TANGGAPAN PELAJAR 4SPH (FAKULTI PENDIDIKAN) … · sederhana iaitu pengaruh latar belakang terhadap...

23

Transcript of TANGGAPAN PELAJAR 4SPH (FAKULTI PENDIDIKAN) … · sederhana iaitu pengaruh latar belakang terhadap...

TANGGAPAN PELAJAR 4SPH (FAKULTI PENDIDIKAN) TERHADAP KERJA

AMALI KEMAHIRAN HIDUP DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOHD RIDZWAN BIN ABD JALIL

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL 2009

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ………………………………………………….

Nama Penulis : MOHD RIDZWAN BIN ABD JALIL

Tarikh : APRIL 2009

iii

DEDIKASI

Dengan Nama ALLAH yang maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dengan keizinanNya jua, Ku bersyukur atas rahmatNya,

Deangan keizinanNya jua maka dapatlah ku siapkan

laporan Projek Sarjana Muda ini.

Khas buat ayah dan bonda yang dikasih dan disayangi

Abd Jalil Bin Hj. Jomri

Dan

Arbainah Binti Mohd Yusof

Yang tidak pernah jemu menitipkan

Kata-kata semangat buat anakmu ini

Tanpa kalian perjuangan ini mungkin takkan berjaya

Buat isteri dan anakku yang dicintai

Noraliza Binti Mohamed Zulkifli,

Dhiya Nur’Auni Binti Mohd Ridzwan

Yang sentiasa memberi dorongan dan galakan,

Yang tidak pernah lekang menguntumkan senyuman

Sebagai pembakar semangat untuk suami dan ayahmu ini.

Buat kakak, adik-adikku yang dikasihi

Yang senentiasa memberikan dorongan dan sokongan

Yang tidak berbelah bahagi

Rakan-rakan seperjuangan

Jutaan terima kasih diatas sokongan kalian

Yang sentiasa melahirkan buah fikiran dan idea yang bernas

Terima kasih untuk segalanya

iv

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian bagi Allah s.w.t dan selawat ke atas junjungan kita Nabi

Muhammad s.a.w. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi kerana memberi kekuatan

dan kesabaran sehingga dapat saya menyiapkan projek ini walaupun terpaksa

menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran. Dengan kesempatan ini, saya ingin

merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pn. Hanim

Binti Sulaiman selaku penyelia Projek Sarjana Muda ini atas segala tunjuk ajar,

bantuan, bimbingan serta nasihat yang diberikan sepanjang tempoh saya menjalankan

kajian ini. Segala ilmu yang dicurahkan akan disimpan dan dipergunakan untuk

kajian akan datang.

Tidak lupa juga ribuan terima kasih diucapkan kepada ayah dan bonda yang

sentiasa diingati dan disayangi kerana banyak memberi galakan dan bantuan semasa

menjalankan kajian ini. Buat isteri yang dicintai lagi disayangi, terima kasih diatas

galakan dan sokongan yang diberi. Buat rakan seperjuangan yang dikasihi, yang

banyak membantu, memberi kata semangat, dan juga galakan serta tunjuk ajar dalam

menyiapkan kajian ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang

terlibat secara langsung atupun tidak langsung dalam menjalankan kajian ini. Semoga

Allah sahaja yang dapat membalas budi baik kalian. Amin.

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tanggapan pelajar 4 SPH (Fakulti

Pendidikan) terhadap kerja amali Kemahiran Hidup di Universiti Teknologi

Malaysia. Ianya merupakan kajian jenis desriktif. Responden terdiri daripada 110

orang pelajar daripada pelajar 4 SPH yang telah menjalani kerja amali kemahiran

hidup di Universiti Teknologi Malaysia. Mereka telah diberikan satu set soal selidik

yang telah diuji kebolehpercayaan dengan nilai Cronbach Alpha 0.822. Data telah

dianalisis secara desriktif dengan menggunakan perisian Statistical Package For

Sosial Sciences (SPSS 15.0) untuk menentukan kekerapan, peratus dan min. Hasil

kajian mendapati bahawa pandangan pelajar tentang tanggapan pelajar 4SPH (Fakulti

Pendidikan) terhadap kerja amali Kemahiran Hidup di Universiti Teknologi

Malaysia, adalah berada pada tahap yang tinggi iaitu pada fungsi kerja amali

Kemahiran Hidup kepada pelajar dan pengaruh persekitaran terhadap minat dalam

kerja amali. Walaubagaimanapun, terdapat juga faktor yang berada pada tahap

sederhana iaitu pengaruh latar belakang terhadap kecekapan bekerja. Dengan dapatan

kajian yang diperolehi diharapkan mampu membantu mana-mana pihak dalam

menambahkan lagi kegiatan-kegiatan yang dapat memberi kesan yang positif

terhadap pelajar yang terlibat dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup.

vi

ABSTRACT

The purpose of this study is to identify students perception of 4 SPH

students (Faculty Of Education) on Living Skills practical work in Universiti

Technologi Malaysia. The study is of a descriptive survey. Respondents is

comprised of 110 students from 4SPH who had undergone living skills practical

work in University Technology Malaysia. They ware given a set of questionnaires

which has been tested for its reliability with Cronbach Alpha's value of 0.822. Data

have been analyzed by descriptive method by using Statistical Package For Social

Sciences (SPSS software version 15.0) to determine frequency, percent and mean.

Study results found that student's view of perception 4SPH student (Faculty Of

Education) on Living Skills practical work in Universiti Teknologi Malaysia, are

well to do in high-level that is on practical work function Living Skills to student

and environmental influence on interest in practical work. However, also found well

off factor at moderate levels namely background influence on efficiency work. With

study findings achieved is hoped afford to help any inside party add more activities

can provide positive effect on involved student in Living Skills subject.

vii

KANDUNGAN

PERKARA MUKASURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS -

PENGESAHAN PEMBIMBING -

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAI ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL viii `

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xvi

SENARAI RAJAH xvii

viii

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Kajian 4

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Rasional Kajian 7

1.7 Kepentingan Kajian 7

1.8 Batasan Kajian 8

1.9 Definisi Istilah

1.9.1 Tanggapan / Persepsi 9

1.9.2 Pelajar (SPH) Sarjana Muda Teknologi

Serta Pendidikan 9

1.9.3 Kerja Amali 10

1.9.4 Kemahiran Hidup 10

1.10 Rumusan 11

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Fungsi kerja amali 13

2.3 Faktor Persekitaran 14

2.4 Faktor Latar Belakang Pelajar 15

2.5 Rumusan 18

ix

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 19

3.2 Reka Bentuk Kajian 19

3.3 Populasi 20

3.4 Sampel Kajian 20

3.5 Tempat / Lokasi Kajian 22

3.6 Instumen Kajian 22

3.7 Prosedur Kajian 26

3.8 Kajian Rintis 26

3.8.1 Kesahan Instumen 27

3.7.2 Kebolehpercayaan Instrumen 27

3.9 Analisis Data 28

3.10 Rumusan 29

BAB 4 ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN

4.1 Pengenalan 30

4.2 Bahagian A - Latar Belakang Responden

4.2.1 Jantina Responden 31

4.2.2 Bangsa 31

4.2.3 Bilangan Adik Beradik 32

4.2.4 Tahap Pendidikan Tertinggi 32

4.2.5 Pekerjaan Penjaga 33

4.3 Bahagian B - Analisa Inferens

4.3.1 Pandangan Fungsi Kerja Amali

Kepada Pelajar 34

4.3.2 Pengaruh Persekitaran Terhadap

Minant Dalam Kerja Amali 39

x

4.3.3 Pengaruh Latar belakang Terhadap

Kecekapan Bekerja. 43

4.4 Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian 47

4.5 Rumusan 48

BAB 5 PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 49

5.2 Rumusan Kajian 50

5.3 Rumusan Latar Belakang Responden 50

5.4 Rumusan Berdasarkan Persoalan Kajian 51

5.5 Perbincangan Kajian 52

5.5.1 Pandangan Fungsi Kerja Amali

Kepada Pelajar 52

5.5.2 Pengaruh Persekitaran Terhadap

Minat Dalam Kerja Amali 53

5.5.3 Pengaruh Latar Belakang Terhadap

Kecekapan Bekerja 56

5.6 Cadangan 57

5.7 Cadangan kajian lanjutan 58

5.8 Penutup 59

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKASURAT

3.1 Menentukan Jumlah Sampel Daripada Populasi 20

3.2 Bilangan Respoden Mengikut Kursus . 22

3.3 Skala Likert 23

3.4 Petunjuk Min Untuk Mengukur Darjah Penilaian

Terhadap Responden 24

3.5 Taburan Item Soal Selidik, Mengikut Aspek Kajian 25

3.6 Keputusan Analisis Nilai Kebolehpercayaan Kajian 28

3.7 Justifikasi tahap maklum balas terhadap kerja amali. 29

4.1 Taburan bilangan dan peratus responden

mengikut jantina 31

4.2 Ttaburan bilangan dan peratusan

mengikut bangsa 31

4.3 Taburan bilangan dan peratusan mengikut

bilangan adik beradik. 32

4.4 Taburan bilangan dan peratusan mengikut

tahap pendidikan tertinggi.

32

4.5 taburan bilangan dan peratusan mengikut

pekerjaan penjaga. 33

4.6 Taburan responden mengikut peratusan bagi

Pandangan fungsi kerja amali kepada pelajar 34

xii

4.7 Taburan peratusan dan frekuensi mengikut

tahap rendah, sederhana, dan tinggi bagi

Pandangan fungsi kerja amali kepada pelajar. 38

4.8 Taburan responden mengikut peratusan

dan frekuensi bagi Pengaruh Persekitaran

Terhadap Minat Dalam Kerja Amali 39

4.9 Taburan responden mengikut tahap rendah,

sederhana dan tinggi bagi Pengaruh Persekitaran

Terhadap Minat Dalam Kerja Amali 42

4.10 Taburan responden mengikut peratusan dan

frekuensi bagi Pengaruh Latar belakang Terhadap

Kecekapan Bekerja. 42

4.11 Taburan peratusan dan min bagi soalan kajian

tentang Pengaruh Latar belakang Terhadap

Kecekapan Bekerja. 46

4.12 Analisis Keseluruhan Min Responden yang

Menjawab Persoalan Kajian. 46

xiii

SENARAI SINGKATAN

Bil. : Bilangan

PIPP : Program Induk Pembangunan Pendidikan

KPM : Kementerian Pelajaran Malaysia

SMK : Sekolah Menengah Kebangsaan

STPM : Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

SPM : Sijil Pelajaran Malaysia

FPN : Falsafah Pendidikan Negara

UTM : Universiti Teknologi Malaysia

KBKK : Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

SPSS : Standard Package For Social Sciences

SPH : Sarjana Muda Pendidikan Kemahiran Hidup

PKPG : Program Khas Pensiswazahan Guru

KHB : Kemahiran Hidup Bersepadu

N : Bilangan populasi

S : Bilangan Sampel

ATS : Amat Tidak Setuju

TS : Tidak Setuju

TP : Tidak Pasti

S : Setuju

AS : Amat Setuju

F : Frekuensi

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN MUKA SURAT

Lampiran A Borang Set Soal Selidik 63

Lampiran B Surat Pengesahan Item 68

SENARAI RAJAH

RAJAH 1 Peratusan Responden Bagi Pandanga

Fungsi Kerja Amali Pelajar 38

RAJAH 2 Peratusan Responden Bagi Pengaruh

Persekitaran Terhadap Minat Pelajar 43

RAJAH 3 Peratusan Responden Bagi Pengaruh

Latar Belakang Terhadap Kerja Amali 47

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Malaysia kini sedang memasuki fasa 15 tahun yang kedua ke arah mencapai

Wawasan 2020 ( Hasrat menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri).Pelan

Induk Pembangunan Pendidikan dan Wawasan 2020 yang diperkenalkan antara lain

ingin menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang berasaskan perindustrian.

Sebagai sebuah negara yang sedang menuju ke era perindustrian sepenuhnya, maka

unsur terpenting yang perlu dibina oleh Malaysia ialah modal insan.

Selaras dengan itu, salah satu agenda penting kerajaan adalah untuk

membangunkan satu sistem pendidikan bertaraf dunia. Oleh itu Kementerian

Pelajaran mempunyai tanggungjawab yang amat besar dalam membangunkan modal

insan yang bersifat menyeluruh, progresif, bermoral dan beretika tinggi selain

daripada melahirkan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran.

Matlamat pembangunan modal insan, sebagaimana yang dinyatakan dalam

Rancangan Malaysia Kesembilan, adalah merupakan teras utama di dalam

2

pembangunan negara. Pembangunan modal insan yang bersifat menyeluruh,

progresif, bermoral dan beretika tinggi selain daripada melahirkan modal insan

berpengetahuan dan berkemahiran dapat memainkan peranan penting dalam

meningkatkan produktiviti dan membekalkan kemahiran ikhtisas, pengurusan dan

teknik yang diperlukan bagi pertumbuhan ekonomi Negara+ ( Kerajaan Malaysia,

2007).

Tonggak utama untuk melahirkan sumber tenaga manusia yang sejajar

dengan kehendak wawasan negara adalah sistem pendidikan. Menurut Ketua

Pengarah Pendidikan ketika itu Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Nordin, arah tuju

pembangunan negara dalam Wawasan 2020 mempunyai implikasi yang besar

terhadap sistem pendidikan Negara. Di dalam Tajul Arifin dan Nor Aini,(1992),

pendidikan yang maju akan melahirkan sumber tenaga manusia yang berilmu dan

berketrampilan, di mana akan memberi kekuatan saingan dalam arena ekonomi

antarabangsa kepada negara. Justeru itu, peranan pendidikan teknik dan vokasional

serta kemahiran hidup menjadi semakin penting dalam melatih para pelajar untuk

pekerjaan serta mendedahkan pelajar dalam suasana pekerjaan di industri kelak.

Kepentingan pendidikan teknik, vokasional dan kemahiran hidup dalam

perindustrian dan perusahaan telah dinyatakan dengan jelas dalam Laporan

Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran (1979) iaitu,Dalam

keadaan pembangunan negara pula, hal ini yang menggalakkan penyertaan yang luas

di dalam bidang perusahaan dan perindustrian, peranan pendidikan kemahiran hidup

menjadi penting. Institusi pendidikan ini merupakan tempat melahirkan tenaga mahir

dan separuh mahir dalam bidang teknikal yang sangat diperlukan ke arah membawa

Malaysia kepada taraf negara industri penting.Untuk tujuan ini adalah diperakukan

supaya pendidikan teknik dan vokasional serta kemahiran hidup hendaklah

diperluaskan dan dimajukan.

Ekoran daripada ini banyak institusi pengajian teknik dan vokasional telah

ditubuhkan, misalnya sekolah vokasional dan teknik, politeknik, pusat latihan belia

3

dan institut latihan perindustrian, Institut Teknologi Negeri dan Institut Teknologi

Pekerja. Lain-lain badan separuh kerajaan juga turut terlibat dalam menyumbangkan

tenaga ke arah perkembangan pendidikan teknik dan vokasional ini, sebagaimana

yang disarankan dalam matlamat Wawasan 2020.

Salah satu tenaga mahir yang diperlukan oleh negara dalam bidang teknik dan

vokasional ialah para pendidik, khususnya di institusi pendidikan teknik dan

vokasional. Tanpa pendidik yang berkebolehan sudah tentu usaha ke arah melatih

tenaga manusia yang mahir dalam bidang teknikal ini tidak dapat dilaksanakan

dengan berkesan (Aziz dan Mohamad Arif ,1995).

Universiti Teknologi Malaysia sebagai sebuah institusi yang berorentasikan

teknikal juga turut telibat melatih para pendidik yang akan mengajar di sekolah

teknik dan vokasional, politeknik dan lain-lain institusi pendidikan teknik dan

vokasional. Kursus Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan yang mula ditawarkan

pada tahun 1986, juga telah berjaya melahirkan ramai para pendidik yang mahir

dalam bidang teknikal.

Kesimpulannya, perlaksanaan pendidikan vokasional, teknik dan kejuruteraan

serta kemahiran hidup memainkan peranan yang amat penting bagi menentukan

keupayaan tenaga kerja yang akan merealisasikan matlamat Malaysia menjadi negara

maju. Dengan perkembangan teknologi yang pesat, penguasaan kemahiran teknologi

terkini amatlah penting. Oleh itu, pendidik dan bakal pendidik yang

bertanggungjawab terus dalam bidang teknikal dan kejuruteraan harus sedar tentang

peranan ini agar misi nasional itu dapat dicapai.

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Program Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan yang wujud di Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dilaksanakan dalam bentuk teori dan

amali. Tujuan kerja amali dilakukan ialah untuk membolehkan pelajar

mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari daripada teori kepada keadaan yang

sebenar. Melalui kerja-kerja amali juga, pelbagai kemahiran akan dapat diperolehi.

Bagi pelajar tahun empat (SPH) Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan,

kerja amali adalah merupakan perkara yang semestinya mereka jalankan dalam mana

mengajar di sekolah kelak. Namun terdapat kemungkinan kelemahan dan

permasalahan terhadap kerja amali Kemahiran Hidup yang melibatkan beberapa

perkara.

Pada peringkat awal, pelajar tahun satu (SPH) Sarjana Muda Teknologi Serta

Pendidikan dikehendaki mengambil mata pelajaran Kemahiran Hidup. Ia

merangkumi kerja kayu dan kerja logam, jahitan, masakan dan beberapa mata

pelajaran yang lain. Matapelajaran ini sekaligus menggantikan matapelajaran yang

terdapat dalam teknik dan vokasional. Dalam mata pelajaran ini terdapat sesi kerja

amali yang berbentuk projek. Tujuannya supaya pelajar-pelajar dapat menguasai

kemahiran asas dalam bidang yang diambil. Antara kemahiran-kemahiran yang

ditekankan ialah mengenai penggunaan alatan, penyelenggaraan alatan dan

penggunaan bahan serta sumber. Sebagai bakal pendidik, pelajar Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan harus bersedia untuk menguasai pengetahuan dan

kemahiran semaksimum mungkin kerana segala yang diperolehi akan digunakan dan

disampaikan kepada anak didiknya kelak.

Kefahaman terhadap fungsi kerja amali dalam Kemahiran Hidup merupakan

aspek yang penting. Pada kebiasaannya, penilaian kejayaan sesuatu pengajaran

dibuat ke atas sejauh manakah berlakunya perubahan tingkahlaku terhadap pelajar

5

(Newable dan Canon, 1989). Pengajaran menggunakan srategi projek memberi kesan

yang mendalam kepada pelajar dalam memahami sesuatu pembelajaran kerana kerja-

kerja praktikal dan amali ialah komponen penting dalam pembelajaran yang

berteraskan sains dan kemahiran Newble dan Canon (1989).

Persoalannya sekarang ialah apakah tanggapan pelajar (SPH) Sarjana Muda

Serta Pendidikan terhadap kerja amali kemahiran hidup yang telah diikuti, dapat

membantu mereka mengetahui beberapa faktor yang mempengaruhi dan boleh

mempengaruhi kerja amali mereka. Bagi menjawab persoalan ini, satu kajian perlu

dilakukan untuk melihat dan mengetahui apakah tanggapan mereka terhadap kerja

amali Kemahiran Hidup yang telah diikuti di Universiti Teknologi Malaysia.

1.3 Penyataan Masalah

Program Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan di Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia dilaksanakan dalam bentuk teori dan amali oleh bakal

guru dalam pelbagai bidang. Salah satu bidang yang menjadi pilihan pelajar adalah

bidang kemahiran. Dengan itu, pelajar perlulah menguasai sepenuhnya kemahiran

daripada kerja amali yang telah dijalankan. Menyedari pentingnya kerja amali ini,

maka terlebih dahulu kajian ini ditumpukan kepada beberapa persoalan yang

berkaitan dengan aras kefahaman pelajar terhadap kepentingan kerja amali. Kajian

ini juga dilakukan untuk meninjau dan mengenalpasti setakat mana pengaruh

persekitaran terhadap minat dalam kerja amali samada mampu memberi kesan

kepada pelajar ataupun tidak, serta pengaruh latar belakang latar belakang mereka

terhadap kecekapan bekerja .

6

1.4 Objektif Kajian

Kemahiran Hidup adalah merupakan mata pelajaran baru ataupun lanjutan

bagi pelajar-pelajar (SPH) Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan. Mata pelajaran

ini memberi peluang sama rata kepada pelajar lelaki dan pelajar perempuan untuk

mempelajari bidang-bidang kemahiran teknikal. Justeru itu, semua pelajar perlulah

bersedia supaya tidak ketinggalan dalam menyesuaikan dan melengkapkan diri

dengan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang secukupnya sebagai bekalan

apabila menjadi tenaga pengajar kelak. Menyedari hakikat inilah, kajian dilakukan

untuk :

1. Mengenalpasti persepsi pelajar tentang fungsi kerja amali kemahiran hidup.

2. Mengenalpasti persepsi pelajar (4SPH) tentang pengaruh persekitaran

terhadap minat dalam kerja amali Kemahiran Hidup.

3. Mengenalpasti persepsi pelajar (4SPH) tentang pengaruh latar belakang

pelajar terhadap kecekapan bekerja.

1.5 Persoalan kajian

Untuk mencapai tujuan dan objektif kajian, penyelidik akan mendapatkan jawapan

kepada persoalan berikut.

i. Apakah persepsi pelajar tentang fungsi kerja amali Kemahiran Hidup?

ii. Apakah persepsi pelajar (4SPH) tentang pengaruh persekitaran terhadap

minat dalam kerja amali kemahiran hidup ?

7

iii. Apakah persepsi pelajar (4SPH) tentang pengaruh latar belakang mereka

terhadap kecekapan bekerja?

1.6 Rasional kajian

Para pendidik, ibu bapa dan pelajar perlu mengetahui faktor-faktor yang

mampu menyumbang kepada pencapaian dalam pelajaran seperti Kemahiran Hidup.

Maklumat yang diperolehi membolehkan langkah-langkah yang bersesuaian dan

berkesan diambil untuk membantu pelajar meningkatkan pencapaian mereka.

Terdapat pelbagai faktor yang sering dikaitkan dengan pencapaian dan

kemahiran termasuklah pemahaman pelajr, pengaruh persekitaran dan latar belakang.

Kajian seumpama ini wajar dilaksanakan, terutamanya apabila ianya melibatkan

pencapaian dan kemahiran pelajar. Melaui dapatan ini secara tidak langsung boleh

membantu guru, pembimbing dan penyelia termasuklah pelajar itu sendiri dalam

memperbaiki dan memperbaharui mana-mana faktor atau punca sesuatu masalah dan

kekurangan.

1.7 Kepentingan Kajian

Mata pelajaran Kemahiran Hidup merupakan mata pelajaran yang bercorak

amali yang dijalankan melalui aktiviti atau projek. Oleh itu kejayaan atau kegagalan

sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran amali banyak bergantung kepada pelajar

kerana merekalah yang menjalankan kerja amali tersebut. Adalah menjadi harapan

penyelidik kajian yang dijalankan ini dapat: