TAKLIMAT SMA SIK KEDAH.docx

download TAKLIMAT SMA SIK KEDAH.docx

of 4

Transcript of TAKLIMAT SMA SIK KEDAH.docx

SEKOLAH MENENGAH AL ISLAHSUNGAI PETANI, KEDAHBIDANG TUGAS SUP SPM 2015TAKLIMAT SUP SPM DI SEK. MEN. AGAMA SIK, KEDAH. TARIKHPERKARACATATAN

2 Jan-28 FebUrusan pendaftaran peringkat sekolah Pengisian borang pendaftaran calon secara manual Pengumpulan salinan MYKID dan kad OKU

1 Mac-31 MacUrusan pendaftaran Secara Atas Talian

1 April-15 AprilPembetulan maklumat dilakukan adalah percumaAkan dilakukan secara atas talian sekolah

16 April 15 MeiPembetulan maklumat dilakukan secara berbayarSemua semakan dan urusan bayaran diselesaikan oleh JPN ke LP

Mulai 16 MeiTiada sebarang perubahan pada data pendaftaran calon

PERKARA: TUGAS SETIAUSAHA PEPERIKSAAN SEMASA PENDAFTARAN SPM Setiausaha Peperiksaan SPM memasukan maklumat dalam SPPATsecara Online1) Pendaftaran calonSuP hanya mengesahkan data murid dalam data online pendaftaran yang telah berpandukan borang pendaftaran manual yang telah disahkan oleh ibu bapa / penjaga. 2) Pendaftaran Mata PelajaranSuP mendaftarkan mata pelajaran yang dikehendaki oleh murid ke dalam aplikasi.3) Pendaftaran Calon CBK dan kemudahan yang diperlukan SuP akan mendaftarkan calon CBK dengan menandakan jenis kecacatan serta keperluan untuk menduduki peperiksaan. 4) Calon berkeperluan khas ialah calon yang memerlukan perkhidmatan, peralatan serta perisian khas dalam peperiksaan. Segala keperluan calon berkenaan disediakan oleh sekolah berdasarkan permohonan calon dengan persetujuan guru besar/pengetua/ibubapa/penjaga.5) Kategori calon berkeperluan khas adalah seperti berikut:I. Calon Terencat Akal/Sindrom DownII. Calon ButaIII. Calon Pelbagai Kecacatan/Ketidakupayaan LainIV. Calon Disleksia/Attention Defisit Hyperactivity Disorder(ADHD)V. Attension Defisit Disorder (ADD)/Autisme/Learning Disabilities (LD)VI. Calon BisuVII. Calon PekakVIII. Calon RabunIX. Calon Spastik6) Calon yang memerlukan keperluan khas hendaklah memohon kepada pihak sekolah. Calon yang tidak membuat permohonan akan dianggap sebagai calon biasa.7) Pihak sekolah hendaklah mengemukakan permohonan menggunakan borang Maklumat Caon Berkeperuan Khas LP/Am 89 beserta dokumen sokongan seperti laporan perubatan atau kad Orang Upaya (OKU) kepada Pengarah Pelajaran Negeri. Borang boleh diperoleh daripada JPN atau dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan.8) Pengarah Pelajaran Negeri hendaklah mengeluarkan surat pengesahankhas calon dan menghantar satu (1) salinan surat pengesahan beserta dokumen sokongan kepada Pengarah Peperiksaan.9) Pengarah Peperiksaan akan mengeluarkan surat kelulusan keperluankhas kepada Pengarah Pelajaran Negeri.10) Guru Besar/Pengetua sekolah hendaklah meyediakan bilik dan peralatan khas bagi calon-calon berkeperluan khas seperti yang diluluskan oleh Pengarah Peperiksaan11) Pihak sekolah atau JPN hendaklah mencetak KPP sebelum tarikh tutup pendaftaran untuk disemak dan dibuat pembetulan oleh calon.12) Sekiranya ada pembetulan, pihak sekolah atau JPN hendaklah mengemaskini maklumat pendaftaran.13) KKP hendaklah diserahkan kepada calon untuk tujuan semakan. KKP yang betul hendaklah disahkan oleh calon dan ibu bapa/penjaga calon.14) Sekiranya terdapat maklumat yang tidak tepat dalam KKP pembetulan perlu dibuat oleh SuP. KKP baru perlu dicetak semula untuk diberi kepada calon bagi tujuan pengesahan ibu bapa/penjaga calon.15) KKP yang telah disahkan oleh ibubapa/penjaga calon hendaklah dikumpul semula oleh SuP sebagai tujuan simpanan dan rujukan semasa peperiksaan nanti.16) SuP perlu mencetak rumusan Pendaftaran Calon di mana Guru Besar/Pengetua bertanggungjawab menyemak dan mengesahkan dokumen maklumat pendaftaran calon adalah betul dan tepat dengan menandatangani dokumen berkenaan.17) JPN bertanggungjawab mencetak dan memberi kepada calon persendirian dokumen maklumat pendaftaran (KKP) adalah betul dan tepat dengan menandatangani dokumen berkenaan18) Calon persendirian perlu menyimpan sendiri KKP sebagai bukti pendaftaran untuk ditunjukkan ditunjukkan kepada ketua Pengawas Peperiksaan pada hari peperiksaan selain dari dokumen pengesahan diri.

PERKARA: TUGAS SETIAUSAHA PEPERIKSAAN SELEPAS PROSES PENDAFTARAN SPM1) Pembetulan maklumatI. Permohonan pembetulan maklumat calon dan maklumat mata pelajaran hendaklah dengan menggunakan Borang pembetulan. Makluman calon (BPMC) tang boleh dipereloh daripada JPN atau dimuat turun daripada laman sesawang Lembaga PeperiksaanII. Lembaga Peperiksaan tidak akan melayan sebarang permohonan pembetulan maklumat selepas 15 Mei tahun peperiksaan.2) Pertukaran status calon I. Murid sekolah tidak dibenarkan mendaftar sebagai calon persendirian.II. Calon persendirian dibenarkan membuat permohonan menukar status kepada calon sekolah selepas tarikh tutup pendaftaran dengan syarat calon diterima diterima belajar di sekolah setelah tarikh tutup pendaftaran dengan syarat dikemukakan oleh pihak sekolah kepada Pengarah Peperiksaan melalui Pengarah Pendidikan Negeri.3) Pembatalan pendaftaran peperiksaan I. Murid yang belum mendaftar peperiksaan dibenarkan membuat permohonan menangguhkan peperiksaan.II. Calon yang telah mendaftar dibenarkan membuat permohonan pembatalan pendaftaran peperiksaan dan bukannya menangguhkan peperiksaanIII. Pembatalan pendaftaran peperiksaan hanya akan diluluskan oleh pengarah peperiksaan bagi kes berikuta) Kematian b) Sakit yang memerlukan rawatan berpanjanganIV. Calon /ibubapa /penjaga hendaklah membuat permohonan rasmi penannguhan atau pembatalan peperiksaan beserta dokumen sokongan kepada Pengarah Pelajaran Negeri melalui pihak sekolah.V. Pihak JPN hendaklah membuat pengesahan sebelum Pengarah Peperiksaan meluluskan permohonan pembatalan pendaftaran peperiksaan secara rasmi.VI. Calon hendaklah mendaftar semula bagi menduduki peperiksaan pada tahun beriktnyaVII. Yuran pendaftaran bagi semua peperiksaan yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan tidak akan dikembalikan kecuali dalam hal yang ditentukan oleh Pengarah Peperiksaan4) Pindah Pusat PeperiksaanI. Calon sekolah perlu mengemukakan permohonan pindah pusat peperiksaan melalui guru besar/pemgetua sekolah asal msing-masing.II. Permohonan hendaklah disertakan bersama dengan dokumen kelulusan pertukaran sekolahIII. Calon persendirian perlu mengemukakan permohonan pindah pusat peperiksaan melalui pengarah Pelajaran Negeri di tempat calon mendaftarIV. Calon yang memohon pindah pusat peperiksaan hendaklah memilih sekolah yang menawarkan mata pelajaran yang didaftar.V. Calon yang memohon pindah pusat peperiksaan hendaklah melengkapkan borang perpindahan calon dalam enam(6) salinan yang boleh diperoleh daripada JPN atau dimuat turun daripada Laman web Lembaga Peperiksaan VI. Calon yang memohon pindah pusat peperiksaan akan dikenakan bayaran sebanyak RM 25.00VII. Guru Besar/Pengetua sekolah pusat asal calon hendaklah menandatangani bahagian A borang tersebut dan menghantar lima (5) salinan kepada guru besar/pengetua sekolah baru calon berkenaan. Guru Besar/Pengetua sekolah baru calon hendaklah melengkapkan bahagian dan menghantar empat salinan ke JPN.VIII. Pemohonan pindah pusat peperiksaan hendaklah sampai kepada unit atau sektor penilaian dan peperiksaan, JPN pada atau sebelum 15 Mei tahun peperiksaan. Permohonan yang diterima mulai 16 Mei akan dianggap sebagai calon menumpang dan mesti menggunakan angka giliran asal.IX. Angka giliran calon yang sudah berpindah tidak boleh diberi kepada calon lain

Disediakan oleh,

__________________________(Mlh Noor Asikin Bt Othman)SuP SPM