Tangg Am

23
Tanggam Joint Norhayat B Marzuki

description

TANGGAM

Transcript of Tangg Am

Page 1: Tangg Am

TanggamJoint

Norhayat B Marzuki

Page 2: Tangg Am

Tanggam LekapTanggam ini di buat dengan menarah kedua-dua bahagian keping kayu yang dilekapkan. Tarahan ini hendaklah ½ tebal kayu supaya apabila dilekapkan permukaannya berkeadaan rata. A . Tanggam lekap palang - digunakan pada dua keping kayu yang bersilang. Sesuai dijadikan pembahagi pada bahagian dalamB . Tanggam lekap siku ( penjuru ) digunakan pada sudut pemidang yang kecil. Ia perlu diperkukuhkan dengan skru, baji dan nut & bol.C. Tanggam lekap – digunakan untuk menyambung pemidang lintang dengan pemidang tegak yang bertemu secara bersilang.D. Tanggam lekap penjuru rencong bertingkat – digunakan untuk membuat kerangka atau pemidang gambar. Rencong berfungsi untuk melindugi/menutup ira hujung kayu. Tetingkat yang dibuat untuk menempat cermin dan papan lapis.E. Tanggam lekap oblik – digunakan untuk menyambungkan pemidang/kerangka yang bertemu pada sudut 45º,60ºdan 75ºF. Tanggam lekap bajang-T digunakan pada pembinaan pemidang tengah bertemu dengan pemidang tegak.

Page 3: Tangg Am

Tanggam Lubang dan Puting

Tanggam ini adalah tanggam yang paling kuat dalam kategori tanggam pemidang. Ia mempunyai berbagai-bagai bentuk dan tiap-tiap bentuk ini pula mempunyai fungsi yang tertentu.A. Tanggam lubang dan puting biasa – kedua-dua

keping kayu yang akan disambungkan hendaklah sama tebal

B. Tanggam lubang dan puting buntu.C. Tangam lubang dan puting berbahu sebelah –

digunakan apabila kayu pemidang lintang lebih nipis daripada kayu pemidang tegak seperti pembinaan kaki meja biasa. Puting ini mempunyai sebelah bahu sahaja dan tebalnya ialah ½ tebal kayu pemidang lintang.

D. Tanggam kekang-T – digunakan untuk menggantikan tanggam lubang dan puting biasa pada pertemuan kedua-dua bahagian kayu yang jauh dari hujungnya.

Page 4: Tangg Am

…Tanggam Lubang dan PutingE. Tanggam lubang dan puting berjanjang – digunakan apabila

pemidang lintang bertemu dengan pemidang tegak pada hujungnya seperti kaki meja dan kerusi. Ukuran panjang janjang sama dengan tebal putting. Fungsi janjang ialah untuk mengelakkan pemidang lintang daripada beralih kedudukannya atau terpiuh jika pemidang mengecut.

F. Tanggam lubang dan puting berjanjang berbahu tinggi rendah – sebelah bahu putting dikerat panjang sedikit untuk menerima tetingkat pada pemidang tegak. Ia digunakan apabila pemidang dibuat bertetingkat seperti pada panel pintu.

G. Tanggam kekang penjuru – nama lain bagi tanggam ini ialah tanggam lubang dan putting terbuka. Ia digunakan pada penjuru pemidang.

H. Tanggan lubang dan puting – ia boleh dibuka pasang. Tanggam ini terdapat pada gelegar lantai.

J. Tanggam bagan – digunakan untuk menyambung pemidang yang menggunakan kayu yang lebar >100mm. Hujungnya mempunyai putting ( jari ) yang sepadan dan sama saiznya.

Page 5: Tangg Am

Tanggam BajangA. Tanggam bajang biasa - tanggam ini mempunyai dua bajang yang

bentuknya seperti ekor punai. Keratan hujung kayu boleh dilihat pada kedua-dua belah muka tanggam. Curam pada tepi bajang bajang diserongkan mengikut kadar 1:6 bagi kayu keras ringan dan 1:7 atau 1:8 bagi kayu keras berat. Tanggam ini digunakan dalam pembinaan kotak yang memerlukan sudut yang kuat seperti pada belakang laci dan pemidang dulang.

B. Tanggam bajang biasa – tanggam ini mempunyai tiga bajang. Tanggam ini kegunaannya sama dengan tanggam bajang biasa di atas.

C. Tanggam tetingkat bajang berparit – satu daripada hujung kayu dibuatkan bajang dan pada hujung kayu pula dibuatkan parit untuk menerima bajang tersebut. Tanggam ini lebih kuat jika dibanding dengan tanggam tetingkat lidah berparit.

D. Tanggam bajang biasa – kaedah pembinaan sama dengan tanggam bajang biasa hanya berbeza pada bahagian atas direncong

E. Tanggam bajang biasa – sejenis tanggam siku yang kuat sekali. Pembinaannya sama dengan tanggam bajang biasa. Terdapat tetingkat yang dibuat untuk menempatkan papan lapis yang terdapat pada laci.

Page 6: Tangg Am

…Tanggam BajangF. Tanggam bajang biasa dengan pin bercorakG. H. Tanggam bajang litup – pembinaan tanggam ini serupa

dengan tanggam bajang biasa kecuali soketnya tidak ditembuskan supaya menutup ira hujung kayu pin. Litup dihujung soket ini biasanya 1/3 tebal kayu. Tanggam ini digunakan untuk menyambung di antara gelegar lintang dengan gelegar sambut, sambungan antara papan tepi dengan hadapan laci dan sebagainya.

J. Tanggam bajang sembunyi – kedua-dua hujungnya litup dan direncongkan bagi menyembunyikan hujung kayu. Digunakan pada pembinaan perabut yang mahal yang memerlukan kecantikan dan kekuatan.

K. Tanggam bajang biasa – digunakan untuk membuat kotak yang keempat sisinya dicondong kepada sudut-sudut yang tertentu.

.

Page 7: Tangg Am

Tanggam Parit/Perumahan

A. Tanggam parit tembus –semua hujung dimasukan ke dalam parit. Digunakan untuk membuat tingkat atau dinding pembahagi pada rak buku dan tangga

B. Tanggam tetingkat lidah berparit –satu daripada hujungnya kayu dibuatkan lidah berbahu sebelah dan pada hujung yang kedua pula dibuatkan parit untuk menerima lidah tersebut. Ia digunakan untuk membuat kotak, perabot dan laci.

Page 8: Tangg Am

Tanggam PenetapA. Tanggam penetap untuk kerja melebar – serupa dengan

tanggam temu bezanya terdapat penetap untuk menambahkan kekuatan pegangan. Penetap ini dipasang dengan mengerudi lubang-lubang di tepi papan mengikut jarak yang ditentukan, diglu dan diapit. Panjang penetap yang berkesan hendaklah tidak kurang daripada 6 kali diameternya supaya dimasukkan kedalam tepi keping papan. Papan yang sesuai untuk tanggam ini hendaklah tidak kurang daripada 12 mm tebalnya.

B. Tanggam penetap ditengah – ialah sejenis tanggam temu pada penjuru atau ditengah-tengah yang dikukuhkan dengan penetap. Penetap sebesar 1/3 tebal kayu dimasukkan kedalam tepi kayu atau hujung sedalam 3 kali diameternya. Tanggam ini terdapat pada pemidang lintang dan pemidang tegak kerusi dan meja. Tanggam ini juga banyak digunakan pada perabot yang dihasilkan secara pasang sendiri ( knock down furniture ).

C. Tanggam penetap di penjuru – kaedah pengunaan dan pembinaannya serupa dengan tanggam yang tersebut diatas

Page 9: Tangg Am

Tanggam memanjangA. Tanggam skaf – digunakan untuk memanjangkan kayu tutup tiang,

gulung-gulung dan juga gelegar. Panjang tanggam skaf biasanya 2 hingga 2 ½ kali ukuran lebarnya. Di tengah-tengah tanggam ditebuk lubang untuk menenrima baji lipat dan dikukuhkan dengan memasang tiga atau empat bolt bersama nat.

B. Tanggam plat sambut – sebagai ganti kepada tanggam skaf, kedua-dua keping kayu dikerat lurus pada hujungnya dan disambungkan bersama dua keping logam ( plat kayu juga boleh digunakan ) di kedua-dua hujung belahnya dengan bolt dan nat. Panjang nat biasanya ialah 4 kali lebarnya kayu yang berkenaan.

C. Tanggam sambung jari – biasa digunakan pada kayu bersaiz kecil terutamanya bagi kayu yang diproses dengan mesin. Panjang sambungan ialah 2 kali lebar kayu. Sambungan jari biasanya dilekatkan dengan glu. Contoh tanggam ini boleh didapati pada kayu susur tangan bagi sebuah tangga.

D. Tanggam sambung lekap – pada hujung kedua-dua keping kayu dibuang separuh tebalnya dan dilekapkan sepanjang dua kali lebar kayu. Ia digunakan dalam pembinaan perabot yang tanggamnya tidak menerima tegangan yang berlebihan. Tanggam ini boleh dikukuhkan dengan bolt dan nat.

Page 10: Tangg Am

TANGGAM LUBANG DAN PUTING BUNTUProsedur kerja…

Norhayat B Marzuki

Page 11: Tangg Am

Tanggam Lubang dan Puting Buntu

Tanggam ini adalah yang paling kuat dalam kategori tanggam pemidang. Ia mempunyai hujung buntu.Tanggam ini digunakan apabila pemidang lintang bertemu dengan pemidang tegak yang hujung ira kayu tidak kelihatan. Bahagian puting dikerat pada hujung pemidang lintang dan tebalnya lebih kurang 1/3 tebal kayu yang berkenaan. Lebar puting tidak sepatutnya tidak melebihi 6 kali tebalnya.Lubang dibuat pada pemidang tegak mengikut saiz putting dan dibuat buntu untuk mengelakkan hujung ira kayu kayu daripada kelihatan. Seberapa boleh gunakan saiz pahat yang hampir dengan saiz lubang apabila menebuk lubang.

Tanggam ini boleh dipasakkan dengan menembusi muka pemidang tegak dan putting untuk menguatkannya. Akan tetapi, kayu pasak yang digunakan itu akan mencacatkan rupa permukaan pemidang tegak terutamanya jika tangga ini digunakan untuk membuat perabot.

Page 12: Tangg Am

Prosedur pembinaan daun pintu kabinet yang menggunakan tanggam lubang dan putting buntu

Langkah 1 -Persediaan kayu.Sediakan kayu pemidang tegak dan pemidang lintang mengikut tebal dan lebar yang dikehendaki. Langkah 2 - Merancang tanda Rancang tanda tempat lubang dengan menggunakan tolok pembaris/penanda. Tandakan tebal lubang sama dengan tebal 1/3 tebal kayu pada muka sisi kayu. Tanda dengan tanda pangkah “X” dibahagian buangan dan basi.Tandakan dengan pisau penanda panjang puting dengan ukuran 5/9 lebar kayu dan tolok penanda/ pembaris tebal puting berukuran 1/3 tebal kayu. (tandakan dengan tanda pangkah “X” dibahagian buangan dan basi.

Page 13: Tangg Am

Langkah 3 - Menebuk lubangApit kayu dengan ragum mejaGerudikan bahagian yang telah ditanda dengan menggunakan mesin pelubang (mortiser ) yang terdapat pahat berliang berserta mata pahat berliang tahan lasak.Tebuk lubang dengan pahat berliang sedalam 5/9 lebar kayu

… Prosedur pembinaan daun pintu kabinet yang menggunakan tanggam lubang dan putting buntu

Langkah 4 - Membuat PutingGergaji bahu puting luar dan dalam untuk mendapatkan putingPuting boleh juga dibuat dengan menggunakan mesin gergaji lengan, mesin ‘router’ dan mesin gergaji bulat/piring.Laraskan mata mesin gergaji lengan atau mesin ‘router’ mengikut kadar 1/3 tebal kayu yang telah ditandakan.Buang basi puting atau raut perlahan-lahan dengan menggunakan mesin gergaji lengan atau mesin ‘router’

Page 14: Tangg Am

Langkah 5 . Mencantum dan memasang keempat komponen pemidang.Buat lubang pada 3 lagi anggota pemidang tegak yang lain yang terdapat pada bahagian atas dan bawah pemidang tegak daun pintu.Gergaji puting yang terdapat 3 lagi bahagian pemidang lintang pintu dengan menggunakan mesin gergaji lengan.Cantumkan dan pasangkan kempat-empat komponen dan kukuhkan dengan menggunakan glu P.V.A. Langkah 6 - Pemasangan engselMenanda panjang engsel pada daun pintu dan kerangka kabinetMenolok ketebalan engsel untuk membuat takukMeraut bahagian buangan takukSkrukan engsel kepada daun pintu dan kerangka kabinet Langkah 7 - Pemasangan kumai penyanggaTandakan panjang dan lebar kumai penyangga yang berukuran 30 mm lebarPotong serong/ rencong 45 kayu kumai dengan menggunakan mesin gergaji miter kompounGlu dengan menggunakan glu sentuk dan pakukan dengan menngunakan paku panel 25mm

… Prosedur pembinaan daun pintu kabinet yang menggunakan tanggam lubang dan putting buntu

Page 15: Tangg Am

Tanggam Bajang BiasaTanggam inii mempunyai dua atau lebih bajang yang bentuknya seperti ekor punai. Keratan hujung kayu boleh dilihat pada kedua-dua belah muka tanggam. Curam pada tepi bajang diserongkan mengikut 1 : 6 untuk kayu jenis keras ringan dan 1 : 7 atau 1 : 8 untuk kayu keras berat dan sederhana. Tanggam ini digunakan dalam pembinaan kotak yang memerlukan sudut yang kuat seperti pada bahagian belakang laci dan pemidang dulang.

Pembinaan tanggam bajang biasa untuk membuat laci:Langkah 1 - Persediaan kayu

Sediakan bahagian-bahagian tanggam dalam satu keping kayu supaya lebar dan tebalnya sama

Langkah 2 - Merancang tanda kedudukan bajang pada pin dan soketTandakan tebalnya mengikut tebal kayuBahagikan lebar kayu kepada beberapa bahagian yang sama mengikut bilangan pin dan soket pada kayu.tandakan condong bajang dengan kadar 1 : 6 ( tandakan “X” pada bahagian buangan )

Page 16: Tangg Am

Langkah 3 - Membuat bahagian soketGergaji garisan soket dengan gergaji bajang atau mesin gergaji ‘jig’ sehingga ke garisan tolokTebuk bahagian basi dengan pahat pelubang dari kedua-dua belah kayu Langkah 4 - Membuat bahagian pinPindah tanda soket dengan menggnukan gergaji atau pisau penanda.Gergaji bahagian pin dengan gergaji bajang sehingga ke garisan tolok.Tebuk bahagian buangan dengan pahat perauh dari kedua-dua belah permukaan.

Page 17: Tangg Am

Langkah 5 - ulangi langkah 3 dan langkah 4 di atas untuk membuat soket dan pin pada ketiga-tiga bahagian yang lain langkah 6 - Cantum dan pasang bahagian laci

Setelah siap pembinaan keempat-empat tanggam cantuk dan glu dengan menggunakan glu PVA supaya lebih kukuh. Langkah 7 - Membuat dasar laciBuat lurah atau tingkat untuk menempatkan papan untuk dasar laci.Potong papan lapis mengikut saiz laci dan pakukan pada bahagian belakang papan laci supaya lebih kukuh.

Page 18: Tangg Am

TANGGAM LUBANG DAN PUTING BERJANJANG BUNTU

Tanggam ini digunakan apabila pemidang lintang bertemu dengan pemidang tegak pemidang pada hujungnya seperti pada kaki meja , kerusi dan daun pintu panel serta kabinet. Ukuran janjang ini sama dengan tebal puting. Fungsi janjang ini ialah untuk mengelakkan pemidang lintang daripada beralih kedudukannya atau berpiuh jika pemidang tegak mengecut. Ia juga boleh dibuat buntu untuk mengelakkan hujung ira kayu daripada kelihatan.

Page 19: Tangg Am

PROSEDUR PEMBINAAN TANGGAM LUBANG DAN PUTING BUNTU PADA KERJA-KERJA PEMBINAAN DAUN PINTU

KABINET

Bil Komponen P L T Qty Catatan

1 Pemidang tegak 650 55 24 2 Kayu meranti merah

2 Pemidang lintang 350 55 24 2 kayu meranti merah

Langkah 1 - Persediaan kayu

Sediakan kayu pemidang lintang dan tegak mengikut panjang, lebar dan tebal yang dikehendaki untuk membuat daun pintu kabinet.

Jadual 1: Senarai bahan untuk Daun Pintu Kabinet

Page 20: Tangg Am

Langkah 2 - Merancang tanda • Rancang tanda tempat lubang dengan menggunakan tolok pembaris/penanda.

Tandakan tebal lubang sama dengan tebal 1/3 tebal kayu pada muka sisi kayu. Tanda dengan tanda pangkah “X” dibahagian buangan dan basi.

• Tandakan dengan pisau penanda panjang puting dengan ukuran 5/9 lebar kayu dan tolok penanda/ pembaris tebal puting berukuran 1/3 tebal kayu. (tandakan dengan tanda pangkah “X” dibahagian buangan dan basi.

Langkah 3 - Menebuk lubang1) Apit kayu dengan ragum meja2) Gerudikan bahagian yang telah ditanda dengan menggunakan mesin

pelubang (mortiser ) yang terdapat pahat berliang berserta mata pahat berliang tahan lasak.

3) Tebuk lubang dengam pahat berliang sedalam 5/9 lebar kayu

… PROSEDUR PEMBINAAN TANGGAM LUBANG DAN PUTING BUNTU PADA KERJA-KERJA PEMBINAAN DAUN PINTU

KABINET

Page 21: Tangg Am

Langkah 4 - Membuat Puting1) Gergaji bahu puting luar dan dalam untuk mendapatkan putting2) Puting boleh juga dibuat dengan menggunakan mesin gergaji lengan, mesin ‘router’ dan mesin

gergaji bulat/piring.3) Laraskan mata mesin gergaji lengan atau mesin ‘router’ mengikut kadar 1/3 tebal kayu yang

telah ditandakan.4) Buang basi puting atau raut perlahan-lahan dengan menggunakan mesin gergaji lengan atau

mesin ‘router’5) Gergaji bahagian basi yang bertanda pangkah untuk mendapatkan janjang. Langkah 5 . Mencantum dan memasang keempat komponen pemidang.6) Buat lubang pada 3 lagi anggota pemidang tegak yang lain yang terdapat pada bahagian atas

dan bawah pemidang tegak daun pintu.7) Gergaji puting yang terdapat 3 lagi bahagian pemidang lintang pintu dengan menggunakan

mesin gergaji lengan.8) Gergaji bahagian basi yang bertanda pangkah untuk mendapatkan janjang.9) Cantumkan dan pasangkan kempat-empat komponen dan kukuhkan dengan menggunakan glu

P.V.A.

… PROSEDUR PEMBINAAN TANGGAM LUBANG DAN PUTING BUNTU PADA KERJA-KERJA PEMBINAAN DAUN PINTU

KABINET

Page 22: Tangg Am

Langkah 6 - Pemasangan engsel1) Menanda panjang engsel pada daun pintu dan kerangka kabinet2) Menolok ketebalan engsel untuk membuat takuk3) Meraut bahagian buangan takuk4) Skrukan engsel kepada daun pintu dan kerangka kabinet Langkah 7 - Pemasangan kumai penyangga5) Tandakan panjang dan lebar kumai penyangga yang berukuran 30 mm

lebar6) Potong serong/ rencong 45 kayu kumai dengan menggunakan mesin

gergaji miter kompoun7) Glu dengan menggunakan glu sentuh dan pakukan dengan

menggunakan paku panel 25mm

… PROSEDUR PEMBINAAN TANGGAM LUBANG DAN PUTING BUNTU PADA KERJA-KERJA PEMBINAAN DAUN PINTU

KABINET

Page 23: Tangg Am

Sekian