Tamadun Islam mempengaruhi peradaban kini

19
1.0) Pendahuluan Pelbagai pandagan ataupun difinisi yang dikemukakan oleh ahli ilmuan tenteang Tamadun Islam. Munurut Ibn Khaldun, Tamadun Islam dan peradaban sebagai pencapain manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat mebuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai-nilai seni. Bagi Syed Muhammad Naquib al-Attas pula, mendifinisikan Tamadun Islam sebagai kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasulia dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya (Nasruddin Yunos, Hasnah Kanan & Mohamad Sabri Haron, 2006). Tamadun Islam bukannya didirikan oleh bangsa atau budaya masyarakat tertentu sahaja. Sebaliknya, tamadun Islam didirikanoleh masyarakat yang digelar sebagai muslim dengan al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber asas. Tamadun Islam bermula setelah Nabi Muhammad S.A.W menerima wahyu daripada malaikat Jibril. Pada ketika itu, baginda berusia 40 tahun. Dengan penerimaan wahyu itu, maka rasmilah baginda dilantik sebagai Rasul dan menandakan bermulanya zaman Islam dan berakhirnya zaman Jahiliyah. Baginda telah mebina masyarakat muslim di Mekah selama 3 tahun berdakwah secara sullit dan 10 tahun berdakwah secara terang-terangan. Sepanjang usaha baginda membina masyarakat Islam di Mekkah pelbagai tentangan oleh kafir Quraisy yang perlu dihadapi oleh baginda dan sahabatnya. Kemudian Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah kerana ianya merupakan salah satu perintah Allah SAW serta penentagan yang hebat oleh orang kafir Quraisy. Hijrah merupakan titik tolak bagi perkembangan tamadun Islam di mana agama Islam dapat berkembang dengan pesar du Madinah kerana tiada gangguan atau ancaman oleh pihak bukan Islam seperti terkandung dalam Piagam Madinah. Perkembangan yang pesat dari sudut ekonomi, poltik dan sosial

description

Tugasan ini menerangkan sejauhmanakah sejarah tamadun Islam mempengaruhi zaman sekarang..

Transcript of Tamadun Islam mempengaruhi peradaban kini

1.0) Pendahuluan Pelbagai pandagan ataupun difinisi yang dikemukakan oleh ahli ilmuan tenteang Tamadun Islam. Munurut Ibn Khaldun, Tamadun Islam dan peradaban sebagai pencapain manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat mebuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai-nilai seni. Bagi Syed Muhammad Naquib al-Attas pula, mendifinisikan Tamadun Islam sebagai kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasulia dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya (Nasruddin Yunos, Hasnah Kanan & Mohamad Sabri Haron, 2006). Tamadun Islam bukannya didirikan oleh bangsa atau budaya masyarakat tertentu sahaja. Sebaliknya, tamadun Islam didirikanoleh masyarakat yang digelar sebagai muslim dengan al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber asas. Tamadun Islam bermula setelah Nabi Muhammad S.A.W menerima wahyu daripada malaikat Jibril. Pada ketika itu, baginda berusia 40 tahun. Dengan penerimaan wahyu itu, maka rasmilah baginda dilantik sebagai Rasul dan menandakan bermulanya zaman Islam dan berakhirnya zaman Jahiliyah. Baginda telah mebina masyarakat muslim di Mekah selama 3 tahun berdakwah secara sullit dan 10 tahun berdakwah secara terang-terangan. Sepanjang usaha baginda membina masyarakat Islam di Mekkah pelbagai tentangan oleh kafir Quraisy yang perlu dihadapi oleh baginda dan sahabatnya. Kemudian Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah kerana ianya merupakan salah satu perintah Allah SAW serta penentagan yang hebat oleh orang kafir Quraisy. Hijrah merupakan titik tolak bagi perkembangan tamadun Islam di mana agama Islam dapat berkembang dengan pesar du Madinah kerana tiada gangguan atau ancaman oleh pihak bukan Islam seperti terkandung dalam Piagam Madinah. Perkembangan yang pesat dari sudut ekonomi, poltik dan sosial atas usaha masyarakat Madinah yang dipimpin oleh Nabi Muhammad SAW. Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, Tamadun Islam tidak berakhir begitu sahaja namun Tamadun Islam telah berkembang dengan pesatnya di seluruh dunia.. Bermula dengan zaman khulafa-al Rasyidin, Kerajaan Bani Ummaiyyah, Kerajaan Bani Abbasiyyah, dan Empayar Turki Uthmaniyyah boleh dikatakan penyambung kekuatan Tamadun Islam. Sejarah kegemilangan dan perkembang Tamadun Islam merangkumi aspek pemerintahan, ekonomi, pendidikan dan pertahanan. Dalam tugasan ini saya akan menjelas mengenai tamadun Islam daripada empat aspek utama kemudian saya akan menerangkan sejauhmanakah perkembangan tamadun Islam telah membawa perubahan dalam kehidupan masyarakat sekarang.

2.0) Sistem Pemerintahan Tamadun IslamPemerintahan Tmadun Islam adalah berbeza dengan sistem pemerintahan tamadun lain yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja mahupun pemerintahan republik. Pemerintahan Tamadun Islam adalah berlandaskan Al-Quran dan As-sunnah. Asas kepada sistem pemerintahan semasa Tamadun Islam ialah sistem pemerintahan Rasulullah sebagai pemimpin Madinah. Pemerintahan Zaman Rasulullah SAW ialah baginda merupakan ketua negara, ketua eksekutif, legislative dan kehakiman. Baginda telah merangka Piagam Madinah yang merupakan perjanjian bertulis atau perlembagaan yang mesti dipatuhi oleh penduduk Madinah. Beberapa aspek yang utama dalam piagam Madinah ialah semua penduduk Madinah hendaklah hidup sebagi satu Ummah yang tidak terpengaruh dengan apa-apa elimen luar yang membawa keburukan. Semua penduduk hendaklah bersatu-padu, berkerjama dan bertanggungjawab mempertahankan negara dari apa-apa serangan musuh. Piagam Madinah adalah bersumberkan wahyu Allah kepada Rasulullah SAW. Selain itu, pemerintahan Rasulullah SAW telah membentuk Majlis Syura yang merupakan Majlis Mesyuarat negara yang berperanan membantu ketua negara dalam melaksanakan pentadbiran kerana ia dibentuk berasaskan suara rakyat. Majlis Syura juga berperanan dalam menentukan pelaksanaan undang-undang yang termaktub dalam al-Quran dan al-Sunnah, menyelesaikan masalah baru yang timbul dalam masyarakat melalui proses ijtihad. Selepas kewafatan Rasulullah SAW, sistem pemerintahan Tamdun Islam bertukar kepada sistem khalifah. Sistem Khalifah bermula serentak dengan perlantikan Saidina Abu Bakar sebagai ketua negara Islam yang baru. Antara tugas-tugas khalifah ialah memlihara agama berdasarkan sumber asalnya iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Sistem Khalifa yang unggul adalah semasa pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidi yang telah banyak memberi sumbagan kepada pemerintahan Tamadun Islam. Sebagai contoh, Saidina Umar bin Al-Khattab telah mewujudkan jawatan gabenor bagi setiap wilayah Islam yang baru dibuka seta terdapat jawatan baru diperkenalkan bagi memantapkan pentadbiran negara seperti ketua setiausaha, pegawai polis, ketua hakim dan pegawai cukai. Sistem pemerintahan Tamadun Islam diteruskan lagi dengan zaman Bani Umaiyah dan sistem pentadbiran zaman Bani Abbasiyyah yang sentiasa berkembang.

2.1) Kesan dan sumbangan perkembangan sistem Pemerintahan Tamadun Islam kepada peradaban dunia kini.Sistem pemerintahan Tamadun Islam banyak mempengaruhi sistem pemerintahan negara-negara kini terutamanya negara-negara Islam termasuk negara Malaysia. Kebijaksaan Nabi Muhammad SAW dalam memerintah merupakan contoh kepada pemimpin sekarang. Di mana, beliau telah merangka Piagam Madinah yang merupakan perlembagaan bertulis yang pertama. Perlembagaan merupakan undang-undang tubuh sesebuah kerajaan. Perlembagaan merupakan satu dokumen yang menggariskan institusi-institusi kerajaan, hak-hak rakyat, serta had dan tanggunjawab kepada rakyat kepada negara selaras dengan ciri-ciri Piagam Madinah. Antara negara-negara yang mengamalkan perlembagaan bertulis ialah Malaysia, India dan Amerika Syarikat. Perlembagaan merupakan elemn yang penting dalam membentuk negara bangsa. Di mana sesebuah negara itu mementingkan kedaulatan negara dengan rakyat yang hidup dalam harmoni walaupun terpisah dari segi bangsa, kepercayaan, agama, bahasa dan budaya. Negara Malaysia merupakan negara yang mempunyai masyarakat yang majmuk iaitu terdapat pelbagai bangsa dan agama. Demi menjaga keharmonian dan kedaulatan negara kerajaan telah merangka perlembagaan dengan mencontohi piagam Madimah. Sebagai contoh, piagam Madinah telah menjamin kebebasan beragama dan dapat mengamalkan adat resam mereka sendiri bagi orang Yahudi. Perkara ini dicontohi oleh perlembagaan Malaysia di mana dalam perkara 11 menyatakan tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamnya. Selain itu, majlis syura juga berperanan besar dalam sistem pemerintahan Tamadun Islam sejak pemerintahan Rasulullah SAW lagi. Syura merupakan perkataan Arab yang bermaksud mesyuarat. Majlis syura melakukan permesyuratan yang diadakan oleh sekumpulan ulama dan umat islam dalam membincangkan segala hal yang berkaitan dengan kepentingan dan kebajikan mereka. Sistem ini merupakan salah satu faktor pemangkin kepada kemajuan Tamadun Islam kerana ianya mengamalkan pemerintah dan rakyat dalam mencari penyelesaian dalam mencapai mana-mana keputusan mengenai masalah negara. Malah, dengan mengamalkan sistem syura yang mementingkan perbincagan atau mesyuarat dalam suatu masalah, iannya dapat membuka ruang kesulitan dan memberi kesempatan untuk melihat masalah itu daripada pelbagai sudut serta masalah itu dapat diselesaikan oleh pelbagai pakar pemikiran mengikut bidangnya. Malahan, Majlis Syura mempunyai peranan yang luas, bukan setakat menyelesaikan masaalah namun majlis syura berperanan dalam melantik dan melucutkan jawatan khalifah, berfungsi sebagai tempat rujukan teknikal untuk melaksanakan hukum-hukum Allah berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Oleh sebab itu, Majlis Syura telah diaplikasikan dalam sistem pemerintahan pada zaman kini. Malaysia merupakan negara yang mementingkan perbincagan atau mesyurat dalam menguruskan sistem pemerintahan negara. Hal ini demikian kerana, dalam sistem pemerintahan Malaysia adanya badan perundagan yang berperanan untuk menggubal dan meluluskan undang-undang. Badan perundangan terbahagi kepada parlimen dan dewan undangan negeri. Antara fungsi parlimen ialah merupakan tempat wakil rakyat dalam membincangkan dan membahaskan tentang sesuatu isu, bersoal jawab tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar kerajaan, belanjawan dan rang undang-undang. Anggota parlimen akan membuat perbahasan untuk meminda undang-undang mengikut perkembangan sosioekonomi dan politik bagi semua negeri. Semasa pemerintahan Kahlifah Umar bin al-Khattab, beliau telah menubuhkan beberapa jabatan bagi melicinkan pentadbiran. Sistem pemerintahan sekarang turut melakukan perkara yang sama dengan menubuhkan jabatan-jabatan yang penting seperti Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), Jabatan Peguam Negara, Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia dan Jabatan Penjara Malaysia bagi melincinkan urusan pentadbiran.

3.0) Peperangan dan sistem pertahanan Tamadun IslamSemasa Rasulullah SAW bertindak menyebarkan dakwah islam secara terang-terangan dan ketika perkembangna kota Madinah, baginda dan para sahabat telah dimusuhi dan ditentang hebat oleh orang Musyrikin. Dalam menghadapi musuh islam, Rasulullah SAW telah memperkenalakan satu konsep yang penting dalam pertahanan Islam iaitu Jihad. Jihadd dalamislam bermaksud menegakkan kalimah Allah (akidah dan hokum) di muka bumi.Bagi Syed Qutb, makna jihad harus dirujuk kepada pengertian Islam itu sendiri yang membawa maksud penyerahan diri. Konsep Jihad dalan Islam juga merujuk kepada pengorbanan kerana menegakkan kebenaran yang telah diperintahkan oleh Allah SWT ( Mahdi Shuid, 2013). Terdapat beberapa siri peperangan sebelum kewafatan Rasuluallah SAW iaitu Perang Uhud, Peranh Badar, Perang Khandak dan Perang Tabuk. Selepas kewafan baginda, peperangan dan konsep Jihad turut diteruskan oleh khalifah-khalifah dalam usaha menyebarkan pengaruh Islam di merata dunia.Dalam organisasi ketenteraan Islam pula, Rasulullah SAW merukan pemimpin tertinggi tentera, manakla gabenor-gabenor menjadi peanglima tentera. Setelah beliau wafat, pemimpin tertinggi tentera diganti oleh khalifah. Bagi perlantikan gabenor adalah berdasarkan kemahiran dalam ketenteraan dan bukannya diwarisi atau berlandaskan keturunan. Malahan, ada juga hamba yang pernah dilantik sebagai panglima angakatan tentera Islamseperti Tariq dan Ziyad. Organisasi kertenteraan telah diperbaharui dan dipertingkatkan semsa pemerintahan khalifah al-rasyidin, Bani Umaiyah, Bani Abbasiyah dan turki uthmaniyah. Seperti ketika pemerintahan Khalifah Umar Bin Al-Khattab di mana belai berjaya menetang rom dan membuka baitul-maqdis dan menakhluk parsi. Kejayaan beliau dalam memperluaskan pengaruh Islam dikaitan dengan sistem peperangan dan tahanan yang kuat serta sistematik. Sebagai contoh, beliau telah menubuhkan dewan Al-Jundi.

3.1) Kesan dan sumbangan perkembangan peperangan dan sistem pertahanan kepada peradaban dunia kiniPerkembangan dan kekuatan tentera Islam serta sistem pertahanan yang kukuh semasa tamadun Islam merupakan salah satu faktor kegemilagan dan kemajuan Tamdun Islam. Melaui kejayaan ini, masyarakat sekarang telah mencontohi startegi-startegi peperangan dan sistem pertahanan sepanjang ketamadunan Islam kepada negara masing-masing. Penubuhan Dewan Al-Jundi semasa pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab, dewan ini berfungsi sebagai jabatan ketenteraan untuk mengatur latihan ketenteraan dan mengendalikan urusan ketenteraan. Perkara ini telah dincontohi oleh negara-negara pada waktu sekarang termasuk negara Malaysia iaitu menubuhkan badan khas dalam mengurus perperangan dan sistem pertahanan bagi memperkukuhkan negara mereka daripada ancaman luar. Bagi negara Malaysia, telah ditubuhkan Kementerian Pertahanan Malaysia sejak kemerdekaan lagi. Kementerian pertahanan Malaysia mempunyai visi untuk menjadi sebuah organisasi pertahanan yang berwibawa bertaraf dunia berteraskan Dasar Pertahanan Negara. Kementerian Pertahanan Malaysia mempunyai misi iaitu memastikan Pengurusan Pertahanan Negara sentiasa cemerlang dan kompetitif. Kementerian Pertahanan diterajui oleh Menteri Pertahanan dan dibantu oleh seorang Timbalan Menteri. Organisasi Kementerian Pertahanan pula mengandungi dua perkhidmatan utama iaitu Perkhidmatan Awam yang diketuai oleh Ketua Setiausaha manakala Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diketuai oleh Panglima Angkatan Tentera (Kementerian Pertahanan, 2013)Seterusnya, semasa pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan beliau telah pencetus yang pertama untuk membina angkatan tentera laut Islam untuk mengukuhkan pertahanan negara. Daripada penubuhan angkatan tentera laut ini Khalifah Utman telah banyak melakukan perluasan kuasa terhadap beberapa buah wilayah dalam usaha beliau menyebarkan pengaruh Islam seperti Cyprus, Afganistan, Libya dan Tunisia. Melaui kejayaan beliau ini, ianya telah memberi inspirasi kepada masyarakat zaman sekarang untuk menubuhkan angkatan tentera laut terumanya negara yang dikelilingi oleh laut termasuk Malaysia. Malaysia telah menubuhkan Tentera Laut Diraja Malaysia yang merupakan cabang kepada Angkatan Tentera Malaysia. Tentera Laut Diraja Malaysia berperanan mengawal Laluan Perhubungan Laut dan mengawal kawasan laut sekeliling semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

4.0) Sistem Ekonomi Tamadun IslamKonsep ekonomi Islam ialah ilmu yang mengkaji kegiatan manusia yang selaras dengan tuntutan syariah Islam, samaada di peringkat perolehan, penggunaan atau pengerusan sumber untuk kebaikan diri, masyarakat dan negara demi memperoleh keredaan Allah SWT. Ekonomi Islam merangkumi konsep tauhid yang mempunyai hubungan dengan konsep ketuhanan (rububiyah) dan kesucian jiwa (tazkiyah) ( Mahdi Shuid, 2013). Beberapa prinsip penting di dalam sistem ekonomi Islam. Prinsip-prinsip utama dapat dirumuskan seperti kesatuan, keseimbangan, kebebasan dan tanggungjawab. Konsep dan prinsip-prinsip ekonomi ini selaras dengan kandungan piagam Madinah iaitu memberi kebebasan menjalankan kegiatan ekonomi kepada semua penduduk. Peraturan ini dibuat untuk mengelak pemboikotan ekonomi oleh orang-orang Yahudi keapada umat Islam. Piagam madinah juga menekan unsur penipuan dan riba dihapuskan serta masyarakat madinah perlu berkerjasama dalam memajukan ekonomi Madinah. Ketika pemerintahan khalifah Umar Al-Khattab beliau telah menubuhkan institusi kewangan negara bagi menguruskan harta negara. Pada peringkat awalnya perbendaharaan negara ini dikenali dengan Diwan atau Khazanah dan akhirnya diberi nama Baitulmal. Penubuhan Baitulmal bertujuan untuk meningkatkan perkembangan ekonomi negara, membasmi kemiskinan dan menyediakan keperluan-keperluan asas. Manakala bagi sumber ekonomi Islam boleh dibahagikan kepada tiga iaitu harta masyarakat seperti zakat fitrah, zakat harta, sedekah dan wakat. Keduanya, harta negra seperti harta rampasan (ghanimah dan al-fay), cukai (kharaj, jizyah dan usyur) dan harta tanpa waris. Ketiga, harta umum seperti hasil perlombongan, perusahaan, perniagaan dan pertanian.Perkembangan ekonomi Islam kemuncaknya pada zaman pemerintahan Abbasiyyah iaitu sistem ekonomi komersial bermula dengan giat. Sistem ekonomi komersial terdiri daripada ekonomi pertanian dan ekonomi perdagangan sama ada domestik atau anatarabangsa. Sumber-sumber galian seperti emas dan hasil pertanian seperti gandum dan kurma merupakan sector utama ekonomi kerajaan Abbasiyah. Malahan, kerajaan Abbasiyyah juga merupakan pusat perdagangan transit di antara Eropah dengan Asia Barat kerana wujudnya pelabuhan di Baghdad, Kaherah dan Basrah. Perkembangan ekonomi Islam telah memperluaskan empayar islam dan mengkuhkan lagi tamadun Islam.

4.1) Kesan dan sumbangan sistem ekonomi Tamadun Islam kepada peradaban dunia kiniKonsep dan prinsip-prinsip ekonomi Islam semasa Tamadun Islam yang berteraskan konsep akidah, syariah dan akhlak telah menjadikan ekonomi Islam diterima pakai oleh masyarakat sekarang terutamanya negara-negara Islam dan Malaysia. Bersandarkan konsep dan prinsip ekonomi Islam maka tertubuhnya Perbankan Islam. Perbankan Islam adalah berlandaskan sistem perbankan yang mengikuti undang-undang syariah. Antara prinsip-prinsip asas iaitu berkongsi risiko dan keuntugan antara kedua-dua pihak, jaminan keadilan untuk semua dan urus niaga yang dijalankan itu adalah berdasrkan aktiviti perniagaan aset asas. Prinsip-prinsip ini juga disokong oleh nilai-nilai teras perbankan Islam yang menggalakkan aktiviti yang memupukan keusahawaan, menjana perniagaan dan perdagangan serta menghasilkan pembangunan kemasyarakatan atau memmberi manfaat. Malahan, aktiviti yang melibatkan faedah (riba), perjudian (maisir) dan usur niaga spekulatif (gharar) adalah dilarang. Perbankan Islam telah berkembang secara meluas di selurh dunia, kini terdapat lebih 300 institusi kewangan Islam di 75 buah negara di seluruh dunia. Bagi industry kewangan Islam di Malaysia telah beroperasi lebih daripada 30 tahun yang lalu apabila penggubalan Bank Islam 1983 telah membolehkan Bank Islam yang pertama ditubuhkan dan seterunya lebih banyak insitusi kewangan Islam telah ditubuhkan di dalam negara (Info Kewangan Islam, 2011). Sistem ekonomi Islam semasa Tamadun Islam mementingkan perlaksanaan Baitulman sejak pemerintahan khalifah Umar al-khatabb sehingga zaman bani abbasiyyah. Sehingga kini, perlaksanaan Bailtulman juga dilakukan oleh masyarakat sekarang terutamanya negara-negara Islam dan Malaysia. Malaysia telah melakukan perlaksanaan Baitulman mengikut negeri masing-masing. Sebagi contoh, Tabung Baitulmal Sarawak dan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah. Setiap Baitulman yang ditubuhkan di setiap negeri mempunyai fungsi yang sama iaitu untuk menyelanggarakan harta-harta umum atau tempat menyimpan harta yang berharga denag bersumberkan kutipan zakat. Tujuan baitulman dibuhkan adalah untuk meningkatkan perkembangan ekonomi, membasmi kemiskinan dan menyediakan kerperluan asas. Berdasarkan konsep kesucian jiwa (tazkiyah) iaitu proses pembentukkan sahsiah dan akhlak telah melahirkan kosep zakat dalam ekonomi Islam. Zakat boleh di definisikan sebahagian harta yang dikeluarkan untuk diagaih kepada yang berhak menerimanya. Pada zaman awal perkembangan Islam sebelum hijrah Rasulullah SAW ke Madinah, zakat telah diamalkan secara tidak langsung. Contohnya, sikap tolong-menolong antara golongan kaya dan miskin. Pada tahun ke-2 Hijrah antara bulan Syabaan hingga syawal, zakat telah diwajibkan kepada umat islam. Sehingga kini, zakat merupakan perkara yang diwajibkan oleh masyarakat yang beragama islam di seluruh dunia. Di Malaysia, bagi melicinkan urusan mengutipan zakat maka tertubuhnya pusat zakat mengiut negeri masing-masing. Sebagai contoh, Lembaga Zakat Selnagor, Pusat Zakat Negeri Sembilan dan Pusat Pungutan Zakat. Kepentingan zakat ialah membentuk masyarakat yang adil dan membantu golongan yang kurang bernasib baik. Pengagihan zakat secara telus dan adil akan memastikan seluruh masyarakat manfaat daripadanya.Perkembangan ekonomi semasa Tadun Islam sentiasa berkembang dan berlangsung dengan baik, terutamanya dengan pengetahuan tentang peraturan muamalat dalam sayriah dan juga pengetahuan baharu tentang penegluaran serta perindustrian. Perkembangan ini telah turut memberi sumbangan dalam pengetahuan perdagagan, perindustrian, teknologi pertanian, pengairan dan teknik tanaman. Malah, sumbangan tamdun Islam semasa kerajaan bani Umayyah, di mana Abdul Malik bin Marwan telah perkenalkan dinar emas yang berpusat di Damsyik. Dengan adanya dinar emas sistem ekonomi dapat dijalankan dengan lanacar di mana belajawan seperti gaji, simpanan baitulmal, zakat dan urusan muamalah berdasarkan mata wang dinar. Penggunaan mata wang dinar masih diteruskan sehingga kini, malah di setiap negara telah memperkenalkan mata wang negara sendiri berdasarkan implikasi penggunaan mata wang dinar ini. Sebagai contoh, Ringgit Malaysia (RM), Uang Rupiah (Rp) dan Singapore Dolar (SGD).

5.0) Sistem Pendidkan Tamadun IslamMenurut Imam al-Ghazali, ilmu mempunyai pengertian yang amat luas dan sukar ditakrif dengan tepat. Ilmu mencakupi makna-makna ketuhanan, agama dan dunia. Golongan intelektual akan membentuk masyarakat yang cemerlang, manakal individu yang jahil pula akan menjesjaskan proses pembangunan masyarakat. Islam menuntut umatnya menuntut ilmu dan mengamalkan ilmu yang diperolehi. Ilmu amat berperanan dalam konteks pengukuhan akidah dan pembentukan serta pembinaan sesebuah tamadun. Pendidkan telah berkembang secara meluas sepanjang pembinaan Tamadun Islam dan merupakan asas kepada kemunculan Tamadun Islam. Pada zaman pemerintahan Rasulullah SAW dan Khulafa al-Rasyidin ilmu berkaiyan al-Quran dan as-Sunnah dijadikan asas kepada perkembangan ilmu seterusnya. Terdapat tiga bidang ilmu utama yang berkembang iaitu ilmu akidah, ilmu syariah dan ilmu akhlak. Ilmu akidah adalah ilmu yang membincangkan tentang keutuhaan da perkara yang berkaitan dengannya. Ilmu syariah pula ilmu yang berkaitan dengan peraturan Islam yang mengandungi hukum-hukum bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah. Hukum-hukum tersebut meliputisegenap aspek kehidupan manusia, termasuklah aspek kebersihan, kekeluargaan, jual-beli dan jenayah. Manakala, bagi ilmu akhlak pula membincagkan persoalan nilai dan peraturan dalam perhubungan antara manusia dengan Allah, sesama manusia dan antara manusia dan alam. Ilmu akhlak juga bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah.Melalui asas ilmu berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah telah memudahkan Tamadun Islam berkembang dari aspek pendidikannya. Perkembangan bani Umaiyyah telah meliputi pelbagai bidang, antara ilmu bahasa, sastera, sains, perubatan dan agama. Sebagai contoh, ilmu bahasa berkembang pesat di Kota Basrah dan Kufah sehingga melahirkan tokoh-tokoh terkemuka seperti Khalid bin Ahamad, seorang ahli bahasa dan fiologi Arab. Bagi perkembangan ilmu semasa zaman bani Abbasiyyah pula perkembangan ilmu dalam pelbagai bidang berlaku dengan begitu pesat sekali. Malahan, zaman tersebut disamakan Sebagai zaman keemasan bagi perkembangan ilmu dalam tamadun Islam. Hal ini terbukti apabila kota Baghdad terkenal sebagai pusat kegiatan ilmiah, sama ada dari aspek perkembangan ilmu, penterjemahan atau penulisan. Pada zaman ini juga lahir ramai tokoh terkenal dalam pelbagai bidang ilmu seperti dalam bidang ilmu astronomi tokoh keilmuan iaitu Umar Khayyam seorang pakar astronomi dalam bidang kalender dan astrologi. Dalam ilmu falsafah pula adanya tokoh seperti al-Kindi, al-Farabi dan Ibnu Sina yang banyak berusaha kearah mengharmonikan falsafah Yunani dengan falsafah Islam. 5.1) Kesan dan sumbangan sistem pendidkan Tamadun Islam kepada peradaban dunia kiniAgama Islam amat menitikberatkan ilmu pengetahuan dengan mewajibkan semua umat Islam untuk menuntut ilmu pengetahuan akhirat ataupun duniawi serta menyebarkan ilmu pengetahuan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira waktu. Malahan, Islam telah menetapkan syarat-syarat dalam sistem pendidikan seperti ilmu pengetahuan yang berasakan Al-Quran dan As-Sunnah dan adat menuntut ilmu. Hal ini amat dipegang teguh oleh para sahabat Rasulluah SAW, khalifah-khalifah, masyarakat pada zaman bani Umaiyah dan bani Abbasiyyah dan secara tidak langsung berlakunya perkembangan ilmu pengetahuan semasa Tamadun Islam. Perkembangan ini dapat dibuktikan dengan pembinaan tempat-tempat menuntut ilmu seperti Masjid dan lahirnya tokoh-tokoh keilmuan. Sumbangan Tamadun Islam kepada bidang Ilmu dapat dilihat dari pelbagai aspek. Dalam aspek ilmu agama merupakan sumbangan terbesar tamadun ilsam, terutamanya dari aspek akidah tauhid. Semasa pemerintahan Khalifah Abu Bakar telah berusaha mengumpul ayat-ayat suci Al-Quran dan semasa pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan telah berjaya menyelaraskan cara bacaan ayat al-Quran dan mengistiharkan sebuah naskhah al-Quran di panggil Mushaf Uthmani. Sumbangan ini dilihat begitu besar kepada seluruh umat Islam pada zaman dahulu dan sekarang. Di mana, penggunaan dan ilmu Al-Quran telah diperluaskan oleh semua masyarakat yang beragama Islam di seluruh dunia. Berdasarkan al-Quran maka lahirlah ilmu akidah yang menjadi tunjang kekuatan Islam dan berperanan dalam segenap aspek kehidupan manusia. Malah, berdasarkan ilmu Al-Quran juga adanya ilmu mengenai peraturan hidup seseorang muslim berpandukan hukum hakam syariah lengkap. Di samping itu, Tamadun Islam telah berjasa kepada ilmu perubatan pada zaman sekarang. Tamadun Islam telah berjaya melahirkan ramai sarjana yang pakar dalam ilmu perubatan. Malah, sarjana pakar ilmu perubatan ini merupakan tokoh yang memberi sumbangan besar dalam ilmu perubatan. Sebagai contoh Ibnu Sina, pengaruh beliau sebagai seoarang failasuf dan doctor perubatan dalam kebudayaan eropah adalah luas. Buku karangannya al-Qanun Fit-Tibb (peraturan perubatan) yang terdiri dariapa 14 jilid, telah dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan. Ilmu perubatan moden banyak mendapat pelajaran daripada buku karagannya, dari segi pengunaan ubat, diagnosis dan pembedahan.

Manakala, dalam aspek kejuruteraan pula Tamadun Islam berjaya melahirkan tokoh-tokoh yang berkemahiran tinggi dalam bidang perkapalan. Di mana, jutera-jutera islam telah membina kapal dagang dan kapal laut, Penciptaan kompas oleh Ibn al-Zarqiyalu telah menyebabkan kegiatan perdagangan dan pelayaran berkembang dengan pesat. Antara tokoh yang terkenal dalam Tamadu Islam ialah Masudi, Ibn Jubayr dan Ibn Batuttah. Ibn Batuttah telah menghasilkan satu karya Rihlah Ibn Battuta mengenai pelayaran beliau. Karya beliau banyak mengetngahkan tentang sosial, geografi, sejarah, ekonomi dan teknologi sesuatu tempat yang dilawatinya dan kesemannya diceritakan secara terperinci. Karya ini telah menjadi rujukkan kepada ahli ilmuan pada zaman sekarang dalam aspek pensejarahan, ilmu geografi, ilmu sosiologi dan antropologi, dan ilmu pelayaran. Seterusnya, dalam bidang ilmu matematik pula, serjana-serjana islam telah memberi sumbangan yang amat besar di dalam perkemabangan ilmu matematik. Mereka banyak mencipta perkara-perkara baharu yang menjadi ilm matematik lebih mudah dipelajari pada masa kini. Antara sumbangan besar sarjana Islam semasa Tamadun Islam ialah memperkenalkan sistem angka baru, termasukalah angka sifar. Sistem angka mula diperkenalkan di Arab oleh sarjana India bernama Sinhid. Sistemnombor ini telah memainkan peranan yang begitu besar dalam bidang matematik pada masa dahulu dan sekarang. Tanpa skewujudan sistem nombor dalam ilmu matematik pada asasnya begitu sukar bagi masyarakat untuk menentukan kuantiti yang difikirkan. Tidak dilupakan juga, tokoh matematik yang terkenal iaitu al-Khawarizmi telah digelar sebagai Bapa Algebra di mana nama algebra diambil sempena bukunya, Hisab Al-Jabr wal Mugabalah (Buku Pengiraan, Perbaikan dan Pengurangan) yang menjadi asas algebra moden.

6.0) KesimpulanRumusannya, Tamadun Islam yang merupakan antara tamadun yang kekal lama dan berkembang secara pesat sehingga telah berjaya meluaskan pengaruhnya sehingga pelusuk dunia. Kejayaan perkembangan Tamadun Islam adalah berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah, serta ajaran agama Islam yang bersifat syumul yang dapat diterima pakai oleh setiap golongan masyarakat, dan ketokohan-ketokohan masyarakat semasa Tamadun Islam telah menjadikan Tamadun Islam mencapai kegemilangan. Walabagaimanapun, Tamadun Islam juga mengalami kmerosotan sekitar tahun 1683. Antara faktor-faktor utama yang mendorong kejatuhan ialah pemerintah yang lemah serta berlakunya penyelewengan dan keruntuhan akhlak masyarakat tamadun Islam ketika itu. Selain itu, factor lain seperti ancaman musuh luar dan kegiatan ilmu semakin merosot. Walaupun, Tamadun Islam telah lenyap namun kegemilangan dan keunggulan Tamdun Islam dalam aspek ekonomi, pentadbiran, pendidikan dan ketenteraan telah diaplikasikan kepada kehidupan masyarakat pada zaman kini bagi mencapai tahap kehidupan yang cemerlang sepertimana Tamadun Islam dahulu.

7.0) Rujukan Nasruddin Yunos, Hasnah Kanan & Mohamad Sabri Haron, (2006).Islam Dalam Tamadun Melayu Serta Peranannya Dalam Pembinaan Tamadun Malaysia. Dlm, Zulkifli Mohamad, Nasruddin Yunos & Mohamad Sabri Haron (penyunting) Tamadun Islam dan Tamadun Asia, hlm 41-42, Selangor : Pusat Pengajian Umum Universiti Kebangsaan Malaysia.Mahdi Shuib, (2013), Ketamadunan Manusia, Selangor: Penerbiatan Multimedia SDN.BHD.Info Kewangan Islam, (2011), Pengenalan Kewangan Islam di Malaysia: Industri Perbankan Islam, diakses dari http://www.islamicfinanceinfo.com.my/bm/mengenai-perbankan-islam/pengenalan-kewangan-islam-di-malaysia Kementerian Pertahanan, (2013), Visi / Misi / Objektif, diakses dari http://www.mod.gov.my/mengenai-kami/organisasi/visi-misi-objektif.html