Tamadun Mesopotamia.docx

46
Tamadun Mesopotamia Lokasi Mesopotamia 1. Tamadun terawal di dunia 2. Mesopotamia berasal daripada perkatan bahasa Yunani bermaksud tanah di antara dua batang sungai Kedudukan Tamadun Mesopotamia - Mesopotamia terletak di kawasan lembah antara dua batang sungai (Sg. Tigris & Sg. Euphrates - Sg ini mnegalir dr kws pergunungan di Turki ke tnh lembah pamah di Iraq smapai ke Teluk Parsi. Kerangka Masa - Tamadun Mesopotamia berkembang daripada penempatan awal Zaman Neolitik antara tahun 7000 S.M – 5000 S.M - Wilayah Mesopotamia berkembang sebagai pusat tamadaun awal

Transcript of Tamadun Mesopotamia.docx

Tamadun Mesopotamia

Lokasi Mesopotamia

1. Tamadun terawal di dunia2. Mesopotamia berasal daripada perkatan bahasa Yunani bermaksud tanah di antara duabatang sungaiKedudukanTamadun Mesopotamia- Mesopotamia terletak di kawasan lembah antara dua batang sungai (Sg. Tigris & Sg. Euphrates- Sg ini mnegalir dr kws pergunungan di Turki ke tnh lembah pamah di Iraq smapai ke Teluk Parsi.Kerangka Masa- Tamadun Mesopotamia berkembang daripada penempatan awal Zaman Neolitik antara tahun 7000 S.M 5000 S.M - Wilayah Mesopotamia berkembang sebagai pusat tamadaun awal pada tahun 3500S.M - Beberapa kerajaan telah muncul dilembah Mesopotamia ialah Sumeria, Akkad, Ur, Babylon Awal, Kassite, Assyria, Chaldea - Kerajaan-kerajaan tersebut telah muncul, berkembang dan akhirnya merosot - Setelah kejatuhan kerajaan Chaldea, wilayah Mesopotamia dikuasai oleh Parsi

Proses Pembentukan MesopotamiaBabylon Babylon dibahagi kepada Akkad di utara & Sumeria di selatan Tamadun Mesopotami bermula di Sumeria Orang Semeria yg berhijrah ke Sumeria telah membina penempatan dan menjalankan kegiatan pertanian Mereka membina sistem pengairan untuk mengawal pergaliran air sungai. Perkembangan aktiviti pertanian menghasilkan sumber makanan yang berlebihan untuk menampung keperluan penduduk yang semakin bertambah Perkembangan ini menyebabkan penempatan awal yg berbentuk perkampungan berubah menjadi negara kotaNegara kota itu muncul sepanjang sungai seperti negara kota Assur, Eridu, Kish, Lagash, Mari, Nippur, Ur dan Uruk.

Ciri ciri Tamadun Mesopotamiaa)Negara Kota Negara kota yang wujud di sepjg sg mempunyai ciri fizikal yg tersendiri Stp negara kota mempunyai pusat kota, tembok kota, luar kota, perlabuhan dan kubu pertahanan yg mempunyai pelbagai bentuk gerbang pintu. Di dalam kota terdapat istana, rumah kediaman, rumah kedai, pasar dan rumah ibadat.

Negara Kota Mesopotamia

b)Organisasi Sosial Masyarakat negarfa kota lebih teratur Masyarakat negara kota terbahagi kepada:Gol. Pemerintah (raja, ketua pendeta, k. Tentera, bangsawan), Rakyat Bebas Petani, artisan, pedagang, Hamba (Tawanan perang)

Organisasi Sosial Mesopotamia

c)Sistem Pemerintahan

Ziggurat

Berbentuk teokrasi Raja dianggap sbg tuhan/ wakil tuhan/pemilik kota Raja Naramsin (Akkad) > penduduk sembah Raja Naramsin menggelarkan diri sbg Raja Empat Penjuru Alam Raja menjadi ketua pentadbir, ketua tentera, ketua pendeta Raja & ahli keluarga raja memegang jawatan di Zigurat Zigurat adalah pusat ibadat, pusat perdaganagn, pusat penyimpanan khazanah negara

d)Pengkhususan kerja Penduduk tinggalkan pekerjaan petani menjadi peniaga, pedangang & artisan Perdagangan disekitar Mesopotamia & Lembah Induse)Sistem Tulisan

Cuneiform

Bermula dengan bentuk tulisan bergambar Sistem tulisan berkembang kepada tulisan berbentuk simbol (guna tanah liat)Tulisan berbentuk pepaku (cuneiform)Sumbangan Tamadun MesopotamiaHammurabimemerintah dari tahun 1792-1750 S.M.. Beliau berasal daripada keturunan Amorite. Beliau membina banyak negara kota. Pusat pemerintahannya di Babylon. Beliau telah menakluk Akkad dan menjadi raja seluruh Mesopotamia.Contoh Kod Undang-undang Hammurabi:

Kod Undang-undang Hammurabi

1. Sekiranya seseorang bangsawan mematahkan tulang seseorang bangsawan lain, tulangnya akan dipatahkan.2. Sekiranya seseorang bangsawan mencederakan mata seseorang rakyat biasa atau mematahkan tulangny, maka, bangsawan ini didenda satu wang perak.Undang-undang ini telah berjaya mengelakkan wujudnya permasalahan di kalangan masyarakat pelbagai kaum dan juga di kalangan susun lapis masyarakat itu sendiri.Undang-undang ini telah dapat mewujudkan perpaduan dan mengukuhkan system organisasi dalam kehidupan masyarakat tersebut.Seterusnya,kod ini juga telah membantu peradaban Mesopotamia bertahan untuk jangka masa yang panjang,iaitu dari tahun 3500 S.M. hingga tahun 539S.M..

Epik GilgameshKisah tentang kepahlawanan tokoh bernama Gilgamesh. Beliau dikatakan memiliki sifat dua pertiga tuhan, satu pertiga manusia, wajah yang tampan, dan susuk badan yang sasa. Beliau dikatakan memiliki kekuatan dan keberanian. Gilgamesh telah memerintah serta memberikan perlindungan kepada kehidupan di kota Uruk.Epik ini juga menceritakan tentang pemerintahan, percintaan, kehidupan yang kekal abadi dan kesaktian.Tamadun Mesopotamia juga menyumbang kepada perkembangan ilmu astronomi. Pencerapan terhadap pergerakan bulan, bintang, dan matahari telah membawa kepada perkembangan ilmu matematik seperti sistem mengira perpuluhan, menambah, menolak, mendarab, membahagi, dan punca ganda dua yang kemudiannya membawa kepada perkembangan ilmu geometri. Penguasaan dalam bidang astronomi juga telah membolehkan mereka menggunakan jalan laut dan mencipta calendar yang berasaskan sistem solar yang mengandungi 12 bulan dalam satu tahun. Perkembangan ilmu perubatan mendapat perhatian khusus semasa pemerintahan kerajaan Assyria kerana kerajaan ini begitu mementingkan kesihatan anggota tenteranya. Sebanyak 500 jenis ubat-ubatan termasuk herba dan ramuan perubatan telah dikatalogkan dan disampelkan penggunaannya. Cara mengubat penyakit dengan menggunakan ubat-ubatan juga telah dicacatkan sebagai panduan kepada pengamal perubatan. Salah satu kejayaan tamadun Mesopotamia adalah dalam penciptaan roda. Roda digunakan dalam menghasilkan kereta kuda sama ada untuk tujuan peperangan atau kegunaan pada masa aman. Penciptaa roda membolehkan orang Mesopotamia mencipta kincir air untuk mengalirkan air ke kawasan tandus dan meningkatkan hasil pertanian di samping mengawal banjir.

Roda yang dicipta di Mesopotamia

Tamadun Mesopotamia juga telah menyumbangkan ciptaan alat pengangkutan yang terawal kepada dunia. Orang Sumeria telah menggunakan kapal layar serta pengangkutan beroda sejak tahun 3000 S.M.. Oleh itu, mereka mampu menguasai jalan darat serta jalan laut sehingga mereka dapat berhubung dengan wilayah di dunia serta wilayah di kawasan Laut Mediterranean. Tamadun Mesopotamia memperkenalkan kepada dunia cara membuat batu bata daripada tanah liat. Dalam seni bina, mereka telah mencipta arca dan tiang batu. Contoh arca tersebut ialah patung Raja Gudea. Arca dan tiang batu dapat dilihat dalam seni bina zigurat. Kepimpinan berwibawa telah berjaya mewujudkan kerajaan Akkad, iaitu empayar pertama di dunia. Ini adalah kerana Raja Sargon berjaya menakluk dan menyatukan wilayah-wilayah kerajaan Sumeria di selatan Mesopotamia. Beliau merupakan perintis kepada pembentukan sebuah empayar yang kemudiannya menjadi ikutan pemerintah seterusnya seperti Firaun Tutmose III pada zaman Mesir Purba. Mesopotamia bukan saja menyumbang kepada pembentukan sebuah sistem pemerintahan tetapi juga pembentukan sebuah masyarakat yang lebih berestetika.Walaupun di Mesopotamia wujud sistem Bandar, undang-undang, tatacara jual beli, dan sebagainya namun ini tidak bererti kemajuan dan ilmu itu hanya dikuasai oleh mereka. Sebaliknya, kemajuan tamadun ini boleh dicapai dan dikembangkan oleh mana-mana bangsa di mana-mana daerah sekiranya wujudnya usaha yang gigih serta keyakinan diri yang tinggi. Keagungan sesuatu tamadun itu tidak akan dapat dinikmati oleh generasi sekarang sekiranya tiada pemimpin atau tokoh pada masa itu yang menyedari tentang kepentingan memelihara warisan serta khazanah bangsanya. Pengetahuan generasi sekarang tentang tamadun ini adalah hasil usaha pemimpin masa lampaunya seperti Ashurbanipal (668-627 S.M.) yang telah menubuhkan sebuah perpustakaan diraja di bandar Nineveh.Perpustakaan dirajamengandungi lebih kurang 22000 keping tablet yang mengandungi pelbagai penemuan ilmu pengetahuan dan sejarah lampau Mesopotamia.Kebanyakan daripada koleksi ilmu pengetahuan ini berbentuk formula perubatan dan juga beribu-ribu pucuk surat dan dokumen perniagaan, serta susunan peristiwa peperangan yang berlaku mengikut urutan peristiwa sejarah.

Tamadun Mesir Purba

PengenalanPeningkatan tamadun Mesir Purbamerujukan pada kemampuan manusia Mesir Purba untuk menggunakan pemikiran mereka mengawal dan menggunakan sepenuhnya alam pesekitaran untuk membentukan kehidupan mereka yang lebih kompleks daripada sebelum itu.Dengan berikut,kami dapat lebih memahami tentang cara ketamadunan Mesir Purba melalui tiga aspek utama, iaitu sosial, politik dan juganya ekonomi.Lokasi

Peta merujukkan lokasi Mesir Purba diSungai NilMesir Purba merupakananugerah sungai Nil yang mengalirndari bahagian utara Mesir ke Laut Mediteranean.

Ini merupakan gambarSungai Nil

Sungai Nilberpunca daripada:Sungai Nil Biru (Ethiopia) dan sungai Nil Putih (Tasik Victoria di Uganda).Limpahan air sungai Nil ke tanah yang gersang dan berpadang pasir telah berjaya menukarkan bentuk muka bumi Mesir rurba kepada tanah yang sangat subur untukpertaniandan petempatan manusia.

Kerangka Masa

Mesir berkembang pada tahun 10000 S.M dan akhir pada 5000 S.M.Pada 3500 S.M., wilayah di persekitaran delta dan pertengahan Mesir telah berkembang. Ini juga mulanya tamadun.Tempoh Dinasti Awal Mesir (Early Dynastic Period of Egypt) (Dinasti 1 ke 2; sehingga sekitar abad ke-27 SM)Kerajaan Lama (Old Kingdom) (Dinasti ke-3 ke-6; abad ke-7 ke-22 SM)Tempoh Perantaraan Pertama (First Intermediate Period) (abad ke-7 ke-11 SM)Kerajaan Pertengahan Mesir (Middle Kingdom of Egypt) (Dinasti ke-11 ke-14; abad ke-20 ke-17 SM)Tempoh Perantaraan Kedua (Second Intermediate Period(Dinasti ke-14 ke-17)Hyksos (Dinasti ke-15 ke-16)Kerajaan Baru Mesir (New Kingdom of Egypt) (Dinasti ke-18 ke-20; abad ke-16 ke-11 SM)Tempoh Perantaraan Ketiga (Third Intermediate Period(Dinasti ke-21 ke-25; abad ke-11 ke-7 SM)Tempoh Akhir Mesir Silam (Late Period of Ancient Egypt) (Dinasti ke-26 ke-31; Abad ke-7 SM 332 SM)Selepas kegemilangan pada Zaman Empayar, Mesir telah mengalami keruntuhan dan dikuasai oleh orang asing.kemudiannya, Mesir Purba telah dikenali sebagai :Dinasti AkhaemenidMesir Yunani-Rom (Graeco-Roman) (332 SM 639)Dinasti PtolemaikEmpayar RomProses Pembentukan dan Firaun

Manusia Mesir Purba telah mencapai tahap-tahap kebudayaan gangsa pada zaman logam ejak tahun 5000 S.M. Sepanjang Sungai Nil, padamilenium ke-10 SM, kebudayaan mengisar bijirin yang menggunakan jenis mata sabit terawal telah digantikan dengan kebudayaan penduduk pemburu, pengail, dan pengumpul-pemburu yang menggunakan peralatan batu.Pertukaran cuaca dan terlebih ragut sekitar 8000SM mula mengeringkan padang ragut di Mesir dan akhirnya mendorong kepada pembentukan Sahara (2500 SM), dan puak-puak awal dengan sendirinya terdorong untuk berpindah ke sungai Nil di mana mereka memajukan ekonomi pertanian setempat dan masyarakat yang lebih berpusat.Nomes merupakan separa kebangsaan division pentadbir Mesir Atas dan Bawah conthnya bandar Thinis, Memphis, dan Thebes.

Firaun Menesmerupakan pemerintah kedua kerajaan ini . Beliau berjaya menyatukan kesemua nome ini menjadi sebuah kerajaan. dan mengetuai struktur negara Mesir silam.

Gamber berikut merupakanFiraundan perkataan Firaun dalam tulisanHieroglif

Firaun merupakan Bahasa MesirPr-Aa yang bermaksud Rumah Besar, bertindak sebagai:-raja-pemimpin kerohanian-panglima besarFiraun juga dianggap sebagai dewa, hubungan antara manusia dan para dewata. Di bawahnya adalah kerajaan, adalah 2 wazir (satu bagi Mesir Atas dan satu lagi bagi Mesir Bawah) dan pelbagai pegawai. Di bawahnya di sebelah keugamaan adalah paderi besar dan pelbagai paderi lain. Secara umumnya, kedudukan ini diwarisi dari bapa kepada anak lelaki sulung. Kadang-kala aturan ini terbantut, dan kadang-kala wanita memegang kuasa.

Terdapat persoalan tentang para raja atau firaun Mesir purba. Berikut adalah di antaranya:Tidak diketahui siapakan raja Mesir yang pertama. Ia mungkinMenesatauNarmer. Narmer disahkan secara arkaeologi, tetapi Menes tidak; ia mungkin Menes hanyalah mitos atau Menes dan Narmer adalah orang yang sama. Jika Menes wujud dan bukan orang yang sama dengan Narmer, tidak dapat diketahui siapa muncul dahulu.Ahli sarjana tertanya-tanya adakah Ramses III mempertahan Mesir dariorang lautkerana mereka pernah menjarah atau mereka merupakan pelarian ke Mesir ketika peperangan.Keadaan sebenar kehilangan isteriAkhenaten, Nefertiti, tidak dapat diketahui. Jasad Akhenaten sendiri tidak dapat ditemui dan tidak diketahui sama ada dibunuh atau dibuang. Tentang kepercayaan Akhenaten pula masih diperdebatkan ahli cendekiawan. Firaun berikutnya, Tutankhamun, juga tidak diketahui dengan banyak tentang hal tersebut dan juga penyebab dan terikh kemangkatan.Sedikit yang diketahui tentang pemerintahan Firaun Smendes I, dan kemungkinan Mesir berpecah ketika itu.

Ciri-ciri Pembentukan (II)

Firaun Menes (3200 S.M.) telah berjaya menyatukan kesemua nome, lalunya beliau- mengasaskan pusat pentadbirannya di bandar Thinis yang terletak di bahagian tengah Sungai Nil.-Selepas itu, pusat pentadbiran ini berpindah ke bandar Memphis yang hampir dengan Sungai Nil.- Pada kemuncak Zaman Pertengahan, pusat pentadbiran ini telah berpindah ke bandar Thebes.-Beberapa bandar penting yang lain ialah Heliopolis, fayowu dan Abydos.

Bandar merupakan tempat kediaman firaun, pusat pemerintahan, pentadbiran pelabuhan penting, pusat keagamaan dan juga pusat tumpuan penduduk.

Kehidupan Berorganisasi

Firaun (atas sekali) Raja berkuasa mutlak, Dianggap Suci, Diwarisi turun-temurun. Antara gelaran Firaun Tuhan Horus, Raja Matahari ( dipercayai anak tuhan matahari iaitu Amon-RE ). Ia juga ketua pendeta, pemilik tanah, ketua hakim dan ketua pahlawan.Selepas Firaun Bangsawan, Rahib, Tuan Tanah, Jurutulis.GolonganBangsawan( pengawai, penasihat, gabenor, yang mentadbir wilayah yang ditakluki)Rahib- mentadbir hal keagamaan.Jurutulis- membantu dalam urusan pentadbiran dan menulis segala rekod kerajaan.Kemudian Rakyat Bebas Petani, Pedagang, Artisan.Hamba

Diterajui oleh Firaun yang dibantu oleh bangsawan bagi menjalankan pentadbiran, Menjaga keamanan, Mengagih dan mengurus hasil makanan.Bangsawan ialah pembesar seperti pegawai, penasihat, dan Gabenor wilayah yang ditakluki.Kemudian Rahib yang mentadbir hal keagamaan.Urusan pentadbiran juga dibantu oleh jurutulis ( orang awam yang dilantik untuk menulis rekod kerajaan ).Tamadun Mesir Purba telah mengiktiraf wanita sebagai pemimpin.Wanita pernah menjadi Firaun iaitu FIRAUN HATSHEPSUT (1501-1497S.M.)Pemerintahan Firaun meliputi Nubia, Palestin, Lubnan, hingga ke Syiria.Firaun Hatshepsut-pembinaan terusan-penukaran padang pasir kepada tanah pertanian yang subur.

Pengkhususan Kerja

pengkhususan kerja seperti penenunan dan pembuatan barang tembkar dan juga peralatan, Mesir Purba telah berkembang maju.Eksport Utama- Tekstil dan kertas.

Perlombongan emas di kawasan NubiaSungai Nil yang lebar dan dalam telah membolehkan kapal-kapal menyerusinya dan berlabuh di pelabuhan-pelabuhan seperti Thebes, Memphis, dan Helipolis.

Agama Dan KepercayaanOrang Mesir Purba percaya kepada konsep Politeisme.Politeismeadalah kepercayaan dalam atau pemujaan banyak tuhan seperti dewa dan dewi. Tuhan-tuhan ini dipuja di kuil bersama dengan upacara and mitologi mereka. Banyak agama, sama ada yang lama atau baru, mempunyai kepercayaan politeisme seperti agama Hindu, Buddha, Shinto, Yunani Purba, agama tradisi orang Cina, kepercayaan neo-pagan.

Setiap tuhan orang Mesir Purba selalu dikaitkan dengan unsur alam seperti:Re(Tuhan Matahari)

Ra-Atum(Tuhan Langit)

Amun(Tuhan Angin)

Orang Mesir Purba juga percaya kepada kehidupan selepas mati. Oleh itu, mayat perlu disimpan dengan baik dan dijaga dengan teliti. Mayat ini telah disebut sebagai mummy dalam Bahasa Inggeris.

Makam Mayat juga mesti dipenuhi dengan peralatan serta keperluan kehidupan selepas mati.Solekan mayat, adat kebesaran, dan jumlah barang yang dikebumikan di dalam makam menunjukkan kedudukan atau status mayat tersebut.

Tamadun Indus

PengenalanTamadun Indus bermula pada tahun 2500 SM dan berakhir pada tahun 1750 SM. Ia merangkumi 60 buah kota.Antara kota-kota yang terbesar ialah Harappa dan Mohenjo-Daro.Kerajaan negara kotanya bersifat teokrasi

Sumber ekonomi utama ialah pertanian , perdagangan dan perusahan.Tanaman utamanya ialah gandum , barli , padi dan kapas. Binatang ternakannya ialah lembu , biri-biri , kambing babi dan ayam.Perusahaan utamanya ialah menenun kain kapas , membuat barang-barang logam , tembikar dan barang-barang kemas serta mengukir batu.

Masyarakat Indus mengamalkan polyteisme dan animisme.Mereka menyembah pokok , batu yang berbentuk lingga , lembu dan dewa.Masyarakat Indus menyambah Dewa Siva (Pashupati) dan Dewa Shakti (Mother Goddess) yang bermuka tiga.Tulisan masyarakat Indus berbentukpiktograf.Ia mempunyai hampir 400 simbol.

Sumbangan tamadun Indus dalam bidang sains ialah penetapan satu sistem timbangan yang seragam.Mereka juga mengasaskan sistem ukuran lurus.Sumbangan paling besar tamadun Indus ialah kumpulan puisi Vedas.Veda yang pertama ialah Rig Veda.Ia disusun sebelum 1000 SM.Mereka telah mengukir patung manusia seperti patung 'Gadis Menari'.

Latar BelakangTamadun terawal di India ialah tamadun Indus. Tamadun ini melalui satu era kecemerlangan antara tahun 2500-1800 S.M.. Selepas tempoh ini tamadun indus telah mengalami keruntuhan. Keadaan ini berlaku adalah dikaitkan dengan kedatangan orang Aryan. Kedatangan orang Aryan telah membawa satu budaya dan tahap baru kepada masyarakat yang tinggal menetap di Sungai Indus. Tahap ini adalah dikenali sebagai Zaman Vedik. Nama vedik adalah diambil sempena kelahiran kitab-kitab Veda. Zaman ini merupakan zaman permulaan kehidupan beragama bagi masyarakat tamadun ini kerana pada zaman itu telah lahir agama Hindu. Menjelang abad ketujuh Sebelum Masihi perhatian masyarakat mula beralin ke Ganges.Zaman ini terdapat golongan pemerintah yang terdiri daripada golongan raja. Terdapat dua bentuk kerajaan iaitu janapada (kerajaan kecil) dan mahajanapada (kerajaan besar). Chandragupta Maurya telah menyatukan kerajaan-kerajaan kecil dan melahirkan empayar yang pertama di India pada tahun 321S.M. Dinasti Maurya mencapai kemuncak kegemilangannya pada ketika pemetrintahan Asoka.

Proses PembentukanDi bahagian barat laut India telah wujud penduduk yang mengamalkan kehidupan secara nomad.Penduduk ini kemudian telah membentuk petempatan kekal di sepanjang Sungai Indus.Petempatan kekal wujud disebabkan oleh Sungai Indus membekalkan sumber air dan dapat menyubuhkan tanah.Penduduk yang menyesuaikan diri dengan alam sekitar telah meningkatkan penghasilan pertanian yang menambah jumlah penduduk.Faktor-faktor ini juga menyumbang kepada perkembangan bandar.Dua bandar utama terbentuk ialah Mohenjo-Daro dan Harappa. Lothal dan Sutkagen Dor merupakan bandar pelabuhan penting.

Ciri-ciri Tamadun Indus

Terbahagi kepada 2 bahagian

Petempatan kekal yang wujud di lembah ini telah membawa kepada pembentukan bandar terancang. Bandarnya terbahagi kepada dua bahagian dan dikelilingi oleh tembok. Bahagian utama merupakan pusat pentadbiran dan keagamaan yang menempatkan bangunan pentadbiran , tempat mandi awam yang digunakan untuk upacara ritual dan pembersihan ,dan tempat penyimpanan hasil pertanian. Bahagian kedua bandar ialah kawasan perumahan. Perancangan bandarnya dibantu oleh kemajuan ilmu geometri dan pembinaan, serta sumbangan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba. Bandar-bandar disusun berasaskan blok-blok berbentuk segi empat dengan setiap blok dipisahkan oleh satu rangkaian jalan raya yang lurus dan bersambung antara satu sama lain.Setaip bandar mempunyai sistem kumbahan yang terancang.Selain jalan raya, bandar juga dihubungkan dengan sungai yang berfungsi sebagai jalan perhubungan.1

Bandar Terancang

Tamadun Indus tidak meninggalkan maklumat dan sumber yang jelas tentang organisasi sosialnya.Menurut jumpaan arkeologi ,masyarakat Lembah Indus terbahagi kepada dua golongan, iaitu golongan atasan dan bawahan.Golongan atasan terdiri daripada pendeta dan pedangang.Kelas atasan utama ialah pendeta.Para pendeta mempunyai kuasa dan pengaruh besar dalam mengawal aktiviti masyarakat terutamanya kegiatan keagamaan.Oleh sebab tiada bukti kewujudan raja, maka, sejarahwan berpendapat bahawa tampuk pemerintahan dipegang oleh pendeta.Golongan bawahan pula terdiri daripada petani dan buruh. Golongan petani menjalankan aktiviti petanian dan menyalurkan sebahagian daripada hasil tersebut kepada pihak berkuasa.Golongan buruh menjalankan kerja perburuhan seperti menjaga kebersihan bandar, membina tembok di bentang, dan membina terusan.

Masyarakat di Lembah Indus juga mempunyai pengkhususan pekerjaan yang jelas terutamanya dalam bidang ekonomi. Masyarakat ini telah manjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti perdagangan, petanian, pertukangan dan pembuatan luar termasuklah dengan Mesopotamia. Hubungan dagang antara kedua-dua tamadun dapat dibuktikan melalui penemuan cap mohor buatan masyarakat Lembah Indus di Mesopotamia.Contoh hasil perdagangan termasuklah emas, gading gajah, manik, dan hasil pertanian. Petani pula menjalankan aktiviti bercucuk tanam terutamanya bagi tanaman makanan seperti barli, kacang, dan sebagainya. Selain mencari pertani dan perdanagang, ada ahli masyarakat yang menjadi artisan. mereka terlibat dalam pembinaan dan penghasilan barangan logam dan barangan tembikar.

Masyarakat tamadun ini dikenal pasti telah menpunyai satu amalan agama. Ini dibuktikan dengan pernemuan patung dan ukiran yang menpunyai unsur keagamaan. Antara penemuan penting ialah sebuah patung yang dirujik sebagai patung proto-Siva. Kewujudan objek proto-Siva ini menjadi sangat penting terutama dari sudut perkaitannya dengan agama Himdu kemudiannya. Selain itu, masyarakat dalam tamadun ini juga percaya kepada Tuhan Ibu. Pekara ini dipercayai telah diwarisi daripada kebudayaan yang lebih awal kerana kepercayaan terhadap Tuhan Ibu ini turut berlaku dalam masyarakat yang mendiami Mesopotamin, Asia Kecil, Syria dan Palestin.

Masyarakat tamadun Indus telah mempunyai satu sistem tulisan yang berbentuk piktograf. Walau bagaimanapun, sehingga hari ini, tulisan tamadun Indus masih lagi menjadi misteri dan masih belum dapat ditafsirkan.

Sumbangan Tamadun IndusSumbangan utama tamadun ini termasuklah dalam bentuk keupayaan serta kebolehan masyarakat Lembah Indus mengeksploitasi kelebihan yang mereka miliki untuk memudahkan kehidupan mereka hingga akhirnya menjadi asas kepada perkembangan tamadun. Kebolehan masyarakat Lembah Indus mengeksploitasi Sungai Indus untuk memajukan kehidupan harian mereka akan menjadi panduan kepada generasi seterusnya untuk menghasilkan sebuah tamadun yang cemerlang.Selain itu, tamadun ini sangat dikenali keranaperancangan bandarnya. Kemanpuan masyarakat Lembah Indus mencapai kecemerlangan dalam perancangan bandar berkait rapat dengan kemajuan dalam bidang deometri dan pembinaan. Pemahaman deometri hasil daripada pertembungan tamadun ini dengan tamadun Mesopotamis dan Mesir Purba telah membolehkan perancangan bandar disusun berasaskan bentuk segi empat yang diikiti oleh jalan raya yang lurus. Disamping itu, masyarakat Lembah Indus telah berusaha meningkatkan mutu bahan binaan.Berasaskan perkara ini, kecermalangan perancangan badar dalam tamadun Indus, sebenarnya merupakan gabungan daripada pelbagai pengetahuandan pencapaian termasuklah geometri dan matematik serta teknologi pembakaran batu bata.Sifat keterbukaanyang dibuktikan oleh tamadun ini dalam membuat hubungan dengan tamadun lain juga merupakan satu lagi aspek yang sangat penting. Dari sudut ini, tamadun Indus memperlihatkan bahawa sesebuah masyarakat itu tidak akan mampu mencapai kecemerlangan tanpa membuat hubungan serta bertukar pandangan dengan pihak lain. Hubungan dengan tamadun Mesopotamia serta tamadun Mesir Purba telah membolehkan kedua-dua belah pihak memperoleh manfaatnyasama ada dalam bentuk pertukaran teknologi atau seumpamanya. Walau bagaimanapun, dalam konteks hubungan antara tamadunIndus dengan tamadun Mesopotamis, segala pengaruh dari luar itu disesuaikan dengan keadaan dan suasana tempatan.Secara keseluruhannya, tamadun Indus telah menunjukkan kepada masyarakat dunia moden hari ini beberapa aspek yang sangat penting dalam proses pembinaan sesebuah tamadun, termasuk keamanan. Tamadun ialah tunjang kepada kekuatan sesebuah bangsa untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan.

Tamadun Hwang HoPengenalan

Tamadun awal China telah wujud kira-kira 4500 tahun dahulu.Ia berlaku di sekitar Sungai Kuning atau Hwang.Tamadun ini berkembang pesat pada zaman Dinasti Shang (1766 - 1122 SM atau 1523 - 1027 SM).Bandar utama yang muncul ialah Anyang , Changan dan Loyang.Anyang telah dijadikan ibu negeri Dinasti Shang.

Sungai Yang Tze

Orang China percaya mengenai konsep mandat dari syurga.Dinasti Shang diganti oleh Dinasti Chou melalui rampasan kuasa.Sistem feudal diamalkan semasa pemerintahan Dinasti Chou.Pertanian merupakan kegiatan ekonomi utama.Tanaman utmanya ialah gandum , milet , sekoi , barli dan padi.Ternakannya ialah khinzir , kambing dan anjing.Kulit siput digunakan sebagai mata wang dalam perdagangan tempatan.Perusahaan yang dijalankan ialah pembuatan tembikar , barangan ukiran daripada kayu , gangsa dan jed serta penenunan tekstil dan bulu.

Masyarakat China percaya bahawa tuhan menguasai semua aspek kehidupan manusia.Mereka memuja tuhan alam seperi Tuhan Angin , Tuhan Bulan dan Tuhan Matahari.Orang Shang juga mengamalkan pemujaan nenek moyang.Tulang nujum digunakan untuk mendapatkan pertolongan daripada nenek moyang.Bentuk tulisan tamadun ini dipanggil ideogram.Setiap gambar melambangkan satu perkataan.Terdapat lebih kurang 3000 simbol yang kekal selama 3500 tahun.Kemajuan sains dan teknologi zaman Shang ialah :Penggunaan gangsa dalam pembuatan senjata dan alat-alat pertanianMembuat alat-alat tembikar dan jedMenghasilkan suteraMemperkenalkan sistem kalendar dan perpuluhanKemajuan pada Zaman Chou termasuk :Membuat wang daripada logamMenerbitkan bukuMemperkenalkan alat tulisan

Proses Pembentukan

Pembinaan tamadun ini berasaskan peranan Hwang Ho yang telah menyuburkan kawasan sekitarnya. Keadaan ini menarik penduduk nomad untuk tinggal menetap dan membina petampatan awal di kawasan tersebut. Tapak Banpo yang berdekatan bandar Sian moden merupakan petempatan awal penduduk Hwang Ho. Penduduk di kawasan ini menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan binatang selain mengumpul hasil hutan dan memburu. Perkembangan petempatan awal ini telah melahirkan beberapa buah bandar di Lembah Hang Ho.

Salah sebuah bandar awal tamadun Hwang Ho ialah Anyang. Bandar ini merupakan pusat kerajaan Dinasti Shang. Pembentukan Dinasti Shang telah membawa banyak lagi kemajuan, khususnya dalam usaha perluasan wilayah dan penyebaran budaya ke kawasan sekitar Lembah Hwang Ho. Semasa Dinasti Chou, tamadun ini tersebar hingga ke bahagian selatan Sungai Yangtze.

Ciri-ciri Tamadun Hwang Ho

Petempatan awal yang berasaskan pertanian membawa kepada kemunculan bandar-bandar. Anyang merupakan salah satu contoh negara kota damal tamadun Hwang Ho. Anyang terletak di kawasan tanah tinggi di Sungai Huan. Di bandar ini terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran. Ketua pemerintah, iaitu raja, golongan pembesar dan golongan agama juga tinggal di kawasan bandar. Bandar Anyang dilengkapi dengan tembok untuk mrnghalang pencerobohan musuh dan dikelilingi oleh perkampungan yang didiami oleh masyarakat petani.

Golongan raja dan pembesar menduduki lapisan teratas dalam organisasi sosial masyarakat Shang yang diterajui oleh raja.

Lapisan bawahan terdiri daripada:Golongan petani membentuk sebahagian besar penduduk mendiami di kawasan luar bandar (di sekeliling negara kota)Golongan artisan Golongan ini mahir dalam teknologi gangsa yang muncul pada zaman Dinasti Shang Gangsa digunakan bagi menghasilkan senjata perisai dan hiasan kereta kuda yang digunakan oleh tentera serta alat untuk upacara keagamaan.Golongan pembesar dapat menundukkan golongan bawahan kerana mereka mampu memiliki tentera dan senjata gangsa.Hamba merupakan golongan yang paling bawah dalam masyrakat Shang. Dalam Dinasti Shang, perhambaan merupakan ciri yang paling penting.

Senjata Gangsa

Perisai Gangsa

Golongan tentera membantu golongan pembesar mempertahankan masyarakat. Golongan ini terdiri daripada:-Tantera yang menggunakan kereta kuda.-Tentera berjalan kaki.Golongan petani merupakan tonggak ekonomi dan pentadbiran kerana mereka menghasilkan bahan makanan dan memenuhi keperluan golongan atasan. Ada di kalangan golongan petani yang berkemahiran khususnya dalam teknologi gangsa dan barangan tembikar pula menjadi golongan artisan:

Hamba

-Mereka menghasilkan pelbagai barangan tembaga seperti senjata, barang tembikar dan bekas minuman serta makanan-Hasil mereka biasanya hanya mampu dimiliki golongan pembesar.Hamba pula berfungi sebagai tentera paksaan, buruh paksa dan bahan korban upacara penyembahan.

Kerajaan yang wujud adalah berbentuk dinasti dengan pemerintahan beraja.Raja mempunyai kewibawaan politik, ekonomi,sosial,agama. Mereka berkuasa mutlak dan menetap di pusat pentadbiran.Pengganti raja biasanya dilantik daripada kalangan anak atau saudara lelaki raja.Raja tidak dianggap tuhan tetapi sebagai pemerintah yang mendapat mandat (kuasa pemerintahan) daripada tuhan.Mengikut konsep ini, pemerintah yang adil akan mendapat madat. Raja yang memerintah dengan adil akan dapat mewujudkan kerajaan yang makmur dan rakyat akan menikmati kesejahteraan hidup. Sebaliknya, pemerintah yang kejam atau lemah akan kehilangan mandat. Contohnya, pemerintahan Shang kehilangan mandat akibat kezaliman mereka.Golongan bangsawan dan pegawai kerajaan membantu raja dalam urrusan pentadbiran.- Golongan ini bertanggungjawab untuk mentadbir wilayah masing-masing.- Mereka berhak mewujudkan sistem pentadbiran mereka sendiri. Contohnya sistem pungutan cukai, undang-undang dan pertahanan.Sistem yang sama dilaksanakan semasa zaman Dinasti Chou.- Raja dibantu oleh ketua menteri enam badan. Badan ini menguruskan hal pertanian, tentera, kerja awam, upacara agama, undang-undang dan hal ehwal monarki.- Pada peringkat wilayah, pentadbiran dikendalikan oleh pembesar-pembesar feudal. Raja telah membahagikan pemilikan tanah kepada pembesar ini.Raja-raja Dinasti Chou cuba mengikat pembesar mereka melalui :- Ikrar taat setia.- Memberikan hadiah seperti kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang- Tanggungjawab melindungi raja dan memberi bantuan ketenteraan semasa perang.Pembesar juga bertanggungjawab sebagai ketua agama untuk melaksanakan upacara pengorbanan.

Masyarakat Hwang Ho mengamalkan pelbagai jenis kepercayaan. Antaranya ialah animisme dan politeisme serta pemujaan roh nenek moyang. Mereka juga menyembah tuhan syurga (shang-ti) dan tuhan bumi (tu). Mereka juga menyembah biasanya diketuai oleh golongan bomoh dan melibatkan permainan muzik, tarian atau upacara korban.Masyarakat Shang juga mempercayai ramalan menggunakan tulang oracle ( tulang binatang ) yang berfungsi meramalkan sesuatu keadaan.

- Bukti kepercayaan ini ialah jumpaan tulang binatang dan kulit kura-kura di Anyang.- Tulang ini diletakkan di atas unggun api sehingga timbul rekahan ini dan disabitkan dengan sesuatu kejadian.

Oracle

Amalan penilikan tulang nujum ( oracle ) memainkan peranan peranan mewujudkan sistem tulisan awal di China. Rekahan pada tulang-tulang tersebut memberi idea untuk mencipta tulisan.Bentuk tulisan yang disebut ideogram telah dicipta. Sistem tulisan ini berbentuk simbol. Pada asalnya, tulisan ini mempunyai gambar seperti kanak-kanak, bulan, matahari dan sungai. Lama-kelamaan tulisan ini berubah menjadi lebih kompleks seperti hari ini.

Sumbangan Tamadun Hwang HoTamadun Hwang Ho amat mempengaruhi sestem pemerintan China kuno. Sehingga ke zaman Dinasti Ching, sistem pemerintahan monarki telah diteruskan. Terdapat sedikit perubahan telah dilakukan, contohnya gelaran Raja ditukar kepada Maharaja. Antara perkara yang diteruskan ialah konsep anak syurga, mandat dari syurga dan amalan putaran dinasti diteruskan hingga abad ke-20.

Sistem Pengairan

Sejak zaman awal dinasti China terutama zaman Shang, pemimpin mereka amat prihatin terhadap pembangunan pertanian. Oleh itu, terusan-terusan dibina untuk mengairkan kawasan pertanian selain menglakkan berlakunya banjir. Sistem pengairan ini telah diteruskan pada zaman Chin oleh Shih Huang Ti ke kawasan barat daya China. Sebuah terusan telah dibina di Szechwan untuk mengairkan kawasan pertanian di wilayah tersebut. Selain itu, pembangunan dalam sektor pertanian ini juga membawa kepada kemajuan dalam teknologi pembajakan serta penciptaan cangkul dan sabit. Pada zaman ini juga petani juga mula menggunakan batas untuk tujuan penanaman. Perubahan juga berlaku secara evolusi apabila petani China mula menggantikan alat pertanian yang dibuat daripada kayu dengan yang dibuat daripada besi.

Tulisan Cina

Sistem tulisan ideogram yang berkembang secara evolusi masih digunakan masyarakat Cina kini. Tulisan tersebut digunakan dalam bidang penulisan dan percetakan serta diajar kepada anak-anak Cina di sekolah Cina. Tulisan ini juga digunakan orang Korea dan Jepun.

Unsur pemujaan roh nenek moyang masih diamalkan oleh masyarakat Cina kini. Namun pengorbanan manusia dalam pemujaan roh telah digantikan dengan amalan pemberian seperti makanan, duit kertas dan barangan perhiasan. Falsafah Cina yang melibatkan konsep Yin dan Yang serta amalan Feng Hsui masih kuat mempengaruhi masyarakat Cina kini. Sistem kalendar telah diperkenalkan pada zaman pemerintahan Dinasti Shang :

Feng Shui

- Terdapat 30 hari dalam sebulan dan 360 hari dalam setahun.- Raja dapat menentukan musim menanam dan menuai.- Kalendar ini digunakan untuk upacara perkahwinan, pemburuan dan pengkebumian.

Falsafah perang yang diperkenalkan Sun Tzu dalam karyanya yang berjudul The Art of War, mempengaruhi taktik peperangan dan pemikiran strategik sehingga kini. Ia telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa dan diaplikasikan dalam pelbagai aspek kehidupan dan urusan perniagaan.