> Tanaman Kontan Mudah dan Menguntungkan > PPK...

16
> Tanaman Kontan Mudah dan Menguntungkan > PPK Tampin Membimbing Usahawan Peladang > Usahawan Pemangkin Industri Pertanian > PPK Kuala Nerang dan Naka Terokai Teknologi Penternakan Ikan Organik

Transcript of > Tanaman Kontan Mudah dan Menguntungkan > PPK...

Page 1: > Tanaman Kontan Mudah dan Menguntungkan > PPK ...103.8.163.254/document/upload/LoWaGDAaADv63K0kqxS9CD14Gu...ilmu pengetahuan dan pengalaman sebelum menjalankan sesuatu projek. Bagi

> Tanaman Kontan Mudah dan Menguntungkan

> PPK Tampin Membimbing Usahawan Peladang

> Usahawan Pemangkin Industri Pertanian

> PPK Kuala Nerang dan Naka Terokai Teknologi Penternakan Ikan Organik

Page 2: > Tanaman Kontan Mudah dan Menguntungkan > PPK ...103.8.163.254/document/upload/LoWaGDAaADv63K0kqxS9CD14Gu...ilmu pengetahuan dan pengalaman sebelum menjalankan sesuatu projek. Bagi

Tidak dapat dinafikan lagi bidang pertanian yang satu masa dahulu dipinggirkan, kini telah menjadi satu rebutan dikalangan usahawan

kerana dengan pelbagai bukti yang nyata bidang pertanian merupakan salah satu cabang perniagaan yang menguntungkan.

Menyedari kilauan emas terdapat dalam bidang pertanian ramai usahawan-usahawan menceburkan diri dengan mengusahakan pelbagai projek pertanian walaupun mereka telah mempunyai pekerjaan tetap dengan gaji yang agak lumayan dan ada diantara mereka telah mempunyai perniagaan sendiri tetapi mengambil keputusan untuk mengusahakan bidang pertanian yang dianggap kurang berrisiko.

Bagi Encik Zainal Abidin Mohd Yusof, pengalaman menguruskan kilang diadaptasikan kepada pengurusan ladang dan terbukti ia lebih mudah. Beliau yang mengusahakan tanaman kontan seperti pisang tanduk dan ubi kayu ternyata serasi dengan apa yang dilakukan sekarang berbanding dahulu. Jikalau dahulu beliau terpaksa menghabiskan masa sehari suntuk mengendalikan kilang, kini beliau terasa lebih bebas dan tidak terikat dengan masa.

Cetusan idea untuk menjalankan projek tanaman pisang tanduk dan ubi kayu ini timbul setelah melihat tanah peninggalan orang tuanya di Kampung Parit Mungkal, Tanjong Ipoh, Negeri Sembilan terbiar

Tanaman Kontan Mudah Dan Menguntungkan

2

oleh: Rohman Jasmani (Ibu Pejabat LPP)

begitu sahaja tanpa diusahakan. Memandangkan tanah tersebut merupakan tanah sawah terbiar, beliau terlebih dahulu mendapatkan analisa tanah untuk kesesuaian tanaman daripada Jabatan Pertanian. Daripada analisa tanah tersebut, pelbagai tanaman kontan seperti pisang dan ubi kayu telah disyorkan oleh Jabatan Pertanian.

B e r b e k a l k a n modal sebanyak R M 1 5 0 , 0 0 0 , kawasan seluas 2 hektar milik sendiri telah diusahakan d e n g a n t a n a m a n p i s a n g tanduk, berangan dan rastali pada Ogos 2006. Memandangkan kawasan sekeliling milik penduduk

Page 3: > Tanaman Kontan Mudah dan Menguntungkan > PPK ...103.8.163.254/document/upload/LoWaGDAaADv63K0kqxS9CD14Gu...ilmu pengetahuan dan pengalaman sebelum menjalankan sesuatu projek. Bagi

3

tempatan juga terbiar, beliau mengambil inisiatif memajukannya melalui persetujuan tuan tanah. Melalui persetujuan tersebut kadar sewa tanah adalah RM150 setahun bagi tanah seluas 0.4 hektar. Usaha tersebut menjadikan kawasan keseluruhan projek untuk tanaman pisang tanduk dan ubi kayu di Kampung Parit Mungkal adalah 7.2 hektar.

Berdasarkan kepada perkembangan projek awal yang dilihat mampu menjana pendapatan, Zainal Abidin telah mengusahakan kawasan baru juga dengan tanaman yang sama di Kampung Parit Seberang seluas 8 hektar pada Disember 2006 dan di Bukit Intan, Senaling seluas seluas 12 hektar pada Ogos 2007 menggunakan konsep sewa pajak.

Beliau yang merupakan ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tanjong Ipoh ternyata mementingkan ilmu pengetahuan dan pengalaman sebelum menjalankan sesuatu projek. Bagi memastikan projek yang dilakukan berdaya maju dan berterusan pelbagai kursus berkaitan dan dianjurkan oleh agensi kerajaan telah dihadiri, antaranya ialah:

· Kursus Menanam Tanaman Kontan· Kursus Sistem Pembajaan dan Kawalan serangga Perosak Bagi Tanaman Kontan.· Kursus Sistem Pengurusan dan Penjagaan Ladang.

Beliau yang amat mementingkan kualiti kerja telah melakukan kerja-kerja pengurusan ladang dengan dibantu tujuh orang pekerja. Kebanyakan kerja-kerja di ladang dilakukan secara mekanikal dan manual. Untuk kerja-kerja seperti pengairan kelengkapan

pam air dan springkler digunakan bagi memastikan keseluruhan kawasan dapat diairkan. Di samping itu kawalan rumpai dan serangga dilakukan secara mekanikal.

Kerja-kerja pembajaan pokok, memperbaiki batas, menyulam pokok yang mati atau rosak dan memungut hasil dilakukan secara manual. Pokok pisang mula mengeluarkan hasil apabila mencapai umur 10 – 12 bulan selepas ditanam bergantung kepada kaedah pembajaan dan tumbesaran pokok manakala pokok ubi boleh dikutip hasil setelah berumur 8 – 10 bulan. Menurut beliau pokok pisang akan cepat matang jika menggunakan campuran baja semulajadi daripada ternakan dan baja sebatian berbanding penggunaan baja sebatian sepenuhnya.

Walaupun dilihat secara kasar projek yang diusahakan berjalan seperti dirancang, terdapat juga pelbagai masalah yang dihadapi terutama diperingkat ladang. Antara masalah yang sering dihadapi ialah:

· Oleh kerana kawasan ladang terdiri dari jenis tanah liat berpasir, keadaan jalan akan menjadi licin apabila tiba musim hujan dan keadaan ini menyukarkan kerja-kerja pengeluaran hasil.

· Kawasan projek terletak di kawasan kampung yang menghadkan penggunaan jalan hanya kepada kenderaan ringan. Hasil ladang terpaksa diangkut berulang kali ke jalan besar di mana lori sedang menunggu.

· Tanaman sering dicerobohi oleh musuh seperti lembu, kambing dan babi hutan kerana keadaan pagar yang kurang sempurna.

Page 4: > Tanaman Kontan Mudah dan Menguntungkan > PPK ...103.8.163.254/document/upload/LoWaGDAaADv63K0kqxS9CD14Gu...ilmu pengetahuan dan pengalaman sebelum menjalankan sesuatu projek. Bagi

“Pokok pisang mula mengeluarkan hasil apabila mencapai umur 10 – 12 selepas ditanam bergantung kepada kaedah pembajaan dan tumbesaran

pokok manakala pokok ubi boleh dikutip hasil setelah berumur 8 – 10

bulan.”

Sehingga kini kawasan projek di Kampung Parit Mungkal telah mengeluarkan hasil manakala di Kampung Seberang masih dalam peringkat penanaman. Sementera itu kawasan projek di Bukit Intan telah matang dan menunggu untuk dikutip hasil. Sebagai ahli PPK Tanjong Ipoh, beliau cuba mendapatkan peruntukan melalui Program Pembangunan Usahawan Peladang (PUP).

Menurut Encik Suagi bin Lasari, Pengurus Besar PPK Tanjong Ipoh, permohonan beliau untuk mendapatkan peruntukan PUP telah diajukan kepada Lembaga Pertubuhan Peladang, manakala untuk bantuan jalan ladang dan pagar telah diajukan ke Pejabat Daerah dan Jabatan Parit dan Saliran.

Kesemua hasil ladang seperti pisang dan ubi kayu akan dipasarkan terus kepada pemborong tempatan yang menjualnya kembali secara segar dan pengusaha perusahaan kecil sederhana untuk diproses menjadi kerepek. Mengikut unjuran yang disediakan Zainal Abidin, sebanyak enam ribu pokok pisang mampu menghasilkan 60 tan dengan anggaran harga RM1.00/kg. Manakala tanaman ubi kayu seluas 16 hektar akan mengeluarkan sebanyak 180 tan dengan harga pasaran sekitar RM0.50/kg.

Perancangan untuk memproses sendiri hasil ladang merupakan matlamat jangka panjang beliau. Selain untuk menambah nilai hasil ladang dengan memproses menjadi kerepek pisang dan ubi pelbagai perisa, langkah ini akan menjadikan ahli PPK yang

4

berminat sebagai pembekal bahan mentah dan PPK sebagai agen pemasar.

Langkah untuk menambah nilai tidak hanya kepada hasil ladang sahaja tetapi sisa-sisa lebihan tanaman juga akan diproses menggunakan teknologi bio-organik fermentation bagi menghasilkan makanan ternakan dan baja organik. Produk ini dapat dihasilkan dan dijual pada kos yang lebih murah jika dibandingkan dengan produk yang ada dipasaran sekarang. Menurut beliau, segala usaha sedang dan akan dijalankan ini menjanjikan pulangan yang menguntungkan lebih-lebih lagi jika diusahakan secara komersial.

Page 5: > Tanaman Kontan Mudah dan Menguntungkan > PPK ...103.8.163.254/document/upload/LoWaGDAaADv63K0kqxS9CD14Gu...ilmu pengetahuan dan pengalaman sebelum menjalankan sesuatu projek. Bagi

Melihat kepada kejayaan yang dikecapi oleh usahawan peladang, ramai akan tertanya-tanya siapakan yang berada dibelakang

sebagai pendorong sehingga seseorang itu mampu berdikari tanpa terus bergantung pertolongan lagi.

Kebanyakan usahawan-usahawan peladang yang berjaya pada awalnya memerlukan bantuan dan sokongan daripada individu atau organisasi tertentu dari pihak kerajaan mahupun swasta. Bantuan yang diperolehi kebiasaannya berbentuk modal, kemudahan infrastruktur atau peralatan-peralatan permulaan projek.

Bagi Encik Rossdeen bin Mohammad, 43 tahun kejayaan yang diperolehi kini adalah berkat galakan, dorongan dan bantuan daripada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tampin, Negeri Sembilan. Beliau yang sememangnya mempunyai minat dalam bidang pertanian telah mengusahakan tanaman nangka madu dan ternakan kambing boer di Kampung Sungai Dua, Gemencheh secara usahasama dengan PPK. Tanah milik PPK ini diusahakan dengan tanaman dan ternakan tersebut melalui persetujuan kedua belah pihak.

Pada peringkat permulaan sebelum memulakan projek, perbincangan sentiasa diadakan bagi mencapai kata putus terhadap projek yang hendak

dilaksanakan. Menurut Encik Izhar bin Harun, Pengurus Besar PPK, tanah milik PPK itu adalah baki daripada keseluruhan kawasan tanaman kelapa sawit yang telah diusahakan. Disebabkan keadaan tanah yang berbatu ia tidak sesuai untuk tanaman tersebut.

Langkah proaktif telah dilakukan bagi memajukan tanah tersebut yang seluas 16.3 hektar bagi mengelakkan ia terbiar tanpa diusahakan. Ramai usahawan luar telah menyatakan minat untuk mengusahakan tanah tersebut dengan cadangan pelbagai tanaman makanan. PPK yang lebih mementingkan ahli bagi melahirkan usahawan peladang telah memajukan tanah tersebut secara usahasama dengan Rossdeen untuk ditanam dengan pokok nangka madu. Melalui usahasama tersebut, ia dilakukan dalam bentuk ladang kontrak di mana usahawan yang dilantik akan mengendali dan mengurus ladang dengan bantuan PPK. Setelah hasil diperolehi PPK akan memasarkan buah nangka tersebut secara borong atau runcit atau dibekalkan terus ke kilang pemprosesan milik Pertubuhan Peladang Negeri(PPN) Johor untuk diproses menjadi produk industri asas tani.

Projek dimulakan pada awal tahun 2006 dengan menggunakan benih yang dibekalkan oleh PPK Maran, Pahang. Pokok nangka madu yang ditanam

PPK Tampin Membimbing Usahawan Peladang

5

oleh: Rohman Jasmani (Ibu Pejabat LPP)

Page 6: > Tanaman Kontan Mudah dan Menguntungkan > PPK ...103.8.163.254/document/upload/LoWaGDAaADv63K0kqxS9CD14Gu...ilmu pengetahuan dan pengalaman sebelum menjalankan sesuatu projek. Bagi

terdiri daripada jenis CJ6 dan CJ3 yang boleh mencapai berat 20 kg sebiji dan berpotensi untuk dieksport kerana saiznya yang tidak terlalu besar serta mempunyai aroma menarik, manakala jenis satu lagi lebih dikenali sebagai Mastura yang mampu mencapai berat sehingga 40 kg sebiji. Secara keseluruhan sebanyak 800 pokok nangka dari jenis CJ3, 800 pokok jenis CJ6 dan 900 pokok daripada jenis Mastura ditanam di kawasan tersebut. Oleh kerana keadaan tanah yang berbatu dan berbukit sistem titis digunakan bagi memastikan setiap pokok mendapat bekalan air yang mencukupi terutama pada musim panas. Sungai berdekatan merupakan punca air utama kepada sistem tersebut.

Pokok nangka madu akan mula mengeluarkan hasil dua setengah tahun atau seawal 16 bulan selepas ditanam. Sebanyak lima biji buah nangka boleh diperolehi daripada setiap pokok yang matang dalam masa sebulan. Sehingga kini 20 peratus daripada jumlah keseluruhan pokok nangka yang ditanam sudah mula berbuah dan hasil pertama dijangka dapat dikutip pada pertengahan Mac ini. Beliau yang menguruskan sendiri aktiviti di ladang dengan dibantu oleh dua orang pekerja berasa bangga atas usaha dilakukan selama ini kerana telah mula mencambahkan hasil.

Melihat kepada kejayaan projek tanaman nangka tersebut, pihak pengurusan PPK mengambil inisiatif mengembangkan projek ke unit-unit peladang di bawah PPK pada tahun 2006. Seramai 12 orang usahawan dari Unit Rokan telah mengusahakan tanaman nangka dengan keluasan 8.8 hektar, manakala bagi Unit Air Kuning, seluas 7.2 hektar kawasan telah ditanam dengan nangka yang melibatkan seramai 6 orang usahawan.

Sementara itu, pada tahun 2007 seramai 85 orang usahawan telah terlibat mengusahakan tanaman nangka yang dijalankan di Unit Gedok, Unit Tebong dan Unit Bangkahulu melalui konsep hectarage equivalent. Usaha tersebut melibatkan kawasan seluas 2.4 hektar setiap unit dan setiap usahawan dibekalkan sebanyak 10 – 20 benih pokok nangka untuk ditanam.

Menurut Izhar pula, kejayaan usahawan bimbingan PPK ini lebih kepada inisiatif sendiri selain khidmat nasihat yang dihulurkan oleh PPK. Memandangkan usaha yang dilakukan terhadap projek tanaman nangka madu ini berjaya, PPK telah mengembangkan

“Secara keseluruhan sebanyak 800 pokok nangka dari jenis

CJ3, 800 pokok jenis CJ6 dan 900 pokok daripada jenis Mastura ditanam

dikawasan tersebut.”

6

Page 7: > Tanaman Kontan Mudah dan Menguntungkan > PPK ...103.8.163.254/document/upload/LoWaGDAaADv63K0kqxS9CD14Gu...ilmu pengetahuan dan pengalaman sebelum menjalankan sesuatu projek. Bagi

7

Projek yang dimulakan pada Julai 2007 ini diberi grant oleh Lembaga Pertubuhan Peladang melalui PPK dalam bentuk kemudahan infrastruktur dan induk kambing. Sebanyak 140 ekor induk betina dan 7 ekor pejantan daripada baka boer yang diperolehi daripada Australia dibekalkan sebagai permulaan. Sehingga Disember 2007, sebanyak 25 ekor anak kambing boer telah berjaya dibiakkan. Projek juga mengalami kematian 14 ekor induk mungkin disebabkan perubahan keadaan atau “stress” yang dialami oleh kambing tersebut semasa proses penghantaran.

Berdasarkan kepada perkembangan semasa, baka-baka kambing boer dijangka boleh dipasarkan pada Januari 2008. Kambing boer mempunyai permintaan yang tinggi dipasaran kerana bekalan yang terhad. PPK juga bercadang untuk menambah bilangan usahawan secara berperingkat dengan membekalkan kepada setiap usahawan sebanyak 14 ekor baka kambing boer. Melalui projek pembiakbakaan ini, PPK berharap ia dapat dikembangkan ke kawasan PPK lain di Negeri Sembilan.

usaha ke arah penternakan kambing boer untuk tujuan pembiakan baka.

Berdasarkan pengalaman menguruskan tanaman nangka madu, Rossdeen dan seorang lagi usahawan, A. Rol Johari bin Harun telah diberi kepercayaan mengusahakan ternakan tersebut. Kawasan kandang yang terletak bersebelahan ladang nangka memudahkan pengurusan kedua-dua projek. Kandang yang didirikan di atas tanah berpasir memberi ia kelebihan berbanding tanah biasa kerana tinta buangan daripada ternakan terus meresap ke dalam pasir dan kurang mengeluarkan bau serta menghindar gangguan lalat.

Kawasan kandang yang bersebelahan anak sungai memudahkan sumber air diperolehi kerana air merupakan keperluan utama yang digunakan sebagai minuman. Rumput napier yang menjadi sumber makanan utama ditanam berdekatan kandang dengan menggunakan bahan buangan ternakan sebagai baja. Kambing diberi makan rumput napier yang diracik menggunakan mesin khas dan 10 peratus makanan tambahan palet.

Page 8: > Tanaman Kontan Mudah dan Menguntungkan > PPK ...103.8.163.254/document/upload/LoWaGDAaADv63K0kqxS9CD14Gu...ilmu pengetahuan dan pengalaman sebelum menjalankan sesuatu projek. Bagi

Setelah mencapai 50 kemerdekaan, Malaysia merupakan antara negara yang pesat membangun di dunia dalam pelbagai sektor

ekonomi. Bermula daripada Perdana Menteri pertama YTM Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj hingga Perdana Menteri Sekarang Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, pelbagai usaha dilakukan bagi membangunkan ekonomi Malaysia.

Sektor pertanian yang merupakan penyumbang ketiga ekonomi negara terus mendapat suntikan daripada kerajaan. Dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK9), sektor pertanian telah diberi peruntukan sebanyak RM11.7 billion dengan tujuan menjadikannya lebih berdaya maju.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah merangka strategi dan program bagi membangunkan sektor pertanian melalui projek-projek bewajaran besar yang mencetuskan impak dan perubahan besar dalam usaha memodenkan sektor agro-makanan yang melibatkan semua jabatan/agensi di bawahnya.

Beras yang merupakan makanan asasi rakyat Malaysia masih lagi diimport walaupun kita sendiri mampu mengeluarkannya. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui agensi berkaitan akan meningkatkan pengeluaran agar mencapai 10 metrik

tan sehektar bagi mengurangkan pergantungan import dari luar. Pelancaran Zon Industri Akuakultur (ZIA) merupakan projek perintis pengeluaran akuakultur yang akan dilaksanakan di bawah pendekatan anchor company bagi mencetuskan pembangunan pesat dalam ternakan ikan akuakultur.

Sementara itu Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani juga telah melaksanakan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) bagi menambah pengeluaran daging lembu bagi mencapai tahap sara hidup 35 peratus menjelang tahun 2010. Kejayaan projek ini akan mengurangkan kadar import bagi daging lembu dan kambing yang amat besar. Manakala perlaksanaan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di bawah Rancangan Malaysia Ke Sembilan adalah bertujuan menambahkan pengeluaran tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan tropika.

Langkah untuk mengkorporatkan Bank Pertanian Malaysia adalah tepat untuk menjadikan pertanian adalah perniagaan. Ia membolehkan Bank Pertanian Malaysia menjadi institusi perbankan yang ulung dalam memajukan sektor agro-makanan.

Melihat kepada langkah yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, terdapat peluang-peluang perniagaan telah diwujudkan bagi usahawan-usahawan untuk

USAHAWAN PEMANGKIN INDUSTRI PERTANIAN

8

oleh: Rohman Jasmani (Ibu Pejabat LPP)

Page 9: > Tanaman Kontan Mudah dan Menguntungkan > PPK ...103.8.163.254/document/upload/LoWaGDAaADv63K0kqxS9CD14Gu...ilmu pengetahuan dan pengalaman sebelum menjalankan sesuatu projek. Bagi

terlibat secara langsung. Jalinan kerjasama antara usahawan dengan peladang, penternak atau nelayan akan menjadikan pertanian adalah perniagaan yang menguntungkan.

Usahawan-usahawan perlu melihat sektor pertanian tidak hanya tertumpu kepada tanaman sahaja tetapi dari skop yang lebih luas seperti ternakan, ternakair, pemprosesan makanan dan terkini bioteknologi. Kesemua ini merupakan cabang perniagaan yang boleh diceburi untuk jangkamasa panjang. Walaupun tidak mengusahakan bidang pertanian secara langsung, usahawan juga boleh terlibat sebagai pembekal, pemborong atau pengusaha makanan.

Dalam pertanian, peluang terbuka luas kepada usahawan sama ada sebagai pengeluar atau pengedar yang mana penglibatan kedua-dua tetap menjurus kepada jalinan kerjasama. Sebagai contoh, pengeluaran daging lembu negara hanya mampu menyumbang 30 hingga 35 peratus keperluan dalam negara menjelang 2010 dan selebihnya akan diimport. Kekurangan tersebut alangkah baiknya jika usahawan-usahawan kita mengusahakannya sendiri kerana ini menjamin keuntungan melalui pasaran yang telah tersedia.

Penglibatan pihak swasta melalui pakatan strategik dilihat mampu mengubah senario sektor pertanian ke arah lebih dinamik. Rangsangan daripada kerajaan yang memfokus kepada sektor pertanian membolehkan usahawan-usahawan diberi sedikit kelonggaran untuk mendapatkan bantuan kewangan daripada institusi perbankan.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sentiasa memberi galakan kepada pengusaha industri asas tani seperti pemprosesan makanan

yang mewujudkan banyak peluang-peluang untuk diceburi oleh usahawan-usahawan pertanian. Dalam industri ini ramai usahawan akan terlibat kerana ia merangkumi pengeluar, pembekal, pengusaha dan pemborong. Jarang sekali kita lihat usahawan yang mengusahakannya melakukan kesemua aktiviti tersebut seperti kilang pemprosesan makanan ringan seperti pembuatan kerepek yang menglibatkan ramai usahawan.

Bermula dengan bahan mentah seperti ubi kayu, pisang dan sebagainya perlu diperolehi daripada pengusaha atau pembekal tertentu yang mana bukan sahaja menjamin bekalan tetapi turut menjimatkan kos dan masa. Produk yang dihasilkan akan diedarkan kepasaran melalui pemborong yang dilantik.

Di sini kita lihat usaha yang dijalankan perlu melibatkan ramai usahawan dan pengusaha akan memberi tumpuan terhadap pengurusan kilang. Oleh itu usahawan-usahawan perlu merebut peluang yang terdapat seperti itu sama ada sebagai pengeluar, pembekal, pengusaha dan pemborong.

Penemuan teknologi terkini seperti bioteknologi dalam sektor pertanian telah membuktikan bahawa sektor tersebut boleh dikomersialkan menjadi satu intiti perniagaan. Dengan penemuan dan penggunaan diesel yang berasaskan minyak kelapa sawit merupakan titik permulaan pengembangan bioteknologi dalam pertanian walaupun sebelum ini telah dipraktikan dalam penghasilan tisu kultur untuk pembiakan tanaman. Penggunaan bioteknologi dalam pertanian yang dijalankan telah memudahkan pengurusan selain meningkatkan pengeluaran hasil.

Berbagai teknologi telah digunakan terhadap tanaman dan terdapat juga penemuan bagi kegunaan ternakan

9

Page 10: > Tanaman Kontan Mudah dan Menguntungkan > PPK ...103.8.163.254/document/upload/LoWaGDAaADv63K0kqxS9CD14Gu...ilmu pengetahuan dan pengalaman sebelum menjalankan sesuatu projek. Bagi

serta ternakair. Penemuan Teknologi EM (Effective Microorganisma) merupakan kaedah bioteknologi yang berupaya meningkatkan pengeluaran hasil ternakan udang dalam kolam. Penggunaan teknologi EM seperti Bio Plus dan Bio Gold Bio yang mengandungi micro organisma akan menjadikan kolam ternakan bebas daripada pencemaran dan sisa toksid.

Bio Plus merupakan sebatian berbentuk cecair yang mengandungi mikroorganisma dan kini diperkenalkan serta digunakan dalam ternakan udang. Ia juga berkesan untuk melunturkan ammonia dan sebatian nitrogen serta mempercepatkan proses penghancuran sebatian. Dapat mengawal kestabilan pH, menstabilkan warna air kolam dan meningkatkan kuantiti oksigen air kolam. Selain menghasilkan pelbagai jenis mikro organisma, ia didapati berkesan untuk penghadaman, membekalkan enzim dan menghindari udang daripada dijangkiti penyakit tompok putih (white faeces disease ).

Manakala Bio Gold merupakan pelengkap kepada penggunaan teknologi EM selepas Bio Plus. Cara penggunaan Bio Gold berlainan sedikit dengan Bio Plus kerana ia melibatkan pemakanan udang. Ia bertujuan membekal enzim pada organ penghadaman dan usus udang untuk mengelakkan daripada dijangkiti penyakit. Di samping itu, ia membantu dalam pembentukan sistem imunisasi melawan penyakit dan mempercepatkan tumbesaran udang.

Terdapat bermacam-macam lagi kaedah bioteknologi yang boleh diadaptasikan terutama dalam penternakan, penghasilan cendawan, pengeluaran sayur-sayuran dan lain-lain lagi. Dengan konsep membangunkan bioteknologi banyak peluang-peluang yang boleh direbut oleh usahawan untuk turut terlibat sama ada sebagai pengeluar, pengedar atau pemberi khidmat nasihat mengenai kaedah bioteknologi disebabkan penggunaan yang masih belum menyeluruh.

“Dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK9), sektor

pertanian telah diberi peruntukan sebanyak RM11.7 billion dengan

tujuan menjadikannya lebih berdaya maju.”

10

Page 11: > Tanaman Kontan Mudah dan Menguntungkan > PPK ...103.8.163.254/document/upload/LoWaGDAaADv63K0kqxS9CD14Gu...ilmu pengetahuan dan pengalaman sebelum menjalankan sesuatu projek. Bagi

Bagi menjanjikan pulangan yang menguntungkan melalui penggunaan teknologi terkini dalam sektor pertanian, usahawan-usahawan juga perlu melihat kepada pengkomersialan projek untuk jangka masa panjang seperti mengadakan usahasama dengan pihak swasta. Usahawan-usahawan pertanian juga boleh mengadakan jalinan kerjasama secara perladangan kontrak (contract farming) yang diwar-warkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dengan pengusaha-pengusaha makanan seperti Kentucky Fried Chicken (KFC), Nestle dan sebagainya. Kerjasama tersebut selain bagi mendapatkan harga yang sebaik mungkin ia juga menyediakan ruang pasaran yang tetap.

Umum tahu KFC merupakan syarikat francais makanan segera dan dikenali ramai yang menggunakan daging ayam sebagai bahan untuk produk keluarannya. Oleh itu, bagi usahawan-usahawan yang mengusahakan ternakan ayam, mereka perlu mengintai peluang terdapat di situ untuk menjadi pembekal tetap ayam.

Manakala Nestle adalah sebuah syarikat yang turut mengeluarkan produk hiliran seperti sos cili,

tomato dan sebagainya. Usahawan peladang perlu mengambil peluang tersebut bagi membekal bahan asas seperti cili, tomato secara perladangan kontrak. Biasanya dalam perladangan kontrak usahawan hanya perlu menguruskan ladang untuk mengeluarkan hasil tanpa memikirkan soal pasaran. Syarikat akan mengambil hasil yang dikeluarkan berdasarkan kuantiti dan kualiti yang dipersetujui dan ini sebenarnya memberikan keuntungan kepada kedua-dua belah pihak.

Peranan yang dimainkan oleh kerajaan dalam memartabatkan sektor pertanian memang tidak boleh disangkal lagi. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini banyak perubahan ketara telah kita lihat dalam sektor tersebut melalui peranan yang dilakukan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Usahawan-usahawan pertanian tidak perlu risau kerana kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sentiasa membimbing mereka agar lebih berjaya dalam membangunkan ekonomi ke arah lebih kukuh dan mampan pada masa hadapan serta hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai antara pengeluar makanan akan tercapai.

11

Page 12: > Tanaman Kontan Mudah dan Menguntungkan > PPK ...103.8.163.254/document/upload/LoWaGDAaADv63K0kqxS9CD14Gu...ilmu pengetahuan dan pengalaman sebelum menjalankan sesuatu projek. Bagi

Industri penternakan dan penangkapan ikan di Malaysia mempunyai potensi yang cukup besar. Ini kerana ikan merupakan sumber makanan

dan protein yang sentiasa diperlukan dalam kehidupan manusia. Selain itu, sektor perikanan turut menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih 90,000 orang nelayan dan 21,000 orang penternak ikan. Oleh yang demikian, tidak hairanlah industri ini semakin hari semakin berkembang pesat ditambah dengan suntikan teknologi dalam usaha untuk mentranformasikan sektor sub-makanan ini supaya menjadi lebih dinamik dan berdaya maju.

Sektor perikanan biasanya dikategorikan kepada sektor tangkapan ikan marin (laut) dan sektor akuakultur. Mengikut sumber laman web Jabatan Perikanan Malaysia, sektor tangkapan ikan marin masih kekal sebagai pengeluar utama hasil perikanan manakala sektor akuakultur didapati amat cepat berkembang dan mempunyai potensi yang besar untuk terus diterokai. Sektor tangkapan ikan marin dibahagikan kepada sektor perikanan laut pantai dan perikanan laut dalam. Sementara itu, sektor

PPK KUALA NERANG DAN NAKA TEROKAI TEKNOLOGI

PENTERNAKAN IKAN ORGANIK

akuakultur diklasifikasikan kepada ternakan ikan air tawar dan ikan air payau.

Sumber Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani turut mengeluarkan kenyataan sub-sektor perikanan disasarkan tumbuh pada kadar purata 5.6 peratus dengan perikanan tangkapan disasarkan tumbuh pada kadar 1.2 peratus dan akuakultur sebanyak 21.5 peratus dalam RMKe-9. Malah pada Suku Tahun Pertama dan Keempat tahun 2006 menunjukkan bahawa sub-sektor ini mencapai pertumbuhan melebihi 11 peratus iaitu satu pencapaian yang amat memberangsangkan. Walaupun pada Suku Tahun Kedua Tahun 2007 menunjukkan sub-sektor ini tumbuh rendah pada kadar 3.1 peratus, namun sumbangan perikanan makanan kepada eksport telah menunjukkan pertambahan kepada RM1.79 billion berbanding hanya RM1.6 billion pada tempoh sama tahun 2006.

Sejak YAB Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia mengambil tampuk kepimpinan Negara, sektor pertanian telah digerakkan

12

oleh:Rosly Abdul Rahman (LPP Kedah)

Page 13: > Tanaman Kontan Mudah dan Menguntungkan > PPK ...103.8.163.254/document/upload/LoWaGDAaADv63K0kqxS9CD14Gu...ilmu pengetahuan dan pengalaman sebelum menjalankan sesuatu projek. Bagi

dengan lebih sistematik melalui perancangan yang teliti di peringkat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Pertanian diletakkan sebagai enjin ke tiga pertumbuhan ekonomi negara selepas sektor pembuatan dan perkhidmatan. Bukan sekadar mentransformasikan bidang pertanian, malah YB Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin ingin merevolusikan sektor ini bagi menunjukkan kesungguhan untuk menggerakkan pertanian bagi memenuhi wawasan kepimpinan negara dan mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi.

Usaha ini tentunya tidak akan berjaya sekiranya pengusaha tani sendiri masih gemar mengamalkan kaedah tradisional dalam usaha tani mereka dan enggan mengubah cara bertani dengan menggunakan kaedah moden seperti menggunakan kejenteraan ladang dan peralatan yang berteknologi tinggi. Oleh yang demikian pelbagai usaha dijalankan secara bersungguh-sungguh ke arah memodenkan bidang pertanian dengan menggalakkan pengusaha tani menggunakan kaedah pertanian moden.

Bagi Perubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Nerang dan PPK Naka di Negeri Kedah, pengurusannya menyahut usaha untuk memodenkan bidang pertanian sebagaimana disarankan oleh kerajaan. PPK sentiasa berusaha untuk membantu ahli-ahli peladangnya mendapat manfaat daripada perkembangan teknologi semasa dengan membawa masuk projek-projek pertanian yang menggunakan teknologi baru dan terkini. Salah satu projek terbaru yang telah dikenalpasti oleh ke dua-dua PPK ini ialah projek penternakan ikan organik.

Penternakan ikan organik mungkin agak asing bagi sesetengah pihak. Ianya merupakan bidang baru dalam industri akuakultur di Malaysia dan publisiti mengenainya jelas belum lagi meluas. Kaedah penternakan ikan organik ini menggunakan suatu sistem yang boleh mengawal suasana persekitaran dan kualiti kandungan air. Walaupun agak baru dan belum menyeluruh, telah ada pihak yang berjaya menghidu teknologi baru ini dan seterusnya ada di kalangan pengusaha tani yang percaya kepada keberkesanan transformasi pertanian mula berjinak dan mengaplikasikan teknologi ini. Teknologi ini didapati agak murah, mudah dipasang dan dioperasikan, mesra pengguna dan yang penting bagi pengusaha, ianya dapat memberikan pulangan ke atas kos yang dilaburkan dalam tempoh yang singkat.

Sistem ini telah diilham dan dibangunkan oleh syarikat bumiputra iaitu Zull Design Autotronik. Pejabat syarikat yang terletak di Pekan Rawang ini, bukanlah terlibat secara langsung dalam bidang pengeluaran pertanian. Syarikat ini beroperasi sebagai pakar pembangunan sistem yang mempunyai wawasan dan misi umtuk melahirkan lebih ramai pereka cipta tempatan yang setanding dengan masyarakat barat. Penglibatan dalam bidang pertanian terutamanya sektor akuakultur ini hanya secara kebetulan sahaja.

Apabila ditanya bagaimana syarikat ini mula berkecimpung dalam bidang pertanian, Encik Zul yang juga dikenali sebagai “McGyver Malaysia” oleh sesetengah pihak, memaklumkan bahawa YAB Perdana Menteri sendiri telah meminta beliau untuk mereka cipta satu sistem yang boleh digunakan terutamanya oleh masyarakat petani bagi membantu mereka meningkatkan pendapatan. Beliau menyahut saranan YAB Perdana Menteri dengan membuat penyelidikan dan pembangunan (R&D) sehinggalah terhasilnya sistem oceontronik ini. Telah banyak wang telah dibelanjakam tetapi atas sifat tanggungjawab untuk melihat masyarakat tani keluar dari garis kemiskinan, beliau terasa amat puas apabila kajiannya dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

PPK Kuala Nerang dan PPK Naka telah pun menempah sistem ini daripada Syarikat Zull Design Autotronik dan kerja-kerja pemasangan dilaksanakan pada bulan Februari. Kerja-kerja pemasangan ini siap dalam tempoh 10 hari. PPK menggunakan sepenuhmya sistem ini mulai bulan Mac. Sekiranya sistem ini berjaya dan diterima oleh pengusaha, sistem ini akan dikembangkan kepada ahli-ahli peladang yang lain yang berminat dan berani untuk membuat sedikit pelaburan.

Sistem oceantronik merupakan kaedah penternakan ikan laut (masin) tetapi menggunakan air paip sahaja sebagai pengantaranya. Kualiti kandungan air paip akan dikawal supaya ianya bersih, segar dan sihat bagi membolehkan ikan hidup dalam suasana persekitaran yang segar dan bersih juga. Buat ketika ini, sistem oceantronik ini amat sesuai untuk ternakan ikan siakap. Kajian untuk ternakan ikan kerapu masih dijalankan. Sistem yang dibangunkan ini hanya sesuai untuk ternakan ikan siakap kerana cara ternakan ikan kerapu agak berbeza dengan ternakan ikan siakap melalui sistem ini.

Sistem ini dibangunkan dalam 2 model, iaitu model 1 unit kolam dan model 3 unit kolam. Harga semasa

13

Page 14: > Tanaman Kontan Mudah dan Menguntungkan > PPK ...103.8.163.254/document/upload/LoWaGDAaADv63K0kqxS9CD14Gu...ilmu pengetahuan dan pengalaman sebelum menjalankan sesuatu projek. Bagi

bagi kedua-dua model ini adalah antara RM20,000 hingga RM30,000. PPK Kuala Nerang dan PPK Naka memilih untuk menggunakan model 3 kolam sebagai projek printis bagi melihat keberkesanannya dan sekiranya berjaya dan diterima oleh ahli peladangnya, maka penternakan ikan melalui sistem oceantronik ini akan dikembangkan kepada ahli-ahli yang lain. Sistem oceantronik model 3 memerlukan pembinaan 3 unit kolam kanvas yang disokong dengan kerangka dan papan lapis dengan garispusat kolam seluas 16 kaki dan ketinggian 5 kaki. Kanvas yang digunakan dijangka mempunyai jangka hayat sehingga 10 tahun. Kolam-kolam ini perlu diletakkan di bawah bumbung jenis “black-net” sebaik-baiknya satu lapisan bersama plastik bagi menahan air hujan dari memasuki kolam. Pengusaha hanya perlu menyediakan struktur khemah berbumbung sahaja bagi memenuhi keperluan ini. Isipadu air yang boleh diisi ke dalam kolam ialah sebanyak 3000 gelen. Maksimum ikan yang boleh dimasukkan dalam setiap kolam ialah sebanyak 1,000 ekor.

Keseluruhan sistem ini mempunyai tujuh lapisan penapis yang setiap lapisan mempunyai tugas fungsi tersendiri. Sistem ini juga turut dilengkapi dengan dua unit “Blue Ray UV” yang berfungsi merawat air yang tidak sihat. “Blue Ray UV” dapat menghapuskan kuman dalam air sehingga 99.9 peratus. Air yang digunakan untuk menternak ikan melalui sistem ini hendaklah dipastikan telah “masak”. Istilah masak bermaksud keadaan air yang telah cukup sempurna bagi kehidupan ikan. Ini bermakna kandungan bakteria yang baik dalam air telah terhasil yang mana keadaan air yang telah masak ini sangat penting bagi menyihat dan menyegarkan air sebelum digunakan untuk menternak ikan.

Air yang telah dirawat, ditapis dan dikawal tahap kemasinan akan dipumkan ke dalam kolam. Walau bagaimanapun setiap kolam akan dilengkapi dengan satu lagi sistem panapisan. Sistem ini juga dibekalkan dengan 2 unit “Holding Tank” yang berfungsi sebagai tempat penyimpanan air. Kolam ini didedahkan kepada cahaya matahari bagi tujuan bagi pengwujudan “algae”. Apabila air berkurangan di dalam kolam, air takungan penyimpanan ini akan dimasukkan melalui sistem paip yang dipasang. Air ini akan melalui “Blue Tank” yang dipasang bersebelahan setiap kolam pemeliharaan ikan. “Blue Tank” ini mempunyai penapis yang akan menapis air dari kolam takungan sebelum masuk ke dalam kolam ternakan. “Blue Tank” ini hendaklah dicuci setiap hari dan membuang kekotoran melalui sistem paip air keluar.

Secara keseluruhannya, peralatan yang dibekalkan dalam pakej model 3 kolam bagi menggerakkan teknologi ini adalah satu set “piping”, 3 unit “Blue Tank”, 3 unit “Conday Tank”, 2 unit “Holding Tank”, 2 unit “Biological Conday”, 3 unit “Spinner” dan “Artificial Marine Salt” (garam laut). Setiap satu peralatan ini mempunyai fungsi tersendiri. Selain itu, pengusaha digalakkan menyediakan peralatan seperti “back-up oxygen system” dan “automatic fish feeder”. Sistem oksigen akan berfungsi secara automatik apabila bekalan elektrik terputus. Sistem oksigen ini boleh tahan selama 8 jam. Manakala alat makanan ikan digalakkan dibeli untuk kapasiti isian sebanyak 10 kilogram setiap isian.

Anak-anak ikan yang telah difomulasikan dengan saiz antara 2 – 3 inci atau berumur sebulan akan dimasukkan ke dalam kolam. Ikan-ikan ini boleh

“Sistem oceantronik merupakan kaedah penternakan ikan laut (masin) tetapi menggunakan air paip sahaja

sebagai pengantaranya.”

14

Page 15: > Tanaman Kontan Mudah dan Menguntungkan > PPK ...103.8.163.254/document/upload/LoWaGDAaADv63K0kqxS9CD14Gu...ilmu pengetahuan dan pengalaman sebelum menjalankan sesuatu projek. Bagi

15

ialah sekitar RM5.00 seekor. Kuasa elektrik yang digunakan memerlukan spesifikasi minimum soket 13A/ 1 Fasa. Kos penggunaan elektrik bagi model 1 kolam ialah RM50.00 dan model 3 kolam ialah RM80.00 sebulan.

Disebabkan permintaan dan harga pasaran yang baik terhadap ikan siakap, pulangan modal ke atas projek ini, menurut pengusaha, adalah selepas pusingan ke dua. Penggunaan sistem oceantronik ini merupakan sistem yang menerapkan teknologi mudah yang mudah difahami dan diaplikasikan oleh pengusaha. Oleh sebab itulah, PPK Kuala Nerang dan PPK Naka membuat keputusan untuk melabur dalam sistem ini dan menjalankan projek ini sebagai projek printis untuk melihat sejauh mana ianya mampu memberikan manfaat maksimum kepada pengusaha.

diberi makan sama ada pallet ikan atau ikan baja. Cengkerik dan ikan keli boleh juga digunakan sebagai makanan ikan. Kadar pertumbuhan ikan dalam kolam didapati cepat membesar apabila diberikan makanan ikan keli yang telah dihancurkan. Kadar pemakanan sekali sehari dalam tempoh 4 bulan pertama dan dua kali sehari dalam bulan 5 hingga bulan 7.

Jangkamasa ternakan ikan dalam sistem oceantronik ini mengambil masa antara 6 – 7 bulan dengan berat purata 700 gram. Saliniti air adalah antara 5 – 15

ppt bagi 1500 gelen dengan bersama 25 kilogram garam laut. Harga pasaran sekarang boleh mencecah RM15.00 sekilogram. Kos benih boleh diperolehi antara RM1.50 – RM3.00

seekor. Kos makanan satu pusingan ialah RM600.

Kos membesarkan ikan siakap dalam kolam

o c e a n t r o n i k

Page 16: > Tanaman Kontan Mudah dan Menguntungkan > PPK ...103.8.163.254/document/upload/LoWaGDAaADv63K0kqxS9CD14Gu...ilmu pengetahuan dan pengalaman sebelum menjalankan sesuatu projek. Bagi

Pertubuhan Peladang Kawasan MaranPembekal Benih dan Buah Nangka

Serta Produk Proses Berasaskan Nangka

16

Kami Membekalkan Produk Proses Seperti:

Kami Juga Akan Mengeluarkan Produk Seperti:

Untuk Tempahan dan Keterangan Lanjut Sila Hubungi:Pertubuhan Peladang Kawasan Maran

Lot 5329 Jalan Berkat, 26500 Maran, PahangTel : 09-4771381 Faks : 09-4771282

• Halwa• Kordial• Jem

• Chip• Coklat• Dodol