Tamadun Islam

download Tamadun Islam

of 5

description

tamadun islam

Transcript of Tamadun Islam

TAMADUN ISLAM

(AEM 1)

KERTAS CADANGAN KAJIAN/ PROPOSAL KAJIAN

TAJUK : KEWUJUDAN DAN KEPENTINGAN ILMU PENDIDIKAN DALAM TAMADUN JEPUN

DISEDIAKAN OLEH :MOHAMAD HARITH BIN NOR MOHAMAD09AEM15F1003

DISEMAK OLEH :PN. NORFARAHI BT. ZULKIFLI

KEWUJUDAN DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI TAMADUN JEPUN

PENGENALAN

Sistem Pendidikan Jepun

Selepas Pemulihan Meiji pada 1868, pendidikan moden diperkenalkan. Pendidikan ini bersifat sekular dan terpisah dari agama Buddha dan golongan bangsawan. Sehingga pertengahan kurun ke-19, 40% daripada rakyat Jepun pandai membaca. Pada masa ini, boleh dikatakan bahawa seluruh rakyat Jepun celik huruf. Prinsip pendidikan di Jepun ialah untuk melahirkan negara yang demokratik dan rakyat yang cintakan keamanan. Undang-undang Asas Pendidikan 1947 berbunyi:

We shall esteem individual dimity and endeavor to bringup people who love truth andpeace, while education which aims at. the creation of universal yet highly individualistic culture shall be spread far and wide.

Peluang untuk mendapatkan pelajaran meliputi semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama, jantina, status sosial, kedudukan ekonomi dan latar belakang keluarga. Pendidikan di Jepun menitikberatkan pengetahuan politik dan kebebasan agama dalam usaha melahirkan rakyat yang baik. Pada masa yang sama, sistem pendidikan tidak boleh terikat dengan mana-mana parti politik atau agama. Kerajaan Jepun menggalakkan organisasi awam membina perpustakaan, muzium dan dewan untuk member! kemudahan kepada para pelajar.

Pendidikan di Jepun terbahagi kepada empat peringkat:1. Peringkat Sekolah Rendah (6 tahun)2. Peringkat Sekolah Menengah Rendah (3 tahun)3. Peringkat Sekolah Menengah Tinggi (3 tahun)4. Peringkat Universiti (4 tahun)

Pendidikan peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah rendah selama 9 tahun merupakan pendidikan wajib. Semua kanak-kanak di Jepun diwajibkan bersekolah dari usia 6 hingga 15 tahun. Pelajaran pada peringkat ini diberi secara percuma.

Selepas itu, terpulang kepada para pelajar sama ada ingin meneruskan pelajaran atau berhenti belajar dan terus bekerja. Kebanyakan pelajar meneruskan pengajian mereka. Pada 1989, pelajar yang meneruskan pengajian ke peringkat Menengah Tinggi berjumlah 95%. Pada 1976, 39% pelajar memasuki pusat pengajian tinggi. Jumlah ini kemudiannya menurun kepada 31% pada 1989. Ini kerana 29% pelajar telah memasuki sekolah-sekolah vokasional dan sekolah- sekolah khas, sementara 35% lagi memasuki bidang pekerjaan

Guru merupakan kerjaya yang amat dihormati di Jepun. Guru dipanggil sensei (tuan). Terdapat 5 persatuan guru di Jepun. Lebih dari 50% guru sekolah swasta menganggotai Nikkyo-so (Persatuan Guru Jepun), iaitu sebuah persatuan guru yang terbesar di dunia.Selain dari itu, kebanyakan sekolah mempunyai persatuan guru dan ibu bapa untuk menjalinkan hubungan baik antara kedua- duanya.

Kebelakangan ini, sistem pendidikan Jepun menerima kecaman kerana hanya bergantung kepada pengambilan nota-nota, dan mengetepikan daya kreativiti setiap pelajar. Pelajar sekolah rendah dan menengah diarahkan memakai pakaian seragam dan mematuhi peraturan sekolah yang ketat. Persaingan merupakan perkara biasa kerana para pelajar dikehendaki lulus peperiksaan dengan cemerlang sebelum diterima masuk ke sekolah tinggi atau universiti, yang seterusnya akan menjanjikan kerjaya yang menarik kepada pelajar-pelajar. Kebanyakan pelajar menghadiri (sekolah yang sesak) sebagai tambahan kepada sekolah biasa.Ini bertujuan untuk menyediakan diri bagi menghadapi peperiksaan yang dinamakanjukenjigoku atau examination hell.

Jangka waktu persekolahan di Jepun lebih panjang jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah di Amerika Syarikat. Sekolah-sekolah beroperasi dari Isnin hingga Jumaat, dan pada hari Sabtu, pelajar-pelajar di Jepun tetap menghadiri kelas selama setengah hari. Selain dari itu, jumlah hari persekolahan dalam setahun di negara Jepun ialah 240 hari berbanding dengan cuma 180 hari di Amerika Syarikat. Oleh itu, para pelajar Jepun dikatakan lebih mahir dari para pelajar Amerika Syarikat terutamanya dalam bidang sains dan matematik.

Oleh sebab rekod Jepun yang cemerlang dalam sains dan teknologi, negara Jepun telah diterima masuk ke arena 'penjelajahan angkasa'. Pada 1985, Jepun menandatangani perjanjian dengan Amerika Syarikat untuk menjadi rakan dalam program stesen angkasa yang menelan belanja sebanyak 30 bilion. Pada September 1992, angkasawan pertama Jepun, Dr. Mohri Manoru menyertai misi Spacelah. Pada 1986, Jepun telah menghantar kapal angkasa untuk mengkaji komet Halley. Pada tahun yang sama, Jepun telah melancarkan roket dengan kuasa gerakannya berjaya dicipta sendiri oleh Jepun.PENYATAAN MASALAHTamadun jepun merupakan sebuah bangsa yang berjaya di dunia. Sebelum kejayaan tamadun tersebut pelbagai halangan telah ditempuhi oleh tamadun tersebut untuk mencapai kejayaan bagi tamadun tersebut. Tamadun tersebut telah jatuh sewaktu perang dunia kedua dan mengakibatkan pelbagai kemusnahan,namum mereka telah bangkit dan berusha untuk mencapai balik zaman kegemilangan tamadun mereka. Antara punca yang boleh membantu kejayaan tamadun ini ialah system pendidikan yang membantu dalam perkembangan semua aspek seperti ekonomi, pembangunan, perniagaan dan peradaban.

Pendidikan tamandun jepun berkembang begitu pantas,ini kerana dalam jangka masa yang singkat mereka telah berjaya dalam pelbagai bidang, terutama teknologi. Perkara ini dapat dilihat dengan penciptaan ASIMO iaitu sebuah robot yang mampu melakukan perkara seperti manusia. Ia menjadikan saya berasa ingin mengetahui lebih mengenai cara pendidikan masyarakat jepun yang begitu maju.

Di samping itu, saya juga ingin lihat permsalahan dalam system pendidikan di negara ini. Sesetengah sistem pendidikan tidak begitu sistematik dan menyebabkan pelajar kurang memberi tumpuan dan perhatian sewaktu proses pembelajaran dan pengajaran. Ini kerana sistem pendidikan Negara Jepun amat berbeza dari pelbagai segi dan aspek yang banyak memberi kesan positif kepada para pelajar mereka.SUBTOPIK PERBINCANGAN1. Contoh perkembangan pendidkan tamadun Jepun2. Sumbangan pendidikan kepada Negara Jepun dan luar3. Kebangkitan sistem pendidikan selepas perang dunia4. Kesimpulan mengenai asas pendidikan dan sistem yang boleh dicontohi.

RUJUKAN