Tanggar amanat ( nanti printkan setiap helaian 36 keping )

2
TANGGAR AMANAT SINOPSIS Adam & Hawa tinggal di Taman Nasional di Yellowstone Geologis meramalkan kawasan itu akan mengalami gegaran kerana kawasan terletak di atas kawah gunung berapi. Adam mengajak hawa berhijrah ke kampungnya di Malaysia. Hawa berat hati untuk meninggalkan tanah air dan empayar perniagaan warisan keluarganya. Melalui mimpinya, Hawa berinteraksi dengan anaknya yang berada di dalam kandungannya agar dia mematuhi pujukan suaminya kerana pendapatan daripada perniagaannya memberikan keuntungan kepada Israel dan secara tidak langsung digunakan untuk memusnahkan negara Islam. Perkara yang terpenting adalah menyelamatkan keturunan Ahmad Abdullah, zuriat inilah harta warisan yang paling berharga. Akhirnya Hawa memutuskan untuk mengikut suaminya, Adam. TEMA KASIH SAYANG. Sifat kasih sayang Hawa kepada perusahan Ahmad Abdullah menyebabkan Hawa tidak mahu meninggalkan Yellowstone walaupun diancam oleh letusan gunung berapi. Namun begitu , Hawa akhirnya mengambil keputusan untuk menurut kata-kata suaminya, Adam untuk berpindah ke Malaysia kerana dia menyayangi Adam dan anak yang bakal dilahirkannya. PERSOALAN KESAN LETUSAN GUNUNG BERAPI. MEMPERTAHANKAN WARISAN KEKUASAAN TUHAN PERTALIAN YANG WUJUD ANTARA SEORANG IBU DENGAN ANAK YANG BERADA DI DALAM KANDUNGAN. WATAK DAN PERWATAKAN HAWA Isteri Adam. Hawa sedang mengandungkan anak sulungnya. Hawa seorang yang amanah. Hawa memikul amanah mempertahankan perusahaan Ahmad Abdullah sehingga dia tidak sanggup meninggalkan Yellowstone walaupun diancam oleh gunung berapi. Hawa seorang yang tegas pendirian. Hawa tetap tidak mahu meninggalkan Yellowstone walaupun dipujuk oleh suaminya, Adam. Hawa seorang yang penyayang. Hawa amat menyayangi bakal zuriat yang sedang dikandungnya apabila Hawa akhirnya mengubah pendirian untuk kembali ke Malaysia demi menyelamatkan diri dan zuriatnya. Hawa seorang isteri yang taat. Hawa akhirnya berjanji untuk menjadi seorang isteri yang mentaati suami dan akan kembali ke Malaysia bersama-sama Adam.

Transcript of Tanggar amanat ( nanti printkan setiap helaian 36 keping )

Page 1: Tanggar  amanat ( nanti printkan setiap helaian 36 keping )

TANGGAR AMANAT

SINOPSIS

Adam & Hawa tinggal di Taman Nasional di Yellowstone Geologis meramalkan kawasan itu akan mengalami

gegaran kerana kawasan terletak di atas kawah gunung berapi. Adam mengajak hawa berhijrah ke kampungnya di

Malaysia. Hawa berat hati untuk meninggalkan tanah air dan empayar perniagaan warisan keluarganya. Melalui

mimpinya, Hawa berinteraksi dengan anaknya yang berada di dalam kandungannya agar dia mematuhi pujukan

suaminya kerana pendapatan daripada perniagaannya memberikan keuntungan kepada Israel dan secara tidak

langsung digunakan untuk memusnahkan negara Islam. Perkara yang terpenting adalah menyelamatkan keturunan

Ahmad Abdullah, zuriat inilah harta warisan yang paling berharga. Akhirnya Hawa memutuskan untuk mengikut

suaminya, Adam.

TEMA

KASIH SAYANG.

Sifat kasih sayang Hawa kepada perusahan Ahmad Abdullah menyebabkan Hawa tidak mahu meninggalkan

Yellowstone walaupun diancam oleh letusan gunung berapi. Namun begitu , Hawa akhirnya mengambil keputusan

untuk menurut kata-kata suaminya, Adam untuk berpindah ke Malaysia kerana dia menyayangi Adam dan anak yang

bakal dilahirkannya.

PERSOALAN

KESAN LETUSAN GUNUNG BERAPI.

MEMPERTAHANKAN WARISAN

KEKUASAAN TUHAN

PERTALIAN YANG WUJUD ANTARA SEORANG IBU DENGAN ANAK YANG BERADA DI DALAM

KANDUNGAN.

WATAK DAN PERWATAKAN

HAWA

Isteri Adam. Hawa sedang mengandungkan anak sulungnya.

Hawa seorang yang amanah. Hawa memikul amanah mempertahankan perusahaan Ahmad Abdullah

sehingga dia tidak sanggup meninggalkan Yellowstone walaupun diancam oleh gunung berapi.

Hawa seorang yang tegas pendirian. Hawa tetap tidak mahu meninggalkan Yellowstone walaupun

dipujuk oleh suaminya, Adam.

Hawa seorang yang penyayang. Hawa amat menyayangi bakal zuriat yang sedang dikandungnya

apabila Hawa akhirnya mengubah pendirian untuk kembali ke Malaysia demi menyelamatkan diri

dan zuriatnya.

Hawa seorang isteri yang taat. Hawa akhirnya berjanji untuk menjadi seorang isteri yang

mentaati suami dan akan kembali ke Malaysia bersama-sama Adam.

Page 2: Tanggar  amanat ( nanti printkan setiap helaian 36 keping )

ADAM

Suami Hawa.

Seorang yang rasional. Adam mengajak Hawa pulang ke Malaysia kerana dia tahu kesan yang akan

berlaku sekiranya gunung berapi itu meletus.

Seorang suami yang suka menasihati isteri. Adam telah menasihati Hawa agar kembali ke

Malaysia dan meneruskan perusahaan Ahmad Abdullah disana.

LATAR

LATAR TEMPAT

DI RUMAH HAWA…

DI LUAR NEGARA, YELLOWSTONE…

LATAR MASA

PADA WAKTU SIANG

PADA MUSIM GUGUR

LATAR TEMPAT

MASYARAKAT YANG TEGAS PENDIRIAN.

MASYARAKAT YANG MEMPERTAHANKAN WARISAN.

MASYARAKAT YANG PENYAYANG

NILAI

KASIH SAYANG

HAWA AMAT MENYAYANGI SUAMINYA. ADAM DAN BAKAL ZURIAT YANG SEDANG IKANDUNGNYA

APABILA HAWA AKHIRNYA MENGUBAH PENDIRIAN UNTUK KEMBALI KE MALAYSIA DEMI

MENYELAMATKAN DIRI DAN ZURIATNYA.

KETAATAN

HAWA BERJANJI KEPADA DIRINYA UNTUK MENJADI ISTERI YANG MENTAATI SUAMI.

PENGAJARAN

KITA HENDAKLAH MENYAYANGI ANAK-ANAK YANG BAKAL DILAHIRKAN.

HAWA MENGUBAH KEPUTUSANNYA UNTUK KEMBALI KE MALAYSIA KERANA DIA MENYAYANGI

BAKAL ANAKNYA DAN INGIN MENYELAMATKAN ZURIATNYA ITU DARIPADA MENJADI MANGSA

LETUSAN GUNUNG BERAPI.

SESEORANG ISTERI MESTILAH MENTAATI PERINTAH SUAMI.

HAWA MULAI SEDAR KESILAPAN DIRI DAN BERJANJI UNTUK MENTAATI SUAMINYA.

DARIPADA: TEIYA