Tamaadun Pp

15

description

PENGERTIAN TAMADUN

Transcript of Tamaadun Pp

  • PENGERTIAN TAMADUN

  • TAMADUN MENURUT PANDANGAN SARJANA BARAT...

    Arnold ToynbeeTamadun ialah sejenis kebudayaan yang berkembang di kota yang membentuk institusi politik, kesusasteraan, agama dan moral

    A.S. Hornby dan E.C. Parnwell The Progressive English Dictionary meningkatnya pencapaian hidup manusia daripada kemunduran kepada kemajuan dalam bidang sains, teknologi, politik, moral dan sebagainya.

    J. R. StrayerMenerangkan dalam bukunya The Mainstream of civilization menjelaskan perkataan tamadun amat ramat hubungan dengan perbandaran. Beliau mengatakan tamadun Itu lahir di bandar.

  • TAMADUN MENURUT PANDANGAN SARJANA BARAT... J.K. Fieblemankepandaian mengeksploitasi material oleh masyarakat.

    E.B. Taylor:Tamadun ialah suatu rangkaian rumit yang merangkumi aspek-aspekkeilmuan kepercayaan, kesenian, nilai-nilai moral, perundangan, tradisi, bakat dan kebolehan yang dihasilkan oleh masyarakat.

    Oswarld SpenglerTamadun Barat lebih mementingkan kebendaan, kerana kebendaan itumembawa kepada kemajuan.

    Will Durat :peraturan masyarakat yang dapat membantu meningkatkanpengeluaran, kebudayaan dan ia merangkumi empat elemen iaitu sumber ekonomi, sistem politik, tradisi moral dan kesenian.

  • TAMADUN MENURUT PANDANGAN SARJANA ISLAM...Ibnu Khaldunmenerangkan tamadun ialah sekumpulan manusia yang mendiami sebidang tanah yang mempunyai perbekalan ekonomi yang mencukupi, keselamatan nyawa dan harta yang terjamin yang membolehkan merekamencapai kemajuan dalam berbagai bidang.

    Muhammad Idris Abdul Rauf al-Marbawikehalusan budi pekerti orang yang hidupdi kota yang memiliki peraturan yang baik sehingga berjaya menghasilkan keamanan, keselamatan, kemakmuran dan penghasilan teknologi yang sempurna.

    Muhammad Rasyid Redhasemua tamadun i dunia ini ditegakkan berasaskan kepercayaan agama. Peningkatan atau kemusnahan sesuatu tamadun itu bergantung kepada keteguhan pegangan agama atau sebaliknya.

  • TAMADUN MENURUT PANDANGAN SARJANA ISLAM...Sayyid Qutb :segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat

    Said HawaTamadun terbahagi dua kategori iaitu tamadun Islam dan tamadun Jahiliah. Tamadun Islam ialah segala aspek kemajuan yang tegak di atas kebudayaan Islam serta hasilnya relevan dengan kebudayaan itu. Tamadun Jahiliah pula ialah segala kemajuan yang dijelmakan dalam bentuk kebendaan dengan tidak mengambil kira aspek kerohanian dan moral.

    Umar Audah al-KhatibHimpunan ilmu pengetahuan, syariat, peraturan tradisi dan moral yang menunjukkan keadaan pemikiran, ekonomi, akhlak, politik, kesenian dan seluruh kehidupan.

    Muhammad al-Bahiykeseluruhan penghasilan atau produktiviti yang menggambarkan nilai keperibadian manusia sama ada berbentuk falsafah, pengetahuan, kesenian, politik, kesusasteraan dan lain-lain.

  • PENGERTIAN TAMADUN...Suatu perubahan atau pembangunan atau kemajuan yang berlaku dalam setiap bidang kehidupan masyarakat samada berbentuk fizikal, peraturan, pentadbiran atau sebagainya dan juga pembangunan spiritual dari segi akhlak dan kemanusiaan, berterusan dan tidak terikat dengan sesuatu melainkan syarak. Tamadun Islam mementingkan pencapaian kedua-dua aspek kehidupan namun pembangunan spritual adalah diutamakan.

  • CIRI-CIRI TAMADUN ISLAM....

  • MATLAMAT TAMADUN ISLAM...

  • PRINSIP-PRINSIP TAMADUN ISLAM...

  • Prinsip 1 :Memelihara Keselamatan Nyawa

    Tamadun Islam meletakkan keselamatan nyawa di tempat paling utama. Membunuh adalah dilarang sama sekali. Dalam al-Quran menjelaskan :

    Dan janganlah kamu membunuh bangsamu sendiri . Sesungguhnya Tuhan itu penyayang kepadamu (al-Nisa, 29)Bahawa siapa yang membunuh seorang manusia bukan kerana hukuman pembunuhan atau kerana membuat bencana dalam negeri, maka bererti orang itu telah membunuh manusia seluruhnya. (al-Maidah:32)

  • Prinsip 2 :Memelihara Akal

    Keselamatan akal juga diutamakan kerana dengan akal manusia boleh menguruskan alam ini. Oleh itu arak diharamkan kerana boleh merosakkan akal manusia. Perkara ini dijelaskan oleh al Quran seperti terjemahan berikut:

    Wahai orang yang beriman sesungguhnya meminum arak, berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu memperoleh keuntungan.(Al-Maidah: 90)

  • Prinsip 3 :Memelihara Maruah

    Keselamatan keturunan dan maruah dapat dipelihara dengan menjauhi zina, homosek dan lesbian. Zina merosakkan keturunan kerana anak yang lahir ketiadaan bapa. Lesbian dan homoseks merupakan perbuatan terkutuk. Umat nabi Lut yang mengamalkan perbuatan homosek telah dilaknat oleh Allah dengan cara menelingkupkan bumi tempat tinggal mereka. Akibat daripada sek bebas melahirkan jenayah-jenayah yang lain seperti pengguguran bayi dan pembunuhan bayi. Dalam al-Quran Allah menerangkan:

    Dan janganlah kamu menghampiri zina kerana ia merupakan perkara kejidan seburuk-buruk cara (Israk: 32)Hukuman yang berat dikenakan kepada pesalah-pesalah zina. Pukulan dengan rotan sebanyak seratus kali dikenakan kepada teruna dan dara dan rejam sampai mati dikenakan kepada pesalah yang telah berkahwin.

  • Prinsip 4 :Memelihara Harta Benda

    Harta perlu dijaga supaya tiidak hilang. Oleh itu orang yang memiliki harta disuruh supaya menjaganya dengan baik. Sesiapa yang mencuri akan dikenakan hukuman yang berat iaitu potong tangan. Firman Allah yang bermaksud:

    lelaki dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya sebagai pembalasan bagi apa yang telah dikerjakan dan sebagai seksaan daripadaAllah. (al-Maidah:38)

    Berjudi dilarang sama sekali dan dimurkai oleh Allah, menghapuskan harta dan merupakan ajakan syaitan untuk memusnahkan harta yang dikumpul oleh manusia.

  • Prinsip 5 :Menjaga Hak Kebebasan

    Tamadun Islam mementingkan kebebasan tetapi beragama dan yakin dengan agama yang diturunkan oleh Allah, tidak sesat, Akal manusia sahaja tidak dapat mengetahui perkara-perkara ghaib seperti syurga dan neraka. Oleh itu akal manusia memerlukan pertunjuk daripada al-Quran bagi menerangkan perkaraperkara yang tidak dapat difikirkan oleh akal. Umat Islam tidak boleh memaksa orang-orang bukan Islam memeluk agama Islam. Cara yang baik ditunjukkan oleh al-Quran ialah melakukan dakwah dengan bijaksana. Walau bagaimanapun sekiranya orang-orang bukan Islam mengkhianati orang Islam, perang jihad adalah dibenarkan.