Gaji kuasa melulusDi bawah SPP Bil. 5 Tahun 1985 & KP(PP)0046SJA/(30) bertarikh 24 Disember 1973 Ketua Jabatan ialah Pengarah JPN.

    Di bawah surat Kementerian Pelajaran Malaysia bil. KPP(PP)0113/71/(15) bertarikh 25.02.2009 Ketua Jabatan ialah Pengarah Pelajaran Negeri. Pegawai Pelajaran Daerah dan Pengetua/Guru Besar(Sek. Pendidikan Khas).

    PAC 13 (d) Ketua Jabatan boleh meluluskan cuti separuh gaji ini tidak lebih daripada 14 hari dalam satu-satu tahun.

  • Catatan dalam Kenyataan Perkhidmatan

    KebenaranButir-butir perubahan atau lain-lain hal mengenai pegawaiNama jawatan, peringkat dan/atau kelasTarikh mulai daripadaBerpencen/ Tak Berpencen, Peruntukan TerbukaGaji Sebulan (RM)JPN..BthDiluluskan cuti separuh gaji kerana menjaga anak sakit selama 14 hari mengikut peruntukan Perintah Am Bab C 52 (a)(ii) mulai hingga PPPBS.. Hingga .BP/TBRM./2ITP: 90/2KP(PP)5090/.(.) bthDiluluskan cuti separuh gaji kerana menjaga anak sakit selama . hari mengikut peruntukan Perintah Am Bab C 52 (a)(ii) mulai hingga PPPBS Hingga .BP/TPRM ./2ITP: 90/2

  • Cara perkiraan kadar kelayakan kemudahan cuti separuh gaji berdasarkan perkhidmatan melayakkan

    Tarikh lantik tetap1 November 1990Tarikh mula cuti separuh gaji1 Februari 1998Tempoh perkhidmatan :7 tahun 3 bulanLayak cuti separuh gaji :7 x 30 hari = 210 hariLayak maksimum180 hari sahaja

  • Cara perkiraan kadar kelayakan kemudahan cuti separuh gaji berdasarkan perkhidmatan melayakkan

    Tarikh lantik tetap1 November 1990Mohon Cuti Separuh Gaji1 Februari 1998Tempoh perkhidmatan :7 tahun 3 bulanPernah CTG mengikut PP 1/19923 tahunTempoh perkhidmatan melayakkan7 tahun 3 tahun = 4 tahunTempoh cuti separuh gaji yang layak dinikmati4 x 30 hari = 120 hari

  • Cuti Tanpa GajiKetua Jabatan boleh meluluskan cuti tanpa gaji kepada pegawai-pegawainya atas sebab-sebab persendirian yang mustahak.PAC 14 (b) Urusan sendiri di dalam MalaysiaPAC 14 (c) Urusan sendiri di luar MalaysiaKetua Jabatan ialah Pengarah JPN mengikut surat Kementerian bilangan KP(PP)0046SJA/(30) bertarikh 24 Disember 1973.

    Di bawah surat Kementerian Pelajaran Malaysia bil. KPP(PP)0113/71/(15) bertarikh 25.02.2009 Ketua Jabatan ialah Pengarah Pelajaran Negeri. Pegawai Pelajaran Daerah dan Pengetua/Guru Besar (Sek. Pendidikan Khas).

  • Cuti Tanpa GajiJumlah cuti yang boleh diluluskan ialah sebanyak 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan.Had maksimum 360 hariSyarat minimum layak memohon cuti tanpa gaji ialah 6 bulan perkhidmatan yang melayakkan.Baki cuti tanpa gaji yang belum diambil boleh digunakan selagi tidak mencapai had maksimum yang dibenar berasaskan perkhidmatan yang melayakkan.Perlu direkod dalam Kenyataan Perkhidmatan.

  • Perintah Am 14 A Bab C(a)Tiada gaji bagi tempoh tak hadir bekerja tanpa cutiJika seseorang pegawai itu tidak hadir bekerja bagi sesuatu tempoh tanpa sesuatu sebab yang pada pendapat Ketua Jabatan adalah satu sebab yang munasabah, maka pegawai itu tidaklah berhak mendapat apa-apa gaji atau lain-lain emolumen bagi tempoh tidak hadir bekerja itu.

  • Cuti tanpa gaji mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 29 Tahun 2009Pasangan adalah suami/isteri yang sahLayak bagi tempoh maksimum 3 tahun sahaja dengan syarat :--Tempoh pasangan berkhidmat/belajar melebihi 6 bulan-Sekiranya pasangan bekerja dengan syarikat swasta, syarikat tersebut hendaklah berdaftar dalam Malaysia-Maksimum 3 tahun sahaja bagi pasangan swasta

    Tarikh kuat kuasa 30 Disember 2009Kelulusan ialah Pengarah JPN Sabah Punca Kuasa KP(PP)0069/6/3 Jilid2(28) bertarikh 23.03.2010 berkuat kuasa mulai 01.04.2010.

  • CUTI-CUTI ATAS SEBAB PERUBATANPerintah Am 15 Bab C-Sijil sakit perlu untuk mendapat cuti sakitKetua Jabatan boleh beri cuti sakit apabila seseorang pegawai itu disahkan tidak sihat untuk menjalankan tugas-tugas jawatannya oleh PPK/ LP/Panel Doktor.Pengesahan itu hendaklah di atas sijil sakit yang diterima mengikut Perintah Am Bab C 1 (xi)

  • Tafsiran : Sijil Sakit

    Cuti bergaji penuh yang diberi kerana sebab-sebab perubatanDengan mengemukakan Sijil Sakit dari seorang pegawai perubatan Kerajaan atau lain-lain doktor yang diterima,dan diberi bagi sakit atau kecederaan yang ada harapan untuk sembuh

  • Tafsiran : Sijil Sakit

    Sijil akuan sakit yang dikeluarkan olehi.seorang pegawai perubatan Kerajaan(PPK) atauii.sebuah Lembaga Perubatan (Perintah Am Bab F) atauiii.seorang ahli Panel Doktor yang diluluskan oleh Kerajaan.

  • PINDAAN PERATURAN BERKAITAN PENERIMAAN SIJIL SAKIT SWASTA UNTUK TUJUAN KEMUDAHAN CUTI SAKIT( PP BIL. 2 TAHUN 2006 )Jika sebagai pesakit luar Hospital atau Klinik Swasta , Sijil Sakit tidak melebihi 15 hari dalam satu tahun kalendar tanpa sokongan Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima; atau

    Jika sebagai pesakit dalam Hospital atau Klinik Swasta, Sijil Sakit tidak melebihi 180 hari dalam satu tahun kalendar tanpa sokongan Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima; dan

    Jumlah cuti sakit sama ada sijil sakit swasta atau sijil sakit kerajaan yang boleh diberi adalah tidak melebihi 180 hari dalam satu tahun kalendar, di mana 90 kelulusan Ketua Jabatan dan 90 hari seterusnya kelulusan Ketua Setiausaha.

    Berkuatkuasa mulai 27.04.2006

  • JENIS-JENIS CUTI ATAS SEBAB PERUBATAN1.Cuti sakit2.Cuti sakit lanjutan3.Cuti pemulihan dan cuti kerantina4.Cuti bersalin5.Cuti kecederaan6.Cuti tibi, kusta dan barah

  • Cuti Sakit Perintah Am 17 (a) Bab CKetua Jabatan boleh meluluskan cuti sakit tidak melebihi 90 hari pada satu-satu masa atau 90 hari dalam satu-satu tahun dan selebihnya Kuasa Tertentu boleh memberi tidak lebih daripada 90 hari lagi.

  • CUTI SAKIT Kuasa melulus

    Tempoh cuti sakitKuasa MelulusPeruntukan Kebenaran / Perintah Am90 hariKetua Jabatan ialah Pengarah Pelajaran Negeri. Pegawai Pelajaran Daerah dan Pengetua/Guru Besar (Sek. Pendidikan Khas).Surat Kementerian Pelajaran Malaysia bil. KPP(PP)0113 /71/(15) bertarikh 25.02.2009

  • CUTI SAKIT Kuasa melulus

    Tempoh cuti sakitKuasa MelulusPeruntukan Kebenaran Perintah Am90 hariKuasa Tertentu KSU Kementerian (urusetia BSM, KPM)Perintah Am 17 (a) Bab C25 hari (guru) / tempoh cuti rehat yang melayakkanKetua Jabatan ialah Pengarah Pelajaran Negeri. Pegawai Pelajaran Daerah dan Pengetua/Guru Besar (Sek. Pendidikan Khas).Surat Kementerian Pelajaran Malaysia bil. KPP(PP)0113 /71/(15) bertarikh 25.02.2009

  • Cuti sakit lebih 45 hari setahun

    Seseorang pegawai yang telah mengambil cuti sakit yang berjumlah 45 hari atau lebih dalam tiap-tiap tahun bagi masa tiga tahun berturut-turut boleh dikehendaki Ketua Jabatannya untuk diperiksa tahap kesihatannya oleh sebuah Lembaga Perubatan (tidak kira sama ada ia telah melaporkan dirinya masih sakit lagi atau tidak) PAC 18

  • Cuti sakit lanjutan

    Anggota yang masih lagi sakit dalam satu-satu tahun itu setelah diberikan kelulusan cuti sakit (180 hari), cuti tambahan (25 hari/cuti rehat), cuti sakit secara separuh gaji (tidak lebih daripada 90 hari dengan perakuan Lembaga Perubatan) akan diberi cuti sakit secara tanpa gaji bersamaan elaun bantuan separuh gaji bagi tempoh selebihnya. Tahun berikutnya diulang lagi kemudahan cuti sakit & cuti sakit lanjutan.

  • Cuti sakit lanjutan dan kuasa melulus

    TempohPeruntukanKuasa MelulusCatatan90 hariPAC 22/ PP 9/91 Lampiran D7 Perenggan 5Kuasa Tertentu (KSU KPM)** Separuh GajiTanpa Gaji 70 hariPAC 22/ PP 9/91 Lampiran D7 Perenggan 7Kuasa Tertentu (KSU KPM)** Elaun bantuan = 1/2 gajiTanpa gaji

    **NOTA: Anggota yang telah dirujuk ke Lembaga Perubatan mengikut Perintah Am 19 Bab F atau PP 10/1995 dan diakui ada harapan sembuh layak mendapat cuti sakit lanjutan separuh gaji.

  • Cuti sakit lanjutan dan kuasa melulus

    Anggota yang telah dirujuk ke Lembaga Perubatan mengikut Perintah Am 19 Bab F atau Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 1995 dan diakui ada harapan sembuh layak mendapat cuti sakit lanjutan secara separuh gaji tidak lebih 90 hari. Tempoh selebihnya anggota diberi cuti sakit tanpa gaji bersamaan elaun bantuan (separuh gaji).Anggota yang tidak dirujuk ke Lembaga Perubatan diberi cuti sakit lanjutan secara tanpa gaji.

  • CUTI PERUBATAN KHAS (PP BIL. 10/1995)

    Mulai tarikh berikutan keluarnya Laporan Lembaga Perubatan yang menyampaikan pendapat bahawa pegawai yang berkenaan tidak berupaya menjalankan kewajipan-kewajipan jawatannya disebabkan oleh kelemahan akal atau tubuh yang mungkin menjadi kekal hingga tarikh sehari sebelum tarikh persaraan diputuskan oleh JPA.

  • Cuti Perubatan Khas

    Diberi kepada anggota yang tiada cuti rehat atau sebaik sahaja anggota menghabiskan cuti rehatnya.Dibayar gaji pokok dan imbuhan-imbuhan tetap berdasarkan jawatan-jawatan hakikinya.Tarikh kuatkuasa mulai 1 Disember 1995.

  • Penubuhan Lembaga Perubatan Perintah Am 19 Bab F

    i.Didapati masih tidak sihat setelah menghabiskan semua cuti sakit biasanyaii.Pegawai perubatan berpendapat bahawa pegawai tiada harapan untuk sihat bagi menjalankan tugasnyaiii.Cuti sakit melebihi 45 hari bagi tempoh 3 tahun berturut-turutiv.Kesiuman otak atau kesihatan pegawai diragu-ragukanv.Pegawai telah tercedera semasa bertugas vi.Disahkan mengidap penyakit tibi, kusta atau barahvii.Rawatan di luar negara

  • Cuti Pemulihan dan Kerantina

    i.Cuti pemulihan - dibatalkanii.Cuti Kerantina Pegawai dalam perjalanan balik ke Malaysia dari luar negeri di tahan di mana-mana stesen kerantina oleh pihak berkuasa kesihatan pelabuhan atau lapangan terbang atau di dalam sebuah kapal/kapal terbang yang ada berlaku wabak penyakit merebak.

  • Cuti Kerantina

    Wabak penyakit merebak di luar Malaysia.Anggota itu sendiri disyaki pembawa penyakit merebakWabak penyakit merebak di kawasan rumahnyaLayak cuti sakit bergaji penuh

  • Kemudahan Cuti Bersalin Pegawai Perkhidmatan Awam(PP Bil. 14 Tahun 2010)Untuk menjelaskan kelayakan dan kaedah pelaksanaan peraturan mengenai kemudahan Cuti Bersalin bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan.

  • KelayakanSeseorang pegawai yang bersalin layak mendapat Cuti Bersalin Bergaji Penuh sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatannya;

    Pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh Cuti Bersalin di antara 60 hari sehingga 90 hari bagi setiap kelahiran; dan

    Cuti Bersalin bermula pada tarikh pegawai bersalin. Walau bagaimanapun, pegawai boleh memilih untuk menggunakan Cuti Bersalin lebih awal dari tarikh bersalin iaitu pada bila-bila masa dalam tempoh 14 hari dari tarikh dijangka bersalin.

  • KelayakanBagi pegawai yang mempunyai baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh kurang daripada 90 hari, pegawai dikehendaki untuk memenuhi tempoh Cuti Bersalin di antara 60 hari sehingga 90 hari dengan menggunakan turutan kemudahan seperti berikut :

  • KelayakanBagi pegawai kecuali guru:

    a. menghabiskan kesemua baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh yang dilayaki; dan

    b. mengambil Cuti Rehat yang berkelayakan; dan

    c. mengambil Cuti Bersalin Tanpa Gaji setelah menggunakan kemudahan di perenggan 7.1 (a) dan (b) di atas; atau

    d. menggunakan Cuti Menjaga Anak (tanpa gaji) sehari selepas tamat tempoh Cuti Bersalin Bergaji Penuh sepertimana yang dijelaskan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007.

  • KelayakanBagi guru:

    a. Semasa penggal sekolah, guru hendaklah:

    i) menghabiskan kesemua baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh yang dilayaki;

    ii) mengambil Cuti Bersalin Separuh Gaji sehingga 14 hari; dan

    iii) mengambil Cuti Bersalin Tanpa Gaji setelah menggunakan kemudahan di perenggan 7.2 (a)(i) dan (ii) di atas; atau

    iv) menggunakan Cuti Menjaga Anak sehari selepas tamat tempoh Cuti Bersalin Bergaji Penuh sepertimana yang dijelaskan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007 bagi memenuhi tempoh Cuti Bersalin.

  • Kelayakanb. Semasa cuti penggal sekolah, guru hendaklah:

    i) menghabiskan kesemua baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh yang dilayaki; dan

    ii) bagi tempoh yang selebihnya dianggap dalam Cuti Bergaji Penuh.

  • KelayakanBagi pegawai yang telah menggunakan kelayakan maksimum 300 hari kemudahan Cuti Bersalin, pegawai dikehendaki untuk memenuhi tempoh Cuti Bersalin di antara tempoh 60 hari sehingga 90 hari dengan menggunakan kemudahan seperti berikut :

  • KelayakanBagi pegawai kecuali guru:

    a. mengambil Cuti Rehat mengikut kelayakan pegawai mulai dari tarikh bersalin; dan

    b. mengambil Cuti Bersalin Tanpa Gaji setelah menggunakan kemudahan di perenggan 8.1 (a) di atas; atau

    c. menggunakan Cuti Menjaga Anak (tanpa gaji) mulai dari tarikh bersalin sepertimana yang dijelaskan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007 bagi memenuhi tempoh Cuti Bersalin.

  • KelayakanBagi guru: a. Semasa penggal sekolah, guru boleh: i) mengambil Cuti Bersalin Separuh Gaji sehingga 14 hari; dan ii) mengambil Cuti Bersalin Tanpa Gaji setelah menggunakan kemudahan di perenggan 8.2 (a)(i) di atas; atau iii) menggunakan Cuti Menjaga Anak mulai dari tarikh bersalin sepertimana yang dijelaskan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007 bagi memenuhi tempoh Cuti Bersalin. b. Semasa cuti penggal sekolah, guru yang bersalin dianggap dalam Cuti Bergaji Penuh.

  • Cuti Bersalin Separuh Gaji dan Cuti Bersalin Tanpa Gaji yang diambil oleh pegawai yang bersalin tidak akan menjejaskan kelayakan pegawai untuk menggunakan Cuti Separuh Gaji di bawah Perintah Am 51 Bab C Tahun 1974 dan Cuti Tanpa Gaji di bawah Perintah Am 14 dan 52 Bab C Tahun 1974.

  • Bagi pegawai lantikan kontrak (contract of service), kelayakan mereka adalah sepertimana yang ditetapkan dalam perenggan 6, 7 dan 8 di atas. Walau bagaimanapun, mereka tidak layak mengambil Cuti Menjaga Anak bagi menggantikan kelayakan Cuti Bersalin. Kemudahan Cuti Bersalin Tanpa Gaji yang diambil tidak menjejaskan kemudahan Cuti Tanpa Gaji sepertimana yang diperuntukkan dalam perenggan 54.4 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008 dan peraturan lain yang berkuat kuasa. Kemudahan Cuti Bersalin Tanpa Gaji ini juga tidak menyebabkan tempoh kontrak yang berkuat kuasa terputus.

  • Cuti Sakit tidak boleh digunakan bagi maksud menggantikan tempoh Cuti Bersalin kecuali Cuti Tibi, Kusta, Barah atau tempoh pegawai dimasukkan ke wad hospital kerana sakit bukan atas sebab bersalin.

  • Bagi pegawai yang telah melahirkan anak selepas 22 minggu mengandung, sama ada bayi itu hidup atau pun meninggal dunia adalah layak untuk diberi Cuti Bersalin memandangkan tubuh badan pegawai telah mengalami perubahan fizikal yang memerlukan Cuti Bersalin bagi tujuan pemulihan.

  • Tempoh perkhidmatan dengan Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan bagi seseorang pegawai yang diberi pelepasan untuk berkhidmat dengan perkhidmatan awam Persekutuan hendaklah diambilkira bagi maksud kelayakan kemudahan di bawah Pekeliling Perkhidmatan ini.

  • Tempoh perkhidmatan termasuk semasa pelantikan secara sementara atau pelantikan secara kontrak hendaklah diambilkira bagi maksud kelayakan kemudahan di bawah Pekeliling Perkhidmatan ini.

  • Urusan pentadbiran kemudahan Cuti Bersalin adalah seperti berikut:

    pegawai hendaklah mengemukakan dokumen sokongan daripada hospital/ klinik Kerajaan atau swasta yang mengesahkan tarikh dijangka bersalin bagi membolehkan Ketua Jabatan meluluskan permohonan Cuti Bersalin dengan menggunakan borang seperti di Lampiran A Pekeliling Perkhidmatan ini;

    Bagi memudahkan urusan pentadbiran, pegawai tidak boleh meminda tempoh Cuti Bersalin yang telah diluluskan oleh Ketua Jabatan;

  • Ketua Jabatan hendaklah memastikan bilangan hari dan tempoh Cuti Bersalin yang diluluskan direkod di dalam Rekod Perkhidmatan pegawai;

    bagi pegawai yang telah menggunakan kemudahan Cuti Bersalin di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1998, kelayakan kemudahan Cuti Bersalin yang telah digunakan sebelum ini hendaklah ditolak daripada jumlah kelayakan di bawah Pekeliling Perkhidmatan ini; dan,

    Pegawai yang bermula Cuti Bersalin sebelum 15 Oktober 2010 adalah masih tertakluk kepada tempoh Cuti Bersalin selama 60 hari dan pelaksanaannya sepertimana dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1998.

  • PEMBATALAN

    Dengan berkuat kuasanya Pekeliling Perkhidmatan ini, maka Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1998, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2009, perenggan 54.5 (i), (ii) dan (iii) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2009 adalah dibatalkan.

  • TARIKH KUAT KUASA

    Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 15 Oktober 2010.

  • Kemudahan Cuti Menjaga Anak (PP Bil. 15 Tahun 2007)-Pegawai wanita yang bersalin boleh dipertimbangkan kemudahan cuti menjaga anak (cuti tanpa gaji) tidak melebihi 1825 hari ( 5 tahun).

    Pegawai wanita yang masih berkelayakan cuti bersalin bergaji penuh, kemudahan cuti menjaga anak adalah mulai dari hari ke 61 manakala yang telah menggunakan kemudahan cuti bersalin kemudahan cuti bermula dari tarikh melahirkan anak.

    CTG menjaga anak yang telah diambil di PP. Bil. 9/1991 dan PP. Bil. 2/1998 hendaklah ditolak dari jumlah kelayakan di bawah Pekeliling Perkhidmatan ini.

    Berkuatkuasa mulai 03 Sept. 2007

  • Cuti Tanpa Rekod Isteri Bersalin

    Layak kepada anggota lelaki yang telah dilantik tetap sahaja.Tarikh kuatkuasa 1 Januari 1992 (SSB).5 kali sepanjang perkhidmatan.3 hari termasuk cuti am perenggan 58.2 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991

  • Cuti Tanpa Rekod Isteri Bersalin

    7 hari mulai 1.1.2003 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2002.Bermula pada hari bersalin/lepas waktu pejabat keesokannya.Termasuk semua hari rehat dan hari kelepasan am.Tertakluk kepada kepentingan perkhidmatanDipanjangkan juga kepada PPP bertugas dalam penggal persekolahan atau yang diarah bertugas semasa cuti penggal persekolahan

  • Cuti kecederaan

    Cedera semasa menjalankan tugas.Layak cuti sakit mengikut Perintah Am 17 (a) Bab C.Jika masih belum sembuh, layak cuti kecederaan bergaji penuh sehingga ia pulih.

  • Cuti kecederaan

    Perakuan oleh Lembaga Perubatan (Perintah Am 19 Bab F)KJ uruskan bayaran pampasan Ex-GratiaKuasa melulus ialah KSU Kementerian (BSM, KPM sebagai urusetia)

  • Cuti sakit tibi/kusta/barah

    Mendapat rawatan perubahan percuma termasuk wadKusta/Barah cuti sakit bergaji penuh tidak lebih daripada 24 bulan (720 hari )Tibi cuti sakit bergaji penuh tidak lebih daripada 12 bulan (360 hari)Jenis penyakit setaraf dengan perakuan Lembaga Perubatan

  • Cuti haji

    Bergaji penuh kepada pegawai-pegawai Islam untuk menunaikan fardhu haji di MekahTempoh 40 hari sahaja termasuk cuti hujung minggu dan kelepasan am.Selebihnya guna Cuti Rehat/Cuti Rehat Khas/Cuti Penggal/Tanpa Gaji.Sekali sepanjang perkhidmatan Kelulusan adalah Ketua Jabatan kecuali Guru Kontrak diluluskan oleh Kementerian Pelajaran.

  • Cuti haji (PP 4/84)

    Syarat-syarat Cuti Haji mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 tahun 1984 -Telah berkhidmat tidak kurang 4 tahun-Telah disahkan dalam jawatanAnggota berjawatan sementara yang berkhidmat tidak kurang daripada 6 tahun secara berterusan layak cuti haji.Yang berjawatan kontrak dengan syarat tidak pernah menggunakan kemudahan cuti ini sepanjang perkhidmatan tetap.

  • Cuti haji (PP 9/91)

    Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991 Lampiran D7 Prenggan 6 telah meminda kemudahan cuti haji ini di mana anggota tidak perlu lagi berkhidmat 4 tahun untuk melayakkan cuti hajiAnggota yang telah disahkan dalam jawatan boleh menikmati kemudahan ini.

  • Cuti berkursus

    Pegawai yang dipilih atau dibenarkan oleh kerajaan untuk mengikuti apa jua jenis kursus, latihan atau pengajian.Gaji penuh, separuh gaji atau tanpa gaji Diploma, ijazah asas, lepasan ijazah atau kursus lanjutan

  • Cuti berkursus

    Boleh diberi bagi jangkamasa berikut :--Tempoh kursus (termasuk cuti akademi dan rehat yang jatuh dalam masa kursus itu)-Tempoh perjalanan ke tempat belajar dan perjalanan balik (mengikut jalan yang paling dekat)-Tempoh menunggu di luar negeri yang tidak dapat dielakkan yang disebabkan oleh urusan-urusan perjalanan tempatan.

  • Cuti berkursus

    Cuti akademi menghapuskan cuti rehatAnggota tidak layak mendapat kemudahan cuti rehat ketika mengikuti kursus yang kurang daripada 12 bulan.Kursus yang melebihi 12 bulan anggota dianggap sebagai telah menghabiskan semua cuti rehat yang ia berkelayakan mendapat sebelum pergi berkursus

  • Cuti berkursus (PAC 1974)

    Perintah Am Bab C Tahun 1974 Peruntukan 38Ketua Jabatan luluskan CR tidak melebihi 14 hari kepada pegawai-pegawai yang baru menamatkan kursus latihan atau pengajian yang memakan masa melebihi 12 bulanCuti rehat ini akan ditolak dari cuti rehat yang ia berkelayakan dapat setelah berkhidmat semula

  • Cuti berkursus (PAC 9/91)

    Perintah Am Bab C tahun 1974 Peruntukan 38 dipinda oleh Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 tahun 1991 Lampiran D7 Perenggan 7.Ketua Jabatan luluskan CR tidak melebihi 7 hari jika anggota masih mempunyai baki cuti rehat sebelum pergi berkursus.Bagi guru-guru, guna cuti rehat khas yang berbaki sebelum pergi berkursus. - CRK

  • Cuti Tidak Berekod PAC 1974

    Cuti gantianCuti latihan pasukan sukarela - tidak melebihi 30 hari..Cuti menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhan/persatuan - tidak melebihi 14 hari.Cuti menghadiri latihan syarikat kerjasama - tidak melebihi 2 bulan.Cuti untuk hadir peperiksaan - mengikut hari peperiksaan sahaja.Cuti menghadiri mesyuarat persatuan ikhtisas - mengikut tarikh mesyuarat sahaja iaitu menyuarat agung tahunan dan mesyuarat agung luar biasa sahaja.Cuti mengambil bahagian dalam olahraga sukan - tidak melebihi 30 hari. Jika melebihi cuti seterusnya adalah atas pertimbangan (BPSM,KPM) / KSN.Cuti tugas khas perubatan - tidak melebihi 14 hari.

  • Cuti Tidak Berekod Pekeliling

    Cuti mengambil bahagian dalam lawatan kebudayaan PP16/1966SPP 11/1980 CTB bagi pegawai-pegawai kerajaan yang dipilih untuk mengambil bahagian dalam sukan-sukan perwakilanRancangan pertukaran belia antarabangsa dikeluarkan oleh JPA dari semasa ke semasaMajlis Bersama Kebangsaan/JabatanProgram rakan muda

  • Cuti Tidak Berekod Pekeliling

    Kemudahan Cuti Isteri bersalin Perenggan 58.2 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991.Peraturan memberikan kebenaran tidak hadir kerja atas sebab-sebab kecemasan am Pekeliling Perkhidmatan 1/1986Disapina untuk hadir di mahkamah (luar stesen) sebagai saksi pihak bukan Kerajaan Srt JPA(S)22/8/3-3 Sk.4/(11) 26 Julai 1994Cuti kematian keluarga terdekat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9/2002.

  • Cuti Gantian

    Seseorang pegawai yang tidak berkelayakan mendapat bayaran kerana bekerja lebih masa atau sebarang bayaran khas lain boleh diberi cuti gantian kerana dipanggil bertugas lebih masa pada hari bekerja biasa, hari cuti am atau hari kelepasan mingguan.Cuti gantian hendaklah sama banyak dengan masa yang dipanggil bertugas lebih masa itu.

  • Cuti Gantian

    Layak kepada pegawai dalam kumpulan sokongan yang tidak mendapat bayaran lebih masa dan pegawai dalam pengurusan tertinggi dan kumpulan pengurusan dan profesionalSyarat-Arahan dikeluarkan oleh KJ untuk tugas lebih masa-Tugas lebih daripada masa bekerja biasa atau masa kecemasan, hari cuti am atau hari kelepasan mingguan

  • Cuti Gantian

    Corak-corak kerja lebih masa (PP)9/91 LD26 P24):-1.Kerja-kerja kecemasan2.Kerja mustahak tak boleh tangguh kepada hari berikutnya (memudaratkan perkhidmatan jika ditangguh)3.Kerja-kerja yang dikehendaki dibuat oleh anggota melebihi bidang tugas biasanya4.Kerja-kerja yang perlu diuruskan dalam jangkamasa terhad

  • Cuti Gantian

    Bagi pegawai yang diarah membuat perjalanan maka hari yang digunakan untuk perjalanan tidak melayakkan untuk diberi cuti gantian (Perintah Am 20 Bab G).Kuasa melulus Ketua Jabatan9 jam kerja lebih masa bersamaan 1 hari cuti gantian.

  • Cuti latihan pasukan sukarela

    Pegawai hendaklah ahli pasukan sukarela seperti di Lampiran AKJ boleh lulus tidak melebihi 30 hari dan 2 hari bagi perjalanan pergi dan balik.Cuti selebihnya tolak cuti rehat jika tiada kemukakan ke BSM, KPM untuk pertimbangan/kelulusan.

  • Cuti latihan pasukan sukarela

    1.Askar Wataniah2.Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Di Raja 3.Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Di Raja4.Simpanan Sukarela Polis5.Pertahanan Awam

  • Cuti latihan pasukan sukarela

    Dihadkan bagi tujuan menghadiri latihan atau khemah tahunan sahaja samada di dalam atau di luar negeri.Perlu surat arahan rasmi dari pemerintah Pasukan Sukarela yang menyatakan tempoh diperlukan.Kelulusan cuti tertakluk kepada kepentingan perkhidmatanCatatkan kelulusan dalam Kenyataan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti.

  • Cuti menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhan/persatuan

    Pegawai hendaklah ahli pertubuhan/persatuan dibenarkan oleh KPPA seperti di Lampiran BKJ boleh lulus tidak melebihi 14 hari dan 2 hari bagi perjalanan pergi dan balik. Cuti selebihnya guna Cuti Rehat/tanpa gaji.Aktiviti dalam Malaysia sahaja.

  • Bersambung

    Nama Pertubuhan/Persatuan Perintah Am Bab C Peruntukan 42 (a)

    1.Kadet Laut2.Pasukan Kadet Persekutuan3.Pasukan Latihan Udara Persekutuan4.Pertubuhan Pengakap5.Pertubuhan Pandu Puteri6.Briged Budak Lelaki7.Briged Budak Perempuan8.St John Ambulan

  • Bersambung

    Nama Pertubuhan/Persatuan Perintah Am Bab C Peruntukan 42 (a) - sambungan

    9.Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia10.Persatuan Perancang Keluarga 11.PEMADAM12.Persatuan Penyelamat Kelemasan Di Raja Cawangan Malaysia13.Persatuan Membantu Orang-orang Dalam Penyeliaan14.Majlis Penasihat Kebangsaan Mengenai Integrasi Wanita Dalam Pembangunan (NACIWID)

  • Bersambung

    Nama Pertubuhan/Persatuan Perintah Am Bab C Peruntukan 42 (a) - sambungan

    15.Pertubuhan Orang-orang Buta16.Institut Dakwah Dan Latihan Islam, Jabatan Perdana Menteri, Malaysia 17.Jabatan Perpaduan Negara, JPM, 18.Persatuan Penguna-Penguna19.Persatuan Bagi Mencegah Penyakit Tibi Malaysia20.PUSPANITA

  • Nama Pertubuhan/Persatuan Perintah Am Bab C Peruntukan 42 (a) - sambungan

    21.Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (JKKK)22.Pasukan Kadet Polis 23.Persatuan Keluarga Polis (PERKEP)24.PERKIM25.Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (N.C.W. O)26.Majlis Keselamatan Negeri, JPM27.Persatuan Stem Malaysia28.Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri

  • Cuti menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhan/persatuan

    Pegawai hendaklah ahli pertubuhan/persatuan dibenarkan oleh KPPA seperti dilampiran B dah ahli persatuan kebajikan dan sukan di Jabatan Kerajaan yang berdaftar dengan pendaftar pertubuhan dan diiktiraf oleh KPPAKJ boleh lulus tidak melebihi 14 hari dan 2 hari bagi perjalanan pergi dan balik. Cuti selebihnya guna Cuti Rehat/tanpa gaji.

  • Cuti menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhan/persatuan

    Aktiviti dalam Malaysia sahaja.Dibenarkan untuk aktiviti berikut sahaja-Kursus latihan-Khemah latihan tahunan -Mesyuarat Agung Tahunan-Mesyuarat Luar Biasa-Seminar-Aktiviti Sukan

  • Cuti menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhan/persatuan

    Aktiviti sukan anjuran Persatuan Kebajikan dan Sukan Jabatan Kerajaan hendaklah diadakan pada hari-hari cuti mingguan atau cuti am dan tidak menggunakan waktu pejabat (Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 1993)Terhad kepada Pertubuhan/Persatuan yang tersenarai sahajaKemudahan ini tertakluk kepada kepentingan perkhidmatanCatatkan dalam KP dan KC (BRP)

  • Cuti lain-lain kursus

    Perintah Am 42 (b) Bab CPegawai-pegawai yang dikehendaki menghadiri-Kursus di sekolah latihan semangat-Latihan pimpinan belia yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan.-Kursus Kesatuan Sekerja yang diluluskan oleh Kementerian Sumber Manusia

  • Cuti lain-lain kursus

    Ahli Kesatuan Sekerja yang menghadiri Persidangan Perwakilan, di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa yang diadakan di Malaysia.Ahli kesatuan sekerja yang menghadiri mesyuarat agung tahunan/luar biasa di peringkat KebangsaanKursus kesatuan sekerja yang akan dihadiri perlu terlebih dahulu dilulusksan Kementerian Sumber Manusia

  • Cuti Menghadiri Latihan Syarikat Kerjasama

    Ahli syarikat kerjasama yang membuat akuan untuk memegang jawatan di dalam Syarikat KerjsamasaPegawai-pegawai yang menjadi Ahli Syarikat Kerjasama Kursus Latihan, seminar dan mesyuarat SK sahaja.Aktiviti Syarikat Kerjasama diluluskan oleh Ketua Pengarah Kemajuan Kerjasama, Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi.

  • Cuti Menghadiri Latihan Syarikat Kerjasama

    Tempoh 2 bulan (utk kursus sahaja)Akuan memegang jawatan 2 tahunKJ luluskan aktiviti dalam Malaysia sahaja.KSU luluskan aktiviti luar MalaysiaCatatkan dalam Kenyataan Perkhidmatan

  • Cuti Untuk Masuk Peperiksaan(Perintah Am Bab C Perkara 44)

    Peperiksaan yang boleh membaiki peluang hidup pegawai berkenaan Pada hari peperiksaan sahajaKelulusan catatkan dalam Kenyataan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti

  • Cuti Untuk Mengambil Bahagian dalam Olahraga - Sukan

    Perlawanan Sukan di peringkat Negeri atau AntarabangsaKetua Jabatan luluskan Cuti Tidak Berekod yang tidak melebihi 30 hariAhli majlis/jawatankuasa pertandingan, pegawai-pegawai yang menjadi ahli mana-mana majlis atau jawatankuasa pertandingan Negeri/Antarabangsa Pengurus Pasukan & Pengadil dan Jurulatih Penyeliaan Pasukan

  • Cuti Untuk Mengambil Bahagian dalam Olahraga - Sukan

    Ketua Setiausaha Kementerian akan luluskan cuti kepada anggota yang dikehendaki menyertai sukan melebihi 30 hari di dalam sesuatu tahun atau pun pertandingan sukan di Luar NegaraSurat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 1980 Catatkan kelulusan cuti dalam kenyataan perkhidmatan dan kenyataan cuti

  • Cuti bagi pegawai yang dipilih untuk mengambil bahagian dalam lawatan kebudayaan PP 16/1966

    Mengambil bahagian dalam lawatan/pertunjukan kebudayaan yang dianjurkan atau dibiaya oleh Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan.Jumlah cuti berdasarkan surat arahan KKKW.Kuasa meluluskan cuti tanpa rekod dalam Malaysia ialah Ketua JabatanLuar Malaysia KSU KementerianCatatkan kelulusan cuti dalam KP dan KC

  • Rancangan Pertukaran Belia Antarabangsa

    Kelulusan dikeluarkan oleh KPPA dari semasa ke semasa.Kuasa melulus ialah KSU Kementerian.Tempoh layak berdasarkan surat kelulusan dari Kementerian Belia dan Sukan.Tertakluk kepada demi kepentingan perkhidmatan dan catatkan dalam BRP.

  • Cuti Tanpa Rekod Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat

    Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2002Tujuan untuk menziarahi jenazah dan urusan pengkebumian ahli keluarga terdekatMaksud ahli keluarga terdekat : suami atau isteri , anak-anak serta ibu dan bapa kandung kepada anggota berkenaan.3 hari sahaja mulai tarikh kematian atau hari berikutnya jika ahli keluarga meninggal selepas waktu pejabat.Tarikh kuatkuasa 1 Januari 2003.

  • Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Kepada Anggota Perkhidmatan Awam Yang Dilantik Sebagai Jurulatih Program Khidmat Negara

    Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2004.Dilantik sebagai jurulatih Program Latihan Khidmat Negara.Mengikuti kursus untuk jurulatih.Menjalankan tugas sebagai jurulatih.

  • Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Untuk Anggota Perkhidmatan Awam Yang Dilantik Sebagai Jurulatih Program Latihan Khidmat Negara

    Tarikh kuatkuasa mulai 1 Oktober 2003.Tempoh yang boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan ialah berdasarkan tempoh sebenar program, tambahan sehari sebelum dan selepas (perjalanan).

  • SEKIANYang baik itu datang dari Allah, yang tidak molek itu atas kesilapan, kealpaan dan kecuaian saya jua yang tidak disengajakan. Harap maaf dipinta.TERIMA KASIH

    *