Tanggar amanat

20

Transcript of Tanggar amanat

Page 1: Tanggar amanat
Page 2: Tanggar amanat

Khairun NajihahAin Najihah

Siti KhadijahNur Syazua

Nur Syuhaidah

Ahli- Ahli Kumpulan

Page 3: Tanggar amanat

Sinopsis .. Hawa ialah waris kepada Ahmad Abdullah yang memiliki

empayar perniagaan di Amerika Syarikat. Dia sedang mengandung empat bulan. Tempat yang didiami oleh Hawa akan musnah sebagai akibat letupan gunung berapi yang dijangkakan akan berlaku. Berikutan itu, suami Hawa, Adam mengajak Hawa berhijrah ke tempat yang selamat, iaitu Malaysia. Hawa enggan mendengar nasihat Adam. Adam berasa jemu untuk memujuk Hawa lalu meninggalkan Hawa sendirian.

Semasa Hawa bersendirian, dia telah melayang dalam dunianya sendiri. Dia telah bertemu dengan janinnya, iaitu anak di dalam kandungannya. Pertemuan itu membolehkan Hawa berkomunikasi dengan anaknya. Anak Hawa telah menasihatinya agar meninggalkan Amerika Syarikat dan mendengar nasihat suaminya. Hawa tetap dengan pendiriannya untuk kekal berada di Yellowstone, Amerika Syarikat, kerana memegang pesan nendanya anaknya. Anak Hawa menjelaskan bahawa Hawa masih dapat meneruskan apa- apa yang telah diusahakan di tempat lain.

Page 4: Tanggar amanat

Anak Hawa menasihatinya supaya tidak meneruskan usahanya di Amerika Syarikat kerana secara tidak langsung Hawa telah membantu Israel memperoleh sumber kewangan untuk memusnahkan negara-negara Islam. Anak Hawa memberitahu Hawa bahawa Yellowstone akan musnah. Hawa masih bertegas untuk mempertahankan warisan Ahmad Abdullah di Yellowstone. Anak Hawa menjelaskan bahawa dirinya ialah harta warisan yang paling berharga dan merayu agar Hawa memberikannya kesempatan untuk menjadi insan.

Kata-kata anaknya telah menyedarkan Hawa. Hawa akur akan permintaan anaknya untuk menyelamatkan keturunan Ahmad Abdullah. Tiba-tiba ilusi Hawa terputus apabila namanya dipanggil berulang kali oleh Adam. Hawa tersedar daripada khayalannya. Hawa mahu menjadi isteri yang setia kepada Adam. Hawa juga berasa tidak sabar untuk memberitahu Adam bahawa anak mereka lelaki.

Page 5: Tanggar amanat

Tema

Cerpen ini mengemukakan tema ketegasan seorang wanita dalam

mempertahankan empayar perniagaan yang merupakan

warisan keturunannya.

Page 6: Tanggar amanat

PERSOALAN Usaha yang gigih akan membawa kejayaan kepada seseorang

itu walaupun dia berada di negara asing. Kasih sayang seorang ibu terhadap anak lebih daripada

segala-galanya. Kesabaran seorang suami amat penting untuk memastikan

rumah tangga terus harmoni. Sikap berpada-pada dalam memegang prinsip atau

pendirian. Pengorbanan besar yang perlu dilakukan dalam menghalang

keganasan Israel terhadap bangsa Palestin.

Page 7: Tanggar amanat

Watak dan perwatakan

HAWA Hamil empat bulan Generasi ketujuh Ahmad Abdullah Menyayangi suami, iaitu Adam dan bayi dalam kandungannya. Menunggu selama lapan tahun untuk memperoh cahaya mata Bersikap degil untuk terus menetap di Yellowstone. Teguh pendirian dalam mempertahankan warisan yang ditinggalkan oleh

Ahmad Abdullah. Akur dengan bisikan bayinya supaya meninggalkan Yellowstone yang

akan musnah kelak. Bersikap rasional, iaitu bersetuju untuk mengikut suaminya, Adam

pulang ke Malaysia.

Page 8: Tanggar amanat

BAYI DALAM KANDUNGAN

Berada di alam janin. Baru berusia empat bulan. Bijak memberikan pendapat

dan nasihat Bakal lahir sebagai seorang

lelaki. Sayang akan ibunya, Hawa dan

ayahnya, Adam.

ADAM Anak kelahiran Malaysia. Mengahwini Hawa, wanita dari

negara Yellowstone. Memujuk isterinya supaya

pulang ke Malaysia.

Page 9: Tanggar amanat

latar Latar tempati. Di rumah Hawa, di Yellowstone. Contohnya, Adam memujuk Hawa

untuk meninggalkan Yellowstone dan mengikutnya pulang ke Malaysia.

ii. Di alam janin atau alam rahim. Contohnya, perbualan yang berlaku antara Hawa dengan bayinya.

Latar masa Latar masa cerpen ini adalah pada musim gugur. Contohnya, ketika

Adam memujuk Hawa untuk mengikutnya pulang ke Malaysia

Page 10: Tanggar amanat

Latar masyarakati. Masyarakat Melayu yang di tinggal di Amerika Syarikat.

ii. Masyarakat usahawan. Contohnya, Hawa mempusakai perusahaan yang ditinggalkan oleh Ahmad Abdullah.

iii. Masyarakat janin. Contohnya, anak Hawa yang masih berada dalam kandungan dan berusaha menjadi insan.

iv. Masyarakat yang berpendirian tegas. Contohnya, Hawa tegas mempertahankan warisan keturunannya.

v. Masyarakat yang prihatin. Contohnya, Adam begitu prihatin terhadap keadaan sekeliling.

vi. Masyarakat yang kejam. Contohnya, Israel yang melakukan kekejaman terhadap Palestin.

Page 11: Tanggar amanat

Gaya bahasa Bahasa Arab. Contohnya a. kalimah lailahaillah terdengar dalam indah nada.

b. Istighfarnya berenang dalam lautan merah. c. Astaghfirullahalazim!

Bahasa Inggeris. Contohnyaa. Selatan Yellowstone menjadi medan seismic

b. Bahagian bawah abdomennya geli tiba-tiba.

c. Loya menggangu tekak, tetapi dia memaksa diri agar tidak dikalahkan perubahan biologi.

Simile. Contohnyaa. Dunia bagai berayun. Berdiri bagai tidak jejak ke bumi

b. Bahagiannya kembang bagai saratnya menanti masa

Page 12: Tanggar amanat

Hiperbola. Contohnya.a. Kaki terpelanting ke timur. Kepala tercampak ke barat

b. Bonda mengembara di dalam tubuh bonda sendiri.

c. Membongkar gunung hingga menjadi seperti kapas disembur angin.

Personifikasi. Contohnya. a. Angin musim gugur mencuri masuk melalui leher jaket tebalnya.

b. Aroma bunga liar menerpa hidung.

c. Gemuruh air pekak menampar telinga

Repetisi. Contohnya.a. “ Lahir saya di sini, mati saya biarlah juga di sini ”

b. Ada tangan. Ada jari. Ada kaki.

Simpulan bahasa. Contohnya.a. Suara hati

b. Suara akal.

Page 13: Tanggar amanat

nilai Nilai kasih sayang. Contohnya, Hawa amat menyayangi bayi

dalam kandungannya. Nilai ketegasan. Contohnya, Hawa bersikap tegas untuk

mempertahankan warisan keturunan Ahmad Abdullah di Yellowstone.

Nilai nasihat-menasihati. Contohnya, bayi dalam kandungan Hawa menasihatinya supaya berhijrah ke tempat yang selamat

Nila berpandangan positif. Contohnya, Adam berpandangan positif, iaitu yakin selamat sekiranya dia dan Hawa berhijrah ke Malaysia.

Nilai ketaatan. Contohnya, Hawa berjanji akan menjadi isteri yang taat kepada Adam.

Page 14: Tanggar amanat

pengajaran Kita haruslah yakin bahawa rezeki ada di mana-mana sahaja.

Contohnya, Adam berusaha menyakinkan Hawa untuk memulakan perniagaan baharu di Malaysia kerana rezeki ada di mana-mana sahaja.

Kita hendaklah berfikir secara rasional. Contohnya, Hawa berfikir secara rasional tentang bisikan bayinya dan akhirnya bersetuju untuk mengikut Adam pulang ke Malaysia.

Kita janganlah bersubahat dengan pihak musuh. Contohnya, Hawa akhirnya sedar bahawa wang yang diperoleh oleh negaranya digunakan untuk membiayai Israel memusnahkan negara-negara Islam.

Isteri hendaklah setia kepada suami demi kebahagiaan rumah tangga. Contohnya, Hawa bertekad untuk menjadi isteri yang taat setia kepada suaminya, Adam.

Page 15: Tanggar amanat

Soalan

Page 16: Tanggar amanat

Satu perwatakan Hawa yang terdapat dalam novel ini?

Page 17: Tanggar amanat

Dua gaya bahasa dalam novel ini dan contohnya.

Page 18: Tanggar amanat

Huraikan satu nilai yang terdapat dalam novel ini dan contohnya.

Page 19: Tanggar amanat

huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam novel ini dan contohnya.

Page 20: Tanggar amanat

TERIMA KASIH