TAMADUN MELAYU
-
Upload
tieng-huang -
Category
Documents
-
view
6 -
download
0
description
Transcript of TAMADUN MELAYU
PENGENALAN
Masyarakat yang bertamadun ialah masyarakat yang berpaksikan akidah
yang mantap, keluhuran undang-undang islam, kemakmuran yang diredhai oleh
Allah dan akhlak umat yang tinggi. Tamadun Melayu merupakan sebuah tamadun
yang sangat unik jika dibandingkan dengan tamadun lain dari segi perkembangan
dan kemajuannya.
Terdapat 3 fasa yang utama dalam proses perkembangan tamadun Melayu
iaitu:
i-masyarakat Melayu sebelum kedatangan Islam.
ii-masyarakat Melayu selepas menerima pengaruh agama Hindu-Buddha.
iii-masyarakat Melayu selepas kedatangan agama Islam.
Tamadun Melayu merujuk kepada sebuah tamadun yang dibentuk oleh
sekelompok manusia yang secara luasnya digolongkan sebagai kumpulan
orang Melayu, tertumpu kepada suatu wilayah di Asia Tenggara yang
dikenali dengan pelbagai nama seperti gugusan Kepulauan Melayu (Malay
Archipelago), gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia, Nusantara, Alam
Melayu, dan Tanah Jawi.
Dua perkara penting yang mewarnai tamadun Melayu :
1) Bahasa Melayu,
2) Agama Islam
Secara keseluruhannya, Tamadun Melayu merupakan sebuah tamadun
yangmempunyai keistimewaan sendiri. Ia sangan perlu dicontohi dari segi ketinggian
moral, kepimpinan dan kemajuannya.