Tan Sri Arsyad Ayob.docx

8
TAN SRI ARSHAD AYUB Tan Sri Arshad Ayub memang tidak dapat dipisahkan dengan sejarah penubuhan MARA. Ini kerana beliau bukan sahaja merupakan pengarah pertama Institut Teknologi MARA (ITM) sejak tahun 1967 sehinnga 1975, malah menjadi pencetus idea kepada perkembangan pendidikan di MARA ketika dekad awal penubuhannya. Ketika itu, ITM diletakkan di bawah kendalian Bahagian Latihan MARA. Dikenali sebagai pengarah yang tegas dan berkarisma tinggi, Arshad amat digeruni oleh para pelajar ITM ketika itu kerana beliau sering turun ke tempat penginapan pelajar pada sebelah malam bagi meninjau kegiatan mereka. Mencecah usia 85 tahun, beliau melakukan semua itu kerana sayangkan anak-anak Bumiputera dan mahu mereka lulus peperiksaan dengan cemerlang dan seterusnya berjaya dalam bidang yang diceburi. "Berasal dari keluarga yang miskin, saya menyedari betapa pentingnya anak-anak Melayu mempunyai kelulusan dan kelayakan sewajarnya untuk melibatkan diri dalam bidang profesional yang masih kurang diceburi Bumiputera. "Kebanyakan anak Bumiputera dari luar bandar lambat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling, justeru projek memajukan diri turut terjejas ekoran daripada perasaan rendah diri kerana dihimpit pelbagai

description

es

Transcript of Tan Sri Arsyad Ayob.docx

Page 1: Tan Sri Arsyad Ayob.docx

TAN SRI ARSHAD AYUB

 

   Tan Sri Arshad Ayub memang tidak dapat dipisahkan dengan sejarah penubuhan MARA. Ini

kerana beliau bukan sahaja merupakan pengarah pertama Institut Teknologi MARA (ITM) sejak

tahun 1967 sehinnga 1975, malah menjadi pencetus idea kepada perkembangan pendidikan di

MARA ketika dekad awal penubuhannya. Ketika itu, ITM diletakkan di bawah kendalian

Bahagian Latihan MARA.

   Dikenali sebagai pengarah yang tegas dan berkarisma tinggi, Arshad amat digeruni oleh para

pelajar ITM ketika itu kerana beliau sering turun ke tempat penginapan pelajar pada sebelah

malam bagi meninjau kegiatan mereka.

   Mencecah usia 85 tahun, beliau melakukan semua itu kerana sayangkan anak-anak

Bumiputera dan mahu mereka lulus peperiksaan dengan cemerlang dan seterusnya berjaya

dalam bidang yang diceburi.

   "Berasal dari keluarga yang miskin, saya menyedari betapa pentingnya anak-anak Melayu

mempunyai kelulusan dan kelayakan sewajarnya untuk melibatkan diri dalam bidang

profesional yang masih kurang diceburi Bumiputera.

 "Kebanyakan anak Bumiputera dari luar bandar lambat menyesuaikan diri dengan keadaan

sekeliling, justeru projek memajukan diri turut terjejas ekoran daripada perasaan rendah diri

kerana dihimpit pelbagai kekurangan akibat daripada kemiskinan," tegas Arshad yang ditemui

di ZA Studio, Sungai Penchala baru-baru ini.

   Beliau percaya, sebagai seorang Bumiputera dan warganegara Malaysia, seseorang itu perlu

mempunyai tanggungjawab sosial serta melaksanakan tugas dengan taat, amanah, berintergriti

dan seterusnya mempunyai tubuh badan yang sihat.

   Beliau kini selaku Pro-Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) menasihat pelajar supaya

Page 2: Tan Sri Arsyad Ayob.docx

mempunyai disiplin dalam bidang kerohanian, akademik dan fizikal kerana kesemua itu menjadi

asas kepada kejayaan dalam kehidupan seseorang.

   Arshad yang juga penerima Anugerah Tokoh RIDAMARA sempena Sambutan Jubli Emasnya

pada tahun 2000, memberitahu, nama MARA tidak boleh dipisahkan walaupun ITM telah

menjadi universiti (UiTM) kerana sumbangan MARA terlalu banyak kepada pembangunan dan

kemajuan anak Bumiputera sehingga hari ini.

   Ditanya mengenai peranan MARA memajukan ITM, Arshad menegaskan, barisan kepimpinan

kedua-dua pihak ketika itu mempunyai wawasan yang jauh untuk membantu pelajar Bumiputera

mengisi peluang-peluang pekerjaan dalam sektor swasta. MARA menjadi pemangkin kepada

usaha tersebut menerusi kursus-kursus yang ditawarkan kepada pelajar ITM.

Katanya, ITM mengadakan sesi wawancara bagi menentukan setiap pelajar benar-benar

mempunyai kemampuan selain minat yang mendalam sebelum dipilih mengikuti sesuatu kursus

yang sesuai dengan keperluan industri ketika itu.

   Selain itu, kata Arshad beliau juga mempunyai jaringan kerja dan perhubungan yang baik

dengan Unit perancang ekonomi (EPU) universiti-universiti tempatan dan luar negara serta

syarikat-syarikat besar seperti Guthrie dan Sime Darby di samping hotel-hotel terkemuka bagi

menempatkan pelajar melakukan latihan amali selain mendapat kemudahan untuk pelajar ITM.

   Strategi ini katanya, amat berjaya dalam mengisi peluang-peluang pekerjaan dalam sektor

swasta di samping menggalakkan mereka berkomunikasi dalam bahasa Inggeris di samping

bahasa-bahasa lain yang mereka pelajari di ITM.

   Sehubungan itu, Arshad berharap MARA dapat berperanan selaras dengan keadaan semasa

dalam membantu kaum Bumiputera sama ada dalam bidang pendidikan mahupun perniagaan.

Page 3: Tan Sri Arsyad Ayob.docx

 

Tan Sri Arshad Ayub

Tarikh Lahir : 15hb. November 1928

Tempat Lahir : Parit Karma Laut, Muar. Johor

 Latar Belakang Pengajian

i) Di peringkat awalnya beliau telah gagal di dalam pengajian di Universiti Malaya di Singapura.

Beliau telahpun memulakan khidmat sebagai Penolong Pegawai Kemajuan Kampung pada

tahun 1951 dengan Dewan RIDA.

Beliau telahpun mendapatkan peluang kedua melanjutkan pengajian di Kolej Pertanian Serdang

(kini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia) di dalam bidang pertanian dan mendapat

diploma di dalam bidang pertanian pada tahun 1954.

Page 4: Tan Sri Arsyad Ayob.docx

ii) Beliau kemudianya melanjutkan pegajiannya ke Kolej Universiti Aberystwyth, Wales di dalam

jurusan Ekonomi dan Statistik.

iii) Beliau kemudianya telah mengikuti Program Pasca Siswazah Pengajian Perniagaan di

Institut Pembangunan Pengurusan (IMEDE) Lausanne, Switerzland.

iv) Pada bulan Oktober 1967 beliau mula berkhidmat di Institut Teknologi MARA (ITM) dan

dilantik sebagai pengarahnya yang pertama.

Beliau telah banyak berjasa untuk memperkasakan ITM sebagai Institusi yang diamanahkan

untuk mewujudkan para profesional di kalangan anak-anak Melayu di Malaysia.

v) ITM telahpun membuka pintu kepada pelajar-pelajar yang ditolak kemasukkan mereka ke

universiti-universiti tempatan. ITM telah berjaya melahirkan ramai tokoh-tokoh korporat dan

pengusaha industri yang berteraskan teknologi dan perindustrian.

Pada tahun 1966 ITM telahpun berjaya menawarkan kursus Pengurusan Perniagaannya yang

sendiri.

vi) Beliau telahpun mendapat kepercayaan yang penuh dari Allahyarham Tun Abdul Razak bin

Hussien, Timbalan Perdana Malaysia ketika itu untuk menjadikan ITM sebagai salah satu

Institusi untuk merealisasikan Dasar Ekonomi Baru yang telah dikenalkan pada tahun 1970.

Perkhidmatan Kerajaan

i) Menjadi Timbalan Gabenor Bank Negara dari tahun 1975 sehingga 1977.

ii) Menjadi Timbalan Ketua Pengarah unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri dari

tahun 1971 sehingga 1978.

iii) Pernah menjadi Ketua Setiausaha kepada tiga (3) kementerian iaitu:

a) Kementerian Perusahaan Utama tahun (1978)

Page 5: Tan Sri Arsyad Ayob.docx

b) Kementerian Pertanian (dari tahun 1979-1981)

c) Kementerian Tanah dan Pembangunan Wilayah ( dari tahun 1981-1983)

Jawatan-jawatan terkini yang dipegang

i) Anggota senat Universiti Malaya.

ii) Pro Conselor Universiti Teknologi MARA.

iii) Anggota Senat Kolej Universiti Zainal Abidin (KUSZA).

iv) Menjadi Lembaga Pengarah kepada beberapa buah syarikat dan agensi- agensi iaitu:

a) Sindora Berhad

b) Malayan Flour Mills Berhad

c) LBI Capital Berhad

d) Tomypak Holding Berhad

e) Kulim (Malaysia) Berhad

f) KPJ Healthcare Berhad

g) BATA SDN. BHD.

h) Pelaburan Johor BHD.

Page 6: Tan Sri Arsyad Ayob.docx

i) Bistari Johor Berhad

j) Amanah Raya Investment Bank LTD.

k) Top Glore Corporation Berhad

l) PFM Capital Holdings SDN. BHD.

v) Menjadi ahli Suruhanjaya Penyelarasan Gaji Harun untuk badan-badan berkanun kerajaan.

vi) Presiden kepada Persatuan Pengeluar-Pengeluar Produk Getah dan Pengerusi Dewan

Promosi Pengesport Getah Malaysia.

vii) Pengerusi Lembaga Pengurusan Universiti Malaya.

viii) Pro-Cancelor Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Anugerah-anugerah Lain Diterima

i) Anugerah Mutiara Budi dari Kementerian Kewangan di atas sumbanganya kepada kerajaan.

ii) Anugerah berprestij ACCA di atas sumbanganya kepada Kemajuan Professionalisma

Perakaunan di Malaysia.