Tanggungjawab Sosial Korporat - bnm.gov.my · PDF filepekerjaan daripada syarikat-syarikat...

3
138 TADBIR URUS, KOMUNIKASI DAN PEMBANGUNAN ORGANISASI LAPORAN TAHUNAN 2010 Tanggungjawab Sosial Korporat Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility, CSR) sentiasa menjadi sebahagian penting dalam mandat Bank. Sejak beberapa tahun yang lalu, Bank telah menjalankan pelbagai inisiatif CSR, termasuk program biasiswa khas Bank Negara Malaysia, inisiatif menyokong karyawan muda serta Program Graduan yang bertujuan untuk mempertingkat peluang pekerjaan bagi graduan-graduan yang menganggur. Pada tahun 2008, Persatuan Sukarelawan Bank Negara Malaysia atau `Sukarelawan BNM’ telah ditubuhkan untuk memberikan satu landasan kepada kakitangan Bank melaksanakan inisiatif jangkauan (outreach) dalam mendekati segmen-segmen sasaran dalam masyarakat. 1. Sukarelawan BNM Penubuhan Sukarelawan BNM adalah untuk membolehkan kakitangan Bank melaksanakan aktiviti sosial yang berfaedah, secara tidak langsung mewujudkan keseimbangan antara kerja dengan kehidupan, juga pada masa yang sama, mengembangkan kemahiran kepimpinan, meningkatkan moral dan pembinaan sahsiah kakitangan. Dengan moto ’Lakukan Perubahan’, para sukarelawan menggerakkan usaha mereka untuk menyumbang ke arah kemajuan masyarakat yang kurang bernasib baik seperti golongan miskin tegar, kaum wanita dan kanak-kanak yang terpinggir, golongan kurang upaya, warga emas, serta mereka yang mengalami penderitaan disebabkan masalah kesihatan atau bencana alam. Ini semua dilaksanakan melalui penyertaan langsung dan sukarela dalam projek khidmat masyarakat dan sumbangan kewangan. Pelbagai aktiviti dirancang dan dilaksanakan pada tahun 2010 untuk memberi manfaat kepada golongan yang terpinggir dan kurang bernasib baik, serta meningkatkan kesedaran umum tentang celik kewangan dan penjagaan kesihatan. Semangat kesukarelawanan tidak terbatas di kalangan kakitangan Bank sahaja, tetapi juga kepada anggota keluarga dan rakan taulan. Cawangan Bank di seluruh negara juga turut serta secara aktif dalam program ini dengan mengenal pasti dan membantu golongan terpinggir di kawasan-kawasan terpencil yang tidak dapat dijangkau oleh ibu pejabat Bank di Kuala Lumpur. Antara program-program yang dilaksanakan oleh kumpulan Sukarelawan BNM ialah: Program Celik Kewangan Program Celik Kewangan (PCK) dirangka bagi mendidik kumpulan kecil dalam masyarakat mengenai pengetahuan asas kewangan seperti tabungan, perbelanjaan, pelaburan, pengurusan hutang, perancangan perbelanjaan dan pembiayaan mikro. Program ini dijalankan setiap bulan dengan kerjasama Pertubuhan Bukan Kerajaan (PBK) Generasi Gemilang dengan menyasarkan golongan miskin yang kebanyakannya terdiri daripada ibu tunggal. Sukarelawan BNM juga merancang untuk terus mempergiatkan lagi usaha kesedaran kewangan kepada masyarakat di sekitar Sri Pantai dan Prima Selayang pada tahun 2011. Sebagai sebahagian daripada program lanjutan PCK sepanjang bulan Ramadan pada tahun 2010, Sukarelawan BNM telah menemani keluarga yang mengambil bahagian dari Sri Pantai, pergi membeli-belah di sebuah pasar raya besar tempatan. Setiap keluarga diberikan wang sebanyak RM150 untuk membeli makanan, pakaian dan barangan rumah. Memandangkan para peserta telah diberikan empat sesi taklimat berkaitan dengan Pengurusan Kewangan Peribadi sebelum sesi membeli-belah,satu penilaian telah dijalankan selepas aktiviti membeli-belah bagi menilai pemahaman peserta mengenai pengurusan kewangan tersebut. Pemberian Bantuan Makanan Sukarelawan BNM juga telah bekerjasama dengan Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI) untuk membekalkan makanan berkhasiat dan air minuman bersih secara percuma kepada pelbagai masyarakat miskin yang melarat di pusat bandar secara berkala. Selain menyumbang wang untuk membekalkan makanan, sekumpulan enam hingga lapan Sukarelawan BNM turut membantu mengedarkan makanan yang disediakan oleh PERTIWI pada setiap petang Jumaat

Transcript of Tanggungjawab Sosial Korporat - bnm.gov.my · PDF filepekerjaan daripada syarikat-syarikat...

Page 1: Tanggungjawab Sosial Korporat - bnm.gov.my · PDF filepekerjaan daripada syarikat-syarikat tempat mereka menjalani latihan atau memperoleh jawatan ... dan seterusnya menyokong keseluruhan

138TA

DB

IR U

RU

S, KO

MU

NIK

ASI D

AN

PEMB

AN

GU

NA

N O

RG

AN

ISASI

LAPO

RA

N TA

HU

NA

N 2010

Tanggungjawab Sosial Korporat

Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility, CSR) sentiasa menjadi sebahagian penting dalam mandat Bank. Sejak beberapa tahun yang lalu, Bank telah menjalankan pelbagai inisiatif CSR, termasuk program biasiswa khas Bank Negara Malaysia, inisiatif menyokong karyawan muda serta Program Graduan yang bertujuan untuk mempertingkat peluang pekerjaan bagi graduan-graduan yang menganggur. Pada tahun 2008, Persatuan Sukarelawan Bank Negara Malaysia atau `Sukarelawan BNM’ telah ditubuhkan untuk memberikan satu landasan kepada kakitangan Bank melaksanakan inisiatif jangkauan (outreach) dalam mendekati segmen-segmen sasaran dalam masyarakat.

1. Sukarelawan BNM Penubuhan Sukarelawan BNM adalah untuk membolehkan kakitangan Bank melaksanakan aktiviti sosial yang berfaedah, secara tidak langsung mewujudkan keseimbangan antara kerja dengan kehidupan, juga pada masa yang sama, mengembangkan kemahiran kepimpinan, meningkatkan moral dan pembinaan sahsiah kakitangan. Dengan moto ’Lakukan Perubahan’, para sukarelawan menggerakkan usaha mereka untuk menyumbang ke arah kemajuan masyarakat yang kurang bernasib baik seperti golongan miskin tegar, kaum wanita dan kanak-kanak yang terpinggir, golongan kurang upaya, warga emas, serta mereka yang mengalami penderitaan disebabkan masalah kesihatan atau bencana alam. Ini semua dilaksanakan melalui penyertaan langsung dan sukarela dalam projek khidmat masyarakat dan sumbangan kewangan.

Pelbagai aktiviti dirancang dan dilaksanakan pada tahun 2010 untuk memberi manfaat kepada golongan yang terpinggir dan kurang bernasib baik, serta meningkatkan kesedaran umum tentang celik kewangan dan penjagaan kesihatan. Semangat kesukarelawanan tidak terbatas di kalangan kakitangan Bank sahaja, tetapi juga kepada anggota keluarga dan rakan taulan. Cawangan Bank di seluruh negara juga turut serta secara aktif dalam program ini dengan mengenal pasti dan membantu golongan terpinggir di kawasan-kawasan terpencil yang tidak dapat dijangkau oleh ibu pejabat Bank di Kuala Lumpur. Antara program-program yang dilaksanakan oleh kumpulan Sukarelawan BNM ialah:

Program Celik KewanganProgram Celik Kewangan (PCK) dirangka bagi mendidik kumpulan kecil dalam masyarakat mengenai pengetahuan asas kewangan seperti tabungan, perbelanjaan, pelaburan, pengurusan hutang, perancangan perbelanjaan dan pembiayaan mikro. Program ini dijalankan setiap bulan dengan kerjasama Pertubuhan Bukan Kerajaan (PBK) Generasi Gemilang dengan menyasarkan golongan miskin yang kebanyakannya terdiri daripada ibu tunggal. Sukarelawan BNM juga merancang untuk terus mempergiatkan lagi usaha kesedaran kewangan kepada masyarakat di sekitar Sri Pantai dan Prima Selayang pada tahun 2011.

Sebagai sebahagian daripada program lanjutan PCK sepanjang bulan Ramadan pada tahun 2010, Sukarelawan BNM telah menemani keluarga yang mengambil bahagian dari Sri Pantai, pergi membeli-belah di sebuah pasar raya besar tempatan. Setiap keluarga diberikan wang sebanyak RM150 untuk membeli makanan, pakaian dan barangan rumah. Memandangkan para peserta telah diberikan empat sesi taklimat berkaitan dengan Pengurusan Kewangan Peribadi sebelum sesi membeli-belah,satu penilaian telah dijalankan selepas aktiviti membeli-belah bagi menilai pemahaman peserta mengenai pengurusan kewangan tersebut.

Pemberian Bantuan MakananSukarelawan BNM juga telah bekerjasama dengan Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI) untuk membekalkan makanan berkhasiat dan air minuman bersih secara percuma kepada pelbagai masyarakat miskin yang melarat di pusat bandar secara berkala. Selain menyumbang wang untuk membekalkan makanan, sekumpulan enam hingga lapan Sukarelawan BNM turut membantu mengedarkan makanan yang disediakan oleh PERTIWI pada setiap petang Jumaat

Page 2: Tanggungjawab Sosial Korporat - bnm.gov.my · PDF filepekerjaan daripada syarikat-syarikat tempat mereka menjalani latihan atau memperoleh jawatan ... dan seterusnya menyokong keseluruhan

139

TAD

BIR

UR

US,

KO

MU

NIK

ASI

DA

N P

EMB

AN

GU

NA

N O

RG

AN

ISA

SILA

POR

AN

TA

HU

NA

N 2

010

selama 12 minggu berturut-turut. Makanan telah dihantar dengan menggunakan `van makanan’ ke kawasan-kawasan yang ditentukan di kawasan Chow Kit, di sekitar Dayabumi dan Masjid India.

Sumbangan dan Derma untuk Mangsa Bencana AlamSukarelawan BNM juga telah membantu menyalurkan derma bagi membantu mangsa bencana alam pada tahun itu. Salah satu daripada inisiatif ini membabitkan kerjasama dengan Muzium dan Galeri Seni BNM untuk mengeluarkan semula siri `Huruf’ karya Ahmad Zakii Anwar untuk dijual sebagai cetakan edisi terhad. Hasil daripada jualan tersebut disumbangkan kepada Dana Gempa Bumi Haiti. Sukarelawan BNM juga mengutip dan mengagihkan wang derma untuk rakyat Pakistan yang terjejas akibat banjir dan tanah runtuh pada tahun 2010. Sukarelawan BNM turut bekerjasama dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia pada tahun 2010 bagi menyumbang bantuan untuk mangsa bencana alam di negara-negara Asia Tenggara seperti Indonesia (letusan gunung berapi dan tsunami), Myanmar dan Filipina (taufan dan puting beliung) serta Thailand dan Vietnam (banjir).

Program Tuisyen di Rumah OpahSekumpulan Sukarelawan BNM memberikan tuisyen Matematik dan Bahasa Inggeris dua kali seminggu kepada anak-anak yatim di Rumah Opah di Klang. Selain itu, derma dikutip untuk membeli bahan bacaan dan peralatan pembelajaran untuk anak-anak yatim ini. Matlamat program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan anak-anak ini dengan cara yang menyeronokkan dan interaktif. Kejayaan program tuisyen ini telah diteruskan di rumah anak yatim lain di Puchong.

Lawatan Penuh Keriangan ke `Lost World of Tambun´ bersama Kanak-kanak Kurang Bernasib BaikSeramai 36 Sukarelawan BNM menganjurkan rombongan bersama-sama 50 kanak-kanak kurang bernasib baik daripada Pertubuhan Kebajikan Ehsan AshShakur di Rawang ke `Lost World of Tambun´ pada bulan April 2010. Setiap sukarelawan memberikan perhatian khusus kepada kanak-kanak di bawah jagaan mereka. Ikatan persahabatan yang terjalin antara sukarelawan dengan kanak-kanak yang diraikan menjadikan lawatan ini sangat bermakna kepada semua yang terbabit. Sukarelawan BNM terus berhubung dengan kanak-kanak tersebut melalui surat bagi mengekalkan persahabatan yang istimewa ini dan memupuk perhubungan yang telah dibina.

Kesedaran HIV/AIDS Sempena dengan Pameran Pengetahuan Bank 2010, Sukarelawan BNM dengan kerjasama Pusat Pembangunan Modal Insan Bank dan Majlis AIDS Malaysia telah mengadakan pameran untuk kakitangan Bank menambah pengetahuan mereka mengenai masyarakat HIV+ di Malaysia dan bagaimana golongan ini dapat dibantu. Satu ucapan oleh Presiden Majlis AIDS Malaysia, Datuk Mohd. Zaman Khan telah dianjur untuk memberikan kesedaran kepada kakitangan Bank mengenai HIV/AIDS dan juga cara untuk membantu mengurangkan keaiban dan diskriminasi yang dihadapi oleh golongan yang terlibat.

2. Program Graduan Program Graduan 500 atau lebih dikenali sebagai `GP500’ merupakan satu program yang dikendalikan oleh Bank bagi mempertingkat peluang pekerjaan kepada 500 graduan menganggur daripada keluarga yang kurang bernasib baik. Peningkatan peluang untuk mendapatkan pekerjaan dilaksanakan melalui peningkatan kemahiran dan latihan semasa kerja bersama majikan yang bereputasi daripada pelbagai industri untuk jangka waktu satu hingga dua tahun. Syarikat-syarikat di seluruh negara melalui persatuan masing-masing telah bekerjasama dengan Bank bagi memberikan peluang kepada para graduan yang terbabit untuk memajukan diri melalui program pegawai sangkut. Sepanjang program tersebut, Bank telah menganjur, menyusun dan mengubah suai program pembangunan yang tertumpu pada usaha meningkatkan kemahiran analitik, kemahiran berkomunikasi dan keusahawanan dalam usaha mempertingkat kemahiran para peserta yang terbabit. Selain itu program lain yang berkaitan dengan peningkatan diri, kaunseling dan motivasi juga turut disediakan.

Page 3: Tanggungjawab Sosial Korporat - bnm.gov.my · PDF filepekerjaan daripada syarikat-syarikat tempat mereka menjalani latihan atau memperoleh jawatan ... dan seterusnya menyokong keseluruhan

140TA

DB

IR U

RU

S, KO

MU

NIK

ASI D

AN

PEMB

AN

GU

NA

N O

RG

AN

ISASI

LAPO

RA

N TA

HU

NA

N 2010

Setelah lebih dari setahun pelaksanaan program ini, sebanyak 432 graduan daripada 500 graduan yang terbabit telah berjaya mendapat pekerjaan. Kebanyakan mereka mendapat tawaran pekerjaan daripada syarikat-syarikat tempat mereka menjalani latihan atau memperoleh jawatan tetap dengan pelbagai majikan yang lain. Kejayaan GP500 telah mendorong Bank untuk terus melaksanakan program ini pada tahun 2011 dengan tambahan 200 graduan yang masih belum mendapat pekerjaan.

3. Program Biasiswa Khas Bank Negara Malaysia Selain biasiswa tahunan Bank yang dianugerahkan kepada pelajar terbaik yang memenuhi syarat-syarat Bank, Bank Negara Malaysia juga menganugerahkan biasiswa khas Kijang Emas pada peringkat pengajian tinggi bagi memupuk tenaga mahir yang amat diperlukan oleh negara. Pada peringkat menengah pula, anugerah ini diberikan untuk membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Biasiswa Kijang Emas Sebagai sebahagian daripada usaha untuk memupuk tenaga mahir yang amat diperlukan oleh negara, Bank menawarkan lima anugerah yang berprestij setiap tahun kepada pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mereka dapat melanjutkan pengajian dalam bidang pilihan masing-masing. Semenjak diwujudkan pada tahun 2005, biasiswa berprestij ini telah dianugerahkan kepada 32 pelajar terbaik yang telah berpeluang untuk melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang, seperti perubatan, kejuruteraan dan ekonomi. Peringkat pengajian mereka adalah dari peringkat A-Level sehingga ke peringkat yang tertinggi iaitu Doktor Falsafah (PhD).

Anugerah Sekolah Menengah Sejumlah 20 anugerah ditawarkan setiap tahun kepada pelajar terpilih daripada Tingkatan 4 yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR. Anugerah ini diberikan kepada mereka yang tergolong dalam keluarga berpendapatan rendah sebagai inisiatif untuk menggalakkan mereka supaya berjaya dengan cemerlang dalam bidang akademik. Salah seorang pelajar daripada program ini menjadi penerima Biasiswa Kijang Emas pada tahun 2010, sementara empat pelajar lagi telah berjaya memperoleh biasiswa Bank untuk mengikuti program A-Level sejak tahun 2010.

4. Inisiatif Menyokong Karyawan Muda MalaysiaSejak tahun 1962, Bank telah memainkan peranan penting dalam pembangunan seni di Malaysia. Sejak awal koleksinya, ramai karyawan telah menawarkan pelbagai karya seni mereka kepada Bank. Kini, Bank terus mendapatkan karya seni daripada pelbagai pihak seperti para karyawan, galeri serta pusat lelongan secara sistematik, dan seterusnya menyokong keseluruhan industri melalui pembabitan yang aktif dalam setiap sektor pasaran seni.

Sokongan Bank sangat penting kerana pasaran seni di Malaysia masih terlalu kecil dan memerlukan pelaburan yang khusus daripada organisasi yang mampu memberikan sumbangan. Pembukaan sebuah galeri seni bertaraf dunia oleh Bank pada tahun 2011, yang menempatkan sebahagian besar koleksi utama Bank, akan seterusnya menyokong sektor yang baru tumbuh ini dan memberikan landasan baharu untuk pameran karya-karya yang akan datang. Galeri seni yang baharu ini meliputi kawasan seluas 2,010 meter persegi dengan fl eksibiliti untuk menyediakan ruang yang besar atau bersesuaian untuk mengadakan sebarang pameran. Bagi menggalakkan taraf yang tinggi dalam penghasilan karya seni, Bank melalui Anugerah Kijang tahun 2004 menganjurkan pertandingan seni terbuka bagi menggalakkan karyawan di Malaysia menghasilkan karya yang unggul untuk menambah koleksi kekal Bank. Sejak tahun 2006, Muzium Mata Wang Bank telah menganjurkan `Undangan Seni’ yang memperkenalkan karyawan-karyawan muda dan sedang meningkat kepada industri kewangan.