Tamadun Suatu Proses Kehidupan

7
‘TAMADUN SUATU PROSES KEHIDUPAN’ Mengikut Kamus Dewan, perkataan tamadun bererti kebudayaan, peradaban dan kemajuan. Kemajuan meliputi dari sudut rohani (spiritual) dan jasmani (fizikal) sesuatu bangsa atau masyarakat. Pengertian ini menepati makna tamadun dari kacamata Islam. Dalam bahasa Melayu/Indonesia perkataan peradaban adalah sinonim dengan tamadun. Beradab bererti bersopan, terhormat, hidup diatur oleh hukum, mempunyai tingkat kebudayaan (cara hidup) yang lebih tinggi daripada orang lain (biadab). Dari segi penggunaan, istilah tamadun lebih menyeluruh daripada istilah peradaban. Dalam bahasa Inggeris pula perkataan yang sama pengertiannya dengan tamadun ialah ”civilization”. Perkataan ini diambil daripada bahasa Latin iaitu ”civitas” yang membawa maksud kota atau city dalam bahasa Inggeris. Penggunaan perkatan ini mula digunakan dan terjelma dalam buku-buku Inggeris pada kurun ke-19 Masihi. Dalam bahasa Arab terdapat beberapa istilah yang digunakan dalam membicarakan konsep tamadun iaitu istilah umran”, ”hadarah”, ”madaniah” dan”tamadun”. Sejarawan Muslim pertama menulis tentang tamadun ialah Ibn khaldun yang merupakan seorang pakar ilmu kemasyarakatan Islam yang ulung. Perbincangannya tentang tamadun terkandung dalam bukunya yang bertajuk “Al-Muqaddimah li Kitab al-Ibar”. Beliau menggunakan istilah “umran” bagi menerangkan sifat-sifat tamadun. Prof Franz Rosenthal (seorang sarjana Barat) menterjemahkan istilah “umran” sebagai perbandaran (urbanization) dan tamadun (civilization).

Transcript of Tamadun Suatu Proses Kehidupan

Page 1: Tamadun Suatu Proses Kehidupan

‘TAMADUN SUATU PROSES KEHIDUPAN’

Mengikut Kamus Dewan, perkataan tamadun bererti kebudayaan, peradaban dan

kemajuan. Kemajuan meliputi dari sudut rohani (spiritual) dan jasmani (fizikal) sesuatu bangsa

atau masyarakat. Pengertian ini menepati makna tamadun dari kacamata Islam.

Dalam bahasa Melayu/Indonesia perkataan peradaban adalah sinonim dengan

tamadun. Beradab bererti bersopan, terhormat, hidup diatur oleh hukum, mempunyai tingkat

kebudayaan (cara hidup) yang lebih tinggi daripada orang lain (biadab). Dari segi penggunaan,

istilah tamadun lebih menyeluruh daripada istilah peradaban.

Dalam bahasa Inggeris pula perkataan yang sama pengertiannya dengan tamadun ialah

”civilization”. Perkataan ini diambil daripada bahasa Latin iaitu ”civitas” yang membawa maksud

kota atau city dalam bahasa Inggeris.  Penggunaan perkatan ini mula digunakan dan terjelma

dalam buku-buku Inggeris pada kurun ke-19 Masihi.

Dalam bahasa Arab terdapat beberapa istilah yang digunakan dalam membicarakan

konsep tamadun iaitu istilah ”umran”, ”hadarah”, ”madaniah” dan”tamadun”. Sejarawan Muslim

pertama menulis tentang tamadun ialah Ibn khaldun yang merupakan seorang pakar ilmu

kemasyarakatan Islam yang ulung. Perbincangannya tentang tamadun terkandung dalam

bukunya yang bertajuk “Al-Muqaddimah li Kitab al-Ibar”. Beliau menggunakan istilah “umran”

bagi menerangkan sifat-sifat tamadun. Prof Franz Rosenthal (seorang sarjana Barat)

menterjemahkan istilah “umran” sebagai perbandaran (urbanization) dan tamadun (civilization).

Jesteru itu apa yang dikatakan “umran” dalam kurun ke-14 adalah sama dengan pengertian

tamadun dalam kurun ke-20.

Dari segi bahasa istilah “umran” adalah kata terbitan dari perkataan “amara” yang 

bererti sebagai kawasan tanah yang didiami, tinggal menetap, berkembang subur dan maju,

yang berlawanan dengan kawasan kering, tandus atau terbiar dan binasa. Dengan pengertian

lain “umran” menyatakan penghidupan menetap yang menjadi asas kepada semua tamadun.

Untuk menjelaskan lagi konsep Umran Ibn Khaldun telah meletakkan beberapa ciri bagi

“umran” iaitu seperti mempunyai;

*           Pegangan agama yang kuat

Page 2: Tamadun Suatu Proses Kehidupan

*           Sistem kenegaraan yang tersusun rapi

*           Kehidupan cara bandar

*           Pencapaian kaedah penulisan yang tinggi

*           Kepakaran dalam bidang senilukis dan senireka.

Ibn Khaldun turut menggunakan istilah “hadharah” dengan diberi pengertian yang sama

dengan “umran” (kehidupan yang menetap). Dari segi bahasa “hadharah” bermaksud “satu

wilayah, daerah, kota, bandar, kampung atau tanah yang diusahakan yang berlawanan dengan

perkataan “badwi” atau “badawah”.

Menurut Malik Bennabi terdapat dua pengertian yang khusus bagi istilah

“hadharah” iaitu:

i.    Pengertian Objektif

            Iaitu satu himpunan fenomena kemajuan dalam bidang kesusasteraan, teknik, keilmuan dan

undang-undang yang dipindahkan dari satu generasi ke satu generasi dalam sesebuah

masyarakat.

ii.   Pengertian Yang Subjektif

            Ia menggambarkan suatu peringkat perkembangan kehidupan manusia yang tinggi dan

berlawanan dengan kehidupan liar atau ganas, atau digambarkan sebagai kehidupan yang

dapat atau hampir dapat ideal. Bentuk ideal kehidupan itu adalah subjektif sifatnya, bergantung

kepada masa, tempat dan nilai-nilai yang dianuti.

Sehubungan dengan itu apa yang dikehendaki oleh Malik Bennabi ialah suatu

kehidupan di mana manusia dapat mempergunakan unsur-unsur alam yang berbentuk material

dengan sebaik mungkin untuk memudahkan kelangsungan hidup di dunia ini dengan

mengambil nilai kerohanian sebagai dasar perjuangan. Beliau berpendapat sebarang bentuk

tamadun yang tidak berasaskan kerohanian tidak akan berjaya serta tidak dapat bertahan lama.

Istilah “madaniah” mempunyai perkaitan dengan tamadun atau kebudayaan bandar

(city-based culture) kerana ia diambil dari perkataan Arab “madinah” atau “city” dari bahasa

Latin. Pertalian di antara ”civitas”dan ”civilization” mempunyai banyak persamaan dengan

perkataan ”madinah” dan ”madaniah”. Wujudnya perkaitan antara tamadun dengan bandar

kerana bandar biasanya menginduki sesebuah tamadun.

Page 3: Tamadun Suatu Proses Kehidupan

Dr. Lutpi Ibrahim telah membuat rumusan terhadap penggunaan istilah di atas seperti

berikut:

*     Al-Hadharah merupakan pencapaian dalam hal kerohanian seperti pemikiran dan sebagainya

yang berdasarkan akidah, syariah dan akhlak.  Ini merupakan hubungan manusia demgan

manusia yang bersumberkan wahyu.

*     Al-Madaniah merupakan pencapaian dari segi kebendaan seperti alat teknologi dalam

pertanian, pengeluaran, pengangkutan, seni bina dan lain-lain lagi. Ia merupakan hubungan

dengan alam sekitar yang bersifat kebendaan dan bersumberkan wahyu.

*     Tamadun merangkumi kedua-dua aspek yang tersebut di atas.

Kesimpulannya, pentakrifan tamadun iaitu satu bentuk pencapaian kehidupan manusia

dalam aspek pemikiran, rohani dan jasmani. Ia meliputi kehidupan yang diatur oleh hukum dan

mempunyai tingkat kebudayaan (cara hidup) yang tinggi.

Dalam tamadun Islam, agama Islam yang mengatur setiap aspek kehidupan manusia

merangkumi akidah, syariah dan akhlak. Ia juga mengatur sistem politik, ekonomi, sosial dan

kebudayaan. Manakala dalam tamadun Barat, agama adalah sebahagian dari kebudayaan.

Oleh itu aspek lain mengalami perubahan, pengembangan dan kemerosotan.

Konsep kemajuan dalam tamadun Islam dicapai dan diperolehi dengan cara yang betul serta

mempunyai matlamat yang jelas dan dibenarkan oleh agama.  Konsep kemajuan menurut kaca

mata Barat pula lebih menjuruskan kepada untuk mendapatkan keuntungan, mengeluarkan

produk-produk dalam kuantiti yang dirasakan perlu, mencanangkan ciptaan-ciptaan baru dan

seumpamanya.  Ia tidak mempersoalkan kemajuan itu bagaimana dicapai, apakah bentuk

pembaharuan itu, bagaimana ia dicapai dan apakah matlamatnya.

Tamadun Islam memberi penekanan kepada akhlak, rohani, jasmani dan akliah secara

seimbang dan sepadu. Penekanannya bersifat ”komprehensif” dan ”multidemension”.

Pembangunan kebendaan atau fizikal adalah sebagai alat untuk menyempurnakan tuntutan

keagamaan dan kerohanian. Sedangkan Tamadun Barat memberi tumpuan hanya kepada

pembangunan kebendaan semata-mata dan soal-soal  spritual di kesampingkan. Keadaan ini

menjadikan manusia sentiasa berlumba-lumba untuk memenuhi tuntutan dunia dan nafsu yang

tidak terbatas. Akhirnya lahir manusia yang maju dari segi material tetapi kosong jiwanya.

Page 4: Tamadun Suatu Proses Kehidupan

Dari aspek pentakrifan perkataan tamadun itu sendiri kita dapat lihat bahawa terdapat

perkaitan antara tamadun dan kehidupan. Kehidupan manusia yang melibatkan kemajuan dari

aspek agama, akhlak, ilmu pengetahuan akidah dan lain-lain lagi sememangnya dipengaruhi

oleh tamadun dan perkembangan tamadun itu sendiri.

Page 5: Tamadun Suatu Proses Kehidupan

BIBLIOGRAFI

Abdul Rauh Yaacob. 1994. Lembaran Sejarah dan Tamadun Islam. (ed.). Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azam Hamzah dan Zulekha Yusoff. 1990. Tamadun Islam: Konsep Pencapaiannya.  Selangor:  Academe Art  Printing Services Sdn. Bhd.

Azhar Hj. Mad Aros. 2000. TITAS 1. (et. al. ). Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Wan Kamariah Lemah (et.al). 1997. Sejarah dan Tamadun Islam. Shah Alam: Angkatan Edaran Enterprise Sdn. Bhd.

http://ctu551az.blogspot.my/2009/12/1-konsep-tamadun-islam.html

https://ms.wikipedia.org/wiki/Zaman_Kegemilangan_Islam

http://www.slideshare.net/keronuex/nota-lengkap-modul-titasnew

http://zahirzainudin.blogspot.my/2015/03/pengaruh-tamadun-luar-dalam-kehidupan.html

http://076115tamadun.blogspot.my/2008/04/pengenalan-tamadun-islam.html