Tanggungjawab Terhadap Aset Dalam Al-Ijārah Thumma Al...

11
234 Tanggungjawab Terhadap Aset Dalam Al-Ijārah Thumma Al-Bay(AITAB) Menurut Perspektif Fiqh 1 Nik Abdul Rahim bin Nik Abdul Ghani & Nur Hidayah Hamizah bt. Mat Tohid Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Artikel ini bertujuan untuk menghuraikan pandangan ulama terhadap isu tanggunggjawab terhadap aset dalam AITAB menurut perspektif fiqh. AITAB merupakan salah satu produk hybrid yang menggabungkan kontrak ijārah dan bay c . Dalam tempoh pembiayaan, produk AITAB mesti mematuhi hukum ijārah . Dalam konteks perkhidmatan kewangan kini, didapati aplikasi produk ini masih tertakluk kepada peruntukan undang-undang yang kurang bersesuaian dengan interpretasi hukum ijārah. Hal demikan dapat diperhatikan dalam isu tanggunggjawab penyelenggaraan aset dan isu tanggungjawab menanggung kos takaful. Dalam aspek isu penyelenggaraan aset, semua tanggungjawab itu dipindahkan kepada penyewa, sedangkan menurut fiqh, tangunggjawab itu hanya perlu diselenggara oleh penyewa, sekiranya kerosakan aset itu berpunca dari kecuaiannya atau disebabkan penggunaannya di luar daripada adat kebiasaan. Begitu juga dalam isu tanggungjawab untuk menanggung kos takaful, penyewa juga perlu menanggung kos tersebut, sedangkan menurut syariah pihak bank yang perlu menanggung kos tersebut. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti tanggungjawab aset dalam AITAB menurut fiqh di samping mengkaji keselarian perlaksanaan tanggungjawab produk tersebut hari ini dengan hukum fiqh. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan mengambil pendekatan kajian kepustakaan. Hasil kajian ini mendapati bahawa terdapat beberapa isu berkaitan dengan tanggungjawab aset dalam AITAB yang masih belum sepenuhnya menepati perspektif fiqh. Kata kunci: Tanggungjawab, Aset, AITAB. Pendahuluan Perbankan dan kewangan Islam telah muncul sebagai satu sistem kewangan yang penting malah mendapat pengiktirafan di seluruh dunia kerana ia menawarkan pelbagai produk di samping membangunkan alternatif instrumen kewangan yang serasi dengan syariah.Antara komponen penting sistem kewangan Islam ialah perbankan Islam. Ini kerana perbankan Islam menawarkan pelbagai produk bagi memenuhi kehendak pelanggan di kalangan masyarakat awam terutamanya produk perbankan runcit (retail banking). Dalam konteks perbankan runcit Islam, produk-produk yang ditawarkan kebiasaannya untuk memenuhi keperluan tunai atau memiliki aset seperti rumah dan kenderaan. Bagi kenderaan, produk yang popular ditawarkan ialah al-ijārah thumma al-bayatau lebih dikenali dengan nama AITAB. Walaupun produk ini mendapat sambutan meluas, namun produk ini juga tidak terlepas daripada masalah berkaitan kekurangan rangka kerja pengawalseliaan syariah dalam 1 Artikel ini adalah sebahagian daripada hasil penyelidikan FRGS/1/2015/SS01/UKM/03/2

Transcript of Tanggungjawab Terhadap Aset Dalam Al-Ijārah Thumma Al...

Page 1: Tanggungjawab Terhadap Aset Dalam Al-Ijārah Thumma Al …ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/19-Nik-Abd-Rahim-dan... · 234 Tanggungjawab Terhadap Aset Dalam Al-Ijārah Thumma

234

Tanggungjawab Terhadap Aset Dalam Al-Ijārah Thumma Al-Bayᶜ (AITAB)

Menurut Perspektif Fiqh1

Nik Abdul Rahim bin Nik Abdul Ghani & Nur Hidayah Hamizah bt. Mat Tohid

Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Artikel ini bertujuan untuk menghuraikan pandangan ulama terhadap isu tanggunggjawab terhadap

aset dalam AITAB menurut perspektif fiqh. AITAB merupakan salah satu produk hybrid yang

menggabungkan kontrak ijārah dan bayc. Dalam tempoh pembiayaan, produk AITAB mesti

mematuhi hukum ijārah . Dalam konteks perkhidmatan kewangan kini, didapati aplikasi produk

ini masih tertakluk kepada peruntukan undang-undang yang kurang bersesuaian dengan

interpretasi hukum ijārah. Hal demikan dapat diperhatikan dalam isu tanggunggjawab

penyelenggaraan aset dan isu tanggungjawab menanggung kos takaful. Dalam aspek isu

penyelenggaraan aset, semua tanggungjawab itu dipindahkan kepada penyewa, sedangkan

menurut fiqh, tangunggjawab itu hanya perlu diselenggara oleh penyewa, sekiranya kerosakan aset

itu berpunca dari kecuaiannya atau disebabkan penggunaannya di luar daripada adat kebiasaan.

Begitu juga dalam isu tanggungjawab untuk menanggung kos takaful, penyewa juga perlu

menanggung kos tersebut, sedangkan menurut syariah pihak bank yang perlu menanggung kos

tersebut. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti tanggungjawab aset

dalam AITAB menurut fiqh di samping mengkaji keselarian perlaksanaan tanggungjawab produk

tersebut hari ini dengan hukum fiqh. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan mengambil

pendekatan kajian kepustakaan. Hasil kajian ini mendapati bahawa terdapat beberapa isu berkaitan

dengan tanggungjawab aset dalam AITAB yang masih belum sepenuhnya menepati perspektif

fiqh.

Kata kunci: Tanggungjawab, Aset, AITAB.

Pendahuluan

Perbankan dan kewangan Islam telah muncul sebagai satu sistem kewangan yang penting malah

mendapat pengiktirafan di seluruh dunia kerana ia menawarkan pelbagai produk di samping

membangunkan alternatif instrumen kewangan yang serasi dengan syariah.Antara komponen

penting sistem kewangan Islam ialah perbankan Islam. Ini kerana perbankan Islam menawarkan

pelbagai produk bagi memenuhi kehendak pelanggan di kalangan masyarakat awam terutamanya

produk perbankan runcit (retail banking).

Dalam konteks perbankan runcit Islam, produk-produk yang ditawarkan kebiasaannya untuk

memenuhi keperluan tunai atau memiliki aset seperti rumah dan kenderaan. Bagi kenderaan,

produk yang popular ditawarkan ialah al-ijārah thumma al-bayᶜ atau lebih dikenali dengan nama

AITAB. Walaupun produk ini mendapat sambutan meluas, namun produk ini juga tidak terlepas

daripada masalah berkaitan kekurangan rangka kerja pengawalseliaan syariah dalam

1 Artikel ini adalah sebahagian daripada hasil penyelidikan FRGS/1/2015/SS01/UKM/03/2

Page 2: Tanggungjawab Terhadap Aset Dalam Al-Ijārah Thumma Al …ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/19-Nik-Abd-Rahim-dan... · 234 Tanggungjawab Terhadap Aset Dalam Al-Ijārah Thumma

235

mentadbirnya. Sehubungan dengan itu, dalam memastikan aplikasi produk yang berasaskan ijārah

ini bertepatan dengan kehendak syariah, beberapa pengawal selia pasaran dan institusi kewangan

Islam telah mengeluarkan resolusi dan garis panduan syariah berhubung ijārah. Kajian ini cuba

memberi tumpuan kepada beberapa isu berkaitan tanggungjawab aset dalam produk AITAB yang

berasaskan produk ijārah menurut hukum fiqh di samping merujuk kepada resolusi dan pandangan

ulama semasa.

Konsep Ijārah menurut Syariah

Sarjana fiqh bersepakat mengatakan bahawa sewa adalah disyariatkan dalam Islam. Mereka yang

tidak bersetuju hanyalah Abu Bakar al-Asam, Ismail bin Aliyyah, Hasan al-Basri, al-Qasyani, al-

Nahrawani dan Ibn Kaisan. Mereka tidak mengharuskannya kerana sewa merupakan jual manfaat

sedangkan ketika kontrak dibuat manfaat itu tidak dapat diserah terima. Lagipun manfaat itu

adalah diperolehi sedikit demi sedikit mengikut masa. Sedang mengikut kaedah jual beli juga tidak

boleh disandarkan jual beli kepada masa yang akan datang. Alasan ini ditolak oleh Ibn Rushd

dengan mengatakan bahawa “manfaat” biarpun ketika kontrak dibuat ia tidak ada tetapi pada

kebiasaannya ia boleh diperolehi. Syarak hanya mengambil kira mengenai perolehan faedah ini

pada kebiasaannya atau ketika keadaan menjadi sama antara boleh diambil faedah dan tidak boleh

diambil faedah (Ibnu Rushd,1978).

Jumhur berhujah tentang harusnya kontrak sewa ini dengan al-Quran, al-Sunnah dan ijmāᶜ.

Daripada Al-Quran, firman Allah S.W.T:

لكم فآتوهن هن فإن أرضعن إن كن أولت محل فأنفقوا عليهن حىت يضعن محل و أسكنوهن من حيث سكنتم م ن وجدكم ول تضاروهن لتضي قوا عليهن نكم بعروف وإن ت عاسرت فست رضع له أخرى أجورهن وأتروا ب ي

Maksudnya: “Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut

kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan (hati) mereka.

dan jika mereka (isteri-isteri yang sudah ditalaq) itu sedang hamil, Maka berikanlah kepada mereka

nafkahnya hingga mereka bersalin, Kemudian jika mereka menyusukan (anak-anak)mu untukmu

Maka berikanlah kepada mereka upahnya, dan musyawarahkanlah di antara kamu (segala sesuatu)

dengan baik; dan jika kamu menemui kesulitan Maka perempuan lain boleh menyusukan (anak

itu) untuknya”2.

Dalil daripada al-Sunnah ialah sabda Rasulullah s.a.w:

جرهٲحتجم النيب صلى هللا عليه وسلم واعطى احلجام اMaksudnya: Nabi s.a.w berbekam, lalu beliau membayar upahnya kepada orang yang

berbekamnya3.

Manakala dalil ijmāᶜ pula ialah umat Islam pada zaman sahabat telah berijmak mengharuskan sewa

atau upah sebelum kemunculan al-Asam, Ibn Aliyyah dan lain-lain. Ia diharuskan kerana manusia

memerlukan manfaat sama seperti mereka memerlukan barng-barang. Jadi apabila kontrak jual

2 Al-Quran, Surah al-Talaq, ayat 6. 3 Al-Bukhari, Sahih Bukhari, Kitab al-Ijarah, Bab Melakukan Bekam, No 2278; Muslim, Sahih Muslim, Kitab Haji,

Bab Keharusan Berbekam bagi Orang yang Diharamkan, No 1202

Page 3: Tanggungjawab Terhadap Aset Dalam Al-Ijārah Thumma Al …ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/19-Nik-Abd-Rahim-dan... · 234 Tanggungjawab Terhadap Aset Dalam Al-Ijārah Thumma

236

beli barang diharuskan maka demikian jugalah harusnya kontrak sewa atau upah ke atas manfaat

(Ibnu Qudamah,1989).

Ijārah bermaksud jual beli manfaat. Menurut Hanafiyah, ijārah adalah akad jual beli manfaat

barang dengan membayar duit sewa manakala menurut ulama Shafi’iyyah ijārah terbahagi kepada

dua iaitu ijarah barang atau manfaat yang ada pada barang tadi dan ijārah dalam tanggungan.

Adapun definisi ijārah menurut ulama Shāfiᶜiyyah adalah jual beli manfaat barang tertentu yang

sudah diketahui manfaatnya, manfaatnya adalah mubah (harus) dan biasa dipergunakan oleh si

penyewa dengan bayaran sewaan yang telah dipersetujui (Al-Sharbini,1994). Bagi ulama

Mālikiyyah ijārah bermaksud memberikan kepemilikan manfaat barang yang mubāḥ dalam

tempoh tertentu dengan bayaran sewaan. Definisi ini juga terdapat dalam mazhab Hanābilah.

Tanggungjawab dalam ijārah menurut fiqh

Tanggungjawab dari segi bahasa ialah kewajiban yang dipikul oleh seseorang atau segala yang

wajib ditanggung (Kamus Dewan Edisi Keempat). Dalam bahasa Arab, tanggungjawab disebut

mas’ūliyyah. Mas’ūliyyah diambil daripada perkataan sa’ala (سأل) yang bermaksud tanya atau soal.

Tanggungjawab berkaitan aset dalam ijārah boleh dibahagikan kepada dua iaitu tanggungjawab

terhadap aset dan tanggungjawab terhadap manfaat aset. Walaubagaimanapun, kertas ini hanya

akan memberi fokus kepada tanggungjawab terhadap aset ijārah sahaja. Menurut Sulaymān

(2000), terdapat tiga hukum penting yang mungkin terbit daripada kontrak ijārah iaitu ṣiyānah

(penyelenggaraan), ḍamān (komitmen menanggung liabiliti) dan fasakh. Tanggungjawab

mengenai aset sewaan yang menjadi fokus artikel ini berkait rapat dengan isu ṣiyānah dan ḍamān.

Ṣiyānah atau penyelenggaraan umumnya merujuk kepada suatu kerja yang dilakukan bertujuan

memastikan aset ijārah boleh digunakan dan diambil manfaat yang dikehendaki oleh penyewa

dalam tempoh kontrak yang dipersetujui (Sulaymān, 2000). Kontrak ijārah ialah kontrak yang

memindahkan manfaat aset sahaja dan pemilikan aset masih lagi di bawah milikan pemberi sewa.

Ini bermakna pemilik bertanggungjawab memastikan aset berada dalam keadaan baik. Oleh itu

Sulaymān (2000) berpendapat aset ijārah hendaklah daripada harta istiᶜmalī atau aset ijārah tidak

boleh sesuatu yang cepat musnah. Aset ijārah juga hendaklah bukan suatu yang mushāᶜ dikongsi

bersama antara pemberi sewa dan pihak lain kerana pemberi sewa tidak mampu menyerahkan aset

tersebut kecuali bersama bahagian pihak lain.

Manakala ḍamān, ia berasal daripada perkataan ḍamina (ضمن) yang menunjukkan maksud

menjadikan sesuatu dalam benda lain yang meliputinya. Ḍamān juga boleh diterjemahkan dengan

maksud tanggungjawab atau responsibility (Baalbaki, 1988). Dari satu perspektif lain, kafālah

(jaminan/guarantee) juga dinamakan ḍamān kerana seorang penjamin akan merangkumkan

liabiliti orang yang dijamin dan menghimpunkannya ke dalam jaminannya. Menurut al-mawsūᶜah

al-fiqhiyyah, ḍamān membawa beberapa makna menurut bahasa seperti iltizām (komitmen

terhadap suatu obligasi seperti obligasi kewangan), kafālah (jaminan) dan taghrīm (membayar

gantirugi).

Sama juga seperti definisi dari segi bahasa, perkataan ḍamān dari segi istilah merujuk kepada

beberapa perkara. Antaranya seperti berikut:

a) Ḍamān merujuk kepada kafālah yang bermaksud menggabungkan liabiliti seseorang

dengan liabiliti lain dalam aspek tuntutan untuk melaksanakan sesuatu obligasi sama ada

Page 4: Tanggungjawab Terhadap Aset Dalam Al-Ijārah Thumma Al …ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/19-Nik-Abd-Rahim-dan... · 234 Tanggungjawab Terhadap Aset Dalam Al-Ijārah Thumma

237

kafālah al-nafs atau al-māl (ISRA, 2010; Kementrian Wakaf dan Urusan Agama Kuwait,

1983) .

b) Selain itu, para ulama juga menggunakan istilah ḍamān untuk menunjukkan maksud

iltizām muṭlaq (komitmen) secara mutlak seperti komitmen terhadap tanggungjawab

menanggung membayar pampasan bagi aset yang musnah (ISRA, 2010). Ini biasa disebut

dalam kes gharāmat al-mutlafāt, al-ghuṣūb, al-taᶜyībāt dan al-taghyīrāt al-tāri’ah

(pampasan terhadap sesuatu yang musnah, dirampas, dirosakkan dan diubah). Para ulama

juga sering menggunakan istilah gharāmāt al-tālif yang diungkapkan untuk kewajipan

membayar pampasan disebabkan pencerobohan dan tindakan taᶜaddī (salah laku) yang

mengakibatlan kemusnahan sesuatu barang (Al-Ḥaqq, 1430H).

c) Maksud yang ketiga bagi ḍamān yang digunakan oleh majoriti fuqaha’ (dalam perkara

selain kafālah) menurut Al-Ḥaqq (1430H) ialah taḥammul al-tabiᶜah (menanggung

liabiliti) dan komitmen menanggungnya sama ada liabiliti musnah, binasa, kekurangan

atau kecacatan dalam transaksi muamalat. Inilah yang dimaksudkan dalam hadis al-kharāj

bi al-ḍamān (hak kepada keuntungan bergantung kepada tanggungjawab).

Berdasarkan kepada perbincangan definisi di atas dapat disimpulkan bahawa istilah ḍamān

terhadap aset ijārah boleh digunakan dengan maksud umum yang merujuk kepada satu

tanggungjawab berkaitan aset sama ada dari segi aspek penyelenggaraan atau tanggungan liabiliti

akibat kemusnahan aset, kerosakan dan kecacatan. Dalam hal ini, al-Tilmisānī (1998) menjelaskan

ḍamān dalam ijārah merujuk kepada tanggungjawab menanggung ḍarar (kemudaratan) yang

mungkin berlaku kepada sesuatu aset ijārah. Dengan kata lain tanggungjawab terhadap aset ijārah

ialah komitmen untuk menanggung kos penyelenggaraan serta risiko kerugian dan kerosakan

terhadap sesuatu asset.

Oleh itu, untuk menghuraikan tanggungjawab terhadap aset dalam ijārah, beberapa perkara perlu

diperhalusi seperti berikut:

i. Penyewa ialah pemegang amanah kepada aset ijārah

Seperti yang diketahui, akad ijārah adalah bertujuan untuk memperoleh manfaat dari objek akad,

bukan untuk memiliki ainnya. Oleh yang demikian, orang yang memegang barang sewaan

dianggap sebagai pemegang amanah dan aset ijārah menjadi barang yang amanah. Dengan kata

lain, penyewa yang merupakan seorang pemegang amanah wajib memelihara aset tersebut. Oleh

kerana itu, penyewa tidak akan menanggung apa-apa sekiranya berlaku kemusnahan aset kecuali

ada kecuaian, melampaui batas atau melanggar terma dan syarat (Sulaymān, 2000). Asas ini

disepakati oleh fuqaha’ Hanafi, Maliki, Shafiᶜi dan Hanbali (Al-Kasani, 1986; Al-Mawaq, 1994;

Al-Nawawi, 1991; Ibn Qudamah, 1985). Ini kerana penyewa menerima aset sewaan dan

memegangnya dengan keizinan pemilik aset.

ii. Keadaan yang mengubah amanah menjadi ḍamān dalam ijārah

Hukum asal ialah aset ijārah menjadi barang yang amanah. Penyewa wajib memelihara aset

tersebut. Malahan penyewa tidak akan menanggung apa-apa sekiranya berlaku kemusnahan aset

kecuali ada kecuaian, melampaui batas atau melanggar terma dan syarat. Namun terdapat beberapa

hal yang boleh mengubah amanah ini mejadi ḍamān seperti berikut:

Page 5: Tanggungjawab Terhadap Aset Dalam Al-Ijārah Thumma Al …ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/19-Nik-Abd-Rahim-dan... · 234 Tanggungjawab Terhadap Aset Dalam Al-Ijārah Thumma

238

a) Tidak menjaga

Jika orang yang mengambil upah tidak menjaga barang yang diupah maka dia mesti menanggung

tanggungjawab membayar pampasan ganti rugi, sebab orang yang mengambil upah apabila

menerima barang yang diupah maka dia berkongsi menerima barang yang diupah maka dia

berkewajipan menjaganya. Oleh itu jika dia tidak menjaga barang itu, maka dia bertanggungjawab

membayar ganti rugi. Kedudukannya sama seperti pemegang barang amanah (al-wadīᶜ) yang tidak

menjaga barang yang diamanahkan kepadanya sehingga barang itu hilang (al-Zuhaili,2005).

b) Merosakkan

Jika orang yang mengambil upah sengaja merosakkan barang yang diupah atau dia mengetuk

sesuatu barang sehingga rosak, maka dia menanggung kewajipan membayar ganti rugi sama ada

orang yang mengambil upah itu pengambil upah khas atau kongsi. Sebaliknya, jika kerosakan itu

berlaku tanpa sengaja, dan jika dia seorang pengambil upah khas, maka dia tidak boleh dikenakan

tanggungjawab. Ini dipersetujui oleh seluruh ulama. Namun jika dia seorang yang mengambil upah

kongsi, disisi Abu Hanifah dan dua orang muridnya, mereka perlu membayar ganti rugi atas

kerosakan yang mereka lakukan. Adapun menurut ulama mazhab Shafie dan Zufar, mereka yang

mengambil upah jenis ini, tidak wajib membayar ganti rugi selagi mana kerosakan itu tidak

disengajakan atau bukan berpunca dari kecuaiannya (al-Zuhaili,1999).

c) Penyewa mencanggahi syarat yang dikenakan oleh orang yang memberi sewa sama ada

syarat itu jelas ataupun tidak.

Percanggahan ini dapat dilihat dalam beberapa bentuk seperti mencanggahi tentang jenis, kadar,

sifat, tempat ataupun masa. Percanggahan ini berlaku dalam kontrak sewa binatang ataupun sewa

upah.

Pemilikan Aset Ijārah dalam AITAB

Oleh kerana pemilikan menjadi asas kepada hak dan tanggungjawab dalam sesuatu aset, maka

penentuan pemilikan hendaklah jelas dalam konteks amalan AITAB. Perkataan milik berasal dari

bahasa Arab al-milk, yang secara etimologi bermaksud penguasaan terhadap sesuatu. Ia juga

bererti sesuatu yang dimiliki (harta). Muhammad Abu Zahrah mendefinisikan al-milk sebagai

pengkhususan seseorang terhadap pemilik sesuatu benda menurut syara’ untuk bertindak secara

bebas dan bertujuan mengambil manfaatnya selama tidak ada penghalang yang bersifat syara (Abu

Zahrah,1962). Dengan kata lain, apabila seseorang telah memiliki suatu benda yang sah menurut

syara’, orang tersebut bebas bertindak terhadap benda tersebut, sama ada dijual atau digadai, sama

ada perbuatan tersebut dilakukan olehnya sendiri ataupun melalui orang lain.

Dalam kontrak ijārah, pemilikan sesuatu aset ijārah adalah di bawah pemberi sewa, manakala

manfaat akan dimiliki oleh penyewa. Ijārah ialah satu bentuk kontrak tukaran (muᶜāwaḍah) dan

pemilikan manfaat itu bermula sebaik sahaja kontrak dimeterai antara kedua pihak. Jika kontrak

tukaran itu berbentuk mutlak (tanpa batasan syarat) maka pemilikan pada kedua-dua barang

tukaran (manfaat dan bayaran sewa) itu sabit sebaik sahaja kontrak diadakan sama seperti penjual

memiliki harga dengan kontrak jual beli. Inilah adalah pendapat mazhab Shafie dan Hanbali.

Sebaliknya mazhab Hanafi dan Maliki, sewa itu tidak dimiliki hanya berdasarkan kontrak itu

sendiri tetapi ia berkuatkuasa sedikit demi sedikit mengikut sebanyak mana manfaat digunakan

(al-Zuhaili,2005)

Page 6: Tanggungjawab Terhadap Aset Dalam Al-Ijārah Thumma Al …ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/19-Nik-Abd-Rahim-dan... · 234 Tanggungjawab Terhadap Aset Dalam Al-Ijārah Thumma

239

Dalam konteks AITAB, pihak bank menjadi pemberi sewa kenderaan kepada pelanggan. Oleh

yang demikian, pihak bank mestilah memiliki aset terlebih dahulu sebelum menyewakan keluar

kepada pelanggan (Nurul Azuma, Mahfuzur & et.al,2014). Hal ini merupakan salah satu daripada

rukun penting ijārah (Muhammad Rawwas,1999). Pemilikan aset ini menunjukkan hak dan

liabiliti pihak-pihak yang terlibat dalam kontrak ini. Kesannya, bank memegang pemilikan, dan

terpaksa mengambil alih beberapa hak, liabiliti, risiko yang berkaitan aset termasuklah hak untuk

memiliki semula aset tersebut daripada pelanggan lalai, tanggungjawab penyelenggaraan dan

liabiliti untuk cukai (Weist,2000).

Namun, amalan AITAB di Malaysia menunjukkan sebaliknya, di mana bank hanya menjadi

pemilik benefisial aset manakala penyewa menjadi pemilik undang-undang. Kenyataan ini turut

disokong oleh Md.Abdul Jalil (2013), Seif I & N.Irwani (2007) dan Nurul Azuma, Mahfuzur &

et.al (2014). Davies (1995) menyatakan bahawa menurut amalan semasa, nama pemberi sewa

tidak dinyatakan dalam surat perakuan pendaftaran sebagai pemilik aset. Ia sebaliknya dinyatakan

sebagai hak milik dituntut. Seperti yang diketahui, dalam kontrak ijāarah, pemberi sewa adalah

pemilik aset ijārah manakala penyewa hanya mempunyai hak ke atas manfaat aset tersebut sahaja.

Sehubungan itu, Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia telah memutuskan bahawa

syariah mengiktiraf kedua-dua pemilikan secara perundangan dan pemilikan bermanfaat

(beneficial ownership), di mana dalam konteks AITAB, pemberi sewa mempunyai pemilikan

bermanfaat walaupun pemilikan tersebut tidak dinyatakan dalam surat pendaftaran harta tetapi

pemilikan ini dapat dibuktikan menerusi dokumentasi perjanjian ijārah yang dimeterai antara

pemberi sewa dengan penyewa (BNM,2010).

Walaupun begitu, berdasarkan konsep asal ijārah, pertanggungjawaban terhadap aset adalah di

bawah seliaan bank kerana aset tersebut adalah hak miliknya. Sebaliknya persoalan timbul kerana

menurut amalan semasa, semua risiko diletakkan atas penyewa sedangkan sepanjang tempoh

kontrak AITAB, aset pendasar masih di bawah milik bank. Ini mencetus isu tidak patuh Syariah

yang mesti dianalisis secara menyeluruh sejauh mana kekangan perundangan dan permasalahan

yang dihadapi dalam amalan semasa AITAB.

Tanggungjawab terhadap aset dalam produk pembiayaan kenderaan AITAB

Berdasarkan kepada isu pemilikan aset ijārah dalam produk pembiayaan kenderaan AITAB di

Malaysia sepert yang telah dibincangkan, dua isu penting yang tercetus daripada pemilikan

seseorang terhadap aset ialah isu tanggungjawab penyelenggaraan aset ijārah dan isu

tanggungjawab perlindungan takaful terhadap aset ijārah.

i. Isu tanggungjawab penyelenggaraan aset ijārah

Isu penyelenggaraan aset dalam ijārah adalah penting, kerana ia menggambarkan tahap

tanggungjawab pemilik terhadap aset yang di sewa. Berdasarkan konsep asal ijārah,

pertanggungjawaban terhadap aset adalah di bawah seliaan pemberi sewa iaitu bank kerana aset

tersebut adalah hak miliknya. Jika berlaku kerosakan dan kerugian pada aset yang disewakan, ia

perlu ditanggung sepenuhnya oleh pemilik aset yang memberi sewa . Melainkan jika dapat

dibuktikan terdapat kecuaian di pihak penyewa dalam mengendalikan aset sewaan tersebut (Seif I

& N.Irwani,2007).

Page 7: Tanggungjawab Terhadap Aset Dalam Al-Ijārah Thumma Al …ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/19-Nik-Abd-Rahim-dan... · 234 Tanggungjawab Terhadap Aset Dalam Al-Ijārah Thumma

240

Sebaliknya jika berlaku kerosakan total pada aset sewaan, akad ijārah dianggap terbatal kerana

manfaat menggunakan aset ijārah dalam akad tersebut sudah tidak wujud dan tanggungjawab

membayar sewaaan oleh penyewa juga gugur. Oleh itu, pemilik sewa tidak boleh memaksa

penyewa membayar sewaan ketika tempoh kerosakan tersebut dan juga meminta penyewa

membayar kos kerosakan tersebut (Ahmad Suhaimi,2010).

Namun mengikut amalan semasa, didapati aplikasi ijārah dalam AITAB tidak dilaksanakan

dengan sempurna oleh bank. Kebiasaannya atas alasan mereka tidak mahu memegang

tanggungjawab sebagai pemilik aset berkenaan. Setelah penyewa menyewa aset tersebut daripada

pemberi sewa, semua risiko ke atas aset sama ada yang berlaku ke atas kecuaian atau selainnya

adalah di bawah tanggungjawab penyewa. Inilah salah satu kesan dari ketiadaan peraturan yang

khusus bagi urus niaga sewa beli Islam, pihak yang terbabit dalam urus niaga AITAB tiada pilihan

perundangan lain kecuali undang-undang sewa beli konvensional ini (Aida,2010).

Amalan tersebut didapati berbeza dengan apa yang telah dibincangkan oleh ulama fiqh. Dari sudut

fiqh, persoalan tanggunggjawab berkaitan penyelenggaraan aset ini, dilihat dari dua keadaan:

a) Kerosakan aset yang berpunca dari perbuatan penyewa sendiri.

Jika aset yang disewa, rosak di tangan penyewa di sebabkan perbuatan itu termasuk dalam kerja

yang diizinkan, maka dia tidak bertanggungjawab membayar ganti rugi. Sebaliknya jika

kerosakan aset tersebut berpunca daripada salah laku atau cuai menggunakannya, penyewa perlu

bertanggungjawab membayar ganti rugi tersebut. Hal yang sama juga perlu ditanggung oleh

penyewa, jika dia menyalahgunakan aset yang disewa daripada tujuan asal penyewaan. Namun

jika penyewa meletakkan barangan sewaan tersebut di kawasan yang selamat seperti yang biasa

dilakukan oleh orang ramai, dan kemudiaan berlaku sesuatu ke atas barangan tersebut, penyewa

tidak perlu bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan. Begitu juga, penyewa perlu

bertanggungjawab jika dia menggunakan barangan sewaan di luar tempoh sewaan, atau dia tidak

menggunakannya tetapi tidak menyerahkannya semula kepada pemiliknya. Jika penyewa tidak

menggunakan dan berlaku sesuatu sebelum sempat dia memulangkannya atau sebelum sempat dia

melepaskan hak antaranya dengan pemiliknya, dia tidak perlu bertanggungjawab. Hukum ini

disamakan dengan hukum kerosakan sebelum tempoh sewa tamat kerana ketika itu dia tidak

dipertanggungjawabkan (istishab al-asl) (Afnan,1998).

b) Kerosakan aset yang berpunca dari pihak lain.

Dalam kerosakan aset yang berpunca dari pihak lain dapat dilihat dalam dua keadaan iaitu

kerosakan yang berpunca daripada bencana alam dan kerosakan yang berpunca daripada pihak

lain. Jika kerosakan aset yang disewa berpunca dari bencana alam, maka penyewa tidak

bertangggungjawab membayar ganti rugi kerana kerosakan tersebut bukan berpunca dari

perbuatannya dan di luar kawalannya sepertimana yang dijelaskan dalam kitab Majmu’ bahawa

jika aset yang disewa rosak di tangan penyewa dan kerosakan tersebut bukan berpunca dari

penyewa maka tidak wajib atasnya membayar ganti rugi. Sebaliknya bagi kerosakan yang

disebabkan perbuatan orang lain dilihat kepada sesiapa yang memudaratkan, maka dia yang

dikenakan ganti rugi.

Page 8: Tanggungjawab Terhadap Aset Dalam Al-Ijārah Thumma Al …ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/19-Nik-Abd-Rahim-dan... · 234 Tanggungjawab Terhadap Aset Dalam Al-Ijārah Thumma

241

Dalam konteks amalan AITAB hari ini, di dapati kos penyelenggaraan ditanggung oleh pihak

pelanggan. Begitu juga dengan kerosakan dan kerugian yang berlaku kepada aset sewaan turut

ditanggung oleh pelanggan. Ini disebabkan oleh beberapa kekangan undang-undang. Oleh kerana

produk AITAB masih tertakluk kepada Akta Sewa Beli (ASB), maka penyewa (pelanggan)

bertanggungjawab menanggung kos takaful atau insurans kerana pelanggan yang menggunakan

kenderaan berkenaan (Aida 2010). Ini jelas bertentangan dengan konsep pemilikan dalam

Shari’ah.

Seksyen 26(1) ASB mewajibkan pemilik kenderaan untuk menginsurankan kenderaan bagi tahun

pertama di bawah nama penyewa (pelanggan). Sementara itu, Seksyen 26(2) ASB menyatakan

bahawa penyewa bertanggungjawab untuk menginsuranskan kenderaan tersebut bagi tahun kedua

dan tahun-tahun berikutnya selagi kenderaan tersebut masih lagi disewa. Kegagalan mematuhi

peruntukan-peruntukan ini menjadi satu kesalahan di bawah ASB. Ini berpunca daripada ketiadaan

peraturan yang tepat dan parameter khusus bagi urus niaga sewa Islam di Malaysia. Pihak yang

terbabit terpaksa mematuhi undang-undang sedia ada iaitu ASB.

Dalam menangani isu ini, kebanyakan Institusi kewangan Islam pada hari ini telah mewakilkan

pelanggannya selaku penerima sewa untuk membayar kos tersebut dan bayaran kos yang dibuat

pihak pelanggan akan ditolak selesai (set-off) dengan bayaran sewaan pada masa hadapan. Praktis

ini juga dipersetujui oleh beberapa Majlis Penasihat Syariah termasuklah Majlis Syariah AAOIFI

(AAOIFI,2008).

Majlis Penasihat Shariah Dallah al-Barakah telah mengemukakan cadangan menggunakan ujrah

idafiah (sewaan tambahan) sebagai penyelesaian kepada isu kos penyelenggaraan tersebut yang

mana penyewa akan membayar sewaan tambahan yang merupakan kos penyelenggaraan utama

tersebut.

Walaubagaimanapun, sebelum pihak pemberi sewa menyerahkan manfaat sewa tersebut, maka

segala kos mesti ditanggung oleh pihak pemberi sewa kerana manfaat tersebut masih menjadi

liabilitinya sebelum serahan berlaku kepada pihak penerima sewa (Muhd Ramadhan,2012).

ii. Isu tanggungjawab kos takaful dalam AITAB

Takaful adalah alternatif kepada insurans konvensional yang merupakan alat pengurusan risiko

yang bebas daripada unsur gharar, riba, dan maysir yang telah diamalakan di dalam kontrak

insurans konvensional(Mohd Al-Faizee,2014).

Secara umumnya, berkenaan isu takaful atau insurans bagi kenderaan di Malaysia ini masih lagi

terikat dengan Akta Sewa Beli 1967, kesannya penyewa bertanggungjawab untuk menaggung kos

takaful atau insurans kerana pihak bank beranggapan bahawa di akhir tempoh pembiayaan, aset

sewaan akan dimiliki oleh pelanggan yang menyewa(Seif I& N.Irwani,2007). Hal demikan, jelas

dapat dilihat dalam seksyen 26(1) Akta Sewa Beli 1967 yang mewajibkan pemilik kenderaan untuk

menginsuranskan kenderaan bagi tahun pertama di bawah nama penyewa dan seksyen 26(2) akta

tersebut juga menyatakan bahawa penyewa bertanggungjawab untuk menginsuranskan kenderaan

tersebut bagi tahun kedua dan tahun-tahun yang berikutnya selagi mana kenderaan tersebut masih

disewa. Jika dilihat dari amalan ini, semua jumlah insurans yang perlu dibayar akan menjadi

Page 9: Tanggungjawab Terhadap Aset Dalam Al-Ijārah Thumma Al …ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/19-Nik-Abd-Rahim-dan... · 234 Tanggungjawab Terhadap Aset Dalam Al-Ijārah Thumma

242

sebahagian daripada harga sewa beli dan penyewa akan menagggung semua kos insurans

kenderaan berikut.

Sebaliknya jika dilihat di bawah konsep Syariah, bank yang bertanggungjawab untuk menaggung

kos takaful atau insurans bagi kenderaan kerana bank adalah pemilik kenderaan tersebut. Ini

bertepatan dengan prinsip “al-kharaj bi al-dhoman”. Berdasarkan prinsip inilah, pemberi sewa

yang merupakan pemilik aset yang di sewa bertanggungjawab menanggung risiko ke atas harta

yang dimilikinya(Mohammed Obaidullah & Wilson,1999).Namun, prinsip ini bertentangan

dengan peruntukan yang termaktub dalam Akta Sewa Beli 1967, seksyen 26(4) yang menyatakan

bahawa sebarang kegagalan untuk mematuhi peruntukan dibawah seksyen 26(1) dan 26(2) adalah

menjadi suatu kesalahan yang tidak dapat dikecualikan daripada berkuatkuasa di dalam perjanjian

AITAB . Sekiranya peruntukan tersebut ditolak, ia juga dapat menyebabkan perjanjian tersebut

batal sepertimana yang telah termaktub dalam seksyen 34(g) iaitu mana-mana perjanjian sewa beli

yang mengecualikan, mengubah atau mengehadkan mana-mana peruntukan Akta Sewa Beli 1967

akan menjadi batal atau tidak mempunyai apa-apa kuatkuasa(Aida,2010). Berdasarkan kenyataan

diatas, jelas aplikasi sedemikian bercanggah dengan prinsip-prinsip syariah.

Sehubungan dengan itu, Dr Ali Muhyiddin Qurrah Daghi meletakkan syarat bahawa hukum

penyewa yang menaggung kos insurans adalah harus dan tidak bercanggah dengan nas syarak. Ia

dianggap sebagai tabarru’ bagi tujuan kepentingannya dalam akad ijarah(Ahmad Suhaimi,2010).

Walaupun begitu, Majlis Penasihat Syariah memutuskan bahawa tidak boleh memindahkan

kewajipan untuk menanggung kos penyelenggaraan aset yang disewa serta kos perlindungan

takaful kepada penyewa. Namun, pemilik aset boleh mewakilkan kepada penyewa untuk

menaggung kos-kos penyelenggaraan aset dan kos perlindungan takaful yang akan ditolak selesai

dalam urus niaga jual beli pada akhir temnpoh sewaan (BNM,2010).

Kesimpulan

Pembiayaan AITAB merupakan salah satu produk yang berasaskan ijarah dan juga merupakan

instrumen pembiayaan yang penting di dalam operasi perbankan Islam. Selain itu. ia juga

merupakan produk alternatif kepada sewa beli konvensional. Oleh kerana ketiadaan peruntukan

undang-undang yang khusus berkaitan produk ni, telah menimbulkan percanggahan amalan

semasa produk ini terutamanya dari segi tanggungjawab aset dengan hukum yang telah ditetapkan

oleh syarak iaitu dengan meletakkan risiko dan tanggungjawab membaiki kerosakan ke atas bahu

penyewa. Hal ini merupakan rentetan daripada isu pemilikan di mana bank hanya menjadi pemilik

benefisial aset manakala penyewa menjadi pemilik sah. Sekalipun pada zahirnya sesetengah bank

menanggung kos-kos pembaikan dan insurans, namun kos tersebut akan dimasukkan ke dalam

sewa yang di bayar oleh pemajak. Prinsip ini jelas sekali bercanggah dengan kaedah al-kharāj bi

al-ḍamān yang diperkenalkan oleh ulama dalam menyatakan bahawa pemberi sewa yang

merupakan pemilik aset yang disewa bertanggungjawab menaggung risiko ke atas harta yang

dimilikinya. Walau bagaimanapun, analisis lebih mendalam wajar diperhalusi terutama dari aspek

kerelaan pihak pelanggan (penyewa) untuk menanggung tanggungjawab tersebut dan juga aspek

pengharmonian perundangan antara Syariah dan undang-undang yang terpakai dalam mengawal

selia kontrak ijārah.

Page 10: Tanggungjawab Terhadap Aset Dalam Al-Ijārah Thumma Al …ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/19-Nik-Abd-Rahim-dan... · 234 Tanggungjawab Terhadap Aset Dalam Al-Ijārah Thumma

243

Rujukan

AAOIFI. 2008. Al-Ma'ayir Al-Syar'iyyah. Bahrain: AAOIFI.

Afnan Binti Muhammad Abdul Majid, 1999, Al-dhoman fi akad al-ijarah. Tesis Sarjana. Universiti

Ummul Qurra.

Ahmad SuhaimiYahya. 2010. Ijarah dari Konteks Aplikasi, Perundangan dan Syariah. Muzakarah

Cendiakawan Syariah Nusantara ke 4. Putrajaya: International Shariah Research Academy for

Islamic Finance. 1-32.

Aida Othman. 2010. Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara, Hilal dan Makharij: Ke Arah

Ketelusan di dalam Operasi Perbankan Islam.ISRA, Isu-Isu Perundangan dalam Instrumen

Pembiayaan berdasarkan Prinsip Ijarah, ZaidIbrahim & Co. 54

Al-Sharbini, al-Khatib, Mughni al-Muhtaj. 1994. Jld.2. Beirut: Dar Kitab Ilmiah.

Al-Zuhaili, Wahbah. 1996. Fiqh & Perundangan Islam. Vol.5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Al-Zuhaili, Wahbah. 1999. Fiqh Muamalah Perbankan Syariah. PT.Bank Muamalat Indonesia,

Tbk: Jakarta.

Al-Zuhaili, Wahbah. 2005. Fiqh dan Perundangan Islam, Vol. 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Bank Negara Malaysia. Oktober 2010. Resolusi Syariah dalam Kewangan Islam, 1-7.

Davies, I. 1995. The ostensible ownership dilemma and motor vehicle financing: A common law

dilemma? IIUM Law Journal, 5(1&2), 99–119.

Hashim Bin Ahmad Shiyuti, Delil Khairat, Mahamat Al Mourtada & Muhammad Abdul Ghani.

2012. Critical Evaluation on Al-Ijarah Thummalbai‟. Asian Finance Association (AsFA) 2013

Conference.

Ibnu Qudamah. 1989. Al-Mughni.Cairo: Hajr

Ibnu Rusyd. 1978. Bidayatul al-Mujtahid wa Nihayah al-Muqtashid. Beirut: Dar al-Fikr.

Md. Abdul Jalil. 2013. Islamic Hire Purchase Law is Getting Special Attention in Malaysia: A

Socio- Legal Analysis. Journal of Sociological Research, 4(2), 28-50.

Mohammed Obaidullah, Rodney Wilson. 1999. Risk Sharing & Management In Infrastructure

Financing: An Evaluation. International Conference on Islamic Economics in 21st. Century.

Kuala Lumpur, August 9th-21th.

Mohd Sabri Abdul Ghafar. 2009. Al-Ijarah Doktrin dan Praktik Dalam Sistem Perbankan Islam

Masa Kini, UiTM: ShahAlam.

Page 11: Tanggungjawab Terhadap Aset Dalam Al-Ijārah Thumma Al …ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/19-Nik-Abd-Rahim-dan... · 234 Tanggungjawab Terhadap Aset Dalam Al-Ijārah Thumma

244

Muhammad Rawwas. 1999. Ensiklopedi Fiqih Umar bin Khathab ra, PT Raja Grafindo Persada:

Jakarta.

Muhd Ramadhan Fitri Ellias. 2012. Aplikasi Ijarah Mawsufah Fi Dhimmah. Muzakarah

Cendiakawan Syariah Nusantara ke 6. Brunei: International Shariah Research Academy for

Islamic Finance. 1-33.

Nurdianawati & Asyraf Wajdi. 2006. A Critical Appraisal of Al-Ijarah Thumma al-Bay (AITAB)

operation: Issues and Prospects, 4th International Islamic Banking and Finance Conference.

Monash University of Malaysia. Kuala Lumpur, November 13th-14th.

Nurdianawati & Asyraf Wajdi. 2006. Customers’ Perceptions Of Islamic Hire-Purchase Facility

In Malaysia: An Empirical Anaysis. IIUM Journal of Economics and Management, 14 (2),

177-204.

Nurhidayah Abdullah. 2009. Good Faith, Fair-Dealing and Disclosure Requirements in Hire-

Purchase Contracts in Malaysia: Islamic and Conventional Perspective. Journal of Islam in

Asia, 6(1), 123-147.

Nurul Azuma, Mahfuzur Rahman, & Mohamed Albaity. 2014. Issues and Prospect of Islamic Hire

Purchase Financing: Malaysian Evidence. Journal of Management Research, 6(1), 12-24.

Seif I. Tag El-Din & Nur Irwani Abdullah. 2007. Issues of Implementing Islamic Hire Purchase

in Dual Banking Systems: Malaysia’s Experience. Thunderbird International Business

Review, 49 (2), 225-249.

Wan Mohd Al-Faizee Wan Ab Rahaman & Salmy Edawati Yaacob. 2014. ISLᾹMIYYᾹT, 36(2),

47-56.