Taranum

54
http://suaramaskel.blogspot.com/2012/04/pengertian-tarannum.html Dicatat oleh jawikukini Selasa, 24 April 2012 Tarannum adalah berasal daripada perkataan Arab iaitu tarannama, yatarannamu tarannum yang membawa maksud berdendang atau menyanyi. Dr Ruuhi al-Balbaki, pakar bahasa Arab pula menyatakan bahawa kata akar bagi perkataan tarannum ini ialah rannama, yurannimu, tarnim yang membawa maksud “intonation, modulation, recital, chanting, singing and humming” iaitu yang merangkumi maksud intonasi, nyanyian dan bacaan yang baik. Tarannum adalah suatu ilmu atau kaedah suara yang dipelbagaikan mengikut proses Nada, Rentak dan Irama tertentu. Nada adalah tingkatan atau tekanan bunyi suara. Rentak adalah pergerakan yang menghidupkan bunyi suara. Irama adalah alunan atau bentuk bunyi. Tarannum adalah suatu istilah yang diguna pakai oleh RasuluLlah SAW. Sabda Baginda: ن رأ لق ا م ب ن ر لت أ ن س ح ى ب لن ن ذ ىء ما أ ش ل له أل ن ذ ما أ- ارى خ ب ل روأه أMaksudnya: "Apa yang diizinkan Allah atas sesuatu itu ialah apa yang diizinkan kepada nabinya yang selalu mengelokkan lagu (tarannum) bacaan al-Quran”.

description

taranum

Transcript of Taranum

http://suaramaskel.blogspot.com/2012/04/pengertian-tarannum.html

Dicatat oleh jawikukini Selasa, 24 April 2012 

Tarannum adalah berasal daripada perkataan Arab iaitu tarannama, yatarannamu tarannum yang membawa maksud berdendang atau menyanyi. Dr Ruuhi al-Balbaki, pakar bahasa Arab pula menyatakan bahawa kata akar bagi perkataan tarannum ini ialah rannama, yurannimu, tarnim yang membawa maksud “intonation, modulation, recital, chanting, singing and humming” iaitu yang merangkumi maksud intonasi, nyanyian dan bacaan yang baik.

Tarannum adalah suatu ilmu atau kaedah suara yang dipelbagaikan mengikut proses Nada, Rentak dan Irama tertentu.

Nada adalah tingkatan atau tekanan bunyi suara.

Rentak adalah pergerakan yang menghidupkan bunyi suara.

Irama adalah alunan atau bentuk bunyi.

Tarannum adalah suatu istilah yang diguna pakai oleh RasuluLlah SAW. Sabda Baginda:

بالقرأن الترنم حسن لنبى أذن ما لشىء الله أذن ما

البخارى - رواه

Maksudnya: "Apa yang diizinkan Allah atas sesuatu itu ialah apa yang diizinkan kepada nabinya yang selalu mengelokkan lagu (tarannum) bacaan al-Quran”.

Al-Quran merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada junjungan besar Rasulullah saw melalui perantaraan malaikat Jibril a.s. secara beransur-ansur dan disampaikan kepada kita dengan jalan yang mutawatir serta membacanya merupakan suatu ibadah. al-Quran mempunyai kesenian yang unik dari sudut bacaan yang memerlukan seseorang menguasai ilmu tajwid, tarannum, qiraat sab’ie, dan lain-lain lagi demi memantapkan penguasaan bacaan Tartil mengikut bentuk dan kehendak ayat agar mudah

difahami, dihayati dan diamalkan dengan sempurna seterusnya dapat melahirkan generasi al-Quran yang cemerlang.

Tuntutan bertarannum dalam sabda Rasul saw :

�ا ن �ح�س �ء�ان �ق ر� ال �د �ز#ي ي �ن ��ح�س ال �الص)و�ت #ن) ف�أ #ك م� ص�و�ات� #أ ب �ء�ان �ق ر� ال ن وا ح�س/

Maksudnya: ”Perelokkanlah bacaan al-Quran itu dengan suara-suara kamu, sesungguhnya suara yang elok sahaja boleh menambahkan keelokkan bacaan al-Quran itu”.

(Hadith Riwayat Abu Daud)

Bacaan al-Quran yang terbaik adalah bacaan yang menggabungkan keelokan suara, bertajwid dan bertarannum yang mencapai martabat bacaan tartil yang sebenar (Nik Jaafar 1998). Menurut Nurliana Mohd Shariff (2003), alunan tarannum Al-Quran bukan sekadar tidak sama dengan lagu-lagu nyanyian lain seperti Lagu Penglipur Lara, Syair, Qasidah, Nasyid dan sebagainya bahkan al-Quran juga tidak boleh dilagukan seperti lagu-lagu nyanyian tersebut. Perkara ini telah jelas diterangkan oleh baginda saw dalam sabdanya :

كتابين وأهل الفسق اهل ولحون وإياكم وأصواتها العرب بلحون القرأن إقرؤا

Bermaksud : “Bacalah al-Quran itu dengan irama (lagu) kearaban dan dengan suara berlahjah arab. Jangan sekali-kali kamu melagukan al-Quran itu dengan gaya lagu ahli fasik dan ahli-ahli kitab (Kristian dan Yahudi).” (Hadis Riwayat Imam Thabrani & Baihaqi).

Semoga blog Tahsin al-Quran ini dapat membantu para pelajar menguasai Kemahiran al-Quran khususnya dalam bidang Tarannum. Sesungguhnya ahli al-Quran merupakan “Ahlullah Wa Khassah” yang dijanjikan

http://ensiklopediamuslim.blogspot.com/2010/01/tarannum.html

Tarannum

Pengertian Tarannum Al-Quran

Tarannum adalah berasal daripada perkataan Arab iaitu tarannama, yatarannamu tarannum yang membawa maksud berdendang atau menyanyi. Dr Ruuhi al-Balbaki, pakar bahasa Arab pula menyatakan bahawa kata akar bagi perkataan tarannum ini ialah rannama, yurannimu, tarnim yang membawa maksud “intonation, modulation, recital, chanting, singing and humming” iaitu yang merangkumi maksud intonasi, nyanyian dan bacaan yang baik.

Tarannum adalah suatu ilmu atau kaedah suara yang dipelbagaikan mengikut proses Nada, Rentak dan Irama tertentu.

Nada adalah tingkatan atau tekanan bunyi suara.

Rentak adalah pergerakan yang menghidupkan bunyi suara.

Irama adalah alunan atau bentuk bunyi.

Tarannum adalah suatu istilah yang diguna pakai oleh RasuluLlah SAW. Sabda Baginda:

بالقرأن الترنم حسن لنبى أذن ما لشىء الله أذن .ما

( البخارى (رواه

Maksudnya: "Apa yang diizinkan Allah atas sesuatu itu ialah apa yang diizinkan kepada nabinya yang selalu mengelokkan lagu (tarannum) bacaan al-Quran”.

Sejarah Tarannum

Rasulullah s.a.w. menerima Al-Quran pada tahun 610 masihi. Baginda memerintahkan umatnya membaca Al-Quran dengan suara yang elok serta diperindahkan lagi (tazyin / tarannum). Kemudian

terdapat beberapa orang sahabat yang masyhur sebagai qari-qari yang baik antaranya Abdullah bin Mas’ud RA, Abu Musa Asy’ari dan ramai lagi.

Kemudian pada zaman tabiin muncul pula qari-qari seperti Alqamah bin Qis di Kufah (Tahun 62 hijrah). Abdullah b Saib di Mekah (70 hijrah) dan lain-lain. Begitulah sejarah pembacaan Al-Quran bertarannum yang terus berkembang sehingga ke hari ini.

Oleh kerana tarannum sesuatu yang bersifat seni pendengaran (sima’i), maka Jumhur qurra bersepakat bahawa tidak diketahui secara sanadnya bagaimanakah bacaan berlagu Rasulullah s.a.w. itu. Ketika zaman keagungan Islam dahulu, cabang-cabang ilmu Islam begitu pesat berkembang serta mempunyai berbagai aliran (mazhab). Seiring dengan itu, ilmu tarannum juga membangun serta mempunyai berbagai aliran yang popular antaranya: Misri (Mesir).Hijazi (Mekah dan Madinah), Iraqi, Kurdi (sempadan Iraq dan Turki), ‘Ajami (Iran) dan lain-lain. Kini aliran yang paling popular dan diterima di seluruh dunia ialah aliran Misri. Qari-qari Mesir yang muktabar telah mengambil dan mengubah suai tarannum-tarannum atau lebih mereka sebutkan sebagai ilmu maqamat itu dari aliran-aliran di atas mengikut budaya mereka serta mengarabkannya untuk bacaan Al-Quran.

Perbandingan Aliran Hijazi dan Misri

Aliran Hijazi

• Padang pasir.• Bukit bukau.• Suhu tinggi. Lalu: irama dan rentaknya lincah dan nada suaranya tinggi kehangatan.

Aliran Misri

• Lembah nil.• Subur menghijau.• Suhu sederhana.Lalu: irama dan rentaknya lembut dan suaranya sederhana kemanisan.

Asal Ilham Tarannum

Manusia yang berjiwa seni selalulah mendapat idea-idea dari persekitarannya. Sejak zaman silam, pengaruh bunyi geseran kayu, bunyi tiupan angin, bunyi kicauan burung, bunyi air mengalir dan lain-lain telah mencetuskan idea untuk membuat lagu ataupun di dalam bahasa arab disebut At-Tarannum, Al-Ghina, ataupun ilmu Al-Maqamat.

Hukum Umum Bertarannum

Berdasarkan kaedah fiqhiyyah serta pandangan alim-ulama, bolehlah kita fahami bahawa hukum bertarannum adalah seperti berikut;

1. Fardhu (kifayah) : jika hanya dengan berlagu dapat mengajak masyarakat ingin mendekati Al-Quran.

2. Sunat : jika dengan berlagu boleh membantu kesempurnaan hati.

3. Harus : untuk mengambil keseronokan mendengar alunan yang indah.

4. Makruh : jika dengan berlagu tiada langsung kebaikan keagamaan diperolehi.

5. Haram : jika mahu menunjuk-nunjuk kepada orang yang mendengar atau riyak atau ujub. Atau jika merosakkan hukum-hukum tajwid, meniru-niru lagu keagamaan lain, meniru-niru lagu penyanyi-penyanyi yang hanya melekakan dan lain-lain.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

قوم بعدي سيجئ فإنه الفسق، وأهل الكتابين أهل ولحون وإياكم وأصواتها، العرب بلحون القرأن اقرؤوا . يعجبهم من وقلوب قلوبهم مفتونة حناجزهم يجاوز ال والنوح والرهبانية الغناء ترجيع بالقرأن يرجعون.شأنهم

( والبيهق الطبرني (رواه

Maksudnya: "Bacalah al-Quran itu dengan gaya lagu dan suara yang berlahjah Arab dan jangan sekali-kali menbaca dengan lagu dan suara yang berlahjah keYahudian atau keNasranian. Demikian juga lagu-lagu ahli fasik/penyanyi (Biduan dan Biduanita). Maka sesungguhnya sepeninggalanku nanti, akan muncul satu golongan yang sengaja membaca al-Quran dengan lagu-lagu yang dipopularkan sebagai nyanyian penghibur, pendeta dan perintih yang tiada melampaui khalkum mereka, hati mereka sudah terfitnah, apa lagi hati mereka yang mengkaguminya".

Kata Ibnu Kathir: “Bahawasanya (berlagu) yang dikehendaki mengikut hukum syarak hanyalah mengelokkan suara yang menimbulkan rasa penghayatan (tadabbur), kefahaman, kekhusyukan, kerendahan hati serta memandu kearah ketaatan kepada Allah SWT.”

Falsafah Tarannum

Suatu usaha bernilai tinggi bagi menghubungi rasa hati pembaca dan pendengar kepada keagungan Allah Tuhan Pencipta.

PEMBAHAGIAN ILMU TARANNUM

بأصواتكم القرأن زينوا

( داوود (ابو

Hendaklah kamu menghiasi bacaan (mencantikkan) bacaan Al-Quran dengan suara-suara kamu (dengan mempelbagaikan suara kamu).

Tarannum adalah perhiasan kepada bacaan Al-Quran. Tarannum sangat berkait rapat dengan suara kerana dari suara yang elok dan tersusunlah lahirnya tarannum.

Tarannum secara umumnya terbahagi kepada dua kategori:

a). Tarannum bit Tahqiq – Tarannum yang dibaca dengan kadar tahqiq menurut kaedah ilmu tajwid. Biasanya kategori ini diamalkan oleh Qari-qari mesir muktabar seperti Syeikh Abdul Basit Abdul Samad dan lain-lain. Kategori ini digunapakai di dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.

b). Tarannum bit Tadwir – Tarannum yang dibaca dengan kadar Tadwir menurut kaedah ilmu tajwid. Biasanya kategori ini diamalkan oleh oleh Imam-imam Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah seperti Fadhilatud Duktur Abdur Rahman bin Abdul Aziz Al-sudais dan lain-lain.

ASAS ALIRAN TARANNUM

Aliran tarannum Hijazi popular di dunia Islam sebelum tahun 1940-an. Lagu-lagu asas mereka boleh diketahui dengan kata-kata “Bihumurin jasad”

1. Banjakah.

2. Husaini.

3. Mayyah.

4. Rakbi.

5. Jiharkah.

6. Sikah.

7. Dukah.

Selain itu terdapat pula lagu-lagu cabang seperti Ruma, Ushshak. Sun’ani, Yaman Hijaz, Hirab dan lain-lain.

Asas Tarannum Aliran Misri

Selepas tahun 1940-an hingga ke hari ini, aliran tarannum Misri pulalah yang popular. Tarannum asas aliran Misri ialah:

1. Bayyati.

2. Soba.

3. Hijaz.

4. Nahawand.

5. Rast.

6. Sikah.

7. Jiharkah.

Selanjutnya terdapat pula tarannum-tarannum seperti Husaini, Huzam, Farahfaza, Shad, Nawa Athar, Rahat El Arwah dan lain-lain yang kini dianggap sebagai lagu-lagu cabang (furu).

Terdapat tarannum-tarannum yang bersamaan nama di dalam aliran Hijazi dan aliran Misri, malah terdapat juga tarannum Misri yang diberi nama Hijaz. Ini menunjukkan keterbukaan dan keilmuan qari-qari Mesir dalam mengambil, mengubahsuai dan memperbaharui kearah mencantikkan lagi tarannum-tarannum sesuai dengan suasana, peredaran zaman dan citarasa terkini, tetapi tidaklah sampai menghilangkan identiti asal dan yang paling utama, keutuhan tarannum bil Quran yang berlahjah arab.

Untuk bertarannum, para Qari semestilah mengenali beberapa komponan penting untuk mengarabkan bacaan mereka .

2.3.1 Harkat (suatu alunan irama yang mengandungi beberapa qit’ah dan satu mahattah).

2.3.2 Qit’ah (suatu alunan irama pendek tanpa mahattah).

2.3.3 Burdah asli dan sina’i (bunga-bunga suara yang terjadi dengan sendirinya dan yang digubah).

2.3.4 Mahattah (suatu bentuk atau gaya penghujung harkat yang sempurna).

2.3.5 Salalim su’ud dan nuzul (suara mendaki dan menurun – mengikut ilmu tangga-tangga suara ).

2.3.6 Ihtilal al-lahn (kemahiran mencondongkan suara).

2.3.7 Wuslah al-mumathalah (kemahiran menggabungkan alunan beberapa tarannum yang sesuai di dalam satu harkat).

FALSAFAH TARANNUM BIL-QURAN

Melagukan bacaan al-Quran adalah satu usaha ke arah pencapaian amalan membaca al-Quran yang bernilai tinggi bagi menhubungkan rasa hati pembaca dengan pendengar kepada keagungan Allah S.W.T. Bertarannum tanpa memahami falsafahnya adalah satu penyelewengan. Antara Falsafah tarannum ialah:

1. Untuk menghormati status al-Quran sebagai wahyu yang paling agung. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “diturunkan al-Quran itu dengan penuh kebesaran dan kehormatan”. (Riwayat Muslim)

2. Untuk menambahkan kekusyukan dan keinsafan kepada pembaca dan pendengar terhadap ayat-ayat al-Quran sebagaimana firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Mereka segera menundukkan muka sambil menangis sedangkan al-quran itu boleh menambahkan kekusyukan dan keinsafan”. (Surah al-Isra’:ayat 109)

3. Untuk mendapat rahmat Allah SWT. Firman Allah Ta’ala bermaksud: “Dan apabila al-Quran di baca hendaklah kamu mendengarnya dan diam (untuk memerhati dan dengar bacaannya) semoga kamu beroleh rahmat Allah Ta’ala”. (Surah al-A’raf:ayat 204).

4. Untuk menambah keunikan seni bacaan al-Quran itu, seperti sabda Rasulullah SAW: “ Perelokkan bacaan al-Quran itu dengan keelokan suara kamu. Sesungguhnya dengan suara yang elok sahaja mampu menambahkan keindahan seni al-Quran”.

JENIS-JENIS TARANNUM SECARA RINGKAS

TARANNUM BAYYATI

Perkataan bayyati adalah dari bahasa Arab yang bererti rumah atau tempat kediaman.

Sifat Tarannum Al-Bayyati

• Lembut disamping tegas.

• Sesuai dengan tobaqot sederhana.

• Harmoni.

• Berunsur ketenangan.

Peranan Tarannum Al-Bayyati

• Memantapkan persembahan.

• Sesuai sebagai tarannum pembukaan dan penutup.

• Pengukuran kepada tarannum sesudahnya.

• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.

• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM SOBA

Bermaksud rindu. dipopularkan kini oleh qari mesir

Sifat Tarannum Soba

• Gerak ringan meresap jiwa.

• Alunan lembut yang mendayu.

• Sesuai dengan tobaqot sederhana.

• Sesuai dengan ayat memohon, merayu, merintih dan sebagainya.

Peranan Tarannum Soba

• Menenangkan persembahan.

• Membawa kekhusyukan dan keinsafan.

• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.

• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM HIJAZ

Hijaz ialah sebuah kawasan di dalam Arab Saudi. Sangat popular sebagai suatu cabang pelopor tarannum dahulu. Tetapi kini tarannum hijaz telah diubahsuai oleh Qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

Sifat Tarannum Hijaz

• Gerak lambat tapi berkesan.

• Ketegasan pendorong semangat.

• Kelincahan menghidupkan persembahan.

• Sesuai dengan mana-mana tobaqot.

• Sesuai dengan ayat perintah, tegas atau marah.

Peranan Tarannum Hijaz.

• Memberi semangat kepada persembahan.

• Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.

• Memberi tenaga kepada tarannum sesudahnya.

• Menunjukkan Ketegasan kepada mesej Al-Quran.

• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.

• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM NAHWAND

Nahwand juga adalah nama suatu tempat. Terletak di Hamadan Parsi (kini Iran). Tetapi kini tarannum nahawand telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

Sifat Tarannum Nahwand

• Gerak ringan yang berkesan.

• Kelembutan bersopan.

• Sederhana memikat jiwa.

• Kehalusan seni.

• Sesuai dengan tobaqot sederhana.

Peranan Tarannum Nahawand

• Melembutkan bacaan.

• Menenangkan jiwa pembaca dan pendengar.

• Sesuai dengan ayat memohon, bercerita dan sebagainya.

• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.

• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM RAST

Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi. Tetapi kini tarannum rast telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

Sifat Tarannum Rast

• Gerak lembut disamping ketegasan.

• Kelembutan alunan.

• Lincah menyemarakkan.

• Sesuai dengan mana-mana tobaqot.

• Sesuai dengan mana-mana bentuk ayat.

Peranan Tarannum Rast

• Memberi semangat kepada persembahan.

• Memberi tenaga kepada tarannum berikutnya.

• Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.

• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.

• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM SIKAH

Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi (pada kurun-kurun 7 masihi hingga 19 masihi). Tetapi kini tarannum Sikah telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

Sifat Tarannum Sikah

• Gerak lambat meyakinkan.

• Kelembutan menusuk kalbu.

• Berciri kesedihan dan kerintihan.

• Sesuai dengan ayat-ayat merayu, memohon, merintih dan sebagainya.

• Sesuai dengan mana-mana tobaqot.

Peranan Tarannum Sikah

• Melembutkan persembahan.

• Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.

• Membawa kekhusukan dan keinsafan.

• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.

• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM JIHARKAH

Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi (pada kurun-kurun 7 masihi hingga 19 masihi). Tetapi kini tarannum Jiharkah telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

Sifat Tarannum Jiharkah

• Gerak ringan yang berkesan.

• Kelembutan menusuk kalbu.

• Harmoni.

• Sesuai dengan ayat-ayat merayu, memohon, merintih dan sebagainya.

• Sesuai dengan tobaqot sederhana.

Peranan Tarannum Jiharkah

• Menenangkan ketegangan persembahan.

• Melembutkan persembahan.

• Membawa kekhusukan dan keinsafan.

• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.

• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

PENGENALAN TARANNUM DI MALAYSIA

Qari-qari dari Malaysia masa kini telah mempopularkan bacaan al-Quran dengan tarannum yang disusun seperti berikut:

1. Bayyati, Soba, Hijaz, Nahwand dan Rast.

2. Bayyati, Hijaz, Nahwand, Rast dan Sikah.

3. Bayyati, Nahwand, Rast, Sikah dan Jaharkah.

4. Bayyati, Soba, Nahwand, Rast dan Sikah.

5. Bayyati, Iraqi, Hijaz, Sikah dan Rast.

50% daripada qari di Malaysia membaca dengan bahagian (1) dan (2), 30% pula membaca dengan bacaan mengikut turutan (3), 15% lagi membaca dengan bahagian (4) dan 5% lagi membaca dengan bacaan mengikut turutan (5).

Namun mengikut seorang pakar tarannum di Malaysia, Hj Nik Jaafar bin Nik Ismail; susunan lagu-lagu yang popular di Malaysia ialah

1. Bayyati, Soba, Hijaz, Nahwand dan Rast.

2. Bayyati, Hijaz, Nahwand, Rast dan Sikah.

3. Bayyati, Nahwand, Rast, Sikah dan Jaharkah.

Bagi lagu-lagu lain hanya sebagai selingan sahaja.

Dipetik dari http://lebaiyusri.blogspot.com/2009/12/tarannum-al-quran-pada-satu-petang-saya.html

RUJUKAN

Husain Unang, 2005, Qamus al-Tullab, Kuala Lumpur: Darul Fikir, hlm 289.

Ruuhi al-Balbaki, 2000, al-Mawrid, Beirut: Dar al-Ilm li al-Maliyin, hlm 310.

Che Yahya Daud, 2007, Tarannum, Kertas Kerja Kursus Tahsin Bacaan al-Quran Peringkat Zon Tengah dan Selatan, 10-13 September 2007, JAKIM, hlm. 7.

Syeikh Fatihi Hassan Maliji (2007), Tarannum Arabiah Misriah Muktabar, Kota Bharu: Pustaka Aman Press, hlm 23.

Hassan al-Shukri bin Abdullah, 2008, Pengenalan Asas Tarannum, Kursus Sijil Tinggi Pengajian Tarannum, Darul Quran:Kuala Kubu, hlm. 5

Che Yahya Daud, 2007, Tarannum, Kertas Kerja Kursus Tahsin Bacaan al-Quran Peringkat Zon Tengah dan Selatan, 10-13 September 2007, JAKIM, hlm. 7.

Ustaz Faizan Haji Tajuid, Johan Qari Majlis Tilawah al-Quran Negeri Perak tahun 2008 dan 2009, Temubual, 1 November 2009.

Hj. Nik Ja’far Bin Nik Ismail, 2007, Tarannum, Kertas Kerja Kursus Tahsin Bacaan al-Quran Peringkat Zon Tengah dan Selatan, 10-13 September 2007, JAKIM, hlm. 7.

Radzi Kamarul Hailan, 2007, Tarannum, Kertas Kerja Kursus Tahsin Bacaan al-Quran Peringkat Zon Tengah dan Selatan, 10-13 September 2007, JAKIM, hlm. 2-7.

http://toriqatuliman.blogspot.com/p/ape-ni.html

Ahmad Syarifuddin bin Mohamad

1. PENGERTIAN TARANNUM

Taranum ialah suatu ilmu atau suatu kaedah suara yang dipelbagaikan bunyinya melalui proses nada,rentak dan irama yang tertentu untuk menambahkan keunikan seni bacaan Al-Quran.

2. STATUS TARANNUM BIL QURAN SEBAGAI SATU BIDANG ILMU

Tarannum bil Quran adalah suatu ilmu yang digabungkan dengan kemahiran. Ia bukanlah satu kemahiran tanpa ilmu. Jika tarannum bil Quran hanya dianggap sebagai suatu kemahiran semata-mata, ia akan dianggap sebagai suatu yg remeh temeh dan tidak ada kesungguhan dalam usaha mempelajarinya. Oleh itu seseorang Qari hanya belajar secara berkala bagi memenuhi tuntutan majlis tilawah Al-Quran sahaja. Jika hal ini berterusan, ilmu tarannum tidak akan berkembang seiring dengan kemajuan ilmu-ilmu yang lain. Walau bagaimanapun, perkembangan tarannum sebagai suatu ilmu dan kemahiran tidak boleh terkeluar daripada garis panduan yang telah ditetapkan oleh Rasulullah s.a.w sebagaimana sabda baginda :

واصواتها العرب بلحون القران اقراوا

Ertinya : Bacalah Al-Quran dengan Lahn Arab dan suaranya.

Mafhum daripada hadis ini bahawa garis panduan dalam tilawah Al-Quran semestinya berada dalam lingkungan lahjah dan suara kearaban.

3. DALIL-DALIL DIPERINTAHKAN MEMBACA AL-QURAN SECARA BERTARANNUM

وتغنوابه وتعهدوه الله كتاب تعلموا

Ertinya : Hendaklah kamu mempelajari kitab Allah (Al-Quran) dan ceriakanlah serta perelokkanlah lagu bacaannya.(hadis Riwayat Muslim)

بالقران يتغن لم من منا ليس

Ertinya : Bukanlah dari kalangan kami mereka yang tidak mahu melagukan bacaan Al-Quran.(Hadis Riwayat Bukhari)

4. FALSAFAH TARANNUM BIL QURAN

Melagukan bacaan Al-Quran adalah suatu usaha ke arah pencapaian amalan membaca Al-Quran yang bernilai tinggi bagi menghubungkan rasa hati pembaca dengan pendengar kepada keagungan Allah s.w.t. Bertarannum tanpa memahami falsafahnya merupakan suatu PENYELEWENGAN.

Untuk memberi penghormatan kepada status Al-Quran sebagai wahyu Allah yang paling agung. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "diturunkan Al-Quran itu dengan penuh kebesaran dan kehormatan."(HR Muslim)

Untuk menambah kekhusyukan dan keinsafan kepada pembaca dan pendengar terhadap ayat-ayat Al-Quran sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud : " Mereka segera menundukkan muka sambil menangis sedangkan Al-Quran itu boleh menambahkan kekhusyukan dan keinsafan..."(Surah Al-Isra' : 109)

Untuk mendapat rahmat Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t yang bermaksud : "Dan apabila Al-Quran dibaca hendaklah kamu mendengarnya dan diam (untuk memerhati dan dengar bacaannya) semoga kamu beroleh rahmat Allah..(Surah Al-A'raf : 204)

Untuk menambah keunikan seni bacaan Al-Quran : Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : "Hiasilah Al-Quran dengan suaramu yang baik kerana membaca Al-Quran dengan suara yang merdu itu menambahkan lagi keindahan Al-Quran.(HR Hakim)

5. SEJARAH TARANNUM BIL QURAN

Berdasarkan beberapa hadith Sahih , menjelaskan bahawa Tarannum bil Quran ni bermula sejak peristiwa Nuzul Quran di Gua Hira' pada tahun 610 Masihi ketika Rasulullah s.a.w menerima wahyu pertama iaitu ayat 1-5 surah Al-Alaq. Baginda menerima ayat-ayat tersebut dan membacanya dengan elok dan cantik serta menyuruh para sahabat membacanya secara bertarannum,bertazyin dan bertahsin. Seterusnya para sahabat seperti Abdullah Ibn Mas'ud ra,Ubai bin Kaab ra,Salim Maula ra,Abu Huzaifah ra,dan Abu Musa Al-Asya'ari ra telah menyebar luaskan pengajaran Al-Quran secara sedemikian kepada para Tabi'in..

Aktiviti ini diteruskan lagi oleh para Tabi'in seperti 'Alqamah bin Qais r.ah,Abdullah bin Al-Saib r.ah di mekah,Abu Abdul Rahman Al-Sumali di Kufah,Abdullah bin Iyasy r.ah dan lain-lain lagi. Dalam kalangan Tabi' Tabi'in lahir beberapa tokoh AL-Quran seperti Umar bin Abdul Aziz,Imam Muhammad bin Idris As-Syafie(imam syafie)..imam-imam Qiraat, guru-guru Al-Quran, Qari-Qariah yang muktabar hingga kini..

Ini merupakan contoh bacaan bertarannum...(Johan Tilawah Antarabangsa 2003)

6. PENGERTIAN BEBERAPA ISTILAH DALAM ILMU TARANNUM

Qita'ah :

Pengertian : Satu rentak atau gerak tarannum yang paling pendek tanpa mahattah yang tertentu.

Pembahagian Qita'ah :

Qita'ah yang diwaqafkan mengikut kehendak kalimah atau ayat

Qita'ah yang diwasalkan kepada beberapa kalimah atau ayat-ayat sehingga kepada mahattahnya yang sempurna

Peranan Qit'ah :

Sebagai daya penghidup bacaan

Sebagai daya penggerak bacaan

Membawa penekanan jiwa yang meyakinkan

Memberi keselesaan kepada pembaca Al-Quran

Memberi penyesuaian kepada kalimah atau ayat tertentu

Mahattah :

Pengertian : Satu bentuk atau gaya penghujung kepada sesuatu alunan tarannum

Peranan mahattah :

Untuk menyempurnakan setiap harakat tarannum atau getaran suara

Burdah :

Pengertian : Bunga-bunga atau renik-renik tarannum atau getaran suara

Pembahagian Burdah :

Burdah asli: Getaran suara semulajadi

Burdah Shun'a-ie : Getaran (bunga-bunga) suara yang digubah dan disusun mengikut irama tarannum

Peranan Burdah :

Menjadi daya penggerak bacaan

Menjadi penghias bacaan yang berseni

Menjadi daya penarik sesuatu bacaan Al-Quran

Menjadi daya rangsangan yang bersemangat kepada pembaca atau pendengar

Wuslah Al-Mumathalah :

Pengertian : Kombinasi dua atau lebih irama tarannum yang berlainan atau suatu teknik memindahkan dua atau lebih harakat tarannum yang berbeza dalam satu bacaan

Peranan Wuslah Al-Mumathalah :

Menambahkan lagi keunikan / keindahan sesuatu harakat tarannum untuk menghidupkan semula mana-mana harakat tarannum yang kaku atau lesu

Contoh bacaan wuslah (campuran dua tarannum)

Salalim :

Pengertian : Gaya kawalan suara bacaan untuk menambah keindahan Al-Quran

Pembahagian Salalim :

Salalim Su'ud : Gaya menaikkan tabaqat(peringkat) suara bacaan sedikit demi sedikit

Salalim Nuzul : Gaya menurunkan tabaqat (peringkat) suara bacaan sedikit demi sedikit

Peranan Salalim :

Untuk melahirkan keindahan bertarannum

Untuk melahirkan kemukjizatan ayat-ayat Al-Quran

Supaya mesej-mesej sesuatu ayat dapat disampaikan dengan tepat dan berkesan

Ikhtilal Al-Lahn :

Pengertian : Suaran sumbang yang disengajakan mengikut irama dan tabaqat (peringkat) yang tertentu

Pembahagian Ikhtilal Al-Lahn

Menaik : Gaya sumbang sengaja yang bergerak secara menaik

Menurun : Gaya sumbang sengaja yang bergerak secara menurun

Peranan Ikhtilal Al-Lahn :

Melahirkan 'Zauq' bacaan Al-Quran

Menjadi daya penarik bagi sesuatu bacaan

Mempelbagaikan persembahan tarannum

7. KATEGORI-KATEGORI TARANNUM BIL QURAN

Kategori Lembut : Jaharkah , 'Iraqi, Nahawand dan Soba'

Kategori Sederhana Lembut : Bayyati, Husaini , Rast, Sikah ,'Usyad dan Syuri

Kategori Hangat & Keras : 'Ajami , Hijjaz dan Kurdi

8. PEMBAHAGIAN HARAKAT DALAM TARANNUM BIL QURAN

Satu pertiga daripada harakatnya untuk melendikkan persembahan

Satu pertiga daripada harakatnya untuk menghangatkan persembahan

Satu pertiga daripada harakatnya untuk mencanggihkan persembahan

9. CIRI-CIRI PERSEMBAHAN TARANNUM YANG BAIK

Untuk menghasilkan persembahan yang baik perlulah memenuhi ciri-ciri seperti berikut :

Bersesuaian tarannum dengan ayat

Susunan tarannumnya rapi dan sesuai

Susunan harakatnyaa rapi dan bersistematik

Bersesuaian tarannum dengan hukum tajwid

Bersesuaian suara dengan tarannum dengan harakat

Pengendalian suara dan tarannumnya dengan lahjah arab

http://jamalaljauhari.blogspot.com/2010/09/sejarah-tarannum.html

KHAMIS, 16 SEPTEMBER 2010

SEJARAH TARANNUM

Hasil daripada bunyi-bunyian tersebut, maka diambil istifadah atau manfaat

oleh ahli-ahli muzik dan penyair dengan mengubah dan dilunakkan mengikut

selera masing-masing. Dengan itu lahirlah kepelbagaian bentuk irama tarannum

dan muzik mengikut budaya sesebuah masyarakat.

Ibnu al-Arabi seorang penyair terkenal dan pakar dalam bidang sejarah

berpendapat bahawa bertarannum itu adalah merupakan sebahagian daripada

budaya masyarakat Arab silam. Sejarah menunjukkan seawal zaman Jahiliyyah

lagi, masyarakat Arab ketika itu terkenal dengan kepakaran dalam bidang syair

sehingga diwujudkan sebuah tempat yang dikenali sebagai Souq al-`Ukkaz. Ia

bertujuan untuk dijadikan medan mendeklamasikan syair-syair dan digantung

syair-syair yang indah-indah menunjukkan kebanggaan pemiliknya.

Setelah kedatangan Islam dan penurunan al-Quran, umat Islam ketika itu

disarankan supaya menukar budaya tersebut kepada membudayakan bacaan al-

Quran dalam kehidupan seharian mereka dengan bacaan yang lebih baik dan

lunak. Ia bertujuan untuk menarik masyarakat Arab Jahiliyyah ketika itu untuk

mengisi keperluan rohani dan mempedengarkan di telinga-telinga mereka

tentang isi kandungan al-Quran al-Mukjiz.

Dalam kebanyakan Hadis-hadis Sahih, di antaranya adalah sebagaimana yang

diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dalam kitabnya al-JamiÊal-Sahih yang

menunjukkan isyarat keharusan membaca al-Quran secara bertarannum atau

berlagu. Ini dibuktikan oleh hadis berikut:

Maksudnya: Daripada Abu Hurayrah r.a. daripada Rasulullah s.a.w

bersabda: Adapun yang diizinkan oleh Allah akan sesuatu perkara dan

diakui perintah itu oleh Nabi s.a.w ialah melagukan bacaan al-Quran.

Jumhur ulama berpendapat bahawa hadis di atas merupakan isyarat

membolehkan membaca al-Quran dengan bertarannum selama mana tidak

terkeluar dari hukum-hukum tajwid. Jika sekiranya terkeluar dari had dan hak

�ه# �لي�ع )ه الل ص�ل)ى #ي/ )ب الن ع�ن� ة ���ر ي �ه ر #بي أ ع�ن�

: #ي/ )ب #لن ل ن م�ا أذ# cء�ي �ل#ش )ه الل ن م�ا أذ# ل قا �)م ل �و�س

�e آن# �ق ر� #ال ب )ى �غ�ن �ت ي ن أ

ayat suci al-Quran seperti menambahkan dan mengurangkan huruf, maka

hukumnya adalah haram. Perkara ini dipersetujui oleh Imam al-Mawardi yang

menaqalkan kalam daripada pendapat Imam al-Shafi`i dengan menyatakan

bahawa haram hukumnya melagukan bacaan ayat suci al-Quran dengan

terkeluar lafaz huruf dari makhrajnya.

Menurut catatan Shaykh Muhammad Solih Fatani dalam kitabnya Siraj al-QariÊ,

pemodenan alunan tarannum khususnya muzik Arabi adalah disebabkan

pengaruh Yunani. Kemudian dipopularkan oleh pakar muzik tempatan iaitu

Ishak bin Ibrahim al-Mawsuli al-Nadim.

Justeru, berdasarkan beberapa Hadis Sahih, sejarah tarannum al-Quran ini

sebenarnya telah bermula seawal turunnya al-Quran pada peristiwa wahyu

pertama di Gua HiraÊ kira-kira seawal tahun 610 Masihi. Di bawah, merupakan

perbahasan lanjut mengenai sejarah tarannum al-Quran yang bermula sejak

zaman Baginda s.a.w:

3.1.1 Tarannum pada Zaman Rasulullah s.a.w

Kitab al-Quran dan Nabi Muhammad s.a.w merupakan dua aset yang tidak

boleh dipisahkan. Ini kerana pengkhususan penurunan al-Quran itu kepada

Baginda s.a.w selaku pemikul amanah Allah s.w.t, penyampai risalahNya,

penerang segala isi kandungan al-Quran dan penyebar syiarNya. Oleh sebab itu,

menjadi hobi dan mainan bicara Baginda s.a.w dengan bacaan ayat-ayat suci al-

Quran. Perkara ini disebut oleh Imam Abu Daud dalam Sunannya seperti

berikut:

Maksudnya: Daripada Abdullah ibn Maghaffal r.a berkata: Aku melihat

Rasulullah s.a.w pada hari pembukaan kota Makkah, sedang

menunggang unta, beliau membaca surah al-Fath di mana bacaan itu

baginda melakukan tarji' (bacaan lambat dengan memahami isi

kandungannya).

)ه# الل ل و س �ر �ت أي ��ر ل ل قا م غ�ف) ن ب� )ه# الل �د# ع�ب ع�ن�

ع�ل�ى �و�ه و �ة( م�ك ح فت� ��و�م ي �)م ل �و�س �ه# �لي�ع )ه الل ص�ل)ى

ع ج/ �ي ر �و�ه و ح ��فت� ال ة# �ور أ بس ��ق�ر ي cقة� �ا ن

Bersandarkan hadis tersebut, Imam Nawawi berpendapat bahawa Nabi

Muhammad s.a.w membaca al-Quran lalu mengulangi bacaannya. Adapun,

Jumhur Ulama berpendapat bahawa kalimah ع ج/ �membawa maksud galakan ي ر

membaca al-Quran dengan suara yang sedap dan secara tartil.

Dalam satu riwayat yang lain pula, Baginda s.a.w pernah suatu ketika membaca

Surah al-Tur dalam solat maghrib. Perkara ini didengari oleh Muhammad ibn

Jubayr ibn Mat`am, maka beliau menyifatkan bahawa tiada seorangpun yang

lebih lunak suara bacaannya selain Rasulullah s.a.w.

Keunikan kegemaran Rasulullah s.a.w terhadap bacaan al-Quran dikongsikan

bersama para sahabatnya di mana sebagaimana termaktub dalam banyak Hadis

Nabawi, Baginda s.a.w sangat suka mendengar bacaan al-Quran di kalangan

para sahabatnya bahkan memujinya. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh

Imam Ahmad dalam Musnadnya, Rasulullah s.a.w pernah mendengar dan

memuji Abdullah ibn Mas`ud yang membaca al-Quran ketika solat.

�e : م�ن� �)م ل �و�س �ه# �لي�ع )ه الل ص�ل)ى )ه# الل ل س و �ر ل قا

�e �غ ن آ ال �قر� أ ���ق�ر ي ن أ أه أح�ب) ��قر �ل ف�لي ز أ ن� كم�ا ضا

cد� ع�ب ن أم/ اب� ة# �اء �ق#ر ع�ل�ى

Maksudnya: Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa yang ingin

membaca al-Quran lunak dan tepat sebagaimana ia diturunkan maka

hendaklah ia membaca seperti bacaan ibn ummi Abd (iaitu gelaran

kepada Abdullah ibn Masud).

Dalam hadis yang lain pula, Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Abdullah ibn

Mas'ud r.a pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah suatu ketika

meminta dibacakan al-Quran kepada Baginda s.a.w. Sabdanya: ‰Bacalah al-

Qur'an untukku". Lantas Ibn Mas`ud bersuara: ‰Wahai Rasulullah s.a.w, apakah

aku yang harus membacanya, sedangkan al-Qur'an itu diturunkan kepadamu?"

Baginda menjawab: ‰Aku lebih suka mendengarkannya daripada orang lain".

Maka dibacakan Surah al-Nisa' kepada Baginda s.a.w. Tatkala sampai pada ayat

ke-41 (seperti berikut), maka Ibn Mas`ud melihat air mata Baginda s.a.w

mengalir.

Maksudnya: Maka bagaimanakah (halnya orang-orang kafir nanti),

apabila kami mendatangkan seseorang saksi (rasul) daripada tiap-tiap

umat dan Kami mendatangkan kamu (Muhammad) sebagai saksi atas

mereka itu (sebagai umatmu).

Terdapat juga hadis yang menunjukkan rasa takjub Rasulullah s.a.w dan memuji

kelunakan suara sahabatnya seperti bacaan Abu Musa al-Ash`ari sebagaimana

yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim:

Maksudnya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Abdullah bin

Qays atau al-Ash`ari dianugerahkan mizmar (suara yang sedap) dari

jenis mizmar keluarga Nabi Daud a.s.

Saydatina AÊishah r.a pernah meriwayatkan bahawa pada suatu ketika beliau

bersama Rasulullah s.a.w mencuri dengar bacaan al-Quran yang dibacakan oleh

salah seorang sahabat Baginda s.a.w iaitu Salim, hamba kepada Abu Huzayfah

r.a. Setelah selesai bacaan tersebut, Baginda s.a.w kelihatan gembira dan

bersyukur sambil berdoa dengan pujian kehadrat Ilahi kerana menjadikan di

kalangan umatnya yang baik dalam bacaan al-Quran.

�e : إن) �)م ل �و�س �ه# �لي�ع )ه الل ص�ل)ى )ه# الل ل س و �ر ل قا

ا �م�ار م#ز� �أ ع�ط#ي ري) �ع ش� ��األ س أو� �ن� قي� ب )ه# الل ��د ع�ب

�د�او د ل آ ير # ام �م�ز م#ن�

Dengan tunjuk ajar Rasulullah s.a.w berhubung dengan bacaan al-Quran yang

terbaik, maka lahirlah para QurraÊ di kalangan para sahabat r.a yang mempunyai

kepakaran dalam pembacaan al-Quran sebagaimana dinyatakan dalam sepotong

hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam Sahihnya; dari Abdullah

ibn `Amr r.a bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

Maksudnya: Ambillah bacaan al-Quran itu daripada empat orang iaitu

Abdullah ibn Mas`ud, Salim ibn Ma`qil (Maula Abu Huzayfah), Mu`az

ibn Jabal dan Ubay ibn Ka`ab r.a.

Arahan daripada Rasulullah s.a.w ini adalah amat jelas agar para sahabat r.a

mempelajari al-Quran daripada empat orang tersebut yang mempunyai bacaan

yang bagus dan tepat. Mereka telah bertalaqqi al-Quran secara mushafahah

dengan Rasulullah s.a.w. Menurut Ibn MasÊud r.a, beliau berkata bahawa: ÂDemi

Allah sesungguhnya aku telah mengambil al-Quran dari mulut Rasulullah s.a.w

lebih dari 70 surah. Demi Allah sahabat Rasulullah s.a.w amat mengetahui

bahawa aku paling mengetahui di kalangan mereka berhubung kitab Allah tetapi

aku bukan terbaik di antara merekaÊ. Beliau juga berkata kami mempelajari al-

Quran daripada Nabi s.a.w sepuluh ayat dan kami tidak akan mempelajari

sepuluh ayat yang lain sehinggalah kami mempelajari apa yang diturunkan

Allah s.w.t dalam sepuluh ayat tersebut secara amalan.

Seterusnya beliau berkata: ÂDemi yang tiada tuhan selainNya, jika aku

mengetahui terdapat seorang yang lebih mengetahui daripadaku tentang kitab

Allah s.w.t yang dapat sampai kepadanya maka nescaya aku akan pergi

kepadanyaÊ.

Di sini jelas bahawa para sahabat r.a mempelajari al-Quran sepuluh ayat dan

menguasainya dari sudut ilmu, amalan, bacaan, hukum-hakam dan kefahaman.

Kemudian mereka menyampaikan dan mewariskan apa yang mereka pelajari

kepada generasi-generasi terkemudian.

ن ب� )ه# الل �د# ع�ب م#ن� cة��ع ب أر� م#ن� ن آ ال �قر� ذوا خ

ن ب� �ي/ و�أ ب ل �ج�ب ن ب� و�م ع�اذ# م ال# �و�س cع ود م�س�

�e ب .كع�

Tarannum pada Zaman Tabi`in r.a dan

Pascanya

Zaman para Tabi`in r.a merupakan zaman bermulanya perkembangan yang

begitu rancak dari sudut kepelbagaian bentuk bidang keilmuan, budaya dan

ketamadunan. Turut sama berkembang juga iaitu pengaruh-pengaruh luaran di

mana ia berperanan sebagai faktor-faktor samping yang sedikit sebanyak

memberi impak kepada keutuhan sesuatu bidang sama ada kesannya dari sudut

positif mahupun sebaliknya. Keunikan dan ketulenan sesuatu bidang ilmu

tersebut memerlukan kepada pengawalan dan perkembangan secara positif.

Pengawalan dan perkembangan tarannum al-Quran pada zaman ini dipelopori

oleh beberapa Tabi‛in yang masyhur.

Pelopor/Tabi‛in Tarannum al-Quran

Para Tabi`In Tempat

1. Sa`id bin al-Musayb Di Kota Madinah

2. Abdullah bin al-SaÊib Di Kota Makkah

3. Amar bin Abdullah Di Kota Basrah

4. Abu Abdul Rahman al-Sulami dan Alqamah bin Qays Di Kota Kuffah

5. Al-Mughirah bin Abi Shihab al-Makhzumi Di Kota Sham

Kemudian, ia diwarisi dan dikembangkan secara meluas oleh generasi

seterusnya seperti pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz dan

Imam Muhammad Idris al-Shafi`i serta imam-imam QurraÊ dan Qiraat sehingga

sampai zaman sekarang.

Tarannum di Nusantara

Nusantara atau dikenali sebagai Kepulauan Melayu telah menerima kedatangan

Islam seawal kurun pertama Hijrah bersamaan kurun ketujuh Masihi. Walaupun

banyak perselisihan pendapat mengenai fakta sebenar kedatangan Islam di alam

Melayu ini diperbahaskan oleh ahli sejarawan, namun apa yang lebih penting

untuk kita bincangkan adalah sejauh mana peranan Islam itu dalam membentuk

kebudayaan dan ketamadunan masyarakat di Nusantara.

Oleh kerana Islam menjadikan al-Quran sebagai sumber dan panduan utama

dalam pelbagai aspek kehidupan, maka adalah diyakini bahawa masyarakat

Muslim ketika itu amat mementingkan ketuanan al-Quran dan kesuciannya

dijaga. Perkara ini membabitkan penjagaan secara total iaitu sama ada dari sudut

mengenal, mengeja, membaca, memahami dan mengajarkannya.

Melalui skop penjagaan al-Quran ini kita percaya bahawa konsep ini adalah

merupakan penyumbang kepada pengajian tarannum al-Quran yang

berkembang selari dengan perkembangan ilmu Islami. Bermula dari kurun ke-20

Masihi sehingga kini, perkembangan agama Islam telah dapat berdiri dengan

sendirinya tanpa perlu berpaut teguh kepada mubaligh atau pendakwah Islam

dari negara India, China dan Arab. Perkembangan positif ini juga memberi

impak kepada keperihatinan masyarakat Melayu dalam menghayati al-Quran

melalui aspek tarannum. Perkara ini jelas dilihat dengan penguasaan masyarakat

Nusantara dalam pertandingan musabaqah tilawah al-Quran yang merupakan

agenda tahunan dunia Islam dalam mempromosikan ketulenan dan kesucian al-

Quran al-Karim.

Di Malaysia, pertandingan musabaqah tilawah al-Quran yang bermula pada

tahun 1960 adalah merupakan salah satu kaedah menarik minat umat Islam

dalam memperdengarkan bacaan al-Quran dengan baik. Pertandingan ini turut

memperkenalkan kurikulum bacaan al-Quran yang sebenarnya iaitu terdiri

daripada bidang tahsin al-Quran, tajwid, tarannum dan fasohah.

FALSAFAH TARANNUM DAN PERANANNYA

Falsafah dan Peranan Tarannum dalam Bacaan

al-Quran

Menurut kajian Ahmad Sunawari Long dalam bukunya Sejarah Falsafah, definisi

falsafah adalah merupakan gabungan dua perkataan Greek, iaitu philein dan

sophos yang bermaksud „menyintai dan hikmah‰. Menurut Plato, falsafah

adalah kajian terhadap sesuatu yang benar, baik dan cantik. Manakala al-Kindi,

seorang ahli falsafah Islam mendefinisikan falsafah sebagai suatu ilmu mengenai

hakikat sesuatu (Tuhan) yang berada dalam kemampuan manusia untuk

mencapainya.

Lagukan kesemua susunan tarannum yang popular di Malaysia secara

bergilir-gilir mengikut kumpulan.

Jelasnya, falsafah merupakan batu asas dalam menggerakkan hala tuju sesuatu

bidang. Dalam bidang tarannum al-Quran, falsafahnya adalah berkisar dalam

lingkungan melagukan bacaan al-Quran iaitu suatu usaha ke arah

memperkasakan amalan membaca al-Quran dengan menjaga mutu dan kualiti

yang bertepatan syaraÊ bagi menghubungkan rasa hati pembaca dan pendengar

kepada menghayati keagungan Allah sebagai Maha Pencipta. Oleh itu,

bertarannum tanpa memahami falsafahnya merupakan amalan yang sia-sia dan

suatu penyelewengan terhadap nilai ilmu itu sendiri.

Dalam mencapai matlamat dan falsafah tarannum, peranannya juga merupakan

aset yang perlu diketahui oleh setiap Qari dan Qariah,

Peranan Tarannum

1. Untuk mencapai tahap ketartilan bacaan al-Quran yang sebenar

2. Untuk menghormati kedudukan al-Quran sebagai sumber panduan utama

3. Untuk menambahkan kekhusyukan dan keinsafan

4. Untuk mendapat rahmat daripada Allah s.w.t

5. Untuk mewarnai seni bacaan al-Quran

3.2.2 Susunan Tarannum yang Popular di Malaysia

Qari dan Qariah dari Malaysia masa kini telah menyusun lagu bacaan al-Quran

dan mempopularkannya seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.3 berikut.

Jadual 3.3: Susunan Tarannum yang Popular di Malaysia

Bil. Jenis Lagu/Tarannum Catatan

1. Bayyati - Soba - Hijaz - Nahawand dan Rast

2. Bayyati - Hijaz - Nahawand - Rast dan Sikah

50% Qari dan Qariah

mengamalkan kedua-dua bahagian ini.

3.

Bayyati - Nahawand - Rast - Sikah dan

Jiharkah

30% Qari dan Qariah

mengamalkan bahagian ini.

4. Bayyati - Soba - Nahawand - Rast dan Sikah

15% Qari dan Qariah

mengamalkan bahagian ini.

5. Bayyati - ÂIraqi - Hijaz - Sikah dan Rast

5% Qari dan Qariah

mengamalkan bahagian ini.

PEMBAHAGIAN SENI TARANNUM ALQURAN

Ilmu tarannum adalah merupakan suatu seni bunyi yang bertujuan untuk

melunakkan suara ketika membaca ayat suci al-Quran. Getaran bunyi yang

keluar melalui peti suara manusia perlu dikawal dengan baik untuk mencapai

tahap kelunakan dan keindahan sesuatu bacaan. Oleh sebab itu, keperluan

mengetahui falsafah, peranan dan konsep tarannum merupakan perkara utama

yang perlu dititikberatkan oleh para Qari dan Qariah.

Di antara skop asas ilmu tarannum ini ialah pembahagian seni tarannum al-

Quran. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu tarannum Arab Hijazi dan

tarannum Arab Misri.

Tarannum: Lahjah Arab Hijazi

Tarannum lahjah Arab Hijazi adalah merupakan satu kaedah alunan irama

bacaan al-Quran yang popular sebelum tahun 1940-an. Ia bermaksud irama dan

alunannya yang dipengaruhi oleh suasana padang pasir, berbukit bukau dengan

suhu kepanasan yang agak tinggi. Irama dan rentaknya juga agak lebih lincah di

samping nada suaranya yang meninggikan kehangatan.

Para Qari Hijazi biasanya mengalunkan bacaan al-Quran berdasarkan asas-asas

tarannumnya yang tersendiri. Ia boleh dirumuskan dengan ungkapan:

Asas-asas Tarannum Lahjah Arab Hijazi:

#e ج �د�س بح مc ر

Definisi ungkapan bagi asas-asas Tarannum Lahjah Arab Hijazi adalah seperti

Jadual 3.4 berikut.

3.3

TOPIK 3 PERKEMBANGAN SENI TARANNUM AL-QURAN �� 53

Jadual 3.4: Definisi Ungkapan bagi Asas-asas Tarannum Lahjah Arab Hijazi

Bil. Ungkapan Definisi

1. Huruf ب Singkatan nama lagu Banjakah بنجاكه

2. Huruf ح Singkatan nama lagu Husayni حسيني

3. Huruf م Singkatan nama lagu Mayyah اهu مي

4. Huruf ر Singkatan nama lagu Rakbi ركبي

5. Huruf د Singkatan nama lagu Dukah دكه

6. Huruf س Singkatan nama lagu Sikah سيكه

7. Huruf ج Singkatan nama lagu Jaharkah جهركه

Selain daripada lagu-lagu yang tersebut di atas, terdapat beberapa lagi lagu

tambahan seperti Ruma, `Ushshaq, Rast, Unsad, Sun`ani, Yaman, Hijaz, Hirab

dan lain-lain lagi. Namun dewasa ini kemasyhuran lagu-lagu tersebut sudah

tidak dipopularkan lagi oleh kebanyakan para Qari dan Qariah. Tetapi terdapat

negeri-negeri yang tertentu sahaja yang masih mempopularkannya sebagai irama

bacaan al-Quran dan senikata berzanji.

3.3.2 Tarannum: Lahjah Arab Misri

Selepas tahun 1940-an, Tarannum lahjah Arab Misri mengambil alih takhta

populariti dalam kaedah alunan irama bacaan al-Quran daripada lahjah Arab

Hijazi. Tarannum lahjah Arab Misri bermaksud irama dan alunannya yang

dipengaruhi oleh suasana lembah Sungai Nil yang subur menghijau dengan

suhu iklimnya yang sederhana dan nyaman. Irama dan rentaknya juga agak

lebih lembut di samping nada suaranya yang sederhana.

Al-Shaykh Taha al-Fashni dari Mesir berpendapat bahawa kebiasaannya para

Qari warga Mesir mengalunkan bacaan al-Quran yang tidak lari daripada asasasas

tarannum yang empat iaitu Bayati, Hijazi, `Iraqi dan Rast. Adapun lagu

selain daripada 4 kaedah asas ini adalah merupakan lagu tafarra` iaitu cawangan

lagu-lagu lain seperti Husayni, Kurdi, Soba, `Ajam, Nahawand, Nawa Asar

(`Ushshaq), Sikah dan Jaharkah.

Demikianlah 12 lagu yang biasa diamalkan oleh para Qari dari Mesir sebagai

alunan lagu bacaan al-Quran. Manakala selebihnya, kebiasaannya diamalkan

dalam melagukan Qasidah dan lagu-lagu muzik sahaja.

Perbezaan di antara Tarannum Lahjah Arab Hijazi dan Misri

Lahjah Arab Hijazi Lahjah Arab Misri

1. Popular sebelum tahun 1940-an Popular selepas tahun 1940-an

2. Dipengaruhi suasana padang pasir dan

suhu yang panas

Dipengaruhi suasana Lembah Sungai Nil dan suhu yang sederhana

3. Irama dan rentaknya lebih lincah dengan nada suara yang tinggi

Irama dan rentaknya lebih lembut dengan nada suara yang sederhana

4. Amalan lagunya terdiri daripada tujuh lagu iaitu Banjakah, Husayni, Mayyah,

Rakbi, Dukah, Sikah dan Jaharkah Amalan lagunya terdiri daripada empat

asas tarannum iaitu Bayati, Hijazi, `Iraqi dan Rast

• Tarannum adalah istilah yang popular dan dikenali oleh kebanyakan

masyarakat di alam Melayu. Tajwid dan Maqamat pula adalah istilah yang

popular di kalangan masyarakat Arab.

• Ilmu ini diilhamkan melalui beberapa unsur seperti bunyi kicauan burung,

geseran kayu, tiupan angin dan bunyi air mengalir.

• Ibnu al-Arabi seorang penyair terkenal dan pakar dalam bidang sejarah

berpendapat bahawa bertarannum itu adalah merupakan sebahagian

daripada budaya masyarakat Arab silam.

• Kedatangan Islam telah mengubah budaya tersebut kepada

membudayakan bacaan al-Quran dalam kehidupan seharian masyarakat

Arab silam dengan bacaan yang lebih baik dan lunak.

• Rasulullah s.a.w telah memberi tunjuk ajar berhubung dengan bacaan al-

Quran yang terbaik, sehingga lahirlah para QurraÊ daripada kalangan para

sahabat r.a. yang mempunyai kepakaran dalam pembacaan al-Quran.

• Zaman para Tabi`in r.a adalah merupakan zaman bermulanya

perkembangan yang begitu rancak dari sudut kepelbagaian bentuk bidang

keilmuan, budaya dan ketamadunan.

• Di Nusantara khususnya di Malaysia, pertandingan musabaqah tilawah al-

Quran yang bermula pada tahun 1960 adalah merupakan salah satu kaedah

menarik minat umat Islam dalam memperdengarkan bacaan al-Quran

dengan baik.

• Falsafah tarannum berkisar dalam lingkungan melagukan bacaan al-Quran

iaitu suatu usaha ke arah memperkasakan amalan membaca al-Quran

dengan menjaga mutu dan kualiti yang bertepatan syarak bagi

menghubungkan rasa hati pembaca dan pendengar kepada menghayati

keagungan Allah sebagai Maha Pencipta.

• Skop asas ilmu tarannum terbahagi kepada dua bahagian iaitu tarannum

Arab Hijazi dan tarannum Arab Misri.

Arab Misri

http://ipgmkdri.edu.my/saidi/?_page=2

[Pendahuluan] [Maksud] [Takrif] [Asal Usul]

PENDAHULUAN

Taranum al-Quran merupakan satu cabang seni suara dalam bacaan al-Quran yang dapat dirasai keindahan sebutan dan bunyi-bunyi huruf-huruf al-Quran sebagai mukjizat kepada Rasulullah SAW. Bunyi dan lafaz-lafaz huruf yang dialunkan oleh pembaca menggambarkan maksud ayat-ayat sesuai dengan intonasi dan kehendak ayat itu sendiri

Alunan Taranum al-Quran tidak sama dengan lagu-lagu nyanyian, bahkan tidak sama dengan lagu penglipur lara, syair. qasidah dan nasyid. Tidak ada kitab-kitab agama lain yang dialunkan seindah bacaan al-Quran, kerana Taranum al-Quran itu mempunyai kaedah dan prinsip hukum-hukum bacaan sesuai dengan kehendak ilmu tajwid al-Quran.

Untuk mendapat kemahiran ini tidak ada jalan mudah untuk menguasaimya melainkan melalui pengajaran dan pembelajaran secara Talaqqi Musyafahah dari guru-guru yang berkaedah dan muktabar. Talaqqi dan musyafahah merupakan pengajaran dan pembelajaran al-Quran sunnnah Rasulullah SAW dan Sahabat baginda. Dengan demikian al-Quran terpelihara dari kesalahan dan kecacatan dalam bacaan.

[Home]

MAKSUD TARANUM AL-QURAN

Dalam bahasa arab Taranum bererti lagu ,dindangan dan nyanyian. Taranum juga sinonim dengan dengan istilah nagham, ghina, luhun dan tatrib. Di Malaysia istilah Taranum khusus diertikan untuk lagu-lagu al-Quran. Penggunaan istilah ini mula digunakan dalam ujian Tilawah al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa di Malaysia. Namun di Negara Arab, Indonesia dan lain-lain tidak menggunakan istilah ini untuk lagu-lagu al-Quran. Mereka lebih mengenali dengan istilah Nagham al-Quran .

[Home]

TAKRIF TARANUM

Takrif Taranum al-Quran yang ialah :

” Satu ilmu mengenai kaedah suara yang di bunyikan mengikut nada dan irama tertentu bertujuan untuk mengelokkan bacaan khususnya bacaan al-quran.” -Tuan Haji Nik Jaafar Nik Ismail.

[Home]

ASAL USUL LAGU ARAB

Ahli sejarah tidak dapat memastikan bilakah Lagu Arab bermula. Secara umumnya Taranum itu telah pun wujud sebelum Islam lagi yang diamalkan dalam lagu nyanyian orang-orang Arab dan hamba abdi. Dikatakan bahawa Batalamus al-Hakim al-Falasufi merupakan pengasas lagu dan muzik. Kemudian diikuti oleh Ishak bin Ibrahim al-Musily al-Qadim sebagai pengasas lagu-lagu arab. Ia dipercayai dililhamkan dari ketukan kayu, bunyi anginbertiup, bunyi ombak, bunyi binatang, suara air mengalir dan sebagainya. Kemudian digubah oleh ahli-ahli suara sehingga tercipta pelbagai nama lagu dan nagham seperti Bayati, rast, Hijaz, Jiharkah dan sebagainya.

ASAL USUL TARANUM AL-QURAN

Menurut Ibn Manzur sejarah bermulanya lagu al-Quran ada dua pendapat. Pendapat pertama mengatakan bahawa lagu al-Quran itu berasal dari nyanyian anak-anak orang kafir yang tertawan ketika di dalam peperangan menentang kaum Muslimin. Pendapat kedua mengatakan bahawa lagu-lagu al-Quran dari nyanyian nenek moyang bangsa Arab.

[Home]

PERKEMBANGAN TARANUM AL-QURAN

Seni lagu tidak boleh dipisahkan dari orang-orang Arab. Seni lagu tidak boleh dipisahkan dari orang-orang arab bahkan orang arablah yang paling minat dengan seni lagu. Ibn Arabi menerangkan bahawa kebiasaan orang arab ketika menunggang unta sentiasa mengalunkan lagu samada ketika berjalan , duduk atau berehat di bawah pokok atau sedang bekerja.

Anas pula meriwayatkan bahawa Nabi SAW pernah dinyanyikan semasa dalam pengembaraan dengan nyanyian di belakang qafilah unta dan terus menjadi adat bangsa arab pada Rasulullah dan Para sahabat.Lagu-lagu ini menjadikan gurindam syair yang dialunkan dengan suara yang merdu dan rentak yang harmonisehingga unta merasa ringan bebanan yang dipikulnya dan merasakan dekat perjalanan yang jauh kerana terpesona dengan nyanyian qafilah itu

Apabila al-Quran diturunkan pada tahun 601M di Gua Hirak Rasulullah terus menghafaznya dan membacanya dengan teliti dan cermat serta mengelokkan suara baginda, agar bacaan al-Quran menjadi lebih indah dan merdu. Seterusnya Rasulullah menggalakkan Sahabat baginda membaca al-Quran dengan suara yang indah dan merdu dengan memindahkan lagu-lagu tradisi arab ke dalam bacaan al-Quran. Selain menjadi hiburan ia akan membawa pahala yang besar.

Banyak bukti-bukti yang menunjukkan Rasulullah membaca al-Quran dengan cara Taranum dan suara yang baik.Diantaranya:

Jubair bin Mut’im seorang penyair arab yang terkenal memeluk islam kerana kemerduan suara Rasulullah ketika membaca surah at-Tur ketika solat Maghrib.

Al-Barra ‘ bin A’zib menceritakan beliau terpesona dengan bacaan surah at-Tin Rasulullah ketika solat Isyak.

Abdullah bin Maghfal telah menyaksikan kemerduan suara Rasulullah ketika membaca surah surah al-Fath semasa mencapai di Hudaibiyyah.

Ketiga-tiga sahabat di atas menyifatkan bacaan Rasulullah suatu bacaan yang yang paling baik dan merdu yang belum pernah didengar sebelumnya menerusi ungkapan berikut:

منه وقرأة صوتا احسن أحدا سمع فما

Dari ungkapan di atas jelas kepada kita bahawa Rasulullah sebenarnya adalah seorang Qari yang mempunyai suara yang sangat merdu dan dikagumi oleh sahabat-sahabat baginda malah kemerduan suara baginda semasa membaca al-Quran membawa hidayat kepada masyarakat untuk tertarik kepada islam dan seterusnya menerima islam . Seterusnya Rasulullah juga menggalakan sahabat baginda

membaca al-Quran dengan suara yang elok dan merdu.Justeru ramai lah para sahabat baginda muncul sebagai Qari-Qari yang dapat mengalunkan bacaan yang indah dan merdu.

QARI-QARI PADA ZAMAN RASULULLAH

1. Abu Musa al-Asy’ari.

Beliau adalah seorang sahabat Nabi yang mempunyai suara yang sangat merdu sangat menarik sehingga Rasulullah menggelarkan beliau dengan gelaran mizmar atau seruling sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

مزامير من مزمارا اوتيت لقد موسي ابا يا له قال النبى أن

داود ال مزامير من

Abu Usman an-Nahdi seorang sahabat Nabi pernah berkata: “Aku pergi ke rumah Abu Musa al-Asy’ari ketika itu beliau sedang membaca al-Quran . Aku tidak pernah dengar tidak pernah dengar suara syambas (alat muzik yang dibuat dari kayu seruling (alat yang ditiup) lebih indah dan merdu daripada suara Abu Musa.

2. Husaid bin Hudhair (Seorang penyair arab ). Pada suatu malam beliau membaca satu surah al-Quran al-Karim berhadapan denganya seekor kuda tertambat dengan tali.Ketika beliau sedang mengalunkan bacaan al-quran tiba-tiba turunlah segumpal awan kearahnya dan menyelubunginnya dan kuda yang terikat di sisinya meronta-meronta sehingga putus talinya dan lari dari situ. Keesokan harinya beliau menceritakan peritiwa tersebut kepada Rasulullah dan rasulullah bersabda:

لصوتك دنت المالئكة تلك

3. Salim Maula Abu Huzaifah.

Beliau juga seorang qari yang mempunyai suara yang merdu yang menjadikan kebanggaan Rasululah sehingga Rasulullah melahirkan rasa kesyukuran baginda dengan sabda baginda dengan sabdaNya:

هذا مثل امتى في جعل الذي .الحمدلله

Selain itu terdapat ramai lagi sahabat Rasulullah yang mempunyai suara yang merdu dan dapat mengalunkan bacaan al-Quran dengan suara yang indah dan baik. mereka termasuklah:

Ali Bin Abu Talib

Uthman bin Affan

Zaid bin Thabit

Abdullah bin Mas’ud

Bilal bin Rabah

Abu Darda’

Ubay bin Ka’ab

Aqabah bin Amir

Abu Syabil ak-Qamah bin Qais

QARI-QARI PADA ZAMAN TABI’IN

Pada zaman Tabi’in pula terdapat beberapa orang tokoh yang terkenal di bidang taranum al-Quran diantaranya:

Umar bin Abd Aziz

Urwah

Said al-Musayyab

Muaz bin Jabal

Sulaiman bin Yasar

Ibnu Syihab al-Zuhri

QARI-QARI PADA ZAMAN TABI’ TABIIN

Dikalangan pengikut Tabi’in juga terdapat tokoh-tokoh Qari yang terkenal dengan kemerduan suara dan dapat melagukan al-Quran dengan suara yangbaik .Diantara mereka ialah:

Muhamad bin Jaafar

Abu Jaafar

Syaibah

Nafi’

PERKEMBANGAN TARANUM AL-QURAN

Perkembangan lagu-lagu al-Quran yang mutawatir dan berlahjah arab terbahagi kepada dua aliran:

1. Lagu-lagu Arab Hijazi (Makawi)

Lagu-lagu arab hijazi berasal dari orang-orang Hijaz (Mekah dan Madinah) Irama lagu-lagu ini biasanya dibawakan dengan bentuk irama yang turun naik. Lagunya agak keras dan kasar dan tidak banyak variasi namun tetap indah dan tersendiri sesuai dengan sifat prang-orang Hijaz. Diantara nama-nama lagu asas yang popular dalam aliran ini di singkatkan dalam perkataan: دسج بحمر

Huruf ‘ba’ : Lagu Banjakah

Huruf ‘ha ’: Lagu Husaini

Huruf ‘mim’ : Mayyah

Huruf ‘Ra’ : Rakbi

Huruf ‘dal’ : Dukah

Huruf ‘sin’ : Sika

Huruf ‘jim’ : Jiharkah

Selaian itu terdapat juga lagu-lagu tambahan atau lagu-lagu cawangan dari lagu-lagu asas yang tersebut di atas iaitu:Ruma, unsad, usyaq, harb, rast, yaman hijaz dan lain-lain.

2. lagu-lagu Arab Misri.

Lagu-lagu arab Misri ialah lagu-lagu yang dipopularkan Qari-Qari Mesir . Lagu-lagu di dalam aliran ini biasa di bawa dengan bentuk irama dari bawah ke atas. Lagunya lebih lembut, mempunyai banyak variasi, dan mengandungi banyak harakah. Terdapat tujuh lagu asas yang popular dalam aliran ini disingkatkan dalam perkataan جسد : بحصر

1. Hurfu ‘ba’ : Bayyati

2. Huruf ‘ ha’ : Hijaz

3. Huruf ‘Sod’ : Soba

4. Huruf ‘ra’ : Rast

5. Huruf ‘jim’ : Jiharkah

6. Huruf ; sin’ : Sika

7. Huruf ‘dal’ : Nahawand

TOKOH-TOKOH QARI MESIR YANG TERKENAL

1. Sheikh Muhamad Rafaat

2. Sheikh Muhamad Sidiq Minsyawi

3. Sheikh Raghib Mustafa Ghalwash

4. Sheikh Abd.Basit Abd.Somad

5. Sheikh Kamil Yusuf Kamil Buhtami

6. Sheikh Khalil Husori

7. Sheikh Ahmad Ruzaiqy

8. Sheikh Ibrahim Sya’sya’i

9. Sheikh Muhamad Tablawy

10. Sheikh Amir Said Uthman

11. Sheikh Ali Hajjaj Suwaysi

12. Sheikh Mustafa Ismail

13. Sheikh Dr Muhamad Nuainak

14. Sheikh Abul Ainain Syuaisya’

15. Sheikh Sayyed Mutawali

16. Sheikh Sayyid Said

17. Sheikh Taha Fasyni

PERKEMBANGAN TARANUM AL-QURAN DI MALAYSIA

Di Malaysia taranum al-Quran berkembang dalam dua peringkat iaitu sebelum tahun 40an dan selepas tahun 40an. Sebelum tahun 40an lagu-lagu yang popular di kalangan qari Malaysia ialah lagu-lagu dari irama aliran Hijazi. Qari yang mengalunkan lagu irama hijazi ini dikenali dengan angkatan lama yang diketuai oleh Yusuf Kedondong dari kelantan.

QARI-QARI ISTANA

Qari-qari yang mahir dan berkebolehan dalam bacaan al-quran mendapat tempat yang istimewa dan dipandang tinggi bukan saja di kalangan masyarakat tetapi di kalangan raja-raja melayu yang memerintah negeri masing-masing. Mereka mendapat kedudukan yang istimewa dimana setengah mereka dilantik sebagai Qari Istana yang berperanan sebagai penyebar bacaan al-Quran baik di istana

ataupun di kalangan masyarakat. Mereka lah yang memperkenalkan lagu-lagu al-Quran yang berlahjah arab kepada masyarakat setempat memperdengarkan bacaan mereka di majlis-majlis rasmi kerajaan, majlis khatam quran, kenduri kawin , haflah-haflah tertentu yang dihadiri oleh segenap lapisan masyarakat. Oleh itu kita dapati negeri-negeri yang mempunyai ramai qari di raja mempunyai bilangan qari dan qariah yang ramai dan handal dalam bacaan taranum al-quran.Di antara qari-qari istana yang terkenal sekitar tahun 1922-1940an ialah:

1. Muhamad Yusuf Kedondong. (Kelantan)

2. Haji Muhamad Lintar (Terengganu)

3. Haji Muhamad Ribat (Kedah)

4. Haji Sulaiman (Johor)

5. Haji Khalid (Selangor)

6. Haji Muhamad Jempol (Negeri Sembilan)

7. Haji Mohyiddin dikenali dengan Dato Canai Kinitan (Perak)

Selepas tahun 40an qari-qari Malaysia mula popular dengan lagu-lagu aliran misri yang dipopularkan oleh qari-qari yang dikenali dengan angkatan baru diketuai oleh Hj Ahmad Maksum Pergau. Angkatan baru ini terdiri dari mereka yang belajar taranum al-Quran di negeri Mesir selepas tahun 40an. Berikutnya muncullah qari-qari yang terkenal dan berkebolehan dalam taranum al-Quran, lebih-lebih lagi dengan keperihatinan kerajaan yang memerintah pada masa itu (Persekutuan Tanah Melayu ) menganjurkan Musabaqah Tilawah al-Quran yang memgumpulkan qari-qari dari seluruh pelusuk negara untuk memperdengarkan bacaan masing-masing. Keberkesanan musabaqah bacaan al-quran ini menyebabkan kerajaan telah menganjurkan musabaqah bacaan al-Quran di peringakat antarabangsa yang berjaya dianjurkan kali pertama pada tahun 1961. Sejak itu taranum al-quran tersebar dengan meluas di segenap pelusuk dunia islam

QARI-QARI DAN QARIAH YANG TERKENAL DI MALAYSIA/INDONESIA

1. Tn Hj Ahmad Maksum Pergau (kelantan)

2. Tn Hj Nik Jaafar Nik Ismail (Kelantan)

3. Tn Muhamad Muhamad Yusuf (Kelantan)

4. Tn Hj Ismail Hasyim (Kedah)

5. Tn Haji Abdul Majid (Kelantan)

6. Tn Hj Saidin bin Abdul Rahman (P.Pinang)

7. Tn Hj. Abd.Ghani bin Abdullah (Kedah)

8. Tn Hj. Ahmad Jusuh (Perlis)

9. Tn Hj. Shafie bin Katie (Selangor)

10. Tn Hj Muhamad bin Hasry (Wilayah Persekutuan)

11. Tn Hj Saleh bin saidi (Johor)

12. Tn Hj. Abd.Rahim (Kelantan)

13. Tn Hj.Asmawi Duet ( Sarawak)

14. Tn Hj Muhamad Awang (Terengganu)

15. Tn HjMuhamad Ismail (Terengganu)

16. Tn Hj.Abdul Rasyid Ali (Terengganu

17. Tn Hj Daud Che Man

18. Tn Hj. Muammar Z.A (Indonesia)

19. Tn Hj Mirwan Batubara (Indonesia)

TOKOH-TOKOH QARIAH

1. Hjh Rogayah Sulung (Terengganu)

2. Hjh Faridah Mat Saman (Kelantan)

3. Hjh Rafeah Abd Rahman (P.Pinang)

4. Hjh Rahmas Abdullah (Johor)

5. Hjh Sapinah bt Mamat (Kelantan)