Tanda Mati Hati

42
Tanda Mati Hati Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa. Terjemahan Kalam Hikmah oleh Tok Pulau Manis; Setengah daripada alamat "mati mata hati" itu ketiadaan dukacita atas luput akan dikau daripada segala kebaktian dan meninggalkan menyesal atas barang yang telah engkau perbuat akan dia daripada wujud segala kesalahan. Keterangan Suluk Kalam Hikmah di atas cuba mendedahkan setengah atau sebahagian daripada tanda-tanda yang menunjukkan buta mata hati atau alamat seseorang itu memiliki mata hati yang mati. Antaranya ialah perihal seorang hamba yang tidak sedikit pun merasa dukacita atau bersedih apabila tertinggal sesuatu hak kewajiban yang perlu dilaksanakannya. Contohnya seperti seorang yang tidak merasa apa-apa perasaan rugi atau bersalah setelah tertinggal mengerjakan sholat kerana terlalu sibuk dengan urusan kerja seperti mesyuarat atau sebagainya. Malah dibiarkan luput begitu sahaja dengan tidak ada usaha untuk segera mengqadakannya. Lebih jauh daripada itu setengah daripada alamat keadaan hati yang mati dapat dilihat/ditilik pada tingkah laku seorang hamba yang sedikitpun tidak merasa menyesal bila terjatuh dalam dosa atau maksiat pada Allah malah ada setengah daripada mereka merasa seronok dan berbangga dengan dosa dan maksiat yang dikerjakan itu. Lebih parah lagi ada yang suka pula menonjol-nonjolkan dan memperagakan maksiat dan penderhakaan mereka itu untuk ditontoni atau diketahui oleh orang lain. Banyaklah contoh-contoh manusia sebegini dalam masyarakat kita hari ini; yakni masyarakat yang mengejar dunia yang "glamour" ; masyarakat yang berfahaman rasionalis dan materialis malah ada yang sampai menganut fahaman "matlamat menghalalkan cara" yang dipelopori oleh iblis laknatullah. Demikianlah pengertian pertama yang boleh diambil kefahaman daripada Kalam Hikmah di atas khususnya ditujukan atau dimaksudkan kepada golongan manusia awam yang lalai, jahil lagi secara terang-terangan meninggalkan sesautu kebaikan dan berebut-rebut dan berlumba-lumba pula mencipta, mencetus, dan melakukan dosa maksiat dan penderhakaan terhadap kemurniaan agama dengan mencabul dan memperkosa kemuliaan syariat Islam. Pengertian yang kedua pula adalah ditujukan kepada golongan Salik yang sedang berjalan menuju Allah. Mata Hati yang hidup serta celik sangat diperlukan oleh mereka dalam meniti perjalanan mereka yang penuh dengan liku-liku, duri dan ranjau. Amalan-amalan Sunat atau Wirid-wirid yang khusus adalah merupakan kebaktian seperti yang terdapat dalam maksud Kalam Hikmah di atas. Jika terluput sesuatu amalan harian atau wirid- wirid yang selalu dikerjakan selama bertahun-tahun lamanya dengan kerana sesuatu perkara lain yang mendatangi dan segera mendatangkan rasa dukacita atau sedih; di samping bersegera untuk terus mengqadanya atau kembali bertawajjuh kepada Allah, maka itu alamat mata hati yang hidup dan celik. Sebab itulah wirid-wirid yang dikerjakan jika tertinggal kerana sesautu musyakkoh, ianya sunat diqadakan. Antara contohnya seperti Sholat Sunat Witir dsb. Sebaliknya jika seorang Salik yang tidak merasa dukacita kerana terluput wirid hariannya atau segera menyesal bila berlaku pelanggaran dosa-dosa batin, maka ini menunjukkan hati yang sebelum ini hidup sedang sakit dan ada tanda-tanda untuk buta atau terus mati. Tidak sedih kerana tidak berupaya/berkesempatan melakukan amalan sunat; itu tanda hati mati. Tidak menyesal dan segera bertaubat bila timbul rasa ujub dan riya dalam amalan, itu tanda hati mati. Inilah sebahagian daripada makna-makna yang terhimpun dari kalam hikmah di atas. Guru suluk dalam usaha untuk menjelaskan perihal hidup dan matinya hati telah memetik kata-kata yang tersebut dalam Kitab Syarah Hikam sebagaimana berikut; Mati itu adalah kerana tiga perkara iaitu; 1

Transcript of Tanda Mati Hati

Page 1: Tanda Mati Hati

Tanda Mati Hati

 

Sebahagian  daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.

Terjemahan Kalam Hikmah oleh Tok Pulau Manis;

Setengah daripada alamat "mati mata hati"  itu ketiadaan dukacita atas luput akan dikau daripada segala kebaktian dan meninggalkan menyesal atas barang yang telah engkau perbuat akan dia daripada wujud segala kesalahan.

Keterangan Suluk

Kalam Hikmah di atas cuba mendedahkan setengah atau sebahagian daripada tanda-tanda yang menunjukkan buta mata hati atau alamat seseorang itu memiliki mata hati yang mati.  Antaranya ialah perihal seorang hamba yang tidak sedikit pun merasa dukacita atau bersedih apabila tertinggal sesuatu hak kewajiban yang perlu dilaksanakannya.  Contohnya seperti seorang yang tidak merasa apa-apa perasaan rugi atau bersalah setelah tertinggal mengerjakan sholat kerana terlalu sibuk dengan urusan kerja seperti mesyuarat atau sebagainya.  Malah dibiarkan luput begitu sahaja dengan tidak ada usaha untuk segera mengqadakannya.

Lebih jauh daripada itu setengah daripada alamat keadaan hati yang mati dapat dilihat/ditilik pada tingkah laku seorang hamba yang sedikitpun tidak merasa menyesal bila terjatuh dalam dosa atau maksiat pada Allah malah ada setengah daripada mereka merasa seronok dan berbangga dengan dosa dan maksiat yang dikerjakan itu.  Lebih parah lagi ada yang suka pula menonjol-nonjolkan dan memperagakan maksiat dan penderhakaan mereka itu untuk ditontoni atau diketahui oleh orang lain.  Banyaklah contoh-contoh manusia sebegini dalam masyarakat kita hari ini;  yakni masyarakat yang mengejar dunia yang "glamour" ;  masyarakat yang berfahaman rasionalis dan materialis malah ada yang sampai menganut fahaman "matlamat menghalalkan cara" yang dipelopori oleh iblis laknatullah.

Demikianlah pengertian pertama yang boleh diambil kefahaman daripada Kalam Hikmah di atas khususnya ditujukan atau dimaksudkan kepada golongan manusia awam yang lalai,  jahil lagi secara terang-terangan meninggalkan sesautu kebaikan dan berebut-rebut dan berlumba-lumba pula mencipta, mencetus,  dan melakukan dosa maksiat dan penderhakaan terhadap kemurniaan agama dengan mencabul dan memperkosa kemuliaan syariat Islam.

Pengertian yang kedua pula adalah ditujukan kepada golongan Salik yang sedang berjalan menuju Allah.  Mata Hati yang hidup serta celik sangat diperlukan oleh mereka dalam meniti perjalanan mereka yang penuh dengan liku-liku,  duri dan ranjau.  Amalan-amalan Sunat atau Wirid-wirid yang khusus adalah merupakan kebaktian seperti yang terdapat dalam maksud Kalam Hikmah di atas. Jika terluput sesuatu amalan harian atau wirid-wirid yang selalu dikerjakan selama bertahun-tahun lamanya dengan kerana sesuatu perkara lain yang mendatangi dan segera mendatangkan rasa dukacita atau sedih;  di samping bersegera untuk terus mengqadanya atau kembali bertawajjuh kepada Allah,  maka itu alamat mata hati yang hidup dan celik.  Sebab itulah wirid-wirid yang dikerjakan jika tertinggal kerana sesautu musyakkoh,  ianya sunat diqadakan.  Antara contohnya seperti Sholat Sunat Witir dsb.

Sebaliknya jika seorang Salik yang tidak merasa dukacita kerana terluput wirid hariannya atau segera menyesal bila berlaku pelanggaran dosa-dosa batin,  maka ini menunjukkan hati yang sebelum ini hidup sedang sakit dan ada tanda-tanda untuk buta atau terus mati.  Tidak sedih kerana tidak berupaya/berkesempatan melakukan amalan sunat;  itu tanda hati mati.  Tidak menyesal dan segera bertaubat bila timbul rasa ujub dan riya dalam amalan,  itu tanda hati mati.  Inilah sebahagian daripada makna-makna yang terhimpun dari kalam hikmah di atas.  Guru suluk dalam usaha untuk menjelaskan perihal hidup dan matinya hati telah memetik kata-kata yang tersebut dalam Kitab Syarah Hikam sebagaimana berikut;

Mati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;

1.  Hubbul Dunia (Kasihkan Dunia) 2.  Lalai daripada ZikiruLlah (meningati Allah) 3.  Membanyakkan makan dan menjatuhkan  anggota badan kepada maksiat kepada Allah.

Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu; 1.  Zuhud dengan dunia 2.  ZikruLlah 3.  Bergaul atau berkawan dengan Aulia Allah.

Keterangan seterusnya oleh Tok Pulau Manis;

Bermula Qalbun itu apabila ia hidup dengan Iman,  maka bercita ia atas barang yang telah luput akan dia daripada segala Taat dan menyesal ia atas barang yang  telah diperbuatnya daripada segala kesalahan.

1

Page 2: Tanda Mati Hati

Dan dikehendaki itu(Qalbun yang hidup dengan Iman ialah)  wujud suka pada yang dikerjakannya dalamnya daripada segala taat dan dijauhinya daripada segala maksiat dan kejahatan.

Dan kata Ibnu Mas'ud r.a. ;

Bermula orang Mukmin itu melihat ia akan segala dosanya seperti bukit takut ia bahawa jatuh ia atasnya;  dan orang yang derhaka itu melihat segala dosanya seperti lalat yang jatuh atas hidungnya.

Keterangan Suluk

Sebagai meneruskan penerangan yang selanjutnya Tok Pulau Manis menjelaskan bahawa Qalbun atau hati yang hidup dengan cahaya Iman akan selalu bercita-cita atau berhasrat dengan segera mendatangkan/mengqadakan atau menggantikan sesuatu amal kebajikan yang baik sama ada yang fardu atau yang sunat apabila ianya tertinggal atau terluput.  Ini adalah kerana cahaya iman yang dimiliki itu akan menerbitkan keyakinan pada perkara-perkara ghaib dan dapat merasa  akan azab siksa dan kerugian mereka apabila di alam barzakh , di masyar nanti dan di alam akhirat nanti.  Pertemuan dengan Allah Taala di Yaumul Qiyamah sentiasa terbayang dalam mata hati yang hidup ini.  Dengan itu sebarang kesalahan,  dosa maksiat dan kelalaian terhadap Allah akan sentiasa disegerakan dengan merujuk dan bertaubat kepada Allah dengan hati yang betul-betul menyesalinya.  Inilah sebahagian daripada maksud (Qalbun yang hidup dengan Iman).

Sebab itulah orang-orang mukmin sentiasa melihat dosa-dosanya besar seperti bukit walaupun ianya dosa kecil jika dihadapkan dengan Keadilan Allah yang bersifat Al-Qahar, Al-Qawi dan Al-'Azhim.  Bagi mereka yang beriman ini tiada ada bezanya di sisi Allah dosa kecil atau dosa besar,  malah dosa tetap dosa walau sekecil mana sekalipun jika dihadapkan dengan keadilan Allah.

Berbeda dengan orang-orang fasik yang derhaka.  Mereka sentiasa memperlekehkan dosa-dosa dan maksiat yang dikerjakan.  Ada yang berkata,  cukup dengan mengambil wudhu sahaja akan gugurlah dosa itu atau cukup dengan membantu atau memberi sedekah kepada yang berhajat,  Allah akan mengampuni dosa-dosa kecil itu.  Dengan fahaman yang salah ini mereka akan sentiasa mengekali dosa-dosa kecil ini sedangkan mereka tidak tahu,  dosa-dosa kecil ini jika dikerjakan secara berterusan akan menjadi dosa yang besar pula.  Malah yang lebih parah lagi ialah hati mereka akan mati dan berkarat dengan kerana kelamnya dosa-dosanya yang membekas pada hati mereka.  Demikianlah sebahagian daripada makna-makna yang boleh diterangkan dari petikan kata Ibnu Mas'ud r.a di atas

Dengan kerana inilah sesuatu yang jahat atau salah wajib dianggap dan dikata salah atau jahat dan sesuatu yang baik itu sentiasa perlu dianggap tetap baik.  Demikianlah pesanan dan pengajaran yang terdapat dalam petikan hadis yang didatangkan oleh Tok Pulau Manis sebagai menyambung kupasan dan keterangan beliau seperti berikut;

Keterangan seterusnya oleh Tok Pulau Manis;

Dan telah tersebut dalam hadis;

"Barangsiapa dibaikkannya (akan) kebaikan dan dijahatkannya (akan) kejahatan, maka (mereka itu )iaitu mukmin."

Maka jikalau tiada ada hamba itu bersifat dengan sifat itu dan ketiadaan bercita-cita (mengqadakan) atas yang luput akan dia dan ketiadaan menyesal atas yang datang akan dia,  maka iaitu "Mati Hati" kerana amal yang baik itu alamat yang diredhoi Allah dan amal yang jahat itu alamat yang dibenciNya atasnya.

Maka dalam "Hidup Hati" itu kuatlah harap(Roja')nya atas bersungguh-sungguh dalam segala taat dan kuatlah takut(Khauf)nya atas bersungguh-sungguh dalam menjauh segala maksiat daipadanya.

Keterangan Suluk

Sesungguhnya setiap hamba yang mengerjakan amal kebajikan yang baik mengikut syariat atau syarak itu menjadi alamat dan petunjuk bahawa mereka telah mendapat keredhoan Allah Taala; sebaliknya  barangsiapa yang sentiasa melakukan amal kejahatan secara angkuh dan berterusan,  maka itu dalil atau alamat yang menunjukkan bahawa mereka dibenci dan dilaknat oleh Allah Taala. Dengan kerana itulah ditegaskan oleh Tok Pulau Manis;   barangsiapa tidak bersifat dengan sifat membesar-besar dan melaksanakan(serta menyebarkan) setiap perkara yang dianggap kebaikan oleh syarak di samping menjauhkan segala perkara-perkara kejahatan walaupun kecil ditambah lagi dengan tidak menunjukkan rasa bersalah di atas dosa dan kejahatan yang dilakukan secara bertebaran,  maka itu dalil yang menunjukkan jiwa yang kaku atau "Hati Yang Mati".

Seterusnya dinyatakan pula akan sifat-sifat hati yang terbit dari "Hati Yang Hidup".  Sifat Roja atau harapkan limpah keampunan dan pertolongan serta sifat Khauf atau takutkan pada balasan dan siksaan Allah di atas keadilannya merupakan antara sifat-sifat mahmudah yang membaikkan hati dan menjernihkan mata hati.  Sifat-sifat ini juga merupakan perhiasan Aulia-aulia Allah dan pakaian para Nabi dan Mursalin.

Dua sifat hati yang mulia ini akan menjadi penimbang kepada seorang hamba yang sentiasa mendorong mereka untuk tidak mudah berputus asa dengan Allah (kerana kuatnya Roja' pada Allah) dan tidak terlalu merasa selesa dengan amal kebajikan yang banyak (kerana kuatnya Khauf pada Allah)..

2

Page 3: Tanda Mati Hati

Keterangan seterusnya oleh Tok Pulau Manis;

Dan adalah ubat "Mati Qalbun" itu dengan Muwazhobah(mengekali) atas "Zikir" dengan kuat(yakni bersungguh-sungguh) dengan menghadirkan barang yang telah dijanjikan dengan dia(zikir) kepada segala orang yang ahli maksiat.  Dan yang demikian itu dengan berbanyak-banyak mendengar pengajaran yang menipiskan(menjernihkan) hati.

Keterangan Suluk

Hati yang mati adalah hati yang berpenyakit.  Punca-punca dan sebab-sebab mati hati ialah sebagaimana yang telah dibincangkan di atas iaitu tidak merasa dukacita kerana terlepas dari mengerjakan amal kebaikan di samping tidak merasa menyesal setelah jatuh dalam dosa dan maksiat.   Untuk menghidupkan hati dengan sifat-sifat yang mulia seperti Roja' dan Khauf dan sifat-sifat lainnya,  maka suatu ubat diperlukan demi untuk mengubat dan menghidupkan hati yang mati itu.  Dasar dan konsepnya tetap sama dengan segala penyakit-penyakit anggota badan yang zhohir iaitu "Bagi setiap penyakit ada ubatnya" sebagaimana yang terdapat dalam hadis Rasulullah SAW.

Melalui keterangan Aulia Allah(Tok Pulau Manis) di atas,  kita ditunjukkan dengan dua ubat yang amat berkesan untuk menghidupkan hati iaitu

dengan Muwazhobah(mengekali) atas "Zikir" dengan kuat(yakni dengan bersungguh-sungguh) dan dengan berbanyak-banyak mendengar pengajaran yang menipiskan(menjernihkan) hati.

Maksud mendengar pengajaran di atas ialah menuntut atau mempelajari Ilmu Tauhid dan Ilmu Tasauf yang banyak membicarakan tentang hal-ahwal pembersihan hati.  Ubat-ubat ini sebaiknya  dicampur pula dengan ubat sebagaimana penjelasan guru suluk seperti di atas iaitu;

  Zuhud dengan dunia   Bergaul atau berkawan dengan Aulia Allah.

ZIKIR

Petikan dari   Pengajian   Hikmah Sebelum Ini.

Dengan melaksanakan Hak Kehambaan dan Hak Ketuhanan ini,  mudah-mudahan Allah akan membukakan/menghidupkan "Sir" mereka untuk meneroka lautan makrifatullah yang tiada terhad.

Keterangan   selanjutnya oleh Pengarang Kitab Hikam(Tok Pulau Manis)

Dan kata mereka itu(Kaum Sufiah);  dan setengah daripada Khoshoih Zikir itu tiada berwaktu dengan suatu waktu.  Maka tiada jua daripada suatu waktu(setiap nafas) melainkan hamba itu dituntut padanya(berzikir).  Ada kalanya Wajib dan ada kalanya Sunat;  bersalahan dengan lainnya daripada segala Taat.

Keterangan Suluk

Pandangan Ahli-ahli Sufi di atas adalah sebagai ingin menegaskan bahawa sebahagian daripada ketentuan atau ketetapan (Khoshoih) Zikir itu ialah ianya dilakukan dengan tidak mengira waktu,  masa dan tempat.  Dengan kata lain amalan zikir di sisi mereka ialah satu amalan yang tetap dilakukan dalam apa jua situasi atau keadaan,  di mana jua tempat malah pada setiap nafas yang dihembus dan disedut menjadi tuntutan pada mereka untuk tidak melupai zikir.

Berbanding dengan lain-lain ibadat seperti Sholat, Puasa,  Zakat,  Haji dan lain-lain.  Amalan-amalan ini hanya dituntut dan boleh dilaksanakan pada waktu-waktu dan tempat-tempat yang tertentu sahaja.  Dan terdapat pada sesuatu waktu, sesuatu keadaan  atau sesuatu tempat seseorang itu tidak dituntut malah ditegahkan untuk melaksanakannya walaupun ianya kebaikan.  Ada tegah yang makruh dan ada tegah yang diharamkan.

Contohnya,  Sholat-sholat sunat ditegah melaksanakannya pada waktu-waktu tahrim.  Ada sholat-sholat Sunat itu pula hanya tertentu dan berkait dengan masa seperti Sunat Israk apabila sempurna matahari naik,  Sholat Dhuha apabila matahari tinggi segalah,  Sholat Witir hanya boleh dikerjakan di waktu akhir malam dan tidak dituntut pada waktu-waktu yang lain.  Qiyaslah sendiri dengan amal ibadat yang lain-lain seperti Haji,  Puasa dan sebagainya;  di mana kesimpulannya   amal ibadat tersebut hanya dituntut pada  masa atau tempat yang tertentu sahaja dan ditegah pada masa atau tempat yang lain.

Berbeza dengan zikir,  ianya boleh dilakukan bila-bila masa sahaja dan di mana-mana tempat sahaja. Di waktu tahrim boleh,  di dalam pasar boleh,  di tempat mencari rezeki boleh,  di khalayak ramai boleh,  bersunyi seorang diri boleh,  di tengah-tengah laut atau bandar boleh malah di dalam bilik air dan tandas pun boleh yakni dengan Zikir Sir atau Zikir Aqal.  Firman Allah

"Hai orang-orang yang berIman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada-Nya di waktu pagi dan petang" [Al-Ahzab:41-42]

Orang-orang yang mengingati Allah sambil duduk atau berdiri atau dalam keadaan berbaring (semua keadaan) dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) "Ya Tuhan kami, tiada Engkau ciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa api neraka. (Surah Al-Imran:191)

Begitulah Rasulullah (saw) pun sentiasa ingat Allah seperti didalam sabdanya

3

Page 4: Tanda Mati Hati

"Kedua mataku menidurkan aku tetapi hati ku tidak tidur"

"Sebutlah nama Tuhanmu Allah dan beribadahlah kepadaNya dengan penuh ketekunan".(Surah Muzzammil: 8)

Dengan kerana tuntutan inilah,  maka ramai di kalangan Penghulu Masyayeikh Thoriqat-thoriqat tertentu telah menyusun pelbagai zikir yang perlu(WAJIB) dilaksanakan oleh murid-murid bimbingan dengan kadar bilangan dan masa yang tertentu.  Pun demikian ada juga di kalangan mereka yang tidak mewajibkan amalan-amalan zikir tertentu dengan hanya menjadikan zikir-zikir tersebut sebagai sesuatu amalan-amalan sunat yang sentiasa dikerjakan seperti membaca doa-doa pada setiap perbuatannya seperti doa pada waktu makan,  pada waktu tidur dan sebagainya di samping mendawamkan zikir-zikir lidah atau Zikir Sir yang menjadi satu kebiasaan diri dan tabiat peribadinya sehingga tidak sunyi setiap nafas mereka melainkan dengan berzikir secara lisan atau berzikir Aqal atau berzikir Sir atau berzikir anggota lahir mereka dengan amal kebajikan yang sejalan dengan kemuliaan syarak Rasulullah SAW..

Keterangan   selanjutnya oleh Pengarang Kitab Hikam(Tok Pulau Manis)

Dan ceritara daripada Rasulullah SAW;  bahawasanya Sabdanya;

"Perbanyak oleh kamu akan Zikir hingga dikata kamu Majnun(Gila)".

Maka sayugianya bagi hamba itu bahawa membanyakkan daripada Zikir dalam tiap-tiap Halnya dan jangan meninggalkan dia selagi ada Aqal dan jikalau serta lalai sekalipun.  Maka meninggalkan itu terlebih sangat jahatnya daripada lalainya.

Keterangan Suluk

Istilah sayugia ini memberi dua pengertian iaitu;

makna pertamanya, Sunat bagi orang-orang awam dan makna keduanya, Wajib bagi orang-orang Sufi.

Dengan ini jelaslah dari tuntutan wajib menghadirkan zikir dalam setiap hal bagi orang-orang sufi menunjukkan atau memberitahu  satu isyarat yang penting,  menyatakan satu makna yang besar yang menjadi dasar atau nadi perjalanan mereka.  ZIKIR dan BERZIKIR,  mendawamkan ZIKIR dan HIDUP DENGAN ZIKIR.  Zikirnya terpancar pada setiap anggota zhohirnya,  Zikirnya menjelma dalam tindak-tanduknya,  Zikirnya menghiasi dalam Syuhudnya  dan Zikirnya bersemadi pada rahsia ruhnya.   Isyarat ini boleh kita perolehan dari keterangan Tok Pulau Manis yang seterusnya;

Keterangan   selanjutnya oleh Pengarang Kitab Hikam(Tok Pulau Manis)

Dan terkadang ada Zikir Lisan itu sebab bagi Hudur iaitu sifat segala Ulama dan terkadang ada Hudur itu akan sebab bagi Zikir Ghaib daripada barang yang lain daripada Mazkur iaitu Martabat  segala orang yang Arif dan Muhaqiqin daripada Aulia Allah.

Keterangan Suluk

Keterangan di atas menunjukkan kepada satu isyarat dengan menggunakan perkataan "terkadang".  Terkadang membawa kepada pengertian bahawa "tidak semestinya" atau "ianya bukan selalu begitu" atau lebih sesuai lagi sebagai "salah satu bahagian daripada suatu keseluruhan"  dengan maksud ianya bukan meliputi keseluruhan atau yang terbaiknya sebagai "salah satu jalan/thoriq" daripada jalan-jalan/thoriq-thoriq lain yang membawa seseorang untuk sampai kepada Allah(Washil ilaLlah).

Kadang-kadang seseorang itu boleh memanjat kepada Maqam yang menyamai hal-ahwal atau Sifat para Ulama.   Mereka ini ialah yang sentiasa mendawamkan Zikir Lisan sehingga akhirnya dengan tetap dan dawamnya tersebut menyebabkan datangnya Zikir serta Hudur(Zikir Qalbi atau Zikir Yaqzhoh).

Kadang-kadang pula dengan tetapnya hal Zikir Qalbi itu,  akan menjadikan seseorang itu ghaib dalam zikirnya atau "tidak dingat atau tidak dilihat/musyahadah dalam zikirnya melainkan Allah Taala" jua yang Wujud.  Inilah Zikir Dengan Mazkur(TuhanNya) yang menjadi  Martabat  segala orang yang Arif dan Muhaqiqin daripada Aulia Allah.

Ya Allah!!! Tuhan Yang Menzhohirkan Rahmat Kasih SayangNya pada hamba-hambanya terpilih.  Masukkan kami ke dalam golongan mereka yang Engkau himpunkan keredhoaanMu pada jiwa mereka.  Hamba ini terlalu Dhoif, Lemah, Jahil dan Papa.  LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH

Tanbih..

Selesai sudah kalam hikmah yang berkaitan dengan hal-ahwal zikir yang terkandung dalam tiga bicara sebelum ini.

Seterusnya sebagai mendatangkan Kalam Hikmahnya,  maka kata  Sheikh r.a (Muallif Sheikh Ibni Athoillah As-Kanddari dalam kalam hikmahnya yang

berikutnya;  

Sebahagian  daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi

4

Page 5: Tanda Mati Hati

berbuat sesuatu pelanggaran dosa

Petikan dari   Pengajian   Hikmah Sebelum Ini.

Dan kerana inilah diisyaratkan Muallif dengan katanya;

Dan daripada Zikir serta Hudur kepada Zikir serta diperoleh ghaib daripada barang yang lain  daripada Mazkur(TuhanNya yakni Allah)  hingga masuklah orang yang Zikir Allah ke dalam MazkurNya dan ghaib Sirnya tatkala ZhuhurNya(Nyata Allah).  Maka adalah ghaib Zikirnya dengan Zikirnya.

Keterangan Suluk (Tingkatan Zikir Keempat/Maqam Kesempurnaan)

Setelah melalui hal-ahwal atau Maqam Zikir serta Hudur atau disebut juga sebagai "Zikir Sir",  seorang hamba dengan limpah kurnia Allah akan diipndahkan pula kepada Zikir Yang Ghaib dalam MazkurNya atau disebutkan juga sebagai "Ghaib Zikirnya dalam Zikir" atau "Zikir dengan Mazkur" pada pihak hilang atau ghaib diri/hati  yang berzikir dalam Hakikat Zikir iaitu Allah.  Maqam ini adalah merupakan puncak atau tingkat tertinggi bagi mereka yang seakan mabuk dengan TuhanNya Yang Ampunya Zikir.  Keadaan ini digelar juga Fana dalam Fana di mana hilang segala rusum dan isyarat.  Apa yang wujud ialah Wujud Yang Hakiki yakni Allah semata-mata.

Dari keterangan dan perbincangan seperti yang telah disentuh sebelum ini,  sekiranya kita dapat menangkapi kefahamannya,  jelaslah bahawa bagi setiap tingkat Zikir itu menunjukkan hal-ahwal hati/diri atau yang menyatakan Maqam kedudukan hamba dengan TuhanNya.  Sebagai merumuskannya,  Tok Pulau Manis mendatangkan keterangannya yang seterusnya sebagaimana berikut;

Keterangan oleh Pengarang Kitab Hikam(Tok Pulau Manis)

Dan pada ketika itu

dalam Zikir Lisan itu Maqam orang orang yang ahli Ghoflah daripada segala orang awam. Dan Maqam Zikir Lisan dengan jaga Qalbi itu Maqam orang yang Ahli Suluk. Dan Maqam Zikir Dalam Hadirat Mazkur itu Maqam Al-Khowas Dan Maqam Al-Ghaib Dalam Mazkur dari pada Zikir itu Maqam Khowasul-Khowas,  orang yang alhi Fana 'An Fana.

Maka adalah sentiasa Zikir itu atas kata "Laa ilahaillaLlah" serta ikhlas itu sebab bagi menjagakan anggota daripada wujud ghoflah serta Zikir.

Dan Zikir "Allah.. Allah"  itu sebab bagi mengeluarkan engkau daripada jaga dalam Zikir kepada wujud Hudur serta Mazkur.

Dan Zikir "Hu Hu" itu sebab bagi mengeluarkan engkau daripada tiap-tiap barang yang lain daripada Mazkur.

Dan kata setengah mereka itu (Kaum Sufiah);

bermula yang membukakan Qalbu itu (ialah) kata "Laa ilahaillaLlah"; dan yang membukakan Ruh itu (ialah) "Allah..Allah" dan yang membukakan Sir itu ialah "Hu Hu".

Dan "Laa ilahaillaLlah" itu makanan Qalbu dan "Allah..Allah"  itu makanan Ruh dan "Hu Hu" itu makanan Sir.

Keterangan Suluk

Keterangan Tok Pulau Manis di atas menunjukkan kepada akan Maqam orang-orang yang berzikir serta lafaz-lafaz Zikir mengikut tingkatan kedudukan mereka di samping menyatakan tujuan-tujuan lafaz zikir tersebut mengikut peringkat-peringkatnya.

Apa hal pun guru suluk memberi peringatan bahawa,  tidaklah patut bagi mereka yang berada pada maqam-maqam yang terkebawah mengamalkan zikir-zikir Maqam yang di atasnya.  Umpama seorang awam yang ahli ghoflah...kerana terlalu ingin cepat sampai kepada Maqam tertinggi meninggalkan Zikir Lisan dan terus berzikir dengan Zikir Sir iaitu "Hu Hu".  Bandingannya seperti seorang yang memakai pakaian orang lain yang tidak sepadan/sepatutnya dengan saiz tubuhnya.  Baju atau jubah yang saiznya besar jika dipakaikan pada tubuh yang kecil,  maka akan tampaklah kejanggalannya.  Bukankah ini satu amalan atau usaha perbuatan yang menunjukkan "kurang berakalnya" si pemakai.  Menunjukkan amalan atas dorongan nafsu semata-mata dan biasanya ia tak akan bertahan lama(tidak istiqamah).

Apa yang perlu dan patut dilakukan ialah tetap pada halnya atau maqamnya dan melaksanakan hak dan adab-adab hal atau maqam tersebut di mana mereka menetap/duduk sehinggalah mereka diperintahkan untuk berpindah kepada maqam-maqam yang lain.  Inilah sebahagian kecil daripada adab-adab bagi mereka yang berzikir.

5

Page 6: Tanda Mati Hati

Keterangan oleh Pengarang Kitab Hikam(Tok Pulau Manis)

Dan kata setengah mereka itu (Kaum Sufiah);  bermula segala orang yang Zikir itu atas lima martabat.

Pertama  -  Yang dizikir dengan lisan tiada dengan Qalbi. Kedua     -  Yang dizikir dengan Qalbi tiada dengan  Lisan. Ketiga     -  Yang  zikir dengan Aqal. Keempat -  Yang zikir dengan Sir Kelima    -  Yang Zikir dengan Mazkur.

Keterangan Suluk

Pandangan dari setengah kaum sufiah di atas memperihalkan martabat-martabat Zikir dengan pecahan yang lebih detail lagi.  Ada terselit satu martabat yang tidak disentuh lagi oleh keterangan Tok Pulau sebelum ini iaitu pada Martabat Kedua - Zikir Qalbi tiada dengan Lisan.

Menurut keterangan guru suluk,  sesiapapun boleh mengamalkan dan mendawamkan Qalbi ini yang khofi/tersembunyi ini.  Itu pun jika setelah mereka sentiasa  melaksanakan Zikir Lisan pada Martabat yang pertama.  Ini adalah kerana,  zikir ini sesuai sekali untuk melatih hati supaya sentiasa ingatkan Allah di samping dapat mengelakkan sifat Riya.serta dapat menjinakkan hati supaya Hudur Hati sewaktu melaksanakan Zikir Lisan.

Demikian juga dengan Zikir dengan Aqal pada martabat ketiga.  Ianya amat dituntut sekali pada seorang hamba supaya melaksanakannya.  Zikir Aqal bermaksud ialah menggunakan aqal kita untuk berfikir kepada perkara-perkara yang boleh menambahkan amal perbuatan,  mendekatkan diri dengan Allah,  membesarkan kejadian Allah yang dilihat,  memikirkan keaiban dan kejahatan diri/amalan kita serta apa sahaja yang boleh membawa kesedaran kita untuk mengingati Allah.  Di lain-lain tempat Zikir serta Aqal ini dikatakan sebagai Tafakur.  Kiranya anda seorang yang mengetahui,  sesungguhnya di sebalik Tafakur ini,  tersimpan salah satu khazanah rahsia orang-orang Sufi yang menghimpunkan kedudukan Ilmu dan hal-ahwal mereka.

Berkaitan dengan "Zikir Sir" dan "Zikir dengan Mazkur" ianya adalah suatu hal yang merujuk kepada sifat hati yang hidup dengan limpahan Cahaya Ketuhanan;  yang bebas tanpa kawalan pancaindera; tanpa usaha dan ikhtiarnya;   yang hidup zikir itu dengan sendirinya sebagai satu anugerah kurnia dari Allah bagi hamba-hamba pilihannya.  Semuanya ini adalah tidak sukar bagi Allah seperti mana keterangan Tok Pulau Manis yang berikutnya.

Keterangan oleh Pengarang Kitab Hikam(Tok Pulau Manis)

Firman Allah yang bermaksud;  "Dan tiada yang demikian itu atas Allah Taala sukar"  dengan KuatNya dan KuasaNya yang tiada terhenti pekerjaanNya atas sesuatu kerana Ia jua

Yang Ghoni(Memiliki Kekayaan) lagi Karim(Pemurah); Yang Menganugerahi barang yang diKehendakiNya; dan tiada yang menegahkan  dalam QudratNya dan tiada yang jauh daripada KaramNya.

Hanyasanya atas hamba itu Asbab dan atas Allah Yang Membukakan  "bab" (pintu kurniaNya).

Dan yang demikian itu(Lima Martabat Zikir di atas) bagi mengisbatkan(menyabitkan) Hikmah dan Zhuhur(kenyataan) Ubudiyah(Kehambaan) dengan Ibadat.

Dan tiada ibadat melainkan dengan Fadhol(limpah kurnia)Nya; dan tiada Zikir melainkan dengan RahmatNya; dan tiada Tawajjuh(berhadap hati)  kepadaNya melainkan dengan KurniaNya.

Maka iaitu(Allah) Yang Mengurniai (orang) yang zikir dengan TaufiqNya;  maka diTunjukiNya bagi JalanNya;  maka diBukakan bagi(hamba)nya dengan anugerahNya.

Keterangan Suluk

Dari segi pandangan hakikat,  seorang hamba yang dapat berzikir itu adalah kerana adanya limpah kurnia dari Allah Taala dan tidak sepatutnya seorang itu mendakwa bahawa kemampuan ia boleh memanjat ke tingkat-tingkat Zikir yang tinggi adalah kerana hasil usaha ikhtiar dari penat lelahnya bermujahadah.  Namun begitu tingkat-tingkat yang tersusun itu dibeza-bezakan sebagai mensabitkan Hikmah Allah dan penyataan pembuktian seorang hamba dengan melaksanakan pelabagai ibadat terhadap TuhanNya.

Dengan itu,  sebagai adab kehambaan(Ubdudiyah) seorang hamba itu perlu bersungguh-sungguh membiasakan lisan mereka dan hati mereka dengan beribadat,  berzikir dan bertawajjuh kepadaNya. "Allah tiada memberati manusia melainkan sekadar tenaganya.  Baginya (pahala) kebajikan yang diusahakannya dan di atasnya (dosa) kejahatan yang diperbuatnya"(Al-Baqarah: 286);

Dan apabila mereka dapat melaksanakannya dengan baik dan sempurna,  maka wajib dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh pula Adab Ketuhanan iaitu dengan disyuhudkan(dipandang) bahawa amal ibadat dan semua perbuatan mereka adalah dengan taufiq,  dan limpah kurnia Allah Taala.  "Dan bermula Allah itulah yang menjadikan kamu dan apa-apa yang kamu perbuatkan" (Surah As-Shofat: 96).  "Dan tiada engkau melempar ya Muhammad tatkala engkau melempar tetapi Allah Taala jua yg melempar"  (Surah Al-Anfal: 17)

6

Page 7: Tanda Mati Hati

Dengan melaksanakan Hak Kehambaan dan Hak Ketuhanan ini,  mudah-mudahan Allah akan membukakan/menghidupkan "Sir" mereka untuk meneroka lautan makrifatullah yang tiada terhad. 

Petikan dari   Pengajian   Hikmah Sebelum Ini.

Maka segala amal dan segala Hal itu hanya sanya yang menetapkan(meneguhkan) dia di dalam hati oleh wujud Zikir pada Hati dan Lisan.  Dan kesempurnaannya(zikir) itu ialah dengan Hudur (hadir hati)  dalamnya (zikir).   Dan jangan ditinggalkan kerana  ketiadaan Hudur tetapi sebut oleh mu akan Tuhan mu atas tiap-tiap hal seperti yang dikata oleh

Muallif (Sheikh Ibni Athoillah As-Kanddari) dalam kalam hikmahnya;  

Jangan engkau tinggalkan Zikir kerana ketiadaan Hudur mu serta Allah di dalamnya(zikir)  kerana bahawasanya lalaimu daripada tidak berzikir akan Allah itu telebih sangat jahatmu daripada kelalaianmu dalam berzikir.

Keterangan oleh Tok Pulau Manis;

Jangan engkau tinggalkan Zikir kerana ketiadaan Hudur mu serta Allah di dalamnya(zikir) kerana bahawasanya lalaimu daripada ketiadaan wujud zikir akan Allah itu telebih sangat jahatmu daripada lalaimu dalam wujud zikir akan Dia.  (Ini adalah kerana) kerana bahawasanya lalai daripada zikir itu menjauhkan daripada Allah Taala dan berpaling pada KulliahNya(semua halmu kepada Allah) dan lalai dalam zikir itu Hudur pada Juziyyahnya(sesetengah masa atau waktu) dan kerana bahawasanya dalam zikirnya itu menghiasi anggotanya dengan ibadat dan lalai itu menghilangkan akan dia (anggota daripada berbuat ibadat)

Keterangan Suluk (Zikir secara umum)

Menurut guru suluk,  Zikir secara umumnya ialah apa sahaja amalan dan perbuatan zhohir dan batin yang membawa seseorang itu kepada mengingati Allah.  Amal ibadat dan perbuatan sama ada yang zhohir atau batin yang berlandaskan hukum syarak yang dikerjakan dengan tujuan untuk mendekatkan diri dan mendapat keredhoan Allah dikatakan ianya sebagai zikir.  Ini adalah kerana zikir itu terbahagi kepada kepada beberapa bahagian dan martabat seperti Zikir Anggota,  Zikir Lisan,  Zikir Qalbi dan Zikir Sir serta Zikir yang tenggelam dalam Mazkurnya yang akan dinyatakan  oleh Tok Pulau Manis  melalui keterangan selanjutnya nanti.

Melalui kalam hikmah dan keterangan Tok Pulau Manis di atas,  seseorang hamba itu dianjurkan supaya sentiasa berzikir dan terus berzikir walaupun hatinya lalai daripada mengingati Allah atau tidak hadir pada hati akan makna-makna dan rahsia zikir(Hudur) semasa melaksanakannya.  Inilah adalah kerana perbuatan/amalan berzikir ini walaupun dikerjakan dalam keadaan lalai,  ianya sudah dianggap sebagai satu ibadat atau amal kebaikan jika dibandingkan dengan hal-ahwal seorang yang langsung tidak berzikir di mana secara terang dan nyata menunjukkan penderhakaan dan kejahatannya terhadap Allah.   Orang yang langsung tidak berzikir adalah mereka yang jauh dari Allah dan kejahatan mereka itu menjauhkan lagi dari Allah kerana dengan kesombongan mereka itu menyebabkan mereka berpaling dari hal-ahwal atau tindak-tanduk  kewajipan yang perlu dilaksanakan sebagai seorang hamba kepada TuhanNya.

Berbeza dengan orang yang sentiasa mengerjakan ibadat seperti sholat,  puasa, di samping  berzikir serta lain-lainnya;  walaupun mereka lalai sewaktu mengerjakannya,  sekurang-kurangnya ada juga pada waktu atau ketika/saat-saat yang tertentu akan hudur hati mereka dengan Allah atau setidak-tidaknya terhias zhohir anggota dan perbuatannya dengan amal-ibadat yang dituntut oleh syarak.  Bukankah boleh dikatakan satu kebaikan pada orang bersholat atau berpuasa berbanding dengan mereka yang langsung tidak  sembahyang dan berpuasa?.  Demikain juga lidah yang sentiasa basah dengan zikir walaupun hatinya lalai itu terlebih baik dan mulia daripada lidah yang kosong hampa dengan kalimah-kalimah yang suci itu.

Dari kerana inilah,  Tok Pulau Manis meneruskan lagi keterangannya yang seterusnya seperti berikut;

Keterangan oleh Tok Pulau Manis;

Dan kata Wasthi r.a.;

Bermula lalai daripada menyebutnya(zikir) itu terlebih sangat (jahat) daripada lalai dalam zikirnya.

Dan dikata orang bagi Abi Osman An-Nahdi r.a.;

Kami zikir akan Allah dan tiada kami dapat akan manis dan Hudur.

Maka katanya (Abi Osman);

Puji jua oleh kamu akan Allah atas(kerana) menghiasi anggota daripada segala anggota kamu dengan taatnya.

Dan kata setengah mereka itu (kaum sufiah);

7

Page 8: Tanda Mati Hati

Syukurlah engkau akan Allah atas barang yang dikurniakanNya daripada Zikir Lisan dan jikalau melakukan (lidah) kepada tempat mengumpat-ngumpat nescaya tiada ada engkau berbuat dia (zikir).  Dan Allah Taala terlebih memuliakan daripada bahawa diHudurkannya hambanya dengan lisannya (walaupun) tiada mengurniai atasnya dengan Hudur hatinya.   Dan sebut olehmu dengan lisanmu dan bersungguh-sungguh dirimu dalam Hudur hatimu.

Keterangan Suluk (Tingkatan Pertama;   Zikir Lisan)

Ketiga-tiga petikan yang didatangkan oleh Tok Pulau Manis di atas seakan ingin menunjukkan kepada kita bahawa betapa perlunya seorang hamba itu membasahi lisannya dengan berzikir.  Terlebih-lebih  lagi bagi orang-orang Salik yang ingin berjalan kepada TuhanNya,  tuntutan untuk melakukan Zikir ini adalah sangat-sangat ditekankan sebagai senjata dan alat pencuci jiwa semasa dan sepanjang perjalanannya menuju kehampiran.  Walaupun lalai atau merasa pahit dan berat untuk berzikir,  mereka  digalakkan juga untuk mengistiqamahkan Zikir Lisan ini mengikut awarid dan bilangan-bilangan tertentu.

Pandangan di atas juga menegaskan agar para Salik sentiasa bersyukur dengan anugerah dan Kurnia Allah yang sedikit dimana Allah menghiasi anggota zhohir mereka dengan amal taat dan patuh kepada Allah.  Lidah yang digunakan untuk berzikir sekurang-kurangnya dapat mengelakkannya daripada mengumpat-umpat dan mengeji orang lain atau ucapan yang sia-sia atau lagho.  Inilah wajah-wajah kemuliaan yang dikurniakan Allah kepada mereka yang berzikir walaupun hatinya lalai.  Kemampuan untuk berzikir secara lisan tanpa hudur hati ini hendaklah disyukuri agar nanti mendapat kurnia dan anugerah Allah yang lebih lagi sebagaimana firman Allah yang bermaksud;  "Dan sekiranya kamu bersyukur,  nescaya kami(Allah) akan tambah lagi".

Dengan kemuliaan kurnia Allah yang sedikit dan kelebihan yang ada pada orang yang bersyukur inilah,  maka Muallif (Sheikh Ibni Athoillah As-Kanddari) mendatangkan kalam hikmahnya yang seterusnya sebagaimana berikut;  

Maka mudah-mudahan bahawa diangkatkan oleh Allah akan dikau daripada Zikir(lisan) serta diperoleh lalai kepada Zikir serta diperoleh jaga

Keterangan oleh Tok Pulau Manis;

Maka mudah-mudahan bahawa diangkatkan oleh Allah akan dikau daripada Zikir serta diperoleh lalai kepada Zikir serta diperoleh jaga(Yaqozhoh) dengan LathifNya dan InayahNya kerana bahawasanya jaga itu ingat hati daripada mengantuk ghoflah dan tidur juhalah kepada Hadirat Al-Wafah(sempurna sebagai seorang hamba) dan Adab Al-Khidmat.  Dia sanalah berpindah ia daripada zikir lisan daripada zikir qalbi yang Hudur daripada melazimkan dia (zikir lisan).

Keterangan Suluk (Tingkatan Kedua;   Zikir Qalbi)

Apabila seorang hamba/Salik mengistiqamahkan dan sentiasa bersyukur dengan Zikir Lisan mereka,  Insya Allah....  Allah Yang Maha Lemah Lembut dengan pertolongan dan limpah kurniaNya akan mengangkatkan  martabat Zikir Lisan mereka kepada Zikir Yaqzhoh.

Dengan Zikir Yaqzhoh ini,  hati hamba yang sebelum ini lalai atau ghoflah dengan gangguan-gangguan keduniaan akan terjaga dan tersedar untuk mula melihat kepada hakikat Zikir Lisan serta segala suatu yang lain.  Mata hati yang sebelum ini tertutup sewaktu berzikir akan terbuka untuk memandang Keesaan dan Keagungan Allah.  Zikir-zikir lisan yang diucapkan akan terlancar dan bergerak selari dengan gerakan hati di samping dapat merasai makna-makna dan rahsia zikir mengikut kadar yang dikurniakan Allah.

Hati yang sebelum ini,  buta dan jahil dengan hakikat dan makrifat mula mengenali dan memahami makna-makna di Alam Malakut yang terpancar pada zhohir sesuatu.  Mereka dapat melihat akan hikmah dan pengajaran di sebalik sesuatu yang zhohir yang mendatangi mereka.  Hiduplah hati atau jiwa mereka menuju ke Hadirat Al-Wafah yang akan menyempurnakan kebersihan hati untuk layak dipanggil sebagai seorang hamba dengan tahu melaksanakan adab-adab kehambaan dan adab-adab Ketuhanan dengan pelbagai hal-ahwal hati yang merujuk kepada kepatuhan dan ketundukkan yang penuh dengan kesedaran batin.

Dengan sebab inilah Zikir serta jaga ini dinamakan juga sebagai Zikir Qalbi kerana hidup hati itu dengan mengingati dan memandang Allah pada setiap kali memandang "ghair" atau sesuatu yang zhohir;  sedar dan terjaga hati itu untuk mengenal dan memahami akan hakikat bagi segala sesuatu.  Dengan Zikir Qalbi inilah,  bermulalah satu perjalanan hati untuk meneroka dan memasuki alam-alam batin atau alam-alam rahsia atau Alam Ketuhanan Yang Maha Tinggi.

Dan dengan kerana inilah diisyaratkan pula Muallif (Sheikh Ibni Athoillah As-Kanddari) sebagai menyambung dalam kalam hikmahnya yang seterusnya

sebagaimana beriknya;  

Dan daripada zikir serta diperolehi jaga (Zikir Yaqozhoh) kepada zikir serta wujud Hudur serta Allah (Zikir Sir). 

Keterangan oleh Tok Pulau Manis;

Dan daripada zikir serta diperolehi jaga pada zikir serta oleh Hudur serta Allah.  Dan adalah Hudur kepada mereka itu iaitu Hudur dengan Haq Taala tatkala ghaibnya daripada sekelian pancaindera dan daripada memandang agyar.  Dan dalam Maqam ini berpindah ia daripada Zikir Qalbi kepada Zikir Sir.  Zikir Sir itu ghaib ia daripada barang yang lain daripada Mazkor.

Keterangan Suluk (Tingkatan Ketiga;     Zikir Sir)

8

Page 9: Tanda Mati Hati

Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.  Dengan kasih-sayangNya Yang Maha Tinggi,  Allah mengangkatkan Maqam Zikir Qalbi seorang hamba pilihanNya kepada tingkat yang seterusnya iaitu Zikir Sir.  Zikir Sir ini sebagaimana keterangan Tok Pulau Manis di atas merupakan Zikir yang telah datang kehadiran hati serta Allah.  Dan Zikir ini juga merujuk kepada kehadiran Rahsia diri yang terpendam sebelum ini.  Hidup Sirnya dengan TuhanNya di mana seluruh ingatan,  seluruh pandangan(syuhud) dan seluruh "rasa" tertumpu kepada Yang Haq.  Ingat dengan Yang Haq;  Syuhud kepada Yang Haq dan "merasa" dengan Yang Haq.  Dengan kata lain,  seluruh anggota badan yang zhohir dan batin sentiasa dalam keadaan Zikir

Inilah adalah kerana,  jiwa atau hati hamba telah hapus atau hilang atau qhaib daripada pengaruh pancaindera dan memandang kepada Agyar pada pihak tidak diiktibarkan apa yang dilihat, apa yang didengar,  apa yang dirasa,  apa yang diucapkan;  malah setiap hal-ahwal zhohir mereka adalah merupakan Zikir kerana mereka tidak melihat sesuatu itu melainkan dilihatNya Allah dan tidaklah mereka dilakukan sesuatu perbuatan atau amalan melainkan dengan "perintah" yang datang dari Allah.

Sungguhpun demikiannya hal keadaan hati yang sentiasa ingat akan kehadiran Allah dalam tiap-tiap sesuatu itu berzikir dan berzikir dengan Sirnya,  namun ianya belum sampai kepada puncak kesempurnaannya yang Hakiki.  Hati ini masih melihat dan memandang kepada dirinya sendiri,  hati ini masih terpesona dengan keajaiban rahsia dirinya di mana hal ini menunjukkan bahawa masih ada lagi wujud yang lain iaitu dirinya.  Ini merupakan satu kecacatan pada Tauhid yang menjadi intipati dan rahsia Zikir itu.

Dan dengan kerana inilah diisyaratkan pula Muallif (Sheikh Ibni Athoillah As-Kanddari) sebagai menyambung dalam kalam hikmahnya yang seterusnya

sebagaimana beriknya;  

Dan daripada zikir serta diperoleh Hudur (Zikir Sir) kepada Zikir serta diperoleh ghaib daripada barang yang lain daripada Mazkor

Keterangan oleh Tok Pulau Manis;

Dan daripada zikir serta diperoleh Hudur kepada zikir serta diperoleh ghaib daripada barang yang lain daripada Mazkor ia hingga masuklah orang yang zikir itu ke dalam MazkorNya dan ghaib Sirnya takala ZuhurNya (nyata Allah).  Maka adalah ghaib zikirnya dengan zikirnya.

ZAHID

Petikan dari   Kalimah Hikmah Sebelum Ini.

Dan hanya sanya adalah Zahid itu terlebih afdhal daripada segala amal kerana bahawasanya;  

Baik segala amal itu (berpunca) daripada kejadian baik segala hal;  dan baik segala hal itu (berpunca) daripada bersungguh-sungguh daripada segala Maqam(Warid Ilahiyyah) yang turun daripada Allah Taala.

(Maksud Kalam Hikmah Sheikh Ibni Athoillah As-Kanddari yang diterjemahkan oleh Tok Pulau Manis);

Keterangan oleh Tok Pulau Manis;

Yakni kerana bahawasanya segala amal iaitu Zahid dan barang yang jadi daripada selesai hati yang mewajibkan bagi zahid dan makrifat dan mahabbah.  Dan baik segala hal itu iaitu makrifat dan Mahabbah dan Yakin (dengan Allah) dan barang yang jadi daripadanya daripada I'tiqad dan perangai daripada tahqid dalam segala Makam Inzhol iaitu yang beroleh faedah daripada yang turun,  yang datang atas hati daripada segala makna Asma dan Sifat.  Maka dengan sekadar yang turun daripada Tuhan adalah Tawajjuh daripada hamba.

Keterangan Suluk

Idea utama yang terdapat dalam Kalam Hikmah di atas ialah berkisar pada dua perkara besar  iaitu;

1.  punca yang menyebabkan terhasilnya baik atau bernilainya segala "amal-ibadat" seorang hamba itu adalah kerana baiknya "hal" hamba itu. 2.  punca yang menyebabkan terhasilnya baik segala "hal" itu adalah kerana kuat dan teguhnya "Maqam" (Warid Ilahiyyah) yang dicampakkan

kepada hati seorang hamba

Sebelum kita kupasi ilmu dan pengajaran besar yang tersembunyi di sebalik Kalam Hikmah di atas,  eloklah diberikan secara ringkasnya apa yang dimaksudkan beberapa istilah iaitu Amal,  Hal,  dan Maqam agar mudah bagi kita menanggapi kefahaman perbincangan-perbincangan yang seterusnya.

Yang dimaksudkan dengan amal itu ialah segala gerak tubuh badan bagi mujahadah(bersungguh-sungguh) dalam ibadat.  Dengan kata lain amal zhohir atau amalan syariat yang dibawa oleh Syariat Rasulullah seperti sembahyang,  puasa,  bersedekah,  menyebarkan ilmu,  menuntut ilmu,  membantu jiran-jiran dan saudara-saudara seIslam dan sebagainya sebagaimana yang difardukan atau (disunatkan)digalakkan oleh hukum syarak.

9

Page 10: Tanda Mati Hati

Adapun makna hal pula ialah tiap-tiap sifat dan pekerjaan(hal-ahwal) hati atau disebut juga sebagai sifat-sifat Mahmudah seperti yang terdapat dalam keterangan Tok Pulau Manis di atas iaitu seperti Zahid, Makrifat dan Mahabbah dan Yakin (dengan Allah)  dan lain-lain lagi seperti;

Wara', Fakir, Sabar, Syukur, Redha, Khauf, Roja', Tawakkal dan lain-lainnya.

Adapun yang dimaksudkan dengan Maqam ialah "tetap hati" dengan teguh dan tahqiq pada suatu Hal sebagaimana yang diisyaratkan oleh Tok Pulau Manis melalui keterangannya;

"dan barang yang jadi daripadanya daripada I'tiqad dan perangai daripada tahqid dalam segala segala Makam Inzhol iaitu yang beroleh faedah daripada yang turun,  yang datang atas hati daripada segala makna Asma dan Sifat."

Maksudnya;  Maqam ialah sesuatu yang terhasil daripada hadirnya kekuatan dan keteguhan dan tetapnya hal-ahwal(hal) hati seperti  Makrifat dan Maqam Mahabbah.  Ianya datang Allah dan dilimpahkan pada hati hambaNya dengan Tajalli Asma dan/atau Tajalli Sifat atau disebut juga kedatangan/pencampakkan Warid Ilahiyyah dari Allah Taala.  Dengan kehadiran Warid-warid Ilahiyyah ini  sifat-sifat(hal) hati yang masih belum mantap itu akan diteguhkan dan disempurnakan untuk menetapkannya pada Maqam-maqam tertentu seperti yang tersebut di bawah. Dengan sebab itu,  sifat-sifat ini jika sebentar sahaja dinamakan "HAL" dan kiranya ia menetap dinamakan "MAQAM". Meskipun demikian, kadang-kadang "Hal" dianggap sebagai "Maqam" dan Maqam dianggap sebagai Hal;  bergantung kepada tempoh ia berada pada Qalbu [Lihat Al-Ahyaa' penggal 4 muka 139]' ['Awaariful Ma'aaruf muka 469-473] dan [Iqadzul Himam muka 24].   Antara Maqam-maqam yang dimaksudkan ialah seperti;

Al-Qabd dan Al-Basith, Al-Jami' dan Al-Farq, Al-Fana dan Al-Baqa, Al-Shohu dan Al-Syakr, Al-Mahw dan al-Isbat, Al-Tamkin dan lain-lain lagi.

Dengan memahami sebahagian daripada maksud atau idea di sebalik kalimah amal, hal dan maqam seperti di atas,  maka mudahlah bagi kita semua untuk memahami maksud  kata-kata

"Baik segala amal itu (berpunca) daripada kejadian baik segala hal;

Sebagai contohnya(bagi menghampirkan faham)  ialah bila Hal atau sesuatu sifat-sifat  hati seorang hamba yang baik itu seperti zahid di mana keadaan hati yang Zahid ialah hati yang telah selesai dan dibebaskan dari semua kehendak-kehendak dan faedah untuk dirinya jauh lagi untuk nafsunya.  Selebihnya lagi Hal hati yang zahid ini pula tidak ada sebarang sangkutan dan keperluan yang bangsa duniawi dan ukhrawi.  Maka dengan kerana inilah setiap amalan yang dikerjakan mempunyai nilai yang baik dan sempurna kerana amal itu adalah amal yang wujud keikhlasannya.  Dan lagi amal itu adalah amal yang benar(shodiq)   dan bersungguh-sungguh bertawajuh kepada Allah.

Contoh kedua ialah hal-ahwal hati seorang hamba yang sabar;  di mana mereka sanggup menahan kepicitan hidup atau kepayahan dalam menuntut ilmu akhirat atau dalam beramal.  Mereka sanggup melelahkan diri  untuk berjalan atau berkenderaan walaupun jauh untuk mendapatkan butir-butir pengajian dari guru yang ikhlas.  Amal dan usaha mereka itu mendapat nilai yang baik dan sempurna dan jauh bezanya yang juga mencari ilmu tetapi sekadar untuk mengisi waktu yang lapang atau  mengambil hati seseorang atau cuma belajar separuh jalan sahaja kerana kerakusan untuk mencari dunia yang lebih baik lagi.  Kata guru suluk pula pada murid-muridnya;  jika hujan turun hari itu,  maka orang yang sabar itu akan tetap juga hadir untuk mengaji walaupun kesejukan dan basah.  Inilah antara kebaikan dan kesempurnaan amalan yang lahir dari hati yang baik halnya dengan Istiqamah dalam beramal..

dan baik segala hal itu (berpunca) daripada bersungguh-sungguh daripada segala Maqam(Warid Ilahiyyah) yang turun daripada Allah Taala.

Tok Pulau Manis dari keterangan sebelum ini menegaskan bahawa;

"Makam Inzhol iaitu yang beroleh faedah daripada yang turun,  yang datang atas hati daripada segala makna Asma dan Sifat.  Maka dengan sekadar yang turun daripada Tuhan adalah Tawajjuh daripada hamba".

Setelah mengetahui punca kebaikan dan kesempurnaan amal itu adalah hasil daripada hal-ahwal sifat-sifat hati yang terpuji,  maka Kalam Hikmah seterusnya pula cuba menyingkapkan pula di manakah asalnya atau berpuncanya baik segala hal hati itu?.  Di sinilah kita ditemukan dengan Istilah Maqam Inzhol yang disebut juga sebagai Kehadiran Warid Ilahiyyah ke atas hati hamba-hambanya yang terpilih.

Maqam Inzhol atau Warid Ilahiyyah  ialah pencampakkan/penurunan  Nur-Nur yang bangsa Ketuhanan berupa  terbukanya kesedaran batin untuk memahami akan makna-makna di Alam Malakut atau di Alam Jabarut tempat untuk musyahadah Nama-nama dan Sifat-sifat Allah..  Terkadang disebut juga sebagai Tajalli Asma,  Tajalli Sifat .

10

Page 11: Tanda Mati Hati

"Tajalli bererti menunjukkan sesuatu pada diriNya dalam beberapa dan berbagai bentuk. Umpama satu biji benih menunjukkan dirinya sebagai beberapa ladang dan satu unggun api menunjukkan dirinya sebagai beberapa unggun api."

Hati yang menerima warid atau tajalli ini,  dipenuhi dengan limpahan kurnia Nur Tauhid dan Nur Makrifat dan Ilmu Laduni yang menjadikan seorang hamba itu berupaya untuk membezakan antara yang Haq dengan Batil, dan  antara Kehambaan dan Ketuhanan.  Limpahan Nur-Nur Ketuhanan ke atas hati  hamba inilah yang membaikkan hal-ahwalnya dengan beberapa sifat yang terpuji yang seterusnya membaikkan pula amalan yang terzhohir.

Kadar yang diterima oleh seorang hamba itu berbeza-beza mengikut Kehendak dan Kurnia Allah Taala jua.  Maka oleh kerana itu,  dengan kadar penerimaan kurnia itulah seorang hamba itu jauh atau hampir dalam bertawajjuh dengan Allah Taala.  Alangkah bertuahnya diri dan alangkah beruntungnya jiwa bila mendapat Kurnia Warid Ilahiyyah ini kerana dengan warid inilah seseorang bisa sampai pada kehampiran dengan Allah.  Oleh sebab besar nikmat dan kebajikan yang terdapat pada Maqam Inzhol ini,  maka;

Tok Pulau memperlanjutkan keterangannya sebagaimana berikut;

Maka apabila dikehendaki pada hamba itu akan kebajikannya,  maka dilimpahkan atasnya daripada segala Ulum (Ilmu Laduni) dan Ma,arif (Makrifat).  Maka jadilah baginya baik segala halnya iaitu yang jadi wasilah bagi baik segala amal.

Keterangan Suluk

Kebajikan yang paling mulia dan tinggi di sisi kaum sufiah ialah berhadap hati atau dapat bermusyahadah dengan Allah pada setiap nafas/ketika walau dalam apa jua keadaan.  Dari kerana itulah,  guru suluk telah mentakrifkan bahawa maksud sebahagian daripada kebajikan yang diutarakan oleh Tok Pulau Manis ialah,  dapat melihat atau menukarkan sesuatu yang mendatangi pada diri hamba itu dengan kebajikan.  Jalannya ialah dengan melaksanakan semua Haq Hukum Waktu iaitu;

Sabar dalam waktu musibah atau bala, Syukur dalam waktu nikmat, Pandang anugerah Allah dalam waktu taat dan, Taubat dalam waktu maksiat.

Ini adalah kerana,   setiap masa seseorang itu pasti tidak akan sunyi daripada didatangi oleh salah satu dari  empat waktu tersebut.  Allah Taala dengan limpah kasih sayangnya apabila menghendaki waktu-waktu itu menjadi kebajikan kepada hambaNya,  maka akan mengurniakan kepada mereka Nur Makrifat dan Ilmu-ilmu Laduni dan Ilmu Tauhid  supaya hamba itu mengenal bahawa Allah Taala itu Maha Meliputi,  mengetahui Dialah Yang Zhohir dan Yang Batin,  memahami Adab-adab Kehambaan dan Adab Ketuhanan.

Dengan pancaran Ma'arif dan Ulum (Ilmu Laduni dan Nur Tauhid) dari Warid Ilahiyyah itu,  ke atas hati hambanya,  maka  berlakulah perubahan pada hati mereka dengan sifat-sifat yang terpuji.  Perubahan ini jika sementara,  maka dikatakan sebagai hal dan jika tetap dinamakan Maqam.  Dengan hal-ahwal hati yang sentiasa menerima Kurnia ini,  maka berlakulah pula perubahan kepada anggota zhohir yang menerbitkan amalan-amalan yang baik dan sempurna

mengikut tunjukkan kesucian hati yang bermakrifat dan berilham dengan Ilmu Laduni.( Anda dapat melihat keistimewaan Ilmu Laduni ini dalam bicara yang khusus dari Karya Imam Ghazali  Al-Risaalatulil Duniyyah).

Keterangan seterusnya Pengarang Kitab Hikam

Dan dari kerana inilah diisyaratkan Imam Abu Hamid r.a dengan katanya;

Tak dapat tidak bagi tiap-tiap makam itu daripada ilmu dan hal dan amal.  Maka ilmu itu jadi hal dan hal itu jadi amal.

Keterangan Suluk

Jika anda dapat menanggapi apa yang tersurat dan tersirat dari perbincangan dan kupasan di atas maka jelaslah pada anda sekarang bahawa nilai/mutu setiap amal yang dikerjakan oleh seorang hamba itu adalah bergantung kepada darjah tinggi rendah hal-ahwalnya.  Dan ukuran darjah tinggi rendah hal-ahwal ini pula ditentukan pula oleh kadar penerimaan Ilmu-ilmu Laduni atau Ilmu Tauhid atau Ilmu Makrifat yang dikurniakan oleh Allah Taala.  Ketetapan dalam menerima anugerah Ketuhanan inilah yang meletakkan seorang hamba itu pada Maqam-maqam yang tertentu.

Dari kerana itulah bagi setiap Maqam ada kadar Ilmunya yakni mengikut kadar limpahan Ilmu  Makrifat dan Ilmu Laduni.  Dengan kadar limpahan kurnia inilah menjadikan jiwa atau hati mereka dalam hal-ahwal yang tertentu yang menerbitkan yang seterusnya pelbagai amal.  Maka dengan itu jelaslah bahawa Ilmu itu jadi hal dan hal itu jadi amal.  Inilah sebahagian besar daripada ciri-ciri Ilmu Tasauf atau Ilmu Makrifat atau Ilmu Hakikat  yang kedudukannya adalah

tersangat istimewa berbanding dengan ilmu-ilmu lain yang terdapat di dunia ini. (Lihat detailnya di  Al-Risaalatulil Duniyyah).

Keterangan seterusnya Pengarang Kitab Hikam

Dan kata setengah mereka itu (ahli sufiah) maka barang siapa baik hatinya dengan segala Nur yang turun daripada Ulum dan Ma'arif,  maka sucilah taatnya daripada segala Ilat,  dan barang siapa telah suci taatnya daripada segala Ilat maka baiklah segala amalnya.

Keterangan Suluk

11

Page 12: Tanda Mati Hati

Keterangan Tok Pulau Manis berikutnya adalah sebagai hendak menyatakan natijah atau hasil faedah yang ditetaskan oleh Nur Makrifat dan Ilmu-ilmu Laduni(Warid Ilahiyyah) di mana ketaatan seorang hamba akan dibersihkan daripada segala penyakit-penyakit hati  seperti lalai,  waham dan kedua-dua syirik dsb.   Ketaatan yang telah bersih dan suci daripada sebarang penyakit ini pula akan menghasilan amal ibadat yang baik,  bermutu dan sempurna.

Ya Allah......masuklah kami ke dalam golongan hamba-hambaMu yang sentiasa mendapat limpah KurniaMu.  Berilah pada kami kekuatan untuk menukarkan kejahilan kami,  kebodohon kami,  kelalaian kami dan kerendahan adab dan akhlak kami dengan perhiasan dan pakaian seperti yang Kau salutkan pada hamba-hambaMu yang terpilih.  Sesungguhnya..kami dhoif,  lemah dan hina dan sesungguhnya Tiada daya dan upaya melainkan dengan limpah kurniaMu yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.  Aamin..Ya Rabbal 'Aalamin.

Keterangan seterusnya Pengarang Kitab Hikam

Maka segala amalnya dan segala hal itu hanya sanya yang menetapkan akan dia dalam hati wujud zikir pada hati dan lisan,  dan kesempurnaannya itu dengan Hudur dalamnya.  Dan jangan tinggalkan kerana ketiadaan Hudur tetapi sebut oleh mu akan Tuhan mu atas tiap-tiap hal seperti yang dikata oleh Mualif Sheikh Ibnu Athoillah As-Kanddari;  

Jangan engkau tinggalkan zikir kerana ketiadaan Hudurmu serta Allah di dalamnya kerana bahawasanya lalaimu daripada tidak berzikir itu terlebih sangat jahat(berbahaya)  daripada kelalaianmu terhadap Allah ketika kamu berzikir.

Petikan dari   Kalimah Hikmah Sebelum Ini.  

Tiada sedikit amal yang zohir daripada hati orang yang zahid dan tiada banyak amal yang zohir daripada hati orang yang gemar akan dunia.

Sambungan keterangan berkaitan dengan Kalam Hikmah oleh Tok Pulau Manis

Dan cerita daripada setengah sahabat RA. katanya telah kami ikut akan sekelian amal (yang dibuat oleh Rasul dan para Aulia) maka tiada dilihat dalam dunia dan dalam akhirat yang terlebih baik daripada zahid dalam dunia.

Keterangan Suluk

Pandangan dari setengah ahli sufiah di atas adalah sebagai mentahqiqkan keyakinan mereka bahawa Zahid (iaitu dingin hati dari berkehendak atau cenderung kepada sesuatu yang bersifat dunia,  pahala atau akhirat) itu adalah terlebih baik dan terlebih  mulia daripada semua amalan atau hal-ahwal yang lain.  Ini adalah kerana hati yang bersifat Zahid adalah hati yang menjejaki hakikat ikhlas di mana apa sahaja dari amalan zhohir atau batin yang dikerjakan sudah hilang "kerana itu" "kerana ini" atau "untuk itu atau untuk ini".  Bukankah amalan hati yang begini adalah hati yang shodiq dan ikhlas dalam beramal???.

Kata guru suluk,  jika lisan seorang sentiasa basah dengan menyebut zikrullah,  tapi di hati terselit sesuatu keinginan walaupun yang bangsa Nurulniyyah,  maka itu adalah hati yang lalai.

Keterangan Pengarang Kitab Hikam

Dan kata Sayyidi Abu Sulaiman Ad-Daroni RA. telah bertanya aku kepada Sayyidi Syekh Ma'aruf Al-Kharki daripada segala taat bagi Allah Taala dengan apa suatu yang dikira-kirakan mereka itu atas taatnya. Maka katanya dengan mengeluarkan dunia daripada hati mereka itu dan jikalau ada sesuatu daripada dunia dalam hati mereka itu maka tiadalah sah sujud bagi mereka itu.

Keterangan Suluk

Aulia Allah yang juga merupakan seorang guru sufiah pada masa beliau ini mengisyaratkan sesuatu yang amat besar dan bermakna dalam proses pembersihan hati seseorang Salik.  Walaupun nampak berat dan tegas tetapi itulah hakikatnya yang berupaya menyuburkan sifat-sifat keruhanian pada jiwa untuk mencapai ketinggian dalam bermakrifat.  Dalam menghuraikan maksud kata-kata Aulia Allah ini,  guru suluk telah menyatakan satu bandingan yang menarik dari Arwah gurunya.

Mengikut keterangan guru pada guru suluk,  bandingannya adalah "seperti seorang yang mengambil wudhu lagi menyentuh kulit perempuan yang ajnabi."   Apa jadi pada wudhu itu?  Tentu sekali ianya batal!!!! dan yang teruknya ialah natijahnya di mana hal dirinya akan  menjadi manik(pencegah) daripada melakukan amal dan ibadat yang memerlukan seseorang itu ada wudhu seperti sholat dan sebagainya..

Maka sesuailah dengan kenyataan oleh Sayyidi Syekh Ma'aruf Al-Kharki di atas;  di mana setiap amalan batin dan zhohir yang hatinya masih lagi terselit sesuatu kecenderungan untuk kepentingan dirinya atau kemudahan dalam perjalanannya  "Tidak akan Sah" walaupun banyak sekalipun.

12

Page 13: Tanda Mati Hati

Belajar ilmu kerana ingin pandai berhujah dan mencari pengaruh akan batal amalan itu. Mengajar ilmu kerana mengharapkan sanjungan,  pujian atau ganjaran akan batal amalan itu. Mengistiqamahkan awarid atau zikir agar terbuka sesuatu rahsia atau mengharapkan Warid Ilahiyyah akan batal thoriq itu. Sholat, puasa, Haji, bersedekah dsb.  kerana mengharapkan balasan pahala atau syurga akan batal amal sholeh itu. Memperbaiki hal-ahwal diri dengan sifat-sifat terpuji untuk mendapat keberkatan dan kemuliaan dari pandangan makhluk adalah batal amalan itu. Malah apa sahaja sesuatu hajat atau keinginan selain dari Allah dalam erti kata "menerima apa sahaja yang Allah kehendaki atau kurniakan" adalah

batal semata-mata dan sah amal ibadat tersebut.

Tanbih

Perlu ditegaskan di sini supaya saudara tidak terkeliru.  Ini adalah pandangan ahli makrifat yang berada dalam di atas puncak pendakiannya.  Bagi kita orang awam pula,   janganlah merasakan payah dan susahnya untuk mengesahkan sesuatu amalan kita jika demikian syarat-syaratnya sehingga melemahkan diri dari terus beramal-beribadat.  Ketahuilah,  itulah adalah pandangan orang Arif yang ingin sesuatu itu mencapai "Kesempurnaan" dan mencapai hakikatnya.  Pada kita orang awam,  biarlah kita beramal mengikut kadar kemampuan hati kita,  biarpun dalam keadaan yang masih kotor kerana banyaknya gangguan-gangguan dunia kerana hukum fekah atau syariat telah memberi  jaminan akan memberi balasan di atas amal ibadat yang dikerjakan dengan cukup rukun dan syaratnya.

Sebaliknya,  pandangan ahli makrifat yang sebegini eloklah dijadikan iktibar dan batu pengukur kepada nafsu atau diri kita yang sentiasa ingin bersifat "sombong" atau "ujub" atau "riya" pada amalan yang kita rasa amat banyak dikerjakan sedangkan nilaiannya  sedikit cuma.  Sekurang-kurangnya dapatlah ditundukkan kejahatan rasa itu dengan memandang bahawa terlalu amat jauh dan sememangnya amat jauh lagi jika dibandingkan amalan kita yang berbukit-bukit jika hendak dibandingkan dengan sebesar biji sawi ahli-ahli makrifat yang telah menjejaki hakikat zahid atau kekosongan hati dari sebarang tujuan atau maksud lain.  Di samping itu,  dengan  memahami hal-ahwal kebersihan dan keyakinan hati mereka ini;  akan membangkitkan hemah kita untuk terus membersihkan hati dari pengaruh keduniaan dan keakhiratan yang kuat itu.  Semoga Allah membimbing kita semua ke arah "jalan yang  lurus".

Keterangan seterusnya Pengarang Kitab Hikam

Adalah demikian itu (buang dunia dalam hati) tiada dikata dengan mengeluarkan dunia daripada tangan mereka(harta yang mereka ada)itu kerana bahawasanya telah ada dunia(harta dan kebesaran)itu dalam tangan setengah orang yang telah suci hatinya seperti Nabi Daud dan Zulkarnain dan setengah sahabat dan yang tabie. Dan tiada berpaling(suka/cenderung) mereka itu(yang suci hati) daripada dunia; maka iaitu(zhohirnya nampak ada)dalam tangannya jua tiada dalam hati mereka itu dan alamatnya demikian itu bahawa tiada suka dengan wujudnya (dunia) dan tiada duka kerana ketiadaannya.

Keterangan Suluk

Di sinilah diterangkan kekeliruan dan kejahilan manusia tentang hakikat zahid ini. Mereka menganggap bahawa untuk zuhud itu mereka perlu membuang semua harta benda dan kedudukan yang mereka ada. Fahaman ini adalah salah dan sesat kerana tempat yang perlu dizahidkan ialah di hati. Kurnia Allah harta atau kedudukan yang tinggi tidak perlu dibuang; cuma membuangnya dari kehendak dan cinta hati kepadanya. Pernah berlaku beberapa hamba Allah yang baru mengenali Ilmu Tasauf ini,   apabila mendengar akan keperluan zahid ini untuk mencapai ketinggian makrifat telah  membakar pakaian mereka,  merosakkan semua perkakas rumah dan membuang segala harta-benda yang ada pada mereka sehinggakan anak isteri  mereka menjadi bingung dan menderita akibat kejahilan mereka itu.

Dalam pada itu, ada pula di kalangan mereka yang mengambil  harta dunia sekadar yang perlu sahaja dengan tujuan untuk mempamirkan kepada manusia bahawa mereka telah zahid,  tetapi sebenarnya hati mereka tamak dan rakus kepada dunia tersebut atau lain-lain hal yang bersangkutan dengan dunia seperti inginkan maqam di sisi Allah, pujian dari manusia,  dipandang sebagai ahli zuhud, mengharapkan sedekah dan hadiah pemberian dari manusia lain dan sebagainya lagi.

Dalam hal ini Imam Ghazali melalui kitabnnya Minhajul Abidin telah menegaskan: "Banyak orang yang meninggalkan dunia pada lahirnya, padahal dalam hatinya sangat berkeinginan dan cinta pada dunia, malah hatinya tenggelam dalam pergelutan dan penderitaan yang sangat payah. Sedangkan soal zuhud terletak seluruhnya pada meniadakan keinginan dalam hati(tidak tergila-gila dan mabuk dengan dunia)".

Berkata Pengarang Kitab Hikam

Maka sesungguhnya zahid itu terlebih meliputi(umum) daripada wara' kerana bahawasanya wara' lagi(masih ada) tinggal(kehendak hati) setengahnya (kepada dunia) dan zahid itu putuslah sekeliannnya iaitu;

Zahid kepada orang yang Ahli Tahqiq kerana orang yang Ahli Tahqiq telah berpaling ia kepada(kecintaan kepada)Haq Taala dan Zahid kepada Ahli Thoriq ialah berpaling daripada yang digemari daripada suatu(keinginan duniawi) kepada barang(amal/ibadat) yang terlebih baik

(kholis)daripadanya. Dan Zahid kepada orang yang Ahli Syarak ialah wajib zahid dalam segala yang haram dan sunat zahid dalam segala yang mubah (harus).

Keterangan Suluk

Orang yang Wara itu menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang haram atau syubhat.  Oleh itu, keinginan dan kecenderungan mereka kepada mengambil dunia masih tetap ada cuma dibatasi kepada mengambil perkara-perkara yang nyata halalnya sahaja.  Orang yang Zahid pula,  putus terus keinginan mereka kepada dunia malah cenderung pun tidak.  Dengan kerana itulah Tok  Pulau Manis mengisyaratkan bahawa zahid itu terlebih meliputi hal-ahwal mereka kerana telah kosong hatinya selain daripada Musyahadah dengan Allah.

13

Page 14: Tanda Mati Hati

Teramat jauh bezanya orang yang mahir berkata-kata tentang zahid dengan orang yang zuhud adalah sifat hatinya. Dan tidaklah bersifat zuhud hati itu melainkan setelah mengenal(Arif) hati itu pada/tentang bahayanya dunia.

Keterangan seterusnya Pengarang Kitab Hikam

Dan hanya sanya adalah Zahid itu terlebih afdhal daripada segala amal kerana bahawasanya (Maksud Kalam Hikmah Sheikh Ibni Athoillah As-Kanddari yang diterjemahkan oleh Tok Pulau Manis);  

Baik segala amal itu daripada kejadian baik segala hal;  dan baik segala hal itu daripada bersungguh-sungguh daripada segala Maqam(Warid Ilahiyyah) yang turun daripada Allah Taala.

Petikan dari   Pengajian Sebelum Ini. Dan tiadalah jalan kepada mengenal dia(orangArif) melainkan dengan zhohir Asar(nyata bekas/kesan) makrifat atasnya dan iaitu ZAHID  dalam dunia.  Maka dengan demikian itu,  kata Maalif(  Sheikh Ibni Atho'illah As-Kandari).

  Tiada sedikit amal yang zohir daripada hati orang yang zahid dan tiada banyak amal yang zohir daripada hati orang yang gemar akan dunia.

Keterangan Oleh Tok Pulau Manis

Tiadalah sedikit amal yang zohir daripada hati orang yang zahid dalam dunia kerana amalnya itu diterima kerana selamatnya daripada segala Afat (penyakit yang membinasakan dia)

Keterangan Suluk

Zahid mengikut guru Suluk ialah benci kepada tiap-tiap perkara yang lalai daripada Allah sebaliknya mahabbah(kasih/cinta) kepada Allah semata-mata. Adapun alamatnya ialah bersamaan di sisinya antara emas dan tanah dan serupa sahaja antara kaya dan miskin. Seorang yang zahid ialah seorang yang dingin dan sunyi hatinya daripada cenderung kepada sesuatu selain daripada Allah. Adapun makna dingin hati seperti yang diutarakan oleh Imam Ghazali ialah menghapuskann fikiran seseorang terhadap dunia dan memandangnya kotor, dan sangat mengingkarinya. Dan tidak tertinggal dalam hatinya untuk mengusahakan dan menginginkannya.

Mengikut maksud kalam hikmah di atas,  amalan yang terbit atau lahir dari hati seorang yang zahid ini,  akan diberikan balasan pahala yang tiada kehinggaanya di sisi Allah kerana telah selamat daripada semua jenis penyakit dan perosak amalan. Dalam erti kata yang lainnya amalan orang yang zahid ini menjejaki hakikat ikhlas yang di mana tiada dicampuri oleh sesuatu kecenderungan dan keinginan selain daripada untuk sampai kepada Allah. (Keterangan selanjutkan akan dibahaskan dalam perbincangan seterusnya.)

Berkata Pengarang Kitab Hikam

Dan maksud(tempat tilik) Allah Taala daripada segala hambanya itu ialah kepada hati hambanya seperti yang telah tersebut dalam hadis bahawasanya Allah Taala "Tiada menilik ia kepada segala rupa kamu dan hanyasanya menilik ia(Allah) kepada segala hati kamu" dan apabila telah sunyi hati itu daripada kasih kepada dunia maka diamalkan lawannya iaitu (mahabbah)yang bermaksud kasih dan cinta kepada Allah yang merupakan maqam tertinggi yang dianugerahkan bagi orang-orang Yang Washil ilaLah. Ini adalah kerana hati itu tiada sunyi ia daripada sesuatu dan lawannya. (sama ada zahid atau sesuatu selain Allah)

Dan kerana inilah firman Allah Taala bagi Nabi Daud Alaihissalam.

"Hai Daud jikalau ada engkau kasih akan daku maka keluarkan oleh mu akan kasih dunia daripada hatimu kerana kasih kepada Aku(Allah) dan kasih kepada dunia itu tiada boleh berhimpun keduanya dalam satu hati selama-lamanya".

Dan adalah amal yang sholeh selepas daripada Tauhid itu ialah zahid dan dengan dia(Zahid) terlebih besar kepada Allah Taala walaupun sedikit amal sekalipun kerana syaitan itu tiada boleh mengerasi baginya. Ini adalah kerana orang yang zahid itu dengan sendirnya menjauhkan syaitan daripada kekerasan(tipu daya syaitan) ke atasnya. Maka jadilah ia(tipu daya syaitan) yang memberi cedera dalam ikhlas dan khidmat(kehambaannya).

Dan lagi adalah orang yang zahid itu akan meninggalkan segala bahagian dunia daripada kebesaran dan harta dan martabat dan puji dan kesempurnaan. Maka jadilah ia hampir kepada berbahagia sejahtera(selamat/terhindar) daripada Ifah(penyakit-penyakit hati). Maka amalnya itu (dikira/nilai) amat banyak dan jikalau sedikit sekalipun dan pahalanya kepada Allah itu amat besar. Dan segala orang Roghib (gemar) pada dunia itu maka segala amalnya itu memberi cedera dalam ikhlas mereka itu dengan sebab gemar mereka itu pada dunia. Maka tiada diterima amal daripada mereka itu. Maka jadilah sedikit walaupun banyak daripada amal mereka itu kerana diperoleh kurang dalamnya.

Keterangan Suluk

Sifat utama orang yang zahid ialah semata-mata ikhlas dan taqarrub kepada Allah Taala.  Tidak ada tujuan ibadatnya kerana mengharapkan sesuatu keuntungan yang bangsa keduniaan  atau keakhiratan seperti pangkat, kedudukan, kesenangan,  harta waima pahala, maqam disisi Allah atau karamah(perkara-perkara yang mencarik adat seperti berjalan atas air atau melipatkan bumi dsb). Sesungguhnya berhajatnya hati atau tuju hati kepada perkara-perkara ini adalah penyakit-

14

Page 15: Tanda Mati Hati

penyakit hati yang akan merosakkan kemurnian Ubudiyah dan seterusnya menggugurkan pahala amalan. Jika hati telah bersih dari kecenderungan kepada sesuatu selain Allah,  maka terselamatlah ia dari godaan dan tipudaya syaitan.  Ini adalah kerana jarum atau senjata utama syaitan dalam menyesatkan perjalanan hati seorang Salik itu ialah apabila ada "sesuatu kehendak lain" dalam amalan atau ibadat mereka.

Sebagai contohnya kita lihat perihal seorang yang mengajar ilmu agama yang mengharapkan sanjungan masyarakat atau sesuatu habuan yang berbentuk wang ringgit sebagai balasan penat lelahnya akan mudah mendapat serangan tipudaya iblis.  Syaitan akan menyemaikan sifat-sifat sombong dan bongkak kepada ulama tersebut di samping sifat-sifat riya dalam usaha untuk terhasilnya  maksud mendapat sanjungan masyarakat.  Cara tipuan dan penyakit ini sememangnya tersangat halus dan sukar dikesan.  Ulama tersebut akan mengucapkan sesuatu kalimah pengajaran yang boleh menarik perhatian orang lain,  mengkritik dengan bijak tetapi mengandungi keangkuhan pada pandangan-pandangan ulama lain dan memperelokkan dan menghiasi zhohir mereka dengan sifat yang lemah-lembut,  warak,  hebat dsb. Demikian juga jika diberi ganjaran upah atau elaun yang sedikit,  ulama-ulama ini akan tersinggung malahan cuba membanding-bandingkan pendapat orang lain yang lebih lumayan ganjarannya.  Mereka akan mengajar ugama pada tempat-tempat di mana mereka akan mendapat bayaran yang lebih dan dengan mmeninggalkan tempat-tempat yang kurang habuannya atau kurang sambutan orang yang datang.  Sifat-sifat yang roghib atau gemarkan dunia ini seterusnya akan membenihkan sifat-sifat syataniah yang lain yang akan mmerosakkan amalan mereka.  Alangkah rugi dan jahatnya mereka ini kerana telah menjadikan/menjual akhirat mereka untuk mencari dunia.  Sepatutnya usaha agama ini,  dilaksanakan dengan penuh keikhlasan tanpa sebarang upah atau maksud lain,  sebab kerja-kerja agama adalah kerja-kerja sabilillah untuk Allah semata-mata sebagaimana ulama-ulama terdahulu. Ini adalah satu contoh berkaitan dengan betapa tidak selamatnya dan betapa mudah berpenyakitnya hati yang gemar kepada dunia.  Walaupun banyak yang dilakukan/diusahakan namun ganjarannya adalah sedikit cuma jika dibandingkan dengan balasan Allah kepada mereka yang zahid dengan amalan mereka.

Dengan sebab itulah amalan orang yang zahid itu akan dikira berharga dan bernilai tinggi walaupun sedikit sahaja. Berlawanan dengan mereka yang ada tujuan keduniaan(selain dari Allah), amal mereka tidak ada nilai dan harga walaupun banyak dikerjakan.

Dari kerana inilah guru suluk telah memberi satu pesanan dan ingatan yang besar terutamanya pada murid-murid yang ingin menuntut ilmu.  Carilah guru-guru atau ulama yang mengajar secara ikhlas,  yang hanya mengajar kerana Allah dan dengan Allah kerana belajar dengan mereka ini akan membuahkan keberkatan di mana kita akan dapat memahami rahsia-rahsia ilmu tersebut di samping dapat mengamalkannya dengan mudah.  Berlainan jika menuntut ilmu dengan guru yang mengharapkan dunia,  kita sendiri akan rosak(terutamanya keruhanian kita) kerana menerima sesuatu daripada orang yang telah rosak dan berpenyakit;  jauh sekali untuk dapat mengamalkannya.

Berkata Pengarang Kitab Hikam

Dan sesungguhnya telah disifatkan Allah Taala bagi segala orang yang mukmin itu dengan banyak amal kerana mengandung akan dia daripada wujud ikhlas dan ketiadaan Riya Un Nas (buat kerana manusia) dan segala orang yang munafik itu dengan sedikit kerana yang mengandung atasnya daripada tiada ikhlas dan wujud Riya unNas.

Keterangan Suluk

Tersingkaplah sedikit rahsia bagaimana orang-orang mukmin mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda walaupun dengan amalannya yang sedikit. Seumpama sebiji sahaja pahalanya tetapi nilainya adalah berlian. Apa guna setimbun amal tetapi ianya adalah timbunan batu-batu biasa sebagaimana yang dilakukan oleh orang-orang ada Riya kepada manusia dan kepentingan-kepentingan lain.

Berkata Pengarang Kitab Hikam

Dan telah diceritakan oleh Sayyidi Syeih Abdullah Ibni Mas'ud RA. bahawasanya: "Dua rakaat daripada orang yang zahid yang alim itu terlebih baik daripada ibadat orang yang abid yang mujtahid(bersungguh-sungguh dengan ibadatnya" sehingga ke akhir zaman".

Dan kata Abu Muhammad Sahal RA. bahawasanya dikurniai orang yang zahid itu pahala segala orang yang (didapati oleh)alim dan segala orang yang abid kemudian dibahagikan atas segala mukmin pahala segala amalnya dan tiada dilihat dalam hari kiamat yang terlebih afdal daripada orang yang zahid yang alim lagi warak.

Dan kata Sheikh Abdullah Al-Kursi; telah mengadukan setengah manusia bagi seorang laki-laki daripada orang yang sholeh bahawasanya selalu berbuat ia akan amal kebajikan dan tiada dapat manis dalam hati. Maka katanya (Sheikh Abdullah Al-Kursi) Ini adalah kerana bahawasanya kepadamu ada anak iblis dalam hatimu iaitu dunia. Dan tidak dapat tidak bapanya(iblis) itu akan mengunjungi anaknya dalam rumahnya iaitu hatimu. dan tiada memberi bekas masuknya melainkan binasa.

Keterangan Suluk

Bila berpaling atau cenderung hati kepada dunia maka seseorang itu telah lalai dari mengingati kepada Allah. Di saat bila wajah dunia ini(dalam erti kata apa sahaja selain daripada Allah) tertancap dalam hati maka iblis yang sentiasa menanti-nanti peluang akan berjaya memasuki hati seterusnya menggoda dengan berbagai-bagai muslihat yang licik(nampak baik tetapi jahat). Apabila iblis menguasai, maka kesannya ialah memberi kebinasaan pada hati itu dengan menyuntik berbagai-bagai penyakit hati yang sentiasa berjangkit daripada suatu keinginan kepada keinginan yang menjauhkan hamba dari Allah.

Berkata Pengarang Kitab Hikam

Dan cerita daripada setengah sahabat RA. katanya telah kami ikut akan sekelian amal (yang dibuat oleh Rasul) maka tiada dilihat dalam dunia dan dalam akhirat yang terlebih baik daripada zahid dalam dunia.

15

Page 16: Tanda Mati Hati

Dan kata Sayyidi Abu Sulaiman Ad-Daroni RA. telah bertanya aku kepada Sayyidi Syekh Ma'aruf Al-Kharki daripada segala taat bagi Allah Taala dengan apa suatu yang dikira-kirakan mereka itu atas taatnya. Maka katanya dengan mengeluarkan dunia daripada hati mereka itu dan jikalau ada sesuatu daripada dunia dalam hati mereka itu maka tiadalah sah sujud bagi mereka itu.

Adalah demikian itu (buang dunia dalam hati) tiada dikata dengan mengeluarkan dunia daripada tangan mereka(harta yang mereka ada)itu kerana bahawasanya telah ada dunia(harta dan kebesaran)itu dalam tangan setengah orang yang telah suci hatinya seperti Nabi Daud dan Zulkarnain dan setengah sahabat dan yang tabie. Dan tiada berpaling(suka/cenderung) mereka itu(yang suci hati) daripada dunia; maka iaitu(zhohirnya nampak ada)dalam tangannya jua tiada dalam hati mereka itu dan alamatnya demikian itu bahawa tiada suka dengan wujudnya (dunia) dan tiada duka kerana ketiadaannya.

Keterangan Suluk.

Di sinilah diterangkan kekeliruan dan kejahilan manusia tentang hakikat zahid ini. Mereka menganggap bahawa untuk zuhud itu mereka perlu membuang semua harta benda dan kedudukan yang mereka ada. Fahaman ini adalah salah dan sesat kerana tempat yang perlu dizahidkan ialah di hati. Kurnia Allah harta atau kedudukan yang tinggi tidak perlu dibuang; cuma membuangnya dari kehendak dan cinta hati kepadanya. Dalam hal ini Imam Ghazali melalui kitabnnya Minhajul Abdidin menegaskan: "Banyak orang yang meninggalkan dunia pada lahirnya, padahal dalam hatinya sangat berkeinginan dan cinta pada dunia, malah hatinya tenggelam dalam pergelutan dan penderitaan yang sangat payah. Sedangkan soal zuhud terletak seluruhnya pada meniadakan keinginan dalam hati(tidak tergila-gila dan mabuk dengan dunia)".

Berkata Pengarang Kitab Hikam

Maka sesungguhnya zahid itu terlebih meliputi(umum) daripada wara' kerana bahawasanya wara' lagi(masih ada) tinggal(kehendak hati) setengahnya (kepada dunia) dan zahid itu putuslah sekeliannnya iaitu;

Zahid kepada orang yang Ahli Tahqiq kerana orang yang Ahli Tahqiq telah berpaling ia kepada(kecintaan kepada)Haq Taala dan

Zahid kepada Ahli Thoriq ialah berpaling daripada yang digemari daripada suatu(keinginan duniawi) kepada barang(amal/ibadat) yang terlebih baik (kholis)daripadanya. Dan

Zahid kepada orang yang Ahli Syarak ialah wajib zahid dalam segala yang haram dan sunat zahid dalam segala yang mubah (harus).

Keterangan Suluk

Teramat jauh bezanya orang yang mahir berkata-kata tentang zahid dengan orang yang zuhud adalah sifat hatinya. Dan tidaklah bersifat zuhud hati itu melainkan setelah mengenal(Arif) hati itu pada/tentang bahayanya dunia.

SAHABAT YANG MEROSAKKAN

Petikan sebahagian daripada Keterangan Tok Pulau Manis dalam Pengajian Sebelum ini.

Dan inilah kebajikan yang berhimpun dalam bersahabat dengan saudara yang Sholeh dan Syeikh(Guru) yang memberi nasihat dan menegahkan akan dikau bersahabat dengan segala orang yang jahat dan segala orang yang ahli ghoflah(lalai) iaitu mereka yang terlebih jahat hal daripadamu.  Maka diisyaratkan (akan peringatan ini oleh)Muaalif(Sheikh Ibni Atho'illah As-Kandari)  dengan katanya;

  Terkadang engkau Jahat.  Maka diperlihatkan akan dikau kebajikan daripadamu oleh (seorang) sahabat engkau kepada orang yang terlebih jahat "halnya" daripadamu

Keterangan Tok Pulau Manis.

Terkadang engkau jahat.  Maka diperlihatkan akan dikau kebajikan daripadamu oleh (seorang) sahabat engkau kepada orang yang terlebih jahat "halnya" daripadamu.  Maka inilah yang terlebih besar Afat(bala/penyakit) yang masuk ia atas orang yang menyalah barang yang telah disebutkan akan dia.

Keterangan Suluk.

Untuk memahami maksud halus yang tersirat di sebalik kalam hikmah di atas kita perlu meneliti maksud dan idea di sebalik beberapa istilah dan rangkaikata-rangkaikatanya.

Perkataan jahat mengikut keterangan guru suluk ialah kejahatan hati kita yang bergantung kepada Masyiwallah(sesuatu selain daripada Allah).  Bukanlah dimaksudkan jahat itu seperti jahat mencuri,  berzina dan sebagainya dari kejahatan-kejahatan yang banyak terdapat pada kebanyakan manusia awam yang tenggelam dalam kepalsuan dan kesibukan dunia.

Tetapi jahat di sini ialah ditujukan kepada kejahatan hati yang lalai dengan sesuatu yang melalaikan seperti

melihat diri banyak buat amal, hati sentiasa cenderung kepada kesenangan dunia atau akhirat seperti pangkat atau maqam/kedudukan,

16

Page 17: Tanda Mati Hati

merasa banyak berbuat amalan yang melebihi orang lain dan lain-lain Agyar dan Akdar.

Inilah antara wajah-wajah kejahatan yang dimaksudkan dalam kalam hikmah di atas.

Kita mungkin tidak sedar yang kita banyak memiliki sifat-sifat jahat itu kerana zhohir kita mungkin tampak baik,  sentiasa mengerjakan amal ibadat yang banyak, lisan penuh dengan zikir, malah hati sentiasa mengagungkan Allah,  namun jauh di sudut hati masih terselit kejahatan untuk mendapat sesuatu ganjaran atau manfaat dengan apa yang diusahakan seperti inginkan barakah kehidupan,  atau terbuka sesuatu yang ghaib atau dikurniakan sesuatu keramat.  Inilah kejahatan yang banyak tersembunyi di sebalik zhohir kebaikan yang ada.

Tetapi ada lagi sesuatu yang lebih jahat dari itu,  lebih merbahaya dan lebih banyak mendatangkan bala dan musibah.  kepada kita yang sepatutnya pada waktu itu sedar atau disedarkan dengan hal kejahatan yang ada tersembunyi itu.  Musibah atau penyakit yang berat ini ialah;

apabila kita mendapat cerita atau makluman oleh seorang sahabat baik yang rapat dengan kita bahawa si fulan-fulan(seorang yang lain) itu amat jahat kerana bersifat "begini-begini".  Di kala itu,  kita akan halakan perhatian dan tumpuan kita kepada kejahatan orang lain yang diceritakan oleh sahabat kita dan seterusnya lupalah untuk memerhati atau mengesan kejahatan diri sendiri.   malah  terlihatlah kebaikan-kebaikan kita yang mengatasi kejahatan-kejahatan sifat hamba Allah yang diumpatkan itu.

Di samping itu juga,  perihal sahabat kita itu,  menunjukkan akan kejahilan dan kejahatannya kerana suka menilik keburukan orang lain.

Tidakkah ini menunjukkan satu penyakit yang sukar untuk diubati kerana kejahatan-kejahatan yang tumbuh di dalam diri telah ditutup dengan memandang kebaikan diri lantaran melihat kejahatan orang lain di samping melihat akan kejahilan sahabat kita yang menjerumuskan dirinya kepada dosa dan kesalahan mengumpat.

Maka inilah bahaya kawan atau sahabat-sahabat kita yang lebih jahil atau terlebih jahat daripada kita.  Ianya  akan menumbuhkan penyakit-penyakit yang merbahaya kepada hati dan menjadikan diri kita bertambah-tambah dengan kejahatan yang disangkakan kebaikan.  Hal ini adalah kerana jahilnya sahabat kita yang bicaranya boleh memesongkan tilikan hati kita kepada tilikan yang sebenarnya.  Walaupun kita tidaklah sejahil atau sejahat sahabat kita tadi yang suka mengata-gata hal orang lain dan bersifat dengan warak pada lisan kita,  namun dengan kerana bersahabat dengan manusia yang terlebih jahil,  kita turut terjerumus ke dalam musibah yang membahayakan kesucian hati kita.

Kerana bahayanya bicara sahabat yang jahil ini dan kerana besarnya penyakit yang akan dibawa oleh seorang sahabat yang sedemikian,  maka Tok Pulau Manis melanjutkan keterangannya dari Kalam Hikmah di atas seperti di bawah.

Keterangan Tok Pulau Manis.

Maka jikalau bersahabat engkau akan orang yang  terlebih kurang daripadamu amalnya dan terlebih banyak kesalahannya,  maka hendaklah takut olehmu bahawa engkau melihat dirimu baik daripadanya seperti yang dikata orang(sufiah);

Apabila ada engkau dalam suatu kaum(golongan),  maka bersahabat engkau dengan yang terlebih baik mereka itu.  Dan jangan engkau bersahabat dengan yang terlebih jahat,  maka jahat engkau dengan jahatnya.

Keterangan Suluk.

Pesanan Tok Pulau Manis ini adalah bertujuan untuk memperingati  Salik bahawa bahaya yang terdapat dengan bersahabat dengan seorang yang kurang amalan zhohir dan batinnya berbanding dengan Salik akan menjerumuskan diri mereka kepada penyakit Ujub dan Takabbur kerana melihat diri terlebih baik dan mulia daripadanya.  Dengan itu maka tumbuhlah satu kejahatan yang terlebih jahat daripada yang ada pada diri Salik sebelum itu.

Demikian perihal bagaimana pesanan-pesanan orang Arif pada seorang Salik demi untuk menjaga dan menyelamatkannya daripada penyakit-penyakit yang halus dan samar ini.  Dari kerana perhatian dan tilikan mereka yang teliti dan halus inilah,  seseorang yang ingin selamat dalam perjalanannya menuju Allah perlu sentiasa berdekatan dan bersahabat dengan seorang yang Arif dalam selok beolk perjalanan ini.

Keterangan Tok Pulau Manis.

Dan diceritakan orang bahawsanya Nabi Isa Alaihissalam berkata kepada segala sahabatnya;

"Jangan kamu duduk kepada orang yang MATI; maka mati hati kamu."

Maka kata mereka itu; "Mana orang yang mati?".

Maka katanya(Nabi Isa);

"Orang yang Raghib(gemar) pada dunia dan yang kasih padanya".

Dan adalah demikian itu membawa kepada redho kepada nafsunya dan melihat kepada kebajikannya iaitu asal tiap-tiap kejahatan.  Jangan engkau bersahabat melainkan dengan orang Arif pada Allah Taala.

17

Page 18: Tanda Mati Hati

Keterangan Suluk.

Bergaul dan bersahabat dengan mereka yang Ahli Dunia akan mematikan  hati dan memadamkan hemah Salik. Hal ini terjadi kerana amatlah jauh bezanya mereka yang bergelumbang dengan dunia dengan Salik yang berjuang untuk mematikan keinginan dan nafsunya kepada sesuatu selain daripada Allah.  Maka bahayanya hubungan antara dua pihak yang berlainan hemah ini ialah kepada Si Salik.  Si Salik akan merasakan dirinya banyak melakukan kebaikan berbanding dengan ahli dunia tersebut.  Ini menyebabkan Salik akan merasa lega kerana telah terkehadapan dengan kebaikannya dan amat menyukai hal tersebut.  Kebaikan-kebaikannya yang ditilik itu adalah punca tiap-tiap kejahatan yang menumbuhkan kejahatan-kejahatan seperti; Ujub, (hairan dengan diri sendiri) Takkabur (membesarkan diri) Hubbul Jal (kasihkan kemegahan) yang seterusnya bercambang biak menumbuhkan kejahatan-kejahatan yang lain.

Inilah sebahagian maksud dari ungkapan Tok Pulau Manis bahawa; "melihat kepada kebajikannya iaitu asal tiap-tiap kejahatan".

Dengan kerana  bimbangkan akan kejahatan inilah,  maka seseorang Salik itu dinasihatkan supaya mencari seorang Sufi yang Arif.  Mengikut keterangan guru suluk,   seorang Sufiah yang Arif itu atau Sufiah Al-Shodiq itu ialah seorang;

Fakir selepas daripada kaya; Jahil selepas Alim, Hina selepas mulia dan; Sembunyi setelah masyhur

Keterangan Tok Pulau Manis.

Dan tiadalah jalan kepada mengenal dia(orangArif) melainkan dengan zhohir Asar(nyata bekas/kesan) makrifat atasnya dan iaitu ZAHID  dalam dunia.  Maka dengan demikian itu,  kata Maalif(  Sheikh Ibni Atho'illah As-Kandari).

 Tiada sedikit amal yang zohir daripada hati orang yang zahid dan tiada banyak amal yang zohir daripada hati orang yang gemar akan dunia

Keterangan Tok Pulau Manis.

Tiadalah sedikit amal yang zohir daripada hati orang yang zahid dalam dunia kerana amalnya itu diterima kerana selamatnya daripada segala Afah (penyakit yang membinasakan dia).

DOSA

Terkadang Allah membuka untukmu pintu taat,  tetapi belum dibukakan bagimu pintu qabul,  sebagaimana ada kalanya ditakdirkan engkau berbuat dosa tetapi menjadi sebab Wasil ilaLlah. 

Alhamdulillah,  kita masih lagi dibawa untuk memahami dengan sedetail-detailnya pengertiaan berkaitan dengan wajah kurnia dalam tegah dan tegah dalam kurnia;  dan kali ini ianya menjejaki kepada rupa wajah yang lebih halus dan seni,  yang jarang sekali kebanyakan manusia dapat memahami tanpa cahaya petunjuk dari Allah Taala.

Wajah Tegah dalam Kurnia terkadang boleh berlaku kepada seorang hamba yang diberikan keupayaan dan kekuatan untuk mendirikan pelbagai amal taat namun sayangnya segala amalan yang dikerjakan itu hampa dan kosong serta ditolak daripada diterima oleh Allah Taala.  Inilah yang bahayanya bagi seorang yang rasa sudah selesa dan senang hati kerana memiliki kerajinan dan ketekunan dalam mendirikan amal ibadat.

Rajin mengerjakan amalan-amalan sunat dengan banyak tetapi ditolak oleh Allah Taala, Rajin berwirid dan berzikir siang dan malam,  tetapi amalan menjadi debu dan habuk malahan semakin jauh dengan Allah Taala, Rajin membaca Al-Qur'an,  tetapi tidak diberikan sebarang pahala jauh lagi daripada memahami berlapis-lapis maksud di sebalik sesuatu kalimah, Rajin menuntut ilmu,  mentelaah kitab,  menyebarkan ilmu tetapi tidak sedikitpun dapat memberi manfaat untuk dirinya.

Wajah Kurnia dalam Tegah pula,  ialah seperti dihalang seseorang daripada dapat melakukan amal taat sebagaimana semestinya;   bahkan sering terjerumus dengan dosa dan maksiat,  tetapi alangkah nikmatnya dosa-dosa yang dikerjakan itu menjadi sebab bagi dirinya untuk sampai kepada Allah Taala.

Hairan juga,  yang taat semakin jauh dengan Allah,  tetapi yang berdosa semakin dekat dengan Allah.  Inilah sebahagian wajah kurnia dalam tegah dan wajah tegah dalam kurnia yang akan kita perhalusi dalam pengajian kali ini.

Terkadang dibukakan bagimu pintu taat dan tiada dibukakan bagimu pintu Qabul.  Maka dihukum denganmu dosa.  Maka adalah dosa itu akan sebab sampaimu kepada-Nya,  kerana bahawasanya orang yang mukmin itu apabila jatuh daripada dosa,  maka adalah dosa itu akan sebab sampaimu kepada-Nya,  kerana bahawasanya orang yang mukmin itu apabila jatuh daripada dosa,  maka jadilah ia menyesal  dan Ihtiqar dirinya.  Maka adalah demikian itu sebab dalam sampaimu.

Keterangan Suluk

18

Page 19: Tanda Mati Hati

Kadang-kadang(bukannya selalu atau bukan semestinya begitu),  dibukakan bagimu pintu taat dengan rajin dan tekun untuk mendirikan dan menambah, mempertingkatkan setiap amalan kebajikan yang disukai oleh syarak.

Rajin sembahyang dan puasa, tekun dalam menuntut ilmu, bersemangat dalam berwirid dan berzikir, suka menganjurkan kebaikan untuk diri sendiri dan umum dan sentiasa cenderung untuk melipatgandakan amal taat yang sedia ada.

Tetapi malangnya, ...... semua amal taat dan kebajikan yang dikerjakan itu tiada dibukakan bagimu pintu Qabul  yakni  tidak diterima oleh Allah.  Dengan kata lain amal taat yang mengunung tinggi banyak sekali pun yang kita kerjakan belum tentu dapat menjamin diterima oleh Allah Taala.  Bila sudah tidak diterima,  maka semakin menjauhlah hamba itu dengan Tuhan-Nya.

Banyaklah punca dan sebab-sebabnya yang menjadikan amal taat itu tidak diterima,  tetapi yang paling besarnya ialah wujudnya hama syirik dalam ibadat;  paling tidak,  ... menilik dan  memandang kepada keupayaan diri.  Orang yang bersyirik adalah mereka yang menduakan Allah.  Bila dua,  maka terlontar jauhlah diri daripada mencapai hakikat Keesaan atau Tauhid.

Apabila jalan taat dan kebaikan tidak dapat menghampirkan diri hamba dengan Tuhan-Nya,  sebagai satu Kurnia dari  Yang Bersifat Pengasih lagi Penyayang,  maka dihukum denganmu dosa  yakni maka Allah akan menjatuhkan dirimu kepada suatu dosa dan maksiat yang amat kau kesali.    Dalam baik-baik kita mengistiqamahkan amal kebajikan dan ketaatan kepada Allah,  maka tiba-tiba timbul satu musibah yang menyebabkan diri tersilap dan terjerumus ke dalam najis dosa dan maksiat.  Mungkin tanpa disedari kita telah mengkhianati saudara kita dengan terpaksa menipu atau menindas mereka demi untuk menjaga maruah dan harga diri kita atau keluarga.  Mungkin tanpa sengaja,  kita terambil hak orang lain yang lebih memerlukan demi untuk memelihara keperluan diri dan mungkin apa sahaja yang menjadikan diri kita bertindak tidak mengikut jalan yang diredhoi oleh Allah.  Bila disedari akan kesilapan dan kesalahan diri itu,  betapa hati(orang mukmin) akan menyesali,  menjadi berterbangan segala jantung   kerana takutkan pembalasan Allah.

Tersumbat hati dengan dirasai bahawa tidak satu makhluk pun yang dapat membersihkan najis yang  terpalit itu,  malah dirasakan tidak ada sesuatu yang dapat menolong dan membantunya melainkan Allah Taala Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengampuni.   Maka adalah dosa itu akan sebab sampaimu kepada-Nya  yakni dengan dosa dan penyesalan itu akan membukakan pintu kesedaran bahawa tidak ada sesuatu lagi melainkan Allah sahaja yang dapat membantunya.  Hati yang penuh kesedaran ini sahajalah yang akan sampai kepada Allah.

Tunduk dan merendahkan diri dengan penuh kehinaan dan kedhoifan. Sedar betapa lekeh dirinya, betapa hina dan jahat dirinya , betapa lemahnya diri dan  segala sesuatu yang lain, betapa dhoif diri sendiri hingga tidak berupaya menguruskan kehidupan dengan baik,

yang menjadikan diri lemah longlai tersandar di dinding tanpa ada ruang lagi di sekeliling dengan memandang dan mengharapkan pertolongan belas ihsan dan kebaikan melainkan dari Allah semata-mata.  Keadaan inilah,   dengan hati yang merujuk terus kepada Wajah Allah tanpa sebarang tolehan kepada yang lain;  akan membawa seseorang berhadapan dengan Hadirat-Nya.  Hal ini tidak sebagaimana yang biasa terjadi kepada ahli taat yang memandang akan wujud upaya dirinya.

Inilah ciri-ciri seorang hamba yang  mukmin  kerana orang yang mukmin itu apabila jatuh daripada dosa,  maka jadilah ia menyesal  dan Ihtiqar dirinya.  Maka adalah demikian itu sebab dalam sampaimu.

Tegasnya sewaktu taat tidak dibukakan pintu kehampiran kerana punya hama syirik yang menilik upaya diri,  sebaliknya pintu kehampiran itu dibukakan buat yang berdosa tetapi menyesali dan menyedari lemah dirinya(dengan maksud tidak wujud sesuatu kuasa yang dapat menolong dirinya bagi mendapat sesuatu kebaikan melainkan dengan limpah kurnia dari Allah Taala)  

Keterangan dan Huraian oleh Tok Pulau Manis

Maka sayugianya jangan menilik hamba itu kepada segala surah(rupa) sesuatu[amal];  dan hendaklah menilik ia kepada segala hakikatnya kerana segala surah taat  itu tiada menghendaki ia akan wujud qabul baginya,  kerana mengandungi ia daripada ifat(penyakit) yang memberi kecederaannya daripada tiada ikhlas dalamnya.  Dan demikian itu yang menegahkan daripada beroleh qabul baginya.

Keterangan Suluk

Setelah diketahui betapa sia-sianya memandang kepada upaya diri dalam mendirikan taat,  maka wajiblah bagi hamba yang ingin mencapai kehampiran dengan Allah  tidak menilik kepada segala surah(rupa) sesuatu[amal]  yakni;

Tidak menilik kepada banyak sedikitnya amal atau; Tidak menilik kepada kecantikan dan kebaikan amal itu; Tidak menilik kepada habuan diri seperti keramat dan kemuliaan; Tidak menilik kepada balasan syurga dengan segala nikmatnya; Tidak menilik kepada tempat itu dan ini(depan orang buat,  di belakang orang tidak buat,  atau di masjid banyak beramal tetapi di tempat lain rasa

kurang untuk beramal); Tidak ujub dengan kehebatan diri dalam mendirikan pelbagai taat yang jarang dapat dikerjakan oleh kebanyakan orang;

19

Page 20: Tanda Mati Hati

Bahkan sebagai seorang hamba yang sedar diri hendaklah menilik ia kepada segala hakikatnya  yakni Kehendak Allah,  Kekuasaan Allah,  Kekayaan Allah,  Kemurahan Allah dengan segala Limpah Kurnia-Nya.  Bersyukur dengan memandang kepada Allah Yang Memberi bukannya kepada apa yang diberikan .

Kenapa dan mengapa sehingga wajib seorang hamba itu menilik kepada segala hakikatnya bukan kepada segala rupa amalannya?

Ini adalah kerana segala wajah taat  itu tiada menghendaki ia akan wujud qabul baginya  yakni Allah tidak memandang kepada zhohir dan rupa segala bentuk amal ibadat sebagai syarat penerimaan diterima sesuatu amalan tersebut,  kerana pada seorang yang memandang kepada wajah taat atau keupayaan dirinya menunjukkan mereka masih dibayangi oleh ifat(penyakit) yang memberi kecederaannya daripada tiada ikhlas dalamnya yakni  penyakit-penyatkit seperti riya',  ujub, takabbur dan sebagainya yang sememangnya sukar untuk dilihat seumpama semut hitam yang berjalan di atas batu hitam pada waktu yang kelam.

Dengan adanya hama penyakit yang menyelinap di sebalik sesuatu ketaatan itu,  maka jauhlah amalan tersebut daripada memasuki pintu qabul atau penerimaan oleh Allah Taala.

Keterangan dan Huraian oleh Tok Pulau Manis

Dan wujud surah(rupa) dosa itu tiada menghendaki ia akan jauh tetapi terkadang adalah demikian itu sebab sampainya kepada Tuhan-Nya  dan hasilnya dalam hadirat hampir-Nya seperti yang dikata orang;  terkadang dosa itu memasukkan ia ke dalam syurga.

Keterangan Suluk

Jika terkadang ketaatan yang didirikan itu boleh melontarkan jauh seorang hamba daripada pintu kehampiran dengan Tuhan-Nya,  demikianlah pula kadang-kadang dosa dan maksiat yang dikerjakan oleh seorang hamba itu boleh menjadi sebab untuk sampai kepada Tuhan-Nya,  masuk ke dalam Hadirat-Nya Yang Maha Mulia.  Keadaan ini amat ajaib dan susah sekali untuk diterima oleh kebanyakan orang yang tidak memahami pokok hakikat ini.  Namun yang pastinya di sisi orang-orang sufi terkadang dosa itu membawa rahmat kepada mereka sehingga ada yang berkata; terkadang dosa itu memasukkan ia ke dalam syurga.

Kenapa boleh jadi terbalik hukumnya di sini?   Yang banyak mengerjakan amal taat dijauhkan dari pintu rahmat Tuhan sedangkan yang mengerjakan maksiat ditarik masuk ke dalam pintu Rahmat-Nya.

Penjelasan ini boleh kita perolehi dari............ Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis

Dan kata Abu Hazam ra.;

Bahawasanya hamba yang mengerjakan amal kebajikan itu  maka dibaikkannya pada ketika mengerjakan dia,  dan tiada menjadikan Allah daripada kejahatan yang terlebih memberi mudhorat baginya daripadanya.

Keterangan Suluk

Mengikut pandangan mereka yang suci faham dan luas ilmu,  jika seorang hamba mengerjakan amal kebajikan serta dibaikkannya sewaku mengerjakannya seperti

menganggap dirinya yang baik dan sholeh, mana ada orang lain yang sanggup buat amal seperti aku, betapa tekun dan rajinnya aku berwirid atau menuntut ilmu, betapa bersungguh-sungguhnya aku dalam mujahadah, betapa seronok dan bersemangatnya  aku dalam mengerjakan amar makruf dan nahi mungkar;

maka orang yang membaikkan amalannya seperti ini,  meletakkan dirinya dalam  lembah kejahatan dan tiada menjadikan Allah daripada kejahatan ini yang terlebih memberi mudhorat bagi dirinya.  Betapa tidak memberi mudhorat sedangkan dalam amal taat itu tumbuh pelbagai virus dan penyakit hati seperti ujub,  suma'ah,  riya', sombong  dan takabbur,  syirik dan sebagainya lagi.  Namun bagi para salik,  ada lagi yang  terlebih memberi mudhorat kepadanya sebagaimana yang pernah diucapkan oleh seorang Sufi sebagaimana berikut;

Kepentingan untuk diri sahaja adalah racun yang bisa bagi orang yang masih murid.  

Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis

Dan bahawasanya hamba yang mengerjakan amal kejahatan itu,  maka dijahatkannya pada ketika mengerjakan dia;  dan tiada menjadikan Allah Taala daripada kebajikan yang terlebih memberi manfaat baginya daripadanya.

Keterangan Suluk

Berbeza dengan seorang hamba(mukmin) yang mengerjakan dosa dan maksiat,  maka dijahatkannya pada ketika mengerjakan dia;

dengan memandang kepada dhoifnya diri dengan menilik kepada lemahnya upaya dalam mengatur urusan hidupnya;

20

Page 21: Tanda Mati Hati

dengan menyesali di atas keterlanjuran diri dengan merujuk dan bertaubat kepada Allah di mana dengan semuanya tiada menjadikan Allah Taala daripada kebajikan yang terlebih memberi manfaat bagi dirinya.

Betapa tidak memberi manfaat untuk dirinya kerana dengan memandang kepada dhoifnya diri,  lemahnya upaya, hinanya diri,  merujuk dan kembali kepada Allah,  menjadikan mereka seorang yang kembali menetap kepada hakikat kehambaan(Ubudiyah) sebagaimana yang dikehendaki;  tidak sebagaimana seorang yang mendakwa Sifat Rububiyah Tuhan-Nya.

Maksiat yang mempusakai ia akan kehinaan dan Iftiqor,  maka keluar hamba itu daripada dirinya dan kembalilah ia kepada Tuhan-Nya terlebih baik daripada taat yang mempusakai ia akan kemuliaan dan kebesaran.  Maka keluarlah hamba itu daripada Sifat Ubudiyah kepada mendakwa Sifat Rububiyah.  Maka inilah

maksiat yang mempusakai Sifat Ubudiyah iaitu yang terlebih mulia sifat.

Setelah difahami dengan sejelasnya akan hakikat sebenarnya di sebalik sesuatu anugerah dan tegah sebagaimana yang telah dibincangkan dalam beberapa keterangan yang lalu,  maka sedarilah kita bahawasanya tujuan sebenarnya kurnia dan tegah itu adalah kerana Dia(Allah) ingin memperkenalkan Diri-Nya kepada hamba-hamba-Nya.  Kenal...... sama ada dengan pengenalan mahu pun dengan penyaksian diri.    Dibawa dirimu dengan keadaan Sayang-Nya kepadamu supaya diketahui,  dikenali atau disaksikan betapa Agung dan betapa  Maha Tinggi-Nya Ketuhanan Allah yang dengan segala sifat-sifat-Nya Yang Maha Sempurna yang terzhohir melalui/di sebalik Anugerah dan Tegahan dari-Nya.

Untuk itu,  hendaklah difahami bahawasanya Dia(Allah) dalam menyatakan Tajali-Nya kepadamu,  bisa datang dalam pelbagai wajah dan bentuk,  supaya disaksikan yang banyak dalam yang satu dan yang satu dalam yang banyak.  Tidak ada bezanya,  dan tiada sedikitnya diskriminasi,  hanya yang ada Keesaan dan Kesatuan Zat Allah yang bersifat dengan segala sifat-Nya  Yang Jalal dan Jamal.  Selebih-lebih  keterangannya berkaitan dengan perihal ini  ialah dengan memasuki bidang rasa dan bidang hal yang tidak mampu untuk tafsirkan walaupun dengan susunan kata yang berjelujur.

Keterangan dan Huraian oleh Tok Pulau Manis

Maka sayugianya bagimu hai hamba,  bahawa jangan engkau perbezakan antara keduanya jikalau engkau kehendaki akan makrifat Tuhanmu;  dan tiada diperhamba-Nya akan dikau akan kasih bagi bahagian nafsumu.

Keterangan Suluk

Dengan keterangan di atas,  maka bertemulah kita dengan petunjuk kepada apa yang dicari-cari oleh mereka yang ahli ilmu,  ahli amal,  ahli mujahadah,  ahli zikir,  ahli suluk,  ahli thoriqat dan yang lain-lainnya.   Makrifat akan Tuhan-Nya itulah titik akhir pencarian mereka.  Maka untuk itu wahai ahli-ahli ilmu,  wahai ahli-ahli amal,  ahli-ahli zikir dan yang lain-lainnya;

Sedarilah jika engkau ingin mendapatkan makrifat akan Tuhanmu itu,  maka wajib bagimu(di sisi ahli sufi),

tidak membeza-bezakan antara kurnia dan tegah, tidak liar dan jinak dengan kehadiran kedua-duanya, tidak memandang dan menilik kepada bentuk-bentuk habuan atau musibah, tidak terpinga-pinga dengan kehadiran Warid dan Tajali-Nya,

tetapi bahkan pandanglah dan syuhudlah kepada Keesaan dan Keagungan Sifat-Sifat,  Zat Ketuhanan Yang Wajibal Wujud.   Inilah pandangan dari hati yang punya Makrifat;  tidak memandang dan  membeza-bezakan bentuk-bentuk yang datang,  Tidak terpengaruh dengan rupa dan wajah yang terzhohir tetapi bahkan menyatukan segala sesuatu dalam Lautan Keesaan Tuhan.

Dengan memiliki pandangan yang berMakrifat ini,   maka lepas bebas dan merdekalah diri engkau daripada  sujud dan memperhambakan diri kepada keinginan hawa nafsumu.

Sebenarnya,  suka dan duka kepada kurnia  dan tegah itu,   adalah daripada feel dan sifat orang-orang yang terhijab dan terdinding daripada memandang Esa Ketuhanan-Nya Allah.

Keterangan dan Huraian oleh Tok Pulau Manis

Maka barangsiapa berasa sakit dengan tegah,  maka iaitu mahjub;  dan barangsiapa melihat dalamnya(tegah sebagai) kurnia,  maka iaitu kepadanya tiada mahjub.  Dan hanya sahnya diperoleh demikian itu daripada suci fahamnya dan luas ilmunya.

Keterangan Suluk

Keterangan di atas adalah untuk memperihalkan berkenaan hal-ahwal ahli-ahli Mahjub(yang terdinding daripada melihat hakikat).   Antara contoh orang-orang yang mahjub(terhijab dari memandang hakikat) ialah mereka yang berasa sakit dengan sesuatu tegah.

Tidak senang dengan kedhoifan dan kekurangan diri dan ingin sekali kepada kekuasaan dan kelebihan di sisi manusia,  maka ini Ahli Mahjub; Tidak senang dengan kesusahan dan kesakitan dan senang sekali dengan kemudahan hidup dan keselesaan diri,  maka ini Ahli Mahjub; Tidak senang kerana tidak kesampaian sesuatu hajat(seperti harta,  anak,  ilmu,  keramat  dsb) dan ingin sekali setiap cita-cita dan impian hidup

tercapai,  maka ini pun dari golongan ahli Mahjub;

21

Page 22: Tanda Mati Hati

Liar apabila kedatangan bala dan musibah,  tetapi jinak hati dengan sesuatu nikmat,  maka ini pun ahli Mahjub juga.o Termasuk juga di sini,  melenting apabila diri dikritik,  senang apabila idea/pandangan ilmu diikuti

o menyalahkan orang itu dan orang ini semasa musibah,  tetapi menyabitkan kelebihan diri bila kedatangan nikmat.

Sebaliknya pula,  sesiapa yang melihat di dalam tegahan itu sebagai satu kurnia dari Allah Taala,  maka mereka inilah yang layaknya dipanggil Ahli Makrifat atau Ahli Hakikat yang tiada mahjub(terdinding) untuk Menyaksikan Keesaan Tuhan-Nya Yang Maha Meliputi..

Dan sesungguhnya tidak akan dapat menyedari dan menyaksikan akan lautan Keesaan Tuhan itu melainkan pada mereka yang telah suci fahamnya dan luas ilmunya.

Suci fahamnya dengan maksud,  kefahaman yang hasil daripada kesedaran jiwa untuk mengenali hakikat Ketuhanan Allah yang tidak bersandarkan kepada sebarang ilmu,  mana-mana makhluk,  dan apa-apa dalil atau burhan.

Luas ilmunya dengan maksud,  meliputi segala pengetahuannnya  dari yang zhohir kepada yang batin,  dari yang yang rendah kepada yang tinggi,  dari awal kepada yang akhir,  dari yang satu kepada yang banyak,  dan dari yang banyak kepada yang satu,  dari Yang Qadim kepada yang baru.

Jika mereka berdalil pun,  mereka akan berdalil dengan sesuatu yang Qadim(Allah),  bukannya dengan sesuatu yang baru(Alam).  Keluasan ilmu mereka bukanlah dengan Pengajian Insani tetapi hasil dari Pengajian Rabbani,  di mana  segala apa yang dimiliki dan yang diperihalkan adalah semata-mata dengan bersandar dan berpegang kepada Allah Taala.  

Keterangan dan Huraian oleh Tok Pulau Manis

Dan kata Ibrahim Al-Khowas ra.;

Tiada ada fakir hingga ada dalamnya dua perkara.

Pertama, berpegang kepada Allah dan Kedua,  syukur kepada Allah bagi barang yang diperoleh daripada dunia.

Keterangan Suluk

Fakir sebagaimana maksud di atas bukanlah ia bermaksud fakir miskin yang tiada harta benda dan wang ringgit,  tetapi ianya adalah merujuk kepada seorang hamba yang lepas bebas daripada sebarang kehendak,  keinginan dan pergantungan melainkan kepada Allah semata-mata.  Tidak cenderung kepada usaha memperolehi sebarang  anugerah kurnia dan tidak pula liar dengan apa-pa tegahan yang datang bahkan memiliki hati yang sentiasa jinak dengan Allah Taala.

Tiada seorang fakir itu dikatakan fakir yang hakiki melainkan dari mereka yang punya sifat sebagaimana berikut;

Pertama, Apa yang mereka mahukan,  ialah Allah Taala;o dengan berjinak hati kepada Allah,

o sentiasa bersandar dan berharap hanya kepada Allah,

o melakukan sesuatu amal kebajikan kerana Allah semata-mata

bukannya kerana itu atau ini, atau kepada itu atau kepada ini, atau untuk itu atau untuk ini;

o yang menunjukkan mereka itu hanyalah berpegang dan bergantung kepada Allah semata-mata.

Kedua, Sentiasa bersyukur dengan sentiasa memandang kepada Yang Memberi(Allah),  bukannya kepada apa yang diberi dan siapa yang memberi daripada apa-apa nikmat keduniaan yang dikurniakan kepadanya.

Keterangan dan Huraian oleh Tok Pulau Manis

Dan kata  mereka itu(sufiah);

Setengah daripada alamat dihinakan Allah bagi hamba itu [ialah] disampaikan segala hajatnya dalam negeri dunia ini dengan segera.

Keterangan Suluk

Keterangan di atas boleh dijadikan sebagai panduan dan peringatan penting untuk seseorang yang masih banyak melekat pandangan hatinya kepada nikmat-nikmat keduniaan.

Tidak semua kesenangan,  kemudahan dan keberhasilan maksud yang dihajati itu menunjukkan ianya sebagai satu Anugerah Nikmat pemberian dari Allah Taala.

Tidak semua keistimewaan diri yang diperolehi itu menunjukkan diri telah dimuliakan oleh Allah Taala.

22

Page 23: Tanda Mati Hati

Tidak semua kemasyhuran dan kelebihan ilmu atau kelebihan amal,  atau ramainya pengikut-pengikut menyatakan ianya sebagai sesuatu yang Allah muliakan,

tetapi ketahuilah ianya mungkin boleh menjadi tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu sedang dihinakan dengan segera di dunia ini.

Bagaimana mungkin akal yang tumpul atau mata hati yang buta dapat menerima kenyataan di atas sebagai sesuatu yang menghinakan sedang diri sentiasa dikunjungi,  dimuliakan,  kata-kata sentiasa dipatuhi,  hajat permintaan sentiasa dikabulkan???.  Sebenarnya seseorang yang sentiasa dipenuhi hajat dan cita-rasanya akan mudah untuk cenderung kepada tilikan dan pandangan kepada dirinya,  malahan mungkin terjerumus kepada perhambaan dan pergantungan kepada masyiwallah(sesuatu selain dari Allah seperti makhluk,  kekeramatan dsb),   yang akan membenihkan sifat-sifat sombong,  ego,  takkabur,  ujub,  riya dan lain-lain sifat-sifat yang hina secara tersembunyi .

Berlainan dengan seseorang yang sentiasa ditegahkan hajatnya,  sentiasa merendahkan diri,  bertaqarrub kepada Allah  dan mengharapkan keredhoaan dari Allah semata-mata.  Inilah hal-ahwal hamba-hamba yang diberikan kemuliaan yang disegerakan di dunia ini.

Keterangan dan Huraian oleh Tok Pulau Manis

Maka barangsiapa mengetahui daripada-Nya lain daripada barang yang telah tersebut itu,  maka sanya memberi sakit akan dikau itu tegah kerana ketiadaan faham engkau daripada Allah Taala dalamnya.

Dan jikalau faham engkau,  nescaya engkau puji akan Dia atas tiap-tiap  hal;  dan barangsiapa mengetahui akan Allah  mengasih padanya dan menganuherahi atasnya dan sangat menyayang padanya,  maka tiadalah mengapa barang yang dihadapkan kepadanya.

Keterangan Suluk

Sesiapa yang memahami anugerah dan tegah itu mengikut pandangan dan kefahaman kebanyakan manusia yang tidak punya cahaya makrifat,  maka kesannya ialah akan merasa sakit dan susah dalam menerima sesuatu tegahan dan ketidaksampaian hajat dan keinginan.  Mereka akan menilai sesuatu itu mengikut kefahaman yang tohor dan dangkal.  Ini adalah kerana mereka tidak punya pandangan dan kefahaman yang menembusi kepada wujudnya sifat-sifat Allah di dalam tiap-tiap sesuatu yang mendatangi.

Berlainan dengan seseorang yang punya kefamanan yang suci dan luas ilmunya,  yang hasil dari makrifatullah,  nescaya mereka akan memuji dan bersyukur kepada Allah di atas tiap-tiap hal sama ada susah atau senang,  bala atau nikmat,  tegah atau kurnia.  Ini adalah kerana pada mana-mana hal yang datang itu menunjukkan wujudnya perhatian dan tilikan serta anugerah Allah kepadanya.

Dan barangsiapa yang mengetahui dan menyedari bahawa Allah Taala sentiasa mengasihinya dan sentiasa melimpahkan anugerah kurnianya walaupun tanpa dipinta serta sangat menyayangi padanya melebihi kasih sayang ibu-bapa,  maka samalah padanya kurnia dan tegah,  susah dan senang,  bala atau nikmat.  ada atau tiada,  puji atau maki  yang menunjukkan tidaklah dikisahkan barang apa yang dihadapkan kepadanya.   Hal dirinya ialah sentiasa bersyukur dan memandang kepada Allah Taala.

Syukur dalam kurnia, Syukur dalam tegahan, Syukur dalam susah, Syukur dalam senang,  dalam bala,  dalam nikmat, Syukur sewaktu ada dan sewaktu tiada, Syukur pada maki dan puji manusia.

Dengan kerana ini,  Tok Pulau Manis melanjutkan syarahannya dengan mendatangkan ....................

Kata Sheikh Abu Osman Al-Magribi ra.;

Bermula segala makhluk itu sekelian mereka itu serta Allah dalam maqam Syukur dan menyangka mereka itu bahawasanya mereka itu dalam maqam sabar.

Keterangan Suluk

Memang sepatutnya semua makhluk itu sentiasa berada dalam Maqam Syukur sekiranya mereka sentiasa memandang kepada Yang Memberi bukan kepada apa yang diberi

Keterangan dan Huraian oleh Tok Pulau Manis

Dan kata mereka itu(sufiah);

Tiadalah sempurna faqir itu hingga ada menilik Allah baginya dalam tegah itu afdhal daripada tilikan kurnia-Nya.

Keterangan Suluk

Dengan kata lainnya,  kata-kata sufiah di atas boleh ditegaskan sebagai;

23

Page 24: Tanda Mati Hati

Faqir yang sempurna atau Ahli Makrifat yang sejati itu ialah mereka yang lebih suka untuk menilik dan memandang Allah Taala dalam waktu tegahan melebihi kesukaannya untuk menilik Allah sewaktu mendapat sesuatu kurnia dari Allah Taala.

Terkadang dibukakan bagimu pintu taat dan tiada dibukakan bagimu pintu Qabul.  Maka dihukum denganmu dosa.  Maka adalah dosa itu akan sebab sampaimu kepada-Nya,  kerana bahawasanya orang yang mukmin itu apabila jatuh daripada dosa,  maka adalah dosa itu akan sebab sampaimu kepada-Nya,  kerana bahawasanya orang yang mukmin itu apabila jatuh daripada dosa,  maka jadilah ia menyesal  dan Ihtiqar dirinya.  Maka adalah demikian itu sebab dalam sampaimu.

ASMA ALLAH

Apabila Allah memberi Kurnia kepadamu,  maka Ia akan menunjukkan kepadamu Kurnia belas kasih-Nya,  dan apabila menegah pemberian-Nya,  maka Ia akan menunjukkan Kekuasaan-Nya.

Tibalah masanya kita ditemukan dengan  kalimah-kalimah berhikmah yang berbicara berkenaan  wajah-wajah Tajali Allah yang sentiasa mendatangi hati seseorang hamba.   Yang pastinya,  perlu disedari bahawasanya kalam hikmah itu tidak akan terucap melainkan pada lisan seorang hamba yang memiliki persediaan hati dalam menerima Tajali Allah yang menyedari akan wujudnya Kesatuan dalam Keesaan itu.  Tajali Allah ini datang dalam pelbagai wajah dan rupa,  seumpama tebaran spektrum cahaya yang hanya boleh dikesani atau disedari oleh "sedikit orang" sahaja.    Pun begitu,  apabila cahaya-cahaya ini melimpah keluar melalui tutur bicara dan ungkapan-ungkapan yang penuh dengan isyarat-isyarat Ketuhanan,   kesannya adalah amat berguna untuk ditiliki oleh "kebanyakan orang".

Kalam hikmah sebelum daripada ini banyak telah menyentuh berkenaan dengan hakikat dan hikmah kurnia dan tegah;  yang mana jika difahami sebagaimana sedikit orang itu,  maka bersaksikan kita bahawa Kurnia itu banyak yang datang dalam bentuk tegahan,  sebaliknya kebanyakan  kurnia yang rasa dimiliki itu sebenarnya menegahkan kita daripada memperolehi sesuatu yang lebih mulia dan bermanfaat.   Di sisi kebanyakan orang,  tegah itu adalah sesuatu yang sakit dan memeritkan,  sebaliknya di sisi sedikit orang,  ianya adalah merupakan suatu nikmat kurnia  yang tak termampu untuk disyukuri.    Betapa tidak jadi begitu,  mereka lemas dan tenggelam dalam selubungan cahaya-cahaya Tajali Ketuhanan itu.  Cahaya  itu meliputi seluruh pandangan mereka,  meliputi pendengaran mereka,  pengucapan mereka,  perbuatan mereka.   Cahaya yang sentiasa  memandikan mereka dengan kurnia belas Kasih Sayang Allah.

Kalam  Apabila Allah memberi Kurnia kepadamu,  maka Ia akan menunjukkan kepadamu Kurnia belas kasih-Nya,  bermaksud jika Allah memberikan anugerah Kurnia-Nya sama ada dalam wajah pemberian(sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan orang)  atau pun dalam wajah tegahan (sebagaimana yang disedari oleh sedikit orang),  maka Ia(Allah) akan menunjukkan kepada hamba-Nya Sifat Pengasih dan Penyayang-Nya.

Di sisi kebanyakan orang ditunjukkan belas Kasih-Nya dengan dipenuhi segala apa yang dihajatinya;

Nak rezeki murah,  melimpah-ruah diberikannya; Nak berjaya itu dan ini,  diberikan kecemerlangan dan keunggulan dalam bidang yang diceburi, Nakkan anak-anak,  diberikan ramai yang baik-baik dan bijak pula Inginkan kemuliaan dan nama di sisi manusia,  diberikan kemasyhuran sehingga harum namanya;

Manakala di sisi sedik orang pula,  ditunjukkan belas Kasih-Nya dengan disekati daripada kemahuan dan keinginan yang benbentuk keduniaan dan keakhiratan, Kasih Sayang Allah kepada mereka ditunjukkan dengan ketiadaan makanan,  pakaian dan harta-benda sebagaimana yang  biasa diberikan kepada

para Ambiya dan Mursalin. Kasih Sayang Allah kepada mereka ditunjukkan melalui penghinaan dan penyisihan dari kebanyakan manusia; Kasih Sayang Allah kepada mereka melimpah bersama dengan kedatangan bala ke atas diri dan  ahli keluarga. Kasih Sayang Allah kepada mereka diperkenankan dengan pengenalan dan kefahaman(makrifat)  kepada wujudnya Keesaan dalam sesuatu kurnia

dan tegah

Kalam  apabila menegah pemberian-Nya,  maka Ia akan menunjukkan Kekuasaan-Nya   pula bermaksud apabila Allah menegah kurnia kepada hamba-Nya,  maka di dalam tegahan itu sebenarnya Ia(Allah) ingin menunjukkan dan menyatakan akan Sifat Kekuasaan-Nya dalam menentu,  mengatur dan menjadikan segala sesuatu.  Hal keadaan ini sememangnya menjadi asam garam kehidupan setiap insan,  di mana banyak sekali kehendak-kehendak dan keinginan seseorang itu tidak kesampaian.  Sebijak mana caranya,  sekuat mana usaha dan segigih mana ikhtiar dan tadbir dalam memaksudkan sesuatu hajat,   tidak akan dapat mengatasi kekuasaan Allah Yang Mutlak itu.   Sesunguhnya dan sebenar-sebenarnya dalam sesuatu tegahan itu,  Allah ingin menunjukkan Sifat-Sifat Jalal-Nya untuk disedari dan difahami oleh hamba-hamba-Nya.

Dan sesungguhnya di sisi sedikit orang,  dalam mendapat sesuatu tegahan dari Allah itu,  jiwa mereka dipenuhi dengan Tajali-tajali Allah yang menyatakan sifat-sifat Kekuasaan Allah yang Qahar dan Jalal,  sementara sewaktu didatangi nikmat kurnia,  jiwa mereka dipenuhi pula dengan cahaya-cahaya Sifat Jamal Allah.  Pendek kata,  datanglah dalam apa jua bentuk atau wajah,  pandangan mereka sentiasa tersyuhud kepada Kenyataan Sifat-Sifat Allah Yang Maha Sempurna.

Penjelasan berkenaan perkara ini boleh kita dapati dari ........................  

Keterangan dan Huraian oleh Tok Pulau Manis

Manakala diAnugerahi-Nya akan dikau,  nescaya diperlihatkan-Nya akan dikau kebajikan-Nya;  dan manakala ditegahkan Anugeraha-Nya akan dikau,  nescaya diperlihatkan-Nya akan dikau Sifat Qahar-Nya dan Jalal-nya  dan 'Azomah-Nya dan Kibriya(Takbur)nya;  yakni(atau dengan kata lainnya),  manakala mengurniai akan dikau daripada Ihsan-Nya  maka diperlihatkan akan dikau daripada Sifat Kemurahan-nya  dan Nikmat-Nya dan manakala ditegahkan-Nya akan dikau dengan keadaan kebajikan-Nya,  maka diperlihatkan-Nya akan dikau daripada Sifat Jalal-Nya dan Qahar-Nya.

24

Page 25: Tanda Mati Hati

Keterangan Suluk

Di dalam anugerah itu sebenarnya adalah menunjukkan sebagai penzhohiran atau kenyataan Sifat-Sifat Allah yang sentiasa memberikan kebajikan untuk setiap hamba-Nya walaupun tanpa dipinta,  walaupun yang menderhakai-Nya hatta kepada yang Kafir kepada-Nya.   Apa yang perlu disedari di dalam mendapat anugerah kurnia kebajikan itu ialah kepada wujudnya Sifat-Sifat Allah Yang Murah dalam Jamal-Nya,  bukan semata-mata dengan berseronok dan bergembira dengan habuan-habuan yang bersifat keduniaan dan kepentingan diri.

Demikian jua,  di dalam tegahan itu,  sesungguhnya Allah Taala ingin menyatakan dan menzhohirkan Sifat-Sifat Kekuasaan dan Kekerasan.  Bukannya semata-mata dengan bersusah-payah dalam menahani keperitannya,  atau semata-mata membulatkan kesabaran diri,  tetapi bahkan tilikan dan pandangan mata hati sepatutnya disyuhudkan kepada kepada Sifat-Sifat Jalal dan Qahar Allah Taala.

Jika difahami akan maksud dan tujuan-tujuan kurnia dan tegah itu,  maka sewajarnya difahami bahawa sesungguhnya Allah Taala ingin menunjukkan kewujudanNya dan perkenannya kepada seseorang hamba untuk menyedari bahawa Allah itu memiliki Sifat-Sifat Yang Jamal dan Jalal.

Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis

Maka iaitu diperkenankan kepadamu sekali dengan Jamal-Nya dan sekali dengan Jalal-Nya,  kerana bahawasanya yang dituntut daripada hakikat(hamba) itu mengetahui Allah Taala dengan segala Asma-Nya dan segala Sifat-Nya dan tiada kuasa bagi hamba itu atasnya melainkan dengan turunnya segala Warid dan datang segala hikam(hikmah).

Keterangan Suluk

Dengan keterangan di atas,  maka bertemulah dengan erti sebenarnya kurnia dan tegah yang silih berganti mendatangi sesorang hamba-Nya.  Kurnia  adalah  satu perkenan atau pemberian dari Allah.  Demikian jua dengan tegah,  ianya jua adalah satu perkenan atau pemberian dari Allah buat sesorang hamba-Nya.

Sesekali dikurniakan pada sesorang hamba itu untuk mengenal dan tahqiq dengan Sifat-Sifat  Jamal-Nya melalui limpahan nikmat,  dan sesekali dikurniakna pada seseorang hamba itu untuk mengenal dan tahqiq dengan Sifat-Sifat Jalal.  Ianya mendatangi seseorang hamba silih berganti seumpama silih bergantinya siang dan malam atau hujan dan panas,  semata-mata untuk memperkenankan kepada hamba-Nya pengenalan(makrifat) kepada Kesempurnaan Asma-Asma dan Sifat-Sifat-Nya Yang Maha Tinggi.

Itulah yang dituntut dari seseorang hamba kepada Tuhan-Nya;  mengenal dan mengetahui Allah Taala dengan segala Asma-Nya dan segala Sifat-Nya.  Dan sesungguhnya idak akan diketahui dan tiada kuasa bagi hamba itu atasnya melainkan dengan turunnya segala Warid dan datang segala hikam(hikmah)  yaknii  tidak dapat tidak,   jalan untuk memperkenalkan Asma-Asma dan Sifat-Sifat  Allah Taala itu ialah dengan turunnya segala Warid Ketuhanan yang terdiri daripada pelbagai wajah dan bentuk Jamal dan Jalal Allah  di samping kehadiran segala hikmah-hikmah Allah yang terselindung di sebalik sesuatu penzhohiran atau kejadian itu.

Tegasnya,  tiadalah berbeza hakikat tegah dan kurnia itu melainkan pada bentuk-bentuk sahaja.

Perhatikan keterangan-keterangan berhikmah di bawah  sebagai menjelaskan lagi maksud Esanya hakikat itu dan banyaknya bentuk-bentuk itu.

Apabila buih berpecah, air tetap tinggal seperti dahulu juga. Buih itu pada hakikatnya adalah air juga. Rupa atau bentuk itu adalah pada zhohir sahaja tetapi wujudnya tidak ada.  Air sekarang seperti air yang dulu juga. "Yang lain adalah tidak lebih dari hanya nama pada fikiran sahaja".

Oleh yang demikian, semua nama(ASMA) adalah penzhohiran(manifestasi) daripada satu hakikat.  Kadang-kadang hakikat itu lautan; kadang-kadang buih; kadang-kadang ais; dan kadang-kadang salji; kadang-kadang Allah; kadang-kadang makhluk 'benda'; kadang-kadang tidak terhad; kadang-kadang terhad. Nama itu banyak dan yang dinama adalah SATU.

Apabila anda membuat sesuatu rupa atau bentuk dengan gula atau lilin, anda mula-mula perhatikan gula atau lilin, kemudian bentuk benda itu yang mana adalah benda khayalan dan tidak wujud pada lahirnya. Ia ada dalam khayalan sahaja. Pada lahirnya ia adalah gula atau lilinnya. Tidak ada bentuk pada gula atau lilin, apabila anda pecahkan bentuk itu, semuanya hancur.

Oleh itu bentuk tidak beserta dengan gula atau lilin. Ianya tidak ada ukuran yang menjadikannya dua benda yang berasingan. Benda atau rupa adalah "'Adum" [tidak ada] dan gula atau lilin itu adalah lahir sahaja. Oleh itu Wujud dan Sifat Allah sahaja yang ternampak.  

Dengan demikian,  tiadalah bezanya tegah dan kurnia itu melainkan pada bentuk sahaja.  Hakikatnya tetap satu sebagaimana yang boleh kita jelujuri dari.....................

Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis

Maka barang yang muafakat akan tabiat [dinamakan] Kurnia,  dan barang yang menyalah akan tabiat [dinamakan] tegah. Maka,

dengan Kurnia itu engkau lihat akan Sifat Jamal-Nya seperti Karam-Nya dan dengan tegah itu engkau lihat akan Sifat Jalal-Nya  seperti Qahar-Nya.

Maka...

25

Page 26: Tanda Mati Hati

di dalam tegah itu Kurnia,  dano iaitu dikenalkan kepadamu dengan bahawasanya Ia Qahar-Nya

dan dalam Kurnia itu dikenalkan-nya bagimu dengan bahawasanya Ia Karim(Pemurah).

Keterangan Suluk

Dengan keterangan di atas,  maka jelas sekali pada kita semua,  bahawa di dalam kurnia dan tegah itu sememangnya Allah ingin memperkenalkan Sifat-Sifat-Nya Yang Maha Sempurna untuk diketahui oleh setiap hamba-Nya yang sedar diri.  Fahamilah di dalam tegah itu bukanlah Ia(Allah) bermaksud untuk memayahkan hamba-hamba-Nya dan fahamilah bahawa dalam kurnia itu bukanlah Ia bermaksud untuk semata-mata memenuhi runtunan kehendak hamba-hamba-Nya,  tetapi bahkan kedua-keduanya itui adalah sebagai perkenan(pemberian) untuk memperkenalkan Kewujudan Asma-Asma dan Sifat-Sifat-Nya Yang Maha Sempurna.

Maka sayugianya bagimu hai hamba,  bahawa jangan engkau perbezakan antara keduanya jikalau engkau kehendaki akan makrifat Tuhanmu;  dan tiada diperhamba-Nya akan dikau akan kasih bagi bahagian nafsumu.

Berkenaan tujuan hati seorang hamba ini,  terdapat beberapa martabat yang membezakan hal-ahwal dan kedudukan mereka dalam menghayati ruh ibadat mereka.

Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis

Dan setengah daripada mereka itu orang yang qosadkan dengan ilmunya dan amalnya dan barang diperbuatnya daripada kebajikan ditempatkannya dalam hati manusia,  dan menuntut  kebesaran dan ketinggian.

Keterangan Suluk

Apa yang perlu disedari bahawa pengkelasan berkenaan maksud dan tuju hati seorang hamba kepada ibadat memang terbukti nyata ada  jika diperhatikan diperhalusi segala tindak-tanduk feel kelakuan kebanyakan  manusia.

Satu golongan daripada mereka ialah yang terdiri daripada alim ulama atau seseorang yang merasai mempunyai sedikit kelebihan ilmu,  sama ada ilmu dunia atau ilmu akhirat.  Ahli-ahli ilmu ini dengan pelbagai kelebihan diri mereka telah memperbuat pelbagai kebajikan kononnya untuk saudara-saudara sebangsa atau saudara seagama.  Mereka menganjurkan amar dan pelbagai kebaikan,  menyeru manusia kononnya kembali kepada Al-Qur'an dan Al-Hadis,  taat dan patuh kepada perintah agama,  tetapi dalam hati kecil mereka mengendung bersama harapan dan keinginan

agar mereka termasyhur sebagai penganjur kebenaran, terkenal dengan ketinggian dan kebenaran ilmu mereka, suka untuk didekati dan dikenali serta dihormati oleh manusia ramai.

Mereka akan rasa seronok dan berbesar hati jika mereka dihormati kerana kebaikan dan ketinggian mereka,  dan akan merasa kecewa dan kadang-kadang melenting apabila kebaikan dan ketinggian mereka diremehkan oleh orang lain.  Antara ciri-ciri mereka yang sebegini ialah;

Suka bercakap dan banyak menghabiskan masa dengan manusia dalam memperagakan hal diri mereka; Suka berdebat dan berjidal dalam mempertahankan pendirian dan pegangan ilmu mereka; Suka merendah-rendahkan ahli-ahli ilmu yang lain,  lebih-lebih lagi ilmu-ilmu yang mereka tidak kuasai atau langsung tidak tahu mengenainya. Cepat menjatuhkan hukum ini dan itu kerana kononnya punya alasan dan bukti-bukti yang kukuh bersumberkan zhohir ayat Al-Qur'an dan Al-

Hadis. Senang jika ilmunya diakur dan akan melenting apabila datang sanggahan.

Inilah perihal ahli-ahli ilmu dan ahli-ahli kebajikan yang menggunakan kelebihan yang ada pada mereka untuk mendapat mencari habuan diri dan perhatian manusia.  Hamba kepada dirinya dan hamba kepada manusia.  Tidaklah mereka tergolong dalam golongan mereka yang berikhlas kepada Allah.  Mulut kata ikhlas  tetapi hati penuh dengan najis syirik dan penderhakaan.

Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis

Dan setengah daripada mereka itu orang yang qosadkan tinggi darjat dan beroleh kemuliaan dan tasarruf dalam segala kun (perintah makhluk) dan berjalan di atas air dan terbang pada hawa dan terbuka segala yang ghaib-ghaib.

Keterangan Suluk

Yang ini pula,  terdiri daripada mereka yang banyak melakukan amal ibadat dan zikir-zikir yang tak mampu dilaksanakan oleh kebanyakan orang awam.  Mereka berwirid dengan tetap,  mereka berzikir dengan loba dan banyak,  mereka bersuluk dengan masa yang lama tetapi di sebalik hati kecil mereka menginginkan kelebihan-kelebihan maqam dan kedudukan di sisi Allah.

Mereka ingin mencapai maqam-maqam yang tinggi dan mulia sebagaimana yang pernah didengari daripada pelbagai keterangan dan kalau boleh mereka ingin sekali punya kelebihan dan keistimewaan untuk mentadbir dan memerintah segala makhluk-makhluk Allah yang lain.

o Haiwan yang liar dan ganas dapat dijinakkan malah boleh dijadikan hamba yang boleh membantu urusan mereka

o Jin yang ghaib dapat dihubungi agar dapat mengetahui rahsia-rahsia tersembunyi pada kebanyakan manusia

26

Page 27: Tanda Mati Hati

o Punya kelebihan dan keistimewaan keramat-keramat yang mencarik adat seperti berjalan di atas air,  terbang di udara,  terbuka segala yang ghaib-ghaib,  mulut yang masin,  dapat membaca bicara hati manusia dan pelbagai keinginan-keinginan bagi bagi maksud ketinggian dan kemuliaan mereka di sisi manusia dan makhluk lain.

Golongan yang ini pun termasuk dalam golongan mereka yang menyembah hawa nafsu dan bersyirik dengan Allah Taala.  Agak hairan juga,  bagaimana  sesetengah manusia yang jahil akan mudah terpengaruh dengan keistimewaan-keistimewaan sebegini sehingga sanggup memperagakan kehebatan diri mereka bagi menarik perhatian manusia kepada mereka.  Apakah mereka lupa kisah Barshish yang punya anak murid yang dapat terbang di udara,  tetapi akhirnya mati kufur.  Kadang-kadang amat sukar untuk membezakan antara Istidraj dengan Keramat,  tetapi bagi yang berpetunjuk,  perbezaan itu amat jelas sekali,  seumpama malam dengan siang.  

Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis

Dan setengah daripada mereka itu orang yang qosadkan nikmat syurga daripada bidadari dan mahligai

Keterangan Suluk

Qasad yang di atas banyak terdapat pada kebanyakan manusia awam.  Sudah cukup baik jika dibandingkan dengan golongan yang ingin mencapai faedah di dunia ini.  Mereka inginkan habuan mereka di akhirat nanti dan keinginan mereka ini menjadikan mereka seorang yang beramal kerana akhirat.  Bersedekah, bersholat,  berwirid dan berzikir agar Allah mengurniakan pembalasan yang baik di akhirat nanti.  Di samping itu mereka juga berusaha menjadikan kerja-kerja di dunia ini seperti berusaha kasab mendapat faedah di akhirat nanti.

Adalah lebih baik golongan ini yang sanggup menukarkan dunia mereka menjadi akhirat daripada satu golongan lain yang sanggup menukarkan AKHIRAT mereka menjadi habuan dunia mereka.

Mengajar agama(akhirat),  tetapi mengharapkan upah dan gaji(dunia) Belajar agama jauh-jauh(akhirat),  tetapi mengharapkan sekeping ijazah untuk mendapat pengiktirafan manusia(dunia) Sebarkan/dakwahkan ilmu agama dan Tauhid(akhirat),  tetapi menukarkannya dengan tagihkan ketinggian dan kemuliaan  di sisi manusia.

Walaupun qosad mereka yang inginkan pembalasan Allah diakhirat nanti dikira sesuatu yang lebih baik daripada mereka yang ahli dunia,  namun di sisi ahli-ahli sufi golongan ini masih belum bersih dan suci dalam peribadatan mereka.   Mereka masih lagi dibayangi oleh pelbagai habuan yang menyatakan adanya faedah untuk bahagian diri mereka mereka.

Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis

Dan setengah daripada mereka itu orang yang qosadkan Taqarrub kepada Allah dan Keredhoaan daripadaNya dan Kasih bagiNya.

Keterangan Suluk

Golongan yang keempat ini terlebih baik daripada golongan ahli akhirat yang mengharapkan sesuatu habuan di akhirat nanti.  Dalam ibadat dan kebajikan mereka,  mereka hanya ingin mendekatkan diri mereka dengan Allah Taala.  Mereka ingin mencapai kehampiran dan mencari keredhoaan Allah.  Tak dapat habuan dunia pun tidak mengapa malahan tidak dijanjikan dengan pembalasan di akhirat nanti pun tidak mengapa asalkan Allah meredhoinya.  Inilah perihal orang yang punya hati yang kasih dan sayang kepada PenciptaNya.

Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis

Dan setengah daripada mereka itu orang yang tiada mengqosadkan bagiNya dalam ilmu dan amalnya melainkan

diketahuinya dengan Istihaq Al-Ibadat itu ZatNya; dan tazallul dan khudu' dan berdiri kepada suruhNya dan tegahNya dan Tabarri(lepas) daripada haul(upaya)nya dan kuatnya dan ilmunya dan amalnya dan qosadnya dan iradatnya.  Tiada sekali-kali melihat ia

berdiri dengan sezarrah daripada barang diberat padanya.

Dan adalah tiap sezarrah daripada ibadatnya itu jadilah ibadat seribu tahun daripada ibadat mereka itu;  dan iaitulah yang berdiri pada setengah haq segala SifatNya Allah Taala.

Keterangan Suluk

Golongan yang terakhir ini pula adalah terdiri daripada beberapa orang hamba sahaja.

Merekalah golongan yang telah menjejaki hakikat ibadat dan hakikat keesaan Tuhan. Mereka sentiasa menghiasi jiwa mereka dengan sifat yang hina dan merendahkan diri di samping menjunjung tinggi syariat yang dibawa oleh

RasuluLlah SAW.

27

Page 28: Tanda Mati Hati

Mereka laksanakan amal ma'ruf nahi mungkar tetapi di jiwa mereka tidak dipandang sekali keuapayaan dan kekuatan diri dalam mendirikan sesuatu. Merekalah golongan yang lepas bebas dan merdeka daripada perasaan ini dan itu,  tuju ini dan itu,  kerana ini dan kerana itu malahan mereka

sentiasa berada dalam lautan Keesaaan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Mulia.

Mereka tidak punya pandangan kepada bahagian diri mereka malah tidak sekali-kali memandang kepada diri sendiri.  Segala-gala yang disaksikan,  yang didengari,  yang dilakukan,  yang dipertuturkan adalah sebagaimana yang dikatakan;  "Tidakku lihat sesuatu itu,  melainkan kulihat Allah pada tiap-tiap sesuatu itu".

Merekalah golongan ahli ibadat yang sebenar-benarnya AHLI sehingga hilang kesedaran diri dalam ibadat mereka.  Tiada lagi rasa payah dan diberati dengan itu dan ini.  Adalah setiap zarrah nafas daripada Ahli Musyahadah ini menjadi ibadat seumpama ibadat seribu tahun kebanyakan orang.  Merekalah beberapa

orang hamba Allah yang sentiasa tersyuhud kepada Sifat-Sifat Allah Yang Maha Sempurna lagi Maha Mulia.

Barangsiapa menyembah Allah kerana suatu yang diharapnya daripadaNya atau kerana menolakkan ia dengan taatnya akan datang siksa daripadanya,  maka tiadalah ia berdiri pada haq segala SifatNya kerana bahawasanya Haq Tuhan atas segala hambaNya itu bahawa menyembah mereka itu akan Dia kerana segala SifatNya yang Jamiilah.

Mengikut Ahli Tahqiq,  yang dimaksudkan  "Menyembah Allah" bukanlah semata-mata dengan  maksud mendirikan sholat,  berpuasa,  berzikir dan menlaksanakan hak-hak yang dituntut oleh syarak,  dan bukanlah pula hanya bermaksud kepada pengabdian diri yang berkaitan dengan  seluruh hal-ahwal diri sama ada yang berkaitan dengan makhluk atau pun yang bersangkutan dengan ketuhanan;  bahkan jika benar-benar ditahqiq maksud penyembahan itu ialah sesuatu yang melampaui kepada setiap tilikan dan pandangan hati kita.   Sesuatu,  sebagaimana yang terisyarat di sebalik firman Allah;

"Ke mana sahaja kamu memandang,  di situ ada Wajah Allah".

Dengan itu adalah tidak wajar sekali bagi kamu;

dalam mendirikan segala taat dan ibadat yang yang ala kadar itu,  mengendung bersama  sesuatu hajat kebaikan,  kononnya sebagai penghargaan  kepada apa yang telah kamu kerjakan.

o Walaupun bukan kejahatan yang ditujui bahkan kebaikan diri yang diharapkan,  namun adalah tidak patut sekali kau pertaruhkan harapan yang baik itu sebagai galang-ganti di atas amal taat yang dikerjakan itu.

Dan adalah tidak wajar juga,  dalam mendirikan segala taat dan ibadat yang dipelihara itu engkau dasarkan keinginan untuk keselamatan diri di dunia,  kesejahteraan hati,  keberkatan hidup,  keistimewaan-keistimewaan tertentu yang kononnya boleh menyelamatkan diri engkau daripada bala musibah dan azab siksaNya di Hari Kiamat.

Jikalau ditagihkan juga kebaikan dan perlindungan tersebut,  kerana merasa seperti telah mengerjakan satu ketaatan yang ikhlas buat Allah,  maka ketahuilah wahai saudara-saudaraku sekelian,

tiadalah [kamu] berdiri pada haq segala SifatNya yakni selama-lamanya engkau belum mendirikan Haq-Haq Ketuhanan.  Kamu belum lagi berada di atas jalan ibadat yang lurus,  jalan yang tidak dimurkai,  jalan yang diredhoiNya.  Tetapi bahkan apa yang sepatutnya ditiliki oleh seorang hamba yang sempurna Ubudiyahnya ialah kepada Keesaan Zat itu dengan Kesempurnaan Segala Sifat-SifatNya Yang Indah.

Ini adalah kerana  Haq Tuhan atas segala hambaNya itu bahawa menyembah mereka itu akan Dia kerana segala SifatNya yang Jamiilah    yakni Haq Ketuhanan yang wajib dilaksanakan oleh hamba-hambaNya yang ta'bud kepadaNya ialah memerhati dan memandang kepada Segala Keindahan SifatNya Yang Kamalat(Yang Maha Sempurna) itu.   Memerhati sesuatu dengan disandarkan itulah kenyataan Sifat-Sifat Tuhan Yang Qahar,  Yang Qhoni,  Yang Rahim dan lain-lain Sifat yang disedari olehnya.

Mereka sembahyang kerana sedar kepada kenyataan Sifat-SifatNya Yang Maha Tinggi dan Agung; Mereka berpuasa kerana sedarnya kepada kenyataan Sifat-Sifat Yang Menahani,  Yang Menyempitkan dan Yang Ampunya Pekehendak. Mereka berzakat kerana sedar tentang Sifat-SifatNya,  Yang Maha Kaya,  Yang Maha Pemurah,  Yang Maha Adil dan Yang Maha Pemurah. Mereka mengerjakan Haji kerana sedar tentang Panggilan Dan Seruan TuhanNya menghadapNya.

Inilah Haq Tuhan atas segala hambaNya iaitu Menghendaki bahawa menyembah mereka itu akan Dia adalah kerana sedar akan nyata wujudnya segala Sifat Allah yang Jamiilah di setiap yang terzhohir pada amal amat taatnya.

Oleh itu palingkan kejahilan dan kebebalan kita dalam beramal itu kepada menghadap

"Ke mana sahaja kamu memandang,  di situ ada Wajah Allah".

Kata-kata Sheikh Ibnu A'rabi ini baik sekali sebagai perumus keterangan di atas.

Rahsia Kemurahan Tuhan itu terzhohir pada wujud yang tidak ada daya upaya kecuali Allah.

Jika  anda hendakkan syurga sebagai ganjaran dari amal-ibadatmu,  di manakah kemurahan Tuhan di situ?. Jika amal yang anda hendakkan ganjaran itu pun bukan kepunyaan anda,  bagaimanakah mungkin anda pandang kepada amal anda itu?

28

Page 29: Tanda Mati Hati

Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis

Maka barangsiapa menyembah Allah kerana sesuatu,  maka ada ia bagi sesuatu itu dan terdindinglah ia kepadaNya(Allah).

Keterangan Suluk

Dengan demikian barangsiapa menyembah Allah kerana inginkan sesuatu selain dariNya,  maka mereka adalah hamba kepada sesuatu yang diingini itu;  dan tertutuplah pandangan mata hati mereka daripada memandang Keesaan Allah.

Inginkan barakah,  hamba bagi barakah Ingin nama,  kedudukan dan kemasyhuran di sisi manusia,  maka jadilah hamba bagi manusia Inginkan terbuka alam ghaib,  hamba bagi alam Inginkan balasan pahala,  hamba bagi pahala Inginkan syurga,  hamba bagi syurga

Di mana semuanya itu adalah makhluk Allah.  Memandang kepada makhluk dengan melupakan Yang Ampunya Haq menjadikan mereka terhijab daripada maksud ibadat yang sebenarnya yakni memandang kepada Segala Sifat-SifatNya Yang Jamil.

Dengan kerana itulah,  Tok Pulau Manis menegaskan kepada kita.......

Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis

Maka sayugianya atas hamba itu bahawa mengerjakan amal ia bagi TuhanNya 'Azzawajalla,  kerana JalalNya dan 'AzomahNya,  dan barang yang atasNya daripada segala Keelokan SifatNya yang tiada sekutu dalamNya.

Keterangan Suluk

Sayugia di sisi ahli sufi ialah Wajib.  Maka wajib atas mereka mengerjakan amal-taat yang dituntut oleh syarak,  dengan kerana sedar dan  dapat memandang Keagungan dan Kebesaran Tuhan dengan segala KesempurnaanNya daripada segala Keelokan SifatNya yang Esa.  Bukan kerana inginkan itu dan bukan dengan kerana inginkan ini,  bukan pula dengan maksud itu dan maksud ini,  tetapi semata-mata tunduk dan sedar kepada KeagunganNya.   Jika tidak...... maka selama-lamanya diri akan berdosa dan menderhakai Allah dengan kerana masih bersyirik dalam amal taat yang dikerjakan.

Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis

Jikalau menyalah ia akan demikian itu dan mengerjakan ia atas bahagian nafsunya,  maka tiadalah berdiri pada Haq Sifat TuhanNya,  dan adalah yang demikian kejadian daripada Jahil dan Qaflah dan tiada kasihnya bagi TuhanNya dan tiada makrifatnya.

Keterangan Suluk

Jika mereka masih tagihkan itu dan ini,  mahukan anu dan itu kerana merasa punya sedikit kebaikan yang dilakukan,  maka yang demikian itu semata-mata kerana ingin memenuhi bahagian nafsunya yang tersembunyi.  Amat perlu sekali disedari bahawa segala keinginan selain daripada memandang Allah itu adalah daripada runtunan keperluan hawa nafsunya.  Jika sudah berdiri kepada bahagian nafsu mereka,  maka sama sekali tidak akan berdiri pada Haq Sifat TuhanNya.

Bukankah memilih keinginan nafsu dengan meninggalkan Haq KetuhananNya menunjukkan betapa mereka ini adalah termasuk ke dalam golongan mereka yang Jahil dan Qaflah dan tiada kasihnya bagi TuhanNya dan tiada makrifatnya.Tidak kenal kepada TuhanNya.  Yang Bersyirik dan yang  menyembah diri mereka sendiri.

Sungguhpun begitu,  Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.  Dia Mengatur dan Menyusun aturan kehidupan hamba-hambaNya mengikut maqam dan martabat yang dikehendakiNya.  Dengan itu perbezaan akan sentiasa ada.  Sama ada dari segi maqam atau segi martabat atau tahap pemahaman dan kesedaran  mereka terhadap Allah.  Berlainan maqam,  maka berlainanlah hal ahwal dan pengertian mereka kepada hakikat.

Inilah yang cuba diutarakan dari.........

Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis

Dan sesungguhnya telah bersalah-salahan segala qosad orang yang mengerjakan ibadat dengan sekira-kira Maqam mereka itu dan martabat dan faham mereka itu daripada Allah.

Keterangan Suluk

Maqam,  martabat dan kefahaman mereka terhadap Allah itu bergantung kepada segala tujuan hati mereka yang mengerjakan ibadat.

29

Page 30: Tanda Mati Hati

Maka barangsiapa menyembah Allah kerana mengharap-harapkan pahalaNya dan takut siksaNya,  maka sah ibadatnya pada hal ijtima'.  Tetapi ceritera daripada Imam Al-Razi atas ketiadaan sah ibadat orang yang menyembah Allah kerena takut akan siksaNya atau kerana mengharap-harapkan akan pahalaNya.

Keterangan Suluk

Ini berkenaan khilaf atau perbezaan pendapat mengenai apakah akan diterima amal-ibadat mereka yang mengharapkan pahala dan siksa Allah???.  Mereka yang teliti akan mengamalkan pandangan dari Imam Al-Razi di atas.   Dan kita bersyukur kerana melalui ijtima' ulama di atas, mereka yang masih bersyirik dengan pahala dan siksaNya masih berpeluang diterima ibadatnya .  Sesungguhnya ini adalah satu kebaikan dan limpah kurnia yang besar dari Allah 'Azzawajalla.

Namun demikian tersangat jauhlah beza keikhlasan dan siddiq amalan mereka yang menyembah kerana Allah dengan mereka yang menyembah Allah kerana bahagian dirinya.

Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis

Maka jauhlah antara orang yang menyembah kerana Allah dan antara orang yang menyembah akan Dia kerana bahagiannya.

Memang berbeza kerana percakapan mereka pun berbeza,  hal-ahwal mereka pun banyak berbezanya;   mengikut kehampiran dan kefahaman mereka berkenaan dengan Allah Taala.

Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis

HAMBA YANG DIREDHAI

Tidak ada sesuatu yang lebih tinggi dan lebih bererti buat seorang hamba dengan tuannya selain daripada mendapat keredhoaanNya

Apa gunanya mengharapkan amal bakti dan taat dengan balasan wang ringgit atau keselesaan hidup di dunia ini sedangkan diri berada dalam kemurkaan Allah;

Dan tidaklah bererti ketinggian ilmu yang dimiliki di samping kedudukan yang mulia di sisi makhluk sekiranya diri berada dalam pandangan kemurkaan dari Allah;

Dan apalah gunanya amal yang banyak menggunung kiranya sekadar mengharap balasan ini dan balasan itu,  minta dibuka alam ini dan alam sana lantaran harapan dan permintaan itu mengundang kemurkaan dari Allah.

Pendek kata buatlah apa sahaja kebaikan dan ketaatan dan milikilah apa sahaja kesenangan dan keselesaan hidup,  tetapi jika ianya tidak mendapat keredhoaan dari Allah Taala,  maka tidaklah berbaloi segala usaha dan pemilikan yang diterima.

Dengan demikian fahamilah wahai diri,

Biarlah amal sedikit,  atau ilmu yang sedikit asalkan Allah sentiasa meredhoi hal diri kita; Biarlah tidak termasyhur,  hina dan keji pada pandangan manusia asalkan Allah meredhoi hal kita; Biarlah hidup sederhana atau melarat dan terpenjara di dunia ini,  asalkan hal diri kita sentiasa dalam keredhoaan Allah.

Cukuplah.....dan memadailah dengan keredhoaan Allah itu kerana tidak ada apa lagi yang lebih baik selain daripada mendapat keredhoaan Allah,  malah ianya merupakan sebaik-baik Anugerah Allah yang limpah nikmatNya.

Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis

Dan inilah kesudah-sudahan balas bagi Anugerah dan nikmat daripada Allah atasmu jikalau engkau dalam perhimpunan orang-orang yang taat;  dan bersifat engkau daripada demikian antara malaikat yang muqarrabin.

Keterangan Suluk

Keredhoaan Allah inilah sehabis-balas baik pembalasan dengan sehingga-hingga penghargaan dan limpah anugerahNya yang terdiri daripada puncak kenikmatan daripada Allah buat seorang hambaNya yang berada dalam golongan orang-orang taat.  Inilah Anugerah buat mereka yang berada dalam kalangan orang-orang yang ta'bud taat kepada Allah.  Yang sidiq dengan taatnya dan yang benar dalam taatmya.

Dengan ketaatan yang kholis dan sidiq dan dengan limpah kurnia yang besar dari Allah,  maka selayaknyalah mereka berada antara para malaikat yang paling hampir dengan Allah Taala.  Demikianlah perihal berkenaan dengan amal taat,  pembalasan,  pengiktirafan Allah kepada hamba-hambaNya yang diredhoinya.

Cukuplah dan memadailah dengan keredhoaan Allah di atas setiap hal dirimu.  Cukuplah kerena sesuatu yang lain tidak akan bererti tanpa keredhoaan dari Allah Taala

Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis

30

Page 31: Tanda Mati Hati

Dan tiap-tiap demikian itu kemuliaan daripadaNya atasmu kerana bahawasanya taat itu tiada memberi manfaat ia akan Dia seperti yang maksiat itu tiada memberi mudhorat ia akan Dia.  Maka iaitu mendirikan Ia akan dikau dalam taat dan Redho Ia akan dikau bagi taat supaya kembali manfaatnya atasmu.

Keterangan Suluk

Dan dalam tiap-tiap taat dan kebaktian yang kau kerjakan,  dengan keluhuran dan ketulusan hati yang dibawa adalah dan dengan keredhoaanNya atas tiap halmu itu,  maka sesungguhnya ini adalah dari kerana terserlahnya Kemuliaan daripadaNya ke atas dirimu.

Dimuliakan kau dengan dihimpunkan bersama-sama dengan hamba-hambaNya yang taat Dimuliakan kau dengan dihampirkan kepada KesisianNya Dimuliakan kau dengan MeRedhoi di atas setiap hal-ahwalmu dan dengan lain-lain kemuliaan;

Semua kemuliaan tersebut,  bukanlah  kerana dengan ketaatan yang  kau dirikan,  bukan kerana ketinggian ilmumu,  dan bukan kerana eloknya hal-ahwal dirimu dan yang lain-lannya,  malahan semua perkara-perkara tersebut dapat memberi sebarang manfaat kepada Allah,  sebagaimana tiada berkurangan ketinggian dan kemuliaanNya kerana maksiat dan penderhakaanmu kepadaNya.  Dia tetap Maha Tinggi,  Maha Mulia dengan KeperkasaanNya dan Terkaya daripada sesuatu.

Maka ketahuilah,  Allahlah yang mendirikan engkau dengan pelbagai taat dilakukan dan Ia Meredhoi pula hal-ahwal dirimu dengan pelbagai limpah dan Anugerah,  bukanlah dengan usaha dan tadbir diri engkau,  tetapi bahkan semata-mata kembali segala manfaat yang kau kerjakan itu kepada dirimu,  untuk kebaikan dirimu dan untuk memuliakan dirimu.  Sedikit pun tidak ada sebarang manfaat kepada Allah,  malah untuk dirimu sendiri.  Untuk dirimu sendiri.

Kalam hikmah di atas adalah lanjutan penerangan dan penjelasan berkaitan dengan hakikat amal,  hakikat balasan yang memperihalkan berkaitan dengan wajah-wajah Kebaikan dan Keredhoaan Allah terhadap hamba-hambaNya.

Apa yang perlu diinsafi dan disedari terutamanya bagi mereka yang merasa diri banyak melakukan amal taat dan kebajikan,  berdakwah,  berjuang dan berjihad kepada Allah dengan pelbagai ibadat dan kebaikan sama ada untuk dirinya mahupun untuk saudara-sauadaranya yang lain ialah cukuplah dengan mengingati dan memandang bahawa;

Tidak akan terdiri dan terlaksana segala amal taat yang dikerjakan itu melainkan kerana Allahlah yang telah memberikan taufiq dan hidayah kepada mereka tanpa sebarang sebab dan kerana;

Dan betapa dengan kebaikan Allah yang menarik dan membuka jalan-jalan untuk berjinak-jinak dan berada dalam kehampiran denganNya dalam setiap waktu dan ketika.

Dengan rasa yang manis dan lazat,  kerinduaan yang meluap-luap untuk berada dalam MajlisNya menunjukkan bahawa wujudnya pembalasan Allah kepada mereka yang diberikan taufiq dan hidayah dalam mengharungi kepayahan berjuang kepada Allah.

Semuanya ini menunjukkan betapa setiap kepayahan dan kesusahan yang dilalui itu mendapat harga dan penilaian di sisi Allah.  Siapakah lagi yang punya kebaikan yang dapat mengatasi kebaikan Allah ini di mana;

Dalam keadaan lalai dan kufur,  diKurniakan  mereka Taufiq dan Hidayah untuk menyempurnakan amal ibadat dan ketaatan yang zhohir; Dan setelah mengharungi susah payah memelihara dan mengistiqamahkan amalan-amalan yang dikerjakan dibalaskan pula dengan kesucian hati

dan kehalusan pandangan sehingga mencapai kehampiran  untuk berjinak-jinak dengannya.

Sesungguhnya kebaikan Allah itu mengatasi segala perilaku dan hal-ahwal dirimu. Mengapakah lagi engkau ingin berbangga dengan ilmu yang seumpama setitik air lautan itu? Mengapakah lagi engkau ingin diberi perhatian di atas amal ibadat yang disedekah olehNya? Mengapakah lagi diminta balasan di atas keikhlasan hatimu yang dihadiahkan untukmu? Tidakkah cukup dan memadai lagi segala kebaikan dan anugerah yang diberikan itu????

Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis

Dan kata Abu Turab Al-Khusbii rahimallah;

Apabila Shodiq hamba itu dalam amalnya,  nescaya diperoleh manisnya sebelum mengerjakan dia;  dan apabila ikhlas dalamnya,  nescaya diperoleh manisnya pada ketika  mengerjakan dia.

Dan kata Thabit Al-Bunanii ra.;

Telah bersakit aku dalam membaca Al-Qur'an pada masa 20 Tahun dan beroleh aku kesukaannya 20 Tahun.

Dan seperti demikian itu [jugalah] kata Uthbah [pada kesakitan dan kesukaan dalam] mendirikan pada malam.

Dan kata setengah ulama (sufiah) rahimallah;

Tiada dalam dunia itu waktu yang menyerupai ia akan nikmat ahli Syurga melainkan barang yang mendapat akan dia Ahli Tamluq(Rindu) dalam hati mereka itu pada malam khulwat munajat.

31

Page 32: Tanda Mati Hati

Keterangan Suluk

Petikan kata-kata Sufi di atas cukup menggambarkan kepada kita perihal yang berkaitan dengan balasan Allah sebelum dikerjakan,  balasan Allah semasa mengerjakan dan balasan Allah selepas mengerjakan sesuatu amal taat.

Jika dapat difahami dan dikesani oleh jiwa yang halus,  maka jelaslah pada kita bahawa tidaklah layak untuk kita mengharap-harapkan lagi balasan dan keistimewaan dari Allah Taala kerana pembalasan itu sudah sedia ada sebelum,  semasa dan sesudah kita melaksanakan hukum ketentuan dan ketetapanNya.  Dan tidaklah patut(beradab) bagi yang bermakrifat itu mendakwa akan kehebatan ibadatnya,  memandang tinggi akan hal-ahwalnya dan merasai bersih sucinya keikhlasan hatinya kerana semuanya itu adalah kerana wujudnya kebaikan dan keredhoaan Allah ke atas dirinya.

Cukuplah pembalasan itu dengan kebaikan Allah yang  dilimpahkan kepada dirimu. Cukuplah pembalasan itu dengan keredhoaan Allah yang dianugerahkan buat dirimu.

Jangan lah ditukar-tukar lagi keredhoaan dengan kemurkaanNya hanya kerana inginkan itu tamakkan ini.   Bersyukurlah dan bersyukurlah kepadaNya yang telah memberikan kebaikan yang tiada kehinggaan ini.

BALASAN AMALAN

Keterangan Suluk

Kata berhikmah di atas terbit dari seorang yang menjejaki hakikat fakir.  Pada mereka menahan sabar sewaktu tidak memiliki sesuatu terlebih mudah daripada menahan kesabaran sewaktu mendapat sesuatu Kurnia dari Allah.

Biasanya apabila seseorang itu merasa dia memiliki atau mendapat sesuatu tidak mampu untuk menahan kesabarannya daripada memenuhi runtunan nafsu dan sifat-sifat basayariyahnya. Sabar orang kaya yang berkedudukan tidak semudah sabar miskin yang fakir.

Yang kaya mungkin tercabut kefakirannya kerana merasa memiliki sesuatu sedangkan yang miskin akan bertambah berhajat(Fakir) kepada Allah. Yang punya ilmu yang tinggi mungkin tercabut kefakirannya kerana merasa menguasai ilmu-ilmu yang seni dan halus sedangkan yang menjahilkan

dirinya akan bertambah berhajat/(Fakir) kepada cahaya petunjuk dari Allah.

Dengan itu sedar-sedarlah ........Bukankah dengan berkedudukan dalam sesuatu hal itu lebih mudah untuk menanggung kesabaran daripada mempertahankan kesabarannya dalam menyimpan ketinggian ilmunya daripada terkalung ke leher unta atau anjing.

Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis

Maka adalah Haq Taala itu apabila Mengasih akan hambaNya,  nescaya dihijabkannya(tidak diberikan) dunia,  dan disyughulkannya padaNya,  dan diAnugerahi Taufiq dan ikhlas dalam amalnya.

Keterangan Suluk

Bila Allah Kasih pada seseorang hamba,  maka akan ditegahkan mereka daripada mendapat dan memiliki dunia dan habuan-habuannya.

Tidak diberikan harta-benda atau tidak punya nama dan jarang dipedulikan oleh kebanyakan Tidak diberikan anak dan zuriat, Tidak diberikan keramat-keramat dan pembukaan alam ghaib

Dan apa sahaja bentuk-bentuk keduniaan yang menjadi buruan kebanyakan hambaNya.  Sebaliknya orang yang diKasihi Allah ini akan dihadapkan perhatian dan gerak rasa untuk ta'bud  kepadaNya sentiasa.  Mereka akan dilimpahkan Anugerah;

berbimbang dengan pelbagai wirid dan zikir rajin mendirikan amalan-amalan  sunat dengan pelbagai taat dan kebajikan dan seterusnya limpah Ikhlas yang menjadikan mereka yang berikhlas dan benar dalam amal taat dan ketaatan mereka.

Berikhlas dan berikhlas sehingga menjejaki hakikat dalam ikhlas itu.  Beruntung dan berbahagialah hamba yang mendapat Kasih Sayang Allah yang melimpah ruah itu.

Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis

Bermula balas segala orang yang mu'amalah itu tiada tertentu dalam negeri akhirat,  tetapi[bahkan] terkadang diZhohirkan Haq Taala daripadanya bagi setengah kekasihNya dalam negeri dunia;  dan demikian itu kerana bahawasanya pekerjaan orang yang mengambil upah yang adil itu diberi upahnya sebelum selesai pekerjaannya.

Keterangan Suluk

32

Page 33: Tanda Mati Hati

Kalam hikmah dan syarah di atas adalah berkaitan dengan ibadat yakni mu'amalah dan balasan terhadapnya.  Ketahuilah,...... dengan kebesaran Allah Yang Maha Tinggi segala pembalasan di atas amal taat dan ibadat yang dikerjakan di dunia ini bukanlah hanya tertentu balasannya di dalam negeri akhirat nanti,  bahkan setengah daripada Kekasih Allah yang dipilih telah pun mendapat habuan balasan mereka secara tunai lagi dunia ini.  Balasan yang tunai sebagaimana tunai amal ibadat yang telah didirikan mereka.   Betapa beruntungnya golongan kekasih Allah ini kerana;

Mereka tidak perlu menunggu sehingga mati dan bangkit di negeri akhirat untuk memasuki syurga yang tersedia;  malahan telah dibalaskan dengan "Jannatul 'ajilah"

Mereka tidak perlu menunggu hari akhirat untuk melihat sesuatu yang tertutup di dunia ini malahan telah dilihat kemuliaan Allah dan dipandang  akan segala kebesaran Allah,   dan telah didengar segala Kalam Allah pada dunia yang fana ini.

Segala-galanya seakan-akan telah nyata dan terbuka di depan matanya,  berada dalam pekerjaanNya dan menetap pada KeadaanNya.  

Demikianlah hebatnya limpahan Kasih Sayang Allah sehingga

menyegerakan sesuatu yang sepatutnya bertangguh; membukakan sesuatu yang sepatutnya disembunyikan,

Hal yang demikian itu adalah kerana  bahawasanya pekerjaan orang yang mengambil upah yang adil itu diberi upahnya sebelum selesai pekerjaannya. Yang dimaksudkan upah yang adil ialah

hal ibadat hamba yang siddiq (betul dan shohih mengikut syariat yang dipimpin oleh Rasulullah SAW dengan kaifiat-kaifiat yang diijmakkan oleh ulama tabie dan tabie-tabie)

yang ikhlas (yang tidak berdasarkan dan bercampur dengan kecenderungan basyariyah) dan yang kholis (yang suci bersih daripada sebarang persyirikan dan keakuan diri).

Dengan kerana mereka memiliki hal ta'bud yang adil itu,  maka selayaknya mereka diberikan pembalasannya sebelum dan semasa mendirikan hak-hak Ubudiyah mereka.  Antara contoh mudah wajah pembalasan ini ialah dengan sholat;

sebelum sholat telah diberikan rasa kerinduaan yang meluap-luap supaya cepat masuk sesuatu waktu bersholat.o Tidakkah kerinduaan untuk bermunajat dengan Allah itu menunjukkan sebagai satu balasan(upah) yang disegerakan sebelum lagi

didirikan sesuatu pekerjaan. semasa bersholat telah diangkat kedudukan diri mereka dan dibukakan sesautu yang tersembunyi pada yang lain,  diperasakan rasa manis dan lazat

dalam bermunajat,  dipertemukan sepasang kekasih yang saling merindui.o Masya Allah....bukankah ini membuktikan balasan yang disegerakan sebelum sesuatu pekerjaan itu selesai.

Allah jua yang menentukan dan mengkadarkan segala sesuatu buat hamba-hambaNya.   Keterangan yang lebih terpeninci berkenaan dengan wajah-wajah pembalasan ini boleh diperolehi dari.........

33