Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

294
8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 1/294 1 Rakaman Kembali Pengalaman Penulis Bersama Datuknya...... TAMAR JALIS SIRI BERCAKAP DENGAN JIN JILID 5

Transcript of Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

Page 1: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 1/294

1

Rakaman Kembali Pengalaman

Penulis Bersama Datuknya......

TAMAR JALIS

SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

JILID 5

Page 2: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 2/294

2

98. Tubuh Terapung Di Udara 

"Hei Tamar, mahu ke mana?”, jerit Udin Tarzan. Belum pun sempat menjawab, diasudah berada di belakang kami.

"Mahu ke mana?”, ulang Udin Tarzan lagi.

"Kami nak duduk jauh dari gelanggang", jawab Najib.

"Kenapa?"

"Kalau ada sesuatu yang buruk terjadi, kami sempat melarikan diri", jelas sayadengan jujur.

"Hum, jangan pergi ke mana-mana. Aku ada, aku tak akan biarkan kamu matikatak", wajah Udin Tarzan kelihatan cukup bengis. Saya dan Najib berpandangan.

"Mari", perintah Udin Tarzan.

"Ha...”, mulut Najib separuh terbuka.

"Ikut saja cakapnya", bisik saya ke telinga Najib.

Udin Tarzan tarik tangan kanan saya. Tidak ada bantahan. Saya hanya mengikutsahaja. Langkah Udin Tarzan cukup cepat. Sesekali saya terlihat ada sesuatu dalamsaku seluarnya. Bentuk benda itu bulat dan berat. Saya terus menumpukanperhatian pada benda yang berada dalam saku seluar Udin Tarzan.

Bila Udin Tarzan melangkah, benda dalam saku seluarnya dapat dilihat dengan jelas. Darah saya tersirap. Udin Tarzan memiliki pistol. Jenis apa? Saya sendiri tidaktahu. Dan saya tidak kuasa untuk menyoalnya. Itu bukan urusan saya. Kalauditanya, mungkin menimbulkan kemarahan pada dirinya.

"Kamu berdua duduk di sini", itu arahan Udin Tarzan. Saya dan Najib segeramematuhinya. Duduk tepi gelanggang dekat Agam yang kelihatan menggigit hujung jari kelingking. Lelaki dari Kelantan itu terus menepuk-nepuk kepala ayamsabungnya dengan penuh manja. Dia terus keliling gelanggang, mempamerkan rasa

bangganya kerana memiliki ayam sabung yang handal.Bila sampai depan Agam, lelaki dari Kelantan itu terus menghentak-hentakkan kakikanannya. Orang yang berada keliling gelanggang terus ketawa. Lucu melihattelatah lelaki dari Kelantan itu. Agam terus mengeliat dan turut ketawa.

"Diam", jerit Udin Tarzan.

Ketawa terus berhenti dengan serta-merta. Udin Tarzan keluarkan pistol. Muncungpistol dihalakannya ke dahi Agam.

"Kamu mahu menggagalkan semua yang diatur", lanjut Udin Tarzan. Muncung pistol

terus bertemu dengan kulit dahi Agam. Semua yang menyaksikan peristiwa itu jadicemas. Tidak ada seorang pun yang berani bersuara. Lelaki dari Kelantan bersama

Page 3: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 3/294

3

ayam sabungnya terus menyembunyikan diri di perdu bertam. Ternyata pada lelakiitu, lebih mengutamakan eselamatan ayam sabungnya dari dirinya sendiri. Ayamsabungnya dimasukkan ke dalam bajunya.

"Mahu lawan sabung atau tidak?", Udin Tarzan beri kata dua. Agam masih kelihatan

tenang. Masih sempat senyum dan menjamah hujung pistol yang bertemu dengandahinya.

"Sabar, marah mainan syaitan. Orang yang waras tidak pernah marah", ucap Agam.

"Jangan nak mengajar saya.”

"Tidak, saya bercakap perkara yang benar", tambah Agam. Perlahan-lahan pistoldari tangan Udin Tarzan diambilnya. Saya lihat Udin Tarzan tidak melawan.Kelihatan seperti kena pukau.

"Kita mesti bertindak dengan tenang", tambah Agam. Pistol Udin Tarzan yangberada di tangannya dicampakkan ke tanah. Saya dan Najib gelengkan kepala, bilamelihat telapak kaki kanan Agam memijak pistol milik Udin Tarzan.

Pistol itu terbenam dalam bumi. Bila telapak kaki kanannya diangkat, badan pistolkelihatan berasap. Semua orang yang ada di situ gelengkan kepala. Pistol itubertukar menjadi besi yang amat buruk serta berkarat.

"Minta maaf, saya tak mahu bersabung ayam", ujar Agam lembut. Udin Tarzan terusgosok batang leher. Sinar matanya memancarkan kemarahan tetapi, dia tidak dapatbertindak atau melakukan sesuatu.

"Kenapa? Tadi awak yang mencabar", suara Udin Tarzan amat perlahan sekali.Tunduk tidak berani menentang wajah Agam. Kehebatan, kesombongan dankegagahan Udin Tarzan hilang dengan serta-merta. Semua orang yang berada disekeliling gelanggang merasa hairan dan amat terkejut sekali.

"Kenapa?”, susul Udin Tarzan lagi.

"Saya memang tak minat.”

"Kalau tak minat kenapa kamu mencabar?”

"Saya cuma nak tengok muka orang yang ada menyimpan ayam sabung.”

"Hum, awak permainkan kami", Udin Tarzan mengeluh.

"Berjudi bukan mainan hidup saya", suara Agam bergetar.

Dia menoleh ke kanan sambil menggosok pangkal hidungnya dua tidak kali. Agamterus tepuk pangkal lengan kanan dengan telapak tangan kiri, tiga kali berturut-turut.

TEPUK

Page 4: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 4/294

4

Selesai sahaja Agam tepuk pangkal lengan kanannya. Udin Tarzan bagaikantersedar dari lamunan. Dia terus bertempik sambil mengambil sepotong kayu yangberada di sudut kanan gelanggang. Udin Tarzan bersedia untuk memukul kepalaAgam. Cita-citanya tidak diteruskan. Dihalang oleh suara yang menyebut-nyebutnamanya dari arah perdu pohon petai. Udin Tarzan segera menoleh ke arah

tersebut. Kayu di tangan terus dicampakkannya keluar gelanggang.

"Kau datang juga", sergah Udin Tarzan.

"Kalau dah berjanji mesti datang. Belum pernah menolak kalau nak bersabung,ayam siapa lawan si jaguh aku?", kata lelaki yang muncul dari arah pokok petai. Diamemakai seluar panjang warna kuning, baju merah lengan pendek yang sudahpudar warnanya.

"Banyak, dekat tujuh ratus ringgit, Ali", jawab Udin Tarzan penuh yakin.

"Siapa lawan ayam saya?”, tanya orang yang bernama Ali.

"Jaguh seluruh Kelantan.”

"Mana dia mukanya?", Ali ketawa kecil.

"lni dia orangnya", lelaki dari Kelantan muncul. Menerpa ke tepi gelanggang. Lelakidari Kelantan itu terus melepaskan ayam dalam gelanggang. Sorak dan tepukankian bertambah hebat. Ali renung tiap wajah yang berada di situ dengan senyum.Tiba-tiba, senyum Ali terus berhenti, bila matanya tertumpu ke wajah Agam.Tetapi,semuanya kembali berbunga, bila Agam memalingkan wajahnya ke arahhutan tebal.

"Duit sewa gelanggang, serahkan di sini", pekik Udin Tarzan. Lelaki dari Kelantandan Ali pun serahkan duit sewa gelanggang. Kemudian Udin Tarzan punmenyerahkan wang sewa gelanggang pada ketuanya. Dari jauh, Udin Tarzan angkattangan kanannya tinggi-tinggi memberitahu pada orang yang hadir bahawagelanggang boleh digunakan. Sorak dan tepuk tangan orang ramai bergemuruhmenguasai kawasan terpencil itu.

"Aku nak lepaskan ayam, Udin", jerit Ali.

"Silakan", balas Udin Tarzan. Tepukan dan sorak bertambah gamat.

"Kau lawan dia jaguh, kau bunuh dia dengan taji kamu", itu yang dibisikkan oleh Alipada ayam sabungnya. Orang ramai yang bertaruh mula membuat kumpulansendiri. Wajah mereka didakap kegembiraan yang amat sangat. Masing-masingmengharapkan tuah dan keuntungan yang berlipat ganda.

Di tengah gelanggang, dua ekor ayam mula bertentangan. Mengembangkan kepakdan bulu leher kelihatan membesar, bersedia untuk menewaskan antara satu samalain. Dua ekor ayam itu tidak tahu, bahawa nyawa mereka dipertaruhkan demi

kepuasaan hati manusia yang selama ini dianggap bijak dan bertamadunmempunyai nilai budi dan perasaan yang tinggi. Bila berdepan dengan suasana

Page 5: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 5/294

5

demikian, saya segera terfikir bahawa ada waktu dan ketikanya, manusia ini lebihkejam, lebih bodoh dari dua ekor ayam sabung yang berada ditengah gelanggang.

Setiap kali ayam milik Ali membenamkan tajinya ke leher ayam jaguh milik lelaki dariKelantan, suara sorakan dari tepi gelanggang terus melangit. Ada yang terkinja-kinja

menari macam beruk dapat belacan. Secara mendadak tepukan dan sorakan terusterhenti. Semua biji mata tertumpu ke arah Agam yang berdiri di tengah gelanggang.Bagaikan kilat Agam menangkap ayam milik lelaki dari Kelantan yang kelihatanterhoyong-hayang. Beberapa helai bulu kepaknya mula berjatuhan. Balungnyaberdarah begitu juga dengan bahagian lehernya. Agam segera mendekati lelaki dariKelantan.

"Ambil ayam kamu", kata Agam pada lelaki dari Kelantan.

"Kami berlaga ayam, apa hak kamu mengganggu kami?”

"Islam melarang pengikutnya berbuat kejam dengan binatang.”

"Saya mencari rezeki.”

"Bukan ini caranya mencari rezeki."

"Tapi...”

"Tak ada tapinya, ambil ayam kamu dan pergi dari sini, kalau kamu tak dengar cakap aku, buruk padahnya nanti."

Agam mula tunjuk taring. Lelaki dari Kelantan mula membantah tetapi, bila dilihatnyamuka Agam, dia tidak jadi membantah. Tanpa banyak cakap dia terus ambil ayamsabungnya. Lelaki dari Kelantan itu mengatur langkah menuju ke arah pondoktempat ketua Udin Tarzan berehat. Agam renung ke kiri, didapatinya ayam sabungAli tidak berada di gelanggang lagi. Sebahagian orang ramai yang berada di tepigelanggang mula beredar. Masing-masing bersedia untuk menyelamatkan diriandainya tercetus sebarang perkelahian.

"Eh, kamu ke mari dekat aku", ujar Agam pada Ali yang bersila di tepi gelanggang.Ali tidak memperhiraukan arahan dari Agam. Dia terus membiarkan ayam

sabungnya mematuk padi atas telapak tangannya. Sesekali, Ali meraba ulu golokyang terselit di pinggangnya. Dia terus bersiul-siul kecil.

"Hei, ayam sesat jangan cuba nak tunjuk handal di tempat orang", Ali mulamenyindir.Badan ayamnya diurut perlahan-lahan.

"Pulanglah dan buat kerja lain", tingkah Agam.

"Jangan nak ajar saya!", jawab Ali.

"Bukan mengajar tapi nasihat.”

Page 6: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 6/294

6

"Diam bangsat!", pekik Ali sambil mencabut golok di pinggang lalu di baling ke arahAgam.Cepat-cepat Agam mengelak. Golok melekat pada pohon pulai. Agam terusmenerpa ke arah Ali. Cepat-cepat Ali melompat dan lari ke arah pondok tempatketua Udin Tarzan berehat. Ayam Ali terlepas lari ke dalam semak. Agam masih

berdiri di tengah gelanggang yang sudah ditinggalkan oleh para peminat sabungayam. Saya dan Najib yang sejak tadi menjauhkan diri dari gelanggang mulagelisah. Tetapi kami yakin Agam tidak akan bertindak sesuatu terhadap kami. Demikeselamatan diri, kami segera berlindung di balik pohon besar.

"Kita balik saja, Najib. Aku tak suka tengok orang bergaduh", kata saya lemah.

"Kita tunggu dulu, Tamar, Kita tengok siapa handal. Lagipun kita duduk sembunyi disini, tak ada siapa yang tahu.”

"Aku takut dan...”

"Sudahlah Tamar, kau tengok tu.”

Saya segera tegakkan kepala. Sepasang mata saya tertumpu ke arah Agam yangsedang berdepan dengan ketua Udin Tarzan. Dalam jarak beberapa kaki dariketuanya, kelihatan Udin Tarzan, lelaki dari Kelantan dan Ali. Mereka memegangkayu bulat yang panjangnya lebih dari enam kaki.

MERANGKAK

Saya dan Najib merangkak di celah-celah pohon kecil, mendekati mereka. Kamimahu mendengar apa yang akan diucapkan oleh ketua Udin Tarzan pada Agam.Tanpa diduga, Udin Tarzan, lelaki dari Kelantan dan Ali melakukan serangan yangserentak ke arah Agam. Saya lihat Agam begitu tangkas mengelakkan seranganyang datang bertubi-tubi. Agam lebih banyak bertahan dari melakukan serangan.

Agam berusaha dengan sedaya upaya, agar orang yang menyerangnya tidakcedera. Dia lebih suka melihat mereka tewas akibat kepenatan. Ternyata taktik yangdigunakan oleh Agam amat berkesan sekali. Ketiga-tiga penyerangnya tercungap-cungap dan terus jatuh ke bumi.

"Aku tak mahu bergaduh, aku sekadar mahu membetulkan kamu dari membuat kerjamaksiat, baliklah ke rumah kamu," tutur Agam dengan tenang. Udin Tarzan, lelakidari Kelantan dan Ali segera bangun. Mereka seperti dipukau mencari lorong untukpulang ke rumah masing-masing. Tanpa diduga, Udin Tarzan pusing ke kanan lalumengeluarkan rantai basikal yang diikat pada kayu kecil dari saku seluarnya. UdinTarzan menerpa ke arah Agam. Dia terus melibaskan rantai basikal ke badan Agam.

Aneh, walaupun mata rantai basikal itu membelit ke tubuhnya tetapi, Agam tetaptenang dan tubuhnya tidak mengalami sebarang kecacatan. Tubuh Udin Tarzanmenggeletar, dia jadi panik bila melihat mata rantai basikal relai, jatuh ke bumidalam bentuk ketulan hitam yang kecil macam tahi kambing. Udin Tarzan terus buka

langkah seribu. Langgar tunggul dan akar hingga jatuh tunggang langgang. Dia tetapbangun dan terus lari.

Page 7: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 7/294

7

Bahu Agam dipaut dengan kuatnya dari belakang. Sukar untuknya menoleh ke kiridan ke kanan. Pautan itu seperti mencengkam dan terbenam dalam kulit tubuhnya.Agam yakin cengkaman itu bukannya dari jari jemari manusia.

"Kamu belum tahu siapa aku. Kamu mencari penyakit datang ke tempat aku", suaraparau dan keras menendang gegendang telnnga Agam. Serentak dengan itucengkaman yang singgah di bahunya berakhir. Dia segera memusingkan tubuh danwajahnya menatap orang yang bersuara.

"Kamu tahu belum ada orang yang berani kacau aku. Ketua kampung penghulu danketua balai polis di sini tak berani kacau aku. Kenapa kamu pula yang sibuk?"

Sebagai orang Islam aku berhak memberitahu atau membetulkan kesilapan yangkamu buat."

"Apa kesilapan yang aku lakukan?"

"Kamu bapak maksiat!", ucap Agam lantang.

"Biadap!", sergah lelaki ketua Udin Tarzan. Agam tidak menjawab kutukan itu. Diatermenung sejenak. Macam ada sesuatu yang difikirkannya. Agam mengambilkeputusan tidak mahu berkeras dengan lelaki berbadan tegap. Tingginya hampir enam kaki.

"Nama aku Amjal Kamal", lelaki itu memperkenalkan dirinya. Dia membuka bajuyang membalut tubuhnya. Baju yang dicampakkan ke bumi lalu dipijaknya. Keduabelah lengannya penuh dengan tangkal dan azimat. Lelaki itu mengeluarkan sebilahkeris pendekar. Dia terus menikam perutnya dengan keris bertubi-tubi. Mata keristerus bengkok. Kulit perutnya tidak tercalar ataupun luka. Lelaki itu mencampakkankerisnnya yang sudah patah itu ke dalam semak.

"Kau nampak sekarang?", kata AmJal Kamal sambil ketawa. Dia keluarkan pistoldari paha kanannya (pistol itu diikat ke pangkal paha kanan dengan tali guni).Muncung pistol dituamkan ke dahinya. Kemudian dia menarik pemetik pistol. Satuletupan bergema. Amjal terus ketawa. Peluru pistol tidak mendatangkan sebarangkesan. Amjal Kamal terus memecahkan sebiji botol. Kaca dari botol tersebut terus

ditelannya.

"Apa kamu sanggup menentang aku? Kalau tak sanggup, eloklah kau pulang.Jangan kacau kerja aku", Amjal Kamal renung muka Agam.

"Kamu memang hebat, tubuh kamu tak makan peluru."

"Kalau sudah tahu, kenapa kamu cari penyakit?”

"Aku bukan mahu mencari penyakit. Aku mahu menyembuhkan penyakit kau.”

"Apa penyakit aku? Cakap!", tanya Amjal Kamal sambil menggosok-gosok pistolnya.

Page 8: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 8/294

8

"Kau tamak, tak pernah puas. Tak mahu ingatkan Allah. Kamu harus tahu, bilatamak dah menguasai diri kamu, kamu lupa diri sendiri lalu mahu menyesatkanorang lain.”

"Kurang ajar!”

"Ya, aku nak ajar kamu. Tangkai dan azimat tidak dapat menentang kuasa Allah.Mulai hari ini, kamu jangan buka gelanggang di sini. Sebaik-baiknya kau berambusdari sini", Agam memberi amaran.

SABAR

Sampai di sini, Amjal Kamal sudah tidak menahan sabar. Dia segera menatangmuncung pistol ke arah Agam. Beberapa saat kemudian terdengar letupan yangberturut-turut. Anehnya, pepohon di kiri kanan Agam jadi sasaran peluru pistol AmjalKamal. Agam tidak mengalami sebarang kecederaan. Amjal Kamal renung kiri

kanan. Dia mencampakkan pistol ke arah kami. Jatuh betul-betul di depan Najib danterus meletup. Najib menjerit dan terus jatuh pengsan. Saya yang tidak tahu untukberbuat sesuatu segera keluar dari tempat persembunyian. Agam mendekati sayatanpa membuang masa. Saya segera memberitahu padanya apa yang telah terjadi.

"Kau jangan ke mana-mana, sebentar lagi kawan kamu akan sedar dari pengsan",katanya pada saya. Sebaik sahaja saya anggukkan kepala, Agam kembalimerenung kearah Amjal Kamal yang sedang membawa sebatang besi. Saya tidaktahu dari mana Amjal Kamal memperolehi besi itu. Amjal Kamal terus mendekatiAgam. Saya lihat, Agam bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Diabiar Amjal Kamal mendekatinya. Bila Amjal Kamal angkat besi untuk memukulkepalanya, Agam menampar bumi. Besi di tangan Amjal Kamal terlepas.

"Kamu memang handal tapi...", Amjal Kamal tidak dapat meneruskan kata-katanya.Dia terus melepaskan satu tendangan yang kencang ke arah Agam. Amjal Kamalmembuka silat Siam. Agam tetap bertenang dan menepis setiap serangan yangdatang. Usaha Amjal Kamal untuk menewaskan Agam dengan kekasaran tidakberhasil. Kali ini, Amjal Kamal menggunakan ilmu kebatinannya untuk menundukkanAgam. Mereka berdiri bertentangan. Masing-masing memeluk tubuh. Agam memberiisyarat tangan pada saya supaya kembali ke tempat persembunyian. Bila sayasampai ke tempat tersebut, saya dapati Najib sudah pun sedar dari pengsan.

Dalam keadaan yang kelam-kabut itu saya terdengar bunyi petir dan diikuti dengangumpalan asap hitam berkumpul di tengah gelanggang sabung ayam. Darigumpalan asap itu keluar percikan bunga api yang menuju ke arah tubuh Agam.Pelik, bila percikan bunga api mahu mengenai tubuh Agam, percikan itu segeraberpatah balik ke dalam gumpalan asap dan terus hilang.

Muka Agam kelihatan berpeluh. Agam terus menajamkan kedua belah bibirnyasambil menghembuskan udara yang berkumpul dalam mulutnya ke arah gumpalanasap. Dengan sekelip mata asap tebal itu terus hilang. Apa yang saya dan Najib lihatialah, lengan kanan Amjal Kamal ditumbuhi bulu macam bulu orang utan. Kukunya

panjang macam kuku harimau tetapi, tangan kirinya tetap macam biasa. Mukasebelah kiri Amjal Kamal berubah bentuk iaitu kelihatan sama, tidak ada hidung,

Page 9: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 9/294

9

tidak ada mata, pipi dan bibir. Kelihatan rata macam papan yang sudah diketam.Amjal Kamal berdiri kaku macam patung batu. Dari bahagian belakangnya kelihatankepulan asap yang menipis. Dada saya terus berdebar dan saya segera menoleh kearah Najib. Dia kelihatan tergamam.

"Tamar, apa yang kita lihat benar-benar terjadi?”. tanya Najib.

"Ya, aku yakin Amjal Kamal banyak ilmu dunianya, kebal dengan sihir. Diamelindungi syaitan", bisik saya ke telinga Najib. Sebaik sahaja saya selesaimengucapkan kata-kata tersebut, bulu tengkuk saya segera menegak. Badan terusmenggeletar. Saya pun segera membaca beberapa ayat suci untuk menghalausyaitan.

"Lihat, Tamar", Najib cuit bahu kanan saya. Tanpa membuang masa, saya renungke arah Agam yang sedang menumpukan seluruh biji matanya ke arah tubuh AmjalKamal. Setiap kali Agam menggerakkan kelopak matanya, tangkal di leher Amjal

Kamal putus sendiri. Jatuh ke bumi lalu terbakar. Bila Agam gerakkan lehernya kekanan. Azimat atau tangkal yang membelit di lengan Amjal Kamal segera relaimenjadi habuk yang akhirnya berterbangan entah ke mana dibawa angin.

"Heiiiii...”, Amjal Kamal bertempik. Tangannya yang bertali diangkatnya tinggi-tinggi.Dalam sekelip mata sahaja, dia menjatuhkan dirinya ke bumi. Amjal Kamalmenyondolkan mukanya ke tanah. Tidak ubah macam babi menyondol batas ubikeledek. Agam tetap tenang melihat keadaan yang amat ganjil itu. Semua gerak-geriAmjal Kamal diikuti dengan penuh teliti. Agam meramas-ramas jari-jemari tangankanannya. Dia menarik nafas panjang, kelima-lima jari-jemari tangan kanannyamenutup mata sebelah kirinya.

"Heiiiii...”, lagi sekali suara jeritan Amjal Kamal bergema menguasai kawasan hutantersebut. Serentak dengan itu dia terus melompat dan berdiri lurus. Saya lihatwajahnya ke arah Agam. Dan tanpa disangka-sangka, Agam jatuh terlentang. Keduabelah kaki Agam terangkat dan badannya berpusing-pusing di bumi, macam adatenaga ghaib yang memusingkannya. Saya dan Najib terpaku melihat keadaan yangtidak pernah kami fikirkan selama ini. Biasanya, keadaan seperti ini wujud dalamfilem yang bertemakan kisah zaman purba.

Tamar", Najib seperti berbisik.

"Kenapa, Jib?", tanya saya perlahan-lahan.

"Aku dengar macam ada šuara orang sedang azan", jawab Najib. Matanya tetap liar.Renung kiri renung kanan.

"Aku juga dengar Jib.”

"Di sini tak ada masjid, siapa pula yang azan tu. Waktu Asar pun belum masuk",Najib bersuara penuh keraguan.

"Sudahlah, jangan fikirkan. Itu kerja makhluk Allah, asalkan jangan ganggu kitasudah cukup.”

Page 10: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 10/294

10

"Aku tak puas hati kalau tak tahu Tamar.”

"Kau jangan merepek", suara saya keras lalu menutup mulut Najib dengan telapaktangan kiri.

KASAR

Saya bersyukur pada Allah, tindakan saya yang agak kasar itu, tidak menyinggungperasaan Najib. Dia menerima semuanya itu sebagai satu perintah yang wajibdipatuhi. Kami segera mengarahkan biji mata kami ke arah Agam dan Amjal Kamalkembali. Saya lihat Agam sudah pun berdiri. Saya tidak tahu bagaimana dia bangun.Suara azan yang mengusik gegendang telinga saya dan Najib terus ghaib entah kemana. Agam dan Amjal Kamal bertentang wajah.Kedua-duanya memeluk tubuh. Antara Amjal Kamal dan Agam, ternyata AmjalKamal lebih hebat. Ulas-ulas lengannya kelihatan berketul-ketul. Dadanya nampak

bidang dengan rambut panjang hitam terkandar atas sayap bahunya. Saya lihatdada bidang Amjal Kamal kelihatan berombak-ombak ketika dia menarik danmelepaskan nafas. Dari gerak-gerinya itu ternyata Amjal Kamal menggunakansemua ilmu batin yang diketahuinya untuk menentang Agam.

"Aku tak mahu apa-apa dari kamu. Aku tidak mahu berlawan. Aku minta kautinggalkan tempat ini", suara Agam lembut penuh sopan.

"Kau tak berhak menahan apa juga keinginanku", cukup angkuh suara Amjal Kamal.Tangan kanannya merayap atas bahu kiri. Dia terus memulas hujung rambut. Setiapkali hujung rambutnya dipulas, Agam menjerit kesakitan. Macam ada benda tajamyang menusuk tiap sendi Agam.

"Aku merayu, tinggalkan tempat ini," ujar Agam dalam kesakitan.

"Tidak ", suara Amjal Kamal keras. Dia terus memintal-mintal hujung rambutnya.Agam terus mengerang kesakitan. Saya lihat kedua belah kaki Agam tidak mampumenahan tubuhnya. Dia jatuh perlahan-lahan dan terduduk atas bumi. Dari lubanghidung dan mulutnya keluar air macam air liur.

"Allahu akbar", suara Agam meninggi. Serentak dengan itu saya lihat dia bertenaga

kembali. Agam bagaikan mendapat satu tenaga ghaib. Air yang keluar dari mulutdan hidung berhenti terus. Agam menggosok-gosok kedua belah telapak tangannya.Saya lihat bibir Agam bergerak-gerak macam membaca sesuatu. Tangan kirinyamenepuk bumi dua kali. Amjal Kamal terus ketawa, dia seolah-olahmempersendakan apa yang dilakukan oleh Agam.

"Aku merayu kepada kamu, tinggalkan tempat ini", Agam mohon belas ikhsan dariAmjal Kamal. Ternyata Amjal Kamal tidak berganjak dari keputusannya. Agam terusduduk bersila di bumi. Saya dongakkan kepala melihat beberapa ekor burungbelatuk mematuk batang meranti yang sudah mati. Saya terasa aneh, belum pernahsaya melihat burung belatuk begitu banyak. Beberapa helai daun tua mula gugur ke

bumi dirempuh angin. Saya lihat langit begitu cerah dengan gumpalan awan putihbersih berarak lembut ke arah selatan.

Page 11: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 11/294

11

"Ini hutan, tak ada manusia yang diam di sini, sudahlah kau jangan merepek", AmjalKamal terus mempersendakan Agam. Dia yakin, Agam akan tunduk padanya. AmjalKamal mengambil seketul kayu lalu dibalingkan ke arah Agam. Saya dan Najibterpampan, bila melihat kayu yang dibalingkan ke arah Agam tidak menuju ke

sasarannya. Kayu itu berpusing-pusing di udara untuk seketika kemudian hancur menjadi serbuk.

"Kau nak tunjuk kehebatan kamu?", Amjal Kamal jadi marah.

"Tidak, semuanya atas kehendak Allah. Aku berdoa pada Allah supaya diberikanperlindungan."

"Hiss kamu", Amjal Kamal melompat dan menerkam ke arah Agam. Cepat-cepatAgam mengangkat tangan kanannya. Amjal Kamal terpekik. Dia tidak dapatbergerak ke mana-mana, terapung-apung di udara. Agam menurunkan tangannya

perlahan-lahan. Tubuh Amjal Kamal yang terapung-apung di udara turut samabergerak perlahan-lahan ke permukaan bumi. Bila telapak tangan Agam bertemudengan bumi, tubuh Amjal Kamal terletak atas tanah.

"Aku minta kamu berhenti dari membuat kerja maksiat", kata Agam masihberlembut.

"Itu urusan aku."

"Ya, aku tahu itu urusan kamu tapi...", Agam berhenti bercakap.

"Tapi apa, manusia laknat?"

"Orang-orang yang berjudi di sini sudah mengotorkan masjid dan surau tempat kamiberibadat. Mereka kencing dan berak ikut suka hati."

"Kamu bohong!", bantah Amjal Kamal.

"Baik, aku buktikan", Agam merenung ke arah sebelah kiri. Tidak ada apa-apa yangdapat dilihat kecuali hutan kecil dengan pohon yang menghijau.

"Aku bukannya budak-budak", Amjal Kamal menepuk dada dan meludah ke arahAgam. Tiba-tiba saya dan Najib terdengar bunyi suara orang membaca ayat-ayatsuci. Saya amati pembacaan itu dengan teliti. Saya kagum, pembacaan itu memangbetul, samada dari segi tajuwid, tekanan suara dan dengung. Pembacaan yangsempurna itu membuat saya terpesona.

99. Kaki Berbulu 

Dalam irama pembacaan ayat-ayat suci itu, saya terdengar bunyi orang menumbukpadi dan berpantun. Terdengar kokok ayam dan hidung saya terbau nasi dan bau

Page 12: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 12/294

12

gulai. Saya dapati diri saya bagaikan berada di tengah-tengah sebuahperkampungan yang jumlah penghuninya bukan sedikit. Para penduduk sentiasasibuk dan rajin berusaha. Taat pada perintah Allah. Semua yang saya rasakan itutidak dapat saya lihat dengan mata kasar.

"Beberapa orang anak-anak cucu aku patah kaki dan tangan dan luka akibatperbuatan orang-orang yang kau ajak berjudi di sini", tambah Agam.

Sebaik sahaja Agam selesai bercakap terdengar suara budak-budak menangismenahan kesakitan.

"Kamu sihir aku", bantah Amjal Kamal.

"Tidak, kami makhluk Allah seperti kamu, kami minta sesuatu dari Allah", suaraAgam lemah.

"Bohong", sergah Amjal Kamal.

"Ya, aku buktikan lihat sekarang", Agam meluruskan jari telunjuknya ke sebelahkanan.

"Ajaib sungguh", keluh saya dalam hati. Najib tidak berkata apa-apa. Amjal Kamalbagaikan terpegun melihat apa yang wujud di depan matanya. Semuanya terjaditanpa diduga. Saya gosok kelopak mata dua tiga kali hingga terasa pedih. Bagaikanmimpi rasanya, melihat sebuah perkampungan yang besar, lengkap dengan masjiddan rumah yang bentuknya seperti rumah orang-orang Melayu, berdinding tepasdan beratapkan rumbia. Keliling kawasan rumah terdapat pokok pisang, cabai danterung. Binatang ternakan seperti ayam, itik dan kerbau.

Para penghuni kampung tersebut, kebanyakannya berkulit cerah. Sama ada lelakiatau perempuan, bentuk tubuh mereka tetap besar dan tinggi. Sukar untuk mencariyang rendah. Pada hemat saya, rata-rata mereka berukuran sekitar lima kakisepuluh inci atau lebih. Mereka nampak ramah sekali. Kanak-kanak yang berusiasekitar enam tahun, berkumpul di surau belajar membaca Quran. Mereka jugabelajar hukum-hukum agama secara terperinci dari seorang lelaki yang berjubahhitam.

Hampir semua orang lelaki memakai jubah warna putih bersih, ada juga yangmemakai serban dan songkok dibuat dari kain putih. Semua orang perempuan diperkampungan tersebut memakai mini telekung putih. Baju dan kain juga dari kainputih. Suasana sekitar kampung terasa damai. Semuanya kelihatan bersih, setiaphalaman rumah sukar untuk mencari daun. Orang-orang tua duduk di anjung rumahmembaca Quran atau berkasidah memuji Nabi Muhammad S.A.W. dan parasahabat.

"Ini perkampungan, Islam", demikian hati kecil saya membuat kesimpulan. Sayasegera bangun.

"Nak ke mana Tamar?" Najib terkejut.

Page 13: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 13/294

13

"Aku nak masuk ke kampung tu, aku nak berkenalan dengan orang-orangnya", jelassaya.

"Jangan", Najib segera memaut tangan kanan saya.

"Kenapa?"

"Boleh jadi apa yang kita lihat tu, hanya bayangan saja. Kau mesti ingat kita beradadalam hutan. Dalam hutan begini macam-macam boleh jadi", Najib mengingatkansaya.

"Ah, aku nak pergi", saya membuat keputusan yang amat nekad. Saya cubamelangkah, tiba-tiba sahaja pangkal paha sebelah kanan saya terasa sakit. Kedua-dua belah bahu saya seperti dihempap dengan benda berat. Saya tidak terdayaberdiri dan terus jatuh. Apa yang saya alami, tidak mematahkan niat saya untukpergi ke tempat tersebut. Makin berkobar-kobar semangat saya mahu pergi ke

kampung tersebut, makin hebat sakit di pangkal paha kanan saya.

Bila saya membatalkan niat tersebut. Semua sakit yang saya deritai terus hilang.Perasaan saya terasa lapang dan lega. Jadi, saya mengambil keputusan melupakanterus hasrat yang bersarang dalam dada. Bila melihat saya pulih, Najibmengucapkan syukur pada Allah beberapa kali. Dia mengajak saya pulang.Ajakannya itu saya bantah terus, Najib terpaksa tunduk pada kemahuan saya.

"Kita tengok apa yang akan terjadi selanjutnya, Najib."

"Merbahaya, Tamar."

"Kita cuma tengok saja, bukan nak buat apa-apa."

"OK, aku mengikut saja."

"Bagus", bahu kanan Najib saya tepuk beberapa kali. Saya dongakkan kepala kelangit. Matahari sudah beransur condong. Berpandukan pada kedudukan matahari dilangit, saya kira waktu itu dah hampir pukul empat petang. Tetapi, saya tidak merasa jemu atau bosan berdepan dengan peristiwa yang pada tanggapan saya amatmenyeronokkan. Dan jarang-jarang pula terjadi.

"Apa yang kamu ingini, sudah aku buktikan. Aku tidak berbohong dengan kamu. Akubercakap sesuatu yang benar", terdengar suara Agam cukup lantang. Saya danNajib tumpukan perhatian pada dirinya dan Amjal Kamal.

"Kamu tak puas hati lagi?", tanya Agam.

"Hum...", suara Amjal Kamal mendengus macam orang marah.

HILANG

Page 14: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 14/294

14

Perkampungan di tengah hutan itu terus hilang. Kawasan tersebut segera ditumbuhipokok-pokok kecil seperti pokok paku, pokok senduduk dan rumput-rampai yangmenjalar menutup bumi. Kawasan yang ditumbuhi pokok kecil itu cukup luas.

Di kiri kanan kawasan tersebut dipagari dengan pokok-pokok besar yang digayuti

dengan akar, tempat monyet bergantung atau melompat. Amjal Kamal menolakkenyataan yang wujud di depan matanya. Dendamnya belum berakhir. Dia berusahauntuk memusnahkan Agam yang pada hematnya cuba mencabar kebolehan dankehandalan dirinya, cuba

menghalang segala cita-citanya. Amjal Kamal mengeluarkan seketul batu kecil darisaku seluar sebelah kanannya. Batu kecil itu diletakkan atas telapak tangannya.

Amjal Kamal hembus batu itu tiga kali berturut-turut. Beberapa detik kemudianterdengar bunyi deru angin yang kuat. Ribut besar pun berlaku di sekitar kawasantersebut. Dahan pokok terus patah malah ada pokok tumbang. Saya dan Najib

segera memeluk pokok di depan. Andainya kami tidak memeluk pokok besar kemungkinan tubuh kami akan diterbangkan oleh angin. Walaupun ada pokok yangtumbang tetapi, Agam tidak berganjak dari tempat dia berdiri.

Setengah jam kemudian, ribut besar yang menggila itu terus berhenti. Agam masihberada di tempatnya tetapi, Amjal Kamal terus hilang entah ke mana. Sayaterdengar suara ganjil dari sebelah kiri. Saya amati suara tersebut dan saya pastisuara itu adalah suara beruang.

Ramalan saya tidak tepat. Itu bukan suara beruang tetapi, suara Amjal Kamal yangsudah berubah wajah dan bentuk. Seluruh wajahnya ditumbuhi bulu tebal yangberwarna kemerah-merahan. Begitu juga dengan rambutnya. Sepasang mata AmjalKamal bertukar jadi macam mata harimau dan bahagian mulut bertukar bentukseperti mulut orang hutan. Sepasang kakinya berbulu hitam. Bahagian badannyaberbelang macam belang harimau.

Sepasang tangannya memiliki kuku, seperti kuku harimau. Amjal Kamal yangberubah rupa itu terus melompat, kedua belah tangannya bergerak ke kiri dan kekanan. Mencakar dan mematah apa sahaja yang tersentuh oleh tangannya.

Agam segera memanggil nama saya. Tanpa membuang masa saya terus

mendekatinya. Badan saya terus berpeluh. Macam-macam yang datang dalamfikiran saya.

"Kamu berubah dari situ, orang ini terlalu akrab dengan syaitan dan bolehmelakukan apa sahaja untuk memesongkan setiap orang yang percayakankewujudan Allah", itu perintah Agam.

"Baiklah", balas saya.

“Sekarang pindah”, Agam mengamati saya.

“Pindah ke tempat Iain Jib.”

Page 15: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 15/294

15

“Pindah ke mana Tamar?”, tanya Najlb.

“Sebelah sana, kita berlindung balik pokok kempas besar.”

“Baiklah”, sahut Najib. Kami pun berubah tempat. Saya gembira tempat yang saya

pilih terletak di kawasan tanah yang agak tinggi. Pokok kempas yang saya pilihsebagai tempat berlindung cukup besar. Kawasan di bahagian perdunya bersih danlapang. Mudah untuk melihat gerak-geri Agam dan Amjal Kamal. Dari perdu kempassaya lihat Amjal Kamal mendekati Agam yang berdiri tegap. Bersedia untukmenghadapi sebarang kemungkinan.

“Tak usahlah bergaduh, tinggalkan saja tempat ini. Itu saya permintaan aku.Bermusuh bukanlah tujuan hidup aku", Agam berusaha menenangkan perasaanAmjal Kamal. Sayang, Amjal Kamal yang sudah bertukar rupa itu tidak dapatberkata-kata. Setiap kali Agam bersuara dia akan mencabut anak-anak pokok yangberdekatan.

Amjal Kamal menerpa ke arah Agam. Dengan tenang Agam menantinya. Keduabelah bibir Agam kelihatan bergerak-gerak macam membaca sesuatu. Ketika AmjalKamal mahu mencakar mukanya, Agam segera menegakkan ibu jari kirinya.

Saya terkejut bila melihat Amjal Kamal jatuh dengan tiba-tlba. Dia berguling-gulingatas tanah. Amjal Kamal bertempik dengan sekuat hatinya. Seluruh bulu yangmelekat di tubuh Amjal Kamal gugur dengan sendirinya dan akhirnya terus hilang.Tubuh Amjal Kamal kembali dalam bentuk biasa. Terkapar di bumi, tidak terdayamahu menggerakkan tangan dan kaki.

Dalam keadaan hati saya yang cemas dan takut itu saya lihat empat orang lelakimuncul di kiri kanan Agam. Keempat-empat lelaki itu segera mengangkat AmjalKamal lalu diletakkan di pangkal pokok jelutung. Tubuh Amjal Kamal lalu ditutupdengan daun pisang. Empat lelaki yang mengusung Amjal Kamal terus ghaib.

"Ke mari Tamar", perintah Agam. Saya dan Najib segera mendekatinya.

“Jangan apa-apakan kami”, saya merayu.

“Aku tidak akan apa apakan kamu berdua, kamu datang sekadar mahu melihat

bukannya bermaksud jahat.”

“Kalau begitu biarlah kami balik dulu”, Najib merayu.

“Nanti dulu, aku nak bercerita pada kamu tentang Amjal Kamal”, kata Agam.Serentak saya dan Najib anggukkan kepala.

Agam pun bercerita. Memang sudah lama dia berusaha mengusir Amjal Kamal dankuncu kuncunya yang membuka gelanggang sabung ayam ditempat tersebut. Carayang dlilakukan oleh Agam ialah dengan melepaskan kerbau clan kambing setiapkali perjudian itu diadakan.

Page 16: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 16/294

16

Kadang-kadang dia sendiri memunculkan diri dalam bentuk manusia yang bertubuhbesar dan hitam legam. Tetapi semua yang dilakukan itu tidak mendatangkan kesan.Amjal Kamal cukup keras kepala.

SEPIT

Bila sudah tersepit, Amjal Kamal akan menggunakan ilmu kebatinan yangdituntutnya dari orang-orang yang melakukan pertapaan di kaki gunung Hlmalaya.Memang datuk nenek Amjal Kamal berasal dan Nepal. Ayahnya dulu berkhidmatdalam Tentera British di cawangan Pasukan Gurkha.

Dalam masa darurat sekitar 1948, pasukan yang dianggotai oleh ayahnyaditempatkan di bandar Sungai Petani, Kedah. Dengan kehendak Allah, ayahnyabertemu jodoh dengan perempuan rakyat Malaya berketurunan Bangladesh.Ayahnya memeluk Islam lalu memilih nama Abdul Kamal.

Bila Amjal Kamal berusia dua tahun, ayahnya meninggal dunia akibat ditembak olehpihak pengganas komunis dalam satu serangan hendap tidak jauh dari bandar Sungai Petani. Amjal Kamal terus membesar dalam jagaan ibunya, Aishah Kamdar.Amjal Kamal menamatkan persekolahan dalam tingkatan empat di salah sebuahsekolah Inggeris di Alor Setar. Kemudian pergi ke Bangladesh dan tinggal bersamakeluarga ibunya.

Setelah bekerja dengan sebuah syarikat perusahaan membuat jerami di Bangladeshselama lima tahun, Amjal Kamal berhenti kerja. Dia merantau ke Nepal untukmencari kaum keluarga ayahnya. Di samping itu dia berhasrat untuk menjadipemandu pada pendaki yang ingin menawan kemuncak Everest.

Masa mencari keluarga ayahnya itu Amjal Kamal bertemu dengan bangsa Nepalyang menuntut ilmu kebatinan. Dia tertarik dan terus melibatkan diri dalam kumpulantersebut.

Bila merasakan ilmunya sndah cukup, Amjal Kamal kembali ke Malaya. Diamelakukan berbagai-bagai pekerjaan. Antara pekerjaan yang paling diminatinyaialah menyeludupkan beras dari Thailand ke Malaysia.

Dia juga menjalankan kegiatan judi empat ekor secara haram. Padang Besar di

Perlis, Bukit Kayu Hiram di Kedah dan Rantau Panjang serta Pengkalan Kubur diKelantan adalah tempat yang sering digunakan oleh Amjal Kamal untuk menyeludupberas, ganja dan sebagainya.

Supaya rancangannya berjalan lancar, dia memberi rasuah pada pihak tertentu.Mungkin kerana faktor usia atau mungkin kerana tindakan tegas dari pihak kerajaanmembuat Amjal Kamal merasakan menjadi penyeludup tidak selamat. Dia punmembuka langkah lain untuk menampung hidupnya.

“Salah satu dari caranya, mengadakan judi sabung ayam. Jadi perompak dan pecahrumah dengan ilmu pukau", Agam meraba pangkal kening kirinya.

Page 17: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 17/294

17

Saya lihat dia cukup tenang dan wajahnya mcmbayangkan kepuasan yang teramatsangat.

"Dia memang hebat", Najib mengeluh.

"Ya, dia memang hebat. Dia juga kepala mencuri kereta dan motosikal untukdihantar ke Siam. Semua kerja-kerja yang dibuatnya tu, saya tak peduli, saya takkisah", suara Agam mula meninggi. Dua tiga kali dia mengeluh. Matanya menatapwajah saya.

"Jadi, apa sebab sebenar yang awak marahkan dia?" , soal Najib.

"Saya marah, bila dia mencemar kampung halaman kami dengan membukagelanggang sabung ayam. Ada masanya dia bawa perempuan Siam tidur dipondoknya. Khabarnya, perempuan-perempuan Siam tu diseludup dari Golok untukdihantar ke bandar-bandar besar di Semenanjung", Agam genggam penumbuk.

Dadanya kelihatan berombak melepaskan nafas yang berbaur dengan kemarahan.

Saya dan Najib diam. Kami berpandangan dan keberatan untuk mengajukansebarang pertanyaan. Pada hemat saya, biarkan dulu hati dan perasaan Agamtenang. Bila sudah tenang, mudahlah bercakap dan dia tentu bersedia menjawabapa-apa pertanyaan dari kami.

Saya melihat dada langit kembali. Awan putih terus berarak. Sayup-sayup terdengar suara gagak di hujung rimba. Burung helang tetap terbang rendah bermain anginketika sinar matahari mula meredup.

"Kau orang baliklah, dulu. Jangan cerita pada sesiapa apa yang kamu tengok disini", Agam menggaru pangkal lehernya berkali-kali. Ekor matanya menjeling tajamke arah beberapa helai daun tua yang gugur. Melayang-layang dimain angin.

"Kami boleh merahsiakan perkara ini. Tetapi, macam mana kalau ada orang lainyang tahu dan menghebahkannya?", saya beranikan diri meluahkan pendapat. Najibtersenyum, mungkin dia terasa lucu dengan pertanyaan yang saya ajukan padaAgam.

"Orang lain, jangan ambil peduli. Apa yang penting saya mahu kamu berdua

merahsiakan perkara ini. Itu saja yang saya harapkan dari kamu berdua", Agammeluahkan sebuah harapan. Penuh keikhlasan dan kejujuran.

"Kami berjanji, tak akan ceritakan pada sesiapa apa yang kami lihat. Percayalahcakap kami", serentak saya dan Najib bersuara. Sepasang mata kami merauti parasAgam.

Segaris senyum berlari di kelopak bibir Agam. Perlahan-lahan dia anggukkankepala. Tanpa diduga, Agam menepuk kepala Najib beberapa kali, penuhkemesraan.

"Kamu baliklah, mudah-mudahan Allah menyelamatkan perjalanan kamu berdua."

Page 18: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 18/294

18

"Terima kasih", kata saya.

"Tapi...", Najib tidak dapat meneruskan kata-katanya.

"Teruskan, apa yang mahu kamu tanyakan", Agam mendesak.

"Kami nak tahu, siapa abang ini yang sebenar? Manusia atau penung-

gu tempat ini?",

Dada saya berdebar. Memang di luar dugaan saya yang Najib bolehmengemukakan pertanyaan demikian. Saya kira pertanyaan itu agak keterlaluan danbersifat peribadi. Boleh menimbulkan kemarahan kepada Agam.

"Saya adalah hamba Allah seperti kamu. Saya bukan penunggu seperti apa yangkamu fikirkan. Saya ada karnpung halaman sendiri. Itu saja yang dapat saya

terangkan", ujar Agam dengan wajah yang tenang.

"Abang tak berbohong?", Najib minta kepastian.

"Kamu tak percaya dengan apa yang aku katakan?", Agam menyoal Najib kembali.Saya lihat Najib mati akal. Dia tidak dapat menjawab pertanyaan tersebut. Sayakenyit mata ke arah Najib. Beri isyarat supaya jangan mengkemukakan sebarangpertanyaan pada Agam.

“Bagaimana, ada apa-apa yang mahu kamu tanyakan pada saya?”, soal Agam lagi.

Serentak saya dan Najib gelengkan kepala. Saya lihat Agam menarik nafas panjang.Tanda lega dan puas hati.

“Kamu berdua baliklah. Si Amjal Kamal sudah pun saya suruh orang-orang sayamenghantarnya ke tepi jalan raya”, tambah Agam dengan nada suara yang lembut.Dia hulurkan tangan kepada Najib untuk bersalaman.

TANGAN

Agam hulurkan tangan pada saya. Ketika bersalaman dengannya terasa telapaktangan Agam cukup lembut macam kapas.

“Kau mesti inga, dalam dunia ini tak ada satu yang kekal. Setiap manusia adakelebihan dan kekurangannya", bisik Agam ke telinga saya.

“Saya faham”, segera saya anggukan kepala.

“Baguslah kalau kamu sudah faham. Semoga hidup kamu diberkati oleh Allah. Kitasemua adalah hamba Allah yang tertakluk pada peraturan yang ditetapkan.”

“Peraturan apa?", mulut celupar Najib terus mengajukan pertanyaan.

Page 19: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 19/294

19

Agam tersenyum. Tangan saya tidak juga dilepaskannya. Rasa dingin terasamenjalar ke seluruh telapak tangan. Setiap kali tangan saya digoncangnya, hati sayaterasa aman dan damai sekali.

“Kita orang Islam kalau mahu hidup bahagia dan tenteram, patuhilah ajarannya.

Berjanjilah untuk jadi orang Islam yang baik, patuh pada hukum-hukum yangditetapkan", dalam keadaan yang suntuk itu, Agam masih sempat memberikannasihat pada saya dan Najib.

“Jangan sekali-kali menambahkan hukum yang ada dengan hukum baru", sambungAgam lagi.

“Kalau ditambah bagaimana?”, tanya saya.

"Untuk apa menambah hukum dan ajaran yang sudah ada. Untuk apa?”, soal Agam.Matanya menatap wajah saya.

“Untuk mencari Allah, untuk mengenaliNya serta mendampingiNya”, sahut Najibdengan penuh keyakinan. Agam gelengkan kepala.

“Ramai manusia yang binasa dan sesat kerana mahu mencari Allah serta mahumendampinginya”, Agam jegilkan biji mata ke arah saya dan Najib. Kemudian Agamdongakkan kepala renung ke arah awan yang berarak lembut.

“Kenapa kata macam tu. Perbuatan mereka baik”, ujar saya.

“Kerana mereka terlalu ghairah mahu mencari Allah mereka lupa pada diri merekayang sebenar tanpa disedari mereka melakukan amalan yang bertentangan denganajaran agama yang sebenar. Niat suci mereka menjadi sebaliknya”, Agam menariknafas panjang. Telapak tangan saya yang digenggam segera dilepaskannya.

Agam sandarkan tubuhnya ke pangkal pokok yang berhampiran dengannya. Buatbeberapa saat saya dan Najib saling berpandangan. Suara burung liar terusberkicau.

“Sesungguhnya, Allah sentiasa mendekati kita bila kita berpegang teguh pada ajaranQuran dan Hadis. Ikut segala hukum dan peraturan yang ditetapkan”, Agam

melanjutkan kata-kata dengan penuh tenang dan keyakinan.

“Begitu”, keluh Najib.

“Apa yang diharapkan semoga kamu tidak akan tersesat dalam mencari kebenaranAllah. Selalulah bertanya pada alim-ulama dan orang yang pandai dalam hal agamabila menghadapi sesuatu masalah", lanjut Agam lagi.

“Kalau belajar dari buku dalam hal-hal selok-belok agama boleh tak?", Najibbertanya.

“Boleh. Sebaik-baiknya cari orang pandai untuk kita jadikan tempat rujukan. Janganterlalu berharap pada buku semata-mata. Sebabnya, belajar hal agama mesti

Page 20: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 20/294

20

berguru dan guru itu rnestilah yang benar-benar arif. Jangan guru sebarang”, Agammengingatkan saya dan Najib.

Agam berpusmg ke kanan. Maju dua tapak ke arah pokok besar. Dia berhenti di situuntuk beberapa saat. Agam berpaling ke arah saya dan Najib.

“Baliklah. Semoga Allah melindungi kamu berdua dalam perjalanan, soal AmjalKamal sudah saya suruh orang-orang saya menguruskannya", kata Agam lagisambil mengangkat tangan kanannya separas telinga kiri. Dia tetap mempamerkansenyum pada kami.

"Terima kasih atas nasihat", jerit saya.

"Sama-sama", sahut Agam. Dia ketawa kecil mempamerkan gigi putihnya yang rapi.Agam berpusing ke kiri lalu membongkokkan badannya macam mencari sesuatu dicelah pepohon renek.

Saya dan Najib terdengar bunyi suara orang batuk dari arah belakang. Kami segeramenoleh ke arah tersebut. Tidak ada tubuh manusia yang wujud di situ. Saya danNajib merenung ke arah Agam kembali. Aneh, Agam hilang dari pandangan kami.Dia hilang entah ke mana. Sukar untuk dikesan. Najib cuba melaung-laungnamanya. Tidak ada jawapan yang diperolehi. Kicau burung kian rancak. Sayup-sayup terdengar suara orang membaca Quran dalam hutan yang tebal denganpepohon besar. Saya dan Najib jadi ce-

as. Bulu tengkok terasa kembang.

"Tak boleh jadi kita ni", keluh saya.

"Kita mesti cabut, tak boleh lama-lama di sini", jawab Najib.

"Hum...", suara saya terkulum. Saya tersentak mendengar bunyi suara monyetmenjerit macam dikejar sesuatu. Serentak dengan itu saya melihat sekawan gagakterbang rendah sambil berbunyi dengan nyaring.

"Mari", saya terus menarik tangan Najib.

100. Orang Tua Misteri 

Kami pun terus berlari melanggar tunggul-tunggul buruk, melanggar akar yang

menjalar di bumi. Matlamat kami mahu sampai segera ke tepi jalan raya yang

 jaraknya bukan dekat.

Dua tiga kali kami jatuh dan setiap kali jatuh kami segera bangun. Apa yang

menakjubkan diri saya, setiap kali saya bangun dari jatuh, saya rasa seperti ada

orang membantu saya. Selain dari itu, saya juga merasai seperti ada orang yang

Page 21: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 21/294

21

mengikut atau menemani perjalanan kami. Saya tanyakan perkara tersebut pada

Najib. Dia juga merasakan seperti apa yang saya alami.

Akhirnya, kami sampai di tepi jalan raya Batu Hampar - Taiping. Seluruh tubuh kami

dibasahi dengan pelih. Kami terpaksa berehat sebentar di bangsal tempat orang

menanti bas. Bila rasa penat sudah hilang, perjalanan pulang ke rumah akan

disambung kembali.

"Eh kamu tak mahu tengok orang pengsan tepi jalan?”, seorang lelaki yang

berbasikal melintasi di depan bangsal tempat kami berhenti rehat.

"Di mana?", jerit Najib.

“Di depan sana,” jawab lelaki itu tanpa mahu berhenti. Siapa pula hamba Allah yang

malang itu? Ini sudah pasti jadi korban kenderaan yang lari. Memang, pemandu

yang tidak bertimbang rasa patut dihukum. Fikir saya dalam hati.

“Mari kita tengok Tamar.”

"Jom, siapa pula yang malang tu."

"Kita tengok dulu baru kita tahu siapa orangnya."

"Cakap kamu betul Najib."

"Ah, sudahlah. Marilah", Najib segera menarik tangan saya. Dan kaki saya pun

melangkah menuju ke arah tempat yang dikatakan oleh lelaki yang berbasikal tadi.

SAMPAI

Dari jauh saya dan Najib nampak orang ramai berkerumun tidak jauh dari tiang

telefon. Ada beberapa buah kenderaan yang berhenti tetapi bergerak kembali

sesudah melihat apa yang berlaku. Kami sampai ke tempat orang ramai. Tanpa

membuang masa kami terus bergabung dengan mereka.

Saya dan Najib terkejut. Kami segera berpandangan. Memang tidak kami duga

orang ramai sedang mengerumuni Amjal Kamal yang terlentang atas rumput. Di

tubuhnya tidak terdapat sebarang luka atau kecederaan. Anehnya Amjal Kamaltetap mengeluh dan mengadu sakit. Sepasang kelopak matanya berkeadaan

separuh terbuka.

Amjal Kamal memberitahu orang ramai yang mengelilinginya, kulit tubuhnya terasa

pedih seperti kena bahang api yang cukup kuat. Sesekali dia membengkokkan

badannya.

"Siapa orangnya?", terdengar seseorang bertanya.

"Aku tak berapa kenal, tapi pernah melihat rupanya sekali dua masa di pekan",terdengar suara dari seseorang.

Page 22: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 22/294

22

"Ah, ketua Udin Tarzan kepala judi dan penyamun. Biarkan dia di situ. Dia dah

menerima balasan dari Allah kerana kejahatannya", jawab seseorang dari arah

kanan saya.

Amjal Kamal meracau tidak tentu arah. Kata-kata yang dituturkan sukar difahami.

Mungkin Amjal Kamal bertutur dalam bahasa Nepal, bisik batin saya. Dua tiga orang

yang berada di situ turut ketawa, bila mereka melihat Amjal Kamal menggerakkan

badannya atas rumput macam ular sambil mengunyah rerumput yang hijau.

“Jangan ketawakan dia, kita harus melakukan sesuatu,” seorang tua muncul dari

arah belakang saya. Seluruh perhatian orang ramai tertumpu pada orang tua itu.

“Mengetawakan orang yang sedang sakit, bukan perbuatan orang yang beriman,”

lanjut orang tua itu. Dia segera menerpa ke dada jalan raya lalu mengangkat tangan

kanannya menahan kereta yang lalu. Sebuah kereta berhenti.

“Kenapa?”, tanya pemandu kereta.

“Tolong bawakan orang ini ke hospital.”

“Hospital Taiping?”, tanya pemandu kereta Ford Escort yang berwarna hitam. Orang

tua itu anggukkan kepala. Pemandu kereta termenung sejenak. Dia agak keberatan

untuk memenuhi permintaan orang tua tersebut. Amjal Kamal masih terkapar atas

rumput.

“Bawalah dia ke hospital, kamu tak rugi menolongnya. Lagipun dia tak sakit kuat,

kereta kamu tak kotor kerana tubuhnya tak berdarah, lepas kamu hantar ke hospital,

kau tinggalkan saja dia di situ. Kerja semudah ini kamu keberatan menolongnya?”,

soal orang tua itu.

“Sudahlah, jangan banyak cakap. Masukkan dia di belakang,” suara pemandu kereta

bersuara lantang. Amjal Kamal pun segera diangkat ke dalam kereta.

“Ada sesiapa yang nak ikut ke Taiping?”, tanya pemandu kereta pada orang ramai

yang berada di situ. Bila mata pemandu kereta tertumpu ke wajah saya, dia

menghadiahkan senyum. Rasanya saya pernah melihat wajahnya tetapi di mana?

Saya kurang pasti.

“Itu Wak Juno, patutlah bahasa Jawanya pekat,” kata Najib.

“Ya, aku ingat sekarang. Dia dari Kampung Talang, selalu datang ke tempat kita,

menjaja tikar mengkuang, tudung saji dan bakul, lama juga aku nak mengingatinya,

Najib.”

“Kamu lemah ingatan,” sindir Najib. Kami ketawa serentak. Orang ramai yang

berada di situ merenung ke arah kami.

Page 23: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 23/294

23

"Biar saya yang menemaninya", orang tua itu membuat keputusan. Tanpa

membuang masa lagi, dia masuk ke perut kereta. Beberapa minit kemudian kereta

yang dipandu oleh Wak Juno terus bergerak meninggalkan kami. Orang ramai

segera bersurai.

Saya dan Najib kembali ke bangsal untuk menanti bas. Rasa cemas mula

mengganggu perasaan saya. Macam-macam perkara buruk terbayang dalam

tempurung kepala.

Bas yang dinanti pun tiba. Saya dan Najib segera naik. Kami memilih tempat duduk

tidak jauh dari pemandu bas. Saya menoleh ke kanan. Saya terlihat orang tua yang

menahan kereta Wak Juno berada di situ.

"Tadi pak cik ikut kereta Wak Juno?", tanya saya.

"Hum", kata orang tua itu sambil gelengkan kepala.

"Maafkan saya kerana tersalah orang", saya tersipu sipu malu.

"Tak mengapa, salah silap perkara biasa dalam kehidupan manusia. Awak dah

 jumpa Agam?", orang tua itu mengajukan pertanyaan. Matanya merenung ke arah

pepokok di kiri kanan jalan. Saya dan Najib sering sahaja membengkokkan badan

ke kiri atau ke kanan bila bas menempuh selekoh yang tajam. Tetapi orang tua itu

tetap tidak bergerak.

Satu persoalan timbul dalam hati saya. Bagaimana orang tua ini mengetahui

pertemuan saya dengan Agam? Siapa dirinya yang sebenar?

"Pakcik ini siapa?, soal Najib. Bas terus meluncur. Penumpang bas tidak begitu

ramai jumlahnya. Banyak bangku yang kosong.

"Aku ni datuk pada Agam."

"Berapa umur pakcik sekarang?"

"Seratus tujuh puluh tahun."

“Huh”, kata saya separuh menjerit. Semua mata yang berada dalam bas tertumpu kearah saya. Mana ada manusia yang berusia selanjut itu. Kalau ada pun, pasti tidak

mampu melangkah, apalagi bergerak ke sana ke mari.

“Mustahil”, kata Najib.

“Tidak ada yang mustahil, kalau Allah mengizinkannya,” ungkap orang tua itu

tenang.

Saya terdiam. Bas terus meluncur dengan laju. Saya masih meragui kebenaran dari

kata-kata yang diluahkan oleh lelaki tua itu. Ketika bas melalui selekoh yang agaktajam, orang tua itu bangun lalu menekan loceng bas.

Page 24: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 24/294

24

“Aku dah sampai, ingat tentang kebesaran Allah, bila kita ingatkan kebesaran Allah,

tidak ada sesuatu yang mustahil di dunia. Tidak ada manusia yang boleh mengukur 

kelebihan Allah, cubalah mengenali diri sendiri,” orang tua menujukan kata-kata itu

pada saya. Memang terasa diri saya disindir. Pemandu bas cuma tersenyum sahaja.

“Di sini hutan tebal, mana ada kampung di sini", Najib bersuara lalu merenung ke

arah hutan tebal di kiri kanan jalan raya. Keadaannya amat menyeramkan dengan

pokok-pokok besar. Apa yang terdengar ialah bunyi suara reriang rimba dan suara

ungka liar.

“Orang yang buta hati dan perasaan saja yang tak nampak kampung halaman

makhluk lain. Orang yang hatinya suci dan hidupnya direstui Allah akan menemui

makhluk lain selain dari manusia, selamat jalan.”

“Ha menyindir kami”, kata saya.

“Tidak, aku bercakap sesuatu yang benar,” orang tua itu menolak tuduhan saya. Dia

pun melangkah turun dari perut bas. Bas pun bergerak. Dari jendela bas saya lihat

orang tua itu masuk ke dalam hutan tebal seperti orang berjalan di atas jalan raya.

Dia melambaikan tangan ke arah para penumpang yang berada dalam bas.

HAMPAR

Saya masih ingat, tempat orang tua itu turun tidak jauh dari pekan kecil Batu

Hampar. (Khabarnya, disitu kini sudah dijadikan pintu jalan untuk masuk ke pusat

Darul Arqam. Agaknya, di kawasan Darul Arqam itu suatu ketika dulu adalahkawasan perumahan orang tua misteri yang saya temui dalam bas satu ketika dulu).

“Dalam sebulan dua kali orang tua itu turun dan naik di sini,” jawab Mat Tupai dalam

loghat Kedah.

“Dia pergi ke mana?”, desak Najib.

“Kadang-kadang dia turun dekat pekan Air Terjun, kadang-kadang dekat tempat

yang disebut Bendung Siam. Tapi, tempat yang dia turun itu semuanya kawasan

hutan.”

“Selain dari dia, ada orang lain yang naik?"

"Ada, orang perempuan, selalunya orang perempuan naik bas yang terakhir.

Kadang-kadang...", Mat Tupai tidak meneruskan kata-katanya. dia terus memaut

stereng bas dengan tenang dan aman.

"Kadang-kadang apa?", saya cuba mengunckil rahsia.

"Masa mereka naik, selalunya penumpang tak ramai. Paling tinggi dua orang. Bila

dia ada dalam bas, satu bas jadi wangi. Mereka tak banyak cakap, mereka bayar 

duit tambang kemudian terdengar mereka berzikir."

Page 25: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 25/294

25

"Ramai yang naik tu?"

"Kira-kira antara sepuluh hingga lima belas orang."

"Hum", kata saya lalu termenung panjang.

"Perkara macam ini, memang perkara biasa buat kami", kata Mat Tupai. Dia terus

memandu bas, merempuh beberapa selekoh tajam. Mat Tupai senyum bangga.

Menjelang waktu senja baru saya sampai dirumah. Datuk sudah menanti di kepala

tangga. Wajahnya nampak serius sekali.

"Kamu dari mana Tamar?"

"Dari...", saya berhenti bercakap.

"Dari hutan Air Terjun."

"Ha he...", saya tidak dapat memberikan jawapan segera. Rasa serba salah mula

datang ke dalam diri. Memang pada awalnya saya mahu bercakap bohong dengan

datuk. Tetapi bila sudah begini keadaannya, saya tidak berdaya untuk berbohong.

"Ya, saya ke sana tuk."

"Kamu berjudi?"

"Tidak, saya cuma nak tengok saja tuk."

"Apa yang kamu dapat?"

“Susah nak cakap tuk.”

“Lagi sekali kamu pergi ke situ, aku serahkan kamu kepada polis, biar kamu kena

lokap,” suara datuk cukup garang. Dia meninggalkan saya sendirian di kepala

tangga. Datuk menuju ke masjid.

Tanpa membuang masa saya naik kerumah. Saya segera mengambil kain basahan

lantas menuju ke perigi. Kalau saya tidak mahu kemarahan datuk berlarutan, saya

mesti menghadirkan diri di masjid, mesti sembahyang Maghrib bersama para jemaah yang lain-lain.

“Eh, mandi di telaga”, saya mula terdengar suara dalam keadaan hari yang beransur 

gelap. Saya toleh kiri, toleh ke kanan. Orang yang bersuara tidak juga saya temui.

Saya persetankan tentang suara itu dan saya terus mandi.

“Kamu berkawan dengan dia”

Saya pasti itu suara Amjal Kamal. Dugaan saya tepat sekali, Amjal Kamal berdiri di

depan saya sambil berpeluk tubuh.

Page 26: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 26/294

26

“Eh, kenapa?”, tanya saya, serentak dengan itu batang tubuh Amjal Kamal terus

hilang. Apa yang kedengaran ialah suara ketawanya yang memanjang dan nyaring.

Saya terasa tubuh dilempar dengan tanah liat keras yang datangnya dari setiap

penjuru. Tanpa membuang masa saya terus lari naik ke rumah dengan rasa cemas

yang amat sangat.

Nenek ketawa besar melihat telatah saya yang lucu. Apa yang dialami saya

ceritakan pada nenek. Saya merasa hampa dan kecewa sekali. Nenek tidak dapat

menerimanya dan menuduh saya lemah semangat. Nenek terus menggesa saya

supaya segera pergi ke masjid. Saya tidak ada pilihan dan terus patuh pada

perintahnya itu.

Saya bersyukur, bila sampai di masjid, kemarahan datuk terus reda. Dia masih

mahu senyum dengan saya. Malah, selesai sahaja sembahyang Isyak, saya dan

datuk pulang bersaing. Seperti selalu, bila jalan berdua-duaan dengan datuk, diatidak pernah sunyi memberikan nasihat dan petua pada saya.

PERTEMUAN

Tiga hari kemudian, tanpa disangka-sangka saya terserempak dengan Wak Juno di

depan dewan orang ramai. Dia berhenti di situ kerana mempamerkan barang-barang

dagangannya seperti tikar, tudung saji, bakul, nyiru dan lain-lain. Ada sesuatu yang

saya rasakan aneh pada Wak Juno.

Selalunya, dia lebih banyak bercakap tentang barang-barang yang dijualnya. Adawaktunya, dia bercerita pengalaman pahitnya menentang tentera Belanda di Jawa

Tengah, terutama di daerah Solo tetapi, kali ini dia menceritakan pengalamannya

membawa Amjal Kamal.

Menurutnya, setelah Amjal Kamal naik kereta dengan ditemani oleh orang tua, dia

terus memandu keretanya dengan tenang. Sepanjang perjalanan orang tua tersebut

terus memandang wajah Amjal Kamal tanpa berkata apa-apa. Cuma Amjal Kamal

sahaja menjerit minta tolong dan ampun pada orang tua itu, seperti ada sesuatu

yang dilakukan oleh orang tua itu ke tubuh Amjal Kamal, padahal anggota tubuh

orang tua itu tidak bergerak.

Sesekali Amjal Kamal berjanji dan bersumpah tidak akan mengulangi perbuatannya

yang lalu dan bersedia mahu bertaubat. Setiap kali Amjal Kamal menjerit dia pasti

akan terkencing. Akibat terlalu kerap menjerit dan kencing, bau air kencing itu

bercampur dengan bau najis.

Anehnya, Wak Juno tidak dapat menyatakan perkara yang tidak disenanginya itu

pada orang tua tersebut. Setiap kali dia mahu bersuara, kerongkongnya seperti

tersumbat. Macam ada sesuatu yang melekat di situ.

Page 27: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 27/294

27

“Bila saya berhenti depan hospital, orang tua terus buka pintu dan keluar. Saya

tengok dia bercakap sendiri seperti mengeluarkan perintah pada seseorang yang

tiada di depannya”, Wak Juno bercerita sambil angkat tangan ke kanan dan ke kiri.

Air liurnya mercik ke arah orang yang berada di depannya. Saya bertambah minat

untuk mendengarnya lalu duduk bersila di tepi dewan orang ramai.

“Selesai saja dia bercakap, saya lihat dua orang pekerja hospital bawa pengusung

lalu mengangkat orang yang sakit ke bilik pemeriksaan”, lanjut Wak Juno, wajahnya

nampak resah. Dia renung kiri dan kanan. Bimbang kalau orang tua tersebut muncul

cara mengejut. Dalam nada suara yang merendah, Wak Juno terus bersuara.

“Saya bersungut pada orang tua itu tentang keadaan kereta yang penuh dengan air 

kencing dan bau najis. Orang tua itu tersenyum lalu menumbuk pintu kereta

belakang saya dua kali berturut-turut.

“Lepas tu apa yang jadi?” , tanya seorang perempuan tua yang boleh dipanggil makcik.

“Bau air kencing dan najis hilang, kereta saya kembali bersih. Orang tua itu

bersalam dengan saya sambil menghulurkan wang. Saya tolak pemberiannya, orang

tua itu mengucapkan ribuan terima kasih. Dia hilang depan mata saya sendiri,”

sambung Wak Juno. Semua biji mata orang ramai yang berada di situ separuh

terbeliak.

Ramai di antara mereka yang menggelengkan kepala. Di wajah mereka terbayang

rasa takjub yang amat sangat. Wak Juno mengakui peristiwa yang terjadi di depanmatanya itu membuat dia cemas dan badannya menjadi seram sejuk. Akhirnya, dia

menggeletar. Wak Juno segera mencari pekerja hospital yang mengusung Amjal

Kamal tadi.

Dengan diiringi pekerja hospital, Wak Juno dibawa ke wad Amjal Kamal

ditempatkan. Pekerja hospital itu terkejut besar. Katil Amjal Kamal kosong.

“Ke mana dia pergi?”, pekerja bertanya pada orang berdekatan.

“Tadi ada orang tua datang, beri dia minum segelas air”, jawab orang yang ditanya.

“Lepas itu apa dah jadi?”, desak pekerja hospital.

“Saya tengok si sakit terus baik dan minta ampun pada orang tua. Orang tua tu

tampar mukanya sekali. Dia bangun dan terus keluar dari wad ini.”

“Orang tua tu pergi ke mana?”, tanya Wak Juno.

“Dia hilang dengan sekelip mata saja.”

Pekerja hospital dan Wak Juno saling berpandangan. Tanpa mengucapkan sesuatu

pekerja hospital meninggalkan Wak Juno sendirian di situ. Beberapa minit kemudian

Page 28: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 28/294

28

Wak Juno pun meninggalkan wad tersebut dengan seribu keanehan yang

berserabut dalam tempurung kepalanya.

“Sejak kejadian tu saya selalu rasa takut, bawa kereta seorang diri pun rasa cemas.

Saya rasa macam ada orang yang ikut,” begitulah Wak Juno membongkar 

pengalamannya pada para pelanggannya.

"Sekarang ni awak ingat orang tua tu ada tak dekat sini?”, satu pertanyaan nakal

dari pelanggan Wak Juno. Bukan pertanyaan yang ikhlas.

Orang itu mempersendakan Wak Juno. Sebagai orang yang kaya dengan

pengalaman dan karenah kehidupan manusia, Wak Juno hanya tersenyum sahaja.

“Bagi orang yang tak pernah mengalaminya tentu tak mahu percaya, terpulanglah,”

Wak Juno merendah diri. Dia terus mengemaskan barang-barang dagangannya

untuk dimuat ke dalam kereta.

MUNCUL

"Wak Juno”, jerit Udin Tarzan yang muncul secara tiba-tiba. Keadaan diri Udin

Tarzan kali ini agak berbeza dari apa yang pernah saya lihat. Udin Tarzan bercakap

agak sopan, tidak membanggakan diri. Dari wajahnya, saya lihat dia sedang

menghadapi tekanan perasaan yang amat sangat. Sentiasa resah dan cemas.

Kali ini Udin Tarzan memakai baju Melayu potongan Teluk Belanga warna merah

 jambu serta bersongkok lebai warna hijau. Sekali pandang, memang dia nampak

macam orang alim atau orang baik-baik. Mungkin kerana jarang bertemu atau tidak

pernah bertemu dengan orang yang menyebut namanya, membuat Wak Juno

termenung sejenak seperti mengingati sesuatu.

“Ya, saya dah lupa, di mana kita pernah berjumpa? Apa khabar sekarang?”, Wak

Juno hulurkan tangan pada Udin Tarzan. Tetapi Udin Tarzan seperti keberatan

untuk menyambut huluran tangan dari Wak Juno. Akhirnya, Udin Tarzan terpaksa

menyambutnya dengan perasaan separuh hati.

“Wak mungkin tak kenal dengan saya, tapi, saya kenal dengan Wak. Maklumlah

Wak orang berdagang”, ujar Udin Tarzan. Wak Juno terus mengedutkan dahinya.

“Saya ingat. Awak pernah cekak leher baju saya, awak tekan mata pisau belati ke

leher saya, kemudian awak ambil duit jualan tikar saya, kira-kira dua ratus ringgit,”

suara Wak Juno tersekat-sekat.

Page 29: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 29/294

29

101. Muncul Dan Hilang Sekelip Mata 

Kredit kepada ahli komunitisbdj sidaksemandin yang menaip semula siri ini.

Din Tarzan tunduk merenung bumi “ Awak rompak saya dekat Changkat Jering.”

Tambah Wak Juno.

“Ya,” tidak diduga Din Tarzan yang gagah dan bongkak membuat pengakuan secaraterbuka.

“Kau nak duit lagi, nanti saya beri, jangan kacau saya nak cari rezeki cara halal,berapa banyak yang awak mahu?” Muka Wak Juno pucat.

“Saya tak mahu semuanya tu, saya nak minta maaf pada awak tentang perangaisaya yang lalu.”

“Saya sudak maafkan, saya halalkan wang yang awak rompak dari saya tu.”

“Ha...”, Din Tarzan terkejut lalu memeluk tubuh Wak Juno. Kemudian Din Tarzanmenangis, meraung dengan sekuat hati. Perbuatannya itu menarik perhatian orangramai. Kejadian yang menyayat perasaan itu berlaku sekitar lima minit. Orang ramaiterpegun dan tidak berkata apa-apa.

“Lupakan perkara yang lalu, bila kamu datang jumpa aku minta maaf, ertinya kamuberusaha untuk membetulkan kesilapan kamu lalu, perbuatan kamu ini semuadigerakkan oleh Allah, ini menandakan Allah masih sayangkan kamu,” Wak Junocuba menenangkan perasaan Din Tarzan.

Pertama Kali, saya dengar Din Tarzan mengucap dua kalimah syahdat danmenyebut nama Allah berkali-kali.

“Saya sekarang mahu jumpa semua orang yang saya aniaya, saya nak minta maaf.” jelas Din Tarzan.

Din Tarzan juga memberitahu pada orang ramai yang berada di situ bahawa sejakakhir-akhir ini, bila sampai waktu sembahyang, dia sering dikunjungi oleh seoranglelaki tua yang mendesak dirinya supaya menunaikan sembahyang dengan segera.

Kalau dia berlengah-lengah, orang tua itu akan memukul tubuhnya dengan rotan.

“Pukul satu, pukul tiga pagi dia mengejutkan saya dari tidur, suruh saya bertaubah,dia suruh saya minta ampun pada orang-orang yang saya aniaya,” kata Din Tarzansambil mengesat air mata yang mengalir di pipinya.

“Kau kenal orangnya?” Tanya saya.

“Tak kenal.”

“Tak apalah, apa yang penting orang itu mengajar kamu supaya menjadi manusia

yang baik,” Wak Juno bersuara lembut. Din Tarzan tunduk merenung tanah.

Page 30: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 30/294

30

“Orang yang Wak bawa ke hospital dulu, sudah mati.” Din Tarzan membuka rahsia.Saya dan Wak Juno terkejut besar.

“Mana kamu tahu?” Soal saya.

“Orang tua itu beritahu saya, katanya dia membawa Amjal Kamal ke masjid untuksembahyang. Amjal tak mahu malah dia lari ke arah Bukit Larut, masuk dalam hutandi situ terus berlari-lari di celah-celah batu, akhirnya jatuh ke dalam gaung.” lanjutDin Tarzan. Saya menarik nafas panjang.

Din Tarzan minta maaf untuk kali yang kedua pada Wak Juno. Dia tetap melahirkanhasratnya untuk mencari orang-orang yang pernah dianiayanya untuk memohonmaaf. Din Tarzan bersedia menerima sebarang risiko. Rela dituduh atau dimakihamun.

Saya membatalkan niat saya untuk menemui Najib. Wak Juno saya tinggalkan dan

terus kembali ke rumah. Fikiran saya masih berlegar-legar tentang apa yangdiceritakan oleh Wak Juno dan Din Tarzan. Saya masih tertanya-tanya apakahorang tua yang ditemui oleh Wak Juno dan Din Tarzan adalah orang tua yang sama.Mungkin orang tua yang mereka temui itu juga orang tua yang saya jumpai.Semuanya berlegar-legar dalam kepala saya.

MENUNG

Saya terus termenung di pangkal pokok manggis. Jaraknya dari rumah kira-kira tigarantai sahaja. Tempurung kepala masih digayuti persoalan tentang orang tua yangdikisahkan oleh Wak Juno sebentar tadi.

Timbul pertanyaan dalam diri, kenapa kejadian yang tidak masuk di akal, harusterjadi pada saya? Dalam usaha mencari jawapan pertanyaan tersebut, tanpadiduga Agam muncul di depan saya. Dari arah mana dia muncul, sukar untukdipastikan. Agam hulurkan tangan. Segara saya sambut.

“Aku sekadar nak menumpang lalu saya di sini Tamar. Aku gembira kau sihat.”

“Abang ini dari mana?” Aku segera memanggilnya abang, tanda hormat pada orangyang lebih tua, “singgah dulu, jumpa datuk dan nenek saya.”

“Tak payahlah, sampaikan salam aku pada datuk kau, sebut nama aku dia mestitahu.”

“Betul tak mahu naik?” Agam melepaskan telapak tangan saya yang digenggamnya.

“Betul Tamar, aku tak menentang niat.”

“Niat aku Cuma nak menumpang lalu, bila aku selesai melihat saudaraku yang sakitdi hujung kampung,” jelas Agam sambil jari telunjuknya menunding ke arah hutankecil di pinggir kampung yang tak pernah dikunjungi oleh sesiapa pun.

Orang-orang kampung mendakwa kawasan hutan kecil itu dijagai oleh orang

Page 31: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 31/294

31

Bunian. Sesiapa yang masuk ke situ pasti sesat sampai berminggu-minggu danpulang dalam keadaan bodoh.“Sekejap pun tak boleh?”, desak saya.

“Saya tak boleh melakukan sesuatu yang tidak pernah terniat dalam hati.”

“Begitu.”

“Memang begitu aturan hidup saya,” Agam hulurkan tangan untuk bersalam.

Tiba-tiba darah tersirap, dua tiga kali saya gerakkan kelopak mata. Macam manatidak terkejut, telapak tangan Agam yang digenggam erat ghaib secara tiba-tiba.Sekujur tubuhnya turut sama hilang. Dahi segera saya tepuk dua tiga kali sambilmenarik nafas dalam-dalam.

Gegendang telinga menangkap bunyi telapak kaki orang melangkah di sebelah

kanan. Saya toleh ke kanan, apa yang saya lihat ialah dedaun pokok yang bergerakseperti baru dirempuh atau disentuh sesuatu. Ah, tak mengapalah, kenapa perkarasekecil ini harus difikirkan setengah mati, fikir saya. Saya terus duduk di pangkalmanggis kembali.

Seronok juga melihat beberapa ekor burung murai melompat direranting. Sesekalidedaun manggis bergoyang-goyang akibat dilompati tupai jantan yang mengejar tupai betina. Bayu yang bertiup membuat kelopak mata terasa berat. Rasamengantuk mula datang. Dua tiga kali saya tersenguk-senguk dan hampir terlelap.

Antara sedar dengan tidak, saya bagaikan terpandang-pandang batang tubuh orangtua yang diperkatakan oleh Wak Juno. Rasanya, orang tua itu bagaikan berdiri didepan saya. Anehnya, bila saya buka kelopak mata lebar-lebar, bebayang orang tuaitu hilang. Perkara itu berlaku berulangkali, akhirnya saya merasa terkhayal.Perasaan saya seperti mengembara ke satu tempat yang amat jauh, merempuhpadang, merempuh paya dan hutan belukar. Dalam khayalan yang tidak bertepi itu,saya berhenti di tebing sungai yang airnya mengalir jernih.

“Kau pernah tengok aku?”

Saya segera dongakkan kepala menatap orang tua yang berdiri di depan. Dia

senyum sambil menggaru-garu pelipis sebelas kanannya.

“Pernah.” jawab saya.

“Dalam bas. Kemudian kau terkejut melihat aku turun di kawasan hutan tebal.” lanjutorang tua itu.

“Ya.” Saya anggukkan kepala.

“Kemudian kau terus-menerus memikirkan tentang diri aku, bukan begitu hai orangmuda?” tanyanya dengan wajah selamba sambil tersenyum.

“Betul.”

Page 32: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 32/294

32

“Sekarang sudah berdepan dengan aku. Apa kau masih memikirkan tentang diri akulagi.?”Saya terdiam. Susah untuk memberikan sebuah jawapan. Sesungguhnya, orang tuaitu tidak jauh bezanya dengan orang-orang tua yang terdapat di kampung saya.

Cuma yang peliknya, orang tua di depan saya ini boleh muncul dan hilang dengantiba-tiba.

“Orang-orang yang bijak tidak mempersoalkan kebesaran Allah tetapi merekamengkaguminya, kerana apa yang dikehendaki oleh Allah itulah yang berlaku. Manayang tidak dikehendaki oleh Allah pasti tidak akan berlaku,” orang tua itu membericeramah pendek, secara tidak langsung mematahkan hasrah saya untuk menyoaldirinya.

“Kau kenal Agam?”, tanyanya.

“Ya,” cepat-cepat saya anggukkan kepala.

“Dunia aku, kampung halaman aku, asal-usulku serupa dengan Agam,sesungguhnya makhluk kamu dan makhluk aku dijadikan oleh Allah untukmenyembah-Nya,” lanjut orang tua itu lagi. Saya tetap setuu dengan kata-katanyaitu. Saya bersedia mendengarnya kalau dia mahu melanjutkan percakapan.

MUKA

Perlahan-lahan orang tua itu memalingkan mukanya ke kanan. Dia melihat air yangmengalir dan dedaun yang bergerak disentuh angin. Dia merenung ke arah sayakembali.

“Terlalu banyak yang Allah berikan pada makhluk tetapi terlalu sedikit pula yangmakhluk berikan kepada Allah, kau tidak pernah mengucapkan syukur atauberterima kasih pada Allah yang menjadikan angin dan air sungai ,” lanjutnya. Sayamenggigit bibir. Saya akui apa yang dikatakannya itu.

“Barangkali, kau tidak berapa senang dengan apa yang aku katakan. Tak apalah,cukup setakat ini saja. Kau pun sudah tahu siapa aku yang sebenarnya. Janganpeningkan kepala kamu memikirkan tentang diri aku,” orang tua itu terus menepuk

bahu saya tiga kali berturut-turut. Dia ketawa kecil sambil jari kelengkengnyamenggaru hujung pelipis sebelah kiri.

“Apa lagi yang mahu kau tanya padaku?” soalnya, saya terus menelan air liur,sambil terus berfikir tentang pertanyaan yang akan saya ajukan padanya.

“Kata Din Tarzan, Amjal Kamal dah mati, betulkah cakapnya itu.” Saya kira itupertanyaan yang paling baik untuknya. Orang tua itu termenung sejenak.

“Ya, dia sudah mati,” katanya dengan nada suara yang merendah. Matanyamerenung sayu ke arah pepohon dan air sungai yang mengalir, “Dia mati kerana

menyangkakan ilmu dunia yang dituntut itu dapat melawan kekuasaan Allah,”tambahnya dengan tenang.

Page 33: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 33/294

33

“Dia melawan awak?”

“Berbudi bahasa sedikit, hormatilah orang tua kerana kamu juga akan tua, bila kamutak mahu menghormati orang tua, jangan marah bila kamu sudah tua nanti orang

muda tidak mahu menghormati kamu.”

“Maafkan saya.”

“Aku lebih tua dari datuk kamu.”

“Maafkan saya tuk aku,” saya segera menundukkan kepala setelah menyedarikesilapan yang telah saya lakukan. Saya jadi malu pada diri sendiri.

“Dia lari bila aku ajak ke masjid, paling menyakitkan hati bila mengejek-ejek danmengetawakan aku, bila aku ajak dia sembahyang,” wajah orang tua itu dibalut rasa

kesal yang amat sangat.

“Ke mana dia lari?”

“Lari ke arah Bukit Larut, dia tak peduli dengan orang mengejarnya. Sesiapa yangcuba menangkap, semuanya kena tendang.”

“Apa yang dibuatnya ke situ?”

“Dia panjat batu besar lalu berdiri di situ, sepasang tangannya diluruskan ke arahmatahari, macam orang menyembah sesuatu. Entah macam mana badannyaterlayah jatuh dalam gaung.”

“Kesian,” saya gelengkan kepala.

Orang tua itu meraba pangkal dagunya dua tiga kali. Matanya tetap merenung awanyang berarak lemah di dada langit. Dalam diam-diam saya gambarkan wajah AmjalKamal dalam kepala. Orang tua itu terus meraba-raba kulit pipi sebelah kanannya.

“Dari tempat tinggi aku lihat tubuhnya terkapar di bumi, tidak bergerak-gerak. Akusegera mendekatinya tetapi....” orang tua itu mengerutkan dahinya.

“Apa yang jadi padanya?” Tergesa-gesa saya menyoal.

“Tubuhnya hilang, apa yang aku lihat ialah kesan darah. Aku yakin dia akanmenuntut bela terutama pada orang yang pernah melihat dia berlawan denganAgam.”

“Ha,” kata saya dengan cemas, “Betul dia mahu menuntut bela?”

“Barangkali begitulah, mengikut andaian aku. Dia akan menuntut bela dalam bentuklain, kamu harus hati-hati,” lanjut orang tua itu. Saya tergamam. Macam-macam

perkara buruk datang bertandang dalam tempurung kepala saya.

Page 34: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 34/294

34

“Jangan susah hati,” bahu kanan saya ditepuknya dua kali berturut-turut, “aku nakbalik dulu,” sambung orang tua itu. Kali ini suaranya terdengar sayup-sayup. Bahukanan saya yang ditepuknya terasa amat sakit. Orang tua yang tadi nampak cukup jelas terus bertukar menjadi samar-samar dan berbalam. Akhirnya terus hilang.

“Asthaghafilrullah,” kata saya sambil menepuk dahi. Cepat-cepat saya menoleh kekiri dan ke kanan. Saya yakin, bahawa saya tidak lagi berada dalam dunia khayalan.Saya dongakkan kepala, merenung reranting dan dedaun manggis.

Saya menarik nafas dalam-dalam. Saya puas hati. Apa yang selama ini menjaditanda-tanda sudah pun terjawab. Apa yang saya ketahui dan saya alai harusdiberitahu pada Najib. Kemudian meminta dia merahsiakannya daripada orangramai. Pada datuk dan nenek juga perkara ini mesti dirahsiakan, saya membuatkeputusan tersendiri.

BANGUN

Sebelum beredar dari bawah pohon manggis, saya terpaksa menggeliat dua tiga kaliuntuk menghilangkan rasa lenguh-lenguh di sendi pinggang dan di pelipat kaki. Sayamemutuskan untuk pulang ke rumah, kalau saya rajin boleh ikut nenek ke ladang.

“Eh Tamar, bagaikan nak mampus aku mencari kamu, rupanya kamu bersenang-senang di sini,” teriak Najb dalam jarak tiga rantai dari saya. Mata saya, tertumpu kearah seorang anak muda yang memakai baju putih dan berseluar hitam, berdiri disamping Najib.

Setelah puas mengamat-amatinya, saya yakin anak muda itu tidak saya kenali. Diaorang baru, mungkin keluarga Najib atau kenalan rapatnya, fikir saya dalam hati.Najib dan anak muda itu terus melangkah mendekati saya. Dan saya menantidengan penuh sabar. Dari jauh anak muda yang mengekorinya memberikansenyumah keramahan dan persahabatan untuk saya.

“Ramli Ahmad dari Kota Sarung Semut, Kedah,” Najib memperkenalkannya padasaya. Segera saya hulurkan tangan. Buat beberapa saat tangan kami bergoncang.

“Saya Tamar, saya gembira berkenalan dengan awak, saya harap awak gembira disini.” kata saya berbudi bahasa.

“Ya, saya juga megah dan gembira kerana berjumpa dengan awak. Najib dahbanyak ceritakan tentang diri awak pada saya,” kata-kata Ramli itu amatmengejutkan saya.Wajah Najib segerea saya renungi. Dia senyum lalu menganggukkan kepala. Setujudengan apa yang diungkapkan oleh Ramli. Hati saya berdebar, mungkin Najib sudahmenceritakan sesuatu yang tidak wajar diceritakan pada Ramli. Saya memisahkandiri dengan Ramli lalu mendekati Najib.

“Apa yang kau cakapkan dengannya Jib?”

“Tak ada apa-apa, Cuma aku ceritakan tentang keberaniaanmun, Tamar.”

Page 35: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 35/294

35

“Aku tak percaya.”

“Sumpah, aku tak tipu kamu,” jelas Najib tetapi rasa ragu-ragu terus menyelubungidiri saya.

“Kau ceritakan apa yang kita alami dalam hutan dulu?” Aku mula membuat tuduhanmelulu.

“Kau gila, aku tak sebodoh itu. Aku bukannya budak-budak tau!” Herdik Najib.Mukanya mula merah padam. Bila sudah sampai tahap tersebut, saya tidak beranimelemparkan sebarang tuduhan lagi pada diri Najib. Kalau diteruskan, bolehmenimbulkan kemarahannya. Saya terus membisu dan membuat kesimpulan Najibmemang bercakap benar dengan saya.

Ramli terus mendekati kami.

“Ke mana lagi kita nak pergi?” Ramli mengajukan pertanyaan pada Najib. Sayamenarik nafas dalam-dalam. Saya harus mengambil kesempatan ini untukmenenangkan perasaan Najib.

“Bagaimana kalau kita melihat jerat pelanduk,” kata saya.

“Boleh juga,” sahut Ramli lalu merenung muka Najib sepupunya. Najib tersenyumlalu merenung ke arah saya. Dia gelengkan kepala.

“Kenapa Najib?” Saya menyoal.

“Tak ada apa-apa tetapi aku keberatan untuk pergi ke dalam hutan lagi, susah akunak cakapkan pada kamu, Tamar. Tapi aku harap kamu faham kenapa aku takmahu pergi,” satu penjelasan dari Najib yang jawapannya sudah ada dalamtempurung kepala saya. Dan saya tidak pula mendesak. Perkara itu mati di situsahaja.

Demi kebaikan dalam persahabatan, saya penuhi permintaan Najb yang mengajaksaya minum kopi di warung Pak Mah Noh. Sesungguhnya, minum di warung samaada minum kopi atau minum minuman dalam botol, bukanlah kegemaran saya.Pesan datuk, sebaik-baiknya saya mengelakkan diri dari minum di warung, kecuali

kalau sudah terdesak.

Di warung Pak Mat Noh, Najib minum kopi, Ramli minum teh dan saya minum air sejuk yang sudak dimasak. Najib memberitahu, sepupunya masih menuntut di salahsebuah sekolah Inggeris di negerinya. Musim cuti dia suka menghabiskan masanyadengan mengembara dalam hutan serta memanjat gunung lalu berkhemah di situbersama kawan-kawan yang sehaluan dengannya.

“Cuti kali ni, orang tua saya tak benarkan saya pergi masuk hutan atau dakigunung.” Ramli membuka rahsia dirinya.

“Jadi kerana itu kau datang ke mari,” celah saya.

Page 36: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 36/294

36

“Ya, memang tepat,” jawabnya ringkas lalu menepuk bahu kanan saya berkali-kali.Kemesraan dalam keramahan segera terjalin dengan eratnya antara saya denganRamli. Banyak pengalaman menarik yang dialaminya ketika mendaki gunungdiceritakan pada saya.Lepas minum di warung Pak Mat Noh, saya dan Najib membawa Ramli ke

gelanggang orang belajar silat. Kemudian membawa dia ke rumah Pak Din yanghandal membuat wau dan gasing. Akhirnya, kami berkubang di sungai. Bila sudahkecut kulit badan baru berhenti mandi.

Kata Ramli, pengalaman yang diperolehinya bersama saya dan Najib amatmenyeronokkan. Saya terpisah dengan Najib dan Ramli. Kami berjanji untukbertemu pada petang besoknya dengan beberapa rancangan yang menarik.

PULANG

Seminggu Ramli di kampung, saya rasa cukup seronok dan bahagia sekali. Ramli

yang tidak dapat memisahkan dirinya dari bercakap dalam loghat Kedah itu, ternyatamanusia yang kaya denga humour. Kadang-kadang dia membuat saya ketawahingga tidak kering gusi.Tidak hairanlah, ketika dia mahu berangkat ke Kota Sarang Semut, saya dan Najibseperti keberatan mahu melepaskannya.

“Sebenarnya, aku nak balik minggu depan tapi, orang tua aku dah datang ambil, akutak boleh buat apa-apa,” katanya pada saya dari tingkap kereta Austin Eight,berwarna hitam milik ayahnya.

“Cuti yang akan datang, dia tak boleh ke mana-mana. Dia mesti menumpukan masapada pelajaran,” tanpa diduga ayah Ramli yang jadi guru sekolah Melayu ditempatnya memberikan keputusan muktamad. Saya dan Najib berpandangan.Kereta Austin Eight yang membawa Ramli pun bergerak meninggalkan kami.

Beberapa tahun kemudian, saya mendapat tahu Ramli telah melanjutkanpelajarannya ke Jerman Barat, kemudian bekerja di Singapura, di Kedah iaitu diSungai Petani. Akhir sekali dia berkhidmat dengan MARA di Kuala Lumpur.

Beberapa jam selepas Ramli pulang, saya meninggalkan rumah Najib tetapi hasratkami untuk pergi ke Alor Setar tetap tidak pudar. Bila sampai ketika dan saat yang

baik semuanya akan dilaksanakan.

Kerana hari sudah hampir gelap, saya mengambil jalan dekat untuk pulang kerumah. Bila saya memilih jalan dekat, ertinya saya terpaksa melalui kawasan getahyang amat luas dan sunyi. Cuma ada sebuah sahaja rumah dalam ladang getahtersebut. Rumah itu sudah lama tidak didiami tetapi, masih ditunggui oleh beberapaekor anjing.

Pemilik rumah sebuah di tengah ladang itu seorang lelaki India yang berusia sekitar empat puluhan. Dia ditugaskan oleh pemilik ladang tersebut mengawasi pokokgetahnya dari ditoreh secara curi pada sebelah petang oleh orang yang tidak

bertanggungjawab.

Page 37: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 37/294

37

Kira-kira tiga bulan yang lalu, lelaki India itu telah mengamuk, memburu dua oranganak lelakinya yang berusia sekitar 16-17 tahun dari pangkal ladang hingga kehujung ladang dengan pisau sabit. Dia jadi demikian, kerana kecewa dengan sikapisterinya yang lari dari rumah mengikut lelaki lain.

102. Rahsia Sebuah Rumah Tinggal 

Sejak kejadian itu, kedua-dua anaknya tidak pulang ke rumah. Lelaki India itumerasa amat kecewa dengan nasib malang yang menimpa dirinya. Akhirnya, lelakiIndia itu mengambil keputusan gantung diri dalam rumah hingga mati. Mulai daritarikh itu, rumah yang sebuah itu terus kosong. Hanya anjing peliharaannya sahajayang masih setia menunggu rumah.

Biasanya, kalau saya yang lalu di situ anjing peliharaan tidak menyalak ataumengejar saya. Mungkin anjing itu sudah biasa dengan bau badan saya.

Berdebar juga ketika melintas rumah kosong, maklumlah hari sudah samar-samar.matahari sudah berada di kaki langit. Pepohon getah yang rapat dan berdaun lebatmembuat cuaca di jalan tanah merah yang saya lalui bertambah suram. Kalau sayaikut jalan raya (jalan jauh) saya tidak menghadapi masalah sesulit ini.

Angin yang bertiup terus menggerakkan dedaun dan reranting getah. Dedaun getahyang tua gugur ke bumi. Beberapa kali langkah saya terhenti, diganggu oleh monyet

liar yang melompat di dahan getah. Saya kian mendekati rumah usang dan caramendadak darah saya tersirap. Suara salakan anjing bertalu-talu membuat tubuhsaya gementar.

Buah getah dan reranting getah berguguran, macam ada kuasa yang mengugurkan.Monyet-monyet liar berlompatan dari dahan ke dahan macam dikejar sesuatu.Dedaun getah yang bergerak macam disentuh ribut mengeluarkan bunyi yang amatmenggerunkan.

Dari celah-celah daun yang lebat itu, saya melihat ke dada langit. Awan nampakbersih, cahaya matahari sudah tidak kelihatan lagi. Saya cuba berlari tetapi, tidak

terdaya saya lakukan. Sepasang lutut saya terasa cukup lemah.

Saya cuba bertenang dan cuba menguasai perasaan gementar supaya tidakbertambah kuat. Usaha saya itu berhasil, saya berjaya mengawal perasaan cemasdan takut. Akal fikiran saya mula terbuka, bersedia untuk bertindak untukmenghadapi sesuatu. Memang betul, cakap datuk yang pernah menasihatkan sayasupaya bersikap tenang, gunakan fikiran, jangan panik bila berdepan dengansuasana yang mencemaskan.

SALAKAN

Suara salakan anjing terus menguasai kawasan ladang. Saya sudah bersedia untukmelawan anjing-anjing tersebut, sekiranya saya diserang. Saya segera mengambil

Page 38: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 38/294

38

sepotong dahan getah yang panjangnya kira-kira tiga kaki. Kayu itu tetap saya jadikan senjata untuk mempertahankan batang tubuh saya dari digigit oleh gigianjing yang tajam itu. Lama saya menunggu, anjing-anjing yang dijangka menyerangsaya itu tidak datang.

"Kenapa? Mesti ada sesuatu," bentak batin saya.

Seluruh pandangan saya tujukan ke arah pondok usang. Saya lihat dua ekor anjingmenyalak ke arah tumah usang. Dua tiga ekor lagi megelilingi rumah tersebut.Biasanya, bila anjing menyalak mesti ada sesuatu. Anjing tidak akan menyalaktanpa sebab. Siapakah yang berada di dalam rumah usang waktu senja begini?Timbul pertanyaan dalam diri saya.

Rasa cemas kembali menguasai hati, bila saya terdengar bunyi suara gagak atasbumbung rumah tersebut. Serentak dengan itu saya terihat pintu rumah usang yangtertutup rapat, terbuka perlahan-lahan. Saya juga melihat cahaya lampu minyak

tanah. Ada bebayang manusia bergerak dalam rumah. Saya terhidu bau tembakaurokok.

Bila saya ama-amati ternyata bau tersebut datang dari arah rumah usang. Dua kalisaya terdengar suara orang batuk dan dituruti dengan suara orang bercakap. Sayapasti yang bercakap itu seorang lelaki Melayu dan seorang lagi lelaki India. Merekabercakap tentang masalah kewangan.

Beberapa ekor anjing meluru ke arah saya. Kayu di tangan saya pegang erat-eratdan bersedia untuk dihayunkan ke arah anjing-anjing tersebut. apa yangmengejutkan, bila anjing-anjing itu berada dalam jarak yang dekat dengan saya,terus berhenti menyalak, seolah-olah memperlihatkan sikap persahabatan. Semuaanjing-anjing itu menggoyang-goyangkan ekor sambil mengelilingi saya.

Salah seekor dari anjing tersebut yang berwarna kuning, berbadan besar dan tegap,berlari berulangkali ke arah rumah usang sambil berbuny. Kemudian datang kearahsaya. Tiga kali saya biarkan anjjing itu berbuat demikian, hingga timbul dalam hatisaya yang anjing tersebut mahu menyatakan sesuatu tentang apa yang ada didalam rumah usang.

Saya nekad untuk pergi ke rumah usang. Hati saya tiba-tiba sahaja jadi berani,

beberapa ekor anjing yang mengelilingi saya terus meluru ke depan, seolah-olahmenjadi kepala jalan yang sekaligus melindungi saya.

Langkah kian teratur menuju ke pintu rumah. Sebaik sahaja saya berdiri di depanpintu, secara mendadak pintu rumah terbuak perlahan sambil mengeluarkan bunyiyang nyaring akibat engselnya sudah berkarat kerana sudah lama tidak digunakan.

Sarang labah-labah dan sawang yang bergantungan di muka pintu bergerak-geraklembut dan akhirnya pecah akibat diterpa angin. Saya terpaku di muak pintu, tidaktahu, apa yang harus saya lakukan.

Cahaya lampu minyak tanah terus menerangi ruang depan rumah. Anjing-anjingyang mengiringi saya segera duduk di tanah sambil merendah-rendahkan

Page 39: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 39/294

39

muncungnya macam mahu menyondol tanah. Anjing-anjing itu tidak menyalak lagitetapi, bersuara mendayu-dayu.

Beberapa minit kemudian semua anjing-anjing itu melengking dengan suara yangtinggi dan melompat lalu lari ke arah kawasan pinggir ladang getah. Saya yakin,

semua anjing-anjing itu dipukul. tekaan saya tidak salah, bila melihat beberapa ekor badan anjing itu berdarah dan berlari terjingkit-jingkit. Siapa yang memukulnya?

"Siapa di dalam?" Jerit saya.

"Aku, kenapa? Apa yang kau mahu?"

"Ha....."saya gagal meneruskan kata-kata kerana terkejut menerima jawapan yangdiluar jangkaan saya. Suara orang ketawa memanjang dalam rumah usang jelaskedengaran.

Keadaan cuaca terus beransur gelap dan saya berazam untuk menghadapisebarang kemungkinan. Saya maju setapak, berdiri tidak jauh dari ambang pintu.Bila saya sudah melangkah setapak ke depan, ertinya saya sanggup menerimasebarang risiko. Saya jenguk ke dalam rumah. Lampu minyak tanah terlekap didinding. Sesekali terdengar suara orang berbisik.

"Ya Allah...", saya separuh menjerit. Ranjan (pemilik rumah usang) berdiri di depansaya. Bagaimana orang yang sudah mati boleh hidup semula? Tanya hati kecil saya.Walaupun demikian tubuh Ranjan yang terpacak di depan terus saya renungi. Sayalihat di batang lehernya terdapat kesan luka akibat dijerut dengan tali belati.

Saya tidak mengizinkan sepasang mata saya merenung lehernya lama-lama. Suararaungan anjing-anjing terdengar sayup-sayup di hujung ladang getah. Entahmengapa saya jadi berani secara tiba-tiba sahaja. Bagaikan ada sesuatu kekuatanyang tersendiri datang dalam diri saya. Ranjan terus merenung saya sambilmembuka mulutnya perlahan-lahan.

Bila mulutnya sudah ternganga lebar. Saya lihat lidah pucatnya bergerak-gerakdalam rongga mulut. Lidah itu kelihatan membesar dan menjulur sedikit demi sedikithingga sampai ke paras dada. Lidah tersebut kelihatan terbuai-buai ke kiri ke kanan,macam daun pisang dara dirempuh angin.

Serentak dengan itu terdengar suara orang bersorak dengan gamat yang datangnyadari arah kiri dan kanan rumah. Suara tanpa manusia itu mendebarkan hati. Bunyidengung lalt, langau bagaikan mahu memecahkan gegendang telinga. Saya segeramenekup telinga dengan sepasang telapak tangan.

Ranjan mengangkat kedua belah tangannya lalu menghalakan ke arah batang leher saya. Sampai di sini keberanian tidak dapat saya pertahankan, semuanya hancur berderai. Badan saya berpeluh dan menggigil. Segera saya pusingkan tubuh kekanan sambil merendahkan badan. Tanpa membuang masa, saya terus melompatdalam jarak dua kaki sebelum berdiri untuk membuka langkah lari seribu langkah.

SUARA

Page 40: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 40/294

40

Saya terus berlari, suara cengkerik, suara katak dan bunyi burung tukang, bagaikanmempersenda-sendakan langkah saya. Hati terus dibalut rasa cemas dan takut.

"Hai, nanti dulu Tamar,"

Saay segera toleh ke kanan, ke arah suara itu datang. Kali ini langkah saya benar-benar kaku. Amjal Kamal berdiri senang di bawah pohon cempedak. Sepasangmatanya yang hampir tersembul merenung ke arah saya.

Kulit dahinya terkoyak hingga menampakkan kedua belah tulang keningnya. Darahmerah segar mengalir di kedua belah pipinya. Daging pipi sebelah kirinya terkeluar,bergantuingan macam daging lembu yang digantung di pasar untuk dijual.

Tulang dagunya terkopak macam dihentak atau terhempas pada benda yang keras.telinga kirnya terkoyak dan bibir bawahnya pecah. Hidungnya tiada dan kulit di

batang lehernya terkopak, urat dan tulang leher jelas kelihatan, buah halkumnyabergerak lemah bercampur dengan darah.

Baju yang dipakainya semuanya koyak rabak, begitu juga dengan seluarnya. Sayatidak tahu apa yang wajar saya lakukan? Apakah saya perlu memberikanpertolongan padanya? Jangan cari penyakit, cara yang paling baik dan selamattinggalkan dia sendirian di situ.

Sebelum saya memulakan langkah, lagi sekali wajah Amjal Kamal yang aneh itusaya tatap. Sepasang matanya yang tersembul tetap merenung sayu ke arah saya.Seolah-olah minta pertolongan dan simpati. Renungannya begitu sayu danbersahaja sekali. Dia menangis, kata saya bila melihat air matanya mengalir atasdaging pipinya lalu bersatu dengan dengan darah. Saya jadi simpati. Rasanya, tidaksampai membiarkan dia sendirian.

Saya menarik nafas dalam-dalam. Rasa simpati yang datang dalam hati, membunuhrasa takut dan cemas dalam diri saya. Setiap kali melihatkelopak matanya yangtersembul berkelip, rasa mahu menolongnya kian menjadi-jadi dalam hati.

"Kenapa kamu jadi macam ini?" Tanya saya.

Tidak ada jawapan yang saya terima, cuma renungannya kian redup, kian sayu,minta dikasihani.

"Kenapa kamu lari, waktu orang ajak kamu pergi ke masjid?" Soal saya. Macam tadi juga, jawapannya tidak saya perolehi. Matanya tetap merauti seluruh wajah saya.Bila saya terlalu lama merenunginya begitu tanpa berkedip, mebuat hati saya jadicemas kembali.

Saya terpaksa menggunakan senjata terakhir, iaitu membuka langkah untuk pulangke rumah. Suara lolongan anjing sudah lama berhenti tetapi, sura cengkerik, katakdan burung hantu tetap menyanyi tanpa irama yang tertentu. Sambil berlari, saya

terus menoleh ke belakang, saya lihat Amjal Kamal yang sudah berubah bentuk itutetap berada dekat saya. Dia seolah-olah mengapai-gapaikan tangannya untuk

Page 41: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 41/294

41

berpaut pada baju saya.

Ketika itu juga saya teringat cakap orang tua ganjil bahawa Amjal Kamal yang matiakan kembali dalam bentuk dan cara lain untuk menjahanamkan siapa sahaja yangpernah menghalang cita-citanya. Malangnya, orang tua itu tidak memberitahu saya

bagaimana cara-cara untuk menghancurkan penjelmaan kembali Amjal Kamal itu.

"Tamar, ke mana kamu nak pergi?"

Saya pasti itu suara datuk. Tetapi saya tidak mampu memperlahankan langkah kakiyang sedang berlari. Terasa sekujur tubuh Amjal Kamal dengan wajah yangmengerikan tetap mengekori saya.

Datang lagi suara datuk. Saya segera menoleh ke kiri tanpa disangka tubuhterlanggar pohon petai. Bahu kiri, terasa seperti mahu tercabut. Amjal Kamal denganwajah yang menakutkan terus hilang entah ke mana.

GELAP

Cuaca bertambah gelap. Dalam keadaan yang terhoyong-hayang itu, sepasangtangan kasar memeluk tubuh dengan kuat. Saya terus meronta-0ronta dan suaradatuk terus memukul gegendang telinga saya. Wajahnyatidak dapat saya lihat.Usaha saya berhasil, sepasang tangan yang memaut tubuh dapat saya bukadengan membantingkan tubuh orang itu ke perdu petai.

Orang itu mengerang kesakitan, saya tidak dapat mempastikan siapakah yang jadimangsa saya. Apakah orang itu patah atau pengsan bukanlah urusan saya. Apayang penting, saya harus berlari ke mana sahaja mengikut kata hati. Saya halakantubuh ke arah matahari jatuh sambil memulakan langkah.

"Uhhhhh...," pekik saya sekuat hati.

Sepasang tangan saya gawangkan ke kiri dan ke kanan. Saya tidak dapat berdiridengan baik. Ada yang menaburkan jala besar ke arah saya. Sepenuh tenaga sayamelompat hingga jala yang menyerkup saya pecah berderai.

Dalam keadaan kelam kabut itu, saya terasa ada orang menyarungkan guni padi ke

kepala saya. Satu tumbukan yang padu dan kuat singgah di rusuk kanan. Saya tidakdapat berdiri lalu jatuh terduduk.

Sepasang kaki saya ditarik dan dada saya ditekan. Saya terbaring dan tubuh yangsudah dibalut dengan guni itu terus digolek ke mana-mana. Tubuh saya diangkatdan diusung. Akhirnya, dihumbankan ke dalam sebuah kolam. Saya mualkelemasan dan terus menelan air kolam, tekak terasa payau. Terasa ada orangmerentap guni yang membalut tubuh.

Telinga saya masih menangkap suara orang bercakap. entah apa yang dicakapkan,saya sendiri tidak tahu. Fikiran saya sekejap berada di satu tempat lain dan sekejap

berada di tempat apa yang sedang saya alami sekarang. Tubuh saya diangkat dariperut kolam. Diletakkan di atas tanah. Dalam keadaan yang tercungap-cungap itu,

Page 42: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 42/294

42

saya masih mampu melihat api jamung dari daun kelapa menerangi sekitar kolam.

Sukar untuk mengenali orang-orang yang mengelilingi saya. Pandangan saya agakkabur kerana air kolam masih lagi menguasai kelopak mata. Badan sayamenggeletar kesejukan.

"Apa dah jadi dengan kamu, Tamar?"

Perlahan-lahan saya pusingkan leher ke kiri. Untuk seketika, wajah datuk yangduduk mencangkung itu saya tatap. Entah, mengapa saya tidak berminatmendengar suara dan wajahnya. Cepat-cepat saya alihkan pandangan ke langit.

Saya tatap gumpalan awan dan bintang di langit. Tidak semena-mena, muncul AmjalKamal di awang-awangan. Bergerak bebas ke sana ke maro sambil melambai-lambaikan tangan ke arah saya.

"Hei, nanti dulu Tamar," katanya. Dia berhenti betul-betul di depan mata saya. Aneh,saya tidak berlari atau berjalan tetapi, kenapa dia menyuruh saya menantinya.Dalam keadaan fikiran yang bercelaru itu. Amjal Kamal terus mendekati saya. Diamembalingkan seketul tanah di muka saya. Bila tanah menyentuh kulit muka, terasapanas macam kena api. Buat beberapa detik saya tidak tentu arah.

"Kamu sekarang, tunduk dengan aku, kamu faham!" Ujarnya.

"Faham," jawab saya.

"Kamu ikut perintah aku, tunduk dengan kata-kata ini: Dari hati, dari perasaan, darisemangat rohani dan jasmani, kau ikut apa yang aku suruh,"

"Saya faham," nada suara saya lembut.

Amjal Kamal yang berada di awang-awangan itu ketawa berdekah-dekah. Sayatidak tahu, apakah ketawanya didengar oleh datuk dan rakan-rakannya.

"Kamu kenal siapa ini?" Amjal Kamal mengeluarkan sebuah patung dari celahketiaknya. Patung itu ditayangkan pada saya seketika. Saya gelengkan kepala.Memang sukar untuk mengenali patung tersebut berwajah siapa dari jarak jauh.

"Baiklah, sekarang kaulihat dengan teliti," kata Amjal Kamal lalu membesarkanpatung itu seperti bentuk manusia biasa.

"Kau kenal, siapa orangnya, Tamar?"

"Kenal."

"Siapa dia, Tamar?"

"Datuk saya."

"Sebenarnya, dia musuh kamu."

Page 43: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 43/294

43

"Bukan, dia bukan musuh saya, dia datuk saya," begitu yakin saya mengucapkankata-kata itu. Amjal Kamal gelengkan kepala beberapa kali.

"Cuba kau perhatikan dengan teliti Tamar."

Saya pun mematuhi arahan Amjal Kamal. Saya perhatikan dan saya telek patungsebesar manusia itu dengan teliti. Memang bukan datuk, cuma bentuk tubuh danwajahnya hampir menyamai datuk

"Kau puas Tamar?"

"Ya. Saya puas hati, buka datuk saya."

Saya segera anggukkan kepala. Amjal Kamal tersenyum. Dia suruh saya merenungke arah dada kiri patung. Apa yang disuruhnya saya patuhi. Bila saya renung ke

arah dada kiri patung itu, kelihatan cahaya berkelip-kelip macam cahaya batudelima. Betul-betul berada di bahagian jantung. makin lama direnung, mata jadi silaudan kepala terasa pening. Timbul keinginan dalam diri saya untuk memiliki bendayang memancar seperti batu delima itu.

"Tamar, dengar sini. Ini perintah, dari hati, dari perasaan dari semangat rohani dan jasmani, kau ikut apa yang aku suruh, Tamar," terdengar suara Amjal Kamalbergema dari setiap sudut. Wajahnya tidak dapat saya lihat.

Suara Amjal Kamal makin lama, makin kuat dan nyaring. Saya kira, kalau tidakdijawab, suara itu tidak akan berhenti lalu saya membuat keputusan:

"Ya, aku patuh pada perintah kamu."

"Bagus, kau pengikut yang setia."

"Apa perintah untuk aku?"

"Kamu mesti menikam ke atah dada orang yang bercahaya itu."

"Mahu ditikam dengan apa?"

"Dengan pisau."

"Dengan pisau? Perintah bodoh. Mana ada pisau pada aku?"

"Ada, kau raba bawah ketiak kamu."

RABA

Perintah itu saya turuti. Memang benar, sebilah pisau pendek saya temui di bawahketiak sebelah kanan. Hulu pisau saya pegang erat-erat. Suara ghaib terus bergema

memerintah saya menikam ke arah benda bercahaya. Saya tidak ada pilihan lain.Dengan sepenuh tenaga, saya balingkan pisau ke arah benda yang berkelip itu.

Page 44: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 44/294

44

Tepat pada sasarannya. Terdengar jeritan dan benda yang berkilat itu hancur berkecai, badan patung berkecai dan berterbangan.

Melihat kejadian yang tidak pernah diduga, saya terkejut. Seluruh badan sayamenggeletar. Badan saya terasa kecil dan mula terpisah dari keadaan yang saya

alami. Telinga saya mula terdengar suara orang bercakap. Antara sedar dengantidak, saya cuba menggerakkan kepala ke kiri dan ke kanan. Tidak mahumemandang ke langit lagi.

"Curahkan air ke mukanya, dia masih khayal." saya mendengar suara datuk.

Belum pun sempat saya mengeluh atau bersuara. Satu baldi air tercurah ke muka.Saya seperti terpinga-pinga melihat jamung yang marak menyala. Saya ditempatkanatas pengusung yang dibuat dari buluh. Kedua belah tangan dan kaki saya diikatdengan rotan.

Saya lihat Mat Daud dan Azizi Jabar masih berdiri di tepi kolam ikan milik HajiSulung. Kedua-duanya membimbit baldi kosong. Salah satu dari baldi itu digunakanuntuk mencurahkan air dari kolam ikan ke muka saya.

"Macam mana saya boleh berada disini?" Tanya saya pada Uda Lamat yang berdiridekat pengusung. Orang tua itu tersenyum. Saya cuba menggerakkan jejari tangandan kaki yang terasa kaku dan kebas.

"Kamu lari satu ladang ni sambil bertempik macam gajah hilang anak." ujar UdaLamat, disambut dengan ketawa oleh beberapa orang yang berada di situ.

"Nak tangkap kamu terpaksa di jala." celah Mat Daud yang tiba-tiba diri dekat UdaLamat.

"Kemudian dihumban ke dalam kolam ikan, lepas itu diikat pada pengusung, kalautak dibuat macam ni, entah kaki gunung mana kamu pergi." tambah Uda Lamat lagi.

Dalam keadaan terkapar atas pengusung, saya terus mengingati punca kejadian ituberlaku. Semuanya jelas terbayang tetapi saya tidak menduga sama sekali yangsaya mengalami keadaan seperti ini. Menggemparkan orang kampung hinggamereka terpaksa menggunakan kemampuan apa yang ada pada mereka untuk

menangkap saya.

"Huh...," saya mengeluh dan tubuh mulai terasa sejuk.

"Kenapa Tamar?" Uda Lamat mendekati saya.

"Sejuk, saya sejuk," kata saya pendek.

"Pukul berapa sekarang?"

"Entah, aku tak ada jam," Uda Lamat terus memandang ke arah Mat Daud yang

menyeluk saku. Mat Daud mengeluarkan jam sakunya. Jam saku yang bulat danberantai itu dibawanya ke bawah api jamung yang marak.

Page 45: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 45/294

45

"Lagi sepuluh minit pukul sepuluh," jerit Mat Daud ke arah saya dengan kuat.

Lagi sekali saya mengeluh, sesungguhnya saya sudah membuat masa yang begitulama dalam ladang getah," tidak mendatangkan apa-apa hasil yang menguntungkan.

Andainya saya ikut jalan raya, tentu peristiwa semacam ini tidak terjadi?

DIRI

Secara spontan timbuk pertanyaan dalam diri saya. Apakah semua yang saya alamiini bernar-benar terjadi atau hanya khayalan dari perasaan saya sahaja? Lagi sekalisaya menarik nafas atas pengusung.

"Bawa saja ke rumah, sampai di rumah boleh dikisahkan mana yang patut." beritahudatuk pada Mat Daud. Selesai sahaja datuk bercakap, pengusung pun diikat. Danmalam itu saya bagaikan putera raja diarak dalam kebun getah dengan diterangi

cahaya dari jamung. Sampai di rumah saya disambut oleh nenek dengan tangisan.Atas kemahuan datuk, saya diletakkan di anjung rumah. Jiran tetangga dari kaumperempuan dilarang menghampiri saya. Hati nenek bertambah hiba bila datukmengeluarkan perintah demikian.

Lebih dari sepuluh minit saya dibiarkan terkapar atas pengusung di anjung.Kemudian datuk meletakkan telapak tangan kirinya atas dahi saya. Dari dahi telapaktanagn kiri itu digerakkan ke bawah menyentuh dada, perut dan akhirnya berhenti dihujung ibu jari sebelah kanan. Rotan yang mengikat sepasang kaki dan tangan pundibuka. Saya disuruh duduk dan dipaksa meneguk air dingin dari labu tanah.

"Sekaranf kamu jangan memikirkan apa yang sudah kamu rasakan." ujar datukdengan tenang. Saya terdiam, sukar untuk saya melupakan sesuatu keanehan yangsaya alami. Walaupun, permintaan datuk tetap saya patuhi meskipun perkara itusukar untuk saya lakukan.

"Kamu faham dengan apa yang aku cakapkan tadi, Tamar?" datuk renung seluruhwajah saya.

"Faham."

"Sekarang pergi mandi," datuk keluarkan perintah. Matanya tertuju ke wajah nenek.Dan nenek bagaikan mengerti dengan renungan datuk itu. Tanpa membuang masanenek segera mendekati saya. Pergelangan kaki dan tangan saya disapunyadengan sejenis minyak. Tujuan nenek berbuat demikian supaya bekas ikatan rotandi tempat tersebut tidak bengkak atau luka. Nenek memapah saya ke bilik mandi.

Nenek tidak membenarkan saya memegang gayung dan menjirus air ke tubuhsendiri. Saya disuruh meniarap atas simen dengan dagu berlapikkan tempurung jantan. Tiga kali nenek jiruskan air atas pusat. Setiap kali air menyentuh pusat,sejuknya bukan kepalang, terasa meresap hingga ke tulang belakang. Saya tidakberani membantah, mungkin apa yang nenek lakukan itu, sudah diberitahu oleh

nenek terlebih dahulu kepadanya.

Page 46: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 46/294

46

Upacara mandi malam itu diakhiri dengan mandi air daun pandan yang sudahdirebus. Dijirus mulai bahu sebelah kanan, membawa ke kiri. Air itu tidak bolehmenjamah kulit telapak kaki. Setelah itu tubuh saya dibalut dengan kain pelikat.Saya dibawa ke anjung kembali. Kawan-kawan datuk yang membantunyamenangkap saya di ladang getah, sudah pulang kecuali Uda Lamat.

103. Jamung Tengah Malam 

Entah mengapa, Uda Lamat yang pendiam dengan usianya yang muda beberapatahuin dari datuk, masih mahu bercakap dengan datuk. Paling membosankanperkara yang dikaitkan ialah tentang diri saya. Datuk ternyata terpengaruhh denganpendapat Uda Lamat.

“Bukan lari sebarang lari, perkara macam ni pernah saya alami masa saya muda-muda dulu,” Uda Lamat memperkemaskan silanya. Paha kanan diletakkan diatas

peha kiri. Jejari kakinya bergerak- gerak.

“Di mana?”

“Di kampung saya, anak buah saya sendiri yang mengalaminya. Menurut bomohmasa itu, anak buah saya diresapi roh jahat. Fasal tu dia buat perkara tak senonoh,”lanjut Uda Lamat.

“Kesudahannya macam mana?” Tanya Datuk lagi.

“Mati.”

Datuk terkejut, biji matanya terbeliak.

“Dia masuk ke hutan cari harimau, bawa parang mahu tetak tengkuk harimau,kesudahannya leher anak buah saya itu dipatahkan oleh harimau, saya berharapperkara macam itu tidak akan jadi pada cucu awak.”

“Saya juga harap perkara buruk tak akan terjadi,” datuk garu pangkal dagu. Merekaberhenti bercakap. Tiba-tiba rasa cemas dan takut menguasai diri saya. Adabermacam-macam suara datang ke lubang telinga saya.

“Apa yang saya suruh awak buat tadi, semuanya itu, petua yang dibuat oleh orangtua lelaki saya pada anak buah saya yang mengalami perkara yang saya sebutkantadi,” cukup teratur Uda Lamat mengungkapkan kata-kata. Dan saya mula faham,apa yang dilakukan oleh nenek pada saya di bilik mandi tadi, adalah petua dari UdaLamat.

“Ya, petua ni kadang-kadang menjadi kadang-kadang tidak,” datuk menyanggah.Saya lihat Uda Lamat anggukkan kepala.

“Memang betul cakap awak. Satu perkara yang pasti, setiap kerja mesti kita mulakan

dengan Bismillah. Kerja petua juga dimulakan dengan Bismillah sambil hatimengharapkan Allah yang maha besar menghilangkan penyakit.”

Page 47: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 47/294

47

“Betul, betul,” datuk angguk kepala.

Uda Lamat hirup kopi yang disediakan oleh nenek. Malam kian larut, suasana terasasunyi. Sesekali terdengar bunyi suara burung jampuk dan jeritan tikus liar di bawah

rumah. Kesunyian malam yang kian tua itu membekalkan rasa dingin yangketerlaluan. Tetapi, saya masih mahu bertahan untuk berada di anjung dalamkeadaan berbaring. Hati kecil saya bagaikan dipaksa-paksa untuk mengikutiperbualan selanjutnya antara Uda Lamat dan datuk.

Saya rasakan kemesraan yang diperlihatkan oleh Uda Lamat itu, adalah sesuatuyang baru. Lelaki tua berkulit hitam, berbadan tegap, berambut putih yangmengelilingi botak di tengah kepalanya itu, tidak pernah merelakan dirinyamenghabiskan masa malamnya di rumah orang. Biasanya, dia merasa bahagiamenghabiskan waktu malamnya dengan salah seorang isteri mudanya. Semuaorang tahu Uda Lamat ada empat isteri. Isteri pertamanya sudah berusi lebih dari

lima puluh tahun.Tetapi, tiga orang lagi isterinya, berusia sekitar tiga puluhan hingga empat puluhan.Ketiga-tiganya memiliki wajah yang menarik. Kekayaannya memiliki berekar-ekar tanah sawah dan kebun getah memberi peluang padanya mempunyai isteri muda.Satu keistimewaan Uda Lamat, tiga orang isteri mudanya cacat anggota, ada yangberjalan tempang, tangan kudung dan bisu. Satu hal yang pasti mereka memiliki rautwajah yang ayu.

Kata orang, Uda Lamat kahwin bukan kerana nafsu tetapi lebih banyak didorongoleh rasa simpati mahu menolong sesama insan yang cacat. Inilah yangmembuatkan orang kampung mengkagumi dan menghormati Uda Lamat. Dan UdaLamat pula tidak pernah merasakan dirinya besar kerana penghormatan itu. Malah,dia sendiri merasakan penghormatan itu tidak pernah wujud pada dirinya.

Jam di dinding rumah berbunyi dua belas kali. Satu teko kopi tanpa susu yangdisediakan oleh neneh sudah habis diminum, sedangkan saya sudah dua kaliterlelap. Bualan datuk dengan Uda Lamat kian mengendur. Tidak serancak tadi. UdaLamat sudah beberapa kali menguap panjang.

“Dah pukul dua belas malam,” Uda Lamat menggosok belakang tangan kanannya.Datuk mendirikan lutut kanannya. Dia senyum ke arah Uda Lamat.

“Ngape, dah mengantuk ke?”

“Tidak, tapi sejuk.”

“Kalau begitu kena baliklah, kena cari kawan yang boleh menghilangkan sejuk,”datuk berjenaka lalu disambut oleh Uda Lamat dengan ketawa panjang. Matanyaberair. Dua tiga kali telapak tangan kanannya memukul lantai anjung. Usikan datukitu amat mencuit hatinya.

“Kalau begitu nasihat awak, biarlah saya balik,” kata Uda Lamat setelah ketawanya

berakhir. Saya yang baring segera angkat kepala. Saya kira Uda Lamat pasti angkatpunggung sebaik sahaja kata-katanya berakhir. Sangkaan saya meleset. Uda Lamat

Page 48: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 48/294

48

kian memperkemaskan silanya.

“Tunggulah sampai subuh, lepas tu bolehlah balik, kalau ada perkara yang tak baik jadi pada cucu saya, bolehlah awak beri petua,” datuk menjentik kepala lutut UdaLamat.

“Saya rasa cucu awak tak apa-apa.”

“Tapi saya mahu awak menemani saya.”

“Tak apa, dia dah pulih, saya yakin perasaannya sudah aman dan tenteram, cucuawak dah pulih. Biarlah saya balik dulu,” Uda Lamat segera bangun. Datuk garuhujung dagunya beberapa kali. Datuk turut bangun dan berdiri di sisi Uda Lamat.

“Saya tak berapa seronok, bila awak balik cepat. Rasanya, saya perlukanpertolongan awak, banyak perkara yang boleh awak tolong saya,” datuk luahkan

perasaannya. Tangan kanannya diletakkan atas bahu kiri Uda Lamat. Buatbeberapa saat Uda Lamat genggam tangan datuk erat-erat. Perlahan-lahan tangandatuk yang tersadai atas bahu dijatuhkannya.

“Tak apa, dengan izin Allah. Cucu awak tak apa-apa. Awak bacalah Quran sampaisubuh,” Uda Lamat tepuk bahu datuk berkali-kali. Senyum datuk terukir di bibir. Sayatahu, senyum itu sekadar untuk melindungi keresahan dalam dirinya. Dia tidakberhasil menahan Uda Lamat bertahan di rumah hingga menjelang subuh.

“Biar saya pergi dulu.”

Uda Lamat menghulurkan tangan. Datuk sambut dengan perasaan yang berbelahbagi. Datuk mengiringi langkah Uda Lamat hingga ke muka pintu. Jamung di kakitangga pun dinyalakan. Angin malam yang bertiup terus merempuh di jamung yangmula marak. Kokok ayam terdengar sayup-sayup.

“Saya balik dulu.”

“Ya, selamat jalan. Terima kasih kerana awak sanggup bersusah payah menolongsaya,” suara datuk merendah.

“Itu hanya adat, hidup sekampung kenalah tolong-menolong.”

“Hanya Allah saja dapat membalas jasa awak.”

“Apa yang kita lakukan adalah atas kemahuan-Nya juga,” Uda Lamat merendahkandiri. Dia pun memulakan langkah pertamanya.

JAMUNG

Bertemankan cahaya jamung, Uda Lamat terus membelah malan yang kian tua. Api jamung melintuk-liuk dirempuh angin. Langkah Uda Lamat tetap teratur. Makin lama,

makin jauh dan mengecil api jamung yang dijulang oleh Uda Lamat dari penglihatanmata datuk. Kokok ayam kian bertalu-talu. Dan angin pun kian rancak berhembus

Page 49: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 49/294

49

menyentuh dedaun dan reranting pokok hingga melahirkan bunyi yang tidakmenentu.

Datuk masuk ke rumah. Daun pintu dirapatkan, terus dikunci. Datuk menyuruh sayamasuk ke bilik. Saya mohon padanya supaya saya dibenarkan tidur di ruang anjung.

“Masuk ke dalam bilik,” suara datuk keras.

“Saya rasa di sini selesa, tuk.”

“Jangan bantah cakap aku, masuk ke dalam. Kalau ada apa-apa hal senang nakbertindak. Kalau tidur di luar nanti kamu melompat tingkap susah pula nanti.”

“Hmm..” Saya lepaskan keluhan kecil. Panas rasa hati, bila datuk menyindir sayabegitu. Rasa benci terhadap datuk datang meluap-luap.

Saya mula terdengar suara Amjal Kamal mengeluarkan perintah yang berbunyi: “Iniperintah, dari hati dari perasaan, dari semangat rohani dan jasmani. Kau ikut apayang aku perintah. Orang itu adalah musuh.” Saya termanggu-manggu, suara itudatang dari segenap sudut, bagaikan mahu pecah gegendang telinga sayadibuatnya.

Saya tidak ada jalan lain, terpaksa menekup kedua belah telinga dengan telapaktangan. Suara itu masih bergema juga. Saya terpaksa melekapkan telinga ke celahpaha. Usaha saya tidak juga berhasil. Batang tubuh Amjal Kamal terpamer di depanmata. Dia mengangkat tangan menyuruh saya melakukan sesuatu.

“Ya, dia musuh,” kata saya.

“Mesti dibunuh, kaulihat kerlipan di bahagian dada kirinya.”

“Ya, saya nampak saya harus membunuhnya. Saya mesti menikamnya denganpisau belati,” sehabis sahaja saya memberikan pengakuan sebilah pisau belati jatuhdi depan saya. Segera saya ambil. Saya merasai diri saya bukan berada di dalamrumah. Tetapi, berada di satu ruang bangunan yang luas macam istana. Seoranglelaki yang kurang jelas wajahnya berdiri di depan saya. Dada sebelah kirinyamengeluarkan cahaya yang berkelip-kelip. Rasa marah datang meluap-luap dalam

rongga dada.

Saya mendekati lelaki itu dengan pisau di tangan. Aneh lelaki itu tetap menanti saya.Inilah yang membuatkan saya bertambah marah. Saya renung benda yang bekelip-kelip di dada sebelah kiri lelaki itu. Saya terus membuat perhitungan untukmembenamkan pisau ke dada lelaki itu. Saya sudah menemui sasarannya. Dengansekali tikam sahaja, saya yakin lelaki itu akan tergolek di lantai.

Saya juga yakin, bila semuanya terlaksana dengan baik. Suara ghaib, yangmemerintah saya melakukan perbuatan itu akan memuji saya. Tentu saya diberikanhadiah.

“Kau sudah sampai saatnya,” terdengar lagi perintah ghaib.

Page 50: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 50/294

50

“Tapi,” perasaan saya bersuara.

“Tidak ada tapi, inilah saatnya untuk kamu membunuh musuh, tikam dengan cepat,”datang lagi suara ghaib. Saya masih berdepan dengan lelaki yang wajahnya tidak

 jelas.

Saya sudah nekad untuk menyelesaikan tugas yang diberikan. Secepat kilat, sayameluru ke arah lelaki yang wajahnya tidak berapa jelas itu. Tanpa membuang masa,saya melepaskan tikaman dengan sekuat hati ke dada kiri lelaki yang bekelip-kelipitu.

“Tamar, kamu melawan,” satu tempikan yang kuat menyumbat ke lubang telingasaya. Badan saya terasa bergoyang. Muka saya menerima tamparan yang kuat.Kulit muka terasa pecah kepedihannya tidak dapat saya gambarkan. Kerana tidakterdaya menahan sakit, saya rebahkan badan di lantai. Saya terdengan bunyi suara

yang amat kuat macam suara deru keretapi. Saya pejamkan mata kerana dalamperhitungan saya, saat kematian sudah sampai.

WAJAH

Bila suara menderu macam keretapi itu hilang. Terasa suasana jadi fana dan sepisekali. Saya buka mata, orang pertama yang saya lihat ialah wajah datuk.

“Kenapa tuk?” Tanya saya.

“Tak ada apa-apa,” jawabnya. Sungguhnya jawapan itu tidak dapat saya terima.Datuk menyembunyikan sesuatu dari saya. Saya kumpulkan segala fikiran untukmenyorot apa yang terjadi. Semuanya tidak berhasil. Saya tidak dapat mengingatiapa-apa pun.

“Kenapa tuk?” Ulang saya lagi.

“Kau menumbuk dada aku tamar,” suara datuk kesal. Saya terdiam, hampir mahumenangis saya mendengar kata-kata dari datuk. Dialah satu-satunya lelaki di duniaini yang saya hormati dan saya sayangi.

“Maafkan saya tuk, saya tak sedar dengan apa yang saya lakukan,” saya berlutut didepan datuk.

“Sudahlah, aku secara tak sengaja menampar kamu,” datuk terus memeluk saya.Pipi saya diusapnya berkali-kali. Wajah datuk nampak sungguh sedih. Dalamkeaadan yang agak gawat itu dia mencium dahi saya. Tanpa disedari sayamenangis.

“Sudahlah Tamar, masuk ke bilik. Pergi tidur.”

“Maafkan saya tuk, saya tak tahu dan tak ingat apa yang saya buat.”

“Sudahlah, ada sesuatu yang tak kena pada kamu, pergilah tidur,” begitu lembut

Page 51: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 51/294

51

nada suara datuk. Permintaannya segera saya akur. Perasaan saya sungguhterharu, datuk sendiri mengemaskan ranjang tidur untuk saya. Datuk selimut tubuhsaya.

MIMPI

Seperti selalu, datuk tetap mengingatkan saya untuk membaca ayat-ayat sucisebelum mengajak mata tidur. Itu pun saya lakukan. Saya baca fatihah dua puluhsatu kali, baca ayat kursi tujuh kali, mengucap dan beberapa ayat lain lagi sayabaca. Saya bersyukur setelah mematuhi cakap datuk itu, saya dapat tidur denganlena. Tidak ada mimpi yang kurang menyenangkan saya alami.

“Bangun Tamar.”

Badan saya digoncang berkali-kali. Antara mahu dengan tidak, saya terpaksamembuka kelopak mata. Buang gebar tebal yang membaluti tubuh.

“Bangun sembahyang,” Sambung datuk.

“Ya,” saya terus bangun. Duduk mencangkung di bibir ranjang.

“Sebelum ambil air sembahyang, buat senanam dulu Tamar.”

“Ya,” jawab saya pendek. Senaman yang biasa saya amalkan terus saya lakukan.Datuk melakukan sembahyang sunat subuh. Selesai senaman, saya pun mahubergegas ke bilik mandi. Tetapi, saya tidak meneruskan langkah tersebut.

“Tamar.”

“Ya tuk.”

“Kita Sembahyang sendirian.”

“Baiklah tuk,” saya pun meneruskan langkah yang terhenti. Rancangan yang sudahdisusun mengalami gangguan sebentar. Pintu bilik air tertutup rapat. Nenek sedangmandi, saya terpaksa menunggu.

Sementara menanti nenek keluar, saya duduk di bangku tidak jauh dari bilik air.Pada mulanya saya berjuntai kaki, kerana tidak tahan disebabkan kedinginan, kakisegera saya letakkan diatas bangku. Saya berpeluk tubuh. Sepatutnya, saya tidakmengalami rasa kedinginan, saya sudah bersenam dan peluh pun sudah pecah.

Barangkali angin pagi bertiup kencang di luar, fikir saya dalam hati sambil menguappanjang. Rasa mengantuk masih terasa.

“Tamar.”

Saya merenung wajah nenek. “datuk kamu di mana?” Sambung nenek.

“Di atas.”

Page 52: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 52/294

52

“Dia biarkan kamu seorang diri di sini?” Nenek tidak berpuas hati dengan tindakandatuk. Saya tersenyum dan saya harus bertindak dengan bijak agar tidak berlakusebarang ketegangan antara datuk dengan nenek yang berpunca dari saya.

“Saya yang minta datuk, jangan ikut saya.”

“Kamu ni, dah sihat benarkah?”

“Sihat, saya memang tidak apa-apa nenek.”

“Hum tak ada apa-apa, bila kau memekik dan nak lari tu bukan apa-apa namanya,”nenek jegilkan biji mata ke arah saya. Tidak ada jawapan yan dapat saya berikanuntuk menafikan kata-kata yang nenek ungkapkan itu.

“Pergi, biar aku tunggu kamu di sini.”

“Tak payah tunggu saya nek, saya tak apa-apa. Kalau nenek tunggu, saya tak mahumasuk ke bilik air,” saya menggunakan senjata ugutan. Malu rasanya sudah besar begini, masih ditunggu nenek.

“Kamu memang keras kepala, tak apalah aku tak tunggu tapi, ada apa-apa cepat-ceoat beritahu aku,” kata nenek.

“Saya tahu, nenek.”

“Hisss.....” nenek menjuihkan bibir ke bawah. Kemudian melangkah kebiliknya. Sayatersenyum lalu bersiul kecil sambil melangkah ke bilik air.

Pada mulanya, saya bercadang mahu mengambil air sembahyang sahaja. Tetapi,bila sudah berada dalam bilik air, seluruh tubuh terasa panas. Saya membuatkeputusan mengejut. Ambil gayung lalu jirus air ke tubuh. Sebaik sahaja air satugayung menyentuh badan, terdengar bunyi tapak kaki orang berlari. Saya tergamamdan gayung di tangan tidak jadi menyeduk air dalam kolah.

“Tamar, kau buat apa tu,” terdengar suara nenek.

“Saya mandi.”

“Selalunya kau tak mandi pagi, kenapa kau mandi pagi kali ni, Tamar.”

“Nek, saya sedar apa yang saya buat,” kata saya lalu membuka pintu bilik air.

HULUR

Saya hulurkan kepala untuk nenek melihat keadaan saya yang sebenar. Ternyataperbuatan saya itu dapat menyakinkan nenek yang saya masih waras. Masih beradadi alam nyata. Tanpa diduga, tindak-tanduk saya itu membuatkan nenek ketawa

terkekeh. Agaknya, dia terasa lucu. Nenek kembali ke tempatnya. Pintu bilik mandisaya rapatkan. Mandi yang tergangu, saya teruskan kembali.

Page 53: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 53/294

53

Baru lima gayung air membasahi tubuh, saya terasa sejuk dan terus mengigil. Gigiatas dengan gigi bawah terus berlaga hingga mengeluarkan bunyi. Saya berhentimandi dan mengambil air sembahyang, kesejukan yang menguasai tubuh membuatsaya merasa kurang selesa untuk berjalan atau bergerak ke mana-mana.

Ini merupakan gangguan yang kurang menyenangkan. Tetapi saya terus melawanrasa sejuk itu dengan melakukan senaman dan berlari hingga sampai ke dalam biliktidur. Saya sarung kain, pakai baju dan songkok.

Saya melangkah dari bilik tidur untuk melakukan sembahyang subuh. Datuk masihduduk tertonggok membaca al-Quran. Suaranya cukup jelas dan nyaring. Sebaiksahaja saya melangkah bendul pinti bilik, kaki kiri saya terasa berat untukmenerusan langkah ke arah sejadah yang terbentang di sisi datuk. Telapak kakisaya bagaikan melekat di papan. Rasa cemas dan mengelabah mula datang kedalam diri, darah gemuruh mula terasa. Saya jadi marah dengan keadaan yang saya

lalui. Saya kumpulkan tenaga, fikiran dan perhatian untuk melawan keadaan yangmelingkari diri saya ketika itu.

Dalam saat yang genting itu, saya merasai seluruh tubuh badan terumbang-ambing,perasaan dan fikiran saya seperti berada dalam satu tempat atau suasana yangberlainan, seolah-olah saya berada dalam dunia yang serba asing.

Diri saya berada dalam satu ruang dewan yang cukup luas. Penuh dengan bangku-bangku yang tersusun rapi tidak diduduki oleh manusia. Ada irama muzik yanglembut. Di pentas, seorang lelaki dengan wajah yang tidak berapa jelas berdiri disitu.

Sekali imbas, wajah lelaki itu menyerupai wajah datuk tetapi bila direnung lama-lamawajah itu bertukar menjadi samar-samar serta tidak begitu jelas.

Saya jadi terpaku dengan apa yang saya hadapi. Saya jadi bodoh, tidak tahu apayang mesti saya lakukan. Dalam keadaan terpinga-pinga itu, saya terdengar bunyideru keretapi malam yang memekakkan anak telinga, kepala terasa sakit, ruangdewan nampak bergegar. Bangku-bangku kosong berlaga sesama sendiri. Sayatutup telinga dengan telapak tangan. Saya pejamkan sepasang kelopak matadengan serapat-rapatnya.

Saya berusaha berhempas pulas untuk melepaskan diri dari keadaan yang tidakmenyenangkan itu. Dalam pergelutan itu, tanpa diduga wajah Amjal Kamal munculbeberapa detik di ruang mata. Bila wajanhnya hilang, bunyi yang tidakmenyenangkan itu juga turut hilang. Suasana teramat amat sepi. Kalau sebatang jarum jatuh pun pasti dapat didengar.

Dalam suasana yang hening itu terdengar suara Amjal Kamal bergema dari sudutruang, mengeluarkan perintah: “Ini perintah, dari hati dair perasaan, dari semangatrohani dan jasmani, kau ikut apa yang aku perintah. Orang itu adalah musuh.”

104. Di Kuasai Suara Aneh 

Page 54: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 54/294

54

Kerana sudah kerapkali berdepan dengan kejadian demikian, saya jadi arif untukmenjawab dan memberhentikan suara yang bergema dari setiap sudut ruang.Seluruh perhatian, saya tumpukan ke arah orang di atas pentas yang wajahnya tidak

berapa jelas.

“Ya, dia memang musuh kita,” terkeluar kata-kata dari kelopak bibir saya. Suaraorang ketawa bergema di ruang dewan. Bila gema ketawa berakhir, gegendangtelinga saya menangkap suara orang berbentuk perintah.

“Kau mesti membunuhnya. Kau nampak kerlipan di bahagian dada kirinya?”

“Saya nampak kerdipan itu, saya mesti membunuhnya.”

“Bagus, kaulah perwira satria. Ayuh lakukan!” Pujian muncul dari setiap ruang

dewan. Telinga saya terasa pekak. Semangat baru meresap ke dalam urat saraf.Hidup mati saya semata-mata untuk mematuhi perintah suara aneh itu.

“Ya, saya mesti melakukannya sekarang. Saya mesti menikamnya dengan pisausampai mati,” satu tekad yang bulat berpadu dalam diri saya.

“Ya, untuk kebenaran dan keadilan, kau lakukan segera. Jangan berlengah-lengahlagi, jangan bertangguh-tangguh.”

“Ya, kata saya penuh semangat.

Pisau yang terselit di pinggang segera saya pegang. Saya cabut dari sarungnya.Dengan tenang dan penuh keyakinan, saya ,melangkah ke arah lelaki di tengahpentras. Saya berlagak dan berpura-pura memberi penghormatan padanya. Makinlama, makin dekat saya dengannya.

Kerlipan di bahagian dada kirinya terus memancar. Menyilaukan mata tetapisemuanya itu tidak menghalang saya untuk menghampirinya. Saya pasti kerlipan itutidak menghalang saya untuk menghampirinya. Sata pasti, kerlipan yang memancar dari bahagian kirinya itu ialah sebuah medal berbentuk empat segi yangmelambangkan seekor tupai bertarung dengan ular senduk. Medal itu dibuat dari

tembaga kuning yang berkilat.

Saya naik ke pentas dari sebelah kanan. Dari tepi pentas, saya menghintunglangkah hingga sepuluh. Berhenti betul-betul di depan lelaki yang wajahnya tidakberapa jelas. Pencarian dari medal yang dipakainya tetap menyilaukan mata saya.Tanpa membuang masa, saya terus menundukkan kepala memberi hormatpadanya.

“Kamu,” lelaki itu bersuara dengan rasa terkejut.

“Ya”’ jawab saya.

Page 55: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 55/294

55

TAHU

Seperti mengetahui apa yang akan saya lakukan terhadapnya, lelaki itumemusingkan badannya, membelangkangi saya. Kerlipan dari medal yang

dipakainya tidak dapat saya lihat. Pandangan saya jadi gelap, dalam keadaan yangagak cemas itu pisau di tangan saya angkat tinggi-tinggi. Saya cuba menahan diridari melakukan sesuatu. Kerana pisau sudah di angkat tinggi, usaha saya menemuikegagalan.

Cukup pantas sekali saya rasakan gerakan tangan. Pisau terus terbenam kebahagian belakang lelaki itu. Saya lihat tubuh lelaki itu berkecai dalam percikancahaya bersinar. Medal yang berkilau-kilau bergeral pada setiap ruang dewan.Akhirnya, berlaga dengan dinding dewan, berkecai menjadi serpihan yang halus. Dimana-mana saya lihat api menyala dengan marak sekali.

Saya juga terdengar suara dari setiap sudut dewan, bergema dengan sejuta pujian.Semuanya memberi ucapan tahniah dan menganggap saya sebagai seorangpahlawan besar yang berjaya menghancurkan kedurjanaan demi untuk menegakkankeadilan dan kebenaran. Saya terasa dan melihat jambangan bunga tidak putus-putus di campakkan ke arah saya. Berlonggok-longgok di tengah ruang dewan.Saya tersenyum bangga, suara pujian terus bergema.

“Kamu dah jalankan tugas suci,” terdengar suara Amjal Kamal. Segera saya toleh kekiri, dalam keadaan yang samar-samar itu, saya lihat Amjal Kamal tersenyum kearah saya. Bila saya membuka kelopak bibir untuk mengucapkan sesuatu, AmjalKamal terus hilang dari penglihatan saya.

Kerana yakin masih ada perintah selanjutnya, saya terus berdiri di tengah ruangdewqn dengan pisau di tangan. Masa terus berlalu, perintah yang diharapkan tidak juga muncul. Saya terus memandang ke arah longgokkan bunga di tengah ruangdewan. Aneh sungguh, longgokan bunga itu bergerak secara perlahan-lahan.

“Aduh, sakitnya,” terdengar suara dari celah-celah longgokan bunga. Suasana cukupsepi sekali. Antara sedar dengan tidak, diri terasa mengembara dari alam khayalmenuju ke alam nyata.

PANGKAL

Di saat-saat terumbang-ambing itu, saya terasa pangkal peha kanan saya dihentakoleh sesuatu dengan kuat sekali. Tubuh saya terpelanting ke dinding. Dari dindingbergerak ke kanan lalu terkandas pada almari cermin. Kaca almari pecah berderai.

“Ah,” saya mengeluh seprti tersedar dari mimpi. Pecahan kaca terdampar ataskepala, bahu dan belakang. Saya masih bernasib baik kerana tidak luka. Saya cubabangun tetapi tidak berjaya. Bahagian rusuk kanan saya terasa pedih bila saya cuba

berdiri.

Page 56: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 56/294

56

Saya terpandangkan nenek yang berdiri di sebelah kiri. Dengan lembut perempuanitu mengutip pecahan kaca di tubuh saya. Semua pecahan kaca itu di isi di dalambaldi plastik.

“Apa kena kamu ni, Tamar. Tak habis-habis buat hal,” nenek merungut.

“Kenapa nek?” Tanya saya.

“Kamu tengok sendiri,” nada suara nenek separuh keras. Jari telunjuknya menghalake arah datuk. Saya lihat datuk mengerang kesakitan. Kesan darah masih dapatdilihat pada kain putih yang melilit bahagian rusuk kirinya. Di hujung sejadahnya,saya terlihat pisau pemotong bawang tersadai berlumuran darah.

Beberapa orang jiran tetangga bermunculan di muka pintu di pagi yang bening itu.Barangkali, mereka dapat mengikuti apa yang terjadi dalam rumah sejak subuh tadi.

“Kenapa dengan Tuk ini?” soal saya dengan rasa terkejut. Nenek gelengkan kepala.

“Kamu tikam dia, Tamar,” jelas nenek.

“Ya Allah,” saya mula meraung sekuat hati. Seluruh isi kampung menjadi gempar.

Raungan saya itu menambahkan lagi para jiran berdatangan ke rumah. Semuanyaterpaku dan terpukau melihat apa yang terjadi. Beberapa orang jiran bersedia untukmengusung datuk ke hospital tetapi datuk menolak budi para jiran itu. Menurutdatuk, luka yang dialami tidak besar, boleh diubati secara kampung. Beberapa oranglelaki terus menangkap saya. Mereka juga memerintahkan nenek supayamenyimpan benda-benda tajam di tempat selamat.

“Ikat,” ujar jiran kepada seorang jiran yang lain. Dalam beberapa saat sahajasepasang tangan saya diikat dengan tali belati. Begitu juga dengan sepasang kakisaya. Tidak ada perlawanan yang saya lakukan kerana saya sendiri tidak sedar bagaimana saya melakukan perkara tersebut.

“Kita serahkan pada polis, biar dibawa ke hospital. Boleh otaknya diperiksa. Budakni dah gila. Kalau dibiarkan di rumah, ramai orang yang mati,” seorang perempuanbermulut celupar mengeluarkan pendapat. Saya lihat kebanyakan jiran bersetuju

dengan pendapatnya itu.

Nenek termenung, macam ada sesuatu yang difikirkannya. Datuk meraba ke arahbalutan lukanya.

“Jangan dipengapakan dia. Apa yang dibuatnya, dia sendiri tidak tahu. Ada kuasalain yang meresap ke dalam dirinya,” kata datuk. Dia berdiri sambil menekan ke arahbahagian berbalut. Nenek tidak berkata apa-apa. Matanya masih terpaku ke arah talibelati yang membelit sepasang tangan dan kaki saya.

“Saya mengucapkan terima kasih di atas perhatian kawan-kawan. Bukakan tali belati

itu,” datuk mengeluarkan arahan. Ikatan di tangan dan kaki saya segera dibuka.Beberapa orang jiran berpandangan sesama sendiri. Mereka kurang senang dengan

Page 57: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 57/294

57

tindakan datuk yang enggan menyerahkan saya kepada pihak polis untuk ditahandan dihantar ke hospital bagi menjalani pemeriksaan mental.

KELUAR

Memang wajar mereka memprotes tindakan datuk itu, kerana perbuatan yang sayaperlihatkan pada mereka membayangkan diri saya kurang waras. Orang yangberfikiran warsa, tidak akan menikam datuknya yang mahu bersembahyang. Merekabimbang kalau perbuatan itu melarat keluar rumah. Mungkin satu ketika, sayamenyerbu ke masjid lalu menikam orang-orang yang sedang berjemaah di situ.

“Saya tahu, apa yang semua bimbangkan. Percayalah pada saya, dengan izin Allah,masalah cucu saya ni, boleh diselesaikan dengan baik,” datuk memberitahu para jiran yang seakan-akan enggan bergerak dari ruang rumah.

“Saya berjanji kalau tak boleh diatasi, saya serahkan pada awak semua untukdihantarkan ke Tampoi atau Tanjung Rambutan,” datuk memberikan janji yang padu.

“Kami bukan apa-apa, kami takut kalau dia mengacau orang lain,” para jiranmenyatakan pendapatnya.

“Saya faham. Kalau awak susah, saya lagi susah. Dia cucu saya, berapalah beratmata memandang, berat lagi bahu memikul. Saya tak suka perkara begini, apakandaya sudah takdir untuk saya menerimanya,” datuk merayu penuh keikhlasan.Wajahnya berkerut. Mungkin dia menahan rasa sakit.

“Kami faham, sebagai jiran kami juga ada rasa bimbang dan takut,” sambung jiranitu lagi.

“Bimbang dan takut tu, memang hak kamu. Aku tak marah dan tak kecil hati. Berilahkesempatan pada aku untuk memulihkannya,” begitu lembut nada suara datuk.

Tanpa banyak cakap, para jiran meninggalkan rumah dengan wajah yang tenang,beberapa orang daripada mereka terus memeluk datuk menyatakan rasa simpatisambil berjanji tidak akan membiarkan datuk bersendirian di dalam masalah ini.

LUKA

Bagi menyembuhkan segera luka yang dialami, datuk memanfaatkan perubatansecara tradisional. Dia menggunakan ramuan beberapa helai daun dan kulit pokok.Bahan-bahan itu disatukan lalu ditumbuk hingga lumat dan dicampurkan dengansetitik embun jantan.

Sebelum bahan-bahan itu digunakan, datuk membersihkan luka di rusuk kiri dengan

air panas. Setelah bahan-bahan itu disapukan ke tempat yang luka, datuk terusminum segelas air kunyit dan segelas air rebusan dari akar-akar kayu. Dalam

Page 58: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 58/294

58

beberapa jam luka itu terus kering. Tidak bengkak dan tidak bernanah. Datuk bolehbergerak ke mana sahaja, seolah-olah dia tidak mengalami sebarang kecelakaan.

“Tak apalah Tamar, semuanya terjadi masa kau tak sedar,” itulah ungkapan pertamadari datuk setelah empat jam peristiwa yang mengerikan itu berlalu. Datuk tidak

memperlihatkan rasa kurang senang dan gundah gulana dengan apa yang telahberlalu. Dia tetap melayani saya seperti biasa. Masih mahu bercerita tentang akar dan dedaun kayu yang boleh dijadikan ubat luka. Datuk menasihati saya supaya jangan susah hati.

Saya kira sebagai seorang tua, rasa bimbang dan cemas itu pasti ada di dalam diridatuk. Dia tahu, sejak tadi saya tidak berubah tempat, masih termenung. Mungkin juga dia tahu yang seluruh pemikiran saya masih berpusat pada suara-suara ghaibyang menyuruh saya melakukan sesuatu. Apa yang pasti, datuk tidak mahu dirinyaberada dalam jarak yang jauh dengan saya. Gerak-geri saya sentiasa di dalampengawasannya.

“Tamar,” itu suara datuk. Saya renung ke arahnya dan melihat kelopak bibirnyabergerak. Saya tidak menjawab panggilan datuk itu kerana saya merasakan itubukanlah suara datuk tetapi suara Amjal Kamal yang keluar dari kelopak bibir datuk.

“Tamar, Tamar, dengar sini.”

“Ya, saya faham dan bersedia patuh dengan perintah.”

“Tamaaaaaarrr,” jerit datuk lalu badan saya digoncangnya berkali-kali. Serentakdengan itu dia membaca surah Al-Ikhlas.

“Tamar,” nada suaranya bertambah lunak.

“Tamar,” ulang datuk lagi. Nada suaranya kali ini cukup lunak. Saya raba jejari saya,saya raba pipinya dan datuk membiarkan sahaja yang saya lakukan.

“Ini datuk?”

“Ya.”

“Tadi suara datuk panggil nama saya?”

“Ya, Tamar.”

“Jadi, tadi bukanlah suara Amjal Kamal? Apakah yang saya dengar tadi, suaradatuk?” Saya seperti merungut. Datuk anggukkan kepala. Perlahan-lahan datukmemaut tubuh saya, disuruhnya saya berdiri. Kemudian saya dibimbingnya keanjung rumah. Disuruh duduk menghala ke arah matahari jatuh.

“Amjal Kamal tu, kawan kamu Tamar?” Soal datuk.

Saya gelengkan kepala. Datuk menarik nafas panjag. Sesekali datuk renung ke arahhalaman rumah yang disinari matahari pagi.

Page 59: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 59/294

59

“Tapi kau kenal dia, walapun kau tidak begitu rapat dengannya?” menyusul lagipertanyaan daripada datuk yang membuat saya lemah. Perasaan saya kian resah.Entah mengapa, saya begitu cemas dan takut bila nama Amjal Kamal disebut-sebut.Setelah berfikir panjang beberapa kali, saya terus menceritakan apa yang telah saya

lalui pada datuk.

“Ini perkara biasa Tamar. Orang yang lemah semangat, lemah iman dan tidak adakekuatan batin selalu dikuasai oleh pihak yang mahu menjahanamkan manusia,” itukomentar datuk setelah mendengar cerita dari saya.

“Apa saya memang lemah?”

“Boleh jadi,” datuk tersenyum lalu merenung ke kaki tangga. Dia menyambut salamUda Lamat.

“Naiklah,” jemput datuk.

“Tak disuruh pun saya tetap naik,” sahut Uda Lamat lalu naik ke anjung dan dudukdekat datuk.

ZIARAH

Kedatangan Uda Lamat pagi itu, semata-mata untuk menziarahi saya. Dia amatgembira kerana keadaan saya agak baik. Semua pergelengangan kaki dan tanganserta sendi-sendi saya diperiksa dan dipicit. Kemudian Uda Lamat membukakelopak mata kiri dan kanan saya.

“Tidak begitu baik lagi,” bisiknya lembut kepada datuk.

“Apa yang patut dibuat?”

“Berikhtiar minta pertolongan dari Allah. Syaitan, kalau sudah meresap ke dalamtubuh payah mahu keluar,” tambah Uda Lamat lagi. Datuk menarik nafas panjang-panjang.

Tiba-tiba badan saya menggeletar. Suara-suara aneh mula terdengar. Wajah AmjalKamal tenggelam timbul di depan mata. Saya mula terasa tubuh memiliki kekuatanyang luar biasa.

“Tamar,” sergah datuk.

“Apa yang kamu mahu?” saya mula menentang wajah datuk. Saya rasa datuk terlalukecil berdiri di depan saya. Walaupun demikian, setiap kali datuk malafazkankalimat-kalimat Allah ke arah saya, seluruh badan sata terasa panas.

“Jangan, saya tak tahan,” rayuan saya tidak dipedulikan oleh datuk. Dia terusmembaca hingga saya tidak sanggup menetang biji matanya. Saya rebah di depan

Page 60: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 60/294

60

datuk.

Ketika itu saya terdengar suara aneh yang mengutuk diri saya. Mereka tuduh sayapengkhianat, tidak setia pada perintah. Mereka mahu menamatkan riwayat hidupsaya dengan membenamkan tubuh saya ke dalam tasik yang berbuih. Saya segera

merenung minta tolong.

“Tamar,” seru datuk serentak dengan itu satu baldi air jatuh ke muka.

“Tamar kau tidak apa-apa, ingat Allah berkuasa atas segala-galanya,” Uda Lamatbersuara lembut. Dia duduk mencangkung di depan saya. Biji matanya dengan bijimata saya berlaga.

“Mengucap Tamar, Ashaduan la...,” tambah Uda Lamat. Tanpa bertanguh-tangguhlagi saya terus mengikut Uda Lamat mengucap hingga akhir.

“Bagus, bagus,” Uda Lamat terus menepuk bahu saya bertalu-talu. Tidak memadaidengan itu, tubuh saya yang basah terus dipeluknya erat-erat. Datuk tidak berkataapa-apa. Dia kelihatan tenang. Bibirnya kelihatan bergerak-gerak. Pasti datukmembaca ayat-ayat suci.

“Saya dahaga,” kata saya pada Uda Lamat. Cepat-cepat Uda Lamat memberitahukepada nenek. Tidak sampai dua saat, secawan air sejuk sudah berada di depansaya. Ketika tangkai cawan saya sentuh, datuk segera menarik cawan yang berisiair dingin ke arahnya. Perbuatan datuk itu menghampakan saya.

“Saya dahaga,” saya merayu.

“Aku tahu, apa kau tak boleh sabar sedikit,” tengking datuk.

“Haaa..,” saya terkejut dan hampir menitiskan air mata.

Uda Lamat memperkemaskan duduknya bersedia melakukan apa sahaja andainyasaya bertindak secara mengejut. Rasa dahaga bagaikan tidak tertahan, tekak terasapedih dan perit. Apa yang saya fikirkan, ialah air untuk membasahkan tekak. Tidakterniat di hati saya untuk melakukan sesuatu, apatah lagi untuk melawan datuk.Datuk terus mmbaca sesuatu di bibir cawan. Bila pembacaannya selesai, cawan

berisi air itu diserahkan pada Uda Lamat.

“Berikan padanya,” datuk mengeluarkan perintah.

“Awak baca surah apa?” Tanya Uda Lamat.

“Saya baca Al-Fatihah 20 kali, dengan izin Allah, syaitan dan Iblis yang berlindungdalam diri cucu saya akan keluar.

“Saya faham, Allah berhak melakukan sesuatu, kita memohon padanya,” sanggahUda Lamat. Saya resah, terasa cukup lama cawan itu berada di tangan Uda Lamat.

Kenapa saya diseksa begitu kejam.

Page 61: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 61/294

61

“Nah, Tamar.”

Uda Lamat menghulurkan cawan berisi air kepada saya. Cepat-cepat sayamenyambutnya lalu dilekatkan ke bibir.

“Nanti dulu, baca Bismillah sebelum diminum,” Uda Lamat pegang pergelangantangan saya. Apa yang disuruh oleh Uda Lamat segera saya patuhi. Setelah selesaimembaca Bismillah, saya terus meneguk air tersebut.

105. Mandi Di Ambang Pintu 

Sebaik sahaja air sejuk berlari di kerongkong, urat saraf di setiap sendi badan terasaseperti disentap-sentap. Serentak dengan itu terdengar bunyi dentuman yang kuat ditelinga macam bunyi petir. Cawan di tangan terlepas lalu jatuh di atas lantai. Pecahberderai. Tenaga saya makin lemah.

“Tamar dengar cakap aku ini. Allah itu maha ESA, berkuasa atas segalanya. PadaAllah kita minta pertolongan, bacalah surah Al-Ikhlas, Qulhuwallah,” Uda Lamatmemberi arahan. Saya terus mengikuti arahannya. Tiga kali saya baca surah Al-Ikhlas dengan penuh khusyuk.

“Tamar, renung ke sini.”

Bagaikan kilat saya menoleh ke arah datangnya suara datuk. Serentak dengan itudatuk memegang pergelangan tangan kanan saya. Dia memaksa saya merenung kearah biji matanya.

“Renung biji mata aku, Tamar.”

“Baik, tuk.”

“Ikut gerak bibir aku, Tamar.”

“Ya, tuk.”

“Tumpukan perhatian padanya, pasang telinga kau. Dengar apa yang dicakapkan,”

Uda Lamat memberikan petunjuk. Saya terus anggukkan kepala. Sedia patuhdengan apa jua perintah.

Memang tidak sukar bagi saya mengikuti kalimah-kalimah yang diucapkan olehdatuk. Datuk membaca beberapa rangkaian ayat dari al-Quran yang pernah sayabaca pada setiap malam Jumaat. Ayat-ayat itu bagaikan luput dari ingatan sejaksuara aneh menguasai diri saya.

Bila datuk menyebutnya di depan saya, barulah saya teringat dengan ayat-ayattersebut. Pada mulanya, pembacaan saya memang tidak lancar. Setelah tiga kaliberturut-turut mendengar dan mengikuti gerak bibir datuk barulah saya faham.

Tidak saya nafikan, setiap kali ayat-ayat yang datuk lafazkan itu, saya ikuti dengan

Page 62: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 62/294

62

penuh perasaan, dada terasa amat panas. Hati tidak tentu arah, menggelabah tanpasebab. Uda Lamat, orang tua yang banyak pengalaman dan asam garam dalamkehidupan itu, tidak mahu meninggalkan datuk sendirian di ruang anjung rumah.Setiap gerak geri saya diawasinya, hinggakan gerak telinga, pernafasan, jejari sayatidak terlepas dari pengawasan Uda Lamat.

Pada hemat saya, kedatangan Uda Lamat memang dirancang untuk jadi pembantudatuk dalam usaha memulihkan diri saya.

“Bertenang, Tamar,” kata Uda Lamat. Bila melihat tubuh saya tersentap-sentapmacam terkena kejutan elektrik. Badan saya berpeluh dengan banyak. Mungkinpeluh itu terjadi akibat cuaca pagi yang kian membahang di luar atau akibat daritekanan perasaan dalam diri saya.

“Dia dah lemah tu,” sayup-sayup terdengar suara datuk.

“Baca lagi, hingga lemah betul,” suara Uda Lamat masih dapat ditangkap olehgegendang telinga saya. Ketika itu, saya merasai diri saya berada dalam keadaanfana dan sepi. Antara fana dan sepi tiu, saya terlihat ada bayang-bayang nipis yangkeluar dari tubuh saya, (lebih tepat dari bahagian dada). Kepulan asap yang nipis ituberpusu-pusu di sebelah kiri saya. Aneh sekali, kepulan asap yang nipis itumembentuk sifat diri saya.

Saya tidak berkata apa-apa. Suara saya tidak keluar. Mulut bagaikan terkunci. Cumatangan daya tergapai-gapai ke kiri dan ke kanan. Maksud saya itu, tidak dapatditangkap oleh datuk dan Uda Lamat. Mungkin mereka tidak sedar dengan apa yangterjadi. Bayang-bayang nipis dan halus yang menyerupai diri saya itu terus bergerakke pintu rumah. Berdiri di ambang pintu, saya lihat diri saya menangis dan merataphiba di situ. Menghempaskan diri pada jenang pintu hingga mengeluarkan darah darikepala dan muka.

Paling akhir, saya lihat diri saya bertukar menjadi batang tubuh Amjal Kamal,pamerkan diri di depan datuk. Tetapi, bila datuk melafazkan beberapa ayat darisurah Al-Imran, bebayang tubuh amjal Kamal berkecai dan hancur lalu bersatudengan udara. Keluar dari rumah dengan meninggalkan jeritan yang halus dancukup nyaring.

Saya bertambah lemah. Dalam usaha memulihkan saya, sama ada dari segikekuatan tubuh dan otak, datuk lagi sekali menggunakan ramuan tradisional. Diatidak memerlukan pertolongan dari nenek, kecuali untuk menyediakan dua gelas air panas, kali ini datuk memerlukan tenaga dari Uda Lamat yang begitu matangdengan akar kayu dan pepucuk berkhasiat.

PERTAMA

Petua pertama datuk dan Uda Lamat lakukan terhadap saya ialah mandi di ambang

pintu. Kemudian disuruh berjemur di tengah panas untuk kira-kira lima minit. Masaberjemur saya diawasi oleh Uda Lamat. Datuk merebus pepucuk daun. Akar kayu

Page 63: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 63/294

63

diketuk atau dihimpit dengan satu alat keras dan berat hingga mengeluarkan air.

Pepucuk daun yang direbus, disuruh makan begitu sahaja. Kepalang pahitnya,apakan daya saya tidak terdaya membantah. Saya disuruh berehat selama limaminit dengan berbaring hingga saya tertidur. Saya dikejutkan semula, disuruh minum

air madu lebah yang dicampurkan dengan air dari akar kayu.

“Minum dengan sekali nafas sebelum minum. Baca Bismillah dan mohon pada Allahsupaya diberikan kekuatan fikiran seperti sediakala, terhindar dari pengaruh tidaksihat,” datuk mengingatkan saya.

“Apa doanya tuk?”

“Berdoa dalam Bahasa Melayu. Allah mengerti apa bahasa yang diucapkan olehmakhluknya. Apa yang penting permintaan itu mesti ikhlas,” sahut datuk. Sayalakukan apa yang datuk suruh. Manisan lebah yang bercampur dengan air akar kayu

terus saya teguk. Rasa pahit dengan manis terus menguasai anak tekak. Datuktersenyum melihat muka saya mula kemerah-merahan.

“Madu lebah ni, memang banyak khasiatnya. Sayangnya, orang kita tak tahumenggunakannya. Orang tua-tua yang tahu macam mana menjadikan madu lebahini sebagai ubat, tidak pula menurunkan petua itu pada orang-orang terkemudiandarinya,” datuk memulakan satu ceramah kecil di depan saya dan Uda Lamat. Sayatidak memberikan sebarang komentar, dada saya terasa lapang. Dalam beberapasaat sahaja badan saya berpeluh. Terasa bertenaga kembali. Fikiran tidak pulabercelaru, terasa amat lapang sekali.

“Kadang-kadang orang tua-tua ada memberikan petua. Tetapi, golongan baru takmahu amalkan petua tu, kononya, petua adalah pendapat kuno, tidak sesuai denganperedaran zaman sains dan teknologi. Akibatnya petua itu dilupakan. Kita ni,setinggi melangit sekalipun pelajaran, pandai bergaul dan berbudaya moden,sebaik-baiknya petua orang tua-tua jangan dilupakan,” Uda Lamat sepertimenyokong pendapat datuk. “Bila kita tidak lupa asal budaya, petua nenek moyangkita sendiri, selamat kita dalam hidup,” tambah datuk. Saya tersenyum.

Di luar panas kian terik, angin pun tidak bertiup. Entah mengapa, dalam cuaca yangagak panas itu, saya rasa mengantuk. Uda Lamat menasihatkan saya supaya

membasuh muka. Saya terus ke dapur dan masuh muka.

“Macam mana Tamar?” Tanyanya ketika saya melintasi di ruang tengah.

“Setakat ini, tidak ada apa-apa,” kata saya.

“Kamu kena badi hutan.”

“Entah,” saya terus gelengkan kepala. Meneruskan langkah yang terhenti.Sebenarnya, saya tidak mahu mengingati dengan apa yang telah saya alami. Dansecara kebetulan pula, beberapa bahagian dari peristiwa itu bagaikan terus hilang

dari ingatan saya,. Jika ada orang yang meminta saya menceritakan kembali,mungkin sebahagian kecil sahaja yang saya ingati.

Page 64: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 64/294

64

“Duduk sini,” Uda Lamat memanggil saya. Bila dilihatnya saya mahu duduk di sudutkanan anjung rumah. Sebaik sahaja saya duduk datuk terus bangun, dia menuju kehalaman rumah membetulkan kedudukan beberapa batang buluh yang dijemurnya.

Menjemur batang-batang buluh yang baru ditebang, memang kerja datuk. Bilabuluh-buluh itu berubah warna, datuk terus membelahnya untuk dijadikan bilah lokahatau dibuat raga besar bagi mengisi pisang. Saya tersenyum, melihat muka datukberkerut-kerut menahan panas, kedua belah pelipisnya mula ditumbuhi peluh-peluhhalus.

“Saya nak tanya,” kata saya pada Uda Lamat.

“Silakan, Tamar.”

“Benarkah apa yang terjadi pada saya ni, kerana ketegur atau kena badi orang mati

bunuh diri?” Tanpa segan-segan saya ajukan pertanyaan pada Uda Lamat, satarasa gembira angin yang bertiup di luar rumah masuk ke ruang anjung, badan terasasejuk. Saya renung jam yang tersangkut di dinding, sudah hampir pukul sebelaspagi.

“Kamu jangan tak tahu Tamar, itu bukannya badi, bukannya penunggu atau ketegur,tetapi semuanya itu kerja iblis,” suara Uda Lamat meninggi. Matanya merenung kearah datuk yang melangkah dalam panas ke arah anjung rumah.

“Saya membaca ayat-ayat suci, waktu berdepan dengan perkara-perkara yang pelikyang saya fikirkan ada iblis atau syaitan terlibat sama,” ujar saya penuh yakin. Datuksampai ke ruang anjung, terus duduk.

“Soalnya, masa kamu menyebut ayat-ayat suci itu, adakah kamu yakin yang hati danperasaan kamu tidak was-was padanya. Dengan bisikan jahat dan was-was inilahiblis telah menipu Nabi Adam. Menimbulkan rasa was-was, memang kerja iblis,”tanpa diduga datuk turut campur dalam perbualan saya dengan Uda Lamat.

SERONOK

Bila datuk campur tangan dalam hal seperti ini, hati saya tidak begitu seronok. Datukselalu bertindak mahu mengajar dan membetulkan kesilapan diri saya di depantetamu, perbuatannya itu secara tidak langsung memperbodoh-bodohkan diri saya.Inilah perkara uyang memang tidak saya gemari. Sebabnya, saya merasakan dirisaya bukan budak-budak yang berusia antara sembilan hingga sepuluh tahun.

“Apa yang datuk kamu cakap itu memang betul,” Uda Lamat renung muka saya.Sebagai mengambil hati dan rasa hormat pada orang tua, saya terus tersengih.Datuk anggukkan kepala. Matanya merenung ke halaman rumah yang kelihatanmembahang dengan cuaca panas.

“Selain daripada bentuk asalnya, iblis dan syaitan kadang-kadang menyerupai

Page 65: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 65/294

65

manusa. Boleh bercakap-cakap dengan manusia, memberi nasihat pada kita,” lanjutUda Lamat dengan wajah yang serius.

“Peliknya, iblis boleh menyuruh dan menegah manusia daripada melakukansesuatu,” sampuk datuk. Uda Lamat kelihatan bertambah bersemangat. Kemudian,

datuk dan Uda Lamat terus menceritakan tentang peranan iblis dalam tingkah lakuanak Adam. Biasanya, iblis atau syaitan akan menggoda manusia ketika seseorangitu berada dalam keadaan:

Marah dan bernafsu.

Melalui rasa dengki yang membara pada diri.

Waktu manusia terlalu kenyang dengan makanan dan minuman.

Ketika manusia menyukai perhiasan yang berlebihan, seperti hiasan bangunan,

pakaian dan barang-barang kemas.

Sifat tamak.

Sifat terburu-buru.

Menerusi sifat bakhil.

Menerusi rasa fanatik mazhab.

Waktu manusia mementingkan diri sendiri.

Menerusi rasa atau sifat prasangka buruk terhadap saudaranya yang Islam.

Demikian datuk dan Uda Lamat menguraikan peranan iblis. Saya menerimaketerangannya itu sambil berfikir bahawa iblis ada seribu cara untuk meruntuhkandan mendorong manusia ke arah jalan yang tidak diredhai oleh Allah. Saya terusmenarik bafas panjang.

“Bila dalam diri manusia terdapat perkara-perkara yang disebutkan tadi, mudah sajasyaitan dan iblis menjalankan jarumnya,” dengan nada suara yang lembut datukmengungkapkan kata-kata itu. Dia renung ke arah saya. Cepat-cepat sayamenundukkan kepala. Terasa angin yang berlegar-legar dalam ruang anjungmenyentuh hujung rambut di pelipis kiri.

Tanpa diduga, nenek menghidangkan satu teko kopi panas bersama dua cawankosong. Saya kira nenek terlalu lambat menyediakan semuanya itu. Kenapa sudahberjam-jam Uda Lamat berada di rumah, baru disogokkan dengan kopi. Apakahdatuk mengeluarkan perintah agar nenek berbuat demikian? Timbul pertanyaandalam diri saya.

“Minta maaf,saya terlambat,” nenek bersuara.

Page 66: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 66/294

66

“Awak buat apa hingga terlambat?” Soal datuk.

“Tadi, saya ke kedai nak beli tepung untuk buat kuih nak jamu awak dan Uda Lamat,sampai ke kedai runcit saya tersangkut.”

“Mendengar cerita orang tau belajar mengumpat,” datuk membuat tuduhan secaraterbuka pada nenek.

Saya lihat wajah nenek berubah. Sesungguhnya, tidak ada sesiapa yang gembirabila dituduh secara melulu di depan tetamu. Sebagai isteri yang penyabar,kayadengan pengalaman serta asam garam kehidupan, Nenek tidak memperlihatkankemarahannya. Dia tetap tenang dengan senyum segar di bibir tua.

“Beberapa orang menasihatkan saya.. ,” nenek berhenti bercakap. Dia tuangkan air kopi ke cawan untuk datuk.

“Apa yang mereka nasihatkan awak?” Tanya datuk lalu berdirikan lututnya. Telapaktangan kanannya diletakkan ke atas tempurung kepala lutut kiri. Dia terus termenungsambil mengerutkan dahinya. Tetapi sepasang matanya tertumpu ke wajah UdaLamat.

“Siapa yang menasihatkan awak tu?” Datuk mula cungkil rahsia. Nenek tetaptenang. Dia bersila di depan datuk.

“Tuan kedai menasihatkan kita supaya mengadakan jamuan atau semahan,” nenekmulakan cerita dengan wajah bersahaja. “Tujuannya, untuk menjamu penungguhutan, penunggu gunung, penunggu paya supaya jangan mengganggu cucu kitadan orang-orang kampung yang lain,” nenek berhenti bercakap. Dia menelan air liur.

“Tuan kedai tempat awak mengambil barang tu namanya, Haji Taufik?” Uda Lamatkemukakan pertanyaan. Nenek anggukkan kepala. Saya lihat datuk resah, macamada sesuatu yang mengganggu ketenteraman dirinya.

“Kenapa Pak Haji menyuruh kita membuat sesuatu yang bertentangan dengan

hukum Allah,” Uda lamat seperti mengeluh. Nenek terus bangun, menuju ke ruangdapur. Datang kembali ke anjung rumah membawa segelas air halia yang sudahditaruh dengan beberapa titik madu lebah. Air itu, adalah untuk saya. Mungkin air halia bercampur dengan madu lebah mempunyai khasiatnya tersendiri. Tidakmengapa, bila Uda Lamat pulang, perkara itu akan saya tanyakan pada nenek ataudatuk.

“Perbuatan khurafat,” suara datuk keras. Sepasang biji matanya terbeliak merenungmuka saya. Menggigit bibir bersama rasa kesal yang amat sangat.

“Iblis memang tidak pernah berhenti dari berusaha menjadikan manusia

memandang yang buruk itu baik, yang baik itu buruk, memang sudah aku dugaperkara seperti ini akan timbul,” lanjut datuk lagi.

Page 67: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 67/294

67

“Tak mengapa, kita harus membetulkan anggapan yang silap itu. Kita beritahutempat kita mengadu dan meminta hanyalah pada Allah yang Maha Besar,bukannya pada penunggu, bukannya pada keramat,” Uda Lamat cuba menyejukkanhati datuk. “Ya, kita berusaha ke arah itu,” sahut datuk.

Saya kira, perkara yang dibincangkan itu habis di situ sahaja. Ternyata perkiraansaya itu tidak tepat, datuk dan Uda Lamat terus bercerita tentang masalah yangbersangkut paut dengan pendirian masing-masing. Tentu sahaja perkara semacamini, tidak mengembirakan saya.

“Saya nak keluar, jalan-jalan keliling kampung tuk,” saya ajukan permintaan padadatuk. Uda Lamat renung muka saya.

“Jalan keliling kampung tu di mana?” Datuk meminta kepastian. Biji matanyatertumbuk ke wajah saya. Rasa cemas kembali bertandang dalam diri saya.

“Saya nak ke kebun, saya nak tengok pokok pisang, betik dan lain-lain lagi,” ungkapsaya penuh ikhlas.

“Tak payah,” datuk memberikan kata muktamad. Saya menelan air liur kecewa. UdaLamat dapat membaca rasa hampa dalam diri saya melalui riak muka.

“Tak payah pergi Tamar, dengar cakap datuk kau tu. Kamu tak berapa sihat,” UdaLamat menyejukkan hati dan perasaan saya. Nasihatnya itu saya terima.

“Sebagai orang Melayu beragama Islam, kita adalah orang yang bertuah danberuntung di dunia,” Uda Lamat lunjurkan kedua belah kakinya, membayangkan diamahu bercerita secara serius dan panjang pula.

“Kenapa awak kata macam tu?” Tanya datuk.

“Apa yang ada pada kita, tidak ada pada orang Jepun, tidak ada pula pada orangInggeris dan tidak ada pada orang Amerika,” jawab Uda Lamat. Jawapannya itutidak menyenangkan diri datuk. Saya mula merasakan keterangan Uda Lamat itukebudak-budakkan. Sebabnya, pada hemat saya orang-orang Jepun, Perancis,Amerika dan Inggeris satu bangsa yang maju dapat bergerak dan berkembang

seiring dengan arus zaman abad kedua puluh. Masakan orang dapat mengikuti ataumemiliki dengan apa yang ada pada diri mereka.

“Apa yang tak ada pada mereka tu? Kau nak kata mereka tak berilmu? Tak adaTuhan, tak ada adat dan budaya, sedangkan mereka menguasai semua bidangdalam dunia ini,” datuk menyanggah pendapat Uda Lamat. Dalam hati kecil, sayasetuju dengan pendapat datuk itu. Saya kira Uda lanat tidak dapat menghujahpendapat datuk. Uda lamat terus termenung. Agaknya berfikir untuk mencari jawapan.

“Apa yang tak ada pada mereka?” soal datuk lagi.

Page 68: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 68/294

68

“Mereka tak ada IMAN,” jawab Uda Lamat, membuat saya dan datuk berpandangansesama sendiri.

106. Harimau Sembunyi Kuku 

Kredit kepada ahli komunitisbdj quesera yang menaip semula siri ini.

Buat seketika, tidak terucap sepatah kata dari kelopak bibir kami bertiga. Datukmemicit-micit pangkal pehanya, mungkin dia lenguh kerana terlalu lama duduk. Sayamengarahkan sepasang mata ke arah halaman rumah yang dipancar matahari. Hatibagai digeletek untuk mendengar penerangan selanjutnya tentang iman dari UdaLamat.

“Tambah kopi lagi, Uda.”

Datuk terus pegang teko lalu menuang kopi ke cawan Uda Lamat.

“Cukup, cukup, “tahan Uda Lamat sambil memperkemaskan silanya Datuk berhentimenuang air kopi.

“Berborak begini sambil minum memang seronok,” ujar datuk lalu menghirup air kopi. Uda Lamat angguk kepala sambil memandang ke aras saya.

“Apa macam Tamar, betul tak mereka tak ada iman?” Tanya Uda Lamat. Saya jadiserba salah, sukar untuk memberikan penjelasan. Saya bukanlah orang yang pandaitentang agama.

“Entah, saya tak tahu,” jawab saya spontan.

“Betul kau tak tahu?” Uda Lamat jegilkan biji mata ke arah saya. Perbuatannya itumembuat saya jadi serba salah. Apa yang buat saya terasa tidak kena belaka.

“Betul saya tak tahu, saya tak main-main,” suara saya merendah. Memang terasamalu mengaku kebodohan sendiri di depan datuk dan Uda Lamat.

“Bagus, bercakap dengan jujur. Orang bodoh saja yang mengaku tahu terhadapperkara yang dia tidak tahu. Orang bijak tidak macam itu,” ungkap Uda Lamat lalumenepuk bahu saya berkali-kali. Saya kembali bersemangat.

“Kamu memang budak yang bijak,” sambung Uda Lamat memuji saya. Rasa megahdatang ke dalam hati. Muka terasa kembang dan hati bertambah bangga. Saya mulaberani angkat kepala. Berani tatap wajah datuk dan Uda Lamat.

Dua kali datuk batuk. Itu batuk pura-pura untuk menyindir saya, agar jangan mabukkerana pujian. Sambil menghirup air kopi, Uda Lamat kemaskan sila.

“Kita percayakan Allah dan Rasul, ini adalah sebahagian dari rukun iman. Dan iman

Page 69: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 69/294

69

itu sendiri ertinya, kepercayaan yang terbit dari hati seseorang iaitu, mempercayaidengan penuh keyakinan bahawa api yang dibawa oleh Nabi Muhammad adalahbenar yang datangnya dari Allah Subhanahu Wataa’la,” Uda Lamat angkat muka.Biji matanya tajam menyorot ke wajah saya. Biasanya bila dia berkeadaan demikian,pasti mahu memulakan sebuah kuliah yang tidak dapat dijangka masanya sama ada

panjang atau pendek.

“Maka,” Uda Lamat tegakkan lutut kanan dan kepala lutut dijadikan tempatmeletakkan telapak tangan, “ilmu yang dipelajari adalah untuk menyempurnakanpengenalan iman. Orang lelaki yang beriman dipanggil atau disebut Mukmin danperempuan yang beriman disebut Mukminat,” Uda Lamat telan air liur. Dia berhentibercakap. Jejari tangan kanannya bergerak-gerak memukul lantai.i

“Saya nak tambah sikit boleh tak?” Datuk angkat kepala. Renung muka Uda Lamat.Perlahan-lahan Uda Lamat menagangguk memberi jalan pada datuk.

“Iman dan Isam tak boleh diceraikan untuk mendapatkan kelepasan azab di hariakhirat nanti,” kata datuk. Uda Lamat tegakkan ibu jari kanan. Lagi sekali diaanggukkan kepala, setuju dengan pendapat datuk.

RESAH

Saya makin diamuk keresahan. Bila datuk dan Uda Lamat memulakan perdebatansemacam itu, ertinya saya harus duduk lama di sisi mereka. Saya terus berfikir apayang patut saya lakukan untuk menjauhkan diri dari mereka.

“Kerana mereka tidak ada iman, semakin maju mereka bergerak mengikut aruskemodenan, semakin pincang masyarakat mereka jadi tidak tentu arah. Merekakehilangan arah,” itu hujah Uda Lamat, “mereka seperti mahu kembali ke zamankuno,” tambahnya seiring dengan senyum.

“Haa sebab itulah,” datuk angkat tangan kanan, matanya terbeliak,, “pakaianmereka tak tentu arah, berambut panjang, kalau menyanyi terjerit-jerit macam berukkena belacan, tak payah nikah, jantan betina duduk sebilik, lahirkan anak haram,alas an mereka ini kebebasan dan ini kemajuan,” sebaik sahaja datuk mengakhirikata-kata tergambar kepuasan di wajahnya.

Hampir sahaj saya mahu ketawa melihat telatah datuk yang agak melucukan itu.Tetapi, nampaknya Uda Lamat sejalan dengan fikiran datuk. Buktinya yanga palingnyata, dia sering sahaja anggukkan kepala dan mengharapkan datuk meluahkanbuah fikiran selanjutnya. Datuk menggaru pangkal telinganya dua tiga kali. Mungkinotaknya berjalan memikirkan sesuatu.

“Perkara yang tak senonoh tu, jadi ikutan anak-anak muda kita yang beragamaIslam, segala morfin ganja semuanya berasal dari sana,” datuk lahirkan pendapat.

“Entahlah, apa nak jadi, aku sendir pun tak tahu nak cakap,: Uda Lamat bagaikanmengeluh.

“Agaknya, pegangan keimanan kita sudah nipis, fasal itu kita meniru orang lain,”

Page 70: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 70/294

70

tingkah datuk lalu menarik nafas dalam-dalam. Rasa jemu yang menguasai dirimembuat saya meluruskan sepasang kaki. Bahang panas di luar membuat badansaya terasa bergetah. Saya jadi tidak selesa.

“Otak mereka bergeliga tetapi rohani mereka kosong. Tidak diisikan dengan iman,

kerana itu mereka teraba-raba mencari pegangan dalam hidup,” suara Uda Lamatlembut dan saya tertarik dengan pendapatnya itu.

“Dalam mencari itulah mereka jadi sesat, lalu lahir bermacam agama baru yangbertujuan untuk mencari ketenangan rohani, bila perkara yang dicari tidak dapatditemui mereka membunuh diri beramai-ramai, semuanya ini kerana mereka tidakada iman,” lanjutnya Uda Lamat lagi. Datuk angguk kepala. Kagum juga saya, orangkampong macam Uda Lamat dapat memberikan pendapat yang baik. Mungkin diabercakap berdasarkan perhatiannya yang teliti dan mungkin juga berdasarkan padapengalaman.

Dalam saat itu juga saya teringatkan berita yang pernah saya baca dalam akhbar berhubung dengan tindakan beberapa orang bijak pandai Negara Barat, tidak kiradari Blok Komunis atau sebagainya bertindak membunuh diri, bila merekamerasakan yang diri mereka tidak dapat melakukan sesuatu dengan lebih baik dariapa yang telah mereka lakukan. Seorang novelis boleh membunuh diri keranamerasakan dirinya tidak akan dapat melahirkan mahakarya seperti dihasilkansebelumnya.

Begitu dengan pelakon filem, penyanyi dan sebagainya, bila mereka merasakan apayang mereka hasilkan kini, tidak sebaik masa lalu, mereka segera mencari pelariandengan melakukan apa sahaja yang mereka fikirkan boleh memberi ketenangan,mereka mencipta pakaian yang manjolok mata, bersekedudukan, melakukanhubungan sesame jenis, bunuh diri namun ketenangan rohani yang mereka carimakin jauh dari mereka.

“Iman adalah sinar kehidupan manusia sedunia,” Uda Lamat meninggikan suaranyauntuk menarik perhatian saya yang termenung. Apa yang bermain dalam tempurungkepala saya segera berakhir. Datuk menghirup kopi lagi.

“Bila iman sudah berada dalam diri seseorang, dia akan merasai dirinya cukup kecil,mahu melakukan sesuatu dengan penuh kerelaan demi Allah yang maha besar,”

datuk menyampuk.

“Ya, itu sudah tentu, sebab dia sudah tahu ke mana akhirnya kehidupan yangdilaluinya,” tingkau Uda Lamat.

“Kembali pada yang menjadikan dirinya sebagai hamba,” sahut datuk. Lagi sekaliUda Lamat tegakkan ibu jari kanannya ke arah datuk.

“Orang yang beriman tidak takut pada manusia. Dia hanya takut pada Allah, keranaitu bila dia sendiri atau makan gaji dia akan bekerja dengan jujuir, tidak mahuponteng, tidak mahu menerima rasuah, tidak mahu melakukan penyelewengan,

tidak mahu menindas. Kalau jadi ketua akan jadi ketua yang bertimbang rasa dantegas kerana dia sedar apa yang berbuatnya itu adalah amanat Allah,” satu kuliah

Page 71: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 71/294

71

pendek yang amat berkesan dir Uda Lamat. Membuat saya termenung panjangsambil berfikir.

DALAM

Kenapa orang yang beriman itu jadi begitu? Timbul pertanyaan dalam diri saya.Anehnya, jawapan dari pertanyaan itu datang sendiri ke dalam hati saya, orang yangberiman itu mempunyai kekuatan yang tersendiri, ada pegangan dalamkehidupannya. Selalu mahu melakukan kerja yang baik dan diredhai Allah. Jiwanya jadi tenang kerana menyandarkan hidupnya pada Allah. Garis kehidupan tidak laridari panduan Allah dan Rasul.

“Satu hal yang mesti kita ingat untuk mencari iman yang penuh, kita mestimempunyai kesungguhan dan ilmu itu perlu dicari,” datuk mengejutkan diri saya dariberjawab dengan perasaan sendir. Uda Lamat tidak memberikan sebarang komenterhadap kata-kata yang datuk luahkan itu. Dan saya sendiri tidak mahu

mengemukakan sebarang soalan padanya. Apa yang pasti, saya mesti mencarikebenaran dari kata yang diucapkan oleh Uda Lamat itu dari ulama yang diakuitentang ketinggian ilmunya. Mungkin perkara itu memakan masa sedikit, tidakmengapa kerana ilmu boleh dicari dalam sehari dua.

“Orang Islam terdahulu dari kita kuat imannya kerana itulah pernah wujud Empayar Islam yang menguasai sebahagian dari benua Eropah, mempunyai angkatan perangyang kuat dan dikagumi oleh orang bukan Islam. Mempunyai cerdik pandai yangterbilang, ibu negara Islam jadi pusat sejarah Islam pula. Ternyatata orang tua yangkelihatan tidak ada apa-apa itu sebenarnya seorang yang luas pengetahuannyatentang Islam.

“Agaknya mereka berjaya kerana mereka melakukan sesuatu kerana Allah, bukankerana mahu pangkat atau nama, mereka curahkan ilmu pada orang lain demikemajuan Islam,” tanya saya.

“Ya, mereka melakukan sesuatu berlandaskan hukum Islam yang betul, kuatberiman pada Allah. Tetapi, sekarang kebesaran Islam mula runtuh mungkin keranaiman orang Islam sudah menipis. Dahulu orang Islam dihormati kerana ketinggianilmu dalam segala bidang, sekarang orang Islam mengemis ilmu pada orang bukanIslam sedangkan ilmu itu dulu dipelopori oleh orang Islam,” nada suara Uda Lamat

mengandungi rasa kesal. Dia merenung ke kiri dan kanan.

“Apa mahu dikatakan lagui semuanya sudah berlalu, tidak guna dikenang, buatmenyakitkan hati saja,” rasa putus asa yang diluahkan oleh datuk memang menusukperasaan saya.

“Perkara ini timbul kerana memperkatakan tentang iman,” sahut Uda Lamat, diaseolah-olah merasa kurang senang dengan kata-kata yang diluahkan oleh datuk.

“Saya faham iman dan Islam memang tidak boleh dipisahkan,” datuk bagaikantersedar tentang kesilapan kecilyang dilakukannya.

“Mengenangi untung malang masa lau untuk dijadikan panduan teladan bagi masa

Page 72: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 72/294

72

depan, hukumnya harus, tidak salah kerana kita mencari kebaikan, setiap yang baikitu memang digalakkan oleh Islam dari perkara kecil sebegini boleh memberikanbaja pada rohani kita untuk menguatkan iman ini salah satu cara yang paling mudahdan kecil kita lakukan.” Ternyata secara tidak langsung, Uda Lamat memberikanilmu yang baik untuk diamalkan.

“Betul cakap awak tu,” datuk bersuara.

“Jangan cepat kata betul, fikir dan kaji apa yang saya katankan itu,” Uda Lamat mulabangun. Dia mengeliat bagi menghilangkan rasa lenguh di setiap sendir anggotatubuhnya.

BANGUN

Saya bangun lalu mengumpulkan cawan-cawan kosong, kemudian saya serahkanpada nenek di dapur. Waktu saya dating ke ruang anjung semula, saya dapati Uda

Lamat sudah pun berdiri di anak tangga.

“Awak tak usahlah bimbang, apa yang terjadi pada cucu awak dengan izin Allah takakan berulang lagi. Awak sendiri tahu bagaimana mahu mengatasi perkara burukmacam itu,” sambil bercakap Uda Lamat tening muka datuk.

“Saya tahu, tapi iblis dan syaitan tak mudah mengaku kalah,” sahut datuk.

“Sebagai hamba Allah kita harus berikhtiar dan meminta perlindungan dari Allah.”Uda Lamat hulurkan tangan pada datuk. Mereka bersalaman, bebrapa detikkemudian Uda Lamat melangkah turun dan akhirnya sarungkan capal ke kaki.

“Saya jalan dulu,” Uda Lamat dongak muka ke arah datu. “Silakan,” balas datukdengan senyum. Uda Lamat pun mengatur langkah lalu meredah panas terik.

Datuk yang berdiri di ambang pint uterus menyorot langkah Uda Lamat hinggahilang dari pandangannya. Saya yang masih duduk bersila di rauang anjung terusmelunjurkan kedua belah kaki. Walaupun saya berusaha melupakan apa yang telahterjadi pada diri saya tetapi, peristiwa itu sesekali menerpa juga ke dalam tempurungkepala yang membuat saya merasa cemas dan bimbang tidak menentu.

“Dia macam harimau yang menyembunyikan kuku,” datuk segera pusingkan badan.Merenung tepat ke arah batang hidung saya.

“Siapa yang tuk maksudkan?”uk kata macam tu padanya?"

“Uda Lamat.”

“Kenapa tuk kata macam tu padanya?” Saya mendesak.

“Dia orang berilmu tapi, ramai yang tidak tahu tentang kebolehannya, dia selalumerendahkan diri walau dia ada harta kerana sikapnya itu, orang selalu memikirkan

dirinya tidak ada apa,” datuk lagakan gigi atas dengan gigi bawah berkali-kali. Anakmatanya menyorot sayu ke halam rumah yang terbentang dipanggang matahari

Page 73: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 73/294

73

yang terik.

“Siapa sebenranya Uda Lamat tu, tuk?”

“Dia tu pengasas sebuah sekolah Arab di Selangor, kerana semangatnya yang

meluap-luap meentang Inggeris dia ditangkap, bertahun duduk dalam tahanan diSingapura, Morib, Melaka, bila dibebaskan dia terus membuka kedai buku-bukuagama di Pulau Pinang. Dia juga menulis buku-bku atau kitab-kitab agama.”

“Dah tu macam mana dia dating sini, agaknya dia memang oaring kampong kitatuk?”

“Memang datuk neneknya orang sini, bila dia tak berniaga dia terus menetap di sini,dia jadi petani dan tumpukan kerja pada hal-hal kebajikan serta keagamaan,”demikian datuk menjelaskan pada saya.

Sesunggunhnya, penjelasan itu membunuh keraguan dan anggapan nuruk sayaterhadap Uda Lamat. Selama ini, saya anggap dirinya sebagai manusia yangmenggunakan kekayaan untuk menarik perhatian orang-orang kampong, sukamenikah dengan perempuan yang diingini. Saya juga selalu memikirkan yang UdaLamat itu tidak ada apa-apa, tarafnya sama dengan orang-orang kampong yangrata-ratanya tidaj mendapat pendirdikan hingga tahap sekolah menengah. Jauh didalam hati, saya menyesali diri sendir kerana terlalu cepat memberi penilaian atau‘label’ terhadap seseorang mengikut kacamata sendiri.

“Ada lagi yang nak kautanyakan tentang Uda Lamat dari aku, Tamar?” Datuk ajukanpertanyaan pada saya. Nada suaranya keras bersama wajah yang tidakmenyenangkan. Tanpa berfikri panjang, saya terus menjawab.

“Tak ada lagi nak Tanya tuj. Dia orang yang berilmu.”

“Kamu harus berguru dengannya, dampingi dirinya untuk mencari sesuatu yangberguna darinya,” sebaik sahaja selesai berkata-kata datuk meninggalkan sayasendirian di ruang anjung rumah.

PERANGAI

Saya sudah faham benar dengan perangai datuk, bila sahaja ada orang yangdifikirkannya memilik ilmu yang tinggi, sama ada ilmu dunia atau akhirat, dia akanmenggesa saya mendekati orang itu untuk menimba ilmu sebanyak mungkin dariorang tersebut.

Inilah perangai datuk yang tidak saya senangi. Apakah datuk memikirkan tiap inciruang dalam kepala saya ini, mesti diisi dengan ilmu yang dikutip dari orang tertentu.Apakah datuk fikir setiap orang yang berilmu itu, amat mudah mahu mencurahkanilmu pada cucunya yang bernama Tamar Jalis.

Suara batin saya terus bergolak dalam dada. Tidak terdaya mahu saya luahkan

pada datuk. Saya tidak sanggup menerima tengking herdik dari datuk bila perkaraseperti itu dinyatakan secara terbuka padanya. Memang pantang datuk tujuh

Page 74: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 74/294

74

keturunan mengaku kalah sebelum mencuba. Dalam istilah kehidupan sehariandatuk tidak ada perkataan ‘kalah’ sebelum berjuang. Datukselalu memuji dan hormatdengan sesiapa yang sudah mencuba atau berusaha sedaya upaya tetapi akhirnyakalah.

“Orang seperti itu memang patut dipuji dan dihormati, mereka ada kemahuan, adasemangat dan sanggup menghadapi cabaran tetapi tuah tidak ada pada mereka.Dalam budaya orang-orang Melayu mencuba dan berjuang memang diutamakantetapi budaya itu, kini sudah luput, apa yang ada pada kita ialah mengaku kalahsebelum berjuang,” secara mendadak sahaja saya teringatkan kata-kata yangpernah datuk ucapkan pada saya.

SURAT

Dengan izin Allah, berkat doa dan usaha dari datu dan Uda Lamat, saya dapatmengikis kenangan pada peristiwa ganjil yang telah saya alamai dari kotak ingatan

saya. Rasa yakin pada diri sendir semakin menebal di hati malah, batang tubuh danwajah Amjal Kamal tidak lagi di ruang mata, ketika saya duduk mengelamunsendirian.

Dalam waktu tertentu, terutama menjelang waktu senja, saya akan terserempakdengan Agam melintasi kawasan belakang rumah. Bila terserempak begitu, kamitidak berkata apa-apa. Kadang-kadang baru sahaja terniat mahu memberi salamAgam terus hilang dengan sekelip mata sahaja. Bila hal itu saya sampaikan padadatuk, dia Cuma mengingatkan saya, supaya berhati-hati.

Memang tidak pernah terfikir yang saya boleh menjalin hubungan dengan UdaLamat penuh akrab. Saya sering bertandang ke rumahnya bila ada waktu terluang.Dia memang handal tentang sejarah Islam, nama pahlawan dan pemimpin Islamzaman nabi hingga kini terkumpul dalam kepalanya. Tanyalah tentang apa sahajayang berhubung dengan keagungan dan sebab-sebab keruntuhan empayar Islam,dia akan menjelaskannya dengan terperinci sekali.

Setiap kali saya meninggalkan rumahnya, Uda Lamat sering mengingatkan sayasupaya memperbanyakkan sembahyang sunat. Menurutnya bila kita banyakmelakukan sembahyang sunat, secara tidak langsung kita akan memperdekatkandiri dengan Allah dan Allah akan memberikan kekuatan zahir dan batin, kita akan

terlindung dari gangguan m,akluk jahat seperti iblis dan syaitan. Saya berazamunutk menunaikan segala nasihat yang baik dari Uad Lamat itu.

Pada suatu hari, tanpa diduga datuk menerima sepucuk surat dari keluarga jauhyang bertugas dengan Keretapi Tanah Melayu di Prai dalam bahagian bengkel.Dalam surat itu Mat Prai (nama timangan yang digunakan untuk keluarga jauh itu)mengundang datuk sekeluarga ke rumahnya.

Saya bagaikan tidak percaya, bila datuk menyatakan yang dia mahu memenuhipermintaan Mat Prai. Setahu saya hubungan datuk dengan Mat Prai tidak seakrabatau semesra hubungan dengan saudara mara yang lain.

“Kenapa tiba-tiba awak nak pergi?” Soal nenek.

Page 75: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 75/294

75

“Kalau fikirkan perangai serta perbuatannya pada adik-adiknya, saya memang takmahu pergi.”

“Tapi sekarang kenapa beria-ia nak pergi?” Desak nenek lagi.

“Ada tiga sebab, pertama aku tak mahu dia anggap aku memulaukannya. Kedua,aku mahu merapatkan kembali hubungannya yang renggang. Ketiga, dia sudahmengalah dengan menulis surat kepadaku dan aku kira dia dalam kesusahansekarang, tak usah halang aku nak pergi,” datuk memberikan keputusan muktamad.Nenek hanya angguk kepala sambil tersenyum mengakhiri dialog kecil antarakeluarga pada petang di meja makan.

Nenek terus menyatakan, yang dia tak mahu ke Prai kerana urusan binatangternakan ayam, itik dan kambing serta kerbau. Selain dari itu nenek sudah tidakberdaya untuk duduk di bangku keretapi, bas atu teksi lebih dari setengah jam. Lebih

dari masa itu, pasti nenek mengalami sakit pinggang dan dalam tempoh dua puluhempat jam seluruh sendinya akan mengalami bengkak.Nenek juga akan mengalamikesukaran membuang air kecil dan air besar. Dapat dapat menerima alasan itu.

107. Makhluk Aneh Di Dusun Durian 

Waktu saya dan datuk berangkat ke Prai, nenek menghantar kami ke perhentian basdi pekan kecil. Nenek membekalkan buah tangan untuk keluarga Mat Prai, dua bijibuah air serta beberapa bungkus tapai pulut. Buat saya dan datuk nenek bekalkannasi lemak. Nenek tak suka kami makan di kedai yang belum pasti kebersihannya.

“Kami naik bas dari sini sampai Taiping saja,” beritahu datuk kepada nenek.

“Dari Taiping ke Prai nak naik apa? Naik keretapi, bas atau teksi?” Nenek terusmendesak. Datuk kedutkan kening dan dahi.

“Kami nak naik teksi, biar cepat sampai ke Prai.”

“Fasal berjalan, bukan main banyak duit awak,” sindir nenek lalu disambut dengan

ketawa oleh datuk. Saya Cuma tumpang senyum sahaja. Alangkah bahagianyapasangan nenek dan datuk. Walaupun sudah tua, kemesraan dan kasih sayangmereka tetap segar.

TINGGAL

Pekan kecil kami tinggalkan bersama doa restu daripada nenek. Tiga jam kemudiankami pun sampai di Prai, dari situ terus menuju ke rumah Mat Prai. Kami disambutdengan penuh mesra dan secara kebetulan pula, pada hari kami tiba itu Mat Prai

mula mengambil cuti tahunannya selama seminggu.

Page 76: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 76/294

76

“Memang tepat masanya. kami nak balik ke kampung di Balik Pulau. Sekarangmusim durian. Ayah Alang boleh ikut kami. Lagipun Ayah Alang dah lama tak tengokkeluarga di sini,” Mat Prai yang berkulit hitam, anak jati Balik Pulau yang tinggal diKampung Kongsi mengemukakan cadangan.

“Itu susah sikit Mat”.

“Apa susahnya, semua tambang dan makan saya tanggung.”

“Bukan fasal tu.”

“Habis fasal apa?”

“Aku janji dengan Mak Alang kamu nak balik cepat,” datuk berdalih. Saya agakkecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh datuk itu. Kalau boleh saya mahu datukmenurut kata Mat Prai. Saya cukup berminat untuk pergi ke Balik Pulau. Sebuah

daerah asing yang belum pernah saya jenguk.

“Tak mengapa, dia tahu kalau sudah pergi ke rumah saudara mara tentu makanmasa lama. Lagipun di sana ada cerita baru,” Mat Prai mula memujuk.

“Cerita apa Mat?”

“Saya dapat tahu ada cerita pelik di musim durian ni. Buah durian yang luruh malamhilang.”

“Pelik apa, itu tandanya durian yang luruh dicuri orang,” tingkah datuk lalu diaketawa berdekah-dekah.

Dari gerak geri dan air muka Mat Prai, ternyata dia kurang senang dengan ketawadatuk luahkan.

Perlahan-lahan dia sandarkan tubuhnya ke dinding. Isterinya datang mengambilpinggan dan piring yang kosong. Sebenarnya, kami baru sahaja selesai makantengah hari. Masakan yang disediakan oleh isteri Mat Prai memang menyelerakan.Tapi datuk makan sekadar untuk kenyang. Cuma saya sahaja yang bertambah.

“Begitulah, bila saya ceritakan semua orang ketawa, bila datang tengok denganmata kepala sendiri, semuanya ternganga dan takut,” ujar Mat Prai termengah-mengah, usia baru masuk empat puluh tahun. Ada tiga anak yang masih kecil.Nampaknya, Mat Prai berusaha dengan sedaya upaya untuk memberikan keyakinankepada diri datuk.

“Saya hampa juga bila Ayah Alang tak percaya,” begitu hampa nada suara Mat Prai.Rasa kecewa terpamer di wajahnya. Sikapnya yang ditunjukan itu menimbulkan rasasimpati pada diri datuk.

“Kalau bukan dicuri orang, boleh jadi buah durian tu dimakan oleh harimau,” kata

datuk sambil renung muka Mat Prai. Cepat-cepat Mat Prai gelengkan kepala.

Page 77: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 77/294

77

“Pelik juga, kalau tak dicuri, tak dimakan harimau, makhluk apa yangmembahamnya?” Datuk kerutkan kening.

“Inilah yang menjadi masalahnya, Ayah Alang.”

“Banyak kebun durian orang lain yang jadi macam tu?” soal datuk lagi. Saya kiradatuk mula minat dengan persoalan yang disampaikan oleh Mat Prai padanya.

“Setidak-tidaknya tiga tuan punya kebun durian mengalaminya. Mereka berjagamalam. Bila terdengar bunyi durian jatuh mereka berkejar ke perdu durian. Bilasampai cuma bekas sahaja yang ada. Di tempat durian jatuh, mesti terjumpa sehelaidaun sirih hutan yang tercalit kapur,” Mat Prai mula membuka kisah.

“Perkara ini kau dengar cerita dari orang atau kau tengok sendiri?” datuk mulamencungkil rahsia. Mat Prai tersenyum.

“Saya sendiri alami perkara tu, Ayah Alang!”

“Hah, kau mengalaminya sendiri?” Datuk jegilkan biji mata sambil menegakkanbadannya. Tanpa ragu dan penuh keyakinan, Mat Prai anggukkan kepala. Silanyaterus diperkemaskan.

“Cuba ceritakan pengalaman kamu pada aku.”

“Bila sudah terlihat daun sirih dan kapur tu, saya tercium bau kapur barus yangselalu digunakan untuk memandikan mayat. Saya juga tercium bau telur tembelang,”tiba-tiba saya terasa seram dan bulu tengkuk saya terus berdiri. Datuk menggigitbibir. Wajahnya Nampak tenang sekali.

“Kerana itulah kamu panggil aku ke mari,” datuk membuat tuduhan melulu kepadaMat Prai. Sudah tentu Mat Prai tidak dapat menerima tuduhan itu. Secara terang-terangan dia menafikannya.

“Saya panggil bukan kerana itu, ada perkara lain yang lebih besar daripada itu. Sayakira hanya Ayah aAang sahaja yang boleh menyelesaikannya,” wajah Mat Praicukup serius.

“Apa masalahnya Mat?”

“Hubungan saya dengan adik saya bertambah jauh. Saya mahu Ayah Alang jadiorang tengah untuk mendamaikannya.”

“Itu senang, kau mesti mengalah dan bertolak ansur dengannya. Walau apa pun,kau sabarlah dulu. Aku lebih berminat dengan cerita durian di Balik Pulau yang jatuhterus hilang,” hati saya cukup gembira bila datuk sudah menyatakan hasratnyasecara terang-terangan kepada Mat Prai. Saya berdoa dalam hati supaya keluargaMat Prai berangkat segera ke Balik Pulau.

“Bila agaknya kita nak pergi?” Mat Prai pula mengajukan pertanyaan kepada datuk.Datuk reasah. Tindakan Mat Prai membuat diri datuk berada dalam keadaan serba

Page 78: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 78/294

78

salah.

“Aku ikut kamu, cepat kata kamu, cepatlah kata aku,” balas datuk.

“Apa kata selepas sembahyang Asar kita pergi.”

“Boleh juga, asalkan sampai siang ke rempat tersebut. Aku nak tinjau kawasan itu.Manalah tahu boleh jadi semua itu dilakukan oleh manusia, bukan makhluk ganjil.Datuk terus bangun. Berdiri di tepi tingkap merenung ke arah rumah para pekerjakeretapi yang lain.

“Saya tak fikirkan perkara itu dilakukan oleh manusia. Ini semua kerja makhlukhalus,” Mat Prai bangun lalu mendekati datuk. Dengan tenang datuk menggelengkepala. Mat Prai jadi resah.

“Mesti perbuatan makhluk halus,” tekan Mat Prai lagi. Datuk segera memandang ke

mukanya.

“Tak boleh cakap macam tu, kita periksa dulu dan cari bukti. Manusia ni apakurangnya dengan tipu helah,” balas datuk. Mat Prai terdiam dan terus dudukkembali.

FERI

Petang itu, setelah menunaikan sembahyang Asar, kami segera berangkat ke jeti(sekarang Pengkalan Sultan Abdul Halim) dan dari situ menyeberangi selat kecil(saya menyebutnya sebagai Selat Pulau Pinang) dengan feri menuju ke Bandar Tanjung, (George Town – Pulau Pinang) kerana sudah beberapa kali datang kebandar tersebut, tidak ada sesuatu yang menarik bagi saya.

“Kami segera menuju ke perhentian bas di Pengkalan Weld untuk menanti bas keBalik Pulau. Mat Prai sudah memberitahu saya jalan ke sana agak bengkang-bengkok. Kalau tidak tahan boleh muntah dibuatnya.

Sebagai usaha agar saya tidak muntah dalam perjalanan, datuk segera hulurkansecarik kertas yang disambarnya ketika kertas itu diterbangkan oleh angin didepannya.

“Buat apa tu?” Tanya Mat Prai.

“Petua orang tua-tua, bila kita nak berjalan, tiba-tiba terserempak dengan daun ataukertas yang diterbangkan angin, cepat-ceoat kita sambar dengan senafas.Khasiatnya boleh dijadikan tangkal penahan muntah.

“Selain dari daun dan kertas, ranting kayu boleh tak digunakan?” Soal Mat Prai lagi.

Page 79: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 79/294

79

“Boleh, asalkan benda-benda tu tidak terkena tanah dan datangnya dari arahmatahari terbit menuju ke arah matahari jatuh,” datuk memberi penjelasan.

“Benda tu dibuat macam mana? Ditelan?” Datuk tersenyum, pertanyaan dari isteriMat Prai memang melucukan.

“Tak payah ditelan, cukup sekadar diletakkan di bahagian depan perut. Diselitkanpada celah seluar, kain atau tali pinggang. Jangan diubah-ubah atau dibuang,kecuali sampai ke tempat yang dituju. Kalau dibuang demasa dalam perjalanan, kitaakan muntah dengan serta merta,” dengan tenang datuk memberikan penerangan.

“Tapi, anak saya tak muntah apabila naik bas atau keretapi,:” Mat Prai memberitahudatuk tentang anak-anaknya.

“Boleh jadi kedua anak kamu tu, sudah biasa dengan jalan yang bengkang-bengkok.Cucu aku ni tak berapa biasa, jadi aku buat persediaan.”

“Ya, sediakan payung sebelum hujan, tingkah isteri Mat Prai. Datuk tersenyum danMat Prai terus ketawa. Bila ketawa Mat Prai berakhir dan senyum datuk berhenti,bas ke Balik Pulau pun sampai. Tanpa membuang masa kami terus naik bas.

KONGSI

Ketika sampai di perhentian bas di pekan Kongsi yang letaknya berdepan denganBalai Polis Balik Pulau, hari masih cerah lagi. Kami terpaksa berjalan kaki menujurumah arwah orang tua Mat Prai yang terletak berdekatan dengan masjid BalikPulau.

Setelah berada lebih kurang dua jam di rumah orang tua Mat Prai, kami segeraberangkat ke rumah yang didirikan oleh Mat Prai di Kampung Pondok Upih.

“Bila saya berhenti kerja, saya nak duduk di sini. Fasal itulah saya buat rumahcepat,” Mat Prai beritahu datuk.

“Bagus, tanah ni kau beli?” Soal datuk sambil merenung kawasan rumah papanyang berbumbung lima.

“Tanah pusaka. Ini bahagian saya,” jawab Mat Prai.

“Oh,” datuk anggukkan kepala, “besar rumah kamu,” sambung datuk. Mat Prai terustersengih.

“Naiklah, buat apa tercegat kat situ,” suara isteri Mat Prai meninggi dari tingkapdapur. Cukup pantas dia naik ke rumah lalu membuka pintu tingkap.

“Mari kita naik,” susul Mat Prai. Cakapnya itu segera kami patuhi.

Apa yang menarik perhatian saya ialah tentang karenah anak Mat Prai. Mereka

cukup lincah dan riang. Berlari ke sana ke mari di halaman rumah. Adakalanyamemanjat pepohon sekitar rumah dan membaling beburung yang terbang rendah.

Page 80: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 80/294

80

Bagaikan mahu pecah anak tekak isteri Mat Prai mengingatkan mereka supayaberhati-hati bila berlari. Jangan sampai tersepak tunggul, jangan sampai jatuh dalamlongkang atau terjatuh ke dalam perigi buta. Ingatan itu bagaikan tidak berkesansama sekali terhadap kedua anak Mat Prai. Mereka terus berlari ke mana sahaja ikut

kemahuan sendiri.

Telatah kedua orang anak Mat Prai memang membosankan. Tetapi, adakalanyatelatah mereka melucukan sehingga sata tersenyum panjang. Selepas puasberlembut, akhirnya isteri Mat Prai hilang sabar apabila dia melihat anak sulungnyamenebang pokok langsat. Tanpa sebarang amaran dia terus memukul anaknya itudengan pelepah kelapa. Datuk terpaksa campur tangan untuk meleraikannya.

“Dia, kalau dah marah memang tak sedarkan diri,” bisik Mat Prai ke telinga datuk.Nampaknya datuk tidak dapat menerima alasan itu.

“Kamu sebagai suami harus menahannya. Kalau kau biarkan dia ikut perasaan,nanti budak yang rosak. Kamu sendiri tahu, marah tu permainan syaitan. Akumemang tak suka orang memukul anak teruk-teruk.

PERGI

Memang sudah direncanakan, selepas sembahyang Isyak dan makan malam, kamibertiga iaitu datuk, saya dan Mat Prai akan berangkat ke tempat yang dijanjikan.Tetapi, anehnya datuk seperti sengaja mahu melambat-lambatkan untuk pergi ketempat tersebut.

“Bila kita nak pergi, Ayah Alang? Kalau lambat nanti mengantuk,” Mat Praimengajukan pertanyaan. Datuk yang tersandar di dinding segera menegakkantubuhnya. Saya lihat kedua belah bibirnya bergerak. Dalam keadaan begini pundatuk masih berzikir, rungut saya dalam hati.

“Tunggu sekejap,” datuk segera bangun. Dia pergi ke telaga mengambil air sembahyang. Kembali semula ke rumah dengan wajah yang tenang. Sambil berdiridatuk menatap wajah saya dan Mat Prai.

“Kalau boleh, biarlah muka kita sentiasa dibasahi dengan air sembahyang,” secaratidak langsungdatuk mengajar saya dan Mat Prai untuk melakukan sesuatu yangbaik. Buat beberapa saat, suasana di ruang rumah terasa sepi. Saya atau Mat Praitidak berhasrat mengajukan sebarang pertanyaan pada datuk.

“Semua sudah siap?” Satu pertanyaan yang mengejutkan dari datuk. Saya dan MatPrai berpandangan. Sukar untuk saya menangkap maksud sebenar dari kata-katadatuk itu.

“Memang dah siap nak pergi Ayah Alang.”

“Kalau dah siap, mana lampu picitnya, mana penyuluhnya, mana parang panjang

Page 81: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 81/294

81

dan goloknya,” soal datuk dengan wajah yang serius. Saya mula memahami maksuddatuk.

“Semua sudah ada, Ayah Alang.”

“Kalau sudah ada, letakkan barang-barang tu di sini, aku nak tengok.”

“Tunggu, saya ambil,” Mat Prai terus bangun dan keluar dari rumah menuju ketanah.

Bebepa minit kemudian, Mat Prai datang. Semua barang yang dikehendaki olehdatuk diletakkan di tengah ruang rumah. Datuk menatapnya dengan senyum. Sayamelihat dia melangkah ke depan dengan merendahkan badan sambilmembengkokkan lutut kirinya. Saya mula faham, langkah itu langkah berisi, adamaksud dan tujuan tertentu. Bukan langkah kosong.

“Daun kelapa untuk suluh memang banyak saya simpan,” Mat Prai memberipenjelasan. Datuk menganggukkan kepala lalu duduk mencangkung di depanbarang-barang yang disediakan pleh Mat Prai. Saya kira lebih dari sepuluh detikdatuk berkeadaan demikian.

“Bukan apa-apa,” datuk melirik ke arah Mat Prai. “Kita ni orang Melayu. Sejakzaman-berzaman menggunakan sulih atau andang bila berjalan malam. Tetapi,sekarang andang tak diperlukan. Kita sudah maju. Sudah ada lampu picit, tetapi..,”datuk tidak meneruskan kata-katanya. Dia menarik nafas panjang sambilmengedutkan dahi. “kerana di kebun durian ada perkara aneh terjadi, kerana itulahaku mahu menyediakan semuanya ini,” datuk meneruskan kara-kata yang terhenti.Rasa lega bertandang dalam hati saya.

“Sekarang kita pergi,” itu arahan daripada datuk. Serentak dengan itu datuk terusberdiri. Saya dan Mat Prai segera mengambil barang-barang di tengah ruang danmelangkah ke pintu.

“Beri aku kepala jalan. Kau Cuma beritahu nak belok ke kiri atau ke kanan,” datukmenghalang langkah Mat Prai. Langkah saya jadi terhenti. Kesempatan itu sayagunakan untuk melihat ham dinding rumah Mat Prai.

“Dah dekat pukul sepuluh setengah.”

Keluh saya dalam hati sambil melangkah dan memijak anak tangga. Mat Prai yangmengekor di belakang tidak bersuara langsung. Bila dia sampai di halaman rumah,datuk terus menepuk bumi dengan telapak tangannya tiga kali berturut-turut.

“Kita melangkah sekarang, tak payah pakai andang daun kelapa, memadai denganlampu picit saja,” datuk terus berdiri di depan saya. Baru tiga kali melangkah, datukterus berhenti.

“Kamu di belakang aku, Si Tamar yang akhir,” arahan yang tidak menggembirakan

dari datuk untuk saya. Mat Prai segera mengambil tempatnya. Secara mendadaksahaja saya menjadi cemas dan takut. Saya toleh ke kanan dan toleh ke kiri. Apa

Page 82: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 82/294

82

yang saya lihat ialah pepohon yang kaku dalam kegelapan malam. Suara cengkerikmemekakkan anak telinga.

“Ayuh jalan, kau jadi tukang suluh jalan,” datuk mengingatkan Mat Prai tentang tugasyang mesti dilakukannya. Perjalanan yang terhenti disambung kembali.

BULU

Setiap kali melangkah, saya terasa seperti ada sesuatu yang mengikuti saya. Bulutengkuk saya meremang secara tiba-tiba. Suara cengkerik yang tidak putus-putusitu, saya rasakan seperti tangisan bayi yang kelaparan susu.

Dalam gelap itu, saya terpandang benda putih yang bentuknya seperti batangpisang berada di awang-awangan dan sering mendekati saya. Anehnya, bila saya

 jegilkan biji mata dan tumpukan perhatian ke arahnya, benda itu hilang dan apayang saya lihat ialah dedaun dari pokok-pokok renek yang bergerak-gerak ditolakangin malam.

“Jauhkah lagi?” Tanpa sabar saya mengajukan pertanyaan kepada Mat Prai.

“Dari sini kira-kira enam rantai lagi,” jawab Mat Prai sambil melihat ke arah cahayaapi pelita dari pondok durian milik orang setempat. Bila dapat bercakap sambilberjalan, rasa takut dan cemas yang menguasai hati terus hilang.

Perjalanan malam yang mendebarkan itu pun berakhir. Kami sampai di pondokdurian. Mat Prai segera memperkenalkan dua budak lelaki yang berbadan tegap,berusia lingkungan 25 – 26 tahun, berkulit cerah kepada saya dan datuk. Kata MatPrai, kedua-dua budak tersebut berasal dari Pulau Betung yang sengaja diupah olehMat Prai untuk menunggu dusun durian.

“Mereka ni memang berani, ada sedikit-sedikit ilmu dunia. Fasal itu saya panggilmereka,” bisik Mat Prai pada datuk.

“Macam mana kau upah dia orang?” Soal datuk dengan nada suara yang perlahan.Pada hemat datuk, kurang manis kalau persoalkan semacam itu sampai

pengetahuan mereka.

Mat Prai segera menjelaskan cara upah yang dilakukan. Mereka akan mengirasecara rambang jumlah buah durian yang ada. Kemudian buah itu dibahagi duatetapi, orang yang diupah itu dimestikan menjaga dan membersihkan dusun durianmengikut musim perjanjian.

“Satu kerjasama yang baik, berasaskan pada kejujuran dan keikhlasan,” puji datuklalu dududk di bendul pondok. Pemuda dari Pulau Bentung berdiri di sudut pondok.

“Tak apalah abang Mat Prai, kerana abang dah ada, biarlah kami balik,” kata

pemuda yang bermata besar.

Page 83: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 83/294

83

“Kenapa begitu? Marilah kita tunggu bersama”’ saya cuba menahan.

“Memang sudah begitu janji yang dibuat. Kalau abang Mat Prai ada, kami mestibalik. Kalau dia tak ada kami ambil alih tempatnya,” tingkah pemuda yang seoranglagi. Bulu matanya cukup tebal. Apabila kedua pemuda itu mahu meninggalkan

pondok durian, Mat Prai segera bertanya.

“Ada benda-benda pelik?”

“Abang tengok sendirilah,” jawab mereka serentak kalu beredar meninggalkan kami.

Angin malam yang bertiup tenang membuat saya cepat mengantuk. Tanpamembuang masa saya terus merebahkan badan di lantai pondok. Mat Prai terusmenghitung buah durian di kaki tangga yang dikumpulkan oleh kedua pemuda tadi.

Datuk pula memeriksa kawasan sekitar pondok dan akhirnya berlabuh di perigi.

Saya terkejut bila datuk mandi malam kerana perbuatan mandi malam memang jarang dilakukannya. Mungkin datuk mempunyai maksud dan tujuan tertentu. Fikir saya sambil menggolekkan tubuh ke kiri dan ke kanan lantai pondok yang dibuatdaripada bulu.

“Tolong saya, Ayah Alang. Tolongggg”

Saya terkejut dan segera bangun bila mendengar jeritan Mat Prai. Serentak denganitu secara tiba-tiba lampu minyak tanah yang tersangkut pada tiang pokok teruspadam. Kulit durian berterbangan ke arah saya. Badan saya terasa pedih dan luka.Saya terpaksa merangkak dalam gelap. Jeritan Mat Prai tidak kedengaran lagi. Diamengerang macam orang menahan sakit yang amat sangat.

Saya terus memanggil nama datuk beberapa kali. Malangnya, laungan itu dihalangoleh bunyi air yang jatuh ke tubuh datuk. Dalam keadaan yang tidak menentu itu,terdengar bunyi paluan kompang yang disertai dengan sorak-sorai yang meninggi.Saya terus merangkak dan meraba dalam gelap. Entah macam mana sayaterlanggar dinding pondok yang dibuat dari tepas. Dinding itu terkopak dan sayaterdorong ke depan lalu jatuh ke tanah macam nangka masak yang lekang daripadatangkainya. Sekitnya bukan kepalang.

Walaupun sakit, saya cuba bangun dengan berpaut pada tiang pondok. Usaha itutidak berhasil. Saya tidak dapat bergerak ke mana-mana kerana gelap. Saya terusmemeluk tiang pondok. Entah macam mana saya terasa seperti ada makluk ganjilyang muncul di sisi saya. Dalam keadaan yang cemas itu, leher saya diraba olehsepasang tangan yang berbulu tebal dan panjang. Tangan berbulu itu bergerak daribatang leher ke muka lalu menyentuh pipi, hidung dan mata.

Bila telapak tangan berbulu berada di atas lubang hidung membuat saya sukar bernafas. Tanpa diduga tubuh saya dipeluk dengan eratnya. Dengan sedaya upayasaya cuba meronta, entah macam mana kaki saya tersepakkan sebatang kayu.

Page 84: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 84/294

84

RENDAH

Saya pun merendahkan badan lalu mengambil kayu tersebut. Dengan sepenuhtenaga, hujung kayu itu saya hentakkan ke tubuh berbulu. Dalam gelap itu sayaterdengar suara orang mengeluh menahan kesakitan yang amat sangat. Serentak

dengan itu, sepasang tangan yang berbulu yang memeluk tubuh saya beransur lemah dan akhirnya saya bebas dari pelukan yang membuatkan saya sukar bernafas.

Saya terus merangkak dalam gelap tanpa matlamat yang tertentu. Kepala lutut sayaterasa pedih bila terlanggar kulit durian. Entah macam mana saya terpelukkan tubuhMat Prai.

“Siapa?” Tanya Mat Prai.

“Saya, lampu picit di mana?” Soal saya sambil duduk dalam gelap. Mat Prai

bercakap sendiri menyalahkan dirinya kerana meletakkan lampu picit merata-rata.

“Aku ingat, aku letakkan dekat tunggul merbau di sebelah kanan pondok. Apa yangmesti kita buat, Tamar?”

“Kita terpaksa cari.”

“Terpaksa merangkak dalam gelap? Ini kerja susah,” Mat Prai seperti berputus asa.

“Kita tak ada jalan lain, kita mesti cari lampu picit,” kata saya dan terus merangkak.

Angin malam yang bertiup membuat dedaun bergeselan sesama sendiri. Bunyinyatidak menentu, ada ketikanya seperti daun keretapi dan di masa yang lain pulabunyinya macam bunyi ombak laut. Serentak dengan itu saya terdengar bunyiburung jampuk. Awan di langit kelihatan hitam pekat.

Nyanyian cengkerik bertingkah dengan suara katak. Lolongan anjing liar dipinggir pekan Kongsi jelas kedengaran. Bulu roma saya terus berdiri. Tidak terdaya rasanyamahu merangkak. Dari setiap sudut saya terdengar suara orang ketawa danmenangis

108. Nisan Bergerak 

Dalam keadaan yang teragak-agak itu, mata saya terpaku ke arah benda bulat yangbergolek-golek ke arah saya. Sebelum benda itu terkena kepala lutut, segera sayatahan dengan telapak tangan. Benda itu tidak bergerak, sebaliknya tegak dengansendiri sambil mengeluarkan cahaya yang putih. Pandangan saya jadi berpinar-pinar.

“Tamar, aku dah dapat lampu picit,” jerit Mat Prai lalu menyuluh ke arah saya.Cahaya dari lampu picit itu terkena pada benda bulat yang tegak di depan saya.

Page 85: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 85/294

85

“Tamar batu nisan orang lelaki di depan kamu,” pekik Mat Prai. Saya menarik nafasgementar kerana batu nisan yang bulat itu bergerak dan berpusing. Tanahdidepannya kelihatan merkah.

Batu nisan yang terpacak di depan saya terus hilang. Serentak dengan itu terdengar bunyi tapak kaki orang melangkah, datang dari sebelah kanan. Berpandukan padacahaya lampu picit Mat Prai, saya terus menggolekkan badan kearahnya, melanggar apa sahaja yang ada di tanah. Saya dapat menyatukan diri dengan Mat Prai.

“Kau tengok tu,” Mat Prai menghalakan muncung lampu picit ke kanan, saya terlihatkaki yang bahagian atasnya berbentuk macam kaki gajah. Penuh dengan bulu tebal,tumit kakinya berbentuk agak tajam seperti taji ayam jantan, jari kakinya berjumlahtiga.

Ibu jarinya bulat dan mempunyai lekuk macam lok keris, manakala dua lagi jarinya

kelihatan seperti bercantum dan mengeluarkan cairan yang berwarna putih. Sayamula terhidu bau daun sirih yang baru dipatahkan dari dahannya.

Secara mendadak lampu picit Mat Prai tidak menyala. Kedua belah bahu saya danMat Prai seperti ditekan dengan sebatang kayu membuat kami tidak dapat bergerak.Kalau bergerak seluruh sendi terasa sakit. Kami tiada pilihan, selain darimengarahkan biji mata kami ke arah kaki besar yang berbulu. Kaki itu bergerak kearah longgokan durian di kaki tangga pondok. Puas saya mencari sebelah lagi kakiyang berbulu.

“Puas aku cari sebelah lagi kakinya. Agaknya, memang makhluk ni berkaki satu,”bisik Mat Prai.

“Agaknya,” saya segera anggukkan kepala.

“Makhluk apa ni?” rungut Mat Prai lagi, sebaik sahaja Mat Prai selesai merungut,seluruh kawasan sekitar kami terang macam keadaan terang bulan. Beberapa ekor kelawar berterbangan di atas kepala kami bersama dengan suara lolongan anjingdan jeritan burung hantu.

BULU

Kaki besar yang berbulu berhenti bergerak. Tempatnya digantikan oleh seekor tupaiyang bulunya keperang-perangan.

Besarnya lebih kurang sama besar dengan kambing dara. Mata tupai aneh itumerenung ke arah kami dengan tajam. Giginya yang tajam dan putih itu dipamerkanke arah kami, misainya bergerak-gerak. Ekornya digoyang-goyangkan ke kiri dan kekanan.

“Triitttttt,” suara dari tupai aneh itu memekakkan anak telinga kami. Dalam tempohbeberapa saat sahaja beratus-ratus ekor tupai berwarna hitam terjun dari ranting

pokok sekitar kawasan pondok. Semuanya menuju ke arah longgokan durian.

Page 86: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 86/294

86

Mulut saya dan Mat Prai ternganga. Memang tidak masuk akal dan sukar dipercayaimalah akan jadi bahan ketawa kalau disampaikan kepada sesiapa sahaja yangberada di dunia. Mereka pasti tidak percaya bila diberitahu, ada tupai hitammenjelma waktu malam untuk makan durian yang dilonggokkan. Tupai-tupai ituhanya mengambil masa tidak sampai lima minit untuk melenyapkan jumlah durian

lebih dari seratus biji. Semua yang saya lihat membuat badan saya berpeluh dalamlolongan anjing dan nyanyian burung hantu yang memanjang.

“Panggil datuk kamu, aku bimbang kalau tupai-tupai itu menyerang kita,” Mat Praimenyuarakan kebimbangannya.

“Nanti dulu,” kata saya.

Sebab utama saya tidak mahu memanggil datuk kerana saya tidak dapat bersuaradengan lantang. Tekak saya terasa sakit dan pedih. Selain dari itu, saya jadi terhibur melihat kumpulan tupai yang sudah kekenyangan itu membawa biji-biji durian ke

tempat lapang. Biji durian itu dilonggokkan di situ. Bila kerja itu sudah selesai, kulit-kulit durian pula diusung lalu dilonggokkan dekat biji durian.

Tupai yang berbadan besar tetap melihat gerak-geri anak buahnya sambil berbunyi,seolah-olah mengeluarkan perintah.

Tupai besar itu berdiri dengan ekornya dicacakkan ke tanah. Sekali pandang tupaitersebut kelihatan seperti duduk mencangkung dengan kaki depannya memeluktubuh. Anak buahnya meletakkan tujuh ulas isi durian yang cantik di depannya. Biladia memakan durian tersebut, anak buahnya duduk kaku, seolah-olah memberikanpenghormatan padanya.

Bila tupai besar itu selesai makan, biji durian yang diluahkannya segera diambil olehanak buahnya dan terus ditanam. Kemudian salah seekor dari anak buahnyamembawa beberapa helai daun sirih hutan yang sudah dicalitkan dengan kapur sirih.Tupai besar itu segera menjilat daun sirih hutan beberapa kali. Daun sirih yangsudah dijilatnya itu diletakkan di hujung kaki kanannya, sebaik sahaja hujung kakikanan terkena daun sirih, semua anak buahnya bertempiaran lari lalu mencaridedahan berdekatan. Apa yang saya dengar ialah bunyi suara tupai.

Bila suara tupai tidak kedengaran lagi, saya dan Mat Prai terpandangkan kaki besar 

yang berbulu bergerak (dalam keadaan melompat-lompat) akhirnya terus hilang.Saya dan Mat Prai cuba bangun tetapi ternyata kami tidak terdaya bergerak.

Pangkal pinggang terasa sakit, sendi-sendi terasa bisa yang amat sangat. Sayadapati pelita yang padam dalam pondok menyala kembali. Kulit durian dan biji durianyang berlonggok terus hilang. Apa yang ada ialah beberapa helai daun sirih yangsudah dicalit dengan kapur berserakan di kawasan pondok.

Dengan sedaya upaya, saya cuba bangun. Usaha saya tidak berhasil. Bila sayaberjaya berdiri tegak, tempurung lutut

saya terasa lembik dan urat-urat di kaki bagaikan terputus. Saya mengalami rasasakit yang amat sangat. Saya terus jatuh mengelepar di sisi Mat Prai. Apa yang

Page 87: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 87/294

87

terdaya kami lakukan adalah meniarap di bumi sambil bergerak ke kiri dan ke kanan.

Gerakan tubuh kami tidak ubah macam gerakan ular di atas jalan raya, dengan lainperkataan kami seperti berenang atas daratan. Saya terus bertempik menyeru namadatuk dengan sekuat hati. Suara saya itu menenggelamkan suara cengkerik dan

lolongan anjing. Selesai sahaja saya bersuara, badan saya terus lemah. Tidakbermaya untuk menegakkan kepala. Saya letakkan kepala atas tanah. Sayup-sayupsaya terdengar bunyi telapak kaki orang berlari ke arah saya.

“Astaghafilrullah, apa dah jadi dengan kamu berdua ni,” saya membuka matamelihat datuk berdiri di hujung kepala saya. Mat Prai sudah tidak bergerak langsung.

“Kenapa tak panggil aku di telaga,” tambah datuk lagi sambil duduk mencangkunglalu memeriksa setiap urat nadi saya dan urat nadi Mat Prai.

“Aku tak nampak apa-apa yang datang, semuanya macam biasa. Pelik juga, kenapa

aku tak dapat mengesan dengan apa yang terjadi di sini,” datuk merungut sendirian.Dia terus mengambil lampu suluh di tangan Mat Prai yang masih menyala.

BALDI

Tanpa membuang masa datuk terus menuju ke perigi kembali. Datang kepada kamisemula dengan membawa satu baldi air.

Datuk letakkan baldi yang berisi air ditengah (di antara saya dengan Mat Prai) diamengambil beberapa helai daun yang hijau. Dimasukkan ke perut baldi. Datukmencari ranting kayu lalu air dalam baldi dikacau.

Datuk berhenti mengacau air dalam baldi. Dalam keadaan yang tidak bermaya itu,saya lihat kelopak bibir datuk bergerak, dia mula mengelilingi kami beberapa kali.Datuk duduk mencangkung menghadapi saya kembali.

“Tamar,” katanya.

Saya pun membesarkan kelopak mata dan cuba bersuara tetapi, suara saya tidakmahu keluar. Datuk tetap bersikap tenang.

“Buka mulut kamu Tamar.” Saya terus membuka mulut, dengan telapak tangan kiridatuk membawa air dari baldi ke mulut saya.

“Telan air ni senafas, Tamar.”

Saya buat apa yang datuk suruh. Rasa pedih dan perit di tekak segera hilang.Keduabelah kaki dan tangan saya dapat digerakkan semula. Tidak terasa sesuatumenekan di belakang. Saya segera menelentang dan melihat langit.

“Tamar,” seru datuk lemah. “Ada apa tuk.”

“Hulurkan tangan kamu,” saya pun menghulurkan tangan kanan kepadanya. Tanpa

Page 88: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 88/294

88

diduga datuk terus menyentap tangan dengan sekuat hati. Kemudian datukmelepaskan tangan saya dengan tiga kali urut dimulai dari pangkal ketiak membawake hujung jari.

“Kau duduk diam di sini,” datuk mengeluarkan perintah.

Saya akur dengan perintah itu. Datuk segera mendekati Mat Prai. Apa yang telahdilakukan pada saya, itu jugalah yang dilakukan oleh datuk pada Mat Prai. Usahadatuk berhasil, saya dan Mat Prai dapat duduk.

“Duduk diam-diam, jangan banyak bercakap,” suara datuk meninggi di tengahmalam yang dingin. Lolongan anjing masih kedengaran tetapi, suara burung hantumula berkurangan. Desiran angin malam tetap berlalu dengan lembutnya. Saya danMat Prai mengalami rasa kedinginan. Datuk segera menghidupkan api untukmembuat unggun.

Kulit durian yang kering dicampakkan ke dalam unggun api. Kata datuk, asap darikulit durian yang kering dapat menghalau nyamuk.

Saya terdengar bunyi buah durian jatuh. Mat Prai berhasrat mahu mengutipnyatetapi, datuk tidak mengizinkan. Kata datuk biar hari sudah cerah baru buah-buah itudikutip dan dikumpulkan.

“Kalau buah durian tu, memang hak kamu, takkan buah tu lari ke mana-mana,”demikian datuk memberikan alasan bila Mat Prai minta keizinan darinya.

“Ingat, sebagai manusia yang beragama Islam, jangan sekali-kali kita hilangpedoman kerana harta,” sambung datuk lagi. Dan Mat Prai terus mematikan hasratuntuk mengutip buah durian. Walaupun demikian, setiap kali dia terdengar bunyibuah durian gugur, Mat Prai tetap nampak resah dan gelisah.

“Sekarang apa yang dah jadi hingga menyebabkan kamu berdua berenang atasbumi,” datuk mengajukan pertanyaan. Biji matanya silih berganti menatap wajahsaya dan Mat Prai. Saya tidak berani untuk mengingati peristiwa yang terjadi, sayamembuat keputusan untuk menutup mulut.

“Cakap kenapa membisu?” sergah datuk sambil menjegilkan matanya ke arah saya.

Cepat saya menundukkan kepala merenung bumi.

“Ceritakan pada aku Mat Prai,” datuk mendekatkan batang hidungnya denganbatang hidung Mat Prai. Kelihatan hidung mereka seperti berlaga dan mata datuktetap merenung anak mata Mat Prai. Saya menarik nafas kelegaan kerana sayasudah arif dengan perangai datuk, bila dia berbuat demikian secara tidak langsungdatuk cuba menguasai perasaan dan hati Mat Prai melalui pernafasan.

“Ceritakan pada Ayah Alang, Mat,” nada suara datuk cukup lembut, cuping telingakanan Mat Prai dihembusnya. Saya lihat Mat Prai menganggukkan kepala dua tigakali.

PETAH

Page 89: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 89/294

89

Kemudian dengan petah Mat Prai mengungkapkan peristiwa yang terjadi padadatuk. Selesai sahaja Mat Prai bercerita, datuk segera membakar andang daunkelapa. Seluruh kawasan pondok disuluh dan diteliti. Datuk terus duduk di tanggapondok.

Baru dia sedar durian yang berlonggok sudah tiada. Dia melihat daun sirih hutanyang tercalit dengan kapur bertabur di mana-mana.

“Pelik, aku tak dengar apa yang terjadi, sedangkan jarak pondok dengan perigitidaklah jauh sangat,” datuk mengedutkan dahi sambil melagakan gigi atas dengangigi bawah beberapa kali.

“Bukankah masa aku mandi tadi, kamu datang bercakap dengan aku, Mat, kamubercerita tentang masalah keluarga kamu pada aku,” datuk terus bangun.

“Masa Ayah Alang mandi, kami di sini, kami tengah berdepan dengan makhlukganjil, Ayah Alang tanya si Tamar ni.”

“Ya tuk, kami berdua tak kemana-mana.”

“Jadi syaitan mana yang menyerupai kamu tadi Mat Prai, aku sudah terpedaya,”datuk terus hentakkan kaki ke bumi.

Dengan andang daun kelapa di tangan datuk terus berlari ke perigi. Dinding perigiyang dibuat dari daun rumbia terus dibakar datuk. Api terus marak menerangikawasan sekitar pondok durian. Asap berkepul menguasai ruang udara yang dibalutkedinginan malam. Badan datuk berpeluh kena bahang api.

GUGUR

Berpuluh-puluh ekor kelawar berterbangan di atas bumbung pondok. Angin yangbertiup menjatuhkan dedahan dan reranting kering ke bumi. Sesekali terdengar bunyi buah durian gugur.

“Banyaknya kelawar,” rungut saya perlahan.

“Biarkan, itu bukan urusan kita,” sahut Mat Prai.

Sesungguhnya, saya merasa pelik. Dari manakah kumpulan kelawar itu datang.Suara lolongan anjing kian gamat datang dari arah Pekan Kongsi. Rasa cemas dantakut masih belum reda dari perasaan saya.

“Tak apa, orang tua tu dah datang,” Mat Prai luruskan telunjuk menghala ke arahdatuk yang datang ke arah kami kembali. Di tangannya, ada sepotong kayu yangmasih berapi. Datuk renung ke arah kelawar yang berlegar-legar di bumbungpondok. Datuk balingkan kayu yang masih berapi itu ke arah kumpulan kelawar.

Aneh, kumpulan kelawar yang berlegar-legar atas bumbung segera berpecah dan

Page 90: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 90/294

90

terbang menuju ke arah kaki bukit yang berdekatan. Bukit yang terpegun kaku dimalam yang dingin itu kelihatan amat menggerunkan. Sesekali seperti ada cahayaapi di puncak bukit tersebut. Datuk segera mendekati kami.

“Kau orang dengar salakan anjing tu?” tanya datuk.

“Dengar,” Mat Prai dan saya menjawab serentak.

“Kamu tahu, anjing-anjing itu menyalak syaitan yang berkeliaran di udara.”

“Kenapa syaitan itu berkeliaran tuk?” saya menyoal.

“Nanti lain kali, aku cakapkan dengan kamu, Tamar.” “Hum” saya merasa kecewadengan kata-kata yang datuk luahkan itu.

Datuk pijak tangga pondok yang bulat. Dia terus duduk dekat Mat Prai.

“Macam mana Ayah Alang?”“Apa yang macam mana tu, Mat?”Datuk tatap biji mata Mat Prai yang terkebil-kebil. Dia tidak mahu untukmengemukakan sebarang pertanyaan lagi. Memang dia tidak menduga datuk akanmengungkapkan kata-katademikian.

“Aku tak mahu banyak soal, tak mahu banyak tanya, kita tidur sekarang,” suaradatuk meninggi dan terus merebahkan badannya. Tidak sampai lima minit, datukterus terlelap. Saya dan Mat Prai segera mengikuti jejak langkah datuk.

Antara terlelap dengan tidak, saya terdengar datuk batuk berkali-kali. Kemudian diabangun. Buat beberapa minit saya berhasil mencelikkan mata.

“Kamu tidur, jangan banyak fikir, Tamar."

“Tuk nak ke mana?”

“Aku nak ke perigi.”

Datuk terus menuju ke perigi yang dindingnya sudah menjadi abu. Saya kira datukmengambil air sembahyang. Ramalan saya memang tepat, sekembalinya datuk dariperigi dia terus membaca al-Quran.

KEJUT

Malam yang dingin, membuat tidur terasa enak. Saya terus membengkokkan badan.Rasa takut dan bimbang langsung tidak terbayang dalam kepala saya.

“Bangun dah subuh ni,” terasa badan saya digoyang berkali-kali, “Pergi ambil air sembahyang. Orang yang tak sembahyang Subuh, tidurnya diapit syaitan,” lanjut

datuk lagi.

Page 91: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 91/294

91

Saya tidak ada pilihan, samada mahu atau tidak, saya terpaksa bangun dan pergi keperigi untuk mengambil wuduk. Mat Prai lebih dulu bersedia dari saya.

“Dah ambil wuduk?” tanya saya pada Mat Prai.

“Sudah, kau pergi cepat,” Mat Prai mendesak.

“Pergilah, tak ada apa yang nak ganggu kamu,” datuk terus renung wajah saya. Diabagaikan mengerti dengan apa yang ada dalam hati saya. Dalam keadaan takutcampur berani, saya menuju ke perigi.

Saya tidak pasti apakah air sembahyang yang saya ambil itu mengikut peraturanatau sebaliknya. Saya berlari ke pondok kembali.

Dan Subuh itu, datuk mengimamkan sembahyang Subuh kami. Selesai berwirid danmembaca doa, datuk memberikan kuliah Subuh yang pendek tetapi amat

mengesankan. Datuk memperkatakan tentang diri manusia yang binasa keranaterlalu cinta pada harta benda dan kekayaan hingga lupa pada tugas seoranghamba terhadap Allah yang mencipta mereka.

“Nampaknya usaha kita tak berjayalah, Ayah Alang?” Mat Prai mengajukanpertanyaan setelah datuk menamatkan kuliah Subuh di pondok durian. Datuktersenyum sambil memandang keluar, melihat hari yang mula beransur cerah.

“Masih ada masa untuk berusaha,” jawab datuk.

“Hum,” Mat Prai menarik nafas panjang. Ada rasa kecewa terpamer di wajahnya.Kicau burung menyambut kehadiran matahari pagi mula terdengar. Jalur sinar matahari mula jatuh pada dedaun yang masih ada kesan air embun.

“Aku nak berjalan di seluruh kawasan ni, aku nak mandi embun dan nak buatsenaman. Kau ikut aku Tamar.”

“Saya macam mana Ayah Alang?” tanya Mat Prai.

“Kau pergi tengok buah durian yang jatuh,” datuk mengeluarkan arahan pada MatPrai. Tanpa banyak soal jawab, Mat Prai mematuhi arahan itu.

TINGGI

Matahari kian meninggi, embun di hujung daun yang disentuh cahaya mataharinampak bersinar-sinar, bagaikan ketul berlian di tengah padang. Datuk terus mandiembun dan melakukan senaman yang gerak dan gerinya memperlihatkan unsur silat‘Burung Rajawali’ saya cuba mengikutinya. Bila pergerakan itu dilakukan denganpantas oleh datuk, saya tidak dapat mengikutinya. Saya jadi penonton sahaja.

“Tamar,” jerit datuk.

Serentak dengan itu saya melihat seketul kayu yang penjangnya kira-kira dua kakimenuju ke arah saya.

Page 92: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 92/294

92

“Tangkap atau elakkan,” terdengar lagi suara datuk.

“Oooppp,” saya melompat lalu meyambar kayu tersebut. Terasa badan saya sepertidibawa oleh kayu itu ke kiri, mendekati pokok langsat. Saya tercungap-cungap.

Datuk segera mendekati saya sambil ketawa.

“Kamu masih ingat dengan gerak langkah yang aku ajar,” datuk terus menepuk bahusaya berkali-kali. Dengan wajah manis dia mengajak saya mengelilingi dusun durianmilik Mat Prai. Terpesona saya melihat buah durian yang bergantungan lebat didahan. Beberapa ekor tupai melompat dari ranting ke ranting dengan bebas.Matahari terus memancar.

“Sungai, jernih airnya,” jerit saya bila berdiri di tebing sebatang anak sungai. Anak-anak ikan berenang bebas di celah-celah batu di tengah sungai. Tanpa membuangmasa saya menuruni tebing dan terus membasuh muka. Terasa sejuknya meresap

ke tulang pipi.

“Sudahlah jangan lama-lama di situ, aku nak sampai cepat ke pondok,” tempik datukdari atas tebing. Saya segera berlari ke arahnya. Kami meneruskan perjalanan danterpaksa melintasi kaki bukit yang ditujui oleh kumpulan kelawar malam tadi.

Memang terdapat hutan tebal di situ dengan pokok-pokok besar yang digayuti olehakar-akar hutan sebesar lengan kanak-kanak yang berusia tujuh hingga sepuluhtahun. Monyet-monyet liar bergayutan di situ.

“Hati-hati Tamar,” datuk mengingatkan. Saya segera anggukkan kepala.

“Hutan macam ni, jadi sarang binatang buas,” lanjut datuk lagi. Saya anggukkankepala lagi. Matahari yang memancar agak terik membuat badan saya berpeluh.

TANGAN

Secara mengejut datuk menarik tangan kanan saya ke perdu buluh hutan. Saya jadicemas dan takut.

“Kenapa tuk?”

“Dalam rimbunan pokok kecil tu, aku macam ternampak pintu gua. Cuba kaupastikan,” kata datuk sambil jari telunjuknya mengarah kepada pokok-pokok kecilyang merimbun dan tingginya lebih dari tujuh kaki. Memang sukar untukmemastikannya. Tetapi, tiupan angin yang menggerakkan reranting dan dedaunlebat itu memberi peluang pada saya untuk merenungnya dengan teliti.

“Apa yang kau nampak, Tamar?”

“Saya nampak macam pintu gua tua.”

“Pelik juga ya, selalunya gua pada gunung, bukit yang aku tahu tak ada gua. Tanahbukit tu ditebuk.”

Page 93: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 93/294

93

“Agaknya, terowong tinggal tuk,” kata saya tenang, tanpa merasa sebarangkecurigaan. Datuk mengigit bibir sambil menelan air liur. Dia sedang memikirkansesuatu.

“Boleh jadi juga terowong. Mungkin terowong tu ditebuk oleh askar Jepun masaperang dulu atau ditebuk oleh orang-orang komunis untuk tempat merekaberlindung,” itu pendapat datuk.

“Mari kita periksa tuk.”

“Jangan terburu-buru,” nada suara datuk meninggi. Dia renung kiri dan kanan.Kemudian dia mengesat peluh di dahi dengan belakang tangannya.

“Lain kali saja kita tengok, Tamar,” satu keputusan yang amat mengejutkan daridatuk, “Mari kita ke pondok Mat Prai,” sambungnya lalu menarik tangan saya.

Macam selalu saya tidak akan membantah dengan apa yang datuk katakan.

Kami segera bergerak arah ke utara, menjauhkan diri dari kawasan kaki bukit. Datuktidak menyatakan apa-apa kepada saya kenapa dia berbuat demikian.

Berjalan dalam kebun durian yang tidak begitu bersih keadaannya memangmenyulitkan. Saya sering terlanggar tunggul dan akar.

“Ikut sana senang tuk.”

Datuk berhenti melangkah. Dia dongakkan muka ke langit melihat awan yang bersih.Kesempatan itu saya gunakan untuk duduk di atas tunggul buruk bagimenghilangkan penat.

“Maksud kamu, kita berjalan dalam kebun getah?” soal datuk.

“Ya, tuk.”

“Kalau begitu marilah.”

Rakaman Kembali Pengalaman Penulis Bersama Datuknya109. Ilmu Suhaimi Keraba~Kredit kepada ahli komunitisbdj FAQIR untuk siri ini.*****

Saya dan datuk terpaksa mengubah haluan jalan. Kami terus ke kawasan kebungetah. Keadaannya cukup bersih tidak sesemak dusun durian Mat Prai. Di celah-celah nirai getah itu di tanam dengan pokok koko yang tingginya baru separas lututorang tua. Melihat keadaan kebun getah tersebut, saya yakin pemiliknya adalahseorang yang cukup rajin.

"Bila tengok pokok-pokok getah ni, teringat pula aku dengan kebun getah kita,"

datuk bersuara. Saya segera anggukkan kepala.

Page 94: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 94/294

94

"Hati-hati Tamar, ular kapak bodoh suka duduk di bawah daun kering," datukmengingatkan saya yang melangkah tanpa mahu merenung ke arah permukaanbumi.

"Macam mana rupanya ular kapak bodoh tu tuk?".

"Warnanya macam daun getah kering, dia selalu duduk berlingkar di bawahtimbunan daun getah, tersepak atau terpijak dia terus mematuk."

"Bisakah patukannya tuk?".

"Boleh membawa maut, kalau tak maut boleh jadi tokak," jelas datuk sambil melihatpucuk-pucuk koko yang menghijau dan melintuk-liuk disentuh angin. Kami terusmelangkah sambil menikmati nyanyian burung-burung pagi di reranting getah.

"Aku sudah memberikan kamu petua berjalan di tempat-tempat semacam ini. Aku

 juga sudah memberikan doa bila berjumpa dengan binatang berbisa. Kenapa tidakkau amalkan," mendadak sahaja datuk bersuara. Saya tahu, dari nada suaranya ituternyata ada rasa kesal bermain dalam diri datuk.

"Kadang-kadang saya jadi lupa."

"Bukan lupa, kamu tak bertanggungjawab, tidak tahu memanfaatkan benda berhargayang diberikan kepada kamu," kali ini suara datuk cukup tinggi. Saya jelingwajahnya. Dari air mukanya ternyata dia sedang marah. Saya terus membisu.

"Jangan melangkah Tamar, diam di situ jangan bergerak, kalau bergerak mati," katadatuk separuh menjerit. Saya patuh dengan cakapnya. Badan saya mengeletar,seekor ular melintas di depan saya. Bila ular tedung hilang dari pandangan barulahsaya melangkah kembali. Datuk berhenti dekat sebatang pokok getah di bucu nirai.Datuk membelek-belek kulit pohon getah itu dengan teliti.

"Nampaknya pokok-pokok getah ini masih muda, kulitnya lembut. Setahun dua lagibaru boleh ditoreh," datuk memberikan komentar.

"Saya rasa pun macam tu juga. Umurnya tak jauh beza dengan pokok getah kita."

"Ya," datuk menggangguk.

Kami meneruskan perjalanan dan saya berharap datuk tidak akan melencong kemana-mana. Saya mahu segera sampai ke pondok.

Sambil melangkah saya membayangkan yang Mat Prai sedang membuat kopi untukkami. Saya juga membayangkan yang isterinya menghantar nasi lemak atau kuih kepondok untuk habuan perut saya. Saya tersenyum sendirian, bila saya gambarkandalam kepala yang kami bertiga sedang menikmati sarapan pagi dengan wajah yangtenang.

"Oooppp..."

Page 95: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 95/294

95

Datuk melompat tinggi melepasi kepala saya. Bila berdiri tegak saya lihat tangankanannya ada dahan getah. Datuk mencampakkan dahan itu ke pangkal pokokgetah.

"Nasib baik aku terdengar bunyinya masa dahan itu masih ada di atas. Aku

melompat menyambarnya, kalau aku lambat dah tentu dahan patah menimpatengkuk kamu. Tengkuk kamu boleh patah Tamar," datuk melepaskan nafastercungap-cungap, mukanya nampak merah padam.

"Terima kasih tuk."

"Aku tak mahu semuanya tu, Tamar. Apa yang aku mahu, kamu mesti pandaimendengar sesuatu dari setiap arah. Tidak kira sama ada sesuatu itu digerakkanangin, air dan manusia.

"Macam mana caranya tuk."

"Sekarang ini, kamu mempelajarinya dari aku secara tidak langsung."

"Sulit," saya mengeluh.

Memang sulit untuk mempelajari sesuatu tanpa diberitahu terlebih dulu. Lebih-lebihlagi, jika tidak ada persediaan yang secukupnya. Bagaimana mahu saya katakanperkara ini pada datuk.

"Tidak sulit, kalau kamu mahu berusaha. Manfaatkan mata, hidung, telinga, otakdengan sebaik mungkin," cetus datuk.

"Berapa lama saya mesti berbuat macam tu?"

"Selagi aku masih ada," datuk tersenyum sambil meraba pangkal dagunya berkali-kali. Entah macam mana, saya mula dapat mengesan langkah datuk yang rancakberansur perlahan. Macam ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya. Saya amati,gerak mata datuk sentiasa tertumpu ke arah dedaun yang bergerak mengikuti arahangin.

"Assalamualaikum."

Seorang lelaki muncul dari balik pohon getah. Bentuk tubuhnya tegap denganrambut panjang hingga jatuh atas sayap bahunya. Dahinya dililit dengan kain merahselebar dua jari. Ketika saya asyik merenung ke arah lelaki itu, lelaki itu engganmenyambutnya. Datuk masih memperlihatkan sikap kemesraan. Dengan langkahyang teratur, lelaki itu menghampiri datuk.

"Kamu berdua ni dari mana?"

Dalam nada suara yang sombong lelaki itu mengajukan pertanyaan. Hati sayaberdebar, ketika lelaki itu memusingkan tubuhnya ke kanan, saya terlihat ada benda

menonjol dalam baju labuhnya yang dibuat mengikut fesyen baju orang Pakistan.

Page 96: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 96/294

96

Mungkin benda menonjol itu golok atau parang? Mungkin pistol dan mungkin, bendatajam yang mengancam keselamatan kami.

"Kami sampai malam tadi, kami bermalam di pondok Mat Prai," jelas datuk.

"Kamu berdua, adik-beradiknya."

"Ya," anguk datuk.

"Adik-beradik rapat atau jauh."

"Rapat," jawab datuk dalam nada suara yang kurang senang.

"Berapa lama berada di sini?" soal lelaki itu lagi.

"Selama mana, kami sanggup."

"Hisss..."

Lelaki itu mula menatap wajah datuk. Dia merasakan jawapan yang datuk berikanadalah sindiran yang tajam. Tindak balas yang dilakukan oleh lelaki itu pada datukialah menjuihkan bibirnya sambil meludah ke kanan.

"Kurang ajar." bisik saya dalam hati.

"Kamu maki aku," lelaki itu segera menjegilkan biji matanya ke arah saya. Sertamerta saya gelengkan kepala. "Eh, budak setengah masak, kau jangan nakmenipu."

"Tipu?" saya pura-pura terkejut, "Saya tak cakap apa-apa dengan awak," sayamakin berani.

"Dengan aku, kamu jangan nak tipu. Apa yang ada dalam hati kamu dapat akubaca," lelaki itu semakin berani, mulutnya kian lancang mengutuk diri saya. Dia buattidak kisah dengan datuk yang berdiri dekat saya.

HARAPAN

Saya terus merenung ke arah datuk dengan harapan datuk dapat melindungi darisaya, jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.

"Kalau nak tunjuk lagak ayam jantan, jangan masuk kampung orang ikut suka hati,"lelaki itu menghalakan kata-kata itu ke arah datuk. Dia mula menendang apa sahajayang ada dekatnya. Lagaknya memang mahu mencari gaduh. Datuk tidak ambilpeduli dengan sikap lelaki itu. Datuk tetap memperlihatkan sikap persahabatan.

"Kami tak mahu mencari musuh, biarlah kami pergi," datuk menundukkan kepalanyadan terus melangkah. Lelaki itu tidak puas hati dengan sikap datuk.

Page 97: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 97/294

97

"Ah..." terdengar suara lelaki itu meninggi. Dia lari mengelilingi pokok getah danberhenti di depan datuk. Belum pun sempat datuk mengucapkan sesuatu, lelaki tumengeluarkan golok pendek dari dalam bajunya.

"Saya tak mahu gaduh," rayu datuk sambil menyuruh saya mencari tempat

berlindung. Belum pun sempat saya mencari tempat yang selamat, lelaki itu terusmenyerang datuk bertalu-talu dengan goloknya.

Datuk lebih banyak mengelak dari melakukan serangan. Dia tidak melepaskan buahsilat yang kemas dan tajam. Ini berlainan dengan lelaki itu yang kelihatanbersungguh-sungguh mahu membunuh datuk.

"Sudahlah saudara, saya tak mahu bergaduh, kita tidak pernah bermusuh, kenapamesti berkelahi," dalam keadaan termengah-mengah datuk bersuara. Semuanyatidak dipedulikan oleh lelaki itu. Dia terus menyerang dan melepaskan tetakan kearah datuk. Dalam satu tetakan yang kencang, datuk berjaya mengelak, mata golok

terkena akar getah dan terus terlekat di situ.

Kesempatan itu datuk gunakan untuk melarikan diri. Saya terus mengekori datukberlari dengan kencang. Masa berlari itu saya gunakan telinga untuk mendengar sesuatu dari arah depan dan belakang. Saya terdengar bunyi dengung yang panjangmemburu langkah saya. Dengan cepat saya menoleh ke belakang, saya lihat seketulkayu betul-betul dekat batang leher saya.

"Appp."

Serentak dengan suara itu saya rebahkan badan dan ketuk kayu itu hinggaterkandas di pohon getah lalu patah dua. Rupanya, lelaki itu menggunakan semuakekuatannya membalingkan ketul kayu itu ke arah saya.

Bila saya bangun, datuk ketawa kecil. Ternyata datuk lebih cekap dari saya, dia lebihawal dapat mengesan bunyi itu dan tahu apa yang mesti dilakukan. Dia segeraberlindung di balik pokok tempat kayu yang dibalingkan oleh lelaki itu terkandas.

"Lelaki itu tak memburu kita, kita tak perlu lari lagi," ujar datuk.

"Siapa lelaki itu tuk?"

"Entah, agaknya orang gila. Usah pedulikan tentang dirinya."

"Boleh jadi orang gila, boleh jadi hantu," saya terus merungut panjang. Datuk tidakmemberikan sebarang pendapat terhadap komentar yang saya luahkan. Datuk terusberjalan dengan laju.

"Kenapa lambat?"

Dari kaki tangga pondok Mat Prai mengajukan pertanyaan. Dia menatang talamkecil. Manakala di atas pondok, isterinya duduk berjuntai kaki. Dua orang anaknya

membaling biji dan kulit durian ke mana sahaja, sesuka hati mereka.

Page 98: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 98/294

98

"Seronok mandi embun," jawab datuk. Mat Prai ketawa lalu meletakkan talam kecilatas pelantar. Dia terus duduk bersila di situ.

"Mari minum," ajak Mat Prai, dia terus tuangkan air kopi ke dalam cawan, "Sekarangdah dekat pukul lapan, sepatutnya kita minum pagi pukul tujuh lebih," sambung Mat

Prai. Datuk hanya tersenyum dan terus duduk di pelantar. Isteri Mat Prai turun daripondok, membuka bungkusan kuih dan diletakkan dalam piring.

"Dah sejuk goreng pisang ni," rungutnya.

"Tak mengapa asalkan barang-barang tersebut boleh dimakan. Kita ini terjumlahorang-orang yang bernasib baik kerana dapat makan pagi," ujar datuk dengantenang.

"Ya," angguk Mat Prai. Dia terus meghirup air kopi.

"Kamu Tamar, ambillah. Apa main tengok-tengok aje," isteri Mat Prai ajukanpertanyaan. Dia segera menghulurkan cawan kopi segera saya sambut.

"Cepatnya berhenti, kenapa tak makan pisang goreng," Mat Prai renung mukadatuk.

"Memang menjadi kebiasaan saya, sebelah pagi minum kopi saja," datuk menolakpiring goreng pisang yang dihulurkan oleh Mat Prai kepadanya.

"Ada pantang larang agaknya," soal isteri Mat Prai.

"Tak ada pantang larang, agaknya ini sudah menjadi kebiasaan saya," jelas datukdan segera bangun. Datuk segera pergi menemui kedua-dua anak Mat Praidibelakang pondok.

Entah apa yang dicakapkan oleh datuk kepada kedua kanak-kanak itu hinggamereka berhenti melemparkan biji dan kulit durian ke arah semak-semak dekatpondok. Saya, Mat Prai dan isterinya terus memerhatikan gelagat datuk melayanikedua kanak-kanak itu.

"Apa yang dibualnya tu," isteri Mat Prai juihkan bibir ke arah datuk.

"Entah," balas saya.

"Agaknya datuk kamu ni memang sukakan kanak-kanak," tanya Mat Prai sambilmengeliat. Matanya tetap merauti wajah saya.

"Dia memang suka dengan budak-budak kecil, dia suka menasihati budak-budaksambil bercerita kisah binatang," jawab saya penuh jujur. Mat Prai dan isterinyaterus anggukkan kepala.

Bila isteri Mat Prai melihat datuk memisahkan diri dengan anak-anaknya, dia segera

tersenyum. Dengan suara yang lantang dia menyebut nama kedua-dua anaknya.Bagaikan dikejar sesuatu kedua kanak-kanak itu menerpa kearahnya.

Page 99: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 99/294

99

"Kenapa emak?"

"Tak ada apa-apa, emak cuma nak tanya apa yang datuk tu cerita pada kamuberdua."

"Macam-macam, datuk tu pesan dalam dunia ni, kita mesti buat baik denganmanusia dan binatang."

"Bagus, kamu berdua mesti ingat pesannya, sudah, mari kita balik ke rumah,"tambah perempuan dua anak yang tidak pernah membantah sebarang perintah darisuaminya.

"Sekarang juga mak?" tanya salah seorang dari anaknya.

"Ya, kamu ingat bila?" isteri Mat Prai jegilkan biji mata ke arah anak yang bertanya.

Si anak tidak berani bertanya lagi, apa lagi menentang mata si ibu. Mereka hanyamenurut perintah sahaja.

"Semoga anak-anak kamu akan jadi manusia, Mat," ujar datuk ketika melihat kedua-dua anak Mat Prai melangkah meninggalkan kawasan pondok durian. Mereka berlarikecil di kiri dan kanan denai.

"Berilah didikan agama secukupnya dan jangan pula kau didik mereka menbencidunia," sambung datuk.

"Ya, saya ingat pesan Ayah Alang tu."

"Sekadar ingat saja, tak memberi kesan tetapi, aku mahu kau melaksanakannya.Anak-anak harus dibentuk ketika rebung."

"Saya setuju dengan Ayah Alang dalam hal ini, saya mahu memimpin merekasupaya menjadi manusia berguna pada bangsa, agama dan tanah air," itu azamyang diluahkan oleh Mat Prai yang disambut dengan rasa bangga oleh datuk. Sayasegera menegakkan ibu jari kanan bila Mat Prai segera beralih tempat duduk. Daripelantar ke atas bangku yang dibuat dari kayu bulat di bawah pokok rendang. Datuk juga turut berubah tempat tetapi, saya masih bertahan di pelantar. Membiarkan

peluh-peluh yang meruap di dahi mengalir ke pipi. Tidak lama datuk duduk di kayubulat kerana Mat Prai mengajak datuk melihat buah durian yang dikumpulnya.

"Ayah Alang dengan Tamar pergi mandi embun, saya pula kumpulkan wang, cubatengok," suara Mat Prai lantang.

"Banyak juga jumlahnya," kata datuk

"Boleh tahan juga," jawab Mat Prai lemah.

"Kau nak jual pada peraih."

Page 100: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 100/294

100

"Ya tapi bukan semua, enam tujuh biji saya nak buat nasi durian. Kita tunggu sampaiperaih datang, kemudian kita ke rumah," Mat Prai mengemukakan permintaan dandatuk tidak keberatan memenuhi permintaan itu.

"Tapi, bila kita balik, siapa pula nak kutip durian yang jatuh," secara mendadak datuk

mengajukan pertanyaan.

"Budak yang balik malam tadi ambil alih tugas saya," dalam senyum Mat Praimenjawab. Datuk anggukkan kepala.

BANDARAYA

Lebih kurang pukul sepuluh setengah pagi, peraih dari bandaraya George Town punsampai ke pondok Mat Prai dengan sebuah lori kecil tanpa bumbung. Peraihberbangsa Cina itu cukup fasih bercakap bahasa Malaysia loghat Pulu Pinang.Orangnya cukup peramah. Setelah membeli durian Mat Prai dia segera pergi ke

dusun durian orang lain pula.

Tepat pukul sebelas pagi, kami pun meninggalkan pondok durian Mat Prai. Sebaiksahaja sampai dekat rumpun buluh kuning, kami terserempak dengan dua pemudayang diupah oleh Mat Prai menjaga dusun duriannya. Badan mereka basah denganpeluh. Masing-masing membawa buluh kuning yang panjangnya kira-kira enam kaki.Bahagian hujung buluh dipecahkan. Kenapa mereka berbuat demikian, saya sendiritidak tahu, ulu golok yang tersangkut di tali pinggang dari kulit kerbau nampakterbuai-buai.

"Apa macam malam tadi bang? tak ada apa-apa yang datang," tanya salah seorangdari mereka. Mat Prai segera merenung ke arah datuk. Kamudian dia bersuara.

"Susah nak cakap."

"Kenapa bang?" soal pemuda yang lagi satu.

"Hum," Mat Prai mengeluh, "Dinding perigi kita dah hangus terbakar," tambah MatPrai lagi. Kedua-dua pemuda itu berpandangan sama sendiri.

"Siapa yang membakarnya bang?" desak kedua-dua pemuda serentak. Mat Prai

cuma tersenyum. Dia menyuruh saya dan datuk meneruskan perjalanan. Kedua-duapemuda tadi meneruskan langkah ke pondok durian.

"Heeiii."

Kami bertiga berhenti melangkah. Di depan kami terpancul seorang lelaki berbadantegap memakai lilit kepala dari kain batik. Memakai seluar hitam dan berkasut capal.Kain pelikat berkotak kecil terselipang dari atas bahu ke dada. Dia menghunus kerispanjang ke arah kami. Muka Mat Prai kelihatan pucat.

Saya alihkan pandangan ke arah datuk, serentak dengan itu saya kenyitkan mata ke

arahnya. Datuk segera anggukkan kepala tanda faham dengan maksud hati saya,bahawa lelaki yang berdiri di depan tu adalah lelaki yang menyerang saya dan datuk

Page 101: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 101/294

101

di kebun getah, beberapa jam tadi. Apakah dia akan membunuh saya dan datuk?timbul pertanyaan dalam hati.

"Adik beradik kamu?"

Dengan wajah yang garang lelaki itu jegilkan biji mata ke arah Mat Prai. Tidak ada jawapan yang diberikan oleh Mat Prai.

"Adik beradik kamu?" jerit lelaki itu.

"Ya," sahut Mat Prai.

"Beritahu dia jangan nak intip tempat duduk aku. Kalau dibuat lagi sekali, kedua-duanya aku bakar hidup-hidup," sambil bercakap lelaki itu menghalakan hujung keriske arah saya dan datuk. Rambut panjangnya sengaja dijatuhkan ke atas keduabelah bahunya. Dua tiga kali dia mengacukan penumbuk kiri ke arah saya. Apa yang

boleh saya lakukan ialah tunduk berlagak macam orang bodoh.

"Eh, orang sekampung, beritahu adik-beradik kamu," untuk sekian kalinya lelaki itumengherdik Mat Prai.

"Saya bagi pihak kaum keluarga saya minta maaf," ujar Mat Prai.

"Hum, ingat pesan aku, kalau dilanggar dusun dan tanah kamu jadi padang jarak,"dengan nada suara yang meninggi lelaki itu mengeluarkan ancaman. Gerak gerinyabagai pahlawan.

"Saya ingat," kata Mat Prai.

"Hum."

Lelaki itu masukkan keris panjang ke sarung lalu diselitkan ke pinggang. Kemudiandia terus bertepuk tangan dengan sekuat hati. Bunyi tepukannya itu macam bunyipetir. Lubang telinga saya terasa bengang.

"Haiii..."

Dia menjerit sekuat hati sambil membuka silat macam silat Kungfu.

110. Kura-Kura Mata Hijau 

Mat Prai berhenti melangkah secara mengejut. Dia menoleh ke arah datuk dan sayadengan wajah yang pucat. Dia kelihatan berada di dalam keadaan serba salah. MatPrai seperti enggan meneruskan langkah, dia seperti mahu berpatah balik kepondok durian. Badannya terus menggeletar seperti orang kena histeria.

"Kenapa Mat Prai," datuk segera menggoncangkan tubuhnya.

Page 102: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 102/294

102

"Saya dah langgar pantang Ayah Alang."

"Nama orang itu tidak boleh disebut atau diberitahu pada orang, siapa yang langgar pantangnya boleh kena penyakit gila babi, ramai orang yang menyebut namanyapada orang lain jatuh sakit.," sebaik sahaja selesai Mat Prai bercakap dia terus

rebah atas rumput. Paling mengejutkan, bila Mat Prai terus baring atas rumput.

Dalam keadaan serba salah saya dongakkan muka ke langit melihat matahari yangmemancar terang sedangkan awan putih bergerak tenang di dada langit. Anginbertiup menggugurkan dedaun kering. Datuk terus berusaha memberikan keyakinanpada Mat Prai bahawa apa yang dipercayainya itu adalah karut. Tetapi, Mat Praitidak mudah mahu menerima apa yang datuk katakan itu.

"Aku nak tanya kamu satu perkara dalam dunia ini, baik di langit mahupun di bumisiapa yang berkuasa dan siapa pula yang menghidupkan dan mematikan manusia,"datuk bertanya dengan lembut pada Mat Prai setelah semua usahanya yang

dikemukakan pada Mat Prai sebentar ditolak mentah.

"Tentulah Allah yang maha besar," jawab Mat Prai penuh keyakinan. Dia terusduduk matanya menentang biji mata datuk.

"Kamu sudah tahu jawapannya, kalau sudah tahu kenapa kamu mesti takutdengannya. Percayalah dia tidak ada kuasa," datuk memberikan semangat.

"Tapi, ramai percaya dengannya," Mat Prai kelihatan maish ragu-ragu. Datuk terusgelengkan kepala sambil menarik nafas dalam-dalam. Memang terlalu sukar untuknya memberikan semangat baru pada Mat Prai.

"Sekarang kamu sebut namanya berkali-kali, kamu maki dia. Aku nak tengokpantang larangnya berkesan atau tidak," datuk mendesak Mat Prai. Cepat-cepat MatPrai gelengkan kepala, mukanya bertambah pucat. Dan datuk terpaksa bertindaklebih tegas supaya Mat Prai mematuhi arahannya. Kali ini datuk tidak mahumeentang biji mata Mat Prai.

"Kamu nak ikut cakap aku atau aku tinggalkan kamu di sini. Biar aku balik kekampung.

"Jangan, kerja Ayah Alang belum selesai lagi."

"Kalau kamu mahu aku selesaikan, dengar cakap aku."

"Baiklah Ayah Alang," ujar Mat Prai dan terus menyebut nama Suhaimi Keraba sertamemaki hamunnya dengan semahu hati.

"Berhenti Mat, berhenti."

Mat Prai pun berhenti memaki hamun Suhaimi Keraba. Saya yang sudah tidaksanggup berdiri segera mencari tempat duduk. Sasaran saya ialah batang buruk

yang melintang di tepi denai.

Page 103: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 103/294

103

"Sekarang kamu duduk diam," itu arahan datuk kepada Mat Prai. " Kita tunggusampai sepuluh minit, kalau benar-benar orang yang pantang namanya disebut ituberkuasa, dan boleh mendatangkan bala kepada kamu, tentu kamu mengalamisesuatu," sambung datuk sambil mengeluarkan jam saku dari bajunya.

"Nah kau tengok masanya," datuk menyerahkan jam saku kepada saya, "sampaisepuluh minit beritahu aku." Saya segera patuh pada perintahnya itu.

CUKUP

Sepuluh minit sudah berlalu, tidak ada perkara yang tidak diingini terjadi pada diriMat Prai. Saya pulangkan jam saku kepada datuk. Sebelum jam itu disumbatkan kedalam poket. datuk melihatnya sejenak untuk memastikan sama ada kiraan syatepat atau sebaliknya.

"Bagaimana Mat Prai? Kau tentu setuju kalau aku katakan yang orang itu tidak ada

kuasa," bisik datuk ke telinga Mat Prai tetapi dengan lemah dia menggelengkankepala.

"Kenapa Mat?"

"Sebabnya tak jadi kerana Ayah Alang ada pelindung diri, ada pemakai dan petua,sebab itulah sumpahnya tak menjadi."

Datuk tunduk merenung bumi. Mat Prai segera berdiri. Panas terasa kian keras. Kulitdahi dan muka saya terasa pedih.

"Kau selalu memikirkan perkara yang buruk-buruk. Engkau tahu kuasa Allah tetapi,engkau tidak yakin pada-Nya inilah yang merosakkan diri kamu sendiri, kamu kataaku ada ilmu pedinding, sebenarnya perkara yang kau sebutkan itu memang tidakada pada aku. Apa yang aku lakukan ialah minta perlindungan dari Allah," datukmula memberikan pendapatnya, dia tidak peduli sama ada pendapat itu dapatditerima oleh Mat Prai atau sebaliknya. Pokoknya, dia harus menyedarkan diri MatPrai yang terlalu percayakan pada hal yang karut-marut.

"Bagi aku dia tidak ada kuasa, dia orang gila," cetus datuk.

"Baik Ayah Alang minta maaf padanya, kalau tidak susah diri Ayah Alang."

"Tak payah, dia bukan ada kuasa yang berkuasa ialah Allah, pergi jahanamdengannya.

Teruskan perjalanan, aku nak sampai ke rumah kamu cepat," tanpa rasa bimbangatau takut-takut datuk terus bersuara. Mat Prai jadi termanggu-manggu dan serba-salah.

"Jalan cepat. Tak usah fikirkan tentang manusia gila yang tidak bermoral itu," datuktolak belakang Mat Prai. Antara mahu dengan tidak Mat Prai terpaksa meneruskan

perjalanan. Kami terus melalui beberapa buah dusun durian milik orang lain.Perjalanan selanjutnya tidak ada perbualan. Antara kami bertiga, tiada seorang pun

Page 104: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 104/294

104

yang berminat mahu bertanyakan itu dan ini. Masing-masing melayani khayalan dirisendiri.

"Aduh!"

Datuk yang berada depan saya terus membongkokkan badan. Kedua belahtangannya menekan pangkal belikat sebelah kiri. Mat Prai segera memangku tubuhdatuk agar jangan tersembam ke bumi. Saya memicit belakang datuk.

"Kenapa tuk?"

"Ada orang baling benda tajam ke arah aku," jelas datuk.

Saya segera renung kiri kanan. Anak mata saya tertumpu ke arah bambu runcingsepanjang dua kaki di hujung kaki kanan datuk. Buluh itu sudah patah dua danbahagian yang ditajamkan sudah hancur.

"Carikan aku Daun Dukung Anak," ujar datuk pada saya. Tanpa membuang masasaya segera mencarinya. Dengan izin Allah Daun Dukung Anak yang melata di bumiitu saya temui dekat pangkal pokok durian mati pucuk.

"Sapukan di tempat yang terkena buluh tu untuk membunuh bisanya," datukkeluarkan arahan. Saya segera selak baju datuk. Memang ada garisan memanjangyang melukakan kulit tubuh datuk. Darah mula keluar dari kult yang terkoyak itu.

"Aku dapat menepisnya, kalau tidak buluh itu tembus ke rusuk kiri," terang datuksambil menyuruh saya menghancurkan Daun Dukung Anak dengan telapak tangan.Atas arahannya juga daun yang sudah hancur itu saya tampalkan ke tempat yangtergaris sesudah membaca tujuh kali al-Fatihah serta sekali selawat.

Lebih dari sepuluh minit perjalanan kami berhenti. Bila datuk sudah pulih, kamimeneruskan perjalanan pulang. tetapi baru enam langkah Suhaimi Keraba muncul didepan kami dengan beberapa batang buluh runcing di tangan kiri.

"Jangan di lawan"

Itu perintah datuk untuk saya dan Mat Prai. Peluh yang menguasai setiap sendi

membuatkan saya resah. Mat Prai melihat matahari yang terpacak di atas kepala.

"Tengah rembang, kata orang tua-tua alamat tak baik," bisik Mat Prai ke telingasaya.

"Entah," jawab saya.

"Diam jangan banyak cakap, kalau perbuatannya boleh mengancam nyawa kita,cepat-cepat kita lari," datang lagi arahan dari datuk. Saya dan Mat Prai anggukkankepala. Datuk juga menyuruh kami berdiri sebaris menentang wajah SuhaimiKeraba.

"Kamu yang jadi kepala samseng memaki hamun aku. Tak sedar diri masuk

Page 105: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 105/294

105

kampung orang nak berlagak ayam jaguh," kata-kata itu ditujukan oleh SuhaimiKeraba ke arah datuk.

"Kamu jadi baruanya," jari telunjuknya mengarah ke wajah Mat Prai. Suhaimi Kerabaterus berlegar-legar di depan kami. Sesekali dia mencabut keris panjangnya. Dua

tiga kali diacukannya ke arah saya.

"Aku yang merejamkan buluh tajam kepada kamu, aku sakit hati kerana kamumencaci dan memperkecilkan aku, apa yang kamu katakan pada aku semuanyadapat aku dengar," Suhaimi Keraba mula memperlihatkan taringnya. Dan Mat Praiterus merenung ke arah datuk, seolah-olah engatakan yang cakapnya sebentar tadiadalah benar.

Melihat kami semuanya membisu dan tidak kisah membuatkan Suhaimi Keraba naikangin. Dia mula memaki hamun datuk dan menyifatkan datuk dari keturunan orangyang tidak bertamadun. Datuk tetap membisu. Setelah menggunakan pelbagai cara

tetapi datuk tetap bersikap dingin. Tidak mahu memulakan pergaduhan. dia mulamenyerang datuk dengan buluh runcing. Dia merejam sepuluh batang buluh runcingke arah kami. Satu kebolehan yang di luar kemampuan manusia biasa. Saya kiraada tenaga lain yang membantu Suhaimi Keraba. Bagi menyelamatkan diri, sayadan Mat Prai terpaksa berlindung di balik pokok durian.

Datuk tidak berganjak dari tempat dia berdiri. Tegak di situ sambil berpeluktubuhnya. Kedua belah matanya dirapatkan cuma kelopak bibirnya sahaja bergerakseperti menyebut sesuatu.

Lebih dari empat batang buluh runcing direjamkan oleh Suhaimi Keraba kepadadatuk. Tidak satupun yang mengenai tubuh datuk. Semuanya menyimpang ke arahlain. Ada yang melekat pada pokok pisang hutan, terbenam ke bumi dansebagainya. Suhaimi Keraba berhenti dari melakukan sesuatu pada datuk. Diatermenung sejenak. Datuk tetap berdiri dalam keadaan berpeluk tubuh. SuhaimiKeraba terus memintas arah belakang datuk sambil membalingkan buluh runcingsecara curi. Tetapi, sebelum hujung buluh runcing menjamah kulit, terlebih duluuntuk menyambarnya. Buluh runcing itu segera dibenamkan oleh datuk ke bumi.serentak dengan itu Suhaimi Keraba menjerit. Kedua belah tangan tergapai-gapaiseolah minta tolong. Suhaimi Keraba jatuh ke bumi.

Perlahan-lahan datuk membuka kelopak mata sambil menjatuhkan sepasang tanganyang memeluk tubuhnya. Datuk merenung ke arah Suhaimi Keraba yang tertiarap kebumi. Berhempas pulas berusaha untuk bangun berdiri.

"Bangunlah, sahabatku," kata datuk.

Suhaimi Keraba merenung marah ke arah datuk. Dalam rasa cemas dan takut itu diaberjaya melepaskan diri.

"Kekuatan sahabat tidak sejauh mana. Tidak dapat melawan kekuasaan Allah yangmencipta diri saudara dan saya, yang memberikan nyawa pada kita," ujar datuk lagi.

"Hisss..." desis Suhaimi Keraba.

Page 106: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 106/294

106

"Saudara sudah sesat, kerana sesat itulah hidup saudara dikuasai nafsu syaitan."

"Sudahlah." Balas Suhaimi Keraba.

Terima kasih, saya tidak berniat mahu bermusuh dengan saudara, saya mahubersahabat," datuk hulurkan tangan ke arah Suhaimi Keraba.

"Kamu bukan orangnya," Suhaimi Keraba menolak.

"Saudara, kita mahu bersahabat."

"Tidak ada masa untuk bersalam dan bersahabat dengan orang yang tidak berilmu,"Suhaimi Keraba mula mencemek.

Saya dan Mat Prai keluar dari tempat persembunyian.Kami segera mendekati datuk

yang kelihatan begitu tenang menghadapi cemuhan yang dilemparkan oleh SuhaimiKeraba terhadap dirinya.

"Saya tahu sejauh mana ilmu yang ada dalam dada saudara," kata datuk dalamnada suara yang lembut dan mengharapkan akan terjalin tali persahabatanantaranya dengan Suhaimi Keraba. Ternyata Suhaimi Keraba tidak mempedulikanharapan dan cita-cita datuk. Dia terus melangkah kami dengan wajah seribudendam. Kami meneruskan perjalanan pulang. Sampai di rumah Mat Prai disambutoleh isterinya dengan pelbagai pertanyaan. Kenapa kami lambat sampai. Mat Praimemberi jawapan yang kami singgah ke rumah beberapa orang kenalan. Ternyataalasan itu dapat diterima oleh isteri Mat Prai.

Makan nasi durian memang menyelerakan. Itu pengalaman yang menyeronokkanketika makan nasi durian waktu tengah hari di rumah Mat Prai. Tetapi apa yangkurang menyeronokkan ialah sikap datuk yang sering mengingatkan agar saya agar makan'secukup kenyang!' satu ingatan yang boleh mematikan selera makan saya.

Tetapi saya masih beruntung Mat Prai memberika kerjasama yang baik. Bila diamelihat pinggan yang kosong. Secara sembunyi-sembunyi dia menaruh nasi durianke dalam pinggan saya dan datuk tidak dapat berbuat apa-apa. Tengah hari itu,

saya makan betul-betul. Lepas makan saya tersandar di dinding dan datuk cumaterdaya menjeling marah ke arah saya.

KECIL

Pada petang itu, saya diajak oleh Mat Prai berjalan-jalan sekitar pekan kongsi yangkecil. Saya ditunjukkan kawasan pasar tempat orang menjual buah dan jeruk buahpala. Saya juga dibawa ke kawasan hutan kecil yang menurutnya tempat pelandukberehat. Tempat tersebut, bertahun-tahun kemudiannya tekah dijadikan ladangternakan buaya ( kini khabarnya ladang buaya itu sudah diberhentikan atas arahanpihak berkuasa demi keselamatan orang ramai)

Lebih kurang pukul empat dua puluh lima minit petang, saya dan Mat Prai kembali

Page 107: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 107/294

107

ke rumah. Kami dapati datuk tiada di rumah. Kata isteri Mat Prai, tidak lama setelahkami meningalkan rumah, datuk terus menuju ke arah masjid. Saya dan Mat Praiterus ke masjid. Cakap isterinya memang benar. Datuk duduk tertonggok di tengahruang masjid membaca al Quran.

Oleh kerana waktu Asar sudah hampir tiba, kami terus mengambil air sembahyangdan melakukan sunat tahyatul masjid. Sepuluh minit kemudian waktu Asar punsampai bilal terus memukul beduk dan seterusnya melaungkan azan. Dalamkesempatan itu juga Mat Prai memperkenalkan datuk dengan iman masjid tersebut.

Setelah menunaikan sembahyang Asar datuk terus berborak dengan imam yangusianya lima atau sepuluh tahun lebih tua dari datuk. Dari Imam tersebut datukmemperolehi cerita yang terperinci tentang dir Suhaimi Keraba serta kejadian anehyang berlaku di dusun durian beberapa orang penduduk.

"Setahu saya kejadian itu sudah berkurangan, kalau adapun terjadi kerana pemilik

dusun durian tidak mahu mematuhi nasihat kami."

"Apa nasihatnya Pak Imam?" Tanya datuk.

"Perbuatan tu, perbuatan syaitan kita lawan ikut suruhan Allah," Pak Imam bersuaralemah. "Dari dulu lagi kalau ada kejadian macam tu, kami baca yasin tujuh malam didusun orang malang, kemudian kami ingatkan pemilik dusun supaya membayar fitrah kalau memperolehi pendapat lebih, itu saja syaratnya," sambung Pak Imam.

"Hasilnya bagaimana Pak Imam?" Tanya datuk.

"Dengan izin Allah berjaya. Melainkan orang tak mahu ikut nasihat, tidak mahusembahyang, tidak mahu berpuasa dan mengambil hak orang sebagai milik sendiri.

"Pak Imam tahu durian di dusunnya, dikacau makhluk ganjil," datuk terus menepukbahu Mat Prai yang berada disisinya. Pak Imam renung muka Mat Prai.

"Dia ni cuma datang dan balik ke kampung bila dekat musim durian, jadi dia tidaktahu apa yang berlaku, selain dari dusun ini, ada seorang dua yang dusun merekakena kacau," ujar Pak Imam dengan wajah yang selamba. saya menoleh ke arahMat Prai. Dia tersenyum tersipu-sipu, cuba menyembunyikan rasa malunya. Rahsia

dirinya telah terbongkar.

"Dulu dia bawa bomoh siam nak halau hantu di dusunnya. Hasilnya tak ada apa-apa. Saya hairan kenapa Si Mat ni tak mahu mengadu pada saya, tak mahuberbincang dengan orang-orang kampung, pada hal saya kenal dirinya dari datukneneknya lagi. Dia orang sini," Pak Imam meluahkan suara hatinya. Mat Prai tunduktidak berkata apa-apa pun.

MESRA

Sebelum berpisah datuk bersalaman dengan Pak Imam dengan penuh mesra. Datuk

sempat memujuk Pak Imam supaya turut sama pergi ke dudun durian Mat Prai.Pada mulanya Pak Imam itu menolak permintaan datuk. Setelah didesak barulah

Page 108: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 108/294

108

Pak Imam itu mahu ikut serta ke pondok Mat Prai. Malam itu, setelah selesaimenunaikan sembahyang Isyak di masjid, saya dan datuk serta Pak Imam terusmenuju ke pondok durian Mat Prai. Mat Prai pergi lebih awal dari kami. Perjalanankami lancar tidak mengalami sebarang gangguan yang aneh. Sampai di pondok, MatPrai menyambut kami dengan hidangan air kopi panas. Dua pemuda dari Pulau

Betung yang menunggu dusun durian pada sebelah siang segera pulang. Kali inidatuk melakukan sesuatu di luar dugaan saya. Mat Prai dan saya disuruh duduk diluar kira-kira dua puluh kaki jaraknya dari pondok asal. Di situ datuk dirikan empatbatang tiang dan atapnya dibuat dari daun-daun hutan yang lebar. Tidak sampai dua jam datuk berusaha mendirikan pondok yang bentuknya macam pondok mainankanak-kanak. Kami disuruh duduk di situ. Manakal datuk dan Pak imam duduk dipondok besar. Mereka terus membaca Quran.

Saya tidak mahu berada jauh dari Mat Prai. Ke mana sahaja Mat Prai bergerak disitu saya berada. Kami mendengar bunyi buah durian jatuh tetapi, saya atau MatPrai tidak berhasrat mahu mengutipnya.

"Ular," jerit saya.

Biji mata Mat Prai terbeliak melihat seekor ular hitam sebesar lengan budak berusialapan tahun. Panjangnya kira-kira dua kaki. Ular itu terus menuju ke arah pelitaminyak tanah. Mat Prai ambil kayu memukul ular itu, kena tepat pada bahagianbelakangnya.

Ular itu panggungkan kepala lalu mematuk pelita minyak tanah. Kami berada dalamkegelapan. Saya raba sana, raba sini, cari kotak mancis. Barang yang saya cariditemui. Sumbu pelita menguasai ruang pondok, jelas kelihatan ular hitammenyusup di bawah dedaun kering dan terus ghaib entah ke mana. Tempat ular ituhilang segera diganti oleh seekor kura-kura yang warna kulitnya kuning keemasan.

Biasanya kura-kura bila terdengar suara atau melihat orang akan menyorokkankepalanya. tetapi kura-kura yang datang mendadak di pondok kami terusmenjulurkan kepalanya sambil memakan dedaun kering. Mata kura-kura aneh itunampak tersembul dan mengeluarkan cahaya hijau.

"Kenapa semuanya mesti terjadi masa datuk kamu tak ada bersama kita, kubunuhkura-kura laknat ni," Mat Prai mula marah dan terus mahu memukul belakang kura-

kura dengan kayu yang digunakan untuk memukul ular.

"Jangan."

"Kenapa Tamar?"

"Biarlah dia pergi sendiri."

"Hum..." Mat Prai mengeluh lalu menghempaskan kayu di tangan dengan sekuathati.

Saya hanya diam sahaja. Kura-kura yang menjulurkan kepalanya masuk ke dalambadannya.

Page 109: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 109/294

109

111. Kelawar Hisap Darah 

KALAU diturutkan rasa hati, mahu saja saya menyepak kura-kura yang tertonggokmacam besi buruk itu. Akhirnya saya sedar, bahawa saya tidak boleh bertindak ataumelakukan sesuatu dengan sewenang-wenangnya di malam yang kian dingin.

“Macam mana kalau aku campakkan kura-kura ini keluar,” Mat Prai mempamerkankemarahan. Sepasang matanya segera diarahkan ke arah belakang kura-kura. MatPrai terus membongkokkan badannya sambil berusaha mahu memegang badankura-kura.

“Jangan.”

Saya segera menyergah. Mat Prai terus menegakkan badannya semula.

“Kenapa Tamar?”

“Biar dia pergi sendiri. Saya bimbang ini bukan kura-kura betul, agaknya ini kura-kura jelmaan,” tutur saya lagi.

Dedaun hutan yang dijadikan atap pondok mula bergerak-gerak, malah ada yang jatuh ke tanah akibat disentuh angin.

Aneh! Angin yang bertiup lembut secara mendadak bertukar menjadi keras. Sayaterdengar reranting tua jatuh bertalu-talu ke tanah. Saya dan Mat Prai terdengar bunyi suara tupai.

Semuanya mengundang kecemasan dalam diri. Ganjil sekali, bila tupai berbunyimalam. Dalam rasa serba salah dan takut itu, terdengar suara harimau mengaum.Beberapa ekor kelawar berterbangan dalam pondok.

Salah seekor dari kelawar itu jatuh di depan saya dan Mat Prai. Jarak kelawar itudengan badan kura-kura kira-kira tiga hasta saja. Bentuk kelawar yang jatuh itu agakberbeza dengan kelawar-kelawar yang biasa saya lihat.

Bentuk badannya agak besar, sayapnya juga agak lebar. Bulunya berwarnakekuningan dan biji matanya tersembul seperti memancar-mancarkan cahaya api.

“Kamu tengok giginya.”

Saya segera mengarahkan mata ke arah yang disebutkan oleh Mat Prai. Darah sayatersirap melihat muncung kelawar yang bentuknya macam muncung babi hutan.Giginya yang putih dan besar menyeringai ke arah saya.

“Ini kelawar puntianak jenis penghisap darah, “ kata saya pada Mat Prai.

“Berbahaya,” jawab Mat Prai cemas, “biar aku bunuh Tamar.”

Page 110: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 110/294

110

Sebaik Mat Prai selesai bersuara, kelawar di depan kami terus berbunyi dengannyaring. Kedua belah kepaknya dikembangkan dan terus terbang, berpusing-pusingdalam pondok kecil. Dan kura-kura terus hulurkan kepalanya, seolah turutmenyaksikan apa yang dilakukan oleh kelawar itu..

KELAM

Dalam keadaan yang kelam kabut itu, saya lemparkan pandangan ke arah luar pondok. Malam yang gelap pekat itu membuat saya tidak dapat melihat apa-apapun. Deru angin terus mengasak lubang telinga di samping bunyi telapak kakimanusia memijak reranting dan dedaun kering di setiap sudut pondok.

“Panggil datuk kamu, Tamar”

Mat Prai keluarkan cadangan. Saranan itu tidak dapat saya terima. Terlalu awal

rasanya untuk menyampaikan perkara ini pada datuk. Biarlah datuk dan Pak Imammenyelesaikan urusan mereka. Bila melihat saya tidak memberikan sebarang reaksi,Mat Prai mengulangi pertanyaannya lagi.

“Tak payah.” kata saya tegas.

Terbayang kehampaan di wajah Mat Prai. Tetapi, kehampaan itu segera digantikanoleh rasa cemas dan terkejut yang amat sangat. Kura-kura ganjil bergerak danhilang dengan sekelip mata.

“Dia datang.”

Mat Prai arahkan telunjuk kepada kelawar secara mendadak muncul kembali dalampondok. Kelawar itu terus berlegar-legar dalam pondok..

Kelawar itu terus menerkam ke arah pelita minyak tanah ambil mengembangkansayapnya lebar-lebar. Bila berada betul-betul di atas muncung api pelita minyaktanah, kelawar itu terus memukulkan kepaknya ke arah sumbu pelita. Api pelitapadam dengan serta-merta. Saya bertambah menggelabah, badan terusmenggeletar.

“Aduh..tolong..”

Suara Mat Prai meninggi. Saya terus berusaha mencari mancis api. Raba sana,raba sini, Mancis tak juga ditemui. Mat Prai terus mengerang kesakitan.

“Muka aku berdarah, Tamar.”

"Kenapa?”

“Dicakar kelawar, eh kelawar itu cuba gigit batang leher aku. Tolong aku.. ah..” suaraMat Prai terus berhenti, saya terdengar tubuhnya jatuh ke tanah lalu dituruti dengan

bunyi pergelutan yang hebat di malam yang gelap.

Page 111: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 111/294

111

Saya terus menyeru nama Mat Prai berkali-kali. Sayangnya saya tidak menerimasebarang jawapan. Apa yang saya dengar ialah tarikan nafas Mat Prai tercungap-cungap. Saya tidak boleh berdiam diri, mesti bertindak untuk menyelamatkan MatPrai. Saya mula meraba-raba ke arah badan Mat Prai. Lain yang saya raba dansaya cari, lain yang saya dapat. Mancis api sudah berada dalam tangan saya.

Anak mancis saya lagakan di badannya. Api pun memancar dan sumbu pelitasegera saya bakar. Kawasan sekitar terang benderang. Anak mata saya melilaumencari tubuh Mat Prai.

“Ya Allah.” jerit saya.

Mat Prai terlentang mukanya berdarah bersama dengan calar-calar. Bajunya habiskoyak-rabak, saya lihat di batang tengkuknya ada benda hitam sebesar telapaktangan. Saya segera mendekatinya. Tanpa membuang masa saya terus membacapetikan ayat-ayat Al-Quran untuk menghalau syaitan. Selesai membacanya, saya

seperti memperoleh sebuah kekuatan yang agak luar biasa. Saya tidak takut dancemas. Bunyi-bunyi yang menakutkan sekitar pondok terus hilang. Begitu jugadengan kelawar aneh, tidak kelihatan lagi.

PANGKAL

Perlahan-lahan saya pangku kepala Mat Prai. Kemudian saya heret tubuh Mat Praikeluar dari pondok. Saya sandarkan ke pangkal pokok yang tidak saya ketahui jenisnya. Dedaun kering dan reranting yang bersepah sekitar pangkal pokok sayakumpulkan.

“Kuku kelawar cukup bisa, semua kulit muka terasa pedih.” Ratap Mat Prai, sayasegera anggukkan kepada. Darah di mukanya saya kesat dengan kain yang sayakoyak dari hujung baju. Dengan diterangi oleh sinar lampu minyak tanah, saya dapatmelihat betapa dalamnya cakaran dari kuku kelawar aneh di muka Mat Prai.

“Tunggu” Itu yang saya ucapkan padanya.

“Kau nak ke mana, Tamar? Kau nak panggil datuk kamu?

“Ya” saya anggukkan kepala. Tanpa membuang masa saya terus membakar 

longgokan dedaun kering dan reranting. Dengan sekelip mata, api terus marak.

Seluruh kawasan di bawah pokok terang benderan, macam siang. Cengkerik dankatak puru yang berlompatan jelas kelihatan. Mat Prai agak terkejut dengan apayang saya buat. Dia terus berdiri sambil memeluk pangkal pokok.

“Kenapa kau buat semuanya ini, Tamar? Kau nak bunuh aku atau kamu kerasukansyaitan?”

“Bukankah kita memerlukan datuk? Inilah cara memanggilnya”

“Hiss, kamu, kenapa tidak kau laungkan saja dari sini?”

Page 112: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 112/294

112

“Ada pesan datuk untuk saya”

“Pesan?” Mat Prai bertambah terkejut. Dia merasakan yang saya mahumempermainkan dirinya.

“Apa pesan datuk kamu, budak syaitan?” jerit Mat Prai. Kemarahannya sudah tidakdapat di kawal lagi. Dari gerak-gerinya meyakinkan hati saya yang Mat Prai mahumelakukan sesuatu terhadap saya. Dia yakin saya sudah kemasukan syaitan.

“Eh, budak syaitan apa pesan datuk kamu?” dalam keadaan terhuyung-hayangkerana menahan kesakitan. Mat Prai segera mendekati saya.

“Kata datuk, jangan laungkan namanya waktu dinihari, lebih-lebih lagi dalam masakecemasan, nanti syaitan tumpang menyahut” jelas saya dengan tenang. Mat Praitidak jadi melangkah untuk mendekati saya.

Perlahan-lahan Mat Prai undur lalu bersandar di perdu pokok dengan sepasangmatanya tertumpu ke arah dedaun dan reranting kering yang dimamah api.

Nampaknya Mat Prai mula yakin yang diri saya tidak dirasuk syaitan. Dengankeadaan terhuyung-hayang Mat Prai terus mengutip dedaun kering dan rerantinglalu dicampakkannya ke dalam api yang sedang marak.

“Eh! Kenapa Tamar?”

Darah saya tersirap. Bahu kanan saya dipaut dari arah belakang. Reranting kayudalam genggaman saya segera terlepas. Jatuh berserakan di hujung kaki.

Angin malam terus bertiup, bersama bunyi cengkerik dan jeritan burung hantu yangmemanjang. Lolongan anjing yang sayu dan memanjang menegakkan bulu tengkuk.

“Eh, kenapa Tamar?”

Ulang datuk untuk kedua kalinya sambil menatap wajah saya yang berada dalamkeadaan terkejut. Tidak dapat saya pastikan dari arah mana datuk muncul.

Walau bagaimanapun, kedatangannya amat menggembirakan hati saya dan Mat

Prai. Segera saya mendekati datuk untuk menerangkan keadaan sebenar. Belumpun sempat saya melakukan sesuatu, Mat Prai terus memeluk datuk.

“Kenapa dengan muka kamu?” tanya datuk lalu memimpin Mat Prai ke kawasanyang agak samar-samar. Datuk terus dudukkan Mat Prai di situ. Datuk kesat kesandarah di muka Mat Prai dengan sehelai daun lebar yang dipetik dari sebatang pokokdi sebelah kanan tempat datuk duduk bertinggung.

“Muka saya dicakar kelawar besar, Ayah Alang” nada suara Mat Prai yang keras danmeninggi itu membayangkan dirinya memiliki semangat baru, akibat kehadiran datukdi sisinya. Datuk terus menatap dengan teliti cakar-cakar di muka Mat Prai.

“Kukunya tak berapa dalam terbenam dalam daging muka kamu. Bisanya juga tak

Page 113: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 113/294

113

seberapa” tutur datuk lagi sambil menekankan hujung jari kelengkeng ke pipi MatPrai.

Setiap kali hujung jari datuk ditekan, kedua belah kelopak mata Mat Prai kelihatanmengecil menahan rasa sakit. Anehnya! Mat Prai tidak memperlihatkan sebarang

tindak balas terhadap perbuatan datuk itu, meskipun, perbuatan datuk itumendatangkan rasa sakit pada dirinya.

Agaknya, kelawar yang menyerang saya itu, kelawar jadian yang sudah dipuja”sambil menarah rasa sakit, Mat Prai bersuara tersangkut-sangkut. Datuk tidakmemberikan sebarang jawapan. Jari telunjuk datuk terus berlari atas permukaankulit muka Mat Prai.

“Kita hanya berusaha dan berdoa, untuk menyembuhkannya adalah milik Allah yangMaha Pengasih dan Penyayang” kata datuk tenang. Dia berhenti menyentuh kulitpipi Mat Prai dengan hujung jari telunjuknya.

TIUP

Angin malam terus bertiup, lolongan anjing liar di kali bukit bersama nyanyianburung hantu, bertalu-talu memukul gegendang telinga. Di celah-celah suara anjingdan burung hantu itu masih saya dapat dengar suara Pak Imam membaca surahYasin.

"Taruhkan lagi daun dan ranting kering dalam api tu” datuk mengeluarkan arahan.Cakapnya segera dipatuhi. Api terus marak, kawasan sekitar terus terangbenderang.

Dengan pertolongan cahaya api, datuk terus memilih pepucuk daun yang hijau.Jumlahnya lebih kurang dua puluh helai. Pepucuk itu dijadikan empat longgok dansetiap longgok mengandungi lima helai. Longgokan itu diletakkan sederet didepannya sambil duduk bertinggung datuk terus menepuk kedua belah tapaktangannya tiga kali berturut-turut. Mulutnya kelihatan bergerak-gerak semacammembaca sesuatu. Mat Prai seperti menerima arahan tertentu terus duduk berdepandengan datuk.

“Di depan kamu ada lima longgok pucuk daun yang baru aku petik. Sekarang, kamu

pejamkan kedua belah mata. Kemudian kamu pegang salah satu longgok daun tudan serahkan kepada aku, faham tak apa yang aku cakapkan?” tutur datuk kepadaMat Prai.

“Faham” sahut Mat Prai sambil merenung ke arah saya yang telah mencampakkandedaun dan reranting kering ke dalam api yang kian membesar.

Muka saya mula terasa panas akibat terkena bahang dari api yang saya nyalakan.Di malam yang dingin itu badan saya mula diruapi peluh-peluh halus, tetapi, tangantidak berhenti melontarkan ranting kering ke dalam api. Bara api yang terkenaranting terus mengeluarkan percikan bunga api, naik ke udara.

“Mulakan sekarang” kata datuk.

Page 114: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 114/294

114

“Sekarang?” Mat Prai seperti terkejut. Dia memang tidak menduga secepat itu datukmenyuruh dia melakukan tugas tersebut.

Bila melihat Mat Prai agak keberatan dan ragu-ragu untuk mematuhi perintahnya,

datuk terus bersuara dengan lantang dan garang.

“Pejamkan mata, buat apa yang aku suruh!”

“Baiklah Ayah Alang. Tapi saya takut ada sesuatu yang buruk terjadi”

“Tak apa, buatlah apa yang aku suruh,” nada suara datuk cukup lembut. Matanyapenuh simpati merenung ke arah muka Mat Prai. Mungkin untuk memberikansemangat (pemulih) datuk terus meraba cuping telinga Mat Prai tiga kali berturut-turut. Hasilnya, Mat Prai kelihatan lebih agresif dan berani. Mukanya nampak merah.

“Saya mulakan sekarang Ayah Alang”

“Silakan Mat Prai”

Mat Prai terus duduk bersila. Kedua belah kelopak matanya dicantumkannya.Sepasang bibir bergerak mengucapkan Bismillah.. Tangan kanannya bergerak danakhirnya menyentuh longgokkan pepucuk daun yang terletak dilonggokkan ketiga disebelah kiri.

Diserahkannya pada datuk. Datuk hanya mengambil sehelai sahaja untuk diletakkanatas kepala lutut kanan. Selebihnya datuk letak di bawah paha kiri.

“Saya boleh buka mata sekarang Ayah Alang?”

“Tak boleh kecuali bila aku suruh”

“Saya tak sanggup Ayah Alang,” kata Mat Prai tersekat-sekat.

“Macam-macam yang saya lihat dalam mat ni, semuanya menakutkan,” sambungMat Prai. Kedua belah tangannya merewang ke kiri dan ke kanan. Dahinya terusberkedut, kedua belah bulu keningnya hampir bertemu, membayangkan rasa takut

dan cemas melihat sesuatu yang amat menakutkan.

“Sekarang di depan kamu ada empat longgok lagi. Aku mahu kamu ambil satupersatu dan serahkan pada aku, macam kamu buat tadi,” datuk mengingatkan MatPrai.

“Baik Ayah Alang.”

Mat Prai terus mencakup longgokan itu satu persatu. Diserahkan kepada datuk.Macam tadi juga, datuk hanya mengambil sehelai saja. Manakala bakinya datukletakkan di bawah peha.

Bila sudah cukup lima helai pucuk daun hutan berada di atas kepala lutut datuk, dia

Page 115: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 115/294

115

segera membongkokkan badannya untuk mengambil pucuk dedaun hutan itudengan mulut.

SABAR

Dengan sabar Mat Prai menanti arahan dari datuk untuk membuka kelopakmatanya,dan saya lihat tidak ambil kisah dengan Mat Prai yang tertonggok didepannya.

Dia seolah-olah menganggap Mat Prai bagaikan tidak wujud di depannya. Pucukdaun berubah tempat, dari atas kepala lutut ke telapak tangan datuk. Pucuk-pucukdaun itu datuk ramas hingga mengeluarkan air kental yang berwarna kehijau-hijauandan berlendir. Air disapukan oleh datuk ke muka Mat Prai.

Hampas dari pepucuk yang diramas itu ditampalkan ke kulit muka Mat Prai. Tidakmemadai dengan itu, datuk terus melekapkan daun yang disimpan di bawah paha

kiri ke muka Mat Prai.

“Sekarang buka mata kamu.”

Mat Prai membuka matanya. Saya ketawa kecil melihat wajah Mat Prai yangmelucukan dibalut oleh dedaun hutan. Cuma biji matanya saja yang bergerak. Tidakketerlaluan kalau saya katakan yang muka Mat Prai tidak ubah macam muka orangpada zaman primitif.

“Kamu jangan gerakkan kulit muka, duduk diam di situ selama sepuluh minit. Matakamu renung ke langit,” kata datuk sambil bangun. Mat Prai resah sendirian dansaya tidak pernah lupa dengan tugas mencampakkan reranting kering ke dalam api.Datuk mundar-mandir, di depan api dengan kedua belah tangannya memeluk tubuh.

“Macam mana kalau kelawar tu datang menyerang saya. Ayah Alang tak benarkansaya bergerak,” Mat Prai memprotes.

Datuk segera memalingkan muka ke arah Mat Prai. Dia seperti terkejut denganpertanyaan yang dikemukakan oleh Mat Prai itu. Kata-kata itu seolah-olahmembayangkan keraguan Mat Prai terhadap keupayaan datuk mengatasi masalahyang dihadapi.

“Tak apa Mat Prai, aku ada di sini,” balas datuk.

“Saya yakin kalu kelawar tu datang Ayah Alang tak boleh buat apa-apa, kelawar tukelawar jadi-jadian,” sanggah Mat Prai. Datuk menarik nafas panjang. Bersamasebuah senyuman dia menjatuhkan sepasang tangannya lurus ke bawah.

“Oooppp...”

Datuk melompat sambil membuka buah silat dengan kedua belah tulang sikunyamenghala ke arah sepasang biji mata sebesar buah pinang dara. Pokok-pokok

renek di depannya bergerak seperti dirempuh sesuatu.

Page 116: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 116/294

116

“Harimau,” kata saya cemas.

Seekor harimau sebesar lembu jantan yang cukup dewasa berada di depan datuk.Harimau itu tidak mengaum tetapi, membuka mulutnya perlahan memperlihatkandua batang siung yang putih dan besar. Bahagian dagu harimau bergerak-gerak.

Harimau yang tidak di undang itu merendahkan badannya dengan sepasang kakinyadilunjurkan ke depan sementara kedudukan kaki belakangnya tidak berubah. Sayakira harimau itu mahu melakukan satu lompatan yang kencang untuk menerkam kearah batang tengkuk datuk. Andainya datuk tidak dapat mengelakkan terkamanpertama sudah pasti leher datuk patah. Di saat itu saya memikirkan hal itu, harimaubesar terus melakukan satu lompatan.

Datuk mengelak ke kiri, harimau terus menerkam. Elak ke kanan harimau menerpatanpa tangguh-tangguh. Datuk dan harimau terus bersilat. Tamparan harimau dapatdatuk elakkan dengan berguling di tanah. Datuk menggolekkan tubuhnya ke arah api

yang marak. Bagaikan kilat datuk menyambar ranting yang dimakan api. Datuksegera bangun, harimau terus melompat melepasi kepala datuk.

Ketika harimau berada di udara dan bahagian perutnya betul-betul berada di ataskepala datuk, tanpa membuang masa datuk terus melakukan tindakan mengejut. Diaterus bertinggung sambil meletakkan ranting kayu terbakar atas bumi.

“Uhhh...”

Pekik datuk lalu mencapai ranting kayu. Secepat kilat ranting terbakar itu dijolokkanke bahagian perut harimau. Harimau terus mengaum dengan nyaring dan jatuh kerimbunan pokok-pokok renek dan akhirnya terus hilang. Ghaib entah ke mana.

Datuk terus bangun sambil menepis dedaun kering yang melekat pada bajunya. Diarenung saya dengan senyuman kepuasan.

“Harimau sesat nak cari durian,” katanya dengan tenang melangkah mendekati MatPrai yang kelihatan kaku. Pada hemat saya, mungkin Mat Prai terkejut melihatkemampuan datuk bersilat dengan harimau yang tidak di undang. Datuk terusmenepuk bahu kanan Mat Prai dua tiga kali. Mat Prai gerakkan tubuhnya lambat-lambat.

“Bangun.”

Dia segera bangun, patuh dengan perintah datuk. Mat Prai toleh kiri dan kanan.Kebimbangan berkocak dalam dadanya.

“Kau bongkokkan badan macam orang rukuk sembahyang,” datang lagi arahan daridatuk. Macam tadi, Mat Prai tetap mematuhi apa saja cakap datuk.

112 . Kepala Ke Langit 

Page 117: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 117/294

117

Datuk berdiri di sebelah kanan Mat Prai memastikan kedudukan rukuk Mat Prai betulseperti yang dihajati, datuk terus menggenggam penumbuk kanan.

"Bersedia Mat Prai."

"Ya, saya bersedia Ayah Alang."

"Kalau sakit jangan mengeluh, jangan mengaduh. Kau mesti tahan semuanya."

"Baik Ayah Alang."

"Sediaaaaaa..." datuk melepaskan penumbuk sulung ke pangkal belikat Mat Prai.Saya lihat Mat Prai rebah perlahan-lahan serentak dengan itu juga saya lihathampas dan serbuk dari pucuk hutan yang ditampalkan ke muka Mat Prai terus jatuhberderai. Bertaburan di tanah.

"Kamu ni lembik sangat, kena sikit pengsan," datuk seperti merungut di depan tubuhMat Prai yang terbaring di bumi. Datuk segera memulihkannya hingga sedar. MatPrai terus duduk bersila di depan datuk dan saya. Cahaya api yang marakmengizinkan saya menatap Mat Prai. Kesan darah dan cakaran yang dalam sudahtidak kelihatan lagi, kecuali garis-garis halus yang tidak berapa dalam.

"Aku tengok pangkal tengkuk kamu lebam, rapat dengan aku, biar aku periksa,"tanpa banyak cakap Mat Prai hulurkan tengkuknya pada datuk. Dengan teliti datukmembelek-belek kesan lebam itu. Dua tiga kali datuk tekan ibu jari kanannya ketempat yang lebam itu. Akhirnya kesan lebam itu hilang.

"Kelawar tu cuba nak hisap darah kamu, Mat Prai," datuk terus memberi komensambil menolak tengkuk Mat Prai, suruh beredar dari sisinya.

"Agaknya kelawar jadi-jadian," Mat Prai membuat ramalan. Datuk gelengkan kepala.

"Mana ada kelawar makan darah manusia," sanggah Mat Prai membantah gelengankepala datuk. Saya hanya diam saja tetapi, tidak melupakan tugas untukmembalingkan reranting kering ke dalam api yang marak.

"Siapa kata tak ada kelawar makan darah," kata-kata datuk itu membuat sayacemas dan takut. Bulu roma terasa tegak berdiri. Saya mula dongakkan kepala kelangit mengawasi kalau ada kelawar berterbangan di udara. Saya dan Mat Praiberpandangan.

"Dalam satu kumpulan kelawar yang terbang malam, salah seekor darinya terdapatyang menghisap darah manusia dan binatang, bentuknya besar, kukunya berbentukmacam kuku harimau, taringnya tajam yang di bahagian hujung nampak kehitam-hitaman, kelawar jenis ini memang merbahaya dan jahat. Dia terbang malam antarapukul dua belas malam hingga tiga pagi, masa dia terbang tu, kalau jumpa binatangternakan atau manusia dia terus menyerang," datuk memberi penerangan.

PENERANGAN

Page 118: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 118/294

118

Selesai saja memberikan penerangan, dua ekor kelawar terus menerkam ke arahbatang leher datuk. Kedua belah tangan datuk bergerak pantas menghalang hajatkelawar itu.

"Uhhh...," jerit datuk. Dia terus melompat sambil menyambar ranting di bumi.Dengan ranting itu datuk memukul ke arah kedua ekor kelawar serentak. Pukulandatuk tepat pada sasarannya. Dan kedua kelawar terus jatuh ke dalam api yangmarak.

"Kamu berdua ikut aku," datuk renung muka saya dan Mat Prai. Kemudian kamimengaturkan telapak kaki mengikut langkah datuk. Memang itu yang kami harapkan.Makin hampir ke pondok, makin jelas dan lantang kedengaran suara Pak Imammembaca ayat-ayat suci di malam yang hening, memburu ke fajar menyingsing.Saya sudah membuat keputusan untuk membentang pada datuktentang peristiwa aneh yang dialami. Sebaik-baiknya perkara itu, diceritakan bila

sudah berada ddi pondok di depan Pak Imam. Bercerita sambil berjalan tidak sesuai.

"Kamu berdua jumpa ular dan kura-kura?"

Saya terkejut dan segera memalingkan muka ke arah Mat Prai, ternyata diatergamam. Masih di jalanan datuk sudah menyoal, apakah dia yang mengadakansemuanya itu untuk menguji keberanian kami. Timbul pertanyaan dalam diri saya.Datuk berhenti melangkah.

"Cakap, apa yang kamu alami tadi? Kamu jumpa ular dan kura-kura?" Datuk tatapwajah saya dan Mat Prai, sambil menarik nafas saya renung ke arah pondok yangdicerahi oleh lampu minyak tanah. Saya nampak Pak Imam terbongkok-bongkokmemnaca al-Quran.

"Ya, kami jumpa benda-benda yang datuk sebutkan itu dalam pondok, kami tak tahudari mana datangnya," saya memberikan pengakuan pada datuk. Saya lihat orangtua itu meraba-raba pangkal dagunya yang dirajai janggut. Dia kelihatan cukuptenang.

"Dari mana benda-benda ganjil itu datang tuk?" tanya saya lagi.

"Aku sendiri tak tahu."

"Tapi, macam mana Ayah Alang tahu benda-benda tu datang ke tempat kami," MatPrai pula mengajukan pertanyaan. Datuk termenung sebentar, barangkali diamerasa sukar untuk memberikan jawapan. Datuk atur langkah kembali. Perjalananyang terhenti disambung kembali.

"Pada mulanya aku tak tahu, aku datang ke situ kerana aku nampak api," tanpadiduga datuk bersuara. "Masa aku sampai tadi, aku nampak ada sisik ular dan bekaskaki kura-kura," sambung datuk. Cukup teliti datuk mengawasi sesuatu tempat.

"Kerja siapa semuanya tu tuk?" tanya saya lagi.

Page 119: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 119/294

119

"Kerja orang yang bertuankan iblis syaitan."

"Jadi kura-kura dan ular tu benda jelmaan," cukup pantas Mat Prai menyoal, diamempercepatkan langkah hingga berada di depan datuk. Perbuatannya itu memangtidak wajar dan datuk memerintahkan Mat Prai supaya berjalan di belakang.

Perintah segera dipatuhi.

"Bukan jelmaan Mat Prai."

"Kalau bukan jelmaan, apa dia Ayah Alang?"

"Perbuatan sihir."

"Ayah Alang tahu orang yang jadi tukang sihir tu."

"Agak-agaknya, aku tahu, orang jahat tu tak lain tak bukan ialah..." datuk tidak dapat

menamatkan percakapannya. Sepotong kayu yang panjangnya kira-kira dua kakimeluru ke arah depan. Datuk tidak dapat mengelak dan kayu itu tepat mengenaitelinga kirinya.

Datuk berpusing-pusing dan bahagian yang terkena kayu itu kelihatan bengkakdengan segera. Datuk hampir mahu jatuh, mujurlah Mat Prai bertindak segera.Badan datuk terus dipangkunya dan dibaringkan di pangkal pokok. Setelah diberibantuan tenaga datuk pulih dengan serta merta. Datuk terus bangun sambil merabadi tempat yang bengkak.

"Syukur pada Allah kerana aku tak luka, kena sikit aje, sampai di pondok bolehdiubat," ujar datuk tenang dan memulakan langkah yang terhenti.

"Memang kamu handal orangnya."

Serentak datuk, Mat Prai dan saya menoleh ke kanan. Seorang lelaki dengan seluar dan baju hitam berdiri di situ. Kepalanya diikat dengan kain merah. Di tangankanannya terlekap sebatang lembing yang matanya dibuat dari buluh kuning yangsudah dikeringkan. Orang itu, tidak lain tidak bukan ialah Suhaimi Keraba.

"Saya tidak handal, saya minta perlindungan dari Allah yang menjadikan kita semua.

Saya tak suka orang membesar-besarkan saya macam tu," tutur datuk penuhhormat.

"Ya, tak mengapa, lain waktu, lain masa kita bertemu lagi. Cuma saya nak ingatkanawak jangan seretkan orang lain dalam hal kita ini, jangan babitkan Pak Imam."

"Saya tak babitkan sesiapa, saya cuma minta bantuan dari orang yang berilmu."

"Sudahlah, jangan berdalih, jangan banyak cakap, haaaaa," Suhaimi Kerabamenerkam ke arah datuk, secepat kilat dia menghayunkan batang lembing ke kepaladatuk. Nasib baik datuk tunduk, batang lembing terkena pokok duku. Batang lembing

patah dua, tetapi matanya melayang ke arah saya. Walaupun saya sempatmengelak, tetapi hujung siku saya terkena juga.

Page 120: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 120/294

120

Kami bertiga terdengar suara orang ketawa. Suhaimi Keraba tidak kelihatan lagibeberapa batang pokok di sekeliling kami bergegar seperti digoyang orang. Datuktidak ambil kisah dengan apa yang berlaku di kawasan sekitar. Dia menggesa kamimempercepatkan langkah agar segera sampai ke pondok.

Bila melihat kami terpacak di halaman pondok, Pak Imam berhenti mambaca al-Quran. Dia segera membuka kaca mata putih yang terlekap di muka. Dengantenang Pak Imam menutup al-Quran. Kaca mata putihnya yang tebal diletakkan disebelah kanan. Pak Imam merenung tepat ke arah datuk.

"Dari rupa awan dan kedudukan bintang di langit, memang dah pukul dua lebih,"datuk bersuara tenang.

"Masa kamu tak ada tadi, macam-macam yang datang kacau aku, ada ular berkepala dua, ada lipan bara yang besar dan macam-macam lagi bermain di depan

aku," Pak Imam menyampaikan berita.

"Itu hanya ujian," balas datuk dengan senyum.

"Berdebar juga hati kita dibuatnya," Pak Imam mengakhiri kata-katanya dengaketawa keil yang memanjang. Saya dan Mat Prai berpandangan. Datuk terusmenuju ke perigi. Datang kembali dengan wajah yang basah.

Datuk terus basuh kaki. Dia naik ke pondok. Giliran saya pula basuh kaki dan naikke pondok lalu duduk bersila di sisi datuk.

"Dah ambil air sembahyang, Tamar?"

"Buat apa? Bukan nak sembahyang," saya menjawab.

"Baca Quran, faham," nada suara datuk cukup keras. Saya mula mengelabah. Sayarenung ke arah Mat Prai yang sudah duduk tertenggek di mata tangga. Sesekaliterdengar deru angin.

"Pergi ambil air sembahyang," datuk mendesak.

Saya jadi serba salah, saya memang takut untuk pergi ke perigi. Dalam keadaanyang takut, saya cuba berlagak berani di depan datuk. Saya bercadang, bila sudahsampai di halaman pondok, saya akan mengajak Mat Prai menemani saya. Sayaterus melangkah ke bibir tangga.

"Tamar."

Saya berhenti melangkah. Perlahan-lahan saya toleh ke arah datuk dan Pak Imam.Mereka sudah pun membuka al-Quran. Dada saya terus berdebar tanpa sebab.

"Kenapa tuk?"

"Kamu pergi ke perigi seorang diri, jangan ajak sesiapa jadi kawan kamu, faham."

Page 121: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 121/294

121

"Haaaa..." cuma itu saja yang terkeluar dari kelopak bibir saya. Sepasang kakiterasa lemah untuk melangkah. Ini satu penyeksaan yang amat kejam. Kenapadatuk bertindak demikian pada saya? Dia mahu menguji saya? Mahu mengajar ataumahu menyeksa? Itu pertanyaan yang berbunga dalam hati, tetapi, tidak berani saya

keluarkan untuk didengar oleh datuk.

"Kau nak kutip buah durian Tamar?"

"Tak." Serentak saya gelengkan kepala.

"Kau nak ke mana?" "Nak ke perigi nak ambil air sembahyang," saya tepis tanganMat Prai. Ketika itu juga saya terdengar suara datuk berdehem. Tanpamempedulikan samada Mat Prai tersinggung atau tidak saya terus menuju ke perigi.

Dalam rasa takut dan cemas, saya dapat menyempurnakan mengambil air 

sembahyang. Sekurang-kurangnya dapat yakinkan datuk bahawa saya bukanlahseorang yang penakut. Waktu saya mahu melangkah menuju ke pondok semula,tanpa diduga saya terpandang sekujur tubuh yang dibalut dengan kain putih separasbahu. Saya terus membaca surah Al-Ikhlas dalam keadaan yang tidak teratur.

Lembaga yang dibalut dengan kain putih semacam mayat itu, bergerak dalamkeadaan terlompat-lompat. Saya renung ke arah kepalanya. Ternyata, wajahnyatidak berapa jelas kerana ditutupi rambut hitam yang lebat.

Tiba-tiba rambut hitam lebat itu terselak bagaikan ditolak sesuatu. Separuh beradadi telinga kanan dan separuh lagi di telinga kiri.

Oh! Tuhan mukanya amat menakutkan. Dari bibir atas sebelah kanan dan kiriterjulur gigi (siong) yang besar dan panjang melebihi dagu. Kedua belah telinganyamacam telinga monyet terlalu kecil dan hampir tidak kelihatan. Tidak mempunyaihidung dan dahi. Matanya tersembul macam mata udang, merah seperti bara.

"Engkau tentu tak kenal dengan aku."

Saya pasti, suara itu datang dari lembaga aneh yang berbalut kain putih. Tetapi,kelopak bibirnya tidak bergerak. Dari mana suara itu keluar? Timbul pertanyaan

dalam diri saya.

"Cakap, kau kenal atau tidak denga aku?"

Lembaga ganjil mengajukan pertanyaan. Dan kali ini, saya kira suara itu keluar daritelinga sebelah kirinya.

Cara yang paling berkesan untuk memastikan suara itu keluar dari telinga, sayaharus mengadakan dialog kecil dengan lembaga ganjil yang tidak diundang.

"Saya kenal," kata saya.

"Kalau kamu kenal, sila ceritakan tentang diriku," sanggah lembaga putih, dalam

Page 122: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 122/294

122

kesempatan itu saya arahkan sepasang biji mata ke arah telinganya. Apa yang sayaramalkan memang tepat.

Sudah jelas, lembaga itu berkata-kata melalui telinga. Setiap kali kata diucap, dauntelinganya bergerak dan dari lubang telinganya terpancar warna kuning yang

memanjang. Bila suaranya terhenti, pancaran dari lubang telinga turut mati.

"Kamu syaitan yang dilaknat Allah, suka mendampingi manusia dengan tujuanmembawa manusia ke jalan kamu," kata saya memberanikan diri.

"Kamu salah, aku datang kepada kamu untuk memberikan kebaikan."

"Kebaikan?" kata saya terkejut.

"Ya," katanya tegas, "Kau cuma tengok rupa aku yang buruk tapi, kau tidak tahu hatiaku baik, sesuatu yang aku berikan pada manusia adalah dengan rela hati,"

tambahnya.

Saya termenung sejenak, ketika itu saya merasai diri berada di alam lain, bukan dikawasan perigi. Sekitar saya, terdapat pepokok bunga yang beraneka bau yangamat harum.

Ada aliran sungai yang datang dari gunung. Airnya cukup jernih. Tersergam sebuahrumah berbentuk Minangkabau. Ada suara seruling mendayu-dayu dan reramaterbang rendah. Cuaca sekitar terang benderang.

"Engkau tentu suka dengan apa yang kau lihat," lembaga aneh bersuara.Keadaannya kini sudah berubah, wajahnya tidak menakutkan. Dia kelihatan sepertimanusia biasa. Badannya dibalut dengan pakaian cara orang Arab. Kepalanyadibalut dengan serban yang bersambung dengan jubah yang dipakai.

Semua kain yang dipakainya berwarna hijau. Di tangan kanannya ada tongkat darirotan semambu. Buah tasbih sebesar buah pinang disangkutkan di bahu kanan.

"Kamu mahu memperdayakan aku," saya membantah.

"Kamu silap," sahutnya dengan senyum memperlihatkan wajahnya yang tampan.

Berkulit putih dan berhidung mancung. Ada mirip orang Arab.

"Aku mahu memberikan kamu sesuatu yang baik dan bermakna, kekayaan danperempuan, kau lihat di sana," dia meluruskan telunjuknya ke arah rumah berbentukMinangkabau.

Di halaman rumah itu, terdapat tujuh gadis yang berwajah cantik. Mereka memakaipakaian yang amat jarang sekali.

RANGSANG

Gerak-geri mereka memberikan rangsangan berahi kepada saya. Sebagai seorangteruna, sudah pasti perasaan saya tergugat dengan kecantikan tubuh dan rupa

Page 123: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 123/294

123

lawan jenis saya. Dua tiga kali saya mengeluh dan menelan air liur. Ketujuh-tujuhgadis itu sengaja mengangkat kain yang dipakai hingga ke paras pangkal paha.Saya terus urut dada.

Di kaki tangga rumah tersusun berpuluh-puluh tempayan serta peti-peti kayu yang

berwarna kemerah-merahan. Tempayan dipenuhi dengan syiling manakala peti-petikayu penuh dengan wang kertas.

"Bagaimana? Kau tak mahu semuanya ini?"

"Tak mahu, kau cuba menjerat aku."

Orang berpakaian hijau terus ketawa. Tasbih sebesar buah pinang terus digerak-gerakkannya. Saya sudah lupa dengan Pak Imam, datuk dan Mat Prai. Saya beradadalam satu dunia yang sungguh menakjubkan.

"Kalau mahu kaya, kau jadilah muridku, kalau kau mahu muda seumur hidup, kauhanya perlu tidur dengan gadis-gadis di depan kamu selama tujuh malam berturut-turut, setiap malam kau bawa seorang ke rumah dan begitulah seterusnya. Selaindari itu kau harus mencari tujuh gadis lain dan perdayakan mereka," lanjut lelakiberjubah hijau. Penuh semangat dia memberikan penjelasan.

"Terima kasih, saya tak mahu semuanya itu," ungkap saya tegas.

"Kau tak rasa menyesal?"

"Tidak."

"Apa kau tak mahu jadi macam Suhaimi Keraba yang tidak dimakan tua, tidakdimakan sebarang senjata api atau besi."

"Tidak."

Orang berjubah itu menutup mukanya dengan kain hijau. Dia ketawa gamat.Kamudian perlahan-lahan membuka kain hijau. Keadaannya segera berubah,wajahnya kembali hodoh dan sekujur tubuhnya dibalut dengan kain putih.

"Engkau menolak pemberian Khalifah kami, engkau mesti menerima celakanya,kamu tahu? Suhaimi Keraba adalah anak murid Khalifah kami. Apa yang ditawarkankepada kamu adalah jalan damai antara kami dengan datuk kamu," lembaga ganjilterus bersuara.

Saya termenung sejenak. Dua tiga kali buka tutup kelopak mata. Entah berapa kalipula saya gosok mata dengan telapak tangan. Sekarang sudah jelas, saya tidak lagiberada di alam fantasi. Saya dapat melihat sinar pelita di pondok. Suara Pak Imamdan datuk terus mengalun mengisi ruang malam dengan ayat-ayat suci.

Mat Prai kelihatan masih mundar-mandir di depan pondok. Bunyi buah durian gugur 

bertalu-talu.

Page 124: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 124/294

124

"Apa boleh buat, kamu menolak damai dari kami," cetus lembaga itu. Pada saat itusaya lihat rambutnya yang hitam bertukar menjadi warna kuning tembaga.Dimukanya, di bahagian hidungnya terdapat beribu-ribu ulat, sebesar ulat daunpisang. Ulat-ulat itu bergerak menuju ke lubang mata dan lubang telinga. Beberapaekor ulat bergerak atau bergantungan pada gigi besarnya yang terjulur.

"Huh...," lembaga itu mendengus dan sekaligus terus menghilangkan diri.Tempatnya segera digantikan oleh batang tubuh Suhaimi Keraba. Mata SuhaimiKeraba merenung tajam ke arah saya.

"Kamu menolak seruan Khalifah aku di muka bumi," ucap Suhaimi Keraba.

"Khalifah gila," kata saya.

"Ertinya, kamu mahu bermusuh dengan kami. Aku susah bertindak kerana kamumembabitkan Pak Imam dari kampung ini. Datuk kamu sial," Suhaimi Keraba terus

mengutuk datuk dengan sewenang-wenangnya. Saya jadi marah.

"Kamu sesat, kamu jadi hamba syaitan, kamu pengisi neraka jahanam," saya terusmeledakkan kemarahan.

Tindakan saya itu membuat Suhaimi Keraba marah. Dia terus menarik buluh kuningyang terselit di pinggangnya. Buluh kuning berukuran kira-kira satu hasta itudilontarkan kepada saya. Kerana sudah tahu langkah dan atur silat yang dipelajaridari datuk, saya segera memanfaatkannya, saya dapat mengelak.

Buluh kuning yang dilontarkan pada saya terkena pangkal pohon langsat. Api terusmarak setinggi berdiri di pangkal pokok langsat. Saya terus menjerit dengan sekuathati.

LANGKAH

Saya buka langkah lalu lari menuju ke pondok. Suhaimi Keraba terus ghaib sertamerta. Saya tidak tahu ke mana dia menghilangkan diri. Tercungap-cungap sayaberhenti di kaki tangga, buat beberapa ketika.

Saya terus duduk di anak tangga tanpa mempedulikan Mat Prai yang dua tiga kali

mengelilingi saya. Dia berusaha menarik perhatian saya dengan harapan saya akanmenegurnya.

Bila saya buat tak isah, Mat Prai seperti berputus asa dan terus duduk di bumi.Angin malam yang bertiup terus menggugurkan buah durian. Bila rasa penat sudahhilang, saya terus basuh kaki dan naik ke pondok. Datuk berhenti baca Quran.

"Kenapa macam orang kena kejar aje Tamar?"

Pertanyaan yang datuk kemukakan itu membuat saya berada di dalam serba salah.Apakah perlu saya menjawabnya? Kalau dijawab apakah datuk percaya dengan apa

yang saya ceritakan padanya?

Page 125: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 125/294

125

"Kenapa Tamar?" ulang datuk lagi. Kali ini sepasang matanya tertumpu ke wajahsaya. Belum pun sempat saya menjawab datuk terus bersuara:

"Kamu jumpa benda-benda pelik."

113. Kitab Kejahatan 

Saya tergamam. Memang tidak saya duga datuk akan mengemukakan pertanyaan-pertanyaan sedemikian. Rasa cemas masih menguasai rongga dada saya.

"Kamu jumpa benda-benda pelik?"

Datuk terus sergah, bila melihat saya dalam keadaan tidak tentu arah. Saya segeramenoleh ke kiri dan ke kanan.

"Cakap Tamar!" Gertak datuk.

"Ya tuk, ya saya lihat," bertalu-talu saya anggukkan kepala macam burung belatuktebuk lubang.

"Tak mengapa," nada suara datuk merendah. Hati saya terasa damai, "perkarasemacam tu memang tidak boleh dielakkan," sambung datuk. Saya merenung kearah Pak Imam yang sudah pun menutup Al-Quran.

Pak Imam segera alihkan pandangan ke arah datuk. Bunyi buah durian luruh terusmengasak lubang telinga saya. Angin yang bertiup terasa cukup dingin sekali bilamenyentuh kulit muka.

"Sudah, lupakan semua tu," datuk tatap wajah saya.

"Ya, lupakan," sahut Pak Imam sambil menghulurkan Al-Quran kepada saya.

"Kau ambil dan kau baca," datuk keluarkan arahan setelah melihat saya agak ragu-

ragu mahu mengambil Quran yang dihulurkan oleh Pak Imam. Saya tidak bolehmengelak lagi. Sila pun saya kemaskan. Naskah Al-Quran sudah pun berada ditangan. Dan papan rehal segera datuk letakkan di hujung lutut saya.

"Kau bacalah Tamar, saya nak tidur sekejap," ujar Pak Imam. Segera saya renungke arah datuk. Dia anggukkan kepala.

“Orang yang membaca Al-Quran dijauhi syaitan,” tutur datuk lembut bersamasenyuman. Bila datuk berkata demikian, ertinya dia menyuruh saya mematuhipermintaan Pak Imam.

“Mulakan, tunggu apa lagi,” terdengar suara Mat Prai dari halaman. Entah berapakali dia berlegar-legar di halaman pondok macam kucing jantan ketagih kucing

Page 126: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 126/294

126

betina. Serentak datuk dan Pak Imam merenung ke arah Mat Prai.

“Cuba kau duduk diam,” datuk luahkan kata-kata untuk Mat Prai.

“Kalau duduk diam, badan terasa sejuk. Bila berjalan macam ni terasa panas,” dalih

Mat Prai. Pak Imam menarik nafas panjang dan datuk senyum sinis.

Bila saya memulakan bacaan Al-Quran (sebenarnya menyambung pembacaan PakImam), saya lihat Pak Imam segera rebahkan badan ke lantai. Datuk terus berdiriuntuk memulakan sembahyang sunat malam.

Selesai saja datuk menyempurnakan sembahyang sunat malam, dia terussandarkan belakang ke tiang pondok. Saya sudah faham, bila datuk berbuatdemikian menandakan yang dirinya amat mengantuk. Beberapa saat kemudian,datuk terus berdengkur. Saya terus membaca Quran dengan tenang. Buah durianyang cukup masak terus jatuh ke bumi.

Mat Prai tidak mahu naik ke pondok. Masih berlegar-legar di halaman pondok.Setiap kali dia terdengar bunyi buah durian gugur, keadaannya menjadi tidak tenangdan tenteram.

“Hummmmm”

Saya terkejut hingga Quran di depan tertepis ke kiri. Mat Prai melompat empat anaktangga dan terus duduk bersila di depan satya. Dengan rasa cemas dan hairan sayaambil Quran yang tertangkup di atas lantai.

“Kenapa?” Tanya saya.

Mat Prai tidak menjawab, malah bergerak menuju ke arah datuk. Bahu kanan datukdigoyangkan beberapa kali. Datuk membuka kelopak mata.

“Kamu minta kebenaran dari aku supaya Tamar menemani kamu mengutip buahdurian,” itu yang datuk luahkan dari mulutnya. Pak Imam yang tidurnya tergangguterus menggosok-gosok mata. Renung kiri, renung kanan. Akhirnya menatap mukaMat Prai.

“Ya, memang itulah niat hati saya Ayah Alang”.

“Tak boleh kutip durian yang gugur,” tiba-tiba Pak Imam bersuara. Saya terkejut.Apa hak Pak Imam melarang Mat Prai mengutip buah durian kepunyaannya.Barangkali Pak Imam juga tidak jujur. Mungkin dia ada maksud tertentu.

“Kenapa tak boleh Pak Imam?” Soal saya.

“Yang jatuh tu bukan buah durian tapi ” Pak Imam tidak meneruskan kata-katanya.Dia merenung ke arah datuk. Saya lihat datuk anggukkan kepala. Bagaikan fahamdengan renungan Pak Imam.

Mat Prai terdiam. Saya pula menanti komentar yang bakal diluahkan oleh datuk. Bila

Page 127: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 127/294

127

sudah demikian, suasana dalam pondok terasa sepi tetapi deru angin malam tetapkedengaran menyentuh dedaun dari pepokok yang tumbuh subur sekeliling pondok.Bunyi buah durian yang gugur kian galak, bertalu-talu bagaikan pohonnya digoncangorang.

“Betul kata Pak Imam tu,” datuk bersuara, “ dia ada pengalaman dalam hal ini,”datuk menguatkan hujahnya sambil merenung ke arah Mat Prai yang di dakapkehampaan. Pak Imam alihkan pandangan ke luar, melihat kegelapan malam yangpekat. Dia segera menarik nafas panjang.

“Pak Imam ni, dari kecil hingga tua berkubang dalam dusun durian. Dia dah masakdengan pokok durian. Begitu juga dengan buah dan kulitnya, dari bau durian dia dahdapat meneka sama ada buah durian itu baik atau sebaliknya,” sambung datuk lagi.

“Jangan begitu memuji kita kawan,” Pak Imam menangkis dan datuk terus ketawakecil.

“Tapi, makin dekat waktu subuh, makin kerap buah durian yang gugur, bukan begituPak Imam,” setelah ketawa berakhir, datuk segera menghujani Pak Imam denganpertanyaan. Pak Imam tidak menjawab, seiring senyum dia anggukkan kepala.

RESAH

Saya lihat Mat Prai terus resah. Mungkin dalam kepalanya dia menghitung betaparuginya kalau buah-buah durian yang gugur itu tidak dikumpulkan. Mungkin juga diabimbang buah duriannya dicuri orang.

“Hisss,” Mat Prai terus bangun. Semua biji mata tertumpu ke arahnya.

“Kalau kita dengar tu bukan durian, agaknya buah hantu yang hatuh,” tokok Mat Praimeluahkan gelodak hatinya. Datuk senyum dan Pak Imam urut pangkal dagunyadua tiga kali. Mat Prai duduk kembali.Bunyi buah durian gugur tetap berterusan. Muka Mat Prai terus berkerut.

“Dalam hidup ini, kalau tamak selalu rugi dan mudah dipermainkan oleh nafsusendiri. Jadi kamu tak usahlah tamak, Pak Imam tatap wajah Mat Prai setelahmeluahkan sebuah sindiran.

“Saya Cuma nak tahu buah apa yang jatuh tu, Pak Imam,” Mat Prai berdalihmenutup kelemahan diri sendiri. Pak Imam tunduk merenung lantai pondok.

Deru angin malam terus mengasak lubang teinga. Kedinginan bagai tidak puas-puasmengigit kulit tubuh. Penuh debar saya menantikan kata-kata yang bakal diucapkanoleh Pak Imam untuk Mat Prai. Saat yang saya nantikan itu pun tiba.

“Kalau kamu nak tahu, buah durian tidak jatuh berturut-turut,” Pak Imam terus tatapbatang hidung Mat Prai. “Ada jarak atau perbezaan masanya terutama buah yangsederhana. Nak tahu masa jaraknya tu, kau kena belajar dari orang yang

berpenglaman dalam hal ini,” sambung Pak Imam lagi.

Page 128: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 128/294

128

“Betul ke begitu Pak Imam?” Tanya datuk lagi.

“Ya,” Pak Imam mengangguk.

“Dari mana Pak Imam belajar?” Soal datuk lagi.

Saya lihat Pak Imam termenung sejenak. Matanya merenung ke luar. Macam adasesuatu yang dicarinya di kedinginan malam yang mengejar siang.

“Belajar dari pengalaman sendiri. Kita dengar bunyi buah durian gugur lebih dariseratus biji. Padahal buah durian yang betul-betul jatuh tak sebanyak itu. Kalau takpercaya pergi tengok sendiri,” tutur Pak Imam bagaikan mencabar Mat Prai.

“Betul ke ni, Pak Imam?” Datuk memohon kepastian.

“Dari pengalaman lalu saya, begitulah,” penuh keyakinan Pak Imam memberikan

kata putus.

Mat Prai yang sejak tadi membisu, segera meluruskan kaki kanannya. Saya telan air liur sambil menarik nafas dalam-dalam.

“Kalau macam tu..” Mat Prai tidak meneruskan kata-katanya. Matanya menjadi liar,renung ke kiri dan ke kanan. Macam orang ketakutan. Dia benar-benar beradadalam rasa cemas.

“Yang kita dengar tu, tak ada apa-apa. Semuanya mainan makhluk halus untukmemperdaya kita, bukan begitu Pak Imam?” Secara mendadak datuk bersuara.Ternyata kata-kata itu dipersetujui oleh Pak Imam. Buktinya, Imam tua itu terusanggukkan kepala.

“Ahhh..seram”.

Suara Mat Prai meninggi, dan semua yang berada di dalam pondok terkejut besar.Mat Prai meluru ke arah datuk macam dikejar sesuatu.

“Saya mahu duduk dekat Ayah Alang,” Mat Prai mendekatkan tubunya dengantubuh datuk.

“Kanapa kamu ni, Mat?”

“Saya terasa seram sejuk, bulu roma saya tegak macam ada sesuatu yang dudukdekat saya”.

“Hissss itu perasaan kamu aje, Mat”.

“Ya, saya tak bohong Ayah Alang.”“Duduk diam-dian di sini, jangan fikirkan buah durian,” kata datuk lalu disambutdengan senyum memanjang oleh Pak Imam. Saya tidak memberikan sebarang

komentar. Sesungguhnya, saya amat simpati dengan Mat Prai.

Page 129: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 129/294

129

AYAM

Malam kian ke hujung, kokokan ayam mula mengendur. Dan pintu sudah punterkuak. Di dada langit sebelah timur ada biasan cahaya cerah kemerahan. Sayup-sayup terdengar azan subuh dilaungkan, tepegun mengikuti irama dan alunan azan

yang penuh syahdu.

Saya terasa diri ini amat kecil dan kagum dengan kebesaran Allah yangmenciptakan langit dan bumi, menjadikan siang dan malam serta mencipta penghunialam ini. Saya tersedu dalam kebesaran Allah itu.

“Kau menangis Tamar?”

Pak Imam terus menepuk bahu kanan saya. Dada terasa sebak mahu menjawabpertanyaannya itu. Saya berusaha dengan sedaya upaya mengawal emosi hingga

perasaan saya jadi tenang.

“Saya terasa diri ini terlalu kecil, terlalu banyak nikmat yang Allah berikan pada sayatetapi, adakalanya saya terlupa dengan nikmat itu,” tutur saya dengan nada suaratertahan-tahan.

“Syukurlah kamu sudah menyedarinya, sesungguhnya apa yang ada pada kita iniTamar adalah hak Allah. Bila sampai masanya nanti hak itu akan diambil-NYa. Jikahak yang diberikan tidak digunakan untuk kebaikan bagi mencari bekal untuk hariakhirat, alangkah ruginya hidup ini, Tamar,” saya telan kata-kata yang dituturkanoleh Pak Imam dengan penuh kesedaran.

“Bangun, bangun, tadi takut semacam, bila dah tidur semuanya hilang. Kamu nimengarut betul Mat,” saya segera toleh ke arah datuk yang menggoncang-goncangtubuh Mat Prai.

“Kita nak ke mana, Ayah Alang?” Mat Prai segera gosok kelopak mata danmenguap.

“Tak ke mana-mana. Pergi ambil air sembahyang, kita nak sembahyang jemaah disini,” lanjut datuk dengan tenang. Mat Prai renung ke arah saya.

“Kau tak ambil air sembahyang Tamar?” Itu yang diucapkan oleh Mat Prai bila bijimatanya bertemu dengan biji mata saya.

“Air sembahyang aku tak batal lagi,” balas saya.

“Saya takut nak pergi ke telaga seorang diri.”

“Ikut saya,” Pak Imam tawarkan diri.

“Saya juga nak ke telaga,” celah datuk lalu bangun.

“Jadi, saya tinggal seorang di pondok ni,” saya luahkan rasa bimbang, bagaikan ada

Page 130: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 130/294

130

kuasa tertentu memaksa saya berdiri.

“Tak usah banyak cerita, kau tunggu aja di sini. Tak ada apa yang nak ganggukamu,” datuk memberikan isyarat tangan menyuruh saya duduk. Tanpa banyakcakap, saya terus duduk.

Mat Prai, Pak Imam dan datuk melangkah selari menuju ke perigi. Saya hanyamemandang saja. Tidak berani membuat bantahan atau rayuan. Oleh kerana MatPrai menjadi kepala jalan, lampu minyak tanah berada padanya. Cahaya lampuminyak tanah itu dapat saya lihat. Sekejap cahayanya terang, sekejap malap. Quransudah lama saya letakkan di dalam beg datuk. Sementara menantikan kepulanganmereka dari perigi, saya terus membaca beberapa ayat-ayat pilihan Quran.

“Kamu seorang sahaja?”

Suhaimi Keraba muncul dari sebelah kanan saya. Dia membawa buku tebal. Kali ini

pakaian yang menutup tubuhnya amat berbeza sekali. Dia memakai baju labuhmacam pakaian orang Arab. Ada serban terletak atas kepala dan ada kainselendang membalut sebahagian dari dadanya. Saya kira dia berbuat demikianuntuk menghindari rasa sejuk di dadanya.

“Kamu seorang aje?”

Suhaimi Keraba ulangi pertanyaan yang tidak saya jawab. Kelopak mata kirinyanampak bergerak sekali dua. Saya kira dia tahu yang saya terkejut ataskedatangannya di subuh yang dingin. Dia merasa hujung serbannya jatuh atas bahu.

“Ya, saya seorang saja,” balas saya tenang.

“Dah sambahyang Subuh?”

“Belum lagi.”

“Katakan beriman dan taat pada agama, kenapa dah masuk waktu sembahyang taksembahyang lagi,” dalam wajah yang manis, Suhaimi Keraba menyindir saya.

KOKOK

Sesekali terdengar kokok ayam. Kabus subuh mula bangkit dan menguasai ruangudara dusun durian. Saya terus menggeletar bila sepasang mata Suhaimi Kerababertemu dengan mata saya. Pondok terasa bergegar dan saya seperti terdengar dentuman yang kuat, membawa seluruh fikiran dan ingatan saya berada di dunialain. Dalam samar-samar itu saya terpandangkan Suhaimi Keraba menghulurkankitab yang dibawanya kepada saya. Saya tidak mahu menjamah kitab yangdihulurkannya. Saya bagaikan terlihat api dipermukaan kulit kitab tersebut.

“Ambillah, kitab ini akan mebawa kamu kepada kesejahteraan dan kesempurnaan

hidup,” tuturnya.

Page 131: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 131/294

131

“Tidak, tidak.”

“Jangan begitu, ambillah,” Suhaimi Keraba mendesak.

Dia sengaja mendekatkan kulit kirab itu ke telapak tangan saya. Dengan sedaya

upaya, saya terus berusaha agar tidak tersentuh. Dalam saat-saat cemas itu, sayaterus membaca beberapa potong ayat Al-Quran. Di samping itu saya berusahamembuka bunga silat dengan harapan salah satu dari buah silat yang saya lepaskanakan terkena pergelangan tangan Suhaimi Keraba.

“Aduh,” jerit Suhaimi Keraba.

Usaha saya tidak menjadi sia-sia. Buah kelima dari silat harimau tepat padasasarannya. Kitab di tangan Suhaimi Keraba terdampar atas lantai. AnehnyaSuhaimi Keraba tidak memperlihatkan kemarahan. Dia masih mahu menghulurkanpersahabatan. Suhaima Keraba merenung ke arah perigi.

“Mereka dah datang, biarlah aku balik dulu,” dalam senyum Suhaimi Kerabameluahkan kata-kata. Hati remaja saya terus digelodak kemarahan. Suhaimi Kerabamempermainkan saya.

“Kamu tahu, aku tak sendirian di sini?”

“Ya.”

“Kalau begitu, kenapa kau bertanya?”

“Bukankah kepuraan itu memang amalan hidup aku,” lanjut Suhaimi Keraba. Diaanggukkan kepala lalu melangkah meninggalkan saya sendirian.

Atas permintaan Pak Imam, datuk diminta menjadi imam solat Subuh. Tidak menjadikeberatan untuk datuk melaksanakannya. Setelah selesai bersolat dan berwirid,datuk terus mandi embun serta melakukan silat untuk menegangkan urat sendi. PakImam hanya melakukan senaman tradisional. Mat Prai terus memikul raga besar untuk mengutip buah durian.

“Ke mari kejap kawan.”

Pak Imam bersuara lantang dari atas pondok. Datuk tidak meneruskan silatnya. Dansaya berhenti dari melihat buah-buahan di hujung dahan.

“Ikut aku Tamar.”

“Baik, tuk.”

Tidak sampai beberapa detik, saya dan datuk sudah pun berada di dalam pondok.Berdiri dekat Pak Imam. Mata kami tertumpu ke arah buku tebal atas lantai. Sayatahu itulah buku atau kitab yang Suhaimi Keraba mahu berikan kepada saya.

Anehnya buku atau kitab itu tidak kelihatan tadi. Kenapa baru sekarang kitab itumenjelma?

Page 132: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 132/294

132

“Siapa punya? Agaknya kawan yang punya,” Pak Imam renung ke arah datuk.Cepat-cepat datuk gelengkan kepala.

“Agaknya cucu kawan saya punya.”

“Saya tahu, cucu saya tak baca buku macam tu. Tulisannya bercampur-campur,sekali pandang macam tulisan Siam dan Urdhu. Jika tengok lama-lama tak ubahmacam tulisan sastera Hindu kuno, bahasa Sanskrit,” jelas datuk. Biji matanya tidakberkedip merenung kulit buku tersebut.

Saya menarik nafas dalam-dalam. Saya berperang dengan perasaan saya sendiri.Wajarkah saya ceritakan apa yang terjadi kepada datuk dan Pak Imam? Apa baikdan buruknya kalau perkara itu saya rahsiakan daripada mereka. Dalam saat sayatidak tahu membuat keputusan itu, bagaikan pancaran kilat sekujur tubuh SuhaimiKeraba dalam ruang mata saya.

“Kau anak yang baik, kalau kau dengar cakap aku, kau bahagia dan senang didunia,” tutur Suhaimi Keraba.

“Aku tidak percaya dengan kamu,” suara batin saya menolak tetapi Suhaimi Kerabamemberikan jawapan.

“Dengarlah sayang, kitab itu untuk kamu. Jika kamu ceritakan pada orang lain, apayang kamu alami padahnya kamu tanggung sendiri,” dalam senyum Suhaimi Kerabamemujuk di samping menyelitkan sebuah ugutan.

“Tidak,” terkeluar suara dari rongga dada saya. Pak Imam dan datuk berpandangan.Mereka hairan, bagaimana saya termenung boleh berkata begitu. Pak Imam terustepuk belakang saya. Saya tersentak, bagaikan terkejut dari itdur.

Dari telinga sebelah kanan, saya terdengar datuk membaca surah Al-Fatihahsebanyak dua puluh kali, kemudian datuk selawat nabi sebanyak tiga kali beturur-turut. Datuk hembuskan muka saya dengan nafasnya melalui lubang hidung. Buatbeberapa saat, saya terasa fikiran saya melayang-layang tidak menentu. Dalamkeadaan yang samar-samar itu saya lihat kitab di atas lantai. Kulitnya mula terbakar dan menjadi bara.

“Buku tu terbakar,” kata saya.

“Bertenang, cuba baca Qulya sampai habis, Tamar.” Bisik datuk. Nada suaranyacukup lembut sekali. Kepala saya digosoknya penuh mesra. Saya pun membacaQulya sampai lima kali berturut-turut.

“Cuba kau renung buku tu, Tamar.”

Saya segera dengar cakap datuk. Saya tumpukan perhatian pada buku atas lantai.

“Cuba kau lihat betul-betul, Tamar, buku tu terbakar lagi?”

Page 133: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 133/294

133

“Tak terbakar tapi berasap.”

“Cuba tengok dengan teliti, masa tengok tu ingatkan Allah, sebut nama-Nyasebanyak mana yang kau mampu,” bagailan seorang guru, datuk memberikanpenerangan untuk saya. Lagi sekali, seluruh perhatian ditumpukan pada buku ganjil

di atas lantai. Terdengar suara Pak Imam membaca sesuatu. Suara keluhan daridatuk terus menyumbat telinga saya.

“Masih berasap lagi, Tamar?”

“Tidak,” tutur saya gugup.

“Dah pulih nampaknya. Kuat sungguh iblis di sini,” Pak Imam merungut. Datukmemperkemaskan silanya. Sinar matahari pagi mula melemparkan c ahayanya kedalam pondok. Kicau burung kedengaran di mana-mana. Mat Prai masih belumpulang dari memungut buah durian.

Datuk mempertemukan kedua belah telapak tangannya. Digodokkan berkali-kalisambil menahan nafas. Muka datuk nampak merah semacam. Bila nafasnyadilepaskan, kedua belah telapak tangannya menampar lantai pondok. Datukmenerpa ke arah buku ganjil itu untuk disentuh.

“Jangan, kawan.”

Pak Imam menepis tangan kanan datuk. Tentu saja perbuatan itu tidak disenangioleh datuk. Sebelum bersarang sebarang keraguan dalam kepala datuk, Pak Imamsegera menjelaskan.

“Maafkan kawan kerana bersikap kasar. Kitab tua tu tak boleh disentuh begitu saja,ada syarat tertentu.”

“Datuk terus sandarkan badan ke dinding. Dia hulurkan tangan pada Pak Imam.Mereka bersalaman sambil berpelukan. Tindak-tanduk mereka itu menggambarkanyang mereka saling memerlukan antara satu sama lain. Menghormati ilmu yang adadalam dada masing-masing.

“Kita tu, kitab Jawa kuno yang menyelitkan ilmu kebatinan dan keduniaan.

Sepatutnya kitab tu mesti ada dua. Satu mengajarkan kebaikan dan menghancurkankejahatan. Tapi yang di depan kita ni kitab yang mengajar kejahatan,” Pak Imamsedikit demi sediki membuka rahsia dirinya yang kaya dengan keilmuan, mungkindia lebih pandai dari datuk. Apa yang pasti, orang tua yang kelihatan bersahaja itubukan sebarang orang.

“Kitab siapa ni?” Datuk ajukan pada Pak Imam.

Perlahan-lahan Pak Imam angkat kepala merenung ke arah saya dengan senyumyang amat menyenangkan.

“Tanyalah si Tamar tu.”

Page 134: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 134/294

134

Datuk segera renung ke arah saya. Belum pun sempat datuk membuka “SuhaimiKeraba.”

“Memang tak salah dugaan saya. selama ini dia mengamalkan ilmu dari kitab salahini, saat celakanya dah tiba,” Pak Imam gelengkan kepalanya.

UCAP

tanpa mengucapkan sesuatu, Pak Imam menerpa ke halaman pondok. Dia jemur muka dan tubuh untuk beberapa saat. Dia bergerak di halaman pondok macamorang menari Kuda Kepang. Tanpa tangguh-tangguh lagi, dia tepuk bumi dengantangan kiri dan terus bertinggung macam gerakan monyet dalam taridra SangHanuman dan Sita Dewi. Lebih dari lima minit Pak Imam membuat gerakandemikian, hingga badannya berpeluh. Pak Imam terus naik ke pondok. Datuk dudukdi depan buku. Pak Imam bercakap dalam bahasa yang tidak saya mengerti.

“Tadi saya membaca mantera dalam bahasa Jawa kuno, menolak perkara yangtidak baik supaya tidak terkena badi syaitan,” terang Pak Imam. Saya dan datukanggukkan kepala. Pak Imam terus jamah buku. Lembaran buku lama dibukanyasehelai demi sehelai. Sampai pada lembaran yang bertanda dakwat merah, PakImam terpegun. Dia terus membacanya dalam bahasa Sanskrit.

“Antara amalan yang telah dibuatnya ialah memperkosa anak sendiri, bertapa dalamgua dan memelihara Si Tunjing,” Pak Imam memberi penerangan.

“Si Tunjing, tu apa?” Tanya saya.

“Makhluk halus yang jadi suruhanya, apa yang kita dengar malam tadi, itu adalahperbuatan Si Tujing,” Pak Imam berikan penjelasan.

“Saya tahu membaca tulisan ini kerana saya belajar dari arwah nenek saya yangberasal dari Bali,” lanjut Pak Imam lagi.

Mat Prai muncul di halaman pondok. Dia kelihatan hampa sekali. Tidak sebanyakmana buah durian yang dapat dikutipnya. “Sebahagian dari buah durian sayahancur, jadi macam kapur,” rungut Mat Prai. Dia sepeti mahu menangis.

“Sabarlah, Mat,” pujuk datuk.

“Mungkin esok perkara macam ni tak akan terjadi lagi. Engkau lain kali, kalau dapatrezeki lebih buatlah kenduri, sedekah fakir miskin dan berzakat. Kalau tanah nikepunyaan bersama, jangan bolot sendiri,” Pak Imam memberitahu Mat Prai. Sayalihat Mat Prai anggukkan kepala.

Dalam sinaran matahari pagi yang beransur terik itu, Pak Imam sentuh kitab lama.Dicampakkan ke halaman pondok. Dalam beberapa saat saja kitab lama itu terbakar menjadi debu. Pak Imam tenung ke arah datuk.

“Bila dia sudah tinggalkan kitab ini, ertinya dia tidak selamat lagi. Kalau mengikutpetua, dia sudah berada di saat kematian. Mari ikut saya ke kampung Terang, ke

Page 135: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 135/294

135

rumah sahabat karibnya,” beritahu Pak Imam pada datuk. “Buat apa ke sana? Naktolong selamatkan dia?” soal datuk lagi.

“Untuk memastikan benarkah dia dimakan sumpah ilmu salahnya,” jawab Pak Imam.Akhirnya, datuk dan saya bersetuju mematuhi cakap Pak imam kecuali Mat Prai

yang mahu pulang ke rumahnya.

114. Hitam Separuh Badan 

Mat Prai hilang dari pandangan mata dicelah-celah liku jalan. Saya jadi resah danterus menyalahkan diri sendiri, kerana terburu-buru mematuhi cakap Pak Imam.Kalau ikut Mat Prai bukankah bagus. Boleh duduk rehat dirumahnya, boleh dengar radio.

"Eh, apa yang kau menungkan lagi."

Datuk tepuk bahu kanan saya. Cepat-cepat saya bangun dari duduk bertenggek dianak tangga pondok durian. Pak Imam sudah pun menyarungkan capal ke kaki danmelangkah beberapa tapak ke depan lalu berhenti di pohon langsat yang condong.

"Saya malas nak pergi tuk."

"Kenapa pula."

"Belum mandi, belum gosok gigi dah nak merayau ke rumah orang," sayamelahirkan protes dalam keadaan yang cemas.

Datuk menatap wajah saya sejenak. Dia pamerkan air muka kurang senangterhadap saya. Datuk jegilkan biji mata, cepat-cepat saya buat muka kesian.

"Kalau macam tu, kenapa kamu tak ikut Mat tadi? Budak macam ragam! Usah nakbanyak karenah, ikut saja kemana aku pergi," aduh! nada suara datuk cukup keras.Telinga Pak Imam dapat menangkap dengan apa yang diluahkannya.

Ketika itu juga saya terasa dahi diraupi oleh peluh-peluh halus.

"Mandi di rumah saya," Pak Imam menyelesaikan masalah.

"Budak ni, kadang-kadang mengada-ngada sikit, kita nak berikan dia pengalaman,"datuk terus merungut. Pak Imam anggukkan kepala. Saya tidak dapat berkata apa-apa.

"Mari," kata Pak Imam.

Saya dan datuk pun mengekori langkah Pak Imam. Matahari pagi yang memancar memanah ke arah air embun di hujung dedaun. Nampak berkilau-kilau. Nyanyian

unggas di hujung ranting amat rancak sekali. Dan rindu saya pada kampung lamanterus membara. Saya terkenangkan nenek yang kasih sayangnya melimpah ruah.

Page 136: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 136/294

136

Saya jadi hiba dan hampir mahu menangis kerana rindu.

Saya menarik nafas dalam-dalam sambil menyingkirkan rasa hiba di hati. Sayateringat cakap nenek. Katanya, saya harus menjadi lelaki remaja yang keras hati,tabah dan sanggup menghadapi apa saja rintangan. Keras semangat dan kedekut

dengan air mata.

"Ya, aku mahu jadi orang gagah."

Saya menjerit sambil menendang rumput lalang dan pokok-pokok renik di kiri kanandenai. Datuk dan Pak Imam berhenti melangkah. Mereka terkejut dengan tindaktanduk saya.

"Aduhhhhhhhhhh!"

Saya menjerit dan terus duduk atas bumi sambil mengangkat kaki kanan.

Pandangan saya jadi berpinar-pinar. Datuk dan Pak Imam terus mengelilingi saya.

"Kenapa Tamar," soal datuk.

"Saya tersepakkan tunggul buruk, tuk."

Datuk menghela nafas panjang-panjang sambil gelengkan kepala. Sepatu getahsaya, jenis Fong Keong terus dibukanya. Dua tiga kali datuk urut bahagian hujung jari kaki yang nampak kemerah-merahan.

Rasa sengal dan sakit terasa kurang dan akhirnya tidak terasa apa-apa. Sayasarungkan kembali sepatu getah warna kuning di kaki. Saya dongakkan kepala kelangit, melihat awan yang menipis dalam sinaran matahari pagi yang garang.Bila saya berdiri, datuk dan Pak Imam ketawakan saya. Mereka melihat tunggultembusu yang saya sepak. Bahagian yang reput jatuh atas rerumput selaput alam.

"Kenapa kamu ni Tamar? Dah gilakah?" datuk rening muka saya, "Menjerit macamoranghilang akal, kemudian sepak tunggul," tambah datuk lagi.

"Kenapa Tamar, kau tak suka ikut kami?" tanya Pak Imam dengan nada suara yang

lembut. Terlalu berat rasanya mahu menjawab pertanyaan tersebut.

Saya kira, tidak ada manusia yang mahu mengakui ketololannya secara terbuka.Jadi, memang wajar saya merahsiakan apa yang ada dalam hati. Tetapi, bersikapterus terang dan mengakui kebodohan sendiri, adalah sifat orang yang berjiwamulia. Saya mengigit bibir dan membuat keputusan untuk jadi manusia yangberhemat tinggi, berjiwa mulia dan besar.

"Saya teringatkan cakap nenek yang mahukan saya jadi lelaki gagah dan berani,"kata saya membuka rahsia hati.

"Jadi kamu pun menjerit dan tendang tunggul," pintas Pak Imam.

Page 137: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 137/294

137

"Saya tak tendang tunggul, saya tendang lalang dan pokok-pokok kecil, entahmacam mana saya tersepakkan tunggul," saya pertahankan pendirian.

"Kamu ni betullah, budak banggang," kata datuk yang diakhiri dengan ketawa. Danketawa yang berhenti itu dilanjutkan oleh Pak Imam untuk beberapa saat. Saya malu

sendiri. Kulit muka terasa tebal.

"Nak jadi orang gagah dan berani, dada dan otak mesti diisi dengan ilmu danpengalaman. Sudahlah, jalanlah cepat-cepat," datuk mengeluarkan perintah.Perjalanan yang terbantut disambung kembali. Celah ketiak dan celah kangkangsaya terasa bergetah. Melangkah pun terasa tidak selesa. Beberapa orang kampungyang berselisih dengan Pak Imam di lorong sempit itu terus anggukkan kepalasambil mengucapkan salam.

RANTING

Akhirnya, kami sampai ke rumah Pak Imam. Datuk terus menuju ke arah rimbunanpepokok di bahagian belakang rumah. Datuk patahkan salah satu ranting daririmbunan pokok itu.

"Untuk kamu Tamar."

Datuk campakkan ranting yang sudah dipatahkan kepada saya. Dengan tenangsaya menyambarnya. Panjangnya lebih kurang enam inci.

"Sugikan gigi kamu," tutur datuk lagi.

Tanpa membuang masa, hujung ranting yang keras itu saya gosokkan ke gigi. Apayang saya lakukan itu, dilakukan juga oleh Pak Imam dan datuk.

"Saya menyebutnya pokok sugi," Pak Imam memulakan cerita tentang pokok yangmerimbun itu, "Seorang kawan yang pulang dari tanah suci memberi saya akar pokok itu, saya campakkan di situ. Entah macam mana terus tumbuh dan hidupsubur," lanjut Pak Imam dengan rasa bangga.

"Boleh saya ambil akarnya sikit nak buat benih, saya nak tanam di belakang rumah,"datuk buat wajah selamba.

"Boleh, apa salahnya."

"Khasiatnya cukup banyak, gigi tahan lama dan nampak putih. Tak mudah diserangsakit dan bengkak gusi," bagaikan penjual ubat di kaki lima datuk memberikanpenerangan pada Pak Imam.

"Tak tahu pula saya pokok tu ada khasiatnya. Nampaknya mulai hari ini, sayaterpaksa gosok gigi dengan dahan pokok tu," Pak Imam tersenyum ke arah datuk.Pak Imam mempersilakan saya dan datuk duduk dianjung rumahnya. Kata datuk,bentuk rumah orang Melayu di sekitar Balik Pulau, mirip dengan bentuk rumah orang

Melayu di Jambi Sumatera. Pak Imam tidak merasa terkejut dengan pendapat datukitu. Alasannya, sebahagian dari penduduk Balik Pulau ada yang berasal dari Acheh,

Page 138: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 138/294

138

Tanjung Balai, Asahan dan daerah Deli-Medan. Pak Imam mendakwa yang dirinyaberasal dari Priaman-Sumatera Barat.

"Kita makan dulu, lepas tu baru pergi ke rumah sahabat Suhaimi Keraba," Pak Imamrenung muka saya.

"Kalau begitu, biarlah cucu saya mandi dulu."

"Silakan, kain basahan ada di perigi."

Saya terus menuju ke perigi yang dindingnya dibuat dari atap rumbia. Airnya terasacukup sejuk sekali. Kerana perigi itu dibuat tidak jauh dari pokok manggis, sayaberkesempatan melihat beberapa ekor tupai berlari di dahan manggis.

Waktu keluar dari perigi, saya terlihat kelibat gadis berselubung kain batik. Dalamkesempatan yang terhad itu, tumit kakinya yang putih kemerahan menjadi sasaran

biji mata jalang saya. Penuh yakin saya mengatakan gadis itu berkulit putih merah.Bentuk tubuhnya yang tinggi lampai membuat saya kepingin melihat wajahnya.

Otak jahat saya mengarahkan sepasang kaki supaya pergi ke arah belakang perigi.Kemudian melangkah secepat yang boleh menuju ke arah pokok amra (kedondong)dari situ memintas ke depan gadis yang berselubung kain batik itu.

Apa yang terpeta dalam otak saya laksanakan. Mata juga mesti cekap mengawasikalau-kalau ada orang lain mengintip pergerakan. Saya bergerak macam kucingmemburu burung. Saya pintas depan gadis berselubung kain batik.

"Ohhh ooppp..."

Si gadis terkejut, kain selubung atas kepala segera jatuh atas bahu. Saya tatapgadis yang wajahnya mirip seniwati Sarimah. Bibirnya merah, macam sirap. Tetapi, jelingannya cukup tajam. Aduh! sungguh mempersonakan.

"Kamu siapa?" tanyanya garang dan kelihatan seperti bersedia membuka buah silat.

Saya tergamam.

"Dari rumah Pak Imam," tutur saya tidak tentu arah tetapi, masih menjual senyumtak malu. Si gadis berkulit putih tatap batang tubuh saya, dari atas ke bawah daribawah ke atas. Memang dasar tak malu, saya terus tersenggih.

"Agaknya, kita ni adik-beradik," saya mula jual ubat temberang, macam lakonanAllahyarham Tan Sri P.Ramlee dengan Saadiah dalam filem Musang Berjanggut.

"Dari mana?" risiknya lagi.

"Dari Perak."

"Kami tak ada saudara-mara di Perak, saudara-mara kami banyak di Johor, Melakadan Kuala Pilah," si gadis juihkan bibirnya. Saya jadi serba salah, temberang saya

Page 139: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 139/294

139

salah letak.

CANTIK

Buat beberapa saat kami tidak bercakap. Saling berpandangang dan sesungguhnya

saya terpukau dengan sepasang anak mata si gadis yang lembut dan beningbercahaya. Engkau terlalu cantik, timbul komentar di sudut hati saya.

"Siapa nama?" tanya saya.

"Cakap dulu, siapa nama awak."

"Awaklah cakap dulu," desaknya lagi.

"Tak boleh, awak cakap dulu," balas saya.

Si gadis geleng kepala dan bersedia mahu melangkah meninggalkan saya. Tidakada jalan lain untuk saya melainkan mengaku kalah secara terhormat di depan gadisyang berjaya menguasai hati dan perasaan saya.

"Nama saya Tamar," kata saya bangga, penuh yakin.

"Macam nama buah dari negeri Arab yang selalu dimakan di bulan puasa," hati saya jadi panas menerima sindiran nakal. Malu rasanya, saya tarik batang hidung yangmancung kemerahan itu.

"Pranggggggg."

Terdengar bunyi piring jatuh dari arah dapur rumah Pak Imam. Bagaikan kilat sayamelompat dan lari menuju ke arah perigi. Dari situ, saya terus menuju ke anjungrumah. Saya jadi terlupa tentang gadis di depan saya.Apa yang saya fikirkan ialah menyorokkan diri agar rahsia peribadi saya tidakdiketahui oleh orang lain. Kalau rahsia terbongkar, datuk turut sama merasa malu.

"Lama benar kau mandi, aku naik jemu menanti," datuk menyambut kedatangansaya di kepala tangga. Wajahnya masam sekali. Saya tidak bersuara hanya melihatke arah Pak Imam yang berdiri di pintu anjung. Tanpa mengucapkan sesuatu, datuk

melangkah menuju ke perigi. Saya terus naik ke anjung rumah. Duduk berdepandengan Pak Imam.

Setiap kali mata saya bertembung dengan wajah Pak Imam hati saya berdebar.Saya merasakan yang Pak Imam mengetahui apa yang telah saya lakukan. Bagimenghilangkan rasa serba salah dan tidak selesa itu, saya mengambil keputusanmerenung ke halaman rumah. Melihat pepohon pisang memagari sempadanhalaman. Secara diam-diam saya menyesali ketelanjuran yang telah saya lakukan.Perasaan yang resah itu akhirnya bertukar dengan keriangan, dari jauh saya lihatMat Prai terbongkok-bongkok mengayuh basikal.

"Assalamualaikum..." jerit Mat Prai sambil terjun dari basikal. Salamnya segeradijawab oleh Pak Imam. Mat Prai sandarkan basikal dekat pangkal pokok pinang

Page 140: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 140/294

140

dara. Dengan membimbit beg rotan, dia menuju ke kaki tangga.

"Naiklah Mat, beg siapa yang kamu bawa tu?" tanya Pak Imam.

"Beg Ayah Alang, saya fikir tentu dia nak tukar baju," Mat Prai letakkan beg rotan

empat segi atas lantai, "Tuk kamu ke mana Tamar?" sambung Mat Prai, matanyamenatap wajah saya.

"Mandi di perigi."

"Tak apa aku tunggu dia," Mat Prai sandarkan belakang pada jenang pintu. PakImam masuk ke ruang tengah dan terus menuju ke dapur. Pada hemat saya, diamelihat air kopi dan kuih-muih yang bakal dihidangkan pada saya dan datuk.

Saya amat gembira atas kedatangan Mat Prai. Saya boleh tukar baju dan seluar.Tetapi, saya meluat mahu merenung wajahnya, Saya tidak ghairah mahu melayani

percakapannya. Telinga dan otak saya tumpukan pada bunyi di dapur Pak Imam.Saya masih mengharapkan, dapat mendengar suara gadis yang wajahnya miripSarimah.

"Ha, dah lama kamu datang? Apa halnya?"

Itu yang diajukan oleh datuk dari kaki tangga, sebaik saja terlihat batang hidung MatPrai. Saya tersentak dari khayalan yang tidak bertepi. Saya menerpa ke muka pintudan pada saat yang sama Pak Imam menatang air kopi dan kuih.

"Saya bawakan beg pakaian Ayah Alang, saya fikir tentu nak tukar pakaian."

"Ha, itu dah cukup baik," datuk terus panjat tangga. Membuka beg rotan. Baju danseluar saya dikeluarkan. Saya menghadapi masalah baru, di mana saya mahumenukarkan pakaian.

"Kamu masuk ke bilik sembahyang, tukar pakaian," Pak Imam mengarahkan jaritelunjuknya ke arah bilik yang terletak di rusuk kiri rumah, berdepan dengan pintumenghala ke dapur. Ini peluang baik, gunakan kesempatan masa masuk ke bilik, jeling ke arah dapur. Fikir saya dalam hati.

Saya meluru ke bilik, saya jeling ke dapur. Apa yang saya lihat ialah isteri Pak Imammendermakan senyuman lesu untuk saya. Senyuman itu tidak saya balas. Denganrasa kesal yang amat sangat saya pun menukarkan pakaian. Lepas saya, datuk pulamasuk tukar pakaian. Bila semuanya selesai, kami pun manghadapi makanan, sayalihat jam di dinding sudah hampir pukul sepuluh pagi.

"Saya bawa balik beg pakaian Ayah Alang ke rumah saya," Mat Prai terusmemasukkan pakaian saya dan datuk yang sudah digunakan ke dalam beg rotan.Datuk anggukkan kepala, setuju dengan cadangan Mat Prai itu.

"Kamu tak mahu pergi ke Kampung Terang," Pak Imam tatap batang hidung Mat

Prai yang sudah pun mengheret beg pakaian datuk ke bendul. Kemudian terus turundan meletakkan beg pakaian atas lantai pelantar basikal tua.

Page 141: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 141/294

141

"Minta maaflah, saya tak dapat serta. Saya nak pulangkan basikal jiran yang sayapinjam," tutur Mat Prai. Dia mula tolak basikal tua ke arah jalan besar. Datuk danPak Imam tidak berkata apa-apa. Mereka seolah-olah merestui dengan apa yangdiluahkan oleh Mat Prai. Selamat jalan Mat Prai, bisik batin saya.

RUMAH

Ketika datuk dan saya menanti Pak Imam turun dari rumah hati saya tertanya-tanya,bagaimana mahu pergi ke rumah sahabat Suhaimi Keraba? Kalau berjalan kaki,saya sudah tidak sanggup. Barangkali dengan bas, saya mendamaikan perasaansaya sendiri. Dalam saat-saat saya berfikir itu, tanpa disedari, Pak Imam sudah punberada di halaman rumah.

"Kita pergi dengan basikal," katanya.

Saya lihat hanya ada sebuah basikal saja di bawah rumah. Mana mungkin sebuahbasikal dinaiki oleh tiga orang. Saya terasa lucu dan mahu ketawa sendirian. Tetapi,saya tidak berani mahu ketawa, takut ditengking oleh datuk.

"Satu basikal nak naik tiga orang," secara tidak sengaja terpancut kata-kata darimulut saya.

"Ada basikal lain, kau ikut aku ke rumah adik aku, kita pinjam basikalnya," Pak Imammenyelesaikan masalah yang menghuni otak saya. Tanpa banyak cakap, saya ikutlangkahnya menuju ke rumah papan berbumbung lima yang letaknya tidak berapa jauh dari rumahnya.

Sampai di rumah tersebut, Pak Imam terus memanggil adiknya.

"Ayah dah pergi ke Tanjung," terdengar suara perempuan. Hati saya mengelabah.

"Ada apa Tuk Ngah," datang lagi suara dari dalam rumah. Kali ini lebih mersik danmanja. Serentak dengan itu terdengar bunyi telapak kaki memijak papan lantai.

"Aku nak pinjam basikal ayah kamu kejap."

"Ambillah Tuk Ngah."

Suara itu datang dari tingkap sebelah kanan. Biji mata saya tertumpu ke situ. Oh!Tuhan, inilah gadis yang saya temui tadi. Wajahnya lebih mempersonakan tanpakain kelubung. Saya terpaku tanpa berkata apa-apa.

Pak Imam masuk ke bawah rumah tarik basikal Raliegh keluar. Semuanya itu tidakmenarik perhatian saya. Seluruh hati dan pancaindera yang satu ini, tidak berkedipmerenung gadis yang berdiri di bibir tingkap. Sudah tidak memakai kain kelubunglagi. Rambutnya disikat rapi, dibelah tengah dan bahagian hujung diikat ala ekor kuda. Senyuman bertali-tali di bibir.

"Eh, kenapa tercegat di situ?"

Page 142: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 142/294

142

Suara Pak Imam meninggi, saya tersentak dalam malu. Dia sudah berdiri di kanansaya. Dalam keadaan yang serba tidak kena itu saya bersuara:

"Ukiran di kerawang tingkap rumah ni cantik."

Pak Imam renung ke arah tingkap, si gadis berkulit putih merah sudah punmenghilangkan diri. Saya urut dada syukur kerana apa yang saya lakukan tidakdapat dikesan oleh Pak Imam.

"Tukang rumah Melayu yang buatnya, tentulah ada seninya," Pak Imam menjawab jujur. Dia menyerahkan basikal kepada saya.

"Kamu naik dengan datuk kamu."Saya memeriksa brek basikal, tayar dan pemegang (handle) semuanya beradadalam keadaan yang baik. Tanpa banyak cakap saya sorong basikal ke arah rumah

Pak Imam.

"Bagi tahu ayah kamu Masitah, Tuk Ngah pinjam basikalnya, petang Tuk Ngahhantar."Saya terhenti dari menyorong basikal. Nama Masitah saya sebut beribu-ribu kali,saya sematkan dalam kalbu. Sudah tentu nama itu akan saya kenang sampai mati.

"Baiklah Tuk Ngah."Sungguh mempersonakan suara dari Masitah. Tunggulah, petang nanti sayahantarkan basikal ayahmu, Masitah. Batin saya terus menyanyi.

PERJALANAN

Perjalanan ke rumah sahabat Suhaimi Keraba di Kampung Terang pun dimulakan.Pak Imam naik basikal tuanya. Saya dan datuk naik basikal ayah Masitah.Berbasikal di jalan raya yang di kiri kanannya terdapat pohon-pohon kelapa danbuah-buahan memang tidak terasa panas. Sambil kayuh basikal datuk dan PakImam terus berborak. Saya yang bertenggek di belakang hanya pasang telinga saja.

Bila ada kenderaan lalu, tidak kira samada besar atau kecil, datuk dan Pak Imamterpaksa ke tepi, kadang-kadang terbabas dan melanggar lopak dan batu. Punggung

saya terasa sengal dan sakit, tetapi tidak berani protes. Saya akui yang Pak Imamamat popular di Balik Pulau. Buktinya, sepanjang perjalanan dia sering sajamenerima salam dari orang yang berbasikal atau bermotosikal.

Setelah meninggalkan kawasan Pekan Genting (juga disebut Simpang Empat)badan saya mula berpeluh. Sebaik saja melintasi sebuah masjid, dalam jarak limaenam rantai kami berbelok ke kiri melalui jalan berpasir dalam kampung.

Kebanyakkan rumah di situ, pintu dan tingkapnya tertutup rapat. Barangkali parapenghuninya mencari rezeki. Selesai saja menempuh jalan kampung, kami terpaksaberbasikal di atas batas sawah.

Dan kami pun sampai di sebuah rumah papan yang tiangnya dibuat dari kayu bulat.

Page 143: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 143/294

143

Dindingnya dari papan tidak berketam. Pintunya sebelah papan dan sebelah lagianyaman buluh. Rumah itu terletak di pinggir sawah. Disebelah kanan rumah adapokok macang (bacang) besar di bahagian belakang rumah ada pokok jejawi yangbesarnya lebih dari sepemeluk. Akar-akar berjuntaian dari dahannya.

Sebaik saja basikal disandarkan pada pokok kelapa gading, saya terscium baukemenyan. Langsir tingkap yang dibuat dari kain hitam nipis, nampak bergerak-gerak ditiup angin. Tidak jauh dari pangkal pokok kelapa gading terdapat seekor kucing hitam dengan sepasang mata yang agak kemerah-merahan merenung tajamke arah kami. Kucing hitam itu menguap, memperlihatkan lidahnya yang merahbersama susunan giginya yang tajam.

Tiba-tiba saya terasa seram bila melihat beberapa ekor gagak berlompatan didahanmempelam sambil berbunyi. Keadaan di bawah rumah tidak tersusun, penuhdengan sawang dan sarang labah. Suasana sekitar rumah mengundang rasa takut.Walaupun matahari bersinar tetapi saya merasakan keadaan di pinggir sawah itu

terasa lembab dan muram.Datuk dan Pak Imam menuju ke kaki tangga, saya mengekori dari belakang. Dengansuara yang lantang Pak Imam memberi salam.

"Waalaikomussalam."

Terdengar jawapan dari dalam rumah. serentak dengan itu sebelah pintu yangdibuat dari anyaman buluh terbuka. Manakala sebelah lagi yang dibuat dari papantetap tidak bergerak.

"Naiklah."

Saya segera dongak ke pintu. Seorang lelaki bertubuh tegap, berkain sarungdengan baju Melayu teluk belanga berdiri di situ. Lelaki yang berkulit cerah itumenyimpan janggut dan jambang. Tetapi, misainya sudah putih benar. Dalamsekelip mata lelaki itu menghilangkan diri.

Pak Imam orang pertama naik ke rumah diikuti oleh datuk. Saya orang yang terakhir.Waktu saya mahu melangkah bendul, saya toleh ke pangkal tangga. Di situ sayalihat ada lingkaran ular hitam dengan kepalanya terhulur keluar. Anehnya, masasaya berdiri di situ sebentar tadi, ular hitam itu tidak kelihatan. Pemilik rumah

mendekati Pak Imam.

"Nak tengok kawan saya yang salah langkah?" tanyanya.

"Ya," angguk Pak Imam bersama senyum.

"Yang berdua ni siapa? Kawan atau keluarga?" tambah pemilik rumah sambilmerenung ke arah datuk dan saya.

"Kawan saya," balas Pak Imam.

Pemilik rumah memusingkan badannya ke kanan. Wajahnya dengan wajah datukberdepan. Dia hulur tangan dan datuk terus sambut.

Page 144: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 144/294

144

"Saya Haji Taslim Singasari," katanya sambil mendekatkan mulutnya ke telingadatuk.

Saya yakin ada sesuatu yang dibisikkannya ke telinga datuk. Pasti dia membawa

khabar gembira, kerana datuk tersenyum dan menganggukkan kepala. Apakahrahsia mereka berdua? Timbul pertanyaan dalam hati saya.

"Mari masuk ke bilik, kawan yang malang tu ada di sini."

Kami pun mengekori langkah Haji Taslim Singasari masuk ke bilik yang keadaannyasaya kira agak ganjil kerana dalam rumah papan terdapat bilik yang dibuat daribuluh. Malah lantai bilik juga dilapisi dengan buluh.

"Duduk," ujar Haji Taslim Singasari. Tanpa banyak cerita kami pun duduk, "Sudahpuas saya nasihat tapi dia tak mahu dengar, inilah akibatnya," sambung Haji Taslim

Singsari. Kami hanya anggukkan kepala saja.

Di depan kami ada peti yang dibuat dari papan, panjangnya kira-kira enam kaki dantingginya hampir dua kaki. Setiap penyambung atau sendi peti itu ditaruh ensel. Dibahagian atasnya dibuat selak yang boleh dikunci, dan peti itu ditutup dengan kaindua warna iaitu kuning hitam.

Dari dalam peti saya terdengar seperti suara orang mengerang dan sesekali macambunyi suara kucing dan anjing menyalak.

Tiap sudut bilik ada dupa yang mengeluarkan asap kemenyan. Saya juga terlihatsenaskah Quran di atas bantal di samping senaskah surah Yasin.

"Sepanjang malam saya membaca Quran dan pagi tadi saya mula baca Yasin,semoga dirinya biarlah selamat. Tetapi, saya selalu diganggu oleh pelbagai jenisbinatang seperti harimau, ular dan macam-macam lagi," jelas Haji Taslim Singasari."Kalau tidak memikirkan yang dirinya sahabat karib, semuanya ni tidak saya buat,"sambung Haji Taslim Singasari seperti menyesali diri sendiri.

"Cuba buka saya nak tengok keadaannya," pinta datuk. Haji Taslim Singasari tidakmembantah. Dia rapat ke peti yang sudah dicat warna putih. Kain penutup dua

warna pun dibuka. Saya mula terhidu bau masam dan lapuk tetapi, mata saya tetaptertumpu ke arah peti. Begitu juga dengan mata datuk dan Pak Imam. Haji TaslimSingasari membuka selak peti. Dinding peti di sebelah kiri dan kanan jatuh ataslantai.

Sekujur tubuh manusia yang ditutup dengan kain kuning terlentang di depan kami.Pak Imam menerpa ke depan dan bersedia mahu menyingkap kain yang menutuptubuh tersebut. Haji Taslim Singasari segera memegang tangan Pak Imam.

"Jangan, nanti awak terkejut. Duduklah, biar saya buat."

Pak Imam patuh dengan permintaan Haji Taslim Singasari. Kemudian dengan hati-hati Haji Taslim Singasari membuka kain penutup tubuh di depan kami hingga ke

Page 145: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 145/294

145

hujung kaki.

"Ya Allah," kata saya.

"Subhanallah," sambut datuk.

"Allah huakhbar," tingkah Pak Imam, buat seketika mulut kami ternganga.Di depan kami, terlentang tubuh Suhaimi Keraba tercungap-cungap macam ikankekurangan air. Separuh tubuhnya dari pusat hingga ke muka hitam legam macamarang, sukar untuk menentukan di mana letak mata, hidung dan telinganya.

Dari pusat ke kaki keadaannya elok sempurna. Saya juga malihat beberapa ekor belalang hitam terbang bebas dan hinggap di bahagian tubuh yang hitam.

"Kita mohon pada Allah supaya rohnya segera dikeluarkan dari tubuhnya, dia terlaluseksa," Pak Imam bersuara.

"Saya setuju," balas datuk."Kita baca Yasin," ujar Haji Taslim Singasari. Sebaik saja selesai bercakap, seekor harimau kumbang muncul dari arah bahagian kepala Suhaimi Keraba. Di bahagiankakinya pula muncul kucing hitam.

115. Pulang Dari Kubur  

Semua yang terjadi di depan mata mengudang kecemasan dan ketakutan. Sayatidak berani bergerak dan berkata-kata.

Aneh sungguh, Haji Taslim Singasari tidak gentar dan cemas atas kehadiran kucinghitam dan harimau kumbang. Baginya, seolah-olah perkara itu tidak wujud di depanmatanya.

Haji Taslim Singasari mengambil beberapa naskah Yasin dari atas rak di luar bilik.

Masa Haji Taslim berada di luar bilik, saya seakan-akan terpandangkan SuhaimiKeraba mengangkat kepalanya perlahan-lahan.

Dan kini, saya dapat memastikan yang lapik kepalanya bukanlah bantal. Tetapi,batang pisang yang dibentuk seperti sebiji bantal.

"Eh, kepala..."

Belum pun sempat saya menamatkan kata, telapak tangan datuk terus menekupmulut saya. Kerana dicengkam begitu kuat, kedua belah rahang saya terasa sakit.

"Jangan tegur, baca saja Surah An-Nas seberapa banyak yang boleh," Pak Imammembisikkan ke telinga saya. Bila saya anggukkan kepala barulah datuk berhenti

Page 146: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 146/294

146

mencekup mulut saya.

Saya patuh dengan nasihat Pak Imam. Sambil membaca Surah An-Nas, mata sayaterus tertumpu ke bahagian kepala Suhaimi Keraba yang bertukar bentuk menjadimacam kepala monyet.

Proses pertukaran itu berlaku secara sedikit demi sedikit yang dimulai dari dagu,telinga dan akhir sekali di bahagian kening.

"Huuaaahhhh."

Terdengar suara dari Suhaimi Keraba, macam mawas (kingkong) jantan. Menderampanjang. Dalam sekelip mata, kepala monyet bertukar menjadi kepala harimaubelang. Terus mengaum, menggegarkan rumah. Datuk dan Pak Imam bagaikantidak peduli dengan apa yang terjadi di depan mereka.

"Mari kita baca bersama, setakat mana yang dapat," Haji Taslim Singasari berdiri dikiri saya. Dia hulurkan Surah Yasin pada saya, pada datuk dan Pak Imam. HajiTaslim Singasari terus duduk di sebelah saya. Pada saat itu juga saya terdengar  jeritan binatang liar dalam bilik kecil. Saya yakin, suaru jeritan itu hanya sayaseorang saja yang mendengarnya.

"Pak Imam kita jadi ketua, kita mengikutnya," Haji Taslim Singasari memberikanpendapat. Datuk anggukkan kepala. Saya tidak memberikan sebarang komen.Bersedia mengikut langkah dan rentak yang bakal mereka lakukan.

"Boleh kita mulakan sekarang," Pak Imam menyatakan kesediannya beberapa saatkemudian, kamar kecil itu mula dikuasai oleh suara orang membaca Surah Yasin.Dalam masa saya hendak membaca Surah Yasin, saya tidak dapat melihatperkembangan atas perubahan selanjutnya terhadap diri Suhaimi Keraba. Sayatidak tahu apakah kepalanya masih dalam bentuk kepala harimau.

Pembacaan Surah Yasin sering terganggu oleh beberapa ekor ular sebesar batangkelapa. Warnanya hitam, bergerak depan kami, lidahnya yang bercabang bagaikanmahu menyentuh tubuh Suhaimi Keraba.

Kerana datuk, Pak Imam dan Haji Taslim Singasari buat tidak kisah, saya jadi berani

dan terus bersikap macam mereka. Selain dari ular besar, binatang berbisa yanglain juga turut menjelma seperti kala jengking, lipan, lebah dan tebuan.

Pembacaan Yasin yang pertama selesai. Waktu mahu melakukan pembacaan yangkedua, Suhaimi Keraba terus menjerit, menendang ke kiri dan ke kanan. Semuanyaitu tidak menghalang pembacaan kami. Bila pembacaan Surah Yasin untuk kali yangketujuh berakhir. Semua binatang buas yang berkeliaran hilang. Suhaimi Kerabatercungap-cungap.

Buah halkumnya nampak bergerak lemah dan dadanya yang hitam kelihatanberombak-ombak.

"Ajarlah dia mengucap, Taslim," Pak Imam menganjurkan pada Haji TAslim

Page 147: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 147/294

147

Singasari. Dan orang tua yang berbadan tegap itu segera merapati Suhaimi Keraba.

Dia mendekatkan bibirnya ke cuping telinga Suhaimi Keraba yang hitam. Datukgelengkan kepala, bila Suhaimi Keraba berusaha dengan sedaya upayamemalingkan mukanya yang hitam (tidak tentu bentuknya) itu ke arah lain. Dia

seolah-olah tidak mahu mendengar dengan apa yang dibisikkan oleh Haji TaslimSingasari kepadanya.

"Cubalah," kata datuk menguatkan semangat Haji Taslim Singasari yang mulakecewa.

"Ya cubalah, kita usaha," tokok Pak Imam pula dan Haji Taslim Singasari anggukkankepala.

"Haaaaa..."

Bagaikan ada kekuatan luar biasa hadir dalam diri Suhaimi Keraba. Dia terus dudukdan tangna kanannya menolak tubuh Haji Taslim Singasari, orang tua berbadantegap itu jatuh tertenggung. Seluruh muka Suhaimi Keraba terarah ke wajah datuk.

Secara mendadak, Suhaimi Keraba rebahkan badannya dengan kasar. Dia luruskantangan dua kali sambil menghela nafas tersekat-sekat, urat dileher nampak tegang.

"Huaaaahhh..." sepasang kaki Suhaimi Keraba bergerak-gerak. Semua biji matatertumpu ke arahnya. Dadanya sudah tidak berombak, nafasnya terhenti. SuhaimiKeraba terkulai atas bantal bantang pisang. Dia sudah tidak bernyawa lagi.

"Semuanya dah habis," Haji Taslim Singasari bangun sambil menutup mayatSuhaimi Keraba dengan kain hitam.

HAMPIR

Haji Taslim Singasari menghampiri kami. Dan kami serahkan naskah Yasinkepadanya untuk disimpan. Saya pandang wajah datuk, ada sesuatu yang sayaagak aneh dan ganjil.

Belum pernah saya mendengar salakan anjing mendayu-dayu seolah-olah menangisdi waktu tengah hari rembang.

Suara gagak rancak berbunyi. Kokok ayam janyan bertalu-talu dan ketuk ayambetina bagaikan gendang perang. Saya jadi seram dan berdebar.

Sumpah saya tidak tahu, apakah Pak Imam dan datuk mengalami perkara ganjilseperti apa yang saya alami? Pada mata kasarnya, saya lihat Haji Taslim Singasariseperti orang keresahan.

"Ganjil!"

Page 148: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 148/294

148

Terkeluar ungkapan dari bibir Pak Imam.

"Apa yang ganjil tu?" pintas datuk.

"Cuba dengar baik-baik, kawan," mata Pak Imam merauti seluruh wajah Haji Taslim

Singasari. Akhirnya sepasang biji mata Pak Imam tumpah ke paras saya dan datuk.

"Saya dah dapat dengar dengan jelas. Bunyi reriang rimba bukan main galaknya,"sahut datuk.

"Saya juga mendengarnya, binatang-binatang tu menegur syaitan yang keluar darirumah ni menuju ke arah hutan di Gunung Jerai, di Kedah," Haji Taslim Singasaribersuara.

Saya menelan air liur, rasa takut masih menguasai tangkai dan jantung hati saya.Datuk memberanikan diri lalu membuka kain penutup mayat Suhaimi Keraba. Datuk

tatap wajahnya yang hitam sambil membaca sesuatu.

Kerana Pak Imam dan Haji Taslim Singasari bergerak ke ruang tengah, saya segeramengekori jejak mereka. Tinggallah datuk seorang diri di bilik kecil.

Kami (saya, Pak Imam dan Haji Taslim Singasari) duduk bersimpuh di anjung.Lolongan anjing, jeritan gagak, kokok dan ketuk ayam beransur kurang. Adaketenangan tergambar di wajah Haji Taslim Singasari. Saya merasa selesa disentuhangin dari bibir sawah. Datuk masih berada dalam bilik, entah apa yang dibuatnya,saya tidak tahu.

"Apa yang Pak Imam tengok tu..." Haji Taslim Singasari tidak meneruskan kata-katanya. Dia tunduk merenung lantai sambil memperkemaskan silanya.

"Perkara semacam itu, sudah jadi perkara biasa pada saya, masa dia mula-mulaterbaring dulu, macam-macam binatang ganggu saya," sambung Haji TaslimSingasari. Cukup tenang dia mengungkap pengalaman yang dilaluinya.

Dari jendela yang terdedah, saya melihat ke arah langit. Di mana-mana kelihatanawan putih bersih bergerak lemah mengikut hembusan angin. Cuaca amat baiksekali. Tidak ada tanda-tanda mahu hujan atau ribut petir akan berlaku.

"Awak kesiankan dia, Haji?" tanya Pak Imam.

"Ya." Haji Taslim anggukkan kepala.

"Itulah sebabnya, awak kena bahananya," Pak Imam telan air liur.

"Dia sahabat saya, kami berkawan bukan setahun dua, saya simpati dan kesiankandirinya, saya nak bawa dia ke jalan yang benar. Tapi, sudah terlambat," Haji TaslimSingasari mempamirkan kedukaan dan kehampaan di wajahnya. Dia menarik nafasdalam-dalam yang diakhiri dengan sebuah keluhan.

Kata Haji Taslim Singasari, dia bertemu dengan Suhaimi Keraba di Pulau Kampoi.

Page 149: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 149/294

149

Kemudian mereka pergi ke Pulau Niar yang terletak di hujung Pulau Sumatera.Mereka menuntut ilmu dunia. Kerana merasakan ilmu yang diperolehi masih kurang,mereka terus mengembara ke pelosok Pulau Jawa. Berguru dan mencari ilmu dunia.Masa di Pulau Jawa mereka sering berulang alik ke Bali.

Dengan takdir Allah, mereka bertemu dengan seorang tua yang mereka panggilsebagai 'Kiai Sabdo' ditempat yang bernama Singasari. (Haji Taslim yang tertarikdengan nama tempat tersebut mengabadikan pada hujung namanya) Kiai Sabdomenasihati mereka supaya jangan meneruskan kegiatan yang tidak bermanfaat itu.Nasihat Kiai Sabdo segera dipatuhi oleh Haji Taslim (yang ketika itu belum bergelar Haji). Tetapi, Suhaimi Keraba tidak memperendahkan nasihat tersebut.

Haji Taslim Singasari terus menuntut ilmu akhirat dari Kiai Sabdo dan SuhaimiKeraba dengan kegiatan ilmu kebatinannya. Dia memperolehi sebuah kitab dariseorang gurunya yang namanya tidak pernah diceritakan pada Haji TaslimSingasari.

USIR

Kerana kitab itu jugalah Kiai Sabdo mengusir Suhaimi Keraba keluar dari rumahnya.Suhaimi Keraba terus pergi ke Wilayah Balidono, Putworejo, Jawa Timur bersemadidi sebuah gunung.

Dan Suhaimi Keraba telah memelihara persahabatannya dengan Haji TaslimiSingasari. Tanpa pengetahuan Kiai Sabdo. Dia mengujungi tempat pertapaanSuhaimi Keraba.

Atas nasihat Kiai Sabdo, Haji Taslim Singasari meninggalkan Tanah Jawa pulang keSemenanjung Tanah Melayu. Buat beberapa lama dia menetap di kampunghalamannya di Tanah Kebun, Parit Buntar. Kemudian dia pergi ke Perlis danakhirnya bermastautin di Pattani, Selatan Siam mendalami ilmu akhirat.

Setelah mendapat berita yang Suhaimi Keraba berada di Balik Pulau, Haji TaslimSingasari pun berhijrah ke tempat tersebut lalu membeli sekeping tanah sawah.

Persahabatan yang terputus disambung kembali. Suhaimi Keraba seringmengujunginya.

"Cita-cita saya mahu memberi kesedaran. Biar dia balik ke pangkal jalan. Tapi, diacukup liat. Kadang-kadang saya diduganya dengan pelbagai cara. Ilmu hitamnyacukup tinggi," cetus Haji Taslim Singasari.

"Sudahlah, dia sudah memilih cara tu, Haji. Apalah yang boleh kita buat," Pak Imammeraba pangkal lehernya.

"Sebagai sahabat, saya tetap berdoa setiap kali solat, minta Allah ampunkan

dosanya dan rohnya ditempatkan di tempat yang baik-baik," demikian ertisetiakawan buat Haji Taslim Singasari.

Page 150: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 150/294

150

"Seram saya."

Kami segera menoleh ke arah datuk yang keluar dari bilik secara mengejut.Mukanya dibasahi peluh bersama bayangan kecemasan.

"Kenapa?" soal Haji Taslim Singasari.

"Mayatnya bangun mahu menerkam ke arah saya, binatang-binatang bisaberkeliaran atas mayatnya," jelas datuk lalu duduk di sisi pak Imam.

"Dengan nama Allah dapat saya atasi dengan sebaik-baiknya," sambung datuk lagi.Dia mengesat peluh di dahi dengan belakang tangan.

"Tunjangnya cukup hebat," celah Pak Imam. Saya lihat Haji Taslim anggukkankepala. Kesedihan atas kematian sahabat rapat yang tidak sejalan itu meninggalkan

kesan hiba yang amat sangat terhadap dirinya.

Pak Imam, datuk dan Haji Taslim Singasari mengadakan perbincangan kecil dansingkat. Hasilnya, Pak Imam diserahkan tugas pergi ke masjid memberitahu orangramai tentang kematian Suhaimi Keraba. Urusan mandi mayat dan kafan terletakatas bahu datuk dan Haji Taslim Singasari. Saya cuma jadi pembantu mereka saja.

Sebaik saja selesai sembahyang Zohor, sembahyang jenazah dilakukan di masjidkampung tersebut. Mungkin kerana nama Suhaimi Keraba dianggap nama yangtidak membawa keuntungan pada penduduk setempat, menyebabkan orang yangdatang menziarah dan menyembahyangkan jenazahnya tidak seberapa.

Apa yang membanggakan saya ialah sikap Haji Taslim Singasari, selepaspengkebumian sahabat karibnya, Suhaimi Keraba. Dia seperti menyembunyikankeburukan dan kejahatan sahabatnya dari orang ramai.

Dia mengelakkan diri, bila ada orang kampung bertanyakan kegiatan buruk SuhaimiKeraba semasa hayatnya. Tetapi, dia tidak pula keberatan untuk menceritakantentang kebaikan sahabatnya walaupun kebaikan yang ada amat kecil jikadibandingkan dengan kejahatan yang dilakukan.

"Kenapa ditanyakan tentang kejahatan orang yang sudah tiada, bukankah perbuatanitu dilarang oleh agama kita," tutur Haji Taslim Singasari pada seorang anak mudayang menahannya, sebaik saja keluar dari tanah perkuburan.

"Sebabnya mudah saja, dia selalu mengganggu orang kampung dengan ilmu jahatnya," jawab pemuda itu.

"Hai orang muda. Dia sudah tak ada dan tak ada gunanya awak marah ataumenaruh dendam, memaki hamunnya. Perbuatan macam tu, tambahkan dosa kita,sedangkan dia sudah pun mengadap Allah," Haji Taslim Singasari menetap wajah

pemuda yang berambut panjang. Ternyata pemuda yang masih menaruh dendamitu, tidak dapat menerima nasihat Haji Taslim Singasari.

Page 151: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 151/294

151

"Awak jadi pelindungnya, awak jadi taukenya," satu tuduhan yang pedih dilemparkanoleh pemuda kepada Haji Taslim Singasari.

"Apa salahnya awak melupakan perbuatan kawan saya itu, sedekahkan Fatihah dan

Qulwallah pada rohnya dan minta ampunkan dosanya. Awak dapat pahala dansecara taklangsung awak dapat melatihkan diri awak untuk menjadi seorang Islam yang baikdan berniat ikhlas," Haji Taslim Singasari terus mengajak saya dan datuk beredar dari situ.

PANAS

Rupanya, pemuda yang panas baran itu tidak puas hati dengan sikap Haji Taslim

Singasari. Dia menghalang kami meneruskan perjalanan dengan merentangkansebatang kayu di depan kami.

"Hei! Ketua ilmu sesat, ketua ajaran salah, jangan cuba pertahankan orang kamu,"pemuda panas baran terus menuding jari telunjuknya ke muka Haji Taslim Singasari.

Datuk nampaknya kurang senang dengan sikap pemuda yang biadap itu. Tetapi diatidak mahu bertindak. Maklumlah tempat orang, tidak ada gunanya jadi ayamsabung.

"Bangsat, datang ke hujung kampung orang nak jadi kepala iblis," sambung pemudaitu lagi. Haji Taslim Singasari tunduk senyum sambil memberi isyarat pada datukdan saya supaya meneruskan perjalanan tanpa melangkah kayu penghalang didepan.

"Heiii...," sergah pemuda itu ke arah saya dan datuk. Dan dalam masa yang sama,Pak Imam keluar dari kawasan tanah perkuburan lalu meluuru ke arah pemudapanas baran.

"Kamu balik, jangan nak sedap-sedap saja tuduh orang amal ilmu sesat, ilmu salah.Selidiki dulu sebelum bercakap," Pak Imam paut bahu kanan pemuda panas baran

dengan tangan kirinya.

"Kenapa Pak Imam masuk campur, Pak Imam dah ikut dia?"

"Itu soal aku, kamu mesti tahu, aku imam, aku tahu apa yang aku buat. Jadilahpemuda Islam yang berhemah tinggi, menyiasat dan mengkaji sebelum buattuduhan. Pergi balik, dengar cakap aku," herdik Pak Imam, tanpa berkata sepatahapa pun, pemuda panas baran terus meninggalkan kami.

Kami pulang ke rumah Haji Taslim Singasari. Di rumah itu juga Pak Imam membukarahsia diri dia yang sudah lama mengenali Haji Taslim Singasari. Bila waktu terluang

mereka saling bertukar-tukar fikiran dan pendapat. Tetapi Pak Imam mengakui yangdia tidak tahu hubungan Haji Taslim Singasari dengan Suhaimi Keraba begitu akrab.

Page 152: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 152/294

152

Haji Taslim Singasari mengakui yang dia merahsiakan hubungannya itu daripadapengetahuan Pak Imam. Sebabnya, dia mahu berusaha dahulu untuk membawaSuhaimi Keraba ke jalan yang benar. Bila gagal, barulah dia memerlukanpertolongan dari Pak Imam dan orang lain.

"Sayangnya, cita-cita saya tak sampai. Dia pergi dulu tinggalkan saya. Kalau ikutumur, dia lebih muda dari saya. Pada hukum adatnya, saya yang mati dulu. Tetapikuasa Allah siapalah tahu," antara jelas dengan tidak, Haji Taslim Singasarimenuturkan kata. Kehibaan masih terpancar di wajahnya.

"Allah sayangkan dia," meletup suara dari datuk. Apa alasan datuk, orang jahatdisayangi oleh Allah? timbul pertanyaan dalam rongga dada saya.

"Bila dia dipanggil Allah, ertinya segala kegiatan jahatnya terhenti di situ saja. Itutanda Allah sayangkan dia. Kalau umurnya panjang penuh dengan kejahatan,

tentulah hidupnya tidak bermakna," sambung datuk lagi. Saya dapat menerimaalasan itu.

Saya lihat jam tua yang tersangkut di dinding sudah pukul empat lebih. Sinar matahari kian redup tetapi, angin dari sawah menghantarkan kesegaran ke tubuhkami.

"Saya juga bercadang mahu mengajak si mati kembali ke pangkal jalan, sayapernah bertentang mata dengannya, pernah berdebat. Kita perlu sabar dan tabahuntuk menyedarkannya. Ah! semuanya sudah berlalu," secara mengejut Pak Imambersuara. Datuk anggukkan kepala, begitu juga dengan Haji Taslim Singasari.

Kerana jemu melihat lantai, dinding rumah serta jam tua, saya alihkan pandangan keluar. Dedaun kelapa di pinggir kampung melintuk liuk disentuh bayu petang.Beburung liar terbang rendah lalu hinggap di reranting pokok yang memagari bibir Kampung Tenang. Awan juga berarak lembut ke arah pekan Balik Pulau.

"Si mati jadi marah dan meradang dengan kedatangan seseorang ke kawasan BalikPulau. Menurut si mati orang itu menghalang kegiatannya dengan kasar, tidak mahuberunding," Haji Taslim Singasari bersuara. Pak Imam renung ke arah datuk. Sayasegera membuat ramalan. Orang yang dimaksudkan oleh si mati itu tidak lain dan

tidak bukan adalah datuk saya.

"Apa kata si mati terhadap orang itu?" saya bertanya, datuk segera mencubit pahasaya. Aduh! sakitnya bukan kepalang. Tetapi saya tetap bersikap tenang, seolah-olah tidak ada apa yang terjadi.

BATUK

Melihat sikap saya yang bersahaja itu, datuk tidak puas hati. Dia berpura-pura batuk,

sebagai tanda ingatan agar saya jangan megemukakan sebarang pertanyaan lagi.

Page 153: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 153/294

153

"Orang yang datang ni, bukan calang-calang orang. Ada ilmu dunia dan akhirat.Sebelum dia tunduk pada orang yang datang itu, dia mahu mengujinya terlebihdahulu. Tapi...," Haji Taslim Singasari terbatuk. Setelah selesai batuk, dia tidakmahu meneruskan kata-kata.

Sikapnya itu, membuat kami bertiga resah. Saya terus menganggap Haji TaslimSingasari mahu menyembunyikan sesuatu dari kami. Dalam erti kata lain, masihmeragui kejujuran kami.

"Kenapa tak teruskan cerita," desak Pak Imam.

"Dia kesalkan awak," biji mata Haji Taslim Singasari menampar wajah Pak Imamyang nampak terkejut.

"Kesalkan saya? Kenapa?"

"Sebabnya, awak menolong orang yang datang tu. Dia menghormati awak," lanjutHaji Taslim Singasari.

Datuk nampak resah. Dia sedar dirinya turut dikaitkan dalam masalah ini.Sesungguhnya kedatangan datuk ke Balik Pulau bukan untuk mencari musuh. Diasekadar mahu menunaikan permintaan Mat Prai. Hidup bagi datuk ialah mencarisahabat sebanyak yang boleh. Musuh jangan dicari, walaupun seorang.

"Agaknya, sayalah orang yang dimaksudkan oleh si mati," datuk tegakkan leher. PakImam renung ke arah saya dan Haji Taslim Singasari pula renung Pak Imam.Keadaan bertambah gawat, semoga tidak ada tercetus sebarang pergaduhan di sini.Doa saya dalam hati.

"Memang awaklah," sahut Pak Imam.

"Awak dendam dengannya lagi," Haji Taslim Singasari renuung muka datuk.Perlahan-lahan datuk gelengkan kepala.

"Saya tahu niat awak macam saya juga, nak membetulkan kesilapannya, bukanbegitu?" tokok Haji Taslim Singasari lagi. Macam tadi datuk anggukkan kepala.

Tiba-tiba kami diganggu oleh suara batuk dan bunyi orang berjalan di bilik si mati.Kami berpandangan sama sendiri. Bunyi telapak kaki orang yang melangkah itusemakin lama semakin dekat. Tanpa disangka-sangka pintu bilik yang bercantum ituditolak dengan kasar. Semua biji mata tertumpu ke arah pintu bilik.

"Ahhh..."

Serentak kami bersuara dengan rasa terkejut yang amat sangat. Punggung sayaterasa tidak bertemu lantai. Empat wajah manusia dipeluk kecemasan melihatSuhaimi Keraba yang sudah dikuburkan berdiri di ambang pintu bilik.

Bentuk tubuhnya kelihatan cukup elok dan sempurna. Mukanya tidak pula hitam,tetapi sepasang anak matanya tidak bercahaya, tersembul macam batu cincin.

Page 154: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 154/294

154

Walaupun demikian, pandangannya tetap menyorot ke arah datuk.

"Huuuuhhhh."

Lembaga yang menyerupai Suhaimi Keraba telah bersuara. Tangan kanannya

menghentak sebelah pintu bilik hingga tercabut. Kami bertambah cemas. Lembagaitu terus melangkah ke arah datuk.

"Kembarnya," pekik Haji Taslim Singasari.

"Kami menyebutnya Tunjing, benda ni mesti dimusnahkan. Benda ni jadi jahat danmula mengganas bila tuannya dah tak ada," sahut Pak Imam sambil bangun danmelangkah ke arah tangga.

"Semuanya ni syaitan, iblis," datuk terus meluru ke arah Pak Imam yang berada dikepala tangga. Dua kaki saya bagaikan ditarik oleh kuasa ghaib bergerak menuju ke

arah datuk. Ketika itu juga terdengar raungan gajah, ngauman harimau dan jeritmonyet. Semuanya datang dari arah bilik si mati.

Lembaga yang menyerupai Suhaimi Keraba terus melangkah dalam keadaan yangkeras. Seluruh daging tubuhnya nampak berulas. Urat-urat hijau bagaikan mahumenolak kulit tubuhnya. Apa yang manghalangnya habis dirempuh atau ditendang.Haji Taslim Singasari tidak bergerak dari tempat asal. Dia bangun dan berdiri di situ.Bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Pada saat itu juga, saya lihat lembaga yang menyerupai Suhaimi Keraba bertukar rupa. Tubuhnya berbulu hitam dan bahagian kepalanya bertukar menjadi kepalaberuang.

"Suhaimi."

Pekik Haji Taslim Singasari. Lembaga itu berhenti melangkah dan bertukar kembalimenyerupai diri Suhaimi Keraba yang sebenar.

Pak Imam dan datuk terus berbisik sesuatu. Apakah perkara yang mereka bisikkansaya sendiri pun tidak tahu.

"Jaga dan hati-hati, Haji," Pak Imam bersuara.

"Dengan izin Allah saya boleh mengatasinya," sahut Haji Taslim Singasari sambilmembetulkan kedudukan kaki kanannya. Lembaga itu terus merewangkantangannya ke kiri dan ke kanan.

"Aduh!"

Serentak dengan itu Haji Taslim Singasari tersungkur ditolak oleh lembaga yangmenyerupai Suhaimi Keraba. Lembaga itu menerkam ke arah datuk. Haji TaslimSingasari berjaya bangun dan menerkam ke arah datuk.

"Suhaimi Keraba."

Page 155: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 155/294

155

Mendengar namanya disebut lembaga itu terhenti dari menyerang datuk. Diamemusingkan kepalanya perlahan-lahan ke arah orang yang memanggilnya.

"Kita harus ke tanah, saya tahu pantang larangnya," perintah Haji Taslim Singasari.

Kami segera terjun ke halaman rumah. Dan lembaga yang menyerupai SuhaimiKeraba terus ghaib entah ke mana. Haji Taslim Singasari memerintahkan kamibertiga mendekatinya. Perintahnya segera kami patuhi.

"Biar saya hadapi cara ilmu dunia, kalau saya gagal saya minta tolong pada awakberdua," kata Haji Taslim Singasari pada datuk dan Pak Imam. Nampaknya datukakur dengan permintaan Haji Taslim Singasari.

Bila saja Haji Taslim Singasari memusingkan badannya ke kiri, lembaga yangmenyerupai Suhaimi Keraba muncul didepannya dengan kedua belah tangannya

menghala ke batang leher Haji Taslim Singasari.

"Kau marah aku," tutur Haji Taslim Singasari ke arah lembaga tersebut. Denganserta merta lembaga itu anggukkan kepala dan haji Taslim Singasari tumbang atastanah. Lembaga itu bersedia untuk memijaknya. Haji Taslim Singasari mengepaltanah. Tetapi, tidak berjaya. Tanah ditelapak tangannya bertaburan.

"Bantu saya," rayu Haji Taslim Singasari.

Pak Imam menerpa ke arah lembaga itu. Mereka berdepan. Saya lihat Pak Imammembaca sesuatu, pasti dia membaca ayat-ayat pilihan dari Al-Quran untukmenentang iblis.

Ternyata lembaga itu tidak mudah ditundukkan tetapi, Pak Imam terus berjuangdengan sedaya upaya. Akhirnya lembaga itu menjerit sekuat hati bersama dentumanpetir yang amat kuat.

116. Budak Ganjil Tanpa Pakaian 

Dentuman petir membuat telinga saya seperti pekak. Tanah yang dipijak sepertibergegar.Saya pun rebah ke dada bumi. Antara sedar dan tidak, terasa tubuhdiangkat serta diusung oleh datuk dan Haji Taslim Singasari ke perdu macang(bacang). Saya disandarkan di situ, datuk segera memulihkan semangat saya yanghilang.

Bila terasa diri semakin pulih, saya celikkan mata. Apa yang saya lihat sungguhmengejutkan. Lembaga yang menyerupai Suhaimi Keraba terbakar hangus dipanahpetir. Hancur menjadi debu lalu diterbangkan oleh angin ke mana-mana.

Penduduk kampung berdekatan menjadi gempar. Mereka merasa sungguh takjub

kerana dalam cuaca petang yang terang, boleh terjadi ledakan petir yang sungguhhebat.

Page 156: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 156/294

156

“Kita sudah melihat kekuasaan Allah, sesungguhnya Allah berhak melakukansesuatu yang tidak terjangkau oleh akal fikiran kita,” Pak imam yang tadi membisumula bersuara. Matanya menatap wajah datuk dan Haji Taslim Singasari.

“Itu pilihan sahabat saya, Pak Imam.” Nada suara Haji Taslim Singasarimengundang kehampaan.

“Itu takdir dirinya,” celah datuk.

“Apa boleh buat Haji, saya harap perkara yang terjadi di depan mata kita ni, jangandihebohkan dengan sesiapa. Nanti boleh timbul macam-macam cerita pula,” PakImam menatap permukaan bumi sambil menarik nafas panjang.

Pak Imam angkat kepala lalu memandang ke arah kami dengan senyuman penuhkeyakinan. Dia percaya yang kami akan mematuhi permintaannya. Pak Imam

melangkah ke kaki tangga untuk naik ke rumah. Perbuatannya itu segera diturutioleh saya, Haji Taslim Singasari dan datuk.

Bila berada dalam rumah, bilik si mati segera kami serbu. Saya jadi bingung. Semuabarang miliknya menjadi abu, bersepah-sepah seluruh bilik. Malah ada yang melekatpada dinding akibat ditolak angin.

“Jangan disentuh,” Haji Taslim Singasari mengingatkan kami. Kami terus membukatingkap. Dua keping papan dinding yang menghala ke arah sawah dikopaknyadengan jari telunjuk.

“Kenapa rosakkan dinding rumah?” Tanya datuk.

“Biar angin masuk dan terbangkan debu-debu yang ada dalam rumah ni. Debu-debuini tak boleh disentuh, kalau kena tubuh kita, kulit boleh terbakar dan daging badan jadi busuk,” jelas Haji Taslim Singasari.

Saya segera meninggalkan bilik si mati. Beberapa minit kemudian Pak Imam, HajiTaslim Singasari dan datuk turut keluar dari bilik si mati. Kerana waktu Asar hampir tiba, kami terus ke masjid untuk menunaikan solat. Atas persetujuan para jemaahyang ada, maka Haji Taslim Singasari pun disuruh menjadi imam.

Selesai sembahyang dan berdoa, para jemaah mula bercerita tentang bunyi petir yang mereka dengar. Ada bermacam-macam andaiannya dan ramalan yang merekabuat. Kebanyakkannya, dihubungkaitkan dengan kematian Suhaimi Keraba.

Ada yang mendakwa, sebelum petir meledak mereka melihat Suhaimi Kerabamenari-nari di jalan raya. Ada pula yang melihat Suhaimi Keraba minum kopi danmakan laksa di warung Simpang Empat.

Cerita-cerita yang sampai ke telinga membuat saya tersenyum panjang. Betapamudahnya, orang mengadakan cerita yang bukan-bukan, mereka pandai

menggunakan kesempatan dari kematian Suhaimi Keraba yang semasa hidupnyatidak melakukan kebaikan.

Page 157: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 157/294

157

Beberapa orang jemaah yang berani terus mendekati Haji Taslim Singasari dan PakImam. Mereka terus mengajukan pelbagai pertanyaan tanpa mempedulikankehadiran kami. Mungkin kerana kami orang luar.

“Minta maaf, kami tak tahu pula bunyi petir itu ada hubungan dengan si mati,” itu jawapan Pak Imam pada pertanyaan mereka. Ternyata jawapan itu tidakmemuaskan hal orang yang bertanya.

“Mustahil awak tak tahu?” Tanya lelaki berkulit hitam manis dengan misai lebatnyamenutupi bibir atas. Pertanyaan ditujukan khas untuk Haji Taslim Singasari mencari jawapannya di samping berusaha menjauhkan diri dari lelaki berkulit hitam yangusianya sekitar lima puluhan.

“Petir berbunyi waktu cuaca terang benderang, perkara biasa,” sahut Pak Imam.Ternyata lelaki berkulit hitam tidak puas hati kerana jawapan itu bukannya datang

dari Haji Taslim Singasari.

Matahari petang yang memancar membuat dahi saya dan datuk berpeluh. Pak Imammerenung ke arah kolah masjid.

“Bagi saya, itu bukan perkara biasa,” lelaki berkulit hitam manis bersuara. Diamenatap wajah Pak Imam dan Haji Taslim Singasari.

“Kenapa awak kata macam tu?” Datuk ajukan pertanyaan pada lelaki berkulit hitammanis. Dia tidak berminat mahu bercakap dengan datuk. Mungkin kerana datukorang luar. Datuk dan Pak Imam berpandangan. Akhirnya mereka tersenyum .

“Bagi saya,” ulang lelaki berkulit hitam, “perkara itu ada kaitannya dengan sahabatPak Haji yang mati. Dia tu manusia jahat, isi neraka,” begitu senang lelaki berkulithitam manis bercakap.

“Mulut awak celupar. Tak baik menuduh begitu. Saya tak suka cara awak, kita takboleh menentukan seseorang itu isi neraka atau syurga kerana ia adalah kuasaAllah,” nada suara Haji Taslim Singasari mula meninggi. Mukanya nampak merah.

“Maafkan saya, Pak Haji.”

“Awak tahu, Allah boleh melakukan sesuatu apa yang diingini-Nya, apa lagi petir waktu hari bercuaca panas,” Haji Taslim Singasari berhenti bercakap. Dia menariknafas dengan perlahan-lahan. Matanya menoleh ke arah saya dan datuk.

“Kenapa dalam setiap kejadian kita tidak mahu memikirkan tentang kebesaranAllah? Kenapa mesti dikaitkan dengan manusia yang kita cap atau kita kira sebagaimanusia jahat. Ini ertinya kita bercakap dan berfikir menurut perasaan bukannyamenggunakan otak,” lanjut Haji Taslim. Dia tentang biji mata lelaki berkulit hitammanis. Bahu lelaki itu ditepuk dengan mesra.

“Ini kesilapan saya, suka mendengar cakap-cakap orang,” terpamer kekesalan diwajah si hitam manis.

Page 158: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 158/294

158

“Lain kali, jangan cepat sangat percaya dengan cakap-cakap orang, selidik dulusebelum membuat tuduhan, barulah hidup selamat,” Pak Imam mengurui si hitammanis.

“Maafkan saya.”

“Sudahlah, lain kali berhati-hati. Kami tak ada apa-apa dengan awak,” tutur PakImam mengakhiri kata dengan senyum. Si hitam manis tergesa-gesa meninggalkankami.

Sebenarnya kami bertiga (Pak Imam, datuk dan saya) tidak perlu pergi ke rumahHaji Taslim Singasari. Pak Imam boleh pulang terus ke rumahnya. Sementara sayadan datuk boleh balik ke rumah Mat Prai. Oleh kerana basikal kami masih berada dirumah Haji Taslim Singasari perkara tersebut tidak dapat dilakukan. Terpaksa pergike rumahnya dulu.

Bila sampai di rumah, Haji Taslim Singasari menahan kami agar minum petang. Diasendiri yang membuat air kopi dan menggoreng pisang nangka. Minum petangsambil berborak memang menyeronokkan, ketika sedang berborak tanpadisengajakan Haji Taslim Singasari telah menceritakan serba sedikit kebolehan yangada pada dirinya. Rupanya, perkara yang tidak disengajakan itu telah berbekasdalam diri datuk. Timbul minat dalam hatinya untuk mengetahui beberapa perkaratertentu dari Haji Taslim Singasari.

Bagaimanakah datuk mahu menyatakan hasrat hatinya itu? Dan amat mengejutkansaya, bila datuk mahu menerima pelawaan dari Haji Taslim Singasari agar bermalam di rumahnya untuk sama-sama membaca Yasin.

“Macam mana dengan basikal yang saya pinjam, saya tak boleh bawa dua basikalsekali,” Pak Imam meyatakan keresahannya sambil meletakkan cawan di tangan kedada piring.

“Ya juga!” Datuk terkejut dan menyedari yang perbuatannya itu menyusahkan oranglain.

“Itu mudah saja, suruh cucu awak bawa basikal saya, awak naik basikal yang

dipinjam. Bila datang ke sini semula, awak naiklah basikal saya bersama cucuawak,” Haji Taslim Singasari menyelesaikan masalah yang dihadapi.

“Bijak juga awak cari jalan selesai,” Pak Imam terus menatap wajah Haji TaslimSingasari .

“Kalau tak ada apa-apa hal, lepas sembahyang Isyak saya datang ke sini. Saya juganak baca Yasin,” sambung Pak Imam bersama senyum.

“Kalau awak datang saya gembira, kalau tak datang saya tak marah,” tingkah HajiTaslim Singasari lalu disambut dengan ketawa. Haji Taslim Singasari

mengumpulkan cawan dan piring kosong lalu dibawa ke ruang dapur.

Page 159: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 159/294

159

Kami turun dari rumah. Haji Taslim Singasari keluarkan basikal tua dari bawahrumah. Diserahkan pada saya. Basikal tua itu masih berhabuk tetapi, brek dan tayar masih elok.

“Saya jarang menggunakannya,” tutur Haji Taslim Singasari sambil menepuk tempat

duduk basikal dua tiga kali.

“Jangan bawa laju-laju,” datuk mengingatkan saya.

“Kalau bawa laju nanti tercabut tayar,” Pak Imam berjenaka. Saya tersenyumpanjang.

Kami keluar dari kawasan rumah Haji Taslim Singasari. Pak Imam berada di depan,datuk di tengah dan saya berada di tempat terakhir, semuanya membongkok kayuhbasikal.Matahari petang yang kian condong mencipta bebayang diri kami memanjang di

dada jalan. Angin yang bertiup memberikan keseronokan dan kesegaran pada dirisaya. Sambil kayuh basikal saya bersuil-siul kecil membawakan lagu TerkenangSemasa Dulu.

Lagu tersebut cukup popular ketika itu. Kecil besar tua muda kenal dengan suarapenyanyi R. Azmi yang setiap hari berkumandang di radio Malaysia (ketika itudisebut Radio Malaya). Akhirnya kami sampai di rumah Pak Imam. Tidak dapat sayagambarkan kegembiraan yang melonjak dalam dada, bila Pak Imam menyuruh sayamenghantar basikal yang dipinjam ke rumah adiknya.

Inilah peluang terbaik bagi saya untuk melihat wajah Masitah, si putih kuningpenggoda jiwa. Doa saya, semoga emak dan ayah Masitah tak ada di rumah. Kaliini, saya mahu bercakap panjang dengannya. Mahu Tanya kegemarannya. Laguapa yang diminatinya, pandaikah dia membaca Quran dan berkasidah? Bolehkahdia masak gulai tempoyak, yang jadi kegemaran saya dengan nenek. Kalau bolehdialah bakal isteri saya. Engkau cantik, engkau menawan Masitah.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikum salam,” terdengar suara halus nyaring. Engkaukah itu Masitah? Sayatersengih sendirian dengan sepasang biji mata tertumpu ke arah pintu yang

terdedah.

“Siapa tu?” Orang di dalam bersuara lunak.

“Saya Tamar, nak pulangkan basikal yang saya pin..," saya tidak dapat meneruskankata-kata. Jantung saya berdebar.

Oh! Tuhan apakah saya bermimpi? Dua tiga kali saya mengucap panjang. Benarkahyang berdiri di muka pintu itu Masitah? Bisik batin saya. Sudah jelas yangberkemban di muka pintu adalah Masitah.

Mata jantan saya tertumpu ke arah bahagian dada yang tidak bertutup. Kulitnyaputih melepak dan lembut. Basikal yang dipegang terlepas dari tangan. Jatuh

Page 160: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 160/294

160

terdampar atas bumi. Masitah yang berdiri di muka pintu menghilangkan diri. Basikalyang rebah saya tegakkan lalu disandarkan pada tiang seri di bawah rumah.

“Basikal bawah rumah, saya nak balik,” kata saya sambil keluar dari bawah rumah.Hati kecil saya tetap kesal kerana Masitah cukup cepat menghilangkan diri. Waktu

saya mahu melintas di depan tangga, saya lihat Masitah berdiri di situ. Dia tidakberkemban lagi. Pakaiannya cukup kemas dengan baju kurung berkain batik. Diatidak memakai kain kelubung. Rambutnya disikat rapi.

“Nama awak, Masitah!” Saya memberanikan diri sambil berjenaka. Tiada jawapanyang saya terima dari Masitah kecuali sebuah jelingan tajam penuh makna danmendebarkan.

“Basikal yang dipinjam tadi, ada di bawah rumah,” saya menambah. Masitah tiada juga bersuara, tetapi ada senyum di kelopak bibirnya. Saya tidak mahu senyumnya.Saya mahu mendengar suaranya.

“Sampaikan salam saya pada emak dan ayah awak,” kata saya tanpa melihat kearahnya. Saya terus melangkah dengan wajah yang serius.

MENGENA

Ternyata, tektik yang saya lakukan itu mengena. Saya kira, kalau saya jual murah,Masitah jual mahal. Bila saya jual mahal, Masitah jadi serba salah lalu menegur saya. Ini sebuah pengalaman yang amat berharga.

“Macam merajuk aje nampaknya, pagi tadi bukan main berani,” Masitah mengusikdan menyindir. Bagaikan ada kuasa tertentu, langkah saya terhenti dan wajah sayabagaikan diarahkan kuasa ghaib memandang ke arah wajah Masitah. Kamitersenyum.

“Pergi ke mana bawa basikal ayah saya?”

“Ke Kampung Terang.”

“Ada apa di sana?”

Saya rasa agak sukar mahu menjawab pertanyaan dari Masitah. Kalau saya katakanyang benar, mungkin dia tidak percaya dan menuduh saya berbohong.

“Saya tak boleh cakap, kalau nak tahu tanyalah ayah saudara awak,” kata saya.

“Kenapa tak boleh cakap?”

“Itu rahsia.”

“Alahaiii menyampah,” Masitah juihkan bibir bawah ke depan bersama kerdipan dan

 jelingan. Tidak memadai dengan itu, dia tunjukkan penumbuk ke arah saya.Sungguh melucukan tetapi amat menghiburkan diri saya.

Page 161: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 161/294

161

“Tamarrr.”

Suara datuk meninggi dan memanjang dalam nada marah. Kegembiraan yangmelonjak dalam dada terus hilang. Saya terus berlari dengan sekuat hati menuju ke

rumah Pak Imam.Sebelum sampai ke rumah Pak Imam dua kali saya terjatuh tersepakkan akar. Rasasakit sudah tak terasa lagi, akibat dikuasai rasa takut pada datuk.

“Heiii, kamu ni.” Datuk beliakkan mata, saya tidak angkat muka. Cuma renungpermukaan bumi saja. Rasa gementar terus bersarang di dada. Saya berdoa agar kemarahan datuk berakhir di situ saja.

“Apa yang kamu buat di situ? Hantar basikal sampai berjam-jam. Apa yang kamucari di rumah orang, ha?” Sambung datuk. Suaranya makin meninggi.

“Sudahlah tu,” Pak Imam memujuk.

“Kalau tak ditegur inilah jadinya,” ada perubahan pada tekanan suara datuk.Nadanya merendah. Dada saya terasa lapang bia dia berbalas senyum dengan PakImam.

“Saya pergi dulu,” datuk hulur tangan pada Pak Imam. Mereka bersalaman.

“Dengar cakap datuk kamu, jadilah cucu yang baik,” kata Pak Imam bila sayabersalaman dengannya.

“Terima kasih,” saya tatap wajah Pak Imam yang tersenyum. Segera saya sorongbasikal tua ke arah jalan besar. Datuk mengekori dari belakang. Bila sampai dekatpokok kelapa condong datuk berpatah balik menemui Pak Imam.

“Awak datang malam ni ke rumah Haji?”

“Insya-Allah lepas isyak saya sampai,” itu janji Pak Imam pada datuk. Dan datukmeneruskan perjalanan tanpa mahu menoleh ke belakang lagi.

Sampai di tepi jalan raya, datuk ambil basikal dari saya. Tanpa berkata apa-apa dia

terus kayuh basikal. Saya terpinga-pinga kerana datuk terus meluru ke depan tanpamenyuruh saya naik basikal.

“Tuk,” jerit saya.

Datuk tidak peduli dia terus kayuh basikal. Saya jadi cemas dia semakin jauh darisaya.

“Tuk,” jerit saya.

Datuk tidak juga menoleh ke belakang. Terus membongkok kayuh basikal. Ini tidak

boleh jadi, datuk dah buat perangai gila-gilanya. Saya buka langkah dan terusmemburunya. Bila langkah saya bersaing dengan basikal yang datuk kayuh, tanpa

Page 162: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 162/294

162

membuang masa saya terus melompat ke atas pelantar basikal. Saya tercunggap-cunggap, tetapi datuk buat endah tak endah dengan kehadiran saya tu.

“Tuk,”

“Hum, ada kamu. Aku ingatkan tadi kamu tak tahu berusaha, nak hidup,” kata-kataitu amat menyakitkan hati saya.

“Agaknya datuk terlupa nak ajak saya naik basikal.”

“Aku tak terlupa, aku sengaja tinggalkan kamu. Nak tengok kamu tu cerdik kebodoh?”

“Hum,” saya mengeluh dalam hati. Sikap datuk itu amat mengecewakan. Saya ambilkeputusan tidak mahu bercakap dengannya.

Basikal yang dikayuh oleh datuk agak laju, habis rambut saya mengerbang. Anginterasa begitu kuat memukul kulit pipi dan mata mula berair. Tenaga datuk bagaikantenaga orang muda.

“Duduk diam-diam,” datuk mengingatkan saya, bila datuk mendapati saya bergerakke kiri dan ke kanan atas pelantar basikal. Saya berbuat demikian kerana sayaterasa cukup lenguh.

“Baik tuk,” kata saya.

Dari jalan raya datuk belok basikal ke kanan, masuk ke lorong kecil menuju kerumah Haji Taslim Singasari. Cuaca tidak secerah tadi, matahari sudah mengisut kekaki langit. Sebentar lagi cuaca samar akan menguasai seluruh kampung yangmenandakan malam mula mengusir siang.

Cukup cekap datuk mengendalikan basikal yang dikayuhnya. Dia bijak mengelakkantayar basikal dari melanggar tunggul dan akar kayu yang berselirat di dada lorong.

Bila tayar basikal terlanggar lopak kecil atau akar kayu secara tidak sengaja, tubuhdatuk bergerak ke kiri dan ke kanan untuk mengimbangi badan dan basikal darimasuk parit. Secara tidak langsung, saya juga turut bergerak. Akibat terlalu kerap

bergerak, badan saya berpeluh.

“Cepat datang.”

Sambut Haji Taslim Singasari di kaki tangga Saya terus melompat turun daripelantar basikal. Kerana saya melompat tanpa memberitahunya, datuk tidak dapatmengawal basikal dengan baik hingga dia terbabas ke arah perdu pisang. Basikaldan datuk jatuh di situ. Haji Taslim Singasari segera menerkam ke arah datuk.

“Kamu tak mahu fikir tentang orang lain, bila mahu berbuat sesuatu. Tengok apa dah jadi,” biji mata datuk tertumpu ke wajah saya. Kali ini saya tidak merasa takut,

kerana nada suara datuk tidak meninggi.

Page 163: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 163/294

163

“Lain kali jangan buat macam tu lagi,” sambung datuk bersama senyum.

Entah mengapa datuk tidak naik darah kali ini. Mungkin dia segan dengan HajiTaslim Singasari. Datuk tolak basikal ke bawah rumah. Disandarkan pada tiang kayubulat. Kemudian Haji Taslim Singasari terus memeriksa tangan kanan datuk. Pada

hematnya, tangan kanan itu mesti bengkak atau luka. Semasa datuk jatuh taditangan kanan itu terkandas atas kayu bulat.

“Tak ada apa-apa, saya sempat mengelak. Dari jauh memang nampak yang tangansaya ni kena kayu bulat,” jelas datuk.

“Cekap juga awak.”

“Semuanya dengan izin Allah,” balas datuk.

“Mari naik,” pelawa Haji Taslim Singasari.

BEKU

Sementara menanti masuk waktu maghrib, saya duduk di anak tangga bongsumelihat ke kawasan hujung sawah. Damai melihat pepucuk pisang yang meliuk-liukditerpa angin, begitu juga dedaun pinang dan kelapa.

Datuk dan Haji Taslim Singasari terus berborak panjang di anjung. Mereka bertukar pendapat, berbincang tentang hal-hal agama.

“Islam itu tak beku, sesuai pada setiap zaman. Tetapi, para penganutnya sendiriyang membuat Islam tu jadi beku,” tutur Haji Taslim Singasari.

“Maksud awak?” Sanggah datuk.

“Mudah saja, apa yang dicari orang hari ini, sudah ada dalam Islam sejak beratustahun dulu. Sama ada tentang kehidupan di langit, di bumi dan di laut. Malahkejadian budak dalam perut ibunya sudah dinyatakan dalam Quran. Sayangnyaorang Islam sendiri tak mahu mencarinya.” Jelas Haji Taslim Singasari.

“Kalau hidup berpegangkan ajaran agama, selamat kita dunia akhirat,” tingkahdatuk.

“Ya,” Haji Taslim Singasari anggukkan kepala. Setuju dengan pendapat datuk.

Hari beransur gelap. Pepohon di hujung sawah sudah tidak jelas lagi. Beburungtidak lagi terbang untuk pulang ke sarang. Cahaya merah dan biru di kaki langitsudah pun menghilang . Beduk di sudut masjid pun dipalu orang lalu disusuli dengansuara azan mendayu hiba. Menyeru penduduk kampung supaya menunaikankewajipan.

Kami pun menunaikan solat Maghrib, imamnya Haji Taslim Singasari . Kamimembaca surah Yasin hingga masuk waktu Isyak. Bila solat Isyak mahu dimulakan,

Page 164: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 164/294

164

saya terasa lain macam saja. Macam ada sesuatu yang tidak dapat dilihat bergerakbebas dalam rumah. Bulu tengkuk saya sentiasa saja berdiri.

“Itu perasaan kamu saja, Tamar,” kata datuk bila rasa gelisah itu saya sampaikanpadanya.

“Bukan perasaan, perkara tu memang ada,” Haji Taslim Singasari renung mukadatuk, “pedulikan, kita sembahyang dulu,” sambung Haji Taslim lagi sambilmengarahkan saya dan datuk mengambil tempat masing-masing. Dia punmemulakan tugasnya sebagai imam.

Bila saya memberi salam yang kedua, bahu saya sepeprti dipegang oleh seseorang.Dalam keadaan yang tergamam itu, saya terasa seperti ada orang yang menjabattangan saya. Digenggam erat sambil digoncang beberapa kali.

“Manusia ke syaitan?” Bentak batin saya.

Serentak dengan itu, genggaman yang mencangkumi telapak tangan saya terlepas.Ada hembusan nafas yang keras menyentuh kulit pipi. Bahu saya disinggungdengan kuat hingga saya terdorong ke kanan, berlaga dengan badan datuk.

“Kau mengantuk, Tamar?”

Saya segera gelengkan kepala sambil tumpukan seluruh perhatian ke arahpembacaan doa yang dilakukan oleh Haji Taslim Singasari. Sesekali saya lihat datukberada dalam keadaan yang resah. Dia mengisut ke arah saya seperti ada orangyang menghimpitnya. Pembacaan doa pun berakhir. Saya terus bersalam denganHaji Taslim Singasari.

“Kamu kurang senang kerana diganggu,” Haji Taslim Singasari tenung muka saya.Belum pun sempat saya menjawab, dia ubah pandangan pada datuk. Merekabersalaman.

“Assalamualaikum.”

Biji mata kami tertumpu ke arah pintu yang tertutup rapat. Lama kami menunggupintu yang tidak berkunci itu ditolak orang dari luar. Apa yang kami harap tidak juga

terjadi.

“Pedulikan.” Kata Haji Taslim Singasari dengan tenang. “Mari kita baca surah Al-Kahfi,” sambungnya lagi.

Saya dan datuk anggukkan kepala. Haji Taslim Singasari terus bangun, ambil Quranatas rak lalu diserahkan pada saya dan datuk.

“Assalamualaikum,”

Kami bertiga terhenti untuk memulakan pembacaan. Semua biji mata tertumpu ke

arah pintu. Seorang budak lelaki dalam usia lapan tahun, tanpa pakaian kecuali kaincawat yang menutupi kemaluannya. Rambutnya dicukur bersih, bahagian belakang

Page 165: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 165/294

165

kepalanya terdapat setompok rambut dalam bentuk jambul. Panjang rambut tersebuthingga bertemu dengan bahagian punggungnya.

Sekilas pandang memang wajahnya menyerupai kanak-kanak. Bila ditenung lama-lama ternyata wajah itu cukup dewasa dalam usia empat puluhan. Urat-urat di dahi

dan di pipi kelihatan menonjol bagaikan akar rotan di permukaan bumi. Bentuktelinganya macam telinga arnab dan mengeluarkan asap nipis.

Saya gerun melihat bentuk matanya yang dalam, tidak ada kelopak, tidak ada bulumata dan kening. Ada cahaya memancar lembut macam mata kucing waktu malambila terkena sinaran lampu picit. Apa yang pelik dan menakjubkan dari mana diadatang? Mustahil dia masuk ikut pintu, kerana daun pintu tidak bergerak, masihtertutup rapat.

“Pedulikan,” Suara Haji Taslim Singasari meninggi.

Budak kecil di depan pintu terus ketawa dan mengilai panjang. Cukup seram danmenakutkan, bulu roma saya tegak berdiri. Dia jelirkan lidahnya yang panjang lalumenjilat-jilat tubuhnya macam kucing menjilat bulunya.

“Mari kita baca,” sambung Haji Tasim Singasari.

Kami terus mematuhi cakapnya. Dalam beberapa saat rumah di pinggir kampung ituterus bergema dengan pembacaan dari surah Al-Kahfi. Makin lantang suara kamimembaca, makin kuat hilai ketawa sungguh ganjil. Dia menari-nari dan melompat didepan kami. Sesekali dia menukarkan taktik dari ketawa kepada menjerit dan akhir menangis tersedu-sedu macam budak kecil lapar susu.

117. Ilmu Telapak Pasir Merah 

Saya kira setelah selesai membaca surah Al-Kahfi, tetamu ganjil yang tidakdiundang itu akan pergi. Ternyata perkiraan saya tidak tepat. Tetamu ganjil masihberada di depan pintu, cuma dia tidak ketawa mengilai atau menangis.

Kali ini dia duduk dengan membongkokkan badannya. Menyembunyikan wajahnyadi celah kangkang agar tidak dapat kami lihat. Bunyi nafasnya cukup kuat.

"Biarkan dia di situ," bisik Haji Taslim Singasari pada saya dan datuk, "Masa arwahhidup, dia selalu datang tidak tentu masa," penjelasan Haji Taslim Singasari yangmembuat saya dan datuk terkejut besar.

"Begitu," kata datuk.

"Biar saya uruskan semuanya," itu jaminan Haji Taslim Singasari.

Saya makin lemas dengan keadaan yang saya hadapi. Menyesal rasanya, saya ikutdatuk. Kalau saya tahu begini jadinya, lebih baik saya tidur di rumah Mat Prai.

Page 166: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 166/294

166

"Kita makan," Haji Taslim Singasari letakkan hidangan malam di depan saya dandatuk. Hebat juga masakkannya, ikan keli masak rempah, ada ikan gelama keringyang digoreng bersama cabai kering dan bawang besar. Ada sambal kelapa denganulam pegaga.

Melihat hidangan itu, saya jadi kagum. Masa bila Haji Taslim Singasari menyediakansemuanya ini? Sungguh cekap dia bekerja. Fikir saya dalam hati.

"Ya," angguk Haji Taslim Singasari sambil menaruh nasi ke dalam pinggan saya dandatuk, "Masa menanti awak datang, saya siapkan semuanya ini. Masak sendiri dah jadi perkara biasa bagi saya," Haji Taslim Singasari menyelesaikan persoalan yangberlegar-legar dalam tempurung kepala saya.

Ketika kami menjamu selera, tetamu ganjil tidak mengganggu. Tidak bergerak daritempat duduknya. Bunyi hembusan nafasnya beransur lemah. Meskipun dia tidak

mengacau tetapi, rasa cemas tetap berada di hati saya.

"Sin..."

Secepat kilat saya menoleh ke arah tetamu ganjil. Saya yakin, suara yangmenyeramkan itu datangnya dari tetamu ganjil. Bunyinya macam bunyi belalangpelesit. Kerana datuk dan Haji Taslim Singasari ada disisi saya, rasa takut terushilang.

Selesai makan, kami terus berehat di ruang tengah rumah. Saya sandarkan badanke dinding. Ternyata datuk tidak senang, kalau masa yang terluang dibiarkan berlalubegitu saja. Setiap saat yang hadir harus diisi dengan mengingati Allah.

"Macam mana kalau kita membaca Quran, datuk meluahkan usul. Rupanya, usul itudisambut oleh Haji Taslim Singasari dengan aman.

"Memang elok tu, saya juga berfikir macam tu. Tapi, mesti sekejap lagi kita mulakan,biar nasi dalam perut hancur," Haji Taslim Singasari renung ke arah jam tua yangtersangkut di dinding.

"Baru pukul sebelas," tambah Haji Taslim Singasari sambil melunjurkan sepasang

kakinya. Senyum datuk berlari di kelopak bibir.

Suasana jam sebelas malam di pinggir kampung memang terasa amat sepi. Desiranangin yang menolak cucor atap rumah jelas kedengaran. Suara pungguk merayubulan terus mendayu-dayu begitu juga dengan bunyi cengkerik dan katak.

Mungkin kerana saya makan terlalu kenyang menyebabkan saya terasa amatmengantuk sekali. Dua tiga kali saya tersengguk-sengguk. Pada saat itu, sayasudah terlupa dengan makhluk ganjil.

"Makan tak jemput orang pun."

Saya segera jegilkan mata. Saya pasti, itu suara dari tetamu ganjil. Saya segera

Page 167: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 167/294

167

merenung ke wajah datuk. Dari kedutan keningnya, saya dapat membayangkanyang datuk berada dalam keresahan.

"Usah bimbang," Haji Taslim Singasari bersuara. Matanya tertampar ke wajah sayadan datuk.

"Dia tu kembar si mati, inilah kali kedua dia datang. Kali pertama waktu arwah sakit.Dia datang merawatnya. Ini semuanya iblis," sambung Haji Taslim Singasari sambilmelunjurkan sepasang kakinya.

"Hal begini, tak boleh dibiarkan," cetus datuk seraya menjeling tajam ke arah tetamuganjil. Gegendang telinga saya terdengar bunyi suara orang mengeluh dengan sayusekali.

"Sahabat apa namanya, kalau tak boleh menolong sahabat sendiri," datang lagikata-kata dari tetamu ganjil. Saya jadi resah tidak menentu.

Tiba-tiba pelita yang menyala terpadam seperti dihembus sesuatu. Bagaikan kilatsaya terus meluru ke arah datuk. Terus duduk di hujung lututnya. Haji TaslimSingasari terus meraba-raba mencari mancis api.

"Rumah ni bergegar, macam di goncang orang," kata datuk sambil memegangpergelangan tangan kanan saya erat-erat. Dia berbuat demikian agar saya tidakterpisah dengannya. Apa yang datuk kata memang benar. Saya sendirimengalaminya, terasa punggung saya seperti bergerak sendiri atas papan lantai.

"Jangan disentuh barang yang jatuh, walaupun ada di hujung tangan kamu," HajiTaslim Singasari mengingatkan. Dia menyalakan mancis lalu membakar sumbupelita.

"Alhamdulillah," datuk bersuara setelah cahaya pelita menerangi ruang. Haji TaslimSingasari membuka baju Melayu potongan teluk belanga lalu disangkut ke dinding.

Baju singlet yang masih lekat di tubuhnya kelihatan berwarna agak kekuningan.Beberapa bahagian ada yang koyak sebesar telapak tangan orang dewasa. Tanpaberkata apa-apa Haji Taslim Singasari terus menuju ke dapur.

KEMBALI

Dia kembali mendekati saya dan datuk, muka dan kedua belah tangannya terdapatkesan air. Dia membiarkan air di hujung jarinya menitik atas lantai.

"Ambil air sembahyang?" datuk bertanya.

Haji Taslim Singasari anggukkan kepala. Dengan hati-hati dia mengangkat barang-barang yang berserakkan di lantai lalu diletakkan ke tempatnya.

"Jangan, biar saya uruskan sendiri," tegah Haji Taslim Singasari. Saya tidak jadi

Page 168: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 168/294

168

membantunya mengangkat kitab tua bertulis jawi ke atas rak.

Datuk masih lagi bersandar di dinding. Matanya merenung sayu ke arah Haji TaslimSingasari. Semua gerak-geri Haji Taslim Singasari ada dalam bola mata datuk.Datuk bagaikan mentafsir segala gerak langkah Haji Taslim Singasari yang

mempunyai makna dan maksud tertentu. Semua barang-barang yang bertaburandikembalikan ke tempat asalnya. Haji Taslim Singasari kembali duduk disisi datuk.

Tiba-tiba daun tingkap yang dikunci terbuka dengan sendiri. Angin malam menerbusmasuk, mengusap wajah dan tubuh kami bertiga. Saya melihat ke arah tingkap yangterdedah. Cuaca di luar amat gelap.

"Kamu pergi rapatkan tingkap."

Perintah datuk segera saya patuhi dengan rasa hati yang amat berat sekali.Ketakutan menguasai diri saya.

Bila saya hadapkan muka keluar, apa yang dilihat ialah kegelapan malam yangmemanjang. Saya terasa seram dan bulu roma saya terus berdiri.

Bila daun tingkap saya tarik untuk rapatkan, secara tidak sengaja mata sayaterpandang kain putih melayang-layang di udara diterbangkan oleh angin ke atas kebawah. Saya tidak dapat berkata apa-apa. Saya terus terpaku di situ.

Kain putih yang dimainkan angin bergerak ke arah saya. Hati kecil berdetikmengatakan kain putih yang saya nampak itu adalah kain kafan Suhaimi Keraba,saya tercium bau kapur barus, sintuk dan bau-bauan lain yang sering digunakanuntuk memandikan mayat.

"Tamar, kenapa lama sangat kamu di situ?"

Suara Haji Taslim Singasari cukup lantang. Saya mempersetankan teguran itu. HajiTaslim Singasari berbuat demikian kerana melihat saya berdiri di situ agak lama.Daun tingkap tidak juga dirapatkan, masih terdedah.

"Tamar, apa yang kamu tengok dalam gelap tu?" suara datuk menyusul. Saya terusmembisu dengan sepasang mata tertumpu ke arah kain putih yang melayang-layang

di udara.

Angin kian bertiup, dedahan yang berlaga sama sendiri mengeluarkan bunyi yangberbagai-bagai. Sesekali terdengar macam bunyi orang mengeluh, orang menangisdan bernyanyi yang tidak berapa jelas senikatanya.

Gegendang telinga terus disumbat dengan suara lolongan anjing yang sayup-sayupdari arah kaki bukit. Suara burung hantu terus tingkah meningkah dengan suaraburung jampuk.

Makin gamat suara lolongan anjing dan suara burung hantu, kian rancak kain putih

melayang-layang di udara macam orang menari. Kalau pada awalnya saya dapatmengagak panjang kain putih itu kira-kira enam kaki tapi kali ini panjangnya kian

Page 169: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 169/294

169

bertambah hampir mencecah awan.

"Tamar."

Bahu kanan saya di tepuk dengan kuat. Saya menoleh ke kiri. Saya lihat datuk

berdiri di sisi saya dengan wajah yang cemas. Saya toleh ke kanan, saya lihat HajiTaslim Singasari berdiri si situ. Saya cuba mahu menutur sesuatu tetapi, suara sayatidak keluar.

"Budak ni kena pukau iblis," tutur Haji Taslim Singasari.

Dia menentang wajah saya sambil mulutnya berkumat-kumit. Saya tidak tahu apayang dibacanya. Seluruh kulit muka saya terasa panas seperti terkena api.

Haji Taslim Singasari meletakkan telapak tangan kanannya atas dahi saya. Daridahi, telapak tangan itu bergerak perlahan-lahan menyapu wajah saya hingga ke

hujung dagu. Haji Taslim Singasari mengulangi perbuatan itu sebanyak tiga kaliberturut-turut.

"Aiicccuuuummmmmmmmmmmmmmmmmmmm..."

Saya bersin hingga terasa hingus keluar dari hidung. Seluruh badan terasa seramsejuk. Saya rebah di lantai.

Ketika itulah saya terpandangkan tetamu ganjil seolah-olah berdiri di depan saya.Kali ini wajahnya amat menakutkan. Dia menjelirkan lidah hingga ke perut.Telinganya yang sebesar telinga gajah jatuh atas bahunya. Kelopak matanya merahseperti bara dan dari lubang telinganya keluar asap yang nipis. Dia bagaikan ketawamelihat saya terkapar di lantai. Haji Taslim Singasari terus merawat saya.

Bila Haji Taslim Singasari berada di bahagian kepala saya, tetamu ganjil itu segeraberubah ke hujung kaki. Kehadiran tetamu ganjil itu memang tidak dapat dilihat olehHaji Taslim Singasari. Dia bergerak bagaikan bayang-bayang. Saya menelan air liur dan cuba menuturkan beberapa patah perkataan. Ternyata saya sudah bolehbersuara.

"Di hujung kaki saya," tutur saya meninggi.

"Apa dia Tamar?" soal Haji Taslim Singasari kehairanan. Dia renung ke kiri dan kekanan. Dia gelengkan kepala sambil berkata: "Tak ada apa-apa pun yang akunampak."

Mendengar ungkapan dari Haji Taslim Singasari itu, tetamu ganjil menyeringaikangiginya tanda suka.

"Saya nampak apa yang cucu saya katakan," datuk bersuara dengan sepasangmatanya tertumpu ke arah hujung kaki saya. Gerak-geri si tetamu ganjil dalam bijimata datuk.

"Saya," sahut tetamu ganjil lalu mempamerkan tubuhnya ke alam nyata. Datuk dan

Page 170: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 170/294

170

Haji Taslim Singasari berpandangan.

"Kita mesti bertindak," kata datuk.

"Caranya?" soal Haji Taslim Singasari.

"Begini, kau ambil surah Yasin dan baca di situ," datuk segera menuding jaritelunjuknya ke arah sudut ruang.

"Kalau itu, memang ada rancangan dalam kepala saya," sahut Haji Taslim Singasarimematuhi cakap datuk.

Datuk terus berdepan dengan tetamu ganjil itu. Kedua-dua kelopak bibir datukbergerak. Pasti datuk membaca ayat-ayat suci penghalau iblis. Datuk sepertimenghadapi kesulitan kerana bibir tetamu ganjil itu ikut bergerak mengikut gerakanbibir datuk, dia dapat menyebutnya dengan fasih, malah membetulkan pembacaan

datuk yang tersilap.

SUARA

Datuk buat tidak kisah dengan telatah tetamu ganjil itu. Dia teru membaca ayat-ayatsuci penghalau iblis dengan tenang. Haji Taslim Singasari yang mendengar suaratetamu ganjil mengajuk cakap datuk, terus membaca surah Yasin dengan lantang.

"Sampai di sini saja kita berkawan Haji, kamu memang selama-lamanya bermusuhdengan sahabat kami," tiba-tiba saja tetamu ganjil meloncat ke arah Haji TaslimSingasari. Dia jadi marah kerana Haji Taslim Singasari tidak menjawab kata-katanya. Dia menjerit dengan sekuatnya.

Dan bersama gema jeritan yang memekakkan anak telinga itu, seluruh tubuh tetamuganjil bercahaya macam manik-manik kaca disinari matahari. Pada mulanyamembesar, kemudian mengecil dan hilang macam debu-debu dibawa angin. Tidakada apa yang dapat kami lihat.

Suasana terasa amat sepi tetapi, bau kemenyan dan kapur barus bagaikan

memenuhi ruang rumah. Saya rasa seluruh badan berpeluh dan bertenaga. Sayasegera bangun duduk.

"Saya fikir semuanya dah selesai," kata datuk.

"Saya harap pun begitulah, tapi iblis ni pandai menipu kita," sahut Haji TaslimSingasari agak ragu-ragu. Dia renung kiri kanan. Dia bangun dan dan memeriksaseluruh ruang. Akhirnya daun tingkap yang terdedah dirapatkannya. Lolongan anjingmasih sayup-sayup terdengar. Haji Taslimi Singasari dan datuk tidak memberisebarang komen tentang lolongan anjing itu.

"Bagaimana? awak yakin dia tak dapat datang lagi?" tanya datuk sambil menatapwajah Haji Taslim Singasari. Saya lihat Haji Taslim Singasari seperti tergamam. Dia

Page 171: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 171/294

171

segera mengedutkan dahi dan keningnya.

"Saya rasa semuanya dah selesai."

"Awak yakin, dia tak datang lagi?" datuk minta kepastian.

Haji Taslim Singasari anggukkan kepala.

"Jadi sekarang, apa yang patut kita buat, Haji."

Pertanyaan datuk tidak mendapat jawapan. Haji Taslim Singasari menelan air liur.

"Apa yang patut kita buat, Haji?" ulang datuk lagi. Haji Taslim Singasari senyumsinis. Dia terus meluru ke ruang dapur.

Buat beberapa saat, saya dan datuk saling berpandangan. Malam yang kian tua

membuat suasana terasa hening. Kedinginan terasa menggigit seluruh tubuh.Sesekali terdengar kokok ayam dari hujung kampung. Datuk ambil senaskah Qurandari atas rak. Badannya disandarkan ke dinding. Dengan wajah yang tenang, datukmembuka Quran dan bersedia untuk memulakan pembacaan.

"Nanti dulu, ini yang patut kita buat," biji mata saya dan datuk tertumbuk ke arah HajiTaslim Singasari yang berdiri di ambang pintu. Dia menatang talam bulat yangberisikan teko dan cawan kosong, "Tadi awak tanya saya apa yang patut kita buat.Jawapannya inilah dia," sambung Haji Taslim Singasari lalu duduk. Talam yangberisikan teko dan cawan diletakkannya atas lantai.

"Apa benda ni," tanya datuk sambil menutup Quran. Datuk bangun dan terusmeletakkan Quran atas rak.

"Kita minum dulu, lepas tu baru kita buat yang lain," Haji Taslim Singasari punmenuangkan air kopi ke dalam cawan.

Saya terus memerhatikan asap nipis yang bangkit di permukaan cawan. Haji TaslimSinagsari menjeling ke arah saya tetapi, tangannya terus meletakkan cawan yangberisi kopi di depan saya dan datuk.

"Minum, biar panas badan, bila kena kopi O keras macam ni, barulah seronok.Sampai ke siang kita boleh berjaga," tutur Haji Taslim Singasari. Dia ketawa kecil,mempamerkan giginya yang kelihatan putih dan tersusun rapi. Tidak ada satupungiginya yang patah atau rosak.

Nanti, bila ada masa lapang, saya nak himpit orang tua ni. Saya nak minta petuadan amalan yang dipakainya untuk gigi tahan lama, bisik batin saya.

Wajahnya saya tatap dan Haji Taslim Singasari bagaikan tahu apa yang tersiratdalam dada saya. Dia senyum sambil anggukkan kepala lalu meneguk air kopi Opanas. Dia bangun dan terus menuju ke ruang dapur untuk kali kedua.

Saya dan datuk merasa agak ganjil dengan sikap yang ditunjukkan oleh Haji Taslim

Page 172: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 172/294

172

Singasari. Jangan-jangan dia lebih hebat dari Suhaimi Keraba dalam bersubahatdengan iblis, timbul semacam perasaan dalam diri saya.

Datuk terus memeluk tubuh erat-erat. Kamudian dia meluruskan tangan dan jari- jemarinya. Kedua belah cuping telinganya diraba tiga kali berturut-turut. Datuk

bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Datuk tarik nafas dalam-dalam.Dilepaskannya perlahan-lahan. Tangan yang diluruskan segera dijatuhkannya. Jari- jemarinya digenggam kemas-kemas. Wajah datuk nampak aman sekali.

"Tak ada apa-apa Tamar, dia jujur," tutur datuk.

"Saya tahu, tetamu saya ni meragui kejujuran saya," kata Haji Taslim Singasari,kami segera menoleh ke kanan. Memang saya dan datuk tidak sedar bila HajiTaslim Sinigasari berada di situ. Datuk merasa malu kerana rahsianya dapat dikesanoleh orang lain. Haji Taslim Singasari terus duduk di sisi saya.

"Bukankah beringat-ingat dan berhati-hati tu, memang disuruh oleh agama kita," itudalih datuk.

"Ya, perkara semacam tu memang harus ada pada setiap manusia, kita tidakdisuruh menyerah pada takdir. Bukankah agama kita mengajar kita supaya berfikir,"begitu bersahaja Haji Taslim Singasari bersuara. Dia terus meneguk air kopi Opanas.

"Kalau kita ikhlas dan jujur sesama manusia, apa yang menjadi kesangsian padaorang lain mudah dikesan, buktinya, awak dapat mengesan kejujuran saya. Antarakita berdua saling ingat mengingati," datuk melanjutkan kata-kata.

MELAWAN

Haji Taslim Singasari bangun lagi terus menuju ke ruang dapur untuk kali ketiga.Beberapa detik berikutnya, Haji Taslim Singasari datang kembali menatang pinggan.Dia duduk meletakkan pinggan atas lantai.

"Saya ke dapur tadi memasakkan ini," jelasnya.

"Kalau tak silap saya, ini pulut kuning," mata datuk merenung ke arah pulut kuningyang ada dalam pinggan.

"Ya, memang betul cakap awak tu."

"Bila Haji memasaknya?"

"Tadi, biasanya bila saya berjaya melawan hantu syaitan, saya mesti makan pulutkuning. Memang sejak kematian sahabat saya, saya yakin kembarnya mesti datang, jadi saya bersedia terlebih dahulu.

"Ini ajaran guru awakkah Haji?" datuk menyoal lagi. Haji Taslim Singasari tidak

Page 173: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 173/294

173

menjawab. Dia terus mengepalkan pulut kuning dan diberikan kepada kami.

"Ini bukan ajaran atau amalan, ini petua guru saya. Tidak ada kena mengenadengan agama, sudah penat berlawan kita mesti berehat dan makan barang yangboleh beri kita tenaga, itu saja maksudnya," dengan wajah yang tenang Haji Taslim

Singasari menjelaskan. Dia menghirup kopi O panas dan mengunyah pulut kuning.

"Makan, lepas ni kita membaca Quran atau melakukan sembahyang tahjud, kalaukamu tidak mahu kamu boleh tidur," Haji Taslim Singasari renung wajah saya. Datukketawa.

"Budak ni, kalau disuruh tidur memang jadi, dia ni kaki tidur," kata datuk. Hati saya jadi panas dengan usikkan datuk itu. Kalaulah datuk itu kawan sepermainan, sudahtentu saya maki. Menjatuhkan nama baik saya di depan orang.

"Tak apa, kalau kamu nak tidur, tidurlah, tapi orang yang pandai selalu memilih

berjaga dari tidur. Berjaga banyak mendatangkan manfaat, kalau digunakan untukmenambah ilmu," Haji Taslim Singasari terus menepuk belakang saya denganmesra sekali.

"Kalau waktu berjaga digunakan berborak kosong, membaca buku yang tidakberfaedah, berangan-angan, tentulah merugikan diri sendiri," sambung Haji TaslimSingasari, bagaikan berfalsafah di depan saya.

"Cakap awak tu, Haji memang betul," sampuk datuk dengan senyum yangmemanjang.

Entah macam mana di malam yang dingin itu, datuk berjaya memujuk Haji TaslimSingasari supaya menceritakan pengalaman petualangnya di Tanah jawa mengisiilmu akhirat dan dunia di dalam dadanya.

"Saya tak banyak mengambil ilmu dunia. Awak tahu, ilmu dunia kadang-kadangbercanggah dengan agama Islam. Tetapi..." Haji Taslim Singasari tidak meneruskankata-katanya. Dia renung kiri, renung kanan. Macam ada sesuatu yangdibimbangkannya.

"Tetapi saya ada juga belajar untuk tahu saja," sambung Haji Taslim Singasari yang

secara tidak langsung membuka rahsia ddirinya.

"Saya pernah ikut arwah ke tempat perguruan di hutan. Saya melihat arwah sahabatsaya bersemadi di bawah batu besar. Makan sebiji beras sehari dan minum dua harisekali. Air minuman dari embun di hujung daun," Haji Taslim Singasarimemperkemaskan silanya.

"Itu untuk ilmu apa, Haji?" soal datuk.

"Untuk melihat muka orang halus, bertutur dan berkampung sama-sama mereka," jelas Haji Taslim Singasari. Haji Taslim Singasari juga menyatakan arwah (Suhaimi

Keraba) diiktiraf murid yang terbaik oleh gurunya. Arwah dikurniakan kain ikat kepalawarna merah.

Page 174: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 174/294

174

Arwah Suhaimi Keraba (ASK) juga menuntut ilmu 'Telapak Pasir Merah'. Khasiatdari ilmu ini, bila ASK menghentam atau menumbuk seseorang pasti orang yangkena hentam itu akan muntah darah segar.

Ketika mangsanya mengeletek kesakitan ASK menghilangkan diri dan berada ditempat lain. ASK juga menuntut ilmu 'Cakra Dewa', khasiatnya boleh membunuhorang dari jauh, juga boleh digunakan sebagai ilmu guna-guna.

Selain dari ilmu-ilmu yang disebutkan itu, ASK juga menuntut ilmu 'Cakar Dewa'.Orang yang mengamalkan ilmu ini, bila dia mengerakkan jemarinya ke wajahseseorang, maka rosaklah wajah orang yang tersebut ketika itu juga.

"Ini ilmu dunia yang tidak pernah saya amalkan. Tetapi saya tahu kehebatannya.Saya juga merasa pelik macam mana arwah boleh kalah dengan awak?" sepasangbiji mata Haji Taslim Singasari meraut wajah datuk yang sudah mula berkedut itu.

"Entahlah, setiap kali saya berdepan dengannya, saya mohon pada Allah supayausaha-usaha saya diberkati. Tujuan saya ialah mahu mengajak sahabat awak ke jalan yang benar." Datuk memberikan pengakuan.

JAKARTA

Dalam bulan Februari 1980, saya berkunjung ke Jakarta kerana urusan peribadi.Sebaik saja sampai di sana, semua akhbar dan majalah memuatkan berita tentangseorang penjenayah yang handal bernama Kunsi Kandut. Kunsi Kandut dihukummati kerana kesalahan merompak, membunuh dan sebagainya.

Kunsi Kandut terkenal sakti dan berilmu, sehingga ramai yang mengatakantubuhnya tidak boleh ditembusi peluru. Kematiannya disangsikan. Maka dalampenjara dia diberikan beberapa keistimewaan, disediakan peti tv dan sebagainya.Tetapi Kunsi Kandut berjaya menghilangkan diri dari tembok batu. Setiap kali diabolos, pihak berkuasa berjaya memberkasnya.

Hasil dari penyelidikan sendiri, ternyata ilmu yang dimanfaatkan oleh Kunsi Kandut,

sama dengan ilmu yang diamalkan oleh ASK. Saya terfikir, mungkinkah dua insan iniseperguruan, sayangnya mereka sudah tiada lagi. Kalau salah seorang daripadamereka masih ada mungkin saya boleh bertanya.

"Saya tahu, arwah pernah menyatakan pada saya yang dia mahu mengajar ilmunyapada orang-orang yang berminat, caranya dia mahu mendirikan gelanggang silatdulu," Haji Taslim Singasari terus bangun. Berjalan dari sudut ke sudut di ruangtengah.

"Ada anak muridnya?" tanya datuk.

Haji Taslim Singasari telan air liur. Dia tidak dapat memberikan jawapan dengansegera. Haji Taslim Singasari duduk kembali.

Page 175: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 175/294

175

"Ada." Jawab Haji Taslim Singasari selamba.

"Dimana, Haji?"

"Saya tidak tahu dengan tepat, boleh jadi ada di Perak, Kedah, Selangor. Maklumlahdia tu boleh pergi ke mana-mana dengan sekelip mata.

"Hum..." datuk mengeluh kehampaan.

Buat beberapa saat, suasana dalam rumah dicengkam kesepian. Tiga kepala cubaberusaha memecahkan persoalan yang ditinggalkan oleh Suhaimi Keraba.

Saya segera terfikir, banyak kejadian ganjil di dunia yang dapat diterima oleh akal.Ada pula yang tidak logik! Ah semuanya ini menjadi misteri yang membingungkanorang. Apa yang jelas kematian Suhaimi Keraba mendatangkan masalah pada datuk

dan Haji Taslim Singasari.

"Kalaulah benar, dia ada anak muridnya, kita harus berusaha mencegahnya supayaajaran ini tidak merebak ke mana-mana," datuk memberikan cadangan.

"Ya, kita mesti menyedarkan mereka yang perbuatan itu memang bertentangandengan agama," sahut Haji Taslim Singasari.

"Kita berjanji," kata datuk.

"Ya, saya berjanji," sahut Haji Taslim Singasari ambil berjabat tangan dengan datuk.Mereka bergoncang tangan, memperkuatkan tekad.

"Awak mesti ikut saya ke kampung laman saya minggu depan, saya memerlukanbantuan awak, sebelum ke tempat saya kita ke tempat lain dulu," tiba-tiba HajiTaslim Singasari bersuara sambil menarik telapak tangannya yang bercantumdengan telapak tangan datuk.

118. Kena Serbuk Tulang 

Saya tergamam, bila melihat datuk agak terkejut. Datuk terus mengerutkan dahinya,saya kira datuk seperti keberatan untuk memenuhi permintaan Haji TaslimnSingsari.“Bila haji nak pergi?”“Tiga empat hari lagi.”Datuk menyentuh uujung kening kirinya dengan jari telunkuk kanan. Haji TaslimSingasari menggaru-garu pangkal telinganya yang tidak gatal. Ekor matanya masihtertumpu kea rah saya.

“Begini haji.”

Haji Taslim SIngasari segera memalingkan wajahnya ke arah datuk. Merekabertukar senyuman untuk seketika.

Page 176: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 176/294

176

“Apa dia?” Soal Haji Taslim Singasari .“Kalau begitu, biar saya balik ke kampung dulu. Dah lama sangat saya tinggalkanorang rumah”“Dah tua-tua begini rindu lagi ke?” Usik Haji Taslim SIngasari seiring dengan ketawasinis.

“Bukan apa-apa, adat bersuami bertanggungjawab pada makan minum isteri,kesihatannya juga perlu diperhatikan. Hidup jangan mementingkan diri sendiri, takmahu memikirkan kebajikan isteri, itu bukan suamai yang baik,” tutur datuk. Sayalihat Haji Tasli Singasari menganggukkan kepala.“Cakap awak tu betul, kita harus menjadi suami yang baik mengikut hukum hakamIslam,” Haji Taslim SIngasari memberikan semangat.“Hajat tu memang begitu” celah datuk.“saya tak menghalang, terpulanglah kepada awak. Saya sedia menanti awak” itulahkata-kata yang datuk nantikan dari Haji Taslim SIngasari.“Awak ikhlas ke Haji?”“Saya ikhlas”

“Ke mana kita nak pergi sebenarnya Haji, boleh tak awak beritahu tujuansebenarnya Haji nak mengajak saya ke situ, bila orang kampung bertanya, senangsaya nak menjawabnya,” tutur datuk dengan tenang.Lagi sekali saya lihat Haji Taslim Singasari tersenyum sinis.“Awak ni selalu menggunakan nama orang rumah, katakan saja awak yang naktahu,” dalam senyum Haji Taslim Singasari menyindir datuk.“Dua-dua boleh pakai” sahut datuk.“Begini,” Haji Taslim mengemaskan silanya, “ saya ajak ke kampung saya supayaawak boleh berkenalan dengan orang tempat saya”“Itu saja,” wajah datuk Nampak kesal. Haji Taslim dapat membaca apa yang tersiratdalam hati datuk dan dia terus bersuara lagi.“Kita pergi sebuah kampung yang aneh, saya nak ajak awak tangkap hantu hidup-hidup”“Awak ni cakap betul atau nak bergurau dengan saya” datuk minta kepastian. Saya juga terkejut mendengar cakap Haji Taslim itu.“Saya tak bergurau, saya tak berbohong,” Haji Taslim memperlihatkankesungguhannya. Saya dan datuk saling berpandangan.“Hantu apa yang nak ditangkap?” datuk tatap wajah Haji Taslim. Begitu juga dengansaya.“Nak tangkap hantu susu”Saya jegilkan mata bila mendengar Haji Taslim. Entah mengapa secara mendadak

saja bulu roma saya terus berdiri.“Hei, macam cerita budak-budak je” kali ini giliran datuk tersenyum sinis kearah HajiTaslim. Ternyata Haji Taslim kurang senang dengan kata-kata yang diluahkan datuk.“Benar kawan, sudah dua tiga orang dah menyampaikan cerita tu pada saya.Khabarnya cerita tu dah tersebar luas seluruh pulau ini. Saya sendiri belum dapatmenentukansejauh mana benarnya cerita tersebut,” Haji Taslim merenung mukadatuk. Say lihat datuk masih lagi tersenyum sinis, mungkin datuk berfikir, mana adahantu susu dalam dunia yang serba moden ini.Beberapa saat yang panjang, tiada ungkapan kata yang lahir dari kelopak bibir kami.Suasana terasa amat sepi sekali. Bunyi deru angn di luar tidak seganas tadi.Suara lolongan anjing kadang-kadang tenggelam. Begitu juga dengan suara burung

hantu. Tubuh, saya peluk erat-erat dan dagu saya menggeletar menahan kedinginanmalam yang kian tua.

Page 177: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 177/294

177

“agaknya perkara yang sebutkan ini ada kaitan dengan sahabat awak yang mati tu?”datuk ajukan pertanyaan kepada Haji Taslim.Saya lihat Haji Taslim menegakkan badannya. Dia terus menggelengkan kepala.Tidak mahu menjawab pertanyaan datuk.“Kalua bukan dirinya, boleh jadi anak muridnya” datuk terus memancing jawapan

dari Haji Taslim. Dia menarik nafas dalam-dalam. Melihat dari gerak geri air mukanya, Haji Taslim seperti bersetuju dengan apa yang datuk tuturkan. Jerat datukmengena, fikir saya dalam hati.“Setahu saya, semasa dia menuntut dulu, tak pernah dia bercerita yang diamenuntut ilmu yang semacam itu.” Tanpa saya duga Haji Taslim mahu membukamulut. Dia bangun lalu melangkah ke jendela. Daun jendela dibukanya luas-luas.Saya menjadi cemas, takut perkara buruk berulang lagi. Haji Taslim menatapkegelapan malam seketika.Daun jendela dirapatkan kembali. Dengan tenang Haji Taslim melangkah kearahsaya dan duduk bersila di atas lantai.“Agaknya dia memang menuntut, tapi tak beritahu awak. Kalau diberitahu awak,

nanti awak melarang dia,” kata datuk.“Boleh jadi cakap awak betul.” Balas Haji Taslim dengan tenang, “Boleh jadi adaorang lain yang mengamalkan ilmu itu” tambahnya.Kata-kata yang diluahkan oleh Haji Taslimmmebuat keraguan bersarang dalam dadasaya. Dia masih melindungi dan mempertahankan arwah sahabatnya.Saya menelan air liur dan membuat rumusan yang Haji Taslim perlu diawasi dengancermat. Mana tahu, dalam diam-diam dia akan menjadi pemusnah pada diri sayadan datuk.“Orang yang sudah tiada, usah dikaitkan dengan kejahatan di kulit dunia,” tutur HajiTaslim lagi, memperkuatkan keraguan dalam hati saya.“Saya tidak berniat buruk terhadap arwah, saya cuma meluahkan pendapat danpandangan aje,” datuk bertindak membersihkan dirinya dengan span. Semoga tidakada tanggapan buruk haji Taslim terhadap dirinya.“say faham, awak bercakap sekadar ingat-mengingati,” Haji Taslim terus menepukbahu kanan datuk.“Cakap awak tu memang ada manfaatya. Kena fikir bersama, barangkali adakebenarannya.” Haji Taslim menggeliat dan akhirnya memicit ibu jari kaki kanannya.“Pada hemat saya, setiap perkara buruk mesti ditentang, terutaman yangmnyesatkan iman,” cetus datuk dengan cara mendadak saja.“Betul, memang betul,” Haji Taslim menjengilkan matanya ke ara h datuk.“Tapi kerja macam tu tak mudah, banyak cabaranya, Haji,” tingkah datuk sambil

meraba hujung dagunya. Say terdengar sesuatu di tingkap. Mata pun saya arahkanke situ.Tak ada apa-apa, Cuma angin saja, kamu cepat sangat takut”, Haji Taslimmenujukan kata-kata kepada saya, rupa-rupanya dia dapat membaca apa yangtersirat dalam dada saya.“Apa yang awak katakan tadi, cuba ulang sekali lagi,” Haji Taslim mengarahkan jaritelunjuknya ke arah datuk.“Banyak cabarannya, bukan kerja mudah”, ulang datuk lagi.“Ya, sebab itulah kita memrlukan kawan yang berilmu. Dua ilmu dari dua kawan, kitasatukan untuk menentang kejahatan, saya memang memerlukan awak dalam halni,” wajah Haji Taslim Nampak riang sekali.

“Saya tak sehebat mana, Haji. Kalau Allah mengizinkan, jadilah ia. Kalau tidak,hampa melayang,” datuk tetap macam selalu, suka merendah diri.

Page 178: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 178/294

178

“Sudah lah tu, hidup kalau terlalu merendah diri, ti dak juga baik. Sekarang saya dahterangkan tujuan sebenar. Senanglah awak bercakap dengan orang rumah.”“Nampaknya begitulah Haji,” sanggah datuk. Mereka berbalas ketawa, dan ketawamereka berhenti secara mengejut.Biji mata mereka tertumpu kea rah tingkap yang terbuka sendiri.

BESARAda lengan sebesar batang kelapa terjulur di tingkap. Jumlah jari cuma empatsahaja. Ibu jarinya bengkok macam ibu kunyit. Semua jejari itu berbulu dan dilekatitanah warna kekuningan.Di lengan itu penuh dengan bulu berwarna hitam, tidak ubah seperti lengan mawas(king kong), terdengar bunyi orang menarik dan melepaskan nafas dalam keadaanyang amat penat. Rumah yang kami duduki terasa bergegar. Seluruh tubuh sayamenggeletar.“Syaitan apa tu Haji?”“Sudah lama dia tak datang, kenapa malam ni dia datang” Haji Taslim seperti

merungut. Datuk merenung kea rah anak mata saya, dari renungannya, bagai adasesuatu yang mahu disampaikan kepada saya.“Makhluk peliharaan awak, Haji?”“Rasanya iman saya belum tergugat lagi.”“Jadi, dia datang ni untuk siapa?” tingkah datukHaji Taslim mempamerkan kemarahan di wajah. Hatinya kurang senang denganpertanyaan yang bertalu-talu.“Saya tak mahu menjawab pertanyaan awak, cari sendiri jawapannya” nada suaraHaji Taslim mula meninggi. Dia genggam penumbuk. Matanya tertumpu kea rahlengan yang sedang bergerak ke sana ke mari atas bendul tingkap. Jejarinyasekejpa terbuka sekejap tertutup.“Peliharaan arwah, Haji?”Haji Taslim mengangukkan kepala.“Masa arwah ada, kerap dia datang”Haji Taslim mengangukkan kepala.“Minta makanan,” soal datuk lagi.Tiada jawapan dari Haji Taslim kecuali anggukan kepala.Mungkin bosan dengan Haji Taslim yang main angguk-angguk kepala saja, datukterus berhenti bertanya. Matanya ditumpukan kepada lengan di bendul tingkap.Saya ikut apa yang datuk lakukan. Dari hujung jari jemari itu, darah keluar lalumenitik ke atas lantai.

Anehnya apabila saya merenung ke tempat darah itu menitik, tidak ada kesan darah.Entah ke mana darah itu menghilang. Mustahil meresap ke dalam papan lantai.Kelopak mata Haji taslim tidak berkelip merenung kea rah tangan berbulu yangbergerak bebas di atas bendul tingkap. Bunyi hembusan nafas bertambah kuat danhebat.Saya menjadi resah. Tetapi rasa takut agak berkurangan keranan datuk ada di sisisaya. Lolongan anjing yang tadi jarang kedengaran, kini sudah bertalu-talu, begitu juga dengan suara burung hantu yang bersorak, deruan angin mula kedengaran.“masa arwah hidup dulu, dia beri makan darah binatang?” soal datuk pada HajiTaslim. Jawapan yang diperolehi ialah anggukan.“Darah ayam”

Haji Taslim mengangguk.“Darah manusia,”

Page 179: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 179/294

179

Angguk juga yang diperolehi.“Pernah beri darahnya sendiri yang dikeluarkan dari salah satu urat di bawah ketiak,”sambung datuk. Macam tadi juga, tidak sepatah kata keluar dari mulut Haji Taslim.Dia terus main angguk kepala, macam belatuk patuk batang buruk.Rumah bergegar lagi seperti digoncang sesuatu. Suara orang ketawa dan mengilai

mulai kedengaran. Haji Taslim ubah tumpuan kearah datuk.“Ambilkan bilah buluh yang saya selitkan di dinding belakang awak,” itu arahan yangdikeluarkan pada datuk. Tanpa membuang masa datuk bangun dan mencabut salahsatu bilah buluh yang terselit di dinding. Datuk segera serahkan pada Haji Taslim.“Rasanya, waktu subuh dah dekat,” nada suara Haji Taslim kini bagai mengandungiharapan yang besar.“Saya rasa pun begitu, dah dekat benar waktunya,” balas datuk penuh keyakinan.Haji Taslim terus melurut bilah buluh kering dua tiga kali. Kedua bilah buluh itumemang sudah ditajamkan. Saya lihat Haji Taslim mengukur seluruh bilah dengankuku jari kirinya.“Nak buat apa?” mendadak datuk menyoal. Tiada jawapan dari Haji Taslim.

Sesekali, saya bagaikan terlihat kemunculan wajah yang mengerikan di tingkap.Wajah itu mengeluarkan cahaya kekuningan, kulitnya berkedut dengan rambutberwarna kemerah-merahan menutup wajahnya. Dari celah-celah rambut ituterdapat sepasang mata yang memancar cahaya hijau. Bulat sebesar telur burungpuyuh. Sorotan cahayanya cukup jauh, macam sorotan cahaya lampu picit.

BERSILAHaji Taslim kali ini mnegubah kedudukannya. Kali ini dia duduk bersila. Bilah buluhdiletakkan di antara kedua tempurung lututnya. Sepasang tangannya terus memeluktubuh. Kelopak bibirnya mula bergerak.“Kita mulakan sekarang,” perlahan-lahan Haji Taslim memusingkan lehernya kekanan, iaitu kearah datuk. Mata mereka bertembung.“Maksud Haji?”“Menghancurkan apa jua peninggalan arwah. Menjahanamkan semua sahabat-sahabatnya,” nada suara yang mengutuskan kemarahan dari dalam sanubari HajiTaslim.“Mahu bantuan dari saya, Haji,”“Niat memang begitu, tapi ikhlaskah awak menolong saya. Jangan disalahkan sayakalau ada hal-hal yang buruk datang kemudian.” Haji Taslim Taslim besuara tanpanmelihat wajah datuk. Matanya terus tertumpu pada lengan di atas bendulSaya mula terdengar bermacam-macam bunyi. Ada suara beruang, kucing dan

tempikan gajah. Dan saya yakin suara-suara aneh itu hanya datang kepada saya.Kalau Haji Taslim mendengarnya, pasti dia meberi komen. Begitu juga datuk.“Bersedia”Cukup lantang suara Haji Taslim. Pergerakkan tubuhnya sungguh pantas. Tahu-tahudia sudah berdiri dengan bilah buluh ditangan. Bersedia untuk melunturkan buluhyang tajam kerah lengan berbulu yang tersidai di atas bendul tingkap.“apa mesti saya buat, Haji?”“Melafazkan kalimah Allah Huakbar, bila bilah buluh itu melekat pada daging syaitanitu. Tetapi kalau terdengar suara azan Subuh masa buluh ini menikam lengan ganjiltu, tak payah ucap Allah Huakbar.”

“Baiklah, Haji”Haji Taslim menarik dan menahan nafas. Bila nafasnya dilepaskan bilah buluh pun

Page 180: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 180/294

180

dilunturkan kea rah lengan berbulu. Lunturan tepat pada sasarannya. Bilah buluhlekat di situ, jejari empat saya lihat relai dari tangan. Semua melayang dan melurukea rah Haji Taslim. Saya terdengar suara orang mengerang kesakitan yang amatsangat. Rumah kembali bergegar.Datuk saya lihat seperti orang kena pukau. Dia tidak dapat berkata sepatah pun.

Matanya, tidak bergeral melihat jari-jari bagaikan terbang menerkam Haji Taslimbersama cahaya kemilau macam cahaya kelip-kelip.Haji Taslim terpaksa menggerakkan bilah buluh ke kiri dan ke kanan. Hanya itusahaja yang dapat dilakukan mengelakkan diri dari diserang oleh jejari yang empat.Dalam suasana yang kacau bilau itu, terdengar suara azan berkumandang di udara.Rumah yang bergegar terus berhenti. Datuk yang terpukau terus tersedak. Suarabinatang yang memekakkan telinga saya terus hilang.Empat jejari yang mahu menujah muka Haji Taslim terus lesap entah ke mana.Keadaaan kembali normal.“Masih ada bahaya yang lebih besar lagi,” ucap Haji Taslim. Dia terus mendekati.Gema azan sudah pun berakhir. Haji Taslim menarik tangan datuk ke arah jendela.

“Tanah, darah dan kain putih,” kata saya denganr asa terkejut yang amat sangat bilamelihat kesan tanah kubur, darah dan kain putih yang terlekat pada bendul jendela.Saya merenung wajah Haji Taslim. Saya mohon penjelasan daripadanya.“Kain putih yang melekat pada bendul tu, kain kafan,” jelas Haji Taslim> darah sayatersirap“Tanah tu, agaknya tanah dari kubur,” celah datuk“Memang tanah kubur,” jawab Haji Taslim.“Darah tu, darah apa, Pak Haji,” tanya saya.“Itu saya tak tahu. Boleh jadi darah ayam atau darah binatang lain,” Haji Taslimtesus menggosok pangkal hidungnya beberapa kali.“Sudahlah, bila hari cerah, kita periksa,” tiba-tiba sahaja datuk memberikanpendapat, ternyata pendapatnya diterima oleh Haji Taslim. Kami segera ke perigidan mandi. Setelah itu kami menunaikan sembahyang Subuh dan imamnya ialahHaji Taslim. Selesai sembahyang Subuh, kami terus berwirid panjang hinggamatahari muncul di kaki langit.

SARAPAN

Dan pagi itu, setelah menemani datuk bermandi embun, saya terus pulang ke rumahHaji Taslim.“Datuk kamu kemana, Tamar?”

Itu yang Haji Taslim ajukan, bila melihat wajah saya terjenggul di pintu.“Di belakang,” jawab saya.“Sarapan dah siap,” sambung Haji Taslim lagi. Saya anggukkan kepala. Lalu keruang dapur mencuci tangan. Kemudian saya duduk bersila menghadapi hidanganpagi.Hati kecil saya mengkagumi kecekapan Haji Taslim. Walaupun sudah tua. Tetapimasih mampu menyediakan sarapan dengan segera.Dia buat air kopi panas, pisang goreng malah ada tiga pinggan nasi lemak.Semuanya dibuat sendiri tanpa bantuan saya dan datuk.“Berat sangat untuk makan pagi,” tegur datuk yang muncul secara mendadak. HajiTaslim tersenyum.

“Awak nak berjalan jauh, perut mesti diisi dengan kejap, baru seronok berjalan,”sahut Haji Taslim.

Page 181: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 181/294

181

“Memang sudah menjadi kebiasaaan, berjalan atau tidak, makan pagi sekadar mengalas perut.”“Kalau begitu, banyak sangat saya masak ni,” Haji Taslim tuang kopi di dalamcawan.“Kira-kira begitulah, Haji.”

“Tak apa, boleh buat bekal awak berdua,” Haji Taslim sudah menemui jalan bagimengatasi masalah tersebut. Datuk terus anggukkan kepala.Ternyata sarapan pagi itu amat menyelerakan, satu pinggan nasi lemak habismasuk perut saya. Bila saya mahu menyentuh pisang goreng, telapak tangan datuksegera jatuh ke atas pergelangan tangan saya. Cepat-cepat saya toleh ke wajahdatuk.“Kamu sudah cukup kenyang, jangan ikutkan nafsu. Makan sekadar untuk kenyang, jangan berlebih-lebihan.”“Biarlah si Tamar tu merasa goreng pisang saya,” Haji Taslim minta laluan. Hati sayariang kerana ada manusia yang mahu mempertahankan saya.“Tak apa, dia boleh rasa goreng pisang yang awak bekalkan tu, dalam perjalanan

nanti,” ternyata datuk tetap mahu mempertahankan konsep makan sekadar untukenyang yang sudah menjadi darah daging dalam dirinya. Dan konsep itu mahudiserapkan kedalam diri saya pula.“Mahu mengajar supaya cucu awak patuh kepada awak?”“Ya, kalau tak dibentuk dari sekarang, bila lagi?” jawab datuk dan terus menghirupair kopi terkahir. Dia basuh tangan dan minta bantuan Haji Taslim membungkus nasilemak dengan daun pisang yang dibalut dengan upih.Alasan datuk, kenapa dia meminta Haji Taslim berbuat demikian ialah, supaya nasilemak ituterus panas dan bau wanginya tidak mudah hilang. Rupanya, dalam hal ini,pendapat datuk dan Haji Taslim tidak bercanggah.Selain dari perkara yang disebutkan tadi, ada khasiat lain yang tersembunyi.Menurut Haji Taslim nasi yang dibalut dengan daun pisang atau upih, bila dimakandapat mengurangkan lemak dalam perut serta mengeluarkan angin dan dapatmenghilangkan lenguh-lenguh badan. Sejauh mana kebenaran kata-kata Haji Taslimtidak dapat saya pasti. Dan Datuk pula tidak menafikan.“Selamat jalan.”Suara Haji Taslim parau. Dia terus berpeluk-pelukan dengan datuk di kaki tangga.Saya yang nakal terus menuju kea rah jendela tempat lengan aneh tersadai malamtadi.Saya periksa tanah dikawasan tingkap. Apa yang saya temui ialah kesan darah dantulang temulang. Saya segera berlari ke kaki tangga mendapatkan Haji Taslim dan

datuk. Kedua-duanya saya ajak datang ke kawasan bawah tingkap. Saya tunjukkanapa yang saya temui di situ.“Memang begitu, setiap kali benda ganjil ni datang, dia mesti membawa tulang.Tulang-tulang mesti hancur jadi macam kapur bila terkena matahari,” Haji Taslimterus mencangkung. Matanya menatap tulang-tulang berserakan.“Kalau tak silap saya, tulang-tulang ni, tulang binatang besar,” datuk memberikanpendapat.“Memang benar apa yang awak cakap tu,” pintas Haji Taslim, “dulu saya pernahterjumpa tulang kaki manusia,” tambah Haji Taslim. Mata saya dan datuk terbeliakmendengar penjelasan Haji Taslim. Saya jadi seram.“Serbuk tulang ni, kalau terkena kaki atau mana-mana bahagian tubuh, boleh bawa

penyakit,” Haji Taslim buka rahsia, “kulit boleh jadi gatal, bila digaru lama-lama akankeluar air dan seluruh badan luka-luka,” lanjut Haji Taslim.

Page 182: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 182/294

182

“Macam mana awak tahu Haji?” tanya datuk.“Arwah yang beritahu, dia pernah mengenakan serbuk tulang itu pada kucing, bulukucing terbakar dan kulitnya mengelupas. Tak sampai dua jam kucing tu mati. Inisebenarnya racun, digunakan oleh mahaguru ilmu hitam untuk menewskanmusuhnya.” Haji Taslim berhenti bercakap. Dia terus bangun dan menatap wajah

datuk.“Arwah mahu menggunakan serbuk tulang ni untuk menjahanamkan awak, tetapi,belum sempat saya menahannya, dia sendiri keberatan menggunakannya. Itulahkehebatan awak,” Haji Taslim menepuk bahu kanan datuk dua tiga kali.Kemudian dia mengajak datuk menuju ke kaki tangga. Kerana bimbang saya akanmenyentuh tulang-tulang yang ada di situ, saya disuruh datuk berjalan dahulu.Cakap datuk segera saya patuhi.“Macam mana awak nak menghilangkan tulang yang jadi serbuk bila kena matahari,”datuk erus merisik rahsia dari Haji Taslim.“Arwah ada memberi saya cara dan petuanya,”“Macam mana?”

“Kenapa, awak nak tahu ke? Saya ingat awak tak usahlah tau.”“Begini Haji, tahu tu lebih baik daripada tak tahu,” tutur datuk dengan tenang.Haji Taslim berhenti melangkah dan mendongakan muka ke langit melihat mataharipagi yang mula melepasi pucuk pokok kelapa dara.“Bila sinar matahari ini sampai ke tanah di bawah tingkap. Semua tulang-tulang yangkita tengok tadi hancur jadi serbuk,” Haji Taslim kedutkan dahi dan dia berhentimenatap matahari yang kian keras melemparkan cahayanya di setiap sudutkampung. Langkah yang terhenti diteruskan sehingga sampai ke kaki tangga.“Petua tadi macam mana?” datuk mendesak.“Petua apa?” Haji Taslim terkejut, sepasang matanya merenung kea rah tepi sawahsambilkan kedutkan kening dan dahi. Dia seperti mengingati sesuatu.“Oh! Ya,” Haji Taslim seperti bertempik, “saya terlupa,s aya terlupa, saya terlupa,”ucapnya berkali-kali seperti menyesali dirinya.Datuk turut tesenyum. Memang datuk tidak menduga secepat itu, Haji Taslimterlupakan perkara yang diperkatakan. Barangkali Pak Haji yang satu ini terlalumenumpukan selurh daya fikirnya pada perkara tulang di abwah rumahnya,barangkali, dia mencari jalan untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang bakalterjadi, bila dia berada di rumah itu seorang diri. Fikir saya di dalam hati.“Petua dia, begini,” Haji Taslim merapati datuk. Ditariknya tangan datuk agar dudukdi bangku yang berada tidak jauh di kaki tangga.Sinar matahari mula menyentuh tulang bumbung rumah. Suara beburung pagi

berkicau garang.“Petuanya, mudah je, curahkan minyak kelapa masak kea atas serbuk tulang,” kataHaji taslim.“Itu saja, saya fikir ada perkara lain,” ujar datuk sambil senyum. Dan kali ini HajiTaslim arahkan sepasang matanya kea rah muka datuk. Tiba-tiba dia anggukankepala seraya berkata.“Memang betul, bukan itu saja,”Datuk menarik nafas panjang. Dari wajahnya tergambar kepuasan dan keinginanamat sangat untuk mengetahui rahsia selanjutnya. Datuk tumpukan perhatian padakelopak bibir Haji Taslim.“Minyak kelapa tu, mestiah dari kelapa gading yang kita buat sendiri. Minyak kelapa

itu diisikan dalam botol sesudah dibacakan yasin selama tujuh malam Jumaat,” HajiTaslim terus membuka rahsia. Datuk anggukkan kepala.

Page 183: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 183/294

183

119. Bayang Hitam Datang Lagi 

Haji Taslim Singasari terus bangun. Tetapi, datuk masih bertahan di bangku.Keberatan untuk bangun dan bermenung panjang, macam ada sesuatu yangmengganggu fikirannya. Dua tiga kali datuk dongakkan kepala ke langit sambilmengedutkan dahinya.

"Pelik, macam tak masuk di akal Haji," itu yang terpancut dari kelopak bibir datuk.Haji Taslim Singasari jegilkan biji mata ke arah datuk.

"Apa dia yang pelik tu?"

"Mengapa si arwah tu, mahu menceritakan kelemahan dirinya pada awak. Saya kiraarwah tu tersilap."

"Hmm..." Haji Taslim Singasari mengeluh kecil. Dia melangkah ke arah tangga danduduk di anak tangga kedua.

Sinar matahari menjamah wajahnya, sebahagian dari sinar matahari itu menghala ketanah di bawah tingkap yang terdapat serakan tulang. Datuk terus mengawasigerak-geri Haji Taslim Singasari. Demikian juga dengan saya.

Haji Taslim Singasari bangun. Dia melangkah ke arah datuk dan lalu berdiri di depandatuk sambil memeluk tubuh.

"Bukan apa-apa," Haji Taslim Singasari memulakan bicara dengan wajah yangserius, "kalau dia tak beritahu, akhirnya saya tahu juga," tambahnya lagi.

"Siapa yang beritahu awak?" potong datuk.

"Guru saya boleh beritahu."

"Patutlah arwah buka rahsia, kerana dia tahu ada orang lebih handal darinya."

"Bukan pasal tu," sanggah Haji Taslim Singasari sambil merenung tanah di kaki.Sinar matahari kian terik.

"Kalau bukan pasal tu, pasal apa." desak datuk dengan nada suara yang agakkeras. Saya segera mendekati mereka. Duduk di sebelah datuk. Saya inginmengikuti cerita selanjutnya dengan terperinci.

"Arwah mahu menunjukkan yang dirinya jujur dalam bersahabat. Dia beritahu dulu,sebelum orang lain beritahu," jelas Haji Taslim Singasari. Datuk mengigit bibir.

"Apa pendapat Haji tentang sikapnya tu?" soal datuk lagi. Saya terus memasangtelinga dalam sinar matahari yang kian keras itu.

Page 184: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 184/294

184

"Dia memang jahat, tetapi kejujurannya dalam persahabatan tak ada orang yangboleh menandinginya. Setianya pada sahabat sampai mati, terpamer rasa bangga diwajah Haji Taslim Singasari. Kedua belah tangannya yang memeluk tubuh segeradijatuhkan.

"Saya tetap mohon pada Allah setiap kali lepas sembahyang, minta dosa arwahdiampunkan dan rohnya tidak diseksa," ungkap Haji Taslim Singasari lagi. Wajahnyanampak sedih sekali.

Tanpa tangguh-tangguh lagi, datuk terus berdiri. Tubuh Haji Taslim Singasari terusdipeluknya dengan erat sekali. Perbuatan datuk itu amat mengejutkan Haji TaslimSingasari.

"Saya bersama Haji, sebagai orang Islam kita harus mendoakan kesejahteraanorang yang seagama dengan kita, tidak kira yang hidup atau yang mati," ucap datuk

dalam nada suara yan tersekat-sekat. Mereka terus berdakapan dalam jangka waktuyang agak panjang. Bila mereka berhenti bercakap barulah hati saya terasa lapang.

"Aduhhh!!!"

Seketul batu sebesar penumbuk mengenai rusuk sebelah kiri saya. Tidak tahu dariarah mana batu itu dibalingkan kepada saya. Apa yang pasti, sakitnya bukankepalang. Haji Taslim Singasari dan datuk segera menghampiri saya. Baju sayasegera dibukakan.

"Lebam sebesar penumbuk," kata datuk.

"Mana batunya?" tanya Haji Taslim Singasari. Saya segera menuju ke arah batu ditanah.

Haji Taslim Singasari segera menyentuh batu itu, tetapi segera dilepaskannya kebumi. Wajahnya nampak berkerut menahan kesakitan.

"Kenapa Haji?" tanya datuk.

"Batunya panas, macam bara api," jawab Haji Taslim Singasari. Dia terus

membongkok mengambil dan menggenggam tanah. Setelah membaca sesuatu,genggaman tanah itu segera dilemparkan ke arah batu. Saya lihat batu itu berasapdan terus mengecil sebesar telur ayam jantan.

Datuk terus mengambil sehelai daun paku rawan. Datuk ramas hingga hancur danmengeluarkan air. Datuk membaca beberapa ayat dari Al-Quran, kemudian air ataulendir dari daun itu disapukan ke bahagian tubuh saya yang lebam. Terasa sejukmacam ketul ais yang ditekankan di situ.

Bila datuk lekapkan telapak tangannya, bahagian kulit yang lebam itu terasa amatpanas sekali. Saya tidak menahan air mata dari mengalir di pipi.

"Hei, tak malu orang jantan menangis," sindir datuk dan dia berhenti menekapkan

Page 185: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 185/294

185

telapak tangannya ke bahagian tubuh yang lebam itu.

"Apa rasanya sekarang," tanya datuk lagi.

"Tak ada apa-apa," sahut saya lalu merenung ke arah tubuh yang kena batu itu.

Daging yang lebam membiru sudah tiada lagi. Sudah pulih seperti sediakala.

Baju segera saya sarungkan ke tubuh. Tetapi, Haji Taslim Singasari masihmenbelek-belek batu hitam sebesar telur ayam jantan itu dari beberapa sudut. HajiTaslim Singasari masih tidak berani menyentuhnya.

"Apa yang ditengok, buang saja Haji."

"Ini bukan sebarang batu."

"Habis, batu dari langit?" datuk berjenaka bersama ketawa tetapi Haji Taslim

Singasari tidak memperlihatkan reaksi gelihati dengan telatah datuk. Dia kelihatanserius sekali. Matanya tidak berkedip melihat batu kecil yang dipanah matahari.

"Cuba renung batu tu lama-lama," kata Haji Taslim Singasari dalam nada suarayang keras. Mata saya dan datuk segera tertumpu ke arah batu kecil. Bila direnungagak lama ternyata batu itu bukan berwarna hitam, tetapi berwarna kemerah-merahan macam bara api dan mengeluarkan percikan cahaya yang berwarnakebiru-biruan.

"Batu apa ni, Haji?"

"Inilah batu petir yang sudah dijadikan batu tuju-tuju untuk menjahanamkanmanusia, batu ini sudah dipuja," jelas Haji Taslim Singasari.

"Apa yang mesti kita buat Haji."

"Terpaksa dihancurkan menjadi pasir," suara Haji Taslim Singasari merendah. Diamenarik nafas panjang dua tiga kali.

BUMBUNG

Haji Taslim Singasari dongakkan kepala melihat matahari dan awan gemawan dilangit. Beberapa ekor burung gagak yang entah dari mana datangnya berlegar-legar di bumbung rumah Haji Taslim Singasari sambil berbunyi dengan nyaringnya. HajiTaslim Singasari ubah pandangan, merenung dikakinya sejenak. Saya dan datukberpandangan.

"Ahemmmmm..."

Haji Taslim Singasari berdehem lalu merenung tajam ke arah saya dan datuk. Dia

angkat tangan kanannya separas bahu, memberi isyarat supaya kami beredar darisisi batu hitam yang aneh itu. Kami diarahkan supaya duduk di atas batang buruk di

Page 186: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 186/294

186

hujung halaman rumahnya.

Apa yang diarahkan oleh Haji Taslim Singasari segera saya patuhi tanpa ada rasatakut atau curiga. Sebabnya bukan apa-apa, semuanya berlaku di waktu siang dancuaca pula terang benderang. Kalau waktu malam, memang wajarlah saya merasa

takut atau curiga. Waktu siang syaitan dan hantu tidak wujud. Semuanya sedangtidur nyenyak. Demikianlah pada anggapan saya.

Saya dan datuk terkejut, bila melihat Haji Taslim Singasari berlari dengankencangnya kearah saya dan datuk. Bagaikan kilat kami bangun.

"Ikut saya," tutur Haji Taslim Singasari.

"Ke mana?" soal datuk.

"Ikut apa yang saya buat."

"Baiklah Haji."

Haji Taslim Singasari segera berlari sambil membongkokkan tubuh. Saya dan datuk juga ikut berlari seperti itu menuju ke arah batu hitam kecil. Kami kelilingi batu hitamdalam keadaan membongkok.

"Cukup, berhenti di situ," suara Haji Taslim Singasari nyaring sekali. Saya dan datukakur dengan perintahnya itu. Berdiri dalam keadaan membongkok memangmenyeksakan. Sinar matahari yang kian menyengat membuat dahi dan badan sayaberpeluh. Tetapi saya lihat datuk masih dalam keadaan yang tenang dan stabil.

"Tegakkan badan, lepas itu melangkah tujuh tapak ke belakang dan berdiri di situ,"datang lagi arahan dari Haji Taslim Singasari. Apa yang diperintahnya segeradipatuhi. Saya dan datuk menanti perintah selanjutnya dari Haji Taslim Singasari.

Lima minit masa berlalu, tidak ada sebarang arahan dikeluarkan. Haji Taslimmendekati datuk membisikkan sesuatu ke telinga datuk. Kemudian dia mendekatisaya pula.

"Sekarang kami sudah berdiri membelakangi batu hitam, tumpukan perhatian zahir 

batin pada Allah yang Maha Besar. Kita semua minta tolong pada-Nya," itu yangdibisikkan oleh Haji Taslim Singasari pada saya. Dan saya yakin, kata-kata yangsama juga diungkapkannya pada datuk.

Haji Taslim Singasari kembali berdiri di tempat asalnya. Kerana sayamembelakanginya, saya tidak tahu apa yang dilakukannya. Saya terdengar bunyitelapak tangan menampar pipi seseorang. Saya segera menoleh ke arah Haji TaslimSingasari, dia sedang berdepan dengan sesuatu yang aneh. Sukar untuk sayamentakrifkan benda tersebut, samada manusia atau binatang. Rupa dan bentuknyasukar sekali untuk ditentukan.

Apa yang pasti, bentuknya hitam dan besar. Tingginya melebihi paras kelapa dara.Besar tubuhnya lebih kurang tiga empat pemeluk pangkal balak. Kakinya, sebesar 

Page 187: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 187/294

187

batang kelapa. Semuanya muncul dalam bentuk yang samar-samar menghala kearah Haji Taslim Singasari.

Apa yang menakjubkan saya, Haji Taslim Singasari bersilat sendirian di tengahpanas. Menepis kiri, menepis kanan. Sesekali Haji Taslim Singasari melompat tinggi

dan kalanya berguling di bumi.

Setelah melihat gerak-geri Haji Taslim Singasari yang serba pantas dan cekap itu,ternyata dia mencampur-adukkan Silat Bangau Putih dengan Silat Harimau BetinaMati Anak. Setiap buah silat yang dilepaskan oleh Haji Taslim Singasari terkenasasaran yang dituruti dengan suara orang mengeluh dan mengaduh.

Saya mengigit bibir, saya cuma mendengar suara orang tetapi batang tubuhnyatidak kelihatan langsung. Dan bebayang hitam terus wujud di depan Haji TaslimSingasari dalam keadaan yang tidak jelas. Dalam keadaan saya terpegunkehairanan itu, Haji Taslim Singasari terus mengulingkan tubuhnya di tanah menuju

ke arah saya. Sebaik saja sampai di kaki saya, dia terus bangun.

"Jangan renung saya, tumpukan perhatian ke depan. Jangan tengok saya. Mohonperlindungan dari Allah," itu yang dituturkan oleh Haji Taslim Singasari. Saya segeramemalingkan wajah ke depan. Pada saat itu juga muncul di depan saya seoranglelaki tua yang sudah bongkok. Rambutnya yang putih terdampar atas dua sayapbahu. Janggut putihnya yang panjang menyentuh bumi.

Bila saya menggerakkan kedua belah bibir untuk mengucapkan salam, orang tua didepan saya terus menghayunkan tongkatnya ke arah kaki saya. Cepat-cepat sayamelompat lalu melepaskan satu tumbukan ke bahunya. Tetapi tidak kena sasarankerana orang tua itu mengelak dengan cepatnya lalu hilang dari pandangan saya.

"Bantu saya."

Saya dan datuk memalingkan muka ke arah suara tersebut. Haji Taslim Singasarisedang bekerja keras menghalang orang tua bongkok dari mencapai batu hitam.

"Bantu saya."

Ulang Haji Taslim Singasari. Bebayang hitam yang menakutkan itu sudah tidak

kelihatan lagi. Saya segera meluru ke arah Haji Taslim Singasari, tiba-tiba datukmenerpa ke arah saya lalu menghalang perjalanan saya dengan menjatuhkan sayake bumi.

Tuhan saja yang mengetahui sakitnya jatuh ke tanah. Saya cuba bangun tetapi tidakterdaya. Datuk menekan bahu kanan saya dengan jari kelingkingnya.

"Kenapa tuk?"

"Kamu tak layak campur tangan dalam urusan ini, kamu mesti belajar lagi."

"Pak Haji tu mesti ditolong tuk."

Page 188: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 188/294

188

"Biar aku yang menguruskannya," kata datuk lalu memisahkan hujung jari dari kulitbahu kanan saya. Barulah tubuh saya bertenaga dan boleh digerakkan. Masahujung jarinya menjamah bahu, seluruh badan terasa kebas dan seakan-akanlumpuh. Tidak berfungsi langsung.

HUJUNG

Mana ada logiknya sentuhan hujung jari kelingking boleh memberhentikanpegerakkan tubuh. Jadi, sudah pasti sentuhan yang dilakukan oleh datuk bukansentuhan sebarangan. Bukan sekadar sentuh tetapi tenaga lain yang mengiringisentuhan itu.

"Kamu duduk diam-diam di sini, Tamar," datuk mengingatkan saya dalam panasterik. Seluruh badan saya sudah dibasahi peluh. Saya tidak ada pilihan lain,

melainkan anggukkan kepala tanda patuh pada perintahnya.

Dengan tenang datuk melangkah menuju ke arah Haji Taslim Singasari lalu berdiridalam jarak dua tiga kaki dari arah belakang Haji Taslim Singasari.

"Apa boleh saya tolong Haji?"

"Awak bacalah surah yang boleh menjahanamkan syaitan."

"Saya cuba setakat yang saya boleh," jawab datuk lalu memeluk tubuh dengansepasang mata merenung tajam ke arah orang tua bongkok bersama janggut yangmenyentuh bumi. Orang tua itu menujah-nujahkan tongkatnya ke arah Haji TaslimSingasari dengan sekali-sekala merebahkan badannya untuk mancapai batu hitamkecil tersebut.

Setiap kali orang tua bongkok itu berusaha mengambil batu hitam, Haji TaslimSingasari pasti melangkah setapak ke depan dengan mulut yang berkumat-kumit.Entah apa yang dibacanya saya sendiri tidak tahu. Rupanya, setiap kali Haji TaslimSingasari melangkah, datuk juga melangkah dalam arah yang berlawanan.

Dan akhirnya orang tua bongkok yang tidak berubah tempat berada di tengah-

tengah antara datuk dan Haji Taslim Singasari. Bila menyedari dirinya berada dalamkeadaan terdesak, orang tua itu terus menghilangkan diri.

Datuk dan Haji Taslim Singasari saling berpandangan. Apa yang jelas, di wajah HajiTaslim Singasari tergambar kepuasan yang amat sangat. Datuk renung ke arah batuhitam yang kecil itu sejenak. Dia menggigit bibir.

"Pernah awak jumpa dengan orang tua itu sebelum ini, Haji," sambil meyapu peluhdidahi, datuk ajukan pertanyaan.

"Pernah. Ada dua kali, masa arwah hidup. Orang tua tu datang jumpa arwah waktu

Maghrib. Saya beri salam, dia tak jawab, bila terdengar suara azan Maghrib orangtua tu hilangkan diri," itu penjelasan Haji Taslim Singasari. Datuk anggukkan kepala.

Page 189: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 189/294

189

Haji Taslim Singasari mengedutkan dahi luasnya sambil menggosok hujung jaribeberapa kali. Saya segera berlari ke bawah pohon mempelam telur. Saya tidaksanggup berjemur lama-lama di tengah panas yang terik.

"Dia datang ke rumah awak buat apa, Haji?" terdengar suara datuk agak keras.

"Jumpa tuannya."

"Maksud Haji, si mati tu."

"Yalah, siapa lagi."

"Pernah dia berlawan dengan awak, Haji."

"Tak pernah, cuma hari ni dia buat perangai. Saya tahu benda tu nak cari

perlindungan dan mahu menjadikan saya tuan barunya," cukup tenang Haji TaslimSingasari menuturkan kata-kata tersebut. Kemudian dia menyuruh datuk dudukmencangkung menghadapi batu kecil. Haji Taslim Singasari mengamati saya.

"Kamu juga duduk mencangkung mengadap batu tu," kata Haji Taslim Singasarisebaik sahaja saya mendekatinya. Cakapnya itu segera dipatuhi. Dan Haji TaslimSingasari sendiri turut duduk mencangkung menghadap batu hitam kecil.

"Batu ni, kalau tak dimusnahkan, banyak orang yang binasa. Terutama awak," HajiTaslim Singasari menghalakan jari telunjuknya ke arah datuk. Serta merta saya lihatwajah datuk berubah.

"Kenapa pula, Haji?"

"Arwah pernah mahu menggunakan batu ini untuk ditujukan pada awak, kalau kenakulit awak seluruh badan jadi hitam."

"Kenapa dia nak buat perkara tu pada saya," datuk minta kepastian. Haji TaslimSingasari tidak memberikan penjelasan yang konkrit.

"Saya sendiri pun tak tahu, kenapa perkara itu tak jadi dibuatnya pada awak. Ada

 juga dia beritahu saya, yang dia mahu menyuruh orang suruhannya yang taat padaperintah ketua, walaupun ketuanya sudah mati," Haji Taslim Singasari memberikanpenjelasan untuk kali kedua. Satu keterangan yang dapat meyakinkan hati saya dandatuk.

Perlahan-lahan Haji Taslim Singasari mengangkat tangan kanannya. Dengan jari- jemari yang terkembang, telapak tangannya terus jatuh atas bahu datuk. Dan jari- jemari itu mencengkam erat kulit bahu datuk.

"Sekarang," Haji Taslim Singasari segera memisahkan telapak tangannya denganbahu datuk, "sekarang kita mulakan tugas, batu hitam ini mesti dihancurkan,"

sambung Haji Taslim singasari lagi dengan wajah yang serius.

Page 190: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 190/294

190

"Bagaimana caranya?" mendadak datuk menyoal.

"Sabar dulu sahabat, apa yang kita lihat tadi, semuanya bayang-bayang. Kita bertigasaja yang nampak. Orang lain tak nampak."

"Kenapa orang lain tak nampak?" secara spontan saya mengajukan pertanyaan.Buat beberapa detik Haji Taslim Singasari buat tidak kisah dengan apa yang sayatuturkan. Dia terus menepuk dada bumi sebanyak tujuh kali berturut-turut.

"Ha! Begini," cukup lantang suara Haji Taslim Singasari. Matanya merenung bumi,"sebabnya cukup mudah, aku ni sahabat karib arwah, kamu dan datuk kamu, musuhketatnya. Dia datang kerana mahu menjadikan aku tuan barunya. Dia juga mahumembinasakan kamu dan datuk kamu," lanjut Haji Taslim Singasari. Dia jugamenyuruh saya dan datuk mengepal tanah. Semua yang disuruhnya kami patuhi.

"Bangun."

Saya dan datuk segera bangun.

"Ikut saya, bila saya campakkan tanah ke batu hitam, awak berdua ikut sama. Kenacampak sampai tujuh kali berturut-turut. Ingat, kita mesti ambil tanah serentak danmembalingnya serentak, sebelum dibaling ke batu baca Qul' aa'uzubirobbinnas..."selesai saja haji Taslim Singasari memberi penerangan datuk kenyitkan mata kearah saya.

TAKUT

Kenyitan mata itu bermaksud supaya saya jangan merasa takut atau gentar. Hadapisaja apa yang datang, kecuali bila sudah terdesak barulah meminta pertolongandarinya.

"Bersedia."

Haji Taslim Singasari menjeling tajam ke arah datuk dan saya.

"Lontarkan."

Haji Taslim Singasari terus memulakan, lalu diikuti oleh saya dan datuk. Baru enamkali dilontarkan tanah ke batu hitam yang kecil itu, terdengar satu letupan yang tidakberapa kuat tetapi mengganggu kerja-kerja yang kami lakukan.

"Teruskan."

Datang ingatan dari Haji Taslim Singasari. Lontaran tanah berjalan terus. Genaptujuh kali dilontar terdengar lagi letupan yang tidak menyenangkan. Batu hitam kecilbertukar warna menjadi kekuning-kuningan. Dikelilingi api yang entah dari mana

datangnya. Saya juga melihat asap nipis berada di permukaan batu itu.

Page 191: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 191/294

191

Tanpa memberitahu apa-apa pada kami, Haji Taslim Singasari terus membongkokmengambil segenggam tanah (untuk kali yang kelapan). Saya dan datukberpandangan kerana menyedari yang Haji Taslim Singasari sudah melanggar syarat.

"Kamu berdua ragu dengan aku," Haji Taslim Singasari renung muka datuk dansaya. Cepat-cepat saya dan datuk gelengkan kepala. Mata Haji Taslim Singasariterpaku ke wajah kami sejenak, seolah-olah membaca apa yang tersirat dalam kalbusaya dan datuk. Haji Taslim Singasari segera berdiri dan anggukkan kepalanyaperlahan-lahan.

"Yang kelapan ini, biar aku uruskan. Dalam keadaan sekarang tidak semuanyaboleh aku beritahu, bila dah selesai baru aku cakap," keterangan itu memangmelegakan hati saya dan datuk. Haji Taslim Singasari terus mengkepal-kepalkantanah dalam telapak tangannya. Dia terus membuka silat, kira-kira dua tiga minitlamanya. Haji Taslim Singasari berhenti dari bersilat. Berdiri lurus sambil memeluk

tubuhnya erat-erat.

"Jangan tegur apa yang aku buat."

Datang lagi ingatan dari Haji Taslim Singasari. Dia buka ketayap putih di kepala danmengeluarkan blangkon (songkok orang Jawa yang dibuat dari kain batik yangbahagian belakangnya terdapat benjolan) dari saku baju butang lima. Blangkondiletakkan atas kepala dan baju yang dipakai terus dibuka, dihamparkan atas tanah.Haji Taslim Singasari terus bersila di situ.

Dalam panahan matahari yang keras itu, saya lihat badan Haji Taslim Singasariberpeluh. Perutnya yang agak buncit kelihatan seperti terlekap pada pahanya.

"Bantu saya, kalau saya rebah."

Kata Haji Taslim Singasari itu terus terpahat dalam sanubari saya. Datuk saya lihatterus anggukkan kepala. Tetapi, kerdipan matanya dapat dilihat oleh Haji TaslimSingasari.

"Caranya mudah untuk menolong saya. Bila saya rebah, ambil apa juga ranting yangberdaun, pukulkan ke tubuh saya tujuh kali berturut-turut bersama dengan selawat,"

Haji Taslim Singasari bersuara lagi. Macam tadi juga, datuk tetap anggukkan kepala.

"Dengan izin Allah, kamu terus labur."

Tanpa membuang masa, Haji Taslim Singasari terus melontarkan tanah yang dalamgenggamannya ke batu hitam yang berasap. Sebaik saja tanah dari lontaran kelapan itu terkena batu hitam, warna kekuningan di batu bertukar menjadi putih. Apiyang mengelilinginya terus hilang dan asap nipis juga turut hilang.

"Ah..."

Saya terkejut. Dalam keadaan cuaca yang panas terik itu, saya terlihat samar-samar sesusuk tubuh lelaki yang tingginya lebih dari tujuh kaki, berbadan besar.

Page 192: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 192/294

192

Berdiri membelakangi saya tetapi menghadapi Haji Taslim Singasari. Batu hitamyang penuh misteri itu berada betul-betul di hujung kaki kanan lelaki berbadan besar itu.

"Allah juga yang Berkuasa, syaitan, jin dan manusia adalah ciptaannya. Tertaklukpada-Nya. Pada Allah juga aku memohon perlindungan," sambil bercakap HajiTaslim Singasari bangun perlahan-lahan. Dalam keadaan separuh berdiri, dia terusmenepuk tangannya. Kemudian dia duduk bersila kembali.

"Prappp..."

Tujuh kali Haji Taslim Singasari menepuk tangannya. Selesai bertepuk tanganterdengar bunyi letupan yang beruntun. Batu hitam di hujung kaki kanan lelakiberbadan besar mula bergerak, berpusing sambil mengeluarkan cahaya api. Danletupan yang beruntun itu datangnya dari batu kecil itu, bunyinya macam mercun.

Perkara itu terjadi lebih kurang lima minit.

Kawasan tempat kami berdiri dipenuhi dengan asap tebal berwarna hitam. Baukemenyan terus menusuk lubang hidung, saya terbatuk dua tiga kali. Asap tebalyang hitam itu berubah warna menjadi kelabu dan kian menipis. Dan akhirnya terushilang. Bayang lelaki berbadan besar tidak kelihatan lagi. Begitu juga dengan batuhitam, tempatnya sudah digantikan dengan timbunan debu-debu halus yangmenyerupai tepung gandum.

"Hal ini sudah selesai," tutur Haji Taslim Singasari pada datuk. Dua tiga kali bahudatuk ditepuknya. Debu di tempat batu hitam itu segera ditutup oleh Haji TaslimSingasari, dia menyarungkan baju butang lima ke tubuh. Menyimpan blangkon kedalam saku dan mengenakan ketayap putih ke kepalanya.

"Kalau begitu biarlah kami beransur dulu," beritahu datuk pada Haji TaslimSingasari. Waktu datuk mahu memulakan langkah ada bayangan hitam legamseakan-akan melintasi depan datuk. Langkah datuk terhenti.

"Haji nampak apa yang saya nampak."

"Nampak, laknat tu mahu menghancurkan saya, bila dia gagal menjadikan saya

tuannya."

"Perlukan bantuan saya Haji...?"

"Tak..." Haji Taslim Singasari tidak dapat meneruskan kata-katanya. Dia digangguoleh kemunculan seekor monyet besar berwarna hitam. Tidak ada siapa yang tahudari arah mana monyet itu muncul.

120. Diganggu Monyet Besar  

Page 193: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 193/294

193

Monyet itu merenung ke arah Haji Taslim Singasari, menunjukkan rasa benci danmarah sambil memperlihatkan gigi tajamnya yang putih. Monyet besar itu menderamdan bersedia mahu menerkam ke arah Haji Taslim Singasari.

"Hei beruk."

Mendadak saja datuk bertempik dengan lantang sekali. Saya terperanjat, begitu jugadengan Haji Taslim Singasari. Mungkin marah kerana diganggu, beruk besar itusegera mengalihkan perhatian ke arah datuk. Bersedia untuk menerkam danmerebahkan datuk.

"Kamu rapat kamu jahanam beruk."

"Gggrr..." beruk besar bersuara sambil kedua belah tangannya menepuk dadanyayang berbulu hitam lebat, buat beberapa kali.

"Haa..."

Datuk menyergah sambil menghalakan buku lima ke arahnya. Dan datuk mengacahuntuk menerkam ke arahnya. Ternyata beruk itu tidak mudah digertak atau ditakut-takutkan.

Haji Taslim Singasari mengangkat tangan kirinya separas puting tetek sebelah kiri.Menjatuhkan perlahan-lahan dalam tiga tahap. Datuk memahami isyarat itu. Apayang datuk lakukan seterusnya ialah, melangkah setapak ke depan sambil bersuara:

"Kamu rapat kamu jahanam."

"Rapat sahabat, rapat," Haji Taslim Singasari memberikan semangat.

"Serang dia datuk, serang," saya pula mencelah. Gabungan suara saya dengan HajiTaslim Singasari menjadikan suasana sekitar gamat sekali.

Dengan serta merta beruk besar itu membelakangi datuk. Kemudian dengan tidaksemena-mena beruk besar itu lari ke arah sebelah kanan, masuk ke hutan kecil disitu. Semua pepohon di situ jadi perhatian saya. Dedahan dari pepohon tersebut

nampak bergoyang. Beberapa helai daun muda berguguran, akibat digayuti olehberuk besar. Anehnya! Beruk besar itu tidak kelihatan langsung. Entah ke managhaibnya.

Beburung yang tadi bernyanyi sambil berehat di reranting pokok segeraberterbangan ke arah lain. Dedaun muda makin banyak yang berguguran. Bunyidahan yang berlaga sama sendiri akibat di pijak oleh sesuatu jelas kedengaran.Suara beruk jantan juga dapat saya dengar tetapi, beruknya tidak kelihatanlangsung.

"Pedulikan semuanya itu."

Itu yang dituturkan oleh datuk pada saya. Dengan rasa kesal saya alihkan

Page 194: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 194/294

194

pandangan ke arah datuk dan Haji Taslim Singasari.

"Ya, pedulikan semuanya itu," Haji Taslim Singasari menyokong pendapat datuk.Kami beredar ke arah kaki tangga. Kulit muka saya mula terasa pedih akibatdipanggang oleh sinar matahari yang kian terik. Datuk segera hulurkan tangan pada

Haji Taslim Singasari.

"Terima kasih atas kerjasama awak," suara Haji Taslim Singasari agak tersangkut-sangkut. Datuk tunduk merenung tanah. Mungkin menahan kesedihan.

"Apa, haji boleh menghadapi semua masalah seorang diri."

"Saya cuba. Percayalah Allah lebih berkuasa atas segala-galanya. Cukuplahpertolongan yang awak beri," Haji Taslim Singasari memeluk tubuh datuk. Merekaberpeluk-pelukan sebentar. Kemudian tanpa disangka-sangka, Haji Taslim Singasariterus memeluk tubuh saya. Kepala saya digosoknya berkali-kali.

"Belajar dari datuk kamu," itu pesanannya untuk saya. Dan apa yang mampu sayalakukan ialah menganggukkan kepala beberapa kali. Datuk tersenyum dan HajiTaslim Singasari ketawa kecil. Penuh bangga dan simpati.

"Kalau begitu, biarlah kami berangkat dulu."

"Ya, silakan sahabat. Selamat jalan Tamar. Dengar cakap datuk kamu. Bila datukkamu datang lagi ke sini, kamu mesti ke mari," saya kira tekanan nada suara begitubersahaja sekali, orang tua yang banyak pengalaman itu menyembunyikan rasahiba. Dan beberapa minit kemudian, saya dan datuk terus meninggalkan halamanrumah Haji Taslim Singasari.

Terima kasih Haji Taslim Singasari, terlalu banyak pengalaman yang saya rangkumketika berlabuh di rumahmu. Semuanya ini akan saya jadikan teladan dan pedomanuntuk masa akan datang. Sesungguhnya, engkau telah memberikan sesuatu yangtidak saya terfikirkan, sejak menjejakkan kaki di bumi Balik Pulau ini, bisik batin sayabersama langkah yang teratur.

Sesekali, saya toleh ke arah rumah Haji Taslim Singasari yang kian jauh sayatinggalkan.

"Cepat melangkah tu, buat apa toleh-toleh ke belakang, kamu bukan tak tahu, haritengah panas terik," datuk seperti merungut. Saya tidak memberikan sebarangkomen, selain dari mempercepatkan langkah.

Datuk membuat kejutan lagi, saya kira perjalanan terus kepada matlamatnya. Apayang saya duga ternyata tidak tepat sama sekali. Datuk masih dengan perangailamanya. Singgah di mana saja yang diingininya, terutama di rumah kenalan yangdianggapnya sebagai sahabat.

Begitulah datuk, dalam perjalanan menuju ke bandar dia singgah sebentar di rumah

Pak Imam. Kedatangan datuk dan saya disambut dengan penuh hormat. Kamidihidangkan dengan air kopi dan kuih buah melaka.

Page 195: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 195/294

195

"Makan tengah hari di sini," pelawa Pak Imam.

"Tak payahlah. kami nak cepat sampai ke Tanjung," datuk memberikan alasan, PakImam renung ke arah jam yang tergantung di dinding rumahnya.

"Baru pukul sebelas," kata Pak Imam, "Makan tengah hari, lepas Zuhur bertolaklah,orang rumah saya nak masak gulai ikan puyu, sambal buah macang, cicah denganpucuk sanglang," begitu bersemangat Pak Imam bersuara.

"Lain kali saja, Pak Imam," datuk terus menolak.

"Ini permintaan saya, lain kali tu belum tentu dapat. Entah ada umur kita entahtidak," rayu Pak Imam.

"Kalau itu hajat Pak Imam, saya terimalah."

Senyuman yang panjang pun terukir di kelopak bibir Pak Imam. Diwajahnyaterbayang kepuasan yang amat sangat. Tetamunya tidak menghampakanharapannya.

HARAPAN

Saat datuk menceritakan pengalaman aneh yang dialaminya ketika berada di rumahHaji Taslim Singasari, saya minta kebenaran darinya untuk berjalan di tanah denganalasan untuk menghilangkan jemu.

Permintaan saya diperkenankan oleh datuk. Kepalang gembiranya hati saya dankesempatan itu saya gunakan dengan sebaik-baiknya. Secara curi-curi sayameninjau ke arah rumah Masitah, anak saudara Pak Imam.

Lagi sekali hati saya dibungai kegembiraan, ada tanda-tanda yang menunjukkanhajat saya akan terkabul. Memang menjadi harapan saya, sebelum meninggalkanbumi Balik Pulau, saya mahu menatap wajah dan senyuman Masitah.

Didorong oleh keinginan mahu menatap wajah Masitah, saya pun mula terhendap-hendap dan menyusup di bawah pokok manggis yang berdaun lebat.

Saya sandarkan badan di situ sambil menarik nafas kelegaan. Secara tidakdisangka-sangka saya terpandangkan Masitah yang sedang menjemur kain diampaian. Sinaran matahari yang memancar keras, membuatkan kulit muka Masitah jadi kemerah-merahan.

Saya mula langkah ke arah pokok langsat pula. Jarak saya dengan Masitah tidaklahbegitu jauh. Tetapi, saya masih enggan memperlihatkan diri, masih bersembunyi dibalik pokok langsat.

"Syyyyhhhhh..."

Page 196: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 196/294

196

Saya segera membunyikan isyarat, cepat-cepat Masitah angkat kepala, renung kiri,renung kanan dengan pandangan yang liar. Dia berhenti menjemur kain danwajahnya nampak cemas sedikit. Masitah renung ke arah pokok langsat dan sayasegera menunjukkan diri.

Masitah buat tidak peduli dengan saya. Dia terus jemur kain. Saya melangkah lagi, jarak saya dengan Masitah bertambah dekat dan saya pun jual senyum padanya.Hati saya bertambah sakit. Masitah buat tak kisah.

"Saya nak balik."

"Baliklah, kenapa bagi tahu saya. Datang dulu tak bagi tahu saya pun," hati sayabertambah sakit mendengar kata-kata yang diluahkan oleh Masitah.

"Sombong sangat ni," kata saya lagi.

Masitah menjeling tajam ke arah saya bersama sebuah senyum yang sukar ditafsirkan maknanya. Apakah itu senyuman suka atau benci?

Badan saya berpeluh, bukan kerana panas, tetapi kerana rasa takut. Takut kalaugadis Balik Pulau yang kaya dengan adat ketimuran itu memecahkan rahsia.Memberitahu kaum keluarganya tentang perangai saya yang buruk. Kalaulah hal initerjadi, lambat laun perkara itu akan sampai juga ke pengetahuan datuk dan sayaterpaksa menanggung malu yang bukan kepalang.

Dalam keadaan yang resah gelisah itu, saya dapat satu akal. Saya keluarkan pensildan selembar kertas dari dalam saku seluar saya. Tujuan saya bawa kertas itu untukmencatatkan alamat Masitah. Bila melihat pada sikap Masitah yang lain itu, ternyataapa yang saya inginkan, tidak akan terlaksana. Saya harus bertindak segerasebelum kehampaan menjelma.

"Heiii..."

Saya segera mengangkat tangan ke arah Masitah yang merenung tajam ke arahsaya. Masitah yang sedang mengembangkan kain jemuran terakhir segeramenggelengkan kepala. Tidak bersedia mahu mematuhi permintaan saya. Masitah

segera sidai kain terakhir. Kemudian dia melangkah ke arah rumahnya. Hati sayaberdebar tidak tentu arah.

"Hiss nantilah dulu."

Sengaja saya tinggikan suara. Masitah tak jadi melangkah. Segera menoleh ke arahsaya sambil mengangkatkan kepalanya dua tiga kali. Dia seolah-olah mengajukanpertanyaan: Ada apa?

Reaksi yang saya berikan ialah dengan menunjukkan kertas dan pensil ke arahnya.Masitah senyum. Dengan tergesa-gesa saya menuliskan nama dan alamat pada

kertas. Saya selitkan kertas itu pada ranting keduduk bercabang tiga.

Page 197: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 197/294

197

"Jangan lupa ambil tau," kata saya.

Tidak ada jawapan dari Masitah. Tetapi apa yang jelas dia mengangguk. Ertinya, diabersedia mematuhi arahan dari saya.

TUGAS

Saya kira tugas besar dan berat telah saya laksanakan. Cepat-cepat saya tinggalkanpokok langsat, melangkah tenang menuju ke rumah Pak Imam. Entah macam mana,saya tersepak seketul kayu. Saya tidak dapat mengimbangi tubuh. Saya terjatuh,bunyi tubuh menghempap bumi dan reranting kering dapat didengar oleh Pak Imamdan datuk. Mereka segera menuju ke muka pintu dan merenung ke arah saya yangtergesa-gesa bangun.

"Apa yang kamu cari dalam semak samun tu, Tamar," datuk yang berdiri di ambangpintu mengemukan pertanyaan. Dia bersedia mahu melangkah turun.

"Tak payah turun, dia tak apa-apa," Pak Imam menahan.

Datuk duduk kembali.

"Apa yang kamu cari di situ?" datang lagi pertanyaan dari datuk. Ternyata datuktidak puas hati. Pertanyaannya saya tidak jawab.

"Tadi saya nampak biawak di situ, saya terus kejar," jawapan untuk melepaskanbatuk ditangga, saya berikan pada datuk. Pak Imam terasa sangsi dengan jawapanyang saya berikan. Ini dapat saya baca melalui memek mukanya.

"Disini jarang ada biawak, entahlah pula hari ni ada biawak," suara isteri Pak Imamlantang dari arah dapur. Kata-kata itu saya rasakan seperti menyindir saya. Denganmuka yang tebal saya berdiri di kaki tangga.

"Sudahlah Tamar, naik saja ke rumah," Pak Imam cuba menghilangkan rasa serbasalah dalam diri saya. Dengan tenang saya naik ke rumah. Duduk di sudut,menghala ke dapur. Apa yang saya buat, semuanya tidak kena, saya rasa Pak

Imam bagaikan tahu dengan apa yang telah saya lakukan.

Begitu cepat masa berlalu.Tepat jam dua belas lebih, hidangan makan tengah haripun tersedia. Semuanya amat menyelerakan. Lepas makan dihidangkan pulapengat pisang.

"Sempat awak buat semuanya ini," kata Pak Imam bila melihat isterinya mengatur piring pengat pisang di depannya.

"Bukan saya yang buat," kata isteri Pak Imam.

"Kalau bukan awak, siapa yang buat?"

Page 198: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 198/294

198

"Masitah, dia ada di dapur tolong membasuh."

"Hum..." kata Pak Imam dan terus menikmati pengat pisang abu, "Sedap, makanlahTamar, apa malu-malu. Si Masitah buat pengat memang handal," sambung PakImam sambil merenung ke arah saya. Lagi sekali, saya tersipu dengan sikap Pak

Imam itu. Saya rasakan dia menyindir saya lagi.

"Ah, banyak sangat ni," kata saya dalam usaha menghilangkan rasa serba salah.

"Rasa dulu, lepas tu mesti kamu makan sampai habis," tanpa diduga datukbersuara. Datuk terus menikmati pengat pisang.

Datuk dan Pak Imam sudah pun menikmati pengat pisang dari hasil kerja Masitah.Saya masih belum memulakannya.

"Silakan," tutur Pak Imam.

"Cepat Tamar, kita nak balik jauh," datuk pula seperti mendesak. Dan saya punmemulakannya. Memang sedap. Dalam saya asyik menikmati pengat pisang, sayaterdengar suara Masitah. Cepat-cepat saya panggungkan kepala lalu merenung kedapur.

Masitah, bentak batin saya setelah melihat kelibatnya di ruang dapur. Bila sayamahu merenung untuk kedua kalinya, datuk mula berdehem.

"Kau nak balik Masitah," terdengar suara isteri Pak Imam.

"Ya," pasti itu suara masitah.

"Malam ni datang lepas Isyak, Pak Imam nak ajar kita tentang rukun sembahyang,"terdengar lagi suara isteri Pak Imam.

"Saya datang, emak juga datang," sahut Masitah.

Hati saya bagaikan digaru-garu mahu segera bangun dan berdiri di muka tingkapmahu melihat Masitah yang ayu melangkah pulang kerumahnya. Sebagai anakmuda yang ada maruah dan harga diri, sudah tentu perkara semacam itu tidak dapat

saya lakukan.

"Kita sembahyang di masjid," Pak Imam memberikan cadangan, setelah berehatlebih dari setengah jam (selepas makan tengah hari). Masa berehat yang setengah jam itu dipenuhi dengan perbincangan dan perdebatan berhubung dengan perkaraagama dari datuk dan Pak Imam. Secara tidak langsung pengetahuan saya turutbertambah. Setidak-tidaknya saya mengerti beberapa patah perkataan Arab.

"Saya setuju," datuk memberikan kata putus. Memang sudah direncanakan setelahmenunaikan fardhu Zuhur, saya dan datuk akan meneruskan perjalanan ke Tanjung.Segala beg dan barang datuk terpaksa dibawa bersama. Masa saya menyarungkan

sepatu, saya terus mencuri pandangan ke arah rumah Masitah. Perkara itu sayalakukan dengan hati-hati dan teliti sekali. Jangan sampai dapat dikesan oleh Pak

Page 199: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 199/294

199

Imam atau datuk.

Saya masih beruntung, mata saya masih dapat menangkap bentuk tubuh Masitahberdiri di balik perdu durian yang berada di sempadan antara tanah milik ayahnyadengan tanah milik Pak Imam. Masitah memakai baju kurung merah dengan kain

warna coklat. Dia merenung ke arah saya.

TUNDUK

Dengan keadaan tertunduk kerana mengikat tali kasut, saya terus menjeling ke arahMasitah dengan ekor mata. Entah mengapa gadis yang berkulit putih itu benar-benar mempengaruhi hati saya.

Meskipun loghat Pulau Pinang yang diucapkannya sering membuat saya tersenyum

panjang. Mungkin kerana tidak mahu menunggu saya yang mengambil masa agaklama mengikat tali kasut, datuk dan Pak Imam beredar menuju ke kepala jalan.

Ini peluang yang cukup baik. Saya segera tegakkan tubuh dan merenung dengantepatnya ke arah Masitah. Paling menggembirakan hati, Masitah tidak lagi berdiri dibalik pokok durian. Dia berdiri di tengah lapang. Saya lambaikan tangan kearahnya.Lambaian saya dibalasnya.

"Balik dulu," kata saya.

Masitah tidak menjawab. Dia cuma senyum sambil mengerak-gerakkan tangan yangmembawa makna yang dia akan menulis surat kepada saya berpandukan padaalamat yang saya berikan padanya.

"Bagus."

Tutur saya sambil menegakkan ibu jari.

"Aheeemmm."

Saya segera angkat kepala. Renung ke arah tingkap sebelah kanan. Isteri Pak Imam

berdiri di situ. Tanpa berkata apa-apa, saya terus berlari ke arah datuk dan PakImam yang berdiri di kepala jalan.

Sampai di kepala jalan, saya toleh ke arah pokok durian. Masitah sudah ghaib.Agaknya, dia melarikan diri kerana tidak mahu perbuatannya dikesan oleh isteri PakImam. Sepanjang perjalanan menuju ke masjid, hati saya menyanyi riang.

Setelah menunaikan sembahyang Zuhur, Pak Imam menghantar saya dan datuk keperhentian bas Balik Pulau. Datuk meninggalkan pesan pada Pak Imam supayamempengaruhi Mat Prai, agar dia sering pergi ke masjid, selalu membuat sedekahdan amal jariah. Nampaknya, pesanan itu disambut oleh Pak Imam dengan baik

sekali.

Page 200: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 200/294

200

"Dengan izin Allah, saya cuba tunaikan. Itupun kalau dia datang ke sini."

"Saya faham, saya mahu bila dia balik bercuti atau datang ke sini di musim durian,dia mesti buat amal ibadah, jangan mengejar duit saja. Kalau Pak Imam takmenegurnya, siapa lagi yang nak diharapkan," kata datuk.

Bas pun bergerak meninggalkan perhentian. Dalam perjalanan yang membosankanitu, saya terus berangan-angan, menikmati zaman kegemilangan bersama Masitah.

Saya bayangkan yang kami berlari di gigi pantai. Membiarkan buih-buih ombakmenyentuh kaki. Kemudian, kami terjun ke laut lalu berenang melawan ombak.Angan-angan yang tidak bertepi itu terus membungsung tinggi dalam kepala saya.

Akhirnya saya terlena. Tidak tahu apa yang terjadi, samada di dalam perut bas ataudi luar. Saya terjaga bila bahu saya digoncang oleh datuk berkali-kali. Bila saya bukamata, perut bas sudah kosong. Pemandu dan penjual tiket sudah berada di sebuah

warung.

"Bangun, kamu tidur macam orang mati."

Saya diam. Tidak memberikan sebarang komentar atas kata-kata yang datukluahkan. Dalam keadaan yang lesu saya terus bangun sambil menggosok-gosokkelopak mata.

"Kalau dah makan tak sedarkan dunia, inilah akibatnya kena angin bas terus tertidur,macam anjing mampus," datuk terus merungut.

Macam tadi juga, saya tidak berani bersuara. Terus melangkah menuju ke pintu bas.Bila berada di luar baru terasa panas. Saya dan datuk terus menuju ke pengkalan.Dari situ kami menaiki feri menuju ke tanah besar.

Datuk membatalkan hasratnya untuk mengunjungi rumah Mat Prai keranakesuntukan masa. Kerana kesuntukan masa juga, datuk naik teksi menuju keTaiping. Dari Taiping menuju ke kampung baru naik bas. Menjelang Maghrib kamisampai di rumah.

Nenek menyambut kepulangan kami dengan wajah yang riang. Dia menyambut

buah tangan dari datuk yang dibeli di bandar Taiping. Datuk juga sembahyang Asar di Taiping. Saya ingat sebelum menaiki bas, datuk pergi membeli belah di kedaiyang menjual buah-buahan. Datuk juga membeli beberapa helai kain pelikat dan duahelai kain batik untuk nenek. Hadiah-hadiah itu membuat nenek gembira.

MALAM

Seperti selalu, setiap kali pulang dari perjalanan yang jauh, pasti saya menceritakanpada nenek hal-hal yang dialami. Dan malam itu, secara kebetulan saya tidak ikut

datuk berjemaah Maghrib dan Isyak di masjid. Datuk memang ada mengajak sayakerana ada guru agama mengajar Tauhid tetapi saya menolak dengan alasan penat.

Page 201: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 201/294

201

Alasan itu dapat diterima oleh datuk.

Selepas menunaikan fardhu Isyak, saya terus mendekati nenek yang duduk bersiladi tengah ruang. Cukup tenang nenek mengunyah sirih. Bibir kecutnya nampakmerah. Saya pun bercerita padanya tentang apa yang dialami ketika berada di Pulau

Pinang. Bila sampai bahagian cerita yang menakutkan, wajah nenek nampakcemas. Bila ada kisah lucu nenek ketawa.

"Tapi Tamar."

Nenek behenti mengunyah sirih. Tepak sirih yang berada di hujung lutut segeraditolaknya ke tepi. Matanya merenung tajam ke arah saya. Debaran cemas bersamaperasaan ingin tahu mula menyelubungi hati saya.

"Kenapa nek?"

Nenek tersenyum. Masih keberatan untuk menceritakan sesuatu pada saya. Diaterus mengunyah sirih dengan seenak-enaknya.

"Kenapa nek?"

"Masa kamu sama datuk tak ada di rumah ni, nenek tak pernah merasa aman.Belum pernah nenek berdepan dengan masalah yang sepelik ni, pada hal dulu datukkamu keluar sampai berbulan-bulan, tak ada yang mengacau. Tapi kali ini, lainmacam pula," nenek memulakan ceritanya. Bila saya mendekatinya, nenek tidakmeneruskan cerritanya. Ini membuat saya resah.

"Apa yang nek nak ceritakan ni," saya mula mendesak. Nenek lunjurkan keduabelah kakinya.

"Setiap malam, macam ada orang datang, orang berjalan dan bercakap diluar rumah. Kadang-kadang terdengar bunyi orang makan," lanjut nenek. Tiba-tiba sajabulu tengkok saya tegak berdiri.

"Selalunya, pukul berapa nek dengar?"

"Pukul dua belas malam ke atas," terang nenek bersahaja, "Bila nenek buka pintu

dan keluar, keliling rumah bawa suluh tak ada apa yang nenek nampak," sambungnenek lagi. Di wajahnya tidak terbayang keresahan.

Saya terdiam sejenak. Apakah perkara yang dialami oleh nenek itu adahubungannya dengan kejadian di rumah Haji Taslim Singasari? Apakah syaitan-syaitan peliharaan Suhaimi Keraba boleh sampai ke sini? Tahu pula yang nenek niisteri datuk. Mungkin ada makhluk-makhluk lain yang sengaja mahu mengacaunenek? Semuanya itu timbul dalam tempurung kepala saya.

"Nenek tak minta tolong, tak beritahu hal ini pada orang lain," saya mengajukanpertanyaan. Mata saya liar merenung ke kiri dan ke kanan. Rasa takut terus

bersarang di sudut hati.

Page 202: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 202/294

202

"Buat apa beritahu orang."

"Apa pasal nek cakap macam tu."

"Kadang-kadang perkara macam ni, susah orang nak percaya."

"Tak percaya tak apa, asalkan diberitahu, setidak-tidaknya ada juga perhatian orangpada rumah ni."

"Buat apa menyusahkan orang kerana kita."

"Hum..." saya melepaskan sebuah keluhan. Bosan dengan perangai nenek yangtidak jauh bezanya dengan perangai datuk.

"Sekarang benda-benda tu tak datang lagi nek?" saya minta kepastian.Sesungguhnya, saya memang tidak mahu perkara-perkara ganjil seperti itu datang

mengacau nenek yang sudah tua.

"Entah, hilang begitu saja," balas nenek.

"Nenek tentang?"

Nenek gelengkan kepala dan terus mengunyah sirih. Saya lihat nenek seperti mahumenghabiskan cerita itu hingga ke tahap itu saja. Dia seperti mahu melupakan saja,sudah pasti saya kurang senang dengan tindak-tanduk nenek itu.

"Apa yang nenek buat, cakaplah," saya cuba merayu.

"Eh, kamu ni, aku tak buat apa-apa. Dia mengamuk diluar, aku baca Yaasin dirumah, aku sembahyang Tahajjud. Aku buat seperti apa yang selalu aku buat.Biarlah dia nak bertendang, berterajang atau bersilat di luar rumah."

"Haa..." mulut saya terlopong.

"Apa lagi Tamar."

"Tak ada apa-apa nek," sahut saya. Entah mengapa perkara sebodoh itu saya

tanyakan pada nenek. Kenapa saya terlupakan yang nenek itu isteri datuk.Sebanyak sedikit sudah tentu datuk mencurahkan ilmu pada isterinya. Setidak-tidaknya untuk perlindungan dirinya. Saya segera menarik nafas dalam-dalam. Tidaklama kemudian datuk pulang dari masjid.

121. Tetamu Cacat 

Datuk buka baju teluk belanga lalu disangkutkan pada paku dinding. Seperti selalu,

datuk terus duduk bersandar sambil mendirikan lutut sebelah kanan. Beberapa saatkemudian nenek pun meletakkan secawan kopi pahit di depannya. Datuk tidak

Page 203: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 203/294

203

segera meminumnya. Dia hanya melihat asap nipis di permukaan cawan.

"Ramai orang di masjid?"

"Tak seberapa," datuk terus menghirup kopi pahit, "Begitulah selalunya, tak ramai

orang yang mahu belajar di masjid, orang lebih suka tengok Fun Fair," sambungdatuk dengan nada kesal.

Cara kebetulan pula di pekan kecil sudah sminggu diadakan Fun Fair. Macam-macam pertunjukkan diadakan yang dapat memikat hati orang-orang di tempat saya.

"Memang begitu adat hidup. Dunia dilebihkan, akhirat buat endah tak endah.Maklumlah, dunia nampak, alam akhirat tak nampak," ujar nenek lalu memicit buahbetisnya.

Datuk tidak memberikan sebarang komentar terhadap kata-kata yang nenek

tuturkan. Dengan tenang datuk mengangkat cawan lalu menghirup kopi pahit. Sayasudah pun merebahkan badan di lantai, sejak datuk meneguk kopi pahit pertama.Sengaja saya rapatkan kedua belah kelopak mata. Biar nenek dan datukmenyangkakan yang saya sedang tidur.

"Rasa-rasanya, aku nak ke Jambi. Rindu nak tengok kaum keluarga, saudara maradi sana. Aku rindukan tanah jambi," hasrat yang datuk luahkan itu membuatkan sayamembuka kedua belah kelopak mata dengan luas.

"Kita faham niat awak, kita tak menghalangnya, hubungan kaum keluarga, kataorang macam air sungai, dicincang tak putus, Tapi, ada...," nenek tidak meneruskankata.

"Ada apa?" datuk pun menegakkan badannya. Biji matanya tepat merenung wajahnenek. Seolah-olah memaksa nenek supaya menyambung segera kata-kata yangterputus itu.

"Awak tu, tak sekuat dulu lagi. Awak bukannya muda, cuma itu saja yang saya nakingatkan," nenek pun angkat muka lalu bola matanya terpaku ke wajah datuk.

"Awak takut saya mati?"

"Tak pula, kerana saya tahu, mati tu adalah hak Allah."

"Habis apa yang awak bimbang dan takutkan."

"Awak nak ke Jambi tu nak naik apa, kapal terbang atau kapal laut?" soal nenek lagi.Tidak ada jawapan dari datuk. Dia hanya tunduk merenung lantai sambil menghelanafas perlahan-lahan.

Ternyata seperti ada sesuatu yang bermain dalam kepala datuk, ekoran daripertanyaan yang nenek kemukakan.

"Nak ikut apa?" ulang nenek lagi.

Page 204: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 204/294

204

Tidak ada jawapan dari datuk dan baki air kopi pahit dalam cawan segeradihirupnya. Kemudian datuk lunjurkan kaki kanannya. Datuk seperti keberatan untukmenjawab pertanyaan dari nenek, macam ada sesuatu yang ingin datuksembunyikan dari perempuan yang tertonggok didepannya.

Saya yang sedang baring terus pasang telinga. Saya juga ingin mendengar jawapandari datuk. Bunyi cengkerik berdendang di luar cukup rancak. Angin yang bertiupterus menjatuhkan reranting yang kering ke bumi. Suara kucing jantan cukup nyaringmemanggil kucing betina.

"Aku nak ke Jambi dengan kapal laut," secara mengejut datuk bersuara. Kaki yangdilunjur dirapatkannya kembali. Silanya diperkemaskan.

"Sungguh-sungguh awak nak ke jambi."

"Tentu," datuk anggukkan kepala.

"Bila agaknya awak nak pergi?"

"Bila semua urusan selesai baru sedap berjalan."

"Pergi seorang saja?"

"Berdua."

Nenek terus membeliakkan biji matanya.

"Awak nak bawa saya?"

Tanya nenek, cepat-cepat datuk gelengkan kepala.

Nenek ambil sirih, pinang, kapur dan gambir. Semuanya disatukan lalu disumbatdalam gobek. Dengan tenang nenek menggobek sirih.

Saya kira sambil menggobek sirih, nenek memerah otak memikirkan siapakahkawan karib datuk yang bakal menemaninya ke tanah Jambi.

"Siapa kawan awak tu," nenek berhenti menggobek sirih.

"Siapa lagi...," datuk terus diam. Dia menggeliat untuk menghilangkan rasa lenguh dipangkal belikatnya.

"Agaknya awak nak bawa cucu kita, si Tamar," nenek terus menyerkap jarang.

"Memang begitulah hajat di hati, mahu aku perkenalkan si Tamar dengan kaumkeluarga di seberang. Aku tak mahu dia kehilangan akar umbi keturunannya. Biar dia kenal siapa dirinya dan dari mana asal-usulnya," datuk bersuara penuh

semangat.

Page 205: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 205/294

205

Bila datuk mengakui yang dia memang berhasrat mahu membawa saya ke tanahseberang. Saya semacam tidak sedar terus bangun dan duduk bersila merenungmuka datuk dan nenek. Saya masih mengharapkan kata-kata selanjutnya yangbakal keluar dari kedua kelopak bibir datuk dan nenek.

"Wah! tengok si Tamar ni, sebut pasal nak berjalan dari tidur terus bangun," nenekmenghalakan matanya ke arah saya.

"Maknanya dia pura-pura tidur, bukan apa tu, dia nak mengelakkan dari disuruhmembaca Quran. Perbuatan macam tu tak ada untungnya Tamar, apa faedahnyamenipu diri sendiri," sampuk datuk tanpa merenung ke arah saya.

Tebal rasa kulit muka bila kena sindir macam tu. Apa mahu dikata, salah sendiriterpaksa ditanggung malu.

"Pergi tidur dalam bilik," herdik datuk.

"Baik tuk," saya segera akur dengan cakap datuk.

REBAH

Nenek hanya melihat telatah saya yang tergesa-gesa masuk ke bilik tidur. Sayatidak merebahkan diri di atas katil. Saya lekapkan telinga kanan ke dinding untukmengikuti perbualan selanjutnya antara datuk dan nenek.

"Budak tu cukup nakal, makin besar makin menjadi nakal," itulah komen nenekterhadap saya.

"Budak lelaki memang begitu, suka membantah cakap. Kalau kena cara cakap danminta mahu mendengar kata. Suruh apa saja, sanggup dibuatnya. Tamar tu bolehdibentuk lagi untuk menjadi manusia," datuk membela saya.

Saya senyum sendirian, megah kerana ada orang yang bersedia mempertahankandiri saya. Bukan kepalang gembiranya rasa di hati, bila datuk memuji saya di depannenek.

Dan saya mula faham, begitu tinggi sekali harapan datuk pada saya. Keseronokanyang melonjak-lonjak terus terbantut, bila teringatkan ungkapan dari datuk berbunyi:Tamar tu boleh dibentuk lagi untuk jadi manusia.

Wah! ini sudah keterlaluan. Apakah batang tubuh saya yang wujud ini, bukannyamanusia? apakah saya ini binatang yang bertubuhkan manusia? datuk sudahmelampau, secara mendadak saya jadi marah. Kalau ikutkan hati, mahu rasanyapapan dinding saya tumbuk, biar tercabut.

Dalam mengawal perasaan itu, saya cuba membaca surah Al-Fatihah tiga kali.

Ketenangan datang dalam diri saya dan saya mula memikirkan ada maksud tertentudari ungkapan yang datuk luahkan itu.

Page 206: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 206/294

206

Telinga terus saya lekapkan ke dinding. Saya mengalami kekecewaan yang amatsangat. Datuk dan nenek tidak lagi memperkatakan tentang hal yang adahubungannya dengan niat datuk mahu pulang ke Jambi. Mereka membawapersoalan lain, mereka memperkatakan tentang tanah sawah, kebun getah, amal

ibadah dan hal-hal yang bersangkut-paut dengan kematian. Saya cukup hampadengan tindakan datuk dan nenek itu.

Saya pun rebahkan sekujur tubuh atas katil, saya mula memikirkan tentangperjalanan ke Jambi dengan kapal laut membelah Selat Melaka.

Kalaulah benar, datuk bersedia membawa saya ke tanah Jambi, saya akanmemujuk datuk agar membawa saya ke Palembang untuk melihat puncak BukitSeguntang tempat Wan Empuk dan Wan Malini berhuma padi. Saya juga teringinsekali mahu melihat Sungai Mati yang membelah Palembang. Semoga cita-cita danimpian terlaksana.

"Bolehkah dipercayai cakap datuk tu?"

Timbul pertanyaan dalam hati saya di malam yang dingin. Saya terdengar bunyi jamgantung berdenting sepuluh kali. Perbualan datuk dengan nenek tidak serancak tadi.Saya menguap, sekejap saya melentang, sekejap saya meniarap dan sekejapmengiring. Entah mengapa saya resah tak menentu.

"Agaknya, saya terpengaruh dengan cerita datuk mahu membawa saya ke Jambi,inilah sebabnya saya resah tak menentu dan tak mahu tidur," begitulah sayamembuat ramalan dalam hati. Saya terus bangun duduk atas katil sambil memeluksepasang lutut. Macam-macam yang saya fikirkan tentang kampung halaman datukdi Jambi.

Suburkah bumi Jambi dengan tumbuhan. Sombongkah anak buah datuk. Kasarkahgerak-geri mereka dan celuparkah mulut anak buah datuk di sana. Dapatkah sayamenerima mereka sebagai kaum keluarga yang masih mempunyai pertalian darahdengan datuk, sedangkan saya tidak pernah mengenali mereka secara dekat, tidakmesra.

Mungkin cara mereka berfikir dengan saya tidak sealiran. Jangan-jangan bahasa

yang diucapkan tidak saya fahami. Dapatkah saya menerima mereka saya yangtelah dipisahkan oleh Selat Melaka. Semuanya bergolak dalam dada saya.

"Disana ada sungai, ada jambatan, nanti kau dah besar tuk bawa ke sana,"teringatkan dialog yang terjadi antara saya dengan datuk ketika saya mulabersekolah dulu.

"Sungai itu apa namanya tuk?"

"Sungai Batanghari."

"Jambatannya nama apa tuk?"

Page 207: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 207/294

207

"Aur Duri, dibuat dari besi, nantilah kamu besar datuk bawa kamu ke sana."

"Lembu di sana, serupa dengan lembu di sini tuk."

"Tentulah sama," datuk terus ketawa panjang. Barangkali dia merasa amat lucu

dengan pertanyaan saya itu.

Saya tersenyum mengingati ketololan diri sendiri. Saya menguap panjang. Dan matasaya terasa amat berat sekali. Saya hilang keinginan untuk mengikuti perbualanantara datuk dengan nenek, saya terus menarik gebar untuk menghilangkan rasadingin yang menguasai sekujur tubuh. Dan sesungguhnya, setelah itu saya tidaktahu apa yang berlaku.

RUANG

Bila saya bangun untuk menunaikan solat Subuh, saya dapati ada seorang lelakiduduk di ruang tengah.

Lelaki itu memakai songkok hitam, berbaju cekak musang dengan kain selendangmembalut sebahagian dari dadanya. Memakai pelekat berpetak empat, macampetak papan catur.

Waktu saya lalu disisinya, lelaki itu tidak angkat muka. Tunduk merenung lantaimacam orang bertafakur. Datuk berdiri dikirinya dengan pakaian yang lengkap untukberjemaah Subuh di masjid.

Kerana dia tidak menghiraukan saya, saya pun tidak menegurnya. Saya teruskanperjalanan ke bilik air. Setelah mandi dan ambil air sembahyang, lagi sekali saya laludiruang tengah. Saya dapati lelaki dan datuk sudah tiada lagi di situ. Pada hematsaya, pasti kedua-duanya menuju ke masjid.

Setelah menunaikan solat Subuh, saya terus mendapatkan nenek yang sedangmenjerang air di dapur.

"Ada orang baru datang ke rumah kita nek? siapa orang tu?" saya kemukakan

soalan pada nenek. Sakit juga hati bila nenek buat tidak kisah dengan pertanyaanyang saya ajukan padanya. Saya ulangi pertanyaan itu beberapa kali, barulah nenekbersuara.

"Entah, aku tak kenal siapa dia, Tamar."

"Masa bila dia datang nek?"

"Kalau tak silap dekat pukul sebelas malam tadi. Pada mulanya datuk kamuterdengar bunyi orang berjalan di luar, tidak lama kemudian, pintu rumah kita diketukberkali-kali," nenek memperjelaskan cerita sebenar dengan harapan keraguan yang

berada dalam hati saya akan berakhir.

Page 208: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 208/294

208

"Kemudian tuk suruh dia masuk. Bukan begitu nek?" tingkah saya, nenek punsegera anggukkan kepala.

"Itu silap besar, membenarkan orang yang kita tak kenal bermalam di rumah kita,"saya luahkan protes.

"Tuk kamu bukannya bodoh, dia fikir buruk baiknya dulu sebelum menerima orang tubermalam di sini. Kau tahu Tamar, orang tu cacat."

"Cacat," saya terkejut besar lalu membeliakkan biji mata.

"Ya," angguk nenek.

"Tadi saya nampak elok sempurna."

"Kamu tengok sekali lalu, macam mana kamu boleh kata begitu," dari nada

suaranya itu, ternyata nenek kesal dengan sikap saya.

Buat beberapa saat saya tidak bersuara. Biarkan perasaan nenek kembali tenang.Kalau banyak soal nanti dia naik darah. Kalau nenek sudah naik darah nanti puntungkayu api naik ke muka saya. Nenek buka tingkap bahagian dapur. Cuaca di luar nampak samar-samar. Kokok ayam masih kedengaran sekali-sekala. Di kaki langitada kilau cahaya yang mula bangkit.

"Apa cacatnya nek?"

Nenek menarik nafas lambat-lambat. Diwajahnya terpancar rasa simpati yang amatdalam terhadap tetamu yang kurang saya restui itu.

"Dia jalan merangkak, ampun maaf cakap, berjalan macam biawak."

"Pelik, kenapa macam tu. Apa kata tuk tentang cara dia berjalan tu nek," sayaberminat sekali untuk mengetahui keganjilan yang terjadi pada diri lelaki tersebut.

"Tak ada apa-apa katanya, cuma dia kesian saja."

"Hairan juga saya, macam mana dia terus datang ke rumah kita nek?"

"Itu kau kena tanya tuk kamu, dia melayan orang tu bercakap berjam-jam malamtadi. Lepas aku menghidangkan air kopi dan kuih, aku terus masuk bilik, akumengantuk," tutur nenek dengan tenang.

Nenek terus taruh kopi dan gula ke dalam teko lalu disusuli dengan air panas. Nenekkacau air panas dengan sudu hingga kopi dan gula bersatu. Bau air kopi yangmenyegarkan itu terus menusuk lubang hidung, saya kian terangsang untuk minumkopi.

"Kamu minum dulu."

Nenek tuang kopi panas ke dalam cawan. Tanpa membuang masa lagi saya terus

Page 209: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 209/294

209

menghirupnya.

"Kalau nak makan goreng pisang tunggu sekejap lagi," ujar nenek lagi sambilmengangkat goreng pisang dari kuali dan diletakkan atas para dengan tujuan untukmenyejukkannya.

"Tak apa nek, dapat air kopi ni pun dah cukup baik," kata saya.

"Baiknya kamu pagi ni Tamar," nenek menyindir.

"Saya cakap ikhlas nek, nenek buat goreng pisang ni untuk orang cacat tu?"

"Ya," angguk nenek.

Tanpa diminta, sambil bercerita bagaimana tetamu cacat itu datang. Pada mulanya,datuk keberatan mahu mengizinkan tetamu cacat itu bermalam di rumah. Tetapi,

setelah dirayu dan diterangkan tujuan sebenarnya, barulah datuk membenarkantetamu cacat itu masuk ke rumah.

"Apa alasannya nenek?" saya memotong cakap nenek.

"Katanya, sudah berbulan-bulan dia mencari rumah datuk kamu, dia mendapat tahudari orang tertentu yang datuk kamu berkebolehan, kerana itu dia mencarinya."

"Waktu malam datang ke rumah," cemuh saya.

"Begitulah, kalau dah berhajat."

"Orang mana nek?"

"Entah, nenek tak tahu."

"Hum..." keluh saya.

Saya terus minum baki kopi panas yang masih ada dalam cawan. Saya kira, selesaisaya minum nanti nenek akan menyambung kembali cerita tentang tetamu cacattersebut.

SALAH

Perkiraan saya tidak salah lagi. Sebaik saja saya meletakkan cawan atas meja.Nenek duduk bersila di depan saya.

"Khabarnya orang jauh," nenek memulakan cerita.

Ternyata cerita yang mahu bermula itu, mati setakat itu saja. Disekat oleh

kepulangan datuk dan tetamu cacat.

Page 210: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 210/294

210

"Bukakan pintu Tamar, mereka dah balik dari masjid," suruh nenek.

Tanpa tangguh-tangguh lagi saya menerpa ke pintu dengan harapan mahu melihattentang kecacatan yang dialami oleh tetamu baru itu. Pintu saya buka, saya lihatdatuk tercegat di halaman, sedangkan tetamunya merayap memanjat tangga.

Tetamu itu menggunakan kekuatan sepasang tangannya untuk mengheret tubuhnyanaik tangga rumah. Apa yang saya lihat membuat saya tergamam dan terkejut.

"Kenapa tercegat di situ!" pekik datuk.

Saya terkejut dan terus menuju ke ruang dapur mendapatkan nenek yang sudahmengaturkan piring untuk goreng pisang dan cawan atas talam.

"Apa yang bising tu, Tamar?" nenek renung muka saya.

"Tuk marah saya berdiri di depan pintu."

"Tak manis melihat orang cacat macam tu, sepatutnya lepas kamu buka pintu, kamuberubah ke tempat lain."

"Kesian dia, nek."

"Sekarang kamu dah tahu kenapa tuk kamu membenarkan dia bermalam di rumahkita," tutur nenek dengan renungan yang sayu ke arah dinding dapur. Mungkin adasesuatu yang bermain dalam tempurung kepala nenek.

Bila nenek sudah yakin yang datuk dan tetamu cacat sudah sampai dan duduk diruang tengah. Nenek pun mengarahkan saya supaya membawa makanan pagi keruang tengah. Cakapnya segera saya patuhi. Setelah hidangan itu diletakkan, sayasegera angkat kaki untuk ke dapur kembali.

"Tamar."

Langkah saya terhenti. Wajah datuk saya renung.

"Kamu duduk di sini, minum sama kami," sambung datuk lagi.

"Tapi cawannya ada dua saja tuk," saya mencari helah.

"Nanti aku suruh nenek kamu bawa lagi dua cawan," datuk segera bangun menujuke ruang dapur. Dan datang kembali ke ruang tengah bersama dengan nenekmemmbawa dua cawan kosong.

Saya gagal menjauhkan diri dari datuk. Saya tidak ada pilihan lain lagi. Samadasuka atau tidak saya terpaksa akur dengan cakapnya. Saya duduk dekatnya, tetamucacat tunduk merenung lantai, dia kelihatan seperti takut mahu melihat batanghidung saya. Bila saja nenek selesai menuangkan air kopi ke dalam cawan, dia

segera beredar ke dapur.

Page 211: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 211/294

211

Saya sandarkan badan ke dinding sambil mengarahkan sepasang anak mata ketingkap yang terdedah. Saya lihat suasana di luar cukup cerah. Matahari yang kianmeninggi terus memancarkan cahaya, kicau burung bersahut-sahutan.

"Silakan minum, Khoja Lisut."

"Ya, terima kasih."

Tetamu cacat segera angkat cawan lalu menghirup kopi. Saya mengalami kejutanyang kedua. Bibir tetamu cacat kelihatan terbelah dua dan lidahnya berwarna putih.Dia tidak menghirup kopi tapi menjilat. Mungkin kerana menyedari yangperbuatannya jadi tumpuan saya, tetamu cacat segera berhenti minum kopi. Diaangkat muka lalu renung ke arah saya.

"Jangan terkejut nak, memang begini cara pak cik minum," katanya tersekat-sekat.

"Kerana ini jugalah pakcik dibuang keluarga, ditinggalkan oleh anak bini pak cik,"sambungnya dalam nada suara yang penuh kehampaan.

"Khoja Lisut, tak usahlah bercerita apa-apa pada cucu saya tu, minum dan makandulu," datuk bertindak kerana dia menyedari kalau dibiarkan Khoja Lisut meneruskanpercakapan, mungkin Khoja Lisut akan menangis.

Bagi datuk memang pantang tujuh keturunan, kalau orang bertandang menangispagi di rumahnya. Perbuatan itu seolah-olah menyuruh rezeki lari jauh dari tuanrumah disamping menggambarkan yang tuan rumah tidak bersyukur pada Tuhanyang menjadikan waktu pagi yang indah.

Selain dari itu, perbuatan tetamu menangis pagi dirumah orang yang didatangiseolah-olah mendoakan tuan rumah dan keluarganya supaya hidup dalam bahayadan pendek umur.

Entah dari mana pantang larang dan petua itu dikutip oleh datuk. Kata nenek, petuadan pantang larang itu telah diwarisi oleh datuk dari nenek moyangnya. Entahberapa keturunan. Apakah pantang larang, petua dan petunjuk sedemikian mestidilanjutkan di abad-abad yang akan datang? ingin saya bertanya demikian padadatuk. Tetapi, tidak pernah saya ajukan, saya takut dimarahinya.

Sarapan pun berakhir, cawan dan piring kosong saya bawa ke dapur. Saya segeramemberitahu datuk yang saya mahu menemani nenek ke kebun pisang.

"Tak payah, nenek kamu boleh uruskan," sanggah datuk.

"Saya nak tolong dia petik mentimun, cabai dan sayur."

"Tak payah, nenek kamu boleh buat."

"Saya nak tengok jerat di tepi hutan."

"Biar aku beri tahu nenek kamu untuk menengoknya."

Page 212: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 212/294

212

"Eh, saya nak tengok bubu di sungai."

"Semuanya sudah aku cakapkan pada nenek kamu, dia boleh selesaikan kerja tu,kita cuma tunggu waktu makan saja," datuk begitu serius. Apalagi mahu saya

katakan. Semua helah dan dalih ditolak mentah-mentah oleh datuk.

"Tamar, hari ini kamu kena tolong datuk dari pagi hingga petang, boleh jadi sampaike malam," cukup tenang datuk bertutur. Matanya terpaku ke wajah saya.

"Pertolongan apa tu tuk."

"Bukan masanya, sekarang bukan masanya kamu nak bertanyakan hal itu, tunggusaja perintah aku," saya dapat merasakan ada riak kemarahan dalam hati datukberdasarkan pada tekanan suaranya.

RANCAK

Bila melihat datuk dalam keadaan demikian, saya segera mengambil sikapmembisu, tunggu serta lihat. Apa juga perintahnya pasti saya turuti.

Saya perhatikan, sejak tadi datuk tidak begitu rancak berbual dengan tetamu cacat.Datuk lebih banyak termenung sambil melihat ke dada langit, macam ada sesuatuyang difikirkannya. Sesekali wajah datuk berkerut dan cemas.

"Kita ke kebun pisang, duduk berborak di pondok," datuk luahkan arahan.

"Pak cik Khoja macam mana, tuk?"

"Ha, ikut sama."

Saya menarik nafas panjang. Terbayang di kepala bagaimana susahnya si tetamucacat merangkak ke sana. Apa datuk mahu menyeksanya? tidakkah datuk tahu jarak antara kebun pisang dengan rumah hampir satu batu. Ini kerja gila.

"Kita pimpin dia," datuk memecahkan kebuntuan dalam kepala saya. Tapi, cara itu juga tidak praktikal. Memimpin orang cacat sejauh itu memang menyulitkan.

"Siap," datuk renung saya.

"Baik," kepala segera saya angguk.

Datuk masuk ke kamarnya dan keluar dengan memakai seluar hitam. Kain pelekatbesar dijadikannya samping. Bila sudah berpakaian demikian, ertinya ada tugastertentu yang bakal dilaksanakan oleh datuk. Saya lihat datuk memasukkan kain lilitkepalanya ke dalam saku baju. Dan dia mengenakan kopiah putih di kepala.

"Ayuh, tunggu apa lagi, Tamar."

Page 213: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 213/294

213

Saya segera turun, begitu juga dengan tetamu cacat terpaksa menyusur tanggadengan hati-hati. Bila kami sampai ke bawah baru datuk turun. Saya bersedia mahumemimpin tetamu cacat.

"Tak payah," datuk menolak saya ke tepi sebelah kanan.

Datuk terus membongkok lalu mengangkat tetamu cacat, diletakkan atas keduabelah bahunya.

"Aku bawa dia," katanya pada saya.

Saya anggukkan kepala. Mungkin kerana tidak mahu perbuatannya diketahui olehorang-orang kampung, datuk mengambil keputusan ikut jalan pintas yang agaksukar menuju ke kebun pisang. Terpaksa melalui denai di pinggir belukar. Sayasering saja tersepakkan akar-akar pokok dan adakalanya saya terjatuh.

Datuk tidak kisah dengan apa yang terjadi pada saya. Dia jalan terus seakan-akanberlari, saya tercungap-cungap memburunya dari belakang. Sampai saja di pondokpisang sesikat datuk terus letak Khoja Lisut atas lantai pondok yang dibuat daribuluh. Khoja Lisut segera mengisut ke tengah pondok. Datuk terus menuju ke perigimembasuh muka. Saya naik ke pondok.

"Kenapa tuk bawa pak cik Khoja ke sini."

"Memenuhi syarat."

"Syarat apa?" saya bertambah hairan.

"Syaratnya, pak cik boleh menceritakan dari mana pak cik datang dan sebab-sebabpak cik jadi begini di pondok yang berlantaikan buluh, atap rumbia dan berdindingseparuh."

"Begitu," saya menarik nafas dalam-dalam. Syarat-syarat yang dikehendaki itu adadi pondok pisang sesikat yang didirikan oleh datuk.

"Di rumah tak boleh ke, pak cik?" saya mula mencungkil rahsia darinya sebelum

datuk naik ke pondok.

"Tak boleh, kalau buka rahsia di rumah yang elok, alamatnya pak cik bertambahsusah," jelas Khoja Lisut.

Selesai saja Khoja Lisut bercakap, datuk pun sampai dari perigi lalu naik ke pondok.Beberapa minit kemudian nenek muncul membawa beberapa helai pucuk pisangyang masih hijau serta kendi berisi air. Semua barang-barang itu diserahkan padadatuk. Saya kira perkara ini bukannya kebetulan tetapi, telah dirancang lebih awalantara datuk dengan nenek. Mereka merahsiakan perkara ini dari saya.

Semasa penyerahan barang-barang itu dilakukan, datuk dan nenek tidak bertentangwajah. Masing-masing renung ke arah yang berlainan. Tidak bercakap walaupun

Page 214: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 214/294

214

sepatah.

Nenek meninggalkan kami, dia meneruskan tugasnya memetik putik jagung,mentimun, daun salang, cekur manis. Bila tugas itu selesai nenek turun ke sungaimelihat lukah. Semuanya itu diadunkan menjadi bahan makanan tengah hari yang

amat menyelerakan.

"Kamu macam mana sekarang Khoja? sudah bersedia untuk menceritakan segala-galanya seperti yang kamu janjikan, semua syarat yang kamu minta sudah akusediakan," datuk pun mengemaskan silanya.

"Saya sudah bersedia."

"Tamar, kamu duduk di sini, barangkali ada perkara yang dapat kamu bantu aku,"begitu tajam biji mata datuk menyorot wajah saya. Cepat-cepat saya mengangguk.

122. Mengaku Keturunan Hang Jebat 

Bunyi kicauan burung punai tanah cukup rancak, angin yang bertiup tenangmemberikan kesegaran pada saya. Sesekali terdengar sayup-sayup bunyi kokokayam hutan di hujung kebun.

“Kamu sebenarnya, bukan anak jati Pasir Besar, Gemas Negeri Sembilan. Kamudah berbohong pada aku Khoja,” sambil melagakan gigi atas dengan gigibawanhnya, datuk renung batang hidung Khoja Lisut.

Saya melihat muka Khoja Lisut pucat, dia resah tidak menentu. Sekejap renunglantai buluh, sekejap renung ke arah saya dan pepohon di luar. Apa yang dilakukansemuanya tidak kena.

“Aku maafkan, tapi hari ini kamu mesti berterus terang, jangan jadikan diri kamumanusia munafik,” sambung datuk, hati Khoja Lisut lega, saya lihat mukanya merahkembali. Sikap tidak tentu arahnya terhenti. Saya kira, sekarang dia merasa bahagiadan seronok sekali. Datuk sudah memaafkan perbuatannya yang terlanjur.

“Sekarang berceritalah kamu dengan jujur tentang diri kamu dari A sampai Z,” datukluahkan permintaan.

“Baik,” sahut Khoja Lisut.

“Bagus,” balas datuk.

”Tapi saya terpaksa duduk atas pucuk pisang, kendi berisi air mesti diletakkan dihujung lutut sebelah kanan,” Khoja Lisut mengajukan syarat. Tentu saja syarat itudipenuhi oleh datuk. Saya pun diarahkan oleh datuk untuk membuat segala-galanya.

Sebaik saja Khoja Lisut duduk atas pucuk pisang, dia membuka bajunya. Lagi sekali

Page 215: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 215/294

215

saya terkejut melihat kulitnya yang bersisik macam sisik tenggiling, terutama dibahagian rusuk dan belakang. Khoja Lisut segera menarik kulitnya yang bersisik itulalu diletakkan atas pucuk pisang.

Semua gerak-gerinya itu diperhatikan oleh datuk dengan penuh teliti. Saya lihat

Khoja Lisut bergerak atas pucuk pisang macam tenggiling (merangkak). Pucuk pisnghabis hancur. Kelakuan aneh itu berlangsung kira-kira lima minit.

Sambil bergerak itu, Khoja Lisut melepaskan nafasnya macam bunyi nafas binatangyang merayap. Lidahnya terjelir menjilat-jilat air atas pucuk pisang. Kelopak matanyabergerak-gerak macam kelopak mata ular.

”Inilah yang saya tanggung selama ini, benda pelik ini datang dalam waktu begini,waktu matahari bertambah tinggi,” tutur Khoja Lisut. Bila dia pulih dari keadaanganjilnya. Dia duduk bersila atas pucuk pisang yang sudah koyak rabak itu. Sayakira waktu itu lebih kurang pukul sepuluh pagi. Khoja Lisut menyarungkan kembali

baju ke tubuhnya.

NORMAL

Keadaan diri Khoja Lisut kembali normal. Tidak terdapat tanda-tanda yang sebentar tadi dirinya berada dalam keadaan tidak normal. Dia menarik dan melepaskan nafasdengan tenang. Dua tiga kali dia menelan air liur sambil memandang ke arah datuk.Khoja Lisut pun memperkemaskan duduk dan silanya. Dia pun berkisah tentangriwayat dirinya :

Dia adalah pendekar terkenal di Pulau Rupat yang terletak di perairan kepulauanRiau. Dari Pulau Rupat hingga ke Tanjung Pinang dia buka gelanggang silat, jumlahanak muridnya bukan kepalang.

Kehandalannya diakui, ramai pendekar silat dari Bukit Tinggi, Teluk Batung Bangka,Kerinci dan Jambi ditewaskannya dalanm gelanggang. Ilmu persilatannya cukuptinggi, ilmu akhirat juga tidak kurang dalam dadanya.

Tubuhnya tidak mampan peluru, tidak mampan senjata tajam. Tahan dibakar dandirendam. Sebulan sekali dia datang ke Johor, Negeri Sembilan dan Melakamengembangkan ilmu silatnya. Dia datang ke negeri-negeri di pantai barat Tanah

Melayu melalui pantai. Dia menggunakan bot nelayan untuk datang ke tempattersebut.

Dia pernah diuji dengan tembakan senapang kampung berlaras dua. Bertalu-talutembakan dilepaskan ke tubuhnya. Semua tidak mendatangkan apa-apa kesan.Peristiwa itu berlaku ketika dia berada di Serkam, Melaka.

Ujian ke dua berlaku di Air Mawang Johol, Negeri Sembilan. Dia diserang dengansepuluh lembing dari sepuluh anak muda, kemudian diikuti dengan tikaman kerisdan tetakan parang panjang bertalu-talu. Walaupun dia dapat mengesan dan kenaldengan orang-orang yang menyerang, dia tetap bersikap mengalah. Masih

memaafkan musuhnya, tetap bersikap merendahkan diri.

Page 216: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 216/294

216

Kerana sikapnya, bukan sikap ayam jaguh orang yang memusuhinya bertukar menjadi rakannya yang paling karib. Bersedia susah dan senang bersamanya. DanKhoja Lisut secara perlahan-lahan mengembangkan pengaruh dalam bidangpersilatan.

”Walaupun dia ditawarkan tanah, rumah dan isteri oleh para pengikut-pengikutnya,dia tetap menolak. Dia tidak bersedia menetap di bumi Tanah Melayu. Dia merasalebih seronok dan bahagia berulang-alik dari Pulau Rupat ke Melaka atau NegeriSembilan.

”Kamu memang hebat, datuk segera memotong cakapnya. Khoja Lisut terperanjat,mungkin dia merasa kurang seronok bila cakapnya dipintas oleh datuk dengan carayang mengejutkan. Tetapi, Khoja Lisut tidak memperlihatkan kemarahannya. Diamenghadiahkan senyuman pada datuk dan saya.

”Semua orang kata saya gagah dan kuat, tak ada seorang pun yang dapat melawan

saya. Akibatnya saya lupa diri dan menanggung sakit yang tak diketahui puncanya,tak ada ubat dan penawarnya,” sambung Khoja Lisut, dia seakan-akan menyesalidengan apa yang terjadi atas dirinya.

Datuk menggigit bibir sambil merenung ke arah pepokok pisang yang subur dikawasan sekitar pondok. Khoja Lisut terus mencabut kulit tubuhnya yang bersisik.Diaturkannya atas daun pisang.

”Pakcik kena sumpah?” saya bertanya.

Pertanyaan saya tidak dijawab.

”Barangkali kamu ada membuat sesuatu pada orang yang tidak melakukankesalahan atas diri kamu, susul datuk.

Khoja Lisut menegakkan badannya. Dia mengeliat, gerak tubuhnya tidak ubahmacam tenggiling yang bergerak atas permukaan bumi. Sesekali dia mengeluarkanlidahnya untuk membasahkan kelopak bibirnya.

”Kira-kiranya begitulah, semuanya terjadi kerana saya tidak dapat mengawal rasamarah saya,” dengan wajah yang tenang dan selamba Khoja Lisut meluahkan kata-

kata.

”Kamu mencari aku kerana nak berikhtiar, nak menghilangkan penyakit yang kamutanggung,” tanya datuk lagi.

Khoja Lisut tarik nafas dalam-dalam. Lagi sekali dia menelan air liur sambil meraba-raba hujung dagunya dengan telapak tangan kirinya.

”Memang begitulah hajat saya,”

”Dari siapa kamu tahu tentang aku Khoja.”

”Beberapa tahun dulu, awak pernah datang ke daerah Batu Pahat, awak pernah

Page 217: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 217/294

217

menolong menyelesaikan beberapa masalah di sana. Dari orang-orang yang terbabititulah saya tahu diri awak,” jelas Khoja Lisut.

”Itu sebabnya awak cari aku, tapi kenapa datang waktu malam,” soal datuk lagi.

PONDOK

Kali ini, dua tiga kali Khoja Lisut meraba-raba lehernya dengan tangan kanan. Diamengisut perlahan-lahan ke pintu pondok.

Duduk termanggu di situ buat beberapa saat. Dia merenung dedaun pisang,merenung tanah dan rerumput di kaki tangga pondok. Kemudian kembali ke tempatasal dia duduk tadi.

”Kerana keadaan saya begini, saya terpaksa berjalan malam mencari rumah awak.Kalau saya datang siang mungkin timbul macam-macam cerita,” jelas Khoja Lisut.

Macam mana dari Pasir Besar ke mari? Awak berjalan waktu malam juga, macamtak yakin saya dengan cerita awak ni,” sanggah datuk sambil merenung muka KhojaLisut.

”Saya guru silat, anak murid saya ramai, merekalah yang menguruskan saya kemari. Awak tahu, malam saya sampai ke rumah awak tu, saya dihantar oleh ayahkepada anak murid saya yang bekerja di Melaka.”

’Siapa nama ayah anak murid awak tu, Khoja.”

”Tak payahlah saya beritahu. Apa yang peliknya walaupun anak murid saya yang diMelaka tu berasal dari kampung ini tetapi, dia tak tahu langsung tentang kebolehanawak,” cukup bersemangat Khoja Lisut bercerita.

”Sudahlah tu, sekarang saya nak tahu apa yang telah kamu lakukan pada orangyang tidak bersalah,” datuk seperti mendesak. Dan ternyata kali ini, Khoja Lisut tidakdapat berdalih itu ini lagi.

”Kalau saya ceritakan keburukan saya, apakah kisah tu tak diceritakan pada oranglain,” cukup pintar Khoja Lisut menjerat.

”Tidak,” balas datuk.

”Bila sudah cerita keburukan saya, apakah awak bersedia menolong saya.”

”Menolong orang lain dalam kesusahan, memang kerja saya. Membahagiakan orangadalah salah satau amal jariah yang baik dan memang digalakkan umat Islammelakukannya,” begitu bersemangat datuk bersuara.

Dan Khoja Lisut pun meriwayatkan sebab-sebab dia jalan merangkak macamtenggiling. Menurut Khoja Lisut, orang-orang kampungnya menyebutnya sebagai

terkena kenan tenggiling. Begini ceritanya :

Page 218: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 218/294

218

Dia telah diajak oleh anak muridnya ke Asuhan di daerah Batu Bara, di Sumatera.Anak muridnya itu telah memperkenalkan dirinya pada orang-orang kampungtentang kehebatan gurunya. Beberapa orag pendekar setempat telah menguji KhojaLisut, ternyata tiada seorang pun yang dapat menewaskannya.

Cerita Khoja Lisut tersebar ke seluruh pelosok kampung. Ramai yang datangmenemuinya. Mereka mempelawa Khoja Lisut membuka gelanggang untuk anak-anak muda setempat belajar ilmu mempertahankan diri. Kerana sudah ramai yangmendesak, akhirnya Khoja Lisut berjanji pada penduduk akan datang pada minggudepan iaitu pada hari Jumaat untuk membuka gelanggang.

Pada hari yang dijanjikan itu, Khija Lisut bersama dua orang kanannya yang tidakkurang handalnya pun sampai di Asahan. Bila semua anak muda berkumpul, KhojaLisut pun memulakan upacara membuka gelanggang dengan jamuan makan pulutkuning yang disediakan oleh pihak yang mengundangnya. Setelah itu, Khoja Lisutmeriwayatkan tentang ilmu persilatan yang diwarisinya itu.

Khoja Lisut menyatakan pada penduduk setempat bahawa ilmu silat yang ada padadirinya itu adalah silat yang diamalkan oleh Hang Jebat yang berdarah panas. KhojaLisut menekankn juga Hang Jebat adalah anak jati Pulau Rupat dan berhijrah keMelaka dalam usia sepuluh tahun lebih.

Hang Jebat ke Melaka kerana mengikut ayahnya yang menjadi pedagang cengkihdan lada. Di Melaka Hang Jebat berkenalan dengan Hang Tuah serta beberapaorang lagi rakannya.

Semasa menjadi hulubalang Melaka, Hang Jebat sering pulang ke Pulau Rupat danmenyebarkan ilmu silat kepada penduduk setempat. Salah seorang dari orang yangmenuntut ilmu persilatan itu ialah moyang Khoja Lisut yang secara kebetulanmempunyai pertalian keluarga dengan Hang Jebat.

Cerita yang dikatakan oleh Khoja Lisut membuat orang-orang setempat kian kagumpada dirinya. Lewat tengah hari barulah Khoja Lisut mengajar langkah pada anak-anak muda di situ. Lebih kurang baru belajar mengatur gerak dan petua terdengar bunyi tabuh di masjid dipalu orang. Khoja Lisut tidak ambil kisah tentang itu dia terusmengajar silat.

Beberapa orang anak muda mula bergerak meninggalkan tempat beljar untukmenuju ke masjid.

”Pantang saya, kalau baru belajar mahu meninggalkan tempat,” sergah Khoja Lisutterhadap anak-anak muda yang mula mahu meninggalkan gelanggang. Anak-anakmuda itu membatalkan niat mereka mahu pergi ke masjid. Kembali ke tempat asal.

”Kiai lalu,” terdengar suara dari beberapa orang nak muda yang duduk di bawahpohon ketapang, tidak jauh dari tempat Khoja Lisut memberi penerangan tentangilmu persilatannya.

Biji mata anak-anak muda yang bersuara itu tertumpu ke arah seorang tua yangkurus tinggi, membawa tongkat, memakai songkok tinggi, berbaju melayu potongan

Page 219: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 219/294

219

Johor. Berkain samping warna putih sama dengan warna seluar dan baju yangdipakainya.

DUDUK

Orang tua yang berbadan kurus dan tinggi itu datang ke arah anak muda yangduduk di bawah pokok ketapang.

Anak-anak muda tersebut cuba melarikan diri, tetapi hasrat itu tidak terlaksanakerana orang tua yang mereka sebut Kiai itu menunjukkan wajah persahabatan.

”Apa kamu semua buat di sini?” Tanya Kiai.

”Tengok orang belajar silat.”

”Apa kamu semua tak tahu, waktu Jumaat dah masuk.”

”Tahu pak Kiai.”

”Kalau sudah tahu kenapa duduk di sini, lagi pun kamu semua tak belajar silat,sekarang pergi balik dan siap, kemudian datang masjid,” perintah orang tua yangberbadan kurus tinggi itu.

”Macam mana yang belajar tu Pak Kiai,” salah seorang dari anak muda di situmelahirkan protes. Pak Kiai segera menoleh ke arah sekumpulan anak muda yangsedang asyik melihat Khoja Lisut bercakap sambil mengatur langkah silat.

”Itu biar Pak Kiai uruskan.”

Orang tua yang kurus tinggi itu pun segera melangkah ke arah kumpulan anak mudayang sedang mengelilingi Khoja Lisut. Dua orang pengawal peribadi Khoja Lisutmelihat dengan hati-hati langkah Pak Kiai.

”Kenapa berkumpul di sini, seruan untuk sembahyang Jumaat dah dihebahkan, apakamu semua tak dengar, jangan jadikan diri kamu isi neraka,” cukup lantang suaraPak Kiai. Matanya terus menatap wajah anak-anak muda yang agak terkejut dantersipu-sipu melihat kedatangan Pak Kiai yang tidak diduga itu.

”Kami belajar untuk menyelamatkan diri,” sahut salah seorang dari anak muda yangduduk tidak jauh dari Khoja Lisut.

”Kalau iapun, kamu semua mahu belajar ilmu mempertahankan diri, janganlahsampai mengabaikan perintah Allah,” lanjut Pak Kiai sambil menekankan tongkatnyake dada bumi. Ternyata lelaki tua yang sudah menjangkau usia lebih dari lapanpuluh tahun itu sudah kepenatan.

Dia menarik nafas sambil mengumpulkan tenaga untuk meneruskan kata-kataselanjutnya terhadap anak-anak yang masih duduk terlonggok di depannya.

”Kamu semua balik dan kemudian datang ke masjid,” Pak Kiai mengeluarkan

Page 220: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 220/294

220

arahan. Dua orang pengawal peribadi Khoja Lisut mula mendekati Pak Kiai.Bersedia untuk melakukan apa saja kalau orang tua itu banyak cakap dan banyakperintah.

”Sembahyanglah, Jumaat hanya datang seminggu sekali dalam diri kita, kalau kita

persia-siakan Jumaat yang datang, kita rugi besar, Jumaat hari ini, tidak akan adadalam hari Jumaat yang akan datang,” itu yang dituturkan oleh Pak Kiai pada keduaorang pengawal peribadi Khoja Lisut.

Dari jauh, Khoja Lisut memberikan isyarat agar dua orang pengawal peribadinyamenjauhkan diri dari Pak Kiai. Perintah Khoja Lisut segera dipatuhi.

”Kami baru belajar Pak Kiai, pantang tengah belajar berhenti, Pak Kiai,” terdengar suara dari kumpulan anak muda yang mengelilingi Khoja Lisut. Pak Kiai yangkepenatan terus mengesat peluh di dahi dengan sapu tangan. Panas tengah hariyang terik itu membuat Pak Kiai cepat terasa penat dan letih.

”Siapa guru kamu,” tanya Pak Kiai.

”Saya.”

Dengan serta merta Khoja Lisut menerpa ke arah Pak Kiai, bagaikan helangmenyambar anak ayam. Dia berdiri di depan Pak Kiai. Direnungnya muka Pak Kiaiyang sudah berkedut seribu itu.

Sengaja disiku-sikunya bahagian kiri tubuh Pak Kiai. Orang tua itu tetap bersikaptenang. Tidak memperlihatkan sikap marah. Masih menghulurkan tangan untukbersalam. Khoja Lisut sambut huluran tangan itu. Bila telapak tangan Pak Kiaiberada dalam genggamannya, cepat-cepat dia memulas tangan Pak Kiai. Ternyatakesakitan itu tidak datang pada diri Pak Kiai. Dia masih tersenyum. Khoja Lisutmelepaskan telapak tangan Pak Kiai.

”Suruh anak-anak murid kamu bersurai, tunaikan perintah Allah dulu, lepas ituteruskan apa yang mahu kamu ajarkan pada mereka, sesungguhnya niat kamu baik,tapi cara menyampaikannya agak terpesong, tuan guru,” begitulah kata-kata yangdiluahkan Pak Kiai. Khoja Lisut tersenyum dan terus menyinggung perut Pak Kiaidengan siku kirinya. Pak Kiai membongkok menahan kesakitan.

”Ajaklah anak-anak murid kamu ke jalan yang baik, ajaklah mereka ke rumah Allah.Ajaklah mereka sembahyang Jumaat, masa masih ada lagi,” tutur Pak Kiai bila rasasakit di perutnya hilang.

”Itu urusan aku, buka urusan kamu orang tua.”

”Tapi, apa yang aku cakapkan tadi, adalah urusan agama Islam yang menyuruhsaling mengingati antara sama lain untuk kebaikan.

”Diam,” pekik Khoja Lisut.

Dia terus menolak Pak Kiai hingga jatuh terduduk di bumi.

Page 221: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 221/294

221

Melihat kejadian itu, kumpulan pemuda yang pada mulanya mahu berguru denganKhoja Lisut mula resah dan cemas. Mereka kurang senang bila melihat Khoja Lisutbercakap keterlaluan terhadap orang tua yang mereka hormati, orang tua yang telahdinobatkan sebagai ulama kampung yang berkeliber.

Kumpulan pemuda kampung mula berpecah, satu puak yang selama ini memangkurang senang dengan sikap Pak Kiai yang selalu menegur perbuatan mereka yangdikira bertentangan dengan ajaran Islam, segera menyebelahi Khoja Lisut. Manakalasatu pihak lagi berada di pihak Pak Kiai.

”Awak sudah keterlaluan buat orang tua,” seorang anak muda menangkap tangankanan Khoja Lisut yang mahu melepaskan penumbuk ke arah Pak Kiai yang barubangun. Belum pun pemuda itu berbuat apa-apa, kedua orang pengawal peribadiKhoja Lisut segera menangkap pemuda tersebut lalu diangkat dan dicampak ke dalakubang berbau yang berdekatan.

Beberapa orang pemuda lain yang menyebelahi Pak Kiai segera menyerang duaorang pengawal peribadi Khoja Lisut. Semua pemuda yang menyerang itu tewas ditangan pengawal peribadi Khoja Lisut yang berbadan tegap. Kedua-dua pengawalperibadi itu adalah dari keturunan Batak yang berasal dari Tanah Karo, tetapi sudahlama menetap di Pulau Rupat.

”Kamu jangan masuk campur, biar aku selesaikan urusan ini dengan situa nakmampus, ulama katak bawah tempurung,” cukup nyaring suara Khoja Lisut.Pengawal peribadinya segera ke tepi, begitu juga dengan pemuda yangmenyebelahinya.

Khoja Lisut melepaskan pukulan silat yang bertubi-tubi ke arah Pak Kiai. Sebagaiusaha mempertahankan dirinya, Pak Kiai menggunakan tongkatnya. Masa KhojaLisut melancarkan serangan bertalu-talu ke arahnya, Pak Kiai segera mengangkattongkatnya separas dada. Entah macam mana hujung tongkat Pak Kiai terkenabahagian kemaluan Khoja Lisut.

JATUH

Buat beberapa saat Khoja Lisut jatuh ke bumi, berguling-guling sambil melolong

menahan kesakitan. Semua orang yang berada di situ terpegun melihat pendekar silat tergolek-golek di bumi.

”Maafkan saya, saya tak niat nak buat apa-apa,” Pak kiai menerpa ke arah KhojaLisut dan cuba mahu menolongnya. Belum pun Pak Kiai memberikan bantuan,Khoja Lisut terus melepaskan tendangan yang kencang ke arah Pak Kiai.

Khoja Lisut terus bangun dan melancarkan serangan silat yang bertubi-tubi ke arahPak Kiai. Orang tua yang sememangnya tidak bertenaga itu hanya mengucapkankata-kata : Allah Hu Akhbar setiap kali menerima buah silat dari Khoja Lisut.Akhirnya, Pak Kiai tergolek lembik macam batang pisang.

Tubuh Pak Kiai pun diangkat oleh para pemuda kampung yang bersimpati

Page 222: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 222/294

222

dengannya. Ternyata tangan dan kaki Pak Kiai patah. Mulutnya keluar darah.Pakaiannya habis koyak rabak. Ketika tubuh Pak Kiai diusung ke rumahnya suaraazan Jumaat berkumandang di udara.

Itulah sejarah hitam yang sengaja diciptakan oleh Khoja Lisut dalam hidupnya. Dia

berbuat demikian kerana merasakan dirinya tidak dapat dikalahkan oleh sesiapapun.Dia berbangga kerana merasakan dalam dirinya mengalir darah Hang Jebat yangmemang terkenal dengan perangai panas barannya.

”Setelah kejadian itu, saya batalkan ilmu silat, sehingga ke Tanah Melayu. Padasuatu hari saya terasa pening. Kalau tak silap saya hari Jumaat, sebulan sesudahsaya membelasah Pak Kiai,” Khoja Lisut menarik nafas.

”Apa dah jadi selepas pak cik pening?” Soal saya.

”Pak Cik jatuh pitam, dua hari kemudian pak cik demam. Seluruh badan terasa sakit,

kulit terasa panas macam terbakar, sepanjang malam pak cik mimpi buruk. Duabulan pak cik duduk terbaring di rumah. Puas berubat tidak juga sembuh,” KhojaLisut berhenti bercerita. Dia termenung panjang. Saya dan datuk berpandangan.

”Kemudian kamu dapat sakit ini?” Desak datuk. Khoja Lisut gelengkan kepala.

”Habis macam mana kamu kena sakit ini?” Datang lagi pertanyaan dari datuk. KhojaLisut angkat tangan memberi isyarat, agar datuk jangan mengemukakan sebarangpertanyaan.

Berilah kesempatan padanya untuk bercerita, jangan diganggu atau dipotongpercakapannya. Datuk anggukkan kepala, seolah-olah menyetujui dengan apa yangdiminta oleh Khoja Lisut.

”Setiap malam saya mimpi yang menakutkan, akhirnya saya rasa kaki saya macampatah, begitu juga tangan, pinggang saya terasa lembik, tidak boleh bergerak.Terpaksa merayap bila mahu pergi ke sesuatu tempat, beberapa orang dukun danbomoh yang cuba merawat saya jatuh pengsan, malah ada yang mati mengejut,sudah bertahun-tahun saya menanggung sakit ini, orang kampung kata saya kenakenan buaya, kenan tenggiling dan biawak.

”Dah berubat dengan doktor.”

”Sudah, macam-macam pil saya telah, rasanya sudah hancur tubuh saya kenacucuk, saya minta awak menolong saya,” sambil merayu itu, air mata Khoja Lisutmeleleh. Dia meletakkan harapan pada datuk agar sakit yang ditanggung dapatdiusahakan agar cepat sembuh.

”Kamu membuat aniaya pada orang alim, inilah akibatnya,” bisik datuk ke telingaKhoja Lisut. Wajah Khoja Lisut tetap tenang mendengar khabar itu.

”Kamu mesti minta maaf padanya secara terbuka,” sambung datuk lagi. Kali ini

wajah Khoja Lisut segera berubah. Dia terkejut. Cemas dan resah sendiri, renungkiri, renung kanan macam ada sesuatu yang amat ditakutinya.

Page 223: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 223/294

223

123. Tubuh Terbenam Dalam Pasir  

Saya menanti penuh debar.Apakah jawapan yang akan diluahkan oleh Khoja Lisut

terhadap pertanyaan yang datuk ajukan padanya.“Kamu mesti minta maaf,” ulang datuk.Tidak ada jawapan daripada Khoja Lisut, rasa takut dan cemas jelas terbayang diwajahnya.Saya segera menarik nafas dalam-dalam dengan harapan akan terpancutlah jawapan dari kelopak bibir Khoja Lisut.Bagi mengurangkan debar di dada, saya renung kawasan sekitar pondok pisangsesikat. Gegendang telinga saya terus menangkap bunyi kicau burung MuraiTanah.Angin terus menggerakkan dedaun pisang. Dan matahari kian meninggi.“Pak Kiai tu sudah mati.”Saya segera arahkan sepasang mata ke wajah Khoja Lisut. Datuk agak terkejut

dengan mulut separuh terbuka. Di saat pandangan mata saya berlaga denganpandangan mata Khoja Lisut, dia segera menundukkan kepala merenung lantaibuluh.“ Ini sulit sikit.”Cepat-cepat Khoja Lisut angkat kepala lalu menatap wajah datuk. Dia menanti datukmenyambung kata-kata. Ternyata datuk berhenti di situ sahaja.“Apa yang sulitnya? Apa penyakit saya tak boleh sembuh,” Khoja Lisutmemberanikan diri bersuara.“Kau buat aniaya orang, kalau orang tu tak memaafkan perbuatan kamu, selama-lamanya kamu tanggung dosa,” jelas datuk.“ Itu tak penting,” potong Khoja Lisut.“ Habis apa yang penting buat kamu?” Nada suara datuk mula meninggi. Matanyatidak berkedip menentang wajah Khoja Lisut.“Perkara yang penting bagi saya, sama ada sakit saya ni boleh sembuh atau tidak?Saya datang ke sini nak berubat, bukan nak dengar nasihat,” Khoja Lisut mulameluahkan gelodak batinnya.Datuk seperti terpempan , tidak menyangka sama sekali Khoja Lisut bersuara agakkeras. Datuk gigit bibir. Khoja Lisut melepaskan keluhan penuh kesal.“ Tak guna berusaha mengubati orang sombong, tidak mahu minta maaf pada orangyang dianiayai,” perlahan-lahan lalu menatap seluruh wajah Khoja Lisut, “Orangtakbur tidak boleh dibuat sahabat,” sambung datuk lagi.

“ Saya dah insaf,” secara mencacak Khoja Lisut bersuara.“Kamu insaf, bila kamu sakit. Kalau kamu tak sakit, tak terima bala begini, kamu takinsaf,” tingkah datuk. Tidak terdengar suara protes dari Khoja Lisut.Saya resah, bimbang kalau-kalau Khoja Lisut yang kecewa dan putus asamendengar kata-kata dari datuk itu akan bertindak mengikut perasaan.“ Pak Kiai tu orang yang berhemah tinggi, sebelum mati dia telah memaafkan saya.Dia juga mendoakan kesejahteraan untuk saya dan keluarga. Dia yakin satu harinanti saya jadi orang baik-baik,” tutur Khoja Lisut dalam keadaan suara yangtersekat-sekat.“Kau berbohong dengan aku Khoja.”“Saya bercakap benar.”

“Aku tak percaya, macam mana kamu tahu dia memaafkan kamu. Pada hal masaPak Kiai tenat kamu tak ada dekatnya, kamu jauh darinya,” soal datuk lagi.

Page 224: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 224/294

224

Saya lihat Khoja Lisut bagaikan tersentak dengan pertanyaan itu. Barangkali, diasedar tentang keterlanjurannya mahu memperdayakan datuk.“Saya mengaku saya bersalah,” Khoja Lisut renung ke arah saya.Hati kecil sayamula kesal kerana datuk bersedia melindungi seorang pembohong.“Dah terlambat, bukan masanya untuk kamu menyesali perbuatan lalu,” datuk terus

memprotes sikap Khoja Lisut. Datuk seperti tidak mahu memberi rasa simpatiterhadap Khoja Lisut.Entah mengapa datuk bersikap demikian? Saya sendiri tidak tahu.Barangkali datuksudah dapat mengesan atau mencium sesuatu dari tindak-tanduk yang dipamerkanoleh Khoja Lisut.“ Memang,” Khoja Lisut tidak meneruskan kata-kata.“ Apa yang memang pak cik,” saya mencelah.“ Memang pak cik dah terlambat, memang pak cik bersalah. Sekarang bukanmasanya pak cik nak minta maaf. Tak ada siapa pun yang nak percayakan cakappakcik,” begitu lantang suara Khoja Lisut. Biji matanya merenung tepat ke arahdatuk. Dan tanpa di sangka-sangka Khoja Lisut menghantukkan kepalanya ke lantai

berkali-kali.Saya jadi panik melihat perbuatannya itu. Datuk segera menerpa ke arahnya. Danberjaya menahan Khoja Lisut dari meneruskan perbuatannya menghantuk-hantukkepala ke lantai. Khoja Lisut memeluk datuk, perlahan -lahan dia menjatuhkankepalanya atas riba datuk. Khoja Lisut menangis tersedu-sedu.“ Kenapa Khoja,” tanya datuk.“ Saya kesal kerana orang tak mahu dengar cakap saya,” bentak Khoja Lisut .Saya lihat datuk menarik nafas panjang. Ada senyum sinis bermain di sudutbibirnya. Khoja Lisut segera mengangkat kepalanya dari riba dan terus duduktersandar di dinding.“ Kenapa kamu bersikap macam budak-budak, kerana orang tak percaya cakapkamu, kamu menangis. Itu bukan caranya. Kalaulah kamu memang bercakap benar,buktikan kebenarannya.”“Ha,” Khoja Lisut seperti terkejut. “Apa awak mahu mendengarnya?” Sambungnyasambil merenung ke arah datuk.“ Ya,” angguk datuk, “ kenapa aku tak mahu mendengar cerita yang benar dari kau?”Ternyata kata-kata itu memberikan semangat baru pada Khoja Lisut. Kepuasan dankeriangan terpancar di wajahnya.Dengan perlahan-lahan Khoja Lisut alihkan mukanya ke arah luar pondok.Pandangannya yang sayu jatuh ke dedaun pisang yang kelihatan bergerak ke sanake sini dirempuh angin.

“ Cakap Khoja,” desak datuk.Khoja Lisut alihkan pandangan, dari luar ke dalam rumah. Saya menanti penuhdebar, terlalu ingin mendengar cerita dari Khoja Lisut. Agar keinginan saya tidakdapat dikesan oleh datuk dan Khoja Lisut, saya pura-pura merenung ke langit.Saya lihat awan putih bersih, berarak perlahan-lahan ke arah selatan. Kicau burungkian rancak bersama sinar matahari yang mula terik.“ Masa,” Khoja Lisut tidak menyambung kata. Cepat-cepat saya palingkan muka kearahnya. Saya lihat datuk tumpukan seluruh perhatian ke arah Khoja Lisut. Rupa-rupanya keinginan datuk seperti saya juga.“ Masa Pak Kiai nak putus nyawa, dia beritahu pada orang-orang di sekelilingnyayang dia memaafkan saya. Dia suruh anak buahnya mencari anak murid saya,”

Khoja Lisut menyambut kata yang terputus. Di wajahnya tergambar kepuasan yangamat sangat dan bersedia meneruskan cerita. Khoja Lisut menelan air liur sambil

Page 225: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 225/294

225

kedutkan dahi, seolah-olah mengumpul ingatan pada peristiwa lalu.“ Teruskan cerita, kamu Khoja.”Suara datuk agak meninggi, hujung kaki seluar sebelah kanan terus dilipatnya.Kemudian datuk berpusing ke kanan sambil menggosok pangkal siku kiri berkali-kali.“Teruskan Khoja, aku mahu mendengarnya makin cepat kamu menamatkan cerita,

makin mudah aku membuat keputusan , sama ada cerita kamu itu benar ataupembohong,” datuk mendesak.“ Anak murid saya dibawa oleh anak buah Kiai menemuinya. Dia minta anak muridsaya tu memberitahu saya yang dia telah memaafkan perbuatan saya padanya,”begitu Khoja Lisut meneruskan ceritanya.“ Anak murid kamu tu, sampaikan pesan tu sendiri kepada, Khoja,” soal datuk lagi.“Ya, saya terima pesanan tu.”“Apa yang kamu buat, bila kamu mendapat pesanan tu,” tanya datuk lagi.Khoja Lisut terdiam, dia merenung ke arah saya. Dan datuk tetap tidakmengubahkan pandangan ke wajah Khoja Lisut.“ Saya tergamam, saya tak sangka Kiai tu, begitu ikhlas dan baik hati,” nada suara

Khoja Lisut mula tersangkut-sangkut. Dia tundukkan muka merenung lantai kembali.Bila mukanya diangkat dia merenung ke arah saya, rasa hiba bersarang dalamdada. Saya melihat genangan air jernih di kelopak matanya.“Itu saja yang kamu rasakan, Khoja.”“ Ya, itu saja.”“Kamu tak berusaha mahu berjumpa dengannya?”“Oh ya,” Khoja Lisut seperti tersentak. Dengan nada suara yang amat lemah diaterus bersuara“Dua hari setelah saya mendapat pesan tu, saya terus menuju ke rumah Pak Kiai,malangnya nasib saya,” Khoja Lisut berhenti bercakap.Dia menangis deangan semahu-mahu, macam budak kecil. Datuk biarkan KhojaLisut menangis sampai dia berhenti sendiri.

BELAKANG

Bila datuk merasakan perasaan Khoja Lisut sudah tenang dan damai, datuk segeramenepuk belakangnya dua tiga kali. Khoja Lisut terus memegang pergelangantangan datuk erat-erat.“ Kamu sampai ke rumahnya dan kamu diberitahu oleh anak buahnya yang Kiai itumeninggal dunia, dua hari yang lalu, kamu menyesal kerana lambat bertindak,sepatutnya sebaik saja kamu menerima pesanan, kamu terus berjumpa dengannya,”

ungkap datuk, tidak nampak ketegangan di wajah datuk. Saya kira dia mula simpatidengan apa yang dialami oleh Khoja Lisut.' Kamu Tamar,” saya tersentak bila Khoja Lisut menyebut nama saya, “ jangan ikutapa yang pak cik buat, tak ada apa faedahnya.”Saya segera anggukkan kepala.“Cubalah jadikan pengalaman yang pak cik alami sebagai teladan,” tambahnya lagi,saya tetap anggukkan kepala. Ada senyuman bermain di bibir Khoja Lisut. Agaknya,dia gembira kerana anggukkan kepala, seolah-olah saya menerima saranannya.“ Kamu beruntung dan bertuah Khoja.”“Bertuah?” Sepasang biji mata Khoja Lisut terbeliak. Tepat merenung batang hidungdatuk.

“ Ya,” datuk anggukkan kepala, “ kau bertuah kerana Kiai yang kau aniaya tu,berjiwa besar,” datuk berhenti bercakap. Dia melipat lengan baju hitam sebelah kiri

Page 226: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 226/294

226

hingga ke pangkal siku. Kemudian melunjurkan kaki kanan. Sebelum kaki kanandilipat kembali, dia meraba buku lali kaki tujuh kali.“ Saya tak faham,” Khoja Lisut kemukakan pertanyaan. “ Kiai tu begitu berjiwa besar,mengikut ajaran Islam yang betul. Dia tidak pendendam, hatinya memang mulia.Tidak ramai manusia yang dapat memaafkan perbuatan orang lain terhadap dirinya.

Lebih-lebih lagi, perbuatan kamu yang aku anggap cukup kejam,” tutur datuk dengantenang. Khoja Lisut tidak berkata apa-apa. Khusyuk mendengar apa yang datuktuturkan.“ Kamu terlepas dari dosa sesama manusia, kamu tahu Khoja, dosa sesamamanusia cukup berat, selagi tidak dimaafkan oleh Kiai, kau tak terlepas. Bila mati,roh kau akan didakwa di depan Allah, kau bertuah Khoja,” nada suara begitubersahaja.“ Saya faham, saya faham,” suara Khoja Lisut tersekat-sekat. Lagi sekali dia tundukdan tersedu beberapa kali. Saya masih dapat melihat kesan air mata di pipinya biladia berpaling ke arah saya.

LEMAH

Pada saat itu juga, saya terfikir bahawa sesungguhnya manusia ini, bila didatangkanujian dan bala ke atas dirinya barulah mereka menyesal. Dan pada saat itu barulahmereka sedar yang mereka adalah makhluk Allah yang lemah dan daif sekali. tidakmempunyai apa-apa pun di dunia ini.“Lupakan semuanya tentang hal tu, Khoja. Bersyukurlah pada Allah kerana tindak-tanduk kamu yang keterlaluan itu sudah dimaafkan Kiai,” datuk cuba menanamkanketenangan dalam diri Khoja Lisut. Perlahan-lahan saya lihat Khoja Lisut mengesatair mata di pipi dengan hujung bajunya.“Bagaimana dengan diri saya ni?”“Maksud kamu, aku tak faham Khoja?”“Mahukah awak mengubati sakit saya ni.”“ Berikhtiar tu memang boleh, tapi untuk jamin baik bukan kuasa aku. Semuanyaterletak pada kuasa Allah,” selesai bersuara datuk terus bangun.Datuk berjalan ke arah pintu pondok. Berdiri di situ dengan kaki kirinya memijakbendul dan tangan kanannya berpaut pada alang pondok, sementara tangan kirinyaterlekap pada bahagian rusuk perut. Datuk merenung pepucuk pisang, melihatkepulan asap dari batang kayu yang dibakar oleh nenek.“ Tamar, cari nenek kamu.”“ Bila, sekarang ni tuk?”

“ Tentulah, sekarang.”Saya jadi serba-salah kerana datuk berdiri di muka pintu pondok. Dari cara datukberdiri membayangkan hatinya tidak begitu tenteram. Dia mudah marah, kalau sayaterlalu banyak bertanya atau meminta.Kalau saya tidak mematuhi perintahnya pasti dia naik darah. Dalam keadaan yangserba salah itu, saya membuat keputusan yang amat mengejutkan. Saya terjun daripondok melalui bahagian pondok yang terdedah.Sebaik saja saya berjaya mengimbangkan badan dari jatuh tersungkur, dalam masayang sama terasa sepasang telapak kaki pedih dan sakit.Saya tidak mampu untuk mengatur langkah dengan segera. Terpaksa duduk ditanah sambil melunjurkan kedua belah kaki hingga rasa pedih dan sakit di telapak

kaki hilang.“ Tamar.”

Page 227: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 227/294

227

Terdengar suara datuk meninggi, saya mula resah tetapi, dalam rasa takut itu sayamasih mampu memandang wajahnya. Tanpa disedari saya terus melangkah danberdiri di depan tangga.“ Kenapa buat kerja bodoh, kenapa tak gunakan tangga. Apa, kaki kamu dah kuatsangat ke? Keras macam besi,” datuk meluahkan rasa kesalnya.

“ Saya nak minta lalu kat datuk, takut tuk marah, saya tengok tuk berdiri lain macam je,” kata saya dengan berhati-hati.“ Sudahlah, aku tak mahu dengar cakap orang bodoh,” pekik datuk lalu beredar darimuka pintu pondok.Saya terus melangkah arah ke selatan kebun pisang. Sayup-sayup saya terdengar suara ketawa datuk dan Khoja Lisut. Barangkali, mereka ketawakan saya. Memangsusah jadi cucu pada datuk yang banyak karenah, bisik batin saya.Dari pangkal ke hujung, dari hujung ke bucu, nenek tidak juga saya temui. Setelahberpeluh dahi dan celah ketiak saya pun kembali ke pondok.“ Jumpa nenek kamu, Tamar?” Itu yang datuk ajukan bila terlihat batang hidungsaya. Cepat-cepat saya gelengkan kepala. Lagi sekali datuk datang ke pintu pondok

lalu dongakkan muka melihat matahari di langit.“ Dah dekat pukul dua belas lebih ni, nenek kamu dah balik,” datuk beri kata putus.“ Macam mana tahu, dah pukul dua belas lebih?” Saya terdengar suara Khoja Lisutbertanya pada datuk.“ Tandanya Helang Siwah mula keluar mencari rezeki, cuba kamu tengok di langit.”datuk memberi penjelasan.Mungkin kerana puas hati dengan penjelasan yang datuk kemukakan , Khoja Lisuttidak mengajukan pertanyaan lagi. Anehnya, Khoja Lisut tidak pula berusaha untukmelihat Helang Siwah di angkasa.Saya segera dongakkan kepala ke angkasa, saya lihat sepasang Helang Siwahmengembangkan kepak, terbang rendah mengikut arus angin dengan matatertumpu ke bumi, bersedia untuk menyambar ular, katak, tikus dan apa saja yangmerayap di bumi, asalkan boleh mengenyangkan perut.Sekarang saya mula mengerti, kenapa setiap kali mahu menentukan waktu, datuksering merenung ke langit.Biasanya Helang Siwah muncul di angkasa mengikut waktu tertentu . Pukul sebelasdia terbang tinggi, sukar untuk melihat warna bulunya. Antara jam dua belas hinggapukul satu dia terbang rendah.Kira-kira pukul satu setengah hingga jam dua, terus menghilangkan diri. Munculkembali jam tiga hingga pukul enam. Waktu petang Helang Siwah tidak berada ditempat dia mula muncul ( pukul sebelas tadi) sebaliknya dia berlegar agak jauh kira-

kira satu rantai dari tempat dia muncul pada sebelah pagi.Tepat pukul lima dia akan berada di tempat dia muncul tadi (pukul sebelas pagi)kira-kira sejam lagi matahari mahu jatuh di kaki langit, (kira-kira pukul enam) HelangSiwah akan pulang ke sarangnya.Ah, selain dari tanda-tanda burung helang itu, ada tanda-tanda lain yang datukgunakan. Saya harus belajar dengan mengamati gerak-geri unggas dan alam. Kalaubertanya, tentu kena herdik. Daripada kena herdik, lebih baik perhatikan saja apayang datuk buat. Demikian saya membuat kesimpulan dalam hati.

BESAR

Saya pun melangkah ke anak tangga pondok. Bila anak tangga pertama saya pijak,datuk meluru ke arah saya. Badan saya ditolak hingga berasa di halaman pondok

Page 228: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 228/294

228

semula.Saya jadi panik dan terkejut besar dengan sikap datuk itu. Saya cuba mengingatisesuatu kalau-kalau saya telah melanggar pantang-larang datuk. Ternyata tidak adasatu pun kesilapan yang saya lakukan.“Kenapa tuk?” Dalam rasa takut saya bertanya.

“Kamu pergi ambil cangkul dan pencebak kemudian,”"Nak buat apa tuk?" cepat-cepat saya memintas cakap datuk.“ Jangan biadap sangat, biarlah aku habis cakap dulu, baru bertanya,” sergah datukdan dia segera meluru ke arah saya. Dan saya bersedia menerima tempelak darinyakerana kebiadapan yang saya lakukan secara tidak sengaja.Saya beruntung kerana kemarahan datuk tidak berlanjutan. Saya segera menyusupbawah pondok dan keluar membawa cangkul serta pencebak.Berdiri tercegat depan datuk untuk menerima perintah selanjutnya dari datuk.“ Sekarang kamu pergi ke tebing sungai, cari kawasan gigi air yang berpasir. Darigigi air tu, kamu melangkah songsang tiga belas tapak,” datuk berhenti bercakap,dia mengeluarkan secebis kain merah dari dalam saku bajunya. Kain merah selebar 

dua jari itu diikat ke kepala.“ Kamu tahu melangkah songsang tu, Tamar?” Tanya datuk, saya gelengkan kepala.“Maksudnya begini, kamu melangkah ke belakang dengan mata dan badan kamumenghala ke arah sungai.“ Saya faham tuk.”“ Di langkah penghabis, langkah ketiga belas mesti berakhir dengan kaki kiri. Kamutekankan tumit kaki kiri di situ, kemudian kamu koreklah lubang separas dadakamu,” demikian datuk mengeluarkan arahan.Saya segera bergegas menuju ke sungai yang jaraknya tidak berapa jauh daripondok. Sebaik sahaja saya sampai ke perdu durian patah dahan, terdengar suaradatuk memanggil nama saya. Segera saya berhentikan langkah.“ Lepas korek, kamu tunggu aku di situ, kalau lubangnya ada air, jangan kau buangairnya, bahagian bawah lubang kau taruh tanah liat,” pesan datuk lagi.“Baik tuk,”“ Kalau kamu nampak apa-apa masa kamu mengorek nanti, kamu jangan cakapapa-apa.”“ Baik tuk.”Perjalanan yang terhenti saya teruskan.

TEBING

Lebih dari sepuluh minit saya mundar-mandir di tebing sungai, mencari kawasanyang berpasir.Dan saya berhasil menemui selekoh sungai yang bahagian tepinya mempunyaikawasan berpasir yang berkeadaan seperti pantai.Kawasan tersebut berdepan dengan sebuah lubuk yang dalam tetapi, air yangmengalir amat tenang.Setelah mengikut kata dan petua datuk, saya pun mula menggali lubang di pasir.Panas terik membuat seluruh tubuh saya berpeluh.Saya berhenti menggali lubang, bila saya terdengar bunyi air sungai berkocakdengan kuat, saya tumpukan perhatian ke dada sungai yang lebarnya kurang saturantai setengah.

Tidak ada apa-apa yang saya lihat, selain dari air sungai dan dedaun yang dibawaarus ke hilir. Saya kembali menggali lubang.

Page 229: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 229/294

229

Baru lima enam kali tunduk bangkit mengaut pasir, saya terdengar lagi bunyikocakan air sungai, saya segera merenung ke arah lubuk yang airnya bergeraktenang.Saya menggigit bibir bersama rasa cemas dan takut. Dari hujung dahan jambumawar yang terjulur di permukaan sungai (dalam jarak lebih kurang sepuluh kaki

dari lubuk yang tenang) saya terlihat seekor ular sawa sedang berpaut di situ,ekornya sesekali memukul permukaan air sungai. Ular sawa itu berhempas pulasmahu naik ke dahan jambu mawar. Usaha si ular itu berhasil.Ah, pedulikan dia, jangan kacau dia. Biarkan dia hidup di situ. Barangkali si ular sawa itu dapat menghidu bau rezekinya di atas pokok jambu mawar, fikir saya dalamhati dan terus menyambung kembali kerja yang terkandas.“ Tamar,”Saya toleh ke arah suara itu, memang saya tidak menduga yang datuk menjulangKhoja Lisut di atas bahunya.Saya juga merasa pelik, kenapa datuk mengusung orang cacat itu ke sini.Apakahdatuk mahu mencampakkan Khoja Lisut ke dalam lubuk? Macam-macam yang

datang dalam fikiran saya.“ Dah siap?” Soal datuk dari jauh.“Siapkan cepat, buat macam mana aku suruh, selagi lubang tu tak siap, aku takboleh ke situ,” lanjut datuk yang sedang terkial-kial meredah pokok serunai laut dankeduduk yang menghalang perjalanan.Saya terus korek lubang hingga selesai, kemudian mencampakkan tanah liat yangsaya ambil dari dalam sungai, ke dalam lubang. Sebaik saja semua kerja selesai,datuk terus berada di samping saya.“ Sudah siap Tamar?”“Sudah tuk,”“Masuk kamu,” suara datuk keras dan dia terus mencampakkan Khoja Lisut kedalam lubang.“Timbus,” sambung datuk lagi. Dia merampas cangkul dari tangan saya. Khoja Lisutyang separuh badannya berada dalam lubang tidak berkata-kata.Dalam sekelip mata saja, badan Khoja Lisut terbenam dalam pasir hingga parasleher. Datuk mengeluarkan dua keping upih pinang dari dalam bajunya. Diamembuka lipatan upih pinang lalu dibentangkannya atas pasir.Saya pasti, upih pinang yang sudah kering memang dibawa oleh datuk dari rumah.Apa yang menakjubkan saya ialah, kepintaran datuk menyembunyikan upih pinangkering dalam bajunya hingga tidak dapat dikesan oleh sesiapapun.Bila kedua-dua upih pinang itu agak panas kerana terkena sinar matahari, datuk

ubahkan kedudukannya ke gigi sungai. Bahagian pangkal upih terkena arus air sungai. Datuk ambil sekeping upih lalu dijadikan timba gayung.“ Tolong aku, kamu gunakan timba upih ini untuk ambil dari sungai dan siramkan kekepala Khoja,” saya pun segera menyambut gayung upih yang datuk hulurkan.“Kamu kira sampai seratus gayung, kamu berhenti, berdiri di depannya lebih kuranglima, kemudian ulang kerja kamu semula, buat kerja ni berulangkali, hingga dapatperintah berhenti dari aku,” sambung datuk lagi. Saya angguk dan memulakan tugasyang saya kira cukup rumit dan amat membosankan di bawah sinar matahari yangamat terik.

Page 230: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 230/294

230

124. Badi Ekor Buaya 

Dari bawah pohon jati, datuk mengawasi segala kerja yang saya lakukan. Dua tigakali, Khoja Lisut merayu supaya saya memberhentikan menyiram air ke kepalanya.

Saya tidak dapat menunaikan permintaannya itu, selagi belum menerima perintahdari datuk. Saya memang simpati dengan Khoja Lisut yang selalu kelemasan danbersin itu."Cukup Tamar."Saya toleh ke arah pohon jati. Datuk sedang melangkah ke arah saya. Di tangankanannya ada batang tepus yang berdaun lebar."Aku nak balik sembahyang Zuhur, kamu tunggu di sini sampai aku datang,"sepasang biji mata datuk tertumpu ke batang hidung saya. Datuk berpaling ke arahKhoja Lisut."Kenapa saya dibuat begini?""Bukan ini yang kamu mahu Khoja."

"Saya minta, sakit saya diubati, bukan ditanam dalam pasir.""Inilah caranya Khoja."Selesai saja datuk bercakap, batang tepus terus dipalu ke muka Khoja Lisut bertalu-talu. Suara jeritan Khoja Lisut menguasai kawasan sekitar.Datuk tidak peduli dengan rayuan dan rintihan Khoja Lisut, akhirnya manusia yangterbenam dalam pasir itu terkulai lemah lalu pengsan, batang tepus terus patah danhancur, muka Khoja Lisut jadi hitam birat. Baju datuk basah dimandi peluh."Bila dia sedar, dia minta air dari kamu. Jangan beri air. Kamu suruh dia gigit upihyang aku letakkan di tepi sungai," jari telunjuk datuk menghala ke bibir sungai,"suruh dia gigit bahagian pangkal yang terkena air," sambung datuk lagi."Jadi saya tak payah jirus air lagi tuk.""Tunggu sampai aku suruh, lagi satu aku nak beritahu kamu, apa juga jenis binatangyang melata di bumi menuju ke arah kepala Khoja, jangan dihalau, faham,""Ya, saya faham tuk.""Sekarang kamu pergi duduk bawah pokok jati." Arahan datuk saya patuhi. Dandatuk pun meninggalkan saya dan Khoja Lisut di situ.Sebaik saja batang tubuh hilang di balik rimbunan pepokok di situ, Khoja Lisuttersedar dari pengsan. Dia terus menjerit meminta air.Saya berlari ke gigi sungai mengambil upih. Saya hulurkan bahagian hujung upihyang basah ke mulut Khoja Lisut. Saya suruh dia gigit hujung upih.Dalam panas terik itu, saya rasa kulit muka seperti terbakar. Kepala Khoja Lisut

bergerak ke kiri ke kanan, lidahnya terjelir, dia enggan menggigit hujung upih yangsaya hulurkan kepadanya."Gigit" kata saya."Aku nak air, bukan itu," sahut Khoja Lisut.Saya terus menolak hujung upih ke mulutnya. Khoja Lisut tidak ada pilihan, diaterpaksa gigit hujung upih yang sudah diresapi air sungai.Tiga kali gigit, Khoja Lisut tersedar dan terus muntah. Saya lihat benda putih yanglekat pada lidahnya tertanggal sendiri. Jatuh atas permukaan pasir berkeping-keping. Kulit muka Khoja Lisut seperti udang kena bakar. Khoja Lisut pengsankembali.Saya lari semula ke bawah pokok jati. Sebaik saja saya duduk di akar jati, terdengar 

bunyi air sungai berkocak kuat. Macam ada sesuatu yang mahu timbul dari dasar sungai ke permukaan air.

Page 231: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 231/294

231

Saya bangun lalu merenung ke arah lubuk dan gigi sungai. Dua tiga kali saya gosokkelopak mata, saya seakan-akan tidak percaya dengan apa yang saya lihat.Seekor buaya menimbulkan dirinya di permukaan lubuk dan berenang ke tepian.Buaya itu merangkak atas pasir landai, renung kiri kanan mengawasi diri darimusuh.

Saya yakin, kemunculan buaya dari lubuk tersebut adalah untuk menjemur diri dipantai, mungkin juga untuk bertelur.Memang, sejak saya melihat bentuk kawasan berpasir di selekoh sungai itu, hatisaya sudah berkata yang kawasan itu memang menjadi kegemaran buaya berjemur atau bertelur.Hal ini dikuatkan lagi dengan adanya sebuah lubuk di depan kawasan berpasir atauboleh juga disebut sebagai kawasan pantai sungai.Saya menggigit jari, buaya yang merangkak itu tidak mengubah haluan. Tetapmenghala ke arah Khoja Lisut yang terkulai pengsan. Buaya itu pasti mengamuk,bila mendapati kawasannya diceroboh oleh manusia.Hati kecil saya terus berdoa; Oh, Tuhan kau selamatkan manusia yang bernama

Khoja Lisut dari korban buaya. Si malang itu, berada di situ kerana berubat, Allahyang maha besar, selamatkanlah Khoja Lisut. Dia sudah insaf dan menyesaliperbuatannya yang lalu.Doa saya bagai tidak diperkenankan oleh tuhan. Buaya itu terus merangkakmengheret tubuh ke arah kepala Khoja Lisut yang tersembul di permukaan pasir.Dalam debar bersama cemas itu, saya pejamkan mata. Dan saya bayangkan dalamtempurung kepala saya begini:

GUGUR

Suara yang marah itu mengelilingi kepala Khoja Lisut beberapa kali. Buaya itumengangkat dan menggerakkan ekornya. Dan sekali libas kepala Khoja Lisutterpisah dari badan, bergolek macam buah kelapa gugur. Darah membuak-buakkeluar dari sebahagian batang leher yang masih berada dalam pasir.Buaya itu terus menggoncang kepala Khoja Lisut ke gigi sungai. Titisan darahmemanjang di pasir. Perlahan-lahan buaya itu menenggelamkan tubuhnya dipermukaan air sungai lalu membawa kepala Khoja Lisut ke dasar lubuk yang airnyabergerak tenang. Beberapa saat kemudian buaya itu muncul lagi lalu menjulangtinggi kepala Khoja Lisut di permukaan lubuk."Tamarrrrrr.."Saya segera membuka mata. Khoja Lisut menggerakkan kepalanya ke kiri ke kanan.

Buaya yang hanya berada dalam jarak beberapa kaki saja dari kepalanya terusmembukakan mulut dengan luas. Giginya yang besar jelas kelihatan."Tolong aku Tamar."Jeritan Khoja Lisut kian lantang.Saya jadi serba salah.Terfikir juga oleh saya untuk menjerit. Tetapi, mana mungkindatuk dapat mendengar jeritan saya.Lagipun, kalau buaya itu terkejut, kemungkinanbesar bertindak balas lebih pantas untuk mematahkan kepala Khoja Lisut."Tolong aku Tamar, aku tak mahu mati dalam mulut buaya ni," pekik Khoja Lisut.Sepasang biji matanya terbeliak menyorot ke arah mulut buaya yangternganga.Saya lihat buaya itu berhenti merangkak. Agaknya, terkejut dengankelantangan suara Khoja Lisut.

Rasa kasihan dan belas terhadap Khoja Lisut mula berbunga dalam hati. Timbulhasrat untuk mengusir buaya tersebut. Tanpa sedar, sepotong kayu sudah berada

Page 232: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 232/294

232

dalam tangan saya.Di saat saya mahu melontarkan kayu ke arah buaya, wajahdatuk terbayang dalam ingatan.Serentak dengan itu terngiang-ngiang suara datukmenyentuh gegendang telinga saya.Saya segera membatalkan hasrat hati untuk menghalau buaya di dada pasir. Kayudi tangan segera saya lepaskan.Peluh terus mengalir di pipi dan di dahi. Apakah

yang perlu saya lakukan sekarang? Ternyata saya tidak dapat berbuat apa-apa.Saya hanya pasrah kepada Allah saja.Khoja Lisut berusaha berhempas pulas mahu mengeluarkan tubuhnya yangtertanam dalam pasir. Saya mengedutkan dahi, melihat daya usaha seorangkenalan di saat-saat menghadapi bahaya. Saya segera terfikir mana mungkin KhojaLisut dapat mengeluarkan tubuh yang terbenam separas leher di perut pasir.Pasir sekeliling lehernya nampak bermanik dan bercahaya akibat sinaran matahariyang kian terik. Saya yakin sesiapa yang memijak pasir ketika itu tanpa sepatu akanmenjerit kepanasan."Tolong aku."Suara Khoja Lisut amat lemah dan untuk kesekian kalinya dia terkulai pengsan.

Saya tetap macam tadi, masih terpaku di bawah pokok jati. Panas terik membuattekak terasa amat kering sekali."Maafkan saya, Pak Cik Khoja,"Itu yang berkocak dalam diri. Sepasang anak mata, saya arahkan ke lubuk tempatbuaya berendam. Air di permukaan lubuk kelihatan tenang. Kicau burung di hujungdahan rancak berbunyi. Saya alihkan pandangan ke arah Khoja Lisut. Kasihan, diamasih terkulai pengsan.Peluh terus memercik di muka dan seluruh badan. Angin yang bertiup tidak dapatmemberikan kedinginan ke seluruh tubuh. Dan buaya yang di dada pasir terusmerangkak. Sebaik saja muncungnya mahu mencecah rambut Khoja Lisut, buaya ituberhenti merangkak. Saya tergamam sejenak, buaya itu membuka mulutnya denganluas sekali.Batang giginya jelas kelihatan dan pada saat itu juga, saya terlihat lalatlangau menghurungi mulut buaya di tengah panas yang terik.Andainya, buaya itu bergerak ke depan sedikit dan merapatkan muncungnya, sudahpasti seluruh kepala Khoja Lisut berada dalam rahangnya. Saya segera mencapaisepotong kayu yang berada di sebelah kaki kiri saya. Sekiranya buaya itumematahkan kepala Khoja Lisut, saya akan meluru ke arahnya lalu mwnikammatanya dengan kayu yang ada di tangan saya."Syukur."Itulah yang terluah dari mulut saya. Buaya mengubah haluan kedudukannya.Muncungnya yang terbuka dihalakan ke arah saya. Kemudian, mulutnya yang

ternganga segera dirapatkannya perlahan-lahan. Buaya itu mendekatkan badannyayang bersisik ke lubang hidung Khoja Lisut."Kalau dibiarkan lama-lama begitu, matilah Khoja Lisut kelemasan," fikir saya sambilmencari helah bagaimana mahu manghalau buaya tersebut. Dalam saat sayaberfikir, saya lihat buaya itu bergerak lagi. Kali ini, muncungnya yang diarahkankepada saya berubah haluan, dihalakan ke tepi sungai. Dengan tiba-tiba saja buayaitu meluru ke lubuk macam ada sesuatu yang mengejarnya.Air sungai yang mengalir tenang terus berkocak dan bergelombang, sebaik sajabadan buaya menghempapnya. Buat beberapa saat buaya tersebut terkapar dipermukaan sungai.Akhirnya perlahan-lahan menenggelamkan dirinya ke dasar lubuk. Air sungai yang bergelombang mula beransur tenang.

Saya menarik nafas kelegaan, buaya yang mengancam nyawa Khoja Lisut sudahpulang ke sarangnya. Semoga, buaya itu tidak akan datang lagi. Begitulah harapan

Page 233: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 233/294

233

saya."Huhhhh....,"Segera saya toleh ke arah Khoja Lisut, ternyata dia baru sedar dari pengsan. Duatiga kali, Khoja Lisut menggerakkan kepalanya."Weeeeeeeekkkkkkkkk,"

Saya lihat Khoja Lisut muntah. Dan muntah itu meresap ke dalam pasir. Dari jauhsaya dapat melihat muntahnya berwarna putih bercampur kemerah-merahan.Macam nanah bercampur darah. Muntah itu berlanjutan hampir setengah jam.

TELINGA

Setiap kali Khoja Lisut muntah, rambutnya seakan-akan menjadi tegak. Mukanyanampak kembang. Telinganya nampak merah."Aduh!!! rasanya semua isi perut aku nak keluar. Tolong aku Tamar, aku dahaga, janganlah aku diseksa begini," Khoja Lisut merayu. Saya segera mengambil daunkeladi besar. Saya berlari ke sungai. Daun keladi yang sudah dibuat macam

kelongsong segera saya isikan dengan air untuk Khoja Lisut. Saya bersedia mahumelangkah ke arahnya."Buuuummmm."Terdengar sesuatu dari lubuk. Kelongsong daun keladi besar di tangan terlepas.Saya menoleh ke arah lubuk. Sang buaya menimbulkan muncungnya dengansepasang mata yang tertonjol, merenung tajam ke arah saya."Tuuukkkk..."Saya menjerit dengan sekuat hati. Tanpa disedari saya sudah berada di bawahpohon jati. Badan menggigil dan terasa seakan-akan ada sang buaya mengekorisaya. Sepasang kaki menjadi lemah dan saya terus jatuh.Antara sedar dengan tidak, saya terasa seperti ada orang berdiri di depan.Walaupun sepasang kelopak mata tidak terkatup tetapi, saya tidak dapat melihatdengan jelas dalam keadaan panas yang amat terik itu.Penglihatan saya agak kabur dan berpinar-pinar. Pada saat itu juga saya terfikir,tidak mungkin yang terpacak di depan saya itu Khoja Lisut. Dia tidak berkeupayaanmengeluarkan dirinya dari pasir."Kamu pitam, agaknya perut kamu kosong."Saya cuba mengamati suara itu. Sudah pasti itu suara datuk. Saya cuba menjawab,ternyata saya kehilangan suara. Saya cuba menggerakkan tubuh, saya gagal. Malahuntuk menggerakkan kaki kanan saya tidak mampu."Kamu lapar."

Tubuh saya digoncang berkali-kali, kemudian ditegakkan lalu disandarkan dipangkal jati. Kalau tadi, kelopak mata saya tidak terkatup, kini macam ada kuasa tertentuyang memaksa kelopak mata saya terkatup rapat."Bangun Tamar, bangun."Badan saya terus digoncang. Saya tidak terdaya melakukan sesuatu. Anehnya,kicau burung dan suara Khoja Lisut yang berada di tengah panas dapat saya dengar dengan jelas. Untuk menjawab pertanyaan datuk, saya tidak mampu."Kau lemah semangat, kamu lemah semangat, kamu terkejut kerana terserempakdengan sesuatu yang tidak pernah kamu tengok sebelumnya," cukup jelas suaradatuk. Apa yang dituturkannya itu memang benar. Saya tidak tahu bagaimana mahumenyatakan ya padanya. Mahu bersuara, suara tidak keluar.Mahu anggukkan

kepala, batang leher jadi keras macam besi."Ha ini habuan kamu."

Page 234: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 234/294

234

Sebaik saja kata-kata itu berakhir, muka saya di rimbas dengan daun kayu dandituruti dengan pukulan ranting kayu bertubi-tubi di belakang saya. Sakitnya terasabukan kepalang."Aduhhhh.."Saya menjerit sekuat hati. Gemanya menguasai kawasan sekitar dan saya seperti

terkejut.Tidak yakin, apa yang saya dengar itu adalah suara saya sendiri. Bagimempastikannya, saya terus menjerit lagi."Aduhhhhhh.."Sudah sah, itu adalah suara saya. Di saat saya berusaha mahu bangun, datukmembuka penutup botol besar air (yang dibawa dari rumah) dan kepala sayadijirusnya dengan air. Serta-merta saya melompat. Bagaikan kilat datuk menyambar tangan saya lalu dikilaskannya ke belakang. Saya ditolak ke kanannya hinggaterjatuh."Apa yang kamu nampak, Tamar?""Buaya timbul dari lubuk.""Hum, bangun. Bawa botol air ke tempat Khoja Lisut. Jirus kepalanya dengan air ni,

kalau dia dahaga beri dia minum," datuk mengeluarkan perintah.Tanpa banyak soal jawab saya ambil botol yang dihulurkan oleh datuk.Sayamengatur langkah ke arah Khoja Lisut.

MATAHARI

Di bawah sinar matahari yang terik, saya berdiri di depan Khoja Lisut. Rasanya,tidak sopan berdiri di depan orang yang badannya hampir keseluruhan beradadalam pasir.Bagi menghormati Khoja Lisut, saya duduk berdiri lutut sambil membuka penutupbotol besar dan bersedia untuk menjiruskan air ke kepalanya."Tamar,"Saya tidak jadi menjiruskan air ke kepala Khoja Lisut. Saya segera memandang kearah datuk yang berada di bawak pondok jati."Bismillah dan selawatkan nabi."Saya segera anggukkan kepala."Mulakan sekarang, Tamar."Saya membaca bismillah dan terus selawat nabi.Dan air dari perut botol pun jatuhatas kepala Khoja Lisut. Lelehan air di bibir terus masuk ke mulut lalu diteguk penuhnafsu."Terima kasih, Tamar."

Khoja Lisut dongakkan kepalanya, sepasang anak matanya yang kuyu merautiparas saya. Bibirnya yang pucat nampak kering, begitu juga dengan kulit mukanya."Aku dahaga," ucapnya lagi. Ucapannya itu saya jawab dengan anggukkan kepala."Haus, saya haus." suara Khoja Lisut tidak berapa jelas.Muncung botol sayadekatkan ke bibirnya. Perlahan-lahan punggung botol saya tinggikan. Denganberbuat demikian memudahkan Khoja Lisut meneguk air."Cukup Tamar, mari ke mari."Saya toleh ke arah datuk. Dia menggamit saya supaya segera mendekatinya.Cepat-cepat muncung botol saya tutup. Khoja Lisut mengeluh, dia bagaikan tidakmerestui saya meninggalkannya. Saya segera menghampiri datuk dan berdiri didepannya.

"Banyak kamu beri dia minum,""Sikit saja, tuk."

Page 235: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 235/294

235

"Hum..." biji mata datuk menjeling ke arah botol kosong yang saya pegang. Botolkosong itu saya serahkan padanya. Datuk letakkan botol kosong di atas akar pohon jati."Kamu pergi balik, makan nasi dan sembahyang Zuhur," datuk keluarkan perintah.Matanya tidak berkedip merenung batang tubuh saya, dari atas ke bawah dari

bawah ke atas. Tidak selesa rasanya saya dipandang begitu. Saya jadi serba salah."Apa kata kamu Tamar," biji mata terbeliak, macam mahu keluar dan saya serentak.Saya sudah terlanjut. Ungkapan saya keluar secara spontan dari mulut itu, benar-benar menyinggung perasaan datuk."Saya balik dulu, tuk."Itulah helah saya, melarikan diri menghadapi kemarahan datuk. Sayamempercepatkan langkah. Kalau boleh saya mahu menghilangkan diri dengansekelip mata di hadapan datuk."Tamar nanti dulu, aku tak suruh kamu pergi, kenapa kamu pergi? Kamu ni makinbiadap. Mari ke sini."Saya sudah melangkah beberapa ela darinya terpaksa sorot kembali dan terus

berdiri di depannya. Suara Khoja Lisut minta air, tidak dipedulikan oleh datuk.Wajahnya masih masam. Saya bersedia menerima apa saja kutukan dan sumpahseranah darinya.Saya menarik nafas kelegaan. Datuk menggigit dan terus mencari akar kayu untukduduk. Dia senyum ke arah saya perlahan-lahan dia gelengkan kepala, agaknya diaterasa lucu dengan pertanyaan yang tidak wajar saya kemukakan kepadanya."Kamu tolong nenek kamu, apa yang patut.""Ya, tuk.""Kamu datang ke sini, bila kamu dah selesai sembahyang asar.""Ah.." terkeluar keluhan kecil dari mulut.Kenapa mesti lepas sembahyang Asar. Kenapa tidak selepas sembahyang Zuhur,kenapa mesti menolong nenek. Apa yang datuk katakan itu memang praktikal.Sepatutnya, lepas sembahyang Zuhur, saya mesti ke sini, melihat detik peristiwayang dialami oleh Khoja Lisut. Apa yang bergolak dalam dada tidak berani sayaluahkan . Terpaksa dipendamkan dalam kalbu."Masa kamu nak datang ke mari, bawakan aku putik manggis tujuh biji, putikrambutan tujuh biji serta air masak dari putik pinang," datuk memberikan pesan."Jadi saya kena rebus putik pinang, tuk?"Tak payah, semua barang-barang tu dah disediakan oleh nenek kamu. Kamu cumabawa saja ke sini,""Jalan terus ke rumah, jangan merayau-rayau ke mana-mana," itu pesanan terakhir 

dari datuk untuk saya, sebelum melangkah pulang.Lebih kurang setengah rantai jarak antara saya dengan datuk, dan saya yakin datuktidak dapat melihat pergerakan saya kerana dilindungi oleh pepokok kecil, sayaterus berlari. Pada saat itu juga saya menganggap diri saya terlepas dari cengkamandatuk. Saya berlari dengan semahu-mahunya.

PINTU

Nenek yang secara kebetulan berdiri di depan pintu dapur tercengang melihat sayaberlari tercunggap-cunggap ke arahnya. Tanpa menegurnya saya terus memanjatanak tangga dan duduk di muka pintu.

"Apa yang mengejar kamu, Tamar?""Tak ada apa-apa?"

Page 236: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 236/294

236

"Habis kenapa kamu lari.""Seronok lepas dari kawalan datuk, saya lapar nek.""Hum....," nenek gelengkan kepala, "dah sembahyang?" Susulnya lagi. Saya cumamampu tersengih."Sekarang pergi bersihkan badan kamu, lepas tu sembahyang Zuhur, sementara

kamu sembahyang biar aku siapkan makanan," turut nenek sambil menggaru pipisebelah kanannya."Macam mana kalau saya makan dulu, nek.""Tak baik begitu, bersihkan badan dan sembahyang dulu, barulah seronokmakan.Tuhan suka orang yang bersih, makan dalam keadaan penat dan badankotor, kata orang makan bersama syaitan. Kamu mahu makan sama syaitan,Tamar?""Heee.. tak mahu, saya tak mahu kawan dengan syaitan."" Kalau tak mahu, kamu pergi mandi. Buat apa yang aku cakap," sambung nenek.Dan saya segera menuju ke perigi.Cakap nenek memang tepat, selesai menunaikan solat Zuhur, saya dapat menikmati

hidangan makanan tengah hari dengan selesa dan bernafsu sekali. Selesai makansaya tersandar di dinding merehatkan tubuh badan tetapi, kenikmatan itu hanyadapat saya rasai dalam waktu yang pendek. Lepas makan duduk bersandar,memang pantang besar bagi nenek."Kalau nak duduk tu, biarlah nasi jatuh ke perut dulu. Pergi jalan-jalan atau buatkerja ringan.Kamu tahu Tamar, orang yang makan kenyang kemudian duduktersandar, minta celaka diri.""Apa ertinya cakap nek ni, saya tak tahu," tanya saya."Minta papa kedana, pemalas. Kalau diamalkan selalu, perut boroi, sakit urat-uratperut mudah datang. Boleh jadi barah tahu, nanti perut kamu boleh meletup."Saya tak mahu perut saya meletup," saya terus menjerit dan melompat. Sekaligusmelakukan senaman.

125. Berbalut Kain Kuning 

Nenek ketawa terkekeh melihat telatah saya yang melucukan itu. Saya turun kehalaman mengutip dedaun kering yang bertaburan. Pergerakan yang dilakukanmembuat badan terasa ringan, saya tidak mengalami sesak nafas atau rasa penat

akibat kekenyangan. Perut yang membuncit kembali dalam keadaan normal.

"Apa rasanya, Tamar?"

"Rasanya nek, ya begini rasanya..."

"Kamu tak rasa mengantuk dan malas, badan terasa ringan, bukan begitu Tamar,"belum sempat saya menyambung kata-kata, nenek segera memotong. Tentu sajasaya akur dengan apa yang dituturkannya itu.

"Betul cakap nek tu."

"Petua orang tua-tua ada khasiat, datuk nenek kita tidak keluarkan petua ikut suka

Page 237: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 237/294

237

hati. Dicuba dulu, baru dipesan pada anak cucu," nada suara nenek agak meninggi.Di wajahnya terpamer rasa bangga kerana berjaya mempengaruhi diri saya supayayakin dengan petua.

Akhirnya saya naik ke rumah. Cari bantal lalu baring di ruang tengah dengan naskah

akhbar UTUSAN MELAYU terbentang di depan mata. Akhbar itu saya letakkan disisi kiri badan. Dari ruang tengah saya lihat nenek duduk di bendul pintu dapur. Diamenjahit kain pelikat. Saya segera duduk, apa yang saya buat semuanya serba tidkakena.

Sekejap-sekejap saya terfikir tentang Khoja Lisut dan datuk. Apakah yang dilakukanwaktu ini. Dalam saat yang lain saya terkenangkan sahabat datuk di Balik Pulau.Fikiran nakal saya terus menerawang, saya cuba menggambarkan suasanakampung di tanah Palembang. Mana mungkin saya dapat menggambarkannyakerana saya sendiri tidak pernah sampai kesana. Menanti waktu Asar tiba adalaahsebuah penyeksaan bagi saya.

Saya terus memeluk sepasang kepala lutut. Saya memang tidak betah duduk dirumah. Biasanya waktu begini, saya pergi ke pekan kecil atau dewan bacaan,membaca majalah dan buku novel percintaan terutama buku-buku novel dari negaratetangga Indonesia terutama karya HAMKA.

Memang sukar membaca karya dari penullis tanah seberang, kerana ejaannya tidakseragam. Masih mengikut cara ejaan lama umpamanya ejaan YANG dieja JANGtetapi, kesulitan itu dapat saya atasi.

Kalau saya tidak merayap ke tempat tersebut, saya akan merayau ke hutan kecilmelihat jerat pelanduk atau kijang.

"Hummmmm..."

Saya melepaskan sebuah keluhan. Arahan datuk yang telah menetapkan waktunyamembuat saya seperti dibelenggu. Takut mahu bergerak ke mana-mana.

"Tidurlah Tamar, Asar nanti nenek gerakkan."

"Mata tak mahu pejam."

"Nenek tahu, kamu tak suka duduk di rumah. Pergilah ke mana-mana, dekat Asar balik."

"Saya tak berani nek."

"Kenapa pula?" nenek seakan-akan terkejut.

"Takut asyik merayau-rayau nanti lupa pula nak pergi ke tempat datuk."

"Terpulanglah pada kamu," nenek meneruskan kerjanya dan saya berpindah ke

anjung. Duduk berehat dii situ.

Page 238: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 238/294

238

KAIN

Selesai saja menunaikan solat Asar. Saya tukar pakaian dan bersedia untuk

memulakan tugas seperti yang diamanahkan oleh datuk pada saya.

Waktu saya menuju ke pintu tengah, saya lihat ada beberapa bungkusan tersediadekat bendul. BUngkusan pertama dibalut dengan kain hitam, bungkusan keduakain hitam. Bungkusan ketiga dibalut dengan kain kuning. Bentuk bungkusan yangketiga agak berbeza dengan bentuk dua bungkusan yang lain.

Bungkusan ketiga (berbalut kain kuning) bentuknya memanjang dan tingginya kira-kira enam inci. Saya yakin yang dibalut dengan kain kuning adalah botol. Saya lihatsemua bungkusan itu dengan hati-hati.

Barangkali semua bungkusan yang ada ini, barang-barang dipesan oleh datuk padasaya tadi, fikir saya dalam hati.

"Apa yang dimenungkan, bawa saja."

Saya menoleh ke kanan, nenek tercegat di situ dengan raga buluh di tangan. Nenekmaju dua tiga tapak lantas duduk bersila di depan bungkusan.

"Dengan ini memudahkan kamu membawanya, Tamar."

Nenek pun memasukkan bungkusan-bungkusan tersebut ke dalam raga. Disusundengan begitu cantik sekali.

Nenek bangun dan terus ke dapur. Dia datang semula ke muka pintu bersamadengan kulit-kulit durian kering dan seludang kelapa kering.

"Buat apa kulit durian kering dan seludang kelapa kering tu nek?" tanya saya setelahmelihat nenek memasukkan barang-barang tersebut ke dalam raga.

"Nak halau nyamuk, datuk kamu nak tidur di situ sepanjang malam ni."

"Hai, datuk tak cakap pun pada saya nek," kata saya terkejut.

"Takkan semua perkara nak beritahu kepada kamu. Ini kerja orang tua-tua, kamu takboleh tahu. Kamu tolong-tolong sudahlah, buat apa nak tahu."

"Barang dalam bungkusan ini pun saya tak boleh tahu nek?"

"Boleh tapi, nenek tak boleh bagi tahu. Orang yang boleh bagi tahu pada kamucuma datuk kamu sendiri. Kalau dia tak bagi tahu kamu boleh tengok masa dia bukabungkusan itu."

"Agaknya, perkara begini jadi pantang-larang."

Page 239: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 239/294

239

"Entahlah nenek sendiri tak tahu. Apa yang datuk kamu bagi tahu itulah yang akubagi tahu pada kamu," nenek segera menolak bakul rotan ke depan saya.

Dari tindakannya itu, saya dapat menduga yang nenek menyuruh saya berangkatsegera. Dia tidak mahu saya mengemukakan berbagai-bagai soalan berhubung

dengan barang-barang yang ada di dalam raga.

"Tak apalah nek, biar saya pergi dulu."

Saya pun memegang rangka raga. Bangun dan mula memijak anak tangga. Barutiga mata anak tangga saya pijak, nenek bersuara:

"Bawa terus jangan singgah di mana-mana, jangan menyusup di bawah ranting matidan laluan binatang."

"Kenapa nek?"

"Jangan banyak tanya, itu pesan datuk kamu pada aku untuk disampaikan padakamu."

Saya menarik nafas dalam-dalam. Masih keberatan mengangkat kaki untuk memijakanak tangga seterusnya. Hati masih ingin tahu, kenapa mesti ada pantang larangbegitu.

"Datuk tak beritahu sebab-sebab perkara itu tak boleh dibuat," saya cubamemancing nenek.

"Dah aku katakan tadi, jangna banyak soal. Apa kamu tak faham lagi, Tamar?"nenek jegilkan biji mata.

Langkah yang terhenti segera saya sambung kembali.

Saya sarungkan sepatu getah ke kaki. Sebelum memulakan perjalanan, lagi sekalisaya tatap wajah nenek di ambang pintu. Dia memberikan senyuman selamat jalan.

REDUP

Perjalanan di bawah sinar matahari yang kian redup amat menyenangkan. Peluhtidak begitu cepat membasahi tubuh.

Beberapa rantai lagi mahu sampai ke pohon jati, saya berhenti sebentar. Tangankanan saya terasa lenguh kerana terlalu lama membimbit raga. Saya tukar ketangan kiri pula. Saya panjangkan leher merenung ke arah pohon jati.

Saya cemas. Datuk tidak kelihatan di situ. Tetapi, perjalanan saya teruskan. Sayaletakkan raga atas akar pokok jati dan waktu mata saya arahkan ke kawasan lapang

(berpasir) saya lihat ada dangau (pondok) pisang sesikat yang jaraknya tidak sampailima belas kaki dari tempat Khoja Lisut tertanam.

Page 240: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 240/294

240

Atapnya dari daun bertam muda. Dindingnya cuma di bahagian belakang, kiri dankanan. Tingginya kira-kira sekaki. Dibuat dari daun salak tua yang sudah dianyamrapi. Manakala bahagian depan terus terdedah.

Dibawah sinaran matahari petang yang kian runduk itu, saya lihat Khoja Lisutterkapar tidur atas pasir. Kepalanya terlentuk atas permukaan pasir dengan keduabelah tangannya tergedang. Datuk duduk bersila disebelah kanannya, dalam jarakdua kaki. Melihat saya berada di bawah pohon jati, datuk segera bangun. Diamelangkah ke arah saya.

"Ada kamu bawa barang-barang yang aku pesan," itu yang datuk utarakan, sebaiksaja dia berdiri di depan saya.

"Ada dalam raga tu tuk," saya segera meluruskan jari telunjuk ke arah raga.

"Hum...," datuk anggukkan kepala. Sepasang matanya tertumpu ke arah raga. Adakepuasan terbayang di wajahnya.

"Kamu ikut pantang larang yang nenek kamu cakap Tamar."

Datuk terus mengambil raga yang berisi barang-barang itu, dibawa ke pondokpisang sesikat. Disangkutnya pada bahagian atas pondok. Datuk datang semulakepada saya.

"Kamu dah semmbahyang Asar?"

"Dah tuk."

"Aku belum lagi, aku tak mahu meninggalkan Khoja seorang diri di pasir. Kamu dahdatang, hati aku senang. Sekarang giliran kamu menunggunya."

"Tuk nak kemana?" tanya saya cemas.

"Aku nak ke tebing sungai, aku nak ambil air wuduk."

"Ke sungai?" mulut saya terlopong.

"Kenapa Tamar?" datuk menyoal. Tiada jawapan dari saya. Datuk hayun kaki kesungai dan debaran di dada saya kian kencang.

Saya masih lagi berdiri di bawah pokok jati. Saya renung ke arah Khoja Lisut.Kepalanya terkulai atas pasir dengan mukanya menghala ke arah pondok pisangsesikat.

Perlahan-lahan saya atur langkah mendekatinya. Saya berdiri didepannya. Tidakada sebarang reaksi dari Khoja Lisut. Saya lihat kedua belah matanya terpejam.

Saya dekatkan telapak tangan kanan saya kehidungnya, ternyata dia masihbernafas dan pada saat itu juga dia mendengkur. Sudah pasti, Khoja Lisut tidur 

Page 241: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 241/294

241

nyenyak, fikir saya.

Orang tidur jangan diganggu. Kasihan, Khoja Lisut menempuh satu penyeksaanyang panjang kerana mahu mengubati penyakit yang dideritainya. Saya menariknafas panjang-panjang sambil menatap wajahnya.

Kerana Khoja Lisut tidur nyenyak, saya segera terfikir, tidak ada gunanya menjagaorang tidur. Saya membuat keputusan untuk meninjau datuk yang berada di tebingsungai mengambil air sembahyang.

Khoja Lisut saya tinggalkan. Dengan tenang saya melangkah ke arah tebing. Datukmembongkok di gigi sungai mengambil wuduk. Saya terus melangkah dan berhentidekat pokok bunga tanjung. Jarak saya dengan datuk lebih kurang lima kaki saja.Saya segera berlindung di balik pokok bunga tanjung.

Cukup di sini saja. Kalau diteruskan pasti menimbulkan kesulitan diri sendiri. Paling

kurang kena maki hamun dari datuk. Begitulah saya memujuk diri sendiri dan terusmelihat gerak geri datuk dari balik pokok bunga tanjung. Sesungguhnya, niat sayabaik demi keselamatan diri datuk.

Saya sedar, datuk berdiri di gigi sungai menghadapi lubuk yang ada buaya. Nyawadatuk dalam bahaya, saya perlu membantunya bila buaya itu melakukan seranganmengejut padanya.

Kerana itulah saya mengekorinya dan mengawasi datuk dari balik pokok bungatanjung. Kini, seluruh perhatian saya tertumpu pada lubuk buaya dan datuk.

"Haaa..."

Mulut saya ternganga. Jantung saya berdebar. Buaya timbul di permukaan lubuk,macam batang buruk yang terapung di permukaan air.

"Tamar, aku tahu kamu ada di balik pokok bunga tanjung, kamu duduk diam-diamdisitu, jangan menjerit dan jangan datang ke sini," datuk menujukan kata-kata untuksaya.

Dengan perlahan-lahan saya menarik dan melepaskan nafas. Saya terpaksa patuh

dengan arahan datuk itu. Terpaksa bertahan di bawah pokok bunga tanjung.

MUNCUL

Datuk bagaikan tidak ambil kisah dengan kemunculan buaya dipermukaan lubuk.Dia terus ambil wuduk hingga selesai, kemudian sarung selipar jepun ke kaki. Berdiridi tebing dengan membelakangi buaya yang kelihatan bergerak ke arah tebingsungai.

Tiba-tiba buaya itu membedalkan ekornya ke arah datuk, waktu ekor buaya itumenghempap tebing sungai, datuk sudah pun berada di perdu pisang hutan. Cukup

Page 242: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 242/294

242

pantas datuk bergerak hinggakan saya tidak dapat melihat gerakan itu berlakumeskipun mata saya tidak berkedip merenung kearahnya.

Datuk memusingkan badannya, berdiri tegak menghadapkan wajahnya ke sungai.Buaya masih menimbulkan badannya dipermukaan lubuk, terapung macam batang

buruk, bergerak lemah mengikut gelombang air.

"Hai buaya, aku bukan habuan kamu kali ini," pekik datuk seraya mematah rantingdari pokok kecil di kirinya. Ranting itu dilemparkan ke sungai.

Sebaik saja ranting yang dilemparkan mengenai permukaan air sungai, buaya terusmenyelam ke dasar lubuk. Beberapa saat kemudian muncul kembali bersama riakgelombang air yang besar dan kuat menguasai permukaan lubuk. Serentak denganitu buaya terus menghempaskan ekornya berkali-kali ke permukaan air.

"Kamu marah," suara datuk keras.

Dan buaya terus memukulkan ekornya ke air seolah-olah memberikan jawapanterhadap kata-kata datuk.

"Jangan ganggu aku, aku kemari bukan niat nak kacau kawasan kamu, aku ke marinak menolong orang yang sakit," datuk terus bercakap, biji matanya tertumpu kearah buaya di air yang kelihatan tidak tenang. Sekejap menyelam, sekejap timbul.Ekornya terus memukul air.

"Selamat tinggal kawan," datuk lambaikan tangan ke arah buaya. Dan saya lihatbuaya itu mengangakan mulutnya lalu dihalakan ke arah datuk. Dua tiga detikkemudian buaya terus menyelam dan tidak timbul-timbul lagi.

Datuk meneruskan pejalanan ke pondok pisang sesikat tanpa menghiraukan sayayang berada di bawah pokok bunga tanjung. Saya jadi serba salah, apakah sayamasih terikat dengan pesan datuk? mungkin datuk menghukum saya keranamengekorinya dari belakang, jadi dia sengaja membiarkan saya disini sendirian.Kalaulah itu rencana dalam dada datuk, dia memang seorang yang kejam. Timbulbermacam-macam pertanyaan dalam diri saya.

Saya renung ke arah pondok pisang sesikat. Datuk sedang menunaikan solat Asar.

Saya sudah tidak mampu bertahan di bawah pokok bunga tanjung. Saya jadi cemasdan tidak tentu arah. Sesekali saya terasa seram. Bulu tengkuk saya terasa tegak.Dan Saya mengambil keputusan yang amat nekad, saya langgar pesanan datuk.Pokok bunga tanjung saya tinggalkan, berlari ke arah ppondok pisang sesikat.

Saya berdiri di luar pondok pisang sesikat, menunggu datuk menyelesaikan solatdan berdoa. Saya tetap berharap tindakan yang saya lakukan tidak mendatangkanapa-apa kemarahan terhadap datuk.

"Masuk Tamar,"

Nada suara datuk cukup mesra. Ada senyum diwajahnya.

Page 243: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 243/294

243

Saya masuk ke perut pondok. Duduk bersila didepan datuk.

"Nenek kamu dah jual pisang dan keledek?"

Saya mengigit bibir, sukar untuk saya memberikan jawapan. Nenek tidak beritahu

apa-apa dan saya tidak ppula bertanya apa-apa pada nenek. Secara spontan sayateringatkan kesan tayar lori dihalaman rumah.

Saya yakin itu adalah kesan tayar lori peraih yang mengambil pisang dan keledek.

"Semuanya nenek dah jual tuk," tutur saya penuh yakin. Datuk anggukkan kepala.

Mungkin terasa lenguh duduk bersila, datuk pun meluruskan sepasang kakinyasambil menyandarkan badannya ke tiang pondok. Datuk mengerakkan jejari kakinyadan pada saat itu terdengar suara jeritan Khoja Lisut. Cepat-cepat datuk gerakkankepalanya ke kiri dan ke kanan.

"Kamu pergi jiruskan air kekepalanya, kemudian kamu korek pasir kelilingnya,keluarkan kedua belah tangannya," saya kerutkan dahi, kerana tugas yangdiserahkan oleh datuk pada saya bukannya tugas yang mudah.

"Saya buat seorang aje tuk?"

"Yalah, takan kerja semudah itu aku nak tolong. Pergi buat sekarang."

Saya segera bangun dengan rasa yang amat malas. Sebaik saja berada di luar pondok pisang sesikat, lagi sekali saya tatap wajah datuk. Dia tidak memperlihatkansebarang reaksi dan saya terus melangkah menuju ke arah Khoja Lisut ditanam.

"Korek gunakan pelepah kelapa."

Saya berhenti melangkah dan menoleh ke arah datuk. Belum pun sempat sayabertanya, datuk pun melemparkan pelepah kelapa ke arah saya. Dengan tangkassaya menyambutnya.

Saya terus membelek-belek pangkal pelepah yang ditarah rata dan nipis. Bentuknyamacam sudip yang sering digunakan untuk mengacau nasi dalam kawah besar.

Panjang pelepah kelapa itu lebih kurang empat kaki lebih. Bahagian hujungnya diikatdengan kain tiga warna, merah kuning dan hitam. Pelepah kelapa itu segera sayalurutkan dengan telapak tangan kanan.

"Jangan buat macam tu, Tamar."

Saya segera berhenti melurut pelepah kelapa. Biji mata saya arahkan kepada datuk.Dia berdiri di pintu pondok pisang sesikat. Tangan kirinya digerakkan ke kiri dan kekanan.

"Maafkan saya, saya tak tahu tuk."

Page 244: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 244/294

244

"Hum, kenapa tercegat lagi disitu? Pergi sekarang buat apa yang aku suruh," suaradatuk cukup keras, mengganggu penumpuan saya terhadap pelepah kelapa ditangan. Melihat saya masih terpaku di situ, datuk terus bersuara:

"Pergilah cepat jangan terpacak disitu."

"Ya tuk, saya pergi sekarang," jawab saya tersekat-sekat.

Tanpa toleh kiri kanan saya aturkan langkah mendekati Khoja Lisut.

MATA

Saya berdiri di depan Khoja Lisut. Kemudian terus duduk bersila. Sepasang mata

Khoja Lisut yang tidak bermaya itu menatap wajah saya.

"Dahaga, aku dahaga Tamar."

Saya segera menyumbatkan muncung botol kemulutnya. Tergesa-gesa Khoja Lisutmenyedutnya hingga menyebabkan dia tersedak. Air yang berada dalam mulutnyaberhamburan keluar. Hampir-hampir mengenai tubuh saya. Saya lihat Khoja Lisuttercungap-cungap.

Muncung botol segera saya pisahkan dari bibirnya. Lidah Khoja Lisut menjilat kesanair dibibir dan dagu. Perbuatannya itu amat mengharukan perasaan saya.

"Pak cik minum pelan-pelan sikit," kata saya penuh hormat.

"Ya, ya aku tahu Tamar," sahutnya penuh ghairah. Matanya tetap merenungmuncung botol yang berada dalam tangan saya.

"Minum pakcik."

Muncung botol saya sumbatkan kemulutnya. Khoja Lisut menyedut air dengan hati-hati, cakap saya dipatuhi dengan baik sekali. Dia berhenti meneguk air dalam botol.

"Hilang dahaga, pakcik?"

Dia terus anggukkan kepala. Cepat-cepat saya menjiruskan air dari dalam botol keatas kepalanya. Khoja Lisut terus bersin, mungkin lubang hidungnya dimasuki air yang saya tuangkan dikepalanya.

"Kalau dah bersin jangan buat lagi."

Saya lihat kearah datuk. Dia angkat tangan kanannya tinggi-tinggi dan dijatuhkannyaperlahan-lahan.

"Sekarang koreklah pasir tu."

Page 245: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 245/294

245

"Baiklah tuk."

"Mulakan dari sebelah kanan, baca Bismillah dan selawat Nabi tiga kali berturut-turut," lanjut datuk lagi. Suaranya cukup nyaring. Arahan datuk segera saya patuhi.

Mengorek pasir dengan menggunakan pelepah kelapa memang memenatkan,sekejap saja seluruh badan saya berpeluh, sedangkan pasir yang dikorek sepertitidak menampakkan sebarang kesan.

"Kau nak keluarkan aku dari pasir ni Tamar?"

Tidak saya jawab pertanyaan dari Khoja Lisut.

"Datuk kamu suruh keluarkan aku."

Seperti tadi, saya tetap membisu. Terus mengorek pasir.

"Agaknya, datuk kamu melarang aku bercakap dengan kamu Tamar, agaknya ini jadi pantang larang."

Saya berhenti mengorek pasir dengan pelepah kelapa. Saya menarik danmelepaskan nafas dengan tenang.

"Eh, jangan berhenti," pekik datuk dari pondok.

Saya kembali meneruskan kerja yang terhenti. Saya tidak peduli dengan apa yangdikatakan oleh Khoja Lisut. Mungkin kerana kecewa dengan sikap saya, Khoja Lisutterus membisu.

"Tamar, tangan kiri aku dah keluar."

Saya terkejut, memang tidak saya duga tangan kiri yang keluar. Saya korek sebelahkanan, sepatutnya tangan kanan yang keluar.

Saya termenung sejenak memikirkan keanehan yang terjadi didepan mata. KhojaLisut merewang-rewangkan tangan kirinya sesuka hati. Setiap kali tangan kirinya

dipusingkan, pasir yang berada disekeliling tengkuknya turut sama bergerak hinggakedua belah sayap bahunya tertonjol dipermukaan pasir.

"Tuk, tolonnnnngggggg!"

Pelepah kelapa saya tikamkan ke dada pasir. Sepasang kaki saya bagaikan ditariksesuatu.Terbenam dalam perut pasir separas lutut. Pasir sekitar tempat saya berdirimenjunam ke bawah, seolah-olah jatuh ke dalam lubang gaung yang dalam. Saya jadi panik dan terus berpaut pada pelapah kelapa.

126. Tubuh Di Awang-Awangan 

Page 246: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 246/294

246

“Tak mengapa.” Datuk tercegat di depan saya dengan wajah yang damai. Kemudiantelapak tangan kirinya bercantum dengan telapak tangan kanan saya.

“Pegang kuat-kuat,” katanya.

Saya patuhi arahan yang diluahkan oleh datuk. Waktu saya kerahkan seluruhkekuatan untuk berpaut pada tangan kanannya, saya terasa sekujur tubuh sepertiterangkat, memisahkan sepasang kaki dengan pasir dalam jarak setinggi kira-kiraempat kaki. Seluruh tubuh terawang-awangan di udara.

“Aduuuuhhh..!” itu yang keluar dari kelopak bibir saya. Daging punggung terasasakit dan pedih bila datuk mendudukkan saya dengan keras dan kasar. Seluruh isiperut terasa bergegar.

Dari pangkal belikat hingga ke pangkat paha terasa keras seketika. Seluruh sendi

terasa lemah. Lebih dari lima minit saya duduk termanggu di dada pasir.

Bila saya rasa kekuatan tenaga sudah pulih kembali, cepat-cepat saya bangun.Berdiri merenung ke arah Khoja Lisut yang sudah berjaya mengeluarkan tangankanannya.

“Tamar, ikut aku.”

“Ke mana tuk?” Soal saya lemah.

“Keluarkan Khoja dari pasir.”

Saya segera mengekori langkah datuk. Saya berdiri di sebelah kiri Khoja Lisut. Dandatuk berdiri di sebelah kanan Khoja Lisut. Khoja Lisut segera menetap wajah sayadan datuk silih berganti. Rasa cemas terpamer di wajahnya.

“Serentak kita tarik tangannya, Tamar.”

Arahan datuk itu saya balas dengan menganggukkan kepala. Setelah datukgenyitkan mata saya terus menyambar tangan kanan Khoja Lisut. Datuk jugaberbuat seperti apa yang saya lakukan.

“Heret ke sungai,” arahan datuk saya terima.

Khoja Lsiut kami tarik atas pasir, suara jeritannya menguasai seluruh kawasan.Datuk tidak ambil kisah dengan jeritan itu. Khoja Lisut diheret hingga ke gigi sungai.

“Kita humbankan ke dalam lubuk.”

Saya jegilkan biji mata ke arah datuk dengan seribu persoalan. Sukar untuk sayamematuhi cakapnya. Kalau dicampakkan ke lubuk, bererti Khoja Lisut akan jadimakanan buaya.

Apa datuk sudah gila? Kulit dahi segera saya kerutkan.

Page 247: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 247/294

247

“Ke lubuk tuk?”

“Iya.”

“Buaya tuk.”

“Itu urusan aku,” sahut datuk dengan wajah yang masam.

Dia segera menyuruh saya berubah tempat. Saya disuruh memegang sepasang kakiKhoja Lisut dan datuk memegang sepasang tangan lelaki yang masih mengerangkesakitan.

“Kita hayun tiga kali, masuk hayun keempat kita lepaskan ke lubuk, kamu fahamcakap aku Tamar!”

“Bagus, jangan banyak tanya lagi tau.”

“Iya tuk.”

“Hayun satu, hayun dua, hayun tiga, hayun empat lepaskan Tamar.”

“Bedebummmmmm.”

Sekujur tubuh jatuh di permukaan lubuk. Gelombang dan alun air sungai berlarian ketepian. Khoja Lisut menjerit meminta tolong, terkapai-kapai mengimbangi tubuhsupaya tidak tenggelam.

Di saat Khoja Lisut terkapai-kapai itu penghuni lubuk (buaya) menimbulkan diri disisinya. Jeritan Khoja Lisut bertambah kuat.

Dengan sedaya upaya saya lihat Khoja Lisut berusaha menjauhkan dirinya daribuaya tersebut. Dia cuba berenang ke tepian.

“Kamu lihat dia sudah boleh menggerakkan ke dua kaki dan tangannya,” bisik datukpada saya. Tidak dapat saya nafikan kebenaran dari kata-kata datuk itu.

“Saya takut dia jadi habuan buaya tuk!”

“Tidak, nanti aku ikhtiar untuk menyelamatkannya,” balas datuk sambil matanyamerenung ke arah buaya yang muka mempamerkan keganasannya untukmengorbankan Khoja Lisut.

Si buaya mula membuka mulut, ekornya terus memukul permukaan sungai. KhojaLisut kelihatan tenggelam timbul dalam riak dan alun air tersebut. Dia kelihatantercungap-cungap seperti berada dalam keadaan kelemasan. Buaya yang berada dipermukaan air terus menyelam ke dasar lubuk.

“Buaya tu menyelam untuk menjulang Khoja,” datuk renung ke arah saya. Dianampak gusar sekali. Khoja Lisut tetap terkapai-kapai, saya melagakan gigi atas

Page 248: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 248/294

248

dengan bawah beberapa kali, saya harap datuk dapat melakukan sesuatu supayaKhoja Lisut tidak jadi korban buaya.

“Hum..,” datuk mendengus.

“Tuk mahu menolongnya?”

Datuk membisu, tidak mahu menjawab pertanyaan saya.

Dia terus duduk bersila atas pasir dengan kedua belah lengannya berada atastempurung lutut. Datuk menahan nafas, kedua belah kelopak bibirnya bergerak-gerak. Ternyata datuk sedang membaca sesuatu untuk menyelamatkan Khoja Lisut.Saya gembira dengan tindakan itu.

“Huuuupppp.”

Kedua belah telapak tangan datuk memukul pasir. Dia terus bangun, bergerakbagaikan robot menuju ke sungai. Berdiri di tengah arus sungai dengan kedua belahtangannya mencekak pinggang. Datuk bongkokkan badan (kedua belah tanganmasih di pinggang) hingga seluruh mukanya terkena air sungai yang mengalir.

GIGI

Dari gigi sungai saya perhatikan gerak geri datuk itu. Tiga kali dia membongkok dantiga kali juga air sungai membasahi wajahnya. Selesai saja perkara itu dilakukan,datuk tetap berdiri di situ sambil mendepangkan kedua belah tangannya.

“Terkunci mulutmu dari membinasakan anak Adam, patuhilah engkau denganhukuman aku,” selesai saja datuk bersuara dia segera menjentik permukaan air dengan jari telunjuk tiga kali berturut-turut.

Perlahan-lahan datuk memusingkan badannya ke arah saya. Dia menggamit sayaagar mendekatinya. Permintaannya saya penuhi.

“Kamu pergi dekat Khoja, tarik dia ke tepi.”

“Tapi tuk?”

“Tak ada tapinya, buat sekarang.”

Dengan rasa gementar saya segera mengharungi sungai mendekati Khoja Lisutyang terkapai-kapai, saya hulurkan tangan ke arahnya. Tanpa diduga, buayamenimbulkan badannya di sebelah kanan saya. Sepasang kaki saya jadi lemah,tidak mampu berdiri dan mengharungi air sungai, saya batalkan niat untuk menolongKhoja Lisut. Saya berpatah balik ke tepi sungai.

“Tuk tolong saya, buaya tuk.”

“Kalau kamu patah balik, aku cekik kamu sampai mampus, pergi tolong Khoja,pergi.”

Page 249: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 249/294

249

Saya tidak ada pilihan, kalau rapat ke tepi bencana menanti. Kalau tolong Khoja ,saya pasti jadi umpan buaya. Dari mati kena cekik, lebih baik mati di mulut buaya.Sebelum saya jadi habuannya, saya pasti menentangnya. Kalau nasib saya baik,saya mampu menewaskannya. Saya mara ke tengah sungai semula.

“Kemari kamu, kamu sudah aku takluki. Mulut kamu terkatup rapat, kekuatan kamu jadi lemah. Kamu hanya mendengar cakap aku saja, sekarang kamu ke mari dudukdan jemurkan badan kamu di pasir,” pada mulanya saya rasa cemas dan takutmendengar kata-kata datuk itu, tetapi setelah mengetahui yang kata-kata ituditujukan kepada buaya. Rasa takut dan cemas segera hilang dari bersarang disanubari saya.

Buaya yang terapung di sebelah kanan saya segera menuju ke tepian. Merangkakatas pasir lalu berhenti depan datuk.

“Kamu duduk dia di sini,” tutur datuk.

Buaya itu menggerakkan hujung ekornya perlahan-lahan, seolah-olah mengertidengan apa yang datuk ucapkan. Datuk pun meletkkan kaki kirinya ke kepala buayasebentar. Kemudian datuk terjun ke sungai lalu menolong saya mengheret KhojaLisut ke tepian.

Khoja Lisut terus dibaring atas pasir. Datuk melurutkan kakinya dengan daun keladisebanyak tiga kali. Bila kerja itu selesai, Khoja Lisut dicampakkan ke lubuk buayasebanyak tiga kali berturut.

Bila Khoja Lisut tidak bermaya, barulah datuk memikulnya ke pondok pisang sesikat.Dibaringkan atas pucuk pisang. Khoja Lisut terkapar pengsan di situ.

“Sekarang kau ikut aku, bawa gayung upih,” datuk bersuara tenang. Saya segeramencapai gayung upih dan terus mengekori langkah datuk menuju ke tempat buayatersadai. Sebaik saja sampai ke tempat itu, tanpa sepatah kata pun datuk segeramengambil kayu di tangan saya.

“Nak buat apa tuk?”

“Aku nampak air liur buaya,” segera saya beliakkan biji mata.

Datuk segera membuka mulut buaya luas-luas, kemudian dikatupnya kembali, rapat,air liurnya meleleh di kiri kanan, datuk terus mengambilnya dengan menggunakangayung dari upih.

“Tunggu, sekejap lagi kamu aku bebaskan,” datuk tatap mata buaya yangkelopaknya bergerak lemah. Datuk ambil sejemput pasir yang berada di bawah perutbuaya lalu digaulkan dengan air liur buaya.

“Mari balik ke dangau.”

“Jum.” Balas saya pendek. Kami pun melangkah menuju ke pondok pisang sesikat.

Page 250: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 250/294

250

Tanpa membuang masa datuk terus menggosok seluruh badan (termasuk bibir dantelinga) Khoja Lisut dengan air liur buaya.

“Ehhhhh.”

Suara Khoja Lisut mendatar. Dia membuka mata merenung muka saya dan datuk.

“Berapa lama lagi saya begini?”

Datuk enggan menjawab pertanyaan itu. Dengan berbisik datuk mengarahkan sayasupaya mengambil bungkusan berbalut kain hitam. Cakapnya segera saya patuhi.Bungkusan itu saya serahkan pada datuk lalu dibukanya. Tujuh biji putik manggistergolek di depan mata saya.

“Kamu tumbuk sampai hancur.”

Sebiji putik manggis datuk serahkan pada saya. Tanpa membuang masa lagi, putikmanggis itu saya tumbuk dengan batu sungai hingga hancur.

“Nah tuk.”

Sebelum menerimanya, datuk melihat terlebih dahulu putik manggis hancur yangsaya taruhkan dalam piring kecil. Datuk senyum, dia puas hati dengan kerja saya itu.

“Sumbatkan ke dalam mulutnya.”

Datuk keluarkan arahan. Saya segera mematuhinya. Rasa kelat dan pahit dari putikmanggis itu membuat Khoja Lisut mengerutkan dahi. Dia hampir mahu muntah.

“Telah Khoja, jangan luahkan, kalau kamu muntah, kamu terpaksa duduk lama disini,” nada suara datuk lembut.

“Berapa lama lagi saya di sini?” tanya Khoja Lisut.

“Kalau semuanya berjalan dengan baik, tiga hari saja. Apa yang kami buat padakamu petang ini akan dikulangi pada petang besok dan lusa.”

“Huh, azabnya saya,” keluh Khoja Lisut.

Datuk tersenyum dan menyuruh saya hancurkan sebiji putik rambutan yangkemudiannya dicampurkan dengan air pinang. Semua bahan tersebut disapukan keseluruh badan Khoja Lisut, cuma sedikit saja yang disuapkan ke mulutnya.

SELESAI

Bila tugas itu sudah selesai, saya diarahkan oleh datuk mengorek lubang (di tempatmula-mula Khoja Lisut ditanam) di dada pasir untuk menanam badan Khoja Lisut.Kerja itu dapat saya selesaikan dalam masa yang singkat sekali.

“Sudah siap Tamar?” tanya datuk.

Page 251: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 251/294

251

“Sudah tuk.”

“Kalau begitu, datanglah ke sini tolong usung Khoja untuk dibawa ke lubang.”

“Iya, saya datang tuk.”

Saya bergegas menuju ke pondok pisang sesikat. Khoja Lisut segera kami usungdan campakkannya ke dalam lubang yang sudah digali. Tugas menimbusnyaterletak atas bahu saya. Khoja Lisut merelakan apa yang saya dan datuk lakukanterhadapnya.

“Tinggalkan dia di situ, ikut aku ke sungai,” ekor matanya menjeling ke arah saya.

“Jangan tinggalkan saya di sini,” Khoja Lisut merayu.

“Kau tunggu aje di sini,” sergah datuk dan Khoja Lisut terus terdiam.

“Mari, Tamar.”

Datuk segera menarik tangan saya mengajak ke sungai. Saya hanya mengikut saja.Tidak mampu saya mengemukakan apa-apa pertanyaan terhadap datuk.

Kami sampai ke tepi sungai. Datuk segera berdiri di hujung muncung buaya. Tigakali datuk urut muncung buaya dan tiga kali datuk tepuk pasir dengan telapak tangankirinya.

Kedua belah tangan datuk memeluk tubuh lalu menarik nafas dalam-dalam.Matanya diarahkan ke lubuk tanpa berkedip dan mulutnya bergerak membacasesuatu.

“Sekarang kau sudah aku bebaskan, kita tidak bersahabat lagi buat masa ini. Dalamtempoh kita tidak bersahabat tu, kau boleh memusnahkan kaum keluarga dankawan-kawanku,” sebaik saja datuk selesai bercakap, dia terus melompat ke kanan.

Jarak kami (saya dan datuk) dengan buaya kira-kira sepuluh kaki saja. Buaya itumengangakan mulutnya luas-luas. Bergerak ganas atas pasir dengan ekornya

memukul ke kiri dan ke kanan. Pasir-pasir yang kering berterbangan.

Buaya benar-benar menunjukkan kemarahannya yang amat sangat. Mungkin keranamenyedari yang dirinya tidak dapat melakukan apa-apa terhadap saya dan datuk,buaya itu terus merangkak ke sungai dan terus menyelam ke sarangnya (lubuk).

“Untuk petang ini dan selesai,” datuk terus menepuk bahu saya berkali-kali,” kitakena buat perkara yang sama dua petang lagi,” sambung datuk sambil menggosok-gosok pangkal dagunya.

“Kena buat lagi tuk?”

“Iya, tiga petang berturut-turut,” datuk mula mengatur langkah menuju ke pondok

Page 252: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 252/294

252

pisang sesikat. Saya mengekorinya.

Sambil berjalan itu, saya melihat ke dada langit. Awan petang berarak lembut,beburung mula terbang ke sarang dan di kaki langit mula timbul cahaya kemerah-merahan.

Sebentar lagi suasana petang akan berakhir. Senjakala akan datang menjelma sayakira ketika itu suasana sekitar tentu akan berubah. Boleh bertukar menjadi seramdan menakutkan.

“Malam ni, ada kerja yang lebih hebat dari apa yang kita buat pada petang ini,” tutur datuk sambil duduk di depan pondok. Matanya merenung ke arah Khoja Lisut yangCuma nampak kepala saja. Seekor ular tedung bergerak ke arah Khoja Lisut.

“Kamu jangan bergerak Khoja, kalau ular tu mendekati kamu, matikan diri kamu dantahan nafas,” datuk memberikan arahan dan Khoja Lsiut tidak memberikan apa-apa

reaksi, matanya tertumpu ke arah ular yang menghala ke batang hidungnya. Duatiga kali ular itu berpusing di situ, adakalanya memanggungkan kepalanya.

Saya menarik nafas kelegaan, bila ular tedung itu beredar dari sisi kepala KhojaLisut.

“Itu ujian untuknya,” datuk meluruskan kaki kirinya.

“Hebat ujiannya tuk,”

“Begitulah, mengikut petuanya Khoja Lisut mesti ditanam dalam pasir tiga hari tigamalam berturut, dibuang ke lubuk buaya tiga petang berturut, tiga malam berturutmesti didekatkan dengan unggun api kemudian dimandikan di lubuk waktu tengahmalam,” penerangan yang tidak saya tagih dari datuk itu sudah cukup menegakkanbulu roma saya.

“Kalau begitu biar saya balik dulu tuk.”

“Kamu mesti bersama aku malam ni, malam esok atau lusa kalau nak tidur di rumahtak mengapa. Tetapi malam ni kamu mesti ada di sini,” nada suara datuk bersahaja.

DUDUK

Menjelang Mahgrib, saya dan datuk sudah pun menyiapkan tiga longgokan kayumengelilingi kepala Khoja Lisut yang tubuhnya terbenam dalam pasir.

Sebelum itu, seluruh muka Khoja Lisut telah dilumurkan oleh datuk dengan sejenisminyak yang datuk buat dari ramuan buah jambu batu, daun kunyit, santan kelapa,buah gelugur dan ubi keledek.

Semua bahan-bahan itu diproses hingga menjadi seperti margerin dan itulah yangdisapukan ke muka Khoja Lisut bagi mengelak kulit muka dan lehernya dari

terbakar. Minyak itu juga menghalau nyamuk dan serangga lain dari mendekatiKhoja Lisut.

Page 253: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 253/294

253

Sebaik saja masuk waktu Mahgrib, datuk menyuapkan tiga biji bertih ke mulut KhojaLisut. Setelah itu berulah saya dan datuk melakukan solat Mahgrib. Sementaramenanti masuk waktu Isyak saya dan datuk terus berzikir dan melakukansembahyang sunat Awabin.

“Sekarang kamu bakar kayu yang kita longgokkan tadi,” kata datuk sebaik sajaselesai sembahyang Isyak.

“Saya seorang saja tuk?”

“Habis, berapa orang pula, pergi buat. Aku nak berwirid dan nak tidur. Kamu tunggudi situ, bawa botol air, kalau Khoja nak minum kau berikan air padanya,” pesandatuk.

Dengan perasaan yang agak cemas, saya terus pergi kelonggokkan kayu pertama

lalu membakarnya. Kemusian beralih ke longgokkan kedua dan ketiga. Kawasansekitar jadi terang-benderang.

Saya berdiri tidak jauh dari Khoja Lisut, lebih kurang sejam api itu menyala, sayaterdengar suara jeritan Khoja Lisut. Bahang api dari kiri kanannya membuat KhojaLsiut kepanasan. Kulit muka dan lehernya serta merta menjadi merah.

Saya sudah tidak mampu lagi berdiri di situ. Kepanasan membuat kulit muka sayaterasa pedih. Badan berpeluh. Baju segera saya buka. Kerana tidak tahan, saya larike pondok pisang sesikat. Jeritan Khoja Lisut yang nyaring bertukar menjadi serakdan akhirnya terus hilang.

“Kamu jangan datang ke sini, tunggu dekat Khoja, sekejap lagi aku datang ke tempatkamu,” tutur datuk sambil menutup Quran kecil yang dibacanya.

“Sekejap lagi tu, bila tuk?”

“ Pukul empat pagi atau selepas aku sembahyang sunat Tahajud.”

“Saya takut tuk.”

“Kamu pergi sekarang,” pekik datuk sekuat hati.

Suaranya yang kuat dan nyaring membuat saya segera menuju ke tempat KhojaLisut.

Saya duduk atas sebatang kayu. Kepala Khoja Lisut terlentuk atas pasir. Suaradatuk membaca Quran sayup-sayup kedengaran. Saya lihat ke langit, bintangbertaburan di mana-mana.

Angn yang bertiup mengerakkan dedaun dan dedahan dari pokok yang terdapat disekitar kawasan tersebut. Suara angin yang menyentuh dedaun amat menyeramkan

bunyi dedahan kering yang jatuh ke bumi macam bunyi telapak kaki manusiamemijak dedaun kering.

Page 254: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 254/294

254

Dua tiga kali saya tersengguk-sengguk kerana mengantuk. Saya kira ketika itusudah lebih dari pukul satu pagi. Suara datuk membaca Quran tidak kedengaranlagi. Saya berdiri lalu merenung ke pondok, saya lihat datuk sudah baring.

Mungkin dia sudah tidur. Antara sedar dengan tidak saya terasa ada sesuatu yangbergerak di belakang saya. Kerana semua kayu sudah menjadi bara, sayakehilangan cahaya untuk memastikan apa yang ada di belakang.

Perlahan-lahan saya memusingkan badan untuk melihat dengan tepat apa yangberada di belakang saya. Sebagai senjata, saya ambil sepotong dahan yangbahagian hujungnya sudah menjadi bara.

“Ya Allah, selamatkan aku dari bahaya ni,” bisik batin saya bila terlihat seekor harimau duduk mencangkung ke arah saya. Dengan lagak separuh berani dan takutsaya halakan puntung kayu yang berbara ke arah harimau itu.

Si harimau terus mengaum dn beredar dari belakang saya. Bila saya membetulkankdudukan saya pada keadaan asal, saya lihat seekor ular besar yang hitampanggungkan kepala ke arah saya. Dan saya gunakan puntung kayu yang berbarauntuk menghalau ular hitam itu. Saya berjaya, ular itu segera beredar.

Dalam keadaan yang serba tidak kena dan penuh keresahan dan ketakutan itu, sayarenung ke pondok. Datuk baru saja selesai menyempurnakan sembahyang Tahajud.

Sekarang dia sedang menadah tangan ke langit, berdoa mohon restu dari Allah agar segala kerjanya dapat dilaksanakan dengan baik.

HODOH

Tiba-tiba gegendang telinga saya menangkap bunyi sesuatu dari sebelah kanan laludituruti dengan bunyi suara orang batuk.

Saya alihkan muka ke kanan, seorang lelaki dengan wajah yang amat hodohterpacak di situ. Tingginya hampir sama dengan tinggi saya.

“Siapa kamu?”

Lelaki yang separuh wajahnya mengeruru macam kulit katak puru itu tersengih,mempamerkan giginya yang besar dn bentuknya macam gigi buaya.

Kedua belah keningnya menutup mata, sukar untuk melihat anak matanya. Hujungdagunya terkandas pada dada. Daging pipinya mengelebeh hingga ke bahu sekalipandang macam telinga gajah.

“Siapa kamu?”

Untuk kedua kali saya bertanya.

Lelaki berwajah hodoh itu tidak menjawab dan dengan sekelip mata, tubuhnya

Page 255: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 255/294

255

menjadi tinggi melepasi pepohon besar yang ada di situ. Pandangan saya dilindungioleh tubuhnya yang berwarna putih macam awan.

127. Di Rejam Buluh Kunung 

Saya menjadi cemas dan cuba mengubah pandangan ke arah lain. Batang leher terasa keras dan tegang, tidak boleh digerakkan ke mana-mana. Cuma bolehmemandang ke depan saja.Saya membaca beberapa potong ayat Quran penghalau syaitan dan iblis. Ternyatapembacaan saya tidak teratur dan sering mengalami kesilapan.Dalam keadaan yang gamat itu, saya terus menjerit dengan sekuat hati." Tuuuukkkkkkk, tolongggg.......,"Sebaik saya berhenti menjerit, nafas jadi sesak dan badan terus menggeletar tanpa

sebab."Tukkkkk, tooolonggggg....,"Jeritan saya kali ini lebih kuat dan keras. Saya kira boleh didengar hingga ke hujungkampung. Malah orang pekak pun boleh mendengarnya, apatah lagi datuk.Malangnya datuk yang saya harapkan pertolongannya tidak kunjung datang. Sayamenjerit lagi untuk kali ketiga." Tuuuuuukkk, tolonnnnnnggg saayaaaa."Sebaik saja saya selesai menjerit, bahu saya dipaut dari arah sebelah kanan. Sayasegera menoleh ke situ."Kenapa Tamar?"Datuk kehairanan, dia renung ke depan belakang dan kiri kanan. Datuk kerut dahisambil mengarahkan sepasang biji matanya ke bumi. Saya yang kepenatan terusmenarik dan melepaskan nafas perlahan-lahan."Tadi ada makhluk ganjil kacau saya tuk."" Aku ada dekat kamu, sebaik saja kamu berhenti menjerit kali kedua, tapi aku taknampak apa-apa."Dalam kedinginan dinihari itu, saya lihat datuk tersenyum. Makhluk tinggi di depansaya sudah ghaib entah ke mana. Suara lolongan anjing liar dan burung hantumasih kedengaran sayup-sayup, begitu juga dengan suara burung tukang." Sekarang kamu keluarkan Khoja dari dalam lubang, selesaikan semua kerja inisebelum fajar." sambil meraba kening kirinya, datuk mengeluarkan perintah untuk

saya."Berat kerjanya tuk,""Buat sekarang, jangan banyak cakap," herdik datuk keras. Saya terdiam.Saya mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengeluarkan Khoja Lisut darilubang. Saya bersihkan pasir yang melekat di tubuhnya.Keadaan Khoja Lisut memang tidak bermaya, mengikut apa saja yang kami lakukanterhadap dirinya. Dari bahagian leher hingga ke bawah tubuhnya nampak putihpucat, dari leher ke muka nampak merah menyala.Khoja Lisut dibaringkan atas pasir, datuk membuka cawat yang membalut bahagiankemaluan (masa ditanam dalam tanah tubuhnya tidak memakai pakaian, kecuali dibahagian kemaluannya) yang dibuat dari dari seludang kelapa. Datuk ganti cawat

seludang kelapa dengan cawat pucuk pisang. Masa datuk menguruskan semuanyaitu, saya renung ke arah lain, malu rasanya melihat bahagian sulit Khoja Lisut.

Page 256: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 256/294

256

Cawat itu datuk ikatkan dengan tali yang dibuat dari batang pisang."Sekarang tolong usung Khoja ke lubuk buaya.""Eh tuk, betul ke ni""Habis kamu fikir aku nak bergurau, mari tolong aku."Saya segera berdiri di bahagian kaki Khoja Lisut lalu mengangkat kakinya dan datuk

mengangkat bahagian kepala. Khoja Lisut kami usung ke usungan.Waktu meranduk air sungai terasa sejuk ke seluruh tubuh. Saya terus menggigil,hampir saja kaki Khoja Lisut terlepas dari pegangan saya."Pegang kuat-kuat," herdik datuk."Maafkan saya tuk.""Hum, bila air sudah paras ketiak kamu, serahkan Khoja pada aku seorang. Kamubaliklah ke tepi, masa kamu ke tepi mesti jalan mengundur, jangan paling mukakamu ke mana-mana.""Baik tuk,"Air sungai terus diharungi menuju ke lubuk. Bila air sungai sudah mencapai parasketiak, saya segera ke tepi dan datuk memikul sekujur tubuh Khoja Lisut seorang

diri.Datuk mara ke lubuk setapak demi setapak. Akhirnya datuk tenggelam tetapi, tubuhKhoja Lisut masih dapat saya lihat dari tepian. Kemudian tubuh Khoja Lisut terusghaib. Dan secara mendadak buaya keluar dari sarang lalu melompat atas pasir,terkapar di situ.Datuk dan Khoja Lisut yang tenggelam di lubuk buaya masih belum timbul. Di bawahcahaya bulan yang samar-samar itu saya lihat air di permukaan lubuk berpusing danberputar ligat. Buaya yang berada di atas pasir, tidak bergerak langsung seolah-olahtidak bernyawa."Allah hu akbar."Pasti itu suara datuk, saya tumpukan perhatian kepada air di permukaan lubukbuaya. Tidak nampak batang tubuh datuk di situ tetapi, saya dapat mengesansesuatu yang aneh di permukaan lubuk, dalam samar-samar saya sepertiterpandangkan kepala manusia tenggelam timbul di situ."Allah hu akbar," terdengar lagi suara datuk. Serentak dengan itu saya lihat datukmelonjak dari dalam air setinggi sepuluh kaki. Datuk melayang-layang di udarasejenak dan akhirnya jatuh di sisi buaya yang tersadai di pasir."Tuk,""Hummmmm....," datuk menggeliat dan terus bangun."Kau tak apa-apa Tamar?""Tak ada apa-apa tuk."

Terdengar bunyi gelombang air yang amat kuat. Saya segera merenung ke arahlubuk. Air di situ bergulung-gulung seperti ombak di laut macam ada sesuatu tenagaghaib yang membuatkan air di kawasan lubuk jadi demikian.Air permukaan lubuk terus memancut tinggi melepasi pohon-pohon yang terdapat dibibir sungai, pancutan air itu sebesar batang kelapa. Dalam pancutan air itu sayaternampak lembaga manusia."Syukur."Mata datuk menyorot pergerakkan lembaga itu."Siapa dia tu tuk,""Itulah Khoja Lisut," jawab datuk dan pancutan air dari lubuk segera berhenti. TubuhKhoja Lisut yang melayang di udara akhirnya jatuh betul-betul di hujung ekor buaya.

DEKAT

Page 257: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 257/294

257

Datuk segera mendekati Khoja Lisut, tiga kali dahi Khoja Lisut ditepuknya dan KhojaLisut terus terbatuk. Dia sedar dari pengsan."Di mana saya?" Tanya Khoja Lisut."Kalau kamu nak tahu di mana kamu berada, kamu tengok apa yang ada depan

kamu," tutur datuk .Khoja Lisut melakukan apa yang datuk suruh."Buaya," pekik Khoja Lisut."Ya buaya, kamu ada dekat sarang buaya," datuk segera memegang ekor buayalalu diletakkan ke dada Khoja Lisut. Perbuatan itu dilakukannya tiga kali berturut-turut.Kemudian Khoja Lisut diseret ke dalam sungai kembali lalu dimandikan . Bila sudahdimandikan Khoja Lisut tidak diizinkan memijak tanah. Datuk terpaksa memikulnya."Saya tak tahan sejuk macam ni," rayu Khoja Lisut yang berada di atas bahu datuk.Datuk terus membisu dan melangkah mendekati sang buaya yang kaku."Sudah sampai masanya kamu balik ke sarang, malam esok kamu aku pinjam lagi,"tutur datuk kepada sang buaya sambil menghentakkan tumitnya tiga kali berrturut-

turut atas pasir. Sebaik saja datuk berhenti menghentakkan tumit kakinya, sangbuaya terus bergerak dan membuka mulutnya."Terima kasih, esok sama lusa aku pinjam sarang kamu lagi," datuk meluahkanhasrat hatinya kepada sang buaya. Perlahan-lahan sang buaya katupkan mulutnya,memusingkan badannya dengan menghalakan muncung ke sungai. Sang buaya punmerangkak ke sungai dan terus menuju ke sarangnya (lubuk).Saya dan datuk segera beredar dari tebing sungai. Kami menuju ke pondok pisangsesikat. Cuma saya saja yang masuk ke pondok pisang sesikat, datuk berada di luar memasukkan sekujur tubuh Khoja Lisut ke dalam pasir. Dan akhirnya ditimbusseparas leher.Datuk masuk ke pondok sementara menanti waktu Subuh tiba datuk membuatramuan perubatan tradisional dari dedaun kayu, semuanya dimanfaatkan untukmenyembuhkan panyakit yang dideritai oleh Khoja Lisut.Waktu Subuh yang dinanti-nantikan tiba. Saya dan datuk bergegas turun ke sungaimengambil air sembahyang. Kami sembahyang bersama-sama. Sementara menantimatahari muncul di kaki langit, datuk terus membaca Quran dan saya disuruhmembaca surah yasin.Sebaik saja matahari muncul di kaki langit, datuk menyuruh saya menutup kepalaKhoja Lisut dengan dedaun kering yang jatuh dalam keadaan terlentang .Memangsukar sukar memungut atau mencari dedaun kering yang terlentang. Walaupunsukar, tugas itu dapat saya laksanakan dengan sempurna. Bila matahari tinggi

separas kelapa dara, dedaun kering atas kepala Khoja Lisut saya pungut dandibuang ke sungai.Dalam tempoh sehari semalam menemani datuk mengubati Khoja Lisut, sungguhperit dan menyeksakan. Tidak dinafikan yang saya memperoleh pengalaman yangamat berharga .Sesungguhnya, pengalaman begitu tidak akan dapat dilalui olehgenerasi yang terkemudian dari saya.Pada malam kedua saya mengambil keputusan tidak mahu menyertai datuk lagi.Tidak saya duga permintaan saya itu diperkenankan oleh datuk dengan satu syarat.Pada mulanya saya keberatan menerima syarat itu.Setelah saya fikir semasak-masaknya, syarat itu saya terima. Saya diminta menemuidatuk waktu Zuhur, Asar dan Maghrib. Dalam waktu yang disebutkan itu, saya mesti

berjemaah dengannya di samping membawa makanan dari rumah ke pondok pisangsesikat.

Page 258: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 258/294

258

Dalam menyusun jadual yang menguntungkan dirinya, ternyata datuk bertindak bijakyang secara tidak langsung mengikat diri saya supaya patuh dengan perintahnya.Perkara itu dapat saya kesan bila datuk menyuruh saya membawa makanan tengahhari, lima belas minit sebelum waktu Zuhur. Begitu juga dengan minuman petang,saya mesti berada di pondok pisang sesikat lima belas minit sebelum waktu

Maghrib, makanan mesti berada di sisinya.Biasanya, selepas menunaikan sembahyang Zuhur dan Asar kami makan bersama.Tetapi, selepas menunaikan fardhu Maghrib perkara itu tidak dilakukan. Datukmakan malam agak lewat, paling cepat pukul sepuluh, (setelah semua makanannyadipanaskan). Dan saya, selepas menunaikan fardhu Maghrib bersama, saya angkatkaki meninggalkan pondok pisang sesikat.Sesungguhnya, saya dengan rela hati melakukan semuanya itu, asalkan saya jangan disuruh menemani datuk sepanjang malam. Pengalaman hari pertama danmalam pertama memberikan pengalaman yang amat mengerikan. Saya tidak inginmengulangi apa yang telah saya lalui.

KETUJUH

Petang itu, petang ketujuh saya mengunjungi datuk. Setelah menunaikansembahyang Asar, kami menikmati minuman petang di luar pondok pisang sesikat.Ada ketikanya saya merenung ke arah Khoja Lisut yang terbenam dalam pasir separas leher. Khoja Lisut tersenyum ke arah saya, keadaannya sudah banyakberubah, dia kelihatan segar dan kepalanya tidak lagi terkulai atas pasir."Tamar, bawakan kopi ke sini," pertama kali saya dengar Khoja Lisut mengajukanpermintaan. Muka datuk segera saya lihat."Boleh beri dia minum tuk?""Boleh."Saya segera tuangkan air kopi ke cawan. Saya pun atur langkah menuju ke arahKhoja Lisut. Air kopi saya arahkan ke mulutnya, baru dua teguk menelan air kopiKhoja Lisut tersedak dan terus muntah darah."Cukup Tamar, cukup."Jerit datuk sambil berlari ke arah saya. Di tangan kirinya terselit sehelai daun buluhkering. Saya tergamam dengan tindakan datuk itu. Sebaik sahaja mendekati KhojaLisut, datuk segera melekapkan daun buluh kering ke pangkal leher Khoja Lisut danKhoja Lisut pun berhenti muntah darah. Datuk urut bahagian belakang leher KhojaLisut beberapa kali."Bagaimana rasanya," datuk tujukan pertanyaan untuk Khoja Lisut. Saya menggigit

bibir dalam rasa cemas yang berlarutan di hati."Bagaimana Khoja," ulang datuk lagi."Tadi masa muntah, dada rasa panas macam ada api di dalamnya, sekarang...""Sekarang apa rasanya?" Desak datuk."Terasa lega, nafas pun senang.""Hum..." datuk garu pangkal dagu beberapa kali, "Buat sementara waktu ni, kau jangan minum kopi dulu," sambung datuk."Baiklah, tapi bila saya boleh keluar dari sini.""Sabarlah Khoja, masanya akan sampai."Saya lihat kelopak mata Khoja Lisut terkebil-kebil mendengar kata-kata yang datukluahkan.

Datuk mengajak saya kembali ke pondok pisang sesikat. Saya menduga sebaik sajasampai ke kawasan pondok, dia akan menyuruh saya pulang. Apa yang saya

Page 259: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 259/294

259

fikirkan tidak menjadi kenyataan. Datuk suruh saya duduk di sisiinya. Saya tidakkeberatan melakukan semuanya itu, asalkan saya tidak dipaksa menemaninyasepanjang malam dan hari.Pengalaman hari dan malam pertama menemani datuk memberikan pengalamanyang amat mengerikan. Sesungguhnya, saya tidak ingin mengulangi semuanya itu.

"Kamu jangan kemana-mana, Tamar.""Balik, saya nak balik tuk,""Tak boleh, kamu mesti bersama aku, Tamar."Saya menarik nafas panjang. Ungkapan dari datuk itu menimbulkan bermacam-macam tafsiran dalam tempurung kepala saya. Ternyata saya sudah masuk kedalam perangkap datuk.Dalam perkiraan saya, waktu tujuh hari yang ditetapkan oleh datuk untuk merawatKhoja Lisut sudah cukup tempohnya. Tidak ada apa-apa pertolongan yangdiperlukannya lagi dari saya. Jadi, kenapa datuk harus menghalang saya?Barangkali dia mahu memberikan tugas baru pada saya, timbul pertanyaan dalamhati, keresahan mula menghantui diri.

"Tuk dah janji dengan saya?""Janji apa?" Datuk jegilkan biji mata."Dulu tuk kata, tugas saya cuma menghantar makanan ke sini, kemudian berjemaahbersama. Tugas saya petang ini sudah sempurna, saya dah bawakan makanan dansudah berjemaah, biarlah saya balik," kata saya dengan penuh yakin."Ada tugas lain yang mesti kamu tolong aku, Tamar.""Apa dia tugasnya tuk?""Kau tunggu saja, jangan banyak cakap, dan jangan banyak tanya," suara datukagak keras. Dan saya mengambil keputusan untuk membisu."Begini saja tuk, biar saya ambil pakaian di rumah dulu," saya renung wajah datukdengan harapan permintaan saya akan diperkenankannya. Kalau diperkenankanhilang rasa jemu, boleh baring-baring dulu di rumah. Bila dekat waktu Maghrib barudatang. Itu rancangan yang saya susun dalam kepala."Tak payah kau balik, biar aku yang ambil."Saya tersentak, tidak diduga datuk bersuara demikian. Saya kerutkan dahi."Kamu tunggu Khoja, biar aku yang balik ambil kain dan selimut kamu.""Ya tuk," saya anggukkan kepala."Tuk balik lama atau sekejap saja," desak saya lagi.Bergantung pada bahan-bahan dan ramuan yang aku cari, cepat aku dapat,cepatlah aku datan," jawab datuk dengan wajah yang selamba. Dia mula bergerakdalam pondok pisang sesikat dari sudut ke sudut. Bagaikan orang resah tidak

menentu.

SENDI

Akhirnya, datuk mengeliat dua tiga kali untuk menghilangkan rasa lenguh-lenguh disendi. Sebelum meninggalkan saya, datuk mengunjungi Khoja Lisut, dua tiga kalibahu kanan Khoja Lisut ditepuknya.Dia membongkok lalu membisikkan sesuatu ke cuping telinga Khoja Lisut. Apakahyang dibisikkan oleh datuk kepada Khoja Lisut, tetap menjadi tanda tanya pada dirisaya.Datuk berpatah balik ke arah saya. Berdiri menghadapi saya dengan tangan kiri

berada di pinggang, manakala tangan kanan diangkat separas bahu serta diluruskanke depan. Cara datuk berdiri tidak ubah seperti berdirinya seorang pendekar yang

Page 260: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 260/294

260

mahu membuka langkah silat."Kamu jaga dia baik-baik, kalau ada buaya timbul kau halau dengan ini..." Datukmenunjukkan buku limanya ke arah saya. Mana mungkin melawan buaya denganpenumbuk. Barangkali datuk mahu bergurau senda. Dalam keadaan yang tertanya-tanya itu, saya lihat datuk membongkok mengambil sesuatu di permukaan bumi.

Bila datuk berdiri, saya lihat ditangan kanannya ada buluh kuning yang panjangnyakira-kira lima kaki lebih. Buluh kuning itu datuk tatang dan lambung-lambungkankemudian disambutnya. Lagi sekali saya bertanya dalam hati dari mana datukmemperoleh buluh kuning itu."Jangan kau fikirkan bagaimana aku mendapatkan buluh ini," kata datuk danternyata dia dapat membaca apa yang saya fikirkan. Saya tidak berkata apa-apadan terus keluar dari pondok. Saya berdiri menentang datuk.Jarak antara saya dengan datuk antara 15-20 kaki. Dan saya bersedia melangkahke arahnya untuk mengambil buluh kuning."Kau tunggu di situ, jangan dekati aku."Saya berhenti melangkah.

"Kau bersedia Tamar," datuk segera menimang buluh kuning."Bersedia untuk apa tuk?""Kau ambil buluh ni," jeritnya.Belum sempat saya bersedia dan berbuat apa-apa, datuk segera melemparkanbuluh kuning tepat ke arah badan saya. Dengan pantas saya mengelak dan terusmelompat. Dalam masa melompat itulah saya menyambar buluh kuning. Kejayaansaya disambut oleh datuk dengan ketawa.Dalam keadaan tercunggap-cunggap saya pacakkan buluh ke tanah. Andainya sayatidak melompat dan mengelak, pasti saya tersungkur di bumi."Kamu tak lupa dengan langkah yang aku ajar Tamar.""Tapi tuk....,""Tapi apa Tamar?""Saya cemas dan tak sangka datuk nak buat macam tu.""Sesekali kamu mesti diuji," turut datuk lalu melangkah mendekati saya. Datuk ambilbuluh kuning yang terpacak di bumi."Ikut aku Tamar."Saya ikut datuk ke belakang pondok pisang sesikat. Saya lihat datuk menajamkanbahagian hujung buluh kuning dengan golok perak."Bambu runcing tuk.""Ya, dulu orang-orang Jambi menentang tentera Belanda dengan buluh yangditajamkan seperti ini," datuk memperlihatkan pada saya buluh yang sudah

ditajamkan itu. Kemudian buluh dicacakkan kembali ke tanah. Betul-betul di depanpondok pisang sesikat."Kamu cabut, bila kamu fikirkan mustahak untuk melindungi diri kamu," datuk tatapbiji mata saya dengan tajam sekali. Saya pun anggukkan kepala.

MERAH

Di langit awan petang yang berwarna merah mula timbul. Matahari kian rapat di kakilangit. Sebentar lagi senja akan melabuhkan tirainya. Beburung berkicau riang,berterbangan mencari pepohon yang serasi untuk berteduh."Sekarang saya boleh balik tuk?" Saya ajukan pertanyaan. Datuk gosok hujung

hidungnya dengan jari telunjuk beberapa kali. Hati saya tetap berdebar menanti jawapan.

Page 261: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 261/294

261

"Tak boleh, aku yang balik. Kamu tunggu Khoja Lisut. Gunakan buluh tadi kalaukamu diganggu binatang buas atau makhluk lain," nada suara datuk lembut tetapibila dia menyebut perkataan 'kamu tunggu' dan 'makhluk lain' nada suara sengajaditinggikannya."Tuk balik ke?"

"Itu urusan aku."Selesai saja datuk memberikan sebuah jelingan tajam untuk saya, dia terusmelangkah tanpa mahu menoleh ke arah saya walaupun untuk beberapa detik.Datuk hilang dari pandangan saya, ditelan oleh liku denai dan pepohon yang besar.Saya renung ke arah Khoja Lisut, dia masih terkulai di permukaan pasir. Beberapapermukaan ekor lebah entah dari mana datangnya, terbang di atas kepala KhojaLisut sambil berbunyi dengan nyaring.Dan sepasang gagak turun atas pasir lalu mengais-ngais pasir di depan Khoja Lisut.Pasir yang dikais terus mengenai muka Khoja Lisut.Beberapa ekor yang lain terus bertenggek atas kepala Khoja Lisut. Saya jadi cemasbila melihat beburung gagak itu mematuk kulit kepala Khoja Lisut, rambut di kepala

Khoja Lisut tercabut dan jatuh bertaburan atas pasir. Anehnya, Khoja Lisut tidakbersuara, tidak menjerit minta pertolongan.Tiba-tiba saya jadi berani. Dengan tenang saya melangkah ke arah Khoja Lisut.Saya tepuk kedua belah tangn dengan sekuat hati dengan harapan bunyi tepukanitu akan menakutkan beburung gagak, lalu terbang meninggalkan Khoja Lisut. Sayatidak berhasil mengusir beburung gagak. Semakin rancak saya bertepuk semakinrancak pula suara gagak menguasai kawasan sekitar.Langkah saya perlahankan, sebagai ikhtiar, saya ambil dahan kayu yang terdapat disitu dan bersedia untuk mambalingkan ke arah sepasang gagak yang sedangmengais pasir di depan Khoja Lisut.Sebaik saja saya angkat tangan kanan dan bersedia mahu melemparkan kayu kearah burung gagak tersebut, saya terdengar suara datuk berdehem dengan nyaring.Hasrat hati segera saya batalkan."Nanti dulu Tamar."Datuk segera menyambar kayu di tangan saya. Kayu itu dilemparkannya ke dalambelukar. Dan saya dipimpin kembali kembali ke pondok pisang sesikat."Gagak tuk.""Tak mengapa, aku tahu semuanya, sekejap lagi burung-burung gagak tu mestipergi dari situ ,burung-burung tu tak ganggu Khoja," turut datuk, bagi mempastikanadakah kata-kata datuk itu benar, saya segera menoleh ke arah Khoja Lisut.Ternyata burung-burung gagak sudah tiada lagi di situ. Saya renung muka datuk dan

dia segera memberikan sebuah senyuman yang penuh bermakna."Aku sebenarnya tak balik ke rumah, Tamar."Mata saya tebeliak mendengar kata-kata itu. Datuk sudak mempermainkan saya."Habis datuk pergi ke mana?""Aku cari ini..."Datuk mengeluarkan seberkas pokok dan daun seribu kapit anak dari bungkusankain batik yang pada awalnya saya duga bungkusan kain selimut dan baju. Pokokdan daun seribu kapit anak diserahkan atas lantai pondok."Sekarang pergi jerangkan air panas," perintah datuk. Saya segera mematuhinya.

128. Rahsia Daun Seribu Kapit 

Page 262: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 262/294

262

Bila air yang dijerang sudah masak, datuk suruh saya buat secawan kopi tanpa gula.Dua tiga helai daun seribu kapit anak dipetik dan dimasukkan ke dalam cawan kopibersama beberapa buku garam.

Sabahagian daripada air panas itu dituangkan ke dalam baldi kecil yang dibuat daritanah liat, (bentuknya macam periuk tanah, tingginya sekitar satu kaki dan tebalnyatidak sampai setengah inci) kemudian batang dan daun seribu kapit anakdimasukkan ke dalam baldi tanah.

"Sekarang..."

Datuk tidak menghabiskan kata-kata itu. Dia melihat awan di langit, dia melihatbeburung yang terbang dan gerak dedaun yang disentuh angin petang. Datukkedutkan dahi lalu menelan air liur. Bibirnya kelihatan bergerak perlahan-lahan.

"Kamu bawa air kopi ni pada Khoja, paksa dia minum."

"Nanti dia muntah darah tuk?"

"Kali ini, dia tak muntah darah, lepas tu kau keluarkan dia dari dalam pasir."

"Baik tuk."

Dengan hati-hati saya membawa secawan kopi kepada Khoja Lisut. Bila sayadekatkan air kopi ke bibirnya, Khoja Lisut segera menolak. Bila saya paksa, diabertindak balas dengan meludah muka saya. Darah saya tersirap. Bila saya ingatkanyang dia masih sakit dan masih berubat dengan datuk, kemarahan saya segeramenurun.

Kali ini, saya bertindak agak kasar. Saya segera mengepit kepala Khoja lisut kecelah paha. Sebelah tangan menekan rahangnya hingga mulutnya terbuka dansebelah lagi saya gunakan untuk menuangkan air kopi ke mulutnya.

Khoja Lisut tidak dapat mengelak lagi. Dia teguk air kopi hingga habis, malahsebahagian dari air itu masuk ke lubang hidungnya. Khoja Lisut bersin air kopi yangbersembur dari lubang hidung mengenai muka saya. Khoja Lisut meraung macam

gajah patah kaki.

Datuk segera berlari ke arah saya dengan wajah yang amat cemas. Dia melihatkepala Khoja Lisut terlentuk atas pasir.

"Apa yang kamu buat padanya, Tamar?"

"Tak ada apa, saya suruh dia minum air kopi."

"Kamu suruh atau kamu paksa dia?" datuk jegilkan biji mata ke arah saya. Tiada jawapan yang saya berikan terhadap pertanyaan itu.

"Sudahlah, kamu gali pasir dan keluarkan dia dari sini, kamu mesti selesaikan

Page 263: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 263/294

263

semua kerja-kerja ni sebelum waktu Maghrib tiba, bila matahari ada di pucuk pokoktu, kerja mesti selesai," sambung datuk sambil menudingkan jari telunjuk ke arahpucuk pokok di pinggir belukar.

"Ini pencebak dan cangkul, gunakan dengan hati-hati, jangan sampai kepala Khoja

terputus dengan badan," datuk melemparkan pencebak dan cangkul ke hujung kakisaya. Wajah datuk cukup serius.

"Semuanya nak aku selesaikan malam ni juga. Dengan izin Allah usaha yang akubuat akan diperkenankan-Nya," suara datuk bergementar. Dia mula memeluk tubuhdan merapatkan sepasang kakinya. Saya ambil cangkul dan mula menggali pasir disekeliling Khoja Lisut.

Dengan berpeluk tubuh, datuk terus melangkah menuju ke pondok pisang sesikat,tanpa menghiraukan apa yang saya lakukan.

"Semuanya aku selesaikan malam ni juga...," terngiang-ngiang suara datuk di cupingtelinga, membuat saya berhenti mencangkul pasir.

"Jangan berhenti, teruskan," pekik datuk dari pondok. Saya kembali menggali pasir.Sikap datuk cukup berbeza, suaranya sentiasa keras dan suka marah-marah bilasaya berhenti menggali pasir.

Tugas saya menggali pasir sudah selesai. Khoja Lisut saya tarik dengan kasar sekali.

"Menyusahkan saya."

"Tak baik merungut dan marah-marah Tamar, hari ini hari pak cik, hari kamu belumtahu lagi. Entah lebih buruk dari ini," suara khoja Lisut terketar-ketar.

"Sudahlah, cakap banyak pula dia," saya menengking.

"Barangkali semuanya kerana perbuatan pak cik yang lalu," Khoja Lisut sepertimengeluh.

Saya terus menjuihkan bibir kearahnya. Hati saya cukup panas, kerana dia saya

terpaksa melakukan kerja-kerja berat begini. Kalau diturutkan kata hati, mahu sajasaya menyepak Khoja Lisut yang terjelepuk atas pasir.

Dalam pergelutan perasaan marah dan benci itu, saya angkat kepala lalu renung kepondok sesikat. Saya lihat datuk tegak di situ merenung tajam ke arah saya. Hatisaya terus berdebar menanti perintah dan arahan darinya.

SEPARUH

Cuaca mula samar-samar, matahari cuma kelilhatan separuh di kaki langit, dikelilingi awan berwarna jingga. Beburung sudah pun berhenti terbang.

Page 264: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 264/294

264

Angin tidak lagi bertiup, pepokok kelihatan kaku, seolah-olah menghormatikepulangan matahari keperaduannya, setelah menaburkan bakti kepada makhlukAllah dipermukaan bumi ini.

Dalam cuaca yang samar-samar itu datuk berlari-lari anak kearah saya. Sebaik sajasampai dekat saya, datuk tanpa berkata apa-apa terus mencampakkan baldi yangberisikan pokok dan daun seribu kapit anak kepada saya.

Nasib baik saya tangkas menyambut. Kalau tidak, sudah pasti baldi tanah jatuhterhempas ke pasir dan besar kemungkinan akan pecah.

Saya amat terkejut dengan tindakan datuk itu. Dalam keadaan tergamam itu, sayakira datuk akan mengeluarkan arahan tertentu kepada saya. Ternyata apa yangsaya harapkan tidak menjadi kenyataan. Datuk terus berlalu dari sisi saya menuju kesungai.

Kerana tidak mendapat apa-apa arahan baldi tanah itu terus saya peluk denganerat. Saya terdengar bunyi gemercik air sungai. Rupanya, datuk mandi dan sayabertambah resah, terlalu banyak perkara ganjil yang datuk lakukan. Semuanyamembuat saya jadi pening dan menimbulkan seribu persoalan dalam kepala.

"Sekarang kamu terjun ke dalam sungai," datuk tiba-tiba berdiri dekat saya sambilmengeluarkan arahan. Saya tidak sedar waktu bila dia mendekati saya.

"Dengan pakaian begini tuk?"

"Tidak, gunakan kain basahan ini."

Datuk pun memberikan pada saya kain basahan berwarna hitam yang setiapbucunya ditampal dengan secebis kain warna merah. Jarang-jarang datukmenggunakan kain basahan itu.

Belum pernah dia membenarkan kain basahan milik peribadinya itu digunakan olehorang lain. Lagi sekali saya menjadi terkejut dan takjub dengan sikapnya itu. Kenapadatuk membenarkan saya memakai kain basahannya?

"Pergi cepat," herdik datuk.

Saya yang masih terpaku disisinya segera mengorak langkah bersama rasa cemasdan takut. Maklumlah, terpaksa mandi seorang diri disungai yang ada buaya dalamsuasana senja yang kian memberat.

Sampai saja ditebing sungai, kain basahan segera saya ikat ke pinggang. Kemudiansaya terjun dalam sungai. Dua kali selam, saya terus berhenti mandi.

Kerana memikirkan tidak lama lagi waktu Maghrib akan tiba, saya segera mengambilair sembahyang. Bila saya datang semula ke tempat datuk dan Khoja Lisut, saya

dapati mereka sudah tiada disitu.

Page 265: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 265/294

265

Dalam suasana samar senja itu, saya masih dapat melihat kesan orang merangkakdi pasir. Saya yakin, datuk sudah mengheret Khoja Lisut dan saya bayangkanbagaimana Khoja Lisut merintih ketika diheret.

Setelah menoleh dua tiga kali kawasan sekitar, saya teruskan perjalanan ke pondok.

Sampai dipondok saya lihat pelita minyak tanah sudah terpasang. Khoja Lisutterbaring di sudut pondok memeluk baldi tanah dengan erat sekali. Datuk dudukbersila ditengah pondok menghadapi sejadah.

"Masuk, tunggu apa lagi."

Saya melangkah dua tapak dan berhenti kerana saya terdengar sesuatu darisebelah kanan saya.

"Masuklah, Maghrib dah tiba."

"Qamat, Tamar."

Perintah datuk segera saya patuhi, dan sembahyang saya tidak begitu khusyuk,sering terganggu oleh keluhan dan tangisan Khoja Lisut.

Selesai saja sembahyang dan wirid, datuk menyuruh saya menghidupkan apidihalaman pondok. Saya tidak pula bertanya, kenapa datuk menyuruh saya berbuatdemikian. Saya menduga, api itu dihidupkan untuk menghalau nyamuk.

"Tentukan api itu sentiasa menyala, biar senang kita berjalan," tutur datuk sambilbangun mendekati Khoja Lisut disudut pondok. Dengan berbekalkan semangat,saya terpaksa mencari kayu.

Nasib saya agak beruntung, saya tidak perlu bergerak jauh dari pondok. Datuksudah menyediakan setimbun kayu api dibelakang pondok. Kewajipan saya ialahmembawa kayu sebesar paha yang sudah kering kehalaman pondok. Kerja initidaklah sukar sangat.

"Sudah, pergi ke sungai mandi dan ambil air sembahyang, waktu Isyak dah sampai,"entah mengapa saya jadi gementar mendengar perintah datuk.

"Pergi sekarang," sambungnya lagi.

Saya tidak ada pilihan selain dari mematuhi perintahnya itu.

"Kita sudah sembahyang Isyak, kamu boleh menolong aku," itu yang datuk ucapkankepada saya, sebaik saja dia menamatkan wirid Isyak yang panjang. Saya hanyatersenyum tanda bersedia menerima perintah.

"Kamu dah baca ayat Kursi empat puluh kali, macam yang aku suruh, Tamar?"

"Sudah tuk."

"Sekarang..." datuk berhenti bercakap, dia bangun lalu mendekati Khoja Lisut, kulit

Page 266: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 266/294

266

Khoja Lisut terus dijamahnya dengan tenang.

"Sekarang kamu pergi rebus batang dan daun seribu kapit anak, rebus sampaiairnya mendidih," datuk menyambung kata-kata yang terputus.

"Baik tuk."

Saya segera ke halaman rumah, mencari kayu yang keras untuk saya jadikantungku. Sementara menanti air rebusan mendidih, saya segera masuk ke pondoklalu duduk disisi datuk yang sedang mengurut tubuh Khoja Lisut.

KATAK

Dingin malam mula terasa cara kebetulan pula angin mula bertiup agak lemah. Kayu

dihalaman pondok terus dimamah api, suara katak dan cengkerik terus berbunyidisamping suara unggas malam yang sering bertingkah antara satu sama lain. Sayaperhatikan jari jemari datuk berlari lembut dipermukaan kulit Khoja Lisut.

Bila jari jemari itu berhenti disendi-senddi tubuh untuk menyentuh urat, saya lihatKhoja Lisut menggeliat menahan kesakitan sambil merintih. Datuk tidak ambil kisahdengan semuanya itu. Makin kuat Khoja Lisut mengerang sakit, makin kerap jari jemari datuk mencari urat-urat tersimpul dalam tubuhnya. Pertama kali, saya lihatsekujur tubuh Khoja Lisut bermandikan peluh.

"Bangun."

Datuk renung biji mata Khoja Lisut dan bagaikan orang kena pukau, Khoja Lisutmenurut kata datuk. Dia bangun dalam kepayahan yang amat sangat. Tiga kaliKhoja Lisut mencuba dan tiga kali pula dia berdepan dengan kegagalan.

"Tamar, kamu pergi angkat air tadi atas api," mata datuk cukup tajam menikamwajah saya. Tanpa berlengah-lengah saya terus keluar dari pondok. Baldi tanahsaya angkat, lalu diletakkan atas pasir. Tidak sampai lima minit kemudian datukkeluar dari pondok dengan Khoja Lisut atas bahunya.

Dengan perlahan-lahan datuk meletakkan Khoja Lisut atas pasir. Datuk terus kebelakang pondok mengambil kayu dan dicampakkan ke dalam api yang sedangmarak.

Bebunga api terus naik udara. Datuk mahu seluruh halaman pondok terang dancerah dengan cahaya api dari longgokan kayu yang terbakar itu. Bila datuk sudahpuas hati dengan cahaya api yang didapati disitu, dia pun berhenti membawa kayudari belakang pondok ketempat api yang sedang menjulang tinggi itu.

Datuk pun mengenakan baju hitam dan seluar hitam, kain bengkung dari kainberwarna kuning. Seperti biasa, kepalanya diikat dengan secebis kain merah.

Perlahan-lahan dia mendirikan Khoja Lisut sambil menyuruh saya menjirus air rebusan daun seribu kapit anak kearah kedua belah tempurung lutut Khoja Lisut.

Page 267: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 267/294

267

Saya melakukannya lebih kurang hampir sepuluh minit, saya menggunakantempurung dan jumlah air yang dijirus untuk kedua tempurung lutut itu ialahberjumlah sepuluh tempurung semuanya.

Selesai saja saya melakukannya, saya merasa takjub. Khoja Lisut boleh berdiritegak. Kecacatan lain dibahagian tubuh badannya, saya lihat beransur hilang.

"Kamu melangkah perlahan, setiap kali melangkah kamu baca Bismillah danselawatkan Nabi," kata datuk kepada Khoja Lisut, cepat-cepat Khoja Lisut angkatkaki kanan untuk melangkah, tiba-tiba datuk menjerit.

"Nanti dulu, aku belum suruh buat."

"Maafkan saya," suara Khoja Lisut lemah.

Datuk keliling Khoja Lisut tiga kali, iaitu dari kanan ke kiri. Kemudian datuk dudukbersila atas pasir disebelah kanan Khoja Lisut.

Badan saya mula terasa seram sejuk. Angin malam kian keras bertiup. Suaracengkerik cukup hebat berbunyi. Lolongan anjing liar jelas kedengaran dibawa anginmalam. Semuanya itu membuat saya resah gelisah.

"Tamar."

Saya tumpukan sepasang mata kearah datuk. Bersedia mendengar apa jugaperkara yang akan diutarakan kepada saya.

"Bila saja Khoja melangkah, kau pukul kakinya dengan batang seribu kapit anak, kaupukul sekuat hati kamu," datuk keluarkan arahan. Kemudian datuk memandangkearah Khoja Lisut.

"Mula kamu berjalan, kemudian lari dan elakkan kaki kamu dari kena pukul oleh siTamar, kamu faham tak?" cukup keras suara datuk.

"Faham," jawab Khoja Lisut.

"Kamu pula macam mana Tamar?"

"Saya juga faham tuk."

"Bagus."

Dia atas pasir terus memeluk tubuh. Sepasang matanya dirapatkan, nafasnya ditarikdan dilepaskan perlahan-lahan.

Deru angin terasa amat menggerunkan. Begitu juga dengan suara burung hantu,lolongan anjing dan cengkerik.

"Bersedia."

Page 268: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 268/294

268

Datuk tepuk tangan dan terus melompat. Akhirnya dia berdiri tegak macam patungsambil memeluk tubuhnya.

"Mulakan Khoja."

Khoja Lisut pun mula melangkah.

"Tugas kamu, Tamar."

Saya pun terus memukul sepasang kaki Khoja Lisut dengan batang seribu kapitanak. Saya pukul dengan sekuat hati, mungkin kerana pukulan yang tepat itumembuat Khoja Lisut mengalami rasa sakit. Dia berusaha mengelakkan dirinya dari jadi sasaran pukulan saya.

Dan saya pula berusaha untuk memukul dengan tepat seperti apa yang datuk

arahkan. Antara kami sudah menjadi seperti musuh pada saat itu, saya mengejar untuk menyakitkan Khoja Lisut dan Khoja Lisut pula lari kerana tidak mahu jadisasaran pukulan dari saya. Dalam usaha mengelakkan dirinya dari jadi korban,Khoja Lisut lupa tentang dirinya yang lumpuh. Dia seperti mengalami kekuatan luar biasa, berlari dengan kencang.

Bila saya cuba berhenti, datuk segera menjerit sambil membawa kayu panjang untukmemukul saya. Begitu juga dengan Khoja Lisut, kalau berhenti datuk akanmelemparkan puntung yang terbakar kearahnya. Jadi kami terpaksa berlari.

Saya mengalami kepenatan yang amat sangat, tidak terdaya mahu melangkah.Seluruh sendi saya terasa lemah dan saya jatuh atas pasir. Sayup-sayup terdengar suara datuk memaki hamun saya, setelah itu saya tidak tahu apa yang terjadi.

CERAH

Bila saya membuka mata, saya lihat hari sudah cerah. Datuk duduk bersimpuhdidepan, Khoja Lisut berjalan dengan senang hati dihalaman pondok.

"Kamu pengsan."

Itu yang duduk tuturkan kepada saya.

"Khoja macam mana?"

"Sakit lumpuhnya sudah baik, dia sudah boleh berjalan seperti sediakala, begitu jugadengan sakit-sakitnya yang lain," terang datuk dengan nada suara yang lembut.

Bagi memulihkan kekuatan yang hilang, datuk suruh saya minum dari dedaun yangdibuatnya. Rasanya cukup pahit dan bagaikan tidak tertelan dan mahu muntah

dibuatnya. Kerana terpaksa dan dipaksa, saya terpaksa juga minum. Setengah jam,sesudah minum air dari dedaun itu, badan saya terasa segar dan berpeluh.

Page 269: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 269/294

269

"Kamu tak usah bimbang, Tamar, kamu tetap sihat," datuk memberi jaminan, dansaya amat senang sekali mendengar kata-kata itu.

"Khoja ke mari," laung datuk.

Tergesa-gesa Khoja Lisut berjalan kearah datuk.

"Jangan berjalan, kamu mesti berlari," jerit datuk.

Khoja terpaksa berlari. Bila sampai di pondok, saya lihat Khoja Lisut tercungap-cungap. Kepenatan terbayang di wajah. Tetapi, kecacatan yang terdapat di tubuhbadannya dulu, semuanya sudah hilang.

Kini, saya dapat melihat wajah Khoja Lisut yang sebenar. Ternyata dia seoranglelaki yang tampan dan gagah. Melihat dari bentuk tubuh dan wajahnya, memanglah

layak dia memegang gelaran sebagai seorang guru silat. Ciri-ciri seorang pendekar memang ada pada dirinya. Tetapi, kerana kurang sabar ilmunya tercabar, fikir sayasendirian.

"Khoja, janji aku dengan kamu sudah selesai," tutur datuk sambil menatap wajahKhoja Lisut yang terpaku didepannya. Saya lihat Khoja Lisut tunduk penuh terharu.

"Saya tahu..." Khoja Lisut tidak meneruskan kata-katanya, saya lihat dia menangistersedu.

"Jangan menangis," datuk pun menjatuhkan telapak tangan kanannya atas bahu kiriKhoja Lisut, "cakaplah apa yang mahu cakapkan Khoja," sambung datuk lagi, tetapiKhoja Lisut tidak dapat menahan kesedihan. Bagi menenangkan keadaan, datukmengajak saya beredar keluar pondok.

Melihat dari tingginya matahari masa itu, saya dapat menduga waktu itu lebih kurangpukul lapan pagi. Andaian saya itu dikuatkan lagi dengan kehadiran burung muraidan merbah batu yang kerap menyanyi bila jam lapan pagi.

"Biarkan dia menangis," bisik datuk kepada saya.

"Kesian dia tuk."

"Aku harap apa yang berlaku akan menginsafkan dirinya," tingkah datuk lagi. Sayaanggukkan kepala.

Lebih dari setengah jam saya dan datuk berada diluar pondok, barulah Khoja Lisutdatang. Kali ini saya lihat wajahnya cukup riang, tidak ternampak kesan kesedihan,kehampaan dan kekecewaan diwajahnya.

Dia berdiri didepan datuk, tanpa diduga dia terus memeluk tubuh datuk dengan eratsakali.

"Dengan apa mahu saya balas budi tuan."

Page 270: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 270/294

270

Saya terpampan mendengar perkataan 'tuan' yang ditujukan oleh Khoja Lisutkepada datuk, dan saya kira datuk kurang senang bila dirinya dipanggil begitu.

"Mengapa bertuan dengan saya, bukankah elok panggil saya abang saja, sesuai

dengan umur aku yang lebih tua dari kamu," dengan senyum datuk bersuara.

"Dengan apa mahu saya balas budi baik abang."

"Tak payah balas, apa yang aku lakukan selama ini adalah usaha atau ikhtiar aku.Dan ikhtiar itu diperkenankan oleh Allah, pada Allah kau harus bersyukur danberterima kasih, bukannya pada aku."

"Haa..." mulut Khoja ternganga mendengar kata-kata datuk itu.

"Tak usah banyak cerita lagi, ikut aku ke rumah. Disana kita boleh cerita panjang,"

datuk menarik tangan Khoja Lisut mengajak pulang. Bila saya memulakan langkahmahu mengikut mereka, saya segera dihalang.

"Kerja kamu belum selesai Tamar."

"Apa dia kerja saya tuk?"

"Timbus lubang dan padamkan api dengan air."

"Saya buat seorang saja tuk?"

"Ya."

Dengan tarikan nafas panjang, saya melihat datuk dan Khoja Lisut melangkahdengan tenang meninggalkan saya. Rasanya, mahu saja saya menjerit memprotessikap datuk itu. Ah! Siapa yang mahu menolong dan siapa pula yang dapatmendengar jeritan saya, timbul persoalan dalam diri sendiri.

Saya segera ambil cangkul dan memulakan tugas menimbus lubang. Berpeluh sayaseorang diri. Saya mengambil masa hampir satu jam untuk menimbus lubang,kemudian saya beralih untuk memadamkan bara api yang masih merah. Termenung

saya memikirkan bagaimana untuk membawa air sungai ke tempat bara.

"Tamar."

Khoja Lissut tercegat didepan saya.

"Datuk izinkan aku membantu kamu Tamar."

"Ini dah cukup baik, nampaknya kita kena bawa air dari sungai," kata saya.

"Tak payah, kita padamkan dengan pasir," Khoja Lisut pun mula mencangkul pasir 

dan ditimbus ke bara api. Saya segera membantunya dan kerja itu selesai tidaksampai dua jam.

Page 271: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 271/294

271

"Aku terpaksa tinggalkan rumah datuk selepas waktu Asar," Khoja Lisut buka rahsiaketika kami sama-sama berjalan pulang ke rumah datuk.

"Sebelum aku pergi, aku terpaksa sembahyang Asar disurau, datuk kamu nak

adakan kenduri kesyukuran kerana sakit aku sembuh," tambah lagi.

"Ikut saja apa katanya," sanggah saya dan kami terus melangkah.

129. Api Keluar Dari Kubur  

Nenek sambut kepulangan saya dengan senyuman. Dia gelengkan kepala, bilamelihat baju saya basah kuyup akibat peluh. Saya sambut geleng kepala nenek

dengan senyum megah.

"Kenapa begini Tamar?"

"Saya disuruh membuat kerja berat."

"Pergi mandi, cepat."

"Mandi di perigi?"

Nenek tidak menjawab pertanyaan saya. Dahinya nampak berkerut. Jejari kanannyaterus melurut rambut sebelah kanan beberapa kali. Ternyata rambut hitam sudahhampir separuh dikuasai oleh rambut putih.

"Jangan mandi di perigi, kamu mandi di sungai saja Tamar."

"Sungai jauh nek, mandi diperigi saja," saya protes cadangan nenek. Dengan tenangnenek menghela nafas, sepasang mata tuanya tertumbuk ke wajah saya. Nenekseperti berada dalam keadaan serba salah.

"Jangan mandi di perigi, datuk kamu ada hal disitu."

"Apahalnya nek?" nada suara saya meninggi.

"Aku tak tahu apa halnya. Pesannya pada aku, jangan benarkan sesiapa datang keperigi waktu begini," terang nenek dengan tenang.

"Kalau kamu tak percaya dengan cakap aku, pergi tengok sendiri," sambungnya lagi.

"Hiss..." keluh saya dengan rasa serba salah.

Secara mendadak saya teringatkan Khoja Lisut. Saya berpisah dengannya

dihadapan halaman rumah. Dia menuju kearah datuk yang menantinya dibawahpokok manggis. Saya menuju kearah pintu dapur kerana saya ternampak nenek

Page 272: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 272/294

272

tercegat disitu.

"Tak kuasa saya nak tengok sendiri nek."

"Kenapa pula Tamar."

"Takut dimarah datuk."

"Itu keeputusan yang bijak, dia memandikan tetamunya."

"Saya tahu, tetamunya tu Khoja Lisut."

"Ya," nenek anggukkan kepala.

Tanpa banyak biara, saya ambil kain basahan diampaian lalu dibelitkan ke leher.Tanpa mengucapkan sesuatu nenek, saya terus menuju ke sungai. Setelah

membuka pakaian, kain basahan pun saya ikat ke pinggang. Dari tebing sungai sayamelakukan terjun menjunam, macam gaya seorang tarzan.

Macam biasa, bila berada dalam perut sungai, saya bagaikan seekor memerang.Berenang dan menyelam dengan bebas. Bila kulit telapak tangan dan jari menjadikecut, badan mengeletar kesejukkan. Barulah perut sungai saya tinggalkan. Berlari-lari anak menuju ke rumah.

Saya masuk ke rumah ikut tangga bahagian tengah. Dari situ menyelinap masuk kekamar sendiri, tanpa disedari oleh nenek yang sibuk diruang dapur. Saya memilihkain pelikat kotak, tiga warna iaitu biru, merah dan putih. Baju Melayu potongan telukbelanga jadi pilihan untuk saya pakai pada hari itu. Rambut pun saya sikat denganrapi.

CERMIN

Didepan cermin saya berdiri, mencipta jambul dikepala. Dua tiga kali saya melihat jambul dari pelbagai sudut. Saya yakin, jambul saya mirip jambul P. Ramlee. Boleh

menarik perhatian orang lain andainya saya berjalan ke kedai atau ke mana-mana.Tiga empat kali saya tersengih didepan cermin, merasa diri cukup segak sekali.

"Tamarrr..."

Suara nenek keras.

Saya bergegas menuju keruang dapur. Saya lihat ada hidangan tersembunyidibawah tudung saji. Bau dari hidangan membuka selera. Perut terasa lapar.

"Nek suruh saya makan?"

Saya terus duduk bersila didepan hidangan. Secara mendadak nenek terus ketawa

Page 273: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 273/294

273

terkekek melihat telatah saya.

"Belum lagi," tegah nenek, saya tidak jadi membuka tudung saji. Memang terasakecewa mendengar kata-kata nenek itu.

"Habis bila lagi nak makan?" tutur saya separuh kesal.

"Sembahyang Zuhur dulu, pergi ambil air sembahyang. Datuk kamu menunggukamu diruang tengah."

"Huh..." terpancut keluhan dari kelopak bibir saya.

Saya segera mengambil air sembahyang. Kemudian melangkah ke ruang tengah.Datuk dan Khoja Lisut sudah berdiri disitu. Mereka menanti kedatangan saya untukmemulakan solat Zuhur secara berjemaah.

"Kenapa lambat Tamar?" datuk renung muka saya.

"Haaa..." mulut saya terlopong.

"Bila masa nak sembahyang sengaja kamu buat lambat-lambat. Bila masa nakmakan kamu nak cepat-cepat," cukup tajam sindiran dari datuk untuk saya.

Apa yang terdaya saya lakukan ialah tersengih memandang kearahnya. Dan dalammasa yang sama saya renung juga muka Khoja Lisut. Sakit rasa hati bila Khoja Lisutmelemparkan senyum sinis kepada saya. Kerana datuk sudah bersedia untukmenjadi imam, saya segera berdiri sebaris dengan Khoja Lisut.

Selesai sembahyang dan berdoa kami terus ke ruang dapur. Duduk bersila,menghadapi hidangan yang terbuka. Seperti biasa, sebelum menjamah makanandatuk membaca doa pendek. Bila doa berakhir kami pun menjamu selera dari hasilkerja seni dapur nenek. Masakannya enak sekali, selesai makan saya punbersandar ke dinding.

Pengat labu kuning yang disuakan oleh nenek kepada saya buat pencuci mulutterpaksa saya tolak. Perut saya sudah tidak mampu untuk menampung makanan,walaupun sedikit. Saya kepenatan dan nafas terasa amat sesak sekali.

"Mari kita duduk di anjung, Khoja. Dapat sikit angin," datuk kemukakan cadanganuntuk Khoja Lisut. Tidak ada bantahan, Khoja Lisut angguk kepala. Tanda setuju.Dia segera bangun bila melihat datuk sudah berdiri. Saya cuba bangun tetapi, tidakberjaya.

"Kamu Tamar, nak duduk disini?"

Datuk jegilkan matanya dan saya segera tegakkan badan. Rasa penat danmengantuk akibat kekenyangan serta merta hilang. Saya renung muka datuk. Adaimbasan senyuman terpamer diwajahnya. Barangkali dia terasa amat lucu dengan

telatah saya.

Page 274: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 274/294

274

"Kamu tolong nenek didapur, lepas tu kalau kamu nak tidur, bolehlah tidur,"sambung datuk, matanya tidak berkedip menatap wajah saya. "Ingat, masuk waktuAsar kamu mesti ada disurau, kita berjemaah bersama orang-orang kampung,"lanjut datuk lagi. Dia mengakhiri kata-katanya dengan batuk kecil beberapa kali.

Datuk pun melangkah menuju ke anjung rumah dengan diikuti oleh Khoja Lisut.Saya gembira kerana datuk sudah meninggalkan saya. Semoga datuk tidak akanberpatah balik untuk memberi apa-apa arahan, bisik batin saya sendirian. Sayaterasa aman dan berhasrat mahu baring dan terus tidur disitu.

Nenek terus mengumpulkan pinggan dan piring dalam talam. Saya perhatikangerak-geri nenek dengan mata separuh terbuka. Walaupun usianya sudah agaklanjut tetapi, gerak kerjanya cukup pantas macam orang muda.

"Saya tak dapat nak tolong nek."

"Tak apalah Tamar, kau pergi rehat dulu. Cuma nenek nak minta tolong satu saja...,"nenek berhenti bercakap. Saya segera meluruskan badan. Nenek membawapinggan dan piring yang ada dalam talam ke dapur.

RESAH

Saya jadi resah, dada saya terus digayuti dengan persoalan. Kenapa nenek tidakmahu meneruskan kata-katanya? Kerana masih ada dua cawan kosong yangtertinggal, memaksa nenek datang semula ke ruang makan. Kedatangannya kali initidak harus dipersia-siakan begitu. Saya harus menggunakan kesempatan inidengan sebaik mungkin. Demikian saya memutuskan dalam hati.

"Tadi nenek kata, minta saya tolong. Tolong apa nek?" tanya saya dengan nadasuara yang lembut dan hati-hati. Tiada jawapan yang terkeluar dari mulut nenek.Saya kian resah.

"Tolong apa nek?" untuk kali kedua saya bertanya.

"Kamu tolong bawakan pulut kuning dan pisang emas ke surau. Datuk kamu nak

buat jamuan kesyukuran kerana tetamunya dah sembuh dari sakit," nenekmemberikan penjelasan.

Sesungguhnya, penjelasan nenek memberikan tanggungjawab baru kepada saya.Sukar untuk saya melarikan diri dari tanggungjawab yang diamanatkan oleh datuk,meskipun tanggungjawab itu tidak disampaikan secara terus kepada saya.

"Banyak pulut kuning yang nenek kukus? Apa lauknya?"

"Tak banyak, segantang sahaja, lauknya ayam."

"Sedap tu nek."

Page 275: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 275/294

275

"Jangan sebut sedap sebelum makan, sekarang kamu pergi berehat, sampaimasanya nenek panggil kamu."

"Baiklah, biar saya masuk bilik dulu nek."

"Pergilah."

Nenek meninggalkan saya. Dia menuju ke ruang dapur kembali. Meneruskantugasnya yang masih belum selesai.

Sebelum bangun, saya menggeliat dua tiga kali. Menguap dengan semahu-mahunya. Pangkal pinggang, pangkal betis dan sendi saya urut dua tiga kali hinggabadan terasa selesa. Bila terasa diri sudah cukup bersedia, saya pun segerabangun. Melangkah menuju ke kamar lalu merebahkan badan atas ranjang. Bahangpanas luar terasa menyengat seluruh badan.

Entah macam mana terlintas difikiran saya untuk membaca. Mungkin denganmembaca boleh mempercepatkan saya tertidur. Tidak ada bahan bacaan yangbenar-benar menarik minat saya. Majalah hiburan, Gelanggang Filem dan MajalahFilem yang ada dihujung ranjang sudah saya baca.

Bagaimana kalau saya mengambil buku-buku lama bertulisan jawi dikamar datuk?Timbul pertanyaan dalam diri. Dan datuk pernah berpesan pada saya, kalau adamasa eloklah membaca buku-buku lama yang tersimpan dalam biliknya darimembaca majalah hiburan yang tidak begitu mendatangkan manfaat pada diri saya.

Saya terus ke kamar datuk mengambil senaskah buku lama tulisan jawi. Sebaik sajasaya berada diatas ranjang kembali. Sehelai demi sehelai halaman buku saya buka.Mencari tajuk yang sya fikirkan menarik. Akhirnya saya sampai ke bahagian hikayatOrang Yang Melalaikan Solat.

Saya betulkan kedudukan badan, biar selesa ketika membaca. Di samping itu, sayaberharap sebaik saja tamat membaca kisah tersebut, saya akan tertidur dengannyenyaknya. Begini kisahnya:

PEREMPUAN

Dizaman dahulu, seorang lelaki menangis kehibaan kerana kematian saudaraperempuannya yang dikasihi. Kemudian lelaki itu bersama orang-orang kampungterus menguburkan saudara perempuannya dikawasan perkuburan.

Semasa lelaki itu menimbus mayat saudaranya itu, tanpa disedari pundi-pundi yangberisikan wang dan barang-barang lain terjatuh dalam longgokan tanah.

Tidak ada seorang pun teman-teman lelaki itu melihat yang pundi-pundi berisi wang

itu jatuh dan bersatu dengan tanah. Apa yang dirasakan oleh lelaki itu ialah rasakesedihan dan kehampaan yang memanjang. Maklumlah, dia kehilangan seorang

Page 276: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 276/294

276

saudara perempuan yang amat disayanginya.

Setelah selesai menguburkan saudara perempuannya, lelaki itu bersama kawan-kawannya terus pulang. Sampai separuh jalan, baru disedarinya pundi-pundi berisiwang miliknya sudah hilang.

"Kamu balik dulu, aku nak ke kubur semula," kata lelaki itu pada kawan-kawannya.Sudah tentu kata-kata itu mengejutkan kawan-kawannya.

"Kenapa?" tanya salah seorang kawannya.

"Pundi-pundi wang aku tercicir di kubur."

"Kalau begitu kata kamu, pergilah. Kami tak dapat bersama-sama kamu," jawabkawannya itu.

"Tak apalah, biar aku uruskan sendiri," balas lelaki itu, lalu meninggalkan kawan-kawannya.

Sampai di kubur lelaki itu terus mengais-ngais tanah disitu. Pundi-pundi beisi wangtidak juga ditemuinya. Lelaki itu mula menggali sebahagian dari tanah kubur.Sedang dia asyik menggali tanah (kubur), tiba-tiba keluarlah api yang menyala-nyaladari dalam kubur. Lelaki itu terkejut dan takut. Tanah kubur itu segera ditimbusnya.

Tubuh lelaki itu mengeletar ketakutan. Dia ingin segera pulang dan mahumenceritakan apa yang dialaminya kepada ibu dan saudara-saudaranya yang lain.Dengan rasa gementar, cemas dan tidak tentu arah, lelaki itu berlari pulang kerumah.

Sampai saja dirumah, dia terus menceritakan kepada orang tuanya dan saudaranyamengenai kejadian tersebut. Saudara-saudaranya agak terkejut tetapi, ibunya tetaptenang. Lelaki itu pun terus bertanya kepada ibunya:

"Ibu! Cuba terangkan, apakah perbuatan yang tidak baik yang dilakukan olehsaudara perempuanku itu semasa hidupnya?"

"Wahai anakku! Amal perbuatan saudara perempuanmu semasa hidupnya, suka

melalaikan solat dan kadang-kadang mengakhirkannya sampai habis waktu."

Setelah mendengar penjelasan ibunya, lelaki itu bermuafakat dengan saudara-saudaranya (termasuk ibunya) berdoa kepada Allah supaya dosa saudaraperempuannya itu diampuni oleh Allah.

"Dahsyatnya," keluh saya lalu menutup buku lama itu. Saya merenung sejenak dansaya segera berfikir, begitulah kecelakaan atau keburukan yang menimpa terhadaporang-orang yang melalaikan solat. Bagi orang yang meninggalkan solat tentu lebihganjaran yang diterimanya.

"Sesungguhnya, Allah berkuasa atas segala-galanya, tidak pernah mungkir janjiterhadap hambanya," terpancut kata-kata dari mulut dan secara mendadak saya

Page 277: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 277/294

277

teringatkan sepotong ayat dari Al-Quran yang bermaksud: "TidakKu jadikan manusiadan jin, melainkan semata-mata untuk beribadat kepadaKu." Dan saya merasakandiri saya semakin kecil, bagaikan segumpal buih disamudera nan luas.

Saya tidak berhasrat untuk membaca hikayat-hikayat yang termuat dalam buku itu

lagi, walaupun semuanya boleh dijadikan cermin dan teladan dalam kehidupan.Buku lama bertulis jawi saya campakkan ke sudut kamar. Membacanya, beertimemaksa saya berfikir. Bila sudah berfikir pasti mata tidak mahu mengantuk. Begiturumusan yang saya buat sendiri.

PANAS

Dua tiga kali saya menguap, bahang panas diluar membuat badan saya terasabergetah. Bagi menghilangkannya saya terpaksa menggunakan cebisan kotak untuk

dijadikan pengipas angin. Barulah terasa dingin tetapi, saya kehabisan tenaga untukmengipas, seiring dengan itu mata saya mula terasa mengantuk.

Bunyi kicau burung terdengar sayup-sayup, begitu juga dengan bunyi pinggan danpiring yang dibasuh oleh nenek, berlaga sama sendiri.

Lama-kelamaan semua bunyi-bunyi itu terus mengilang. Apa yang saya alamiseterusnya, saya dapati diri saya berada di sebuah padang pasir yang maha besar dan maha luas. Saya melihat ribut pasir yang amat menakutkan hingga memaksasaya berlindung disebalik pokok kurma yang hanya tumbuh sepohon saja disitu.

Saya tidak sanggup melihat ribut pasir beserta dengan bunyi yang amatmenggerunkan itu. Saya tutup mata dengan kedua belah tangan saya. Pada saat itu,saya terasa bahu saya dipegang orang dari arah belakang. Saya tidak ada pilihanselain dari membuka mata untuk melihat, siapakah orang yang berani memegangbahu saya.

Sebaik saja mata terbuka, saya lihat seorang lelaki Arab tersenyum kearah saya.Bermisai tebal, wajahnya berjambang dengan pedang terselit dipinggang. Kudaputih milik lelaki Arab itu kelihatan jinak sekali dan tidak takut dengan bunyi ributpasir.

"Assalam-mualaikum..."

"Walaikumussalam," sahut saya.

"Nama kamu Tamar Jalis?" tanyanya lagi.

"Ya."

Secara mendadak lelaki Arab itu memeluk tubuh saya, pipi kami berlaga, baupeluhnya tidak begitu menyenangkan saya tetapi, kerana orang sudah menunjukkan

rasa persahabatan saya wajib menerimanya dengan ikhlas.

Page 278: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 278/294

278

"Aku Sheikh Abu Bakar Al-Petani," lelaki itu memberitahu namanya pada saya.Cepat-cepat saya anggukkan kepala. Kemudian kami terus duduk dipasir berhampiran perdu kurma.

"Apa yang boleh saya tolong tuan Sheikh?" kata saya dengan tenang. Sheikh Abu

Bakar Al-Petani tersenyum sambil mengurut-urut janggutnya.

"Tunggu sekejap, bila ribut pasir berhenti kita bercerita panjang," tutur Sheikh AbuBakar Al-Petani dalam Bahasa Malaysia yang cukup terang. Dengan kehendak Allahyang Maha Besar, beberapa saat kemudian ribut pasir pun berhenti.

"Ya, kita sambung cerita kita Tamar," Sheikh Abu Bakar Al-Petani menghidupkankembali cerita yang terputus.

"Apa yang boleh saya tolong tuan Sheikh?" pertanyaan yang sudah saya

kemukakan, saya ulangi lagi. Tuan Sheikh Abu Bakar Al-Petani yang sukar ditentukan kerakyatannya samada orang Arab tulin atau orang Melayu yang sudahlama tinggal didunia Arab dan bersikap atau berperangai lebih dari Arab.

"Kamu baru saja membaca cerita yang menarik?" soalnya dengan tenang.

"Ya, kenapa tuan Sheikh?"

"Apakah hikmah yang dapat kamu ambil untuk cermin dalam kehidupan kamu. Agar kamu jadi manusia Muslim yang baik," tanyanya lagi dengan penuh semangat. Sayaterpaksa mengerutkan dahi.

Saya sebenarnya tidak suka memikirkan apa-apa tentang cerita lama yang sayabaca. Aneh! Mengapa Sheikh Abu Bakar Al-Petani yang tidak ku undang, harusbertanyakan perkara tersebut.

"Saya tak dapat buat kesimpulan Pak Sheikh," jawab saya tegas.

"Begini kesimpulannya, pertama Allah memperlihatkan keburukan orang yangmelalaikan solat," tuturnya.

Saya segera anggukkan kepala. Setuju dengan apa yang diluahkan oleh Sheikh AbuBakar Al-Petani.

"Lagi apa yang dapat kita jadikan panduan, Pak Sheikh?"

"Kejadian itu menunjukkan kekuasaan Allah untuk memperlihatkan adanya seksakubur, supaya diketahui oleh orang ramai," sepasang biji mata Sheikh Abu Bakar Al-Petani merauti seluruh wajah saya. Ada rasa gementar dan cemas bergolak dalam jantung hati saya. Dan saya tidak mahu mengajukan sebarang persoalankepadanya.

"Kejadian itu bukan hanya menimpa mayat perempuan itu saja malah akan berlaku juga kepada mayat-mayat lain yang melalaikan solat. Cuma tidak diperhatikan oleh

Page 279: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 279/294

279

Allah kerana alam kubur itu adalah alam ghaib, sesungguhnya alam kubur itubukanlah sekadar kubur melainkan alam sesudah mati iaitu alam sebelum hatiakhirat.

Walaupun seseorang mati dibaham harimau, ghaib dalam laut, pasti berada dialam

kubur walaupun tubuh mereka tidak ditanam kedalam bumi," begitu hebat sekaliSheikh Abu Bakar Al-Petani begitu senang dengan sikap saya itu. Dia terusmenepuk bahu saya berkali-kali bersama dengan ketawa parau.

"Tamar." jeritnya keras.

Saya toleh kearahnya dengan rasa terkejut.

"Kenapa Pak Sheikh?"

"Aku nak balik, sebelum balik dengar sini..." Sheikh Abu Bakar Al-Petani menggeliat

dan membetulkan hujung jubahnya yang terkena pasir.

"Kamu tahu, hikayat yang kamu baca itu memperkuatkan firman Allah dalam surahAl-Maun dalam Al-Quran, tentang seksaan bagi orang yang melalaikan solat, kamubaca dan kaji surah tu," nada suara Sheikh Abu Bakar Al-Petani cukup tinggi dansaya rasakan kata-kata yang diluahkan itu adalah sebuah arahan.

Kerana tidak mahu diri diarah atau diperintah oleh orang yang tidak saya kenalisecara terperinci, saya segera memperlihatkan reaksi tindak balas.

"Bukan urusan saya mahu membacanya, Pak Sheikh."

"Apa kata kamu Tamar, kamu tidak mahu mengikut arahan aku yang baik ini?"

"Ya," saya segera bangun dan bersedia melepaskan penumbuk kalau Sheikh AbuBakar Al-Petani bertindak kasar.

Ternyata Sheikh Abu Bakar Al-Petani merasai dirinya tercabar. Dia juga bangun.Undur lima tapak kebelakang. Dia mencabut pedangnya, mata pedangnya yangtajam kelihatan berkilau-kilau bila kena sinar matahari.

"Kerana kamu tidak mahu mendengar nasihat orang untuk kebaikan kamu harusdibunuh dan ditanam dalam pasir. Biar kamu kena seksa kubur," dengan pedangditangan, Sheikh Abu Bakar Al-Petani segera menerkam kearah saya.

Apa yang terdaya saya lakukan ialah menjerit dengan sekuat hati, dengan harapan jeritan itu akan dapat didengar oleh orang lain. Kemudian akan datang untukmenyelamatkan saya.

"Kamu menjerit ya," ugut Sheikh Abu Bakar Al-Petani sambil melepaskan penumbukkearah saya. Tubuh saya rebah dipasir dan mata pedang Sheikh Abu Bakar Al-Petani kian mendekati batang leher saya. Kematian didepan mata, dengan penuh

khusyuk saya mengucap dua kalimah syahdat.

Page 280: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 280/294

280

"Huh, nasib baik kamu mengucap," jerit Sheikh Abu Bakar Al-Petani. Tubuhnyakelihatan menggeletar menahan kehampaan. Tanpa banyak cakap, dia terusmelompat kebelakang kuda putihnya.

"Semoga kamu bahagia," tuturnya lagi sambil memasukkan mata pedang

kesarungnya. Dengan sekali tampar dibahagian punggung kudanya terus bergerakmeninggalkan debu-debu pasir untuk saya lihat. Dalam sekelip mata Sheikh AbuBakar Al-Petani dan kudanya hilang dari penglihatan saya.

Dengan penuh tenaga saya cuba bangun tetapi, tidak berhasil. Dua tiga kali sayaterjatuh hinggalah ada sepasang tangan menggoncang tubuh, barulah saya terasabadan kembali bertenaga dan kelopak mata saya boleh digerakkan dan dibuka.Nenek terpaku didepan saya.

"Bangun, dah dekat waktu Asar, pergi mandi," nenek keluarkan perintah. Saya teruspejam celikkan kelopak mata, dahi terus saya kedutkan. Betulkah nenek yang

tertonggok didepan saya atau Sheikh Abu Bakar Al-Petani menjelma menyerupainenek.

"Ini nenek?"

"Habis kalau bukan nenek kamu, aku ni hantu. Makan terlalu kenyang tidur siangsampai mengigau terpekik terlolong, bangun pergi mandi."

"Astagh..." kata saya dan terus bangun menuju ke perigi.

130. Si Tua Misteri Dari Solok 

Dari ambang pintu, saya perhatikan langkah nenek yang teratur .Sinar matahari

tidak dapat menyentuh rambut dan tempurung kepalanya yang dibalut denganselendang kuning. Wajahnya yang kemerahan dan berpeluh masih mampumengukir senyum untuk saya.“Nek dari mana?” Tanya saya kehairanan, sebaik saja nenek melintas di depan sayauntuk masuk ke rumah.“Dari surau, aku hantar kuah ayam seperiuk.”“Kenapa tak nanti saya nek?”“Kamu mandi lama sangat di perigi, jadi aku hantar dulu mana yang senang,” tutur nenek lalu duduk bersimpuh di lantai. Dengan hujung selendang dia mengesat peluhdi wajah.Saya segera menggigit bibir bawah. Sepasang anak mata menyorot wajah nenek

dan hati saya segera berkata :Memang, kau nenek yang baik. Tidak mahumembebankan cucumu dengan kerja-kerja yang sukar .Terima kasih nenek. Suara

Page 281: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 281/294

281

hati saya terus beralun dan berombak dalam rongga dada.“Kenapa Tamar? Kamu suka tengok kulit muka nenek yang dah berkedut ni,” katanenek bersahaja. Senyumannya masih terukir di bibir. Saya menarik nafas dalam-dalam.“Bukan fasal tu nek.”

“Habis fasal apa Tamar,”“Nenek terlalu baik.”“Sudah , jangan merepak, pergi bawa barang-barang ke surau. Tak lama lagi waktuAsar tiba,” wajah nenek nampak serius. Dan saya segera mematuhi arahannya.Dalam perjalanan ke surau, sambil menatang talam besar yang berisikan pulut.Fikiran saya masih tertumpu kepada mimpi yang saya alami tadi. Kerana itu, sayatidak ambil peduli tentang nenek yang mengekori saya sambil memikul setandanpisang emas masak.Memang saya berhasrat, mahu menceritakan apa yang saya alami dalam mimpi itupada datuk.Biar dia membuat tafsiran yang boleh menyenangkan hati saya. Mungkinbukan sekarang. Tidak mengapa, kalau tak boleh hari ini, esok lusa pasti saya

ajukan kepadanya. Saya mahu mendengar pendapat atau komen datuk sendiri.Sampai di surau, pulut kuning satu talam saya serahkan pada Mat Upeh, (siak surauyang berasal dari Pengkalan Baru, dekat Pantai Remis). Nenek meletakkansetandan pisang emas atas pelantar .Urusan selanjutnya terletak atas bahu MatUpeh.“Air kopinya macam mana?” Tanya Mat Upeh.“Datuk si Tamar tak cakap apa-apa dengan awak?” Sahut nenek. Mat Upehgelengkan kepala. Saya dan nenek berpandangan.“Aku minta pertolongan kamu menyediakannya. Gula dan kopi aku sediakan,” sayadan nenek segera merenung ke arah datuk yang secara mendadak muncul darisebelah kiri pelantar surau.Kerana memikirkan tugasnya sudah selesai, nenek tidak mahu membabitkan dirinyadalam dialog antara datuk dengan Mat Upeh. Nenek angkat kaki dan terus pulang.“Macam mana Encik Mat, boleh ke tolong saya,” datuk minta kepastian.“Bagi saya tak ada apa-apa masalah.” jawapan dari Mat Upeh amat menyenangkandatuk.Saya lihat datuk menyeluk saku baju. Dia mengeluarkan sesuatu dan saya kurangpasti, apakah barang yang dikeluarkan oleh datuk itu. Datuk hulurkan barang itukepada Mat Upeh seraya berkata:“Nah duit ni, belilah kopi dan gula. Kamu agak sendiri berapa banyak yang mestidibeli, jemaah dianggarkan kira-kira dua puluh orang .Wang lebihnya ambil untuk

kamu.”Dengan senang Mat Upeh menerima tugas tersebut, kalau tidak salah penglihatansaya wang yang dihulurkan oleh datuk kepada Mat Upeh berjumlah sepuluh ringit.“Saya terima amanah awak,” tutur Mat Upeh sambil menepuk bahu kanan datukdengan mesra.

ARAHANWaktu Asar sudah masuk, datuk menyuruh saya memukul beduk. Saya jugadiarahkan supaya melaungkan azan. Semua arahan datuk saya patuhi.Sebaik saja saya menamatkan laungan azan, para jemaah datang berduyun kesurau kecil yang terletak berhampiran dengan kolam. Di hujung kolam, sebelah barat

terbentang sawah padi yang sedang tumbuh menghijau.Kerana saya berdiri di muka pintu surau, semua jemaah yang masuk menghulurkan

Page 282: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 282/294

282

tangan untuk bersalam dengan saya. Dengan penuh hormat dan bangga sayamenyambutnya.Datuk yang berdiri di tangah surau merenung ke arah saya dengan senyum.Mungkin datuk berasa puas dan bangga kerana saya pandai melayan para jemaah,pandai melaungkan azan dan sebentar lagi saya akan melakukan qamat.

Tiba-tiba hati dan perasaan saya tersentak, apabila telapak tangan seorang lelakitua yang tidak saya kenali. Secara mendadak saya terbayangkan wajah Shiekh AbuBakar Al-Patani yang datang dalam mimpi saya.Setelah saya amati wajahnya ternyata lelaki tua yang sedang saya genggam telapaktangannya itu bukan Sheikh Abu Bakar Al-Patani.Di saat fikiran dan perasaan saya berperang memikirkan siapakah lelaki tua misteri?Datuk segera mendekati saya.“Ini cucu saya tuan haji,” beritahu datuk pada lelaki tua itu. Dia menarik telapaktangannya yang saya genggam dan terus memeluk tubuh saya.“Kamu yang azan tadi?” Soalnya sambil melepaskan tubuh saya yang dipeluknya.“Iya,” sahut saya sambil cuba menjauhkan diri dari lelaki tua itu.

“Tuk, siapa dia ni tuk, sebelum ni tak pernah saya tengok wajahnya,” terkeluar kata-kata dari kelopak bibir saya.Tidak saya duga sama sekali bahawa datuk kurang senang dengan cara sayamengemukakan pertanyaan terhadapnya. Aikbatnya, datuk jegilkan biji mata sertamembayangkan kemarahan di wajahnya. Tetapi, api kemarahannya segera berakhir apabila sepasang biji mata orang tua itu tertumbuk ke wajahnya.“Jangan bengis dengan cucu sendiri,” saya terdengar orang tua itu melafazkan kata-kata. Datuk tersengih dan cuba tersenyum.“Tamar.”Saya yang bersedia mahu melangkah ke tengah surau untuk melakukan qamat,terpaksa membatalkan niat tersebut. Sebaliknya saya terus melangkah setapak kearah datuk. Saya renung wajah datuk.“Kenapa tuk?”“Kau nak tahu Tamar, inilah Tuan Haji Yatimi. Dia ni baru datang dari Solok,”beritahu datuk kepada saya.“Solok tu di mana tuk?”“Di Sumatera Barat, letaknya kira-kira 24 km dari Kota Padang. Dia ni ulama besar,datuk banyak belajar darinya,” sambung datuk lagi, cukup bersemangat datukmenjelaskan tentang biodata orang tua itu di depan saya.“Usah dikisahkan tentang aku padanya, suruh sesiapa qamat segera,” orang tua itumemotong cakap datuk.

“Cucu saya qamat,” sahut datuk.“Bagus, pergi segera,” orang tua itu terus tepuk bahu kanan saya. Dan saya punmelangkah ke tengah surau.Beberapa saat kemudian kalimat-kalimat qamat pun bergema dalam surau. Para jemaah pun segera mengambil tempat masing-masing. Saya kira datuk yang akanmenjadi imam, rupa-rupanya tetamu baru yang mengambil alih tugas datuk.

PUJI

Semua orang memuji Haji Yatimi, kata mereka pembacaan doa yang dilakukannyacukup baik. Kalimat-kalimat yang disebut cukup jelas dan terang, pembacaannya

cukup fasih.Dia melayan para jemaah dengan ramah, tidak kira muda atau tua. Malah, dia

Page 283: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 283/294

283

melahirkan rasa bangga kerana datuk menyuruh dia menjadi imam dan membacadoa kesyukuran kerana penyakit yang dideritai oleh Khoja Lisut sudah sembuh.“Enaknya,” kata Haji Yatimi sebaik saja dia menikmati hidangan yang disediakanoleh Mat Upeh untuk para jemaah. Datuk senyum panjang.“Lepas makan ni, orang yang saya ikhtiarkan itu mahu berikrar di depan para

 jemaah. Dia mahu bertaubat dan tidak mahu melakukan sebarang kejahatan,” bisikdatuk kepada kepada Haji Yatimi.“Apa dia sudah bertaubat betul-betul atau main-main,” semacam ada keraguandalam diri Haji Yatimi.Datuk tersentak mendengar pertanyaan yang diajukan oleh Haji Yatimi. Dua tiga kalisaya lihat datuk kerutkan kening , ekor matanya mengerling tajam ke arah KhojaLisut yang duduk di sudut surau. Seolah-olah mahu mengasingkan diri dengan para jemaah yang sudah kenyang makan pulut kuning berlaukkan ayam.Mat Upeh terus mengumpulkan pinggan, piring dan cawan kosong. Kulit pisangemas ditaruh dalam baldi plastik warna merah.“Kalau dia benar-benar mahu bertaubat memang bagus. Kalau sekadar mahu main-

main, nanti akibatnya memakan diri,” tutur Haji Yatimi tenang.“Orang-orang yang berubat dengan saya itu memang benar-benar mahu bertaubat,”penuh yakin datuk bersuara. Tetapi tidak semudah itu Haji Yatimi mahu menerimakata-kata dari datuk.“Sudahkah orang itu buat sembahyang taubat?” Sepasang biji mata Haji Yatimiterpaku ke wajah datuk.“Sudah tuan haji.”“Bagus, mana orangnya? Doa kesyukuran sudah dibaca tetapi orangnya tak mahudiperkenalkan pada aku. Sebelum dia baca ikrar, aku nak berkenalan dengannya,”Haji Yatimi mengajukan permintaan kepada datuk.Saya kira tanpa disedari, datuk sudah melakukan kesilapan besar kerana tidakmemperkenalkan Khoja Lisut kepada tetamunya.“Oh, maafkan saya tuan haji, saya terlupa.”“Tak mengapa, kita ni manusia tidak lepas dari kesilapan dan lupa. Bukankahmanusia itu memang tidak sempurna, manusia itu hamba Allah yang dhaif,” sambilberkata-kata, Haji Yatimi merenung setiap muka para jemaah. Semua yang hadir anggukkan kepala. Setuju dengan perkara yang dikatakan oleh Haji Yatimi.“Khoja, ke mari kamu,” suara datuk meninggi.Khoja Lisut segera bangun, berjalan dengan tunduk dari sudut surau menuju ke arahdatuk dan Haji Yatimi. Semua biji mata para jemaah tertumpu ke arah Khoja Lisut.Ada di antara para jemaah itu berbisik sama sendiri. Khoja Lisut duduk bersila di

depan Haji Yatimi dan datuk.“Aku perkenalkan Haji Yatimi dari Solok,” suara datuk lantang. Semua yang beradadalam perut surau mendengarnya. Haji Yatimi lebih awal menghulurkan tangankepada Khoja Lisut. Mereka bersalam erat, mata Haji Yatimi menyorot tajam ke bolamata Khoja Lisut.Dengan sedaya upayanya Khoja Lisut cuba mengelakkan biji matanya daribertembung dengan biji mata Haji Yatimi. Dia berasakan sinar mata orang tua ituamat tajam menusuk ke jantung kalbunya. Dadanya berdebar tanpa sebab.“Kenapa tangan kamu menggeletar?” Tegur datuk setelah melihat lengan kananKhoja Lisut menggeletar. Semua biji mata dalam surau tertumpu ke arah KhojaLisut. Cepat-cepat Haji Yatimi melepaskan telapak tangan Khoja Lisut yang

dirangkumnya. Wajah Khoja Lisut kelihatan pucat sekali.“Kamu sakit Khoja?”

Page 284: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 284/294

284

Pertanyaan datuk dijawab oleh Khoja Lisut dengan menggelengkan kepala.

TANGAN

Dalam masa yang sama Khoja Lisut memberi isyarat tangan kepada datuk

menyatakan yang dia mahu kembali duduk di tempat asalnya, di sudut surau. Apayang dilakukan oleh Khoja Lisut dapat dikesan oleh Haji Yatimi.“Duduklah dulu, di depan saya.”“Kurang manis rasanya duduk di sini, terkeluar dari barisan jemaah yang lain,”tingkah Khoja Lisut sambil merenung ke arah datuk untuk meminta sokongan agar permintaannya direstui oleh datuk.“Duduklah di situ Khoja, agaknya ada hal mustahak yang nak dicakapkan Haji Yatimikepada kamu,” kata-kata yang diucapkan oleh datuk itu amat mengecewakan diriKhoja Lisut. Dia tidak ada pilihan lain dan terpaksa duduk di depan Haji Yatimi.“Boleh aku tanya kamu?” Haji Yatimi tatap wajah Khoja Lisut.“Silakan,” sahut Khoja Lisut.

“Bagus, aku nak tahu, kamu benar-benar nak bertaubat atau sengaja suka-suka nakbertaubat. Cakap jujur dengan aku, perkara agama tak boleh dibuat main-mainbegitu juga dengan perkara taubat ni, jangan diolok-olok nanti taubat makan diri,”nada suara Haji Yatimi sekejap meninggi dan sekejap merendah. Semua yang adadalam surau terus pasang telinga.Kata-kata itu membuat Khoja Lisut bertambah cemas. Para jemaah penuh debar menanti jawapan dari Khoja Lisut. Beberapa jemaah yang tidak mahu mengikutiperkembangan selanjutnya segera beredar. Bagi mereka itu tidak penting, apa yangpenting ialah sembahyang berjemaah, menikmati pulut kuning bersama lauk ayam,pisang sudah memadai. Cuma itu yang disebutkan oleh datuk kepada mereka. Danpermintaan datuk datuk itu sudah mereka laksanakan.“Saya sudah insaf, saya tak mahu ulang perkara yang sudah saya buat,” begitutegas suara Khoja Lisut tetapi ,dia masih belum mahu menatap wajah Haji Yatimi.Tiba-tiba para jemaah bertepuk memberi sokongan atas keazaman yang diluahkanoleh Khoja Lisut.“Khoja....” mulut datuk terlopong, tidak dapat meneruskan kata-kata. Datuk terkejutmelihat tindakan Khoja Lisut yang terus membuka bunga silat dan berdiri betul-betuldi tengah surau. Beberapa orang jemaah bangun lalu menuju ke pintu.“Dengan nama Allah yang maha besar, saya berjanji mahu menjadi manusia yangbaik, taat pada hukum Allah, tidak akan menganiaya sesama manusia. Jika sayamelanggar sumpah ini, saudara atau sesiapa saja boleh menhukum saya..”

“Nanti,” jerit Haji Yatimi.Khoja Lisut tergamam dan terus duduk. Datuk menggigit bibir dan saya lihat jemaahyang masih ada dalam surau, lebih kurang lima orang saja.“Kenapa tuan haji?” Tanya Khoja Lisut.“Jangan minta orang lain menghukum diri kamu. Bila kamu berbuat macam itu,ertinya kamu tidak jujur pada diri sendiri, kamu tak payah minta orang lainmenghukum kamu, sesungguhnya perbuatan kamu ini sudah menampakkan riak,”Haji Yatimi berhenti bercakap, dia menarik nafas dalam-dalam.Datuk tidak berkata apa-apa. Lima orang jemaah yang berada di situ nampak resah.Khoja Lisut tunduk merenung lantai surau.“Dengar sini, bila kamu sudah bertaubat, ubahlah sikap. Tak payah nak beritahu

pada orang lain , kamu bertaubat dengan Allah bukannya dengan manusia, apaperlunya bila bertaubat beritahu orang lain,” Haji Yatimi seperti memberi ceramah.

Page 285: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 285/294

285

Semasa Haji Yatimi mengungkapkan kata-kata itu, saya lihat datuk sentiasa beradadalam resah gelisah.Macam ada sesuatu yang tidak kena.“Dari mana kamu belajar semuanya ni?” Haji Yatimi terus menyoal datuk. Denganserta-merta Khoja Lisut merenung ke arah datuk. Renungan itu dapat ditafsirkanoleh Haji Yatimi lalu dia tersenyum.

“Kalau itu yang kamu beritahu dia, kamu sudah membuat kesilapan besar,” HajiYatimi tujukan kata-kata itu untuk datuk.“Inilah kesilapan saya,” datuk mengakui kesilapannya kerana memberi peneranganyang kurang tepat untuk Khoja Lisut.“Lain kali jangan buat lagi, aku tahu ada benda yang belum selesai dalam diri orangini, dia tidak ikhlas dengan dirinya sendiri,” terbeliak biji mata datuk mendengar ungkapan dari Haji Yatimi dan datuk menggigit bibir.Rasa geram dan marah terhadap Khoja Lisut terpamer di wajah datuk. Datukgenggam penumbuk, dia merasakan dirinya telah diperdayakan oleh Khoja Lisutdengan cara terhormat.

MUNCUL

Lima orang jemaah yang masih berada dalam surau mula naik bosan dengangelagat Khoja Lisut.Mereka pun segera angkat punggung, meninggalkan ruang surau. Sebaik saja lima jemaah itu pergi, muncul pula Mat Upeh lalu duduk tidak jauh dari saya.“Aku cuma nak tengok saja,” bisiknya ke telinga saya. Sya pun anggukkan kepala.“Kamu benar-benar mahu bertaubat?” Datang lagi pertanyaan dari Haji Yatimi untukKhoja Lisut.“Berapa kali saya mahu terangkan,” Khoja Lisut mula naik darah.“Sudah kamu buang apa amalan yang tak baik dalam diri kamu?”Kali ini Khoja Lisut renung kiri kanan, bagi memastikan apakah kata-kata itumemang ditujukan untuknya. Sepasang kelopak bibirnya seperti menggeletar.“Tuan haji ni tanya kamu,” jari telunjuk datuk menunding ke arah muka Khoja Lisut.“Saya,” suara Khoja Lisut agak cemas.“Iya,” angguk Haji Yatimi.Di saat Khoja Lisut berada dalam keadaan serba salah, tanpa memberitahu datukdan Mat Upeh, Haji Yatimi terus memegang pergelangan tangan kiri Khoja Lisut lalumenarik ke muka pintu surau.“Mahu dibawa ke mana,” tanya Khoja Lisut kepada Haji Yatimi.“Turun ke tanah kita berbincang di halaman surau, ada sesuatu yang mesti kita

selesaikan di situ.”“Maksud tuan haji?” Tingkah datuk sambil bangun.“Banyak perkara disembunyi dari kamu, ada ilmu jahat yang tidak dikeluarkannya,”balas Haji Yatimi. Tidak ada bantahan atau bangkangan dari dari Khoja Lisut. Ikutsaja kata Haji Yatimi.Sebaik saja berada di halaman surau, Haji Yatimi segera mengarahkan datuk berdiridi sebelah kanan Khoja Lisut, sementara Mat Upeh pula diarah berdiri di kiri. Sayadisuruh duduk di kaki tangga surau.Haji Yatimi berdiri betul-betul di depan Khoja Lisut, bayangnya memanjang di tanah.Kerana matahari sudah beransur redup, datuk, Mat Upeh dan Khoja Lisut tidakmerasai kepanasan. Angin petang yang bertiup lembut memberikan kesegaran

kepada mereka.“Kamu yang berdiri di sebelah kanan dan kiri mesti bertindak cepat. Lakukan apa

Page 286: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 286/294

286

saja, jika orang yang berada di tengah mahu melarikan diri, jatuhkan dia,” Haji Yatimimengeluarkan perintah kepada Mat Upeh dan datuk. Saya lihat Khoja Lisut tetapberada dalam keadaan tenang.“Kamu mahu bertaubat?” Haji Yatimi renung Khoja Lisut.“Iya,”

“Kamu harus membuang segala ilmu pelindung, pendinding diri yang sudah sebatidengan darah daging kamu. Jika ilmu ini tidak ditawarkan, kamu yang susah nanti, disaat ajal kamu sudah sampai, nyawa kamu susah berpisah dengan badan.Walaupun tubuh kamu hampir binasa tetapi, kamu masih bernyawa.” muka HajiYatimi kelihatan merah padam. Khoja Lisut yang tadi tenang, tiba-tiba berubahsikap, mukanya jadi bengis, matanya liar. Dia terus mendengus tidak tentu arah.Badannya nampak menggigil.“Sebenarnya yang bernyawa tu bukannya kamu. Kamu sudah mati, roh kamu sudahtiada, apa yang dilihat oleh orang lain itu adalah ilmu syaitan yang cuba menipuorang-orang yang hidup, mahu meyakinkan orang-orang yang hidup bahawa ilmusyaitan itu lebih tinggi,” sambung Haji Yatimi.

Saya lihat Khoja Lisut bertambah resah. Dua tiga kali dia menghentakkan pangkalsikunya ke bahagian perut datuk dan Mat Upeh.Datuk tidak menghadapi apa-apa masalah dengan tindak-tanduk Khoja Lisut itutetapi, Mat Upeh mengalami rasa sakit dan senak di perut setiap kali Khoja Lisutmenghentakkan siku ke perutnya.“Sekarang kamu bersedia menggugurkan ilmu yang ada itu?” Haji Yatimi mintakepastian.“Saya setuju, ilmu itu tidak saya tuntut tetapi datang sendiri waktu saya menuntutilmu kebatinan, guru saya meresapkan kepada saya,” terang Khoja Lisut.“Aku faham, guru kamu mahu membuang ilmu itu dan dia menggunakan kamusebagai warisnya. Dan kamu mahu membuang ilmu itu dan sekarang berusahauntuk melepaskan pada orang lain. Betul atau tidak?”“Iya, saya mengaku,”Terbeliak biji mata datuk mendengar pengakuan Khoja Lisut. Mat Upeh gelengkankepala dan saya tidak menduga sama sekali yang Khoja Lisut masih mahumenyembunyikan sesuatu dari datuk.Setelah menerima pengakuan dari Khoja Lisut, Haji Yatimi termenung sejenak.Tumit kaki kirinya ditekan ke bumi sambil mengangkat tangan kanannya ke arahdatuk dan Mat Upeh agar jangan berada terlalu dekat dengan Khoja Lisut. Anginpetang yang bertiup terus menggerakkan dedaun pokok.“Di sinilah kamu tidak ikhlas, kamu mahu menurunkan ilmu itu kepada budak ini,”

Haji Yatimi segera meluruskan telunjuknya ke arah saya.“Kamu mahu memasukkan ilmu itu ke dalam dirinya secara pertukaran nafas waktutidur, tapi kamu masih belum berpeluang.” sambung Haji Yatimi.“Hei!!!,” pekik Khoja Lisut sekuat hati, dia terus melompat setinggi pohon kelapadara. Kedua belah kakinya lurus ke arah dada Haji Yatimi dan tangan kanannyabersedia untuk melepaskan pukulan ke arah leher Haji Yatimi.Melihat keadaan yang agak gawat itu, datuk segera bertindak. Dia berlari ke arahHaji Yatimi dan berdiri di depan lelaki tua itu. Datuk pun membuka silat untukmelindungi Haji Yatimi, tetamu terhormat yang tidak diundangnya. Datuk punmembuka silat.Datuk luruskan kedua belah lengannya. Dan sepasang telapak tangannya

dikembangkan ke arah sepasang telapak kaki Khoja Lisut yang laju menuju ke dadadatuk, saya lihat tubuh Khoja Lisut berputar-putar di udara lalu berpatah balik ke

Page 287: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 287/294

287

arah tempat dia berdiri.Khoja Lisut jatuh tersembam di sisi Mat Upeh. Datuk segera melangkah mahumenerkam ke arah Khoja Lisut. Tetapi, Haji Yatimi bertindak dengan pantasmemegang lengan kanan datuk lalu dipulaskan ke belakang.“Kenapa tuan haji,”

“Jangan dilayan, dia tak sedar apa yang dibuatnya. Dia dikuasai oleh ilmu sesatnya,”kata Haji Yatimi lalu melangkah ke arah Khoja Lisut yang tersungkur di bumi.“Hatinya mahu bertaubat tetapi, pendindingnya menjadi batu penghalang,” bisik HajiYatimi ke telinga datuk. Haji Yatimi terus bertinggung di sisi Khoja Lisut. Saya danMat Upeh berdiri tidak jauh dari datuk.Saya terdengar suara Khoja Lisut mengaum macam harimau, tubuhnya mulamembongkok dan kedua belah tangannya mencakar-cakar tanah, perbuatannya itutidak ubah macam kelakuan harimau liar. Dia terus mengaum dan cuba beberapakali mahu mencakar muka datuk tetapi, datuk dapat mengelak dengan cepatnya.Saya mula melihat kuku di jarinya bertukar menjadi macam kuku harimau.

Rakaman Kembali Pengalaman Penulis Bersama Datuknya

131. Mengeletek Macam Cicak 

~Kredit kepada ahli komunitisbdj FATIN & FEROZ untuk siri ini.*****

Saya mengucap panjang, bila melihat kaki kiri Khoja Lisut menggeletak macam ekor cicak yang terpisah dari badannya, sementara kaki kanannya bergerak macambadan ular.“Terlalu banyak ilmu batin salah yang dituntutnya. Tetapi, bila dia sakit ternyatailmunya tidak dapat menyembuhkan penyakitnya kerana itulah dia datang jumpakamu. Dalam kehebatannya, masih ada kekurangannya, memang begitu adatnyayang menimpa manusia. Tidak ada orang yang gagah, tidak ada orang yang amatpintar, setiap yang lebih pasti ada kekurangannya,” Haji Yatimi terus memberikanceramah kecil untuk saya, Mat Upeh dan datuk.“Apa yang mesti dibuat sekarang?” Mat Upeh bertanya.“Inilah kesempatan yang baik, pendindingnya sudah lemah, kita mesti mengeluarkanpendinding yang sudah sebati dengan darahnya.” jelas Haji Yatimi lalu mengarahsaya berdiri di hujung kepala Khoja Lisut, Mat Upeh di sebelah kanan, datuk di

sebelah kiri. Manakala Haji Yatimi di bahagian kaki.“Dia mahu bertaubat, mahu jadi baik. Sayangnya, syaitan yang jadi pendindingmenguasai dirinya sepenuh, inilah masanya kita menghalaunya.” tambah Haji Yatimisambil memberitahu saya dan Mat Upeh supaya melihat apa saja yangdilakukannya.Haji Yatimi memberi arahan kepada datuk supaya mengepal tanah danmelemparkan ke arah mana-mana tubuh Khoja Lisut, bila dia menjerit. Menurut HajiYatimi manusia berasal dari tanah dan kekuatan manusia tetap bersama tanah dankekuatan iblis tetap bergantung pada cahaya dan akan binasa dengan api.Setelah mengeluarkan arahan itu, Haji Yatimi pun menjamah kaki kiri Khoja Lisutyang menggeletek macam cicak. Mulutnya kelihatan bergerak-gerak, bibir datuk juga

bergerak. Saya kira mereka sedang membaca sesuatu.“Ya Allah, apa sudah jadi,” bisik batin saya bila melihat kaki kanan Khoja Lisut

Page 288: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 288/294

288

berubah menjadi macam ular lalu membelit tubuh Haji Yatimi, Mat Upeh kelihatancemas sekali.Dengan tenang Haji Yatimi menepisnya dan serentak dengan itu terdengar jeritanKhoja Lisut. Datuk segera melemparkan tanah ke muka Khoja Lisut, kaki kanannyayang berbentuk macam ular kembali pulih macam biasa, begitu juga dengan kaki kiri

yang menggeletek macam ekor cicak. Tidak bergerak lagi.Khoja Lisuttidak lagi mengaum macam harimau. Dengan tenang Haji Yatimimemegang pergelangan kaki kiri Khoja Lisut. Dengan hati-hati Haji Yatimi menekanibu jari kirinya ke bahagian tengah telapak kaki Khoja Lisut.Seluruh perhatian saya dan Mat Upeh tertumpu kepada gerak-geri dan tindak-tanduk Haji Yatimi. Sesekali saya lihat, Khoja Lisut menggeliat dan tubuhnyaseakan-akan bergulung macam tubuh tenggiling membelit sebatang kayu.

JARI

Semua yang terjadi itu tidak dihiraukan oleh Haji Yatimi, dia asyik dengan tugasnya

menekan ibu jari ke telapak kaki Khoja Lisut.“Ha! Tengok tu,” Mat Upeh mencuit bahu saya.Saya segera jegilkan biji mata ke arah sekujur tubuh Khoja Lisut yang terlentang kebumi. Wajahnya menadah langit. Haji Yatimi masih dengan tugasnya dan datuktetap mengepal tanah.“Apa dia Pak Mat?” Tanya saya pada Mat Upeh.“Kau tak nampak apa-apa Tamar,”“Memang tak nampak apa-apa pun.”“Cuba kau renung betul-betul ke arah bahagian dada orang itu,” Mat Upehmenasihati saya.Kerana percaya dengan apa yang dicakapnya, saya arahkan sepasang biji mata kearah dada Khoja Lisut tanpa berkelip-kelip. Ya, sekarang baru saya tahu Mat Upehtidak berbohong dengan saya. Dia bercakap benar. Tiba-tiba saja bulu roma sayategak, badan menggeletar. Saya melihat ada asap nipis keluar dari bahagian dadaKhoja Lisut.Asap nipis itu naik memanjang lalu membentuk lembaga seperti bentuk kanak-kanakdalam kandungan. Lembaga itu nampak macam berada di dalam bentuk kaca yangmengeluarkan cahaya kemilau kekuningan.Sekuruh tubuh lembaga itu berbulu dan bila berpusing ke arah saya, saya lihatwajah lembaga itu amat mengerikan dengan dua batang gigi besar di kiri dan kananmulutnya. Lembaga itu bergerak ke kiri dan ke kanan, tidak pula melepasi kawasan

 jantung dan hati Khoja Lisut.Sinar matahari petang kian runduk tetapi, muka Haji Yatimi terus dibasahi denganpeluh. Walaupun demikian dia tetap tenang cuma saya lihat datuk saja beradadalam keadaan cemas. Khoja Lisut yang terlentang di bumi tetap tidak bergerak,bagaikan tidak bernyawa lagi.Asap nipis yang keluar dari bahagian dada tetap berterusan menyelimuti lembagayang berada di awang-awangan. Lembaga itu semakin membesar dan kelihatanmerening dan bentuk kanak-kanak yang ada dalam lingkungan asap nipis juga kianmembesar. Wajahnya bertambah menggerunkan ada mirip orang Utan. Seluruhtubuh berbulu, manakala sepasang tangan seperti kaki cicak dan sepasang kakibersisik macam sisik ular sawa.

“Dummmmmmmmm..”Satu ledakan menguasai kawasan surau. Saya lihat lembaga yang terapung di

Page 289: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 289/294

289

udara hancur berkecai. Asap nipis yang melindunginya hilang entah ke mana.Cebisan dari lembaga itu bertaburan di halaman surau dalam bentuk gabusberwarna putih.Beberapa saat kemudian gabus itu terbakar dan sukar dikesan. Tidak meninggalkansebarang tanda di tempat gabus itu jatuh.

Haji Yatimi segera bangun. Dia memberi isyarat ke arah datuk supaya berhentimengepal tanah. Datuk patuh dengan arahan itu.Kemudian, saya dan Mat Upeh diarah supaya kembali ke surau. Lebih kurang limaminit kami berada di surau, kami diarah supaya berada di sisi Khoja Lisut. Saya danMat Upeh (mungkin juga datuk) terkejut besar melihat darah keluar dari ibu jari kakikiri Khoja Lisut. Darah itu melimpah di tanah dan jika dikumpulkan jumlah melebihidua botol.Saya lihat Khoja Lisut pucat lesi, dia membuka membuka kelopak matanyaperlahan-lahan. Melihat batang hidung Haji Yatimi, mendengar suaranya membacaayat Qursi. Kemudian Khoja Lisut merapatkan matanya kembali. Dia kelihatan amatlemah sekali.

“Dia memang tidak kenal dengan aku tetapi, aku mengenalinya. Kedatangan aku kesini memang untuk mencarinya, bukan untuk mambalas dendam, aku nakmembimbing dia ke jalan benar,” lagi sekali Haji Yatimi membuat kejutan.“Kenapa Tuan Haji tak berterus terang dengan saya?” Sanggah datuk. Haji Yatimitersenyum.

RAGU

Bagi menghilangkan keraguan itu, Haji Yatimi pun menjelaskan, semasa Khoja Lisutmembelasah seorang Kiai di Asahan, secara kebetulan dia baru tiba di tempattersebut dari Solok. Dia datang ke Asahan untuk berjumpa dengan Pak Kiai yangmenjadi guru agamanya.“Dari Pak Kiai saya belajar hukum-hakam agama Islam. Dia ulama besar. Bila sayamendapat tahu Pak Kiai dibelasah guru silat yang angkuh, saya jadi marah danmahu bertindak. Tetapi, Pak Kiai menahan saya. Katanya, orang Islam yang baiktidak mudah naik darah dan tidak mahu bergaduh sesama Islam,” Haji Yatimimemulakan ceritanya.Dia juga menceritakan kepada kami, bagaimana Pak Kiai menghembuskan nafasterakhir di depan matanya. Sebelum itu, Pak Kiai berpesan kepadanya supayamencari guru silat yang membelasahnya, bukan untuk membalas dendam tetapi,mengajak guru silat yan banyak mengamalkan ilmu batin yang bertentangan dengan

ajaran Islam kembali ke jalan yang benar.Jika tidak dibetulkan mungkin guru silat itu akan mengajar ilmu songsang kepadaanak muridnya. Malah akan menyebarkan ajaran sesat yang akan merugikan orang-orang Melayu, menimbulkan perpecahan sesama sebangsa.“Kerana itu aku cari dia, aku gembira aku gembira bila mendapat tahu kamuberikhtiar mengubati penyakitnya. Allah memperkenankan permintaan kamu, tetapidia tidak ikhlas,” sambung Haji Yatimi lagi.“Sekarang macam mana?” Tanya Mat Upeh.“Dengan izin Allah, nampaknya aku berjaya mengeluarkan amalannya. Darah yangkamu tengok tu, adalah darah kotor bersendikan syaitan yang mengalir dalamtubuhnya,” Haji Yatimi segera menggosok kedua belah telapak tangannya.

Dia mengambil sebatang ranting yang berada dekatnya, ranting itu dilemparkan kearah darah yang keluar dari ibu kaki Khoja Lisut. Sebaik saja ranting jatuh di situ,

Page 290: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 290/294

290

maka keluarlah api lalu membakar darah tersebut hingga hilang tanpa kesan.Memang di luar dugaan kami, tiba-tiba saja Khoja Lisut bangun. Kalau tadi,wajahnya nampak gerun dan menyeramkan dengan sinar mata yang tajam, kulittubuhnya kelihatan tegang. Kini, semuanya itu bagaikan tiada pada dirinya. KhojaLisut kelihatan lesu, wajahnya nampak tua dan kulitnya berkedut.

“Kamu sekarang berada dalam keadaan yang sebenar. Kamu tak boleh selama-lamanya menipu sesama manusia,” turut Haji Yatimi lalu bangun. Berdiri bertentangwajah dengan Khoja Lisut.“Kamu.”Haji Yatimi segera meletakkan telapak tangan kiri ke bahu kanan Khoja Lisut. Lima jari Haji Yatimi mencengkam tulang selangka Khoja Lisut dengan keras sekali.Berkerut muka Khoja Lisut menahan rasa sakit dan dia hampir mahu rebah ke bumitetapi, Khoja Lisut tetap berusaha agar dirinya berdiri terus.Rebah ke bumi bererti kalah dan Khoja Lisut tidak mahu kalah lagi. Tidak rela masalampaunya yang hitam diperkatakan oleh Haji Yatimi dengan sewenang-wenangnyadi depan Mat Upeh, di depan saya dan datuk. Makin kuat Khoja Lisut

mempertahankan diri dari rebah ke bumi, sekuat itu juga Haji Yatimi memaut tulangselangka Khoja Lisut.Sebenarnya, antara Haji Yatimi dengan Khoja Lisut sedang berlangsung sebuahpertarungan yang tidak rasmi. Saya tidak tahu kenapa Khoja Lisut harusmemperlihatkan kemampuannya yang tidak seberapa itu kepada Haji Yatimi,sedangkan dia sudah bertaubat untuk jadi orang baik-baik.Barangkali dia terpaksa bertindak demikian setelah mengetahui yang Haji Yatimiadalah kenalan Kiai yang dibelasahnya di Asahan dulu. Mungkin dia memikirkankedatangan Haji Yatimi untuk membalas dendam. Khoja Lisut merasakan Haji Yatimimahu memperdayakan dirinya? Semua persoalan itu berlegar dalam tempurungkepala saya.Khoja Lisut tidak dapat bertahan, sedikit demi sedikit dia merendahkan tubuhnya.Demi menjaga maruah diri, Khoja Lisut terpaksa membenkokkan kakinya danmenggunakan kekuatan sepasang lutut bagi menahan diri dari rebah ke bumi.Cengkaman Haji Yatimi teetap berterusan. Berpeluh Khoja Lisut menahan rasasakit.Mungkin kerana terlalu sakit, Khoja Lisut tidak ada pilihan lain. Dia terus meraungdengan sekuat hatinya, bagaikan raungan gajah yang naik minyak.“Ya Allah, apa sudah jadi Tamar?” Keluh Mat UpehSemua biji mata tertumpu ke arah Khoja Lisut. Datuk urut dada dan saya menariknafas dalam-dalam bersama rasa cemas dan takut.

“Apakah aku bermimpi Tamar?” Mat Upeh bersuara sambil menggosok-gosokkelopak matanya beberapa kali.“Kamu tak bermimpi Mat,” kata-kata yang dituturkan oleh datuk memaksa Mat Upehmengerutkan dahinya.Raungan Khoja Lisut terus bergema. Haji Yatimi tidak ambil kisah, dia tetap tenang.Sambil jejarinya mencengkam tulang selangka Khoja Lisut, mulutnya terusberkumat-kamit. Entah apa yang dibacanya saya sendiri tidak tahu. Dari lubanghidung Khoja Lisut keluar darah yang sudah agak membeku. Dari kedua belahcuping telinganya berguguran butir-butir pasir menyerupai intan, berkilau-kilaudisuluh matahari petang yang kian redup.Dari celah belah sikunya kelihatan seperti serpihan emas berjatuhan atas bumi lalu

hilang entah ke mana. Saya jadi panik melihat keadaan yang berlaku di depan matasaya. Raungan Khoja Lisut berhenti dan jari-jari Haji Yatimi tidak lagi mencengkam

Page 291: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 291/294

291

tulang selangka Khoja Lisut.“Sekarang sudah selesai,” kata Haji Yatimi sambil menatap wajah datuk denganserius.“Apa benda yang keluar dari cuping telinga dan dagunya tu.”“Tuan Haji?” Tanya datuk.

“Yang keluar dari lutut tu ialah susuk untuk tenaga, yan kamu nampak jatuh macamkeping emas tu, sebenarnya tahi besi yang diserapkan ke dalam setiap senditubuhnya,” balas Haji Yatimi.

ARAH

Saya lihat Mat Upeh gelengkan kepala. Kemudian saya alihkan pandangan ke arahKhoja Lisut yang berusaha untuk berdiri, ternyata usahanya itu berhasil.Khoja Lisut melangkah perlahan-lahan mendekati Haji Yatimi. Gerak-gerinya macamorang yang sudah berusia hampir sembilan puluhan. Khoja Lisut nampak cukup tua.“Yang keluar dari cuping telinganya tu apa dia?” Mat Upeh ajukan pertanyaan. Datuk

terus menggigit ibu jari kiri, ekor matanya terus menjeling ke arah Khoja Lisut. HajiYatimi seperti tidak mahu menjawab pertanyaan yang diajukan Mat Upeh.Barangkali, dia sedang memikirkan sesuatu yang lebih serius tentang Khoja Lisut.“Itu susuk emas yang saya pakai, tujuannya biar muka saya nampak muda, takmakan tua. Saya tersilap,” sebuah pengakuan yang amat mengejutkan dari KhojaLisut untuk kami. Saya dan Mat Upeh saling berpandangan.Haji Yatimi senyum panjang. Terbayang kepuasan di wajahnya. Tanpa membuangmasa dia terus menerkam ke arah Khoja Lisut lalu dipeluk dan diciumnya beberpakali . Apa yang mengharukan perasaan saya, mungkin juga perasaan datuk dan MatUpeh, bila melihat Khoja Lisut merangkum tubuh Haji Yatimi dengan erat sekali.Saya lihat Haji Yatimi menangis tersedu-sedu.“Aku bahagia bila kamu mengakui kesilapan kamu,” dalam esak tangis itu, HajiYatimi terus bersuara tersangkut-sangkut.“Allah membuka pintu hati saya tuan Haji,” balas Khoja Lisut lalu melepaskansepasang tangannya yang merangkum tubuh Haji Yatimi. Mereka berpegangantangan dan serentak menghalakan wajah ke arah saya, ke arah Mat Upeh dandatuk.“Seorang Islam sejati akan merasa bahagia dan bersyukur pada Allah bila dapatmenyelamatkan saudaranya dari tercebur ke kancah maksiat yang diketahui olehsyaitan. Orang Islam yang yang baik selalu memikirkan tentang nasib agama Islamdan saudara-saudaranya,” Haji Yatimi bagaikan memberi ceramah kepada kami.

“Saya tahu awak....” Khoja Lisut terus meluruskan jari telunjuknya ke arah datuk dan“Tuan Haji ini benar-benar ikhlas mahu menolong aku, cuma aku saja ragu-ragu ataskejujuran kamu berdua sekarang sudah terbukti aku yang salah hitung,” sambungKhoja Lisut dengan wajah yang besar.“Sudahlah, sekarang kamu tidak ada menyimpan ilmu hitam lagi? Kalau ada cakapsegera, biar aku selesaikan,” turut Haji Yatimi, Khoja Lisut gelengkan kepala serayaberkata:“Ilmu hitam yang Tuan Haji keluarkan tadi, itulah ilmu terakhir yang ada pada saya.Memang saya berhajat nak menyimpannya kerana saya percaya dengan kata gurusaya; tidak ada orang yang boleh gugurkan 'susuk' yang sudah sebati dengan darahdaging saya, tidak ada orang yang tahu yang saya ada ilmu itu.”

“Dan guru kamu memberitahu kamu, jika mahu mengeluarkan susuk dari tubuh,kamu disuruh masuk hutan mencari pokok yang separuh mati dan letaknya terasing

Page 292: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 292/294

292

dengan pokok-pokok lain. Pokok tu mesti tumbuh di kemuncak bukit,” Haji Yatimitatap biji mata Khoja Lisut.“Ya Tuan Haji,”“Kamu disuruh betapa di pangkal pokok selama tiga hari tiga malam. Kemudiankamu disuruh gantung diri kepala ke bawah kaki diikat dengan tali jerami pada

dahan pokok. Betul atau tidak?”Khoja Lisut termenung sejenak. Dia seperti keberatan mahu menjawab pertanyaanyang diajukan oleh Haji Yatimi. Masih mahu berahsia.“Betul atau tidak? Jawab pertanyaan aku,” Haji Yatimi terus melenting. Dia genggampenumbuk. Datuk dan Mat Upeh undur dua tapak ke belakang, menjauhkan diri darisisi Haji Yatimi. Bimbang akan berlaku sesuatu yang tidak diingini.“Iya,” angguk Khoja Lisut.“Dia juga beritahu kamu, genap empat hari empat malam kamu gantung diri kepalake bawah kaki ke atas, susuk yang ada dalam diri mesti keluar. Sebenarnya, diamembohongi kamu. Dia menipu kamu.”“Bohong?” Khoja Lisut terkejut.

“Iya, bila kamu tergantung begitu empat hari empat malam, kamu boleh mati,setidak-tidaknya jadi habuan binatang ganas. Di mana logiknya cakap guru kamu?”Mendengar kata-kata Haji Yatimi itu, Khoja Lisut bagaikan tergamam.Dia termenungpanjang sambil melagakan gigi atas dengan gigi bawah beberapa kali. Dahinya,segera dikerutkannya. Beberapa kali Khoja Lisut gelengkan kepalanya. Dia sepertimenyesali apa yang terjadi atas dirinya.“Saya terkena dalam baik,” terpancut sebuah keluhan dari mulut Khoja Lisut. MatUpeh terus telan air liur dan saya terus menggigit lidah. Rasa simpati terhadap KhojaLisut terus berbunga dalam hati.“Sepatutnya, kamu hati-hati bila mahu menuntut ilmu, lebih-lebih lagi ilmu silat,banyak cabang, banyak simpang yang tidak sihat,” sanggah datuk.“Salahnya kamu sendiri tak gunakan fikiran untuk buat keputusan, kamu tundukdengan kemahuan nafsu. Inilah akibatnya yang kamu terima,” Haji Yatimimemberikan komentar tanpa memandang wajah Khoja Lisut.

GOSOK

Buat beberapa saat, semua yang ada di situ tidak bersuara. Datuk menggosok-gosok batang hidung beberapa kali. Mat Upeh menekan sepasang tumit kakinya kebumi. Haji Yatimi terus berpeluk tubuh dan sepasang matanya merenung ke arahpepohon yang terdapat di sekitar kawasan tersebut. Dia masih juga membelakangi

Khoja Lisut.“Sekarang kamu dah sedar tentang kesilapan kamu?”Saya lihat Khoja Lisut terkejut mendengar ungkapan dari Haji Yatimi itu. Dia pastikata-kata ditujukan kepadanya.“Ya, sekarang sudah nyata cakapnya tak betul,” Khoja Lisut bersuara. Dengan serta-merta Haji Yatimi memusingkan badannya lalu menatap menentang biji mata KhojaLisut.Datuk dan Mat Upeh segera bergerak ke arah surau. Pada anggapan mereka, tugasmembantu Haji Yatimi sudah selesai. Tetapi, hati kecil saya keberatan untukmeninggalkan Haji Yatimi sendirian di situ.“Apalagi ilmu yang kamu simpan? Kalau ada, sila cakapkan pada aku dengan ikhlas

dan jujur. Demi kebaikan kamu,” terpamir rasa simpati di wajah Haji Yatimi.Sinar matanya seolah-olah membayangkan kesungguhan untuk membebaskan diri

Page 293: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 293/294

293

Khoja Lisut dari belenggu ilmu syaitan.“Tak ada apa-apa lagi yang saya simpan,” Khoja Lisut telan air liur, bulu keningnyanampak bergerak, “tak tahulah pula, kalau ada ilmu yang diserapkan diluar pengetahuan diri,” sambung Khoja Lisut.“Kamu sudah diiktiraf sebagai Khalifah?”

“Belum lagi.”“Buktinya yang kamu belum iktiraf sebagai Khalifah,” Haji Yatimi terus merisik rahsia.Khoja Lisut dongakkan wajah ke langit. Dia melihat awan dan langit petang. Dengantenang dia menarik nafas untuk menghirup udara yang berlegar-legar di sekitar kawasan halaman surau. Khoja Lisut ubah pandangan lalu menatap ke arah MatUpeh dan datuk yang sedang berdiri dekat tangga surau. Kemudian pandangannyaitu dialihkan ke wajah Haji Yatimi.“Buktinya? Mahu buktinya?” Ulang Khoja Lisut.“Iya,” angguk Haji Yatimi.“Saya tidak diberi songkok tinggi baldu merah berlilit kain putih. Kalau sudah diberisongkok macam itu, bolehlah mengeluarkan petua baru tentang sembahyang,

puasa, zakat dan ambil haji.”“Biasanya, hukum-hukum itu berlainan dengan apa yang diamalkan olehkebanyakan orang Islam, malah memang bertentangan, pengikut Khalifah yangdianggap macam Imam paling agung, mesti disanjung, makan pakai, rumah harusdisediakan oleh pengikut. Apa yang Khalifah mahu mesti ditunaikan. Kalau engkar nanti kena kutuk, mati berdarah, ada yang kena petir, mati lemas atau terbakar.Bukan begitu.”“Tepat sekali,” Khoja Lisut seperti terpaku. Dia kagum kerana Haji Yatimi dapatmenyatakan apa yang menjadi rahsia dirinya secara terperinci.“Tolong, jangan buat apa-apa dengan saya.”Khoja Lisut terkam ke arah Haji Yatimi dan terus melutut sambil mengangkatsepuluh jari paras hidung, macam orang suruhan dalam zaman Kerajaan MelayuMelaka menyembah sultan. Perbuatan itu tidak disenangi oleh Haji Yatimi dan diaterus memarahi Khoja Lisut.“Jangan sembah aku,” bentak Haji Yatimi, “berdiri lurus, cakap apa yang kamu nakcakap,” kali ini nada suara Haji Yatimi lembut, penuh kemesraan bersama senyumpersahabatan. Khoja Lisut segera patuh dengan permintaan Haji Yatimi itu.“Jangan, buat apa pada saya. Memang saya diarah cara halus supaya menetangsesiapa saja yang menentang cita-cita. Maafkan saya. Ampunkan saya janganmengapa-apakan saya,”“Aku ke mari bukan nak balas dendam kerana kamu menyeksa guru aku, tapi...” Haji

Yatimi berhenti bersuara. Khoja Lisut bertambah resah. Dia berada dalam ketakutanyang amat sangat.“Tapi, apa tuan haji” Tanyanya lembut.“Menyempurnakan amanat guruku, dia memaafkan kamu. Tetapi, dia juga menyuruhanak muridnya mencari kamu. Berikhtiar mengajak kamu kembali ke jalan benar.”“Kamu tidak menipu.”“Orang Islam tidak pernah menipu, apa yang ada di hati, itu yang dicakapkan.Seseorang Islam berhak dan dituntut supaya mengembalikan saudaranya yangsesat ke jalan yang benar.”“Buktinya?” Khoja Lisut minta kepastian.“Buktinya, aku tidak buat tak senonoh pada kamu, sekarang aku bersyukur pada

Allah kerana hamba yang sesat kembali ke jalan yang benar.”

Page 294: Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

8/8/2019 Tamar Jalis Jilid 5- Bercakap Dgn Jin

http://slidepdf.com/reader/full/tamar-jalis-jilid-5-bercakap-dgn-jin 294/294