Tamadun India

12
TAMADUN INDIA: SEJARAH TAMADUN INDIA: Sejarah kemunculan Tamadun India boleh dikategorikan kepada tiga peringkat iaitu:- 1. Zaman Awal (100,000 SM - 1000 SM) 2. Zaman Pertengahan ( 1000 - 1756 M) 3. Zaman Moden (1857 M - kini) KONSEP TAMADUN INDIA: Tamadun India merangkumi dua bahagian utama benua kecil India iaitu:- 1. Indo-Arya (berpuasat di India Utara) 2. Dravida (berpusat di India Selatan) WILAYAH: Kedudukan Geografi Benua kecil India terletak di antara Lautan Hindi dengan Pergunungan Himalaya. Wilayah ini meliputi kawasan seluas 2,534,175 kilometer persegi iaitu lebih kurang sama dengan keluasan seluruh Eropah kecuali Rusia. India boleh dibahagikan

description

bfcx

Transcript of Tamadun India

TAMADUN INDIA:

SEJARAH TAMADUN INDIA:Sejarah kemunculan Tamadun India boleh dikategorikan kepada tiga peringkat iaitu:-1.Zaman Awal (100,000 SM - 1000 SM)2.Zaman Pertengahan ( 1000 - 1756 M)3.Zaman Moden (1857 M - kini)KONSEP TAMADUN INDIA:Tamadun India merangkumi dua bahagian utama benua kecil India iaitu:-1.Indo-Arya (berpuasat di India Utara)2.Dravida (berpusat di India Selatan)

WILAYAH:Kedudukan GeografiBenua kecil India terletak di antara Lautan Hindi dengan Pergunungan Himalaya. Wilayah ini meliputi kawasan seluas 2,534,175 kilometer persegi iaitu lebih kurang sama dengan keluasan seluruh Eropah kecuali Rusia. India boleh dibahagikan kepada dua bahagian yang besar, iaitu Utara dan India Selatan. Sempadan yang memisahkan di antara Utara dan Selatan India adalah pergunungan Vindhya. Suatu yang menarik tentang tamadun ini ialah kedudukannya yang bersebelahan dengan tamadun Parsi di sebelah barat, bahagian timurnya pula disempadani oleh tamadun Cina.Keadaan geografi boleh dikatakan sebagai salah satu faktor yang menyebabkan perkembangan kebudayaan masyarakat India Utara dan India Selatan agak berbeza. Ia berbeza dari segi :-rupa bentuk fizikalbahasabudayaamalan-amalan keagamaanMasyarakat Indo-AryaBahasa Sanskrit bahasa utama dalam kumpulan bahasa-bahasa Indo-Arya. Empat buah Veda iaitu Rig, Yajur, Sama dan Atharva adalah karya-karya puisi yang berbentuk mantera atau mazmur yang menjadi pegangan kuat bagi masyarakat ini. Keempat-empat Veda atau kitab ini mempunyai pengaruh yang kuat dalam aspek :-pemikirankepercayaanamalankehidupan masyarakat Indo-AryaMasyarakat DravidaMasyarakat Dravida berbahasa Tamil yang merupakan asas untuk semua bahasa Dravida. Kepercayaan, pemikiran serta amalan masyarakat ini adalah berasaskan ajaran mazhab. Saivisme dan Vaisnavisme yang banyak dibicarakan dalam puisi klasik Sangam.

MASYARAKAT DAN BUDAYA:Dibahagikan kepada dua golongan besar berdasarkan kepada bahasa iaitu Indo-Arya dan Dravidia. Dari segi demografi, Indo-Arya menetap di Utara India dan orang Dravidia di Selatan India.

Sistem keluargaTujuan berkeluarga adalah untuk mendapat teman sokongan dari segi fizikal dan rohani serta mendapat zuriat ataupun keturunan. Mengamalkan system keluarga bersama yang mana keanggotaan berdasarkan lelaki yang seketurunan, isteri serta anak yang belum berkahwin. Sistem keluarga tamadun India turut disokong oleh semangat kepentingan bersama dan harta dikongsi bersama.Perpaduan pula dibentuk dengan nilai kasih sayang. Sistem keluarga tamadun India ini dipelihara oleh dua aspek iaitu :-Ashrama DharmaPurusartha

Ashrama DharmaIa menjelaskan tentang empat tahap yang dilalui oleh setiap manusia iaitu:-1.Tahap Pertama = Brahmacharya: Mempelajari ilmu pengetahuan2.Tahap Kedua = Grihasta: Berumah tangga dan bekerja3.Tahap Ketiga = Vanaprasta: Bertapa dan bebaskan diri dari duniawi4.Tahap Keempat = Sannyasa: Sebar ilmu kepada masyarakat

PurusarthaIa menjelaskan empat objektif mulia dalam kehidupan yang harus diamalkan oleh manusia iaitu:-1.Objektif Pertama Mulia = Aram/ Dharma: Kepatuhan kepada moral dan etika2.Objektif Kedua Mulia = Porul/ Artha: Bekerja untuk kekayaan yang halal3.Objektif Ketiga Mulia = Inbam/ Kama: Cinta atau kasih sayang dan kepuasanmenikmati harta benda4.Objektif Keempat Mulia = Moksha/ Vidu: Kesempurnaan rohani hasil bebasdiri dari duniawi

Sistem kastaSatu institusi sosial yang unik bagi masyarakat India dan ia juga dikenali sebagai system jati. Lazimnya system ini jati dianggap sebagai salah satu aspek dalam ajaran agama Hindu tetapi tafsiran seperti ini adalah salah dan usaha untuk menghubungkaitkan konsep karma dengan system jati merupakan interpretasi yang salah.Sistem kasta masyarakat India boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu sistem varna dan sistem jati. Kehidupan berkasta masyarakat India dalam sistem varna adalah pembahagian kelas sosial yang tetap hierarkinya dan tidak berubah. Sistem ini membahagikan masyarakat kepada lima kelas sosial seperti berikut:-1.Brahmin: golongan pendidik, intelek dan ahli agama2.Kshatriya: pemerintah, pentadbir dan tentera3.Vaisya: pedagang dan peniaga4.Sudra: buruh dan petani5.Panchama/ Chandala: golongan murtad dan dibuang daripada varna

Sistem jati pula ialah satu sitem yang berasaskan kesatuan sekerja dan tidak mempunyai hierarki sosial. Sistem ini wujud pada Zaman Veda kemudian bertujuan untuk menjaga kebajikan ahlinya apabila pemerintahan pusat mengalami kemerosotan dan tidak mampu menjamin keselamatan rakyatnya.

Kedudukan WanitaKedudukan Wanita Dalam Masyarakat Indo-AryaPada Zaman Veda Awal, kaum wanita dihormati dan diberikan kebebasan serta kesaksamaan seperti kaum lelaki. Mereka dapat membawa mazmur-mazmur suci serta kitab-kitab suci. Selain itu, mereka juga diberikan peluang untuk mendapat pendidikan yang sama.Namun begitu, pada Zaman Veda kemudian dan selepasnya didapati kedudukan kaum wanita merosot dan banyak sekatan dikenakan ke atas mereka.Selepas kehadiran dan pengukuhan kuasa British di India, pergerakan-pergerakan reformasi HInduisme telah membawa mengenai masalah kedudukan wanita terhadap pihak British supaya ia dapat dihalang atau diketepikan dengan meluluskan undang-undang. Dengan kerjasama pergerakan-pergerakan reformasi, kedudukan wanita dapat dipulihkan pada kurun-19 dan kurun-20.

Kedudukan Wanita Dalam Masyarakat DravidaPada Zaman Sangam, kaum wanita diberikan kedudukan yang tinggi dalam masyarakat India Selatan. Sifat keibuan yang ada pada mereka dihormati, disanjung dan dianggap sebagai suatu nilai yang mulia.Kedudukan kaum wanita mulai mengalami kemerosotan selepas Zaman Sangam. Masalah kemerosotan ini dapat diatasi atau dipulihkan semula selepas kedatangan dan pertapakan kuasa penjajah khasnya kuasa British di India.

Bahasa dan KesusasteraanKumpulan BahasaBahasa-bahasa India dibahagikan kepada dua rumpun keluarga bahasa iaitu bahasa-bahasa Indo-Arya dan bahasa-bahasa Dravida.

Kesusasteraan Sanskrit (Indo-Arya)Terdapat dua jenis kesusasteraan iaitu:-Kesusasteraan Vedik1.Rig Veda2.Yajur Veda3.Sama Veda4.Atharva VedaKesusasteraan Epik1.Epik Mahabrata2.Bhagavadgita3.Epik Ramayana

Kesusasteraan Dravida (Dravida)Terdapat dua jenis kesusasteraan iaitu:-Kesusasteraan Dravida1.Aindiram2.AgattiyamKesusasteraan Sangam1.Puisi aham2.Puisi puram3.Tirukkural4.Naladiyar

AGAMA DALAM TAMADUN INDIA:Dalam sesebuah masyarakat dan tamadun, perbincangan berkenaan persoalan kepercayaan dan nilai menjadi begitu penting dan sesuatu yang pasti dititikberatkan. Keadaan inin berlaku kerana melalui sisitem kerpercayaan dan nilai itu, ia dapat membentuk suatu identity tersendiri dalam sesebuah tamadun.

Agama HinduTerdapat lima prinsip utama dalam agama Hindu iaitu:1.Kuwujudan Tuhan yang tunggal2.Manusia itu suci3.Perpaduan melalui percintaan4.Harmoni agama, dan5.Pengetahuan tentang sungai yang suci, kitab yang suci dan mantera yang suci.Di samping itu, terdapat sepuluhdisplin yang bersifat sejagat yang diamalkan dalam agama Hindu ini iaitu:1.Kejujuran (satya)2.Kesederhanaan (ahimsa)3.Tidak berzina (brahmacharya)4.Tidak merompak (asteya)5.Kesucian (aparigraha)6.Kebersihan (ahaucha)7.Kepuasan (santosh)8.Mengkaji kitab (swadhyaya)9.Penjimatan (tapas)10.Doa (pooja)

Agama BuddhaAjaran Buddha yang mengutamakan Dhamma (bahasa Pali) atau Dharma (bahasa Sanskrit) merangkumi Empat Kebenaran Mulia iaitu:1.Penderitaan itu universal (dukkha)2.Ada punca segala penderitaan (dukkha samudaya)3.Penderitaan itu boleh diatasi (dukkha nirodha)4.Ada cara untuk mengatasi penderitaan (dukkha nirohda marga)Segala penderitaan ada puncanya. Buddha menyebutnya sebagai roda empirik yang mengandungi 12 rangkaian iaitu:1.Kecuaian (avidya)2.Kecenderungan (samskara)3.Kesedaran tentang kuasa karma (vijnana)4.Nama dan bentuk (nama rupa)5.Lima organ deria dan minda (sodayatana)6.Hubungan antara deria dengan objek (sparsa)7.Sensasi (verdana)8.Nafsu (trasna)9.Bergantungan kepada pewujudan (upadana)10.Bertekad untuk lahir (bhava)11.Kelahiran (jati)12.Usia tua dan kematian (jara marana)Ajaran Buddha juga telah mengesyorkan Lapan Jalan Mulia untuk mencapai nirvana. Lapan Jalan Mulia tersebut ialah:1.Pandangan yang betul (kefahaman)2.Aspirasi yang betul (cita-cita)3.Pertuturan yang betul (komunikasi)4.Kelakuan yang betul (aksi)5.Kehidupan yang betul (sara hidup)6.Usaha yang betul (daya usaha)7.Minda yang betul (mental)8.Konsentrasi yang betul (meditasi)Lapan Jalan Mulia ini adalah untuk mengatasi samsara (sengsara) kitaran kelahiran semula. Maka seseorang harus menghindari karma dengan menjauhi diri daripada perbuatan jahat.

Agama JainaAgama ini diasaskan oleh Nataputta Vardhamana yang digelar sebagai Mahavira (pahlawan besar). Agama Jaina mempunyai banyak persamaan dengan ajaran-ajaran Upanishad dan Buddhisme. Agama ini mementingkan undang-undang sebab dan akibat yang dipercayai menentukan kelahiran semula roh-roh individu. Ini menunjukkan konsep karma dan samsara yang terdapat dalam Upanishad amat penting kepada agama Jaina.Agama Mahavira mengandungi Sembilan prinsip-prinsip asas atau nava-tattva iaitu:1.Jiva (roh terdapat dalam semua benda, yang bergerak dan bernyawa termasuk tumbuhan dan ia adalah kekal abadi)2.Ajiva (benda-benda yang tidak bernyawa)3.Asrava (daya penarik)4.Papa karma (dosa, hasil perbuatan yang jahat)5.Punya karma (pahala, hasil perbuatan baik)6.Bandha (ikatan roh dengan keinginan dan kejahilan)7.Samvara (menahan pengaliran karma)8.Nirjara (penghapusan karma), dan9.Siddhi (pelepasan dari kelahiran semula)

Agama SikhAgama Sikh diasaskan oleh Guru Nanak yang merupakan seorang Kshatriya Hindu yang dilahirkan di Punjab. Antara ciri-ciri Islam yang terkandung dalam ajaran agama Sikh ialah menolak penggunaan patung sebagai gambaran Tuhan yang transendentaldan Tuhan adalah kuasa terkuat yang member kurnia menurut kehendaknya. Ciri Hinduisme juga terdapat dalam agama Sikh ini seperti konsep kelahiran semula atau dikenali sebagai Reinkarnasi di dalam agama Hindu, maya, karma dan guru. Selain itu, agama ini menekankan bahawa perkara-perkara seperti:1.Kekayaan2.Pertalian keluarga3.PelajaranSifat sombong dapat mengalih perhatian daripada kesedaran Tuhan dan mesti ditolak. Bagi mencapai Tuhan, seseorang itu perlulah dipandu oleh seorang guru.

SUMBANGAN TAMADUN INDIA TERHADAP PERADABAN MANUSIA :Di Asia Tenggara, sumbangan tamadun India dalam interaksinya dengan tamadun-tamadun tempatan dianggap oleh sesetengah cendekiawan sebagai sumbangan hasil daripada Hindunisai dan Indianisasi. Walau bagaimanapun,istilah Indianisasi (Indianisation) lebih tepat bagi merujuk kepada perkembangan keseluruhan bentuk sumbangan yang diterima daripada tamadun India. Penggunaan istilah Hindunisasi (penghinduan) didapati bukan hanya membataskan sumbangan berasakan Hinduisme, tetapi juga sukar menjelaskan pembahagian kesan di antara agama Hindu dan Buddha.Antara pencapaian dan sumbangan yang telah dilakukan oleh tamadun India terbahagi kepada dua iaitu pencapaian dalam bidang seni dan pencapaian dalam bidang sains.

Pencapaian dalam Bidang SeniSeni dan kehidupan masyarakat India tidak pernah dapat dipisahkan. Tamadun India telah mencapai kecemerlangan dalam bidang kesenian yang boleh diringkaskan seperti berikut:1.Seni halus2.Tarian3.Drama4.Seni bina dan seni ukir5.Seni lukis

Pencapaian dalam Bidang Seni1.Matematik2.Astronomi dan Kalendar3.Fizik4.Kimia5.Logam6.Perubatan