Takrifan tamadun islam

6
Soalan 1 Terangkan perbezaan takrif Tamadun mengikut sarjana Barat dan Islam. Secara ringkasnya pengertian tamadun dapat dilihat melalui pandangan yang mewakili pemikiran Sarjana Barat. (a) Arnold Toynbee : Tamadun ialah suatu sistem masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan ia mempunyai empat elemen iaitu bahan-bahan ekonomi,sistem politik, pengetahuan dan seni. (b) J.K. Fiebleman : Tamadun ialah kepandaian mengeksploitasi material oleh masyarakat. Dengan perkataan lain, proses masyarakat ke atas material dengan sendiri menjad!kannya barang baru bagi sesuatukeperluan. (c) E.B. Taylor : Tamadun ialah suatu rangkaian rumit yang merangkumi aspek-aspek keilmuan, kepercayaan,kesenian, nilai-nilai moral, perundangan, tradisi, bakat dan kebolehan yang dihasilkan olehmasyarakat. (d) Oswarld Spengler : Tamadun Barat lebih mementingkan kebendaan, kerana kebendaan itu membawa kepadakemajuan. (e) Will Durant : Tamadun ialah peraturan masyarakat yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran,kebudayaan dan ia merangkumi empat elemen iaitu sumber ekonomi, sistem politik, tradisimoral dan kesenian. Tamadun Menurut Sarjana Islam. (a) Ibn Khaldun : Tamadun ialah kemuncak pembangunan yang berkait dengan peningkatan kemewahan,keindahan suasana dan minat kepada pelbagai aspek industri yang boleh mempertingkatkankualitinya. Ini termasuk keperluan kepada bahanbahan makanan, pakaian, peralatan rumahtangga dan sebagainya. (b) Muhammad Rasyid Redha : Agama adalah asas tamadun. lni kerana peningkatan unsur maknawi (spiritual) akanmendorong kebangkitan fizikal. Rasionalnya semua tamadun di dunia ini ditegakkan berasaskan kepercayaan agama. Peningkatan atau 1

Transcript of Takrifan tamadun islam

Page 1: Takrifan tamadun islam

Soalan 1

Terangkan perbezaan takrif Tamadun mengikut sarjana Barat dan Islam.

Secara ringkasnya pengertian tamadun dapat dilihat melalui pandangan yang mewakili pemikiran Sarjana Barat.

(a) Arnold Toynbee : Tamadun ialah suatu sistem masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan ia mempunyai empat elemen iaitu bahan-bahan ekonomi,sistem politik, pengetahuan dan seni.

(b) J.K. Fiebleman : Tamadun ialah kepandaian mengeksploitasi material oleh masyarakat. Dengan perkataan lain, proses masyarakat ke atas material dengan sendiri menjad!kannya barang baru bagi sesuatukeperluan.

(c) E.B. Taylor : Tamadun ialah suatu rangkaian rumit yang merangkumi aspek-aspek keilmuan, kepercayaan,kesenian, nilai-nilai moral, perundangan, tradisi, bakat dan kebolehan yang dihasilkan olehmasyarakat.

(d) Oswarld Spengler : Tamadun Barat lebih mementingkan kebendaan, kerana kebendaan itu membawa kepadakemajuan.

(e) Will Durant : Tamadun ialah peraturan masyarakat yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran,kebudayaan dan ia merangkumi empat elemen iaitu sumber ekonomi, sistem politik, tradisimoral dan kesenian.

Tamadun Menurut Sarjana Islam.(a) Ibn Khaldun : Tamadun ialah kemuncak pembangunan yang berkait dengan

peningkatan kemewahan,keindahan suasana dan minat kepada pelbagai aspek industri yang boleh mempertingkatkankualitinya. Ini termasuk keperluan kepada bahanbahan makanan, pakaian, peralatan rumahtangga dan sebagainya.

(b) Muhammad Rasyid Redha : Agama adalah asas tamadun. lni kerana peningkatan unsur maknawi (spiritual) akanmendorong kebangkitan fizikal. Rasionalnya semua tamadun di dunia ini ditegakkan berasaskan kepercayaan agama. Peningkatan atau kemusnahan sesuatu tamadun itu bergantung kepada keteguhan pegangan agama atau sebaliknya.

(c) Sayyid Qutb : Tamadun Islam ialah segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulanmasyarakat seperti sistem sosial, pemerintahan, Pc°litik, ekonomi dan kebudayaanyang berteraskan syariat Allah serta bercirikan mlai-nilai moral Islam.

(d) Said Hawa : Tamadun secara umum terbahagi kepada dua kategori iaitu tamadun Islam dan tamadunJahiliah. Tamadun Islam ialah segala aspek kemajuan yang tegak di atas kebudayaan Islamserta hasilnya relevan dengan kebudayaan itu. Manakala tamadun Jahiliah pula ialah segalakemajuan yang dijelmakan dalam bentuk kebendaan dengan tidak mengambil kira aspek kerohanian dan moral.

1

Page 2: Takrifan tamadun islam

Hakcipta ibrahimjamil/ppgmte12011

(e) Umar Audah ai-Khatib : Tamadun ialah himpunan ilmu pengetahuan, syariat, peraturan tradisi dan moral yangmenunjukkan keadaan pemikiran, ekonomi, akhlak, politik, kesenian dan seluruh kehidupan.

(f) Muhammad al-Bahiy : Tamadun ialah keseluruhan penghasilan atau produktiviti yang menggambarkan nilaikeperibadian manusia sarna ada berbentuk falsafah, pengetahuan, kesenian, politik,kesusasteraan dan lain-lain.

(g) Abu Bakar Hamzah : Tamadun Islam ialah sesuatu yang lahir dan berkembang bersama-sama dengan kehidupanmanusia dan perkembangan yang lahir daripadanya, sarna ada sesuatu yang berupa niskala(nisbah) mahupun yang berupa sekala (material).

(h) Wan Hashim Wan The : Pencapaian tinggi pemikiran ahli masyarakatnya dalam aspek budaya dan kesusasteraan,agama dan moral, pelbagai aspek kesenian, tatasusila iaitu adab, budi pekerti serta organisasi politik atau kemampuan mewujud dan menguruskan sesebuah kerajaan yang demokratik.Termasuk dalam konsepsi tamadun ialah kemajuan dalam pengurusan ekonomi dan perdagangan serta peningkatan dalam teknologi yang berkemampuan meningkatkankeselesaan hidup manusia.

Justeru, tamadun Barat lebih menonjolkan aspek pencapaian kebendaan atau materialsebagai ukuran bagi menentukan sesebuah masyarakat itu bertamadun atau sebaliknya,manakala tamadun Islam mengimbangi di antara pembangunan material dan spiritual atauantara kebendaan dan kerohanian. Tamadun Melayu juga meletakkan aspek keagamaan danmoral suatu unsur penting selain pembangunan material kerana menerima pengaruh besar daripada Tamadun Islam.

Soalan 2

Huraikan matlamat Tamadun Islam yang berkaitan dengan alam sekitar.

Matlamat Tamadun Islam terhadap alam sekitar ialah hendaklah memelihara alam dengan baik sekali. Ia di lihat sebagai anugerah tuhan yang harus dipelihara dengan baik. Manusia dianggap sebagai Khalifah Allah s.w.t iaitu wakil Allah s.w.t untuk memakmurkan bumi ini. Alam sekitar tidak boleh dimusnahkan. Selain daripada memberi sumbangan kepada manusia, menjadi tugas setiap insan membangunkan dengan baik alam sekitar yang meliputi pokok-pokok, binatang cekerawala dan sebagainya Manusia mesti ingat bahawa Allah menjadikan alam untuk kepentingan manusia sejagat. Matlamat Tamadun Islam adalah segala-galanya daripada Allah SWT, kembali kepada Allah SWT dan untuk Allah SWT selama-lamanya.

2

Page 3: Takrifan tamadun islam

Hakcipta ibrahimjamil/ppgmte12011

Soalan 3

Huraikan keselamatan nyawa, harta, maruah, akal dan kebebasan.

Keselamatan nyawa.

Setiap manusia mempunyai hak untuk hidup. Perbuatan membunuh dan membunuh diri adalah perbuatan yang haram dan jenayah yang berat. Untuk memelihara nyawa seseorang haruslah mengambil beberapa langkah seperti berikut

1. Setiap orang haruslah memelihara kesihatannya dengan melawan penyakit dan melawan wabak untuk mengawal hidup.

2. Adalah dilarang sama sekali mengambil barang-barang yang boleh menjejaskan kesihatan badan atau mengecam nyawa seperti meminum arak, mengambil dadah atau mengambil apa sahaja yang boleh menjejaskan kesihatan.

Keselamatan harta.

Harta merupakan suatu benda yang hendaklah dijaga dengan baik supaya tidak hilang oleh seseorang yang memiliki harta. Islam menetapkan beberapa garis panduan mencari harta dan kewajipan memiharanya. Islam tidak menetapkan pencarian atau pemilikan harta kepada golongan tertentu sahaja malah ia mengalakkan setiap manusia mencari harta kekayaan. Menurut tamadun islam, kita tidaklah boleh mengambil atau merampas harta orang lain. Orang yang mempertahankan harta akan di kurniakan dengan pahala yang besar. Sesiapa yang ingin merampas harta orang akan seperti pencuri, penyamun dan perompak akan dikenakan siksa yang berat. Berjudi dilarang sama sekali dalam islam kerana ia merupakan satu proses menghapuskan dan memusnahkan harta yang telah kita kumpul.

Keselamatan Maruah.

Islam sangat menekan pemelihara maruah. Setiap orang hendaklah menjaga maruahnya tidak kira bangsa, agama, asal keturunan dan sebagainya. Nilai dan nama baik keluarga tidak boleh dijatuhkan. Setiap individu tidak dibenarkan mencari keburukan peribadi orang lain dengan tujuan menjatuhkan maruahdan harga diri. Selain daripada marua, hati atau perasaan seseorang juga merupakan hak peribadinya yang tidak boleh diganggu atau disakiti. Malahan hukan berat dikenakan kepada sesorang yang memanggil orang lain dengan gelaran yang buruk. Islam juga melarangkan umatnya berzina dan hubungan luar tabii liwat). Orang yang melakukan perbuatan berzina akan dikenakan hukaman berat iaitu dipukul dengan rotan sebanyak 100 kali bagi yang belum berkahwin dan direjam sampai mati bagi yang telah

3

Page 4: Takrifan tamadun islam

Hakcipta ibrahimjamil/ppgmte12011

berkahwin. Maka kita hendak menjaga keselamatan maruah agar tidak dipandang hina oleh Allah dan manusia yang lain.

Keselamatan Akal.

Agama islam sangat mengambil berat dalam keselamatan dam pemilihara akal fikiran. Ini kerana yang membeazakan manusia dan kehidupan lain adalah akal fikiran. Akal fikiran merupakan anugerah Allah dan setiap manusia pelu mememiharanya dengan baik. Islam memberikan beberapa garis panduan untuk menjaga akal fikiran iaitu mengalakkan pencarian ilmu pengetahuan tanpa mengira masa, tempat atau bangsa. Untuk mengjaga akal fikiran, islam melarang pengambilan sebarang bahan-bahan yang boleh menjejaskan akal fikiran seperti dadah, alcohol dan sebagainya.

Kebebasan.

Tamadun Islam mementingkan kebabasan. Manusia diminta supaya bebas daripada beragama secara ikutan. Manusia dikehendaki beragama kerana betul-betul yakin bahawa agama yang dianuti itu adalah agama yang benar yang diturunkan oleh Allah. Tidak dibenarkan beragama kerana mengikut ibu dan bapa. Manusia juga diminta supaya bebas daripada kesesatan. Akal manusia sahaja tidak dapat mengetaIsalhui perkara-perkara ghaib seperti syurga dan neraka. Oleh itu akal manusia memerlukan pertunjuk daripada al-Quran bagi menerangkan perkara-perkara yang tidak dapat difikirkan oleh akal. Umat Islam tidak boleh mamaksa orang-orang bukan Islam memeluk agama Islam. Cara yang baik ditunjukkan oleh al-Quran ialah melakukan dakwah dengan bijaksana.Walau bagaimanapun sekiranya orang-orang bukan Islam mengkhianati orang-orang Islam, perang jihad adalah dibenarkan. Selain itu juga, manusia juga di beri hak untuk memberi pendapat, kritikan terhadap masyarakat, pentadbiran dan pemerintah. Kita juga tidak boleh menceroboh kebebasan bangsa lain. Setiap orang tidak pengabdikan kepada sesiapa pun kecuali Allah sahaja. Islam juga mengakat martabat hamba kepada orang biasa.

Rujukan.

1. Prinsip Tamadun Islam :

http://www.slideshare.net/wanbk/2takrif-prinsip-asas-tamadun.

2. Shaikh Abdullah Hassan Mydin (2006) Tamadun Islam dan Tamadun Asia

(TISA). Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh ( USM ).

3. Hj. Mohd Asri bin Ab. Rahman dan Anuar bin Mohamad (Jun 2011) Tamadun

4

Page 5: Takrifan tamadun islam

Hakcipta ibrahimjamil/ppgmte12011

Islam dan Tamadun Asia. Bahagian Pendidikan Guru (BPG/IPG)

5