tamadun moden.doc

15
Pendahuluan Gerakan nasionalisme sejak abad ke-19 hingga abad ke-20 merupakan usaha masyarakat tempatan menentang dalam bentuk penentangan atau penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar. Semangat Nasionalisme merupakan satu semangat cintakan negara atau bangsa terkecuali agama yang umumnya lebih kepada segi politik dan ketenteraan. Nasionalisme pada umumnya bertujuan mewujudkan kebebasan individu dan negara daripada cengkaman dan kongkongan pemerintah dan kuasa asing. Intipati utama nasionalisme ialah mewujudkan kebebasan dan maruah seseorang serta membentuk nasib dan masa depan sesebuah negara dan bangsa. Dengan itu, nasionalisme bergerak ke arah pembentukan satu identiti bangsa yang berbudaya tinggi. Jepun mula menakluki Tanah Melayu pada 13 Februari 1942 sehingga 15 ogos 1945. Pada masa itu, pemerintahan orang jepun amat zalim. Jepun berjaya menakluki Tanah Melayu telah mendapat sokongan daripada anak negeri yang terperangkap dengan janji-janji kemerdekaan yang telah dijanjikan. Jepun juga turut menghampakan harapan mereka yang terperangkap dengan janji- janji Jepun untuk memberikan kemerdekaan dengan semboyannya "Asia untuk Orang Asia". Kekerasan berlaku. Mereka yang disyaki menentang Jepun akan dibunuh. Akibat kezaliman Jepun itu, semangat cinta akan tanah air telah dipupuk. Pada Zaman Pendudukan Jepun, rakyat hidup dalam sengsaraan. Kezaliman dan kekejaman yang dilakukan oleh Kempetai amat ditakutkan. Kempetai merupakan unit polis yang menangkap sesiapa yang disyaki menentang Jepun. Banyak masalah sosial juga ditimbulkan. Ekonomi merosot, ramai yang mati kebuluran, hasil pertanian dirampas, bilangan pengangguran semakin meningkat, ubat-ubatan tidak cukup menyebabkan ramai yang mati kerana penyakit. Orang Cina yang menghantar bantuan kepada negara China apabila Perang Jepun dengan China ditangkap dan dibunuh dengan penuh kezaliman. Memaksa rakyat membina Kereta api Maut di negara Thai. Dasar penjepunan diperkenalkan, sekolah-sekolah diganti dengan sekolah Jepun, bahasa Nippon-go digunakan, Kamigayo iaitu lagu kebangsaan Jepun dinyanyikan, tulisan Jepun ditulis. 1

Transcript of tamadun moden.doc

Pendahuluan

Gerakan nasionalisme sejak abad ke-19 hingga abad ke-20 merupakan usaha masyarakat tempatan menentang dalam bentuk penentangan atau penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar. Semangat Nasionalisme merupakan satu semangat cintakan negara atau bangsa terkecuali agama yang umumnya lebih kepada segi politik dan ketenteraan. Nasionalisme pada umumnya bertujuan mewujudkan kebebasan individu dan negara daripada cengkaman dan kongkongan pemerintah dan kuasa asing. Intipati utama nasionalisme ialah mewujudkan kebebasan dan maruah seseorang serta membentuk nasib dan masa depan sesebuah negara dan bangsa. Dengan itu, nasionalisme bergerak ke arah pembentukan satu identiti bangsa yang berbudaya tinggi. Jepun mula menakluki Tanah Melayu pada 13 Februari 1942 sehingga 15 ogos 1945. Pada masa itu, pemerintahan orang jepun amat zalim. Jepun berjaya menakluki Tanah Melayu telah mendapat sokongan daripada anak negeri yang terperangkap dengan janji-janji kemerdekaan yang telah dijanjikan. Jepun juga turut menghampakan harapan mereka yang terperangkap dengan janji-janji Jepun untuk memberikan kemerdekaan dengan semboyannya "Asia untuk Orang Asia". Kekerasan berlaku. Mereka yang disyaki menentang Jepun akan dibunuh. Akibat kezaliman Jepun itu, semangat cinta akan tanah air telah dipupuk.

Pada Zaman Pendudukan Jepun, rakyat hidup dalam sengsaraan. Kezaliman dan kekejaman yang dilakukan oleh Kempetai amat ditakutkan. Kempetai merupakan unit polis yang menangkap sesiapa yang disyaki menentang Jepun. Banyak masalah sosial juga ditimbulkan. Ekonomi merosot, ramai yang mati kebuluran, hasil pertanian dirampas, bilangan pengangguran semakin meningkat, ubat-ubatan tidak cukup menyebabkan ramai yang mati kerana penyakit. Orang Cina yang menghantar bantuan kepada negara China apabila Perang Jepun dengan China ditangkap dan dibunuh dengan penuh kezaliman. Memaksa rakyat membina Kereta api Maut di negara Thai. Dasar penjepunan diperkenalkan, sekolah-sekolah diganti dengan sekolah Jepun, bahasa Nippon-go digunakan, Kamigayo iaitu lagu kebangsaan Jepun dinyanyikan, tulisan Jepun ditulis.

Ketika Tanah Melayu diperintah Jepun, Pejabat Tanah Jajahan British dan Pejabat India British telah merangka sebuah kerajaan baru untuk Tanah Melayu dan telah dipersetujui oleh kerajaan British di London. British begitu yakin akan berjaya menawan Tanah Melayu semula daripada Jepun berikutan kejayaan Tentera Berikat di Eropah menawan semula beberapa negara daripada Jerman. Bentuk pemerintahan baru ini telah dirangka tanpa perwakilan dan pengetahuan orang Melayu kerana British menganggap kedaulatan Tanah Melayu tidak lagi wujud setelah kalah dalam peperangan. Kerajaan baru ini dikenali sebagai Malayan Union. British menganggap hak mutlaknya untuk menentukan bentuk pemerintahan dan kerajaan Tanah Melayu apabila berjaya mengusir Jepun.

Pihak menyokong British Kezaliman Jepun telah menyebabkan pelbagai persatuan atau golongan ditubuhkan seperti MPAJA iaitu Tentera Anti Jepun Tanah Melayu, Force 136, Gerila Kinabalu dan lain-lain gerakan untuk menentan. Dengan itu,MPAJA juga dipanggil Bintang Tiga telah memerintah Tanah Melayu selama empat belas hari pada tahun 1945. MPAJA mendapat sokongan daripada orang Cina[1].

Parti Komunis Malaya (PKM) adalah ditubuhkan pada 30 April 1930 di Singapura dengan dihadiri oleh pemimpin Parti Komunis Vietnam, Ho Chi Minh. Ia sebagai kesinambungan dari penubuhan Parti Komunis Nanyang yang ditubuhkan di Singapura pada tahun 1922. Akhirnya, Jepun menyerah kalah tanpa syarat dan berlaku kekosongan politik lalu Parti Komunis Malaya (PKM) telah menguasai Tanah Melayu. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Parti Komunis Malaya telah bekerjasama dengan British untuk menentang Jepun. Ramai orang keturunan Cina menganggotai pertubuhan ini kerana mempunyai perasaan benci terhadap Jepun yang telah menakluki negara China pada masa itu.

Tujuan penubuhan PKM adalah untuk menghalau British keluar dari Tanah Melayu dan menubuhkan Republik Komunis. PKM telah menubuhkan banyak pertubuhan seperti Min Yuen, MRLA dan sebagainya demi mencapai matlamatnya. Beberapa siri keganasan dan rusuhan serta pergaduhan antara kaum telah berlaku di Tanah Melayu, terutamanya di bahagian selatan Tanah Melayu.

PKM telah menguasai Tanah Melayu melalui MPAJA selama 14 hari. MPAJA dikenali tentera Bintang Tiga. PKM telah bertindak ganas dengan membunuh dan memusnahkan harta benda awam dengan sewenangnya sehingga memaksa British mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu pada tahun 1948 hingga 1960. MPAJA kuasai bandar, balai polis, pejabat kerajaan dan jatuhkan hukuman sesiapa yang bekerjasama dengan Jepun. Cukai[1] Barbara Watson Andaya dan Leonard Y.Andaya, Sejarah Malaysia. Penerbitan : Macmillan Publishers(M)Sdn.Bhd(1983) KL.

kepala, cukai harta, cukai tanah diperkenalkan. Menghukum penduduk yang menganiayai orang Cina semasa pemerintahan Jepun. Merampas harta benda orang kampung. Di Batu Pahat, PKM bunuh penghulu yang dianggap bersubahat dengan Jepun. Seorang Pegawai Daerah cuba berunding dengan PKM dibunuh.

Kesukaran dan kekurangan sokongan yang dari masyarakat, pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng telah meminta perundingan diadakan pada tahun 1955. Rundingan Baling ini yang diadakan pada 28-29 Disember 1955 tidak membawa apa-apa keputusan drastik. Ini disebabkan kerajaan menawarkan pengampunan dengan syarat Parti Komunis Malaya dibubarkan, tetapi Chin Peng pula meminta Parti Komunis Malaya dibenarkan untuk bergerak sebagai sebuah parti politik. Pihak kerajaan yang telah mencapai kemajuan dalam membasmikan Parti Komunis Malaya, dan menimbangkan kekejaman Parti Komunis Malaya terhadap rakyat sebelumnya, menolak usul membenarkan Parti Komunis Malaya dibenarkan bergerak sebagai sebuah parti politik. Tunku kemudiannya menegaskan kepada rakyat bahawa Parti Komunis Malaya bertindak menentang kerajaan sah yang telah dipilih rakyat dan merdeka daripada penjajahan British.

Kerajaan British telah mengatur rancangan membentuk Malayan Union di Tanah Melayu. Malayan Union ditubuhkan pada 1 April 1946 di King's House selepas Perang Dunia Dua dan Sir Edward Gent telah melantik sebagai Gaboner Pertama. Tujuan utama penubuhan Malayan Union ialah untuk memiliki dan menguasai Tanah Melayu. Tanah Melayu juga ialah sebuah negeri yang kaya dengan sumber ekonomi daripada sumber bumi. Kedudukan geografi Tanah Melayu pula sangat sesuai dijadikan sebagai sebuah negeri pengguna dan agen pasaran barangan dagangan Inggeris di timur. Selain itu, British juga telah menjangkakan akan kehilangan beberapa buah negeri tanah jajahannya akibat Peperangan Dunia Kedua.

Dalam keadaan yang huru hala juga mempunyai pelbagai pihak untuk menyokong Malayan Union yang ditubuh oleh orang British. Iaitu Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Perak, hasil persetujuan antara dua kumpulan, iaitu berfahaman kebangsaan yang diketuai oleh Ahmad Boestaman dengan Moktharuddin Lasso yang terdiri daripada anggota Pati Komunis Malaya dan MPAJA. [1]

Matlamat utama penubuhan PKMM ialah untuk menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris. PKMM juga berusaha mengatasi masalah orang Melayu di segi pelajaran, sosial dan ekonomi serta kebebasan mencetak dan bersuara. Pada 30 November 1945, PKMM telah mengeluarkan lapan resolusi yang dianggap oleh pihak kerajaan British sebagai diinspirasikan oleh rancangan 'Sembilan Perkara' Parti Komunis Malaya. Meskipun penentangan orang-orang Melayu begitu hebat, kerajaan British enggan menarik balik pelakasanaan rancangan Malayan Union. Sebaliknya, kerajaan British mendesak bahawa Malayan Union dilaksanakan dengan segera supaya Pentadbiran Tentera British(PTB) yang memerintah Tanah Melayu sejak akhir Pendudukan Jepun dapat dibatalkan.

Selainnya, PKMM mempunyai dua cawangan pemuda dan pemudi iaitu Angkatan Pemuda Insaf (API) yang dipimpin oleh Ahmad Boestamam. Pergerakan API adalah pertubuhan radikal orang Melayu yang mirip kepada Revolusi Indonedia. [2] Selain itu, Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang dipimpin oleh Aishah Ghani. Beliau adalah pemimpin pertama dan bekas pemberita akhbar Pelita Malaya. dan Barisan Tani Malaya (BATAS) juga menyokong British.

Beberapa bulan kemudian Kesatuan Melayu Muda (KMM) bergabung dengan PKMM, Dr Burhanuddin Helmi telah mengambil alih pucuk pimpinan sebagai presidennya yang kedua. Dr Burhanuddin membawa PKMM ke arah mewujudkan Melayu Raya iaitu satu gagasan Kesatuan Malaya-Indonesia yang merupakan salah satu perjuangan utama PKMM. PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.

[1] Ruslan Zainuddin(2011), Sejarah Malaysia Edisi Ketiga, Oxford Fajar Sdn.Bhd., Selangor Darul Ehsan.[2] Ruslan Zainuddin(2011), Sejarah Malaysia Edisi Ketiga, Oxford Fajar Sdn.Bhd., Selangor Darul Ehsan.

Pihak tidak menyokong British

Apabila UMNO ditubuhkan, PKMM telah menyertainya bersama badan-badan Melayu yang lain. Badan-badan yang 'berhaluan kiri' iaitu badan yang menentang Inggeris meninggalkan UMNO dan UMNO tinggal 'berhaluan kanan' yang lebih mesra Inggeris. PKMM juga berusaha menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) iaitu gabungan parti-parti politik radikal Melayu dan kemudian bergabung pula dengan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA) yang bertujuan menentang kandungan Perjanjian Persekutuan 1948 bagi penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.

Pada 11 Mei 1946, penubuhan UMNO telah menyemarakkan lagi penentangan tersebut dan seterusnya menyemai bibit-bibit perjuangan ke arah berkerajaan sendiri. Sir Harold MacMichael telah mengambil tindakan kepada baginda yang tidak menerima Malayan Union dengan mengancam menurunkan raja-raja Melayu daripada takhta dan tidak diberikan masa yang cukup untuk berunding dalam Majlis Mesyuarat Negeri atau penasihat baginda.

Walaupun PKM ini terbanyak adalah terdiri daripada orang Cina tetapi orang Melayu juga bangun menentang PKM. Orang Melayu di bawah pimpinan Kiai Salleh Karim telah bergabung tenaga untuk serang Cina di Bandar Batu Pahat. Dato Onn Jaafar, Pegawai Daerah Batu Pahat menghalang serangan tersebut. Ketegangan kaum diatasi oleh Pentad Tentera British. Orang Melayu menentang Malayan Union terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlaku penentangan daripada orang Melayu. Pertamanya ialah Malayan Union telah menghapuskan kedaulatan dan kuasa raja-raja Melayu. Walaupun Raja Melayu adalah ahli Majlis Raja Melayu tetapi baginda bertanpa kuasa. Selain itu, Raja Melayu juga kehilangan takhta dan maruah sebagai pelindung orang Melayu. Pungutan zakat juga di bawah kuasa gabenor British.

Bukan sahaja Raja Melayu, Tamadun orang Melayu juga terhakis. Misalnya, sistem beraja, Bahasa Melayu & tulisan Jawi serta ketuanan Melayu juga tercabar. Oleh itu, orang Melayu mulai bimbang mereka akan kehilangan tanah air. Kerakyatan yang terlalu liberal telah menjadi salah satu masalah di Tanah Melayu. Kerakyatan jus soli ancam status quo orang Melayu sebagai peribumi dan jumlah orang Melayu menjadi kecil akibat kemasukan golongan imigran.Selain ditentang daripada orang Melayu, ada juga pegawai British yang menentang Malayan Union. Walau bagaimanapun, Malayan Union tetap diisytiharkan. Ini menyebabkan menubuhan UMNO yang tujuannya untuk menentang Malayan Union. Satu kongres Melayu yang menyatukan semua pertubuhan Melayu di Tanah Melayu diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946 atas cadangan Dato' Onn bin Jaafar. Dalam mesyuarat ketiga Kongres Melayu Se-Malaya itu, keputuisan dicapai untuk menubuhkan sebuah perti politik iaitu UMNO. UMNO secara rasminya ditubuh pada 11 Mei 1946 dan melantik Dato' Onn bin Jaafar sebagai president pertama. Penentangan Malayan Union telah mencapai kejayaan dan Malayan union ditukar kepada Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Semboyan kata UMNO "Hidup Melayu" ditukar menjadi "Merdeka" selepas berjaya menentang Malayan Union.

Tentangan yang hebat daripada UMNO terhadap Malayan Union berjaya memaksa British membubarkan Malayan Union. Untuk mengelakkan kekacauan berlaku, British mengadakan perjumpaan dengan UMNO dan Raja-raja Melayu. Pada bulan Julai 1946, suatu jawatankuasa ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Kerja untuk menggubal satu perlembagaan baru. Hasilnya, suatu perlembagaan yang baru dipanggil sebagai Persekutuan Tanah Melayu.

Dengan itu, Kongres Melayu pertama dan Kongres Melayu kedua juga dibentuk dan pengerusi pertama ialah Dato Onn Jaafar dalam kongres Melayu pertama. Ini adalah membantah pengisytiharaan Malayan Union. Dalam kalangan kaum wanita juga mula menentang Malayan Union seperti Datin Puteh Mariah telah mengetuai Bahagian Wanita Perikatan Melayu Perak dan bergabung tenaga dengan kaum lelaki menyokong kongres Melayu pada tahun 1946.Akhirnya, Kongres Melayu pertama menubuhkan UMNO secara rasmi pada 11 Mei 1946. Yang Dipertua pertama ialah Dato Onn Jaafar. Tujuan penubuhan UMNO, selain menentang Malayan Union dan menyatukan orang Melayu, ia juga hendak mewujudkan organisasi nasional, menjaga kepentingan politik serta ketuanan Melayu dan hendak melindung kepentingan orang Melayu

Selain UMNO yang tidak menyokong British. Parti Orang Muslimin Malaya atau Hizbul Muslimin juga muncul pada 17 Mac 1948 dan dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir, Mudir Maahad as-Syariff, di Gunong Semanggol, Perak. Parti tersebut terdapat dasar utama iaitu membebaskan bangsa Melayu dan Tanah Melayu daripada penjajahan, kedua untuk membentuk negara Islam sejagat dan ketiga untuk mewujudkan Tanah Melayu sebagai sebuah negara Darul Islam. [1] Perkembangan Hizbul Muslimin telah menyebabkan pihak British membimbangkan. Malah kalangan orang Melayu juga menggangap ia berbahaya. Tetapi Hizbul Muslimin tidak kekal lama kerana dibubarkan sebuah parti politik yang dikenali sebagai Parti Islam Se-Tanah Melayu(PAS) ditubuhkan pada tahun 1951. Perjuangan Hizbul Muslimin lama-kelamaan diambil alih oleh PAS. Raja-raja Melayu juga membantah Malayan Union dengan menghantar surat kepada Setiausaha Tanah Jajahan kerana dipaksa untuk menerima Malayan Union. Hal demikian telah membawa kesan dari bantahan orang Melayu dalam menimbulkan kesedaran raja-raja Melayu supaya berganding bahu menentang Malayan Union. Mereka menentang cadangan Malayan Union secara terbuka dalam akhbar The Times di London. Bantahan juga dilakukan dalam pelbagai bentuk, sama ada melalui akhbar Melayu seperti akhbar Majlis yang diterbitkan di Kuala Lumpur dan Abdul Rahim Kajai adalah pengarang pertama. Beliau telah mendedahkan kelemahan dasar British yang mengancam kedudukan orang Melayu. Hal ini demikian, akhbar ini telah dianggap akhbar yang berani. Utusan Melayu pula diterbitkan di Singapura dan pengarang pertamanya ialah Abdul Rahim Kajai. Beliau telah[1] Ismail Bin Said Phd(2012). Nama buku. Sejarah Malaysia Moden. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

menggesakan orang Melayu meningkatkan taraf ekonomi dan menubuhkan persatuan bagi memperjuangkan nasib bangsa dan tanah air. Akhbar akhbar tersebut adalah bertujuan menyuarakan bantahan mereka. Abdul Rahim Kajai adalah seorang tokoh Akhbar Melayu dan seorang nasionalis yang berjuang melalui bidang kewartawanan. Beliau digelar Bapa Kewartawanan Melayu dan menjadi Ketua Pengarang akhbar yang berpengaruh pada zamannya seperti Warta Malaya, Majlis dan Utusan Melayu.Oleh itu, peranan akhbar dan Majalah Melayu sangat penting bagi menentang Malayan Union. Pada tahun 1930-an akhbar Melayu talah bermula menyuarakan isu sosial, kedudukan ekonomi dan politik orang Melayu. Akhbarnya telah berjaya menyemai semangat kebangsaan di kalangan masyarakat Melayu dengan melalui serua -seruan akhbar orang Melayu menubuhkan persatuan untuk merintis pergerakan lebih tersusun. Antara peranan akhbar dalam membangkitkan semangat kebangsaan ialah mengkritik dasar British yang tidak menguntungkan orang Melayu dan menyeru orang Melayu bersatu dan menghapuskan semangat kenegerian. Selain itu, menuntut kedudukan yang lebih baik dalam bidang pentadbiran, ekonomi dan pendidikan. Dato Onn Jaafar adalah pengarang pertama dalam Akhbar Warta Malaya yang diterbitkan di Singapura. Beliau menyiarkan tentang keadaan sosioekonomi orang Melayu dan mendesak orang Melayu diberikan lebih banyak jawatan penting dalam perkhidmatan kerajaan.

Selain menunjuk perasaan, terdapat bentuk secara kolektif untuk menentang dan membantah Malayan Union yang menghapuskan kedaulatan negeri Melayu dan kedudukan mereka sebagai anak negeri. Persatuan Melayu ditubuhkan atau dihidupkan semula seperti Persatuan Melayu Terengganu,Persatuan Kebangsaan Melayu Selangor. Selainnya, Dato Onn bin Jaafar dan Persatuan Melayu Selangor menganjurkan Kongres Melayu Se-Malaya pada bulan Mac 1946. Kongres ini bersetuju seluruh persatuan Melayu negeri bersatu bagi menentang Malayan Union secara berkumpulan[1]. [1] Ruslan Zainuddin(2011), Sejarah Malaysia Edisi Ketiga, Oxford Fajar Sdn.Bhd., Selangor Darul Ehsan.Penentangan orang Melayu mengadakan demonstrasi secara aman. Tujuannya adalahn membantah atas cara Sir Harold MacMichael yang memperoleh tandatangan raja-raja Melayu dengan paksaan. [1] Ketiga penentangan secara individu iaitu pemimpin menyeru orang Melayu supaya menentang Malayan Union seperti Dato Onn Jaafar menulis surat kepada Utusan Melayu -seru Melayu adakan kongres dan tubuhkan United Malays Organisation (U.M.O). Zainal Abidin bin Ahmad juga salah satu tokoh perjuangan yang dianggap seorang intelektual Melayu dan juga digelar Pendeta Bahasa Melayu yang ulung. Beliau berasal dari Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Jempol, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Beliau terlibat dalam Kongres Melayu tahun 1946 dan diminta oleh Dato Onn Jaafar untuk menguruskan persidangan kongres tersebut. Beliau juga mencadangkan kepada Dato Onn Jaafar supaya menambah perkataan kebangsaan atau national ke dalam United Malays Organization (UMO) menjadi United Malays National Organization (UMNO).Dalam keadaan ini, Persatuan Cina Tanah Melayu (Malayan Chinese Association-MCA) telah ditubuhkan pada 27 Februari 1949. Matlamat utama MCA adalah untuk menggalakkan muhibbah antara kaum, menjaga kebajikan pendudukan Cina dan bergerak ke arah mencapai ketenteraman dan keamanan di Tanah Melayu. Pada penghujung tahun 1951 Tun Tan Cheng Lock telah menetapkan supaya MCA menjadi sebuah organisasipolitik dan beliau sendiri telah mendrafkan Memorandum Pengikhtirafan MCA yang diluluskan oelh Jawantankuasa Kerja Pusat pada 20 Jun 1952.[2]

Orang India mula menyedari selepas Perang Dunia Kedua tentang keperluan untuk menubuhkan pati politik bagi melindungi kepentingan mereka[3]. Faktor yang dipengaruhi ialah kesedaran orang India ialah penentangan orang melayu terhadap rancangan Malayan Union, serta isu-isu yang berkaitan dengan kewarganegaraan. Semasa lawatan pemimpin Parti

[1] Ismail Bin Said Phd(2012). Nama buku. Sejarah Malaysia Moden. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

[2] Ismail Bin Said Phd(2012). Nama buku. Sejarah Malaysia Moden. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

[3] Barbara Watson Andaya dan Leonard Y.Andaya, Sejarah Malaysia. Penerbitan : Macmillan Publishers(M)Sdn.Bhd(1983) KL.

Kongres India, Jawaharlal Nehru ke Tanah Melayu, beliau menasihatkan kaum India di Tanah Melayu menubuhkan sebuah parti politik untuk melindungi kepentingan mereka. Malayan Indian Congres (MIC) ditubuhkan pada bulan Ogos 1946. Presiden MIC yang pertama ialah John a. Thivy. Pada bulan Disember 1946, MIC menyertai gabungan All Malaya Council of Joint Action (AMCJA) dan kekal menjadi ahli gabungan itu untuk menentang cadangan perlembagaan yang digubal olah jawantankuasa kerja.

Sehubungan dengan itu, peranan Kaum Wanita atau Kaum Ibu juga memainkan peranan penting menyokong penuh perjuangan UMNO menentang pelaksanaan Malayan Union. Antaranya Halimahton Majid iaitu pemimpin Kaum Ibu UMNO telah berucap dalam perhimpunan kaum ibu membantah Malayan Union. Datin Puteh Mariah Ibrahim Rashid yang sebagai Setiausaha Kaum Ibu UMNO yang pertama juga telah mengetuai Bahagian Wanita Perikatan Melayu Perak & bergabung tenaga dengan kaum lelaki menyokong Kongres Melayu 1946. Cikgu Zahara Abdullah juga berucap menentang Malayan Union di Batu Pahat.Penentangan ini juga mempunyai reaksi orang bukan Melayu. Apabila kerajaan British menangguhkan perkara tentang kewargangaran akibat desakan orang Melayu, orang Cina menyifatkan kerajaan British mungkir janji. Mereka mula menyuarakan bantahan melalui akhbar-akhbar Cina dan Malayan Democratic, iaitu sebuah pertubuhan politik yang berhaluan kiri.[1] Pada 12 Oktober 1945, akhbar Sin Min Chu ( The New Democratic) yang diterbitkan oleh Singapore Chinese Communist mengecam dasar kerajaanBritish yang memisahkan Singapora dari Tanah Melayu. Bantahan kaum Cina ke atas Malayan Union disalurkan melalui sebuah organisasi yang dikenal sebagai Pan-Malayan CouncilOf Joint Action (PMCJA) dan ditukar pula kepada All-Malayan Council of Joint Action (AMCJA). AMCJA diketuai oleh Tan Cheng Lock ditubuhkan pada bulan Disember 1946. Orang Cina di Tanah Melayu menjadi ahli Parti Kuomintang dan masih taat setia kepada [1] Ismail Bin Said Phd(2012). Nama buku. Sejarah Malaysia Moden. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

China menganggap penerimaan Malayan Union akan membatalkan kerakyatan China secara automaik.PenutupAkibat batahan orang melayu, kerajaan British terpaksa membatalkan Malayan Union kerana tanpa sokongan orang Melayu, rancangan untuk menubuhkan satu sistem pemerintahan baharu di Tanah Melayu tidak akan berjaya. Pada bulan Julai 1946, kerajaan British membentuk satu Jawatankuasa Kerja untuk menggubal perlembagaan Malyan Union. Jawatankuasa Kerja itu dianggotai oleh empat orang wakil Raja-raja Melayu, dua wakil UMNO dan enam orang pengawai kanan British. Setelah beberapa rundingan dan perbincangan, akhirnya Jawantankuasa Kerja mencadangkan beberapa perkara seperti kedaulatan dan kuasa politik Raja-raja Melayu dipulihkan, kedua Dewan Undangan Negeri ditubuhkan di setiao negeri, ketiga syarat-syarat kewarganegaraan yang lebih ketat bagi kaum bukan Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu dijamin dan dikekalkan. Tetapi kaum bukan Melayu membantah rangka cadangan perlembagaan Tanah Melayu melalui AMCJA. Mereka menghantar satu cadangan balas dan menuntut persetujuan kerajaan British dengan UMNO dan Raja-raja Melayu dibatalkan. Pada bulan Januari 1948, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang digubal oleh Jawantankuasa Kerja diterima oleh kerajaan British.Dato Onn Jaafar telah menubuhkan UMNO yang menentang Malayan Union dan menyatukan orang Melayu, ia juga hendak mewujudkan organisasi nasional, menjaga kepentingan politik serta ketuanan Melayu dan hendak melindung kepentingan orang Melayu. Dengannya, Dato Onn Jaafar telah melahirkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) kerana gagal untuk membukan UMNO kepada orang bukan Melayu. Beliau ingin menegakkan konsep kerjasama kaum dalam satu parti dan membuka keahlian kepada semua kaum. Tetapi Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) tidak mendapat sokongan yang ramai dari orang Melayu dan Cina.

Selain itu, Hizbul Muslimin juga muncul dan lama-lamanya dibubarkan kepada sebuah parti politik yang dikenali sebagai Parti Islam Se-Tanah Melayu(PAS). Raja-raja di Tanah Melayu juga menentang Malayan Union sama ada melalui akhbar Melayu seperti akhbar Majlis yang diterbitkan di Kuala Lumpur dan akhbar The Times di London.

Pada kaum Cina juga menubuhkan Persatuan Cina Tanah Melayu (Malayn Chinese Association-MCA) untuk menggalakkan muhibbah antara kaum, menjaga kebajikan pendudukan Cina dan bergerak ke arah mencapai ketenteraman dan keamanan di Tanah Melayu. Manakala, kaum orang India juga telah menubuhkan Malayan Indian Congres (MIC) dan ia telah menyertai gabungan All Malaya Council of Joint Action (AMCJA) dan kekal menjadi ahli gabungan itu untuk menentang cadangan perlembagaan yang digubal olah jawantankuasa kerja. Dalam Kaum Wanita atau Kaum Ibu juga menyokong penuh perjuangan UMNO menentang pelaksanaan Malayan Union.Antaranya Halimahton Majid iaitu pemimpin Kaum Ibu UMNO.

Parti-parti politik yang terpenting dapat difahami lazimnya pertubuhan perkauman yang mewakili kepentingan kelompok entik masing-masing [1]. Parti Perikatan ditubuhkan adalah untuk menwujudkan kerjasama politik. Penubuhan Parti Perikatan ini akan melahirkan perpaduan dan keharmonian pelbagai kaum dan dibentuk secara berperingkat mengikut keperluan politik semasa. Pihak British menyokong kerjasama antara parti kerana akan menwujudkan suasana politik yang stabil dan kepentingan ekonominya di Persekutuan Tanah Melayu akan terjamin. Pada tahun 1955, Peringkat penubuhan Parti Perikatan telah measukkan MIC dalam Parti Perikatan. Parti Perikatan telah menyertai pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan. Kerjasama antara kaum dilahirkan perpaduan kaum dan menjadi senjata yang berkesan untuk menolak pengaruh komunis di kalangan penduduk Tanah Melayu yang mengacam perkembangan ekonomi.

Dalam Pilihan Raya Majlis Bandara yang pertama telah diadakan di George Town, Pulau Pinang pada bulan Disember 1951 untuk memberi peluang kepada penduduk tempatan menjalankan tanggungjawab mereka ke arah berkerajaan sendiri. Parti Radikal yang dianggotai pelbagai kaum telah memenangi 6 kerusi daripada 9 kerusi. Pilihan Raya Majlis Bandaran Kuala Lumpur telah diadakan pada bulan Februari 1952. Dato' Yahya Razak,[1] Ismail Bin Said Phd(2012). Nama buku. Sejarah Malaysia Moden. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Dengan mandat besar Pilihanraya Umum 1955 dan keyakinan rakyat ini juga, Tunku mewakili Perikatan, bersama sama wakil Raja Raja Melayu belayar ke London untuk merundingkan Kemerdekaan. Tunku juga sebagai Presiden UMNO sedia bertolak ansur untuk menerima mereka keturunan Cina dan India sebagai warganegara dan mengekalkan hak istimewa orang orang Melayu, Islam sebagai agama rasmi dan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Persekutuan Tanah Melayu, tanpa dipertikaikan mana mana pihak.

Maka dengan persetujuan mengenai Kemerdekaan yang berjaya dicapai antara Tunku dan Lennox-Boyd itu, Whitehall bersetuju memberikan Kemerdekaan dan Lord Reid dipilih untuk merangka Perlembagaan dengan mengambil kira input dari semua pihak. Pada 31 Ogos 1957, 9.00 Pagi, Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu telah mengetuai proses menanda-tangani instrumen Kemerdekaan dan mengisytiharkan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu diStadium Merdeka. Turut hadir dan menanda-tangani instrumen Kemerdekaan tersebut adalah Raja Raja Melayu dan wakil baginda Queen Elizabeth II dan Kerajaan Britain, Duke of Gloucester.

Peranan mencapai Kemerdekaan yang dipelupuri orang orang Melayu semenjak pasca Perang Dunia ke II dan kemudian sudi dan sanggup bertolak ansur dan berkerjasama dengan kaum kaum lain, terutama dibawah prinsip perkongsian kuasa perlu difahami, hargai dan hayati. Kejayaan kerana peranan utama yang dimainkan penduduk majoriti Tanah Melayu ini adalah rujukan utama dimana Negara ini bermula. Ini adalah proses mencapai Kemerdekaan sebenarnya dan seluruh warga Malaysia wajar memahami, menghargai dan menghayati proses disamping bersedia mengisi dan mempertahankan Kemerdekaan yang berjaya dicapai itu, dengan seluruh semangat patriotisma.

14