tangkas

14
PENGENALAN Seseorang individu yang cergas boleh memberi sumbangan yang bermakna kepada masyarakat dan negara. Kecergasan keseluruhan mencerminkan perasaan seseorang individu tentang kehidupan serta keupayaan diri berfungsi dengan lebih cekap dan berkesan. Kecergasan mempunyai pengertian yang pelbagai namun begitu, kecergasan keseluruhan adalah gabungan kecergasan fizikal, mental, sosial, emosi dan rohani. Kecergasan berasaskan kesihatan meliputi komponen daya tahan kardiovaskular, kekuatan otot, daya tahan otot, fleksibiliti dan komposisi badan. Manakala komponen kecergasan berasaskan lakuan motor melibatkan ketangkasan, imbangan, kuasa, masa reaksi, kelajuan dan koordinasi. Komponen ketangkasan merupakan salah satu daripada 6 komponen kecergasan berdasarkan lakuan motor. Ketangkasan merupakan salah satu faktor yang penting dalam menentukan kebolehan motor di samping faktor lain seperti kekuatan, kuasa dan kelajuan otot bertindak. Ketangkasan ialah keupayaan untuk mengubah posisi badan dengan cepat dan boleh mengawal pergerakan keseluruhan badan (Dzulkifli Ismail & Jamaliyah Ahmad, 2004). Secara umumnya, ketangkasan ialah kemahiran, kebolehan dan keupayaan untuk memulakan, menghentikan dan mengubah

description

pk

Transcript of tangkas

Page 1: tangkas

PENGENALAN

Seseorang individu yang cergas boleh memberi sumbangan yang bermakna kepada

masyarakat dan negara. Kecergasan keseluruhan mencerminkan perasaan seseorang individu

tentang kehidupan serta keupayaan diri berfungsi dengan lebih cekap dan berkesan.

Kecergasan mempunyai pengertian yang pelbagai namun begitu, kecergasan

keseluruhan adalah gabungan kecergasan fizikal, mental, sosial, emosi dan rohani.

Kecergasan berasaskan kesihatan meliputi komponen daya tahan kardiovaskular, kekuatan

otot, daya tahan otot, fleksibiliti dan komposisi badan. Manakala komponen kecergasan

berasaskan lakuan motor melibatkan ketangkasan, imbangan, kuasa, masa reaksi, kelajuan

dan koordinasi.

Komponen ketangkasan merupakan salah satu daripada 6 komponen kecergasan

berdasarkan lakuan motor. Ketangkasan merupakan salah satu faktor yang penting dalam

menentukan kebolehan motor di samping faktor lain seperti kekuatan, kuasa dan kelajuan

otot bertindak. Ketangkasan ialah keupayaan untuk mengubah posisi badan dengan cepat dan

boleh mengawal pergerakan keseluruhan badan (Dzulkifli Ismail & Jamaliyah Ahmad, 2004).

Secara umumnya, ketangkasan ialah kemahiran, kebolehan dan keupayaan untuk

memulakan, menghentikan dan mengubah pergerakan dan posisi tubuh badan dengan pantas

dan tepat tanpa hilang keseimbangan badan di ruang tertentu. Ia banyak dipengaruhi oleh

kekuatan, kepantasan, keseimbangan, pusat graviti dan koordinasi.

Menurut Jack H. Willmore & David L. Costill (1993), dengan pengecualian satu

aktiviti, balingan dalam softball untuk jarak, budak lelaki dan perempuan adalah boleh

dikatakan sama dalam prestasi aktiviti fizikal hingga umur antara 10 tahun hingga 12 tahun.

Ujian kemahiran motor khusus atau keupayaan umum atlet akan menunjukkan sedikit

perbezaan di antara jantina semasa perkembangan dalam jangka masa ini. Selepas berumur

12 tahun, bagaimanapun lelaki menjadi agak besar, lebih kekuatan, mempunyai otot yang

lebih besar dan ketahanan dalam kardiovaskular, dan menjadi lebih mahir atau cekap di

dalam semua kemahiran motor.

Page 2: tangkas

Terminologi

Ketangkasan merujuk kepada keupayaan untuk mengubah arah badan secara tiba-tiba

atau menukar secara pantas pergerakan tanpa kehilangan keseimbangan. Ia juga adalah

bergantung kepada kombinasi beberapa faktor seperti kelajuan, kekuatan, keseimbangan dan

koordinasi. Keupayaan untuk menukar secara pantas dan cepat, mengelak halangan adalah

baik untuk koordinasi motor dan boleh diukur menggunakan ujian ketangkasan.

Atlet elit berbeza daripada norma yang disediakan kerana mereka mempunyai tahap

yang tinggi dan ujian digunakan untuk mencari bakat. Apabila menjalankan ujian

ketangkasan, dijangka baik untuk digunakan bagi menguji kurang daripada 15 saat. Juga

digunakan dalam pelbagai aktiviti dalam bola sepak seperti mengubah, lari ke belakang dan

ke hadapan. Ujian ketangkasan ini dinasihatkan agar dibuat bagi mengukur prestasi di awal

dan hujung latihan pra pertandingan. Menurut William E. Prentice (1994) ketangkasan ialah

keupayaan untuk menukar atau mengubah dengan pantas dan tepat arah pergerakan badan

semasa melakukan aktiviti.

Menurut Ted A. Baumgartner, Andrew S, Jackson, Matthew T. Mahar & David A.

Rowe, (2003), ketangkasan adalah keupayaan untuk mengubah arah badan atau bahagian

badan secara pantas. Keupayaan ini diukur dengan ujian larian yang memerlukan subjek

untuk membelok atau mula dan berhenti. Kajian menunjukkan ujian digunakan untuk

mengukur larian kepantasan yang biasanya menjadi masalah dalam melaporkan pengukuran:

pelajar belajar untuk melakukan ujian ini dengan praktis (Baumgartner & Jackson, 1970).

Menurut Mark Roozen, ketangkasan adalah keupayaan untuk mengubah arah dengan

cepat tanpa mengurangkan kelajuan, keseimbangan atau kawalan badan. Keupayaan ini

melibatkan kombinasi kekuatan otot, kekuatan mula, kekuatan eksplosif, keseimbangan dan

halaju.

Ketangkasan digambarkan dengan proses sambungan yang terus-menerus.

Bagaimanapun kajian telah menetapkan bahawa ketangkasan mungkin dapat ditingkatkan

menerusi latihan, praktis dan pengajaran (Bennett, 1956). Kesimpulan yang berdasarkan

kajian dari kajian-kajian lain menunjukkan terdapat korelasi yang positif di antara

perkembangan fizikal dan ketangkasan bagi budak lelaki dan perempuan pada tahap sekolah

rendah (Seils, 1956). Ini berdasarkan sumber Douglas N. Hastad & Alan. Lacy (1998).

Page 3: tangkas

Konsep

Kerry A. Van Leishout & Adrian J.J. Lombard (2003), telah menggunakan pengujian

dan pengukuran bagi menentukan profil kecergasan pemain elit badminton junior Afrika

Selatan menerusi ujian seperti ketangkasan, kelajuan, kekuatan, komposisi badan, kuasa

aerobik dan fleksibiliti.

Pengukuran adalah merupakan elemen yang penting untuk semua jenis sukan dalam

dua cara. Pertama, pengukuran adalah akan menentukan hasil sesuatu acara, seperti yang

mana pelari boleh berlari laju atau pelompat galah melompat dengan tinggi. Kedua,

pengukuran adalah digunakan untuk memberitahu atau sebagai panduan yang diluluskan dan

sebagai peraturan dalam permainan atau sukan.

Menurut John A.C. Kordich & Susan L. Heinrich, (2004), ujian di lapangan adalah

penilaian yang tidak mahal, mudah untuk ditadbir, memerlukan peralatan yang kurang,

penggunaan masa yang kurang, boleh ditadbir dan dilaksanakan di pelbagai tempat dan

mungkin lebih efisien untuk menilai terhadap kumpulan yang besar.

Penilaian merupakan proses penempatan nilai bagi pengukuran. Ini membabitkan

perbandingan mata kepada nisbah yang diketahui dan menyampaikan nilai. Terdapat dua

aspek utama dalam persekitaran pendidikan jasmani yang mana ia patut dinilai. Pertama, ia

merupakan aktiviti kendiri. Ini mungkin atau tidak ada usaha untuk mempunyai minat tetapi

mungkin tergolong dalam melakukan aktiviti kehidupan seharian. Aktiviti sebegini perlu

dinilai dengan keperluan yang penting dengan persekitaran. Ini mungkin juga melibatkan

keperluan tenaga, tempoh masa, pembabitan otot, menggunakan daya, ciri-ciri pergerakan,

kontak badan dengan yang lain dan julat pergerakan adalah diperlukan (Brown, 2000).

Page 4: tangkas

LATAR BELAKANG

Sejarah dan perkembangan

Bateri ujian kecergasan motor telah lama diperkenalkan oleh pakar Pendidikan

Jasmani. Oleh kerana ujian kecergasan motor dihasilkan di negara-negara barat seperti

Amerika Syarikat, maka semua ujian dan prosedur ujian yang digunakan dalam bateri

tersebut adalah berdasarkan persekitaran negara tersebut.

Kajian yang dilakukan oleh McCloy (1934) bertujuan membentuk bateri ujian

kecergasan motor am McCloy’s General Motor Abilities Test. Beliau telah berjaya mengukur

kecergasan motor berdasarkan pengukuran ke atas komponen kepantasan, kekuatan, kuasa

dan koordinasi pergelangan bahu dan lengan. Humiston (1937), mendapati bahawa prosedur

pengujian dan pengukuran yang tepat sangat penting bagi mengukur status kecergasan motor.

Beliau telah memperkenalkan prosedur ujian ke atas komponen kemahiran asas manipulatif,

koordinasi dan kepantasan. Kelemahan ujian yang dijalankan oleh Humiston ialah kesukaran

penguji mengukur prestasi beberapa ujian yang disenaraikan kerana prosedur ujian yang

diperkenalkan tidak jelas dan meragukan. Hasil dapatan McCloy (1934) dan Humiston

(1937), menunjukkan bahawa di antara komponen ujian yang sesuai digunakan bagi

mengukur kecergasan motor ialah ujian kepantasan, kuasa dan koordinasi (Ahmad Hashim,

2003).

Andaian tentang konsep kebanyakan prestasi umum adalah dari tugas pelbagai motor

yang berbeza yang mana boleh diramal atau dilihat daripada satu jenis ujian ataupun

beberapa jenis ujian. Prinsip umum ini boleh dilihat atau dikesan dengan melakukan kerja

atau tugas yang dilakukan oleh Sargent (1921), yang mana merupakan individu pertama

melaporkan tentang ujian umum. Ujian Fizikal Sargent terhadap manusia, biasanya mengukur

ketinggian dalam vertical jump, atas andaian satu ujian itu cukup untuk mengukur keupayaan

motor.

Tujuan ujian umum ini adalah untuk menyediakan kaedah yang mana sesuai

digunakan untuk meramal prestasi individu dalam lingkungan aktiviti motor yang begitu luas

dari bateri ujian yang mudah. Beberapa jenis ujian telah digunakan oleh tenaga pengajar

fizikal untuk mengukur secara umumnya, tetapi kesahan mereka tidak dapat ditetapkan.

Page 5: tangkas

Lewat 1950an, Franklin Henry (1956,1958), mengemukakan teori memory-drum

dalam neuromotor reaction, mendakwa bahawa keupayaan motor adalah khusus sesuatu tugas

lebih baik daripada umum kepada beberapa tugas. Prestasi pelajar dalam satu kemahiran

motor adalah sikit atau tiada nilai dalam kecukupan prestasi ke atas tugas atau lakuan yang

berbeza. Dengan kata lain, prestasi pelajar dalam satu kemahiran motor merupakan sedikit

atau tiada nilai dalam meramal serta menentukan prestasi mereka dalam pelbagai tugas.

Pelajar yang mendapatkan mata dengan baik dalam ujian motor umum merupakan berbakat

dalam beberapa keupayaan khusus, sebaliknya pelajar yang mendapat mata sedikit hanya

mempunyai simpanan pola (pattern) yang biasa di dalam memory drum mereka (Ted A.

Baumgartner, Andrew S, Jackson, Matthew T. Mahar & David A. Rowe, 2003).

Antara ujian-ujian ketangkasan yang telah digunakan oleh penyelidik-penyelidik

terdahulu seperti ujian ketangkasan SEMO (Kirby, 1971), ujian lari ulang alik 30 kaki

(AAHPERD, 1976), ujian lari zig zag (Barrow & McGee, 1979), dan ujian lompat kuadran

(Johnson & Nelson, 1986). Ujian ketangkasan lazimnya mempunyai tiga komponen iaitu

pertukaran dalam arah larian, perubahan dalam kedudukan badan dan pertukaran arah

sebahagian badan.

Manual yang dikeluarkan oleh Canada's first National Test of Physical Fitness

menunjukkan setiap item ujian mesti sah dan mempunyai kebolehpercayaan untuk mengukur

kecergasan. Masing-masing dari 6 ujian mengukur aspek kecergasan yang berbeza. (1) Ujian

1 minit sit-up untuk kekuatan dan ketahanan otot abdominal; (2) ujian lompat jauh berdiri

untuk mengukur kuasa kaki; (3) ujian shuttle run menentukan ketangkasan; (4) ujian flexed

arm hang menunjukkan ketahahan otot tangan dan bahu ; (5) ujian lari 50-yard mengukur

kelajuan; dan (6) ujian lari 300-yard menunjukkan daya tahan.

Page 6: tangkas

Teori

Teori keupayaan fizikal asas telah dikemukakan oleh Edwin Fleishman (1964) yang

mana khusus digunakan untuk ujian secara umum, kerana prestasi individu dalam kemahiran

motor khusus diterangkan dalam istilah keupayaan motor. Teori beliau berdasarkan kepada

kajian yang dilakukan ke atas U.S. Air Force, yang mana ujian keupayaan psikomotor

dikenalpasti adalah sah untuk meramal prestasi pelbagai krew kabin.

Ujian ke atas atlet menjadi prosedur yang boleh diterima. Sebelum Sukan Olimpik

1976, saintis sukan telah mengkaji dalam psikologikal, fisiologikal, biomekanikal dan

perubatan ke atas 20 pelari kelas dunia (Pollock et al, 1978 berdasarkan sumber Ted A.

Baumgartner, Andrew S, Jackson, Matthew T. Mahar & David A. Rowe, (2003).

Banyak ujian yang berkaitan dengan ketangkasan telah diterbitkan. Contoh Shuttle

Run memerlukan subjek untuk berlari belakang dan ke hadapan di antara dua garisan yang

sama. (Ted A. Baumgartner, Andrew S, Jackson, Matthew T. Mahar & David A. Rowe,

2003).

Menurut Baumgartner & Jackson (1999) sumber dari Ahmad Hashim, (2003),

kepantasan berlari, kebolehan melompat dan kekuatan otot adalah faktor mustahak bagi

menentukan tahap keupayaan asas fizikal. Individu yang mempunyai tahap keupayaan asas

yang baik dapat menunjukkan kecekapan dalam pelbagai kemahiran motor spesifik.

Peningkatan keupayaan asas fizikal juga dipengaruhi oleh faktor genetik oleh pengaruh

persekitaran (Fleishman, 1964).

Page 7: tangkas

Ujian Lari Ulang Alik 30 Kaki

Tujuan : Mengukur prestasi ketangkasan berlari dan menukar arah

Kesahan : r = 0.96 (Ahmad Hashim, 2003)

Kebolehpercayaan : r = 0.97 (Ahmad Hashim, 2003)

Objektiviti : r = 0.99 (Ahmad Hashim, 2003)

Kawasan Ujian : Gelanggang konkrit yang mempunyai keluasan yang mencukupi

(sekurang-kurangnya 40 kaki panjang dan 20 kaki lebar)

Alatan : Jam randek, pita pengukur, pita penanda dan dua blok kayu masing-

masing berukuran

Prosedur:

i. Dua blok kayu yang masing-masing berukuran 2 inci x 2 inci x 4 inci diletakkan

secara bersebelahan di atas garisan penamat 30 kaki dari garisan permulaan.

ii. Subjek berdiri dibelakang garisan permulaan ditengah-tengah garisan permulaan.

iii. Arahan ‘sedia’ dan ‘mula’ diberikan kepada subjek untuk berlari ke hadapan bagi

mendapatkan salah satu blok kayu dan balik ke garisan permulaan dengan

meletakkan blok kayu tersebut di belakang garisan permulaan.

iv. Selepas meletakkan blok kayu pertama di belakang garisan permulaan; subjek

teruskan larian untuk mendapatkan blok kayu yang kedua dan balik ke garisan

permulaan dengan meletakkan blok tersebut di belakang garisan permulaan.

v. DUA percubaan diberikan dengan diberikan rehat antara percubaan.

mula 10 meter

Page 8: tangkas

Norma skor mentah ujian lari ulang 30 kaki (dalam saat)

JANTINA PERINGKAT UMUR

13 TAHUN 14 TAHUN 15 TAHUN 16 TAHUN 17 TAHUN

LELAKI

CEMERLANG 6.69

KE BAWAH

7.03

KE BAWAH

7.41

KE BAWAH

7.17

KE BAWAH

6.62

KE BAWAH

SANGAT

BAIK

8.95-6.70 9.04-7.04 9.16-7.42 9.03-7.18 8.63-6.63

BAIK 11.22-8.96 11.07-9.05 10.91-9.17 10.90-9.04 10.64-8.64

SEDARHANA 13.49-11.21 13.08-11.08 12.65-10.92 12.75-10.91 12.65-10.65

LEMAH 13.50

KE ATAS

13.09

KE ATAS

12.66

KE ATAS

12.76

KE ATAS

12.66

KE ATAS

PEREMPUAN

CEMERLANG 7.46

KE BAWAH

7.72

KE BAWAH

7.68

KE BAWAH

7.94

KE BAWAH

8.20

KE BAWAH

SANGAT

BAIK

10.06-7.47 9.99-7.73 10.40-7.69 10.46-7.95 10.88-8.21

BAIK 12.68-10.07 12.27-10.00 13.12-10.41 12.99-10.47 13.56-10.89

SEDARHANA 15.28-12.69 14.54-12.28 15.84-13.13 15.52-13.00 16.24-13.55

LEMAH 15.29

KE ATAS

14.55

KE ATAS

15.85

KE ATAS

15.53

KE ATAS

16.25

KE ATAS

SKOR BERDASARKAN 830 ORANG PELAJAR LELAKI DAN 670 PELAJAR PEREMPUAN

SEKOLAH MENENGAH DI SEMENANJUNG MALAYSIA.

SUMBER : AHMAD HASHIM (2004). PENGUKURAN KECERGASAN MOTOR.

TANJONG MALIM : QUANTUM BOOK, 88.

Page 9: tangkas

NORMA PRESENTIL UNTUK SKOR UJIAN LARI ULANG ALIK 30 KAKI (DALAM SAAT)

PERSENTIL JANTINA PERINGKAT UMUR (TAHUN)13 THN 14 THN 15 THN 16 THN 17 THN

99 LELAKI

PEREMPUAN

5.4

6.0

5.7

6.6

6.0

7.0

5.8

6.5

5.5

6.4

90 LELAKI

PEREMPUAN

6.3

8.0

6.0

7.0

7.0

7.0

6.0

7.0

5.9

7.0

80 LELAKI

PEREMPUAN

9.8

10.7

9.6

10.3

9.4

10.5

9.4

10.9

8.8

11.0

70 LELAKI

PEREMPUAN

10.1

11.1

10.1

11.1

9.9

11.2

9.9

11.1

9.8

11.4

60 LELAKI

PEREMPUAN

10.4

11.4

10.4

11.3

10.2

11.6

10.2

11.6

10.0

12.0

50 LELAKI

PEREMPUAN

10.8

11.7

10.6

11.7

10.3

12.0

10.3

11.9

10.2

12.4

40 LELAKI

PEREMPUAN

11.2

12.1

10.8

11.9

10.6

12.5

10.6

12.6

10.4

12.9

30 LELAKI

PEREMPUAN

11.6

12.8

11.1

12.2

11.0

13.0

11.1

12.8

10.6

13.3

20 LELAKI

PEREMPUAN

12.0

14.1

11.4

12.5

11.2

13.5

11.3

13.3

11.0

14.2

10 LELAKI

PEREMPUAN

13.1

15.3

11.8

13.6

11.8

14.9

11.6

14.3

11.5

16.1

5 LELAKI

PEREMPUAN

13.3

17.8

14.0

15.4

13.6

18.0

12.5

18.9

12.6

17.0

N LELAKI

PEREMPUAN

170

137

171

140

173

139

161

134

155

120

SUMBER : AHMAD HASHIM (2004). PENGUKURAN KECERGASAN MOTOR. TANJONG MALIM : QUANTUM BOOK, 88.

Page 10: tangkas

BORANG KEPUTUSAN

NAMA SUBJEK : …………………………………………………..

JANTINA : …………………………………………………..

UMUR : ……………TAHUN

TINGGI : …………...METER

BERAT : …………...KG

STESEN AKTIVITI KEPUTUSAN SKOR TERBAIK

CATATAN

AUJIAN LARI ULANG ALIK

30 KAKI

1.

2.

MASA UJIAN : ………………………….

TARIKH UJIAN : ………………………….

TANDA TANGAN PENCATAT

( )