TAMADUN CINA

31
TAMADUN CINA DISEDIAKAN OLEH; SAG 2009/10

description

titas

Transcript of TAMADUN CINA

Page 1: TAMADUN CINA

TAMADUN CINA

DISEDIAKAN OLEH;

SAG 2009/10

Page 2: TAMADUN CINA

Persekitaran Geografi budaya Cina.

• Faktor Geografi memain peranan yang penting dalam pembentukan bangsanya

• Pembentukan tamadun Cina banyak bergantung pada persekitaran dalaman seperti zaman Xia Shang Zhou.

• Bangsa Xia, Shang dan Sou mengadakan aktiviti kehidupan mereka di wilayah ’Zhong Yuan’ dan Barat Laut.

• Di sebelah selatan terdapat rintangan bukit-bukit, • Di sebelah utara terdapat padang pasir yang luas dan di

sebelah barat terdapat tanah curam.

Page 3: TAMADUN CINA

Kerangka masyarakat budaya Cina

• Masyarakat Cina dibentuk oleh bangsa Jia Zu dan keluarga.

• Ia dilengkapi dengan sempurnanya sistem Zong Fa dengan hubungan darah dalam mengawal kerangka keluarga dan sistem bangsa.

• Jia Zu dan Zong Zu ada sesetengahnya akan menjadi hamba dalam sistem itu. Sistem ini dibahagi kepada Da Zong dengan Xiao Zong seperti dalam prinsip Wu Lun (5 perhubungan).

• Pada zaman selepas Chun Qiu sistem Zhong Fa menuju ke arah keruntuhan.

• Aliran Konfusianisme telah membentuk satu sistem pengajian Ren.

Page 4: TAMADUN CINA

Ekonomi Pertanian mempengaruhi

terhadap budaya Cina • Susunlapis masyarakat Cina dibahagi kepada 4

peringkat iaitu kaum pelajar, kaum tani, kaum pekerja dan kaum pedagang.

• Dalam budaya Cina, setiap dinasti dalam mentadbir negara menganggap rakyat sebagai paling asas iaitu memberi perhatian tentang keadaan rakyat dan menyelesaikan persoalan kehidupan rakyat.

• Cina merupakan negara pertanian yang besar dan pertanian merupakan asas dalam pembangunan negara.

Page 5: TAMADUN CINA

Konsep warisan falsafah CinaKonsep Ren

– Takrif : Ren membawa maksud kemanusiaan, kasih sayang. Ren sebagai kesedaran akhlak, kod nama untuk seluruh akhlak

Konsep Li– Takrif : Li membawa pengertian tatasusila; sistem masyarakat;

peraturan pelakuan perhubungan di antara manusia dengan manusia; untuk membezakan order susun lapis masyarakat; sebagai kerangka pentadbiran negara; lambang adat istiadat corak kehidupan status yang berbeza

Konsep Zhong Yong– Takrif : Pelakuan yang paling tinggi tidak melebihi atau

mengurangi dari segi akhlak; jalan pertengahan untuk mengimbangkan dan mengharmonikan segala perkara sebagai asas konsep jati diri;

– menekankan kepercayaan akhlak, keikhlasan dan kejujuran diri; prinsip membangun diri, prinsip perhubungan sosial, prinsip menjadi manusia. Ia merupakan satu kesedaran dan keinsafan dalam pembentukan akhlak

Page 6: TAMADUN CINA

Konsep Zong– Takrif : Taat dan setia; tidak berbelah bahagi; apa

yang kita ingin dirikan untuk diri kita, kita dirikan juga untuk orang lain; melakukan sesuatu kerja sedaya upaya dengan memenuhi tanggungjawab diri sendiri.

Konsep Shu– Takrif : Kemaafan; apa yang kita tidak ingin orang lain

lakukan terhadap diri kita, kita jangan lakukan terhadap orang lain

Konsep Yi– Takrif : Kewajaran; keadilan; perkara yang sepatut

kita lakukan

Page 7: TAMADUN CINA

Konsep Chiu Ting dan Chiu Zhou• Perkataan Ting merupakan lambang kuasa raja dan peralatan penting

negara.• Sekiranya Ting berada negara wujud, sekiranya Ting berpindah tangan

maka negara lenyap.• Pembesar-pembesar (Chu Hou) tidak boleh memiliki Ting dan juga tidak

boleh bertanya berat/ringan atau besar/kecilnya Ting.• Pembuatan Ting bermula pada dinasti Xia sebagai peralatan negara yang

penting.• Konsep Chiu (sembilan) merupakan satu angka yang paling disanjung tinggi

dalam masyarakat purba cina dan angka ini bersama dengan angka lima, panggilan untuk sembilan lima adalah untuk menunjukan kemuliaan dan kehormatan pada kuasa raja.

• Konsep Wu Fan (lima arah) mudah berkembang kepada Chiu Fan (sembilan arah). Wu Fan adalah dimaksudkan timur, barat, selatan, utara, dan tengah.

• Chui Fan pula selain dari timur, barat, selatan, utara, dan tengah ditambah dengan empat bahagian lagi.

Page 8: TAMADUN CINA

Sejarah

• Sungai Kuning merupakan pusat pertumbuhan tamadun cina di utara dan Chang Jiang merupakan pusat pertumbuhan tamadun cina di selatan.

• Kebudayaan Yangshao merupakan tamadun yang paling awal di provisi Shaanxi.

• Kebudayaan Longshan bertempat di provisi Shandung dan peradaban zaman gangsa terletak di provisi Jiangxi.

Page 9: TAMADUN CINA

Tamadun Dinasti Xia• Sejarah tamadun cina yang paling penting adalah

sejarah bangsa Han. • Panggilan orang Han atau bangsa Han bermula pada

dinasti Han, Panggilan orang cina hanya dengan gelaran Xia atau Hua Xia.

Tamadun Dinasti Shang• Dinasti Shang merupakan Dinasti kedua negara cina.

Dinasti ini merupakan dinasti perampasan kuasa.Tamadun Dinasti Zhou Tamadun Chun Qiu: keruntuhan adab dan muzik

(peradaban).Tamadun Zhang Guo

Page 10: TAMADUN CINA

Bangsa

• Bangsa Cina adalah digabungkan oleh lima kaum besar dipanggil dengan nama Zhong Hua Min Zu (bangsa Tionghua).

• Pada peringkat awal, bangsa Cina dikenali dengan nama Bangsa Hua Xia kemudian bertukar nama kepada bangsa Han dan bangsa Tang pada Dinasti Tang.

• Bangsa Cina mempunyai banyak kumpulan minoriti bertaburan di seluruh negara cina.

Konsep Min Zu (Bangsa)• Konsep Min Zu (bangsa) lebih dirujukkan kepada

penjenisan bangsa Cina, bangsa HuaXia, Han, Tang dan Hui kerana pembentukan bangsa Cina berlandas kepada 5 kumpulan suku bangsa.

Page 11: TAMADUN CINA

Konsep Bangsa Tionghua

• Konsep bangsa Tionghua pula dirujukkan kepada bahasa Han dan budaya yang diciptakan oleh bangsa Han.

Page 12: TAMADUN CINA

Bahasa• Bahasa Cina adalah merupakan panggilan pada Hanyu (Bahasa

Han) dan kemudian berkembang dengan bahasa baku Beijing sebagai bahasa kebangsaannya.

• Bahasa Cina juga dikenali dengan panggilan bahasa Mandarin. • Bahasa Cina terbahagi kepada bahasa lisan dan bahasa tulis. • Bahasa lisan terbahagi kepada puluhan dialek yang berbeza-beza.• Bahasa tulis Cina merupakan bahasa kebangsaannya yang

menyatukan seluruh rakyat Cina yang bertutur dengan dialek yang berbeza.

• Bahasa Cina dipanggil juga bahasa Han yang menunjukkan maksud pada perkataan.

• Kaedah pembentukan bahasa cina berdasarkan pada Liu Shu iaitu Xiang Xing (bentuk imej) seperti perkataan Jit (matahari).

Page 13: TAMADUN CINA

• Bahasa kuno cina mempunyai sejarah yang panjang sejak dinasti Shang lagi sudah terbentuk tulisan pada Jia Ku Wen (tulisan atas tulang kura-kura dan binatang), kemudian berkembang kepada Chin Wen (tulisan diatas logam).

• Kaedah pembentukan huruf cina, kerangka huruf-huruf cina dan bentuk penulisan, perkataan cina kebanyakkannya merupakan perkataan gabungan bentuk dan bunyi bersumber pada imej bentuk perkataan itu.

Page 14: TAMADUN CINA

Masyarakat dan Budaya

Sistem masyarakat• Sistem masyarakat merupakan lanjutan kepada sistem

kekeluargaan. Dalam sistem masyarakat, tradisi mengutamakan order sosial dan lima perhubungan etika

Sistem kekeluargaan• Ia menekankan kuasa bapa sebagai pusat dalam sistem

kekeluargaan. • Nilai sistem Sangkang (hubungan raja dengan pembesar,

ayah dengan anak dan suami dengan isteri),• Wu Chang (merupakan nilai-nilai seperti Ren;

kemanusian, Yi; kewajaran/keadilan, Li; tatasusila/kesopanan, Zhi; kebijaksanaan, Xin; kepercayaan/amanah)

Page 15: TAMADUN CINA

Pelbagai Agama dalam Tamadun Cina

Agama Buddha dan Falsafahnya• Semenjak agama Buddha dari India di bawa masuk ke

China dari dinasti Han sampai ke dinasti Tan, • Orang Cina telah meresapkan falsafah agama Buddha

menjadi corak Cina. • Agama Buddha yang penting terbahagi kepada aliran

Tian Tai Zong, Wei Si Xong, Hua Yuan Zong dan Zen Du Zong.

• Agama Buddha telah menggunakan kaedah penafian untuk menyelesaikan segala persoalan di dunia

• Ia berjuang untuk kebebasan dan pelepasan dari derita.

Page 16: TAMADUN CINA

Asas pemikiran agama Buddha terbahagi kepada empat iaitu :

1. Teori Si Ti • Dalil yang sebenar iaitu dukacita, pengumpulan,

kemusnahan dan prinsip.2. Teori sebab-akibat • Agama Buddha menganggap jutawan benda di dunia

berasal dari kosong dan kelahirannya adalah saling bergantung dan sebab-akibat.

3. Teori balasan • Agama Buddha menganjurkan teori baik dibalas baik,

jahat dibalas jahat. Konsep balasan itu terbahagi kepada balasan pada dunia kini dan balasan pada dunia akan datang.

Page 17: TAMADUN CINA

4. Teori 3 kaedah • Segala makhluk di dunia ini saling

berubah dan tidak kekal selama-lamanya, segala makhluk lahir kerana sebab-akibat, tidak ada sifat yang tersendiri.

Falsfah agama Buddha adalah untuk membebaskan cengkaman naluri supaya manusia dapat membatasi keinginan nafsunya.

Page 18: TAMADUN CINA

Agama Dao dan falsafahnya

• Agama Dao merupakan agama yang sedia ada dalam warisan China.

• Ia menganggap Lao Zi sebagai ketua agamanya dan diperdewakan Lao Zi dan Zhuang Zi.

• Mereka memuja dewa dewi dan mencari kaedah untuk hidup lama.

• Mereka menganggap Dao sebagai daerah yang paling tinggi dari kalangan agama rakyat.

• Sejarah tertubuhnya agama Dao ini mempunyai masa yang panjang sejak dari Han Timor dan dinasti Wei Jen selatan dan utara.

• Agama Dao berkembang dengan pesatnya. Pada zaman Sue Tang merupakan zaman kegemilangannya

Page 19: TAMADUN CINA

• Konsep Dao merupakan asas kepercayaan agama Dao. Ia merupakan akar umbi segala kejadian, permulaan langit dan bumi yang dibentuk oleh lima elemen, melahirkan imej-imej jutaan benda dan punca kepada segala makhluk.

• Agama Dao menganggap Dao melahirkan nafas, nafas melahirkan segala benda.

• Dao melahirkan satu, satu melahirkan dua, dua melahirkan tiga, tiga melahirkan jutaan benda’. Ini merupakan tafsiran agama Dao terhadap punca segala makhluk.

• Satu membawa pengertian kasih sayang, dua membawa pengertian jimat cermat, tiga membawa pengertian tidak berani berlumba-lumba.

• Teori agama Dao merupakan gabungan Konfusianisme dan Daoisme.

• Mereka juga menganjurkan pemupukan akhlak untuk mencapai usia yang panjang tidak lain tidak bukan iaitu mempelajari Dao, melakukan kebaikan, tidak meminum arak, tidak mengambil harta benda orang dan tidak melakukan perkara yang jahat. Ini semua merupakan intisari pemikiran kata larangan untuk mencapai akhlak agama Dao.

Page 20: TAMADUN CINA

Agama Islam dan Falsafahnya

• Cina Muslim telah menggunakan kategori konsep Konfusianisme untuk mentafsirkan kitab-kitab ajaran agama Islam dibawah kerangka pengajian tauhid dan memberi pengertian Teologi.

• Falsafah pemikiran agama Islam China merupakan hasil gabungan budaya pemikiran Konfusianisme dengan agama Islam. Kita boleh tinjau dari beberapa aspek seperti di bawah iaitu

• Konsep Zhen Yi (Kebenaran Yang Satu). • Teori Pengenalan : Mengkaji benda untuk mencapai

ilmu • Pandangan Takdir

Page 21: TAMADUN CINA

Pandangan semesta dan nilai-nilai

• Empat aliran falsafah iaitu Konfusianisme, Mosime, Daoisme dan Legalis merupakan ukuran sistem konsep nilai yang paling mempunyai pengaruh dan teoritikal

1. Teori nilai akhlak Konfusianisme• Konfusius merupakan pengasas dalam aliran Konfusianisme.• Beliau adalah orang yang memperkembangkan dan mewarisi

pandangan nilai akhlak dan budaya peradaban serta muzik pada zaman Zhou Barat.

• Ideologinya dikembangkan pada akhir zaman Chun qiu sampailah ke zaman Zhang Guo oleh Konfusius, Mengzi dan Xunzi.

• Konsep nilai mereka mempunyai kesamaan iaitu nilai aliran Konfusianisme berlandas kepada akhlak Ren Yi (kemanusiaan dan keadilan).

Page 22: TAMADUN CINA

2. Teori nilai kepentingan Moisme

• Moti merupakan pengasas kepada aliran Moisme. • Beliau telah memetik sesetengah konsep nilai dari

Konfusius seperti nilai Yi. • Dia mengemukakan tafsiran baru tentang konsep Yi iaitu

mempunyai makna kepentingan. Yi boleh menguntungkan manusia, oleh sebab itu, dia menyatakan Yi itu adalah kepentingan.

• Beliau mengemukakan pandangan nilai, saling menukar kasih sayang, saling menukar kepentingan, untuk menerangkan pandangan nilainya yang mengutamakan Yi dan mengutamakan kepentingan.

• Beliau mengemukakan pemilihan nilai yang paling tinggi adalah untuk berjasa dan untuk kepentingan rakyat.

Page 23: TAMADUN CINA

3. Teori nilai natural Daoisme

• Laozi dan Zhuangzi merupakan wakil aliran Daoisme • Mereka telah mengambil perhatian terhadap masyarakat dan

kehidupan manusia. • Mereka telah mengemukakan sistem konsep dan nilai iaitu,

naturalisme dan Wuwei (tanpa kegiatan). • Daoisme menganggap pemilihan nilai yang paling tinggi dalam

masyarakat dan kehidupan manusia adalah terletak pada naturalisme dengan tanpa bergiat.

• Konsep naturalisme dan Wuwei ini membawa satu sikap terhadap dunia tidak diganggugugat dan tidak mempunyai kehendak peribadi.

• Segala-galanya mengikut kudarat alam, tidak menekankan keadaan survival diri sendiri, bebas dengan sebebas-bebasnya pada daerah kerohanian.

• Konsep natural membawa erti tanpa keperluan peribadi, tanpa perlakuan yang gila, tidak memaksa, semuanya mengikut proses dan keadaan alam semulajadi.

Page 24: TAMADUN CINA

4. Teori nilai kuasa aliran Legalis

• Aliran Legalis merupakan wakil pemikiran kuasa kebangkitan di zaman Chunqiu dan Zhang Guo.

• Aliran Legalis merupakan aliran yang menekankan kepada kuasa undang-undang dan kaedah.

• Aliran Legalis menganggap, sifat manusia adalah buruk.• Perubahan masyarakat menyebabkan perubahan prinsip, • Meganggap konsep nilai berkembang mengikut zaman dan juga

berubah mengikut perubahan sejarah. • Aliran Legalis membicarakan nilai kuasa raja iaitu raja, autoriti,

perundangan dan kaedah. • Raja merupakan nilai yang paling tinggi dalam kalangan manusia • Kuasa adalah alat dan modal untuk mentadbirkan seluruh alam dan

mentadbir pembesar-pembesar dan rakyat • Sistem perundangan merupakan perkara yang paling berharga

dalam mentadbirkan masyarakat

Page 25: TAMADUN CINA

Pencapaian dalam pelbagai bidang

Kesusasteraan1. Puisi:• Shi Jing (sastera realiti di utara) dan Chucu (sastera romantik di

selatan)2. Prosa:• Fu merupakan bentuk prosa dinasti Han 3. Drama:• Dinasti Yuan, merupakan zaman keemasan drama. Tokoh utama

adalah seperti Guan Han Qing dan Wang Shi Fu4. Fiksyen:• Dinasti Ming dan Qing merupakan zaman keemasan fiksyen• Sanguo Yanyi (roman tiga negara) • Honglou Meng (mimpi lonteng merah)5. Kesenian• Muzik Klasik, Kaligrafi, Seni lukis, Seni pembinaan.

Page 26: TAMADUN CINA

Sains dan Teknologi Cina

• Keistimewaan Sains dan teknologi cina lama menekankan pada dua aspek iaitu sifat kegunaan dan pandangan keseluruhan.

• Kejayaan seperti catatan rekod kajian cuaca, pengukuran bentuk langit, kaedah takwim.

• Dalam aspek teori Yin Yang (merupakan satu pandangan pembentukkan kuasa alam yang bertentangan ia melalui proses pertentangan pergabungan dan peruabahan) dan Wu Xing (lima elemen iaitu logam, kayu, air, api dan tanah).

• Teori Yin Yang dan Wu Xing merupakan asas falsafah dalam perkembangan sains dan teknologi cina, ilmu perubatan anatomi dan ilmu menjaga kesihatan.

Page 27: TAMADUN CINA

Teori Yin Yang

• Teori Yin Yang merupakan percanggahan pertentangan dari dua aspek positif dan negatif sesuatu benda.

• Ia juga saling bergantung di antara satu sama lain dan ia juga saling melenyap dan menghidup antara satu sama lain

Page 28: TAMADUN CINA

Konsep Wu Xing

• Wu Xing terdiri daripada lima elemen iaitu logam, kayu, air, api dan tanah.

• Konsep ini saling mengawal dan saling mengatasi antara satu sama lain seperti api dengan air

• Wu Xing terdiri daripada lima elemen iaitu logam, kayu, air, api dan tanah.

• Konsep ini saling mengawal dan saling mengatasi antara satu sama lain seperti api dengan air

Page 29: TAMADUN CINA

ISTILAH-ISTILAH DALAM TAMADUN CINA

• Ren : kasih sayang, kemanusiaan, cinta, prinsip hubungan manusia dengan manusia.

• Yi : kewajaran, keadilan dan perkara yang sepatut kita lakukan.

• Li : peradaban, kesopanan, tatasusila, budi pekerti, peraturan perlakuan akhlak

• Zhi : kebijaksanaan• Xin : kepercayaan dan amanah• Xiao : berbakti, mendengar perintah kedua orang tua• Zhong : ketaatan, patuh, tidak berbelah bagi• Shu : kemaafan• Tian : Hu han, alam langit,

Page 30: TAMADUN CINA

• Dao : prinsip peraturan, jalan, pegangan, kaedah, • Tian Dao : kudrat alam, peraturan alam, perjalanan alam• Ren Dao : jalan manusia, prinsip manusia, pegangan

manusia, peraturan manusia• Tian Ming : takdir, nasib• Wu Wei : mengurangkan kegiatan, tanpa bertindak,

naturalisme• He : harmoni, bersama• Shang Tong : mengutamakan kesamaan.• Yin Yang : Konsep Positif dan Negatif• Wu Xing : 5 elemen (api, air, tanah, logam, kayu )

Page 31: TAMADUN CINA

Tamat