Taksonomi Bloom

9
1 PERLAKSANAAN PENGGUNAAN TAKSONOMI BLOOM BAGI MENGUKUR KESESUAIAN TAHAP DAN MENJAMIN KEBERKESANAN OUTCOME KURSUS Aqilah B. Huddin, W.M. Diyana W. Zaki, Aini Hussain Hafizah Husain, Nor Fadzilah Abdullah Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia {aqilah, hafizah or aini}@vlsi.eng.ukm.my ABSTRAK Keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) sesuatu program akademik adalah bergantung kepada pengukuran pencapaian outcome kursus (COs) ditawarkan. Bagi mencapai pengiktirafan Washington Accord, keberkesanan COs harus memenuhi matrik spesifikasi profil graduan seperti yang terkandung dalam panduan Washington Accord. Justeru, penilaian COs secara berkesan dapat disokong dengan penggunaan Taksonomi Bloom berdasarkan domain kognitif yang merangkumi enam aras kognitif bagi menguji kualiti serta aras soalan peperiksaan akhir yang merupakan salah satu komponen penilaian utama untuk menilai pencapaian pelajar dalam kursus yang diambil. Kertas kerja ini membentangkan kaedah penggunaan Taksonomi Bloom untuk mengukur kesesuaian tahap kursus yang sekaligus dapat menjamin keberkesanan COs. Kursus KL3193 Mikroprosesor dan Mikrokomputer telah dijadikan contoh kajian yang mana kertas soalannya telah direkabentuk menepati matrik spesifikasi yang ditetapkan untuk kursus tahun 3 iaitu Tahap 1: Pengetahuan dan Pemahaman (< 20%), Tahap 2: Aplikasi dan Analisis (antara 30-40%) dan Tahap 3: Sintesis dan Penilaian (anatara 40-60%). Penggunaan Borang Taksir Soalan Berdasarkan Bloom dalam mesyuarat jawatankuasa Penaksiran Soalan juga telah memudahkan pelaksanaan penggubalan soalan yang memenuhi spesifikasi. Dapatan kajian yang dijalankan akan digunakan sebagai pembuktian untuk menyokong tindakan JKEES dalam mewajibkan pelaksanaan penggunaan kaedah Taksonomi Bloom bagi penggubalan soalan peperiksaan. Kata kunci: Taksonomi Bloom, Objektif Pembelajaran Kursus, Outcome Kursus PENGENALAN Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Hasil (PBH) dalam semua program prasiswazah telah diperkenalkan pada tahun 2005. Namun begitu, perlaksanaan secara menyeluruh dan holistik hanya bermula pada sesi 2007/2008. Antara

description

Taksonomi Bloom

Transcript of Taksonomi Bloom

  • 1

    PERLAKSANAAN PENGGUNAAN TAKSONOMI BLOOM BAGI MENGUKUR KESESUAIAN TAHAP DAN MENJAMIN

    KEBERKESANAN OUTCOME KURSUS

    Aqilah B. Huddin, W.M. Diyana W. Zaki, Aini Hussain Hafizah Husain, Nor Fadzilah Abdullah

    Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem,

    Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia

    {aqilah, hafizah or aini}@vlsi.eng.ukm.my

    ABSTRAK Keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) sesuatu program akademik adalah bergantung kepada pengukuran pencapaian outcome kursus (COs) ditawarkan. Bagi mencapai pengiktirafan Washington Accord, keberkesanan COs harus memenuhi matrik spesifikasi profil graduan seperti yang terkandung dalam panduan Washington Accord. Justeru, penilaian COs secara berkesan dapat disokong dengan penggunaan Taksonomi Bloom berdasarkan domain kognitif yang merangkumi enam aras kognitif bagi menguji kualiti serta aras soalan peperiksaan akhir yang merupakan salah satu komponen penilaian utama untuk menilai pencapaian pelajar dalam kursus yang diambil. Kertas kerja ini membentangkan kaedah penggunaan Taksonomi Bloom untuk mengukur kesesuaian tahap kursus yang sekaligus dapat menjamin keberkesanan COs. Kursus KL3193 Mikroprosesor dan Mikrokomputer telah dijadikan contoh kajian yang mana kertas soalannya telah direkabentuk menepati matrik spesifikasi yang ditetapkan untuk kursus tahun 3 iaitu Tahap 1: Pengetahuan dan Pemahaman (< 20%), Tahap 2: Aplikasi dan Analisis (antara 30-40%) dan Tahap 3: Sintesis dan Penilaian (anatara 40-60%). Penggunaan Borang Taksir Soalan Berdasarkan Bloom dalam mesyuarat jawatankuasa Penaksiran Soalan juga telah memudahkan pelaksanaan penggubalan soalan yang memenuhi spesifikasi. Dapatan kajian yang dijalankan akan digunakan sebagai pembuktian untuk menyokong tindakan JKEES dalam mewajibkan pelaksanaan penggunaan kaedah Taksonomi Bloom bagi penggubalan soalan peperiksaan. Kata kunci: Taksonomi Bloom, Objektif Pembelajaran Kursus, Outcome Kursus

    PENGENALAN

    Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Hasil (PBH) dalam semua program prasiswazah telah diperkenalkan pada tahun 2005. Namun begitu, perlaksanaan secara menyeluruh dan holistik hanya bermula pada sesi 2007/2008. Antara

  • 2

    langkah-langkah yang diambil ialah memperkenalkan penggunaan Taksonomi Bloom untuk tujuan pengukuran dan penilaian COs dan CLOs, kaedah pengajaran berpasukan (team teaching), kaedah pembelajaran berpasukan (co-operative learning) dan sebagainya. Ini adalah sebagai langkah untuk mencapai taraf yang diiktiraf badan Washington Accord. Justeru, kertas kerja ini bertujuan membincang serta membentangkan pengalaman melaksanakan penggunaan Taksonomi Bloom untuk tujuan pengukuran COs dan sekaligus PO. Selain itu, perlaksanaan kaedah ini dapat membantu memberi gambaran tentang kualiti serta tahap hirarki kesukaran kandungan kursus yang diikuti oleh para pelajar sesuai dengan tahap pengajian yang diikuti.

    Taksonomi bloom mula diperkenalkan oleh Benjamin Bloom pada tahun 1956. Taksonomi bloom mengkategorikan kemahiran dan objektif yang ingin dicapai oleh pelajar kepada 3 domain iaitu kognitif, afektif dan motor-psiko. Domain kognitif digunakan untuk mengukur kemahiran intelektual. Manakala domain afektif digunakan untuk mengukur kemahiran generik, yang telah diterapkan kepada pelajar melalui penglibatan pelajar dalam persatuan-persatuan dan juga dalam pelbagai perbincangan secara berkumpulan seperti dalam kursus rekabentuk sistem dan sebagainya. Domain motor-psiko pula bertujuan mengukur kemahiran praktikal dan teknikal. Kemahiran ini diterapkan melalui proses latihan industri, ujikaji makmal dan juga lawatan teknikal.

    Walau bagaimanapun, peperiksaan merupakan komponen pengukuran utama

    yang digunakan oleh setiap institusi pendidikan tinggi (IPT) untuk menilai pencapaian COs mahu CLOs untuk program pengajian masing-masing. Justeru, kemahiran menggubal soalan adalah penting dan perlu diberi perhatian.

    Kemahiran kognitif merupakan domain taksonomi yang digunakan untuk

    mengukur kemahiran intelektual berdasarkan satu hirarki kognitif yang disusun dari aras rendah hingga ke aras tinggi iaitu aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian, seperti diringkaskan dalam Jadual 1. Taksonomi ini diperkenalkan pada tahun 1956 oleh Benjamin S. Bloom untuk tujuan pendidikan. Pada asalnya, domain kognitif Taksonomi Bloom dibahagikan kepada enam aras seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. Namun, sekitar tahun 1990-an, terdapat beberapa perubahan telah dilakukan secara berperingkat. Antara perubahan yang telah dilaksanakan ialah perubahan terminologi yang digunakan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. Sebagai contoh, terma pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian ditukarkan kepada mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalis, menilai dan membina.

  • 3

    RAJAH 1 Perubahan Temologi dalam Domain Kognitif Taksonomi Bloom Terdapat juga pelbagai pecahan dalam domain kognitif taksonomi Bloom.

    Antaranya matriks spesifikasi yang digunakan dalam pecahan domain kognitif adalah dengan menyusun setiap aras secara bertingkat atau menggabungkan 3 aras tertinggi dalam satu tingkat, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.

    RAJAH 2 Pecahan Domain Kognitif Taksonomi Bloom (Sumber: Anderson & Krathwohl, 2001)

    JADUAL 1 Hirarki Kognitif Taksonomi Bloom Hirarki Kognitif Kata

    Kunci 1. Pengetahuan (Knowledge) Mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran yang lepas.

    Nyatakan, terangkan, namakan, labelkan.

    2. Pemahaman (Comprehension) Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep, menterjemah draf.

    Pilih, terangkan, tulis semula.

  • 4

    3. Aplikasi (Application) Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Membina graf daripada data, dan lain-lain.

    Selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat.

    4. Analisis (Analysis) Memecahkan sesuatu yang kompleks kepada yang kecil, membezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur organisasi.

    Bezakan, pasti, pilih.

    5. Sintesis (Synthesis) Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi.

    Bina, hasilkan, susun, kembangkan.

    6. Penilaian (Evaluation) Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritik

    Pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan.

    PENGGUBALAN SOALAN PEPERIKSAAN BERDASARKAN ARAS

    HIRARKI KOGNITIF TAKSONOMI BLOOM Di dalam penggubalan soalan peperiksaan, hirarki kognitif telah dibahagikan kepada 3 tahap iaitu Tahap 1, Tahap 2 dan Tahap 3, seperti yang disenaraikan pada Jadual 2. Pecahan kepada 3 tahap ini berbeza mengikut tahun pembelajaran di mana semakin tinggi tahun pembelajaran, semakin tinggi peratusan aras hirarki tertinggi yang diuji. Penetapan pecahan ini dalam bentuk matrik spesifikasi bertujuan melahirkan pelajar berilmu, kreatif dan berdaya saing tinggi. Selain itu, analisis terperinci pencapaian para pelajar juga boleh dilakukan dan penggunaan Taksonomi Bloom dapat menilai keupayaan kognitif para pelajar berdasarkan aras hirarki.

    COs adalah panduan utama bagi setiap ahli akademik untuk menggubal soalan

    peperiksaan bagi memenuhi keperluan matrik spesifikasi yang telah ditetapkan untuk setiap kursus. Jadual 3 menunjukkan contoh senarai COs untuk Kursus KL3193 sebagai garis panduan dalam penggubalan dan pengagihan markah soalan peperiksaan. (Panduan Prasiswazah Sesi Akademik 2007-2008, 2007) JADUAL 2 Panduan Matrik Spesifikasi Berdasarkan Pecahan Hirarki Kognitif

    Mengikut Tahun Pembelajaran

    Tahun Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 2 Pengetahuan dan

    Pemahaman (0-30%) Aplikasi dan Analisis (60-65%)

    Sintesis dan Penilaian (10-15%)

    3 Pengetahuan dan Pemahaman (0-20%)

    Aplikasi dan Analisis (30-40%)

    Sintesis dan Penilaian (40-60%)

    4 Pengetahuan dan Pemahaman (0-10%)

    Aplikasi (10-15%) Analisis, Sintesis dan Penilaian (>75%)

  • 5

    JADUAL 3 Objektif Pembelajaran Kursus KL3193: Mikroprosesor dan Mikrokomputer

    Outcome Kursus Hirarki Kognitif

    1. Berkebolehan untuk mengenalpasti arkitektur sistem asas mikrokomputer dan hubungkait antara perkakasan dan perisian

    Pengetahuan

    2. Berkebolehan untuk menerangkan fungsi dan konsep asas mikroprosesor 8-bit dan 16-bit serta memahami aspek rekabentuk perkakasan dan perisian

    Pemahaman

    3. Berkebolehan untuk mengaplikasi set arahan untuk membangunkan aturcara bahasa penghimpun dan pengkodan ingatan dan masukan/keluaran untuk binaan litar perantaramuka ingatan dan peranti masukan/keluaran

    Aplikasi

    4. Berkebolehan untuk menginterpretasi, menganalisis, dan troubleshoot aturcara dalam bahasa penghimpun

    Analisis

    5. Berkebolehan untuk merekabentuk dan membina aturcara bahasa penghimpun untuk aplikasi spesifik

    Sintesis

    6. Berkebolehan untuk merekabentuk dan membina sistem mikrokomputer berasaskan mikroprosesor yang lengkap

    Sintesis

    METODOLOGI

    Matrik spesifikasi Taksonomi Bloom menggunakan templat Excel telah diedarkan kepada setiap ahli akademik bagi setiap kursus yang ditawarkan di JKEES semasa proses penggubalan soalan peperiksaan akhir, seperti yang ditunjukkan oleh Rajah 3. Ini bagi memastikan soalan peperiksaan bagi setiap kursus digubal mengikut dan memenuhi spesifikasi tahap yang ditetapkan bagi setiap tahun pembelajaran.

    Templat ini mengandungi enam jalur tetap mewakili enam aras hirarki

    kognitif yang diuji dan beberapa baris untuk pecahan soalan yang digubal. Dengan menggunakan templat ini, ahli akademik dapat memasukkan pecahan markah bagi setiap pecahan soalan yang digubal dan hamparan ini telah diprogram untuk menentukan samada penggubalan soalan adalah mengikut spesifikasi Taksonomi Bloom yang telah ditetapkan. Penggunaan templat Excel ini sekaligus memudahkan ahli akademik JKEES untuk menggubal soalan peperiksaan mengikut pecahan peratusan setiap aras kognitif.

  • 6

    RAJAH 3 Contoh Borang Taksir Soalan Berdasarkan Bloom Menggunakan Templat Excel Bagi Kursus KL3193

    Antara contoh-contoh soalan yang digubal bagi kursus KL3193 yang memenuhi setiap pecahan hirarki kognitif ditunjukkan dalam Jadual 4.

    Soalan Aras Hirarki

    Kognitif What are the names of these pins? Pengetahuan Explain why stack is necessary when writing a microprocessor program and describe the concept of LIFO that is associated with stack.

    Pemahaman

    The number of pins for 8086 is still maintained at 40, as Aplikasi

  • 7

    shown in Figure 3. Calculate the maximum number of memory locations accessible to 8086 and the word length for each location. Analyze the instruction as shown in Figure 2 and explain the function of each instruction. List the interrupt inputs that are enabled in this program.

    Analisis

    Design the interfacing circuit that connects the input port with eight switches to 8085 microprocessor to control the eight output devices.

    Sintesis

    KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN

    Topik utama yang dibincangkan dalam kertas kerja ini dapat dibahagikankan kepada dua kategori, iaitu

    1. Penggunaan dan perlaksanaan Taksonomi Bloom dalam penggubalan soalan peperiksaan.

    2. Pemantauan pencapaian program-program yang ditawarkan di JKEES dalam melaksanakan penggubalan soalan peperiksaan menggunakan Taksonomi Bloom.

    KL3193 Mikro Prosesor adalah antara kursus yang ditawarkan untuk pelajar

    Tahun 3 yang mana penggubalan soalan peperiksaan adalah menepati spesifikasi Tahap Taksonomi Bloom yang telah ditetapkan oleh jabatan. Merujuk kepada Rajah 5, peratusan pecahan hirarki kognitif soalan-soalan peperiksaan kursus KL3193 telah digubalkan berdasarkan Panduan Matrik Spesififkasi Berdasarkan Pecahan Hirarki Kognitif Mengikut Tahun Pembelajaran seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2. Peratusan untuk setiap pecahan ini dapat diperolehi menggunakan Borang Taksir Soalan Berdasarkan Bloom.

    Kertas soalan peperiksaan bagi semua kursus yang ditawarkan oleh JKEES

    untuk semester 2 sesi 07/08 telah dianalisa seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6. Hasil analisis ini menunjukkan ketiga-tiga program, Kejuruteraan Mikroelektronik, Kejuruteraan Elektrikal & Elektronik dan Kejuruteraan Komunikasi & Komputer, melaksanakan penggunaan Taksonomi Bloom semasa penggubalan kertas soalan peperiksaan untuk pelajar Tahun 2 dan Tahun 3. Manakala, bagi pembelajaran di Tahun 4, hanya Kejuruteraan Elektrikal & Elektronik memenuhi keperluan Taksonomi Bloom. Rajah 6 menunjukkan kemahiran pelajar tahun akhir JKEES bagi kursus Kejuruteraan Elektrikal & Elektronik dinilai pada aras hirarki yang tertinggi. Ini membuktikan penilaian yang dilakukan di JKEES memenuhi keperluan untuk melahirkan graduan jurutera yang berkualiti. Walaubagaimanapun, analisa ini adalah hanya berpandukan soalan peperiksaan akhir semasa. Oleh itu, walaupun soalan peperiksaan bagi Tahun 4 kursus Mikroelektronik, Kejuruteraan dan Kejuruteraan Komunikasi & Komputer tidak menepati Taksonomi Bloom, ini tidak sepenuhnya menunjukkan pencapaian COs kursus tidak tercapai. Ini adalah

  • 8

    kerana bagi menilai keberkesanan COs, semua penilaian termasuk ujian pertengahan semester, projek, kuiz dan juga perbincangan di dalam kumpulan yang dijalankan sepanjang proses P&P perlu diambil kira dalam analisis.

    RAJAH 5 Pembahagian Markah Peperiksaan Mengikut Tahap Kognitif Bagi Kursus KL3193

    RAJAH 6 Keputusan Analisis Kertas Soalan Peperiksaan Mengikut Pengkategorian Taksonomi Bloom bagi Program-Program di JKEES

    KESIMPULAN

    Beberapa maklumat penting telah dibentangkan dalam kertas kerja ini mengenai penggunaan Taksonomi Bloom di dalam penggubalan soalan peperiksaan akhir yang merupakan kaedah pengukuran utama digunakan untuk menilai pencapaian COs kursus. Selain itu, kertas kerja ini juga membuktikan penggunaan Bloom Taksonomi yang menyeluruh di setiap program yang ditawarkan oleh JKEES dalam membantu pencapaian COs kursus yang berkesan dan secara tidak langsung dapat melahirkan pelajar yang berilmu, kreatif, berdaya saing dan mampu mengimplementasikan ilmu yang dipelajari sepanjang pengajian di UKM. Ini disokong oleh keputusan yang menunjukkan soalan peperiksaan yang digubal untuk ketiga-tiga program yang ditawarkan oleh JKEES hampir keseluruhannya memenuhi keperluan Taksonomi Bloom. Tren ini dijangkakan akan berulang dan bertambah baik bagi keputusan peperiksaan ini berdasarkan

    0%10%20%30%40%50%60%70%80%90%

    100%

    EE uE CC EE uE CC

    2ndYear

    3rd Year 4th Year

    Bloom Taxonomy for Subjects offered in 2nd Semester Session 07/08

    EvaluationSynthesisAnalysisApplicationComprehensionKnowledge

  • 9

    tindakan JKEES dalam mewajibkan penggunaan kaedah taksonomi Bloom bukan sahaja dalam penggubalan soalan peperiksaan, tetapi juga dalam kerja-kerja kursus lain bagi mencapai COs kursus.

    RUJUKAN Fakulti Kejuruteraan UKM. 2007. Panduan Prasiswazah Sesi Akademik 2007-

    2008, Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

    Chee Kim Mang, 2002, Menilai Pendekatan Pembelajaran Dengan

    Menggunakan Taksonomi Pembelajaran, Jurnal Pendidikan GERAK Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang, Bil. 14, 39-44

    Russell Baker, Gina M.Almerico, Barry Thorton, 2008, Evaluating Course-

    Objective Writing Effectiveness: Applying The Comprehensive Bloom Verb List, College Teaching Methods & Styles Journal, Vol.4, No. 4: pp 21-24.

    Qaisar Sultana, 1999, Evaluation of First-Year Teachers Lesson Objectives by

    Blooms Taxonomy, Reports Research (143), Annual Meeting of the Mid-South Educational Research Association, November 17-19, 1999

    Taxonomy of Educational Objectives, http://www.answers.com/topip/taxonomy-

    of-educational-objectives , dipaut pada 05/11/08 Taxonomy of Educational Objectives,

    http://en.wikipedia.org/wiki/Taxonomy_of_Educational_Objectives, dipaut pada 05/11/08