Tanda Awal Penyakit Buah Pinggang

4
TANDA AWAL PENYAKIT BUAH PINGGANG RAMAI orang beranggapan mereka cukup sihat, walaupun bertahun- tahun tidak menjalani pemeriksaankesihatan. Malah, tidak kurang juga beranggapan mereka tidak akan berdepan masalah kesihatan, sedangkan setiap orang sebenarnya mempunyai risiko sama untuk mengalaminya kerana kebanyakan penyakit kronik menyerang badan dalam diam. Sikap suka meletakkan diri dalam keadaan selesa menyebabkan ramai melepaskan peluang menjalani pemeriksaan kesihatan, walaupun ia diberikan secara percuma. Sikap ini juga menyebabkan ada yang tidak boleh menerima hakikat apabila diberitahu mereka menghidap sesuatu penyakit serius kerana tidak mengalami sebarang gejala.Namun, itulah sifat penyakit kronik. Kehadirannya tidak dirasai dan pesakit masih boleh menjalankan kegiatan harian tanpa masalah kerana kesan hanya timbul apabila penyakit sampai ke tahap serius. Fenomena sama turut ditunjukkan dengan masalah kerosakan buah pinggang.Ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum menunjukkan kesan kepada kesihatan.Bagaimanapun, anda perlu lebih berhati- hati dan segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan jika anda mengalami tanda seperti: Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil. Darah keluar bersama-sama air kencing. Perubahan pada kekerapan membuang air kecil. Sakit belakang. 1

description

Menerangkan tentang tanda-tanda awal penyakit buah pingganng

Transcript of Tanda Awal Penyakit Buah Pinggang

Page 1: Tanda Awal Penyakit Buah Pinggang

TANDA AWAL PENYAKIT BUAH PINGGANG

RAMAI orang beranggapan mereka cukup sihat, walaupun bertahun-tahun tidak menjalani

pemeriksaankesihatan. Malah, tidak kurang juga beranggapan mereka tidak akan berdepan

masalah kesihatan, sedangkan setiap orang sebenarnya mempunyai risiko sama untuk

mengalaminya kerana kebanyakan penyakit kronik menyerang badan dalam diam. Sikap suka

meletakkan diri dalam keadaan selesa menyebabkan ramai melepaskan peluang menjalani

pemeriksaan kesihatan, walaupun ia diberikan secara percuma.

Sikap ini juga menyebabkan ada yang tidak boleh menerima hakikat apabila diberitahu

mereka menghidap sesuatu penyakit serius kerana tidak mengalami sebarang gejala.Namun,

itulah sifat penyakit kronik. Kehadirannya tidak dirasai dan pesakit masih boleh

menjalankan kegiatan harian tanpa masalah kerana kesan hanya timbul apabila penyakit

sampai ke tahap serius.

Fenomena sama turut ditunjukkan dengan masalah kerosakan buah pinggang.Ia mengambil

masa bertahun-tahun sebelum menunjukkan kesan kepada kesihatan.Bagaimanapun, anda

perlu lebih berhati-hati dan segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan jika anda

mengalami tanda seperti:

Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil.

Darah keluar bersama-sama air kencing.

Perubahan pada kekerapan membuang air kecil.

Sakit belakang.

Kerap buang air kecil, terutama pada tengah malam.

Bengkak pada pergelangan kaki.

Sembap pada keliling mata yang berlarutan, terutama pada sebelah pagi.

Semua tanda di atas menunjukkan seseorang itu mengalami masalah kerosakan buah

pinggang. Biasanya gejala ini dianggap perkara biasa dan sering diketepikan, sedangkan ia

petanda penting kepada masalah buah pinggang.

1

Page 2: Tanda Awal Penyakit Buah Pinggang

Risiko kegagalan buah pinggang semakin tinggi dengan pertambahan umur.Setiap tahun

dianggarkan 2,400 kes baru kegagalan buah pinggang dilaporkan dan kes baru di kalangan

golongan berumur antara 60 hingga 65 tahun menunjukkan peningkatan 25 peratus.

Buah pinggang bertugas menapis darah dan membuang bahan toksik, sisa buangan dan air

berlebihan dari badan.Kegagalan buah pinggang melakukan tugas penting ini boleh

menyebabkan pesakit menemui maut jika rawatan penggantian buah pinggang tidak

dilakukan. Namun, bukan mudah untuk mendapatkan buah pinggang baru dan kosnya pula

sangat mahal; boleh mencecah RM300,000!

Justeru, perkara terbaik ialah menjalani pemeriksaan pengesanan. Ujiannya pula sangat

mudah iaitu melalui ujian darah dan air kencing yang mengambil masa beberapa minit

saja.Selain dua ujian mudah ini, beberapa kaedah lain boleh digunakan, iaitu biopsi jarum

halus dan ujian bagi tekanan darah tinggi dan kencing manis.

Kaedah terbaik untuk mengelak menanggung kos perubatan tinggi ialah kerap membuat

pemeriksaan kesihatan untuk mengesan penyakit pada peringkat awal. Ujian saringan

kesihatan ini sangat mudah dan keputusannya boleh diketahui segera.

Semua orang perlu menjalani pemeriksaan kesihatan ini, terutama mereka yang mempunyai

sejarah atau ahli keluarga menghidap penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi,

kerana mereka berisiko tinggi mendapat masalah kegagalan buah pinggang.

Kencing manis dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal juga antara punca utama

kerosakan buah pinggang. Jika ini berlaku, bermakna pesakit terpaksa bergantung kepada

mesin dialisis darah sepanjang hayat.

Saringan ini sangat mudah. Tiga parameter diukur iaitu tekanan darah, kandungan glukosa

darah dan kandungan protein dalam air kencing. Jika air kencing menunjukkan ada protein,

pesakit disaran menjalani ujian susulan untuk pengesahan kerana ia antara petanda awal

kegagalan buah pinggang.

2

Page 3: Tanda Awal Penyakit Buah Pinggang

Masalah kegagalan buah pinggang yang semakin meningkat di kalangan masyarakat kita

dipercayai akibat gaya hidup dan tabiat pemakanan tidak sihat yang boleh menjurus kepada

penyakit kencing manis serta tekanan darah tinggi.

Kajian terbaru Universiti Sains Malaysia (USM) 2004 mendapati, rakyat Kelantan paling

ramai menghidap kencing manis (78,000 orang) dan kebanyakannya adalah pesakit muda

berumur 30 tahun.Peningkatan sekali ganda sebanyak 13 peratus ini sangat merisaukan

berbanding hanya 5.3 peratus 10 tahun lalu.

Kencing manis juga menyebabkan 95.3 peratus pesakit di negeri itu terpaksa kehilangan

anggota badan yang kesemuanya berpunca daripada pengambilan gula berlebihan.Jika anda

turut mengamalkan gaya hidup tidak sihat, masih belum terlewat untuk

mengubahnya.Mulakan hidup baru dengan menjalani ujian saringan ini sebelum membuat

pemeriksaan berkala sekurang-kurangnya setahun sekali.

Kegagalan buah pinggang juga boleh dicegah dengan mengamalkan:

Pemakanan seimbang.

Minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari.

Berhenti merokok.

Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor. Paling penting, elakkan ubat yang

tidak perlu termasuk ubat untuk menguruskan badan.

Kekalkan berat badan seimbang.

Bersenam setiap hari sekurangnya-kurangnya 30 minit.

3